Post on 14-Dec-2014
description
Pengenalan
• Melibatkan pembelajaran khidmat (service learning) iaitu integrasi pembelajaran di dalam bilik darjah dengan aktiviti khidmat komuniti.
• Pembelajaran khidmat memerlukan:
Penerapan khidmat komuniti dalam mata pelajaran.
Objektif pembelajaran yang dinyatakan dengan jelas.
Tumpuan kepada keperluan komuniti yang agar berterusan.
Bimbingan murid supaya mereka dapat mempelajari sesuatu yang bermakna daripada khidmat yang diberikan serta membuat refleksi atau analisis yang kritis seperti melalui perbincangan kelas, persembahan lisan atau penulisan.
(http://nces.ed.gov/surveys/frss/publications/1999043/)
Satu pelaburan kepada masyarakat dan negara kerana murid akan dapat:
Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman terhadap komuniti setempat dan masyarakat.
Meningkatkan penyertaan murid secara aktif dalam peningkatan kesedaran dan tanggungjawab sivik dan kewarganegaraan di peringkat sekolah, komuniti setempat dan masyarakat.
Memenuhi keperluan komuniti dan memupuk semangat kekitaan dan perpaduan di sekolah dan komuniti setempat.
Memupuk nilai sivik dan kewarganegaraan seperti keprihatian, hormat dan bertimbang rasa terhadap orang lain.
Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis serta menyelesaikan masalah yang boleh membantu mereka dalam mata pelajaran yang lain.
Matlamat khidmat masyarakat PSK: 1. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran
dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.
2. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
3. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. (Sukatan Pelajaran PSK)
Aktiviti Khidmat Masyarakat PSK Hidup BermasyarakatProjek mengindahkan kawasan tempat tinggal
Projek rekreasi tempat tinggal
Projek kenali jiran tetangga
Projek job week
Projek membantu warga tua di rumah kebajikan
Projek membersihkan tempat beribadat/ rumah orang tua/ rumah kebajikan
Cadangan meningkatkan kemudahan awam untuk golongan kurang berupaya
Projek khimatsukarela di rumah anak yatim/ kanak-kanak istimewa
Perkara yang boleh dipertimbangkan dalam pemilihan aktiviti khidmat masyarakat • Kemampuan murid, kelas dan sekolah seperti
keupayaan dan minat murid, jumlah murid dalam kelas, dan masa yang sesuai untuk menjalankan kerja amali.
• Kesesuaian tempat – sama ada berdekatan dengan kawasan sekolah atau tempat tinggal.
• Sokongan daripada pihak sekolah, guru dan warga sekolah lain seperti dasar atau peraturan sekolah/jabatan pendidikan dan bantuan sumber serta kewangan.
• Sokongan daripada ibu bapa, anggota keluarga dan pihak di luar sekolah seperti agensi kerajaan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak polis, pejabat daerah, jawatankuasa penduduk setempat/Rukun Tetangga), pihak swasta (seperti tempat beribadat, rumah kebajikan dan syarikat swasta) dan badan bukan kerajaan atau NGO (seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Warga Tua dan Persatuan Orang Kurang Upaya) untuk mendapat kebenaran, sumbangan kewangan dan tempat menjalankan kerja amali.
Cara menjalankan khidmat masyarakat:
• sebagai kerja individu
• berkumpulan kecil secara kelas
• gabungan kelas atau
• tingkatan.
Proses Pelaksanan Projek Khidmat Masyarakat: Perbincangan Kumpulan Kecil
Arahan:
• Setiap kumpulan diberikan 20 minit untuk menyediakan kerja kumpulan yang ditetapkan dan 5 minit untuk pembentangan.
• Penepatan masa amat dihargai supaya membolehkan semua kumpulan membentang hasil perbincangan dalam masa yang dijadualkan.
Kumpulan 1 (Perancangan)(a) Berikan lima kriteria yang perlu
dipertimbangkan oleh seorang guru/sekolah
dalam memilih tajuk projek khidmat
masyarakat yang sesuai dijalankan.
(b) Selain daripada cadangan aktiviti yang
diberikan dalam HSP, cadangkan lima
aktiviti lain yang sesuai dijalankan.
