Post on 03-Nov-2020
PANDUAN SKIM FELO PAKAR
KANDUNGAN i
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
KANDUNGAN i
KATA PENGANTAR iii
PRAKATA iv
KELULUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI v
PENDAHULUAN
Sejarah Penubuhan UTM Latar Belakang Universiti Sejarah Pentadbiran Universiti Falsafah Universiti Struktur Organisasi Universiti Objektif Penerbitan Punca Kuasa
1 2 3 4 5 5 6
BAHAGIAN 1 LATAR BELAKANG PEWUJUDAN SKIM FELO PAKAR
1.1 Tujuan Pewujudan Skim 7
1.2 Peranan dan Tanggungjawab Pihak Pengurusan 7
BAHAGIAN 2 PELANTIKAN FELO PAKAR
2.1 Tujuan Pelantikan 9
2.2 Kriteria dan Syarat Lantikan Felo Pakar 9
2.3 Tugas dan Tanggungjawab 9
2.4 Insentif dan Kemudahan 10
2.5 Tempoh Pelantikan 10
BAHAGIAN 3 PENUTUP 12
LAMPIRAN 1 Proses Kerja Pengurusan Pelantikan Felo Pakar 13
LAMPIRAN 2 Format Kertas Kerja Untuk Kelulusan Jawatankuasa Pengurusan 14 Universiti (JPU)
LAMPIRAN 3 Format Surat Pelantikan Felo Pakar 16
KANDUNGAN ii
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
SETULUS PENGHARGAAN 21
JAWATANKUASA PENGGERAK 22
KANDUNGAN
Skurnia dapat di
PmengenUTM. Smemudaperlu dia
Kpelantikdan men
Spengetasecara la
Sekian,
Wan MoPendaftaUniversi2010
N
Saya ingin mdan izin-Niterbitkan.
Penerbitan ai proses delain itu, ahkan keseambil di da
Kepada pihkan Felo Pangawal seli
Saya amat huan sertaangsung m
terima kas
ohd. Zawawar iti Teknolog
Assalamu
mengucapkNya buku P
buku ini adan proseddengan teremua pihakalam mengu
hak pentadakar, buku a semua pr
berharap a memberi
mahupun tid
sih.
wi bin Wan
gi Malaysia
KATA
ualaikum w
kan syukurPanduan S
adalah berdur pelantirbitnya buk yang terluruskan pe
biran yangini akan mroses dan p
dengan tei manfaat dak.
n Abd. Rahm
a
PENGANT
wr. wbt dan
r ke hadratSkim Felo P
rtujuan unkan Felo P
uku pandualibat untukelantikan F
g bertindakmenjadi rujuprosedur ya
erbitnya buyang besa
man
TAR
Salam Seja
t Allah S.WPakar Univ
ntuk membPakar yangan ini secak mengetahFelo Pakar.
k sebagai ukan dan pang telah d
uku ini akar kepada
ahtera,
W.T kerana versiti Tekn
beri maklumg sedang beara tidak hui langkah
urus setiapanduan unditetapkan.
kan dapat semua sta
‐Kembali Ke
dengan limnologi Mala
mat yang jerkuatkuaslangsung ah-langkah y
a dalam prntuk mengu
meningkaaf yang ter
iii
e Halaman Kandun
mpah aysia
jelas sa di akan yang
roses urus
atkan rlibat
ngan‐
KANDUNGAN iv
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
PRAKATA
Panduan Urusan Pelantikan Felo Pakar ini merupakan salah satu inisiatif Seksyen Dasar dan Peraturan, Bahagian Pengurusan Modal Insan untuk menyokong visi Universiti di dalam mengejar status APEX University.
Adalah tidak dinafikan bahawa pandangan serta khidmat nasihat profesional daripada pakar menjadi medium yang semakin penting di dalam membantu meningkatkan pencapaian Universiti. Melalui skim Felo Pakar ini juga, pihak Universiti berpeluang untuk menggunakan sepenuhnya kepakaran yang dikenalpasti mampu menyumbang kepada kejayaan Universiti.
