Post on 28-Nov-2021
Jabatan Pembangunan Latihan, IPG Kampus Sultan Abdul Halim
604-4218621 ext 240 https://jpl.ipsah.edu.my jpl@ipsah.edu.my
e-BULETIN JPLEdisi 1/2021
Penerbitan Buletin JPLDengan sokongan yang diberikan oleh pihak pengu-rusan akhirnya e-Buletin JPL edisi 1 Tahun 2021 ber-jaya diterbitkan......
KATA ALUAN KETUA JABATAN
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Dengan sokongan yang diberikan oleh pihak pengurusan akhirnya e-Buletin JPL edisi 1 Tahun 2021 berjaya diterbitkan untuk bacaan umum.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang pengarang di atas usaha dalam menyiapkan buletin keluaran kali pertama ini. Semoga maklumat yang terkandung dalam edisi ini dapat dikongsi bersama dan memberi man-faat kepada semua warga kampus.
Jabatan Pembangunan Latihan (JPL) meng-harapkan dengan adanya buletin ini dapat memberi maklumat tentang pelbagai aktiviti Pembangunan Profesional Berterusan (PPB) yang dirancang dan telah dilaksanakan di kampus ini.
Penghasilan e-Buletin bagi kali pertama ini walaupun ianya agak ringkas namun ianya mengambarkan suatu menifestasi mantap kerja berpasukan dan komitmen bersepadu yang baik dalam organisasi JPL IPGKSAH. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk
menambahbaik lagi penghasilan e-Buletin untuk edisi berikutnya.
Akhir sekali, pihak JPL berharap akan terus mendapat kerjasama yang baik dari semua warga kampus untuk menjayakan aktiviti-ak-tiviti seterusnya. Tanpa kerjasama, sokongan, dokongan dan komitmen daripada semua pihak adalah mustahil untuk kita berkembang maju mengikut hala tuju yang telah kita sama-sama usahakan dan garapkan sesuai dengan konsep ITQAN yang diperkenalkan bagi memupuk budaya positif ke arah mem-bentuk budaya kerja yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.
MOHAMAD ROSLAN BIN ABD RAZAKKetua Jabatan Pembangunan LatihanIPG Kampus Sultan Abdul Halim
Edisi Ini.....
Terima kasih!!Pihak JPL merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan atas komitmen
yang diberikan oleh En. Muhamad
Azian bin Saad sepanjang berkh-
idmat di JPL dan mengucapkan
selamat maju jaya untuk pen-
empatan beliau di Jabatan Sains
Sosial.
Aktiviti akan datang...... » Webinar Reka Bentuk Pengajaran: AKSB
( 3 Ogos )
» Kursus Rakan Elit Kohort 6 ( 9 Ogos )
» Bengkel Penulisan Karya Kreatif ( 28
Ogos )
» eSeminar Penyelidikan & Pendidikan
Kebangsaan 2021 ( 6-7 Okt )
» Webinar Seni Dalam Psikologi (rujuk
JSS)
Selamat datang...Tahniah diucapkan kepada En. Alias
bin Ibrahim atas pelantikan sebagai
Ketua Unit Latihan Dalam Perkh-
idmatan baharu, semoga teruskan
perkhidmatan yang cemerlang......
Ahli Jabatan Pembangunan Latihan
Pn. Hjh.Norhana bt. Abu Bakar
(Pen. KJ)
En. Alias bin Ibrahim
(KULDP)
Pn. Hjh. Sarimah binti
Saad
En. Ti Heong Poy
En. Adam Malik
bin Hj. AhmadEn. Mohd Roshdi bin
Abdul Rashid
Pn. Rahimah binti Ismail
Pn. Nur Haziroh
binti HaronEn. Zolkefli bin
Harun
604-4218621 ext 240
2 e-Buletin JPL • Edisi 1/2021
https://jpl.ipsah.edu.my jpl@ipsah.edu.my
LATAR BELAKANG
Seminar Penyelidikan dan Inovasi
IPGKSAH merupakan acara tahunan
yang diadakan bermula pada 2019 di
Institut Pendidikan Guru Kampus Sul-
tan Abdul Halim. Setiap tahun, Semi-
nar Penyelidikan dan Inovasi IPGKSAH
menghimpunkan penyelidik dalam
kalangan pensyarah IPG, IPT dan guru
membentangkan kertas penyelidikan
mengikut bidang masing-masing.
Pelaksanaan eSAHConfED 21 adalah
bertepatan dengan anjakan ke-4
Transformasi Profesion Keguruan
dalam Pelan Pembangunan Pendidi-
kan Malaysia 2013-2025 untuk mem-
budayakan Penyelidikan dan Inovasi.
Pelaksanaannya juga adalah selaras
dengan Kluster 3 (Pembudayaan
Penyelidikan & Inovasi) Transformasi
IPG (2016-2025).
OBJEKTIF
Membina satu jaringan sokongan
antara IPGM, IPGK, JPN dan IPT dalam
memantapkan bidang penyelidikan
dan inovasi khususnya di IPG Kampus
Sultan Abdul Halim. Ia juga memberi
peluang dan ruang kepada pensyarah
IPGK, guru-guru dan pensyarah insti-
tut pengajian tinggi membentangkan
kertas penyelidikan dan inovasi dalam
seminar penyelidikan pendidikan
peringkat kebangsaan. Di samping itu,
dapat mengenal pasti isu dan cabaran
semasa dalam pelbagai bidang peny-
elidikan pendidikan dan inovasi.
