Post on 23-Jun-2015
SMK ALOR PONGSU34300 BAGAN SERAI,PERAK
e-DisiplinKonsep dan Operasi
Senarai Kandungan
1. KONSEP2. VISI3. MISI4. SENARIO SEDIA ADA
4.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU4.2 PENGURUSAN DISIPLIN
5. SENARIO SEPATUTNYA5.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU SEPATUTNYA5.2 PENGURUSAN DISIPLIN YANG SEPATUTNYA5.3 PENYIMPANAN REKOD
6. KAEDAH6.1 SALAH LAKU
6.1.1 JENIS SALAH LAKU6.1.2 MARKAH
6.2 HUKUMAN 6.2.1 AMARAN DISIPLIN PERTAMA (AD1)6.2.2 AMARAN DISIPLIN KEDUA (AD2)6.2.3 HUKUMAN GANTUNG SEKOLAH (AD3)6.2.4 AMARAN DISIPLIN AKHIR (AD4)6.2.5 HUKUMAN BUAG SEKOLAH (AD5)6.2.6 HUKUMAN ROTAN6.2.7 AMARAN LISAN
6.3 PEMULIHAN6.3.1 KERJA AMAL
6.3.1.1 JENIS KERJA AMAL6.3.1.2 MARKAH KERJA AMAL
6.3.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING6.3.2.1 JENIS KAUNSELING6.3.2.2 PROGRAM LAIN (Sokongan)
7. PERANAN PERSONEL7.1 PERANAN GURU BESAR / PENGETUA7.2 PERANAN GPK HEM7.3 PERANAN SETIAUSAHA DISIPLIN7.4 PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING7.5 PERANAN GURU7.6 PERANAN MURID7.7 PERANAN IBU BAPA / PENJAGA7.8 PERANAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH7.9 PERANAN JABATAN PELAJARAN7.10 PERANAN JKK / MAJLIS PENDUDUK
8. OPERASI SISTEM8.1 TERAS OPERASI8.2 KEUPAYAAN SISTEM
8.2.1 AMARAN DISIPLIN8.2.2 TANDA RUJUKAN KAUNSELING8.2.3 MENCETAK BAHAN
2
a. Laporan Bulananb. Laporan Tahunanc. Laporan lengkap disiplin seseorang muridd. Senarai pelajar bermasalahe. Laporan disiplin semasa (Ranking pelajar)f. Statistik disipling. Senarai murid untuk rujukan kaunselingh. Surat Akuan sahsiah murid
8.2.4 IMPORT / EKSPORT9. PENUTUP
e-DisiplinOleh: Mohammad Bin Harun
3
1. KONSEP
Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan dan
mengawal tingkahlaku murid. Seterusnya langkah-langkah intervensi dapat dirancang
dan dilaksanakan di sekolah bagi melahirkan modal insan murid yang seimbang dari
aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
2. VISI
Modal Insan Murid Terbilang
3. MISI
Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai daya kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan.
4. SENARIO SEDIA ADA
Kaedah pengurusan dan amalan sedia ada agak pelbagai dan merumitkan. Hal ini berlaku kerana setiap sekolah mempunyai gaya dan cara pengurusan tersendiri. Keadaan ini semakin menyulitkan apabila ada antara guru-guru yang tidak memahami peraturan dan Pekeliling berkaitan disiplin, ditambah pula dengan gangguan emosi dalam kalangan guru. Justeru banyaklah tersiarnya berita kecacatan pengurusan disiplin sekolah di media masa.
4.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU
Dalam amalam biasa, aspek yang sering diberi perhatian dalam pengurusan disiplin murid adalah terhadap tingkah laku negatif murid. Murid-murid akan dihukum dengan pelbagai cara dan kaedah (adakalanya melangar peraturan yang ada).
4.2 PENGURUSAN DISIPLIN
Amalan biasa juga, menjadikan Setiausaha Disiplin dan GPK HEM sebagai personel penyelesai masalah disiplin. Mereka menjadi orang yang dilonggokkan dengan pelbagai masalah disiplin, sedangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab khusus, yang sama seperti guru-guru lain. Akhirnya, tugas menyelesaikan masalah disiplin menjadi bebanan tambahan yang merungsingkan.
Justeru kita melihat bahawa lantikan Guru Disiplin terdiri dalam kalangan guru-guru lelaki yang garang, brutal dan berani. Keadaan ini menimbulkan ketidakadilan, sehingga membolehkan sebahagian guru terselamat atau mengelak daripada dilantik sebagai Guru Disiplin.5 SENARIO SEPATUTNYA
4
e-Disiplin cuba mewujudkan senario baru dan sepatutnya dalam pengurusan disiplin.
