Nota Pend. Sivik & Kewarganegaraan Ting. 2 bagi Tema 5

Post on 30-Jun-2015

3.143 views 0 download

description

Nota Pend. Sivik & Kewarganegaraan Ting. 2

Transcript of Nota Pend. Sivik & Kewarganegaraan Ting. 2 bagi Tema 5

TEMA 5 : MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

DEMOKRASI BERPARLIMEN

1. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan.

2. Sistem demokrasi di Malaysia terdiri daripada :a) Pilihan Rayab) Parlimenc) Dewan Undangan Negeri (DUN)

3. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan melalui pilihan raya iaitu melalui system demokrasi berparlimen. Rakyat bebas memilih perwakilan dan berhak menyokong, mengekal atau menukar kerajaan. Berikut adalah proses pilihan raya di Malaysia :

a) Pembubaran parlimenb) Penamaan calonc) Kempend) Pengundiane) Pengiraan undif) Pengistiharan pemenangg) Pembentukan kerajaan

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KITA

1. Di antara peranan dan tanggungjawab yang boleh kita lakukan sebagai warganegara Malaysia ialah :

a) Memberi pendapat melalui saluran yang betulb) Menghargai dan menjaga kemudahan awamc) Menunjukkan taat setia kepada raja dan pemimpin Negarad) Menjaga keamanan Negarae) Mengundi dalam pilihan raya setelah mencapai umur 21 tahunf) Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembangunan Negarag) Menjaga nama baik Negarah) Mengharumkan nama Negara