Post on 03-Feb-2016
description
KAJIAN TINJAUAN
Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan
berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam
bidang sains sosial. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Kajian tinjauan
digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun
ribuan responden (Marican, 2006).
Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah
mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui
kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang
dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan
umum (generalization) tentang sesuatu populasi.
Berikut disenaraikan ciri-ciri kajian tinjauan: kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah,
kutipan data yang cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat dipungut secara terus
daripada responden dalam masa singkat dan dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu
populasi kajian (Chua, 2006). Terdapat beberapa cara pemilihan sampel dalam kajian tinjauan iaitu
melalui pensampelan rawak mudah(simple random sampling), pensampelan berstrata (stratified
sampling), pensampelan sistematik (systematic sampling) dan pensampelan kelompok (cluster
sampling). Walau bagaimanapun pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak
daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian, 2000).
Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual secara lisan
atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon. Soal selidik ialah alat ukur yang paling
popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang
diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik Walau
bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah
melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan. Sekiranya
penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian. Ciri-
ciri instrumen soal selidik yang baik mestilah sesuai dengan kesediaan responden, format instrumen
yang sistematik, arahan yang jelas, surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian serta
ujian rintis perlu dijalankan sebelum instrumen digunakan (Chua, 2006). Selain soal selidik, temu bual
juga boleh digunakan dalam kajian tinjauan. Beberapa bentuk temu bual boleh digunakan iaitu temu
bual berstruktur, temu bual semi struktur, temu bual tidak berstruktur. Walau bagaimanapun temu
bual tidak berstruktur jarang digunakan dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya
digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay &
Airasian, 2000). Panduan membentuk item-item soal selidik ialah penggunaan bahasa yang mudah,
selaras dengan responden, elakkan soalan yang sukar, soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan
responden, elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang, elakkan soalan yang kabur,
elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat, elakkan soalan yang berarah dan item yang
negatif (Merican, 2006). Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert,
skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman(Gay & Airasian, 2000).
Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan maklumat.
Beberapa aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual ialah menentukan jenis temu bual
dalam kajian; rancangan temu bual; stail, kandungan dan susunan soalan temu bual; ciri-ciri soalan
temu bual yang baik; aras bahasa dalam temu bual; penyusunan soalan temu bual dan tempoh sesi
temu bual (Chua, 2006). Kesemua aspek di atas perlu diambil perhatian ketika menyediakan item
temu bual. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum
untuk menjawab persoalan kajian. Beberapa kaedah temu bual boleh digunakan iaitu temu bual
bersemuka, temu bual tidak bersemuka dan temu bual bantuan komputer. Terdapat 10 ciri asas untuk
menjadi penemu bual yang baik iaitu tidak mulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar
tentang tujuan temu bual, soalan ditanya secara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan
jelas dan tepat, berwatak sebagai pendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai,
tempat yang selesa, menghormati responden, berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan
menghargai responden.
KAJIAN KESMelalui kajian kes, maklumat yang amat teliti, kaya dan mendalam dikumpul untuk menjawab
persoalan kajian. Selain itu, kajian kes juga memfokus kepada penghuraian yang holistik/ menyeluruh
dan memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam (Yin, 1994).
Kajian ini boleh menjawab soalan ‘bila’, ‘bagaimana’ dan ‘mengapa’. Kajian kes terdiri daripada dua
jenis iaitu penerokaan (explanatory) dan diskriptif (descriptive). Kajian ini boleh dilakukan terhadap
seorang individu, beberapa orang individu, kumpulan atau beberapa kumpulan dalam sesuatu
organisasi seperti sekolah. Sebagai contoh, kajian terhadap seorang pelajar yang bermasalah dan
pelajar yang cerdik dalam pembelajaran boleh dilaksanakan berdasarkan penerokaan dan deskriptif.
