Pembinaan

Post on 16-Dec-2014

7.489 views 7 download

description

 

Transcript of Pembinaan

KURSUS ORIENTASI PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

Anjuran :

Bahagian Kurikulum Teknikal dan VokasionalJabatan Pendidikan Teknikal

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tempat : Kota Kinabalu, Sabah,Tarikh :1hb hingga 5 hb. Julai 2002

Disediakan oleh :Pn.Sarifah bte Hj.Daud

Sek.Men. Keb.Teknik, Bukit Piatu, Melaka.

PEMBINAAN

OBJEKTIF 

Menyatakan konsep pembinaan dalam Kejuruteraan Awam,

Menyatakan proses kerja bagi setiap peringkat dalam pembinaan.

Menghuraikan setiap peringkat yang terlibat dalam proses pembinaan.

Menyatakan Pihak Berkuasa dan Kakitangan Teknikal yang terlibat dalam proses pembinaan.

Menerangkan peranan Pihak Berkuasa Tempatan dan Kakitangan Teknikal yang terlibat dalam proses pembinaan.

Menghuraikan setiap peringkat kerja yang terlibat dalam proses pembinaan.

8ISI KANDUNGAN

3.1 PENGENALAN

3.2 PROSES PEMBINAAN

3.3 PIHAK BERKUASA YANG TERLIBAT DALAM PEMBINAAN

3.4 KAKITANGAN TEKNIKAL YANG TERLIBAT DALAM PEMBINAAN

PEMBINAAN

KEWANGAN KONTRAKTOR PERUNDING KAKITANGAN TEKNIKAL

PEMBEKAL BAHAN DAN ALATAN

PEMAJU/KLIEN PIHAK BERKUASA

KEJURUTERAAN PEMBINAAN : Bidang yang menjalankan aktiviti pembinaan pembangunan dan infrastruktur untuk kegunaan manusia sejagat. Melibatkan Pihak Berkuasa swasta & awam dan Kakitangan Teknikal

PENGENALAN

PROSES PEMBINAAN

Perlaksanaan aktiviti pembinaan projek Kejuruteraan Awam

bermula daripada perbincangan antara Perunding dengan klien

sehingga projek siap dibina oleh kontraktor dan diserahkan

kembali kepada klien.

PERINGKAT PERANCANGAN

PERINGKAT PERANCANGAN

PERINGKAT ANALISIS DAN REKABENTUK

PERINGKAT ANALISIS DAN REKABENTUK

PERINGKAT PENGURUSANPERINGKAT PENGURUSAN

PERINGKAT PEMBINAAN

PERINGKAT PEMBINAAN

PERINGKAT PENYERAHAN

PERINGKAT PENYERAHAN

PROSES PEMBINAANPROSES PEMBINAAN

PERANCANGAN

PERINGKAT PERANCANGANPERINGKAT PERANCANGAN

KAJIAN KENUNGKINAN

KAJIAN KENUNGKINAN

PERUNTUKAN KEWANGAN

PERUNTUKAN KEWANGAN

MELANTIK PERUNDINGMELANTIK

PERUNDING

• Peta Topo• Peta geologi• Rekod Perlombongan• Sesalur kemudahan• Laporan kaji cuaca• Paras pasang surut air• Pelan kawasan pembinaan yang lalu• Data-data lubang jara yang lalu• Gambar udara

Individu Institusi Kewangan

Jurutera AwamJuru Ukur Bahan ArkitekJurutera ElektrikJurutera MekanikalJuru Ukur Tanah

Kajian Kemungkinan

Terdiri daripada kajian prakemungkinan dan kajian kemungkinan Penyiasatan awal sebelum sesuatu pprojek pembinaan dilaksanakan Tujuan untuk memastikan kesesuaian projek daripada aspek kejuruteraan, ekonomi dan kesan alam sekeliling (EIA). Kajian dibuat berdasarkan data dan maklumat daripada Pihak Berkuasa dan lawatan tapak bina.

Peruntukan Kewangan

Wang sendiri Pinjaman melalui institusi kewangan Kombinasi kedua-duanya sekali,

Perlantikan perunding

Perunding terdiri daripada Jurutera Awam, Arkitek, Jurutera Mekanikal, Jurutera Elektrik, Juru Ukur Bahan dan Juru Ukur Tanah

PERINGKAT ANALISIS

Memilih Tapak

Mengukur Tapak

Menyiasat Tanah

Merekabentuk binaan

Menyediakan Lukisan dan Spesifikasi Kerja

Maklumat hasil penyiasatan tapak perlu dianalisis sebelum kerja mereka bentuk struktur binaan dijalankan.