Diharapkan supaya dengan terbitnya buku panduan ini, semua staf dan pihak yang terlibat mampu menjalankan fungsi dan peranan di dalam urusan ini dengan lebih jelas.
Seksyen Dasar dan Peraturan Bahagian Pengurusan Modal Insan Pejabat Pendaftar UTM, Johor
KANDUNGAN v
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
SKIM FELO PAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
INI TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA PENGURUSAN
UNIVERSITI YANG DIBUAT SECARA EDARAN PADA 25 OKTOBER 2010
(DISAHKAN KELULUSANNYA OLEH
JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI BIL. 21/2010
DI DALAM MESYUARATNYA PADA 4 NOVEMBER 2010)
PENDAHULUAN
1
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
PENDAHULUAN Sejarah Penubuhan UTM
Sejarah penubuhan institusi pengajian tinggi ini bermula pada tahun 1904
sebagai sebuah kelas pengajian teknik di Bangunan Dewan Bandaran Kuala
Lumpur. Pada tahun 1906, kelas teknik telah dijadikan Sekolah Teknik,
bertempat di Sekolah Batu Lane dan kemudian berpindah ke Bangunan Muzium,
di Bukit Nanas. Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika itu
adalah untuk melatih tenaga pekerja bagi mengendalikan pembangunan
prasarana seperti jalan raya dan jalan keretapi menghubungkan pusat-pusat
perlombongan ke bandar persisiran Selat Melaka seperti Taiping di Larut, Kuala
Lumpur di Selangor dan Seremban di Sungai Ujung.
Pada tahun 1925, Sekolah Teknik yang baru telah dibuka di Jalan
Brickfields (Jalan Tun Sambathan), Kuala Lumpur. Sekolah Teknik ini dikelolakan
oleh Jabatan Kerja Raya untuk melatih kakitangan teknik Jabatan Keretapi,
Jabatan Ukur dan Jabatan Kerja Raya. Kemudian, pada tahun 1930, Sekolah
Teknik Kuala Lumpur telah diperbesarkan di tapak baru di High Street, iaitu kini
di Jalan Bandar.
Pada tahun 1941, sekolah Teknik ini telah disyorkan agar dinaik taraf ke
peringkat maktab. Namun ia tidak dapat dilaksanakan akibat meletusnya Perang
Dunia Kedua. Rancangan tersebut hanya dapat dilaksanakan pada tahun 1946,
dengan dikenali sebagai Maktab Teknik. Ketika itu, Maktab Teknik menawarkan
kursus peringkat diploma yang mengambil masa tiga tahun. Bidang yang
ditawarkan ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera, Kejuruteraan
Elektrik, Senibina, Perancang Bandar dan Kampung, Ukur Tanah dan Ukur
Bahan. Pembinaan Maktab Teknik yang baru di Jalan Gurney (kini Jalan
Semarak), Kuala Lumpur bermula dalam tahun 1951 dan mula digunakan
pada bulan Mac 1955.
