Post on 30-Jun-2015
LOMPAT JAUH
PENGENALAN
Acara olahraga dimana seseorang ahli sukan atau atlit cuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepasan
Akan berlari di laluan dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah
Matlamat - berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal
Perlu menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih
Pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif
Peserta akan mendapat beberapa kali cubaan untuk melompat
Lompatan yang terpanjang akan dikira sebagai keputusan
Pemenang berdasarkan lompatan yang sah dan paling jauh
Kelajuan semasa berlari dan tinggi lompatan merupakan kunci lompatan yang jauh
SEJARAH LOMPAT JAUH
Bermula pada awal tahun 708 s.m (Sukan Olimpik Kuna di Greece)
Atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres
Lompatan pertama ialah sejauh 7.05 meter oleh Chionis
Teknik dan gaya lompatan kian berubah
Lompat jauh dikategorikan sebagai dalam acara olahraga pada Sukan Olimpik Moden pada 1896
Teknik dan peraturan diperbaiki mengikut masa
Dianggap acara yang mudah untuk dipelajari
Boleh membawa kecederaan
PERALATAN YANG
DIGUNAKAN
1. Pita pengukur – Digunakan untuk mengukur jarak lompatan
Diukur dari hujung yang terdekat dengan papan pelepas ke hujung pendaratan terdekat dalam kawasan pendaratan
2. Kasut spike –kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan sebagai perlindungan
kasut yang bertumit dan berpaku sesuai untuk lompat jauh
3. Bendera isyarat untuk mengawasi
lompatan Bendera putih-
lompatan yang sah Bendera merah-
lompatan yang batal
4. Papan pelepas- petanda dan
permulaan lompatan Saiz – 1.22 meter
panjang dan 20cm lebar
Diletakkan satu meter daripada kawasan pendaratan
5. Kawasan pendaratan
Peralatan utama dalam lompat jauh
Diisikan dengan pasir halus dan dilembapkan
Saiz – 9meter panjang dan 2.75 meter lebar
Prinsip Asas Lompat Jauh
1. Tujuan utama lompat jauh ialah mencapai jarak lompatan yang maksimum.
2. Jika seseorang atlit ingin menjadi pelompat yang handal, dia mestilah berupaya berlari dengan pantas melompat dengan kuat dan mempunyai kelenturan badan serta daya koordinasi yang baik.
3. Larian dan lonjakan akan menyebabkan pelompat bergerak mengikut satu lingkungan parabola di mana jarak lompatannya dapat tentukan.
4. Sebenarnya gaya badan semasa berada di fasa layangan adalah untuk mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persedian untuk mendarat dengan selamat dan berkesan.
5. Suatu kajian dalam bidang olahraga
(Gordon, 1975) telah membuktikan bahawa gaya tendang kayuh hanya berkesan dan sesuai bagi pelompat yang mampu melompat jarak yang lebih daripada 5 meter.
6. Gaya layar adalah suatu gaya lompatan yang popular kerana ia mudah diajar
7. Walau bagaimanapun, gaya ini mempunyai kelemahannya yang tersendiri dan kurang berkesan untuk dijadikan sebagai satu teknik lompat jauh yang dapat contohi
8. Gaya layangan di dalam teknik ini menyebabkan pelompat cepat mendarat
9. Gaya yang dicadangkan ini hampir sama dengan gaya tendang kayuh, kecuali tindakan "kayuh" itu tidak dilakukan di dalam gaya ini.
10. Kelebihan gaya ni ialah selain daripada senang dipelajari, ia dapat memudahkan atlit mempelajari gaya tendang kayuh apabila sampai masanya.
FASA LOMPAT JAUH
Fasa Penujuan Terdapat beberapa cara untuk memulakan
fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak
Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik permulan mestilah bermula dengan kaki melonjak
Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar
Fasa lonjakan Setibanya di papan lonjak, pelompat
pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum
Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu
Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas
Fasa penerbangan/layangan
Dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasa
Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal
Fasa pendaratan
apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan, tangan dan kaki digerakkan ke hadapan
Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan
TEKNIK MENDARAT
Dalam teknik ini, pelompat harus berupaya mendarat dengan sebaik mungkin
Jangan sampai badan atau lengan jatuh ke belakang
Pendaratan pada bak lompat dimulai dengan posisi kedua tumit kaki dan kedua kaki agak rapat
Gerakan-gerakan waktu pendaratan harus dilakukan dengan dua kaki
Yang perlu diperhatikan saat mendarat adalah kedua kaki mendarat secara bersamaan, diikuti dengan dorongan pinggul ke depan
Sehingga, badan tidak cenderung jatuh ke belakang yang bisa berakibat merugikan si pelompat itu sendiri.
