Post on 24-Dec-2019
BAB EMPAT
BAB EMPAT
PENDEPANAN DALAM STRUKTUR AYAT BAHASA ARAB
DAN BAHASA MELAYU
4.0 Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan dua persoalan utama iaitu pendepanan (قديم dalam (الت
bahasa Arab dan pendepanan dalam bahasa Melayu. Bagi pendepanan dalam bahasa
Arab ia dimulakan dengan definisi pendepanan dari sudut bahasa dan istilah. Ia turut
menjelaskan pendapat-pendapat sarjana Arab dahulu dan moden mengenai pendepanan.
Seterusnya ia menyatakan mengenai bahagian pendepanan yang turut menimbulkan
percanggahan pendapat dalam kalangan sarjana Arab dahulu. Seterusnya bab ini
menjelaskan mengenai gambaran pendepanan, pendepanan dalam nafi dan halangan
pendepanan. Sementara itu, bagi pendepanan bahasa Melayu, ia dimulakan dengan
struktur ayat terbitan yang terbahagi kepada ayat songsang dan ayat pasif.
4.1 Definisi Pendepanan
Berdasarkan kamus-kamus bahasa, (qa:f, da:l, mi:m) pada asalnya menunjukkan makna
mendahului, maju dan mara kemudian ia memisahkan diri dari sesuatu yang
mendekatinya (Ibn Fa:ris,1998:878).
Mendahului semua benda adalah berlawanan dengan mengemudiankannya. Manakala
mengemudiankan sesuatu adalah dengan meletakkannya selepas kedudukannya, dan
menundakan waktunya (Ibn Manzu:r,1990:12,465).
155
merupakan antara nama-nama Allah yang membawa maksud: Dialah yang المقدم
mendahului segalanya dan meletakkan ia pada tempatnya. Oleh itu, siapa yang berhak
didahulukan, Dia dahulukannya. (ibid). Malah, sifat Allah s.w.t juga adalah المؤخر yang bermaksud yang terakhir (Kamus Besar Arab-Melayu,2006:22).
Berdasarkan pengertian dari segi bahasa, ia menunjukkan pendepanan ialah pergerakan
حريك) (الت dan pemindahan قل) .(الن Setiap pendepanan ialah pemindahan dan
pergerakan (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006: 1,42).
Sementara itu, apabila ulama ilmu al-Ma‘a:ni: mendapati pemindahan dan pergerakan
adalah salah satu unsur gaya bahasa dalam bahasa Arab, mereka terus menjadikan
pendepanan dan pentakhiran (أخير sebagai istilah bagi salah satu teknik susunan (الت
dalam bahasa Arab (ibid).
Menurut al-Ka:tib: “Susunan ayat terdiri daripada lima unsur, iaitu pemindahan,
pemisahan ,(فصل) penimbangan ,(وزن) pertukaran (قلب) dan perumpamaan (
.(مثل Pemindahan dalam ujaran (الكالم) adalah dengan pendepanan dan
pentakhiran” (t.t: 205).
Berdasarkan pendapat beliau, pendepanan dan pentakhiran ialah pemindahan dalam
ujaran. Ia tidak menambah apa-apa makna terhadap makna bahasa. Beliau menjadikan
pendepanan adalah salah satu teknik mengeluarkan ujaran dari susunannya. Menurut
beliau, “Ujaran dan selainnya adalah sesuatu yang tersusun. Ia keluar dari susunannya
melalui salah satu daripada enam perkara iaitu pendepanan dan pentakhiran,
mengangkat dan menurun serta bergerak ke kanan dan ke kiri. Susunan ujaran bukanlah
156
dengan pemilihan lafaz-lafaznya” (ibid). Oleh itu, pendepanan dan pentakhiran ialah
keluar dari susunan nahu dan perubahan kedudukan perkataan.
Sementara itu, menurut al-Jurja:niyy, pendepanan dan pentakhiran adalah salah satu
unsur struktur. Beliau berpendapat, struktur bermaksud makna-makna nahu dan
bertindak pada bab-bab nahu sebagai mana tindakan pendepanan dan pentakhiran
terhadapnya (1992: 81-82).
Manakala menurut al-Tu:fiyy, “Pendepanan menjadikan lafaz dalam susunan sebelum
susunannya yang asal atau selepasnya disebabkan oleh penghalang pengkhususan atau
kepentingan atau keperluan” (1977: 154). Beliau bersandar pada pendapat Si:bawayh
iaitu “Mereka seolah-olah mendahulukan sesuatu yang penerangannya lebih penting
bagi mereka dan mereka lebih mengutamakan penerangannya, sekiranya kedua-duanya
adalah yang mereka pentingkan dan mereka tumpukan” (1999:1,68). Al-Tu:fiyy telah
menghimpunkan antara aspek pelaksanaan dengan tujuan retorik, lalu menjadikan
pelaksanaan dan penerangan sebab sebagai tujuan.
Di samping itu, sedikit sekali ulama bahasa Arab dahulu yang memberi definisi
pendepanan dan pentakhiran dari segi istilah. Ini berkemungkinan disebabkan oleh
istilah pendepanan dan pentakhiran itu sendiri yang telah jelas dan hubungannya yang
kukuh dengan makna dari segi bahasa. Definisi pendepanan dan pentakhiran mungkin
boleh difahami daripada pembahagian dan penerangan mereka tentang pendepanan dan
pentakhiran. ‘Abd al-Qa:hir Jurja:niyy berpendapat pendepanan dan pentakhiran adalah
sesuatu yang kekal peranannya dari segi nahu selepas pemindahan dan yang berubah
peranannya selepas itu. Ia mempunyai hubungan dengan makna bahasa iaitu
pemindahan dan pergerakan (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:1,43).
157
Manakala, al-Zamakhsyariyy mendefinisi istilah tersebut sebagai bergerak dan tidak
tetap ( القار دون المزال ) (1987:1,661) iaitu yang menjurus kepada makna dari segi
bahasa. Ia bermaksud berlakunya pemindahan dari kedudukannya ke kedudukan di
hadapannya.
Sementara itu, menurut ahli sarjana moden antaranya Ahmad Matlu:b yang
berpendapat, “Pendepanan dan pentakhiran ialah perubahan pada binaan ungkapan-
ungkapan asas atau ia menyimpang daripada asal agar dapat memberikannya kebebasan
dan ketelitian” (1987:41). Definisi beliau selari dengan keluasan bahasa Arab,
memperkukuhkan kebebasan strukturnya dan menjelaskan ketelitian gaya bahasa yang
ada padanya.
Manakala Bu:hamdi: Muhammad mendefinisi pendepanan dan pentakhiran sebagai
pemindahan satu unsur daripada unsur-unsur ayat iaitu dari kedudukannya yang asal ke
kedudukan yang lain dan tiada halangan untuk berbuat demikian (1993:38).
Di samping itu, Muni:r Sulta:n mendefinisikan pendepanan dan pentakhiran sebagai
pertukaran pada kedudukan, satu perkataan meninggalkan tempatnya di hadapan untuk
diganti perkataan lain bagi memenuhi tujuan balaghah, yang mana ia tidak dapat
dipenuhi sekiranya ia berada di kedudukannya yang asal (t.t:138). Pendapat ini sama
seperti yang diutarakan oleh Muhammad ‘Aliyy al-Khu:liyy (1982:16) yang
berpendapat pendepanan dan pentakhiran bermaksud perubahan pada kedudukan
perkataan dalam ayat yang berbeza daripada kedudukan yang biasa kerana tujuan
balaghah.
158
Pendepanan yang dimaksudkan di sini ialah pendepanan lafaz, bukan pendepanan ayat.
Sebagai contoh:
علي أكل األرز(Nasi itu Ali telah makan)
Lafaz األرز (nasi) mengalami pendepanan. Ia dari segi nahu berperanan sebagai objek (
به المفعول ). Objek dalam susunan ayat bahasa Arab berada selepas pelaku (
األرز علي أكل Susunan asal bagi ayat di atas ialah .(الفاعل (Ali telah makan nasi
itu).
4.2 Kategori Pendepanan
Pendepanan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut pendapat tokoh dan
agen fleksi.
4.2.1 Pendepanan Mengikut ‘Abd al-Qa:hir al-Jurja:niyy
Al-Jurja:niyy telah membahagikan pendepanan kepada dua bahagian (1992:106):
1. Pendepanan dengan niat untuk pentakhiran.
2. Pendepanan bukan dengan niat untuk pentakhiran
4.2.1.1 Pendepanan dengan Niat untuk Pentakhiran
Pendepanan dengan niat untuk pentakhiran, iaitu sesuatu yang peranan nahu dan
jenisnya dikekalkan sebelum pendepanan, seperti predikat kepada subjek apabila
dikedepankan dari subjek dan objek apabila dikedepankan dari pelaku, seperti منطلق 159
عمرا ضرب dan (Zayd telah berangkat) زيد زيد (Zayd telah memukul ‘Amr). Dari
segi fleksi ,(اإلع==راب) perkataan ==ق dan منطل tidak عم==را berubah dengan
pendepanan iaitu منطلق kekal nominatif (مرفوع) iaitu predikat kepada subjek dan
kekal عم==را akusatif وب) (منص== iaitu objek. Kedua-duanya kekal peranannya
sebagaimana ia dikemudiankan” (ibid). Oleh itu, sesuatu yang dikedepankan (المقدم) mengekalkan peranan nahunya seperti sebelum mengalami pendepanan.
4.2.1.2 Pendepanan Bukan dengan Niat untuk Pentakhiran
Pendepanan bukan dengan niat untuk pentakhiran tetapi perpindahan sesuatu dari satu
peranan nahu ke satu peranan dan menjadikannya satu bab yang bukan babnya, satu
fleksi yang bukan fleksinya. Ia berlaku kepada dua kata nama yang berkemungkinan
salah satunya ialah subjek dan yang lainnya ialah predikat, lalu kadang-kadang
dikedepankan salah satu antara keduanya. Contohnya yang berlaku pada dan زيد
Kadang-kadang disebut .المنطلق المنطلق زيد (Zayd yang telah berangkat) dan
adakalanya di sebut ==ق ==د المنطل زي (Yang berangkat itu Zayd). Pendepanan
==ق tersebut المنطل bukanlah bermaksud peranan nahunya ketika pentakhiran
meninggalkanya iaitu predikat kepada subjek tetapi merupakan perpindahan dari
berperanan sebagai predikat kepada berperanan sebagai subjek. Demikian juga زيد yang sebelum ini adalah subjek tidak dikemudiankan melainkan mengeluarkannya
daripada keadaan subjek kepada keadaan predikat (ibid: 106-107).
Sesuatu yang dikedepankan pada bahagian ini telah hilang peranan nahunya yang
pertama dan mengambil peranan nahu yang lain selepas pendepanan.
