Post on 18-Feb-2018
Proceeding International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017
51
PENANAMAN PADI KAEDAH SRI UNTUK TRANSFORMASI
EKONOMI MASYARAKAT DESA
Febri Doni & Wan Mohtar Wan Yusoff
Abstrak: Padi yang ditanam secara konvensional pada masa kini dilanda pelbagai penyakit dan tidak tahan
kepada ancaman serangan perosak dan cuaca buruk. Keadaan ini mengakibatkan pengeluaran padi negara
Malaysia boleh merosot. Tambahan pula, sehingga kini, Malaysia masih mengimport sebahagian besar
daripada keperluan beras negara. Masyarakat desa yang dulunya berdikari melalui adanya stok beras sendiri
kini bergantung kepada pembelian beras sepenuhnya untuk memenuhi keperluan keluarga. Skim tanaman
tunggal (monoculture) berbanding sistem pertanian berkepelbagaian menjadi cabaran bagi pencapaian
kedaulatan makanan untuk keselamatan bekalan makanan di Malaysia. Transformasi pertanian amat
diperlukan untuk mencapai jaminan bekalan makanan negara sepenuhnya. Transformasi ini boleh dilakukan
melalui penglibatan golongan petani kecil. Agroekologi merupakan alternatif utama bagi pengembalian
kepada suasana masyarakat tempatan yang berdikari serta penjaminan pemuliharaan dan penjanaan sumber
asli pertanian yang berbiodiversiti tinggi, pengeluaran makanan sihat yang dihasilkan melalui penggunaan
input yang rendah serta pemerkasaan masyarakat desa. Kaedah System of Rice Intensification (SRI)
merupakan kaedah yang memiliki impak besar dalam usaha mewujudkan kemapanan pertanian padi ke arah
merealisasikan ekonomi hijau. Kajian berdasarkan percubaan petani di lapangan menunjukkan bahawa SRI
dapat memberi hasil dan produktiviti ekonomi tinggi. Kaedah ini dapat digunakan oleh petani kecil dalam
memenuhi keperluan beras keluarga sendiri malah juga untuk negara. Beberapa peluang dan cabaran bagi
memperluaskan amalan SRI di Malaysia dibincang.
Kata kunci: SRI, Transformasi Ekonomi, Masyarakat Desa
PENGENALAN
Jumlah penduduk dunia semakin meningkat dan menyebabkan tekanan terhadap bekalan air dan
tenaga untuk kegunaan seharian, industri mahupun pengeluaran makan. Contohnya, 90% kawasan
penanaman padi adalah di Asia dan beras merupakan makanan ruji utama dunia (Wang, et al 2012).
Pengeluaran padi untuk memenuhi keperluan penduduk di Asia yang merupakan sebanyak 90%
penggunaan beras dunia menjadi suatu cabaran oleh kerana terdapatnya kekurangan air dan tanah
(Hazell 2010). Keadaan ini telah menyebabkan makanan perlu diimpot atau dihasilkan dengan cara
penggunaan air yang sedikit. Tren pengeluaran makanan pada masa kini amat menjejaskan
kesejahteraan sekitaran dan jika berterusan akan menimbulkan krisis di kebanyakan negara di dunia
(Molden 2007). Kini konsep kedaulatan makanan (food sovereignty) dan pertanian berasaskan
agroekologi telah mendapati perhatian di kalangan penyelidik dan penggubal dasar oleh kerana
pendekatan ini telah berjaya membawa perubahan positif dari segi ekonomi, sekitaran dan politik
masyarakat tani kecil, komuniti luar bandar malah juga penduduk bandar. Paradigma agroekologi
tersebut bertumpu kepada pengembalian suasana masyarakat tempatan yang berdikari,
pemuliharaan dan penjanaan sumber asli pertanian yang berbiodiversiti tinggi, pengeluaran
makanan sihat yang dihasilkan mengguna input yang rendah serta pemerkasaan masyarakat desa
(Altieri & Toledo, 2011). Ianya juga sesuai dengan pendekatan yang menitikberatkan kaitan rapat
di antara kesejahteraan hidup lestari (sustainable livelihood) dengan jaminan makanan (FAO,
2011). Berdasarkan kajian International Water Management Institute (IWMI), UNEP menyarankan
supaya pengeluaran makanan yang berasaskan pengurangan penggunaan air perlu diketengahkan
untuk mengelak krisis makanan sedunia di masa depan (UNEP, 2011).
Susulan daripada persidangan Bonn pada 2011 yang mengumpulkan para penggubal dasar
negara dan pihak berkepentingan dari seluruh dunia untuk membincangkan isu jaminan makanan
Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017 Editors: Mohd Nasran Mohamad, Muhamad Razak Idris, Farid Mat Zain, Cheloh Khaegphong,
Anis Pattanaprichawong & Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani
© Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Malaysia
Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University, Thailand
ISBN 978-983-9368-79-6 (2017), http://www.icdis2017.com
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
52
sedunia, suatu dokumen polisi telah dikeluarkan yang menitikberatkan jalinan di antara jaminan
makanan dengan air dan tenaga (water, energy and food security nexus). Dokumen ini menyatakan
bahawa dalam hal masalah jaminan makanan, ia perlu dilihat dari sudut peningkatan produktiviti
dan penjagaan ekosistem sebagai asas utama penyelesaian. Di antara ruang peluang nexus (Nexus
opportunity areas) yang diutarakan ialah peningkatan pengeluaran melalui input yang sedikit
(create more with less), penghentian pembaziran bahan, meminimumkan kehilangan (hasil) dan
penggerakan pengaruh pengguna (Bonn, 2011).
Beras adalah antara makanan ruji yang paling penting di dunia, terutama di negara-negara
Asia (Wang et al., 2012). Status jaminan makanan di Malaysia amat ketara sekali. Tambahan pula
kajian mengenai tahap kesejahteraan hidup petani padi amat kurang sekali. Yusoff et al (2013)
menunjukkan bahawa kesejahteraan hidup di kalangan petani di Perlis, umpamanya, masih tidak
tercapai walaupun terlibat dalam program peningkatan hasil padi MADA. Malaysia mengimpot
beras, iaitu makanan ruji kebanyakan rakyatnya. Keperluan beras Malaysia yang dipenuhi menerusi
impot ini telah memberi impak negatif kepada pelbagai aspek kehidupan seperti sosial, ekonomi,
dan politik. Keadaan tersebut berpunca daripada polisi pertanian yang memihak kepada agrobiznes
dan agroekspot. Menurut laporan UN-OHCHR (2013), perluasan tanaman komersial terutamanya
kelapa sawit dan pengutamaan yang diberi kepada skim tanaman tunggal berbanding sistem
pertanian berkepelbagaian menjadi cabaran bagi pencapaian hak untuk makanan di Malaysia.
Perluasan corak tanaman sedemikian telah mengakibatkan impak buruk terhadap sekitaran
termasuk kadar pengurangan hutan yang tinggi, pengeluaran emisi gas dan pencemaran tanah dan
air. Walaupun kerajaan Malaysia telah mengambil langkah untuk menggalakkan amalan pertanian
lestari melalui skim akreditasi seperti Skim AmaIan Ladang Malaysia (SALM) dan MyGAP,
perhatian terhadap pengeluaran berasaskan amalan agroekologi amat kurang sekali, dan jelas
dilihat dari kekurangan program dan latihan berlandaskan agroekologi anjuran Kementerian
Pertanian dan Asas Tani (UN-OHCHR, 2013). Ini pula menunjukkan bahawa kerajaan tidak
mengambil serius saranan UN-OHCHR (2011) yang sebelum ini telah menyatakan bahawa
agroekologi menyumbang kepada pencapaian hak untuk makanan, dan terdapatnya kata sepakat
mengenai keperluan untuk beralih ke arah penggunaan input yang kurang intensif dan sebaliknya
menumpu kepada kaedah pengeluaran yang lebih intensif dari segi pengetahuan, serta segala
keputusan agronomik seharusnya berkisar kepada kesejahteraan kesihatan tanah. Kepentingan
agroekologi disambut pula oleh FAO (2011) yang menyarankan suatu model pertanian berasaskan
Intensifikasi Pengeluaran Tanaman Lestari (Sustainable Crop Production Intensification, SCPI)
yang dianggap berpotensi untuk memenuhi pengeluaran susulan permintaan bekalan makanan yang
berlipat ganda. Model ini menengahkan peranan petani kecil dalam pengurusan yang
menitikberatkan penjagaan struktur tanah dan kesihatan tanah, pengairan dan pembajaan yang
hemah dan tepat serta berpandukan pengurusan perosak bersepadu (integrated pest management,
IPM), sekali gus memungkinkan petani untuk memulihara sumber asli yang terhad, serta
mengurangkan penggunaan air dan tenaga.
