Post on 02-Feb-2018
_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad
Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 1
KONSEP DAN AGENDA RAHMATAN LIL’ALAMIN1
Oleh
Mohd. Nakhaie Ahmad
Bismillahir Rahmanir Rahim. Wassolatu wassalamu ‘ala Sayyidi al-Mursalin wa ‘a ala alihi wa
sahbihi ajma’iin.
Tujuan tulisan ini ialah untuk menerangkan konsep rahmat Allah SwT ke atas alam
semesta ciptaanNya berlandaskan fahaman penulis yang amat terbatas pengetahuannya,
terhadap keterangan al-Quran dan al-Sunnah mengenainya dan apa yang telah dihuraikan
oleh para ulama’ yang sangat luas pengetahuan mereka mengenai ilmu-ilmu Islam dan
syari’atnya berbanding penulis.
Penulis rasa terpanggil apabila diminta oleh kepimpinan MUAFAKAT untuk meng-
huraikan tajuk ini, kerana mutakhir ini terdapat kecenderungan beberapa pihak
menggunakan konsep rahmatan lil’alamin ini sebagai alasan bagi menegakkan faham
pluralisme dan menjadikannya alasan bahawa Islam turut mendukung faham itu. Mereka,
umpamanya berkata bahawa penduduk dunia ini kebanyakannya terdiri daripada orang-
orang bukan beragama Islam. Jika hanya orang-orang Islam sahaja yang masuk ke syurga
dan di kalangan orang-orang Islam itu hanya dari kalangan firqah najiah sahaja yang
terselamat daripada api neraka, di manakah rahmat Allah SwT ke atas alam ini jika
kebanyakan penghuninya akan kekal di dalam neraka.2
Ketidaketerbatasan rahmat Allah SwT, menurut Fazlur Rahman, menafikan rahmat Tuhan
hanya ke atas sesuatu kaum. Ini, sama seperti membataskan rahmat Tuhan. Secara tidak
langsung cuba menafikan ketidakketerbatasan kuasa. Maka penafian seperti ini dianggap
menyekutukan Tuhan. Jadi, mereka yang sering memperjuangkan truth claim (hanya satu
agama tertentu yang benar) umpama tidak mengakui rahmat Tuhan yang tidak terbatas.3
Oleh yang demikian bukan agama Islam dan cara penyembahan yang ditentukan di dalam
agama Islam sahaja yang diterima Tuhan. Dengan rahmat Tuhan yang amat luas agama-
1 Kertas kerja “Konsep Dan Agenda Rahmatan Lili’alamin “ ini dibentangkan dalam Usrah Bulanan MUAFAKAT,
pada hari Selasa 5hb. April, 2012. 2 Lihat kenyataan serupa ini disebut dalam, Akidah Islam dan Faham Pluralisme Agama, oleh Dr Mohd. Farid
bin Mohd Shahran, dalam Pluralisme Agama, Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah, diterbitkan oleh MUAFAKAT, Kata Pengantar oleh Ismail Mina Ahmad, Kuala Lumpur, 2012, hh, 86-87.
3 Lihat Mohd. Farid Mohd Shahran, Akidah Islam dan Faham Pluralisme Agama, dalam Pluralisme Agama Satu
Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah, Pengantar Ismail Mina Ahmad, MUAFAKAT Kuala Lumpur 2012, h.106
_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad
Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 2
agama dan cara pengabdian yang ditetapkan di dalam pelbagai agama adalah relatif dan
perbezaannya tidaklah terlalu penting. Yang penting ialah pengabdian kepada Tuhan
yang satu dan semua agama mengabdi kepada Tuhan yang sama dengan cara-cara
berlainan yang sifatnya relatif itu.4
Kekeliruan seumpama ini perlu diperjelaskan bagi mengelak kesesatan. Selain itu konsep
rahmatan lil’alamin juga perlu difahami dengan jelas bagi tujuan melakar agenda
perjuangan dakwah, terutama yang berkaitan dengan membentuk sistem penyampaian
yang berkesan dan memberi perkhidmatan sosial sebagai agenda dakwah bil hal yang
menjadi keutamaan dakwah masa kini.
Konsep Rahmah Menurut al-Quran
Kewujudan alam semesta ini adalah daripada limpahan kemurahan dan rahmat Allah SwT
belaka. Tanpa rahmat dan kemurahanNya, alam ini tidak akan wujud dan tidak akan
bertahan. Menurut Abdul Karim Khatib, “Firman Allah al-Rahman al-Rahim, menunjukkan
bahawa alam wujud ini hanyalah limpahan daripada kepemurahan Allah SwT dan
rahmatnya kerana alam wujud ini, walau apa bentuk sekalipun adalah nikmat dan
kebaikan jika dibandingkan dengan ketiadaan yang merupakan fana’ yang mutlak, yang
tiada apa-apa dan ketiadaan punca.”5 Limpahan kepemurahan dan rahmat Allah SwT itu
dirasai oleh setiap yang wujud di dalam dirinya dan di persekitarannya.6
Sifat rububiyyah dan rahmah, menurut Sheikh Rasyid Ridha, dua sifat yang menunjukkan
bahawa Allah SwT adalah yang memiliki dan mentadbir-urus perjalanan alam ini. Juga,
menunjukkan bahawa rahmatNya mengatasi kemurkaanNya. EhsanNya yang merupakan
kesan rahmatNya mengatasi balasanNya. Yang dimaksudkan dengan balasan di sini ialah
deraan ke atas kejahatan. Jika deraan itu setimpal dengan kejahatan yang dilakukan, ia
adalah balasan yang hak dan adil dan jika melebihi ia adalah balasan yang tidak benar dan
zalim. Maha suci Allah SwT daripada kepalsuan dan kezaliman.7
Rahmat Allah SwT tiada batasnya. Ia begitu luas. Apa lagi rahmatNya di alam akhirat yang
jauh lebih baik dan lebih luas daripada limpahan rahmatNya di dunia ini. Justeru, Allah
SwT berfirman, Sesungguhnya alam akhirat adalah lebih baik bagi mu daripada alam
dunia.8 Rasulullah s.’a.w bersabda, “Allah SwT menyediakan seratus rahmat. Ia
memberikan satu daripadanya untuk penghuni dunia kesemuanya dan disimpan 99 untuk
4 Sebahagian daripada tokoh-tokoh pluralisme menolak pandangan J.Hick bahawa agama-agama berada
dalam kedudukan relatif dan yang diterima sebagai mutlak hanya Tuhan. 5 Abdul Karim Khatib, Al-Tafsir al-Qur’ani Lil-Qur’an. Jilid 1, Dar al- Fikr al-‘Arabi, Tanpa Tarikh, h.18.