5.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU SEPATUTNYA
e-Disiplin memberikan tumpuan kepada aspek tingkah laku murid sama ada berbentuk negatif ataupun positif. Kedua-dua jenis tingkah laku ini diambil kira dalam proses memulihkan murid. Tingkah laku negatif akan diberikan markah celaan, manakala tingkah laku positif akan diberikan markah pujian. Kedua-dua jenis markah ini akan diadun untuk menentukan tahap disiplin seseorang murid. Adunan ini akan disusuli pula dengan sesi bimbingan dan kaunseling untuk membentuk sahsiah murid pada tahap yang terbaik.
5.2 PENGURUSAN DISIPLIN YANG SEPATUTNYA
e-Disiplin cuba merealisasikan pekeliling bahawa semua guru adalah guru disiplin. Manakala Setiausaha Disiplin berperanan sebagai penyelaras pengurusan disiplin. Melalui kaedah pengurusan disiplin yang minimum, keadaan ini akan dapat dicapai.
Lantikan Setiausaha Disiplin boleh dibuat tanpa perlu mengambil kira perwatakan dan jantina seseorang guru. Hakikatnya sesiapa sahaja boleh dilantik sbagai Setiausaha Disiplin.
5.3 PENYIMPANAN REKOD
e-Disiplin menyediakan kaedah penyimpanan rekod dalam komputer atau pemacu lain.. Kaedah ini akan mengurangkan beban dan ruang kerja pengurusan disiplin khususnya berkaitan kerja-keja perkeranian dan sistem fail. Malah keadah ini juga akan mengurangkan penggunaan kertas.
6 KAEDAH
e-Disiplin adalah kaedah memulihkan disiplin murid. Justeru itu, e-Disiplin bergerak atas laporan salah laku murid, dan akan disusuli dengan usaha-usaha pemulihan dan bimbingan.
5
6.1 SALAH LAKU
6.1.1 JENIS SALAH LAKU
Jenis salah laku yang ada dalam e-Disiplin adalah berdasarkan senarai salah laku dalam Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajran, seperti berikut.
Kod Kesalahan
Kesalahan
TINGKAH LAKU JENAYAHA01 BERJUDIA02 MENCURIA03 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN GURUA04 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN KAKITANGANA05 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURIDA06 PERAS UGUTA07 GENGSTERISMEA08 BAWA SENJATA MERBAHAYAA09 MENCABUL KEHORMATANA10 MENCEROBOHA11 TUNJUK PERASAANA12 MERUSUHA13 MEMBUNUHA14 MEROGOLA15 BERGADUH
PENYALAHGUNAAN DADAH / INHALAN / RACUNB01 MEMILIKI / MENYIMPANB02 MEMBEKAL / MENAWARKANB03 MENJUAL / MENGEDAR
B04MENGHISAP / MENYUNTIK / MENYEDUT / MEMINUM / MENGHIDU
B05 MENGHIDU BAHAN-BAHAN INHALAN
BULIC01 BULI BAHASAC02 BULI FIZIKALC03 BULI ISYARATC04 BULI PERHUBUNGAN
ROKOKD01 MEMILIKI / MENYIMPAND02 MEMBEKAL / MENAWARKAN
6
D03 MENJUAL DAN MENGEDARD04 MENGHISAP
1. Kali Pertama (1 Rotan) 2. Kali Kedua (2 Rotan) 3. Kali Ketiga ( 3 Rotan) 4. Kali Keempat (Gantung) 5. Kali Kelima (Buang)
PONTENGE01
PONTENG SEKOLAH1. 3 hari berturur-turut atau 10 hari tidak berturur-turut2. 10 hari berturur-turut atau 20 hari tidak berturur-turut3. 17 hari berturur-turut atau 40 hari tidak berturur-turut4. 31 hari berturur-turut atau 60 hari tidak berturur-turut
E02 PONTENG KELASE03 PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUME04 PONTENG UJIAN / PEPERIKSAANE05 PONTENG PREPE06 PONTENG ASRAMAE07 PONTENG ACARA RASMI SEKOLAHE08 PONTENG PERHIMPUNAN
TINGKAH LAKU LUCAHF01 BERCUMBUANF02 BERKHALWATF03 BAWA BAHAN LUCAHF04 MENGEDAR BAHAN LUCAHF05 MENGINTAIF06 MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN LUCAHF07 MELUKIS & MENULIS KATA-KATA DAN GAMBAR LUCAHF08 MENONTON VCD / FILEM LUCAHF09 MEMELUK MURID LAIN JANTINAF10 BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK
TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAPG01 BIADAP KEPADA GURUG02 BIADAP KEPADA KAKITANGANG03 BIADAP KEPADA TETAMUG04 BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURIDG05 BERBAHASA KESAT / KASAR KEPADA MURID
G06MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN / MENGEDAR MINUMAN YANG MEMABUKKAN
G07 MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATAG08 INGKAR ARAHAN GURU
7
G09 INGKAR ARAHAN PENGAWASG10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA
KESALAHAN VANDALISME
H01 MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAHH02 MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMAH03 MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTINH04 MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK KHAS
H05 MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / TANAMAN HIASANH06 MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAHH07 MENCONTENG DINDING BANGUNAN ASRAMAH08 MEROSAK / MENGOYAK BUKU SPBTH09 MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN
H10MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR / PENGETUA / GURU / KAKITANGAN
H11 MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN MURID
TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
J01 PECAH AMANAHJ02 BERBOHONGJ03 TIDAK BERTANGGUNGJAWABJ04 TIDAK JUJUR
KENAKALAN
K01 MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAHK02 MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINAK03 SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG KECEMASAN
K04 MENGGANGGU SEMASA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
K05TIDAK IKUT GILIRAN / BEREBUT-REBUT / BERTOLAK-TOLAK
K06 MEMBAWA / BERMAIN MERCUNK07 MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK
K08KELUAR KAWASAN SEKOLAH / ASRAMA TANPA KEBENARAN
K09 BERMAIN DALAM DORMK10 MELANGGAR PERATURAN ASRAMA
TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA
L01 LEWAT KE SEKOLAHL02 LEWAT KE PERHIMPUNANL03 LEWAT MASUK KELAS
8
L04 LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / KOKURIKULUML05 LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA
KEKEMASAN DIRI
M01 BERKUKU PANJANGM02 MEWARNA KUKU / BERINAIM03 BERAMBUT PANJANGM04 RAMBUT BERFESYENM05 BERMISAI / BERJANGGUTM06 MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURANM07 PAKAI BARANG KEMASM08 MENCUKUR BULU KENINGM09 MEMAKAI ALAT SOLEK
PENGLIBATAN POLITIK
N01PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUNAN / PERARAKAN POLITIK
N02 MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA
N03MENYEBAR PENULISAN / DOKUMEN / PROPAGANDA POLITIK
6.1.2 MARKAH
Markah-markah salah laku adalah ditetapkan seperti berikut;
a. Markah hendaklah antara 3, 5, dan 10. Markah 3 bermaksud kes salah laku yang dianggap ringan. Markah 5 bermaksud kesalahan yang sederhana atau kesalahan ringan yang diulang-ulang, Markah 10 bermaksud salah laku yang berat.
b. Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM.
6.2 AMARAN DISIPLIN
Amaran Disiplin mestilah mengikut turutan. Melalui sistem ini, amaran disiplin adalah seperti berikut;
6.2.1 Amaran Disiplin Pertama (Bertulis) – (AD1)
Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 20 hingga 30 markah.Amaran ini hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.
6.2.2 Amaran Disiplin Kedua (Bertulis) – (AD2)
Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 30 hingga 40 markah. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.
9
6.2.3 Amaran Disiplin Ketiga (Gantung Sekolah) – (AD3)
Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 60 hingga 70 markah. Bagaimanapun, Pengetua boleh menggantung murid (Kes Khas) tanpa Amaran Disiplin Pertama dan Kedua. Dalam hal ini, apabila murid digantung (bagi kes khas), bermaksud Amaran Disiplin Pertama (AD1) dan Amaran Disiplin Kedua (AD2) dikeluarkan serentak bersama-sama hukuman gantung sekolah. Prosedur hukuman gantung sekolah adalah seperti berikut;
a. Keluarkan Surat Pertuduhan (dari sistem)b. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuanc. Serahkan Surat Pertuduhan Gantung.d. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.e. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-
mana yang terdahulu) Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk menggantung atau tidak murid berkenaan.
f. Jika dihukum gantung, gunakan borang dalam sistem untuk mengeluarkan Surat Hukuman Gantung
6.2.4 Amaran Disiplin Keempat (Amaran Akhir) – (AD4)
Amaran ini dkeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 80 dan 90 markah. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.
6.2.5 Buang Sekolah – (AD5)
Amaran ini dikeluarkan apabila mencapai markah salah laku mencapai 100 dan ke atas. Hukuman ini boleh juga dikenakan bagi kes-kes khas, mengikut pertimbangan Pengetua. Prosedur hukuman buang sekolah adalah seperti berikut;
g. Keluarkan Surat Pertuduhan buang sekolah (dari sistem)h. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuani. Serahkan Surat Pertuduhan buang sekolah.j. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.k. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-
mana yang terdahulu) Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk membuang atau tidak murid berkenaan.
l. Jika dihukum buang sekolah, gunakan borang dalam sistem.
6.2.6 Amaran-Amaran Lisan
Amaran ini dikeluarkan dari semasa ke semasa, atau apabila murid melakukan kes-kes salah laku.
6.2.7 Hukuan Rotan – Kes Merokok
Hukuman ini adalah mengikut pekeliling berkaitan kes merokok.
10
6.3 PEMULIHAN
6.3.1 KERJA AMAL
Kerja Amal adalah satu bentuk hukuman yang boleh dijalani oleh murid-murid secara sukarela. Sistem e-Disiplin menawarkan 2 kali kerja amal bagi setiap Amaran Disiplin yang diberikan kepada murid-murid.
Syarat-syarat Kerja Amal adalah seperti berikut;a. Dijalani di luar waktu pembelajaran dan pembelajaran, atau di luar waktu
persekolahanb. Kerja-keja yang dilaksanakan tidak bermaksud menggantikan kerja rutin pekerja-
pekerja / kakitangan sekolah.c. Kerja-kerja yang tidak terlalu berat atau membebankan muridd. Dikawal selia oleh gurue. Boleh juga melibatkan kerja-kerja kemasyarakatan di luar sekolah
6.3.1.1 JENIS KERJA AMAL
Jenis-jenis Kerja Amal yang disenaraikan dalam e-Disiplin adalah seperti berikut;
KERJA AMAL
KA01 MENOLONG GURU DALAM KECERIAAN SEKOLAH
KA02KERJA-KERJA LANSKAP/TANAM DAN JAGA POKOK BUNGA DLL
KA03 KERJA MENGECAT/MURAL/KERJA-KERJA BERATKA04 KERJA-KERJA MULIA-PERTOLONGAN CEMASKA05 KESUNGGUHAN KETIKA DI SURAU-RAJIN/TERTIB/TEKUNKA06 KOMITMEN UNTUK DATANG AWAL KE SEKOLAHKA07 RINGAN TULANG-SUKARELA MENOLONG GURUKA08 MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN KELASKA09 MEMBERSIH DAN MENYUSUN BILIK-BILIK KHASKA1O MEMBERSIH KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAHKA11 MEMBAIKI DAN MEMBAIK PULIH PERALATAN SEKOLAH
KA12MEMBERI MAKLUMAT YANG BERGUNA KEPADA SEKOLAH
KA13 AMALAN JIMAT CERMAT (AIR, ELEKTRIK DLL)KA14 AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN
KA15PENGLIBATAN IBU BAPA / PENJAGA DALAH AKTIVITI SEKOLAH
KA16AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG MENZAHIRKAN NILAI-NILAI MURNI
11
6.3.1.2 MARKAH KERJA AMAL
Markah Kerja Amal terdiri daripada 3, 5, dan 10. 3 bermaksud Kerja Amal yang dianggap ringan. Markah 5 bermaksud Kerja Amal yang sederhana, dan markah 10 bermaksud Kerja Amal yang dianggap berat.
Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM.
6.3.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Bimbingan dan Kaunseling merupakan elemen yang penting dalam usaha memulihkan murid yang bermasalah. Konsep bimbingan dan kaunseling di sini ialah aktiviti khusus dan berfokus kepada individu murid yang dikenal pasti sebagai bermasalah, dan bukannya aktiviti yang dibuat secara umum.
6.3.2.1 JENIS KAUNSELING
Pelbagai jenis aktiviti bimbingan dan kaunseling boleh dilaksanakan. Antaranya kaunseing individu dan kaunseling kelompok, yang berfokuskan murid bermasalah. Selain kaunseling individu dan kelompok, aktiviti lain juga boleh dilaksanakan seperti Kem Waja Diri.
6.3.2.2 PROGRAM LAIN (Sokongan)
Aktiviti sokongan juga perlu dilaksanakan, khususnya yang berbentuk pencegahan dan pemulihan. Setelah mengetahui masalah sebenar murid-murid langkah-langkah pemulihan dan pencegahan hendaklah diambil secara lebih drastik. Sebagai contoh, masalah ponteng kelas. Antara langkah pemulihan adalah kem khusus untuk murid-murid yang suka ponteng kelas. Di samping itu, langkah pencegahan juga boleh diusahakan oleh pihak sekolah.
