Post on 02-Feb-2017
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
145
PENDEKATAN AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH
SOSIAL DI PUSAT PERLINDUNGAN MAIS
MENURUT PERSPEKTIF PELATIH
NURZATIL ISMAH BINTI AZIZAN
nurzatil@kuis.edu.my
No. Tel. 0134699794
NAZNEEN BINTI ISMAIL
SAHLAWATI ABU BAKAR
ZANARIAH DIMON
NURUL HUSNA MOHD JABAR
Akademi Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Cabaran mendepani dunia globalisasi pada hari ini adalah berkenaan pembangunan akhlak remaja. Remaja kini
rata-rata terlibat dengan masalah sosial akibat daripada kemajuan teknologi dan perubahan pelbagai aspek dalam
kehidupan. Masalah sosial remaja sangat berkait rapat dengan kecelaruan emosi dan ketidaktentuan perasaan.
Remaja mengalami tahap perkembangan emosi yang kompleks dan perlukan bimbingan dalam menanganinya.
Emosi merupakan satu tindak balas terhadap ransangan dan mempunyai tenaga penggerak terhadap perlakuan. Ia
merupakan gerak balas kejasmanian dan kejiwaan yang mempengaruhi penanggapan, pembelajaran dan
perlaksanaan (Murry, 1964). Golongan remaja jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya berisiko melakukan
tingkah laku agresif disebabkan ekspresi luaran yang tidak dapat menyesuaikan diri, tidak diterima dalam sistem
sosial dan norma-norma keluarga, serta tindak balas tekanan dalaman diri remaja itu sendiri (Zalmizy Hussin,
2012). Tingkah laku luar kawal tersebut menyebabkan remaja terlibat dengan masalah sosial. Majlis Agama Islam
Selangor (MAIS) mengambil inisiatif menubuhkan pusat perlindungan bagi membantu membentuk kembali
keperibadian remaja yang bermasalah berlandaskan acuan al-Quran. Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan
mengkaji perspektif pelatih terhadap pendekatan al-Quran yang dilaksanakan oleh salah sebuah Pusat
Perlindungan di Selangor dalam membantu mengatasi masalah sosial. Kajian ini dijalankan dengan kaedah
penyelidikan kualitatif dengan rekabentuk kajian Naratif. Data diperolehi dengan temubual dan dianalisis
menggunakan pendekatan induktif. Hasil kajian mendapati bahawa pelatih di pusat perlindungan tersebut bersetuju
bahawa kaedah yang digunakan untuk merawat masalah akhlak mereka menggunakan pendekatan al-Quran.
Kata kunci: Pendekatan al-Quran Dalam Menangani Masalah Sosial, Pusat Perlindungan MAIS, Perspektif Pelatih.
1.0 Pengenalan
Masalah sosial remaja kini kebanyakkanya adalah berpunca kerana gagal menghayati panduan
agama dalam kehidupan. Ia menjadikan remaja gagal membezakan antara yang benar dan batil.
Terdapat pelbagai kaedah pemulihan remaja yang terlibat dengan masalah sosial antaranya
1014
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
146
terapi psiko-kerohanian yang memfokuskan tentang kaedah solat, mengaji, berzikir dan kelas-
kelas pengajian Islam. Inabah pula menggunakan pendekatan keagamaan seperti mandi, zikir,
qiyamullail, puasa, solat dan menjaga adab dalam merawat individu yang terlibat dengan aktiviti
penyalahgunaan dadah (Mahmood Nazar 2005; Yusof 2008).
Dara et.al (2013) dalam kajiannya mendapati rawatan penagih dadah melalui kaedah inabah yang
memberi tumpuan kepada aspek ketenangan jiwa melalui ilmu tasawuf mampu membersihkan
diri dan dapat menyedarkan seseorang individu tentang tujuan asal penciptaan mereka sebagai
khalifah Allah SWT dan seterusnya memupuk rasa tanggungjawab yang tinggi dalam diri.
Oleh itu, bagi merawat hati yang berpenyakit, sebahagian daripada ulama memutuskan terdapat
lima penawar iaitu membaca al-Quran, mengosongkan perut (puasa), qiyamullail, mohon
keampunan dan rahmat pada waktu sahur dan menghadiri majlis para solihin. Oleh yang
demikian, kajian ini dijalankan berkenaan perspektif pelatih di salah sebuah pusat perlindungan
MAIS di Selangor berkenaan pendekatan al-Quran yang dilaksanakan di pusat perlindungan
tersebut dalam membantu mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja berpandukan al-
Quran.
