Post on 10-Mar-2019
1
“PELIHARALAH HAK ASASI KANAK-KANAK” (20 Julai 2018 / 7 Zulkaedah 1439H)
﴾ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦٿ ٿ ٹ ﴿
SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi
sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan
bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat keberkatan di
dunia dan di akhirat.
Ajaran Islam amat menitikberatkan pembelaan dan pemerhatian terhadap
kanak-kanak dengan mengamanahkan tanggungjawab tersebut kepada golongan
dewasa. Justeru, tajuk khutbah pada hari ini ialah, “Peliharalah Hak Asasi
Kanak-kanak”.
2
SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,
Kanak-kanak merupakan amanah dan anugerah yang diberikan Allah
kepada Hamba-Nya. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk
memastikan hak dan kebajikan mereka sentiasa terjaga. Mereka adalah bakal
pewaris kepimpinan yang akan membentuk sesebuah negara dan
membangunkan syiar Islam pada masa hadapan.
Secara umumnya, di dalam Islam kanak-kanak adalah merujuk kepada
seseorang yang belum baligh. Ia ditentukan dengan faktor tabii atau had umur.
Namun dalam konteks Malaysia, kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang
yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-kanak
2001 dan takrifan ini turut digunakan di peringkat antarabangsa. Walau apa jua
takrifan yang digunakan, perlindungan dan perkembangan seseorang kanak-
kanak adalah bergantung kepada orang dewasa.
Dalam tempoh mencapai tahap kematangan yang sempurna, kanak-kanak
bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa untuk membuat keputusan ke atas
perkara-perkara yang berkaitan dengan mereka. Oleh yang demikian, golongan
dewasa mempunyai pengaruh terbesar dalam pembentukan watak kanak-kanak,
sama ada membesar dengan identiti yang terpuji atau sebaliknya. Firman Allah
dalam surah al-Syu’ara’, ayat 132 hingga 135:
ېئ ىئ ىئ ىئ ی یی ی جئ حئمئ ىئ يئجب
حب خب مب ىب يب جت
Bermaksud : “Dan bertaqwalah kepada (Allah ) yang telah
menganugerahkan kepada kamu apa yang kamu ketahui. Dia telah
menganugerahkan kepada kamu binatang-binatang ternakan, anak-anak,
kebun-kebun, dan mata air. Sesungguhnya aku (Nabi Hud) takut kalian akan
ditimpa azab hari yang besar”.
3
Ayat tersebut mengisyaratkan bahawa segala anugerah Allah kepada
kita berupa ilmu pengetahuan, haiwan ternakan, ladang pertanian, mata air dan
lain-lain termasuklah kanak-kanak adalah merupakan ujian kepada kita. Sama
ada ia membawa kepada taqwa kepada Allah atau sebaliknya. Hak-hak
mereka mestilah ditunaikan dan diberikan perhatian sewajarnya. Islam amat
menitikberatkan perihal kemaslahatan kanak-kanak. Abdullah bin ‘Amr
meriwayatkan bahawa Nabi pernah bersabda:
Ertinya: “Orang-yang tidak bersikap belas kasihan terhadap kana-kanak dan
tidak tahu (menunaikan) hak orang-orang tua, maka dia bukan daripada
kalangan kami”.
(Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)
Inilah Islam agama yang telah dibawa oleh junjungan besar Nabi
Muhammad dengan risalah Rahmatan lil ‘Alamin (رحمة للعالمين) - rahmat
kepada sekalian alam. Ia menerapkan perasaan kasih sayang, belas kasihan,
bertimbang rasa dan perihatin kepada setiap makhluknya, lebih-lebih lagi kasih
sayang terhadap golongan kanak-kanak.
