Transcript of MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)
- 1. HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) LAPORAN KUMPULAN ETNIK MELANAU NAMA
AHLI KUMPULAN NO.ID OOI KAI YANG 0315663 CHONG CHUI WERN 0321359
SIEW JOHN LOONG 0315871 LOH KHAI JHUNG 0318908 LEE YEN CHEI 0320568
NICHOLAS LEE NGANG KIM 0320504 GOH YEN NEE 03155551 NAMA PENSYARAH:
EN. SERIT ANAK BAYAN
- 2. ISI KANDUNGAN NO TAJUK MUKA SURAT 1 1.0 PENGENALAN 1 1.1
BUDAYA DAN ADAT RESAM 2-3 1.2 TARIAN TRADITIONAL 3 1.3 MAKANAN
TRADITIONAL 4 1.4 PAKAIAN TRADITIONAL 5 1.5 BAHASA 6 1.6 JENIS
RUMAH DAN KEGIATAN 7 1.7 PERMAINAN TRADITIONAL 7 2 2.0 PERANCANGAN
DAN PERSEDIAAN PERBENTANGAN 8 3 3.0 JURNAL AHLI KUMPULAN 9-15 4 4.0
CADANGAN 16 5 5.0 KESIMPULAN 17 6 6.0 RUJUKAN 18 7 7.0 LAMPIRAN
19-22
- 3. 1.0 PENGENALAN Masyarakat Melanau merupakan salah satu
masyarakat etnik yang terdapat di negeri Sarawak. Secara umumnya,
masyarakat Melanau dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan
masyarakat Melayu dari segi kepercayaan, kebudayaan mahupun adat
resam. Walaupun begitu, masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya
dan adat resam yang unik dan hanya dimiliki oleh mereka untuk
diamalkan. Adat resam ini jelas dilihat daripada aspek kehidupan
yang dijalankan oleh mereka setiap hari seperti kelahiran,
perkahwinan dan juga kematian.Budaya dan adat resam ini diwarisi
secara turun-temurun sejak dahulu lagi dan masih diamalkan oleh
masyarakat Melanau sehingga zaman moden hari ini. Nama perkataan
Melanau muncul daripada asal usul dan sejarah yang terjadi pada
kira-kira setengah abad yang lalu. Pada masa itu, Daerah Bintulu
masih di bawah jagaan dan penguasaan Kerajaan Kesultanan Brunei.
Kerap kali Baginda Sultan akan datang ke Bintulu untuk melihat
keadaan dan situasi yang muncul di daerah ini serta memungut hasil
tempatan daripada penduduk di situ. Pada suatu hari, sebuah perahu
kerajaan Brunei sedang belayar dan menuju ke Kuala Bintulu,
tiba-tiba bertembunglah perahu itu dengan beberapa buah perahu yang
menuju ke destinasi yang sama. Nakhoda pun bertanya dengan seorang
kelasinya, "Perahu siapakah yang banyak di hadapan kita?" Jawab
kelasi itu, "Perahu orang memanau, Datuk." Sari sehari ke sehari
perkataan 'memanau' ini dengan tidak disedari oleh sesiapa dan
begitu terjadinya perkataan 'Melanau' sehingga sekarang.
- 4. 1.1 Budaya Dan Adat Resam Orang melanau menyambut Perayaan
Kaul pada bulan Mac/April , iaitu bulan Pengejin mengikut kalender
Melanau. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal
laut. Tujuannya adalah bagi memperoleh tangkapan yang memuaskan ,
selamat semasa berada di laut, mengelakkan pelbagai wabak dan
penyakit ,melambangkan permulaan musim menangkap ikan. Pada hari
itu, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah
diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan
bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih
ke dalamnya. Terendak Melanau iaitu topi, atau juga lebih dikenali
sebagai Seraong oleh bangsa itu sendiri. Seroang merupakan salah
satu warisan sen irupa anyaman bagi masyarakat Melanau yang
diperbuat dari rotan dan dahan pokok rumbia yang dianyam. Dahulu,
terendak ini sebagai pelindung panas dan hujan terutamanya bagi
nelayan atau petani untuk melindungi mereka sendiri dari terkena
sinaran matahari yang terik. Malah, Terendak ini juga digunakan
untuk tujuan tradisi seperti Upacara Pesta Kaul. dianyam dengan
pelbagai corak dan jalur yang berwarna-warni yang melambangkan kaum
Melanau yang pelbagai. Perkahwinan Perkahwinan dalam masyarakat
Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat
kerana implikasi sosial yang terdapat kepadanya.Namun, asas adat
perkahwinan sama seperti masyarakat lain iaitu acara merisik,
meminang dan majlis perkahwinan Jenis-jenis barangan dan hadiah
yang perlu dibawa untuk tanda tuning, termasuk sembilan pikul,
tujuh pikul, tujuh betirih, lima betirih. Barang yang mengiringi
mas kahwin ialah, adat menuga, adat medin dan pakan Di kalangan
masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status
sosial yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara
pasangan yang
- 5. berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat.
Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu
boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya. Pada hari yang
telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak keluarga, maka diadakanlah
adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang
lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang
hantaran peminangan. Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil
keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka
rasmilah pertunangan itu. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah
kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang
dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai. Kemuncak
acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah
hari. Persandingan pertama diadakan di rumah pengantin lelaki dan
ini diikuti dengan persandingan kedua di rumah pengantin perempuan.
Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diadakan pula
persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani adat
petudui. Selepas itu, diadakan pula upacara begendang. Hadirin
dijemput untuk ikut serta tetapi pasangannya mestilah daripada kaum
sejenis yakni lelaki berpasangan sesama lelaki dan perempuan dengan
perempuan. Mereka menari hingga larut malam. Pada hari ketujuh,
upacara pembebasan diadakan bagi membebaskan mereka daripada
pantang yang dikenakan pada tempoh hari perkahwinan. 1.2 Seni Tari
Tradisional Seni Tari Orang Melanau: Menyak, Seladai, Alu-Alu,
Mengalai, Makak,Seraheng, Nyambut Tua Labeh Tarian mereka dibuat
perayaan "Pesta Kaul" atau Puja Pantai, menyambut orang kenamaan
serta upacara perkahwinan Tariannya biasanya menari secara
berpasangan atau secara berkumpulan. Ia dipengaruhi melalui unsur
gerak kehidupan seharian, gerak silat dan gerak berbentuk ritual
dan tidak ada ditarikan secara solo baik oleh lelaki mahupun
wanita. Gerakan mereka lemah-lembut dan sangat elegant.
- 6. 1.3 Makanan tradisional Tebaloi-ebaloi ialah satu produk
tradisional yang berasaskan pertanian kini kian popular bukan saja
di kalangan penduduk tempatan bahkan juga pelancong asing. Ia
merupakan makanan ringan kaum Melanau yang diperbuat daripada
tepung dan lemantak kelapa sebagai bahan utama.Selisi ialah sejenis
makanan yang diperbuatan daripada kuah kari ikan dengan sago.
Dahulunya makanan ini adalah amat terkenal sebab ia sangat
sedap.Ulat Mulung pula merupakan makanan ini adalah terkenal di
kalangan masyarakat Melanau tetapi majority melanau matu daro
memang tidak makan ulat mulung ini. Rasanya lebih sedap dari udang
goring. Linut adalah sejenismakanan asli bagi masyarakat melanau di
Sarawak. Ianya diperbuat daripada sagu mentah yang berasal dari
pohon sagu.Umai merupakan sejenis recipe ikan yang terkenal di
Sarawak.Pipiuh dan Sagok adalah sayu makanan ruji masyarakat
Melanau yang berasa lemak lemak. Biasanya makan sagu campus kacang
dan ikan bilis.