Pada tahun 1960, Maktab Teknik telah mengorak langkah dengan
mengendalikan kursus kejuruteraan di peringkat ikhtisas. Pelajar yang mengikuti
kursus ini mengambil peperiksaan ikhtisas yang dianjurkan oleh Institution of
2
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
Civil Engineers dan Institution of Electrical Engineers, United Kingdom. Kursus
ini adalah bertaraf ijazah dan kemajuan yang dicapai oleh para pelajar
sangatlah menggalakkan. Pada tahun 1967, Jawatankuasa Perancang Pelajaran
Tinggi telah memperakukan supaya Maktab Teknik dinaikkan taraf sebagai
sebuah institusi bertaraf Universiti mulai tahun 1969. Walau bagaimanapun,
perakuan tersebut hanya terlaksana tiga tahun kemudian, iaitu dengan
tertubuhnya Institut Teknologi Kebangsaan pada 14 Mac 1972, di bawah
Seksyen 6(1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Pada 1 April 1975, nama
institut ini telah ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Latar Belakang Universiti
Bermula daripada Sekolah Teknik dan dinaik taraf kepada Maktab Teknik
pada tahun 1946, perjalanan dari sebuah sekolah ke Universiti akhirnya
sempurna apabila institusi ini menjadi Universiti Teknologi Malaysia pada tahun
1975. Semenjak penubuhannya, UTM telah diamanahkan untuk melahirkan
graduan yang kompeten dan berkebolehan dalam bidang sains, teknologi dan
kejuruteraan dan sehingga ke hari ini UTM kekal sebagai sebuah institusi
terkemuka dalam bidang pembangunan sains dan teknologi, inovasi dan
pencapaian. Kini UTM merupakan Universiti yang unggul dan ternama di rantau
ini dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi.
UTM berhasrat untuk menjadi Universiti Bertaraf Dunia, dan untuk
menjadikan matlamat ini satu kenyataan, UTM telah merintis jalan ke arah
menjadi organisasi pembelajaran yang menyemai dan memupuk budaya cemerlang
dan terbilang.
Dalam usahanya, UTM terus mencetuskan dan mengukuhkan
kecemerlangannya dengan memastikan kualiti menerusi:
• Sistem tadbir urus yang berkesan yang disokong oleh staf pentadbiran
(Pengurusan dan Sokongan) yang berkompetensi dan dinamik.
• Staf yang berwibawa dengan kelulusan terbaik, dedikasi dan tumpuan yang
tidak berbelah bahagi untuk penambahbaikan berterusan dalam disiplin
atau bidang pengkhususan masing-masing.
3
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
• Staf yang berwibawa dengan reputasi tersohor dan kredibiliti terkemuka
yang diiktiraf dan dikenali ramai atas kecemerlangan dalam penyelidikan
dan budaya inovasi.
• Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan untuk
memastikan modal insan yang cemerlang dan staf sokongan yang kompeten.
• Pengambilan pelajar yang berkualiti tinggi dan melahirkan graduan dengan
pencapaian yang seimbang antara akademik dengan penglibatan ko-
kurikulum untuk memastikan modal insan yang cemerlang dan berkualiti.
• Perkongsian bestari dan jalinan strategik dengan pihak industri dan
berkepentingan menghasilkan kerjasama dan sinergi yang bermakna.
Sejarah Pentadbiran Universiti
Selaras dengan perkembangan pesat Universiti, pihak pengurusan
Universiti dari semasa ke semasa telah membuat penyelarasan semula
pentadbiran berikutan bilangan pelajar, kursus, staf, dan fakulti yang bertambah.
Atas keperluan ini, Universiti telah memperkenalkan sistem pengurusan berpusat
kepada sistem pengurusan modular bermula pada tahun 1993.
Asas ini telah diteruskan sehingga ke hari ini dan adanya penambahbaikan
dari semasa ke semasa. Ini dapat mengurangkan karenah birokrasi dan
menjadikan sistem penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus lebih mantap dan
berkesan. Sistem modular ini dilaksanakan bagi mengambil kira usaha untuk
menyediakan pelan strategik ke arah Universiti Bertaraf Dunia.
4
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
Falsafah UTM
Menjana Minda Kreatif dan Inovatif
FALSAFAH UNIVERSITI
Hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka Universiti Teknologi
Malaysia berusaha secara menyeluruh dan bersepadu memperkembangkan
kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat
sesuai dengan kehendak-Nya.
VISI
Diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan akademik dan
teknologi bertaraf dunia.
MISI
Menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan
dan teknologi inovatif demi pengkayaan khazanah Negara.
