Post on 02-Dec-2015
description
Isi Kandungan
PENGENALAN...............................................................................................................................1
Konsep Pembelajaran Terbuka.....................................................................................................1
Keunikan OUM.............................................................................................................................2
PERANCANGAN............................................................................................................................3
Visi................................................................................................................................................3
Misi...............................................................................................................................................3
Kaedah Pengurusan.......................................................................................................................4
PENGORGANISASIAN..................................................................................................................6
Carta Organisasi............................................................................................................................6
Pengkhususan Kerja......................................................................................................................6
Jangkauan Pengurusan..................................................................................................................7
Rantaian Arahan...........................................................................................................................7
Struktur Penjabatanan...................................................................................................................7
Berdasarkan Fungsi...................................................................................................................8
Pengkhususan Kerja......................................................................................................................8
KEPIMPINAN.................................................................................................................................9
KAWALAN.....................................................................................................................................9
RUMUSAN....................................................................................................................................11
PLK-UUM BPMN3103 Seminar Pemikiran Pengurusan107488, 109064, 109097
PENGENALAN
Universiti Terbuka Malaysia atau dikenali sebagai Open University Malaysia
(OUM) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta ketujuh yang
ditubuhkkan pada 12 Ogos 1998. Penubuhan universiti ini telah diutarakan
kepada Menteri Pendidikan oleh Multimedia Technology Enhancement
Operations Sdn. Bhd. (METEOR), sebuah konsortium yang terdiri daripada 11
buah universiti di seluruh negara telah bersama-sama menubuhkan OUM.
OUM telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Tun Dr. Mahathir
Mohamad pada 26 Ogos 2002.
OUM merupakan institusi pengajian tinggi swasta ketujuh di Malaysia. Ia
ditubuhkan di bawah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996. OUM
memegang motto “Univeristy for All” yang mana falsafah organisasi dalam
menyumbang ke arah pendemokrasian pendidikan. Mereka percaya bahawa
tiada halangan untuk sesiap untuk belajar, tiada kekangan masa, boleh
belajar di mana-mana, tiada had umur
Konsep Pembelajaran Terbuka
OUM memperkenalkan konsep pembelajaran terbuka. Konsep ini memberikan peluang kepada
sesiapa sahaja untuk belajar terutama kepada golongan yang sedang bekerja (adult learners).
OUM menetapkan kelayakan minimum dalam mengambil pelajar berdasarkan kelayakan yang
ditentukan oleh kementerian pengajian tinggi. Kaedah pembelajaran yang lebih fleksibel
diperkenalkan agar proses pembelajaran tidak membebankan. Selain itu, para pelajar boleh
belajar di mana sahaja. Ini akan memberi kelebihan kepada pelajar (golongan bekerja) yang
1
PLK-UUM BPMN3103 Seminar Pemikiran Pengurusan107488, 109064, 109097
kadangkala terpaksa bertugas ke luar daerah ketika sesi tutorial sedang berjalan. Pelajar tidak
akan terlepas dengan sesi pembelajaran kerana OUM mempunyai lebih 35 buah pusat
pembelajaran di seluruh negara. Di samping itu, konsep pembelajaran terbuka ini juga disokong
dengan pembelajaran secara secara online. Dengan itu, proses pembelajaran dapat berjalan pada
bila-bila masa dan di mana saja.
Keunikan OUM
OUM menawarkan tiga kaedah pembelajaran iaitu kaedah pembelajaran kendiri, kaedah
pembelajaran bersemuka (sesi tutorial) dan pembelajaran secara atas talian (online).
Kaedah Pembelajaran Kendiri
Setiap pelajar akan dibekalkan dengan sebuah modul dan cakera padat yang mengandungi kursus
yang diambil oleh pelajar pada setiap sesi pendaftaran pelajar di awal semester. Dengan modul
tersebut, pelajar akan menguruskan pembelajarannya secara kendiri. Segala pengajian adalah
tertumpu kepada kandungan modul tersebut.
Modul tersebut dihasilkan oleh sekumpulan pensyarah dari IPTA. Kumpulan pensyarah ini amat
mahir dalam bidang dan kursus yang ditulis. Kandungan modul yang dikeluarkan oleh OUM ini
sentiasa dipantau dan dikemaskini.