160
Al-Jurjaniyy telah memberikan contoh yang lebih jelas untuk bahagian ini dengan
bersandar kepada topik al-isytigha:l (االش=تغال)1 dalam nahu. Beliau berkata, “untuk
lebih menjelaskan hal ini, contoh: زيدا ضربت (Saya telah pukul Zaid) dan زيد .(Zaid, saya telah pukul dia) ضربته tidak dikedepankan untuk menjadi (Zaid) زيد
objek yang akusatif seperti sebelumnya tetapi dinominatifkannya kerana menjadi
subjek. Kata kerja bersambung dengan kata ganti nama bagi Zaid, dan ia berada di
kedudukan predikat baginya” (ibid: 107).
Pendepanan dengan niat untuk pentakhiran dinamakan pendepanan makna (قديم الت==وي المعن ) dan pendepanan bukan dengan niat untuk pentakhiran dinamakan
pendepanan lafaz ( ق==ديم فظي الت الل ). Ia berdasarkan pembahagian yang
bersandarkan kepada makna dan lafaz (al-Daqar,1986:57). Sesuatu yang mengalami
pendepanan dengan pemindahan dan pergerakan berbekalkan kedudukan fleksi
sebelumnya ialah pendepanan makna manakala pendepanan yang hilang kedudukan
fleksinya sebelum itu ialah pendepanan lafaz.
4.2.2 Pendepanan Mengikut Abu: Ya‘qu:b al-Sakka:kiyy
Terdapat juga pembahagian lain yang berdasarkan kedudukan. Dalam kategori ini,
pendepanan dan pentakhiran dibahagikan kepada dua bahagian:
1. Pendepanan antara kata nama dengan kata nama.
2. Pendepanan antara kata kerja dengan unsur-unsur pelengkapnya (قاته .(متعل
1 Al-Isytigha:l ialah kata nama yang mendahului kata kerjanya yang kata kerja tersebut bersambung dengan kata ganti nama yang merujuk kepada kata nama tersebut (Mahmu:d Husayni: Magha:lasat,1991: 482).
161
Pembahagian sebegini telah dinyatakan oleh al-Sakka:kiyy; jenis yang pertama beliau
menyatakan dalam bab penyandar ( إليه المسند ) dan pesandar (المسند) dan jenis
yang kedua dalam bab kata kerja dan unsur-unsur pelengkapnya. Beliau tidak
meletakkan dalam satu bab yang khusus uantuk pendepanan dan pentakhiran agar dapat
disimpulkan dan dijelaskan seperti yang dilakukan oleh al-Jurja:niyy. Malah beliau
telah membahagikan pembahagian yang lain dalam setiap pembahagian iaitu antara
kedudukan-kedudukan nahu dengan tujuan-tujuan balaghah. Beliau telah meletakkan
salah satu tujuan balaghah iaitu penumpuan (العناية) dan perhatian (االهتمام) kepada makna nahu ( حو مع==اني الن ). Di samping itu, beliau membahagikan
penumpuan yang terdapat pada pendepanan unsur-unsur pelengkap kata kerja kepada
yang terbentuk secara asal ketika pendepanan dan yang terbentuk kerana kepentingan
sebelumnya (1987: 194-231).
Sementara itu, al-Khati:b al-Qazwi:niyy bersetuju dengan pembahagian al-Jurja:niyy
tanpa ada sebarang perubahan. Pembahagian tersebut adalah umum yang melibatkan
pesandar dan penyandar dan selain keduanya yang terdiri daripada unsur-unsur
pelengkap kata kerja (2001:64-122). Dalam pada itu, pengulas bagi kitab ‘لخيص ’التseperti Sa‘d al-Di:n al-Tafta:za:niyy menyebut sesuatu yang didefinisikan sebagai
pendepanan bukan dengan niat untuk pentakhiran merupakan pembatalan (الفسخ) (al-Khatib al-Qazwi:niyy,t.t:1,418). Manakala Ibn Ya‘qu:b al-Maghribiyy
menyebutnya sebagai penghapusan سخ) (الن (t.t:1,418). Kedua-duanya bermaksud
yang dikedepankan hilang peranannya sebelum itu.
4.2.3 Pendepanan mengikut Ibn al-Athi:r
162
Di samping itu, terdapat juga pembahagian jenis lain. Ia terdiri daripada dua bahagian,
iaitu:
1. khusus untuk lafaz yang menunjukkan makna, iaitu sekiranya dikemudiankan
sesuatu yang di depan atau dikedepankan sesuatu yang dibelakang
menyebabkan perubahan makna.
2. khusus berkaitan dengan tahap pendepanan pada sebutan disebabkan oleh
pengkhususannya dengan sesuatu yang melibatkannya. Sekiranya ia
dikemudiankan ia melibatkan perubahan makna.
Pembahagian ini telah dinyatakan oleh Ibn al-Athi:r (1998:2,20). Bahagian pertama
meliputi pendepanan dan pentakhiran antara pesandar dengan penyandar dan antara
agen fleksi (العامل) dengan kata yang difleksinya ( أنجدت خالدا seperti (معموله (Khalidlah yang saya telah selamatkan). Bahagian kedua melibatkan antara unsur-unsur
pelengkap, sesamanya dan antara kata-kata susulan (وابع seperti (الت خالدا أعرت خالدا كتابي أعرت dan (Saya telah meminjamkan Khalid buku saya) كتابي (Saya
telah meminjamkan buku saya kepada Khalid). Walau bagaimanapun, asas
pembahagian ini tidak tepat disebabkan oleh percampuran tajuk-tajuk tersebut ke dalam
kedua-dua bahagian dan tiada pemisahan yang tepat antara kedua-duanya (‘Aliyy Abu:
al-Qa:sim ‘Awn,2006: 1,64).
4.2.4 Pendepanan Mengikut Ibn al-Qayyim al-Jawziyyat
Pembahagian di atas ialah pembahagian menurut ahli-ahli balaghah. Sementara itu,
terdapat juga pembahagian mengikut ahli sarjana pengajian al-Qur’an seperti Ibn al-
163
Qayyim al-Jawziyyat. Beliau telah membahagikan pendepanan dan pentakhiran kepada
dua bahagian iaitu (1988:120-121):
1. Sesuatu yang melibatkan penambahan makna seperti pendepanan objek untuk
pengkhususan.
2. Sesuatu pendepanan yang tidak semestinya melibatkan penambahan makna.
Walau bagaimanapun pendepanannya adalah lebih baik. Ini berlaku bagi perkara
yang berkaitan pendepanan dan pentakhiran untuk perkara yang luar daripada
keduanya. Contohnya firman Allah s.w.t:
﴿ ة كل خلق والله بطنه على يمشي من فمنهم ماء من دآب أربع على يمشي من ومنهم رجلين على يمشي من ومنهم ﴾(al-Nu:r:45)
Pengertiannya: Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki.
Pembahagian ini tidak jauh bezanya dengan pembahagian Ibn al-Athi:r.
4.2.5 Pendepanan Mengikut al-Zarkasyiyy
Manakala al-Zarkasyiyy (m 794) telah membahagikannya kepada tiga bahagian iaitu
(2001:3,279-333):
1. Sesuatu yang dikedepankan dan melibatkan makna dan situasinya yang banyak.
Beliau menyebut dua puluh lima daripadanya.
164
2. Sesuatu yang dikedepankan bersama niat untuk pentakhiran. Seperti firman
Allah s.w.t:
﴿ ما العلماء عباده من الله يخشى إن ﴾(Fa:tir:28)
Pengertiannya: Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.
3. Sesuatu yang dikedepankan pada satu ayat dan dikemudiankan pada ayat yang
lain. Seperti firman Allah s.w.t:
﴿ يسعى المدينة أقصى من رجل وجاء ﴾(al-Qasas:20)
Pengertiannya: Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari
Firman Allah s.w.t:
﴿ يسعى رجل المدينة أقصى من وجاء ﴾(Ya:si:n:20)
Pengertiannya: Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari.
4.2.6 Pendepanan Berdasarkan Agen Fleksi
Pendepanan unsur ayat dalam struktur ayat bahasa Arab boleh dibahagikan kepada dua
bahagian (al-Sa:mirra:’iyy,2006: 49-74), iaitu:
165
Pertama: Pendepanan lafaz dari agen fleksi. Pendepanan dalam bentuk ini melibatkan
pendepanan objek dari kata kerjanya, pendepanan ha:l (keadaan) dari kata kerjanya,
pendepanan kata keterangan (الظرف) dan partikel jarr ( الجر حرف ) dan kata
namanya dari kata kerja kedua-duanya serta pendepanan predikat dari subjek dan yang
seumpamanya. Oleh yang demikian, pendepanan dalam bahagian ini boleh dibahagikan
kepada:
1. Pendepanan penyandar.
2. Pendepanan pesandar
3. Pendepanan unsur-unsur pelengkap dari kata kerja
Kedua: Pendepanan sesama lafaz tanpa melibatkan agen fleksi. Pendepanan sesama
lafaz tanpa melibatkan agen fleksi boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
1. Pendepanan unsur-unsur pelengkap dari pelaku. Pada asal struktur ujaran,
binaan ayat dan pembentukan ungkapan ialah pendepanan pelaku dari objek dan
seumpamanya yang disebut sebagai unsur-unsur pelengkap seperti ha:l dan kata
keterangan serta pendepanan objek yang pertama dari yang kedua dan ketiga.
Contohnya ==رم ==دا محمد أك خال (Muhammad telah memuliakan Khalid.)
درهما الفقير حاتم أعطى (Hatim telah memberi fakir itu satu dirham.)
dan ناجحا ابنه زيدا وأعلمت (Saya telah memberitahu Zaid anaknya
lulus.) . Kadang-kadang struktur asal ini berbeza iaitu dengan melakukan
pendepanan salah satu unsur-unsur pelengkap dari pelaku atau pendepanan
sesama unsur-unsur pelengkap. Ini merupakan rahsia-rahsia retorik yang
diingini oleh ahli retorik dan bersesuaian dengan konteks.
166
Pendepanan unsur-unsur pelengkap dari pelaku ialah pendepanan yang
melibatkan pelaku dengan objek, pelaku dengan ha:l dan pelaku dengan kata
keterangan. Dalam hal pendepanan objek dari pelaku, ia melibatkan fokus
utama yang menjadi tumpuan dalam ayat tersebut dan membawa makna yang
berbeza daripada ayat dalam struktur biasa. Contohnya قتل الخارجي زيد (Zaid telah membunuh orang luar itu.). Apabila berlaku pendepanan objek dari
pelaku, ayat الخارجي قتل زيد membawa maksud orang luar tersebut yang
menjadi fokus utama. Sesiapa yang membunuhnya tidak menjadi persoalan di
sini.
Malah, pendepanan ha:l dari pelaku dan terletak antara kata kerja dengan pelaku
seperti dalam ayat ==د ضاحكا جاء زي (Zaid telah datang dalam keadaan
ketawa) turut membawa maksud yang berbeza daripada ayat yang biasa iaitu
جاء ضاحكا زيد . Ayat ==د ضاحكا جاء زي membawa maksud ia datang
dalam keadaan dia bersifat dengan sifat yang khusus baginya, malah melebihi
sifatnya yang lain.
