Post on 15-Dec-2015
description
PANDUAN KUTIPAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN DAN KUTIPAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2015
KUTIPAN BAYARAN TAMBAHAN
Pihak sekolah tidak dibenarkan memungut sumbangan PIBG daripada ibu bapa pada hari pertama
persekolahan kecuali:
1. Bayaran tambahan bagi murid bukan warganegara (SR:RM24.50; SM:RM33.50)
2. Bayaran makan Asrama (boleh dibayar secara beransur-ansur / penuh). Pendapatan keluarga
RM4,999.00 ke bawah: RM3.00 sehari X 250 hari; manakala pendapatan keluarga RM4,999.00
ke atas: RM3.00 sehari X 250 hari.- ( LAMPIRAN ‘BTA’ (3 salinan)
3. Majalah sekolah (SR:RM10.00; SM:RM12.00) dengan syarat mendapat kelulusan daripada
Pendaftar. (kutipan majalah hendaklah dimasukkan ke dalam Akaun SUWA dan tiada paksaan
bagi murid-murid membelinya).- LAMPIRAN ‘BTS’ (3 salinan)
4. Bayaran amali bagi mata pelajaran Azhari
KUTIPAN SUMBANGAN PIBG : LAMPIRAN PIBG ( 3 SALINAN)
1. Sumbangan PIBG hanya boleh dikutip selepas dibentangkan dalam mesyuarat agung PIBG pada
tahun semasa dan telah mendapat kelulusan Pendaftar.
2. Pendaftar JPN Perak telah menetapkan bahawa semua sekolah di Negeri Perak hanya boleh
memungut sumbangan PIBG mulai 10 April 2013 iaitu setelah mendapat kelulusan daripada
Pendaftar. (Operasi penyemakan dan kelulusan akan diadakan di peringkat negeri Perak pada 8
April 2013). Borang Kutipan Sumbangan PIBG hendaklah dihantar ke PPD masing-masing U.P
Mohamad Khusairi bin Saidin , Penolong PPD Perhubungan ) sebelum atau pada 3 April 2013).
3. Kutipan sumbangan PIBG ini hanya PERKELUARGA dan tidak dikutip daripada setiap murid.
a. Contoh kutipan yang bersesuaian untuk PIBG adalah
b. Sumbangan PIBG (perkeluarga)
c. Program peningkatan akademik
d. Bayaran tambang bas (asrama)
e. Bayaran koperasi
f. Keselamatan dan keceriaan
g. Bayaran literasi komputer
h. Peningkatan sahsiah murid
4. Surat edaran kutipan kepada ibu bapa/penjaga murid hendaklah ditandatangani oleh YDP PIBG
dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar