Post on 11-Jun-2015
description
Pengaplikasian Pendekatan Kognitif dalam proses pembelajaran kanak-kanak
dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam pengajaran
dan pembelajaran.
(a) i. Huraikan prinsip-prinsip pendekatan Kognitif.
ii Bincangkan kepentingan dan pendekatan Kognitif dengan
mengaplikasikan konsep ini dalam amalan bilik darjah.
(b) Bagaimana anda mencorak alam pembelajaran yang berkesan di dalam
kelas. Bincangkan. Jawapan anda hendaklah merangkumi tiga aspek
alam belajar.
a (i)
Definisi Kognitif
Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir,
menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah
dan sebagainya. Pendekatan Kognitif merupakan pendekatan yang
memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi
yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne,
Bruner dan Ausubel.
Ciri-ciri pembelajaran Kognitif
1. Pembelajaran individu yang dilakukan adalah mengandungi motif
atau objektif tertentu, dan bukan aktiviti atau proses cuba-ralat
sahaja.
2. Pembelajaran ialah sesuatu pemerosesan maklumat di dalam
sekitar.
3. Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada adalah amat
penting untuk pembelajaran.
4. Pembelajaran yang utama adalah yang berasaskan kepada
struktur kognitif dan kesedaranya terhadap kewujudan rangsangan-
rangsangan baru.
Pandangan ahli-ahli psikologi mengenai teori pembelajaran kognitif
Teori Pembelajaran Kohler
Kohler menyarankan bahawa celik akal merupakan kebolehan mental
yang mendorongkan manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam
perkitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang
sedang diadapi.Pandangan beliau lebih bertumpu pada tingkah laku yang boleh
diperhatikan.
Teori Pembelajaran Piaget
Menurut kajian dan pemerhatian Piaget beliau mendapati bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat
peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat
peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7
tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) dan Peringkat Operasi Formal
(selepas 12 tahun). Setiap perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan
faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep sama ada konkrit atau
abstrak.Pada peringkat operasi konkrit pembelajaran berkesan bergantung
kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.
Teori Pembelajaran R.M.Gagne
Menurut teori pembelajaran Gagne beliau lebih menekankan
pembelajaran adalah melalui rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar
akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Tambahan pula
beliau menyarankan pengalama-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan
jangka penjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan
pengalaman-pengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru
berlaku. Beliau mengutarakan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam
sesuatu proses pembelajaran , iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa
penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa
prestasi dan fasa maklum balas.
Teori Pembelajaran Bruner
Menurut Bruner peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang biasa
dilalui oleh kanak-kanak normal ialah peringkat enaktif, peringkat ikonik dan
peringkat Simbolik. Beliau mengatakan bahawa proses pembelajaran adalah
berlandaskan kepada pertimbangan jenis bentuk pembelajaran. Bruner
menghuraikan enam ciri perkembangan kognitif iaitu keupayaan kawalan emosi ,
keupayaan menyerapkan peristiwa, keupayan penggunaan perkataan dan
simbol, pertambahan aktiviti tindak balas, penggunaan bahasa dan keupayaan
untuk menghadapi berbagai situasi. Bruner menghuraikan empat prinsip
pengajaran dan pembelajaran berlandaskan teori pembelajaran yang
dikemukakannya iaitu prinsip motivasi,struktur,sekuen dan peneguhan.
Teori Pembelajaran David P.Ausubel
Ausubel menyarankan pembelajaran resepsi yang bermakna. Mengikut
Ausubel ada dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu pelajar sendiri mesti
mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran dan
pelajaran baru mesti dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.Dalam
pembelajaran resepsi maklumat terancang yang lengkap diberikan kepada
pelajar .Pelajar hanya menyerapkan maklumat itu kedalam struktur kognitifnya
sahaja.
a (ii)
Aplikasi pendekatan kognitif dalam amalan bilik darjah
Aplikasi pendekatan Kohler:-
Beliau menekankan penggunaan celik akal dan pengetahuan sedia ada
pada pelajar dalam penyelesaian masalah. Guru membimbing pelajar
menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam
persekitaran secara turutan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Contoh
yang nyata ialah semasa guru hendak mengajar karangan bergambar dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia, sebagai langkah pertama pelajar perlu
didedahkan pertalian di antara satu gambar dengan gambar yang lain.
Seterusnya pelajar dapat hubung kaitkan penerangan tentang gambar-gambar
tersebut secara urutan dengan pengetahuan sedia ada dan secara tidak
langsung pelajar dapat menghasikan satu karangan yang lengkap dengan
menggunakan celik akalnya. Pelajar dapat mengaitkan pengalaman sedia ada
dengan pembelajaran baru mereka.
