Post on 21-Oct-2020
KPKT JPSPN
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASIORGANISATIONAL ANTI-CORRUPTION (OACP)
2020 – 2024JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
DITERBITKAN OLEH:
PENAFIAN
Maklumat yang terkandung dalam pelan ini adalah khusus untuk kegunaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan
tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis. KPKT tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan akibat penggunaan
maklumat yang terkandung di dalamnya.
JPSPN
JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
No. 51, Persiaran Perdana Presint 4,62100 Putrajaya
TEL : 603-8000 8000 FAX : 603-8891 3182
HAK CIPTA TERPELIHARA
Sebarang edaran atau penghasilan semula mana-mana bahagian atau keseluruhan kandungan dalam apa jua bentuk adalah dilarang.
Sebarang pengeskploitasian untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis adalah tidak dibenarkan sama sekali.
OACP JPSPN telah menetapkan tiga (3) strategi utama untuk dilaksanakan. Strategi tersebut
adalah memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, mempertingkatkan
keberkesanan dan ketelusan perolehan awam dan tadbir urus baik dalam JPSPN. Program dan
aktiviti yang telah ditetapkan dalam OACP JPSPN memfokuskan usaha untuk meminimakan
risiko rasuah serta menutup peluang berlakunya gejala tersebut.
Besarlah harapan JPSPN untuk melihat Pelan OACP ini berjaya dilaksanakan dan mencapai
aspirasi Kerajaan. Justeru, diharapkan warga JPSPN dapat memahami, menghayati dan
membudayakan integriti supaya dapat menghindarkan diri dari terjebak dengan salah laku.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap warga JPSPN untuk bersama-sama menjayakan
pelaksanaan pelan ini.
Sekalung penghargaan dan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang
telibat dalam menyediakan Pelan OACP JPSPN ini. Tidak dilupakan juga kepada Ketua
Setiausaha KPKT serta Pengurusan Tertinggi atas sokongan dan dokongan yang penuh bagi
merealisasikan pelaksanaan Pelan OACP ini. Semoga usaha murni ini dapat membentuk warga
JPSPN yang berintegriti.
Sekian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam
sejahtera,
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia
dan inayahNya jua, Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)
2020-2024 Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara berjaya
disiapkan.
JPSPN komited dalam melaksanakan aspirasi tersebut bagi
memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang bebas
rasuah. Justeru, OACP JPSPN 2020-2024 yang dibangunkan
menjadi sebuah platform kepada usaha dalam menerapkan
nilai integriti di kalangan warga JPSPN.
PERUTUSAN
YBrs TUAN SULIMAN BIN ABD RAHMAN
KETUA PENGARAH JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
SINGKATAN
AP Permit Kelulusan (Approval Permit)
BPA Biro Pengaduan Awam
CPI Indeks Persepsi Rasuah
CPD Pembangunan Profesionalisme Berterusan
CRA Penilaian Risiko Rasuah
CRM Pengurusan Risiko Rasuah
GTP Program Transformasi Kerajaan
JAR Jawatankuasa Antirasuah
JPSPN Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar
KPKT Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
KWPSPPA Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam
LKAN Laporan Ketua Audit Negara
NACP Pelan Antirasuah Nasional
OACP Pelan Antirasuah Organisasi
PA Pembersihan Awam
PIN Pelan Integriti Nasional
PIO Pelan Integriti Organisasi
PSP Pengurusan Sisa Pepejal
SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
SPAN Sistem Pengurusan Audit Nilai
SOP Prosedur Operasi Standard
ISI KANDUNGAN
BAB 1
PENGENALAN
Latar Belakang JPSPN 8-9
Dasar Integriti dan Tadbir Urus 10-11
Isu dan Cabaran 12-13
Penilaian Risiko 14
BAB 2
SENARIO MASA HADAPAN
Senario Antirasuah 2030 16-18
Strategi Utama JPSPN 19
BAB 3
MEMPERKASAKAN USAHA PENCEGAHAN RASUAH
Kerangka Pelan Antirasuah JPSPN 2020 – 2024 21
Analisis Data 22-23
Analisis Kuadran 24
Keutamaan Strategi 25
Bidang Keutamaan 1 26-28
Bidang Keutamaan 2 39-30
Bidang Keutamaan 3 31-32
BAB 4
TADBIR URUS
Prinsip Pengurusan Antirasuah JPSPN 34
Mekanisme Pelaksanaan 35
Mekanisme Penyelarasan dan Pemantauan 35
Penutup 36
Penyediaan Pelan Antirasuah
Organisasi (OACP) adalah
berpandukan Pelan Antirasuah
Nasional (NACP) yang telah
dilancarkan oleh YAB Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia ke-7
pada 29 Januari 2019 dan
arahan YAB Perdana Menteri
No. 1 Tahun 2018 Siri 2, No. 1
Tahun 2019 yang berkaitan
Pemantapan Governans,
Integriti dan Antirasuah Dalam
Pengurusan Pentadbiran
Kerajaan Malaysia :
Pelaksanaan Pelan Antirasuah
Organisasi. OACP merupakan
sebuah dokumen utama
kementerian yang
menggariskan tindakan yang
menyeluruh dan bersepadu
dalam usaha memerangi
rasuah. Ia memberi tumpuan
khusus kepada masalah rasuah
yang berlaku dalam organisasi.
PELAN ANTIRASUAH
ORGANISASI
BAB 1PENGENALAN
Bab ini menerangkan maklumat berkaitan
latar belakang organisasi dan pelaksanaan
inisiatif dalam usaha kementerian untuk
memerangi rasuah dan memupuk budaya
integriti di kalangan warga kerja JPSPN.
Pelbagai inisiatif khusus melibatkan dasar
integriti dan tadbir urus telah dilaksanakan
sebagai bukti komitmen pihak JPSPN. OACP
telah menjadi satu inisiatif jabatan bagi
meneruskan usaha ke arah membentuk
warga kementerian yang berintegriti.
LATAR BELAKANG JABATAN
PENGURUSAN SISA PEPEJAL
NEGARA
1995Jemaah Menteri bersetuju
perkhidmatan Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam
(PSP&PA) yang dilaksanakan Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT)
diswastakan - 6 September 1995
1998
PSP&PA dilaksanakan secara interim
2007Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)
diluluskan di Parlimen pada Julai 2007.
