Post on 15-Dec-2014
940213086267
1.0 Pengenalan
Makanan merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna, biasanya terdiri
dari karbohidrat, lemak, air dan protein, yang boleh dimakan atau diminum oleh manusia
dan haiwan untuk mendapat nutrient (Harold McGee, 2004).
Kebanyakan budaya mempunyai masakan- masakan yang tersendiri, tradisi dan
cara memasak khas, keutamaan dan amalan (Margaret Mead, 1997). Kajian mengenai ini
dinamakan gastronomi. Kajian mengenai makanan pula dipanggil sains makanan.
Terdapat beberapa definisi pengertian “Restoran” menurut beberapa ahli yaitu.
Menurut Powers (2003), “Restoran adalah setiap tempat umum yang khusus menjual
makanan untuk dikonsumsi di suatu tempat atau tanpa tempat”. Selain itu, menurut
Walker (2004) , Restoran adalah “salah satu tempat di mana pengunjung dapat
menggunakan alat indra untuk menikmati pelayanan tertentu” manakala Ninemeier dan
Hayes (2006) mengatakan restoran adalah “suatu operasi layanan makanan yang
mendatangkan keuntungan yang mana basis utamanya termasuk di dalamnya adalah
penjualan makanan atau minuman kepada individu-individu dan tamu-tamu dalam
kelompok kecil”.
Dari definisi-definisi di atas, saya menyimpulkan restoran adalah tempat untuk
menjual makanan dan minuman yang dapat dinikmati oleh pengunjung dan memberikan
keuntungan kepada pemiliknya
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, “makanan segera” ialah makanan yang
ringkas dan dapat disediakan dengan cepat. Di samping itu, Timbalan Dekan
Penyelidikan, Inovasi dan Pengantarabangsaan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan,
Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr. Azizah Abd. Hamid menyatakan
makanan segera merupakan salah satu kategori makanan mudah guna yang didefinisikan
sebagai makanan sejuk atau panas. Makanan segera hanya memerlukan masa dan usaha
yang sedikit untuk menyediakannya. Makanan mudah guna ini merangkumi jenis
makanan yang diklasifikasikan seperti makanan segera , makanan gerai, makanan
1
940213086267
terproses minimum, makanan terproses separa, makanan sedia dimakan, makanan ringan
atau snek, makanan ringan atau snek kurang zat dan minuman sedia diminum.
Makanan segera atau 'Fast Food' adalah suatu istilah yang menunjukkan sesuatu
yang disediakan dan dihidangkan dengan pantas. Sajian yang tidak memerlukan masa
yang banyak untuk disediakan juga dipanggil Makanan Segera seperti 'TV dinners', dan
biasanya istilah ini merujuk kepada makanan yang dijual di restoran yang pantas
penyediaannya dan dihidangkan kepada pelanggan secara berbungkus, sama ada untuk
makan di situ ataupun dibawa pulang. Istilah ini telah disebuti di kamus Merriam-
Webster pada tahun 1951.
Bila sebut tentang makanan segera, pasti 'Pizza' dan 'Burger' yang terbayang di
benak fikiran. Namun dua hidangan dari Eropah ini tidak mendapat tempat di mata dunia
sehinggalah Richard dan Maurice McDonald membuka restoran makanan segera yang
pertama di dunia di San Bernadino, California pada tahun 1948.
Fenomena makanan segera mula berkembang secara beransur-ansur bermula dari
sebuah restoran yang berkonsepkan pandu lalu di selatan California awal tahun 1940.
Para pemilik restoran mengambil kesempatan dengan peningkatan populariti kereta agar
pelanggan dapat menjamu selera tanpa perlu keluar dari kereta mereka. Kemudian,pada
tahun 1948, mereka merancang untuk mencuba sesuatu yang baru iaitu meringkaskan
menu makanan dengan tidak menggunakan sebarang kutleri seperti sudu, garpu, pisau,
dan mereka juga menggunakan pinggan mangkuk pakai- buang. Ini amat memudahkan
pelanggan kerana mereka hanya membuat pesanan di kaunter dan mengambil pesanan,
tepatlah dengan konsep makanan segera.
Burger, sejenis sandwich sebenarnya mula diperkenalkan di Pesta St Louis World
pada tahun 1904, HotDog juga diperkenalkan di situ, dan restoran Pizza yang pertama di
Amerika dibuka di New York pada tahun berikutnya. Pesta ini sebenarnya adalah
pencetus kepada perkembangan pembuatan makanan segera, namun ini berlaku hampir
setengah abad sebelum McDonald bersaudara memperkenalkan Sistem Servis Spedee,
yang menjadi batu asas kepada fenomena makanan segera dan telah berkembang luas dari
Amerika Utara, merentasi dunia.
2
940213086267
McDonald bersaudara telah tampil dengan restoran yang berwajah baru pada
tahun 1948, dan beberapa rangkaian juga mula dibuka selepas itu. Burger King dan Taco
Bell juga mula mengorak langkah pada 1950 an, dan Wendy's turut dibuka pada 1969.
Sesetengah rangkaian seperti Carl's Jr. , KFC dan Jack in the Box, wujud sebelum Sistem
Servis Speedee, tetapi mengubahsuai teknik penyediaan makanan mereka selepas
kemunculan mereka dalam bidang ini. McDonald's yang merupakan perintis, kini
merupakan rangkaian terbesar dunia dalam pembuatan makanan segera.
Mereka memanggilnya Sistem Servis Speedee, dan keputusannya sangat
memberansangkan sehinggakan ia diikuti oleh pelopor yang seterusnya seperti Keith G.
Kramer, beliau terbang ke California, makan di McDonald's, kemudian kembali semula
ke Florida di mana di sini beliau mengasaskan Burger King pada 1953 bersama bapa
mentuanya, Matthew Burns, dan Dave Thomas mengasaskan Wendy's Old-Fashioned
Hamburger Restaurant di Colombus,Ohio pada 1969.
Di Malaysia pula, restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia,
McDonald's, telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982.
Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu
diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.
Berdasarkan sambutan yang menggalakkan terhadap restoran McDonald's yang
pertama itu, menjelang hujung tahun yang sama, restoran McDonald's yang kedua telah
dibuka di Plaza Yow Chuan (lot LG 8 & 9), Jalan Pekeliling/Jalan Ampang, Kuala
Lumpur. Restoran kedua itu dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Menurut buku Rojak Fakta Malaysia (ZI Publications, 2011) sebuah lagi restoran
makanan segera terkenal, Burger King, juga telah membuka cawangannya yang pertama
di Malaysia pada 1982, iaitu di Plaza OUG, Kuala Lumpur.