6 Ibid.
7 Al-Sayyid Muhammad Rasyid Ridha, Tafsir al-Manar, Cit.2, Dar al-Ma’rifah Beirut, tt, h.74.
8 Surah al-Dhuha,
_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad
Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 3
akhirat kerana mengasihi hambaNya dengan rahmatNya itu.”9 Rahmat Allah SwT meliputi
semua perkara.10 Bukan hanya meliputi manusia dan jin, tidak pula hanya meliputi
makhluk yang hidup, tetapi juga makhluk yang tidak hidup, yang nyata dan tidak nyata,
yang zahir dan yang tersembunyi.
Perkataan rahmah, rahman dan rahim mempunyai pengertian yang berkaitan. Al-Rahman
dan al-Rahim kedua-duanya memberi makna, yang mempunyai rahmah. Rahmat Allah
SwT bermakna Ia berkehendakkan kebaikan dan ehsan kepada yang layak
mendapatkannya. Dengan kata lain, tidak mengenakan deraan terhadap mereka yang
patut menerima deraan dan menutup kebaikan dan ehsan terhadap mereka yang tidak
berhak menerimanya.11
Menurut al-Nasafi12 rahmat Allah SwT ialah pemberikan nikmatNya kepada hamba-Nya
dan pada asalnya ia bermaksud kesayangan.13 Abu al-Qasim al-Husain bin Muhammad
yang dikenali sebagai al-Raghib al-Asfahani, memperincikan pengertiannya dengan
menyatakan bahawa rahmah ialah baik hati yang membawa kepada berlakunya ehsan
kepada yang disayangi. Kadang kala digunakan untuk baik hati semata-mata dan kadang
kala digunakan untuk ehsan semata-mata. Apabila digunakan sifat itu terhadap Allah
SwT, yang dimaksudkan semata-mata ehsan dan bukan baik hati. Oleh itu rahmat Allah
SwT maksudnya ialah memberi nikmat dan kelebihan. Bagi manusia pula ia dimaksudkan
baik hati dan sayang.14
Konsep ‘Alamin
Di dalam tasawwur ‘akidah Islam alam ialah kewujudan selain daripada Allah SwT. Semua
kewujudan selain daripada Allah SwT adalah ciptaanNya belaka. Seperti yang disebutkan
terdahulu kewujudan alam adalah limpahan kemurahan dan rahmat Allah SwT belaka.
Allah SwT yang memiliki alam ini dan Dia yang mengurus dan mentadbirnya mengikut
kehendakNya semata-mata. Dialah Rabu al-‘Alamin. Dalam menghurai maksud Rab al-
‘Alamin ahli-ahli tafsir menyatakan bahawa Dialah yang memiliki, mengurus, mentadbir,
menguasai dan menentukan perjalanannya.
Alam dibahagikan kepada alam ghaib dan alam syahadah yang kewujudannya tidak
tebatas hanya di dunia, tetapi juga di alam Akhirat, alam Barzakh dan alam Malakut.
Kewujudannya adalah dijadikan oleh Allah SwT mengikut kehendak-Nya. Tiada apa-apa
9 Lihat Ismail Haqqi Al-Barwsawi, Tafsir Ruhu al-Bayan, Daru al-Fikr, tt, h.8
10 Lihat Surah al-A’araf (7) ayat 156. “ RahmatKu amat luas merangkumi semua perkara.”
11 Alauddin ‘Ali Muhammad bin Ibrahim, Tafsir al-Khazin, Lubab al-Ta’wil fi Ma’ani al-Tanzil, Juzu’ 1, Dar al-Fikr, Beirut, 1979, h.18.
12 Imam Abdullah bin Ahmad bin Mahmud al-Nasafi.
13 Al-Nasafi, Madariku al-Tanzil wa Haqaiqu al-Ta’wil, Jilid 1,Dar al-Qalam, Beirut Cit,1,1408H/1989M,h.18
14 Raghib al-Asfahani, Al-Mufradat Fi Gharibi al-Qur’an, Dar al-Ma’rifah, Beirut, tt. H.19.
_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad
Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 4
syarat yang membataskan kehendak Allah SwT mencipta alam dan meniadakannya.
Sebab itu falsafah positivism tidak dapat diterima. Fahaman bahawa sesuatu yang
real/benar ialah sesuatu yang dapat ditanggapi pancaindera, tidak diterima dalam
tasawwur ‘akidah Islam mengenai alam
Alam syahdah ialah alam yang dapat dilihat ditanggapi dan difahami melalui pancaindera
dan ditanggapi dengan akal serta diperolehi pengetahuan mengenainya melalui
penyelidikan dan ujikaji saintifik. Alam ghaib tidak dapat diketahui melainkan melalui
khabar yang benar yang dibawa oleh rasul-rasul yang diutus oleh Allah SwT atau ilham
yang benar yang dikurniakan Allah SwT kepada hamba yang dikehendai. Hanya wahyu
yang menjadi sumber pengetahuan utama mengenai alam ghaib ini dan keyakinan
mengenai hanya diperolehi dengan keimanan kepada rasul-rasul dan kitab-kitb wahyu
yang diturunkan kepada mereka.
