Post on 03-Dec-2015
description
Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)
Virtual Learning Environment (VLE) adalah satu sistem pengurusan
pembelajaran untuk memudahkan guru menyediakan bahan PdP bagi
murid-murid. Sistem ini dibangunkan di atas pelantar pembangunan
persekitaran maya yang membolehkan guru-guru mencapai dan
membangunkan laman-laman PdP. VLE memudahkan laman-laman
pembelajaran dicapai dengan mudah semasa proses PdP.
Anjakan 7 PPPM menyatakan: Meningkatkan akses internet dan
persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua
10,000 sekolah menjelang 2013. Rangkaian ini berfungsi sebagai asas
kepada pembinaan platform pembelajaran maya yang dapat digunakan
oleh guru, murid, dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran,
melaksanakan pembelajaran secara interaktif, dan berkomunikasi
secara maya.
Frog VLE (Virtual Learning Environment)
Frog VLE merupakan platform pembelajaran yang digunakan berasaskan
pengkomputeran awan (cloud) yang membolehkan pentadbir, pengurus, guru
sekolah serta murid menerapkan landasan pengajaran dan pembelajaran
mereka ke dalam amalan dan persekitaran sekolah.
Frog VLE boleh dilayari dengan menggunakan pelayar internet Google
Chrome, Mozilla Firefox, Safari dan Internet Explorer. Ia juga boleh digunakan
sebagai landasan persekitaran pembelajaran yang direka bentuk sebagai
sumber pembelajaran kendiri. Penglibatan sekolah secara maksimum akan
dapat meningkatkan PdP dalam persekitaran pembelajaran yang selamat.
KPI 1BESTARINET 1. Bilangan sekolah yang dirangkaikan dengan jalur lebar
berkelajuan tinggi mencapai 4 Mbps – 10 Mbps. Sasaran: 7000 sekolah
2. Peratus sekolah yang dirangkaikan dengan jalur lebar berkelajuan tinggi mencapai minimum 4Mbps dan mematuhi SLA. Sasaran: 100%
3. Bilangan murid yang menggunakan VLE (Virtual Learning Environment - Persekitaran Pembelajaran Maya) sekurang-kurangnya 1 waktu setiap minggu persekolahan. Sasaran: 1,000,000 murid
Garis Panduan Pembinaan Laman Pembelajaran PdP
Yang Dimuat Naik Oleh Guru
– Laman PdP tidak mengandungi unsur-unsur sensitiviti seperti:
• Perkauman (cth;perbezaan warna kulit, keturunan)
• Agama (cth;ajaran sesat, tahyul dan khurafat)
• Politik yang melampau (cth;demonstrasi, Komunisme)
• Pornografi (cth;unsur seks, gambar-gambar lucah)
• Keganasan (cth;jenayah siber, buli, gangsterisme, penderaan)
• Laman PdP mesti mempunyai nama bidang, mata pelajaran, topik dan kumpulan sasaran (Tahun/ Tingkatan) dan mengandungi tab Pengenalan, Isi Kandung, Penilaian dan Rumusan.
• Laman PdP menepati sukatan pelajaran KPM yang terkini.
• Maklumat peribadi tidak digalakkan untuk dimuat naik.
Garis Panduan Pembinaan Laman Pembelajaran PdP Yang
Dimuat Naik Oleh Guru
• Laman perlu mempunyai arahan PdP (instruksional) yang sesuai supaya memudahkan penggunaan laman PdP yang dibangunkan.
• Bahan/ Kandungan yang dimuat naik dalam laman PdP mesti berkaitan dengan tajuk dan topik.
• Laman PdP lengkap dengan bahan/ kandungan tanpa meninggalkan Tab/Page/Ruang kosong.
Garis Panduan Pembinaan Laman Pembelajaran PdP Yang
Dimuat Naik Oleh Guru
• Rancangan Pengajaran Harian (RPH) harus dimuat naik dalam laman PdP.