12
Jadual pemarkahan e-Disiplin
FORMULA TANPA KERJA AMAL
TAMBAHAN JUMLAH KAUNSELING
MATA MARKAH TINDAKANKERJA AMAL BAKI (MIN)
3 - 19 AMARAN LISAN
20 20 - 30 AD1 0 20 110 31 - 40 AD2 0 30 1 41 - 59 PEMANTAUAN / BIMBINGAN 3
30 60 - 70AD3
(GANTUNG) 0 60 1 71 - 79 BIMBINGAN INTENSIF 2
20 80 - 90 AD4 (T/S) 0 80 1
20100 AD5 (BUANG)
100 5 9
FORMULA DENGAN KERJA AMAL
TAMBAHAN JUMLAH KAUNSELING
MATA MARKAH TINDAKANKERJA AMAL BAKI (MIN)
3 - 19 AMARAN LISAN
20 20 - 30 AD1 (-)20 0 130 31 - 40 AD2 (-)20 10 1
41 - 59 PEMANTAUAN / BIMBINGAN 4
50 60 - 70AD3
(GANTUNG) (-)20 40 1 71 - 79 BIMBINGAN INTENSIF 3
40 80 - 90 AD4 (T/S) (-)20 60 1 90 - 100 3
40100 AD5 (BUANG)
180 100 5 80 14
13
7 PERANAN PERSONEL
e-Disiplin menggariskan peranan setiap personel yang ada kaitannya dengan uruan disiplin sekolah
7.1 PERANAN GURU BESAR / PENGETUA
1. Membuat keputusan/tindakan serta menandatangani surat gantung dan buang sekolah.
2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)3. Mengarah siasatan kes salahlaku.4. Mengarah SU Disiplin memanggil mesyuarat.5. Melapor/merujuk PPD/JPN bagi kes khas dengan segera.6. Mengarah murid menjalani kaunseling.7. Mengarah murid membuat kerja amal.8. Menandatangani surat pertuduhan.9. Menandatangani surat tunjuk sebab10. Menandatangani surat hukuman11. Menjatuhkan hukuman12. Berbincang dengan ibu bapa/penjaga13. Memantau pelaksanaan sistem e-Disiplin
7.2 PERANAN GPK HEM
1. Menerima laporan daripada SU Disiplin bagi menandatangani surat amaran disiplin 1, 2 dan tunjuk sebab.
2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)3. Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa/ penjaga murid yang menerima surat
amaran disiplin.4. Mengarah murid membuat kerja amal.5. Mengarah murid menjalani sesi kaunseling6. Bertindak sebagai Timbalan Pengerusi semasa mesyuarat Jawatankuasa disiplin.7. Mengambil tindakan terhadap maklum balas murid / penjaga.8. Memfailkan surat akujanji antara murid dengan pihak sekolah.
7.3 PERANAN SETIAUSAHA DISIPLIN
1. Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah.2. Menyiasat kes salahlaku.3. Mengambil pengakuan murid /saksi/guru.4. Menerima atau menolak borang BSL setelah siasatan dibuat.5. Mencetak surat amaran disiplin untuk ditandatangani oleh pengetua/ Guru Besar/
Penyelia Petang/PK HEM.6. Mencadangkan murid menjalani sesi kaunseling dan kerja amal.7. Memasukkan maklumat salahlaku / kerja amal ke dalam sistem.8. Mengemaskini/simpan BSL.9. Memfailkan salinan surat amaran , akujanji yang telah dikeluarkan.10. Menyediakan analisa laporan bulanan/ tahunan.11. Menyelaras program disiplin sekolah
14
7.4 PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Menjalankan sesi kaunseling individu.2. Menjalankan sesi kaunseling kelompok.3. Menjalankan sesi bimbingan individu dan kelompok.4. Menjalankan sesi kaunseling intervensi5. Membuat lawatan ke rumah murid .6. menyelaraskan program pengukuhan murid seperti kem jati diri, ceramah dan lain
lain. 7. Memasukkan maklumat sesi kaunseling ke dalam sistem e-Disiplin8. Menyelaras program disiplin sekolah
7.5 PERANAN GURU
1. Memantau salahlaku di kalangan murid.2. Memberi bimbingan kepada murid3. Mengisi BSL.4. Mengisi borang ponteng berterusan / berkala dan menghantar kepada SU Disiplin.5. Membantu tugas SU Disiplin.6. Menentukan jenis kerja amal, menyelia dan memberikan markah.