‘Alam ditadbir dan dikuasai oleh Allah SwT dengan bersistem. Sistem yang menyusun
perjalanan alam dan kehidupan di dalamnya adalah sistem yang teguh yang tidak
mungkin dipersendakan atau dilawan dan ditentang. Tindakan menentang sistem Allah
SwT hanya akan mengakibatkan bencana ke atas diri sendiri. Terdapat dua sistem
perjalanan alam dan kehidupan ini. Yang pertama ialah Sunnatullah dan yang kedua ialah
Dinullah. Kedua-duanya saling berkait dan saling melengkapi. Manusia, sebagai makhluk
yang layak menerima tugas sebagai khalifah di bumi, dituntut menguasai ilmu mengenai
kedua-dua sistem ini. Yang pertama diperolehi menerusi bacaan ke atas alam universe
dan yang kedua didapati melalui bacaan ke atas kitab Allah SwT iaitu al-Qur’an dan
mencontohi qudwah RasulNya s.’a.w. Sedangkan al-Qur’an itu sendiri mengandungi
petunjuk-petunjuk yang penting ke arah penguasaan ilmu mengenai Sunnatullah atau
perjalanan alam universe.
Rahmat Allah SwT Ke atas Alam
Apakah rahmat Allah SwT yang luas itu ke atas alam ini? Tidaklah susah untuk kita
mengetahui rahmat Allah SwT ke atas alam ini, jika kita mengingati dan menghitung
segala nikmatNya yang terlalu banyak itu. Nikmat Allah SwT itu adalah limpahan daripada
rahmat Allah SwT dan ehsanNya kepada alam ciptaanNya.
Namun di antara rahmat Allah SwT yang begitu luas dan nikmatnya yang terbesar ialah
mengurniakan kepada kita kehidupan ini dengan segala kelengkapan dan keperluan
untuk meneruskan kehidupan dan memberikan petunjuk untuk kita hidup bahagia dan
sejahtera. Ia mengurniakan udara yang memenuhi ruang yang mengandungi oksigen,
sedangkan Ia menjadikan oksigen itu sumber pernafasan yang menggerakkan sistem
untuk sebahagian makhluknya hidup. Adanya udara memenuhi ruang atmosfera adalah
limpahan kemurahannya belaka. Tanpanya, tidak mungkin berlaku kehidupan dan
_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad
Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 5
penerusannya. Ia memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya, tanpa
mengira sama ada orang-orang beriman atau orang-orang kafir.
Orang-orang yang beriman dan menerima petunjukNya, menurut perintahNya dan
mencontohi perjalanan rasul-rasulNya, sudah tentu akan memperolehi rahmat lebih besar
daripada mereka yang kufur terhadapNya, menentang rasul-rasulNya dan menolak
hidayahNya. Sudah tentu kedua-dua golongan ini tidak sama dan rahmat ke atas mereka
juga berbeza. Nikmat yang diperolehi kedua-dua golongan ini juga berbeza. Tidak
diterima akal untuk menyamakan status kedua-dua golongan ini dan menyamaratakan
nikmat yang diterima mereka. Jika disamakan, bererti kebenaran dan kepalsuan, keadilan
dan kebenaran, makruf dan mungkar itu sama belaka. Hal seumpama ini tidak dikatakan
melainkan oleh orang yang tidak siuman.
Tidak timbul masalah penghuni syurga yang kononnya harus lebih banyak daripada
penghuni neraka sebagai alasan bagi membuktikan rahmat Allah SwT ke atas hamba-
hambaNya. Kerana bilangan penghuni neraka dan syurga itu hanya Allah SwT yang Maha
Mengetahui mengenainya. Kita tidak wajar berhujjah dengan sesuatu yang kita tidak
mengetahui langsung mengenainya.
Nikmat yang khusus bagi orang-orang yang berada di jalan lurus, menurut Ibn Qaiyim,
adalah nikmat yang mutlak yang membawa kepada kejayaan dan kemenangan yang
berkekalan. Ada pun nikmat yang biasa, ia diberikan kepada orang-orang beriman dan
yang kafir. Semua makhluk berada di dalam limpahan nikmatNya. Ini, menjawab
pertanyaan sama ada nikmat Allah SwT turut dinikmati oleh orang-orang kafir atau pun
tidak. Nikmat yang mutlak adalah khusus bagi orang-orang beriman dan nikmat biasa
adalah untuk orang-orang beriman dan orang-orang kafir.15
Kejadian alam dan perjalanannya di atas suatu sistem yang kukuh, juga merupakan
rahmat yang besar ke atas alam ini. Tanpa sistem perjalanan yang kukuh, kehidupan
menjadi kacau-bilau dan alam semesta tidak mungkin bertahan melainkan berdepan
dengan kemusnahan. Terdapat perseimbangan yang menakjubkan dalam sistem
perjalanan itu. Perseimbangan itu terjadi apabila berlaku daya tarikan antara pasangan-
pasangan dalam kejadian alam ini. Tanpa daya tarik menarik itu bumi di mana manusia
menjadi penghuni utamanya dan seluruh planet akan musnah. Kehidupan turut terhenti,
melainkan di kalangan makhluk yang terus dirahmati untuk hidup.
Kedua-dua sistem ini yang mengatur perjalanan alam universe, jika dipatuhi
menyerlahkan rahmat Allah SwT yang sangat luas dan besar yang dapat dirasai dalam
kehidupan ini. Betapa tidak! Pengetahuan dan penghayatan sistem alam universe secara
15
Ibn Qayyim al-Juziyyah, Madariju al-Salikin, Juzu’ 1, Matba’ah al-Sunnah al-Muhammadiyyah, 1375, h.12
_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad
Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 6
berhemat dalam kehidupan memberi keselesaan dan kemudahan yang banyak dan
membolehkan nikmat Allah SwT yang terdapat dilangit dan dibumi ini dinikmati dengan
lebih banyak lagi. Penggunaan secara berhemat segala nikmat itu, menjaga bumi dan
langit daripada kerosakan. Penggunaan nikmat secara nanar akan hanya membawa
kemusnahan dan kerosakan yang menyulitkan kehidupan itu sendiri. Dalam hal ini
kebanyak kerosakan yang berlaku adalah hasil penggunaan nikmat secara nanar dan
dikuasai sifat tamak haloba manusia. “Munculnya kerosakan di daratan dan lautan adalah
hasil usaha manusia” yang rakus dan tamak itu. Justeru, manusia memerlukan bimbingan
dan disiplin di dalam memanfaatkan segala nikmat di langit dan di bumi melalui
penguasaan ke atas pengetahuan mereka.