2. Pendepanan sesama unsur-unsur pelengkap. Pendepanan sesama lafaz unsur-
unsur pelengkap mempunyai sebab-sebab yang tertentu bersesuaian dengan
situasi dan struktur ayat. Ahli-ahli bahasa bersependapat mengatakan
pendepanan adalah sebagai tanda prihatin dan fokus tumpuan. Sesuatu yang
diberi lebih fokus dan tumpuan akan dikehadapankan dalam ayat. Prihatin dan
fokus kepada sesuatu lafaz bukan disebabkan ia merupakan lafaz yang tertentu
tetapi berdasarkan situasi keadaan. Oleh yang demikian, ada kalanya lafaz
tersebut dikehadapankan dalam sesuatu ayat dan ada kalanya dikemudiankan
dalam ayat yang lain berdasarkan situasi keadaan pada ketika itu.
167
Al-Qur’an al-Karim merupakan contoh terbaik yang menggunakan bentuk
pendepanan ini. Seperti yang disebut sebelum ini, dalam al-Qur’an al-Karim
terdapat lafaz-lafaz yang mengalami pendepanan mengikut kesesuaian situasi
dan konteks ayat. Pendepanan sebegini mempunyai fungsi yang tertentu.
Antaranya:
1. Mengikut yang mana lebih dahulu. Contohnya firman Allah s.w.t:
﴿ واإلنس الجن خلقت وما ليعبدون إال ﴾(al-Dha:riya:t:56)
Pengertiannya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
2. Mengikut yang mana lebih istimewa dan mulia. Contohnya firman Allah
s.w.t:
﴿ سول الله يطع ومن ذين مع فأولئك والر الله أنعم ال ين من عليهم بي هداء والصديقين الن والصالحين والش ﴾
(al-Nisa:’:69)
Pengertiannya:Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan ni ‘mat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqin, dan orang yang Syahid, serta orang yang salih.
3. Mengikut susunan. Contohnya firman Allah s.w.t:
﴿ وبني=ه وأبي=ه. وصحبت=ه أخيه. وأمه من المرء يفر يوم ﴾(‘Abasa: 34-36)
168
Pengertiannya: Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya. Dan ibunya serta bapanya. Dan isterinya serta anak-anaknya.
4. Mengikut banyak dan sedikit. Contohnya firman Allah s.w.t:
﴿ ذي هو مؤمن ومنكم كافر فمنكم خلقكم ال ﴾(al-Tagha:bun:2)
Pengertiannya: Dialah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman.
5. Mengikut sedikit dan banyak. Contohnya firman Allah s.w.t:
﴿ ع والعاكفين للطآئفين بيتى طهرا أن ك جود والر الس ﴾(al-Baqarat:125)
Pengertiannya: “Bersihkanlah RumahKu (Ka‘abah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang beri‘tikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang ruku‘ dan sujud”.
4.3 Gambaran Pendepanan
Ahli-ahli nahu telah menjadikan bagi ujaran (الكالم) susunan, sesetengahnya lebih
dahulu daripada yang lain. Sekiranya ujaran didatangkan dalam struktur yang asal, ia
tidak termasuk dalam bab pendepanan dan pentakhiran (al-Sa:mirra:’iyy,2007:37).
Contohnya:
قميصا سالما محمد كسا .(Muhammad telah memakaikan Salim kemeja.)
169
Ia bukanlah termasuk dalam bab pendepanan dan pentakhiran kerana ia didatangkan
dalam bentuk kata kerja, kemudian pelaku, dan diikuti dengan objek pertama (
األول المفعول ) dan objek kedua ( اني المفعول الث ). Sekiranya mana-mana
perkataan ditukar kedudukannya, ia termasuk dalam bab pendepanan dan pentakhiran
yang menunjukkan sesuatu yang dikedepankan adalah lebih penting daripada yang
dikemudiankan. Sekiranya disebut sebagai contoh ( سالما قميصا محمد كسا ),
objek kedua dikedepankan dari objek pertama. Ini kerana menyebut القميص (kemeja) lebih penting daripada menyebut ) Sekiranya disebut .سالم قميصا كسا
سالما محمد ), ini kerana sebutan (kemeja) القميص pada ayat tersebut adalah
lebih penting daripada sebutan pelaku dan objek pertama. Sekiranya disebut (قميصا ا الما محمد كس== س== ), adalah kerana tumpuan lebih banyak terhadap sebutan
(kemeja) القميص daripada sesuatu selepasnya. Begitulah sesuatu kepentingan
disusun mengikut kedudukan perkataan dalam ayat sehingga sampai ke akhir perkataan.
Demikian juga sekiranya susunan ayat dijadikan mengikut susunan yang lain seperti (
محمد كسا سالما قميصا ), ( ا محمد سالما قميصا كس== ), atau ا) قميص==محمد سالما كسا ) (ibid).
Setiap ungkapan ayat mempunyai makna dan berbeza dengan ungkapan yang lain.
Si:bawayh menyebut, orang Arab mendahulukan sesuatu yang penerangannya lebih
penting bagi mereka (Si:bawayh,1999: 1,68).
Sebab pendepanan sesetengah kata penerima fleksi (المعمول) adalah kerana ia pada
asalnya mengalami pendepanan dan bukan disebabkan oleh kesesuaian konteks seperti
pendepanan pelaku terhadap objek contohnya عمرا زيد ضرب ) ) (Zaid telah
memukul Amar) dan pendepanan objek pertama terhadap objek kedua seperti (
درهما زيدا أعطيت ) (Saya telah memberi Zaid satu dirham) atau kerana dilakukan
170
sebutan yang lebih penting dan lebih difokuskan. (al-Khati:b al-
Qazwayniyy,2001:119-120) (al-Zarkasyiyy, 2001: 3,275).
Dalam bab ini perbincangan berdasarkan gambaran pendepanan yang ada yang
melibatkan pendepanan penyandar, pendepanan pesandar dan pendepanan unsur-unsur
pelengkap yang berhubung dengan kata kerja dan diperkukuhkan dengan contoh-
contoh. Walau bagaimanapun kita tidak membincangkan tujuan pendepanan tersebut
secara mendalam. Sementara itu pendepanan yang disentuh ialah pendepanan lafaz dari
agen fleksi.
4.3.1 Pendepanan Penyandar
Susunan asal pada ayat yang pesandarnya kata kerja adalah didahulukan kata kerja
seperti ( أخ==وك يق==دم ) (Saudara lelaki awak datang), dan tidak dikedepankan
penyandar melainkan bersebab. Sekiranya disebut ( قادم أخوك ) (Saudara lelaki awak
datang), dan ( أخوك يقدم ), ia dilakukan mengikut struktur asal dan tiada siapa yang
akan bertanya mengapa didahulukan Saudara lelaki) أخوك awak), pada ayat yang
pertama dan dikemudiankan pada ayat yang kedua. Sekiranya predikat pada ayat
pertama didahulukan iaitu ( أخ==وك ق==ادم ) atau penyandar pada ayat kedua
dikemudiankan iaitu ( يق==دم أخ==وك ), sesungguhnya ia telah melibatkan bab
pendepanan dan pentakhiran. Ia sepatutnya dilakukan disebabkan bersesuaian dengan
konteks yang termasuk dalam bab fokus dan tumpuan yang mempunyai pelbagai sebab
dan jenisnya (al-Sa:mirra:’iyy,2007: 34-35).
4.3.2 Pendepanan Pesandar dan Unsur Pelengkapnya
171
Pesandar yang dimaksudkan di sini, ialah predikat , predikat كان dan seumpamanya (
serta predikat ,(أخواتها ) dan seumpamanya. Manakala unsur yang berhubungan إن
ق -di sini ialah sesuatu yang predikat berfungsi terhadapnya (‘Aliyy Abu: al (المتعل
Qa:sim ‘Awn,2006: 1,72).
4.3.2.1 Pendepanan Predikat dan Pendepanan Unsur Pelengkapnya
Pendepanan predikat meliputi pendepanan predikat terhadap subjek dan pendepanan
unsur pelengkapnya terhadap predikat dan subjek.
1. Pendepanan Predikat
Pada asalnya subjek dikedepankan dan predikat dikemudiankan. Walau bagaimanapun,
harus dilakukan pendepanan predikat bagi tujuan retorik dan fungsi keindahan. Ahli-
ahli nahu ada menyebut mengenai tempat-tempat yang wajib dilakukan pendepanan
predikat. Sementara itu, tempat-tempat yang harus untuk dilakukan pendepanan adalah
bertujuan untuk kefahaman yang baik, gaya bahasa yang tinggi dan makna yang benar-
benar sampai (ibid).
Pendepanan predikat terhadap subjek ada dalam beberapa bentuk, iaitu:
a. Predikat dalam bentuk separa ayat ( الجملة شبه ): kata keterangan atau
partikel jarr dan kata nama genetif ( المجرور اسم ), contoh:
﴿ الغيب مفاتح وعنده ﴾172
(al-An‘a:m:59)
Pengertiannya: Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib
﴿ أليم عذاب وللكافرين ﴾(al-Baqarat:104)
Pengertiannya: dan (ingatlah, bahawa) orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
b. Predikat dalam bentuk tunggal (المفرد), contoh:
﴿ ه قال ها يقول إن لونها فاقع صفراء بقرة إن ﴾(al-Baqarat: 69)
Pengertiannya: " Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya.
c. Predikat dalam bentuk ayat namaan dan ayat kerjaan, contoh:
أبوه قائم زيد .(Bapa Zaid berdiri.)
أبوه قام زيد .(Bapa Zaid telah berdiri.)
2. Pendepanan Unsur Pelengkap Predikat
Menurut al-Mubarrid (1999:4,427) kita boleh kata ارب عم=رو زيدا ض= (Amru
memukul Zaid) dan يضرب عمرو زيدا (Amru memukul Zaid) kerana pendepanan
penerima fleksi predikat ( الخبر معمول ) terhadap subjek adalah dibolehkan sama
173
ada ia dalam bentuk tunggal atau ayat kerjaan atau ayat namaan. Setiap sesuatu yang
predikat boleh untuk mendahuluinya dibolehkan juga penerima fleksi mendahuluinya.
Pendepanan unsur pelengkap predikat ada dua bentuk (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim
‘Awn,2006: 1,75-76), iaitu:
a. Pendepanannya terhadap predikat, contoh:
﴿ عليم شيء بكل وهو ﴾(al-Baqarat:29)
Pengertiannya: dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
b. Pendepanannya terhadap subjek, contoh:
﴿ يوقنون هم وباآلخرة ﴾(al-Baqarat:4)
Pengertiannya: serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
4.3.2.2 Pendepanan Predikat dan Seumpamanya serta Pendepanan Unsur كان
Pelengkapnya
Pendepanan predikat ==ان dan ك seumpamanya menjurus kepada pendepanannya
terhadap kata nama dan serta seumpamanya. Sementara itu, pendepanan unsur كان
pelengkapnya meliputi pendepanannya terhadap predikat, kata nama dan serta كان
seumpamanya itu sendiri.