Malaysia tidak mampu membiarkan keadaan kebergantungan kepada impot untuk memenuhi
keperluan makanan. Krisis makanan yang melanda dunia pada tahun 2008 telah menunjukkan tiada
negara yang terlindung daripada kejutan harga makanan global. Menurut kajian FAO (2011a),
harga makanan global akan berada di tahap tinggi. Contohnya, harga bijirin di pasaran dunia masih
dalam keadaan peringkat genting dan tidak begitu rendah berbanding harga pada tahun 2008
(RAJAH 1). Harga pasaran antarabangsa masih terdedah kepada beberapa ketidaktentuan keadaan
faktor pasaran (The World Bank Food Price Watch, 2013). Jelas transformasi pertanian amat
diperlukan untuk mencapai jaminan bekalan makanan negara sepenuhnya. Transformasi ini boleh
dilakukan melalui penglibatan golongan petani kecil (Altieri dan Toledo, 2011). Menurut FAO
(2011b), UN Special Rapporteur (2011) dan UN-DESA (2011), kaedah System of Rice
Intensification (SRI) merupakan kaedah yang memiliki impak besar dalam usaha mewujudkan
kemapanan pertanian padi ke arah merealisasikan ekonomi hijau. SRI adalah suatu kaedah
penanaman yang cuba menyerlahkan potensi genetik sepenuhnya yang ada pada genom pokok
padi. Justeru itu, SRI dapat menghasilkan fenotip yang lebih produktif bagi semua jenis genotip
padi (Oryza sativa). SRI dapat mencapai produktiviti yang lebih tinggi dari aspek tanah, buruh,
modal dan air dengan adanya khidmat makhluk tanah, terutama mikrorganisma yang memberi
manfaat kepada pertumbuhan dan kesihatan tumbuhan (Randriamiharisoa et al., 2006).
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
53
Kesejahteraan makhluk tanah memerlukan sekitaran struktur tanah yang sesuai, bahan organik,
oksigen, suhu dan kelembapan yang cukup dan sesuai untuk penyelenggaraan kesuburan dan
dinamik sistem tanah (Uphoff et al., 2005).
RAJAH 1: Indeks harga pasaran dunia menunjukkan harga makanan global, dan harga bijirin global
khususnya kini menghampiri harga yang dicecah pada masa krisis makanan global 2008.
Sumber: World Bank DECPG (2013).
Nota: Indeks Harga Makanan adalah berdasarkan harga eksport sekumpulan komoditi makanan sedunia
dihitung berasaskan panduan harga dolar US 2005= 100).
Kaedah SRI merangkumi beberapa perubahan di dalam sistem penanaman. Cara penanaman
ini mementingkan kesihatan akar. Anak padi yang sihat dan muda usianya ditanam satu-satu
dengan berhati-hati sambil memberi perhatian penuh kepada potensi pertumbuhan akar, populasi
anak padi dikurangkan, ruang diberi untuk pertumbuhan padi di bahagian atas permukaan tanah
maupun di bahagian bawah. Pengairan diatur supaya dapat memberi kesinambungan di antara
pokok padi dan akar padi serta pertumbuhan mikrorganisma tanah, dan mengelak dari keadaan
tanah tergenang air. Pengawalan rumput dilakukan beberapa kali dengan menggunakan alat yang
dikenali sebagai alat landak yang mampu menyelenggarakan rumput serta mengudarakan tanah.
Tanah diperkayakan dengan bahan berasaskan organik dalam bentuk kompos, bahan tanaman
sungkupan atau baja cecair sambil memastikan pengudaraan yang secukupnya bagi pertumbuhan
akar dan kesejahteraan mikrorganisma tanah (RAJAH 2). Walau bagamanapun terdapat juga
pengamal SRI yang mengguna baja kimia, tetapi pada kadar yang sedikit. Kaedah ini membantu
para petani untuk mengurangkan kos input disamping mencapai output yang lebih justeru ia
membantu usaha untuk mencapai jaminan bekalan negara. Kaedah ini dapat digunakan oleh petani
kecil dalam memenuhi keperluan beras keluarga sendiri malah juga untuk negara.
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
54
a) Anak benih umur 7 hari dipindah ke sawah
b) Garisan berpetak dengan jarak 30 x 30 cm dibuat secara
manual. Hanya 1 anak benih ditanam di setiap lubang
tanam. Pemindahan anak benih harus segera dibuat
dan ia ditanam cetek (tidak melebihi 1 cm dalamnya).
c) Kerja mengembur tanah (melandak) secara
manual dilakukan selang 10 hari sehingga
empat kali
d) Pengurusan air acap-acap sehingga padi mula bunting
RAJAH 2: Pengurusan System of Rice Intensification, SRI. a) a)Anak benih umur 7 hari dipindah ke sawah, b)Membuat
garisan dan memindah anak padi, c) mengudarakan tanah dan merumput d) pengurusan air
Kelebihan yang dimanfaatkan daripada kaedah SRI boleh menyokong kemapanan pertanian
beras di Malaysia. Hingga kini produktiviti beras di Malaysia masih belum mencukupi untuk
keperluan negara dan Malaysia masih lagi mengimpot beras dari negara luar. Maka amalan SRI
yang menyokong produktiviti padi perlu diperluaskan untuk mempertingkatkan pengeluaran beras,
menjaminkan bekalan makanan penduduk setempat dan demi kemajuan ekonomi negara. SRI
pertama kali dilaksanakan di Madagascar lebih dari 30 tahun yang lalu. Sehingga kini terdapat
lebih daripada 500,000 petani kini menggunakan kaedah SRI untuk meningkatkan pengeluaran
beras mereka (Uphoff, 2006). Manfaat SRI kini telah dibuktikan di 50 buah negara (Uphoff, 2013).
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
55
Usaha gigih pengamalan kaedah SRI di Malaysia bermula pada tahun 2008 semasa krisis harga
beras di Malaysia. Sejak dari itu minat kepada kaedah SRI di Malaysia telah berkembang dengan
pesat di kalangan badan kerajaan, universiti, NGO, dan sektor swasta (Uphoff dan Fisher, 2011).
Kini suatu badan NGO khusus telah ditubuhkan pada 2013 untuk menyemarakkan lagi kaedah SRI
dan agroekologi di Malaysia iaitu Persatuan Agroekologi Malaysia untuk Intensifikasi Sumber
Lestari (SRI-Mas).
Ulasan Kepustakaan
Sering kali SRI dikaitkan dengan penggunaan tenaga buruh yang tinggi. Di sebaliknya, Uphoff
(2006) menyatakan bahawa petani di China, Kemboja, India dan Sri Lanka yang menanam padi
dengan kaedah SRI dapat mengelakkan daripada pembiayaan kos buruh. Kaedah SRI tidak
memerlukan baja kimia, maka ia memungkin petani untuk mengurangkan kos pengeluaran melaui
penjimatan kos input.