Di sinilah terserlah kehebatan rahmat Allah SwT mengutus rasul-rasul membawa
petunjuk dan bimbingan, terutamanya bagi menyusun tingkah laku dan kelakuan
manusia. Sayid Qutb dalam tafsirnya menyebut mengenai keistimewaan risalah Nabi
Muhammad s.’a.w sebagai manhaj kehidupan yang terakhir diturunkan dengan berkata,
“Manhaj yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.’a.w adalah manhaj yang membawa
kebahagian kepada kemanusiaan seluruhnya dan memimpin mereka ke arah
kesempurnaan yang telah ditentukan untuk mereka dalam kehidupan ini. Sesunggnya
risalah ini datang ketika akal manusia berada di tahap kematangannya. Ia datang dengan
membawa kitab yang terbuka akal generasi yang silih berganti, merangkumi prinsip-
prinsip asas kehidupan manusia yang tidak berubah, sebagai persiapan bagi memenuhi
keperluan yang sering mengalami pembaharuan yang diketahui Allah SwT. Dia lebih
mengetahui mengenai kejadian ciptaaNya dan Dialah yang menyayangi yang maha
mengetahui. Kitab ini meletakkan prinsip-prinsip asas bagi suatu manhaj yang kekal untuk
kehidupan manusia yang berdepan dengan pembaharuan. Ia membenarkan manusia
menimba daripadanya hukum-hukum rinci yang diperlukan oleh keperluan-keperluan
hidup yang sentiasa mengalami kemajuan dan pembaharuan serta menimba daripada
prinsip-prinsip asas itu cara-cara perlaksanaannya mengikut suasana kehidupan dan
lingkungannya, tanpa bertembung dengan prinsip-prinsip asas manhaj itu yang tetap.”16
Ketentuan Allah SwT menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi juga merupakan salah
satu rahmatNya yang penting, walaupun diketahui bahawa manusia mempunyai
kelemahan-kelemahan yang boleh menyebabkan berlaku kerosakan di bumi. Potensi
kemanusiaan di dalam dirinya menjadikan manusia layak memikul tugas dan
tanggungjawab itu yang antara lain ialah untuk mengimarahkan bumi ini. Potensi
terbesar ialah keupayaanya menerima dan mengembangkan ilmu pengetahuan.
Keupayaan inilah yang mmberikan kepadanya kekuatan mengimarahkan bumi ini dan
mengolah kembali bahan-bahan yang terdapat di dalamnya menjadi benda-benda baru
16
Sayyid Qutb, Fi Dhilali al-Qur’an, Jilid 4, Dar al-Syuruq, 1407H/1987M, h.2401.
_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad
Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 7
yang boleh dimanfaatkan untuk kehidupan dan membawa imarah hebat yang
mengkagumkan. Alam universe ini sendiri sifatnya konseptual, yakni yang boleh difahami
dan dimengertikan sehingga ia boleh diolah dan disusun kembali di dalam batas-batas
tertentu di lingkungan keizinanNya untuk menikmati nikmat kurniaanNya.
Salah satu rahmat Allah SwT yang penting ialah penurunan risalah Rasulullah s.’a.w yang
berhubung-kait dengan transformasi ilmu pengetahuan yang mengintegrasikan antara
ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kauniyyat (required knowledge) dengan ilmu-ilmu
syari’at yang diwahyukan (revealed knowledge). Islam membersihkan ilmu-ilmu
kauniyyat daripada khurafat, tahyul dan dongeng masyarakat Yunani, Parsi dan Rumawi
kepada pendekatan objektif dan rasional berasaskan pertimbangan akal waras, kaji
selidik dan bimbingan wahyu. Ia mengintegrasikan antara ilmu dan nilai sehingga mampu
menyumbang kepada tamadun manusia, sesuatu yang sangat berharga dan bernilai iaitu,
“sains yang beriman dan teknologi yang berakhlak.” Sains dan teknologi yang Islami ini
sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat manusia hari bagi mengelak kerosakan yang
berterusan ke atas alam universe ini.
Adalah mustahil seseorang hamba Allah SwT atau pengikut sesuatu agama itu akan
menikmati semua rahmat Allah SwT yang tidak terbatas itu. Bagaimana ia boleh
menerima ke semua rahmat Allah SwT yang tidak terbatas itu, sedangkan ia sendiri
adalah terhad dan terbatas? Sudah tentu rahmat Allah SwT dengan segala pengurniaan
nikmatNya yang tidak terbatas itu, setiap sesuatunya mempunyai keutamaan dan
kelebihan untuk hamba-hambaNya mengikut keutamaan dan kelebihan masing-masing.
Di sini, Ibnu al-Qayyim pernah mengemukakan suatu pandangan yang menarik. Beliau
berkata, “Sesiapa yang memberikan kepada sifat al-Rahman, haknya, akan mengetahui ia
mengandungi makna mendalam mengenai perutusan rasul-rasul dan penurunan kitab-
kitab yang sebenarnya lebih besar daripada penurunan hujan, tumbuh-tumbuhan dan
mengeluarkan benih. Ini ialah kerana kesan rahmat yang menghasilkan kehidupan hati
dan roh adalah lebih besar daripada kesan rahmat yang menghasilkan anggota….”17
Kelebihan dan keutamaan rahmat yang dikurniakan oleh Allah SwT kepada seseorang
atau sesuatu golongan daripada hamba-hambaNya, tidak bermakna menyebabkan
keterbatasan rahmatNya. Kurniaan rahmat Allah SwT kepada semua hamba-hambaNya
sama ada yang kafir atau yang beriman, bukanlah menjadi pergantungan sifat ketidak-
keterbatasan rahmat Allah SwT kepadanya, dengan pengertian sekiranya rahmat itu tidak
diberikan kepada semua hambanya, akan menafikan sifat ketidak-keterbatasan rahmat
Allah SwT. Allah SwT memilki sifat rahmat yang tidak terbatas dari azali sama ada Ia
melimpahkan atau tidak melimpahkan rahmatNya kepada hamba-hambaNya atau kepada
17
Ibn Qayyim, op.cit. h.8
_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad
Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 8
sebahagian hamba-hambaNya daripada rahmatNya yang tidak terbatas itu. Adalah
kehendak Allah SwT dan rahmatnya jua untuk mengurniakan sumber kehidupan di dunia
kepada hamba-hambanya yang beriman dan yang kafir. Memberikan rezeki kepada yang
beriman dan kafir mengikut habuan masing-masing yang tidak sama. Begitu juga dengan
kehendakNya jua mengurnaikan syurga kepada hamba-hambaNya yang beriman dan
tidak mengurniakan syurga kepada hambaNya yang kafir. Bagaimanakah limpahan
rahmat Allah SwT mengikut keutamaan yang dihendakinya, menyebabkan rahmatNya
terbatas dan kepercayaan bahawa limpahan rahmat yang khusus kepada hamba-
hambaNya yang beriman, menjadi sebab kepada kesyirikan seperti yang diandaikan oleh
Fazlur Rahman?