Kaedah Interaksi Secara Bersemuka
Pelajar juga akan hadir untuk sesi tutorial secara bersemuka dengan tutor yang dilantik untuk
mengendalikan kursus-kursus yang didaftarkan oleh pelajar. Sesi tutorial ini sangat fleksibel di
mana pelajar hanya perlu memperuntukkan dua jam sahaja bagi satu sesi bagi setiap kursus. Sesi
tutorial ini dikendalikan di pusat pembelajaran di seluruh negara.
2
PLK-UUM BPMN3103 Seminar Pemikiran Pengurusan107488, 109064, 109097
OUM mempunyai lebih 35 buah pusat pembelajaran di mana pelajar boleh bertukar pusat
pembelajaran yang berdekatan dengan mereka.
Pembelajaran Di Atas Talian
Perkhidmatan teknologi maklumat yang terbaik menjadi keutamaan OUM. Oleh itu, OUM
menyediakan portal pembelajaran yang mesra pengguna. Portal ini memberi kemudahan kepada
pelajar untuk sesi pembelajaran secara atas talian (online). Setiap pelajar digalakkan
menggunakan portal tersebut dalam setiap perbincangan yang dijalankan. Melalui portal ini,
pelajar bebas mengutarakan sebarang masalah, idea, cadangan yang terbaik kepada tutor masing-
masing yang dilantik untuk mengendalikan sesi perbincangan di forum tersebut.
PERANCANGAN
Setiap organisasi mempunyai perancangan masing-masing. Perancangan
yang dibuat merupakan halatuju organisasi ke arah mencapai
kecemerlangan. Bagi OUM, perancangan mereka dizahirkan melalui visi dan
misi organisasi iaitu;
Visi
Menjadi peneraju dalam konsep pendidikan terbuka dan jarak jauh
Misi
Menjadi penyumbang utama dalam pendemokrasian pendidikan.
3
PLK-UUM BPMN3103 Seminar Pemikiran Pengurusan107488, 109064, 109097
Membangunkan pendidikan berkualiti melalui teknologi pembelajaran pelbagai kaedah.
Meningkatkan pengalaman pembelajaran ke arah mewujudkan masyarakat berasaskan
pengetahuan.
Sebagai institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sudah tentu OUM bersaing dengan pelbagai
institusi pengajian tinggi yang lain. OUM sebagai sebuah IPTS yang menawarkan program
pengajian secara terbuka dan jarak jauh sudah tentu menerima cabaran yang cukup besar dalam
bersaing dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang turut menawarkan program
pengajian secara jarak jauh dan program eksekutif.
Namun demikian, dengan kekuatan dan kelebihan yang OUM miliki, ia mampu bersaing di
pasaran global. Bilangan kemasukan pelajar juga semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Sehingga kini, OUM mempunyai lebih 60,000 orang pelajar. Segala kejayaan ini tidak akan
berhasil tanpa perancangan yang teliti dan teratur.
Kaedah Pengurusan
Kaedah pengurusan yang digunakan oleh OUM adalah kaedah berdasarkan objektif. Melalui
kaedah ini, objektif yang digariskan dinilai melalui perlaksanaan penilaian prestasi. Dalam
membuat perancangan, setiap pengurus di OUM akan mengkaji semula organisasi kerana
pengurus perlu memahami dengan jelas objek keseluruhan organisasi. Dari situ, pengurus dalam
menentukan sasaran yang perlu dicapai bagi setiap pekerja. Oleh itu, persetujuan bersama di
antara pengurus dan pekerja perlu wujud tentang objektif yang perlu dicapai.
Suatu tempoh masa akan ditetapkan oleh pengurus untuk memantau dan melihat prestasi semasa
pekerja masing-masing. Proses bimbingan dan review sasaran akan dijalankan pada tempoh
4
PLK-UUM BPMN3103 Seminar Pemikiran Pengurusan107488, 109064, 109097
tertentu. Penilaian prestasi akan dijalankan berdasarkan prestasi pekerja. Syarikat akan
memberikan ganjaran kepada pekerja yang dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Pengurusan tertinggi OUM sentiasa merancang untuk memastikan OUM menjadi pilihan utama
bagi golongan yang bekerjaya dalam pendemokrasian pendidikan. Justeru, tidak hairanlah jika
OUM menjalinkan kerjasama dengan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia yang sedang merancang untuk program pensiswazahan guru-guru di seluruh negara.