2.0 Metodologi Kajian
2.1 Kaedah Pemilihan Sampel dalam Kalangan Pelatih
Terdapat tiga kriteria pemilihan sampel kajian iaitu pelatih dalam kalangan remaja, kes yang
terlibat ialah kategori delinkuen dan tempoh pemulihan yang dijalankan berada di peringkat
akhir. Pusat pemulihan yang dipilih sebagai sampel ini terletak di pinggir bandar dan kesemua
pelatih terdiri daripada pelatih wanita dengan pelbagai latar belakang. Kemasukan pelatih adalah
di bawah perintah mahkamah dan tempoh menjalani pemulihan ialah selama enam bulan bagi
satu kesalahan, dan tempoh masa pemulihan bertambah dengan pertambahan kesalahan.
Kebanyakan pelatih adalah mereka yang terlibat dengan masalah akhlak seperti khalwat, lari dari
rumah, mengandung anak luar nikah dan zina. Justeru, bagi kajian ini peserta yang dipilih adalah
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
147
dari kalangan pelatih remaja yang terlibat dalam kes delinkuen dan sedang menjalani pemulihan
peringkat akhir yang dinamakan sebagai Aina dan Naima dalam laporan ini.
2.2 Kaedah Temubual Sebagai Instrumen Kajian
Melalui kaedah temubual, responden kajian dapat menghuraikan dengan lebih terperinci sesuatu
perkara. Selain itu, penyelidik boleh menyoal kembali jika terdapat sebarang maklumat yang
kurang difahami oleh penyelidik. Kehadiran penyelidik boleh mengurangkan jawapan "tidak
tahu" atau pun tiada respon kepada soalan kerana penerangan dan penjelasan dapat diperolehi
secara langsung.
Temubual boleh dilakukan sama ada dalam bentuk bersemuka ataupun menerusi telefon.
Temubual secara bersemuka mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti kebarangkalian
mendapat respons yang lebih tinggi, pengkaji dapat mengenal pasti sendiri reaksi responden
ketika sesi temu bual, kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat layanan responden dan
pengkaji yang berkemahiran mampu menggali dengan baik maklumat yang cuba disembunyikan
oleh responden. Manakala kelemahan temubual bentuk ini ialah kos yang tinggi, respons yang
tidak sempurna berpunca daripada kesilapan pengkaji dalam bertanya soalan, kesilapan dalam
merekod perbualan dan memerlukan penyeliaan yang rapi (Zainudin Awang, 2013).
Manakala temubual menerusi telefon pula menjadikan kos untuk temubual yang lebih rendah
berbanding secara bersemuka, masa dapat dijimatkan dan lebih mudah untuk diuruskan. Namun
begitu, terdapat beberapa kelemahan seperti kebarangkalian mendapat respons agak rendah,
hanya sedikit soalan dapat ditanyakan dan sukar untuk mendapat kerjasama yang baik. (Zainudin
Awang, 2013)
Bagi kajian ini, kaedah temubual secara bersemuka telah diadakan dengan menggunakan soalan
separa berstruktur. Fokus temubual adalah di sekitar objektif kajian iaitu mengenal pasti kaedah
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
148
pemulihan yang dijalankan di pusat-pusat pemulihan serta persepsi pelatih terhadapnya. Terdapat
beberapa etika dalam menjalankan temubual yang perlu dipatuhi iaitu mendapat kebenaran
daripada responden untuk ditemubual, soalan temubual tidak menyusahkan responden, tidak
bersifat ofensif atau provokasi, tiada paksaan menjawab dan menjaga kerahsiaan. Selain itu,
kebenaran untuk merakam perbualan sama ada bersifat rakaman audio mahupun video. Oleh
kerana kajian ini melibatkan tempat yang sensitif, maka tiada rakaman bersifat visual dilakukan.
2.3 Prosedur dan Langkah- Langkah Pengumpulan Data
Bagi melicinkan lagi proses melaksanakan kajian, pengkaji telah melakukan langkah-langkah
berikut sebelum kajian sebenar dijalankan iaitu:
1) Setelah proposal penyelidikan diluluskan oleh pihak Pusat Penyelidikan dan
Pembangunan Kuis (PPP), surat lantikan ketua dan ahli penyelidik telah dikeluarkan oleh
PPP.
2) PPP telah mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian bagi tajuk berkaitan.
3) Ketua Penyelidik telah menghubungi pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk
memohon kebenaran menjalankan kajian di Pusat-Pusat Pemulihan Persendirian MAIS.