Rahmat dan Hidayah
Kehidupan tanpa petunjuk ke jalan yang lurus akan menyebabkan kesesatan dalam
perjalanan hidup itu sendiri. Justeru rahmat kehidupan ini harus bersamanya rahmat
hidayah. Inilah antara maksud penting sabda Rasulullah s.’a.w “Sesungguhnya aku adalah
rahmat yang membawa petunjuk.” Mereka yang mendapat petunjuk ke jalan yang lurus,
sesungguhnya mendapat rahmat yang tidak terhingga besarnya.
Rasul-rasul yang diutus oleh Allah SwT daripada Nabi Adam a.s. hingga Nabi Muhammad
s.’a.w semuanya membawa petunjuk. Sesiapa yang mengikut dan mematuhi petunjuk-
petunjuk mereka, telah dijanjikan oleh Allah SwT akan menerima nikmat daripada
rahmatNya yang luas itu mengikut ganjaran-ganjaran yang diperolehi mereka. Adakah
kenyataan ini bererti menyokong pluralisme yang sering berhujjah dengan firman Allah
SwT “Sesungguhnya orang-orang yang telah beriman, dan berbangsa Yahudi dan Nasrani
dan Al-Sobiin dari kalangan orang-orang beriman dengan Allah SwT dan hari akhirat dan
beramal soleh, maka bagi mereka ganjaran daripada Tuhan mereka dan tiada ketakutan
ke atas mereka dan mereka tidak berdukacita.”18
Ayat ini merujuk kepada pengikut nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutus, sebelum
kedatangan Nabi Muhammad s.’a.w. yang mereka itu benar-benar mengikut ajaran yang
diwahyukan dan kitab-kitab yang diturunkan yang teras kepada ajaran para rasul itu ialah
Tauhid. Tetapi, setelah masa berlalu, berlaku penyelewengan dan tahrif dalam teks dan
ajaran kitab-kitab itu. Bahkan pengikut-pengikut agama itu memasukkan amalan dan
budaya penentang agama-agama yang dibawa oleh rasul-rasul itu sebagai sebahagian
daripada agama mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Paulus ke atas ajaran agama
Kristian. Untuk beragama yang benar sebagaimana yang dibawa oleh rasul-rasul terdahlu
daripada Allah SwT,yang bebas daripada penyelewengan dan tahrif, mereka tiada jalan
lain, melainkan beriman dan ta’at kepada ajaran Nabi Muhammad s.’a.w. Jika mereka
18
Surah Al-Baqarah: 62
_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad
Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 9
terus berpegang dengan ajaran-ajaran agama yang telah diselewengkan dan teks-teks
yang telah ditahrifkan, mereka kekal dalam kesesatan. Kesesatan mereka tidak
ditanggung oleh pengikut rasul-rasul yang terdahulu yang beriman dan berpegang
kepada ajaran asal rasul-rasul tersebut dan teks sebenar kitab-kitab yang diturunkan
kepada mereka. Para pengikut rasul-rasul itu sama ada dari kalangan orang-orang Yahudi
dan orang-orang Nasrani dan Sobiin adalah orang-orang beriman yang dijanjikan syurga,
sebagaimana pengikut Nabi Muhammad s.’a.w yang beriman dan beragama mengikut
agamanya. Ayat di atas tidak sama sekali menyokong pluralisme.
Kitab-kitab agama yang ditahrifkan tidak lagi diterima sebagai kitab hidayah. Kitab-kitab
itu bukan sahaja dimansuhkan, bahkan tidak lagi diterima sebagai sumber ajaran agama
Allah SwT yang sebenarnya. Hanya al-Qur’an kitab daripada ajaran yang diwahyukan yang
sebenarnya. Semuanya kenyataan ini disokong oleh bukti ilmiyyah. Oleh kerana Allah SwT
yang memelihara al-Qur’an, maka jika diandaikan semua naskhah kitab-kitab, Al-Quran,
Injil, Talmud, Taurat dan semua kitab-kitab agama yang lain dibakar dan abu-abunya
dicampak ke laut, tiada apa pun yang akan kembali semua sebagai kitab agama,
melainkan al-Qur’an. Bahkan kesucian al-Qur’an tanpa boleh ditahrifkan, merupakan
rahmat Allah SwT yang agung.
Respon Terhadap Limpahan Rahmat Allah SwT.
Yang memberi rahmat ialah Allah SwT, walaupun Allah turut mengurniakan sifat rahmah
itu untuk dimiliki manusia. Respon manusia yang sepatutnya terhadap rahmat Allah SwT
dan nikmat yang dibuahkan oleh sifat rahmat Allah S.wT yang luas itu ialah bersyukur.
Antara wirid ma’thurat yang diamalkan oleh kita ialah “Wahai Tuhanku apa jua yang
mengiringi waktu pagiku dan waktu petangku yang berupa nikmat atau nikmat itu daripada
salah satu makhluk Engkau, semuanya hanya daripada Engkau dan tiada sekutu bagiMu.