Kaedah SRI tidak hanya meningkatkan hasil tanaman padi malah ia juga mesra alam dan
mampu meningkatkan biodiversiti, memberi ketahanan pokok terhadap serangan perosak dan
logam toksik seperti arsenik. Peningkatan biodiversiti bermakna petani kini lebih cenderung untuk
mencuba penanaman varieti padi tempatan yang sekian lama menghadapi kepupusan. Selain
daripada itu kualiti tanah dan kualiti air akan menjadi lebih baik akibat pengurangan penggunaan
bahan agrokimia. Menurut UN-DESA (2011) pengamalan kaedah SRI merupakan contoh inovasi
kreatif yang memilik impak besar terhadap kemapanan pertanian.
UN Special Rapporteur (2011) menegaskan bahawa adalah lebih baik jika pelaburan
bertumpu kepada petani kecil kerana kesan positif berganda daripadanya adalah ketara akibat
pertumbuhan yang berlaku apabila pendapatan petani kecil meningkat lalu merangsangkan
permintaan barangan dan khidmat pembekal tempatan. Di sebaliknya, sebahagian pendapatan estet
yang luas dibelanjakan untuk pembelian input dan peralatan yang diimpot, maka tidak memberi
kesan positif kepada ekonomi pembekal tempatan. Peningkatan produktiviti pengamal SRI di India
telah menjadi dorongan bagi keluarga petani yang menanam padi semata-mata untuk penggunaan
sendiri, terutama di kawasan tiada pengairan (Thiyagarajan dan Gujja, 2013). Berasaskan
penggunaan per kapita tahunan, kajian di timur India telah menunjukkan peningkatan jaminan
makanan sebanyak 41.8% atau penampungan selama 217 hari bagi keluarga petani yang mengamal
SRI di kawasan seluas 0 – 1 ekar dan sebanyak 126.4% peningkatan bersamaan dengan 738 hari
bagi keluasan lebih daripada 2 ekar (NABARD 2011). Percubaan penanaman SRI oleh petani
Malaysia bermula pada 2004 di Balik Pulau dan mendapat hasil sebanyak 6 tan per hektar
(komunikasi peribadi. Asarudin Ashaari). Seterusnya, pada 2008 petani mula mencuba menanam
padi secara SRI di Sabah, di Kelantan semenjak 2009 dan di Kedah semenjak 2010. Kajian ini
meninjau produktiviti padi SRI di Malaysia, kesan penanaman SRI terhadap jaminan makanan
petani kecil dan keluarga mereka dan membincang peningkatan pengeluaran beras negara melalui
kaedah SRI yang diamalkan petani keluarga/kecil.
Bahan dan Kaedah
Kajian ini bertujuan untuk meninjau produktiviti padi SRI di Malaysia dari pengalaman petani,
jaminan makanan bagi petani keluarga/kecil di Malaysia berasaskan penanaman SRI dan masa
depan amalan SRI di Malaysia. Bagi tujuan kajian produktiviti, kajian adalah berasaskan data
primer yang diambil dari percubaan petani seluas 1000 meter per segi di Kedah dan Kelantan. Hasil
yang diukur adalah setelah sawah ditanam secara SRI organik selama 5 hingga 7 musim.
Pengurusan SRI yang dijalankan di kedua-dua tempat ini mengikut kesemua prinsip SRI iaitu dari
segi aspek pembenihan, penanaman, pengurusan air, dan pembajaan yang sepenuhnya organik.
Dari segi pengawalan perosak tiada bahan yang dipakai untuk mengawalnya selain pembajaan
organik yang menyihatkan tanah dan cara penanamannya SRI itu sendiri yang menyokong
pengawalan serangan penyakit dan serangga. Kiraan hasil bagi plot di Kelantan berasaskan kiraan
komponen hasil seperti jumlah panikel per meter, berat 1000 bulir padi pada kelembapan 14% dan
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
56
jumlah bulir padi bernas per panikel. Casanova et al (2002) mendapati perkiraan hasil secara
komponen hasil berkait rapat dengan jumlah panikel, bulir bernas, kehadiran rumpai, dan
keseragaman tanaman. Dalam percubaan petani ini, penjagaan sawah begitu rapi sehinggakan
rumpai hampir tiada dan tanaman sangat seragam kerana penanaman dilakukan dengan bantuan
alat penanda jark tananaman. Maka kiraan komponen hasil sangat menggambarkan hasil sebenar.
Bagi menentukan jaminan makanan petani keluarga, data berdasarkan hasil pengeluaran dan
penggunaan makanan tahunan sekeluarga digunakan. Per kapita penggunaan beras tahunan bagi
Malaysia dijangkakan sebanyak 86.5 kg setahun bagi tahun 2014 (OECD/FAO, 2013). Perhitungan
dilakukan dengan melakukan andaian bahawa setiap satu keluarga memiliki anggota seramai 4.2
orang berdasarkan saiz purata isi rumah mengikut laporan banci Jabatan PerangkaanNegara (
2010). Maka jumlah penggunaan beras per keluarga di Malaysia adalah 363 kg/tahun. Kajian juga
berpandukan data sekunder yang didapati dari kajian kepustakaan.
Peningkatan Hasil Padi Melalui SRI
Kajian produktiviti padi telah dijalankan di Tunjung, Kelantan dan Kg. Lintang, Kedah pada tahun
2012. JADUAL 1 menunjukkan komponen hasil bagi jumlah panikel berjulat di antara 39.14 –
77.57, jumlah bulir padi bernas per panikel 105.88 – 131.64 butir dan berat 1000 bulir padi 28.80-
34.22 g. Potensi hasil padi pula berjulat di antara 7.5 hingga 19.4 tan/ha. Nilai tinggi bagi
komponen hasil padi SRI ini menyokong kajian lain yang telah dilakukan terhadap SRI. Berat bulir
padi sering mencapai 28 sehingga 34 g per 1000 butir seperti dapatan dalam kajian ini. Implikasi
dari kajian ini adalah bahawa dengan pengurusan rapi berasaskan kaedah SRI petani mampu
mendapatkan hasil yang tinggi.
Prestasi positif kaedah SRI terhadap peningkatan hasil boleh difahami dari sudut interaksi
pokok dan mikrob di dalam tanah maupun yang berasosiasi dengan bahagian pokok itu sendiri.
Anas et al (2011) telah menunjukkan bahawa pengurusan SRI boleh mempengaruhi populasi
mikrob tanah secara positif, mendatangkan aktiviti enzim lebih tinggi di dalam bahagian akar
(rizosfir) pokok SRI yang menjadi petanda ketersediaan zat makanan nitrogen (N) dan fosforus (P);
lebih unsur karbon (C ) and nitrogen (N) mikrob yang boleh mempertingkatkan lagi pengumpulan
nutrien untuk pokok dan mikrob.
JADUAL 1 : Perbandingan Pengeluaran Hasil Petani
Varieti
Padi
Tempat Corak
Penanaman
Kepadatan
tanaman per
m2
Jenis
tanah
Jumlah
Panikel
Jumlah bulir
bernas
per panikel
Berat
1000
bulir
(g)
Potensi
Hasil
tan/ha
Sumber
MR219 Tunjung
– musim 7,
Apr2012
30cmX30cm
Jajar lintang 5
9.26 Lempung
berlodak,
pH 6,
53.06 131.64 29.93 19.4 Kajian ini
n = 35
MR253 Tunjung
– musim
7,2012
30cmX30cm
Jajar lintang 5
9.26 -sama- 38.14 105.88 34.22 12.8 Kajian ini
n = 35
MR263 Kg. Lintang
musim ke 6
35cmX35cm
Kotak segi
sama
8.16 Lom
berlodak,
pH 6,
7.5 Jabatan
Pertanian
Kedah
MR219 Sawah
Sempadan
30cmX30c
m
11.11 Lempung
berlodak,
25.1 153.8 28.8 12.4 Anizan et
al (2012)
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
57
Kotak segi
sama
pH 5
Data hasil padi di Tunjung, Kelantan diperolehi dari Sunnah Tani Sdn Bhd
Produktiviti Padi SRI dan Jaminan Makanan Petani Kecil
Hasil padi SRI yang tinggi dapat menampung penggunaan beras harian petani sekeluarga walau
pun tanah yang dikerjakan tidak luas. Peningkatan produktiviti pengamal SRI di India telah
menjadi dorongan bagi keluarga petani yang menanam padi semata-mata untuk penggunaan
sendiri, terutama di kawasan tadahan hujan (Thiyagarajan & Gujja, 2013). Berasaskan penggunaan
per kapita tahunan, kajian di timur India telah menunjukkan peningkatan jaminan makanan
sebanyak 41.8% atau penampungan selama 217 hari bagi keluarga petani yang mengamal SRI di
kawasan seluas 0 – 1 ekar dan sebanyak 126.4% peningkatan bersamaan dengan 738 hari bagi
keluasan lebih daripada 2 ekar. (NABARD 2011). Jelas hasil dan produktiviti tinggi melalui
pengamalan kaedah SRI menjadi sebab mengapa kaedah SRI dapat menjadi pemacu transformasi
ekonomi masyarakat desa.