Restoran makanan segera terkenal yang paling awal dibuka di Malaysia ialah A &
W di Batu Road, Kuala Lumpur pada 1961 diikuti oleh Kentucky Fried Chicken di Jalan
Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 1973.
3
940213086267
Kesimpulannya , kemunculan kedai makanan segera telah mendatangkan pelbagai jenis kesan– kesan terhadap manusia.
4
940213086267
2.0 Objektif Kajian
Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:
i. Mengenalpasti pengaruh restoran makanan segera kepada penduduk Ipoh.
ii. Mengenalpasti faktor penduduk Ipoh mengunjungi restoran makanan segera.
iii. Mengenalpasti kesan yang didatangkan oleh restoran makanan segera kepada
penduduk Ipoh.
5
940213086267
3.0 Lokasi Kajian
Lokasi kajian saya ialah Ipoh. Ipoh mempunyai pelbagai infrastruktur seperti hospital,
sekolah, bomba, balai polis, station kereta api dan sebagainya. Ipoh ialah
sebuah bandaraya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat
pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke
utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala
Lumpur, George Town, dan Johor Bahru.
Penduduk di Ipoh adalah terdiri daripada majoriti kaum Cina. Terdapat 451,361
orang cina, 109,616 orang Melayu, 80,600 orang india dan 3225 orang kaum lain
menduduki di Ipoh.
Perkembangan pentadbiran Ipoh berkait rapat dengan keluasan kawasan
pentadbiran Ipoh. Ini jelas terbukti dari detik-detik sejarah yang akhirnya menaikkan
taraf Ipoh sebagai Bandaraya dan Ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Ipoh pada mulanya
hanyalah menjadi tumpuan tempat persinggahan dan perniagaan terpenting bagi daerah-
daerah sekitarnya. Nama 'Ipoh' dipercayai berasal dari pokok 'Upas'. Orang putih
menyebutnya 'Epu' manakala orang Cina pula menyebutnya sebagai 'Ipoh' atau 'Paluh'.
Sehingga tahun 1980-an, Sungai Kinta menjadi perhubungan utama di antara Ipoh
dengan kawasan-kawasan lain dalam atau luar negeri Perak. Selepas tahun 1874,
perkembangan daerah Kinta amat lembab terutama masalah perhubungan melalui Sungai
Kinta. Kenderaan seperti sampan, gajah dan kereta lembu memakan masa yang lama.
Dalam tahun 1884, jalan raya wujud menghubungi kawasan perkampungan Gopeng dan
pelabuhannya di Kota Bharu dan seterusnya menghubungkan kawasan perlombongan
Papan dengan Batu Gajah.
Sehingga tahun 1889, hospital telah mula dibina di Ipoh dan hospital baru pula
dibina di antara kawasan stesen keretapi dan Balai Polis Pusat. Dalam tahun 1893, lebih
separuh rumah-rumah atap telah di robohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan
jenis batu, begitu juga longkang dan parit telah diperbaharui. Jalan-jalan disusun semula
dan pokok-pokok untuk berteduh ditanam. Dalam tahun ini juga, 'Ipoh Sanitay Board'
telah diwujudkan dan ia bertanggungjawab tentang kebersihan Ipoh. Dalam bidang
6
940213086267
pelajaran, Sekola Menengah Rendah Inggeris yang pertama di daerah Kinta telah dibina
dalam tahun 1895 dan dikenali sebagai Anglo Chinese Boys,Ipoh. Ipoh telah menjadi
bandar yang terbesar di negeri Perak dan kedua besarnya di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu pada tahun 1895. Pada masa itu juga perhubungan jalanraya antara Ipoh
dengan tempat-tempat lain di lembah kinta diperbaiki. Jambatan kayu menyeberangi
sungai kinta diganti dengan jambatan besi pada tahun 1900.
Perkhidmatan dan kemudahan awam disediakan. Pembekalan bahagian sistem
pembentungan ditubuhkan pada tahun 1898 dan diperkenalkan penggunaan tangki najis
pada tahun 1905. Kawasan lapang pertama telah diadakan pada tahun 1898 yang kini
dikenali sebagai 'Padang Ipoh'. Padang kelab Luba Perak dibina pada tahun 1904,
'Peoples Park dan kawasan memperingati J.W.W Birch ( James Ewheeler Woodford
Birch) telah dibina pada tahun 1909. Di antara tahun 1905-1914, kawasan pentadbiran
bandar Ipoh berkembang hingga menyeberangi sungai kinta dan di sini wujudnya pekan
baru (Ipoh New Town) ke jalan Anderson. Stesen keretapi, hotel, dewan bandaran (town
hall), dan pejabat pos juga dibina. Begitu juga panggung wayang dan kenderaan
bermotor telah mula mengambil tempat di Ipoh.
Perkhidmatan bas bermula pada tahun 1910 dan tahun 1911. Pejabat pendaftar
kereta motor telah ditubuhkan di Ipoh. Pada tahun 1905-1915, 'Kinta Saitary Board
North' telah diwujudkan dan tahun 1916-1941 'Kinta District Board' yang diwujudkan
diketuai oleh A.S Jelf di bawah pentadbiran 'British Military Administration' mengambil
tempat. manakala dalam tahun 1946-1954, 'Kinta Town Board' telah wujud yang bermula
di bawah penyelarasan Major J.S Drake dan pada tahun 1954-1956, G.S Walker menjadi
pengerusi 'Ipoh Mengelembu Town Council' ditubuhkan pada tahun 1957-1962 diketuai
oleh Encik Abdullah Bin Uni. Pada 31 Mei 1962, Ipoh telah dinaikkan ke taraf
perbandaran dan dikenali sebagai 'Majlis Perbandaran Ipoh' yang dipengerusikan oleh
E.G Walker.
Pada 27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah
mengishtiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, Ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis
Perbandaran Ipoh dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya Ipoh' dan ketua eksekutifnya
bergelar Datuk Bandar. Datuk Bandar yang pertama ialah Dato’ Hj. Umar Bin Hj. Abu
7
940213086267
yang berkhidmat dari 27/05/1988 hingga 31/05/1993. Sebagai Ibu negeri Perak Darul
Ridzuan, Ipoh merupakan pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kebudayaan,
kewangan, politik,keagamaan dan juga pendidikan. Kini dibawah pimpinan Datuk
Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus berusaha untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai
sebuah bandar yang dinamik dan unggul.