COGANKATA UNIVERSITI
“KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA”
5
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
Struktur Organisasi Universiti
Objektif Penerbitan
Objektif penerbitan Panduan Skim Felo Pakar Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) ini adalah mencakupi aspek berikut:
(a) Menerangkan proses dan prosedur pelantikan Felo Pakar yang sedang
berkuatkuasa dan diguna pakai di UTM;
(b) Memberi panduan kepada Pemohon (Fakulti/Bahagian) tentang
langkah-langkah yang perlu diambil sebelum membuat permohonan.
(d) Menjadi sumber rujukan kepada Urus Setia dalam mengurus dan
mengawal selia semua proses pelantikan Felo Pakar.
6
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
Punca Kuasa
Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar, UTM berperanan
sebagai Urus Setia Pusat di dalam proses pelantikan Felo Pakar. Urus setia
mendapat kuasa untuk menjalankan proses ini daripada :
a) Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (Secara Edaran)
pada 25 Oktober 2010 (Disahkan kelulusannya di dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil.21/2010 pada 4 November
2010).
BAHAGIAN 1
LATAR BELAKANG PEWUJUDAN SKIM FELO
PAKAR
1.1 Tujuan Pewujudan Skim Felo Pakar
1.2 Peranan dan Tanggungjawab
7
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
BAHAGIAN 1 LATAR BELAKANG PEWUJUDAN SKIM FELO PAKAR
1.1 Tujuan Pewujudan Skim Felo Pakar
Tujuan utama pewujudan skim Felo Pakar ini adalah untuk menjemput
pakar-pakar daripada luar UTM untuk memberi khidmat nasihat
profesional yang diperlukan di dalam membantu pihak Universiti mencapai
visi dan objektif yang telah ditetapkan.
1.2 Peranan dan Tanggungjawab
(a) Pemohon
Pemohon bertanggungjawab untuk mengemukakan permohonan
kepada Urus Setia dengan cara:
(i) Mengenalpasti calon Felo Pakar yang ingin dilantik.
(ii) Mengemukakan kertas kerja berserta lampiran kepada Urus
Setia sebelum dipanjangkan ke Jawatankuasa Pengurusan
Universiti untuk kelulusan. Lampiran-lampiran yang
diperlukan adalah seperti berikut :
• Surat Sokongan daripada Ketua Jabatan;
• Curriculum Vitae ; dan
• Senarai Tugas.
(iii) Membuat rekod dan pemantauan yang berkala bagi
memastikan kelancaran aktiviti atau projek yang
dilaksanakan;
(iv) Menguruskan pembayaran serta insentif yang layak diperolehi
oleh Felo Pakar yang dilantik;
8
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
(v) Mengemukakan laporan kepada Urus Setia setelah tamat
tempoh lantikan Felo Pakar berkaitan.
(b) Urus Setia
Urus Setia di dalam urusan pelantikan Felo Pakar ini adalah Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar yang bertanggungjawab untuk:
(i) Mengawal dan memantau kriteria dan kelayakan calon yang
ingin dilantik oleh Pemohon;
(ii) Menyediakan kertas kerja perakuan pelantikan Felo
Pakar ke Jawatankuasa Pengurusan Universiti untuk
mendapatkan kelulusan;
(iii) Mengeluarkan surat lantikan kepada Felo Pakar yang
ditandatangani oleh Pendaftar serta memberikan salinan
kepada Pemohon dan Pegawai Kanan Universiti Teknologi
Malaysia.
(c) Jawatankuasa Pengurusan Universiti
Jawatankuasa Pengurusan Universiti adalah bertanggungjawab
untuk :
(i) Membuat pertimbangan untuk meluluskan pelantikan Felo
Pakar yang telah dikemukakan oleh Urus Setia dan Pemohon.