Produktiviti pertanian diukur berasaskan nisbah output kepada input pertanian (nisbah faedah–
kos). JADUAL 2 menunjukkan bahawa berasaskan andaian hasil padi yang didapati sebanyak 10
tan per hektar semusim atau bersamaan dengan beras 6.8 tan/ha semusim, jika sebuah keluarga
petani boleh mengerjakan padi secara SRI organik di plot tanah berkeluasan 1000 m persegi (0.25
ekar) selama dua musim, mereka akan mendapat hasil sebanyak 1360 kg bersamaan dengan 1367
hari keperluan beras sekeluarga iaitu 997 kg lebih daripada keperluan keluarga setahun. Malah pula
jika lebihan dapat dijual pada harga RM2.60, keluarga tersebut dapat menjual hasil lebihan
termasuk produk sampingan seperti dedak dan tenukut bernilai RM2718.00 setahun jika kerja
sawah dilakukan sendiri. Kos input adalah sangat sedikit iaitu RM1.25. Jika pengurusan melibatkan
upah keseluruhannya, maka kos pengeluaran adalah hanya RM778.50. Oleh itu produktiviti aktiviti
pertanian berasaskan SRI ini sangat tinggi dan jelas daripada nisbah faedah-kos yang bernilai 4.71.
Ghee Thean dan Mohd Mansor (2013) telah menyatakan bahawa kecekapan pengeluaran padi di
Malaysia adalah bernilai rendah iaitu nilai purata di antara 51.7 hingga 63.1%. Khai dan Yabei
(2011) menunjukkan bahawa kecekapan teknikal bergantung kepada penggunaan tenaga intensif
dalam penanaman padi, pengairan dan pendidikan. Bagchi dan Shunbo (2013) pula mendapati saiz
sawah kecil lebih cekap dari segi teknikalnya berbanding sawah berkeluasan besar. Bagi penilaian
kecekapan agihan, oleh kerana SRI bergantung kepada penggunaan benih, air yang sedikit dan baja
yang dihasilkan sendiri berasaskan bahan sisa yang terdapat di sekeliling sawah maka komponen
kecekapan agihan tersebut bagi SRI adalah tinggi. Kesemua kajian ini menyokong andaian bahawa
amalan SRI bersama penggunaannya di sawah berkeluasan kecil berpotensi untuk petani keluarga
mencapai kecekapan ekonomi yang tinggi.
Bagi masyarakat tani, produktiviti pertanian lebih berkait dengan keupayaan ladang atau
sawah untuk menampung sebahagian besar kesejahteraan hidup lestari keluarga tani. Maka suatu
ladang atau sawah yang produktif mampu membekal keperluan seperti makanan, tenaga, tumbuhan
ubat-ubatan, dan dengan secara langsung memberi jaminan bekalan makanan serta kesejahteraan
komuniti. Ini bermaksud sesebuah ladang atau sawah produktif harus diurus melalui penjagaan
sumber asli seperti biodiversiti, tanah dan air yang baik (Altieri 2009; 2004).
Pendapatan
Pendapatan petani berpunca daripada aktiviti pertanian dan aktiviti luaran. Daripada perbincangan
di atas, jelas petani keluarga/kecil dapat menghasilkan pendapatan lumayan daripada penjualan
beras putih dan hasil sampingan (tenukut dan dedak) yang terhasil dari kawasan seluas 0.1 meter
persegi sambil memenuhi keperluan beras keluarga jika petani mengamal kaedah SRI dengan baik
(RAJAH 3). Pendapatan daripada jualan beras putih dikawal semenjak 1994 (The Commissioner of
Law Revision, Malaysia 2006). Pendapatan yang lebih tinggi boleh dinikmati jika tiada sekatan ke
atas harga jualan beras putih. Bagi beras perang, terutama beras wangi, tidak terdapat sekatan ke
atas harga jualan. Pada pasaran semasa, petani dapat menjual beras perang organik pada harga di
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
58
antara RM6.00 hingga RM10.00. Pada harga RM8.00, petani dapat keuntungan sebanyak
RM7197.00 selepas tolak kos pengeluaran dari hasil jualan beras perang sebanyak 997 kg.
Pengeluaran beras boleh disepadukan dengan aktiviti pertanian lain yang saling berkait rapat
di antara satu sama lain seperti ternakan ikan dan itik di sawah, tanaman sayuran dan lain-lain
(FAO, 2000) demi mempertingkatkan pendapatan petani. Oleh kerana, persekitaran sawah tidak
lagi beracun, maka makanan yang terhasil adalah organik dan selamat dimakan dan boleh
memasuki pasaran premium. Contohnya sekilo ikan haruan mencapai RM34 se kilo di pasaran
tempatan.
JADUAL 2. Produktiviti penanaman padi SRI di plot sebesar 1000 meter per segi untuk dua musim
Nota: hasil padi berdasarkan andaian pengeluaran padi 10 tan/ha
Butir Unit Jumlah
semusim
Kadar (RM) Jumlah dua musim (RM)
Penyediaan Tanah
i) Membajak dengan pembajak kecil Jam 3 8.00 24
ii) Merata dan menyedia parit air Jam 2 8.00 32
Penyemaian 0
i) Biji benih Kg 0.5 1.50 0.75
ii) Penyedian penyemaian Jam 0.5 8.00 4.00
iii)Penjagaan penyemaian Jam 0.5 8.00 4.00
Penandaan Jam 0.5 8.00 4.00
Penanaman secara mengubah Jam 7 8.00 56
Baja organik
i) Molas Kg 0.2 2.50 0.5
ii) Sisa dapur atau ladang kitar semula Kg 1 0.00 0
Merumput/melandak manual dan aplikasi baja Jam 5 8.00 40
Kawalan air Jam 2 8.00 16
Semburan racun serangga dan rumpai Jam 0 8.00 0
Penuaian (mengetam) Jam 10 8.00 80
Memesin padi Jam 8 8.00 64
Penyelenggaraan hasil tuaian Jam 8 8.00 64
Sewa tanah m2 800 0.00 0
Jumlah Kos semusim 389.25
Jumlah Kos dua musim 778.50
Hasil padi (semusim) Kg 1000
Beras (semusim) Kg 680 2.60 1768.00
Beras (dua musim) Kg 1360 2.60 3536.00
*Nisbah faedah-kos 4.71
Lebihan untuk jualan Kg 997 2.60 2592.20
Pendapatan (kerja diupah) 1813.70
Pendapatan (kerja sendiri) 2589.70
*Pendapatan produk sampingan (dua musim) 128.00
Pendapatan (kerja sendiri) produk beras dan
sampingan 2717.70
Sumber: tinjauan lapangan.*Pengiraan nisbah faedah-kos mengambil kira hasil sampingan (dedak dan tenukut)
**Pengiraan berdasarkan kadar dan harga produk sampingan diperolehi daripada Paddytech Sdn Bhd dan Lian Tong Sdn
Bhd, Kelantan.