1. Pendepanan predikat كان dan seumpamanya.
Pendepanan sebegini mempunyai dua bentuk (ibid: 76-78) iaitu:
174
a. Pendepanannya terhadap kata namanya, contoh:
﴿ المؤمنين نصر علينا حقا وكان ﴾(al-Ru:m:47)
Pengertiannya: dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.
b. Pendepanannya terhadap كان dan seumpamanya itu sendiri, contoh:
كان قائما زيد(Zaid yang berdiri)
2. Pendepanan unsur pelengkap predikat كان dan seumpamanya
Ia terdiri daripada tiga bentuk (ibid: 78-80) iaitu:
a. Pendepanannya terhadap predikatnya, contoh:
﴿ يظلمون أنفسهم كانوا ولكن ظلموا وما ﴾(al-Baqarat:57)
Pengertiannya: Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.
b. Pendepanannya terhadap kata namanya, contoh:
قائما الدار في كان زيد .(Di rumah itu, Zaid berdiri.)
175
c. Pendepanannya terhadap كان dan seumpamanya, contoh:
﴿ اكم أهؤالء للمالئكة نقول ثم يعبدون كانوا إي ﴾(Saba’:40)
Pengertiannya: kemudian Ia bertanya kepada malaikat: "Adakah orang ini, (kamu setujui) menyembah kamu dahulu?"
4.3.2.3 Pendepanan Predikat dan إ�ن Seumpamanya serta Pendepanan Unsur
Pelengkapnya
1. Pendepanan predikat إن dan seumpamanya terhadap kata namanya.
Pendepanan predikat إن dan seumpamanya terhadap kata namanya dilakukan sekiranya
ia berada dalam keadaan separa ayat iaitu ketika ia berfungsi sebagai kata keterangan
atau partikel jarr dan kata nama genetif (‘Abba:s Hasan,t.t:1,638-640). Contoh:
﴿ الله رسول فيكم أن واعلموا ﴾(al-Hujura:t:7)
Pengertiannya: Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya);
2. Pendepanan unsur pelengkap predikat إن dan seumpamanya
Ia mempunyai dua bentuk (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006: 1,81-83), iaitu:
a. Pendepanannya terhadap predikatnya, contoh:
176
﴿ ا قالوا ا لله إن راجعون إليه وإن ﴾(al-Baqarat:156)
Pengertiannya: mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
b. Pendepanannya terhadap kata namanya, contoh:
مبتسم زيدا اليوم إن .(Sesungguhnya Zaid tersenyum hari ini.)
4.3.3 Pendepanan Unsur-unsur Pelengkap yang Berhubungan dengan Kata kerja
Pendepanan sebegini meliputi pendepanan pelakuan-pelakuan ,(المفعوالت) ha:l
(keadaan), tamyi:z (spesifikasi), kata keterangan dan partikel jarr dan kata nama
genetif.
1. Pendepanan objek terhadap kata kerja, contoh:
﴿ الله بل اكرين من وكن فاعبد الش ﴾(al-Zumar:66)
Pengertiannya: "(Janganlah menyembah yang lain dari Allah) bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata, dan hendaklah engkau menjadi dari orang yang bersyukur".
2. Pendepanan ha:l terhadap agen fleksinya, contoh:
﴿ عا األجداث من يخرجون أبصارهم خش ﴾177
(al-Qamar:7)
Pengertiannya: (Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur
3. Pendepanan kata nama sebab ( ألجله المفعول ) terhadap kata kerja, contoh:
ك في طمعا زرتك بر .(Saya telah melawat awak kerana ingin kebaikan awak.)
4. Pendepanan tamyi:z terhadap agen fleksinya, contoh:
بت عرقا تصب .(Saya telah bermandi peluh.)
5. Pendepanan kata keterangan dan frasa genetif
Ia terbahagi kepada dua bentuk (ibid: 1,102-104), iaitu:
a. Pendepanan kata keterangan dan frasa genetif terhadap kata kerja. Pada asalnya
agen fleksi berada di hadapan penerima fleksi. Sekiranya perkara tersebut
bertentangan iaitu penerima fleksi mendahului agen fleksi maka ia mempunyai
tujuan retorik yang bersesuaian. Dalam keadaan ini pendepanan adalah lebih
baik daripada pentakhiran (‘Abd al-‘Azi:z ‘Ati:q,1985:141). Oleh sebab itu, kata
keterangan dikedepankan daripada kata kerja, contoh firman Allah s.w.t:
﴿ بالحق جئت اآلن قالوا ﴾(al-Baqarat:71)
178
Pengertiannya: Mereka berkata: "Sekarang barulah engkau dapat menerangkan (sifat-sifatnya) yang sebenar".
b. Pendepanan kata keterangan dan frasa genetif terhadap sesuatu yang seumpama
kata kerja (kata terbitan (المشتق) dan kata nama terbitan (المصدر), contoh:
﴿ عدو لبعض بعضكم ﴾(al-Baqarat: 36)
Pengertiannya: Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain
4.4 Pendepanan dalam Penafian
Nafi adalah berbeza dari penetapan dan penyataan (al-Mu‘jam al-Wasi:t,1985:2,943). Ia
bermaksud membuang, mengeluar dan memotong. Ia lawan bagi menghimpun,
menggabung dan mencakup. Menafikan kata kerja bermaksud mengeluarkannya
daripada sifat kejadian dan membuangnya jauh dari daerah kejadian (Muni:r
Sulta:n,1993:135).
Kebanyakan penafian berlaku dengan partikel dan ما kerana ال kedua-dua boleh
berfungsi dengan kata kerja dan kata nama. Sekiranya kita ingin nafikan sesuatu,
letakkan ia selepas partikel nafi (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006: 1,128). Nafi
berlaku pada penyandar, pesandar dan unsur-unsur pelengkap yang berhubung dengan
kata kerja.
1. Nafi dan Pendepanan Penyandar, contoh:
a. kata ganti nama (الضمير):
179
﴿ ألقتلك إليك يدي بباسط أنا ما ﴾(al-Ma:’idat:28)
Pengertiannya: tidak sekali-kali aku akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu.
b. kata nama nyata ( الظاهر االسم ):
﴿ ك وما يعملون عما بغافل رب ﴾(al-An‘a:m:132)
Pengertiannya: dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa yang mereka lakukan.
2. Nafi dan pendepanan pesandar, contoh:
﴿ غول فيها ال ﴾(al-Sa:ffa:t:47)
Pengertiannya: Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan
3. Nafi dan pendepanan unsur-unsur pelengkap yang berhubung dengan kata kerja,
contoh:
a. objek:
ضربت زيدا ما .(Saya tidak pukul Zaid.)
b. ha:l (keadaan):
را ما حضرت مبك .(Saya tidak datang awal.)
180
4.5 Halangan Pendepanan
Bahasa Arab mempunyai kebebasan dalam susunan unsur ujarannya. Walau
bagaimanapun, kebebasan ini bukanlah bersifat mutlak. Terdapat beberapa situasi yang
susunannya dipelihara dan ditetapkan oleh nahu bahasa Arab. Antara susunan tersebut
ialah (Ibn Sarra:j,1999:2,230) (Tama:m Hasan,1985: 207):
1. Pelengkap Mawsu:l (الصلة)2.
Pelengkap mawsu:l tidak boleh mendahului kata hubung kerana 3(الموصول) ia
adalah sebahagian daripadanya. Malah sesuatu yang terdapat pada penghubung juga
tidak boleh mendahului kata hubung. Contoh:
ذي رأيت كتابك أخذ ال .(Saya telah melihat orang yang mengambil buku awak.)
Sesuatu yang selepas kata hubung ذي (yang) ال tidak boleh mendahuluinya. Ini
bermakna pelengkap mawsu:l bagi kata hubung tersebut iaitu كتابك أخذ tidak boleh
berada di hadapan ذي .(yang) ال
2. Pelengkap Muda:f ( إليه المضاف )4.
2 Kata nama hubung ( الموصول اسم ) mempunyai pelengkap (الصلة), dan tidak ada kata nama hubung yang tidak mempunyai pelengkap. Ia berada dalam bentuk ayat (الجملة) dan separa ayat ( شبه Ia merupakan ayat yang disebut selepas kata (Mahmu:d Husayni: Magha:lasat,1991:115) .(الجملةhubung bagi melengkapkan makna (Ibn Hisha:m,1974: 1,165).
3 Kata hubung ialah sesuatu yang memerlukan penyambung yang terdiri daripada ayat penyata atau frasa keterangan atau frasa genetif yang lengkap selepasnya. (Ibn Hisha:m,1957 :141)
4 Frasa ida:fat ialah perhubungan ikatan antara dua kata nama, yang keduanya wajib digenetifkan. Contoh: ارة األستاذ سي (kereta ustaz). Perkataan pertama dinamakan kata yang ditambah (المضاف) dan yang kedua dinamakan pelengkap muda:f ( إليه مضاف ) (al-Suyu:tiyy,1992: 4,264)
181
Pelengkap muda:f tidak boleh mendahului kata yang ditambah (المضاف) dan
sesuatu yang berhubungan dengannya. Malah, sesuatu yang difleksi oleh pelengkap
muda:f juga tidak boleh mendahului pelengkap muda:f dan berada antara kata yang
ditambah dengan pelengkap muda:f. Contoh:
هذا زيدا إكرامك يوم .(Ini ialah hari engkau memuliakan Zaid.)
Perkataan (Zaid) زيدا tidak boleh mendahului (hari) يوم dan engkau) إكرامك
memuliakan) kerana ia adalah sesuatu yang difleksi oleh pelengkap muda:f iaitu
.إكرامك
3. Penerima fleksi bagi kata kerja yang tidak boleh ditasrifkan.
Contoh kata kerja yang tidak boleh ditasrifkan ialah ,(sebaik-baik) نعم بئس (seburuk-buruk), kata kerja ta‘ajjub ( عجب فعل الت ), kata nama kata kerja اسم) dan sesuatu yang seumpamanya. Penerima fleksi tidak boleh mendahului kata (الفعل
kerja ini. Contoh:
محمدا أحسن ما .(Amboi baiknya Muhammad.)
Perkataan (Muhammad) محمدا tidak boleh dikedepankan untuk membentuk ayat
أحسن ما محمدا kerana ia penerima fleksi bagi kata kerja yang tidak boleh
ditasrifkan.
182
4. Sesuatu yang didahului oleh partikel (الحرف) yang bermakna.
Kadang-kadang ada partikel yang berfungsi seperti partikel jarr. Penerima fleksi (
bagi partikel ini tidak boleh mendahuluinya dan tidak boleh sesuatu yang (المعمول
lain memisahkan antara partikel tersebut dengan penerima fleksi. Contoh:
الدار في اليوم زيد .(Zaid di rumah hari ini.)
