Pembinaan Item Objektif

Post on 12-Jun-2015

1.109 views 7 download

Transcript of Pembinaan Item Objektif

PEMBINAAN ITEM PEMBINAAN ITEM OBJEKTIFOBJEKTIF

Ahli Kumpulan

Loo Mei YeeMohd. Sobri Musa

Nik Mohd Arif Mohd RifingKDP 14 MINGGU OUM IPIK 2009

Pensyarah : Pn. Haslina Japri

PEMBINAAN ITEM PEMBINAAN ITEM OBJEKTIFOBJEKTIF

PEMBINAAN ITEM BERANEKA PILIHANPEMBINAAN ITEM BETUL SALAHPEMBINAAN ITEM MENGISI RUANG KOSONGPEMBINAAN ITEM PADANAN

Item/soalan objektif bermaksud item/soalan yang mempunyai jawapan tepat/tertentu/spesifik

PEMBINAAN ITEM BERANEKA PILIHAN

ITEM ANEKA PILIHAN

Soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan.

Soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan.

Soalan yang mengandungi jawapan pilihan, yang biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain lagi.

Stem

Stimulus

Jawapan Pilihan

Terdapat 9 prinsip penyediaan soalan berbentuk Terdapat 9 prinsip penyediaan soalan berbentuk aneka pilihan iaitu :-aneka pilihan iaitu :- Arahan hendaklah jelas. Ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”. Perkataan sepunya tidak diulang-ulang (contoh 1) Jawapan hendaklah munasabah. Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang Jawapan pilihan perlu dikurangkan. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud satu sistem susunan jawapan pilihan.

Contoh soalan item aneka pilihan :-1. Dalam tindakan refleks, impulse dihantar ke saraf tunjang oleh:a) Efektorb) Reseptorc) Neuron deriad) Neuron perantaraan

2. Antara berikut, yang manakah peranan seorang usahawan kepada masyarakat dan

negara?I. Menghasilkan barangan berkualiti.II. Menyumbang terhadap perkembangan politik.III. Mengembangkan industri sedia ada.

A. I dan II sahaja.B. II dan III sahaja.C. I dan III sahaja.

PEMBINAAN ITEM BETUL SALAH

Item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus (jika ada), pernyataan dan jawapan pilihan yang berbentuk “Betul” atau “Salah”.

sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar menentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah betul atau salah/palsu

8 PRINSIP PENYEDIAAN SOALAN ITEM “BETUL- SALAH”Arahan hendaklah jelas

Pernyataan hendaklah ditulis secara padat

Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak

Aras kesukaran setiap soalan perlu setara

Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau yang jelas salah

Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah

Elakkan mengguna perkataan “selalu” atau “tidak pernah” dalam pernyataan

Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan pernyataan yang salah,

Contoh soalan item betul-salah :-

1. Tandakan (b) pada pernyataan yang betul dan ( s) pada pernyataan yang salah dalamkotak yang disediakan.

David Beckham adalah ketua pasukan bola sepak Wales.

Nicol David adalah merupakan perenang negara paling unggul.

Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi di Selatan Thailand.

2. Gunung yang paling tinggi di Malaysia terletak di negeri Pahang.A. BetulB. Salah

PEMBINAAN ITEM MENGISI RUANG KOSONG

Terdiri daripada dua (2) bahagian, iaitu stimulus (jika ada) dan pernyataan yang mengandungi ruang kosong untuk diisi pelajar Amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat

6 PRINSIP PEMBINAAN ITEM MENGISI RUANG KOSONG6 PRINSIP PEMBINAAN ITEM MENGISI RUANG KOSONG

☼ Arahan hendaklah jelas

☼Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat

☼Aras kesukaran setiap soalan perlu setara

☼Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang penting sahaja

☼ Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong

☼Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan/ayat

Contoh soalan mengisi ruang kosong :-

1. Dalam tindakan refleks, impulse dihantar ke saraf tunjang oleh __________.

2. Tiga warna utama yang telah dipelajari dalam kelas sains ialah _______________,

______________ dan ______________.

PEMBINAAN ITEM PADANAN

• Terdiri daripada dua (2) set maklumat yang perlu dipadankan oleh pelajar.

• Maklumat ini mungkin terdiri daripada perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan

• Pastikan maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan/ hubungan dengan maklumat dalam set kedua

6 PRISIP ITEM PADANAN

Arahan hendaklah jelas

Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat

Aras kesukaran bagi setiap perkaitan perlu setara

Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan padanannya

Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan

Bilangan padanan tidak terlalu banyak

Padankan simpulan bahasa berikut dengan maknanya.

Simpulan Bahasa Makna

Tangkai jering Bersiar-siar

Ayam tambatan Suka menolong orang lain

Makan angin Orang yang boleh diharap

Ringan tulang Orang yang kedekut

CONTOH SOALAN PADANAN :-