- 7. 1.4 Pakaian Tradisional Bagi kaum Melanau di kawasan
Sarawak, pakaian mereka adalah sangat menarik dan berbeza dengan
kaum lain. Bagi pakaian tradisional Melanau lelaki, bajunya adalah
berbeza daripad perempuan. Dalam kes ini, lelaki akan mengggayakan
baju potongan moden bersampin broked oren keemasan, pinggang
berikat delendang sifon dan berkopiah. Pakaian lelaki Melanau pula
daripada satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga
tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. Bagi pakaian
tradisional Melanau perempuan, mereka mempunyai dua jenis baju,
iaituBaju Baldu dan Baju Babam. Wanita Melanau menggayakan baju
baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali
pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih
sanggul. Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung
soket Brunei tenunan Sarawak. Bukan sahaja itu, tali pinggang
pending besar dan diserikan dokoh dan perhiasan kepada kepih
sanggul. Apabila wanita memakai baju bajan ini pula, wanita Melanau
akan menggayakan Baju Baban alsal pakaian pengantin Melanau. Baju
kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain soket. Di dada
memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan
kepih sanggul
- 8. 1.5 Bahasa Kaum Melanau Seperti bahasa lain di Sarawak,
Bahasa Melanau merupakan cabang dari keluarga Bahasa Austronesia
atau bahasa Malayo-Polinesia. Bahasa Austronesia tersebar daripada
keluarga bahasa Austris dalam kebudayaan Dong Son di selatan Negeri
China. Bahasa Melanau mempunyai tatabahasanya yang tersendiri dan
tidak begitu sukar untuk dipelajari. Sebagai satu bahasa yang
mempunyai banyak dialek, bahasa melanau berkongsi tatabahasa yang
serupa. Oleh itu apa yang perlu ditumpukan ialah kosa kata yang
unik untuk dialek itu sahaja. Di alam maya laman untuk mempelajari
bahasa melanau telah diusahakan oleh orang-orang melanau dan bukan
melanau untuk memastikan kemandirian bahasa ini di zaman moden.
Antaranya ialah Learn Melanau yang memfokuskan bahasa melanau mukah
serta budaya melanau merentasi dialek-dialek. Berikut adalah
contoh- contoh perkataan Melanau: pagi = Song, ,suab Makan = Keman
Minum = Tuteng Air = Nya'am, Anum Siapa = Sai, Yai Awak = Mo,Ka'au,
Nou, Kan Nama = Ngadan,Radan Rumah = Lebok, Kubou,Lebuk, lamin Apa
= Inou, Nau Khabar = Dengah Bagus = Da'au,Dao, diak Bila = Pidan
,Paya Siapa = Yai, sai Kenapa = Inauhal,Wakno, minew kamu = mo, kan
,ka'au tidur = tudui,Tudoy,Tudoi
- 9. 1.6 Jenis rumah dan kegiatan ekonomi Jenis rumah, kaum
Melanau tinggal di dalam rumah tinggi. Rumah itu merupakan rumah
tradisi masyarakat Melanau dahulu kala. Ia juga ketinggian 10m dan
keatas daripada permukaan tanah. Biasanya rumah itu akan dibina
dekat tepi sungai kerana ekonomi meraka yang menangkap hasil laut
atau dibina berdekatan dengan pantai. Pada asalnya, struktur asas
rumah panjang itu diperbuat daripada kayu belian dan atapnya pula
menggunakan daun pokok sagu. Kegaitan ekonomi meraka yang mengutama
ialah menangkap hasil laut dan menjadi petani padi sawah. Selain
itu, ekonomi meraka juga ada penrusahaan sagu kaum ini. Teknik
pembuatan sagu juga diselitkan di dalam tarian Melanau seperti
Mengarang. Dalam ekonomi Malaysia, Sarawak merupakan pengeksport
sagu yang terbesr di Malaysia. 1.7 Permainan Traditional Permainan
Tradisi Melanau ialah TIBOW- The Giant Swing. Tibow yang sejenis
permainan tradisi masyarakat Malanau yang sangat popular.Tibow
ialah sejenis permainan buaian gergasi pula merupakan antara
sebagai simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut
ketibaan musim buah. Permainan tradisi biasanya dimainkan sewaktu
berlangsungnya Pesta Kaul yang merupakan festival unik dari etnik
Melanau Sarawak yang dirayakan saban tahun dan merupakan antara
acara tahunan di dalam kalendar pelancongan Sarawak Bumi
Kenyalang.Pada awal tahun, tibow dimainkan bermula pada waktu
petang sampai larut malam. Mengenai permaian ini, dua tiang kayu
yang masing-masing panjang melebihi 30 kaki diperlukan untuk
membuat tiang Tibow dan semasa mengangkat tiang untuk mendirikan,
pantun dinyanyikan beramai-ramai: Kat kerakat, Kerurieng udat,
Tibow idei pada 'mekat' pantuan ini yang dibuat untuk dewa yang
menguasai permainan tibow dan bertujuan meminta pertolongan untuk
memudahkan tugas- tugas mendirikan tiang itu.