Diwartakan pada 30 Ogos 2007 dan
JPSPN ditubuhkan.
2011Penguatkuasaan Akta 672 &
penswastaan penuh bermula 1 Sept
2011. Tempoh konsesi selama 22 tahun
(2011-2033)
Kelulusan penstrukturan semula
JPSPN pada 15 Jun 2015.
2015
8
HALA TUJU STRATEGIK JPSPN
Menyediakan sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam
yang lestari, bersepadu, cekap, berkesan dan kos efektif.
MISI
KOD ETIKA
Sentiasa meningkatkan mutu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan
awam melalui penggubalan dasar, strategi, pelan tindakan dan
perundangan
MOTO Malaysia Bersih bersama Rakyat
VISI
FUNGSI JPSPN
Mencadangkan
rancangan bagi PSP
termasuk lokasi, jenis
dan saiz kemudahan
pengolahan baru,
kawasan lingkungan
kemudahan PSP, skim
pengurusan sisa
pepejal untuk
membekalkan sisa
pepejal terkawal
kepada kemudahan
pengurusan sisa
pepejal dan jangka
masa bagi pelaksanaan
rancangan itu
Mencadangkan dasar-dasar,
rancangan dan strategi berkenaan
dengan pengurusan sisa pepejal
dan pembersihan awam
Bertanggungjawab melaksanakan fungsi
pengawalseliaan yang dinyatakan dalam Akta
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam 2007 dan mana-mana peraturan-
peraturan yang dibuat di bawah Akta tersebut
Bertanggungjawab
memberikan lesen
dan kelulusan di
bawah Akta
Pengurusan Sisa
Pepejal dan
Pembersihan Awam
2007
Bertanggungjawab menjalankan apa-apa
aktiviti lain berkaitan dengan pelaksanaan
fungsi di bawah Akta Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
• Amanah dan Ikhlas
• Mesra Pelanggan
• Memberi Perkhidmatan Cemerlang
9
DASAR INTEGRITI DAN TADBIR URUS NASIONAL
Dalam menuju ke arah status negara
maju dan berpendapatan tinggi,
agenda pembanterasan rasuah telah
menjadi keutamaan negara. Untuk itu,
beberapa inisiatif utama di peringkat
nasional telah dibangunkan bermula
dengan Pelan Integriti Nasional (PIN)
2004, Pelan Transformasi Kerajaan
(GTP) 2010, Pelan Transformasi
Kerajaan 2.0 (GTP 2.0) 2013, dan
yang terkini Pelan Antirasuah
Nasional (NACP) 2019-2023.
PELAN INTEGRITI
NASIONAL 2004 (PIN)
PROGRAM
TRANSFORMASI
KERAJAAN (GTP)
PROGRAM TRANSFORMASI
KERAJAAN 2.0 (GTP 2.0)
PELAN ANTIRASUAH
NASIONAL (NACP) 2019-
2023
PELAKSANAAN DASAR INTEGRITI DAN TADBIR URUS KPKT
KPKT sentiasa menyokong usaha
kerajaan dalam membanteras rasuah.
Bagi tujuan ini, KPKT telah
mengambil inisiatif selari dengan
dasar dan tadbir urus nasional seperti
membangunkan Pelan Integriti
Organisasi (PIO) 2010 – 2015 dan
2018 - 2020, Polisi Tiada Hadiah,
melafazkan Ikrar Bebas Rasuah,
membangunkan Pengurusan Risiko
Rasuah (CRM) 2019 - 2023 dan yang
terkini ialah Pelan Antirasuah
Organisasi (OACP) 2020 -2024.
PELAN INTEGRITI ORGANISASI
(PIO) 2010 – 2015 DAN 2018 - 2020
POLISI TIADA HADIAH
IKRAR BEBAS RASUAH 2017
PENGURUSAN RISIKO RASUAH
(2019 - 2023)
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI
(OACP) KPKT 2020-2024
10
11
PELAN INTEGRITI ORGANISASI (PIO) 2010 – 2015
DAN 2018 - 2020
POLISI TIADA HADIAH
IKRAR BEBAS RASUAH 2017
PENGURUSAN RISIKO RASUAH (2020 - 2024)
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JPSPN
2020-2024
PELAKSANAAN DASAR INTEGRITI DAN TADBIR URUS JPSPN
JPSPN sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam membanteras
rasuah. Bagi tujuan ini, JPSPN telah mengambil inisiatif selari dengan
dasar dan tadbir urus nasional seperti membangunkan Polisi Tiada
Hadiah, melafazkan Ikrar Bebas Rasuah, membangunkan Pengurusan
Risiko Rasuah (CRM) 2019 - 2023 dan yang terkini ialah Pelan
Antirasuah Organisasi (OACP) 2020 -2024.