(http://pertandinganfotografivpy2012.blogspot.com/2011/12/sejarah-bandaraya-ipoh-
perkembangan.html)
Peta 3.0.1 : Peta Ipoh
Sumber: Laman Google Map
8
940213086267
Peta 3.0.2 : Peta Ipoh
Sumber: Laman Google Map
9
940213086267
4.0 Kaedah Kajian
Kaedah kajian memainkan peranan yang penting bagi setiap kajian kerana kaedah kajian
melibatkan teknik dan prosedur yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu kajian
dengan sempurna.
4.1 Reka Bentuk Kajian
Menurut (Bogdan & Biklen, 1998; Yin, 1994 dalam Abd Shatar Bin. Che Abd Rahman,
2007), reka bentuk dalam sesuatu kajian merujuk kepada perancangan yang disediakan
untuk menjalankan kajian tersebut. Selaras dengan itu, dalam kajian ini saya telah
memilih penyelidikan kuantitatif dan kualitatif untuk mendapatkan pandangan daripada
30 responden.
Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat atau data yang
bersifat kuantitatif. Menurut (Neuman, 2000), kajian kuantitatif merupakan suatu
pertanyaan terhadap masalah yang telah saya dikenal pasti yang mana berdasarkan
kepada pengujian suatu teori yang digubah oleh pembolehubah, diukur melalui
perwakilan nombor, dan dianalisis menggunakan teknik statiskal. Data kuantitatif boleh
diukur melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal
selidik (Dahlia’s Journal,2009). Oleh itu, bagi kajian kuantitatif, saya akan menggunakan
kaedah tinjauan melalui soal selidik. Pengumpulan data melalui soal selidik akan
digunakan untuk mencari peratusan min dan sisihan piawai mengenai pengaruh restoran
makanan segera terhadap penduduk di Ipoh.
Menurut (Holloway, 1997), kajian kualitatif merupakan suatu bentuk pertanyaan
sosial yang fokus kepada cara interpretasi manusia dan logikal terhadap pengalaman
mereka serta persekitaran di mana mereka tinggal. Menurut (Creswell, 1994), kajian
kualitatif termasuklah kajian tindakan, kajian kes, dan juga kajian etmografi. Menurut
(Dahlia’s Journal,2009), kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat
atau data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara permerhatian,
temu bual, analisis dokumen dan sebagainya untuk mendapatkan data yang lebih lengkap.
Bagi kajian kualitatif, saya memilih untuk menggunakan kaedah kajian kes. Menurut
(Yin,1994), kajian kes ditakrifkan sebagai penyelidikan empirik yang menyelidiki
10
940213086267
fenomena kontemporari di dalam konteks kehidupan realiti dan batas-batas antara
fenomena serta kelihatan konteks yang tidak jelas. Dalam konteks ini, kaedah kajian kes
membolehkan saya dapat menyelidik dan meneliti sesuatu peristiwa atau perkara yang
berkaitan dengan pengaruh restoran makanan segera terhadap penduduk yang berlaku di
persekitaran sebenar.
4.2 Prosedur Kajian
Pada peringkat pertama, saya telah berbincang dengan guru penasihat berkaitan dengan
aspek yang saya akan kajikan. Kajian akan mulai dijalankan seperti yang disebutkan dan
dijelaskan dalam bahagian kaedah kajian tersebut iaitu soal selidik, temu bual dan
pemerhatian.
Bagi tujuan soal selidik, borang-borang telah diedarkan kepada 30 orang
responden yang mengunjungi restauran makanan segera. Data yang diperolehi melalui
soal selidik akan dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan software Microsoft
Excel 2010 untuk mendapatkan tafsiran meliputi hasil kajian. Setiap item yang terdapat
dalam soal selidik boleh dimanipulasi dengan menggunakan nilai skor min dengan
meggunakan formula seperti di bawah:
Skor min = Bilangan responden x Nilai skor
Jumlah sample ( Jumlah responden )
Skor min akan dianalisis untuk mengetahui maklum balas sample kajian dengan
lebih tepat dan jelas. Skor min yang diperoleh akan menggunakan pembahagian tahap
min untuk menilai tahap penerimaan oleh responden terhadap item yang terdapat dalam
soal selidik. Tahap penerimaan akan meliputi tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan
tinggi sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual 4.2.1.
11
940213086267
Jadual 4.2.1 : Pembahagian Tahap Min
Selang Skala Min Interpretasi Tahap Penerimaan
1.00-2.33Tidak
SetujuRendah
2.34-3.66 Neutral Sederhana
3.66-5.00 Setuju Tinggi
Bagi kajian berbentuk kualitatif, saya telah menemu bual seramai 3 orang
responden yang mengunjungi restauran makanan segera. Responden yang saya pilih
telah memberikan penjelasan tujuan temu bual tersebut. Saya juga menjalankan
pemerhatian di kawasan persekitaran restoran makanan segera di Ipoh untuk
mendapatkan data dan maklumat. Dengan menggunakan pemerhatian ini saya perlu
menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan responden dalam kajian yang dijalankan.
Walaubagaimanapun kelemahannya ialah kesukaran saya untuk membuat catatan nota
lapangan pemerhatian.
4.3 Responden Kajian
Sampel kajian ini dapat dikategorikan kepada dua kategori iaitu kategori A yang akan
menjawab soal selidik dan kategori B yang terlibat dalam sesi temu bual.
Simple random sampling (pensampelan rawak mudah) yang bermaksud setiap
elemen dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel
kajian telah digunakan untuk pemilihan responden kajian. Jadi, tujuan utama pemilihan
responden kajian ini telah ditentukan dengan teknik tersebut. Oleh itu, pengunjung
restoran makanan segera telah dipilih sebagai responden kajian saya kerana mereka
mengetahui dan memahami faktor-faktor yang mempengaruhi mereka berkunjung ke
restoran makanan segera. Di samping itu, kerelaan mereka untuk menjadi responden
kajian saya turut hendak diambil kira.
Bagi kajian kualitatif, seramai 3 orang terpilih daripada pengunjung restauran
makanan segera di Ipoh berdasarkan kerelaan mereka untuk menjadi responden kajian
12
940213086267
ini. Menurut (Dahlia’s Journal,2009), terdapat beberapa aspek yang penting yang perlu
diambil perhatian semasa penyediaan temu bual iaitu penentuan jenis temu bual,
rancangan temu bual, kandungan dan susunan soalan temu bual, ciri-ciri soalan temu
bual, aras bahasa dan sebagainya. Persamaan umur dan tempat kajian semua responden
kajian adalah kebetulan semata-mata. Hal ini bukanlah satu kriteria yang ditentukan
terlebih dahulu.
4.4 Instrumen Kajian
Tiga alat kajian telah digunakan dalam kajian ini. Berikut adalah alat kajian yang
digunakan.