- 10. 2.0 Perancangan Dan Persediaan Perbentangan Guru daripada
subjek Hubungan Etnik telah memperkenalkan projek yang perlu
dilaksanakan iaitu persembahan yang mengikut kumpulan etnik masing-
masing dengan menyampaikan imu pengetahuan tentang adat resam, seni
tarian, permainan tradisional, makanan tradisional, pakaian
tradisional, bahasa dan sebagainya kepada kawan-kawan lain di
hadapan kelas. Pada masa itu, kami dikehendaki memilih kumpulan
etnik Malaysia yang menarik dan disetujui oleh semua ahli kumpulan.
Kami merupakan kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang dan kami
telah memilih kumpulan etnik Melanau sebagai topik kami untuk
dipersembahkan di depan orang ramai. Ketua kumpulan kami iaitu Ooi
Kai Yang bertanggungjawab dalam membahagikan kerja-kerja yang perlu
dilaksanakan oleh setiap ahli kumpulan termasuk melayari internet
untuk mengumpul maklumat yang mencukupi, bahan-bahan yang
diperlukan dan yang lain lagi. Selepas itu, kami telah pergi ke
kedai sewa pakaian di SS15 untuk mendapat pakaian tradisional orang
Melanau. Tetapi, mereka tidak mempunyai pakaian tersebut disebabkan
kurang orang ingin menyewanya. Kami telah pergi kedai lain di
Kepong yang mempunyai pakaian orang Melanau yang amat serupa
seterusnya. Kami telah menyewa pakaian tradisional orang Melanau
bagi pihak lelaki dan perempuan yang berharga RM110 sewa untuk tiga
hari sahaja. Pada masa itu, kami juga telah pergi ke Taman tasik
Perdana untuk membuat sebuah video dokumentari yang mengenai adat
resam dan seni tari Orang Melanau dengan memakai pakaian tersebut
yang baru disewa. Dua ahli kumpulan kami telah dipilih untuk
menjadi model pakaian dan direkod di dalam video tersebut. Ketua
kami telah membuat satu model rumah tradisional orang Melanau bagi
projek tersebut. Selain itu, kira-kira tiga orang ahli kumpulan
telah membuat Powerpoint tentang keseluruhan orang Melanau supaya
persembahan tersebut dapat difahami dengan teliti. Video yang telah
direkod pula dikendali oleh salah seorang ahli kumpulan kami
sebelum sehari persembahan bermula.
- 11. 3.0 Jurnal Ahli Kumpulan JurnalLoh KhaiJhung 0318908 Pada
peringkat awal projek ini, kami akhirnya mengambil keputusan untuk
memilih etnik Melanau. Seperti biasa, kami bermula dengan
menjalankan penyelidikan kami dengan melayari laman web. Kebanyakan
informasi yang kita dapati ialah dari laman web. Dengan membaca
setiap data yang kami terserempak, kita dapat mengkategorikan
maklumat yang kami dapati kepada budaya dan adat resam, tarian
traditional, makanan traditional, pakaian traditional, permainan
traditional, bahasa, jenis rumah dan kegiatan ekonomi mereka.
Selepas beberapa perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan saya, kami
bersetuju membuat video dengan menggunakan teknik video
documentary. Ahli kumpulan saya telah sewa pakaian traditional
Orang Melanau, dan akhirnya saya dipilih sebagai model dan pelakon
dalam video tersebut. Kami telah membuat video tentang process dan
ciri-ciri perkahwinan Orang Melanau. Kami juga menari dalam video
tersebut. Pada hari pembentangan, ahli kumpulan saya telah
memberikan ucapan kepada semua murid dan cikgu dalam kelas.Walaupun
saya bukan penceramah pada hari itu, tetapi saya sebagai ahli
kumpulan telah membuat usaha mencatatkan semua maklum balas dari
cikgu mahupun kawan-kawan kami. Dengan catatan ini, akhirnya saya
dapat menyumbangkan sedikit kepada report yang terakhir.Projek
kumpulan semestinya boleh dijalankan dengan baik kerana ada banyak
ahli kumpulan yang dapat memudahkan tugas-tugas kami. Tetapi,
kekurangan komunikasi dalam kumpulan telah menyusahkan projek ini
bagi semua ahli-ahli kumpulan. Nasib baik akhirnya kami dapat
mengatasi semua kesusahan yang kami temu. Itulah semuanya jurnal
aku bagi projek ini.