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
59
RAJAH 3: Lebihan hasil mengikut selepas memenuhi keperluan keluarga petani
Kepelbagaian Makanan dan Kelestarian Alam
Dalam membahaskan jaminan makanan bagi petani kecil dan keluarga petani, isu keselamatan
makanan harus dipertimbangkan. da Silva (2014) menekankan bahawa aktiviti pertanian yang
dikerjakan petani keluarga lebih bersifat berkepelbagaian maka ia seharusnya memain peranan
utama dalam mempromosikan kelestarian sekitaran, penjagaaan biodiversiti dan sumbangan kepada
pemakanan yang sihat dan seimbang.
Kaedah SRI lebih memberi tumpuan kepada pengurusan tanah dan tidak bergantung kepada
jenis benih. Dengan kaedah SRI, petani mampu mencuba pelbagai benih varieti hasil tinggi atau
benih tradisional yang mungkin mempunyai ciri-ciri tertentu yang digemari sesetengah pengguna
atau mempunyai ketahanan terhadap keadaan yang boleh memudaratkan pertumbuhan benih biasa.
Tambahan pula, oleh kerana kaedah SRI tidak memerlukan benih yang banyak, maka petani boleh
memastikan ketulenan benih yang ditanam tanpa bergantung kepada benih berdaftar. Petani bebas
memilih benih bermutu dari tanaman sendiri maka tidak tertakluk kepada kemungkinan
pembekalan benih berdaftar yang tidak berkualiti dan berpenyakit. Bagi sumber baja pula, petani
keluarga boleh membuat baja organik sendiri daripada sisa dapur atau sisa tanaman yang senang
didapati, sekaligus meminimumkan kos baja sambil membantu pengurusan kitar semula.
Penanaman SRI lebih dapat menyesuaikan kepada keadaan seperti angin kencang (Uphoff, 2007b)
kekeringan dan serangan penyakit SRI telah dibuktikan (Zhao et al, 2009). Tambahan pula
kebimbangan mengenai kandungan logam berat toksik seperti arsenik di dalam beras menjadi
tumpuan akhir-akhir ini (ConsumerReports, 2013). Beras hasil tanaman padi dalam keadaan
genangan air cenderung untuk mengandungi arsenik (Senanayake dan Mukherjib 2014). Kualiti
persekitaran yang baik melalui pengamalan kaedah SRI secara ketara boleh meransang peningkatan
produktiviti padi SRI (Krupnik et. al., 2012).
Sumbangan petani kecil kepada jaminan makanan perlu dilihat dari sudut pengeluaran
makanan, penyediaan kesejahteraan hidup dan pendapatan, sebagai cara untuk mempelbagaikan
pemakanan dan menampan ketidaktentuan harga, isu berkaitan pasaran dan kejutan lain. Akhir ini
sumbangan kepada jaminan makanan negara melalui aktiviti pertanian berskala keluarga telah
mendapat perhatian dunia dan dikenali sebagai pertanian keluarga. Pertanian keluarga memainkan
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
60
peranan ketara dalam pembasmian kemiskinan, jaminan bekalan makan dan nutrisi, peningkatan
sarahidup, pengurusan sumber asli, pemuliharaan sekitaran dan pencapaian pembangunan lestari,
terutama di kawasan luar bandar. Malah tahun 2014 telah diisytiharkan pada 21 Januari 2014, oleh
Mesyuarat Agung Badan Bersatu (UN General Assembly) sebagai Tahun Pertanian Keluarga
Antarabangsa dengan tujuan menempatkan semula pertanian keluarga di persada polisi pertanian,
sekitaran dan sosial di mana-mana agenda kebangsaan dengan mengenalpasti kepincangan dan
peluang untuk mempromosikan usaha ke arah pembangunan yang lebih seimbang dan saksama
(Japan Corporate News, 2014).
Peningkatan Pengeluaran Beras Negara Melalui SRI
Dalam pertanian, Revolusi Hijau pada mulanya telah memberi peningkatan hasil pertanian berlipat
ganda, Namun begitu, ia telah membawa kesan negatif terhadap kelestarian varieti tradisional dan
meningkatkan kebergantungan kepada baja kimia dan racun perosak sehinggakan petani lupa akan
cara-cara penjagaan sumber organik yang menjadi punca kesuburan tanah sebenar. Malah ilmu dan
cara pertanian tradisional juga telah dilupakan. Sekian lama petani mengamal teknologi penanaman
yang disyor Revolusi Hijau namun, hasil padi sukar meningkat lagi, walhal pencemaran sekitaran
dan kesihatan petani merosot akibat penggunaan baja kimia dan racun. Revolusi Hijau bergantung
kepada teknologi benih baru dan input luaran, kesemuanya menyebabkan kos pengeluaran
meningkat.
Dengan adanya kelebihan dari segi produktiviti dan lain-lain, maka kini terdapat beberapa
negara pengeluar beras dunia seperti Indonesia dan India yang telah mengambil serius untuk
memperkembangkan kaedah SRI kepada petani mereka. Penanaman padi menggunakan kaedah
SRI telah berjaya meningkatkan pengeluaran padi di Kemboja (Channthla, 2009; Koma, 2011),
Indonesia (Sato et al, 2011) , China (Chen et al 2013: Zhao et al 2009) , India (Thiyagarajah dan
Gujja, 2013), Filipina (PNA. 2013), Sri Lanka dan beberapa buah negara lagi. Di daerah Damoh
district, Uttar Pradesh (India) petani telah meningkatkan hasil pengeluaran padi dari 2 ton kepada 8
½ ton per hektar. Bihar pula adalah tempat amalan SRI yang paling keterhadapan. Keluasan
penanaman SRI di Bihar kini meningkat daripada 30 hektar pada 2007 menjadi 135,000 hektar
pada 2012 (Editor in Crops, 2013). Kini lebih daripada 50 negara telah mengamal SRI samaada
kecil-kecilan atau secara meluas (http://sri.ciifad.cornell.edu/countries/index.html). Di Indonesia
SRI mencapai keluasan sebanyak 178,055 hektar pada tahun 2013 (Rahman, 2013). Petani yang
telah mencuba menggunakan kaedah SRI boleh mendapatkan hasil sehingga 22 tan per hektar
(Diwakar et al 2012). Tech (2004) melaporkan bahawa 120 petani di Kemboja yang telah
menggunakan kaedah SRI selama tiga tahun boleh mendapatkan dua kali ganda hasil padi. Pada
tahun 2013, Menteri Pertanian Perhutanan dan Perikanan Kemboja telah melaporkan bahawa
amalan SRI di negaranya telah dipraktikkan hampir 200,000 keluarga tani dengan peningkatan
hasil sebanyak 50 hingga 100% sementara kos pengeluaran rata-rata menurun
(http://sri.ciifad.cornell.edu/countries/cambodia/#overview).
Di Malaysia, pengeluaran hasil padi hanya 4 tan/ha pada 2012 (FAOSTAT) dan banyak lagi
tanah terbiar yang boleh diusahakan untuk penanaman padi. Penyebaran cara penanaman SRI
masih di peringkat awal. Walau bagaimanapun, SRI sudah mula menarik minat di kalangan
sesetengah petani. Sunnah Tani Sdn Bhd di Tunjung, Kelantan dan Koperasi Agro Belantik Sik
Bhd di Kg. Lintang sudah mengamal dan menjual produk beras SRI yang ditanam secara organik.
Beberapa initiatif penanaman SRI secara meluas dan melibatkan ramai petani keluarga dijangka
bermula di Alab Lanas dan Penampang (Sabah), Kg. Pesagi (Pahang), Baling dan Sik (Kedah) dan
Kg. Kesang Tasek (Johor). Kini, Jabatan Pertanian Sik dan IADA Seberang Perai memberi
sokongan untuk merapatkan petani kepada SRI di kawasan masing-masing.