• Bahan/ kandungan yang digunakan dalam pembinaan laman PdP tidak melanggar Hak Cipta.
• Bahan/ kandungan dalam pembinaan laman PdP perlu memasukkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Garis Panduan Pembinaan Laman Pembelajaran PdP Yang
Dimuat Naik Oleh Guru
KONSEP KBAT
“ Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu. “
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013)
BERFIKIR DI LUAR KOTAK
Atribut yang perlu ada dalam berfikir di luar kotak:
o Kesediaan untuk menggunakan pespektif baharu dalam
rutin
o Bersikap terbuka untuk membuat perubahan dan
melaksanakan sesuatu kerja dengan cara yang lain
o Fokus kepada faedah yang akan didapati daripada idea
yang baru dan bertindak berpandukan idea tersebut
o Berusaha untuk menjadikan idea menghasilkan faedah
o Terbuka kepada pendangan orang lain.
o Menyokong dan menghormati idea orang lain
I Thinking digantikan dengan We Thinking
KREATIVITI
“make the strange familiar and the familiar strange”
Agar idea tidak dipendam sebagai idea;
o membiasakan yang luar biasa, dan
o yang biasa dijadikan luar biasa
(a) Stimulus: Menggunakan stimulus secara ekstensif (contoh: petikan,
gambar rajah, graf) untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritikal
(b) Pelbagai tahap / aras pemikiran: Mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif (c) Konteks yang baharu: Konteks yang merujuk kepada situasi baharu yang tidak
lazim kepada murid. Bertujuan merangsang murid berfikir dan bukannya menyatakan semula apa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah
CIRI ITEM KBAT
(d) Situasi sebenar dalam kehidupan harian: Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah
kehidupan sebenar dengan menggunakan pembelajaran daripada pelbagai disiplin
(e) Item tidak berulang: Item pelbagai / berbeza setiap tahun melangkaui bahan
buku teks
CIRI ITEM KBAT
1 Tentukan konstruk, konteks dan aras kesukaran
2 Tentukan jenis item
3 Rancang penggunaan stimulus yang berkaitan dengan konteks untuk mengukur konstruk
4 Tentukan jenis evidens (fakta, konsep, generalisasi, keupayaan menilai dan rasional)
5 Tulis item
6 Tulis Peraturan Pemarkahan/rubrik penskoran
7 Menilai item menggunakan prinsip 9 poin
LANGKAH PENGGUBALAN ITEM KBAT
Kebolehan memecahkan maklumat atau konsep kepada bahagian-bahagian kecil serta menerakan hubungan antara bahagian, struktur dan menyusun elemen-elemen berkenaan kepada bentuk yang bermakna
ANALISIS
• Laman PdP perlu mempunyai aspek pentaksiran.
• Penggunaan bahan/ kandungan yang berlatar belakang/ mempunyai imej Malaysia dan sesuai dengan Tajuk Laman PdP.
• Pembinaan laman PdP menepati nilai-nilai moral.
Garis Panduan Pembinaan Laman Pembelajaran PdP Yang
Dimuat Naik Oleh Guru
Pentaksiran - proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan ;formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan.
Proses - ialah satu susunan langkah / tindakan / operasi yang bertertib dan terarah yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki
Maklumat - ialah evidens yang menggambarkan prestasi murid dalam sesuatu perkara yang ditaksir
Penghakiman - merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan murid
Produk - dalam konteks pendidikan ; merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai / adab yang diperoleh murid setelah melalui proses pendidikan
KONSEP PENTAKSIRAN
ARAS KESUKARAN Ditentukan daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai berdasarkan tiga aspek: Peringkat pengetahuan atau kemahiran Asas – Lanjutan (Basic – Advanced) • Kebiasaan (Familiarity) • Kerencaman (Complexity)
• Taip domain sekolah di ruangan
url.
Contoh :
https://web0223.1bestarinet.net
• Taip ID pengguna dan kata laluan.
web0223@yes.my
********
https://web0223.1bestarinet.net