Post on 09-Feb-2018
1
Untuk Siaran Segera
Panasonic Malaysia melancarkan model Peti Sejuk Eko 2012
Pemimpin industri mengembangkan rangkaian peti sejuk beku atas (top freezer
refrigerators), memberikan pilihan yang lebih luas kepada pengguna di Malaysia
Petaling Jaya, 28 Mac, 2012 – Panasonic Malaysia hari ini memperkenalkan rangkaian Peti Sejuk Eko 2012 yang telah dikembangkan dengan tujuh model baru peti sejuk yang terdiri daripada 1 model untuk siri EcoNavi, 5 model siri Inverter dengan penyejuk beku
bahagian atas dan 1 model siri Inverter dengan penyejuk beku bahagian bawah, dengan kapasiti bersih antara 234 liter hingga 400 liter.
Bagi peti sejuk yang mempunyai penyejuk beku di bahagian bawah, model untuk Siri EcoNavi ialah NR-BW465XS, dan model untuk Siri Inverter ialah NR-BW415VN, manakala model bagi penyejuk beku bahagian atas ialah NR-BK345MS, NR-BK345SN,
NR-BK305MS, NR-BK305SN dan NR-BK265SN. Sejajar dengan hala tuju syarikat untuk menjadi jenama eko Nombor 1 di dalam industri,
Panasonic akan terus menambah baik barisan peti sejuk penyejuk beku bahagian bawah Siri EcoNavi sebagai saksi pelancaran produk hari ini. Walau bagaimanapun, berdasarkan permintaan semasa 58.6% yang menggemari peti sejuk penyejuk beku
bahagian atas berbanding 16.5% untuk penyejuk beku bahagian bawah, barisan baru Panasonic menawarkan lebih banyak pilihan untuk peti sejuk penyejuk beku bahagian atas dengan penjimatan tenaga tahap tertinggi. Ini adalah faktor utama Panasonic
memperkenalkan lima model baru peti sejuk Eko dengan penyejuk beku bahagian atas sebagai nilai tambah penyelesaian peralatan rumah. Di samping itu, model baru peti sejuk Eko dijangka mampu menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak lebih 25%
berdasarkan ujian yang dijalankan oleh SIRIM.
2
Selaras dengan usaha Panasonic untuk terus membangunkan produk Eko demi meningkatkan gaya hidup rakyat Malaysia, model baru bagi 2012 kaya dengan fungsi
dan prestasi. Ini menggambarkan komitmen syarikat untuk memberikan pilihan penyelesaian peralatan rumah berkualiti tinggi yang menghormati teknologi mesra alam kepada
pengguna. Peti Sejuk: Penyejuk Beku bahagian Bawah Siri EcoNavi / Inverter Teknologi Mesra Alam (Eko) EcoNavi mengesan dan menyekat penyejukan berlebihan secara automatik untuk penjimatan tenaga maksimum dengan penggunaan Sensor Pintu dan Sensor Pencahayaan untuk mengesan corak gaya hidup sesebuah keluarga. Ia kemudian akan
belajar dan meramal bila pintu peti sejuk kerap dibuka, dan juga mengesan tahap kecerahan bilik, membolehkan peti sejuk beroperasi pada kuasa optimum dengan menyesuaikan penggunaan tenaga dengan corak gaya hidup sesebuah keluarga.
Teknologi Inverter Pintar menggunakan 7 tetapan kuasa untuk memadankan suhu di dalam peti sejuk dengan jumlah makanan yang disimpan. Operasi kuasa penuh dipilih
apabila pintu peti sejuk sering dibuka dan ditutup, manakala operasi kuasa minimum dipilih apabila ia jarang dibuka dan ditutup untuk mengurangkan penggunaan elektrik secara dramatik.
Segar dan Bersih Dengan lebih ramai pengguna mengambil berat tentang gaya hidup sihat, model baru ini
dilengkapi dengan penapis Ag untuk menjamin kebersihan, di mana hawa sejuk ditapis untuk memastikan peti sejuk kekal bersih, manakala sistem penyejukan tidak langsung membantu mengekalkan kesegaran sayur-sayuran selama sekurang-kurangnya
seminggu. Penapis Ag juga mengandungi enzim aktif untuk mengatasi masalah bau ikan dan sayuran yang kurang menyenangkan dengan berkesan.
3
Kebolehgunaan dan Reka Bentuk Penyejuk beku jenis laci menawarkan akses yang lancar dan mudah, menjadikannya lebih senang untuk menyusun barangan bersaiz besar. Untuk memudahkan penyimpanan sayur-sayuran berat yang memakan ruang, ruang
simpanan sayuran terletak di tengah peti sejuk, di mana bahan makanan senang dilihat dan mudah dikeluarkan. Dulang dan rak boleh disesuaikan mengikut saiz makanan dengan kedalaman rak boleh laras untuk kecekapan ruang simpanan. Untuk
pencahayaan tambahan, lampu LED tanpa penyelenggaraan dipasang di dalam peti sejuk untuk memudahkan pengguna melihat makanan. Semua model baru mempunyai rekabentuk bergaya dan datang dalam warna perak dan
keemasan yang akan melengkapi dan kelihatan hebat dalam semua dapur. Peti Sejuk: Siri Penyejuk Beku bahagian Atas Penjimatan Tenaga Tahap Tertinggi Model ini diiktiraf sebagai model yang mempunyai prestasi penjimatan tenaga yang tinggi di serata dunia dengan penarafan 5 bintang di Malaysia. Semua model baru dilengkapi dengan kompresor berkecekapan tinggi, kipas elektrik, dan dinding penyejuk beku yang
lebih tebal, dan ini menyumbang kepada kecekapan penjimatan tenaga. Jumbo Kembar (Twin Jumbo) Model baru dilengkapi dengan penyejuk beku dan ruang simpanan sayur-sayuran yang lebih besar dan ciri ini pasti menarik perhatian dan dicari oleh kebanyakan suri rumah. Ini akan mengurangkan kekerapan membeli belah kerana pembelian boleh dilakukan secara
pukal kerana lebih mudah untuk menyimpan bahan makanan dengan ruang simpanan makanan yang luas.
4
Segar dan Bersih Dengan lebih ramai pengguna mengambil berat tentang gaya hidup sihat, model baru ini dilengkapi dengan penapis Ag untuk menjamin kebersihan, di mana hawa sejuk ditapis untuk memastikan peti sejuk kekal bersih, manakala sistem penyejukan tidak langsung
membantu mengekalkan kesegaran sayur-sayuran selama sekurang-kurangnya seminggu. Penapis Ag juga mengandungi enzim aktif untuk mengatasi masalah bau ikan dan sayuran yang kurang menyenangkan dengan berkesan.
Mesra Pengguna Dulang dan rak boleh disesuaikan mengikut saiz makanan dengan kedalaman rak boleh
laras untuk kecekapan ruang simpanan. Untuk pencahayaan tambahan, lampu LED tanpa penyelenggaraan dipasang di dalam peti sejuk untuk memudahkan pengguna melihat makanan di dalam peti sejuk.
Rekabentuk Bergaya Semua model baru mempunyai rekabentuk bergaya dan datang dalam warna perak dan
keemasan yang akan melengkapi dan kelihatan hebat dalam semua dapur.
Model Peti Sejuk 2012
Model Jenis Kapasiti
Kasar (Liter)
Penyejuk
Beku
Berada
di Pasaran
Harga (RM)
NR-BW465XS EcoNavi 450 Bawah Apr 2012 2,499 NR-BW415VN Inverter 407 Bawah Apr 2012 1,999 NR-BK345MS Eco 333 Atas Jun 2012 1,499 NR-BK345SN Eco 333 Atas Jun 2012 1,449 NR-BK305MS Eco 296 Atas Mei 2012 1,299 NR-BK305SN Eco 296 Atas Mei 2012 1,249 NR-BK265SN Eco 262 Atas Jun 2012 1,159
*Sila rujuk katalog produk untuk spesifikasi penuh.
5
Tentang Panasonic Malaysia Sdn Bhd
Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah sebuah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik daripada audio visual, kelengkapan ruman, penyaman udara, kamera dan video digital, kelengkapan penyiaran profesional, sistem perniagaan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan kecantikan, sehingga ke bateri dan pencahayaan. Semua produk Panasonic boleh didapati menerusi pengedar sah kami di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama dan produk Panasonic, sila layari laman web kami di www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-5543 7600.
Untuk wartawan, sila muat turun siaran akhbar dan gambar dari www.pmpressroom.com
Perhubungan Media: Azizah Wahid Pengurus Besar, Komunikasi Korporat & Penjenamaan Tel: 03 7809 7876 Fax: 03 7955 1857 Mobile: 019 217 2730 Emel: azizah.wahid@my.panasonic.com
# # #