BAHAGIAN 2
PELANTIKAN FELO PAKAR
2.1 Tujuan Pelantikan
2.2 Ciri-ciri Felo Pakar
2.3 Tugas dan Tanggungjawab
2.4 Insentif dan Kemudahan
2.5 Tempoh Pelantikan
9
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
BAHAGIAN 2 PELANTIKAN FELO PAKAR
2.1 Tujuan Pelantikan
Tujuan pelantikan Felo Pakar memberi khidmat nasihat profesional yang
diperlukan di dalam membantu pihak Universiti mencapai visi dan objektif
yang telah ditetapkan.
2.2 Kriteria dan Syarat Lantikan Felo Pakar
Felo Pakar yang ingin dilantik haruslah menepati kriteria-kriteria
yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti seperti berikut :
(i) Mempunyai kepakaran di dalam satu-satu bidang yang berkaitan
(tidak semestinya mempunyai gelaran Profesor atau berdasarkan
kelayakan Ph.D); dan
(ii) Mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang yang berkaitan.
2.3 Tugas dan Tanggungjawab Felo Pakar
Antara tugas dan tanggungjawab Felo Pakar yang telah dikenalpasti
adalah :
(i) Memberi pandangan, cadangan dan khidmat nasihat yang berkaitan
dengan bidang kepakaran;
(ii) Memberi penilaian dan ulasan yang berkaitan dengan bidang
kepakaran (sekiranya melibatkan projek rasmi Universiti yang
melibatkan aktiviti penilaian);
(iii) Memberi taklimat atau ceramah berkaitan dengan bidang kepakaran;
10
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
(iv) Kesemua perkhidmatan yang diberikan hendaklah berunsurkan
kepentingan dan kemajuan Universiti.
2.4 Insentif dan Kemudahan
Setiap Felo Pakar yang diperakukan dan dilantik secara rasmi oleh pihak
Universiti adalah layak menerima insentif dan kemudahan seperti berikut :
(i) Menerima elaun tetap sebanyak RM 1,000 setiap bulan sepanjang
dilantik sebagai Felo Pakar;
(ii) Menerima elaun sebanyak RM 500 bagi setiap kali kehadiran di
dalam mesyuarat;
(iii) Menerima kadar bayaran saguhati Penceramah/Fasilitator mengikut
kelayakan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005
dan Pekeliling Pentadbiran Bil. 31/2010 sekiranya terlibat sebagai
Penceramah/Fasilitator;
(iv) Tambang perjalanan kapal terbang pergi/balik kelas pertama jika ada
urusan yang berkaitan; dan
(v) Bayaran hotel mengikut kadar kelayakan.
2.5 Tempoh Pelantikan
Tempoh pelantikan bagi satu-satu jawatan Felo Pakar adalah seperti
berikut :
(i) Tempoh minimum pelantikan di dalam satu-satu masa adalah satu
(1) tahun;
11
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
(ii) Pihak Universiti boleh memendekkan tempoh atau menamatkan
perkhidmatan Felo Pakar pada bila-bila masa tanpa memberikan
sebarang sebab;
(iii) Pihak Universiti boleh menyambung dan melanjutkan tempoh
pelantikan Felo Pakar dengan kelulusan Jawatankuasan Pengurusan
Universiti Teknologi Malaysia.
BAHAGIAN 3
PENUTUP
12
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
BAHAGIAN 3 PENUTUP
3.1 Buku Panduan Skim Felo Pakar ini merupakan sebuah rujukan yang telah
menggaris serta menetapkan prosedur yang perlu diikuti oleh semua pihak
yang terlibat di dalam melantik Felo Pakar Universtiti Teknologi Malaysia.
Adalah diharapkan supaya melalui buku panduan ini, semua staf dapat
memanfaatkan satu lagi kemudahan dan galakkan daripada Universiti di
dalam mencapai visi yang telah ditetapkan.
3.2 Kesemua permohonan untuk melantik Felo Pakar perlu dibuat melalui Urus
Setia seperti berikut :
Seksyen Perjawatan,
Bahagian Pengurusan Modal Insan ,
Pejabat Pendaftar,
UTM, Johor Bahru.
