Post on 09-Aug-2015
description
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 BIODATA TOKOH
3.0 PERJALANAN HIDUP TOKOH
4.0 SUMBANGAN TOKOH
5.0 KARYA – KARYA TOKOH
1.0 PENGENALAN
Kajian tentang perkembangan kesusasteraan Melayu tidak lengkap tanpa
mengaitkan nama Ishak Hj. Muhammad. Hasil daripada kajian dan tulisan yang
terhimpun sekian banyak itu, maka lahirlah pelbagai pandangan dan gelaran yang
diberikan kepada Pak Sako, antaranya Pak Sako sebagai gergasi sastera Melayu, Pak
Sako sebagai sasterawan yang tidak pandang kesenangan, Pak Sako sebagai sasterawan
yang berani dan tajam, Pak Sako sebagai wartawan pemula dan pembawa
pembaharuan, Pak Sako sebagai wartawan contoh, Pak Sako sebagai wartawan yang
kritis, Pak Sako sebagai nasionalis rakyat, Pak Sako sebagai wartawan yang kritis, Pak
Sako sebagai nasionalis rakyat, Pak Sako sebagai pejuang politik yang prihatin
terhadap suara hati masyarakat desa dan golongan marhein dan Pak Sako sebagai
intelektual rakyat. Sebagai seorang tokoh masyarakat yang namanya dikenali ramai
pada zamannya, terdapat juga suara sinis yang Pak Sako seorang romantis lagi kuat
merajuk. Itu adalah sebahagian penilaian orang terhadap Pak Sako.
Tokoh besar yang saya bicarakan pada kali ini, Pak Sako rupa-rupanya bukan
sahaja seorang nasionalis, perjuang, ahli politik, sasterawan, wartawan dan pemikir,
tetapi juga seorang pencinta kehidupan asal dan alam sekitar. Beliau tidak setakat
mengungkapkan rasa hatinya yang amat rapat lagi prihatin terhadap warisan semula
jadi tetapi juga mengamal dengan setia nilai hidup yang mesra dengan alam sekitar.
Memoirnya, walaupun tidak terperinci, merakamkan aspek ini tentang peribadinya.
Sayangnya dimensi ini terselindung daripada perhatian karyawan yang menulis
tentangnya.
Zainuddin Maidin, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu pernah
menyuarakan dalam Malam Mengenang Jasa Pak Sako di Balai Budaya Tun Syed
Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 5 Oktober 1987 bahawa “Ishak Haji
Muhammad, Pak Sako atau Hantu Raya adalah seorang yang kalau dimahkotakan
sebagai raja, baginda akan turun dari takhtanya, kalau menjadi presiden atau perdana
menteri, beliau akan menghilangkan diri, tetapi diberikan mesin taip, beliau akan
menulis sampai mati”.
2.0 BIODATA TOKOH
Nama :
Ishak Bin Haji Muhammad
Nama gelaran :
Pak Sako
(14 November 1909 - 7 November 1991)
Tempat lahir
Kampung Buntut Pulau, Temerloh, Pahang
Darul Makmur.
Nama ayah
Tempat lahir
Kampung Buntut Pulau, Temerloh, Pahang
Darul Makmur.
Nama ayah
Gambar peringatan kumpulan keluarga Pak Sako.
Gambar kenangan Pak Sako dan isterinya di kediaman mereka.
Gambar Pak Sako bersama isterinya dan anak – anaknya.
3.0 PERJALANAN HIDUP TOKOH
3.1 SEJARAH PENDIDIKAN TOKOH
Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako lahir telah mendapat pendidikan awal di
Sekolah Laki-Laki Temerloh (atau kini Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah),
Temerloh pada tahun 1919.
Beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Clifford,
Kuala Lipis pada tahun 1924 hingga 1928. Pak Sako lulus sijil persekolahan dari
Sekolah Inggeris Raub pada tahun 1929. Pada tahun 1930, beliau melanjutkan
pelajaran ke Malay College Kuala Kangsar atau MCKK (Maktab Melayu Kuala
Kangsar) untuk berlatih sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Pentadbiran Tanah
Melayu (Malayan Civil Service).
