Post on 07-Mar-2019
Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 17 Mei 2006
PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim
KALAU diperhatikan bagaimana bahasa Melayu digunakan pada masa ini, seolah
olah sesetengah pengguna bahasa Melayu kini keliru atau tidak begitu memahami sifat dan peraturan bahasa Melayu. Maka saya berasa terpanggil untuk membincangkan hal ini, yang berkaitan dengan keunikan bahasa Melayu itu sendiri.
Misalnya, pertama ialah bentuk yang berkaitan dengan nombor dan rujukan pada nombor. Bagaimanapun, dewasa ini, kita selalu mendengar orang menyebut “hadiah kesatu” atau “orang kesatu”, pada hal yang sepatutnya ialah hadiah pertama dan orang pertama. Kekeliruan ini timbul kerana adanya bentuk orang kedua, orang ketiga, dan seterusnya. Inilah yang dikatakan unsur 'pelikpelik bahasa'.
Dalam bahasa Melayu, terdapat dua cara bagi memperkatakan nombor. Pertama ialah nombor yang dikatakan 'nombor kardinal', iaitu nombor yang menyatakan kuantiti, misalnya 1, 2, 3, dan seterusnya. Aspek ini tidak menimbulkan masalah.
Kedua ialah nombor yang digelar nombor ordinal, iaitu nombor yang menyatakan kedudukan relatif dalam urutan, seperti pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Di sini timbul aspek keunikan bahasa Melayu. Bentuk ordinal ini berasal daripada bentuk kardinal, iaitu nombor 1, 2, 3, dan seterusnya. Bagi nombor dua ke atas, bentuknya ialah awalan 'ke' diikuti oleh nombor berkenaan, misalnya kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya. Tetapi tidak demikian halnya bagi nombor satu. Bentuk yang digunakan ialah bentuk khusus, iaitu pertama dan bukannya 'kesatu'.
Dengan kata lain, bentuk ordinal bagi nombor satu tidak sama dengan bentuk nombornombor lain. Hal ini mesti disedari, kerana jika tidak, kita akan membuat
kesilapan dengan menggunakan bentuk ‘kesatu’ untuk pertama.
Secara bandingan, bentuk dalam bahasa kita lebih senang daripada bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, bentuk kardinal ialah one, two, three, four dan seterusnya, manakala bentuk ordinal ialah first, second, third, fourth dan seterusnya. Ini bererti semua bentuk ordinal mesti dihafalkan, kerana semua bentuk tidak sama. Bagi bahasa Melayu, bentuk “pertama” sahaja perlu dihafal; bentukbentuk lain mematuhi peraturan awalan 'ke' bergabung dengan nombor kardinal'.
Perkara kedua yang ingin saya timbulkan berkaitan dengan bentuk ordinal secara tunggal (kedua) dan bentuk ordinal yang mengalami penggandaan (keduadua). Ayat (a). “Peserta kedua telah membuat persembahannya” tidak sama maknanya dengan ayat (b) “Keduadua orang pelajar itu telah membuat persembahan masingmasing”. Dalam ayat (a), kedua, membawa erti pelajar yang kedudukannya pada tempat nombor dua (bentuk ordinal), manakala dalam ayat (b), keduadua bererti berjumlah dua orang (perkataan kedua mengalami penggandaan – perlu diingat, dalam bahasa Melayu, yang mengalami penggandaan selalunya kata akar dan bukannya bentuk imbuhan). Dalam bahasa Inggeris, bentuk dalam ayat (a). kedua dapat diterjemahkan menjadi the second manakala bentuk dalam ayat (b), keduadua dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai both. Jelas bahawa terdapat perbezaan antara kedua dengan keduadua. Oleh itu, berhatihatilah dalam penggunaan bahasa kita.
Di samping itu berlaku juga kekeliruan dalam aspek peminjaman. Sebenarnya, dalam proses meminjam, peraturan yang dipegang ialah kita hanya meminjam satu bentuk daripada bahasa asing, yang kemudian
nya dibina perkataanperkataan lain berdasarkan sistem pembentukan kata bahasa Melayu dan bukan berdasarkan sistem pembentukan kata bahasa asing. Sebagai contoh, kita meminjam perkataan demokrasi daripada bahasa Inggeris democracy. Kita tidak meminjam bentukbentuk lain lagi, seperti democratise atau democratisation, dan seterusnya. Apabila democracy disesuaikan dengan ejaan dan sebutan bahasa Melayu, menjadi demokrasi, maka proses pembinaan seterusnya dibuat melalui sistem pengimbuhan bahasa Melayu, iaitu mendemokrasikan, pendemokrasian, dan seterusnya.