RASUAH KUASA PELUANG INTEGRITI
PERSAMAAN RASUAH
12
Mengancam keselamatan negara melalui
pembocoran maklumat terperingkat
Mengancam kesihatan dan membahayakan
nyawa akibat pencemaran alam sekitar
Ketidakadilan sosial yang membawa kepada
penindasan dan menafikan hak golongan
tertentu
Mengakibatkan kelemahan
penguatkuasaan undang-undang
Mempengaruhi Kadar Pelaburan Pertumbuhan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
1
4
2
3
5
KESAN-KESAN RASUAH KEPADA PENJAWAT AWAM DAN NEGARA
ISU DAN CABARAN MENANGANI RASUAH
01 02 03 04
Isu rasuah wujud dalam pelbagai sektor dan bidang, tanpa mengira status atau jawatan individu yang
memberi atau menerima rasuah. Antara isu dan cabaran dalam menangani rasuah adalah;
Kesukaran
mengesan salah
laku, rasuah dan
penyalahgunaan
kuasa
Perspektif
negatif orang
awam
Menyediakan
perkhidmatan
yang memenuhi
ekspektasi
pelanggan dan
pemegangtaruh
Campur tangan
pihak yang
berkepentingan
dalam proses
membuat
keputusan
MENGAPA PERLU TANGANI RASUAH
Tahun Kedudukan Skor
2014 51 52
2015 54 50
2016 55 49
2017 62 47
2018 61 47
2019 51 47
Indeks CPI Malaysia
Statistik tangkapan SPRM dari tahun 2014- November 2019
** Sumber : Transparency International Malaysia
Malaysia telah memperbaiki kedudukan
indeks CPI di tangga ke-51 dengan mata
skor sebanyak 47 pada tahun 2019
berbanding mata pada tahun 2014
sebanyak 52 mata dengan kedudukan
yang lebih baik
Peningkatan bilangan tangkapan pada
tahun 2019 bagi penjawat awam adalah
tinggi berbanding orang awam
Kumpulan pelaksana merupakan
kumpulan yang paling tinggi tangkapan
oleh SPRM sejak tahun 2014
** Sumber : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia13
225
398465
409 418
779
327
443 471 470 476550
0
100
200
300
400
500
600
700
800
900
2014 2015 2016 2017 2018 2019
Bila
nga
n
Tahun
Penjawat Awam Awam
2 9 7 12 13 1345
82117
102125 118
178
307341
287 273
368
0
50
100
150
200
250
300
350
400
2014 2015 2016 2017 2018 2019
Bila
nga
n
Tahun
Pengurusan Tertinggi Pengurusan dan Profesional Pelaksana
PENILAIAN RISIKO
JPSPN telah melaksanakan Penilaian Risiko Rasuah/Corruption Risk Analysis (CRA)bagi mengenalpasti risiko-risiko berkaitan governans, integriti dan antirasuah di JPSPNyang mungkin menjejaskan operasi dan imej organisasi. Antara mekanisme yangdigunakan bagi pelaksanaan penilaian risiko adalah:
01
02
03
04
Menganalisis data risiko rasuah semasa Bengkel Pengurusan Risiko
Rasuah (CRM) 15 - 16 Januari 2020
Data-data dalaman organisasi seperti aduan, kes-kes tatatertib,
laporan-laporan audit, kajian kepuasan pelanggan dan Sistem
Pengurusan Audit Nilai (SPAN)
Data-data daripada agensi luar seperti Laporan Ketua Audit Negara,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro
Pengaduan Awam (BPA)
Mengenalpasti risiko-risiko governans, integriti dan antirasuah semasa
Bengkel Pembangunan OACP 14 – 15 Februari 2020
Berdasarkan penilaian risiko yang telah dijalankan, tiga (3) bidang utama yang
terdedah kepada risiko governans, integriti dan antirasuah di JPSPN yang telah
dikenalpasti:
BIDANG-BIDANG BERISIKO
14
01
02
03
PENTADBIRAN SEKTOR AWAM
PEROLEHAN AWAM
TADBIR URUS
BAB 2SENARIO MASA
HADAPAN
Merupakan gambaran kepada senario rasuah
yang mungkin berlaku di masa hadapan.
Segala bentuk kemungkinan rasuah telah
dikenalpasti dan perancangan serta
penyelesaian yang praktikal telah disediakan.
Sebanyak tiga (3) strategi utama telah
digariskan dalam OACP JPSPN.
SENARIO ANTIRASUAH 2030
Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 telah meletakkan empat (4) senario utama bagi
meramalkan keadaan yang mungkin berlaku di masa hadapan dalam kaitan risiko
rasuah dengan tindakan-tindakan yang dilaksanakan oleh sesebuah agensi. Ia meliputi
senario kesinambungan, kekangan, perkembangan serta senario merudum.
16
SENARIO KEKANGAN (LIMITS AND DISCIPLINED)
Masa hadapan yang merujuk kepada visi yang
digariskan dalam Pelan antirasuah tidak dapat dicapai
ekoran kekangan dalaman dan persekitaran.
SENARIO KESINAMBUNGAN (CONTINUATION)
Masa hadapan yang mempamerkan kejayaan yang
dikecapi melalui kewujudan Pelan Antirasuah, tetapi
tidak berupaya untuk bertahan atau mapan.
SENARIO PERKEMBANGAN (GROWTH)
Masa hadapan di mana hasil kewujudan Pelan
Antirasuah telah menyebabkan anjakan menuju fasa
sebuah negara yang beretika dengan mendokong
integriti yang tinggi dan berteraskan nilai.
SENARIO MERUDUM (DECLINE AND COLLAPSE)
Rasuah menjadi kelaziman dalam masyarakat
sekaligus memperlihatkan sistem sosial runtuh sama
sekali tanpa sebarang jalan penyelesaian.
Senario Pentadbiran Sektor Awam Perolehan Awam Tadbir Urus
S1Senario
Kesinambungan
Penggunaan teknologi
maklumat sebagai platform dan
mekanisme tadbir urus,
kerajaan lebih responsif dan
mutu perkhidmatan meningkat.
Namun begitu, kegagalan untuk
mengguna pakai teknologi
maklumat serta manipulasi
sistem berupaya menjejaskan
kejayaan pencapaian sektor
awam.
Penglibatan tenaga manusia dapat
dikurangkan melalui implementasi
penggunaan sistem dan teknologi
baharu. Tahap kemahiran serta
ketelusan pegawai akan dapat
dipertingkatkan serta tahap
birokrasi akan dapat dikurangkan
atau dihapuskan. “Value For
Money” akan lebih menjadi realiti
dan kualiti hidup masyarakat
menjadi bertambah baik. Walau
bagaimanapun, dalam tempoh
terdekat, aspek seperti ketirisan
maklumat atau ketirisan wang
awam melalui kaedah perolehan
secara rundingan terus dan juga
arahan-arahan daripada pihak
tertentu masih dijangka akan
berlaku.
Organisasi memberi
keutamaan kepada output
dan keberhasilan namun
begitu kurang memberi
penekanan elemen-elemen
integriti dalam proses
pelaksanaan dasar dan polisi
organisasi.
Senario Pentadbiran Sektor Awam Perolehan Awam Tadbir Urus
S2 Senario
Kekangan
Pengukuhan pentadbiran
organisasi yang berintegriti sukar
dicapai kerana kurangnya
kerjasama jitu daripada pemegang
taruh dan individu yang
berkepentingan.
