Pel. 2 ilmu penyuluh kehidupan

Post on 22-Aug-2015

121 views 4 download

Transcript of Pel. 2 ilmu penyuluh kehidupan

PELAJARAN 2

ILMU

PENYULUH

KEHIDUPAN

(surah Ali-Imran,18)

FIRMAN ALLAH

HAFAZAN

MAKSUD AYAT

• Allah menyatakan bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang mentadbir dengan penuh keadilan. Para malaikat dan orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

MARTABAT DAN KELEBIHAN ORANG BERILMU

• Allah SWT memuliakan dan mengiktiraf orang berilmu.

• Orang berilmu akan dihormati masyarakat dan dimuliakan Allah SWT.

• Orang tidak berilmu akan dipandang rendah dan tidak akan dimuliakan oleh Allah SWT.

IBNU SINA

CIRI-CIRI ORANG BERILMU

1 Ikhlas.

2 Beramal dengan ilmu.

3 Menyebarkan Ilmu.

4 Tawadduk.

5 Berkeyakinan diri.

6 Menyelesaikan masalah.

PERANAN ILMU DALAM KEHIDUPAN

INDIVIDU• Dapat menyedarkan manusia

tentang keEsaan,kekuatan dan kebijaksanaan ALLAH SWT melalui anugerah dan ciptaanNya.

• Dapat melaksanakan ibadah kepada ALLAH SWT seperti solat dan puasa mengikut syarak.

• Dapat menguasai kemahiran pelbagai bidang seperti pendidikan,teknologi,ekonomi dan sebagainya.

MASYARAKAT

• Melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin.

• Memudahkan komunikasi dan interaksi dalam kehidupan.

NEGARA

• Membina kemajuan negara.

• Disegani dan dihormati oleh dunia luar.

PENGAJARAN AYAT

1. Ilmu pengetahuan amat penting kepada setiap individu.

2. Kewajipan menuntut ilmu berterusan sepanjang hayat.

3. Masyarakat dapat mencapai kemakmuran hidup di dunia dan di akhirat dengan menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

4. Masyarakat bukan Islam memandang tinggi kepada umat Islam yang berilmu.