4) Pihak MAIS memaklumkan bahawa pengkaji dibenarkan untuk menghubungi pusat-pusat
berkenaan untuk menjalankan kajian.
5) Sebanyak 17 buah pusat pemulihan berdaftar di bawah MAIS tetapi hanya dua sahaja
yang dipilih sebagai tempat kajian.
6) Ketua Penyelidik telah menghubungi wakil pusat pemulihan tersebut bagi mengatur
pertemuan untuk pengumpulan data kajian.
2.4 Analisis Data
2.4.1 Analisis Temubual
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
149
Untuk menganalisis data, penyelidik akan menggunakan kaedah bertema. Kaedah analisis
bertema adalah satu kaedah asas untuk menganalisis kajian kualitatif. Bagi kaedah ini, penyelidik
tidak menggunakan kaedah Nvivo kerana banyak masa yang perlu diperuntukkan untuk
menggunakan Nvivo dan akan menjejaskan perancangan yang telah disediakan lebih awal oleh
penyelidik, sedangkan semua jawapan kepada persoalan kajian dapat dijawab dengan analisis
secara bertema sahaja. Tambahan pula, Welsh (2002) menyatakan Nvivo kurang berguna dalam
isu validasi dan reliabiliti bagi menentukan tema perbincangan. Ini kerana pengkaji lebih
mengetahui perkara yang ingin dikaji berbanding Nvivo.
Justeru, selepas selesai temubual dengan responden, transkrip telah dilakukan ke atas rakaman
audio yang melibatkan dua penguasa, seorang guru dan lapan pelatih. Setiap transkrip diberikan
nama samaran agar kerahsiaan terpelihara. Untuk memastikan keselarian rakaman dengan
transkrip sebenar, transkrip dibaca berulang kali sambil memperdengarkan rakaman audio.
Transkrip diasingkan mengikut lokasi dan kumpulan sasaran bagi memudahkan analisis
dilakukan. Cara untuk menganalisis dilakukan dengan mengenal pasti pandangan responden dan
melaporkan sama seperti yang mereka nyatakan dalam temubual. Kemudian, tema dikenal pasti
melalui persoalan kajian yang dijadikan landasan kajian. Pandangan responden kemudiannya
diklasifikasikan sebelum tema jawapan terhasil. Bagi sebarang tema yang didapati mempunyai
persamaan atau berulang, ia akan digabungkan di bawah tema yang sama.
Pengulangan bacaan dilakukan sehingga penyelidik yakin bahawa ia adalah tema yang paling
sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Pengulangan juga dibaca bagi tujuan pengesahan
dapatan analisis. Bagi menentukan keboleh percayaan maklumat juga, pengesahan daripada
responden dilakukan dalam bentuk semakan semula. Responden diminta untuk menurunkan
tandatangan kebenaran menggunakan bahan rakaman sebagai hasil kajian.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
150
2.4.2 Triangulasi Data
Triangulasi merupakan salah satu kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu
penyelidikan kualitatif (Merriem, 1998). Seterusnya triangulasi meningkatkan kredibiliti
penemuan dan saranan yang dihasilkan dalam sesuatu penyelidikan. Dijangka triangulasi antara
temubual penguasa dan pelatih dapat meningkatkan kebolehpercayaan kajian ini.
3.0 Laporan Kajian
Laporan kajian memberi gambaran sebenar secara terperinci daripada peserta kajian. Dalam
kajian ini perspektif pelatih terhadap kaedah pemulihan masalah sosial berpandukan al-Quran
yang dilaksanakan di pusat perlindungan akan dianalisis dan disampaikan dalam bentuk naratif.
Untuk itu, pendekatan kualitatif yang digunakan adalah bertujuan untuk meneroka dan
mendapatkan maklumat mendalam daripada sasaran kajian. Analisis kandungan digunakan
dengan menganalisis tema daripada transkrip temubual dengan berpandukan persoalan kajian
yang telah ditentukan di awal kajian.
Al-Quran merupakan suatu cara untuk seseorang memulihkan diri daripada sifat keji dan
menggantikannya dengan sifat yang terpuji. Terdapat beberapa metode pemulihan yang
digariskan oleh al-Quran antaranya yang pertama ialah metode pencegahan dan pengawalan.