Fasa Pendarata
n
Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan, tangan dan kaki digerakkan ke hadapan
Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan
1.Teknik Lompat Jauh Gaya Layar
Fasa mendarat
-Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh
-Gerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah
-Condongkan badan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat
2.Teknik Lompat Jauh Gaya Gantung
Fasa mendarat
-Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan
-Dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan ke hadapan dengan pantas serta badan dihamburkan ke hadapan
3.Teknik Lompat Jauh Gaya Kayuh Fasa mendarat
-Bongkokkan badan sedikit dan luruskan tangan ke hadapan
-Lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan
-Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasa mendarat untuk mengimbangi pergerakan badan dan tumit
ANSUR MAJU1.1 Ansur Maju Lonjakan1.2 Ansur Maju Layangan dan Mendarat1.3 Ansur Maju Lari Landas
ANSUR MAJU LONJAKAN
Ansur maju 1:a) Lonjak dari luar ke dalam gelung
rotan.
b) Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.
c) Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.
d) Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dan mendarat dengan tumit.
Ansur maju 2:a) Melonjak dari dalam gelung ke luar.b) Bergerak dan melangkah kayu yang
diletakkan di hadapan.
c) Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki
bebas seberapa tinggi yang termampu
d) Hayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan
e)Mendarat dengan tumit
Ansur Maju 3
a)Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali
b)Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat.
ANSUR MAJU LAYANGAN DAN MENDARAT
Ansur maju 1:a) Melonjak dengan kaki lonjakan
melintasi benteng pasir.b) Melonjak menggunakan kedua-dua
belah kaki terus ke benteng pasir.c) Lutut dibengkokkan.
Ansur maju 2:a) Undur 1 langkah ke belakang.b) Lonjak menggunakan sebelah kaki (kiri
atau kanan; mengikut kesesuaian).c) Lonjak terus ke benteng pasir.d) Mendarat menggunakan kedua-dua
belah kaki dan lutut dibengkokkan.
Ansur Maju 3:a) Undur 2 langkah ke belakang.b) Lonjak 2 langkah ke hadapan sehingga
ke benteng pasir dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki.
c) Undur 3 langkah ke belakang.d) Lonjak 3 langkah ke hadapan sehingga
ke benteng pasir dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki.
e) Ulang lakuan; berlari, melonjak dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki dan membengkokkan lutut semasa pendaratan.
f) Mendarat dengan tumit dahulu.
g) Hulurkan tangan ke hadapan dan hamburkan badan ke hadapan.
ANSUR MAJU LARI LANDAS
Berpasangan. A berlari dari tempat permulaan ke papan
lonjakan. B berdiri berhampiran papan lonjakan
sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan lonjak.
Sekiranya A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarak ukuran di tempat permulaan.
BA
KEDUDUKAN
Jika kaki lonjakan menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke belakang satu atau dua langkah.
Jika menapak sebelum papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan satu atau dua langkah ke hadapan.
Ulang sebanyak 7 kali di tempat permulaan yang baru.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
ketika lari landas Kawal kelajuan semasa berlari. Jarak langkah yang konsisten dalam setiap
larian. Langkah pertama adalah sangat penting
dijaga jaraknya supaya sekata dalam setiap larian.
Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima dan keenam.
Larian sama dengan lari pecut tetapi badan perlu ditegakkan sedikit dan lutut diangkat tinggi.
Penggunaan penanda di tempat permulaan dan di tempat yang tidak kurang dari jarak empat langkah dari papan lonjakan.
Ketika berada di penanda yang terakhir, pelompat mestilah mencapai kelajuan yang terkawal.
Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah angka ganjil
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG LOMPATJAUH
Dalam pertandingan yang melibatkan 8 orang peserta, 3 percubaan di benarkan dahulu. Selepas ini 8 peserta terbaik di pilih untuk membuat 3 lagi lompatan.
Sebaliknya jika bilangan peserta ialah 8
orang atau kurang, 6 percubaan di beri.
PERATURAN ACARA LOMPAT JAUH(PERATURAN 147)
Lompatan peserta di kira gagal jika dia melakukan perkara-parkara berikut:
i. Menyentuh kawasan hadapan papan lonjak dan meninggalkan kesan dengan mana-mana bahagian badannya ketika melompat atau ketika cuba melompat
PEMBATALAN
JANGAN BUAT INI!!!!!!NANTI ANDA DIKIRA
BATAL!!!!!
LANGKAH SELAMAT!!PASTIKAN KAKI MENYENTUH PAPAN TANPA MELEBIHINYA
ii. Semasa mendarat, seluruh badan pelompat berada di luar kawasan mendarat (menyentuh kawasan di luar kawasan mendarat yang lebih dekat dengan papan lonjakan)
iii. Melonjak di luar kawasan papan lonjak
iv. Selepas mendarat, berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan.
► Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan lonjakan yang terdekat dengan kawasan
► Merekod kepada meter terdekat iaitu 0.01 m di bawah ketinggian yang di ukur. Ini bererti bahagian kurang daripada 1cm diabaikan
CARA MEGUKUR JARAK (PERATURAN 145)
SEKIAN, TERIMA KASIH