Peraturan ini sepatutnya dipatuhi juga bagi proses pembentukan katakata pinjaman yang lain. Misalnya, dalam bahasa Melayu kini, kita bertemu dengan 'tradisi' (tradition) di samping 'tradisional' (traditional) dan 'mendokumenkan' (documenting) di samping 'mendokumentasikan' (documentation). Oleh itu jika kita memilih tradisi sebagai kata dasar bagi kata pinjaman yang dipinjam daripada bahasa Inggeris tradition, maka bentuk imbuhannya mestilah mengikut sistem imbuhan bahasa Melayu. Begitu juga dengan dokumen yang dipinjam daripada perkataan Inggeris document. Dengan ini bermakna hanya akan wujud bentuk berimbuhan seperti berdokumen (documented), mendokumenkan (documenting) dan pendokumenan (documentation) dan bukannya 'mendokumentasikan'.
Perlu ditegaskan ketidaktekalan dalam proses peminjaman akan melemahkan bahasa kita sebagai bahasa ilmu. Banyak lagi aspek bahasa Melayu yang perlu dikemaskan jika kita ingin menentukan bahasa kita tetap segar, bertenaga dan berjaya sebagai bahasa yang menjadi saluran pemikiran moden.
Pelik-pelik Bahasa
KATA KLASIK
Oleh Wahyunah Abd. Gani
BAHASA SUKUAN
BANAN
Banan ialah kosa kata bahasa suku kaum Bajau Sama. Banan sama maksud-nya dengan penjodoh bilangan sekumpulan atau sekawan. Kata banan diucap dalam dua suku kata, ba-nan. Contoh penggunaannya: Jomo kerjo
tana’ a ngero banan sapi’ boi mekeraat tenomon ni (Petani itu sedang mengha-lau banan lembu yang telah memusnahkan tanamannya).
Oleh Noorzanani Kata
KOSA KATA BAHARU KOMUNIKASI
Oleh Zaiton Nasir
PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Abdul Jalil Haji Anuar
Abjad Ha [ ]
Radiotelegrafi - sistem komunikasi telegraf yang menggunakan pemancar-an gelombang radio.
Siar raya - alat untuk membuat pengu-muman, misalnya pembesar suara, dalam sesuatu majlis, perayaan dan sebagainya.
Siarawan - orang yang terlibat secara langsung dalam aktiviti merancang,
menyediakan dan menyiarkan ran-cangan untuk disalurkan melalui media elektronik.
Teleinfo - maklumat yang dipaparkan pada skrin televisyen sebagai pemberi-tahuan.
Telesidang - persidangan yang berlang-sung dengan para pesertanya berkomu-
nikasi antara satu sama lain dari tem-pat-tempat jauh yang berlainan melalui rangkaian televisyen, video, telefon dan sebagainya.
Videofon - sejenis peranti telefon yang dapat menghantar dan menerima suara dan juga imej visual antara pihak yang berkomunikasi.
KALAKIAN
Kalakian ialah kata klasik yang bermaksud ketika itu, atau kala itu. Contoh penggunaan:
“Kalakian, maka segala orang itu pun datanglah berhimpun di Bukit Si Guntang, masing-masing dengan persembahannya”.
BH PILIH L4 17 emel
DBP SETENGAH ABAD
Ejaan Rumi Ejaan Jawihurufhududhujah
Ejaan Rumi Ejaan Jawihisabhimarhijab
Ejaan Rumi Ejaan Jawi
hakimhamilhaji
Ejaan Rumi Ejaan Jawi
habibiharakahhasanahhakikat
Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata
hadir ahad fasih
Ejaan Rumi Ejaan Jawihajatsihirahmaksubuhsyarah
ABJAD ha [ ] merupakan abjad kelapan dalam urutan abjad Jawi. Padanan abjad ini dalam abjad Rumi ialah [ h ] .
Dalam sistem ejaan Jawi abjad ha [ ] dapat menempati semua posisi. Contohnya:
Catatan: Perkataan yang dieja dengan menggunakan abjad ha [ ] merupakan kata serapan daripada bahasa Arab.
Manakala bunyi [hu], bagi suku kata pertama abjad ha [ ] biasanya tidak perlu digabungkan dengan huruf vokal wau [ ]. Contoh:
Begitu juga dengan bunyi [hi], bagi suku kata pertama biasanya abjad ha [ ] tidak perlu digabungkan dengan huruf vokal ya [ ]. Contoh:
Tiga suku kata atau lebihBunyi [ha] pada suku kata pertama dalam kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, biasanya abjad ha [ ] tidak memerlukan huruf vokal alif [ ]. Contoh:
Abjad ha [ ] boleh disambungkan dengan semua abjad yang mengikutinya. Abjad ha boleh juga disambungkan dengan manamana abjad yang mendahuluinya kecuali alif [ ], dal [ ], zal [ ], ra [ ], zai [ ] wau [ ] . Contoh:
Kata dua suku kataBagi kata yang terdiri daripada dua suku kata, untuk membunyikan [ha] pada suku kata pertama, abjad ha [ ] hendaklah digabungkan dengan vokal alif [ ]. Contoh:
20SH004A.indd 2 5/16/06 7:54:05 AM