Maka untukMu segala kepujian dan kesyukuran. Manusia diajar bersyukur sebagai salah
satu bidang ibadah yang penting. Dengan perkataan lain, apa yang dimaksudkan
sebenarnya daripada agenda Rahmatan Lil’alamin itu ialah memahami, menghayati serta
melengkapkan maqam bersyukur dalam kehidupan umat Islam dan mengembangkannya
kepada seluruh umat manusia.
Terlalu banyak ayat-ayat mengenai kewajipan bersyukur untuk dipaparkan di sini. Namun,
daripada ayat-ayat tersebut ternyata bahawa yang dimaksudkan daripada bersyukur itu
bukan sekadar berwirid dan bertahmid. Bersyukur adalah agenda kehidupan bagi orang-
orang beriman yang berpaksikan kepada keimanan, ketaqwaan, ketinggian spiritual dan
penghargaan terhadap kehidupan yang dikurniakan Allah SwT,19 yang direalisasikan
menerusi dakwah dan istijabah. Allah SwT berfirman yang bermaksud “Wahai orang-
19
Lihat Al-Barwasawi, Tafsir Ruhu al-Bayan, Jilid 3, Dar al-Fikr, tt. H.331.
_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad
Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 10
orang beriman sambutlah (istijabah) seruan Allah SwT dan RasulNya yang mengajak kamu
kepada jalan yang menghidupkan kamu.20
Sheikh Yahya Haqqi al-Barwasawi, di dalam tafsirnya bahawa yang menghidupkan itu
adalah pelbagai. Antaranya ialah ilmu agama21 kerana ia mengidupkan hati dan jahil
mengenainya mematikannya. Juga, aqidah yang benar dan amalan soleh kerana ia
mewarisi kehidupan abadi dalam kenikmatan yang berterusan. Antara lain juga ialah jihad
kerana ia adalah faktor yang membawa survival, kerana jika jihad ditinggalkan musuh
akan menguasai dan akan membunuh mereka. Juga mati syahid, kerana para syuhada’
hidup di sisi Tuhan mereka sama ada mereka mati dengan pedang orang-orang kafir atau
dengan pedang tarbiyyah kerohanian yang berat dan mujahadah dalam melakukan
taubat. 22
Arwah Ibn Zubir berkata, yang menghidupkan kamu ialah peperangan yang Allah SwT
memuliakan kamu dengannya setelah kamu berada dalam keadaan lemah dan hina.
Kemudian Allah SwT memberikan kekuatan setelah berada dalam kelemahan dan
kekuatan itu menghalang kamu daripada dikalahkan musuh kamu. Adapun jihad itu
dikatakan hidup kerana dengan kelemahan musuh menyebabkan kamu hidup dan kuat
atau kerana ia adalah sebab yang membawa kepada mati syahid yang memberi kepastian
untuk kehidupan yang abadi atau sebab yang menghasilkan ganjaran akhirat yang ia
adalah logam hidup.23 Lebih jelas lagi dakwah dan istijabah yang menjadikan kamu hidup
ialah kegiatan dan amalan kebaikan dan keta’atan (kepada Allah SwT dan RasulNya
s.’a.w) yang mengislahkan cara hidup kamu.24
Menjaga dan memelihara kehidupan menerusi dakwah dan istijabah, merupakan ibadah
yang menentukan nasib dan kualiti kehidupan manusia di dunia ini. Daripada persoalan
memperkasakan keimanan, memperkukuhkan ketaqwaan, membina ketinggian akhlak,
menjaga kesihatan, dan berjihad di dalam perjua-ngan sehingga kepada pengurusan
kepelbagaian dan perbezaan dalam hubungan antara manusia dari pelbagai agama dan
budaya, kesemuanya terangkum dalam peranan dakwah dan istijabah. Justeru,
bersyukur ialah bertindak dengan berkesan bagi merealisasikan dakwah dan istijabah
dalam kehidupan individu dan jama’ah dan seterusnya di kalangan masyarakat manusia
umumnya. Kejayaan di dalam merealisasikan dakwah dan istijabah, menjadikan
kehidupan penuh bermakna dan sejahtera yang dapat dirasai dengan sesungguhnya
rahmat Allah SwT ke atas sekalian alam ini.
20
Surah Al-Anfal (8) ayat 24. 21
Lihat juga, Muhammad Jamaluddin al-Qasimi, Mahasinu al-Ta’wil, Juzu’ 8, Dar al-Fikr, Beirut, 1398H/1978M, h.34
22 Ai-Barwasawi, loc,cit.
23 Muhammad Jamaluddin, Loc,cit.
24 Ibid.
_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad
Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 11
Istijabah kita terhadap seruan Allah SwT supaya beriman, bertaqwa, berakhlak mulia,
berilmu dan meletakkan diri di dalam keadaan sentiasa berjihad dalam semua lapangan,
dengan persiapan jihad dari segi spiritual, mental, fizikal dan kelengkapan yang canggih,
akan meletakkan posisi umat dalam keadaan yang kuat, selamat dan digeruni.
Kesemuanya adalah elemen-elemen hidup yang segar dan aktif yang bukan lesu, lemah
dan mati.
Istijabah kita terhadap seruan Allah SwT supaya memelihara kesihatan, dengan memakan
makanan yang halal dan tayyibat, menjaga makanan supaya tidak berlebihan,
mengutamakan buah-buahan dalam permakanan, adalah agenda kesyukuran sebagai
respon kepada rahmat Allah SwT kepada kita. Kata pepatah Arab, “Kesihatan adalah
mahkota di atas kepala orang-orang yang sihat, dan tidak kelihatan melainkan oleh orang-
orang yang sakit.” Apabila sakit kita memberi respon dengan redha dan berubat, dan
setiap kemudahan yang diusahakan untuk perubatan mestilah dihargai bukan dicemuhi.
Bukankah kemajuan di dalam memelihara kesihatan dan menyediakan kemudahan
kesihatan itu, merupakan elemen-elemen kesejahtaraan dalam sesebuah negara.