- 12. JurnalSIEW JOHN LOONG (0315871) Pada hari itu, kami
berhimpun di university di Taylors University dan seterusnya, kami
memandu ke destinasi tersebut, iaitu Taman Tasik Perdana. Yen Nee
dan saya telah pergi mengambil daripada costume yang telah ditempah
awal dan bertolak ke destinasi. Di Taman Tasik Perdana, ahli
kumpulan yang bertanggungjawab untuk berlakon, iaitu Khai Jhung dan
Chui Wern pun menukar pakaian. Apabila mereka memakai pakaian
traditional Orang Melanau, mereka menjadi lebih bersemangat.
Selepas itu, kami telah memilih sebuah pondok rumah sebagai tempat
perlakonan. Di sana, kami telah berbincang tentang script sebelum
berlakon. Setelah semua bersiap sedia, kami pun bermula untuk
berlakon. Skript itu telah menceritakan cara perkahwinan dan cara
tarian orang Melanau. Saya bertugas sebagai video recorder. Suara
senyuman dan ketawa boleh didengar di seluruh proses perlakonan
kerana Khai Jhung dan Chui Wern berlakon dengan aksi yang lucu.
Kami tidak dapat menahan untuk ketawa. Walaupun hari itu sangat
panas dan kami telah digigit nyamuk teruk sekali, kami tetap
bekerjasama untuk menghabiskan dan menyempurnakan video itu.
Setelah kira-kira 3 jam setengah, kami habis berlakon dan video itu
telah siap dibuat. Khau Jhung dan Chui Wern menyalin baju mereka
dan kami pulang dengan perasaan gembira. Kami berasa sangat letih,
tetapi senyuman tetap dapat dilihat daripada muka kami.
- 13. JurnalGoh Yen Nee (0315551) Saya berasa gembira apabila
mengetahui bahawa projek yang perlu dilaksanakan dalam subjek
Hubungan Etnik iaitu persembahan dan penbentangan berdasarkan
kumpulan etnik yang dipilih. Pada masa itu, kami dalam kumpulan
yang mempunyai tujuh orang ahli kumpulan telah berbincang tentang
kumpulan etnik yang kami ingin pilih dan kami telah berputus untuk
membuat satu perbentangan yang berkaitan dengan kumpulan Melanau
bahawa orang Melanau mempunyai banyak persamaan dengan orang
Melayu. Ketua kumpulan kami iaitu Ooi Kai Yang telah membahagikan
kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh setaip ahli kumpulan seperti
mengumpul maklumat dari segi yang mengenai orang Melanau, membuat
video, dan sebagainya. Kami telah pergi ke kedai sewa pakaian untuk
menyewa pakaian tradisional orang Melanau untuk digunakan semasa
membuat video di Taman Tasik Perdana. Harga sewa untuk kedua-dua
pakaian iaitu bagi pihak lelaki dan perempuan ialah RM 110 untuk
tiga hari sahaja. Selepas itu, kami telah pergi ke Taman tasik
Perdana untuk membuat sebuah video dokumentari yang mengenai adat
resam dan seni tari Orang Melanau. Kami berasa amat gembira semasa
pembuatan video tersebut. Selain itu, kami juga telah membuat
sebuah model rumah bagi pihak orang Melanau yang mereka tinggal.
Pada hari sebelum penbentangan, kami telah membuat Powerpoint
berdasarkan maklumat yang perlu disampaikan pada hari perbentangan
untuk memberi ilmu pengetahuan kepada kawan-kawan lain tentang
Orang Melanau.
