Post on 06-Feb-2021
1
PANDUAN PENGGUNA SISTEM
PENDAFTARAN KERJA/
PEMBEKALAN/PERKHIDMATAN/FIRMA
NEGERI KEDAH DARUL AMAN
DISEDIAKAN OLEH:
SEKSYEN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SISTEMBAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI NEGERI KEDAHARAS 2, BLOK E ,
05503 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN
DIKEMASKINI: 9 FEBRUARI 2021
2
KANDUNGAN
1.0 DAFTAR PENGGUNA…………………………………………………………………………….3-4
2.0 CARA MENGISI iDAFTAR………………………………………………………………………….4-6
3.0 LUPA KATALALUAN……………………………………………………………………………….7
4.0 PENDAFTARAN KONTRAKTOR NEGERI KEDAH………………………………………8-10
4.1 Bahagian A: Maklumat Pemohon…………………………………………………..10-11
NAMA PEMILIK……………………………………………………………………………..11-12
4.2 Bahagian B: Kerja…………………………………………………………………………..12-13
4.3 Bahagian C: Bekalan/Perkhidmatan/Firma…………………………………….13-14
4.4 Bahagian D: Maklumat Perbankan…………………………………………………15
4.5 Bahagian E: Perakuan Syarikat……………………………………………………….16-17
4.6 Bahagian F: Bayar………………………………………………………………………….17-23
4.7 SEMAK KADAR BAYARAN……………………………………………………………….24
5.0 TAMBAH BAYARAN………………………………………………………………………………25-28
6.0 ADUAN.……………………………………………………………………………………………….28-29
3
1.0 DAFTAR PENGGUNA
a) Pendaftaran id pengguna boleh dilakukan sekali sahaja. Satu id pengguna untuk
satu syarikat.
NOTA PENTING: SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI BANYAK SYARIKAT, GUNAKAN ID
LAIN-LAIN UNTUK DAFTAR PENGGUNA BAGI MENDAFTARKAN SYARIKAT ANDA. ID
PENGGUNA TIDAK SEMESTINYA NO KAD PENGENALAN PEMILIK SYARIKAT.
PASTIKAN NAMA PEMILIK SYARIKAT DIMASUKKAN DI DALAM RUANGAN PEMILIK
SYARIKAT.
b) Anda boleh mendaftar melalui:
Url iDAFTAR iaitu https://idaftar.kedah.gov.my
c) Pada laman utama iDAFTAR, klik pada pautan Daftar Pengguna Baru. Skrin
berikut akan dipaparkan:
Rajah: 1.0 Skrin Daftar Pengguna Baru
d) Pastikan semua medan diisi. ID Pengguna anda merupakan No. Kad Pengenalan.
ID Pengguna tidak semestinya No. Kad Pengenalan pemilik syarikat. Nama-nama
pemilik syarikat akan dicatatkan di dalam ruangan Pemilik Syarikat.
e) Jika medan wajib isi tidak diisi sistem akan memaparkan mesej berikut:
https://idaftar.kedah.gov.my
4
f) Isikan semula semua maklumat pada medan yang bertanda *WAJIB ISI.
g) Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad
pengenalan. Isikan nombor kad pengenalan tanpa tanda - contoh:
900112025432
h) Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif
kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui telefon
dan emel. KECUAIAN ANDA MEMASUKKAN EMEL YANG SALAH AKAN
MENYEBABKAN ANDA TIDAK MENERIMA KATALALUAN SEMENTARA DAN
ANDA TIDAK DAPAT LOG MASUK KE DALAM SISTEM.
i) Selepas semua medan diisi, SEMAK SEMUA MAKLUMAT ADALAH BETUL
KEMUDIAN klik butang
j) Jika anda ingin kembali ke paparan utama, klik butang
k) Sekiranya anda mendapat ralat berikut, semak semula medan yang dinyatakan:-
Nombor Kad Pengenalan tidak sah Isikan nombor kad pengenalan tanpa
tanda - contoh: 900112025432
Id Pengguna telah wujud ! Nombor Kad Pengenalan telah
didaftarkan di dalam sistem samada
sebagai pemilik syarikat atau sebagai id
pengguna untuk mendaftarkan syarikat.
Sila guna kad pengenalan yang lain
Permohonan Berjaya Dihantar. Sila
semak emel anda untuk mendapatkan
katalaluan
Anda boleh menyemak katalaluan yang
diberikan melalui emel yang anda
daftarkan. Anda boleh terus log masuk
ke idaftar menggunakan nombor kad
pengenalan dan kata laluan yang
diberikan. Kataluan tersebut adalah
katalaluan sementara. Anda boleh
5
menukar katalaluan anda sendiri pada
Menu Profile-Change Password.
2.0 CARA MENGISI iDAFTAR
Anda yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang iDAFTAR.
Langkah-langkah:-
a) Skrin Daftar Masuk idaftar
Rajah 2.1: Skrin Daftar Masuk iDaftar
b) Anda hendaklah mengisi Kad Pengenalan dan Kata Laluan dengan betul dan klik
pada pautanMasuk seperti contoh berikut:
6
Anda boleh klik pada ikon mata diruangan katalaluan untuk memastikan katalaluan
yang anda masukkan adalah betul.
c) Seterusnya, jika tiada sebarang ralat, skrin seperti di bawah akan dipaparkan
seperti contoh berikut :-
Rajah 2.2: Skrin Menu Utama idaftar
Terdapat 3 menu utama iaitu Profile,Daftar dan Aduan. Nama pengguna akan
dipaparkan diatas penjuru sebelah kanan.
Profile - untuk menukar katalaluan Anda
7
Daftar - untuk mendaftar maklumat Kontraktor
Kerja/Pembekalan/Perkhidmatan/Firma Perunding
Aduan - untuk log aduan/cadangan/pertanyaan/penghargaan berkaitan
d) TUKAR KATALALUAN . Untuk pertama kali log masuk, Anda dinasihatkan untuk
menukar katalaluan sendiri. Klik pada menu Profile - Change Password seperti
berikut:
Masukkan katalaluan anda yang terkini pada Current Password, kemudian masukkan
katalaluan baru anda ,sahkan katalaluan baru anda dan klik butang Save. Anda boleh
logout dan Log Masuk semula bagi memastikan bahawa katalaluan yang anda
masukkan adalah katalaluan yang anda baru kemaskini.
3.0 LUPA KATA LALUAN
a) Sekiranya anda terlupa katalaluan anda, anda boleh klik pada pautan Lupa
Kata Laluan dihalaman utama iDAFTAR. URL berikut:
https://idaftar.kedah.gov.my
b) Skrin Lupa Kata Laluan akan dipaparkan seperti di bawah:
Rajah 3.1: Skrin Lupa Kata Laluan
https://idaftar.kedah.gov.my
8
c) Anda perlu memasukkan maklumat MyID (Nombor kad pengenalan tanpa ‘-’)
dan Emel. Kata laluan yang baru akan dihantar ke emel anda.
d) Setelah mengisi maklumat MyID dan Emel, klik butang Hantar. Satu ‘pop-up’
‘Maklumat sah!’ akan terpapar. Klik ok, dan sila semak email anda untuk
mendapatkan kata laluan baru.
e)Anda boleh login menggunakan ID Pengguna dan Kata laluan yang baru.
4.0 PENDAFTARAN KONTRAKTOR NEGERI KEDAH
a) Pada menu utama iDAFTAR Klik pada Daftar Kontraktor seperti di skrin
berikut atau terus klik Daftar Kontraktor pada DASHBOARD :
Rajah 4.1: Skrin Menu Pendaftaran
b) Anda dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Panduan Mengisi
Permohonan yang terdapat di skrin seperti berikut:
9
Terdapat 9 menu utama untuk pendaftaran iaitu :
Bahagian A: MAKLUMAT PEMOHON - Bahagian ini wajib diisi. Sekiranya anda
tidak mengisi Bahagian A,anda tidak dibenarkan untuk melengkapkan maklumat
yang lain.
Nama-nama Pemilik - Anda dikehendaki untuk memasukkan seramai mungkin
nama pemilik syarikat yang anda daftarkan.
Bahagian B: KERJA - Sekiranya anda ingin mendaftarkan maklumat kerja (G1-G7)
anda dikehendaki melengkapkan maklumat disini. Muatnaik semua dokumen
yang diperlukan. Sekiranya anda bertaraf Bumiputera ketiga-tiga dokumen SPK,
SPKK dan STB adalah wajib. Sekiranya anda Bukan Bumiputera, STB adalah tidak
berkenaan.
Bahagian C: BEKALAN/PERKHIDMATAN/FIRMA - Sekiranya anda berdaftar
dengan Kementerian Kewangan Malaysia, anda dikehendaki untuk
melengkapkan maklumat di bahagian ini. Muatnaik semua dokumen yang
dikehendaki.
10
Bahagian D: MAKLUMAT PERBANKAN - Maklumat perbankan adalah tidak wajib
walau bagaimanapun anda dinasihatkan untuk melengkapkan bahagian ini.
Bahagian E: PENGESAHAN - Sila baca arahan dengan teliti sebelum anda
membuat pengesahan. Bahagian ini adalah wajib. Anda diminta semak Perihal
dan Caj bayaran anda sebelum membuat pengesahan.
Bahagian F : BAYAR - Disini anda sudah bersedia untuk membuat bayaran. Sekali
lagi anda dinasihatkan untuk membuat semakan perihal dan caj bayaran anda
sebelum anda klik butang Bayar.
PDF - Anda dinasihatkan untuk menyemak semula maklumat yang telah anda isi
sebelum membuat bayaran dan cetak dokumen ini selepas bayaran dibuat
sebagai rujukan anda.
Semak Kadar bayaran - Disini anda diberi kemudahan untuk menyemak kadar
bayaran yang dikenakan
4.1 BAHAGIAN A : MAKLUMAT PEMOHON
a) Skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat ID Pengguna telah
dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan
semasa anda proses “Daftar Pengguna Baru”:-
b) Masukkan maklumat di Bahagian A seperti contoh berikut (Bagi
maklumat yang telah disimpan adalah seperti contoh ini dimana ikon
pdf menunjukkan dokumen telah dimuatnaik. Anda boleh semak semula
dokumen yang telah anda muatnaik dengan klik pada ikon PDF tersebut)
11
Rajah: 4.1.1 Skrin Maklumat Pemohon
b) Pastikan semua medan *wajib diisi.
c) Nama Syarikat merupakan nama yang didaftarkan dalam Sijil
Pendaftaran Syarikat (SSM) anda. Pastikan ianya betul. Kecuaian anda
dalam mengisi maklumat yang silap akan menjejaskan maklumat yang
akan dicatatkan di dalam resit bayaran anda.
d) Sekiranya syarikat anda merupakan syarikat SDN.BHD. , sila pilih Ya
pada Adakah Sdn. Bhd? Dan tarikh luput adalah tidak wajib diisi. Begitu
juga sekiranya Koperasi/Pertubuhan sila pilih Ya pada medan Adakah
pertubuhan/koperasi. Sekiranya Tidak, pilih Tidak pada kedua-dua
medan tersebut dan tarikh luput adalah wajib diisi.
e) Masukkan nombor pendaftaran syarikat anda. Nombor pendaftaran
mestilah sama dengan nombor hyang didaftarkan dalam Sijil
Pendaftaran Syarikat (SSM) anda.Pastikan ianya betul. Kecuaian anda
12
dalam mengisi maklumat yang silap akan menjejaskan maklumat yang
akan dicatatkan di dalam resit bayaran anda.
f) Muat naik dokumen yang berkaitan. Format dokumen hendaklah dalam
bentuk format (pdf,jpg) .
g) Semak semua maklumat yang dimasukkan adalah betul. Sekiranya telah
berpuashati sila Klik butang SIMPAN & SETERUSNYA setelah semua
maklumat lengkap diisi.
h) Jika medan wajib isi tidak diisi mesej berikut akan dipaparkan.Klik OK
dan anda dikehendaki melengkapkan maklumat tersebut,setelah semua
lengkap diisi klik sekali lagi butang SIMPAN & SETERUSNYA:
i) NAMA-NAMA PEMILIK . Setelah klik butang SIMPAN & SETERUSNYA
pada Bahagian A, anda dikehendaki untuk mengisi maklumat pemilik
syarikat seperti contoh berikut:
Rajah: 4.1.2 Skrin Senarai Pemilik
Klik pada Add Record untuk menambah barisan dibawah. Klik
Simpan&seterusnya. Nama-nama pemilik yang anda masukkan akan
dipaparkan di bawah senarai pemilik. Sekiranya nombor kad pengenalan
pemilik belum wujud di iDAFTAR, pemilik yang didaftarkan akan menerima
emel pemberitahuan dari iDAFTAR yang menyatakan nama beliau telah
didaftarkan sebagai pemilik syarikat. Pemilik syarikat boleh log masuk ke
13
iDAFTAR menggunakan katalaluan sementara yang diberikan melalui emel
tersebut.
4.2 BAHAGIAN B: KERJA
Sebelum mengisi bahagian ini, pastikan anda sudah bersedia dengan
dokumen-dokumen PPK,SPKK dan STB.(BAGI YANG BERKENAAN)
4.2.1 Jika Tidak Berkenaan, sila tandakan pada medan Tidak Berkenaan. Bahagian
B tidak perlu diisi. Klik butang Simpan & Seterusnya dan sistem akan terus ke
Bahagian C: Bekalan/Perkhidmatan/Firma.
4.2.2 Jika berkenaan, sila isikan semua maklumat yang diperlukan seperti contoh
berikut : (Bagi maklumat yang telah disimpan adalah seperti contoh ini
dimana ikon pdf menunjukkan dokumen telah dimuatnaik. Anda boleh
semak semula dokumen yang telah anda muatnaik dengan klik pada ikon
PDF tersebut)
Rajah: 4.2.1 Skrin Bahagian Kerja
14
a) Sijil PPK dan SPKK adalah wajib dimuatnaik untuk pendaftaran kerja.
b) Sekiranya anda bertaraf Bumiputera, isikan maklumat STB dan muatnaik
dokumen berkenaan, sekiranya Bukan Bumiputeram tandakan sebagai Tidak
Berkenaan.
c) Sila semak semua maklumat yang diisi. Setelah berpuashati klik butang
SIMPAN & SETERUSNYA dan anda akan dibawa ke Bahagian C:
Bekalan/Perkhidmatan/Firma
4.3 BAHAGIAN C: BEKALAN/PERKHIDMATAN/FIRMA
Sebelum mengisi bahagian ini, pastikan anda sudah bersedia dengan
dokumen-dokumen SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA, STB KKM dan
SIJIL LAIN YANG BERKAITAN.(BAGI YANG BERKENAAN)
4.3.1 Jika Tidak Berkenaan, sila tandakan pada medan Tidak Berkenaan. Bahagian C
tidak perlu diisi. Klik butang Simpan & Seterusnya dan anda akan terus ke
Bahagian D: Maklumat Perbankan.
4.3.2 Jika berkenaan:
a) Sila isikan maklumat-maklumat dan muat naik dokumen-dokumen yang
diperlukan seperti contoh di bawah. Tandakan pada bekalan jika ingin
mendaftar untuk bekalan, tandakan Firma Perunding untuk firma perunding
atau tandakan kedua-duanya sekali jika mendaftar untuk kedua-duanya:-
15
Rajah: 4.3.1 Skrin Bahagian Bekalan/Perkhidmatan/Firma
b) Jika anda mempunyai sijil-sijil profesional yang lain sila masukkan maklumat
pada Sijil Lembaga Profesional , jika tiada tandakan Tidak Berkanaan.
c) Semak semua maklumat yang dimasukkan adalah betul. Sekiranya telah
berpuashati klik butang SIMPAN & SETERUSNYA dan anda akan dibawa ke
Bahagian D: Maklumat Perbankan.
4.4 BAHAGIAN D : MAKLUMAT PERBANKAN
a) Bahagian ini tidak wajib, walaubagaimana pun anda digalakkan untuk
mengisinya. Maklumat anda mungkin diperlukan pada masa akan datang.
b) Isikan maklumat perbankan anda seperti contoh berikut:
16
Rajah: 4.4.1 Skrin Maklumat Perbankan
c) Semak semua maklumat yang dimasukkan adalah betul. Sekiranya telah
berpuashati klik butang SIMPAN & SETERUSNYA dan anda akan dibawa ke
Bahagian E: Perakuan Syarikat
4.5 BAHAGIAN E: PERAKUAN SYARIKAT [WAJIB]
a) Bahagian ini merupakan bahagian yang terpenting sebelum anda
meneruskan pembayaran.
Rajah: 4.5.1 Skrin Perakauan Syarikat
b) Anda dinasihatkan untuk:
1. Semak DAERAH/PSUK, NAMA SYARIKAT dan NO. PENDAFTARAN
17
SYARIKAT adalah BETUL. Sila semak di tab PDF. Jika TIDAK BETUL,
pergi ke Bahagian A , betulkan dan Simpan&Seterusnya
2. Semak Caj Bayaran dan Perihal adalah BETUL. Perihal adalah
mengikut jenis bayaran yang hendak dibuat. Contoh Perihal ialah :
PD KOTA SETAR- Kerja G1
PD KOTA SETAR- Kerja G1- Bekalan
PD KOTA SETAR- Kerja G1- Bekalan- Perunding
PSUK- Kerja G2
PSUK- Bekalan
PSUK- Bekalan- Perunding
3. Jika TIDAK BETUL sila ke Bahagian B: Kerja (jika bayar untuk
kerja) dan klik Simpan&Seterusnya.
4. Jika TIDAK BETUL, sila ke Bahagian C: Bekalan (jika bayar untuk
kerja dan bekalan/perunding) dan klik Simpan&Seterusnya
5. Setelah semua BETUL, Klik Setuju dan SAHKAN.
c) Kecuaian anda memasukkan maklumat yang tidak betul terutama Nama
Syarikat dan No Pendaftaran Syarikat akan menjejaskan maklumat yang
akan dipaparkan di dalam RESIT BAYARAN RASMI.
d) Sila baca dengan teliti syarat yang perlu dipatuhi.
e) Sekiranya anda telah berpuashati, tandakan Setuju* dan klik pada butang
Sahkan .
f) Sekiranya anda tidak klik Setuju*, pop-up seperti berikut akan dipaparkan:
g) Setelah Sahkan anda akan di bawa ke Bahagian F: Bayar.
4.6 BAHAGIAN F: BAYAR
a) Pada bahagian ini, anda sekali lagi diingatkan untuk memastikan bahawa
Perihal Bayaran dan Amaun Kena Bayar adalah betul.
b) Setelah berpuashati, anda boleh meneruskan dengan membuat bayaran
dengan klik butang Bayar dan anda akan di bawa ke portal ibayaq.
18
Rajah: 4.6.2 Skrin semakan bayaran
c) Di portal iBAYAQ, skrin seperti contoh berikut akan dipaparkan. Klik Saya
setuju bahawa semua maklumat di atas adalah benar dan klik butang
Bayar Sekarang.
19
Rajah: 4.6.3 Skrin Bayaran Pendaftaran iDaftar
d) Buat pengesahan amaun bayaran dan maklumat pendaftaran. Seterusnya, pilih
jenis bank samaada, Online Banking atau Online Banking (Business) di bahagian
Pay with dan klik butang PAY seperti di bawah:
Rajah: 4.6.4 Pilih jenis Bank - Online Banking atau Online Banking (Business)
20
Rajah: 4.6.5 Pilih jenis Bank
e) Seterusnya, apabila pembayaran telah berjaya, resit rasmi pembayaran akan
diemelkan terus kepada emel yang berdaftar dengan iDAFTAR. Sila semak
emel anda. Contoh resit adalah seperti di bawah. Cetak untuk simpanan dan
rujukan anda.
21
Rajah: 4.6.6 Skrin Resit Pembayaran iBayaq
g) Walau bagaimanapun, Sekiranya anda membayar menggunakan akaun
syarikat (B2B), resit akan diemelkan kepada anda dalam masa 2 hari bekerja
(Hari bekerja Negeri Kedah)
h) Anda juga akan menerima emel dari perkhidmatan FPX yang menyatakan
pembayaran anda telah berjaya. Contoh emel adalah seperti berikut:
22
i) Selepas membuat pembayaran Klik kembali ke iDAFTAR jika ingin kembali
semula ke iDaftar.
Rajah: 4.6.7 Paparan Kembali ke iDaftar
23
h) Setelah bayaran berjaya, di iDAFTAR anda dinasihatkan untuk muatturun PDF
yang disediakan untuk rujukan anda dengan klik pada menu PDF disebelah kiri
anda. Pastikan maklumat bayaran anda seperti Tarikh Bayaran, No Resit,
Jumlah Bayaran dan Perihal Bayaran dicatatkan di dalam PDF tersebut. Contoh
PDF adalah seperti di bawah:
Rajah: 4.6.8 Paparan PDF
4.6.1 Daftar Kontraktor (Bagi pembayaran yang telah selesai)
Sekiranya anda telah berjaya membuat pembayaran, butang Daftar
Kontraktor sudah ditutup anda tidak boleh membuat pengemaskinian lagi.