(u/p : Puan Siti Hawa Binti Man)
LAMPIRAN
13
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
Lampiran 1
PROSES KERJA PROSEDUR PELANTIKAN FELO PAKAR
Standard Carta Alir Tanggungjawab
Fakulti/Bahagian terlibat
Fakulti/Bahagian terlibat
Jawatankuasa Pengurusan Universiti
Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar
Fakulti/Bahagian terlibat
Mula
Pemohon Mengenalpasti Calon
Kemukakan untuk Kelulusan Unversiti melalui Pejabat Pendaftar • Kertas Kerja JPU • CV • Senarai Tugas • Tempat dan Tempoh
Lantikan • Peruntukan/Bajet
Kelulusan JPU
Keluarkan Surat Lantikan yang ditandatangani oleh Pendaftar (s.k kepada Pemohon dan Pegawai Kanan) Tanggungjawab Pemohon • Rekod & Pemantauan • Uruskan Pembayaran • Laporan setelah tamat
tempoh lantikan Selesai
Dikembalikan untuk dilengkapkan dan penambahbaikan
1.3
1.2
1.1
1.4
Lulus
Tidak Lulus
14
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
Lampiran 2
FORMAT KERTAS KERJA UNTUK KELULUSAN
JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CADANGAN PELANTIKAN FELO PAKAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
1.0 TUJUAN
1.1 Tujuan kertas kerja ini ialah untuk mendapatkan kelulusan
Jawatankuasa Pengurusan Universiti berhubung cadangan untuk
melantik Felo Pakar di Universiti Teknologi Malaysia.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Latar Belakang Projek
3.0 CADANGAN FELO PAKAR
3.1 Nama Calon
3.1.1 Latar Belakang Calon 1
(CV Calon seperti di Lampiran A)
3.2.2 Latar Belakang Calon 2
(CV Calon seperti di Lampiran B)
3.2 Tugas dan Tanggungjawab Felo Pakar
3.2.1 Memberi pandangan, cadangan dan khidmat nasihat yang
berkaitan dengan bidang kepakaran;
15
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
3.2.2 Memberi penilaian dan ulasan yang berkaitan dengan bidang
kepakaran (sekiranya melibatkan projek rasmi Universiti yang
melibatkan aktiviti penilaian);
3.2.3 Memberi taklimat atau ceramah berkaitan dengan bidang
kepakaran;
3.2.4 Kesemua perkhidmatan yang diberikan hendaklah berunsurkan
kepentingan dan kemajuan Universiti.
3.5 Tempoh Pelantikan dan Penamatan Perkhidmatan Felo Pakar
3.5.1 Tempoh pelantikan adalah satu (1) tahun.
3.5.2 Pihak Universiti boleh memendekkan tempoh atau menamatkan
perkhidmatan Felo Pakar pada bila-bila masa tanpa
memberikan sebarang sebab.
3.5.3 Pihak Universiti boleh menyambung dan melanjutkan tempoh
pelantikan Felo Pakar dengan kelulusan Jawatankuasan
Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia.
4.0 IMPLIKASI KEWANGAN
4.1 Bagi tujuan bayaran kepada Felo Pakar ini, sumber kewangan yang
akan digunakan adalah dari sumber kewangan peruntukan
pengurusan Universiti. Anggaran kos bagi elaun tetap yang
ditanggung bagi pelantikan seorang Felo Pakar mengikut tempoh pelantikan minimum (1 tahun = 12 bulan) adalah seperti
berikut:-
5.0 KEPUTUSAN
5.1 Dengan segala hormatnya Jawatankuasa Pengurusan Universiti
adalah dipohon untuk menimbangkan cadangan pelantikan skim
Felo Pakar Universiti Teknologi Malaysia seperti yang dicadangkan di
perenggan 3.0.