3.2 KERJAYA TOKOH
Pada tahun 1931, Ishak Haji Muhammad bertugas sebagai pegawai dalam
latihan selama setahun di Pejabat Daerah Temerloh sebelum ditukarkan ke Pejabat
Daerah Bentong sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah pada tahun berikutnya.
Dengan itu beliau telah dilantik sebagai Majistret Kelas III dan pemungut hasil tanah.
Setelah berkhidmat selama tiga bulan di Bentong, beliau telah ditukarkan ke Daerah
Kecil Rembau, Negeri Sembilan. Kira-kira setahun setengah kemudian, beliau
ditukarkan pula ke Kuala Lumpur sebagai Majistret Kelas III sehinggalah beliau
meletakkan jawatan tersebut pada tahun 1935. Selepas bebas daripada jawatan
kerajaan, Ishak Haji Muhammad menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-
pegawai Inggeris di Polis Depot dan kemudian beliau mengembara ke seluruh tanah air
selama tiga tahun. Sewaktu menjelajah tanah air inilah beliau mula menceburkan diri
dalam bidang penulisan.
Pada tahun 1937, Pak Sako mula bertugas dengan Warta Malaya, di Singapura
sebagai pengarang dan penterjemahan. Dari situ beliau terus meningkatkan
kegiatannya dalam bidang penulisan. Pada tahun inilah beliau menghasilkan novel
sulungnya yang berjudul Putera Gunung Tahan yang dicetak oleh Jamaliah Press,
Muar pada tahun 1938.
Ishak Haji Muhammad ialah orang pertama yang menjadi pencetus dalam
menerbitkan akhbar Utusan Melayu dan seterusnya menjadi pengasas penerbitan
akhbar tersebut. Untuk ini beliau berhenti dari Warta Malaya pada 1 April 1939 lalu
menjelajah ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk memberi penerangan
kepada masyarakat tentang cita-cita beliau untuk menerbitkan sebuah akhbar
kebangsaan.
Usahanya ini telah mendapat sokongan dan dukungan yang hangat daripada
masyarakat dan pada 29 Mei 1939, lahirlah akhbar Utusan Melayu.Dari Tahun 1939
hingga tahun 1941, Ishak bertugas sebagai salah seorang anggota sidang pengarang
Utusan Melayu yang pada ketika itu dipimpin oleh Abdul Rahim Kajai.
Pak sako sememangnya terkenal dengan seorang yang sangat tekun dan gigih dalam
menghasilkan karya beliau.
Pada waktu yang sama, Ishak mula bergiat dalam pergerakan politik. Pada
tahun 1941, Pak Sako yang terlibat dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah
ditangkap oleh pihak British dan dibebaskan apabila Jepun berjaya menakluk
Singapura pada tahun yang sama. Beliau kemudian menjadi Ketua Pengarang Berita
Malai di samping turut menyumbangkan rencana dan cerpen dalam Semangat Asia dan
Fajar Asia.
Ishak Haji Muhammad berucap dalam satu majlis bersama Parti Kebangsaan Melayu Malaya.
Pak Sako telah menjadi semakin aktif dalam arena politik dan bidang
kewartawanan sesudah tamat perang. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang
ditubuhkan pada tahun 1945 pernah menerima beliau sebagai salah seorang anggota
pucuk pimpinannya. Apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948, kegiatan Pak Sako
dianggap membahayakan keselamatan negara lalu beliau ditangkap sekali lagi dan
ditahan di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Dari Penjara Pudu, Pak Sako dipindahkan ke
beberapa buah khemah tahanan lain. Beliau kemudiannya telah dibebaskan tanpa
syarat dalam bulan Mei 1953.
Setelah bebas dari tahanan, Ishak Haji Muhammad bertugas di Malayan Film
Unit (MFU) di Kuala Lumpur sebagai penulis skrip hingga bulan Disember 1955.