Anggaran Kos

Tapak

MEMILIH TAPAK

Faktor Pemilihan :

Kedudukan dan keluasan tapak bina Bentuk muka bumi Infrastruktur dan kemudahan awam sedia ada

MENGUKUR TAPAK

Berdasarkan peta topo dan peta geologi, kedudukan,lokasi tapak bina dan batu sempadan ditentukan . Kerja ukur dilakukan untuk mendapatkan keluasan tapak, aras bumi dan aras grid untuk menentukan profil tanah tapak binaan.

Siasat dan rekabentuk

MENYIASAT TANAH

Tujuan :

Mengenal pasti lapisan tanah dan kekuatan tanah Mendapatkan maklumat setiap lapisan tanah seperti jenis tanah, sifat tanah, kekerasan tanah dan kedalaman batu dasar dipelbgai lokasi dan kedalaman tapak bina cadangan Menentukan aras air bumi dalam tanah , tekanan air dan teknik merendahkan aras air bumi Membuat analisis maklumat terperinci untuk tujuan merekabentuk struktur binaan yang selamat dan ekonomi.

MEMBUAT REKABENTUK BINAAN

Terdapat tiga peringkat rekabentuk : Rekabentuk Arkitek, Rekabentuk Struktur

Rekabentuk Kejuruteraan Awam

Lukisan dan kos

MENYEDIAKAN LUKISAN DAN SPESIFIKASI

Hasil rekabentuk digunakan untuk menyediakan lukisan kerja.Lukisan kerja terdiri daripada : Lukisan rekabentuk Lukisan struktur Lukisan perkhidmatan

LUKISAN KERJADokumen Spesifikasi : Spesifikasi Piawaian kerja Spesifikasi Adendum

SPESIFIKASI BAHAN &PEMBINAANANGGARAN KOS

Anggaran kos projek dibuat berdasarkanlukisan kerja dan spesifikasi piawaian kerjadalam bentuk : senarai kuantiti harga gumpalan

ANGGARAN KOS

PELAN SISTEM PENDAWAIAN SEBUAH BANGLO

-Luksian kerja

LUKISAN KERJA

PELAN SISTEM PERPAIPAN SEBAHAGIAN RUMAH

PENGURUSAN

MENDAPATKAN MAKLUMAT

PENAWARAN TENDER

MENDAPATKAN PEKERJA

MENDAPATKAN BAHAN DAN PERALATAN

Semua maklumat yang telah dianalisis dan direkabentuk dibukukan dalam bentuk ‘Dokumen Tender.’ Dalam dokumen tender, syarat-syarat kontrak dan borang perjanjian kontrak disertakan berdasarkan aspek kualiti pengurusan projek iaitu pengurusan masa, kualiti kerja dan kos perlaksanaan.

MENDAPATKAN MAKLUMAT Maklumat yang terkumpul dalam dokumen tender digunakan untuk tujuan : penawaran tender penentuan harga projek oleh kontrakktor bagi mendapatkan tender

PENAWARAN TENDER

Tawaran dibuat dalam bentuk : Tawaran Terbuka Tawaran Terhad Tawaran Perundingan / Prakelayakan

Bergantung kepada jenis kerja dan bentuk tawaran yang dikeluarkan Penawaran tender diiklankan dan dokumen tender dijual pada kontraktor yang berminat. Setelah tawaran tender ditutup, Lembaga Tender membuat penilaian dan memilih kontraktor yang layak Kontraktor terpilih dianugerah kontrak pembinaan dan perjanjian atau kontrak ditandatangani antara klien dengan kontraktor .

Kontraktor terpilih perlu membuat perancangan kos dan jadual kerja pembinaan dalam bentuk carta contohnya Carta Gantt

Maklumat

pekerja

MENDAPATKAN PEKERJA

Kontraktor melantik beberapa sub-kontraktor bagi tujuan pembinaandan mendapatkan pekerja binaan mengikut peringkat kerja dan jenis pekerjaan di tapak bina.

Kerja tapak : Membersih tapak, menjajar dan memasang pancang tapak projekPekerja Juruukur, Pekerja Am

Kerja membina struktur : Merangkumi kerja binaan struktur daripada asas hingga ke bumbungTukang : keluli, konkrit, logam dan kaca, kayu, bata, Pekerja Am.

Kerja kemasan : Merangkumi kerja kemasan dinding, lantai dan silingTukang : lepaan, cat, bumbung, kayu

Kerja elektrik dan jentera : Kerja yang berkaitan dengan elektrik dan jenteraPekerja Pendawai Kabel, Pengendali Loji, Mekanik, Pembantu Pengendali Loji

Bahan dan alatan

MENDAPATKAN BAHAN DAN PERALATAN

Kontraktor perlu memastikan setiap sub-kontraktor mendapatkan bekalan bahan binaan yang mencukupi dan tepat pada masanya.