Sedangkan agenda menaikkan taraf kesihatan rakyat merupakan agenda penting bagi
sesebuah negara yang adil dan tayyibah.
Istijabah kita terhadap seruan Allah SwT dan RasulNya supaya Islam berada di posisi
dominan dalam percaturan pelbagai sistem yang mengatur dan menyusun kehidupan
manusia, merupakan agenda kesyukuran yang begitu penting bagi memenuhi kewajipan
menghargai kehidupan sebagai respon kepada rahmat Allah SwT. Islam mesti berada di
posisi dominan dalam diri kita, di dalam percakapan dan tingkah laku kita, dalam
pergaulan dan dalam penentuan sikap dan pendirian politik dan sebagainya. Apa pun
sikap dan pendirian politik kita, tidak seharusnya menyebabkan kedudukan dan kekuatan
Islam di negara ini terhakis. Kita menjadi manusia yang tidak bersyukur sekiranya kita
membiarkan perkara itu terjadi.
Istijabah kita kepada seruan Allah SwT dan RasulNya supaya berlaku adil dan saksama di
dalam semua tindakan dan bicara kita, walaupun terhadap musuh, adalah agenda
kesyukuran berasaskan dakwah dan ijabah yang menjadikan kita hidup dan menghargai
kehidupan. Begitulah seterusnya istijabah kepada seruan menghayati manhaj Ilahi di
semua lapangan yang terkandung di dalam ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah
s.’a.w.
Satu lagi istijabah penting bagi memenuhi kewajipan bersyukur kepada Allah SwT ialah
menyampaikan dakwah Allah dan RasulNya kepada manusia supaya beristijabah dengan
seruan itu. Kewajipan ini, terutamanya dipikul oleh orang-orang yang tahu dari kalangan
orang-orang beriman. Kata Saidina Umar, “Tidak ditanya kepada orang yang jahil mengapa
_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad
Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 12
tidak belajar, sebelum ditanya kepada orang alim mengapa tidak mengajar.” Rasulullah
s.’a.w bersabda, “Sampaikan bagi pihak aku walaupun satu ayat.” Allah SwT berfirman,
“Siapakah yang lebih baik perkataan daripada orang yang berdakwah ke jalan Allah SwT
dan beramal soleh dan berkata bahawa sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam.”
Masalah Ummat dan Fenomena Istijabah Yang Lemah
Kita berhadapan dengan tanggungjawab yang perlbagi bagi mendepani keperluan
ummat yang besar dan pelbagai yang memerlukan istijabah yang cukup besar. Kita
berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab di bidang pemikiran, kefahaman, sistem
politik, teori dan perancangan harakah, pembinaan sistem dan institusi, mengatur dan
menyelaraskan hubungan antara kerja bagi menghadapi permasalah tersebut, serta
banyak lagi. Di hadapan kita banyak pula masalah yang sedang dihadapi. Antaranya,
masalah pembaharuan yang dapat memelihara teras dan jatidiri atau fundamental,
pembaharuan yang bermaksud kemajuan befikir dan pemeliharaan teras yang bemaksud
bergerak ke hadapan dengan keberanian dan kesungguhan tanpa mengorbankan prinsip
dan jatidiri. Kita juga berhadapan dengan pemisahan yang berlaku antara ilmu-ilmu
agama dan ilmu-ilmu mengenai al-kaun. Iaitu permisahan yang meninggalkan kesan-
kesan yang membawa kita mengikut jejak Barat dan arahan mereka di dua kurun yang
akhir ini. Kita perlu mensepadukan kembali semua ilmu-ilmu ini sebagaimana ahli-hali
fiqah kita dahulu yang menyenaraikan bidang-bidang ibadat dan muamalat sebagai
cabang-cabang dari ilmu yang sama.
Permasalahan yang lain ialah keadaan terputus antara sistem-sitem dan pemikiran yang
diimport dari Barat dan pemikiran dan sistem warisan, iaitu keaadan terpisah yang begitu
mendalam dalam kefahaman manusia umumnya yang sudah begitu lama. Keadaan ini
menyebabkan pemikiran dan sistem warisan itu dianggap tidak perlu dan tidak
berwibawa untuk membuat penilaian terhadap apa-apa jua pemikiran dan sistem Barat
yang dianggap moden dan kontemporari yang diterima begitu tanpa terlebih dahulu
difikirkan semasak-masaknya. Kita seterusnya berhadapan dengan kepungan Barat dari
segi pemikiran, politik dan ketenteraan melalui cara menjadikan politik, ekonomi dan
ketenteraan negara-negara Islam bergantung kepada kuasa Barat, terutama setelah
menganggotai Bangsa-bangsa Bersatu, yang tunduk kepada kemahuan dan agenda
Barat.
Umat Islam turut berhadapan dengan masalah perpecahan dalam satu negara dan
kelemahan kerjasama dan setiakawan antara negara-negara. Jaringan yang kukuh antara
negara-negara Islam dalam memacu kemajuan ekonomi, politik dan budaya sukar
diwujudkan, sehingga kebanyakan negara Islam lebih mudah begantung kepada Negara-
negara bukan Islam. Kebanyakan negara-negara Islam yang berhadapan dengan masalah
_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad
Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 13
kemiskinan tidak dapat bergantung kepada mana-mana negara Islam, sebaliknya sentiasa
mengharapkan pinjaman dan bantuan negara-negara bukan Islam.25
Fenomena istijabah yang lemah kelihatan di mana-mana dalam masyarakat Islam.
Istijabah tidak menjadi kerangka dasar dalam kehidupan muslimin secara berjama’ah dan
bernegara. Ia tidak menjadi agenda arus perdana dalam rancangan pembangunan
negara-negara Islam. Justeru, suasana lesu dan lemah sebagai orang yang berhadapan
dengan kematian dapat dilihat dengan lebih ketara dalam kehidupan ummat Islam kini,
walaupun tidak boleh dikatakan berada dalam keadaan nazak.
