Pantun enam kerat tingkatan 5

Post on 15-Jun-2015

5.938 views 3 download

Transcript of Pantun enam kerat tingkatan 5

Pantun Enam Kerat

Antologi Dirgahayu Bahasaku

Rangkap Pertama

Putik kelapa menjadi muda,Kelapa muda menjadi kemirau,

Sudah kemirau menjadi kotai;Hati luka pura tiada,

Rasa pedih buat tak hirau,Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Maksud:

Seseorang itu tidak dapat berpura-pura menyembunyikan rasa sedih setelah hatinya terluka. Kesedihan itu pula diibaratkan seperti kaca terhempas ke lantai.

Rangkap Kedua

Ambil galah jolok kedondong,Galah pendek buluh sumpitan,

Buluh bersisip tali jerami;Bukan salah ibu mengandung,

Sudah takdir sudah suratan,Sudah nasib jadi begini.

Maksud:

Nasib seseorang itu sudah ditentukan takdirnya oleh Allah, bukannya disebabkan oleh ibu bapa atau keluarganya.

Rangkap Ketiga

Sarat bermuat ikan cencaru,Gelama tidak berumpan lagi,

Kail tersangkut di tepi batang;Sudah dapat orang yang baru,

Yang lama tidak berkenan lagi,Ibarat melukut di tepi gantang.

Maksud:

Perasaan seseorang yang menganggap dirinya tidak diperlukan setelah pasangannya mendapat teman baru.

Nilai

Ketabahan- sesuatu musibah yang menimpa perlu

dihadapi dengan hati yang tabah

Kecekalan- rasa sedih dan kecewa

perlu dihadapi dengan cekal

Menghargai- sentiasa menghargai barang /

sesuatu yang kita miliki walaupun kita mendapat

barang / sesuatu yang baru

Keberanian- seseorang perlu berani

membuat perubahan bukan sekadar menyerah pada nasib

1. Kita perlu menghadapi dugaan hidup dengan hati

yang tabah.

Pengajaran

2. Kita janganlah terlalu mengikut perasaan apabila

berlaku musibah kepada diri kita.3. Kita janganlah menuding

jari / menyalahkan orang lain jika berlaku apa-apa musibah pada diri kita.

4. Kita hendaklah menghargai apa-apa sahaja yang kita miliki walaupun

kita sudah mendapat sesuatu yang baru.