Kelompangan (Loopholes) polisi dan
dasar kerajaan dimanipulasi oleh
pihak berkepentingan dan
penggunaan teknologi masih gagal
mengekang salah laku integriti.
Sistem tadbir urus organisasi
tidak mengalami sebarang
perubahan positif dalam
meningkatkan kualiti
perkhidmatan disebabkan
sebahagian warga organisasi
dan pemegang taruh yang
berkepentingan tidak
meletakkan aspek integriti
sebagai keutamaan dalam
pelaksanaan tadbir urus.
17
Senario Pentadbiran Sektor Awam Perolehan Awam Tadbir Urus
S3 Senario
Perkemban
gan
Sistem tadbir urus melibatkan
penyertaan aktif pakar rujuk
organisasi dan komuniti dalam
membuat keputusan yang lebih
telus. Di samping itu, penggunaan
teknologi digital yang menyeluruh
akan meningkatkan kualiti
penyampaian perkhidmatan secara
keseluruhan dan tahap keyakinan
penerima perkhidmatan adalah
tinggi. Sumber kewangan daripada
kutipan hasil dan sumber manusia
digunakan secara cekap dan
berkesan bagi memenuhi
ekspektasi rakyat.
Insiden salah guna kuasa dalam
perolehan awam dapat dikurangkan
ke tahap yang minimum didukung
oleh penjawat awam yang lebih
berintegriti, cekap, berilmu dan
amanah dalam memelihara
kepentingan negara. Pengurusan
perolehan awam juga akan lebih
efisien dan akan menjimatkan kos
kepada rakyat. Justeru, imej dan
ketelusan Kerajaan dalam perolehan
awam dapat dipertingkatkan dan
secara langsung akan memberi kesan
positif kepada kedudukan prestasi
ekonomi negara serta
mempertahankan kemakmuran
rakyat.
Perkembangan dan
kecemerlangan tadbir urus
korporat Kementerian
tercapai melalui pengukuhan
struktur dan sumber
organisasi (perjawatan,
peruntukan kewangan, sistem
sokongan) serta peningkatan
kompetensi penjawat awam
di organisasi yang
menyumbang kepada tadbir
urus korporat yang baik, serta
perubahan-perubahan dasar
yang menyumbang kepada
pengukuhan tadbir urus
korporat.
Senario Pentadbiran Sektor Awam Perolehan Awam Tadbir Urus
S4 Senario
Merudum
Campur tangan pihak ketiga dalam
pentadbiran awam yang
melibatkan isu integriti, karenah
birokrasi, pelanggaran peraturan
dan tiada pemantauan yang
konsisten memberi kesan kepada
amalan tadbir urus yang tidak telus.
Keadaan ini menyebabkan elemen
rasuah, pembaziran kewangan dan
salah guna kuasa berleluasa.
Keadaan ini seterusnya
mengurangkan tahap keyakinan
rakyat terhadap sistem pentadbiran
awam dan dasar kerajaan.
Keadaan ekonomi dan politik negara
yang tidak stabil sangat
mempengaruhi senario negara.
Moral pegawai menurun akibat
campur tangan daripada pihak luar
secara berleluasa di samping
kelemahan di dalam sistem sedia
ada, diambil kesempatan oleh pihak
yang tertentu. Saluran aduan
disalahguna untuk mengenakan
pegawai lain dan menyebabkan
kegagalan penguatkuasaan. Ini
menjadikan rasuah menjadi
kelaziman di dalam urusan
perolehan awam.
Tadbir urus organisasi
mengalami kemerosotan
akibat sikap tidak acuh
penjawat awam, campur
tangan pihak berkepentingan,
perubahan teknologi,
keadaan perundangan &
prosedur yang lapuk serta
tidak berupaya menangani
isu-isu semasa yang
berbangkit.
18
STRATEGI UTAMA JPSPN
Bagi menghadapi senario yang dinyatakan, JPSPN telah membentuk tiga (3)strategi seperti berikut;
19
Memperkukuh
kecekapan penyampaian
perkhidmatan awam
Memperkukuhkan kecekapan
penyampaian perkhidmatan,
inisiatif seperti program
pembangunan kemahiran
pengurusan perolehan,
peningkatan pemantauan
penjawat awam, tapisan
integriti, pemberian
pengiktirafan dan penyediaan
latihan merupakan antara
pengisian strategi yang
dimaksudkan.
Mempertingkatkan
keberkesanan dan
ketelusan perolehan
awam
Sebagai pengisian kepada
strategi ini, inisiatif naziran,
pengukuhan saluran aduan
serta pematuhan kepada Akta
Rahsia Rasmi, di samping
program latihan dan
pemulihantelah dikenal pasti.
Memupuk tadbir urus
baik dalam organisasi
Bagi memupuk tadbir urus baik,
pemerkasaan pengurusan yang
meliputi pengurusan aduan,
pengurusan asset dan
pengurusan sumber manusia
telah dikenalpasti sebagai
sebahagian daripada inisiatif
yang perlu dilaksanakan. Aktiviti
pemantauan melalui
pengauditan dan naziran perlu
juga dititikberatkan.
BAB 3MEMPERKASAKAN
USAHA PENCEGAHAN
RASUAH
Pelan ini telah menetapkan tiga (3) bidangkeutamaan yang menjadi teras dalam usahamemerangi rasuah iaitu Pentadbiran Sektor Awam,Perolehan Awam dan Tadbir Urus. Strategi yangtelah dikenalpasti melalui tiga (3) bidang utama iniadalah memperkukuh kecekapan penyampaianperkhidmatan awam, mempertingkatkankeberkesanan dan ketelusan perolehan awam danmemupuk tadbir urus baik. Strategi yang digariskanini menjurus kepada empat (4) objektif strategikyang meliputi 33 inisiatif yang akan dilaksanakandalam tempoh lima (5) tahun akan datang.
21
• Memupuk dan menyemai jati diri wargaJabatan supaya sentiasa berintegriti
VISI
• Memperkasakan tadbir urus dan integritiwarga JPSPN melalui pematuhan terhadapundang-undang, peraturan dan arahan yangberkuatkuasa.