TEMA
“Transformasi Pendidikan Bermakna
dalam Norma Baharu”
TARIKH-TARIKH PENTING
Perkara Tarikh Tutup
Pendaftaran 15 Ogos 21
Penghantaran abstrak 15 Ogos 21
Notis penerimaan abstrak 31 Ogos 21
Penghantar video pem-bentangan & Kertas Kerja
16 Sep 21
SILA HUBUNGI:
1. Ahmad Sharani b Abdul Seliban : 013-4418427
2. Dr. Rohani binti Che Hashim : 012-6139588
3. Faridah binti Abdul Rahman : 019-4172268
email : sahcofedmin@gmail.com
https://bit.ly/eSAHConfED21
Kajian Keperluan Latihan (KKL) bagi
mengenal pasti keperluan latihan bagi
tahun 2022 telah siap dilaksanakan secara
dalam talian dengan menggunakan Sistem
Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan
Malaysia (SPLKPM).
Pengisian instrumen penilaian melibat
kesemua 163 orang pegawai dan dibahagi
kepada kumpulan bukan guru dan guru.
Setelah membuat analisis data yang dikumpul,
dapatan analisis menunjukkan bagi kumpulan
pemimpin (30 orang pegawai) kelima-lima
domain yang dinilai masing-masing nilai
min ialah Think(3.18), Lead(3.31), Act (3.45),
Network(3.40) dan Resource(3.27). ini menun-
jukkan kesemua pemimpin mahir dalam
kelima-lima domain tersebut. Namun terdapat
5 sub domain yang memaparkan peratusan
yang paling tinggi memerlukan latihan seperti
jadual di bawah:
Sub Domain Peratus %
Mamacu Inovasi dan Kreativiti 36.7
Pengurusan Aset 36.7
Pengurusan TMK 23.3
Memacu Kecemerlangan 20.0
Pemikiran Konseptual 20.0
Manakala analisis kumpulan pensyarah
(70 orang) didapati tahap penguasaan
pensyarah terhadap keempat-empat domain
yang dinilai masing-masing mencatatkan
nilai min, Think(3.43), Lead(3.43), Act(3.52),
Network(3.64). Pencapaian kesemua nilai min
domain kumpulan pensyarah adalah lebih
tinggi daripada kumpulan peminpin.
Lima sub domain yang memaparkan peratu-
san yang paling tinggi memerlukan latihan
adalah seperti jadual di bawah:
Sub Domain Peratus %
Memacu Kecemerlangan 15.7
Penyesuaian Perubahan 11.4
Keyakinan Diri 10.0
Coaching dan Mentoring 8.6
Pemikiran Konseptual 5.7
Sebagai rumusan, kedua-dua kumpulan pega-
wai memerlukan latihan dalam domain think
dan act. Sedangkan kumpulan pemimpin lebih
memerlukan latihan dalam domain resource
dibandingkan dengan kumpulan pensyarah
yang memerlukan latihan dalam domain lead.
Dapatan yang diperolehi akan menjadi
panduan dalam membuat perancangan dan
menyusun stategi yang sesuai dalam Latihan
Pembangunan Profesionalisme bagi tahun
2022.
KAJIAN KEPERLUAN LATIHAN TAHUN 2022
Info Latihan
Sehingga 30 Jun 2021, IPG Kampus
Sultan Abdul Halim telah melaksanakan
sebanyak 162 Latihan Pembangunan
Profesonalisme Berterusan (PPB) yang
meliputi 6 kluster seperti carta di bawah :
Pencapaian Mata Kredit MyPPB (30 Jul 2021)
Tahniah dan syabas diucapkan kepada
semua staf akademik yang telah men-
capai tahap minima 42 mata kredit
MyPPB. JPL ingin merakamkan ribuan
terima kasih kepada semua warga
yang memberi kerja sama sepenuhnya
dalam melaksanakan amanah ini. Di
bawah merupakan 10 senarai pencapa-
ian mata kredit yang tertinggi.
eSEMINAR PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2021 (eSAHConfED’21)
PENDIDIKAN9% STEM
7%BAHASA4%
KEMANUSIAAN57%
KOKURIKULUM10%
GENERIK13%
LLaattiihhaann mmeennggiikkuutt KKlluusstteerr((JJuunn 22002211))
PENDIDIKAN
STEM
BAHASA
KEMANUSIAAN
KOKURIKULUM
GENERIK
1. 1. OTHAYA KUMARAN A/L KANDASAMY (141)OTHAYA KUMARAN A/L KANDASAMY (141)2. 2. ROSS LINA BT MANSOR (130)ROSS LINA BT MANSOR (130)3. 3. DR MALAR A/P MUTHIAH (121)DR MALAR A/P MUTHIAH (121)4. 4. AHMAD SHARANI B ABDUL SELIBAN (117)AHMAD SHARANI B ABDUL SELIBAN (117)5. 5. NUR ELIYAWATON BT MOHD ALIAS (115)NUR ELIYAWATON BT MOHD ALIAS (115)6. 6. DR RIDZUAN BIN AHMAD (113)DR RIDZUAN BIN AHMAD (113)7. 7. DR KARTINI BINTI ABDUL MUTALIB (110)DR KARTINI BINTI ABDUL MUTALIB (110)8. 8. MOHD ZAINURI BIN EMBI (109)MOHD ZAINURI BIN EMBI (109)9. 9. QUINIE ONG KOOI LOO (103)QUINIE ONG KOOI LOO (103)10. 10. NITHIAVANI A/P SUBRAMANIAM (102)NITHIAVANI A/P SUBRAMANIAM (102)