Agenda Rahmatan Lil ‘Alamin Antara Ideal dan Realiti
Mampukah kita beristijabah dengan semua seruan Allah SwT dan RasulNya yang
terkandung di dalam manhaj Ilahi ini dan mendepani permasalan ummat scara berkesan
mengikut kemampuan dan keupayaan kita? Mungkinkah agenda ini menyebabkan kita
terperangkap dalam jurang luas antara ideal dan realiti seperti yang dibincangkan dalam
usrah bulan lalu?
Kemampuan orang-orang beriman menyahut seruan Ilahi, tidak perlu dipersoalkan. Jika
kemampun itu tidak ada, Allah SwT tidak membuat seruan itu untuk kita beristijabah bagi
merasai rahmatNya secara maksima di dunia dan akhirat. Yang menjadi persoalan apakah
kita berusaha memanfaatkan kemampuan insani yang dimiliki itu untuk beristijabah
terhadap seruan Allah SwT dan RasulNya, sama ada kemampuan individu dan jamaah.
Apakah kita telah menggunakan potensi akal secara maksima untuk merangka pelan
tindakan dan bertindak merealisasikan pelan tindakan itu dengan memberikan
keutamaan kepada yang utama dan mendahulukan yang wajib ke atas yang harus.
Apakah kita telah membahagikan tugas dan menghayatinya berdasarkan tanggungjawab
individu dan jama’ah berdasarkan tuntutan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah? Adakah kita
pernah mengusahakan islah dalam hubungan antara jama’ah Islam supaya kemampuan
dan keupayaan beristijibah tidak berkecai. Apakah kita telah berusaha secara kolektif
untuk membina keupayaan ekonomi bagi membiayai perlaksanaan perancangan itu?
Sedikit masa dahulu kita mengadakan seminar Siyasah Syar’iyyah dan bersetuju
mengislahkan situasi politik umat melalui kesedaran dan penghayatan terhadap
pengetahuan mengenai siyasah syar’iyyah. Adakah kita telah menggunakan keupayaan
kita untuk merealisasikan politik umat berdasarkan siyasah syariyyah dan
mengembangkan kesedaran itu kepada seluruh masyarakat dengan berkesan. Ya!
25
Masalah ini turut dibicarakan dengan terperinci oleh Toriq Al-Bisyri dalam bukunya, Al-Malamihi al-‘Ammah Lil Fikr al-Islamyy Fi Tarikhi al-Mu’ashir, Dar al-Syuruq, 2005M/1426H
_______________________________________________________ Konsep dan Agenda Rahmatan Lil’alamin - Mohd. Nakhaie Ahmad
Usrah Bulanan MUAFAKAT – April 2012 Muka surat 14
Memang ada youtube yang menghebahkannya dan ia adalah langkah yang terpuji.
Sekadar itukah sahaja keupayaan kita? Tepuk dada tanya hati.
Sudahkah umat Islam di negara ini berjihad untuk menjalankan kewajipan beristijabah
terhadap seruan Tuhan, bagi menserlahkan lagi rahmat Allah SwT ke atas negara ini dan
khususnya umat Islam? Pelbagai institusi Islam ditubuhkan, agensi-agensi kerajaan untuk
membantu orang-orang Melayu yang beragama Islam dibentuk dengan bajet berbilion
ringgit. Kutipan zakat mencecah berbilion ringgit pula. Tetapi daya istijabah masih kurang
dan rahmat Allah SwT ke atas umat Islam tidak terserlah setanding dengan bajet tahunan
yang dibelanjakan. Institusi agama tidak pro-aktif dan tidak menunjukkan usaha-usaha
yang bertenaga bagi menyelesaikan masalah ummat, parti-parti politik bergaduh dan
menjadi penyebab utama perpecahan umat Islam.
Istijabah kepada seruan Allah SwT dan RasulNya seharusnya menjadi agenda utama
perjuangan umat Islam di negara ini. Bahkan proses memantapkan kuasa orang-orang
Islam semestinya dilaksanakan dalam kerangka istijabah kepada seruan Allah SwT dan
RasulNya. Apa lagi di dalam merancang pembangunan negara keseluruhannya. Siapakah
yang akan memaklumkan keperluan ini kepada masyarakat?
Senarai Rujukan
1 Al-Qur’anu al-Karim 2 Abdul Karim Khatib, Al-Tafsir Al-Qur’ani Li al-Qur’an, Juzu’1,Dar al-Fikr, tt. 3 Abdullah bin Ahmad bin Mahmud al-Nasafi, Madariku al-Tanzil wa Haqaiqu 4 al-Ta’wil, Jilid 1, Dar al-Qalam, cit 1,tt 5 Alauddin Ali Muhammad bin Ibrahim, Lubab al-Ta’wil Fi Ma’ani al-Tanzil, Dar al-Fikr
Beirut, 1979. 6 Ismail Haqqi al-Barwasawi, Tafsir Ruhu al-Bayan, Jilid 1&3 Dar al-Fikr, tt 7 Ibnu al-Qayyim Al-Juziyyah, Madarij al-Salikin, Jilid 1,Matba’ah al-Sunnah al-
Muhammadiyyah, 1375H. 8 Muhammad Jamaluddin al-Qasimi, Mahasinu al-Tawil, Juzu’ 8, Dar al-Fikr Beirut,
1398H/1978M 9 Raghib al-Asfahani, Al-Mufradat Fi Gharaibu al-Qur’an, Dar al-Ma’rifah Beirut, tt, 10 Sayyid Muhammad Rasyid Ridha, Tafsir al-manar,Juzu’ 1, Dar al-Ma’rifah,Beirut, tt 11 Sayyid Qutb, Fi Dhilal al-Qur’an, Dar al-Syuruq, 1407H/1987H. 12 Pluralisme Agama, Satu Gerakan Memurtadkan Ummah, Kata Pengantar Ismail
Mina Ahmad, MUAFAKAT, Kuala Lumpur, 2012. 13 Toriq al-Bisyri, Al-Malamehu al-‘Ammah Lil Fikr al-Siyasi ai Islamyy Fi al-Tarikhi al-
Mu’ashir, Dar al-Syuruq, 1426H/2005H