Yang kedua, pengubatan dan rawatan. Manakala yang ketiga pula ialah bimbingan dan
pembinaan iaitu satu usaha pemulihan yang intensif agar terhindar dari dosa-dosa serta membina
keadaan spritual dan psikologi yang lebih baik.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
151
Analisis daripada temu bual separa struktur yang telah dijalankan di pusat perlindungan tersebut
mendapati bahawa pelatih diberikan pendekatan pendidikan terbaik melalui aspek al-Quran dan
al-Sunnah dalam proses pemulihan mereka. Ia juga menjadikan pendidikan yang diterapkan
mempunyai kesan kerohanian dalam jiwa mereka. Berikut merupakan hasil kajian berkenaan
perspektif pelatih terhadap pusat perlindungan MAIS dalam membantu mengatasi masalah sosial
remaja pada masa kini berpandukan al-Quran:
3.1 Solat berjamaah
Menurut Imam al-Shafi’i, solat ialah cara hati (kalbu) untuk menghadap kepada Allah s.w.t
sehingga dapat membangkitkan rasa takut kepada Allah s.w.t dan muncul dalam hati tentang
keagungan Allah s.w.t ( Ali hasan, 2013). Solat merupakan perkara penting yang wajar diambil
berat oleh seluruh umat manusia. Ia sebagai pasak dalam diri seseorang yang akan menentukan
baik buruk akhlak dan perjalanan kehidupan di dunia dan akhirat. Agama Islam mendidik
jasmani manusia dengan ibadah, ibadah mampu menjadikan manusia berdisiplin kerana padanya
ada syarat dan peraturan yang tersendiri (Norzulaili & Mohd Zohdi, 2005). Melaksanakan solat
merupakan perintah Allah s.w.t yang termaktub di dalam al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu
kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. maka (Allah yang demikian sifatnya) Dia lah sahaja
sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan. (Surah Al-Hajj 22:78)
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
152
Imam Ibnu Kathir dalam menjelaskan ayat ini menyatakan bahawa maksud ayat tersebut bahawa
terimalah nikmat yang besar ini dengan mensyukuri, lalu tunaikanlah hak Allah s.w.t dengan
mengerjakan apa yang diwajibkan ke atas kamu dan tinggalkan apa yang dilarang (Ibnu Kathir,
2007). Ia juga jelas disebut dalam hadith Rasulullah s.a.w bahawa Islam itu dibina dengan lima
perkara antaranya ialah solat.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: Daripada 'Ikrimah bin Khalid dari Ibnu Umar berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Islam dibangun diatas lima (landasan); persaksian tidak ada ilah selain Allah dan sesungguhnya
Muhammad utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa Ramadhan". (
Hadith Riwayat Bukhari, Kitab Iman, no. 7)
Solat jamaah akan membentuk hati-hati manusia dengan kasih sayang, ia juga mewujudkan sikap
disiplin dalam diri seseorang, menzahirkan kemuliaan Islam dan asas saling kenal mengenali
antara manusia. Daripada solat jamaah akan melatih seseorang sebagai ketua dan rakyat, ia
model asas kepada pembentukan peribadi seseorang. Masyarakat yang tidak melaksanakan solat
maka tidak ada susunan moral yang baik dalam masyarakat, ia berikutan solat adalah prinsip
keseimbangan kehidupan. Solat yang dilaksanakan akan menjadi kesedaran nilai dan
mempengaruhi tindakan dan perilaku. (Ali hasan, 2013). Di Pusat Orkid, proses membentuk
remaja kembali kepada penghayatan agama adalah dengan solat jamaah. Menurut Naima, setiap
hari isnin mereka akan solat subuh berjamaah dan maghrib isya’ juga diwajibkan bagi semua
pelatih untuk solat berjemaah. (Naima, Pusat Orkid, hlm, 1).