4.4.1 Soal Selidik
Satu set soal selidik yang telah saya buatkan dan gubalkan merupakan alat yang saya
gunakan dalam kajian ini (rujuk Lampiran A). Terdapat beberapa bentuk soalan iaitu
skala likert, soalan tertutup dichotomous, soalan terbuka dan maklumat demografi.
Tujuan penggunaan soal selidik adalah kos yang rendah dan dapat menjimatkan masa dan
tenaga semasa pengutipan maklumat.
Borang soal selidik ini mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B
dan bahagian C. Bahagian A mengandungi maklumat peribadi tentang responden iaitu
jantina, umur dan kaum (maklumat demorgrafi).
Bahagian B mempunyai beberapa jenis bentuk soalan yang perlu dijawab oleh
responden iaitu soalan berbentuk skala Likert dan soalan tertutup dichotomous untuk
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelanggan berkunjung ke restoran
makanan segera dan kesan-kesan restoran makanan segera terhadap pelanggan. Item
dalam bahagian B yang berbentuk Skala Likert yang mempunyai 5 aras iaitu sangat
setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju, dan sangat tidak setuju telah saya gunakan. (sila
lihat Jadual 4.4.1.1).
13
940213086267
Jadual 4.4.1.1 : Skala Likert- Bahagian B
Skor Tahap Penerimaan Kod Ringkasan
1 Sangat Tidak Bersetuju STB
2 Tidak Bersetuju TB
3 Tidak Pasti TP
4 Setuju S
5 Sangat Bersetuju SB
Sumber: Diubahsuai oleh Mohd Najib (2003)
Sementara itu soalan tertutup Dichotomous mempunyai dua pilihan seperti “Ya”
atau “Tidak”dan “Setuju”atau “Tidak setuju”.
4.4.2 Temu Bual
Soalan temu bual pula terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian I dan bahagian II.
Para responden kajian akan diminta menerangkan mengenai latar belakang dalam
bahagian I. Manakala untuk bahagian II mengenai pengetahuan dan pemahaman
responden kajian mengenai pengaruh restoran makanan segera dalam kalangan penduduk
di Ipoh.
4.4.3 Pemerhatian
Menurut Merriam (2002), pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal
‘first hand encounter’ dalam sesuatu kajian. Oleh itu, pemerhatian akan saya gunakan
untuk mendapatkan data tentang kekerapan penduduk mengunjungi restoran makanan
segera dan aktiviti yang dijalankan oleh penduduk Ipoh di restoran makanan segera
(rujuk Lampiran B dan Lampiran C).
4.5 Prosedur Analisis Data
Semua data dan maklumat akan dianalisis untuk mendapatkan hasil kajian. Semua data
yang diperoleh iaitu respon soal selidik, temu bual dan pemerhatian akan dianalisi untuk
mendapatkan min bagi menjawab objektif kajian (ii) dan (iii) yang dinyatakan dalam
14
940213086267
bahagian 2.0 manakala objektif kajian pertama akan dianalisi dengan bilangan pelajar
sahaja.
Secara kesimpulannya penerangan dan perbentangan mengenai prosedur, cara,
perjalanan serta penganalisisan data yang digunakan dalam kajian telah dijelaskan secara
ringkas dalam kaedah kajian. Hasil dapatan yang diperoleh akan dibincangkan dalam
bahagian dapatan kajian secara terperinci.
15
940213086267
5.0 HASIL DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Pengenalan Dapatan Kajian
Bab ini akan menganalisis data yang telah diperolehi daripada soal selidik, hasil temu
bual dan pemerhatian. Data tersebut dianalisis berasaskan objektif kajian yang telah
dinyatakan dalam pengenalan. Analisis ini dibuat secara deskriptif dan inferensi
perbandingan di antara data- data kuantitatif yang diperoleh melalui pentadbiran soal
selidik dengan data kualitatif yang telah diperolehi secara temu bual dan pemerhatian.
Analisis ini membincangkan tentang kesan- kesan serta faktor- faktor penduduk Ipoh
mengunjungi restoran makanan segera.
Secara umumnya, bab ini telah distrukturkan kepada tiga bahagian. Bahagian
pertama adalah demografi responden. Bahagaian kedua adalah hasil dapatan tentang
faktor penduduk Ipoh mengunjungi restoran makanan segera, manakala bahagian ketiga
adalah kesan yang didatangkan kepada penduduk Ipoh.
Analisis Data
Bahagian seterusnya membincangkan mengenai hasil dapatan yang diperolehi daripada
Microsoft Excel 2010.
5.1 Hasil Dapatan Soal Selidik
5.1.1 Demografi Responden
Terdapat lima kategori dalam data demografi bagi responden. Data demografi bagi
pengguna dalam kajian ini terdiri daripada jantina, umur, kaum, pendapatan sebulan dan
kekerapan mengunjungi restoran makanan segera dalam seminggu.
16
940213086267
Jadual 5.1.1.1 : Taburan Pengunjung Restoran Makanan Segera Mengikut Kaum Dan Jatina
Jantina Kaum Jumlah Melayu Cina India
Lelaki 3 (10.00%) 9 (30.00%) 1 (3.33%) 13 (43.33%) Perempuan 2 (6.67%) 12 (40.00%) 3 (10.00%) 17 (56.67%) Jumlah 5 (16.67%) 21 (70.00%) 4 (13.33%) 30 (100.00%)
Sumber: Kajian Lapangan 2013
Melayu Cina India0.00%
5.00%
10.00%
15.00%
20.00%
25.00%
30.00%
35.00%
40.00%
45.00%
10.00%
30.00%
3.33%6.67%
40.00%
10.00%
Pengunjung Restoran Makanan Segera Mengikut Kaum Dan Jantina
LelakiPerempuan
Kaum
Peratus
Rajah 5.1.1.1: Taburan Pengunjung Restoran Makanan Segera Mengikut Kaum
Dan Jantina
Sumber : Kajian Lapangan 2013
17
940213086267
Jadual 5.1.1.1 dan rajah 5.1.1.1 menunjukkan taburan pengunjung restoran makanan
segera mengikut jantina dan kaum. Responden lelaki terdiri daripada 13 orang atau
43.33%, manakala 56.67% atau 17 orang adalah responden perempuan. Bilangan
responden mengikut kaum iaitu Melayu terdiri daripada 16.67%, manakala bagi Cina dan
India masing-masing terdiri darpada 70.00% dan 13.33% daripada keseluruhan jumlah
responden.
