Pantun Empat Kerat ( Muhibah dan Perpaduan )

Post on 14-Jan-2016

695 views 0 download

description

Pantun Empat Kerat ( Muhibah dan Perpaduan ). Maksud Pantun. Rangkap 1. Hidup bermuafakat harus diamalkan di Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa. muhibah – kasih sayang, perasaan kemesraan 亲善. Rangkap 2. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of Pantun Empat Kerat ( Muhibah dan Perpaduan )

Pantun Empat Kerat

(Muhibah dan Perpaduan)

Maksud Pantun

Rangkap 1

• Hidup bermuafakat harus diamalkan di Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa.

muhibah – kasih sayang, perasaankemesraan 亲善

Rangkap 2

• Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya, namun kerana amalan cara hidup muhibah, rakyat dapat hidup bersatu padu.

Rangkap 3

• Sesuatu urusan yang dilakukan secara kerjasama dan bergotong-royong dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan.

terusan - sungai buatan 水道mengairi - membasahi 灌溉relung - ukuran luas tanah 土地单位

Rangkap 4

• Rakyat yang berbilang keturunan tidak akan menjadi halangan untuk rakyat Malaysia membentuk bangsa yang bersatu padu.

kayangan – tempat dewa-dewa 仙境 bermacam – pelbagai 各种各样keturunan – zuriat 后裔

Rangkap 5

• Sebagai rakyat yang berbilang kaum, tentulah mempunyai berbilang budaya dan cara hidup. Namun, kebudayaan dan cara hidup asal tidak akan dilupakan walaupun kebudayaan nasional diamalkan.

mujarab – manjur (ubat yang sangat berkesan) ( 药 ) 灵验的

nasional - kebangsaan 国家的

Tema

• Perpaduan dalam negara Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa.

Persoalan• Amalan kehidupan harmoni dalam

masyarakat.• Kepentingan bersatu padu dalam

negara berbilang bangsa.• Bekerjasama dalam semua tindakan.• Kebudayaan nasional yang sentiasa

diamalkan.• Bersatu padu kerana mengamalkan

semangat muhibah.

Bentuk

• Terdiri dari 5 rangkap.• 4 baris setiap rangkap.• 4 hingga 5 patah kata setiap baris.• 9 hingga 13 suku kata setiap baris.• Rima setiap rangkap ‘abab’.• Ada pembayang dan maksud.

Gaya Bahasa• Asonansi - Di negara Malaysia berbilang

bangsa (pengulangan vokal a)

Aliterasi - Walaupun berlainan bangsa budaya (pengulangan konsonan b)

Jeda - Hidup muhibah / perlu diamalkan,Di negara Malaysia / berbilang bangsa.

Imej alam - buah papaya, air madu, air kelapa

Simile - senyuman manis seperti madu

• Anafora - Kebudayaan asal tidak dilupa,

Kebudayaan nasional mereka banggai.

• Bahasa asing - buah papaya• Diksi – perkataan yang digunakan dalam

pantun mudah difahami dan biasa digunakan sehari-hari.

Nilai & PengajaranNilai Pengajaran

Keharmonian

Kita hendaklah hidup bersatu padu untuk mengekalkan keharmonian negara.

Hormat-menghormati

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus saling menghormati adat dan budaya masing-masing.

Bekerjasama

Kita hendaklah hidup bekerjasama dengan menjalankan amalan bergotong-royong dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Patriotisme Kita patut cinta akan tanah air dan sentiasa bangga dengan kebudayaan tempatan.