Peluang dan Cabaran Penyebaran SRI di Malaysia
Malaysia masih bergantung kepada teknologi Revolusi Hijau dan mengimpot lebih daripada 30 %
keperluan beras negara. SRI mampu meningkatkan pengeluaran beras negara. Oleh kerana,
pengurusan SRI sesuai bagi petani yang ingin mengurangkan penggunaan racun dan baja kimia
berlebihan, ia juga mula mendapat perhatian daripada Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
61
Pertanian Persekutuan. Dengan adanya pensijilan amalan ladang baik, MyGAP, yang bertanda aras
antarabangsa dan bersifat lebih komersial, petani lebih berpeluang untuk memasarkan produk
tempatan termasuk beras SRI kepada pengguna yang mementingkan jaminan keselamatan makanan
dan pasaran antarabangsa.
SRI telah bertapak di lebih daripada 50 negara di dunia. Banyak pedoman yang boleh
dipelajari daripada pengalaman yang di negara-negara ini bagi meningkatkan kaedah SRI di
Malaysia. Pengembangan SRI berkesan menghadapi tiga kumpulan pihak berkepentingan, a) petani
b) pegawai dan c) kerajaan. Di peringkat petani, Rao et al (2007) telah mengenalpasti faktor
dorongan untuk penerimaan SRI. Di antaranya ialah hakikat bahawa dengan amalan SRI manfaat
boleh diperolehi daripada kadar benih rendah, kurang penggunaan air, lebih banyak panikel
produktif, pengurangan serangan perosak dan penyakit, kesesuaian untuk membiak baka benih
sendiri, berat bulir tinggi dan kualiti benih yang baik. Manakala perkara yang sering menghindar
petani dari amalan SRI pula ialah masa yang panjang untuk kerja menggembur (melandak) tanah,
kesulitan mengubah anak benih muda, kesulitan pengawalan yang memerlukan persilangan kering-
basah, ketiadaan bahan organik, keperluan pekerja mahir, dan ketiadaan alat pertanian yang sesuai.
Isu tenaga buruh agak runcing di Malaysia berbanding negara lain. Rajah 2 menunjukkan bahagian
pertanian di dalam jumlah tenaga buruh keseluruhan Malaysia berada di tahap kurang daripada
20% dan kian menurun. Kebiasaan petani dengan penggunaan jentera untuk pengurusan sawah
menyebabkan petani tidak begitu sanggup untuk mengerjakan sawah secara fizikal sendiri.
Rajah 2: Kaitan tenaga kerja sektor pertanian dan keluarandalam negara kasar, KDNK. Diubahsuai
daripada De Janvry dan Sadoulet (2010)
Thiyagarajan dan Gujja (2013) juga menyatakan bahawa kefahaman prinsip SRI yang rendah
dan keperluan pemerhatian dan pemantauan yang lebih rapi adalah di antara penyebab utama petani
tidak berminat untuk mengamal SRI. Seperti kaedah baru yang lain petani mungkin akan mencuba
kaedah ini buat seketika dan mungkin juga tidak akan meneruskannya di atas sebab-sebab tertentu.
Maka sokongan teknikal dan dorongan berterusan selama beberapa musim perlu dilakukan untuk
mengubah cara pengurusan tanaman padi oleh petani.
Telah menjadi lumrah bahawa SRI di kebanyakan negara di dunia bermula dari usaha badan
bukan kerajaan dan petani yang ingin perubahan progresif, dan di sebaliknya terdapat kurang
layanan dari pihak kerajaan atasan. Bersama badan bukan kerajaan lain, jabatan pertanian daerah,
penyelidik universiti dan aktivis petani, Semenjak tahun 2013 ditubuhkan, Persatuan Agroekologi
Malaysia untuk Intensifikasi Sumber Lestari (SRI-Mas) telah bergerak untuk menyebar SRI
melalui pelbagai cara termasuk ceramah, latihan, bengkel dan persidangan.
FAO (1998) mencadangkan kempen pengembangan strategik bagi inovasi pertanian seperti
IPM. Kempen pengembangan strategik merangkumi beberapa kaedah inovatif seperti penggunaan
media tv, radio dan ICT. Kempen pengembangan strategik juga boleh digunapakai untuk
pengembangan SRI (Thiyagarah dan Gujja, 2013). Di Filipina pula, selain mempertingkatkan
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
62
latihan SRI, persatuan SRI-Pilipinas sedang menjalankan pertandingan hasil SRI paling tinggi
untuk menarik minat petani. Sehingga kini, seramai 115 orang peserta telah mengambil bahagian
dalam pertandingan SRI organik di seluruh negara Filipina pada tahun 2013, diseliai pegawai
Jabatan Pertanian, pegawai daerah dan persatuan SRI-Pilipinas. SRI mendapat sokongan di Filipina
apabila kerajaan Filipina mengambil pendekatan untuk menyokong pertanian organik
(http://sri.ciifad.cornell.edu/countries/philippines/index.html. )
Kajian ini telah menunjukkan bahawa SRI sangat berkait rapat dengan pertanian keluarga.
Menurut, Bangsa-bangsa Bersatu (UN), terdapat beberapa faktor yang boleh menjaminkan
kejayaan pembangunan pertanian keluarga di peringkat kebangsaan seperti: ciri agro-ekologi dan
wilayah, sekitaran polisi, akses kepada pasaran, akses kepada tanah dan sumbr asli, akses kepada
teknologi dan khidmat pengembangan, akses kepada kewangan, demografi, keadaan ekonomi dan
sosio-budaya, ketersediaan pelajaran khusus, dan lain-lain. Di Malaysia, kebanyakan faktor yang
disebut di sini mempunyai ciri yang tidak memihak kepada pembangunan keluarga petani.
Contohnya, pasaran beras bersifat monopoli dan tidak terbuka kepada petani kecil. Fakto sosio-
budaya tidak menempatkan kerja pertanian sebagai kerja yang diingini dan sekitaran polisi kerajaan
yang lebih mementingkan pertanian berskala besar.
Initiatif UN dalam mengisytiharkan tahun 2014 sebagai Tahun Antarabangsa Petani Keluarga
akan mendorong negara di dunia untuk mengenalkan dan mengambil serius kaedah pertanian cekap
seperti SRI yang mampu meningkatkan hasil pertanian sambil mengurangkan impak buruk kepada
kesejahteraan sekitaran.
Kesimpulan
Kajian ini telah berjaya membuktikan kesesuaian kaedah SRI untuk pertanian keluarga di
Malaysia. Pembuktian berdasarkan hasil dan produktiviti tinggi yang didapati daripada kaedah SRI
serta kesesuaian kaedah ini dalam pengurusan sekitaran yang sihat. Di antara transformasi
masyarakat desa yang dapat dicapai melalui kaedah SRI yang diamalkan di kawasan keluasan kecil
adalah seperti berikut:
1. Golongan petani meninggalkan amalan dan budaya penggunaan kimia
2. Hasil tanaman dan pendapatan petani meningkat
3. Tanah yang kian rosak dikembalikan kepada yg sihat dan berpotensi meningkatkan
produktiviti
4. Golongan petani dapat menyediakan beras dan sekitaran yang sihat kepada keluarga.
5. Golongan petani dapat menyumbang kepada sekitaran sihat untuk masyarakat sekampung
6. Golongan petani lebih berilmu dan prihatin kepada pengurusan tanaman lestari yg
mementingkan kesihatan tumbuhan dan makhluk sekeliling yg sihat dan berkepelbagaian
7. Golongan petani mengamalkan pertanian bersepadu dan berkepelbagaian
8. Golongan petani mengamalkan aktiviti kitar semula dengan kaedah SRI lalu mengurangkan
masalah sisa dapur dan sisa pertanian
9. Golongan petani mengurangkan penggunaan air untuk tanaman padi
10. Golongan petani mengurangkan pembelian benih padi
11. Memupuk sifat bermuafakat dan meningkatkan aktiviti gotong royong
12. Petani yang berdikari dan tiada pergantungan kepada pihak lain dari segi bekalan benih dan
pengilangan dan ada juga yang tiada pergantungan kepada pihak lain dari segi air.