Hal ini demikian kerana kaedah kajian kes memerlukan maklumat yang terperinci dan mendalam bagi
seseorang penyelidik. Di samping itu, alat kajian yang sesuai diperlukan untuk memperoleh maklumat
yang berkenaan (Chua, 2006). Alat kajian yang biasanya digunakan adalah soal selidik, temu bual,
pemerhatian dan penelitian dokumen.
Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan dokumen personal seperti diari, memo, surat, fotografi,
rakaman dan sebagainya. Soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi responden mengenai
sesuatu fenomena. Ujian digunakan untuk mengukur pencapaian responden misalnya soalan-soalan
ujian atau ujian penentuan tingkah laku. Temu bual yang digunakan adalah temu bual separa
berstruktur dan terbuka supaya kesemua maklumat yang diperlukan dapat disampaikan kepada
penyelidik. Begitu juga dengan pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian turut serta dan
pemerhatian tidak turut serta. Selain itu, penelitian dokumen juga boleh digunakan sekiranya
diperlukan untuk me- nyokong soal selidik, temu bual atau pemerhatian yang telah dijalankan.
Penyelidik tidak perlu menggunakan kesemua alat kajian yang diberikan tetapi memilih alat kajian
yang sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan kesahan
dan kebolehpercayaan kajian kes yang dijalankan, kaedah ‘triangulasi’ boleh digunakan. Kajian
dilakukan ke atas tiga aspek iaitu masa, ruang dan pemerhati. Misalnya pemerhatian dilakukan pada
masa yang berlainan, tempat yang berbeza dan dilakukan oleh beberapa orang pemerhati (Chua,
2006). Selain itu, ‘triangulasi’ juga boleh menggunakan tiga alat kajian yang berlainan untuk
mendapatkan data yang sama. Seorang penyelidik kajian kes yang menggunakan alat temu bual
harus mempunyai kemahiran menyoal yang baik seperti kurang bercakap tetapi lebih banyak
mendengar, menyoal apa bila tidak faham, menyoal soalan terbuka, tidak menyampuk ketika
responden sedang seronok bercerita, memastikan responden sentiasa fokus kepada soalan yang
ditanya, tidak menilai apa yang disampaikan dan berdebat dengan mereka (Gay & Airasian, 2000).
Selain itu, penyelidik juga harus mempunyai kemahiran untuk merangsang responden untuk bercerita
secara selesa tanpa ragu-ragu. Kesemua perbualan harus direkodkan dengan menggunakan alat
perakam audio. Tujuannya adalah supaya tidak ada maklumat yang tercicir dan mudah
ditranskripsikan untuk dianalisis. Sebelum dianalisiskan temu bual berkenaan perlu mendapat
pengesahan daripada responden untuk tujuan kesahan alat kajian yang digunakan. Terdapat dua
jenis pemerhatian yang menjadi pilihan kepada pe-nyelidik kajian kes untuk digunakan supaya boleh
menjawab persoalan kajian. Semasa pemerhatian turut serta penyelidik terlibat secara langsung
dalam akti-viti yang dijalankan. Dengan menggunakan pemerhatian ini penyelidik mempunyai
pengalaman menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan responden dalam kajian yang
dijalankankan. Walau bagaimanapun kelemahannya ialah kesukaran penyelidik untuk membuat
catatan nota lapangan pemerhatian. Mana kala pemerhatian tidak turut serta penyelidik hanya
melakukan pemerhatian kepada keseluruhan aktiviti yang dijalankan. Kedua-dua pemerhatian
dilakukan dalam situasi sebenar dan secara holistic (Gay & Airasian, 2000). Rakaman pemerhatian
boleh menggunakan alat perakam audio dan video untuk merakam perbualan dan tingkah laku yang
diperhatikan. Penyelidik akan mencatat tingkah laku, perbualan, keadaan tempat, interaksi guru-
pelajar, interaksi pelajar-pelajar dan perkara-perkara yang diperlukan dalam kajian. Penyelidik boleh
meminta bantuan penyelidik lain untuk mencatat pemerhatian yang dijalankan untuk tujuan
pengesahan sekiranya perlu. Alat kajian yang terakhir, iaitu penelitian dokumen boleh digunakan
untuk mendapatkan data sokongan. Penelitian dokumen boleh menggunakan senarai semak atau
mendapatkan tema-tema yang diperlukan. Analisis menggunakan frekuensi dan peratus boleh
digunakan.