- 14. JurnalChong ChuiWern (0321359) Pada permulaan projek ini,
selepas lama berdebat, kami telah memilih Etnik Melana bagi projek
ini. Kami telah mencari dan mendapat kebanyakkan infomasi dari
laman web. Kami telah mengumpul dan membahagikan infomasi yang
telah didapati kepada beberapa topic seperti makanan, pakaian,
ekonomi, sejarah, budaya, adat-adat resam dan sebagainya. Selepas
perbingancan, kami telah memilih until membuat pembentangan dan
video dokumenteri. Kami pergi ke SS15 tetapi kedai sewa baju di
sana tidak ada pakaian tradisional Melanau. Kami pun cari internet
bagi mencari tempat sewa baju yang lain. Akhirnya, pakaian dapat
disewa di sebuah kedai di Kepong. Kami sewa satu pasang baju,
lelaki dan perempuan, bagi membuat video kami. Kami pun
membahagikan kos sewa dengan sama rata. Kami membuat video tentang
perkahwinan etnik melanau dan juga sikit tentang tarian mereka.
Dalam video itu, saya dipilih untuk manjadi pelakon dalam video
itu. Pada akhir video itu, kami pun cuba menari tarian tradisional
melanau. Video itu dibentang bersama dengan penbentangan slides.
Saya tidak membentangkan slides pada hari itu. Setiap ahli kumpulan
melaksanakan tanggungjawab yang dibahagikan dengan sempurna, oleh
sebab itu kami dapat menghabiskan projek ini secara lancer. Saya
berasa lega kerana dapat menghabiskan video dan pembentangan dengan
lancer kerana kumpulan kami merupakan kumpulan ketiga untuk
membentang, iaitu pada hari pertama. Oleh itu, masa kami bagi
membuat penyediaan amat singkat
- 15. JurnalOoi Kai Yang (0315663) Pada peringkat awal projek
ini, kumpulan kami telah memilih etika orang melanau. Selepas itu,
kami menguna laman web untuk bermula dengan menjalankan
penyelidikan dengan informasi etika melanau. Selepas mencari
informasi, kami dapat banyak informasi mengenai etnik melanau dan
kami dapat mengkategorikan maklumat yang kami dapati kepada budaya
dan adat resam, tarian traditional, makanan traditional, pakaian
traditional, permainan traditional, Bahasa, jenis rumah dan
kegiatan ekonomi etnik melanau. Selepas perbincangan dengan
ahli-ahli kumpulan, kami memutuskan mengguna video dan power point
slide untuk membuat presentation kita. Video yang kami buat ialah
video documentary tentang adat resam perkahwinan mereka. Pada 9 of
may 2015, kami membuat video dekat taman tasik perdana dan ahli
kumpulan Loh Khai Jung dan Chong Chui Wern sewa pakaian dan mejadi
model dan menari tarian traditional dalam video tersebut. Pada hari
pembentangan, ahli kumpulan saya telah memberikan ucapan kepada
semua murid dan cikgu dalam kelas. Semasa projek ini, projek ini
boleh dijalankan dengan baik kerana kumpulan kami ada membuat
tugas-tugas kami. Selain itu, pengurusan masa juga penting dalam
kumpulan sebab kurang itu aksn menyusahkan projek ini. Akhirya,
kami semua menyelesaikan kesusahan dan lengkap projek ini.
- 16. JurnalNicholas Lee Ngang Kim (0320504) Pada hari pertama,
kumpulan kami berhimpun di Taylors University Lakeside Campus yang
dibincangkan sebelum ini. Kemudian, John yang memandu kereta
membawa kami ke destinasi tersebut, iaitu Taman Tasik Perdana. Kami
pergi ke tempat itu untuk merekod video. Di samping itu, John
danYen Nee pun pergi mengambil costume yang telah ditempah awal
sebelum bertolak ke destinasi. Apabila kumpulan kami berada di
Taman Tasik Perdana, kami bertanggungjabwar membuat kerka kami,
iaitu berlakon, Khai Jhung dan Chui Wern menukar pakaian untuk
video tersebut. Mereka disebut untuk memakai pakaian traditional
Orang Melanau. Selepas itu, kami memilih sebuah pondok rumah untu
perlakonan. Kami berasa tempat itu adalah satu tempat yang
mempunyai suasana yang baik. Seterusnya, kami berbincang tentang
script bersama-sama sebelum berlakon. Selepas membuat semua
persedian, kami pun bermula berlakon. Skript itu adalah
menceritakan cara perkahwinan dan cara tarian orang Melanau. Saya
mengambil jawatan yang menentukan isi-isi mereka supaya tak salah
sebeb saya yang membuat pembentangan dalam kelas selepas ini. Cuaca
hari itu adalah sangat panas. Sekira 3 jam setangah, kami pun
balik. Selepas itu, saya harus mengumpulkan semua data dari
Internat, dan membuat slide pembentangan. Bukan sahaja itu, saya
harus menghafarkan isi-isi penting dan juga membuat pembentangan di
depan kelas. Saya berasa sangat takut apabila membuat pembentangan
di depan kelas sebab itu adalah kali pertama.