Jadual 5.1.1.2: Taburan Pengunjung Restoran Makanan Segera Mengikut Umur
Umur Bil Peratus
10 tahun ke bawah 0 0.00%
11 – 20 tahun 17 56.67%
21 – 30 tahun 3 10.00%
31 – 40 tahun 2 6.66%
41 – 50 tahun 5 16.67%
50 tahun ke atas 3 10.00%
Sumber: Kajian Lapangan 2013
56.67%
10.00%
6.66%
16.67%
10.00%
Pengunjung Restoran Makanan Segera Mengikut Umur
10 tahun ke bawah11 – 20 tahun21 – 30 tahun31 – 40 tahun41 – 50 tahun50 tahun ke atas
Rajah 5.1.1.2 : Taburan Pengunjung Restoran Makanan Segera Mengikut Umur
Sumber: Kajian Lapangan 2013
18
940213086267
Rajah 5.1.1.2 menunjukkan taburan pengunjung restoran makanan segera mengikut
umur. Responden yang berumur 11 – 20 tahun terdiri daripada 56.67%, manakala
responden yang berumur 10 tahun ke bawah terdiri daripada 0.00%. Responden yang
berumur 21 – 30 tahun dan 50 tahun ke atas mendapat taburan yang sama iaitu 10.00%.
Responden yang berumur 31 – 40 tahun dan berumur 41 – 50 tahun masing- masing
terdiri daripada 6.66% dan 16.67%.
Jadual 5.1.1.3: Pendapatan Sebulan Pengunjung Restoran Makanan Segera
Pendapatan Sebulan Bil Peratus
RM 2000 ke bawah 18 60.00%
RM 2001 – RM 4000 8 26.67%
RM 4001 – RM 5000 3 10.00%
RM 5000 ke atas 1 3.33%
Sumber: Kajian Lapangan 2013
60.00%
26.67%
10.00%
3.33%
Pendapatan Sebulan Pengunjung Restoran Makanan Segera
RM 2000 ke bawahRM 2001 – RM 4000RM 4001 – RM 5000RM 5000 ke atas
Rajah 5.1.1.3: Pendapatan Sebulan Pengunjung Restoran Makanan Segera
Sumber: Kajian Lapangan 2013
Rajah 5.1.1.3 menunjukkan pendapatan sebulan pengunjung restoran makanan
segera.Responden yang berpendapatan RM 2000 ke bawah adalah terdiri daripada 60%.
19
940213086267
Responden yang berpendapatan RM 2001 hingga RM 4000 dan berpendapatan RM 4001
hingga RM 5000 masing- masing terdiri daripada 26.67% dan 10.00%, manakala
responden yang berpendapatan RM 5000 ke atas adalah terdiri daripada 3.33%.
Jadual 5.1.1.4: Kekerapan Responden Mengunjungi Restoran Makanan Segera
Dalam Seminggu
Kekerapan responden mengunjungi restoran makanan segera
dalam seminggu
Bil Peratus
1 – 2 22 73.33%
3 – 4 4 13.33%
5 – 6 3 10.00%
7 ke atas 1 3.33%
Sumber: Kajian Lapangan 2013
1 – 2 3 – 4 5 – 6 7 ke atas0.00%
10.00%
20.00%
30.00%
40.00%
50.00%
60.00%
70.00%
80.00%
73.33%
13.33% 10.00%3.33%
Kekerapan Responden Mengunjungi Restoran Makanan Segera Dalam Seminggu
Kekerapan Responden Mengunjungi Restoran Makanan Segera Dalam Seminggu
Peratus
Rajah 5.1.1.4: Kekerapan Responden Mengunjungi Restoran Makanan Segera Dalam Seminggu
20
940213086267
Sumber: Kajian Lapangan 2013
Rajah 5.1.1.4 menunjukkan kekerapan responden mengunjungi restoran makanan segera
dalam seminggu. Sebanyak 73.33% responden mengunjungi restoran makanan segera
sebanyak satu hingga dua kali dalam seminggu. Responden yang mengunjungi restoran
makanan segera sebanyak tiga hingga empat kali dalam seminggu terdiri daripada
13.33%, manakala responden yang mengunjungi restoran makanan segera sebanyak lima
hingga enam kali dalam seminggu terdiri daripada 10.00%. Responden yang
mengunjungi restoran makanan segera sebanyak tujuh kali dalam seminggu pula terdiri
daripada 3.33%.
5.1.2 Objektif Kajian
Jadual 5.1.2.1: Faktor- Faktor Yang Menpengaruhi Penduduk Ipoh Mengunjungi
Restoran Makanan Segera
Bil. Soalan Skor Min Tahap Penerimaan
S1Saya suka berkunjung ke restoran makanan segera kerana pilihan menu makanan yang banyak.
2.80 Sederhana
S2Saya suka berkunjung ke restoran makanan segera kerana makanan yang enak.
2.83 Sederhana
S3Saya suka berkunjung ke restoran makanan segera kerana suasana yang selesa.
2.97 Sederhana
S4Saya suka berkunjung ke restoran makanan segera kerana harga yang berpatutan.
2.27 Rendah
S5Saya suka berkunjung ke restoran makanan segera kerana ajakan kawan saya.
3.70 Tinggi
21
940213086267
S6Saya suka berkunjung ke restoran makanan segera kerana layanan yang mesra.
2.73 Sederhana
Sambungan Jadual 5.1.2.1
Bil Soalan Skor Min Tahap Penerima
S7Saya suka berkunjung ke restoran makanan segera kerana dapat menjimatkan masa saya.
2.63 Sederhana
S8Saya suka berkunjung ke restoran makanan segera kerana kebersihan makanan dan tempat terjamin.
3.03 Sederhana
S9Saya suka berkunjung ke restoran makanan segera kerana restoran terletak berhampiran dengan rumah saya.
2.57 Sederhana
S10
Saya suka berkunjung ke restoran makanan segera kerana saya bersibuk sehingga tidak sempat untuk menyediakan makanan di rumah.
2.03 Rendah
S11Saya suka berkunjung ke restoran makanan segera kerana saya tertarik dengan iklan dan promosi yang dipaparkan.
2.80 Sederhana
S12Saya suka berkunjung ke restoran makanan segera kerana mempunyai perkhidmatan WI-Fi.
3.03 Sederhana
Sumber: Kajian Lapangan 2013
Jadual 5.1.2.1 menunjukkan faktor- faktor yang menpengaruhi penduduk Ipoh
mengunjungi restoran makanan segera. Daripada jadual ini, S4 mendapat tahap
penerimaan yang rendah ( skor min= 2.27), oleh hal yang demikian, harga yang
berpatutan bukan faktor utama yang mempengaruhi penduduk Ipoh mengunjungi restoran
makanan segera. Selain itu, S10 juga mendapat tahap penerimaan yang rendah ( skor
22
940213086267
min= 2.03) dan ia menyatakan bersibuk sehingga tidak sempat untuk menyediakan
makanan di rumah bukan faktor utama yang mempengaruhi penduduk Ipoh mengunjungi
restoran makanan segera. S5 mendapat tahap penerimaan yang tinggi ( skor min= 3.70),
oleh hal demikian, faktor utama penduduk Ipoh mengunjungi restoran makanan segera
merupakan ajakan daripada kawan.