7.6 PERANAN MURID
1. Berkerjasama dengan semua guru.2. Murid membuat pengakuan dalam Borang Salah Laku (BSL) semasa sesi siasatan
oleh SU Disipin Sekolah. 3. Memberi makumat yang tepat semasa soal siasat.4. Murid perlu membela diri dan membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan.5. Murid perlu mengikuti sesi kaunseling sebelum/selepas menerima hukuman.6. Menjalankan kerja amal untuk mengurangkan markah salah laku7. Mengikuti aktiviti pemulihan yang dijalankan oleh pihak sekolah
7.7 PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
1. Berkerjasama dengan pihak sekolah utuk mengawal disiplin anak.2. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil maklum dan perhatian sewajarnya apabila pihak sekolah mengeluarkan Amaran Pertama (Bertulis) dengan mengubungi pihak sekolah atau hadir sendiri ke sekolah.3. Ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk membincangkan kes salah laku anak mereka selepas Amaran Kedua (Bertulis) di keluarkan oleh pihak sekolah.4. Ibu bapa/penjaga perlu berkerjasama hadir ke sekolah sebagai saksi dalam proses menandatangi Aku Janji Murid selepas anak mereka menjalani hukuman Gantung Sekolah. 5. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengemukakan rayuan bertulis kepada Pengarah Pelajaan Negeri dalam tempuh 30 hari apabila sekolah mengambil tindakan Buang Sekolah ke atas anak mereka.
15
7.8 PERANAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH
1. Membuat siasatan kes-kes khas.2. Menerima laporan kes-kes khas dari sekolah.3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin
7.9 PERANAN JABATAN PELAJARAN
1. Menerima laporan kes khas dari Pejabat Pelajaran Daerah.2. Menerima dan menyelesaikan kes-kes rayuan buang sekolah.3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin.
7.10 PERANAN JKK / MAJLIS PENDUDUK
1. Menerima laporan disiplin murid-murid daripada pihak sekolah2. Berbincang dengan penjaga murid berkenaan3. Memantau murid-murid berkenaan di kawasan masing-masing4. Mengatur program berkaitan motivasi diri
8 OPERASI SISTEM
8.1 TERAS OPERASI
Sistem beroperasi secara automasi. Antara maklumat yang diperlukan oleh sistem adalah;
8.2 Maklumat murid (Diimport dari data SMM)8.3 Maklumat guru8.4 Maklumat salah laku (Borang Saman)8.5 Maklumat kerja amal8.6 Maklumat respon penjaga8.7 Maklumat sesi kaunseling8.8 Maklumat akujanji
8.9 KEUPAYAAN SISTEM
8.9.1 AMARAN DISIPLIN
Sistem memberikan petunjuk jika seseorang murid perlu dikenakan tindakan disiplin. Berikut ialah tindakan disiplin yang disediakan oleh sistem
a. Amaran Disiplin Pertama (AD1)b. Amaran Disiplin Kedua (AD2)c. Gantung Sekolah (AD3)d. Amaran Akhir (AD4)e. Buang Sekolah (AD5)f. Hukuman rotan (Kes menghisap rokok)
16
8.9.2 TANDA RUJUKAN KAUNSELING
Sistem juga mengeluarkan tanda secara automasi jika seseorang murid perlu dirujuk kepada kaunseling.
8.9.3 MENCETAK BAHAN
Sistem menyediakan pelbagai bahan untuk dilihat atau dicetak;
i. Laporan Bulanani. Laporan kes disiplin ii. Laporan jenis kesiii. Laporan mengikut tingkataniv. Laporan penglibatan guruv. Laporan tindakan disiplinvi. Laporan kerja amalvii. Laporan sesi kaunselingviii. Laporan respon penjaga
j. Laporan Tahunani. Laporan kes disiplin ii. Laporan jenis kesiii. Laporan mengikut tingkataniv. Laporan penglibatan guruv. Laporan tindakan disiplinvi. Laporan respon penjagavii. Laporan kerja amalviii. Laporan sesi kaunselingix. Laporan ponteng sekolahx. Laporan pergerakan muridxi. Laporan disiplin berdasarkan lokasi
k. Laporan lengkap disiplin seseorang muridl. Senarai pelajar bermasalahm. Laporan disiplin semasa (Ranking pelajar)n. Statistik disiplino. Senarai murid untuk rujukan kaunselingp. Surat Akuan sahsiah murid
8.9.4 IMPORT / EKSPORT
Untuk memudahkan pengurusan disiplin, sistem menyediakan menu untuk mengeksport dan mengimport data.
9 PENUTUP
Pelaksanan e-Disiplin secara menyeluruh dan mantap pastinya dapat mengurangkan masalah disiplin, dan mewujudkan iklim sekolah yang lebih baik.