Perkataan (rumah) الدار tidak boleh mendahului partikel jarr في dan perkataan
tidak boleh mendahului (hari ini) اليوم Partikel lain yang berfungsi .(rumah) الدار
ialah partikel istithna:’ ( االستثناء حروف ), partikel yang mengakusatifkan kata
kerja ( األفعال نصب حروف ), partikel yang menjazamkan kata kerja (حروف األفعال جزم ) dan partikel nasakh ( اسخة الحروف الن ).
5. Penerima fleksi bagi sifat yang menyerupai ( هة الصفة المشب ) yang bertindak
sebagai kata nama pelaku ( الفاعل اسم ).
Penerima fleksi bagi sifat yang menyerupai kata nama pelaku ( هة الصفة المشب )5
tidak boleh mendahuluinya. Contoh:
الوجه حسن هو .(Dia memiliki wajah yang cantik.)
Ayat di atas tidak boleh dibentuk menjadi حسن الوجه هو .
5 Sifat yang menyerupai kata nama pelaku ( هة الصفة المشب ) ialah sifat yang berasal daripada kata nama terbitan bagi kata kerja intransitif ( زم الفعل الال ). Ia menunjukkan makna yang tetap kepada sesuatu yang disifatkan. (al-Na:diriyy,1997: 147)
183
6. Tamyi:z (مييز .6(الت
Tamyi:z tidak boleh mendahului agen fleksinya. Contoh:
خير هو عمال .(Dia bagus dari segi kerja.)
Ayat di atas tidak boleh dibentuk menjadi هو خير عمال kerana عمال ialah tamyi:z.
Oleh itu ia tidak boleh mendahului agen fleksinya خير. Walau bagaimanapun, terdapat
perbezaan pendapat dalam membenarkan pendepanan tamyi:z ( مييز تق==ديم الت )
sekiranya agen fleksinya ialah kata kerja. Menurut al-Mubarrid harus mengkedepankan
tamyi:z daripada agen fleksinya yang terdiri daripada kata kerja (t.t: 3,36) Contoh:
تفقأت شحما .(Aku telah memecah lemak.)
7. Sesuatu yang mempunyai hak di depan ( الصدر له ما ).
Kata nama dan partikel yang mempunyai hak untuk berada di depan, seperti kata nama
tanya ( االستفهام اسم ) dan partikelnya (حروفه) serta la:m al-ibtida:’ (الم :dan lain-lain, tidak boleh didahului oleh sesuatu sebelumnya. Contoh (االبتداء
محمدا؟ أكرمت هل
6 Tamyi:z ialah kata nama indefinit yang akusatif yang berperanan menspesifik kesamaran sebelumnya (Mahmu:d Husayni: Magha:lasat,1991: 341).
184
(Adakah awak telah memuliakan Muhammad.)
Kita tidak boleh untuk mengkedepankan sesuatu yang terletak selepas partikel tanya
هل محمدا mendahuluinya. Oleh itu, ayat di atas tidak boleh menjadi (adakah) هل .أكرمت؟
8. Penerima fleksi bagi agen fleksi yang mempunyai makna kata kerja.
Agen fleksi sebegini dinamakan agen fleksi makna ( المعنوي العامل ). Oleh yang
demikian, penerima fleksi tidak boleh mendahuluinya. Contoh:
فيها قائما زيد .(Di dalamnya ada Zaid sedang berdiri.)
Perkataan (berdiri) قائما tidak boleh dikedepankan untuk mendahului di) فيها
dalamnya). Walau bagaimanapun, pendepanan dibenarkan sekiranya penerima fleksi
adalah kata keterangan. Contoh:
مقيما عندك محمد .(Muhammad tinggal bersama awak.)
Ayat di atas boleh juga diungkapkan sebagai عندك مقيما محمد .
9. Sesuatu yang mengaburi pendengar sekiranya ia dikedepankan.
Situasi ini berlaku sekiranya tidak terdapat perbezaan antara tanda kasus fleksi (عالمة :Contoh .(اإلعراب
185
موسى عيسى ضرب .(Isa telah memukul Musa.)
Pendepanan tidak seharusnya berlaku antara pelaku dengan objek pada ayat di atas,
memandangkan tanda kasus fleksinya tersembunyi pada kedua-dua perkataan tersebut.
Sekiranya kita melakukan pendepanan ia akan mengaburi pendengar.
10. Sesuatu yang diganti namakan (المضمر).
Sesuatu yang diganti namakan tidak boleh mendahului kata nama nyata اسم) :yang dari segi lafaz dan susunan berada di akhir kedudukan. Contoh (الظاهر
ا أكرم صديقه علي .(Kawan Ali memuliakannya.)
Ayat di atas tidak boleh diungkapkan sebagai ا صديقه أكرم علي , kerana perkataan
ا (Ali) علي dari segi lafaz dan susunannya berada di kedudukan kemudian. Walau
bagaimanapun, sekiranya kata nama nyata tersebut dari segi makna berada di
kedudukan hadapan, pendepanan sesuatu yang diganti namakan boleh dilakukan.
Contoh:
صديقه علي أكرم .(Ali memuliakan kawannya.)
Ayat di atas boleh diungkapkan sebagai علي صديقه أكرم .
186
11. Kata susul bagi kata nama ( االسم تابع ).
Kata susul yang dimaksudkan ialah sifat ,(الصفة) badal (البدل) dan ‘ataf (
.(العطف Ia tidak boleh mendahului kata yang disusulinya. Begitu juga dengan
penerima fleksinya, tidak boleh mendahului kata yang disusuli (المتبوع) dan kata
susul (ابع :Contoh .(الت
برجل مررت أخاه مكرم .(Saya telah berjalan dengan lelaki yang memuliakan saudaranya.)
Perkataan مكرم (yang memuliakan) tidak boleh mendahului perkataan رجل (lelaki).
Manakala perkataan (saudaranya) أخاه tidak boleh mendahului perkataan رجل (lelaki) dan مكرم (yang memuliakan).
12. Pelaku dan Penggantinya (نائبه)
Kedua-duanya tidak boleh mendahului kata kerja. Contohnya:
محمد قام .(Muhammad telah bangun.)
Perkataan Pelaku tidak boleh .(telah bangun) قام dinominatifkan dengan (Zaid) زيد
mendahului kata kerja untuk membentuk ayat ( قام زيد ). Sekiranya ini berlaku
peranan قام menjadi kosong. Begitu juga halnya dengan pengganti pelaku. Contoh:
ضرب زيد .187
(Zaid telah dipukul.)
Perkataan dinominatifkan dengan (Zaid) زيد Oleh itu, ayat .(telah dipukul) ضرب
tersebut tidak boleh diungkapkan menjadi ضرب زيد .
Pendepanan ini tidak diharuskan hanya berasaskan perubahan peranan (Zaid) زيد
daripada pelaku atau pengganti pelaku kepada subjek dan kata kerja menominatifkan
kata ganti namanya atau sesuatu yang ditambah kepada kata ganti namanya.
13. Kata Jawab (الجواب)
Pendepanan kata jawab terhadap kata yang dijawab (المج==اب) adalah tidak
dibenarkan sama ada dalam gaya bahasa syarat atau gaya bahasa sumpah. Contoh:
أقم تقم إن .(Jika awak berdiri saya berdiri.)
Ayat di atas tidak boleh dinyatakan sebagai تقم إن أقم (Saya berdiri jika awak
berdiri) kerana ia melibatkan pendepanan jawab terhadap kata yang dijawab.
4.6 Pendepanan dalam Struktur Ayat Bahasa Melayu
Pendepanan dalam struktur ayat bahasa Melayu disebut struktur terbitan. Menurut
Arbak Othman (1993:84) struktur terbitan dimaksudkan struktur ayat yang membawa
188
susunan gatranya yang agak bertentangan dengan susunannya yang asal dalam struktur
dasar itu. Perubahan susunan gatra ini merupakan kesan daripada sebab-sebab
penekanan yang hendak diberikan kepada unsur yang dipentingkan. Unsur ini boleh
berupa subjek, predikat, kata kerja dalam predikat atau penyambut dalam predikat.
Akibat penekanan yang dipentingkan itu, maka berlakulah keterbalikan atau perubahan
pada susunan gatranya seperti Frasa Nama (FN) + FN dan sebagainya dalam bentuk-
bentuk ayat baharu yang diterbitkannya itu. Ayat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh
berupa ayat songsang dan ayat pasif.
4.6.1 Ayat Songsang
Ayat songsang ialah ayat yang mempunyai susunan unsur utama yang telah
disongsangkan supaya ayatnya mempunyai susunan predikat + subjek (ibid). Dalam
susunan songsang unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas
subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur-unsur yang dikedepankan itulah yang
hendak diberi penegasan, iaitu melalui proses pendepanan (Nik Safiah Karim
et.al,1993:458).
Dalam bahasa Melayu, proses pendepanan yang berlaku pada predikat adalah seperti
berikut (ibid:458-461):
1. Pendepanan seluruh predikat
2. Pendepanan sebahagian daripada predikat
4.6.1.1 Pendepanan Seluruh Predikat
189
Dalam proses pendepanan seluruh predikat, seluruh konstituen predikat dibawa ke
hadapan mendahului subjek. Contoh:
Perangainya baik sungguh.
Baik sungguh perangainya.
Proses pendepanan ini berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas –kah, -
tah, dan –lah. Dalam hal ini proses pendepanan seluruh predikat adalah wajib. Contoh:
Bapa saya dia.
Dialah bapa saya.
4.6.1.2 Pendepanan Sebahagian daripada Predikat
Bahagian-bahagian daripada predikat boleh mengalami proses pendepanan secara
berasingan, iaitu:
1. Pendepanan frasa kerja
2. Pendepanan frasa adjektif
3. Pendepanan frasa sendi nama
4.6.1.2.1 Pendepanan Frasa kerja
Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu kata kerja sahaja, kata
kerja dengan objek atau kata Bantu dengan kata kerja boleh mengalami proses
pendepanan. Perhatikan contoh-contoh berikut:
1. Pendepanan Kata Kerja Sahaja
190
Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di padang.
Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.
2. Pendepanan Kata Kerja dengan Objek
Dia membaca buku di perpustakaan.
Membaca buku dia di perpustakaan.
3. Pendepanan Kata Bantu dengan Kata Kerja
Budak-budak itu masih bermain.
Masih bermain budak-budak itu.
4.6.1.2.2 Pendepanan Frasa Adjektif
Dalam ayat susunan biasa, adjektif hadir dalam konstituen predikat, yang letaknya
sesudah konstituen subjek. Tetapi susunan tersebut boleh diterbalikkan dengan
meletakkan frasa adjektifnya di bahagian hadapan ayat, iaitu mendahului subjek.