MISI
• Membudayakan amalan integriti dalampenyampaian perkhidmatan di JPSPN
MATLAMAT
• Pentadbiran Sektor Awam
• Perolehan Awam
• Tadbir UrusBIDANG KEUTAMAAN
• Jabatan dikenali sebagai Jabatan bebasrasuah
ASPIRASI JABATAN
BIDANG KEUTAMAAN 3
STRATEGI 3
OBJEKTIF STRATEGIK 3
RISIKO 10
INISIATIF 28
PERMOHONAN DAN KELULUSAN LESEN IMPORT (AP) SISA PLASTIK
Carta 1 : Statistik Permohonan Yang Diterima dan Yang Diluluskan Bagi Tahun 2017 - November 2019
Pola statistik permohonan dan kelulusan Lesen Import (AP) yang diterima pada tahun
2018 meningkat dari tahun 2017 manakala terdapat penurunan permohonan dan
kelulusan pada tahun 2019. Peningkatan permohonan dan kelulusan AP adalah
disebabkan oleh (sword policy) Dasar Kerajaan Negara China tidak membenarkan
pengimportan sisa plastik.
Manakala salah satu faktor yang menyumbang kepada penurunan permohonan dan
kelulusan AP pada tahun 2019 adalah kerana syarat kelulusan AP telah diperketatkan
** Sumber : Bahagian Kelulusan dan Pelesenan, JPSPN
PENGELUARAN LESEN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM
Carta 2 : Statistik Pengeluaran Lesen Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Bagi Tahun 2017-2019
Pola statistik kelulusan lesen
meningkat dari tahun 2017 hingga
tahun 2019. Peningkatan tersebut
adalah disebabkan perubahan
skim / zon pembersihan kepada
negeri dan pertambahan kategori
lesen baharu.
22
20651
31501
1822518034
22164
13847
2617
9237
4378
0
5000
10000
15000
20000
25000
30000
35000
2017 2018 2019
Bila
nga
n P
erm
oh
on
an
Tahun
PERMOHONAN DITERIMA PERMOHONAN DILULUS PERMOHONAN DITOLAK
208
411
567
58
107
248
30 2842 0 00 0
338
0 0
175
0
100
200
300
400
500
2017 2018 2019
Bila
nga
n L
ese
n D
ilulu
skan
Pembersihan Awam
Pemungutan Sisa Pepejal Isi Rumah, Awam, Keinstitusian Awam dan Yang Serupa Dengan SisaPepejal Isi RumahOperasi Kemudahan Sisa Pepejal yang Ditetapkan
Pengangkutan dengan Pengangkutan Jauh
Lesen Kutipan Sisa Pepejal Komersial (ICI)
** Sumber : Bahagian Kelulusan dan
Pelesenan, JPSPN
ANALISIS DATA JPSPN
MAKLUMAT JAWATANKUASA PENILAIAN TEKNOLOGI PENGURUSAN SISA PEPEJALKEBANGSAAN (JKPTPSPK)
Carta 3 : Statistik JKPTPSPK
Jabatan telah menerima pelbagai cadangan
teknologi Pengurusan Sisa Pepejal (PSP) bagi
merawat sisa pepejal di Malaysia. Cadangan
teknikal setiap teknologi telah dikemukakan
kepada Jabatan dan diklasifikasikan sebagai
maklumat SULIT. Maklumat yang diberikan
perlu di pelihara agar tidak bocor kepada
pihak berkepentingan luar.
** Sumber : Bahagian Perkhidmatan Teknikal JPSPN
23
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
2018
2019
13
90
7
25
1
17
Bila
nga
n
Tahun
BIL. PEMOHONAN SYARIKAT BIL. PENILAIAN BIL. LULUS
ANALISIS KUADRAN
Analisis Kuadran di bawah menggambarkan keutamaan bagi 6 inisiatif yang
dikenal pasti daripada 28 inisiatif berdasarkan punca rasuah yang ditemui. 6
inisiatif ini ditentukan berdasarkan analisis tahap impak dan tahap kompleksiti
pelaksanaannya. 6 inisiatif yang dikenal pasti berada dalam kelompok Kuadran A
(impak tinggi dan kompleksiti rendah) memerlukan sedikit usaha dalam
pelaksanaannya sebaliknya mampu memberi kesan besar kepada penambahbaikan
tadbir urus organisasi.
Memperkukuh Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam
Mempertingkat Keberkesanan dan Ketelusan Perolehan Awam
Memupuk Tadbir Urus baik dalam JPSPN
Strategi 01
Strategi 02
Strategi 03
24
D
A
C
B
IMP
AK
KOMPLEKSITI
Kompleksiti : Kesukaran dan kerumitandalam pelaksanaan sesuatu inisiatif
Impak : Kesan atau hasil positif yang dicapai melalui pelaksanaan sesuati
inisiatif
KUADRAN A
Kuadran A mewakili
inisiatif BERIMPAK
TINGGI, KOMPLEKSITI
RENDAH
KUADRAN B
Kuadran B mewakiliinisiatif BERIMPAK
TINGGI, KOMPLEKSITI TINGGI
KUADRAN C
Kuadran C mewakiliinisiatif BERIMPAK
RENDAH, KOMPLEKSITI RENDAH
KUADRAN D
Kuadran D mewakiliinisiatif BERIMPAK
RENDAH, KOMPLEKSITI TINGGI
KEUTAMAAN STRATEGI
Ringkasan berikut menunjukkan enam (6) inisiatif yang perlu diberi keutamaan
daripada 28 inisiatif yang telah dikenal pasti. Ia berdasarkan tiga (3) strategi utama
iaitu Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam,
Mempertingkatkan Keberkesanan Dan Ketelusan Perolehan Awam dan
Memupuk Tadbir Urus Baik Dalam JPSPN . Enam (6) inisiatif ini dikenal pasti
berdasarkan keperluan kesegeraan untuk menangani rasuah.
BIL. RUJUKAN
INISIATIF
INISIATIF KUADRAN STRATEGI
1 1.1.1.1
Memastikan pegawai menghadiri kursus / bengkel untuk
meningkatkan pengetahuan berkaitan akta, peraturan dan
integriti.