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
153
3.2 Mempelajari praktikal solat
Tujuan penciptaan manusia di muka bumi ini adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Namun
ibadah yang dilaksanakan perlu kepada ilmu bagaimana ia seharusnya dilaksanakan. Ibadah
tanpa ilmu adalah sia-sia kerana ia dikhuatiri tidak menepati kehendak syariat. Kepentingan ilmu
jelas apabila ayat yang pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w adalah berkenaan membaca,
dan ia adalah asas kepada suruhan menuntut ilmu. Kepentingan ilmu dapat dikaitkan dengan akal
manusia, pembinaan akhlak dalam al-Quran fokus kepada akal, jasmani dan rohani. Al-Quran
mendidik manusia dengan tiga aspek utama ini untuk menghasilkan kesempurnaan akhlak
(Norzulaili & Mohd Zohdi, 2005)
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk) (Surah al-‘Alaq 96:1)
Suruhan membaca jelas sebagai satu perantara untuk mendapat ilmu. Malah terdapat ilmu yang
wajib dipelajari yakni ilmu Fardhu Ain. Ia merupakan ilmu asas yang perlu ada dalam diri
seseorang. Contoh ilmu tauhid (mengesakan Allah), kaedah bacaan al-Quran, kaedah solat, puasa
dan semua syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dalam perlaksanaan syariatnya. Ilmu
sebagai landasan untuk seseorang masuk ke dalam syurga dan menjalani kehidupan dengan
sewajarnya. Amalan yang dilaksanakan dengan ilmu akan membantu seseorang dekat dengan
Allah s.w.t dan memudahkan jalan menuju ke syurga. Ia disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai
galakkan untuk manusia menuntut ilmu.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
154
Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidaklah seorang
laki-laki yang meniti jalan untuk mencari ilmu melainkan Allah akan mempermudah baginya
jalan menuju Syurga. Dan barangsiapa yang lambat amalannya maka nasabnya tidak akan
memberinya manfaat."(Sunan Abi Daud, Kitab Ilmu, no 3158)
Dalam hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa menuntut ilmu adalah sebagai jalan untuk
mempemudahkan seseorang memiliki syurga. Di kem Orkid, pelatih diberikan ilmu-ilmu
keagamaan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Pelatih-pelatih diberikan
pendedahan praktikal solat supaya perlaksanaan solat adalah sempurna seperti kehendak syariat.
Mereka diajar kaedah solat dalam aspek pergerakan solat dan juga bacaan solat. Ia sebagai asas
pemulihan terhadap pelatih-pelatih di situ (Naima, Pusat Orkid, hlm, 1).
3.3 Tilawah, Tahsin dan Tadabbur al-Quran
Al-Quran merupakan kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan
membacanya dikira sebagai ibadah. Kedudukan al-Quran begitu tinggi darjatnya dan manusia
wajib meletaknya di tempat yang selayaknya iaitu menghafal, menghayati, memperdengar dan
tadabbur setiap maknanya (Ahmed Kamel, 2006). Namun perlu difahami bahawa bacaan al-
Quran dianggap sebagai ibadah jika ianya dibaca dengan baik dan betul mengikut makhraj dan
peraturan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
155
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya, dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil".
(Surah Muzammil 73:4)
Maksud bacaan secara tartil tersebut ialah bacalah al-Quran secara perlahan-lahan kerana ia
akan membantu dalam memahami dan merenungnya. (Ibnu Kathir, 2007). Membaca al-Quran
dengan kaedah tajwid yang betul dan sebutan makhraj yang betul amat perlu malah jika ianya
dibaca dengan salah akan mendatangkan dosa kepada pembacanya. Al-Quran akan menjadi
syafaat kepada manusia dalam mencapai syurga Allah s.w.t. Ia jelas disebut dalam hadith
Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: Dari Abdullah bin 'Amr, ia berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: "Dikatakan kepada
orang yang membaca Al Quran: "Bacalah, dan naiklah, serta bacalah dengan tartil (jangan
terburu-buru), sebagaimana engkau membaca dengan tartil di dunia, sesungguhnya tempatmu
adalah pada akhir ayat yang engkau baca." (Sunan Abi Daud, Kitab Solat, no 1252).
Hadith tersebut menyebut bahawa dengan membaca al-Quran dengan kaedah terbaik, menjadi
sebab seseorang memasuki syurga Allah s.w.t. Ciri-ciri yang membuktikan bahawa al-Quran itu
dihayati adalah sentiasa membaca al-Quran, dibaca dengan tartil, diajarkan al-Quran kepada
orang lain dan memahami kandungan al-Quran (Ahmed Kamel, 2006). Pusat Orkid dalam
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
156
memberi pendidikan kepada pelatih agar kembali kepada agama fitrah, mereka melaksanakan
proses pendidikan terbaik berlandaskan al-Quran iaitu mengajar tilawah dan tahsin al-Quran
seterusnya tadabbur ayat-ayat al-Quran bagi mendapat kefahaman yang baik.Tadabbur al-Quran
merupakan proses yang penting dalam memberi faham berkenaan agama. Al-Quran memaparkan
banyak kisah-kisah yang boleh memberi ibrah kepada manusia, ianya boleh membentuk jiwa dan
perasaan manusia dan merupakan cara yang efektif dalam berdakwah (Norzulaili &Mohd Zohdi,
2005).