Bahagian-bahagian yang boleh dikedepankan ialah kata adjektif sahaja atau kata bantu
dengan dengan kata adjektif. Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut:
1. Pendepadan Kata Adjektif Sahaja
Dia sakit pada masa itu.
Sakit dia pada masa itu.
2. Pendepanan Kata Bantu dengan Adjektif
Barang itu belum tentu baik.
Belum tentu baik barang itu.
191
4.6.1.2.3 Pendepanan Frasa Sendi Nama
Proses ini mengalihkan unsur frasa sendi nama ke bahagian hadapan, iaitu mendahului
subjek. Frasa sendi nama ini dalam susunan ayat biasa hadir pada konstituen predikat,
samada sebagai predikat frasa sendi nama atau sebagai keterangan dalam predikat.
Contohnya:
1. Frasa Sendi Nama sebagai Predikat
Barang-barang itu untuk ibu.
Untuk ibu barang-barang itu.
2. Frasa Sendi Nama sebagai Pelengkap dalam Predikat
Saya berpegang pada janji.
Pada janji saya berpegang.
4.6.2 Ayat Pasif
Ayat pasif terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja
yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan (Nik Safiah
Karim et.al,1993:462). Menurut Arbak Othman (1993:85):
“Kalau kita meneliti cara-cara ayat pasif dituturkan, kita dapat
memahami maksudnya yang sama dengan ayat-ayat yang strukturnya
sama dengan salah satu daripada ayat-ayat yang dibawakan oleh
struktur dasar tertentu yang telah dihuraikan sebelum ini, iaitu struktur
(a) FN1 + FK + FN2 dan (b) FN1 + FK + FN2 untuk/kepada FN1 yang
192
merupakan bentuk kelainan daripada struktur dasar FN1 + FK + FN2 +
FN3 pada asalnya. Ayat ini merupakan ayat-ayat aktif transitif yang
mengandungi kata kerjanya berimbuhan me-.”
Arbak Othman turut mengatakan (1985:171&172):
Ayat Pasif ialah ayat yang mempunyai kata kerja pasif dalam rangkai
kata predikatnya sama ada dinyatakan oleh penyambut pelakunya
ataupun tidak. Ayat pasif merupakan ayat yang terbit daripada ayat aktif
transitif.
Konsep pasif menurut Asmah Haji Omar hanya dari segi kata kerja pasif dan dari segi
susunan kata-kata yang membentuk ayat pasif. Dengan perkataan lain, ayat pasif dapat
dikenali atau dikesani bukan sahaja dengan penggunaan kata kerja pasif, tetapi melalui
binaan atau susunan ayat itu.
Menurut beliau lagi, susunan ayat-ayat pasif adalah seperti berikut:
a. Pelengkap – Kata Kerja – Subjek.
b. Pelengkap – Subjek – Kata Kerja.
Dari segi jenis ayat pasif, Tatabahasa Dewan (1993:467 – 471) menggolongkan ayat-
ayat pasif dalam bahasa Melayu kepada tiga jenis, iaitu:
a. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. Ayat pasif jenis ini sesuatu ayat
yang dalamnya terdapat kata kerja. Kata kerja itu mengandungi imbuhan awalan
di- dan ter-. Contohnya:
Nasi itu dimakan oleh kucing.
193Kata kerja pasif
Lurah itu terbentuk oleh hakisan air.
b. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan ganti nama diri kedua.
Tatabahasa Dewan tidak menggalakkan penggunaan kata kerja pasif di- bagi
kata ganti nama diri orang pertama dan kedua. Sementara itu, dalam hlm. 91
dinyatakan dengan tegas bahawa ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak
boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Oleh itu untuk kata kerja
pasif ini, kata ganti nama diri orang pertama dan kedua hendaklah diletakkan di
hadapan kata dasar, dan boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas.
Contohnya:
Kertas kerja itu sudah saya semak semalam.
Jemputannya itu mesti anda sampaikan segera.
c. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. Ayat pasif
yang mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak
menerima imbuhan awalan adalah tergolong dalam jenis ini. Contohnya:
Lanun itu kena tembak oleh polis.
4.7 Kepentingan Ilmu Semantik
194
Kata kerja pasif
kata ganti nama diri pertama
kata ganti nama diri kedua
Ilmu semantik atau makna ialah ilmu pengkajian tentang makna. Penggunaan istilah
semantik dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud “kajian tentang item-
item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas) ekspresi predikat
dan ayat dengan item-item alam seperti benda, kejadian, keperihalan keadaan, nilai
kebenaran dan situasi-situasi.” (Hashim dan Ong, 1998: 1-2).
Palmer (1989:1. Edisi terjemahan) berpendapat bahawa semantik ialah istilah yang
merujuk pengkajian tentang makna. Oleh sebab itu, makna itu ialah sebahagian
daripada bahasa. Jesteru, semantik juga menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik
Demikian juga dengan Mithqa:l (1991:15) yang berpendapat bahawa ilmu semantik
merupakan matlamat terpenting dalam pengkajian bahasa jika dibandingkan dengan
aspek-aspek bahasa yang lain. Ini kerana, tanpa pencapaian makna, maka gagallah tugas
atau fungsi bahasa yang terbesar, iaitu untuk menyampaikan satu-satu maklumat yang
difahami.
S. Nathesan (1997:524) berpendapat bahawa bidang semantik yang sememangnya
adalah sebahagian daripada ilmu linguistik, amat penting memandangkan kajian bahasa
tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna.
Pandangan ini disokong oleh Abdul Wahab (1999:529) yang menyatakan bahawa ilmu
semantik mempunyai kedudukan yang sangat penting yang tidak dapat ditinggalkan
dalam upaya memerikan makna bahasa.
195
Walaupun ramai yang menganggap bahawa tatabahasa dan semantik ialah aspek-aspek
linguistik yang berasingan, namun hakikatnya, kedua-duanya saling berkaitan.
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Parker (1994:41. Edisi terjemahan) bahawa,
ilmu semantik ialah sebahagian daripada bidang pengkajian tatabahasa secara khusus,
iaitu ia merujuk pengkajian tentang struktur dalam sesuatu bahasa (aspek tatabahasa
yang lain iaitu ilmu sintaksis, morfologi dan fonologi). Bagi menjamin kesempurnaan
sesuatu ujaran, semua aspek linguistik mempunyai peranan masing-masing, dan setiap
satu aspek saling memerlukan antara satu sama lain.
Lado (1980:16. Edisi terjemahan) menegaskan bahawa:
“Struktur bahasa mengandungi dua sub-struktur yang selari iaitu: ungkapan dan isi. Antara kedua-dua sub ini, terdapatlah jaringan asosiasi. Ungkapan ialah sistem bunyi, kata, frasa, ayat. Isi pula ialah sisitem unit makna kebudayaan yang digolongkan, serta gabungan dan hubungannya dalam sesuatu bahasa. Asosiasi pula ialah hubungan di antara ungkapan dengan isi. Apabila unit ungkapan diterima, maka ia akan mencari unit isi yang berasosiasi dengannya.”
Penjelasan di atas menunjukkan bahawa ungkapan dan makna ialah dua rukun dalam
struktur sesuatu bahasa yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain.
4.8 Fungsi Makna dalam Ayat
Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat; setiap perkataan
dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi
perkataan, pada asasnya ini bermakna menyusun sebuah kamus, tetapi bagi ayat
persoalannya lebih rumit. Dalam semua bahasa, perkataan dapat disusun untuk
membentuk ayat, dan makna ayat bergantung pada makna perkataan yang terdapat
196
dalam ayat tersebut (Kempson, 1991:31. Edisi Terjemahan). Urutan perkataan dalam
ayat kadangkala dapat mengubah makna dan kadang kala tidak. Misalnya ayat Kucing
mengejar anjing dengan Anjing mengejar kucing adalah berbeza makna. Tetapi ayat
Semalam dia pergi ke kedai dengan Dia pergi ke kedai semalam tidak berbeza makna.
Hubungan antara nahu atau tatabahasa dengan makna sangat penting dalam penyusunan
ayat-ayat sesuatu bahasa kerana ayat yang betul itu terdiri dari ayat-ayat yang cukup
syaratnya dari segi tatabahasa dan membawa makna penuh.
Contoh:
Ali minum ais.
Ayat ini cukup syarat tatabahasa dan mengandungi makna. Tetapi lihat pula ayat
berikut:
Ali minum angin.
Ayat ini mempunyai angin sebagai penyambut bagi kata kerja minum. Angin tidak
boleh diminum, tetapi hanya boleh disedut. Walau bagaimanapun angin dan ais adalah
dari jenis kata nama. Oleh itu ayat ini cukup syarat dari segi tatabahasa, tetapi tidak
bermakna. Jadi ayat itu menyimpang. Ayat yang sempurna mestilah memenuhi kedua-
dua syarat, nahu dan makna (Abdullah Hassan,1984:230).
Tatabahasa merupakan salah satu komponen yang amat penting dalam menentukan dan
menggunakan makna perkataan. Hubungan antara tatabahasa dengan makna ini telah
disentuh oleh S. Nathesan (2001:15) yang mengandaikan bahawa seseorang tidak
197
mungkin dapat menghasilkan ayat atau ujaran yang tepat tanpa membawa kedua-dua
unsur ini bersama.
Sementara itu, perkataan yang sama dalam sesuatu ayat akan membawa makna yang
berbeza-beza ketika disusun secara secara berlainan. Maksud sesuatu ayat bahasa
Melayu bergantung sepenuhnya kepada susunan atau urutan perkataan dalam sesuatu
ayat (S. Nathesan,2001:15). Perhatikan contoh ayat di bawah:
1. Isteri saya mempunyai teman baharu.
2. Teman saya mempunyai isteri baharu.
3. Isteri baharu saya mempunyai teman.
Ayat di atas, walaupun dibina oleh bentuk dan jumlah perkataan yang sama, namun
masing-masing tidak mendukung makna yang sama. Nyata bahawa setiap ayat
membawa makna yang berlainan, bergantung pada kedudukannya dalam ayat. Malah,
menurut Ramli (1995:1):
“Bahasa Melayu merupakan bahasa berkonfigurasi (configuration) dengan kedudukan yang tetap bagi subjek Frasa Nama (FN) (FN, A), FLEKSI dan Frasa Kerja (FK). Urutan perkataan sangat penting dalam BM kerana bahasa ini tidak menggunakan sistem deklensi atau konjugasi. Tidak terdapat penandaan kasus yang nyata terhadap FN, dan juga tidak terdapat fenomena penyesuaian antara FN subjek (FN, A)”
Oleh yang demikian. makna tatabahasa itu terdapat, pertama dalam pola-pola susunan
perkataan dalam ayat. Oleh itu, susunan perkataan yang berbeza mencipta makna yang
berbeza. Susunan ayat Anjing menggigit Ali mempunyai makna yang sangat berbeza
dengan Ali menggigit anjing. Kedua, makna tatabahasa terdapat pada perkataan-
perkataan yang hadir dalam ayat itu. Dengan itu, makna ayat Ali dicari bapanya
dengan ayat Ali mencari bapanya berbeza kerana kehadiran penambahan di dan men
198
pada ayat-ayat itu. Makna-makna dalam ayat itu bergantung pada hubungan antara satu
perkataan dengan perkataan yang hadir bersama-sama dalam ayat (Abdullah Hassan dan
Ainon Mohd, 2001: 200).