17
Panduan e-Disiplin
1. Setup
i. Masukkan CD ke dalam Pemacuii. Klik ikon e-Disiplin 2 kaliiii. Klik Setupiv. Klik Next / Yes untuk semua paparan
2. Menukar Logo
i. Scan logo sekolah dalam format bitmap imejii. Save fail dalam drive C, Program File, e-Disiplin.iii. Namakan file sebagai Logo
3. Masuk ke Sistem
i. Ada dua cara untuk masuk ke system
A) Melalui butang Start, All Program, e-Disiplin.B) Melalui ikon e-Disiplin pada desktop
ii. Masukkan Kod ID: KPMiii. Masukkan Kod Rahsia: SKE-D, dan klik OKiv. Paparan berikutnya, masukkan Kod Pegawai yang memasukkan data,
dan tekan Enter
4. Kemas Kini Maklumat Asas
i. Klik menu Kemas Kini Maklumat Asasii. Delete maklumat yang dipaparkan dan masukkan maklumat yang
sesuai dengan sekolah
5. Memasukkan Maklumat Guru
i. Klik Menu Maklumat Guruii. Masukkan Maklumat semua guru yang bertugas di sekolahiii. PERHATIAN
a. Setiap maklumat guru yang telah di’key in’ tidak boleh di’delete’
b. Pastikan setiap guru mempunyai kod tersendiri, yang tidak boleh menyamai guru lain
c. Sekiranya guru berkenaan berpindah sekolah, biarkan maklumat tersebut dalam system
6. Memasukkan Maklumat Murid (Bilangan Kecil)
i. Klik menu Maklumat Murid
18
ii. Masukkan Maklumat yang dikehendaki dalam boringiii. PERHATIAN
a. Borang ini digunakan untuk memasukkan maklumat murid dalam bilangan yang kecil
b. Untuk maklumat murid secara ‘borong’ gunakan disket SMM
7. Memasukkan Maklumat Murid Secara ‘Borong’
i. Gunakan disket SMM.ii. Buka disket, Data HEM, dan ‘copy’ TMurid dan Tlbsek.iii. ‘Paste’kan di luar Data HEM.iv. Masuk ke e-Disiplinv. Klik menu Maklumat Muridvi. Klik menu Import Data HEMvii. Pilih / Klik pemacu Aviii. Klik Yes untuk semua paparan berikutnya.
8. Memasukkan Maklumat Salah Laku
i. Klik menu Borang Salah Laku untuk memasukkan data / maklumat borang saman
ii. Masukkan No Kad Pengenalan, dan Enter. Nama pelajar akan dipaparkan. Sekiranya tiada paparan nama pelajar, ada kemungkinan No Kad Pengenalan tersalah, atau mungkin maklumat pelajar berkenaan belum ada dalam system
iii. Masukkan tarikh dalam format HH/BB/TTTT. Contoh 16, Enter, 01, Enter, 2008, Enter
iv. Masukkan Kod Salah Laku (Cetak senarai kod salah laku untuk memudahkan rujukan)
v. Masukkan markah, sama ada 3 (untuk kesalahan yang dianggap ringan), 5 (untuk kesalahan yang dianggap sederhana), dan 10 (untuk kesalahan yang dianggap berat)
vi. Masukkan waktu kes dilakukanvii. Masukkan tempat kes dilakukanviii. Masukkan Kod Guru yang menyaksikan kesix. Masukkan keterangan yang lengkap berkaitan kes. Contoh:
a. Bahawa kamu telah dengan sengaja ponteng kelas Bahasa Melayu
b. Bahawa kamu telah dengan sengaja mencuri wang Ahmad bin Abu berjumlah RM 10.00 yang disimpan oleh Ahmad bin Abu di dalam beg sekolahnya
c. Bahawa kamu telah menghisap rokok jenama Dunhill bersama-sama Ali bin Hassan. Bukti sebahagian rokok Dunhill
d. Bahawa kamu telah bermain daun terup dengan pertaruhan wang bersama-sama Osman bin Samad dan Yusuf bin Harun. Bukti: Daun terup dan wang tunai berjumlah RM 10.00
19
x. PERHATIAN:a. Perhatikan menu-menu yang mungkin timbul semasa anda
memasukkan maklumat salah lakub. Ikuti / Klik menu-menu yang timbul untuk langkah /
tindakan seterusnya.
9. Memasukkan Maklumat Kerja Amal
i. Klik menu Borang Kerja Amalii. Masukkan maklumat yang dikehendaki dalam boring tersebut
10. Memasukkan Maklumat Sesi Kaunseling
i. Klik menu Borang Sesi Kaunseling untuk memasukkan maklumat pelajar yang telah menjalani sesi kaunseling
ii. Penuhkan maklumat yang dikehendakiiii. Klik / tandakan ruang yang berkenaan dalam borang tersebut
11. Memasukkan Maklumat Respon Penjaga
i. Klik menu Borang Sesi Penjaga untuk memasukkan maklumat perhubungan dengan penjaga sama ada penjaga hadir ke sekolah, atau melalui telefon.
ii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut.