Peluang ini tidak dilepaskan oleh OUM di mana satu perjanjian jalinan kerjasama telah
dimaterikan di mana OUM memperolehi kontrak menawarkan program pendidikan di peringkat
Ijazah untuk mengupgrade guru-guru di sekolah rendah di seluruh negara. Hasilnya, nama OUM
meniti di bibir masyarakat apabila program ini diteruskan dalam jangka masa hampir 6 tahun.
Untuk melebarkan rangkaian kerjasama dalam bidang pendidikan, OUM meneroka ruang ke
negara luar seperti Maldive. Di sini, kita dapat melihat hasil perancangan yang dibuat oleh OUM
menjadikannya semakin dikenali dalam mempelopori pembelajaran terbuka di negara kita.
5
PLK-UUM BPMN3103 Seminar Pemikiran Pengurusan107488, 109064, 109097
PENGORGANISASIAN
Dapat didefinisikan sebagai satu proses bagi merangka dan membentuk penggunaan sumber
manusia dan bahan supaya rancangan organisasi dapat digerakkan atau terlaksana. Fokus utama
pengorganisasian ialah menentukan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan oleh sumber manusia
dalam organisasi, dan bagaimana sumber-sumber tersebut dapat diselaraskan atu digabungkan
dengan cara terbaik untuk mencapai objektif organisasi, oleh yang demikian pengorganisasian
melibatkan pembahagian kerja kepada tugasan penjabatanan dan menentukan bilangan tugasan
yang optimum dalam setiap jabatan.
Carta Organisasi
Melalui struktur organisasi juga kita dapat memahami hierarki dan kedudukan autoriti serta
tanggungjawab dalam organisasi.Secara ringkasnya, berpandukan kepada carta organisasi,
individu dapat mengetahui tugasnya, tanggungjawab dan autoriti di dalam OUM. Struktur
organisasi selari dengan strategi organisasi
Pengkhususan Kerja
Pengkhususan kerja ialah pekerja-pekerja dibahagikan serta ditetapkan tugas-tugas khusus untuk
mereka.Dalam erti kata lain, berbeza dengan seorang pekerja yang melakukan keseluruhan kerja
sekaligus.Dalam pengkhususan kerja, beberapa orang pekerja melakukan tugas-tugas atau
bahagian yang berbeza bagi menyempurnakan keseluruhan kerja tersebut. Di dalam OUM
pengkhususan kerja adalah amat dititikberatkan bagi bagi mencapai matlamat OUM dengan lebih
efisyen
6
PLK-UUM BPMN3103 Seminar Pemikiran Pengurusan107488, 109064, 109097
Jangkauan Pengurusan
Jangkauan pengurusan juga dikenali sebagai jangkauan kawalan.Ianya merujuk kepada kapasiti
atau had bilangn pekerja yang diselia oleh pengurus.Semakin banyak bilangan pekerja yang
diselia oleh pengurus, maka bertambah luaslah jangkauan pengurusannya.
Rantaian Arahan
Individu yang berada di atas mempunya autoriti yang lebih daripada mereka yang berada di
bawah.Garisan autoriti dari atas ke bawah adalah merupakan perhubungan formal , individu,
peringkat atasan dan individi bawahan yang dipanggil rantaian arahan.Perhubungan ini
mempunyai kaitan dengan arahan yang satu iaitu arahan untuk melaksanakan tugas hanya datang
dari satu sumber. Ini bermaksud pekerja sepatutnya mempunyai seorang ketua sahaja kerana jika
lebih dari seorang ianya boleh membawa kepada percanggahan dari segi arahan yang diberi. Ini
boleh dilihat di dalam carta organisasi OUM dimana setiap jabatan hanya diketuai oleh seorang
ketua sahaja.
Struktur Penjabatanan
Struktur ini adalah merupakan satu kumpulan sumber yang diwujudkan oleh pihak pengurusan
secara formal untuk menjalankan pelbagai tugas organisasi.Proses penubuhan jabatan ini
dipanggil pentabatanan iaitu usaha mengumpul pelbagai yang berkaitan dalam satu kelompok
(jabatan atau bahagian). Lazimnya penjabatanan OUM diwujudkan berdasarkan kepada
fungsi,produk, pelanggan dan geografi.