RM 1,000 X 12 bulan = RM 12,000
16
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
Lampiran 3
FORMAT SURAT PELANTIKAN FELO PAKAR
NOMBOR RUJUKAN SURAT MENGIKUT FAKULTI/BAHAGIAN TARIKH
NAMA
JAWATAN
ALAMAT
Y. Bhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
PELANTIKAN SEBAGAI FELO PAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Dengan segala hormatnya Universiti dengan sukacitanya melantik Y. Bhg.
Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan sebagai Felo Pakar Universiti Teknologi
Malaysia mulai ________________ hingga ________________.
2. Sebagai Felo Pakar, Y. Bhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berperanan
dan bertanggungjawab di dalam perkara seperti berikut:
i. Memberi pandangan, cadangan dan khidmat nasihat yang berkaitan
dengan bidang kepakaran.
ii. Memberi penilaian dan ulasan yang berkaitan dengan bidang
kepakaran (sekiranya melibatkan projek rasmi Universiti yang
melibatkan aktiviti penilaian).
iii. Memberi taklimat atau ceramah berkaitan dengan bidang kepakaran.
iv. Memberi ceramah atau taklimat berkaitan bidang kepakaran.
v. Lain-lain tugas yang dirasakan perlu dan sesuai untuk dilaksanakan
dari semasa ke semasa yang berunsurkan kepentingan dan
kemajuan Universiti.
3. Dalam tempoh pelantikan ini, Y. Bhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan
akan diberikan kemudahan:
i) Tambang perjalanan kapal terbang pergi/balik kelas pertama jika ada
urusan yang berkaitan.
17
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
ii) Bayaran hotel mengikut kadar yang ditetapkan mengikut kelayakan
yang bersesuaian;
iii) Elaun mesyuarat sebanyak RM 500.00 bagi setiap kehadiran di
dalam mesyuarat yang dianjurkan; dan
iv) Elaun tetap sebanyak RM 1000.00 sebulan.
4. Syarat-syarat perkhidmatan sebagai Felo Pakar, Universiti Teknologi
Malaysia adalah seperti di Lampiran A. Pelantikan ini ialah untuk jangkamasa
satu (1) tahun dan ia boleh diperbaharui mengikut keperluan.
5. Saya bagi pihak Universiti penuh yakin bahawa kepakaran dan pengalaman
Y. Bhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dapat dimanfaatkan untuk
meningkatkan kecemerlangan dan prestasi Universiti ini.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
PROF. DATO’ DR. ZAINI BIN UJANG
Naib Canselor
Universiti Teknologi Malaysia
s.k - Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
UTM, Johor Bahru
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
UTM, Johor Bahru
- Timbalan Datuk Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)
UTM, Johor Bahru
- Pendaftar
UTM, Johor Bahru
- Bahagian Berkaitan (Pemohon)
18
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
NOMBOR RUJUKAN SURAT MENGIKUT FAKULTI/BAHAGIAN
LAMPIRAN A
SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN FELO PAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
DR. ABU HASAN BIN ISMAIL
1. Tempoh : Tempoh perkhidmatan Felo Pakar ialah untuk tempoh (1) tahun mulai dari tarikh pengesahan persetujuan pelantikan. Walau bagaimanapun, pihak Universiti Teknologi Malaysia boleh menyambung perkhidmatan pegawai dari masa ke semasa tertakluk kepada keperluan Universiti Teknologi Malaysia.
2. Elaun : Felo Pakar akan dibayar : a) Elaun tetap sebanyak RM1000.00 sebulan; b) Elaun mesyuarat sebanyak RM500.00 bagi
setiap kali kehadiran ke mesyuarat yang dianjurkan.
3. Kemudahan Hotel : Universiti Teknologi Malaysia akan memberi
kemudahan penginapan hotel sekiranya perlu berdasarkan kelayakan yang bersesuaian.