- 17. JurnalLee Yen Chei (0320568) Tutor kami, iaitu Encik Serit
Bayan telah memberi satu projek yang berkaitan dengan etnik- etnik
di Malaysia kepada kami. Dalam projek ini, kami hendaklah
menubuhkan kumpulan sendiri daripada pelajar- pelajar yang
mengambil subjek ini, iaitu Hubungan Etnik. Kumpulan saya terdiri
daripada 7 orang iaitu Loh khai Jhung, Chong Chui Wern, Crysmond
Goh, John Siew, Nicholas Lee, Ooi Kai Yang dan saya sendiri. Ooi
Kai Yang telah dipilih oleh kami sebagai ketua kumpulan. Kumpulan
kami telah bersetuju untuk memilih Etnik Melanau melalui
perbincangan ahli-ahli kumpulan. Bagi Projek ini, kami telah
membentangkan tajuk kami kepada beberapa bahagian.iaitu budaya dan
adat resam, tarian traditional, makanan traditional, pakaian
traditional, permainan traditional, bahasa, jenis rumah dan
kegiatan ekonomi mereka. Kebanyakan informasi yang kita dapati
ialah dari laman web. Kami ingin menunjukkan etnik Melanau melalui
video dokumenteri dan pertunjukkan powerpoint. Untuk membuat video
sendiri, kami perlu sewa pakaian tradisional Melanau. Ahli kumpulan
saya telah mencari tempat sewa baju melalui internet. Akhirnya,
pakaian dapat disewa di sebuah kedai di Kepong. Kami sewa satu
pasang baju, lelaki dan perempuan, bagi membuat video kami. Video
kami telah menunjukkan ciri-ciri perkahwinan etnik melanau dan juga
sikit tentang tarian tradisional mereka. Pelakon- pelakon bagi
video ini ialah Ahli kumpulan saya, iaitu Khai Jhung, Chui Wern,
dan Kai Yang. Selain itu, Crysmond ialah narrator dan John ialah
perakam video. Saya tidak ada menyertai perakaman video ini. Saya
bertanggungjawab untuk membuat slides yang dibentangkan semasa hari
pembentangan kami di universiti. Pada hari pembentangan, ahli
kumpulan saya, Nicholas merupakan petutur bagi kumpulan kami.
Selain daripada persembahan video dan Slide powerpoint kami, kami
juga telah menunjukkan mimik Rumah tinggi yang dibuat oleh kami
sendiri. Rumah tinggi itu merupakan tempat tinggal tradisional
orang Melanau. Saya berasa gembira kerana dapat menyediakan video
dan pembentangan kami dalam masa yang singkat. kerana kumpulan kami
merupakan kumpulan ketiga untuk membentang, iaitu pada hari
pertama. Projek kami dijalankan dengan lancar atas kerjasama
daripada semua ahli kumpulan.
- 18. 4.0 Cadangan Selepas penyampaian kami, beberapa kelemahan
daripada kumpulan kami telah dilihat dan boleh diubah supaya dalam
menyampaikan penyampaian yang lebih baik pada masa depan. Dengan
melihat dan mendengar penyampaian kumpulan lain dengan teliti, kami
juga dapati beberapa idea yang boleh dimasukkan ke dalam
penyampaian kami. Walaupun penyampaian kami dijalankan dengan
lancer, tetapi sebagai pelajar yang bersemangat baik dan
bersemangat untuk membelajari ilmu yang baru, selalu berperasaan
tidak cukup boleh melahir ruang untuk meningkatkan diri kita.