Aplikasi Piaget:-
Beliau menekankan bentuk pemikiran konkrit kepada abstrak, daripada
dekat kepada jauh,daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman
baru,daripada kasar kepada halus,mengikut perkembangan otot-otot individu.
Pelajar dipupuk motivasi intrinsik dan digalakkan melibatkan secara aktif dalam
pembelajaran, demi menggerakkan proses asimilasi dan akomodasi.Contoh
pembelajaran ini ialah dalam mata pelajaran kajian tempatan.Tajuk pencemaran
air dapat dijelaskan kepada pelajar dengan menunjukkan gambar-gambar yang
berkaitan dengan pencemaran ini.Pelajar dapat menghayati pengajaran guru
dengan berpandukan gambar dan penerangan guru serta memahami keburukan
pencemaran secara keseluruhannya.Proses ini akan akan memotivasikan pelajar
agar memelihara alam semulajadi untuk kesejahteraan umat manusia.
Aplikasi R.M.Gagne:-
Beliau menekankan pelajar supaya dapat membezakan cirri-ciri penting
atau khusus untuk membina konsep dan hukum. Proses ini akan mendorong
pelajar menyelesaikan masalah dengan menggunakan prinsip hukum dan
teorem.Penggunaan bahan konkrit oleh guru menyebabkan pelajar dapat
memproses maklumat dengan penggunaan deria. Proses ini berlaku disebabkan
oleh gerak balas dan rangkaian motor. Contoh kemahiran-kemahiran matematik
ialah operasi tambah ,tolak, darab dan bahagi membena sudut tepat, melukis
bulatan dan sebagainya. Kemahiran ini boleh dikuasahi melalui latihan dan
permaianan yang diberikan oleh guru dalam bilik darjah.
Aplikasi J.S.Bruner:-
Beliau menekankan naluri ingin tahu pelajar dengan kaedah inkuiri
penemuan dan kaedah induktif serta memberi peneguhan selepas aktiviti
penilaian.Contoh bagi teori ini ialah dalam pengajaran mata pelajaran
Sains.Pelajar-pelajar dapat membuktikan fakta,membentuk soalan-soalan
relevan,mengembangkan cara-cara atau kaedah dan memberi keterangan
berkaitan tajuk yang diajar oleh guru.Dalam tajuk fotosintisis pelajar dapat
mempelajari cara-cara daun membuat makanan dengan menggunakan cahaya
matahari ,air dan klorofil. Hasil kajian yang dilakukan oleh pelajar berkaitan tajuk
fotosintisis ini akan diberi peneguhan oleh guru.
Aplikasi Ausubel:-
Beliau menekankan ajaran konsep,prinsip dan hukum yang sedia
ada.Pelajar dilatih menggunakan pengelola awal dengan pendekatan induktif,
deduktif atau pun gabungan kedua-duanya.Guru harus menentukan objektif
pengajaran, isi pengajaran dan memilih contoh-contoh yang sesuai.Murid akan
menjamin pembelajaran yang bermakna itu wujud, guru harus menolong
pelajarnya menghubungkan struktur kognitif yang sedia ada dengan struktur
yang diajarkan. Setiap konsep atau prinsip baru hendaklah dikaitkan rapat
dengan konsep atau prinsip yang telah ada dalam struktur pelajar.Contohnya
dalam mata pelajaran Kajian Tempatan pelajar telah ada pengetahuan sedia ada
mengenai tajuk kenderaan.Pelajar telah belajar tentang konsep ‘kereta’ mereka
tahu bahawa sebuah kereta mempunyai tayar,lampu,stering,roda,tempat duduk
dan mempunyai injin.Tajuk baru yang akan dipelajari ialah berkaitan dengan
kapal terbang yang mungkin mereka belum pernah lihat dan sentuh.Namun
pemahaman mereka mengenai kenderaan akan membantu mereka agar tidak
perlu buat sebarang perubahan atau pengubahsuaian terhadap konsep sedia
ada.Sebaliknya pelajar tadi akan mengubahsuai terhadap konsep tersebut
sekiranya mereka tidak pernah melihat bentuk sesuatu kenderaan yang tidak
wujud dalam persekitaran mereka.
(b) Tiga aspek alam belajar yang mencorak pembelajaran berkesan di dalam
kelas.
1. Mengikut kebiasaan pelajar akan lebih berminat dan mengambil bahagian
dalam pembelajaran sekiranya mereka diterima dan dilayan dengan baik oleh
para guru dan rakan-rakan sekelasnya. Oleh itu amatlah penting bagi guru
memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar.
Aspek-aspek psikososial yang dimaksudkan merangkumi empat elemen
iaitu nada suara , budi bahasa , tingkah laku yang sesuai dan suasana yang
kondusif. Kesemua aspek ini harus diberi keutamaan oleh seorang guru bagi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berlaku di kelas dari masa ke
semasa.