7
PLK-UUM BPMN3103 Seminar Pemikiran Pengurusan107488, 109064, 109097
Berdasarkan Fungsi
OUM mengatur struktur jabatan berdasarkan fungsi. Setiap pekerja ditempatkan di sesuatu
jabatan yang melihat kepada potensi pekerja dan kemahiran yang dimilki. Oleh itu, pekerja yag
ditempatkan di sesuatu jabatan itu mempunyai kepakaran dalam fungsi jabatan tersebut.
Pengkhususan Kerja
Pekerja di OUM melaksanakan kerja secara multi tasking. Selain itu, semangat bekerja secara
berpasukan menjadi kekuatan dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan oleh pengurus.
Selain itu, semua pekerja mampu melangkaui batas tugas masing-masing dalam memenuhi
tuntuan sesuatu tugas. Ini secara tidak langsung melancarkan aktiviti organisasi ke arah mencapai
objektif yang ditetapkan. Contoh: Ketika sesi pengambilan pelajar baru, setiap jabatan akan
terlibat secara bergilir-gilir untuk membantu di semua pusat pembelajaran ke seluruh negara.
8
PLK-UUM BPMN3103 Seminar Pemikiran Pengurusan107488, 109064, 109097
KEPIMPINAN
Pendekatan tingkahlaku kepimpinan juga perlu dilihat untuk mengetahui apa yang patut
dilakukan oleh seorang ketua yang baik. Meraka perlu memberi perhatian kepada tugas atau
kesejahteraan subordinat mereka.Di dalam OUM, tingkahlaku struktur menurut kajian OSU
dipraktikkan di dalam OUM dimana perhubungan di antara ketua dan subordinatnya terbentuk
atas dasarpembentukan tatacara kerja yang perlu diikuti. Menurut kajian Michigan tingkahlaku
berorientasikan tugas bermaksud tingkahlaku ketua yang lebih mementingkan kerja yang
dilakukan oleh subordinatnya dan pencapaian dalam menjalankan kerja tersebut.
Kepimpinan corak ini merupakan kepimpinan yang berinspirasikan kejayaan organisasi dalam
memupuk kepercayaan di kalangan subordinat terhadap apa yang patut di lakukan oleh oranisasi.
Pemimpin transformasional menentukan wawasan organisasi membina komitmen terhadap
wawasan tersebut serta membantu usaha –usaha perubahan bagi menyokong wawasan yang telah
ditetapkan.
KAWALAN
Dalam memastikan organisasi mencapai objektif seperti yang dirancangkan, proses kawalan perlu
dibuat. Ini adalah memastikan graduan OUM adalah berkualiti dan berdaya saing di pasaran
industri. Untuk itu, OUM telah menubuhkan Pusat Pengurusan Kualiti, Penyelidikan dan Inovasi.
Pusat ini memainkan peranan untuk memastikan langkah-langkah kualiti dapat dilaksanakan.
Pusat ini telah menggariskan bahawa semua tutor yang dilantik untuk mengendalikan sesi tutorial
di pusat-pusat pembelajaran perlu mengikuti latihan terlebh dahulu. Ini adalah memastikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan diterapkan dengan kaedah yang
9
PLK-UUM BPMN3103 Seminar Pemikiran Pengurusan107488, 109064, 109097
terbaik. Selain itu, semua modul yang ditulis oleh penulis modul akan diteliti kandungannya oleh
panel-panel yang dilantik. OUM akan mencetak modul-modul tersebut sendiri.
Untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar, pusat perkhidmatan pelajar
diwujudkan untuk memberikan maklumbalas segera terhadap sebarang masalah yang dihadapi
oleh pelajar. Sebarang aduan dan masalah yang diajukan akan diambil tindakan dalam tenmpoh 3
hari bekerja.
OUM mempunyai panel penasihat antarabangsa yang akan memberikan panduan dan bimbingan
terhadap sebarang peluang dan perkembangan pendidikan di rantau ini.
10
PLK-UUM BPMN3103 Seminar Pemikiran Pengurusan107488, 109064, 109097
RUMUSAN
Kejayan OUM terhasil daripada perancangan yang dibuat oleh kumpulan pengurusannya. Selain
itu, faktor kejayaan mereka didorong oleh kekuatan jaringan rangkaian yang diperolehi oleh
pengurusan tertinggi OUM. Perancangan yang teratur, strategi yang tersusun serta penguasaan
terhadap konsep pengurusan ini memperlihatkan OUM semakin maju untuk kehadapan
mendahului senarai IPTS yang lain.
11