Hal yang berbeza diperhatikan dalam bahasa Arab. Maksud sesuatu ayat tidaklah
bergantung sepenuhnya kepada susunan ataupun urutan perkataan. Makna ayat dan
perenggan tidak sepadan secara sepenuhnya dengan makna kosa katanya, sebaliknya
terdiri daripada makna-makna kosa kata dan ditambah dengan makna struktur
tatabahasa yang terhasil, yang menyerap masuk dalam perkataan-perkataan ini. Peranan
fleksi (desinential inflection) yang menentukan tugas nahuan kepada setiap lafaz atau
kata (Ismail Ibrahim,1990:5) sehingga lafaz-lafaz tersebut mempunyai identiti tersendiri
yang dapat dikenal pasti dalam setiap ayat walaupun dalam konstituen yang berbeza.
Sebagai contoh kita ambil tiga perkataan ,(serigala) الثع=ل=ب dan(arnab) األرن=ب
Kosa-kosa kata ini mempunyai makna yang tertentu. Perkataan .(telah melihat) رأى
(serigala) الثع=ل=ب dan (arnab) األرن=ب menunjukkan kepada benda, manakala
perkataan .menunjukkan peristiwa dalam kehidupan yang realiti (telah melihat) رأى
Makna-makna ini dinamakan makna-makna leksikal.
Walau bagaimanapun perkataan-perkataan ini memperolehi makna tambahan ketika
penggunaannya dalam ragam-ragam tatabahasa yang tertentu. Sebagai contoh:
الث=عل=ب األرن=ب رأى(Arnab telah melihat serigala)
األرن=ب الث=عل=ب رأى199
(Serigala telah melihat arnab)
Ayat pertama berbeza dengan ayat kedua dari segi makna. Perbezaan ini disebabkan
oleh perbezaan struktur tatabahasa yang digunakan oleh perkataan-perkatan ini. Dalam
ayat yang pertama (arnab) األرن=ب ialah pelaku dari segi struktur tatabahasa. Ia
mempunyai makna yang berbeza dengan maksud objek yang berada pada kedudukan
(arnab) األرن=ب dalam ayat yang kedua. Begitu juga halnya dengan perkataan
Ia merupakan objek dalam ayat yang pertama dan pelaku dalam .(serigala) الث=عل=ب
ayat yang kedua. Sekiranya kita menukar kedudukan kata kerja menjadi:
الث=عل=ب رأى األرن=ب(Arnab telah melihat serigala)
Makna ayat ini berbeza dalam beberapa perkara dengan dua ayat yang sebelumnya.
Hubungan tatabahasa ini (pelaku, objek, kata kerja) mempunyai makna-makna yang
tertentu. Oleh yang demikian, kita boleh membahagikan makna kepada dua kategori
yang penting (Lyons, 1993 dipetik daripada Mohd. Azemi 1999:11), iaitu:
1. makna kosa kata atau makna leksikal: iaitu makna yang dapat dihubungkan
dengan makna rujukan berdasarkan kamus atau makna perkataan yang terlepas
daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam binaan ayat.
2. makna gramatikal atau makna linguistik: iaitu makna berdasarkan binaan ayat.
Makna tersebut menghubungkan unsur ini dengan jenis perkataan lain yang
melibatkan perbezaan antara subjek dengan objek, pertentangan ketentuan, kala
200
dan bilangan, perbezaan antara kenyataan, pertanyaan dan permintaan. Ia
bersifat tertutup.
Nida (1996;10-13, Edisi terjemahan) pula menghuraikan tiga jenis makna yang
mempengaruhi kebolehubahan bahasa, iaitu:
1. Makna kognitif atau rujukan; iaitu makna yang merujuk fitur luaran bahasa.
2. Makna tatabahasa; iaitu makna yang melibatkan fitur bahasa itu sendiri atau
lebih jelas, ia adalah satu pemerian tentang perhubungan antara unit lisan.
3. Makna emotif; iaitu makna yang melibatkan jenis dan darjah reaksi emosi
terhadap ungkapan bahasa. Ia berhubung dengan cara sesuatu struktur
menyatakan maknanya secara khusus dalam wacana sebenar.
S. Nathesan (1997:531-532) menegaskan bahawa:
“Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumus-rumusnya tetapi tidak tepat dari segi semantik … ayat-ayat mesti mendukung makna semantik, selain mempunyai struktur ayat yang gramatis supaya dapat diterima sebagai ayat yang tepat.”
Asraf (1983:471) turut menyatakan hal yang sama:
“Yang menjadi kriteria bagi kesempurnaan ayat sebagai suatu unit bahasa yang gramatis ialah bentuknya yang sempurna dari sudut sintaksis dan maknanya yang sempurna dari sudut semantik. Tiadalah sempurna sesuatu ujaran itu sebagai ayat, jika bentuknya saja yang sempurna ataupun hanya maknanya saja yang sempurna.”
201
Malah, salah satu punca yang mencacatkan mutu terjemahan ialah apabila penterjemah
tidak mematuhi aturan-aturan bahasa Melayu. Ada orang yang menyangka hanya
perkataan yang mempunyai makna. Hal ini tidak benar. Perlu selalu diingat bahawa
tatabahasa mempunyai makna. Apabila tatabahasanya salah, makna ayat akan salah.
Ayat Dia gila perempuan dengan ayat Dia perempuan gila mempunyai makna yang
sangat berlainan semata-mata kerana tatabahasa kedua-dua ayat itu berbeza (Abdullah
Hassan dan Ainon Mohd, 2001: 200).
Menurut Asmah (1986), ayat yang mempunyai susunan Subjek – Predikat – Objek –
Ajung atau Pelaku – Perbuatan – Pelengkap – Ajung, merupakan ayat yang tidak
ditandai oleh suasana yang memberi penegasan kepada mana-mana kata. Dalam ayat
yang ditandai oleh suasana demikian, susunan kata boleh diubah-ubah untuk memberi
keutamaan kepada kata atau bahagian ayat yang diutamakan atau ditegaskan iaitu judul.
Dalam pola ayat yang tidak ditandai oleh suasana, subjek (termasuk pelaku) merupakan
judul ayat. Dalam ayat yang ditandai oleh suasana, judul boleh terdiri daripada predikat,
objek atau juga ajung. Proses membawa kata-kata itu ke permulaan ayat sebagai judul
disebut perjudulan. Sebagai contoh, predikat sebagai judul:-
Sudah mati burung itu.
Asmah Hj. Omar (1986) menyatakan:
“Judul dan fokus merupakan ciri yang penting bukan sahaja dalam penjenisan ayat, tetapi lebih-lebih lagi dalam pentafsiran makna ayat. Di samping itu, judul dan fokus dapat menerangkan mungkin atau tidak mungkinnya sesuatu ayat itu digunakan dalam wacana.”
Hal yang sama turut dinyatakan oleh ahli sarjana bahasa Arab. Antaranya ialah ‘Abd al-
Qa:hir al-Jurja:niyy (1992:56). Menurutnya, susunan perkataan dalam struktur ayat
202
akan diikuti dengan kesan dari segi makna. Susunan ini adalah mengikut suasana makna
dan keutamaan pada ketika itu. Malah susunan perkataan dalam struktur ayat dalam
kalangan ahli bahasa Arab dianggap sebagai satu seni yang sangat diberi perhatian.
Bahagian ayat yang mengikuti judul disebut cerita. Daripada istilahnya sahaja sudah
jelas bahawa bahagian ini memberi “cerita” kepada judul (Asmah, 1986:362-363).
Menurut Sato (1997:93-112):
“Apabila menyampaikan sesuatu maklumat, penyampai perlu menyusun unsur-unsur yang membentuk ayat, dengan sepatutnya, secara nahuan dan menentukan hala pembicaraannya dengan jelas supaya penerimanya memahami titik permulaan dan hala tuju pembicaraan itu. Pada dasarnya, adalah ideal jika penyampaian berjalan menurut susunan logik seperti judul – cerita dari segi susunan ayat yang logik. Judul dapat diertikan sebagai “titik permulaan pembicaraan” dan cerita pula sebagai bahagian yang memberitakan sesuatu berdasarkan judul itu, iaitu “hala tujuan pembicaraan”. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa pembicaraan adalah sehala, dari kiri ke kanan, sesuatu dengan prinsip pelinearan, seperti judul cerita.”
Struktur ayat bukan sekadar mempunyai judul dan cerita, tetapi ia juga perlu ada unsur
nahu dan makna bagi memastikan susun letak perkataan-perkataan yang membentuk
ayat ialah susunan yang logik.
4.9 Sintaksis dan Terjemahan
Bidang sintaksis adalah antara bidang kajian yang termasuk dalam kajian tatabahasa. Ia
merupakan komponen tatabahasa yang utama kerana bahasa ialah himpunan ayat dan
ayat ialah bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya susunan kata menurut sintaksis.
203
Bidang sintaksis menumpukan kajian cara-cara pembentukan ayat dan rangkai kata.
Rangkai kata ialah urutan kata yang terdiri daripada satu perkataan yang bertindak
sebagai satu kesatuan. Ayat pula ialah ujaran yang mengandungi satu idea yang lengkap
yang mempunyai intonasi-intonasi tertentu dan dibentuk berpandukan pola-pola ayat
asas tertentu.
Sintaksis memberi hujah-hujah yang penting, mungkin yang paling sukar disangkal,
terhadap kemungkinan menterjemah. Penterjemahan dapat dilakukan meskipun terdapat
kepelbagaian sintaksis yang radikal. Ini adalah kerana di sebalik perbezaan di antara
sintaksis ini terdapat kesejagatan sintaksis. Penterjemahan tatabahasa juga didefinisikan
sebagai memindahkan struktur-struktur tertentu dari segi tahap tatabahasa dalam bahasa
yang pertama kepada bahasa yang kedua.
Kadangkala tatabahasa itu juga menjadi punca masalah ketidakbolehterjemahan. Setiap
bahasa mempunyai sistem tatabahasanya yang tersendiri untuk konsep yang tertentu.
Misalnya, satu bahasa mungkin menggunakan bentuk kata kerja itu menerangkan
sesuatu konsep manakala bahasa yang lain menerangkan konsep yang sama melalui
bentuk kata nama. Maka terjemahan sukar dijalankan dengan menggunakan padanan
satu lawan satu, lebih-lebih lagi kalau penterjemah itu kurang berpengalaman.
