NOTA REKA CIPTA

Post on 23-Jun-2015

298 views 12 download

description

REKA CIPTA TINGKATAN 4

Transcript of NOTA REKA CIPTA

By: muhd zulkifli hamzah-

LM(smktls)

Satu teknik berfikir yang menekankan kepada apa yang betul dan apa yang salah dari segi kenyataan hidup sebenar.

Satu teknik berfikir bagi seseorang itu menganalisis masalah dengan cara memecahkan masalah yang besar supaya mudah ditangani.

Satu teknik berfikir yang digunakan untuk mengenal pasti kesilapan, kelemahan,kekurangan dan kesalahan sesuatu idea atau cadangan.

Satu teknik berfikir yang digunakan dalam aktiviti berkumpulan bagi penjanaan idea.

Satu teknik berfikir berdasarkan kepada suara hati kecil kita mengikut gerak hati dan naluri digunakan membuat keputusan dalam keadaan tiada maklumat atau maklumat tidak lengkap.

Pemikiran bersifat generatif yang bertujuan menerbitkan suatu perubahan baru dan berlainan terhadap sesuatu masalah. Mencari alternatif baru tanpa mempunyai batasan terhadap idea yang dikeluarkan.

Keupayaan mengubah idea dan persepsi lama kepada yang baru. Lebih diperlukan dalam kehidupan sebenar berbanding pemikiran kritikal.

• Kehadiran seekor buaya di sebuah lombong lama di Marang (pemikiran lateral). Masalah ini perlu diselesaikan segera kerana ia membahayakan penduduk kawasan persekitaran tersebut. Selepas laporan diterima oleh pihak berkuasa, tindakan yang akan diambil ialah menangkap buaya itu dan memindahkan ke zoo mini Kemaman (Vertikal).

(Pemikiran vertikal). Walaubagaimanapun buaya itu gagal ditangkap dan buaya itu mesti ditembak kerana ia haiwan yang ganas. Tindakan di atas gagal menyelesaikan masalah dengan baik. (Pemikiran kreatif) mencadangkan agar buaya tersebut dibiarkan hidup di lombong itu. Hasilnya tempat itu menjadi tumpuan pelancong dan boleh menjana pendapatan serta membuka peluang pekerjaan.