Tilawah dan tahsin al-Quran diajar setiap hari khamis dan jumaat. Pada hari khamis pelatih
diwajibkan tahsin al-Quran dan juga membaca Surah Yasin dan pada hari jumaat tahsin al-Quran
dan bacaan Surah al-Kahfi. (Naima, Pusat Orkid, hlm, 1). Setiap hari isnin hingga jumaat dan
ahad mereka akan membaca Surah al-Mulk sebelum tidur dalam halaqah kecil dengan 10 orang
setiap halaqah. Dan pada hari sabtu mereka akan membaca Surah Yasin sebelum tidur. (Syana,
Pusat Orkid, hlm. 2). Selain itu, penguasa di Pusat Orkid akan mengajar pelatih tadabbur al-
Quran bagi surah-surah yang tertentu. Pelatih akan membaca Surah al-Baqarah dari awal
sehingga akhir secara beramai-ramai dan akan mengulanginya. Selepas selesai bacaan penguasa
akan membaca maksud ayat dan menerangkan maksud ayat dengan terperinci kepada mereka.
Proses ini berulang dan menjadi rutin kepada pelatih di pusat tersebut (Syana, Pusat Orkid, hlm.
1).
3.4 Qiamullail
Qiamullail adalah anugerah Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya. Ia satu waktu istimewa untuk
bermunajat kepada Allah s.w.t. Manusia akan merasai nikmat bermunajat kepada Allah s.w.t
ketika ini pada waktu ini kerana tiada gangguan kesibukan seperti pada waktu siang dan keadaan
ibadat menjadi lebih tenang. Qiamullail dilaksanakan bagi memberi ruang kepada manusia untuk
bertaubat atas dosa-dosa yang lalu dan membersihkan diri dengan taubat kepada Allah s.w.t.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
157
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: Sebenarnya sembahyang dan Ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan
lebih tetap betul bacaannya.
Menurut Umar al-Khattab, Ibnu Abbas, dan Ibnu Zubair keseluruhan malam itu adalah untuk
bangun. Ia dikuatkan oleh Mujahid dan yang lain. (Ibnu Kathir, 2007). Qiamullail akan
menguatkan hati, lisan dan lebih khusyu’ dalam ibadah, masa dan ruang yang ada menjadikan
manusia berpeluang mengadu segala permasalahan dan kerunsingan kehidupan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang bangun di malam hari lalu membaca “Tidak
ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah satu-satunya, tidak ada sekutu bagiNya. Dialah
yang memiliki kerajaan dan bagiNya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Segala
puji bagi Allah dan Maha Suci Allah dan tidak ada ilah kecuali Allah dan Allah Maha Besar dan
tidak ada daya dan upaya kecuali dengan Dia") Kemudian dilanjutkan dengan membaca "Ya
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
158
Allah ampunilah aku" atau berdo'a, maka akan dikabulkan baginya. Jika dia berwudhu' lalu solat
maka solatnya diterima". (Sahih Bukhari, Kitab Jum’at, no 108).
Qiamullail memberi ruang dan peluang kepada manusia dalam bermuhasabah terhadap dosa
yang telah dilakukan. Sehubungan dengan itu, muhasabah juga antara salah satu cara lain dalam
menangani masalah sosial. Al-Muhasibi berpendapat muhasabah jiwa boleh dilakukan melalui
dua keadaan iaitu, muhasabah dalam perbuatan-perbuatan yang akan datang dan muhasabah
dalam perbuatan-perbuatan yang telah lalu (al-Muhasibi, 1990, 45). Muhasabah dalam
perbuatan-perbuatan yang akan datang ialah merenung dan memerhati tingkahlaku jiwa dengan
cara pengendalian jiwa insan agar tidak tergesa-gesa dalam melakukan sebarang tindakan dan
perbuatan yang menyimpang. Manakala muhasabah dalam perbuatan-perbuatan yang telah lalu
pula adalah menghitung jiwa dengan cara mengambil iktibar dan pengajaran daripada perbuatan
dan tingkahlaku yang telah dilakukan sebelum itu.
Demikian jelas kelebihan Qiamullail yang dianuregahkan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya.