Jadual 5.1.2.2: Kesan-kesan restoran makanan segera terhadap penduduk di Ipoh
Bil. Pernyataan Skor Min Tahap Penerimaan
S1Pengambilan makanan segera yang berlebihan akan menyebabkan saya mengalami masalah obesiti.
3.67 Tinggi
S2
Pengambilan makanan segera yang berlebihan akan menyebabkan saya mengalami risiko penyakit kencing manis, penyakit jantung, penyakit hipertensi dan penyakit buah pinggang yang tinggi.
3.10 Sederhana
S3Pengambilan makanan segera yang berlebihan akan menyebabkan saya mengalami risiko penyakit kanser yang tinggi.
3.13 Sederhana
S4
Saya tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran disebabkan oleh perkhidmatan Wi-Fi di restoran makanan segera.
2.90 Sederhana
S5Suasana restoran makanan segera yang selesa menyebabkan saya suka melepak.
3.00 Sederhana
S6Kekerapan saya mengunjungi ke restoran makanan segera menjejaskan pelajaran saya.
2.27 Rendah
S7Kekerapan saya mengunjungi ke restoran makanan segera menjejaskan hubungan saya dengan keluarga saya.
2.73 Sederhana
Sumber: Kajian Lapangan 2013
23
940213086267
Jadual 5.1.2.2 menunjukkan kesan-kesan restoran makanan segera terhadap penduduk di
Ipoh. Skor min bagi S1 ialah 3.67, manakala skor min bagi S6 ialah 2.27. Oleh itu, saya
menyimpulkan bahawa pengambilan makanan segera yang berlebihan akan menyebabkan
penduduk mengalami masalah obesiti. Pendapat saya ini disokongi oleh Dr. Brennan
Davis dan Christopher Carpenter. Menurut Dr. Brennan Davis dan Christopher
Carpenter( 2009), restoran makanan segera memberikan kesan kepada tabiat pemakanan
pelajar, masalah berat badan berlebihan dan obesity.
5.2 Hasil Dapatan Temu Bual
Persoalan kajian (i): Berapakah jurang umur penduduk Ipoh yang selalu
mengunjungi restoran makanan segera?
Selain daripada analisis data soal selidik, hasil dapatan melalui temu bual juga turut
menyokong pendapat bahawa penduduk Ipoh yang berumur 11 – 20 tahun ialah golongan
yang selalu mengunjungi restoran makanan segera. Hal ini dinyatakan oleh tiga orang
responden kajian seperti berikut (nama samaran digunakan):
Berdasarkan kepada En. Gary:
…Berdasarkan pengalaman, saya lihat kebanyakan pengunjung restoran
makanan segera ialah remaja. Mereka berumur lebih kurang berumur 11 – 20 tahun.
Kebanyakan masa mereka mengunjungi restoran makanan segera adalah bersama
dengan kawan mereka. Oleh hal yang demikian, mereka selalu mengunjungi ke restoran
makanan segera dalam kumpulan.
Seterusnya En. Stefan juga mempunyai pandangan yang sama, seperti berikut:
…Rumah saya berhampiran dengan restoran makanan segera. Menurut
pemerhatian saya, kebanyakan pelanggan di restoran makanan segera ialah remaja.
Kadang- kala pada waktu lepas sekolah, saya juga dapat melihat segolongan pelajar
yang masih memakai baju sekolah membuat kerja rumah mereka di restoran makanan
segera.
Diikuti Ms. Mong turut mempunyai pandangan yang hampir sama,
24
940213086267
…Setiap kali saya mengunjungi restoran makanan segera, kebanyakan pelanggan
merupakan remaja atau pemuda yang berumur 11 – 20 tahun.
Sehubungan dengan itu dapat disimpulkan penduduk yang berumur 11 – 20 tahun
merupakan golongan yang selalui mengunjungi restoran makanan segera.
Persoalan kajian (ii): Apakah faktor- faktor yang menyebabkan penduduk Ipoh
mengunjungi restoran makanan segera?
Hasil dapatan temu bual dalam soalan ini turut menyokong analisis data soal selidik
bahawa ajakan kawan merupakan faktor utama penduduk Ipoh mengunjungi restoran
makanan segera. Maklum balas responden adalah seperti berikut
Berdasar En. Gary:
…Ajakan kawan merupakan faktor utama yang menyebabkan saya mengunjungi
makanan segera. Saya tidak akan pergi ke restoran makanan bersendirian, kebanyakan
saya pergi ke restoran makanan segera adalah bersama kawan saya.
En. Stefan turut menyokong pandangan ini.
…Ajakan kawan merupakan pendorong utama saya mengunjungi restoran makanan
segera. Saya berasa pergi ke restoran makanan segera bersama kawan lebih menarik
berbanding dengan bersendirian pergi ke restoran makanan.
Diikuti oleh Ms Mong turut memberi pandangan yang sama seperti berikut:
…Kebanyakan saya mengunjungi restoran makanan segera adalah disebabkan oleh
ajakan kawan saya. Saya selalu terima ajakan daripada kawan saya untuk pergi ke
restoran makanan segera yang berhampiran dengan rumah saya.
Berdasarkan maklum balas ketiga-tiga responden dapat mengetahui bahawa ajakan
kawan merupakan faktor dominan yang mempengaruhi penduduk Ipoh mengunjungi
restoran makanan segera.
25
940213086267
Persoalan kajian (iii): Apakah kesan yang diwujudkan kepada penduduk Ipoh oleh
restoran makanan segera?
Kemunculan restoran makanan segera di Ipoh telah mendatangkan kesan buruk kepada
penduduk Ipoh. Walaubagaimanapun data ini tidak disokong sepenuhnya oleh responden
yang menerima temu bual. Berikut adalah maklum balas responden:
Berdasar kepada En. Gary:
…Kemunculan restoran makanan segera di sini telah banyak mendatangkan
kesan- kesan negatif terhadap penduduk di sekeliling ia. Sejak kemunculan restoran
makanan segera di kawasan sini, bilangan kenderaan di kawasan ini telah menunjukkan
peningkatan yang besar. Secara tidak langsung, ia menyebabkan kesesakan lalu lintas,
tambah pula bilangan kemalangan jalan raya juga meningkat.
