Post on 03-Jul-2015
MURNI HAYATI BINTI ABD HALIMNORAINI BINTI MD ALI
IPG Kampus Pulau Pinang
KokurikulumolahragaWAJ 3112
SEJARAH LOMPAT JAUH Dikesan pada awal tahun 708 s.m. Iaitu
semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan pertama yang
dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlit dari Sparta.
Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah dikategorikan dalam acara olahraga dan diterima dalam pelbagai kejohanan.
Mudah dipelajari dari lompatan lain tetapi tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada risiko kecederaan.
PRINSIP-PRINSIP ASAS
Mencapai jarak lompatan maksimum dengan melakukan larian pantas serta lonjakan yang kuat dan tinggi.
Kelenturan badan serta daya koordinasi yang baik.
Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat mempengaruhi jangka masa pelompat semasa berada di udara.
GAYA LOMPAT JAUH
1. Gaya layar
2. Gaya gantung
3. Gaya tendang kayuh
FASA LOMPAT JAUH
1. Fasa penujuan2. Fasa lonjakan3. Fasa penerbangan/ layangan4. Fasa pendaratan
LATIHAN ANSUR MAJU
1. Menentukan kaki lonjakanPelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.
2. Latihan lonjakan
Berlari dan melonjak dengan menggunakan lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi yang boleh.
Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak
Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat
Berlari 3 dan menanduk objek yang digantung
3. Latihan mendarat Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat dengan
menggunakan kaki lonjakan
Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti kayu) atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.
Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian)
4. Mengukur penujuan Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan
dengan kaki bukan untuk lonjakan di atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah pertama dengan kakil onjakan dan mengira sehingga 7 langkah menanda titik tersebut.
Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan.
Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.
5. Latihan gaya lompatan berbeza. Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya
bebas. Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya
yang berbeza. Berlari dan melompat dari papan anjal dengan gaya
berbeza.
PERATURAN 173
Dalam pertandingan melibatkan lebih 8 orang peserta, 3 percubaan dibenarkan dahulu. Selepas itu, 8 orang perserta terbaik dipilih untuk membuat 3 lagi lompatan.
Sebaliknya jika bilangan peserta ialah 8 orang atau kurang, 6 percubaan diberi.
PEMBATALANPapan lonjak
Landasan larian
(a)Kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak
(b)Melonjak di luar kawasan papan lonjak
(c) Semasa mendarat, menyentuh kawasan di luar kawasan mendarat yang lebih dekat dengan papan lonjakan.
(d)Selepas mendarat, berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan.
CARA MENGUKUR
Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan lonjakan yang terdekat dengan kawasan mendarat.
Merekod kepada meter terdekat iaitu 0.01m di bawah ketinggian yang diukur. Ini bererti bahagian kurang daripada 1 cm diabaikan.
Kawasan Mendarat
Papan lonjak
Jarak lompatan
LIST WORLD RECORD LONG JUMP HOLDERS
Mike Powell - USA, 8.95 meters, 1991 Bob Beamon - USA, 8.90 meters, 1968
Igor Ter-Ovanesjan - Soviet Union, 8.35 meters, 1967 Ralph Boston - USA, 8.35 meters, 1965 Ralph Boston - USA, 8.34 meters, 1964 Ralph Boston - USA, 8.31 meters, 1964
Igor Ter-Ovanesjan - Soviet Union, 8.31 meters, 1962 Ralph Boston - USA, 8.28 meters, 1961 Ralph Boston - USA, 8.24 meters, 1961 Ralph Boston - USA, 8.21 meters, 1960 Jesse Owens - USA, 8.13 meters, 1935
Chuhei Nambu - Japan, 7.98 meters, 1931
Video Lompat Jauh Wanita Video Lompat Jauh Lelaki (Carl Lewis vs Mike
Powell)
TERIMA KASIH