PERBEZAAN KUALITATIF DAN KUANTITATIF
Terdapat banyak perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dari sudut kaedah
penyelidikan atau pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah postivis, eksperimental, data
numarika dan ujian statistik. Manakala penyelidikan kualitatif pula menggunakan kaedah interpretif,
penghuraian, kajian lapangan, kajian sejarah, kajian kes, data verbal dan triangulasi data.
Selain itu, dari segi konsep utama pula ialah penyelidikan kuantitatif mengamalkan konsep variable,
konsep hipotisis kepercayaan, operasional, kesahan dan signifikan. Sebaliknya kaedah kualitatif pula
mengamalkan konsep makna, esei, pemahaman, pembentukan fenomena, konteks dan
triangulasi.Seterusnya ialah perbezaan dari sudut bidang yang dikaji oleh penyelidik. Kaedah
kuantitatif lebih menjurus kearah bidang sains asas, perindustrian, psikologi, sains politik,
kejuruteraan, ekonomi dan pendidikan.
Manakala kaedah kualitatif pula cenderung kearah bidang antropologi, kemasyarakatan, linguistic,
sosiologi dan sejarah. Dalam menentukan tujuan pula, kaedah kuantitatif melihat kepada tujuan untuk
menguji teori, membina fakta, menunjukkan perbezaan, menunjukkan hubungan, meramal tingkah
laku dan menerangkan kejadian secara statistik. Berbeza pula dengan kaedah kualitatif iaitu membina
tujuan untuk melengkapkan teori, meningkatkan kefahaman, menghuraikan kenyataan, menyatakan
kejadian semulajadi dan menerangkan kejadian secara verbal.
Melihat pula perbezaan dari sudut reka bentuk kajian, kaedah kuantitatif berbentuk eksperimental,
kuasi eksperimental, temubual berstruktur, pemerhatian berstruktur dan tinjauan. Kaedah kualitatif
pula berbentuk pemerhatian, pemerhatian peserta, temubual tidak berstruktur, rujukan maklumat
dokumentasi dan kajian kes. Dari sudut sampel pula, kaedah kuantitatif mengambil sampel bersaiz
besar, kaedah persampelan kebarangkalian, pemilihan sampel secara rawak, kumpulan sampel
kawalan dan sampel berlapis.
Manakala kaedah kualitatif pula, sampel yang diambil berskala kecil, persampelan bukan
kebarangkalian dan pemilihan sampel dengan mempunyai tujuan berdasarkan penyelidikan yang
dilakukan oleh penyelidik. Keupayaan keputusan yang digeneralisasikan adalah tinggi dengan
menggunakan kaedah kuantitatif berbanding kaedah kualitatif.
Melihat perbezaan dari segi data pula, kaedah kuantitatif mengumpul data secara kuantiti, bilangan,
pengukuran dan statistik. Manakala kaedah kualitatif pula menjurus kearah penghuraian deskriptif,
nota pandangan, catatan verbal, rakaman pemerhatian atau temubual dan maklumat dari bahan
dokumentasi.
Dari sudut analisis data pula, kaedah kuantitatif menganalisis data secara deduktif dan statistik.
Manakala kaedah kualitatif pula menganalisis secara tertutup, dalam jangka masa yang panjang dan
secara mendalam. Seterusnya perbezaan dari segi format instrument untuk membentuk data pula,
kaedah kuantitatif adalah lebih formal, spesifik, struktur, telah ditetapkan dan menggunakan skala.
Manakala kaedah kualitatif adalah sebaliknya.