Seterusnya En. Stefan juga mempunyai pandangan yang hampir sama, seperti berikut:
…Kemunculan restoran makanan segera di kawasan ini selain menyebabkan
kesesakan lalu lintas, restoran makanan segera juga telah mengubah tabiat pemakanan
penduduk di sini. Masalah obesiti di kawasan ini telah semakin serius sejak kemunculan
restoran makanan segera.
Walaubagaimanapun masalah ini tidak dihadapi oleh Ms. Mong. Berikut adalah
pandangan Ms. Mong:
…Sejak kemunculan restoran makanan segera di sini, kawasan ini semakin pesat
dan berkembang. Kemunculan restoran makanan segera telah menarikkan minat
peniaga- peniaga untuk membuka kedai di sini. Secara tidak langsung, peluang
pekerjaan di kawasan ini telah ditambahkan.
Oleh itu, kita dapat mengetahui bahawa kemunculan restoran makanan segera telah
menyebabkan kesesakan lalu lintas dan masalah obesiti, tetapi kemunculan restoran
makanan segera juga mewujudkan peluang pekerjaan.
26
940213086267
5.3 Hasil Dapatan Pemerhatian
Kekerapan Penduduk Mengunjung Restoran Segera
Melalui pemerhatian yang saya lakukan terhadap kekerapan penduduk mengunjung ke
restoran selama 3 hari, terdapat dua waktu masa yang saya tumpukan adalah di antara
1.00 p.m hingga 3.00 p.m dan di antara 6.00 p.m hingga 8.00p.m. Pada hari pertama,
waktu 1.00 p.m hingga 3.00 p.m, bilangan penduduk di restoran makanan segera adalah
di antara 31 - 40, manakala di antara 6.00 p.m hingga 8.00p.m, bilangan penduduk di
restoran makanan segera adalah di antara 24. Pada hari kedua, waktu 1.00 p.m hingga
3.00 p.m, terdapat lebih kurang 25 orang penduduk di restoran makanan segera, tetapi
pada waktu 6.00 p.m hingga 8.00p.m terdapat 48 orang penduduk di restoran makanan
segera. Manakala pada hari ketiga, terdapat 59 orang penduduk mengunjungi restoran
makanan segera pada waktu 1.00 pm. hingga 3.00 pm, dan terdapat 42 orang penduduk
mengunjungi restoran makanan segera pada waktu 6.00 pm. hingga 8.00 pm.
Aktiviti Yang Dijalankan Oleh Penduduk Di Restoran Makanan Segera
Melalui pemerhatian saya mendapati aktiviti yang oleh penduduk Ipoh adalah menjamu
selera, lepak bersama kawan, melayari internet dan membuat kerja kursus atau
mengulangkaji pada 2 waktu yang saya tetapkan itu antara 1.00 p.m hingga 3.00 p.m dan
6.00 p.m hingga 8.00 p.m. Bilangan penduduk Ipoh yang membuat kerja kursus atau
mengulangkaji lebih banyak pada waktu 1.00 p.m hingga 3.00 p.m berbanding dengan
waktu 6.00 p.m hingga 8.00 p.m.
Kajian ini dijalankan dengan tujuan menentukan faktor-faktor dan kesan- kesan yang
diwujudkan oleh restoran makanan segera terhadap penduduk Ipoh. Sehubung dengan
itu, daripada faktor- faktor yang dikaji telah mengenalpasti ajakan kawan merupakan
faktor yang utama dalam mempengaruhi penduduk Ipoh mengunjungi restoran makanan
segera. Manakala dua aspek kesan telah dikenalpastikan. Dari aspek baik, kemunculan
27
940213086267
restoran makanan segera mewujudkan peluang pekerjaan tetapi sebaliknya kemunculan
restoran makanan segera juga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan masalah obesiti di
kawasan sekeliling.
28
940213086267
6.0 Rumusan
Kajian ini dijalankan dengan tujuan menentukan pengaruh restoran makanan segera
terhadap penduduk Ipoh. Kajian ini dilakukan di Ipoh. Sehubungan dengan itu, saya
telah mengkaji faktor utama penduduk yang datang melanggani restoran makanan segera
ialah ajakan daripada kawan.
Dalam kajian ini, beberapa hipotesis di uji untuk menentukan samada beberapa
parameter yang di pilih tersebut berhubungan atau tidak. Antaranya beberapa parameter
yang telah didapati berhubungan ialah seperti jantina, kaum, umur, pendapatan keluarga
sebulan dan kekerapan mengunjungi restoran makanan segera.
Di samping itu, restoran makanan segera mendatangkan pelbagai keburukan dan
kebaikan. Antara kebaikan yang didatangkan ialah dapat menyediakan peluang
pekerjaan kepada masyarakat dan dapat memajukan kawasan di sekeliling.
Walaubagaimana pun, kemunculan restoran makanan segera juga mengubahkan tabiat
pemakanan penduduk Ipoh serta menyebabkan kawasan tersebut mengalami kesesakan
lalu lintas.
29
940213086267
7.0 Rujukan
Dahlia. 2006. Dahlia’s Journal. Diperoleh 2 Mac 2013 dari
(http://www.cikgudahlia.com/2005/06/bab-3-rekabentuk-penyelidikan-
kajian.html)
Hannsays , 4 mac 2012 , Blog (Fakta) “Sejarah awal makanan segera “ ,
(http://hannsays.blogspot.com/2012/03/cool-sejarah-awal-makanan-
segera.html) .
Harold McGee, 2004. On Food and Cooking: The Science and Lore of the Kitchen. New
York: Scribner; Rev Upd edition.
Immy Holloway, 1997. Basic Concepts for Qualitative Research. Wiley-Blackwell.
John Creswell, 1994. Research design Qualitative & Quantitative Approaches.
Thousand Oaks, California: Sage Publications
Kamus Dewan Edisi Keempat , 2009 , Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka .
Khys, 01 Ogos 2012, Restoran McDonald’s pertama di Malaysia (1982)
(http://arkibnegara.blogspot.com/2012/08/restoran-mcdonalds-pertama-di-
malaysia.html)
Malaysia. Majlis Bandaraya Ipoh, 2011. Ipoh.
(http://pertandinganfotografivpy2012.blogspot.com/2011/12/sejarah-bandaraya-
ipoh-perkembangan.html)
Margerat Mead, 1997. Margaret Mead's Idea. New York, June 29, 1997 : Center of
Teaching International Relations Publications
30
940213086267
Ninemeier.J.D. dan Hayes, 2006. Analisis Karakteristik Demografis Pengunjung
Restoran[online].Tersedia: http://digilib.petra.ac.id/jiunkpe/s1/hotl/2010/jiunkpe-
ns-s1-2010-33404016-14937-fast_food-chapter2.pdf
NOOR FAZRINA KAMAL. “Im pak restoran makanan segera dekat sekolah” dlm Utusan Online, 08
Januari 2009.