Mulai 6 Mac 1958, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarang Semenanjung di
Singapura. Walau bagaimanapun minatnya terhadap politik tanah air tidak pernah
malap terutama apabila beliau dilantik mengetuai Parti Buruh Malaya dan Socialist
Front. Dalam pilihan raya umum 1959, Ishak Haji Muhammad bertanding bagi
kawasan Bukit Bintang pada tahun 1964 tetapi gagal untuk memenangi sebarang
kerusi.
Sewaktu tercetusnya konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun
1965, Ishak Haji Muhmmad telah ditahan sekali lagi. Selepas dibebaskan pada tahun
1966, beliau kembali bergiat dalam bidang penulisan. Ishak kemudiannya ditawarkan
bertugas dengan Utusan Melayu sebagai penulis khas. Tulisannya yang amat popular
ialah “Kenangan Hidup Pak Sako” yang disiarkan secara bersiri dalam Mingguan
Malaysia, dan ruangan “Di Simpang Jalan” dengan menggunakan nama Pak Pandir
Moden. Beliau juga pernah menjadi penulis ruangan pojok “Pepatah Petitih” dalam
majalah Gila-gila.
Oleh sebab cintanya terhadap bangsa dan negara terlalu besar, maka tidak
hairanlah kalau dikatakan bahawa hampir keseluruhan karya Ishak bercorak didaktik
dan idealistik. Sebagai seorang pejuang nasional dan sasterawan, Ishak mempunyai
tempat yang penting dalam sejarah kebangsaan dan kesusasteraan tanah air.
4.0 SUMBANGAN TOKOH
4.1 SUMBANGAN DARI ASPEK POLITIK/NEGARA
Seperti kebanyakan pengarang sebelum merdeka, Ishak menggunakan novel
dan cerpen sebagai saluran untuk mengobarkan semangat orang Melayu dan
menyedarkan mereka tentang kedudukan mereka yang mundur dalam politik, ekonomi
dan sosial. Sikapnya yang antipenjajah jelas diluahkannya dalam novel dan cerpennya.
Ini dapat kita lihat dengan jelas bahawa Pak Sako menerapkan semangat
kebangsaan dalam novel pertama pak sako iaitu putera gunung tahan lahir. Novel ini
dianggap hasil daripada luapan semangat kebangsaan dan rasa cemburu kepada
pengaruh-pengaruh asing khususnya penjajahan Inggeris. Oleh itu novel ini adalah
sebuah novel politik yang bertujuan untuk meniup semangat cinta akan tanah air,
semangat ingin hidup maju dan bebas daripada belenggu penjajahan.
Novelnya yang berjudul Anak Mat Lela Gila dianggap sebagai novel yang
cukup berjaya sebelum Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan keadaan
masyarakat Melayu dengan kisah-kisah hasil pengalaman beliau mengembara ke
seluruh negara. Watak-wataknya melontarkan sindiran terhadap sikap tidak adil
penjajah Inggeris dan pembesar-pembesar tanah air terhadap masyarakat Melayu.
4.2 SUMBANGAN DARI ASPEK KESUSASTERAAN
Memetik kata Aminudin Mansor (2012) karya Pak Sako seperti Putera Gunung
Tahan mengandungi tema dan unsur keindahan dan estetika sangat kuat. Novel ini
banyak memaparkan keindahan kepada alam dan kehidupan manusia dengan nilai
kehidupan masyarakat, sarat dengan metafora dan gaya bahasa yang menarik serta
indah. Keindahannya terletak pada tema, persoalan, watak dan perwatakan yang hidup
dan lincah, plot, latar masyarakat, nilai dan pengajaran yang disampaikan. Luahan hati
dan getar jiwa seni Pak Sako melalui kata-kata dan bayangan alam budaya kehidupan
masyarakat telah menarik minat para pembaca dari segenap umur dan telah diakui oleh
banyak sarjana sastera. Nilai seni ini akan dapat dirasakan oleh pembaca yang cekap
menangkap dengan mata akal dan mata fikir hasil seni sastera.