Kumpulan 2 (Perancangan)
Pilih satu tajuk projek khidmat masyarakat
dan tentukan yang berikut:
(a) tiga objektif (pengetahuan, kemahiran
dan nilai PSK)
(b) tiga aktiviti/cara yang boleh dijalankan
(c) jadual/program khidmat masyarakat
Kumpulan 3 (Perancangan)
Sediakan jadual tiga kerja utama tugas
untuk setiap AJK Induk yang berikut:
(a) Pengerusi
(b) Setiausaha
(c) Bendahari
(d) Ketua AJK Kecil
Kumpulan 4 (Perancangan)
Sediakan jadual tiga kerja utama tugas
untuk setiap AJK Kecil yang berikut:
(a) AJK Aktiviti gotong-royong
(b) AJK Aktiviti sukaneka/rekreasi
(c) AJK Persembahan kebudayaan/hiburan
Kumpulan 6 (Perancangan)
Berikan tiga perkara yang perlu
dipertimbangkan oleh murid untuk mengumpul
maklumat bagi setiap aspek yang berikut:
(a) responden dan soalan temubual
(b) cara merekod
(c) cara menyedia laporan
Kumpulan 7 (Pelaksanaan)
(a) Ramalkan lima kesulitan yang mungkin
dihadapi oleh murid dalam peringkat
pelaksanaan projek khidmat masyarakat.
(b) Cadangkan bagaimana guru boleh
membimbing murid menghadapi
kesulitan tersebut.
Kumpulan 8 (Refleksi)
Cadangkan tiga cara bagaimana guru boleh
membimbing murid melaksanakan refleksi
bagi setiap aspek yang berikut:
(a) menilai kerja amali yang telah dijalankan
(b) menyusun dan menyemak bahan dan
catatan yang telah dikumpulkan
(c) membuat kesimpulan
Kumpulan 9 (Laporan dan Penghargaan) (a) Ramalkan lima kesulitan yang mungkin dihadapi
oleh murid dalam menyediakan laporan projek
khidmat masyarakat.
(b) Cadangkan bagaimana guru boleh membimbing
murid menghadapi kesulitan tersebut.
(c) Senaraikan bentuk penghargaan yang boleh
diberikan kepada murid dalam menjayakan
projek khidmat masyarakat.
Cabaran Dalam Pelaksanaan Khidmat Masyarakat
1. Sumber kewangan
Murid seharusnya tidak dibebankan dengan memberi sumbangan kewangan sendiri.
Murid bersama dengan guru boleh mencari pelbagai cara untuk mendapat sumbangan kewangan seperti yang berikut:
– penaja seperti ibu bapa, anggota keluarga, saudara-mara atau syarikat swasta
– Jualan amal seperti jualan penanda buku atau kraftangan reka cipta sendiri, kuih atau makanan yang disumbangkan oleh ibu bapa, saudara mara, jiran dan guru serta buku lama, surat khabar lama dan tin aluminium kosong.
Sokongan dan partnership dengan pelbagai pihak:
- pentadbir sekolah (pengetua, guru penolong kanan, ketua bidang dan ketua unit) seperti galakan dan penghargaan kepada murid dan guru.
- ibu bapa dan persatuan ibu bapa seperti sokongan (contohnya, sumbangan kewangan dan perhubungan dengan pihak luar sekolah) dan kebenaran kepada anak mereka untuk menjalankan projek khidmat masyarakat.
- pihak luar sekolah seperti agensi kerajaan (contohnya, pejabat penghulu, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak polis) dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadi pakar rujuk atau orang sumber.
- pihak swasta dan pertubuhan kebajikan komuniti (contohnya, tempat ibadat, rukun tetangga kawasan penduduk dan rumah kebajikan) untuk menaja atau membenarkan murid menjalankan khidmat masyarakat di tempat mereka.
3. Perubahan budaya belajar:
- tugas dan tanggungjawab murid seperti penyertaan yang aktif dan koperatif dalam setiap peringkat proses pelaksanaan projek khidmat masyarakat serta bertanggungjawab terhadap pembelajaran diri sendiri dan ahli-ahli dalam kumpulannya.
- perubahan dalam peranan guru sebagai pembimbing dan fasilitator serta kepentingan mempunyai minat, komitmen dan kesukarelaan terhadap khidmat masyarakat.
• Dasar sekolah yang inovatif seperti menyediakan bahan sumber, kepemimpinan dan kecekapan supaya melaksanakan projek secara berterusan.
• Perubahan dalam pelaksanaan sistem penilaian pembelajaran yang berbentuk formatif.
• Penglibatan, komitmen dan kerjasama/partnership dengan pelbagai pihak
Kesimpulan
“Everybody can be great. Because anybody can serve. You don’t have to have a college degree to serve. You don’t have to make your subject and your verb agree to serve. You don’t have to know about Plato and Aristotle to serve. You don’t have to know Einstein’s Theory of Relativity to serve. You don’t have to know the second theory of hermodynamics in physics to serve. You only need a heart full of grace. A soul generated by love.” - Martin Luther King.