Tatabahasa adalah salah satu ciri kelemahan yang terdapat dalam hasil terjemahan teks
akademik yang dijalankan oleh pakar bidang. Ini disebabkan mereka tidak menyangka
bahawa nahu adalah sama pentingnya dengan perkataan, dan seperti perkataan, bentuk
nahu juga mempunyai kepelbagaian makna sebagaimana yang ditentukan oleh konteks
penggunaannya. Di samping itu tiap-tiap bahasa menggunakan unsur tatabahasa dengan
caranya sendiri. Dalam erti kata yang lain, tidak ada persamaan satu lawan satu. Ada
204
jenis makna yang hadir dalam bahasa itu sendiri. Makna tatabahasa ialah jenis ini.
Apabila tatabahasa diubah, makna akan ikut berubah. Jadi mata air lain maknanya, air
mata begitu juga lain maknanya gaji hari lain, hari gaji lain; guna lain, guna-guna lain
(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2001: 200).
Malah menurut Nida dan Taber (1969:34 dan 35), apabila disebut tentang makna, ramai
orang hanya memikirkan perkataan dan idiom. Tatabahasa tidak diendahkan sama
sekali. Ia dianggap sekadar peraturan-peraturan yang perlu diikut bertujuan untuk
pemahaman dan tidak membawa sebarang makna, sedangkan realitinya tidak.
Perbandingan ayat “John hit Bill” dan “Bill hit John” membuktikan tatabahasa juga
mempunyai beberapa makna. Perkataan pertama melaksanakan aksi perkataan kedua,
manakala perkataan ketiga memastikan tujuan aksi yang ditentukan oleh perkataan
kedua.
Catford (1965), dalam A Linguistic Theory of Translation, mengatakan bahawa makna
merupakan sifat bahasa. Sesuatu teks bahasa sumber mempunyai makna bahasa sumber
dan teks bahasa sasaran mempunyai makna bahasa sasaran. Catford mendefinisikan
bahasa sebagai seluruh rangkaian hubungan yang merangkum mana-mana bentuk
linguistik – teks, sistem dalam teks, unsur struktur, golongan kata, dan ungkapan dalam
sistem – atau apa-apa juga bentuk linguistik yang lain. Ada dua jenis hubungan dalam
hal ini. Yang pertama, hubungan formal yang bermaksud hubungan antara satu item
formal dengan item lain dalam bahasa yang sama. Yang kedua, hubungan konteks yang
bermaksud hubungan item tatabahasa dengan unsur yang relevan dari segi linguistik
dalam situasi yang item itu beroperasi sebagai teks atau dalam teks.
205
Newmark (1988) mengatakan bahawa teori penterjemahan diperoleh daripada bidang
linguistik komparatif yang menekankan makna. Oleh sebab itu, semua persoalan
semantik dapat dikaitkan dengan penterjemah. Proses penterjemahan melibatkan
kesepadanan makna, iaitu usaha untuk memadankan teks bahasa sasaran yang
membawa maksud yang sama atau mendukung fungsi yang sama dengan unsur yang
terdapat dalam bahasa sumber. Kesatuan makna amat dipentingkan. Pemadanan makna
dilakukan menerusi penggunaan perkataan, frasa, klausa, ayat, perenggan, dan
sebagainya.
Struktur tatabahasa yang serupa mungkin mengandungi makna yang berbeza. Sebagai
contoh, kekayaannya, kesilapannya, penangkapannya dan kecantikannya merupakan
jenis-jenis perkataan yang sama. Keempat-empatnya, adalah terdiri daripada gabungan
kata nama terbitan dengan kata ganti orang ketiga. Walau bagaimanapun, keempat-
empatnya mempunyai hubungan makna yang berbeza. Binaan kekayaannya bermakna
dia mempunyai kekayaan. Binaan kesilapannya mempunyai makna dia melakukan
kesilapan. Binaan penangkapannya bermakna dia kena tangkap. Binaan kecantikannya
mempunyai makna dia bersifat cantik. Ditinjau dari sudut makna, binaan-binaan
kekayaannya, kesilapannya, penangkapannya dan kecantikannya adalah sangat berbeza.
Tetapi ditinjau daripada sudut tatabahasa, keempat-empatnya adalah sejenis.
Kesemuanya terbina daripada unsur-unsur tatabahasa yang serupa. Namun fungsi
maknanya sangat berbeza (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2001: 201-202).
Dalam proses penterjemahan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu, penterjemahan
yang lebih menguasai bahasa asing (Arab ataupun Inggeris) menghadapi berbagai-bagai
rintangan. Tumpuannya pada kandungan bahan yang hendak diterjemahkan
menyebabkan pemikirannya bertaut kepada sintaksis bahasa punca (Arab atau Inggeris)
206
dan ini secara tidak langsung akan menimbulkan kejanggalan pada bahan yang
diterjemahkan. Perkara ini memang sukar dielakkan kerana proses pemikiran kita
tertumpu pada makna dan menjelaskan aspek sintaksis bahasa sasaran. Ini merupakan
gejala yang kurang baik sebab penterjemah harus menjaga agar bahasa sasaran (dalam
konteks ini bahasa Melayu) digunakan dengan baik jika tidak merekalah yang dianggap
mencemarkan bahasa dalam proses penterjemahan.
Binaan-binaan yang serupa tatabahasanya belum tentu serupa maknanya. Jadi jangan
kekalkan tatabahasa Inggeris dalam bahasa Melayu kerana matlamat terjemahan adalah
untuk mengekalkan makna asalnya, bukan mengekalkan tatabahasanya (ibid:202).
Menurut Catford (1965), bagi menganalisis ayat-ayat dalam bahasa sumber, kod bahasa
tersebut seperti tatabahasanya perlu dikaji dengan teliti. Misalnya, unsur-unsur
tatabahasa Inggeris seperti s dalam boys dan ed dalam walked membawa makna yang
berlainan dengan kata asalnya. Malah, kata ialah bentuk linguistik yang bebas,
minimum atau bentuk bukan minimum yang dapat hadir bersendirian serta mempunyai
fungsi tatabahasa/makna (Bloomfield,1933; Nida,1975).
Binaan yang berbeza-beza boleh jadi mempunyai makna yang sama. Misalnya, makna
yang terdapat dalam binaan kecantikan gadis itu dengan gadis itu cantik adalah serupa.
Dari segi tatabahasanya, binaan kecantikan gadis itu ialah sebuah frasa manakala binaan
gadis itu cantik ialah sebuah klausa. Aturan subjek predikat dalam kedua-dua binaan itu
juga berlainan antara satu sama lain. Dalam binaan kecantikan gadis itu subjeknya ialah
kecantikan, manakala dalam binaan gadis itu cantik subjeknya ialah gadis. Binaan-
binaan tersebut adalah berbeza dari sudut tatabahasanya tetapi maknanya serupa
(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2001: 204).
207
Ini bererti sesuatu perhubungan makna itu dapat ditulis semula dengan pelbagai cara.
Oleh yang demikian, dalam proses penterjemahan, makna yang terkandung dalam teks
Inggeris boleh diterjemahkan dengan menggunakan pelbagai bentuk binaan dalam
bahasa Melayu (ibid: 205). Proses penterjemahan itu biasanya membabitkan
pemindahan konsep (makna), penyesuaian bentuk dan fungsi, dan penyesuaian struktur
(Nida,1975; Mashudi,1993).
4.10 Penutup
Ayat mempunyai susunan atau struktur. Terdapat satu perkataan mendahului yang lain.
Sekiranya ayat terbentuk daripada struktur asal ia tidak dikategorikan dalam bab
pendepanan dan pentakhiran. Sekiranya satu perkataan berubah dari kedudukannya ia
termasuk dalam bab pendepanan dan pentakhiran. Pada asalnya pendepanan dan
pentakhiran bertujuan sebagai menandakan tumpuan dan fokus iaitu sesuatu yang
dikedepankan adalah lebih penting. Kedudukan tumpuan dan fokus berbeza mengikut
konteks. Oleh yang demikian, kemungkinan pada satu kedudukan ia dikedepankan dan
pada kedudukan yang lain ia dikemudiankan.
Fokus bukanlah bermaksud melakukan pendepanan terhadap sesuatu yang lebih baik
dan mulia tetapi pendepanan sesuatu yang lebih diutamakan berkemungkinan
menandakan ia adalah tempat fokus. Pendepanan dan pentakhiran juga berkemungkinan
untuk mempertimbangkan makna tertentu. Oleh itu, perubahan struktur bagi satu ayat
dengan melakukan pendepanan atau pentakhiran menandakan perubahan makna.
Pendepanan dan pentakhiran bagi sesuatu yang sepatutnya dilakukan pendepanan dan
pentakhiran tidak mendatang sebarang perubahan dari segi fokus dan tumpuan serta
makna.
208
Pendepanan dalam struktur ayat bahasa Melayu disebut struktur terbitan. Struktur
terbitan dimaksudkan struktur ayat yang membawa susunan gatranya yang agak
bertentangan dengan susunannya yang asal dalam struktur dasar itu. Perubahan susunan
gatra ini merupakan kesan daripada sebab-sebab penekanan yang hendak diberikan
kepada unsur yang dipentingkan. Unsur ini boleh berupa subjek, predikat, kata kerja
dalam predikat atau penyambut dalam predikat. Ayat-ayat baharu yang diterbitkan itu
boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif.
Sementara itu, kepentingan ilmu makna dalam struktur sesuatu bahasa yang tidak boleh
dinafikan. Struktur ayat bukan sekadar mempunyai judul dan cerita, tetapi ia juga perlu
ada unsur nahu dan makna bagi memastikan susun letak perkataan-perkataan yang
membentuk ayat ialah susunan yang betul. Hubungan antara nahu atau tatabahasa
dengan makna sangat penting dalam penyusunan ayat-ayat sesuatu bahasa kerana ayat
yang betul itu terdiri dari ayat-ayat yang cukup syaratnya dari segi tatabahasa dan
membawa makna penuh.
Penterjemahan tatabahasa didefinisikan sebagai memindahkan struktur-struktur tertentu
dari segi tahap tatabahasa dalam bahasa yang pertama kepada bahasa yang kedua.
Bentuk nahu mempunyai kepelbagaian makna sebagaimana yang ditentukan oleh
konteks penggunaannya. Di samping itu tiap-tiap bahasa menggunakan unsur tatabahasa
dengan caranya sendiri. Apabila tatabahasa diubah, makna akan ikut berubah.
Binaan-binaan yang serupa tatabahasanya belum tentu serupa maknanya. Jadi jangan
kekalkan tatabahasa bahasa sumber dalam bahasa sasaran kerana matlamat terjemahan
adalah untuk mengekalkan makna asalnya, bukan mengekalkan tatabahasanya. Oleh
209
yang demikian, dalam proses penterjemahan, makna yang terkandung pada teks bahasa
sumber boleh diterjemahkan dengan menggunakan pelbagai bentuk binaan dalam
bahasa sasaran.
210