Kuadran A Strategi 1
2 1.1.1.2 Melaksanakan pusingan kerja dalam organisasi Kuadran A Strategi 1
3 1.1.2.1Membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP)
pemeriksaan di kilang pemprosesan sisa plastik importKuadran A Strategi 1
4 1.1.2.2
Mengemaskini senarai semak pemeriksaan di kilang
pemprosesan sisa plastik import mengikut keperluan
semasa
Kuadran A Strategi 1
5 2.1.2.3Menambahbaik prosedur penilaian kemajuan tapak secara
berpasukanKuadran A Strategi 2
6 3.1.3.2
Meneliti dan menambahbaik Prosedur Operasi Standard
(SOP) sedia ada melalui sesi libat urus dengan pihak
berkaitan
Kuadran A Strategi 3
25
BIDANG KEUTAMAAN
1 HINGGA 3
PELAN ANTIRASUAH
ORGANISASI JPSPN 2020-2024
26
27
BIDANG KEUTAMAAN 1:
PENTADBIRAN SEKTOR AWAM
STRATEGI 1
MEMPERKUKUHKAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
OBJEKTIF STRATEGIK 1.1
MENINGKATKAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
BIL RISIKO / POTENSI RISIKO
(KELEMAHAN: TADBIR
URUS, INTEGRITI & ANTI
RASUAH)
INISIATIF / TINDAKAN
(Tangani / Atasi RISIKO)
PENERAJU /
PELAKSANA
TEMPOH MASA
PELAKSANAAN
1.1.1 Berlakunya salah guna kuasa
dalam meluluskan lesen
permit import (AP) sisa plastik
dan lesen perkhidmatan
pengurusan sisa pepejal dan
pembersihan awam
1.1.1.1 Memastikan pegawai
menghadiri kursus / bengkel
untuk meningkatkan
pengetahuan berkaitan akta,
peraturan dan integriti.
Bahagian
Khidmat
Pengurusan
Bahagian
Kelulusan dan
Pelesenan
2020 – 2024
1.1.1.2 Melaksanakan pusingan kerja
dalam organisasi
Bahagian
Khidmat
Pengurusan
2020 - 2024
1.1.1.3 Mengemaskini dan memastikan
Prosedur Operasi Standard
(SOP) sedia ada dipatuhi
Bahagian
Kelulusan dan
Pelesenan
2020 - 2024
1.1.2 Risiko rasuah semasa
pemeriksaan di kilang
pemprosesan sisa plastik
import
1.1.2.1 Membangunkan Prosedur
Operasi Standard (SOP)
pemeriksaan di kilang
pemprosesan sisa plastik
import
Bahagian
Kelulusan dan
Pelesenan
2020 – 2022
1.1.2.2 Mengemaskini senarai semak
pemeriksaan di kilang
pemprosesan sisa plastik
import mengikut keperluan
semasa
Bahagian
Kelulusan dan
Pelesenan
2020 – 2024
28
OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 MENINGKATKAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN
PERKHIDMATAN AWAM
29
BIDANG KEUTAMAAN 2:
PEROLEHAN AWAM
STRATEGI 2
MEMPERTINGKATKAN KEBERKESANANDAN KETELUSAN PEROLEHAN AWAM
OBJEKTIF STRATEGIK 2.1
MENINGKATKAN KETELUSAN PEROLEHAN AWAM DAN PENGURANGAN RISIKO RASUAH
30
BIL RISIKO / POTENSI RISIKO
(KELEMAHAN: GOVERNANS,
INTEGRITI & ANTI RASUAH)
INISIATIF / TINDAKAN
(Tangani / Atasi RISIKO)
PENERAJU /
PELAKSANA
TEMPOH MASA
PELAKSANAAN
2.1.1 Kebocoran maklumat tender/sebut
harga menjejaskan pelaksanaan
perolehan dari segi pemilihan
syarikat yang tidak kompeten,
pembekalan/pembinaan tidak
sempurna seterusnya membuka
ruang dan peluang untuk berlakunya
rasuah
2.1.1.1 Memperkukuhkan pelaksanaan Integrity
Pact berkenaan pengendalian dan kawalan
maklumat rahsia
Bahagian Khidmat
Pengurusan
2020 - 2024
2.1.1.2 Mengenalpasti pegawai yang terlibat dan
melaksanakan program pemulihan dan
kaunseling
Bahagian
Pengurusan Projek2020 - 2024
2.1.1.3 Menjadikan kursus kewangan dan
perolehan, integriti serta etika kerja sebagai
kursus wajib ke atas semua pegawai baru
Bahagian Khidmat
Pengurusan
2020 - 2024
2.1.1.4 Mengehadkan penglibatan pegawai dalam
penilaian tender
Bahagian
Pengurusan Projek
2020 - 2024
2.1.1.5 Menyediakan ruang kerja tertutup/selamat Bahagian
Pengurusan Projek
2020 - 2024
2.1.2 Penilaian kemajuan projek tidak
mengikut kemajuan fizikal sebenar
untuk tujuan pembayaran.