Justeru, semua pihak harus menyedari dan memainkan peranan bagi
memastikan kanak-kanak sentiasa terjaga dan terlindung daripada sebarang
bentuk pengabaian, penderaan, diskriminasi dan eksploitasi yang akan
menjejaskan proses tumbesaran mereka. Kanak-kanak juga mempunya hak
yang sama dengan golongan dewasa yang perlu dihormati seperti hak
kerahsiaan peribadi, tidak dimalukan di khalayak, dan tidak didera secara
fizikal, mental juga emosi. Lebih penting lagi kanak-kanak mempunyai hak
untuk disayangi dan dimanja.
4
Umat Islam juga harus mengambil iktibar dan contoh teladan daripada
junjungan besar Nabi Muhammad yang sangat menyantuni kanak-kanak.
Sebagaimana Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah
bersabda:
Bermaksud : “Muliakanlah anak-anak kamu dan perbaikilah (didikan) adab
mereka”.
(Riwayat Ibnu Majah)
SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,
Mutakhir ini banyak dilaporkan kes penderaan bayi dan kanak-kanak
sehingga membawa kematian sesetengahnya. Amat menyedihkan apabila orang
dewasa yang mempunyai akal fikiran dan pertimbangan melakukan perkara-
perkara yang diluar batas kasih sayang terhadap bayi dan kanak-kanak yang
tidak berdaya.
Islam telah menggariskan satu cara hidup yang sempurna dan sejahtera
dalam menyantuni kanak-kanak. Islam melarang keras seseorang daripada
mencederakan orang lain tanpa sebarang alasan terutamanya kanak-kanak.
Penderaaan kanak-kanak adalah suatu bentuk pencabulan dan jenayah yang
serius terhadap hak anak-anak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan
bermaruah baik secara fizikal mahupun emosi.
Kanak-kanak diibaratkan seperti sehelai kain putih dan adalah menjadi
tanggungjawab ibu bapa atau penjaga untuk mencorakkannya. Ibu bapa
mempunyai tanggungjawab utama bagi memberi pendidikan dan memastikan
perkembangan seseorang kanak-kanak, Nabi SAW bersabda:
Bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam). Kemudian
kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani, atau
Majusi”.
(Riwayat Imam al-Bukhari)
5
Hadis ini menunjukkan ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam
menentukan hala tuju dan masa depan kanak-kanak. Pendidikan merupakan
aspek yang amat penting dalam membentuk personaliti, bakat, kebolehan
mental dan fizikal kanak-kanak baik secara formal di sekolah atau institusi
pendidikan mahupun secara tidak formal di rumah dan persekitaran setempat.
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Kanak-kanak sememangnya bergantung kepada orang dewasa dalam
semua aspek kehidupan. Orang dewasa terutama ibu bapa sewajarnya
bertanggungjawab dan menjadi contoh teladan yang utama kepada kanak-
kanak. Layanilah mereka dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut.
Pastikan mereka diberi keperluan hidup yang seimbang dan mencukupi. Hal ini
sangat penting kerana acuan didikan dan teladan orang dewasalah yang akan
mencorakkan generasi dan kepimpinan akan datang.
SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,
Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah:
Pertama: Kanak-kanak adalah anugerah Allah sebagai zuriat dan
penyambung keturunan kita.
Kedua: Kanak-kanak berhak mendapat kasih sayang, penjagaan,
pendidikan, keselamatan seperti mana golongan dewasa.
Ketiga: Ibu bapa dan masyarakat turut memainkan peranan yang besar
dalam membela dan melindungi kanak-kanak.
ڃ ڃ ڃ چ چ
ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ک ک ک گ گ گ ﴿
﴾ڳ ڳ ڳ گ
6
Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman serta anak cucu mereka yang
menuruti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan mereka dengan zuriat
mereka, dan kami tidak mengurangkan sedikitpun (pahala) daripada amalan
mereka. Setiap individu terikat dengan apa yang dikerjakannya”.
(Surah A-Tur, ayat 21)
8
Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara
kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.
Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.
Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat
sepanjang zaman.