Kelemahan yang perlu dibaiki daripada perbentangan ini termasuk :
1) Saiz tulisan dalam PowerPoint boleh diperbesarkan supaya
penonton dalam membaca informasi yang kami sediakan dengan baik. 2)
maklumat dalam PowerPoint boleh dipendekkan supaya PowerPoint tidak
mempunyai terlalu banyak informasi yang menggangukan 3) jumlah
penceramah boleh ditambah supaya mereka dapat bekerjasama untuk
menyampaikan ucapan yang lebih baik 4) warna background dan tulisan
yang digunakan dalam PowerPoint perlulah mendapat contrast yang
bagus supaya penonton dalam lihat 5) boleh menyediakan tarian
traditional Melanau untuk dibentangkan pada hari pembentangan 6)
makanan traditional boleh disediakan untuk diedarkan dalam kelas
untuk menlahirkan atmosfera yang lebih baik 7) Latihan boleh
dijalankan sebelum hari penyampaian untuk melatih penceramah supaya
mereka lebih yakin semasa cakap 8) Sebelum penyampaian dimulakan,
kami juga boleh sampai ke kelas lebih awal untuk menbuat persediaan
yang terakhir.
- 19. 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, banyak ilmu pengetahuan telah
kami perlajari daripada assignment tersebut, iaitu document
(Powerpoint) dan video perlakonan. Kami telah mengetahui tentang
budaya Orang Melanau dari segi seni tarian, perkahwinan, adat resam
perkahwinan, makanan, permainan, pakaian, dan sebagainya. Pada masa
yang sama, kami juga telah mempelajari budaya dan bahasa orang
Melanau. Ini memudahkan kami untuk berkomunikasi dengan mereka
kalau kami bertemu dengan mereka. Selain itu, rumah orang Melanau
yang tradisional juga mempunyai persamaan dengan rumah papan dan
mereka tinggal sekeluarga di dalam rumah tersebut. Bagi makanan
orang Melanau, kami tidak mempunyai peluang untuk menikmati makanan
orang Melanau kerana kami tidak dapat mencari makanan di
Semenanjung Malaysia. Akan tetapi, kami dapat melihat gambar-gambar
makanan orang Melanau daripada layaran Internet dan makanan
tersebut kelihatan sangat sedap. Keseluruhannya, kami berasa amat
gembira dan syukur kerana kami berpeluang untuk memahami dan
menambah ilmu pengetahuan tentang budaya orang Melanau. Ini telah
membantu kami untuk menguatkan ilmu pengetahuan tentang kaum lain
dan ini juga boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
- 20. 6.0 Rujukan 1. Adat Dan Budaya Etnik Di Malaysia. (n.d.).
Retrieved June 2, 2015, from
http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010/09/masyarakat-melanau.html
2. Melanau. (n.d.). Retrieved June 3, 2015, from
http://ms.wikipedia.org/wiki/Melanau 3. BUDAYA DAN ADAT RESAM KAUM
MELANAU. (2012, August 8). Retrieved June 3, 2015, from
https://oneplusoneminusone.wordpress.com/2012/08/09/budaya-dan-adat-
resam-kaum-melanau/ 4. . (n.d.). Retrieved June 5, 2015, from
http://sueshanizam.blogspot.com/2008/12/asal-usul-melanau.html 5.
Tarikan Di Negeri Sarawak: PERAYAAN PESTA KAUL MELANAU. (n.d.).
Retrieved June 5, 2015, from
http://afifbolhan.blogspot.com/2013/07/perayaan-pesta-kaul-melanau.html
6. Makanan Tradisi Masyarakat Melanau di Sarawak. (n.d.). Retrieved
June 6, 2015, from
http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2014/04/makanan-tradisi-
masyarakat-melanau-di.html 7. Melanau Community. (2014, April 20).
Retrieved June 6, 2015, from
https://sarawakculturalvillage.wordpress.com/2014/04/21/melanau-
community/
- 21. 7.0 Lampiran
- 22. ~ TAMAT ~