Pusat perlindungan Orkid dalam kajian ini menurut perspektif pelatih telah melaksanakan
pendekatan al-Quran dalam membantu mengatasi masalah sosial. Ia bukan sekadar hukuman
fizikal kepada pelatih tetapi penerapan nilai-nilai kerohanian dalam diri mereka menjadikan
mereka kekal utuh keperibadian dan akhlak di lapangan masyarakat kelak. Qiamullail di Pusat
Orkid dilaksanakan pada hari jumaat malam setiap minggu. Ia dibantu oleh dua orang tenaga
pengajar mereka yang akan bertugas selang seminggu setiap seorang. Mereka biasa
melaksanakan solat tahajut, solat tasbih, solat taubat dan solat hajat. (Naima, Pusat Orkid, hlm,
2).
3.5 Puasa Sunat
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
159
Islam mengajar umat manusia untuk tunduk dan patuh kepada setiap suruhan agama. Kewajipan
dalam ibadah dibantu dengan amalan-amalan sunat yang lain. Ia sebagai jalan kepada manusia
menambah pahala kebaikkan di akhirat kelak. Ia jelas disebut dalam al-Quran dan hadith
Rasulullah s.a.w.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa,
dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang
memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak
serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah
menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Surah al-Ahzab 33:35)
Antara puasa yang disunatkan dalam agama ialah puasa enam hari dalam bulan syawal, puasa
Muharram, puasa hari-hari putih iaitu 13,14 dan 15 setiap bulan Islam, puasa hari arafah pada 9
Zulhijjah, puasa hari Asyura 10 Muharram, puasa isnin dan khamis serta puasa Nabi Daud a.s.
Sabda Rasulullah s.a.w:
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
160
Maksudnya: Hafsah berkata; "Empat hal yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w
puasa 'Asyura, puasa sepuluh hari, puasa tiga hari dalam setiap bulan dan dua raka'at sebelum
Subuh." (Sunan Nasa’i, Kitab Puasa, no 2373).
Puasa sunat adalah proses pendidikan terbaik, ia mengajar manusia supaya bersabar dan menjaga
kehormatan diri. Proses ini dilihat dapat membantu pelatih supaya tidak lagi terlibat dengan
masalah sosial ketika tamat proses pemulihan. Pelatih Pusat Orkid diwajibkan supaya puasa
sunat setiap hari isnin dan khamis (Naima, Pusat Orkid, hlm 2) serta puasa Asyura beramai-
ramai (Syana, Pusat Orkid, hlm 3).
3.6 Zikir
Zikir merupakan salah satu wasilah dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Zikir
menjadikan hati manusia tenang dan dapat menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Ketenangan
hati kesan daripada mengingati Allah s.w.t disebut dalam al-Quran dan hadith.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
zikrullah". ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Ra’d 13:28)
Kehidupan tidak akan membawa apa-apa makna jika hati tidak tenang dan gelisah walaupun
mempunyai harta kekayaan material yang banyak. Untuk memperolehi ketenangan seharusnya
manusia mengingati Allah s.w.t, hatta orang yang tenang hatinya disebut sebagai seorang yang
kaya di sisi Allah s.w.t.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
161
Sabda Rasulullah s.a.w
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah Nabi s.a.w bersabda: "Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan
tetapi kekayaan itu adalah kaya hati." (Sahih Bukari, Kitab al-Riqaq, no 5965)
Kajian yang dijalankan di pusat perlindungan Orkid mendapati zikir merupakan penerapan yang
penting dilaksanakan ke atas pelatih-pelatih dalam proses pemulihan. Pelatih akan membaca
zikir al-Ma’thurat pada waktu pagi dan petang. (Syana, Pusat Orkid, hlm. 1 dan 2).
3.7 Solat sunat
Solat sunat terutama solat Sunat Dhuha mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ianya termaktub
di dalam al-Quran sehingga Allah s.w.t bersumpah dengan waktu dhuha. Allah s.w.t hanya akan
bersumpah terhadap makhluk istimewa dan memberi manfaat serta kebaikkan kepada manusia.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: Demi waktu dhuha. (Surah al-Dhuha 93:1)
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
162
Ayat ini menunjukkan dalil kekuasaan Allah s.w.t apabila menjadikan waktu dhuha dan waktu
malam kepada manusia. (Ibnu Kathir, 2007). Kedua-dua waktu tersebut sebagai manfaat kepada
manusia dalam kehidupan mereka. Dalam hadith Rasulullah s.a.w juga menjelaskan berkenaan
amalan solat Sunat Dhuha yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. bagi mendekatkan diri
kepada Allah s.w.t dan memohon bantuan dan pertolongan daripada Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: Dari Anas bin Malik berkata, dalam sebuah perjalanan saya melihat Rasulullah
s.a.w melakukan solat sunat dhuha sebanyak lapan rakaat, tatkala sudah selesai nabi berkata, aku
solat antara berharap dan cemas, aku meminta pada rabKu tiga hal, Dia mengabulkan dua
permintaan dan menolak ketiganya, aku meminta agar umat tidak ditimpa dengan bencana dan
tidak dikuasai musuh, dan Allah mengabulkannya, lalu aku meminta untuk tidak terjadi
perpecahan di kalangan umatku, dan Allah menolaknya. (Musnad Ahmad, Bab Musnad Anas b.
