Pakaian Tradisional Etnik-etnik Di Sabah

Post on 19-Jun-2015

7.090 views 12 download

Transcript of Pakaian Tradisional Etnik-etnik Di Sabah

PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK-ETNIK DI SABAH

PengenalanPenduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku

kaum, antaranya adalah Kadazan dusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka.Penggunaan warna hitam asalnya daripada

kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat.

Kaum Suluk

• Pakaian tradisional untuk tarian Mengiluk bagi suku kaum Suluk.

Suku Kaum Lotud

• Lelaki memakai baju baldu atau kapas berwarna hitam dan dihiasi sulaman dan labuci. Kepala memakai sundi dari kain destar.

• Wanita memakai baju dan sarung dari kain kapas yang dihiasi sulaman tinobogi dan linangkit dari benang berwarna-warni.

Suku Kaum Irranun

• Lelaki dan wanita suku kaum Irranun menggayakan pakaian tradisional yang diperbuat dari kain tenun atau kain Mogah.

Suku Kaum Bajau

• Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak.

• Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.

Suku Kaum Kokos

• Gandingan blaus organza beropol dipadankan sengan kain batik atau songket dan perhiasan kepala.

Kaum Kadazan dari Penampang

• Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakaian kepala yang disebut siga.

• Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

Suku Kaum Kadazan Daerah Papar

• Baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning keemasan.

• Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar.

• Wanita memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.

Suku Kaum Murut

• Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna.Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu.

• Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni.Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.

Suku Kaum Dusun

• Lelaki kaum Dusun Lotud Tuaran menggayakan baju dan seluar baldu bersulam, berikat bengkung serta destar.

Suku Kaum Brunei

• Pakaian petani wanita dari suku kaum Brunei.o Bajunya Kebaya Pendek yang dipakai dengan

kain pelekat yang diikat paras betis. Pakaian kepala seharusnya dari kain batik sarung melindungi dari bahang matahari.

• Pakaian nelayan lelakio Bajunya potongan ringkas yang dipakai

dengan seluar dari kain pelikat ikat kepala dari kain batik berserta seraung dari anyaman buluh.

Suku Kaum Bisaya

Suku Kaum Rungus

• Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval, bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis.

• Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik-manik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol.

Suku Kaum Momogun Rungus

• Titimbok dan Sisingal pelengkap hiasan kepala bagi wanita Rungus.

• Pinakol dan Sopilang dipakai secara bersilang sebagai hiasan badan wanita Rungus.

Titimbok Sinusuk-Rabung Sisingal

Binara Kilong Tinggot Tinikagang

Binuluntung Binalamas Togkol

Sopilang Pinakol Sulao

Burambun Sulao Santak Kimo Kimo

Santak Kimo Saring Longon Pinagkadang

Saring

Kinoriki Burambun Kinoriki

Sukolob

SEKIAN,

TERIMA KASIH…