12. Menyisih Rekod
i. Klik menu Sisih Rekod untuk menukar status pelajar sekiranya pelajar tersebut telah berpindah sekolah, berhenti dan sebagainya.
ii. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar untuk menyisihkan rekod seorang pelajar.
iii. Untuk menyisihkan rekod ramai pelajar (borong) klik 2 angka awal No Kad Pengenalan dan diikuti butang *. Contoh 90*, dan tekan Enter
iv. Tukarkan status pelajar pada ruang yang berkenaan.
13. Borang Pertukaran Sekolah
i. Klik menu Borang Tukar Sekolah untuk mencetak borang tukar sekolah para pelajar.
ii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki dalam borangiii. Klik menu Cetak Borang untuk mencetak borang tersebut
14. Borang Akur Janji
20
i. Klik menu Borang Akur Janji untuk memasukkan maklumat pelajar yang menandatangani Surat Akur Janji
ii. Penuhkan maklumat yang dikehendakiiii. PERHATIAN: Pelajar perlu menandatangani borang bercetak (hard
copy) untuk simpanan / fail.
15. Amaran Disiplin
i. Ada dua cara untuk mengeluarkan Amaran Disiplina. Melalui menu yang timbul semasa memasukkan maklumat
salah lakub. Melalui menu Amaran Disiplin
ii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki iii. Cetak Surat Amaran Disipliniv. PERHATIAN.
A) Sila patuhi carta aliran kerja yang dicadangkan.B) Amaran Disiplin yang dikeluarkan mestilah dari Amaran
Pertama, Kedua, Ketiga dan serusnya.C) Seboleh-bolehnya elakkan dari melangkau Amaran Disiplin.
16. Membuat Pembetulan / edit Kes Salah Laku
i. Klik menu Borang Salah Lakuii. Klik menu Semakiii. Cari maklumat yang ingin dibetulkan dan buat pembetulan, atau delete
maklumat tersebut.
17. Import Data (e-Disiplin)
i. Klik menu Import / eksport Dataii. Klik menu Import Dataiii. Pilih dan klik pemacu yang sesuaiiv. Klik Yes untuk semua paparan yang muncul
18. Eksport Data
i. Klik menu Import / eksport Dataii. Klik menu Eksport Dataiii. Pilih / Klik pemacu yang sesuai dengan penggunaan anda
19. Mencetak Laporan
i. Laporan Bulanan Untuk melihat pelbagai laporan bulanan seperti Laporan Kes Bulanan, Laporan Jenis Kes, Laporan Penglibatan Guru dan sebagainya.
21
ii. Laporan TahunanUntuk melihat pelbagai laporan bulanan seperti Laporan Kes Bulanan, Laporan Jenis Kes, Laporan Penglibatan Guru dan sebagainya.
iii. Kad disiplin pelajarUntuk melihat / mencetak Kad Laporan Disiplin Seseorang pelajar
iv. Senarai Pelajar bermasalahUntuk melihat kumpulan pelajar yang dianggap bermasalah berserta kes-kes yang dilakukan. Menu ini sesuai untuk Guru Kaunseling merancang tindakan / bimbingan
v. Laporan disiplin semasaUntuk melihat senarai pelajar, markah merit dan amaran-amaran yang dikeluarkan
vi. Senarai Pengurusan disiplinUntuk melihat / menyemak senarai guru yang ada dalam system
vii. Senarai pelajarUntuk melihat / menyemak senarai pelajar yang ada dalam system
viii. Kod Salah lakuUntuk membuat rujukan kod-kod kes salah laku
ix. Kod kerja amalUntuk membuat rujukan Kod-kod Kerja Amal
x. StatistikUntuk melihat rumusan data-data disiplin semasa dan tahunan
xi. Penggunaan systemUntuk melihat laporan pegawai-pegawai yang mneggunakan system.
xii. Borang-borangUntuk mencetak pelbagaai borang bagi kegunaan system
xiii. Akuan sahsiahUntuk mencetak Sijil Akuan Sahsiah para pelajar. Hanya pelajar yang ada melakukan kesalahan, dan atau melakukan kerja amal sahaja aka nada sijil ini.
xiv. Rujukan kaunselingUntuk memudahkan Guru Kaunseling mendapatkan klien.
Disediakan olehMOHAMMAD BIN HARUN0199228343 / 0139838843
22
23