2.1.2.1 Peningkatan pemahaman dan kompetensi
pengurusan perolehan di kalangan pegawai
Bahagian Khidmat
Pengurusan
2020 - 2024
2.1.2.2 Menambahbaik dan mengemaskini
Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis
panduan berkaitan pengurusan kewangan
dan perolehan
Bahagian
Pengurusan Projek2020 - 2024
2.1.2.3 Menambahbaik prosedur penilaian
kemajuan tapak secara berpasukan
Bahagian
Pengurusan Projek2020 - 2024
2.1.3 Kebocoran maklumat harga
Anggaran Jabatan bagi
tender/sebutharga
2.1.3.1 Menambahbaik prosedur dengan
menyediakan harga Anggaran Jabatan yang
sebenar pada hari tender ditutup
Bahagian
Pengurusan Projek
2020 – 2024
2.1.4 Wujud ruang dan peluang untuk
rasuah dan pelanggaran integriti di
sebabkan oleh pembekalan daripada
syarikat/kontraktor kerja yang sama
dan berulang atau penyediaan
spesifikasi perolehan yang menjurus
kepada pembekal tertentu
2.1.4.1 Menjadikan kursus kewangan dan
perolehan, integriti serta etika kerja sebagai
kursus wajib ke atas semua pegawai baru
Bahagian Khidmat
Pengurusan2020 - 2024
2.1.4.2 Melaksanakan perancangan perolehan bagi
pembelian yang berulang untuk
mengelakkan conflict of interest
Bahagian
Pengurusan Projek2020 - 2024
2.1.4.3 Memperkenalkan Anugerah Pekerja Contoh
peringkat JPSPN
Unit Integriti 2020
(Mac – Disember)
OBJEKTIF STRATEGIK 2.1 MENINGKATKAN KETELUSAN PEROLEHAN AWAM DAN
PENGURANGAN RISIKO RASUAH
30
31
BIDANG KEUTAMAAN 3:
TADBIR URUS
STRATEGI 3
MEMUPUK TADBIR URUS BAIK DALAM JPSPN
OBJEKTIF STRATEGIK 3.1
Memastikan pegawai telus dalam menjalankan tugas
32
BIL RISIKO / POTENSI RISIKO
(KELEMAHAN:
GOVERNANS, INTEGRITI &
ANTI RASUAH)
INISIATIF / TINDAKAN
(Tangani / Atasi RISIKO)
PENERAJU /
PELAKSANA
TEMPOH MASA
PELAKSANAAN
3.1.1 Pengurusan aduan Jabatan yang
tidak cekap
3.1.1.1 Menambahbaik Sistem Pengurusan Aduan
Jabatan
Bahagian Dasar dan
Strategik
2020
(Januari – Disember)
3.1.1.2 Mengemaskini Prosedur Operasi Standard
(SOP) Pengurusan Aduan sebagai panduan
Bahagian Dasar dan
Strategik2020 – 2024
3.1.2 Pengurusan kewangan yang tidak
teratur
3.1.2.1 Peningkatan pemahaman dan kompetensi
pengurusan perolehan di kalangan pegawai
melalui program dan kursus
Bahagian Khidmat
Pengurusan
2020 – 2024
3.1.2.2 Menambahbaik dan mengemaskini
Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis
panduan berkaitan pengurusan kewangan
dan perolehan
Bahagian Khidmat
Pengurusan
2020 – 2024
3.1.3 Kecuaian dalam menjalankantugas-tugas pemantauan projek
pembangunan di Jabatan
3.1.3.1 Pegawai menghadiri kursus pengurusan
projek dan pentadbiran kontrak
Bahagian Pengurusan
Projek
2020 – 2024
3.1.3.2 Meneliti dan menambahbaik Prosedur
Operasi Standard (SOP) sedia ada melalui
sesi libat urus dengan pihak berkaitan
Bahagian Pengurusan
Projek2020 – 2024
3.1.4 Pengurusan sumber manusia yang
tidak teratur
3.1.4.1 Melaksanakan Program Pembangunan
Profesionalisme Berterusan (CPD) yang
melibatkan aspek generik dan fungsional
Bahagian Khidmat
Pengurusan
2020 – 2024
3.1.4.2 Memperkasakan pelaksanaan Prosedur
Operasi Standard (SOP) dalaman dan
tatacara berkaitan penempatan agar selari
dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh
agensi induk
Bahagian Khidmat
Pengurusan
2020 – 2024
3.1.4.3 Memperkasakan dan menambah baik
Prosedur Operasi Standard (SOP) dalaman
urusan kenaikan pangkat agar selari dengan
pekeliling yang dikeluarkan oleh agensi
induk
Bahagian Khidmat
Pengurusan
2020 – 2024
3.1.4.4 Mengenalpasti pegawai yang bermasalah
dan melaksanakan program kaunseling
Semua Bahagian
Unit Integriti
2020 – 2024
3.1.4.5 Melaksanakan pusingan kerja pegawai di
jawatan sensitif (3-5 tahun) dan tidak sensitif
(3-8 tahun) berdasarkan Pekeliling
Perkhidmatan Bil 3/2004
Bahagian Khidmat
Pengurusan
2020 – 2024
OBJEKTIF STRATEGIK 3.1 MEMASTIKAN PEGAWAI TELUS DALAM MENJALANKAN
TUGAS
32
TADBIR URUS
Penerangan berkenaan aspek
pemantauan dan penilaian
pelaksanaan OACP. Ia penting bagi
tujuan memantau kemajuan
pelaksanaan yang dilakukan oleh
setiap bahagian dan unit yang
bernaung di bawah JPSPN agar
selari dengan OACP disediakan di
peringkat KPKT. Ia juga merupakan
langkah untuk mengenalpasti
cabaran-cabaran dalam
pelaksanaan inisiatif agar dapat
diselaraskan dengan lebih berkesan.
BAB 4
PRINSIP PENGURUSAN ANTIRASUAH
JPSPN
Komitmen Pengurusan
Tertinggi
Pengurusan Tertinggi JPSPN
bertanggungjawab dalam memastikan warga
JPSPN :
Mengamalkan serta menghayati integrity dan
nilai-nilai etika di tahap yang tinggi
Mematuhi sepenuhnya keperluan undang-
undang dan peraturan berkaitan antirasuah
yang berkuatkuasa
Menguruskan risiko rasuah organisasi
secara berkesan.
.
1
Penilaian Risiko Rasuah
Penilaian risiko rasuah dijadikan asas kepada
usaha antirasuah JPSPN. Maka, JPSPN akan :
Melaksanakan penilaian risiko rasuah secara
berkala dan apabila terdapat keperluan
perubahan
Memberi keutamaan kepada risiko rasuah
dalaman dan luaran
.
2
Pelaksanaan Inisiatif
JPSPN akan mewujudkan langkah pelaksanaan
inisiatif yang munasabah dan bersesuaian bagi
menangani sebarang risiko rasuah yang
berbangkit daripada kelemahan struktur tadbir
urus, proses, prosedur serta pengurusan sisa
pepejal dan pembersihan awam.
.
3
Pemantauan dan Penilaian
secara Sistematik
Pemantauan dan penilaian secara sistematik
dilaksanakan dengan memastikan:
Pelaksanaan inisiatif dilaporkan kepada pihak
Pengurusan Tertinggi
Penilaian secara berkala dibuat bagi menilai
prestasi, kecekapan, dan keberkesanan program
Penyelesaian terbaik dikenalpasti dan
dilaksanakan bagi setiap masalah yang timbul
Hasil penilaian boleh dijadikan asas untuk
memantapkan usaha-usaha kawalan risiko
antirasuah sedia ada di JPSPN.