Malik, no 12129)
Solat Sunat Dhuha dilaksanakan di Pusat Orkid setiap pagi bagi membentuk akhlak dan peribadi
yang mulia dalam kalangan mereka. Ia juga sebagai salah satu proses pemulihan dengan disiplin
yang tinggi dalam perlaksanakan solat tersebut. Latihan berkenaan ibadah dapat membantu
mengatasi masalah sosial remaja. Ibadah akan membentuk rasa bertuhan dan interaksi antara
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
163
akal dan perbuatan sebelum melakukan sesuatu perbuatan, ia dapat mengelakkan pelatih kembali
terlibat dengan masalah sosial apabila tamat pemulihan kelak.
4.0 Kesimpulan
Para pelatih di pusat perlindungan bersetuju bahawa Pusat perlindungan MAIS menggunakan
pendekatan al-Quran dalam proses pemulihan dan menangani masalah sosial remaja. Kaedah
yang digunakan juga didapati mampu menyuntik semangat dalam diri para pelatih untuk berubah
ke arah kehidupan berpandukan Islam berbanding kehidupan mereka sebelum ini. Aspek
kerohanian juga menjadi teras dalam membina Jati Diri mereka agar mampu berdepan dengan
cabaran dunia luar selepas tamat pemulihan. Namun begitu, para pelatih masih memerlukan
tautan dan sokongan daripada pusat perlindungan selepas mereka menjalani latihan agar tidak
kembali mengulangi kesilapan yang sama. Ia boleh dilakukan sama ada menerusi pertubuhan
alumni pusat perlindungan, aktiviti dan pemantauan berkala daripada pusat serta sokongan
keluarga dan masyarakat setempat.
Rujukan
Abi Abdullah Muhammad Ismail b. Ibrahim al-Bukhari (2007) Sahih Bukhari.
Dar al-Hadith : Kaherah.
Abu Abdurrahman Ahmad bin Ali an-Nasa'i (t.t). Sunan al-Nasa’i. Dar al-Kutub
al-Ilmiyyah: Riyard.
Abu Daud Sulaiman. (t.t). Sunan Abi Daud. Dar al-Hadith: Kaherah
Ahmad Bin Hanbal. (t.t) Al-Musnad. Muassasah Al-Risalah, Beirut
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
164
Ahmed Kamel Mohamed (2006). Penghayatan al-Quran dalam kehidupan dalam
“ Isu semasa pengajian Quran dan Sunnah .Fakulti Pengajian al-Quran USIM: Nilai
Dara Aisyah bt. H.M. Ali Puteh dkk. (2013). Drug addict treatment and rehabilitation
programme at Pondok Inabah Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia (1998-2011).
Dlm British Journal of Social Sciences. Vol. 1. No. 5. Hlm. 37-46. ISSN: 2326-4209.
Hasan Ali (2013). Hal-hal yang membatalkan solat anda. Terj.Nur Thairah Syamsuddin. Al-
Hidayah House of Publisher Sdn Bhd: Selangor.
Ibnu Kathir. (2007) Shahih Tafsir Ibnu Kathir. Terj Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri.
Maktabah Dar al-Salam: Riyadh.
Mahmood Nazar Mohamed dkk. (2005). Program pemulihan luar institusi untuk penagih dadah.
Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Merriem, S.B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. Ed. 2.
San Fransisco: Jossey-Bass.
Mushaf al-Quran al-Karim.
Norzulaili Mohd Ghazali dan Mohd Zohdi Mohd Amin (2005) Metod al-Quran Dalam Membina
Akhlak dan Peribadi dalam “Isu semasa pengajian Quran dan Sunnah siri 2. MES
enterprise Sdn Bhd : Kuala Lumpur.
Welsh, Elaine. (2002). Dealing with Data: Using NVivo in the Qualitative Data Analysis
Process. Dlm. Forum: Qualitative Social Research. Vol. 3, No. 2, Art. 26. May 2002.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
165
Zainudin Awang. (2013). Research Methodology And Data Analysis. KL UiTM Press.