Perancangan pembelian bahan binaan perlu dibuat dengan teliti berdasarkan spesifikasi kerja.

Bahan perlu disimpan dengan baik di stor alatan dan diurus dengan betul.

Peralatan ringan dibeli dan jentera berat dibeli atau disewa.

PEMBINAANPERINGKAT PEMBINAAN

PEMBINAAN STRUKTUR MELENGKAPKAN KEMUDAHAN

Persediaan untuk membina

Kerja tanah

Pembinaan substruktur

Pembinaan superstruktur

Melengkapkan sistem perpaipanMelengkapkan sistem elektrikMelengkapkan sistem perhubunganMelengkapkan sistem penyaman udara

Sedia membina

Bersih tapak

Laluan keluar masuk/Jalan semenrata

Tempat letak kereta sementara

Pejabat tapakStor bahan dan alatanPondok kawalanTempat kediamankantin

Tempat simpanan bahan :o keluli tetulang & strukturo cerucuk keping dll.

Pagar dan dinding

Papan tanda keselamatan

Papan tanda projek

Keperluan asas :o elektriko airo telefonro sanitari dll

Kerja tanah

ARAS FORMASI PROFIL TAPAK BINA

ARAS GARISAN DASAR DATUM

KERJA PEMOTONGAN

KERJA PENAMBAKAN

Subsruktur

Substruktur : semua bahagian binaan yang terletak di bawah aras permukaan tanah (bumi) atau membran kalis lembap.

Kerja pembinaan : Kerja cerucuk (jika perlu), tapak asas, tunggul tiang, tingkat bawah tanah dan lapisan asas

-keratan rentas

Lapisan konkrit

Lapisan asas batu pejalMembran kalis lembab

Tapak asas

Rasuk bumiAras Bumi

KERATAN RENTAS SUBSTRUKTUR

PEMBINAAN SUBSTRUKTUR

Pancang tanda

Pancang ukur

Pancang aras/ Datum

Pengorekan lubang asas

Cerucuk

PenahanPerparitan

Acuan asas

Tetulang asas / tunggul tiang

Konkrit asas

-Pembinaan subs

SuperstrukturSemua anggota struktur yang terletak di atas superstruktur iaitu di bahagian atas aras bumi termasuk rasuk bumi dan lantai bawah padu.

Komponen Superstruktur

Rasuk bumi

tiang

Lantai

Rasuk tingkat atas

Tiang tingkat atas

Lantai tingkat atas

Rasuk bumbung

Dinding

Tangga

Tingkap/ Pintu

Siling

Penutup Bumbung

Kerja kemasan

M.Kemudahan-dlm bangunan

Semasa kerja pembinaan struktur sedang dijalankan, kemudahan asas dalam bangunan disediakan.

Kemudahan Asas

Sistem Penyamanan Udara

Sistem Bekalan Air Bersih

Sistem Bekalan Elektrik

Sistem Perhubungan / Telekomunikasi/ Multimedia

Sistem Bomba

Sistem Pembersihan air sisa

Dalam Bangunan

-luar bangunan

Setelah bangunan siap, kemudahan asas luar bangunanDisediakan.

Kemudahan Asas

Papan Tanda - Nama Kawasan Binaan - Jalan masuk

Jalan raya

Saliran

Landskap

Pembersihan Tapak

PIHAK BERKUASA

Pihak Berkuasa Tempatan

Pejabat Tanah dan Galian

Jabatan Kerja Raya

JKR)Jabatan Alam Sekitar

Jabatan Bomba dan Penyelamatan

Pihak Berkuasa Air

Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Jabatan Pengairan dan Saliran

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)

Telekom Malaysia Bhd

Jabatan Pembetungan

3.3.1: Pihak Berkuasa Tempatan

• Bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan Ialah :

a. Meluluskan pelan susun atur tapak dan pelan banggunan.

b. Mengawasi dan memastikan projek binaan mematuhi undang-undang,akta dan peraturan yang telah ditetapkan

c. Bertanggungjawab mengeluarkan Sijil Kebenaran Pekerjaan ( Certificate of Fitness for Occupation) dan Sijil Kebenaran Menduduki (Certificate of Fitness)

3.3.2 :Pejabat Tanah dan Galian• Peranan Pejabat tanah dan Galian ialah :

a. Memproses dan meluluskan permohonan penyerahan balik dan memberi hak milik semula tanah,pecah sempadan dan pembahagian tanah,pindah milik,menggadai dan memajak tanah.

b. Meluluskan pertukaran penggunaan tanah untuk kegunaan awam.

c. Menyelesaikan hak milik tanah.