Seorang guru seharusnya mempunyai nada suara yang jelas dan terang
semasa menyampaikan maklumat kepada pelajar.Suara seorang guru mesti
memikat naluri dan minat pelajar untuk memberi tumpuan dan menghayati
pengajaran yang disampaikannya.Guru mesti bersifat tenang dan tidak
menengking terhadap pelajar sekiranya berlaku sebarang kekecohan dalam bilik
darjah. Suara guru yang memikat pelajar akan membawa perubahan yang positif
dalam bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku tanpa
sebarang gangguan emosi kepada pelajar.
Guru harus menggunakan perkataan –perkataan yang bersopan seperti
‘sila duduk’, ‘tolong berhenti cakap’ , memanggil pelajar dengan menggunakan
nama mereka dan juga elakkan daripada menggunakan kata-kata sindiran.
Dengan ini wujudnya sifat saling hormat-menghormati antara guru dan murid-
murid. Guru harus menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar agar pelajar
dapat mempelajari tingkah laku, berbudi bahasa dan bersopan santun.
Pelajar menjadi klien utama guru. Segala gerak-geri , pertuturan dan
perbuatan guru diperhatikan oleh mereka. Jika guru membiarkan perlakuan
mengusik-usik atau membuli-buli,pelajar akan terasa tidak selamat dan selesa
berada dalam bilik darjah tersebut. Dengan ini segala hasil usaha guru tidak
berhasil. Guru harus peka dan elakkan suasana tersebut wujud dalam bilik
darjah.
Suasana bilik darjah yang kondusif adalah memainkian peranan yang
penting dalam mempengaruhi tingkah laku murid-murid secara langsung.
Suasana bilik darjah yang serba lengkap seperti kerusi
meja ,langsir ,kipas ,almari ,persekitaran yang nyaman dan papan kenyataan
yang ditampal dengan maklumat pengajaran yang berfaedah akan membantu
pelajar menguasai kemahiran yang diajar oleh guru.
2. Sekiranya seorang guru inginkan anak muridnya berkolaborasi dan
kumpulan kecil mereka perlu dikumpulkan dan ditempatkan dalam bentu bulatan
mengelilingi sebuah meja atau beberapa kluster meja. Bagi perbincangan secara
kelas guru perlu meletakkan mereka dalam bentuk bulatan atau berbentuk U.
Bagi pembelajaran kadar kendiri dan bersifat individu kemungkinan boleh
diwujudkan stesen-stesen pembelajaran. Bagi kaedah kluster guru harus
memusatkan pelajar 4-8 orang duduk dalam kumpulan yang dekat dan rapat.
Dengan kaedah-kaedah ini guru dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-
aktiviti yang yang dikendalikan olehnya. Proses ini akan meningkatkan
pembelajaran dan pengurangan tingkaha-laku bermasalah dalam kalangan
murid-murid.
Pelbagai Gaya
Gaya Auditorium Gaya Perbincangan
Gaya U Gaya Kluster
3. Komuniti pembelajar lebih dirujuk kepada sekumpulan manusia yang
belajar bersama-sama dalam satu persekitaran yang selamat lagi menggalakkan
dengan adanya dialog, maklumbalas, refleksi dan penurunan kuasa.Guru akan
menyerapkan kaedah pembelajaran kolobarasi sesama murid melalui
pembelajaran koperatif. Murid akan melakukan aktiviti dalam kumpulan atau
rakan sebaya mereka.Hubungan di antara pelajar akan lebih erat dalam konteks
akedemik dan social. Guru akan memokuskan aktiviti-aktiviti pengajaran ke arah
pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran.
Bilik darjah akan beroperasi akan sebagai pusat kawalan terhadap ilmu
yang akan diperolehi diperkongsikan bersama. Guru perlu meningkatkan
kebolehan diri sendiri dalam menyampaikan maklumat baru dengan
pengetahuan sedia ada pelajar agar mereka dapat memahami maklumat yang
kompleks.Guru menggunakan insentif ekstrinsik bagi mendorong mereka
melakukan sesuatu atas maklumat peribadi . Guru akan mengambil berat
tentang perbezaan individu dalam menyampaikan maklumat dan pengajaran.
Kesimpulan
Pendekatan kognitif memang mengaplikasikan konsep-konsep yang
penting dalam segala amalan pembelajaran . Semua ahli psikologi yang
memberi penekanan kepada teori kognitif memberi penekanan kepada
perkembangan mental pelajar secara keseluruhan. Alam belajar yang kondusif
akan memerangsangkan lagi pelajar dan guru untuk meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran.