Post on 26-Jul-2015
PANDUAN PENGGUNAAN PORTAL PENYATA KPF
Untuk menjadi pengguna Portal Penyata, pengguna hendaklah terlebih dahulu mendaftar kata laluan masing-masing sepeti berikut :
(Pengguna - Pertama Kali)
Sila ikuti kaedah berikut :
1. Membuka Laman Portal KPF , kpf.felda.net.my
2. Sila pergi ke bahagian Perkhidmatan (sebelah kanan portal) , klik pada pilihan E-Penyata.
3. Setelah memasuki E-Penyata , klik pada Daftar Pengguna.
4. Masukkan No.Kad Pengenalan (KP Lama/KP Baru/KP Polis/KP Tentera seperti yang didaftarkan di KPF) pada ruangan yang disediakan dan tekan butang Semak.
5. Sekiranya No.Kad Pengenalan disahkan, pengguna akan dipaparkan dengan paparan maklumat berikut . Kemudian , pengguna diminta memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti E-Mel, Nama Ibu dan kata laluan (penting).
Maklumat pengguna dipaparkan disini.
Masukkan maklumat-maklumat dikehendaki.
6. Setelah selesai pendaftaran, pengguna telah boleh mengakses E-penyata dengan kaedah seperti biasa. Klik pada butang “Login” pada halaman utama E-Penyata.
7. Skrin dibawah dipaparkan, Pengguna masukkan ID Pengguna (No Kad Pengenalan) beserta kata laluan yang telah diwujudkan sebelum ini. Kemudian , klik butang Masuk.
8. Setelah ID pengguna dan kata laluan disahkan , skrin berikut pula dipaparkan. Klik pilihan penyata sama ada penyata saham,dividen ataupun bonus.