Butang Tambah Bayaran muncul di DASHBOARD seperti berikut untuk anda
membuat penambahan bayaran (sekiranya perlu)
24
4.7 SEMAK KADAR BAYARAN
Tab ini adalah sebagai panduan untuk anda menyemak kadar bayaran yang
dikenakan bagi setiap kategori. Bayaran ini adalah untuk tempoh setahun. Kadar
bayaran adalah seperti paparan berikut:
Rajah: 4.8.1 Semak Kadar Bayaran
25
5.0 TAMBAH BAYARAN
a) Sekiranya anda ingin membuat bayaran tambahan, klik pada menu Tambah
Bayaran pada dashboard anda seperti berikut:
b) Seterusnya skrin seperti contoh di bawah akan dipaparkan:-
Rajah: 5.1 Skrin Dashboard
a) Terdapat 4 pilihan menu utama :
Tambah - untuk tambah samada gred kontraktor, bekalan atau firma
perunding.
Kerja - untuk mengisi maklumat berkaitan kerja (G1-G7)
26
Bekalan/Perkhidmatan/Firma - untuk mengisi maklumat berkaitan
Bekalan/Perkhidmatan/Firma Perunding (Sijil MOF)
Bayar - untuk membuat pembayaran
b) Pada Tab Tambah, anda boleh memilih untuk membuat bayaran tambahan
samada untuk kerja, bekalan atau firma perunding
Rajah: 5.2 Skrin Tambah Bayaran(a)
c) Bagi kategori Kerja, kontraktor boleh memilih pada bahagian Gred Kontraktor.
d) Anda boleh membuat tambahan bayaran bagi ketiga-tiga kategori serentak atau
memilih salah satu daripada kategori tersebut. Bagi gred kontraktor, sekiranya,
pada kali pertama anda telah memilih G1, untuk bayaran tambahan seterusnya
G1 tidak akan dipaparkan lagi.
e) Bagi kategori bekalan atau perunding, sekiranya anda telah pun membuat
bayaran bagi bekalan/firma perunding atau kedua-duanya , anda tidak boleh
membuat tambahan bayaran lagi seperti contoh berikut:
27
Rajah: 5.2 Skrin Tambah Bayaran
f) Jika anda hanya memilih untuk membuat tambahan bayaran bagi Kerja sahaja,
setelah klik pada butang Sahkan, sistem akan memaparkan maklumat Kerja
seperti di bawah. Pada ruangan Gred Kontraktor, gred akan memaparkan secara
automatik maklumat gred yang diisi pada bahagian tab Tambah:
Rajah: 5.3 Skrin Maklumat Kerja
g) Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti dalam penerangan awal bagi
Bahagian B: Kerja seperti yang dinyatakan sebelum ini.
28
h) Jika anda memilih untuk membuat tambahan bayaran bagi bekalan atau
perunding, setelah klik pada butang Sahkan, sistem akan memaparkan
maklumat Bekalan/Perunding seperti contoh di bawah:
Rajah: 5.4 Skrin Maklumat Bekalan/Perunding
h) Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti dalam penerangan awal bagi
Bahagian C: Bekalan/Perkhidmatan/Firma seperti yang dinyatakan sebelum ini.
i) Seperti sebelum ini, anda dinasihatkan untuk menyemak perihal dan caj
yang dikenakan adalah betul.
j) Bagi langkah seterusnya, untuk membuat pembayaran, rujuk semula
penerangan awal pada perkara 4.6 BAHAGIAN F: BAYAR .
k) Semak PDF setelah selesai membuat pembayaran. Pastikan maklumat bayaran
tambahan anda ada dicatatkan di dalam PDF tersebut. Cetak atau muatturun
untuk rujukan anda.
6.0 ADUAN
a) Sekiranya anda mempuanyai sebarang pertanyaan/aduan/cadangan/
penghargaan atau lain-lain perkara yang hendak diajukan kepada
admin,anda boleh membuat aduan, cadangan, pertanyaan, penghargaan
dan lain-lain (Kategori Aduan) dengan memilih pada menu Aduan yang
29
terdapat pada sebelah kiri sistem iDaftar, kemudian klik Log Aduan.
Lengkapkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik Simpan seperti
paparan di bawah:
Rajah: 6.1 Menu Aduan
Rajah: 6.2 Paparan Log Aduan
b) Admin akan menghantar maklum balas kepada anda melalui email anda atau
anda boleh menyemak sendiri aduan anda di menu tersebut.
c) Selain daripada itu, anda juga boleh menghantar emel ke idaftar@kedah.gov.my
atau membuat panggilan telefon di talian 7027806/7816.
Disediakan oleh:
Seksyen Pembangunan dan Pengurusan Sistem
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Kedah (BTMK)
Wisma Darul Aman
Tarikh kemaskini: 9 Februari 2021
HAKCIPTA TERPELIHARA @BTMK2021
mailto:idaftar@kedah.gov.my