Satu perkara yang harus kita beri perhatian dalam karya-karya Ishak adalah
tentang cita-citanya terhadap masyarakatnya masa itu. Karya – karya Pak Sako
bertunjangkan rakyat jelata, dan beliau berpendapat bahawa setiap cerita mestilah
mempunyai mesej dan bertujuan membimbing rakyat ke arah suatu kehidupan yang
aman damai, bekerjasama, makmur, mewah, berbudi bahasa, berkhidmat dan berbakti.
Melalui penulisan dalam bentuk cerpen mahupun sajak, Pak Sako banyak mendidik
dan menegur masyarakat tempatan. Seperti contoh dalam salah satu karya beliau iaitu
‘Teguran Pak Sako’.
4.3 SUMBANGAN DARI ASPEK PENULISAN
Dalam bidang penulisan kreatif, Ishak menghasilkan tidak kurang daripada 23
buah cerpen pada waktu sebelum Perang Dunia Kedua. Dua buah novelnya Putera
Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila adalah antara novelnya yang mendapat
sambutan hangat dan telah beberapa kali diulang cetak. Kedua-dua novel tersebut
mencerminkan pandangan dan cita-cita pengarangnya sebagai seorang patriot dan
sasterawan.
Bapak rugged, anak groovy,Sedang membiak di sana sini,
Di pantai memakai bikini,Di kubur memakai mini.
Orang-orang kampung menghadap Kiblat,Mereka membawa komik-komik Barat,
Bermain karate, ganti bersilat,Makan anggur, menggantikan langsat,Gasing dibuang, dimajukan bowling,
Berasmara mereka kata necking,Bercumbu-cumbu mereka kata pecking,
Buang Mak Inang, menggantikan dansing,Tetapi, bila bergula dalam kencing,Barulah teringat nak makan jering,Terkenang kepada petai dan kerdas,Barulah nak belajar mandi hadas.
Melayu bukan, Malaysian pun bukan,Cina bukan, Indian pun bukan,
Inikah akar-akar yang mangaku rotan?Atau kaca-kaca yang mengaku intan?
– Pak Sako (Dr. Ishak Haji Muhammad)
[Sumber: Suara Keadilan, edisi 28 Ogos – 11 September 2007, bil. 115, halaman 15 dalam tulisan LanH berjudul Melayu bukan, Cina bukan,
Malaysian pun bukan]
Kesusasteraan Melayu moden mulai berkembang selepas Perang Dunia
Pertama. Pada dasarnya karya sastera pada zaman itu lebih bercorak protes. Tradisi itu
mencapai kemuncaknya menjelang Perang Dunia Kedua. Dalam tahap perkembangan
Ishak Haji Muhammad muncul sebagai penulis yang paling berjaya menawan hati para
pembaca sehingga beliau menjadi lambang zaman itu. Selain itu, Pak Sako pernah
menulis skrip filem berjudul Padi Kunca terbitan Filem Negara Malaysia pada tahun
1955. Filem ini yang juga menggunakan suara latar Pak Sako telah memenangi
anugerah Golden Harvest dalam satu pesta filem yang berlangsung di Singapura.
Pak Sako merupakan pengasas kepada penerbitan akhbar Utusan Melayu. Kini,
akhbar tersebut telah menjadi salah satu khabar dalam menjadi wadah penting bagi
rakyat di negara kita mendapatkan maklumat tentang isu - isu semsa dan penyebaran
ilmu.
5.0 ANUEGRAH – ANUEGRAH TOKOH
PENULIS veteran ini adalah antara penulis sebelum Perang Dunia Kedua yang
sangat giat menulis. Beliau telah menerima suatu cenderamata berupa sebilah keris
yang berusia 120 tahun dan sekeping cek bernilai RM5000.00 pada Malam Mengenang
Jasa Pak Sako di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 5
Oktober 1987.
Pada 29 Jun 1973, Universiti Malaya telah menganugerahi beliau Ijazah
Kehormat Doktor Kesusasteraan bagi menghargai sumbangan serta jasanya terhadap
kesusasteraan Melayu moden. Pada 29 Mei 1976 pula, Ishak dianugerahkan gelaran
“Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri Malaysia berserta hadiah wang tunai
RM10000.00 dan watikah penghargaan. Walau bagaimanapun, Pak Sako telah
menolak anugerah “Budayawan GAPENA 1987” atas sebab-sebab tertentu.
Ishak Haji Muhammad telah meninggal dunia pada 7 November 1991. Namun
demikian, jasa dan pengorbanan beliau kepada negara tetap dikenang dan dihargai.
Pak Sako dalam Majlis Penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat.
Pada 24 September 1995, beliau dianugerahkan “Tokoh Kewartawanan Negara”
sebagai menghargai jasa beliau dalam mempelopori bidang kewartawanan, politik dan
sastera. Beliau merupakan tokoh yang menerima anugerah tersebut selepas Tan Sri A.
Samad Ismail dan Tan Sri Lee Siew Yee. Utusan Melayu sejak tahun 1992 telah
mewujudkan “Hadiah Sako” untuk diberikan kepada penulis novel nasional yang
terbaik sebagai mengenangkan jasa dan pengorbanan Pak Sako.
6.0 KARYA – KARYA TOKOH
6.1 NOVEL KARYA TOKOH
Novel
Putera Gunung Tahan, Singapura: Geliga Limited, 1957 (cetakan kedua), 113
hlm. (cetakan pertama 1937)
Sidang Serangga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 121 hlm.
Anak Mat Lela Gila, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966 (cetakan
ketiga), 131 hlm., (cetakan pertama 1941).
Yang Miskin dan yang Mewah, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966, 120
hlm.
Budak Beca, Marang: H.C. Muhammad Abdul Rahman, 1957, 173 hlm. (dua
penggal), Penggal I, 98 hlm., Penggal II, 75 hlm.
Jalan ke Kota Bharu, Singapura: Qalam, 1956, 159 hlm.
Cemburu Celik, Singapura: Geliga Limited, 1957, 19 hlm.
Mencari yang Lari, Singapura : Geliga Limited, 1957, 108 hlm.
Pengantin Baru, Singapura: Geliga Limited, 1957, 120 hlm.
Pertemuan di Sungai, Singapura: Geliga Limited, 1957, 93 hlm.
Selayang Pandang, Singapura: Geliga Limited, 1957 – 1959, 209 hlm., (dua
penggal), penggal I, hlm. 1-84, Penggal II, hlm. 85-209
Judi Karan, Singapura: Geliga Limited, 1958, 132 hlm.
Mata-mata Sukarela, Singapura: Geliga Limited, 1959, 123 hlm.
Norita dan Kisah-kisah Kucing Hitam, Marang : H.C. Muhammad Abdul
Rahman, 1966, 212 hlm.
Anak Dukun Deraman, Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tanah, 1967, 222 hlm.
Tijah Tukang Cukur, Marang: H.C. Muhammad Abdul Rahman, 1967, 171 hlm.
Satay Saloon, Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tanah, 1968, 152 hlm.
6.2 CERPEN KARYA TOKOH
Salah sebuah buku yang menghimpunkan cerpeb – cerpen karya Pak Sako yang di susun oleh Hashim Awang dan A. Karim Haji Abdullah.
Cerpen
- Segar, Singapura: Qalam, 1961, 188 hlm.
- Karangan Bunga dari Selatan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan
Jambatanmas, 1963, 61 hlm.
- Rintisan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1964, 265 hlm.
- Senda Gila-gila (antologi bersama), Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd., 1980,
124 hlm.
- Menunggu Ratu Adil (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd.,
1984, 218 hlm.
- Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 433
hlm.
- Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
1985,339 hlm.
6.3 MEMOIR KARYA TOKOH
Memoir
Pengalaman Pak Sako Tiga Tahun di Singapura: Petaling Jaya: Pustaka Budaya Agency,
1975, 61 hlm.
6.4 KARYA TOKOH UMUM
Umum
- Pak Pandir Moden di Simpang-simpang Jalan, Kuala Lumpur: Karya Bistari, 1988, 86
hlm.
- Pepatah Petitih, Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd., 1989 (Jilid I), 283 hlm.