13. Petani yang bersemangat usahawan kerana dapat menjual beras sendiri
14. Masyarakat petani yang beristiqamah
15. Penyebaran ilmu dan inovasi pertanian melalui ‘dari petani ke petani’ meningkat.
Beberapa cabaran penyebaran SRI dikenal pasti termasuk kekurangan tenaga buruh, persepsi
petani padi yang menyangkakan tiada pilihan kecuali pertanian yang bergantung kepada baja dan
racun kimia serta padi yang berdaftar; pendekatan kerajaan mengenai pertanian yang lebih
tertumpu kepada pertanian berskala besar; kekurangan akses kepada teknologi dan khidmat
pengembangan yang sesuai; kekurangan pegawai yang terlatih di dalam hal agroekologi; sekitaran
polisi lemah dan masih ketinggalan dalam usaha meningkatkan pertanian keluarga yang seharusnya
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
63
berlandaskan agroekologi. Pelbagai peluang dikenalpasti termasuk termasuk kebangkitan petani
untuk menentukan nasib sendiri dan meningkatkan kesejahteraan hidup lestari.
Rujukan
Anas, I., O. Rupela, T.Thiyagarajan, & N. Uphoff. 2011. A review of studies on SRI effects on beneficial
organisms in rice soil rhizospheres. Paddy & Water Environment 9(1): 53-64.
Anizan, I. A. Ahmad. A.B. Rosenani & H. Jamil. 2012. SRI Rice Crop Establishment. Trans Malaysia Soc.
Plant Physiol 20: 11-16.
Altieri, M. A. & V.M. Toledo. 2011. The agroecological revolution in Latin America: rescuing nature,
ensuring food sovereignty and empowering peasants. Journal of Peasant Studies 38(3): 587-612
Altieri, M.A. 2009. Agroecology, Small Farms, and Food Sovereignty.Monthly Review 61(03).
http://monthlyreview.org/2009/07/01/agroecology-small-farms-and-food-sovereignty.
Altieri, M.A. 2004. “Linking Ecologists and Traditional Farmers in the Search for Sustainable Agriculture,”
Frontiers in Ecology and the Environment 2: 35-42.
Bonn 2011. Messages from the Bonn2011 Conference: The Water, Energy and Food Security Nexus –
Solutions for a Green Economy. www.water-energy-food.org. (Dimuat turun pada 20 Februari
2013).Casanova, D., J. Goudriann, M.M. Forner & J.C.M. Withagen. 2002. Rice yield prediction from
yield components and limiting factors. European journal of agronomy 17(1): 41-61
Chapagain, T., A. Riseman, E. Yamaji. 2011. Assessment of System of Rice Intensification (SRI) and
Conventional Practices under Organic and Inorganic Management in Japan.Rice Science, 2011, 18(4):
311−320.
Channthla, A. 2009. SRI takes hold. Economics Today 2(53): 14-17.
Chen, S. Xi Zheng, Dangying Wang, Chunmei Xu and Xiufu Zhang. 2013. Influence of the improved System
of Rice Intensification (SRI) on rice yield, yield components and tillering characteristics under different
rice establishment methods. Plant Production Science 16(2): 191-198.
ConsumerReports.org 2013.Our findings show a real need for federal standards for this toxin, November
2013. http://www.consumerreports.org/cro/magazine/2012/11/arsenic-in-your-food/index.htm#chart
Da Silva, J.G. 2014. The family Farming Revolution. An opinion article by FAO-Director General José
Graziano da Silva http://www.fao.org//about/who-we-are/director-gen/faodg-
opinionarticles/detail/en/c/212364/ (Dimuat turun pada 20 Januari 2014).
De Javry, A. dan Sadoulet, E. 2010. Agriculture for development in sub-Saharan Africa: An update. AFJARE
5(1):194-2014.
Dhital, K. 2011. Study on System of Rice Intensification in Transplanted and Direct-Seeded Versions
Compared With Standard Farmer Practices in Chitwan, Nepal. Thesis Sarjana, tidak diterbitkan,
Tribhuvan University, Nepal.
Diwakar, M.C., Kumar, A.,Verma, A. and Uphoff, N. 2012. Report on the world record SRI yields in kharif
season 2011 in Nalanda district, Bihar state, India. Agriculture Today (June 2012):54-56
http://www.independentsciencenews.org/wp-content/uploads/2012/11/India-Bihar-Paddy-Record-Yield-
SRI.pdf).
Editor in Crop. 2013. System of Rice Intensification is a way of human resource development, not just rice
modification technique”. Exclusive interview with Norman Uphoff.
http://www.agricultureinformation.com/mag/2013/04/system-of-rice-intensification-is-a-way-of-
human-resource-development-not-just-rice-modification-technique/ (Dimuat turun pada 20 Januari
2014).
FAO 2000. Small Ponds Make a Big Difference: Integrating Fish with Crop and Livestock Farming. FAO,
Rome. http://www.fao.org/docrep/003/x7156e/x7156e00.htm
FAO 2001. Forum on Operationalizing Participatory Ways of Applying Sustainable Livelihoods Approaches:
Proceedings. ftp://ftp.fao.org/docrep/fao/003/X9371E/X9371E00.pdf
FAO 2011a. The state of food and agriculture 2010-2011 Part II: 2010-2011World food and agriculture in
review. FAO, Rome. http://www.fao.org/docrep/013/i2050e/i2050e07.pdf (Dimuat turun 29 Mac
2014).
FAO 2011b. Save and Grow: A policy makers guide to sustainable intensification of smallholder crop
produc¬tion, Chapter 2. Farming Systems. FAO, Rome. http://www.fao.org/ag/save-and-
grow/en/2/index.html. (Dimuat turun 1 Jun 2013).
FAO statistics. 2012. http://www.fao.org/docrep/014/am945e/am945e00.pdf (Dimuat turun pada 20 Februari
2013)
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
64
FAO HLPE. 2013. Investing in smallholder agriculture for food security. A report by The High Level Panel
of Experts on Food Security and Nutrition June 2013. CWFS-HLPE Report 6. FAO, Rome. 112 ms.
http://www.fao.org/docrep/018/i2953e/i2953e.pdf
Hazell P.B.R. 2010. Asia’s Green Revolution: past achievements and future challenges. Dlm: Pandey S,
Byerlee D, Dawe D, Dobermann A, Mohanty S, Rozelle S, Hardy B, (peny.) Rice in the global
economy: strategic research and policy issues for food security. Los Baños (Philippines): International
Rice Research Institute. ms.61-92.
http://sri.ciifad.cornell.edu/countries/cambodia/#overview
http://www.statistics.gov.my/portal/download_Agriculture/files/SUA_08-12.pdf
International Assessment of Agricultural Knowledge, Science and Technology for Development (IAASTD)
2009. Global report. Washington, DC: Island Press.
http://www.agassessment.org/reports/IAASTD/EN/Agriculture%20at%20a%20Crossroads_Global%20
Report%20%28English%29.pdf, (Dimuat turun 28 Jun 2013)
IATP. 2013. Scaling Up Agroecology Towarf the realization of the the right to food. IATP.
http://www.iatp.org/files/2013_11_07_ScalingUpAgroecology_SV.pdf
Jabatan Perangkaan Malaysia 2010. Laporan Ciri-ciri Isi Rumah 2010. Siaran Akhbar.
http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/population/Web_Release_Ciri_I
R2010.pdf
Japan Corporate News. 2014. Khalifa Fund and IWS to support the International Year of Family Faming
Campaign 2014, a UN Declaration, 22 January 2014.
http://www.nasdaq.com/article/khalifa-fund-and-iws-to-support-the-international-year-of-family-faming-
campaign-2014-a-un-20140122-00094#ixzz2rJepFrJp
NASDAQ. 2014. http://www.nasdaq.com/article/khalifa-fund-and-iws-to-support-the-international-year-of-
family-faming-campaign-2014-a-un-20140122-00094#ixzz2rJdihAmL
Koma, Y. S.. 2011. Building experiences with SRI development and dissemination in Cambodia (2000-
2011). CEDAC website. http://www.cedac.org.kh/
Krupnik, T.J., C. Shennan, & J. Rodenburg. 2012. Yield, water productivity and nutrient balances under the
System of Rice Intensification and recommended management practices in the Sahel Field. Crops
Research 130: 155–167.