4
Prinsip pengurusan antirasuah JPSPN adalah dasar yang dipegang oleh
JPSPN dalam menentukan hala tuju pengurusan pelaksanaan OACP
dengan menggariskan empat (4) prinsip seperti berikut:
34
MEKANISME PELAKSANAAN
35
Jawatankuasa Antirasuah (JAR)
peringkat Kementerian
dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha Kementerian
Ahli:
1) Timbalan Ketua Setiausaha
2) Setiausaha Bahagian/Ketua Unit
3) Ketua Pengarah
4) Ketua Pegawai Eksekutif Agensi
Mesyuarat Pemantapan Governans,
Integriti dan Antirasuah bersama
YBM
Unit Integriti
KPKT
sebagai
Urus Setia
Unit Integriti
KPKT sebagai
Urus Setia
Jawatankuasa Antirasuah (JAR)
peringkat JPSPN dipengerusikan
oleh Ketua Pengarah JPSPN
Ahli:
1) Pengarah Bahagian
2) Ketua Unit
3) Ahli Jawatankuasa OACP
Unit
Integriti
JPSPN
sebagai
Urus Setia
Membentangkan pencapaian dan
pelaporan OACP
Pembentangan status pencapaian
dan pelaksanaan inisiatif di bawah
OACP setiap suku tahun
Mengenalpasti penyelesaian terbaik
Membuat keputusan penting selari
dengan kepentingan JPSPN
Memastikan inisiatif-inisiatif dalam
OACP dilaksanakan berdasarkan
sasaran dan tempoh masa yang
ditetapkan
Mengemukakan pelaporan
pelaksanaan inisiatif secara suku
tahun kepada Unit Integriti selaku
Urus Setia OACP
MEKANISME PENYELARASAN DAN PEMANTAUAN
JawatankuasaJAR
Kementerian
JawatankuasaJAR JPSPN
Unit Integriti
Bahagian
Memastikan inisiatif-inisiatif dalam OACP
dilaksanakan berdasarkan sasaran dan
tempoh masa yang ditetapkan
Mengemukakan pelaporan pelaksanaan
inisiatif secara suku tahun kepada
Jawatankuasa JAR Kementerian
Mengemukakan pelaporan pelaksanaan
inisiatif mengikut Bahagian secara bulanan
kepada Unit Integritii
Mengemukakan pelaporan pelaksanaan
inisiatif keseluruhan secara suku tahun
kepada Jawatankuasa JAR JPSPN
Menasihati dan mengenalpasti
penyelesaian terbaik untuk OACP
PENUTUP
Kerajaan dalam usaha pemantapan governans, integriti dan antirasuah dalam Sistem
Pengurusan Pentadbiran Kerajaan telah merangka satu pelan khusus iaitu Pelan
Antirasuah Nasional (NACP) 2019 – 2023 bagi menangani permasalahan rasuah, integriti
dan tadbir urus negara ini.
Justeru, JPSPN komited dalam menyokong usaha kerajaan ini dengan membangunkan
Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JPSPN bagi tempoh lima (5) tahun iaitu 2020
sehingga 2024. OACP ini telah menggariskan 28 inisiatif yang akan dilaksanakan oleh
JPSPN sebagai mekanisme pengurusan pemantapan governans, integriti dan antirasuah
Jabatan.
Pelan ini menjelaskan mekanisme penyelarasan dan pemantauan bagi memastikan
inisiatif-inisiatif OACP JPSPN dilaksanakan seperti yang ditetapkan. Pelan ini juga akan
sentiasa dikaji dan dikemaskini mengikut perubahan masa.
Pelan OACP JPSPN ini berfungsi sebagai panduan dan rujukan kepada semua pihak yang
terlibat dalam usaha memantapkan governans, integriti dan antirasuah JPSPN selaras
dengan aspirasi jabatan iaitu ‘JABATAN DIKENALI SEBAGAI JABATAN BEBAS
RASUAH ‘
36
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI (OACP) JPSPN
(Tarikh Lantikan : 20 Januari 2020)
BIL BAHAGIAN NAMA PEGAWAI JAWATAN
1. Bahagian
Kelulusan dan
Pelesenan
1. Ir Muhammad Zaini bin
Hasnan
2. Puan Wan Marzuliani binti
Wan Mohd
1. Pengarah J52
2. Ketua Penolong Pengarah
J48
2. Bahagian Dasar
dan Strategik
1. Cik Roziana binti Omar
2. Puan Nor Ain Fazlina binti
Saari
1. Pengarah M52
2. Penolong Pengarah J44
3. Bahagian
Pengurusan Projek
1. En Abdul Jalil bin Daud
2. En Muhammad Yazid bin Omar
1. Pengarah J52
2. Ketua Penolong Pengarah
J48
4. Bahagian
Perkhidmatan
Teknikal
1. Cik Nursyaferra binti Mad
Yusoff
2. Puan Anita binti Abdullah
1. Penolong Pengarah J44
2. Penolong Jurutera Kanan
JA38
5. Bahagian Khidmat
Pengurusan
1. Puan Soraya binti Mokhtar
2. Cik Nazatul Nabila binti
Abdullah @Rashid
1. Pengarah M48
2. Penolong Pengarah M41
Ketua PengarahEncik Suliman bin Abd Rahman
Ketua Unit IntegritiSharfeyney binti Sazali
M48
Penolong PengarahSiti Azuelainey binti Mad Aslan
J44
Penolong JuruteraTon Mohd Hishamuddin bin Tun Ibrahim
J29
Penolong PengarahAin Fatiha binti Aidil Fitri
M41
Penolong Pegawai TadbirRuzilawati binti Daud
N36
Pembantu TadbirNadiawati binti Jonhendry
N19
UNIT INTEGRITIJabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara(Lantikan secara Pentadbiran pada 20 Disember 2020)
Jabatan Pengurusan Sisa
Pepejal Negara (JPSPN)
Kementerian Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan (KPKT)
No. 51, Persiaran Perdana
Presint 4,62100 Putrajaya
TEL : 603-8000 8000
FAX : 603-8891 3182
Website : jpspn.kpkt.gov.my