4. Tambang Kapal terbang : Kemudahan tambang percuma pergi/ balik kelas
pertama untuk datang ke Universiti Teknologi
Malaysia, Kampus Skudai, Johor/International
Campus, Kuala Lumpur. Tambang bagi maksud
ini ialah perjalanan paling dekat dan yang
ditetapkan Universiti.
5. Rawatan Perubatan : Dalam tempoh perkhidmatan, felo pakar layak
menerima kemudahan perubatan (kecuali
rawatan gigi) di Hospital/ Klinik Kerajaan
atau Doktor Panel Universiti Teknologi
Malaysia tertakluk kepada syarat-syarat yang
19
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
ditetapkan dari masa ke semasa. Felo pakar
dikehendaki membuat bayaran wad hospital
mengikut kadar dan peraturan yang ditetapkan
oleh Kerajaan sekiranya dimasukkan ke wad
hospital Kerajaan.
6. Penerbitan : Universiti Teknologi Malaysia boleh membiayai
penerbitan yang diterbitkan oleh felo pakar atas
nama Universiti Teknologi Malaysia.
7.
Kewajipan Pegawai :
Felo pakar pada setiap masa adalah tertakluk
kepada Akta Universiti Teknologi Malaysia dan
Kolej Universiti Teknologi Malaysia 1971,
Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia 1976,
Kaedah-kaedah UTM (Tatatertib Staf) 1979,
Statut, Akta, Peraturan, Pekeliling dan lain-lain
peraturan yang berkuatkuasa di Universiti
Teknologi Malaysia.
8. Pemberhentian Perkhidmatan
: Universiti Teknologi Malaysia pada bila-bila
masa boleh memberhentikan perkhidmatan
pegawai dengan memberi sebulan notis secara
bertulis dan begitu juga felo pakar boleh pada bila-
bila masa berhenti dari perkhidmatan dengan
memberi sebulan notis.
20
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
LAMPIRAN B Pendaftar Pejabat Pendaftar Bahagian Pengurusan Modal Insan Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM, Skudai Johor Tuan, PENERIMAAN TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI FELO PAKAR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Saya ...................................................... No. Kad Pengenalan
……….…………………. *bersetuju /tidak bersetuju untuk menerima tawaran
jawatan sebagai Felo Pakar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor selama
satu (1) tahun mulai …………………… sehingga .......................
2. Saya juga *bersetuju/ tidak bersetuju dengan syarat-syarat perkhidmatan
seperti yang ditetapkan di Lampiran A dalam tawaran tersebut.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
………………........……………….......
DR. ABU HASAN BIN ISMAIL
s.k - Dato’ Naib Canselor
Universti Teknologi Malaysia, Johor Bahru
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru
- Timbalan Datuk Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru
- Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru
(* Potong mana yang tidak berkenaan)
21
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
SETULUS PENGHARGAAN
Y. Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang Naib Canselor
Universiti Teknologi Malaysia
Y. Bhg. Prof. Dr. Marzuki Bin Khalid Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd. Azraai Bin Kassim Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd. Tajudin Bin Hj. Md. Ninggal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)
Y. Bhg. Tn. Hj. Wan Mohd. Zawawi Bin Wan Abd. Rahman Pendaftar
Seksyen Dasar dan Peraturan Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar
Dan
Semua Pihak Yang Terlibat Dalam Menjayakan Buku Garis Panduan Polisi
Kenaikan Pangkat Staf Akademik Universiti Teknologi Malaysia.
22
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
JAWATANKUASA PENGGERAK
Tuan Haji Wan Mohd. Zawawi bin Wan Abd. Rahman
(Pendaftar)
Tuan Haji Hassan bin Husin
(Timbalan Pendaftar Kanan)
Encik Khairull Azmi bin Ishak
(Timbalan Pendaftar)
Puan Nurulhuda Binti Abu Talib
(Penolong Pendaftar)
Cik Nurrul Ain binti Yaacop
Cik Noreha binti Mat Isa @ Abd. Rahman
Cik Siti Aishah binti Md. Johari