3.3.3 : Jabatan Kerja Raya

• Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan agensi kerajaan yang terbesar. Antara peranan JKR adalah:

a. Meyediakan pembangunan infrasturktur dan kemudahan awam khususnya jalan raya,bekalan air,banggunan,lapangan terbang,pelabuhan,dermaga dan lain-lain.

b. Merancang,mereka bentuk dan membina projek infrasturktur.

c. Menguruskan kerja operasi dan selenggara jalan raya,bekalan air dan banggunan khas pejabat kerajaan

d. Memberi khidmat nasihat teknologi pembinaane. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan

di peringkat persekutuan,negeri dan daerah

3.3.4 : Jabatan Alam Sekitar

• Antara peranan Jabatan Alam Sekitar ialah :

a. Meluluskan Laporan Penilaian Kesan ke Atas Alam Sekeliling (EIA) bagi sesuatu projek pembinaan yang memenuhi peraturan berikut: - Mengikut konsep pembangunan projek - Mempunyai kawalan penyediaan tapak dan kerja tanah.

b. Memastikan syarat-syarat kelulusan laporan EIA dijadikan sebahagian daripada dokumen tender.

c. Memastikan klien mematuhi perintah EIA.

3.3.5 : Jabatan Bomba dan Penyelamat• Ia berperanan dari mula daripada perancangan

projek,antara peranan jabatan ini ialah :

a. Menentukan dan mencadangkan keperluan pekakas bomba berdasarkan pelan serta laluan yang diperlukan kebakaran serta tindakan menyelamat

b. Memastikan kemudahan bekalan air terdapat di kawasan yang akan dibina.

c. Menyemak,mengesahkan dan memastikan pelan banggunan dan pelan mekanikal dan elektrikal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

d. Memeriksa dan menguji sistem pencegahan kebakaran yang telah dilengkapkan.

e. Mencegah dan memadam kebakaran

3.3.6 Pihak Berkuasa Air

• Bertanggungjawab menyelenggara aktiviti pembekalan air,antara peranannya ialah :

a. Meluluskan permohonan bekalan air bersih untuk pembinaan.

b. Menyediakan bekalan air yang mencukupi,bersih dan selamat,bagi keperluan domestik atau perindustrian.

3.3.7 :Tenaga Nasional Berhad

• Peranannya ialah :

a. Merancang dan menyediakan sistem bekalan elektrik bagi memenuhi keperluan projek pembinaan.

b. Melaksanakan pembinaan infrasturktur bekalan.

c. Membekalkan bekalan elektrik yang mencukupi dan selamat.

3.3.8 : Jabatan Pengairan dan Saliran

• Di antara peranannya adalah :

a. Menyediakan infrasturktur bekalan pengairan dan saliran.

b. Melengkapkan saluran sungai,mencegah pemendapan,mendalamkan dasar sungai,mengemaskan rangkaian sungai dan lain-lain lagi.

3.3.9 : Lembaga Pembangunan industri Pembinaan / Contruction Industry Development Board) (CIDB)

• Ia bertanggungjawab terhadap pembangunan industri pembinaan negara,serta menghasilkan pembinaan yang berkualiti tinggi.

• Peranan lembaga ini ialah :

a. Memajukan dan menggalakan pembangunan,pembaikan dan pengembangan industri pembinaan

b. Memajukan,menggalakn dan membantu eksport perkhidmatan yang berhubung dengan industri pembinaan.

c. Memajukan,menggalakan dan mengusahakan penyelidikan yang berkait dengan industri pembinaan.

3.3.10 : Telakom Malaysia Berhad TELEKOM

• Peranan Utama telekom ialah :

a. Menyediakan infrasturktur dan perkhidmatan telekomunikasi serta multimedia (Multi Super Coridor).

b. Meluluskan dan menyediakan talian tetap,rangkaian telefon domestik dan perindustrian.

c. Menyediakan sistem rangkaian telekomunikasi seperti telefon mudah alih,rangkaian telekomunikasi

d. Menyediakan sistem data dan rangkaian antarabangsa dengan penggunaan satelit.

3.3.11 : Jabatan Pembetungan

• Antara peranan dan tanggungjawab Jabatan Pembentungan ialah :

a. Meluluskan pelan perancangan reka bentuk dan mengesyorkan Sijil Kebenaran Menduduki yang melibatkan pembengan.

b. Mengawal selia perkhidmatan pembentungan.

a. Menyediakan dasar,piawaian dan spesifikasi bagi kelulusan dan pemasangan sistem pembentungan.

K/TANGAN TEKNIKAL

Jurutera Awam

Arkitek

Jurutera Mekanikal

Jurutera Elektrik

Juru Ukur Bahan

Juru Ukur Tanah

Pembantu Teknik

Juruteknik

Peluis Pelan

Pekerja Mahir

PERUNDINGKontraktor

KLIEN