Powers,2003.
(http://digilib.petra.ac.id/viewer.php?
page=1&submit.x=0&submit.y=0&qual=high&fname=/jiunkpe/s1/hotl/2010/jiunkpe-ns-
s1-2010-33404016-14937-fast_food-chapter2.pdf)
Qualitative and Quantitative Approaches, Allyn & Bacon, Incorporated
(http://books.google.com.my/books/about/Social_Research_Methods.html?
id=pl32AQAACAAJ&redir_esc=y)
W. Lawrence Neuman, 2000. Social Research Methods:
Yin, 1994.Case study research: Design and methods. Edisi Kedua. Beverly Hills, CA:
Sage Publishing.
31
940213086267
8.0 Lampiran
Lampiran A
Borang Soal Selidik
BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN
ARAHAN: Sila tandakan ( ⁄ ) mengikut maklumat diri yang dinyatakan di bawah.
Maklumat Asas Responden
1. Jatina :
Lelaki Perempuan
2.Umur :
10 tahun ke bawah 31-40 tahun
11-20 tahun 41-50 tahun
21-30 tahun 60 tahun ke atas
3. Bangsa
a. Melayu
b. Cina
32
Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji kesan restauran makanan segera terhadap penduduk di Ipoh. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian
sahaja. Borang soal selidik ini mempunyai 3 bahagian, iaitu bahagian A, B dan C.
940213086267
c. India
d. Kaum lain (Sila Nyatakan) _____________________
5. Pendapatan Sebulan:
a.RM2000 ke bawah
b.RM2001 – RM4000
c.RM4001 – RM5000
d.RM5000 ke atas
6. Kekerapan mengunjungi restoran makanan segera dalam seminggu
1 – 3
3 – 4
5 – 6
7 ke atas
33
940213086267
Bahagian B
Bahagian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian I dan bahagian II.
Bahagian I adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penduduk di
Ipoh berkunjung ke restoran makanan segera di Ipoh. Manakala bagi bahagian II adalah
untuk mengenal pasti kesan-kesan restoran makanan segera terhadap penduduk Ipoh.
Bahagian A : Faktor -faktor yang mempengaruhi penduduk Ipoh berkunjung ke
restauran makanan segera
Sila tandakan (/) satu jawapan sahaja bagi pilihan anda di dalam ruangan yang
disediakan.
Bagi soalan 1-12 isikan ruangan berkenaan berdasarkan skala berikut:
Perkara Sangat
Setuju
Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju
Skor 5 4 3 2 1
Bil. Pernyataan 1 2 3 4 5
1 Saya suka berkunjung ke restoran
makanan segera kerana pilihan menu
makanan yang banyak.
2 Saya suka berkunjung ke restoran
makanan segera kerana makanan yang
enak.
34
940213086267
3 Saya suka berkunjung ke restoran
makanan segera kerana suasana yang
selesa.
4 Saya suka berkunjung ke restoran
makanan segera kerana harga yang
berpatutan.
5 Saya suka berkunjung ke restoran
makanan segera kerana ajakan kawan
saya.
6 Saya suka berkunjung ke restoran
makanan segera kerana layanan yang
mesra.
7 Saya suka berkunjung ke restoran
makanan segera kerana dapat
menjimatkan masa saya.
8 Saya suka berkunjung ke restoran
makanan segera kerana kebersihan
makanan dan tempat terjamin.
9 Saya suka berkunjung ke restoran
makanan segera kerana restoran terletak
berhampiran dengan rumah saya.
10 Saya suka berkunjung ke restoran
makanan segera kerana saya bersibuk
sehingga tidak sempat untuk
menyediakan makanan di rumah.
11 Saya suka berkunjung ke restoran
makanan segera kerana saya tertarik
dengan iklan dan promosi yang
dipaparkan.
12 Saya suka berkunjung ke restoran
35
940213086267
makanan segera kerana mempunyai
perkhidmatan WI-Fi.
Bahagian B : Kesan-kesan restoran makanan segera terhadap penduduk di Ipoh
Sila tandakan (/) satu jawapan sahaja bagi pilihan anda di dalam ruangan yang
disediakan.
Bagi soalan 1-7 isikan ruangan berkenaan berdasarkan skala berikut:
Perkara Sangat
Setuju
Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju
Skor 5 4 3 2 1
Bil. Pernyataan 1 2 3 4 5
1 Pengambilan makanan segera yang
berlebihan akan menyebabkan saya
mengalami masalah obesiti.
2 Pengambilan makanan segera yang
berlebihan akan menyebabkan saya
mengalami risiko penyakit kencing
manis, penyakit jantung, penyakit
hipertensi dan penyakit buah pinggang
yang tinggi.
3 Pengambilan makanan segera yang
36
940213086267
berlebihan akan menyebabkan saya
mengalami risiko penyakit kanser yang
tinggi.
4 Saya tidak dapat menumpukan perhatian
terhadap pelajaran disebabkan oleh
perkhidmatan Wi-Fi di restoran makanan
segera.
5 Suasana restoran makanan segera yang
selesa menyebabkan saya suka melepak.
6 Kekerapan saya mengunjungi ke restoran
makanan segera menjejaskan pelajaran
saya.
7 Kekerapan saya mengunjungi ke restoran
makanan segera menjejaskan hubungan
saya dengan keluarga saya.
TAMATTerima kasih atas kerjasama anda
37
940213086267
Lampiran B
Hari Masa Bilangan Penduduk yang mengunjungi Kedai Makananb Segera
0-10 11-20 31-40 41-50 51-60
Pertama 1300-1500 /
1800-2000 /
Kedua 1300-1500 /
1800-2000 /
Ketiga 1300-1500 /
1800-2000 /
Jadual Kekerapan penduduk mengunjungi kedai makanan segera
38
940213086267
Lampiran C
Aktiviti
Masa
(15/3/2013) Hari
Pertama
(16/3/2013) Hari
Kedua
(17/3/2013) Hari
Ketiga
1300-
1500
1800-
2000
1300-
1500
1800-
2000
1300-
1500
1800-
2000
Menjamu selera
Lepak serta bersembang
bersama kawan atau ahli
keluarga
Melayari Internet
Membuat kerja khusus
atau mengulang kaji
Jadual Aktiviti yang dilakukan oleh pelanggan –pelanggan di kedai makanan segera
39