Kumar, R.M., 2013. System of Rice Intensificaion (SRI) – Present Status and Future Prospects.
http://www.rkmp.co.in (Dimuat turun pada 20 Februari 2013)
Latif, M.A., M.R. Islam, M.Y. Ali, & M.A. Saleque. (2005). Validation of the system of rice intensification
(SRI) in Bangladesh. Field Crops Research. 93:281–292.
Menete , M.Z.L., H.M. van Es, R.M.L. Brito, S.D. DeGloria, & S. Famba. (2008). Evaluation of system of
rice intensification (SRI) component practices and their synergies on salt-affected soils. Field Crops
Research. 109:34–44.
Molden, D., 2007. Water responses to urbanization. Paddy and Water Environment (Special Issue Water
Transfers) 5 (4), 207—209
NABARD. 2011. Report on System of Rice Intensification (SRI) in Jharkhand. Jharkhand Regional Office,
Ranchi.42ms.
Namara, R.E., P. Weligamage, & R. Barker. (2003). Prospects of adopting system of rice intensification in
Sri Lanka: a socio-economic assessment. Research Report #75. Colombo: IWMI.
OECD/FAO 2013. OECD-FAO Agricultural Outlook 2013-2022 MetaData: OECD-FAO Agricultural
Outlook 2013-2022, by country.
http://stats.oecd.org/viewhtml.aspx?QueryId=48183&vh=0000&vf=0&l&il=&lang=en. (Dimuat turun
29 Mac 2014)
PNA. 2013. Farmers of two Zambo Sur towns undergo management training. Business Mirror, Dec. 2. 2013.
Rahman, M. T. 2013. Sawah Baru Diyakini Sumbang Padi 1 Juta Ton.
http://industri.bisnis.com/read/20131031/99/184013/sawah-baru-diyakini-sumbang-padi-1-juta-ton
(Dimuat turun 31 Oktober 2013)
Randriamiharisoa, R., J. Barison and N. Uphoff. 2006. Soil biological contributions to the System of Rice
Production, in N. Uphoff et al. (eds.), Biological Approaches to Sustainable Soil Systems, 409-424,
CRC Press, Boca Raton, FL.
Rao, K.S., Annie poonam, A. Ghosh, P.C. Mohapatra, and M.P. Pandey. 2007. Present status of SRI research
at CRRI, Cuttack, India. Dlm : Papers and extended Summaries. SRI India 2007-Second National
Symposium on System of Rice Intensification in India –Progress and prospects. Oktober 3-5, 2007.
Agartala, Tripura, India. ms 35 – 37.
Rupela, O.P., S. P. Wani, M. Kranthi, P. Humayun, A. Satyanarayana, V. Goud, B. Gujja, P. Punnarao, V.
Shashibhushan, D. J. Raju, & P. L. Reddy. 2006. Comparing soil properties of farmers’ fields growing
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
65
rice by SRI and conventional methods. Proceeding di 1st National SRI Symposium. Hyderabad:
Worldwide Fund for Nature-ICRISAT.
Sato, S. Yamaji, E. & Kuroda, T.T. 2011. Strategies and engineering adaptions to disseminate SRI methods
in large-scale irrigation systems in Eastern Indonesia. Paddy and Water Environment 9(1): 79-88.
Senanayakea, N. & Mukherjib, A.. 2014. Irrigating with arsenic contaminated groundwater in West Bengal
and Bangladesh: A review of interventions for mitigating adverse health and crop outcomes.
Agricultural Water Management 135(31): 90-99. doi: 10.1016/j.agwat.2013.12.015
al-Shorgani, N.K.., A.A. Hamid, W.Y.Wan Mohtar & M.S. Kalil. 2013. Pre-optimization of Medium for
Biobutanol Production by a New Isolate of Solvent-producung Clostridium. BioResources 8(1): 1420-
1430.
Sivanagaraju P., 2006. Traditional and SRI Methods of Paddy Cultivation – A Comparative Economic
Analysis. Thesis Sarjana, tidak diterbitkan, Dharwad University of Agricultural Sciences, Karnataka,
India.
Stoop, W.A., N. Uphoff, & A. Kassam. 2002. A review of agricultural research issues raised by the system of
rice intensification (SRI) from Madagascar: opportunities for improving farming systems for resource-
poor farmers. Agric.Syst. 71:249–27.
UN-DESA. 2011. World Economic and Social Survey 2011.
http://www.un.org/en/development/desa/policy/wess/index.shtml (Dimuat turun pada 20 Februari 2013)
The Commissioner of Law Revision, Malaysia 2006. Control of Padi and Rice Act 1994. Percetakan
Nasional Bhd. http://www.commonlii.org/my/legis/consol_act/copara1994203/
UNEP, 2011, Towards a Green Economy: Pathways to Sustainable Development and Poverty Eradication,
www.unep.org/greeneconomy
Uphoff, N. 2005. The development of the System of Rice Intensification, in J. Gonsalves et al. (peny.),
Participatory Research and Development for Sustainable Agriculture and Rural Development, 3: 119-
125, International Potato Center-UPWARD and International Development Research Centre, Ottawa.
Uphoff, N. 2007a. Farmer innovations improving the System of Rice Intensificaiton. (SRI). Jumal Tanah dan
Lingkungan, 9(2):45-56
Uphoff, N. (2007b). Reducing the vulnerability of rural households through agroecological practice:
Considering the System of Rice Intensification (SRI), Mondes en Développement, 35:4.
Uphoff, N. 2013a. New approaches are needed for another Green Revolution. SciDevNet 16 Oct 2013.
http://www.scidev.net/global/food-security/opinion/new-approaches-are-needed-for-another-green-
revolution.html
Uphoff, N. 2013 b. Report on meeting of Cambodian SRI farmer-promoters, April 4, 2013.
http://sri.ciifad.cornell.edu/countries/cambodia/CambNTU_TripReport0413.pdf
UN Special Rapporteur 2011. Agroecology and the Right to Food, Report presented at the 16th Session of
the United Nations Human Rights Council [A/HRC/16/49], UN Special Rapporteur for Right to Food
(De Schutter, O.) 8 March 2011
Wang, L., Xie, B., Shi, J., Xue, S., Deng, Q., Wei, Y. and Tian, B. 2010. Physicochemical properties and
structure of starches from Chinese rice cultivars. Food Hydrocolloids 24: 208-216.
World Bank DECPG 2013. Food Price Watch. 2013.
http://siteresources.worldbank.org/EXTPOVERTY/Resources/336991-1311966520397/Food-Price-
Watch-March-2013.htm#note9
Yusoff, A., Ali, J., dan Kamaruddin, R. 2013. Kesejahteraan Hidup: Kajian Petani di Kawasan Penanaman
Padi di Negeri Perlis. Prosiding Perkem VIII, 3:1177-1187.
http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_4E3.pdf
Zhao LM, Wu LH, Li Y, Lu X, Zhu DF and Uphoff, N (2009) Influence of the system of rice intensification
on rice yield and nitrogen and water use efficiency with different N application rates. Experimental
Agric. 45: 275–286.