Pengalir Dan Kabel

Post on 19-Jun-2015

18.327 views 20 download

description

Perkongsian informasi menjana teknologi mencerna kreativiti mencetus inovasi demi suatu transformasi mengungguli generasi MADANI....

Transcript of Pengalir Dan Kabel

PENERANGAN

PENGALIR & KABEL

TUJUAN PENERANGAN :

Pelatih akan dapat : Mengenal jenis-jenis pengalir. Mengenal jenis-jenis penebat bagi

kabel. Mengenal kadaran saiz bagi kabel. Memilih saiz kabel yang hendak

digunakan.

PENGALIR

Ialah suatu bahan yang membenarkan pengaliran elektron bebas atau secara beban mengalir

melaluinya.

JENIS-JENIS BAHAN PENGALIR YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM PEMASANGAN PENGGUNA IALAH :

ii Kuprum - adalah suatu pengalir kedua terbaik selepas perak. Disebabkan kedua terbaik dan ciri-ciri yang terdapat padanya maka pengalir kuprum biasanya digunakan sebagai pengalir kabel atau pengalir-pengalir selain daripada kabel yang digunakan dalam pemasangan.

Nilai kerintangan ialah 17.5µ Ωmm

iv. Timah -adalah suatu pengalir yang digunakan sebagai bahan sadur untuk cantuman pengalir kabel semasa pematerian. Pengalir timah mudah cair apabila dipanaskan.

Nilai kerintangan ialah 120µ Ωmm

PENEBAT Penebat ialah suatu bahan yang

menghalang atau tidak membenarkan arus mengalir melaluinya dengan mudah.

Bahan-bahan penebat yang biasa digunakan bagi keselamatan pengguna dari kejutan elektrik dalam sistem pemasangan ialah :

Getah Polivinil klorid Kertas terisitepu Penebatan mineral Bakelit

Getah - adalah suatu bahan penebat yang mempunyai rintangan tinggi, oleh itu, kegunaannya sebagai bahan dalam sistem pemasangan adalah menyeluruh. Sebagai contoh ia biasa digunakan untuk menyaluti pengalir kabel.

Kebaikan - Getah Penebat yang baik. Tidak mudah dimasuki air. Mudah dilentur.

Keburukan - Getah Mudah terbakar. Mudah rosak apabila terkena cahaya matahari.

Polivinil klorid - adalah suatu jenis bahan penebat campuran di antara plastik dan getah. Penebat PVK biasanya digunakan sebagai bahan penebat kabel bagi negara yang mempunyai suhu ambien normal dan biasa sepanjang tahun. Suhu pengendalian pengalir ialah 70° C.

POLIVINIL KLORID

Kertas terisitepu - adalah suhu bahan penebat yang boleh meresapi lembapan, oleh itu ia biasa digunakan sebagai penebat kabel yang digunakan di kawasan lembap contohnya sebagai pengalir kabel bawah tanah.

Penebatan mineral - adalah suatu penebat daripada jenis mineral di mana ia tahan suhu panas, minyak dan sebagainya. Bahan mineral jenis magnesium oksida biasanya digunakan sebagai penebat kabel.

KABEL Pada umumnya kabel adalah suatu bahan

yang membentuk sesuatu litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik. Dengan ini kabel yang digunakan mestilah mampu mengalir arus, menghalang dari berlaku denyutan daya gerak elektrik apabila tersentuh padanya dan mempunyai tempoh hayat yang lama. Bagi membentuk sesuatu binaan kabel terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

Pengalir. Penebat. Perlindungan mekanikal.

PENGALIR KABEL

Pengalir kabel biasanya diperbuat daripada kuprum dan aluminium. Tetapi peraturan IEE telah menyatakan bahawa luas keratan rentas pengalir 10 mm² atau kurang mestilah daripada jenis kuprum. Pengalir aluminium tidak dibenarkan bagi luas keratan rentas tersebut kerana ia mudah patah semasa kerja pendawaian dilakukan.

PEMILIHAN KUPRUM SEBAGAI PENGALIR KABEL ADALAH KERANA IA MEMPUNYAI CIRI-CIRI YANG BERIKUT : Kerintangannya yang rendah. Mudah dibentuk menjadi pengalir. Mudah disadur untuk tujuan pematerian.

TERDAPAT DUA CARA UNTUK MENYATAKAN UKURAN SESUATU SAIZ KABEL IAITU : Dengan secara bilangan lembar dan garispusat

setiap lembar

(cth ; 7/1.04mm). Dengan menyatakan secara luas keratan rentas

keseluruhan pengalir kabel (cth ; 6 mm² )

Bagi menentukan ukuran sesuatu kabel atau bagi menukar salah satu bentuk ukuran kabel boleh digunakan formula berikut :

Luas keratan rentas ( area ) = π J² x lembar. Nota : J² ditukarkan kepada ( garispusat /2 )² kerana

garispusat adalah separuh daripada jejari. Luas keratan rentas ( area ) = π ( gp /2 )² x lembar.

FORMULA

CONTOH PENGIRAAN

Sekiranya saiz kabel diberi 7/1.04mm dan tukarkan saiz tersebut dalam bentuk luas keratan rentas.

Luas keratan rentas ( area ) = π ( gp /2 )² = 3.142 x ( 1.04/2 )² x 7 = 3.142 x ( 1.08/4 ) x 7 = 3.142 x 0.27 x 7 = 5.94mm² @ 6mm²

RINTANGAN SESUATU PENGALIR BERGANTUNG KEPADA :

Panjang pengalir. Jenis bahan

pengalir. Suhu sekeliling.

PENEBAT KABEL Penebat yang menyalut pengalir kabel mestilah mempunyai

rintangan yang tinggi bagi menghalang arus terkeluar dan disentuh oleh penguna. Jenis-jenis penebat kabel telah diberi di permulaan bab ini seperti getah, pvk, penebat mineral dan kertas terisitepu

PELINDUNG MEKANIKAL

Pelindung mekanikal adalah suatu bahan yang disalutkan atau dilapikkan sekeliling penebat kabel untuk mengelak berlaku kerosakan ke atas kabel semasa pemasangan atau di sepanjang perkhidmatannya.

TERDAPAT BERBAGAI-BAGAI CARA ATAU BAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI PELINDUNG MEKANIKAL PADA KABEL. DI ANTARA CARA ATAU BAHAN YANG DIGUNAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT : Salutan polivinil klorid. Salutan getah. Dawai atau pita keluli dalam bentuk perisai. Salutan plumbum. Salutan kuprum. Konduit atau sesalur atau salur.

KABEL BOLEH DIKENALI DENGAN TIGA CARA IAITU

Penebat. Perlindungan mekanikal. Penebat dan perlindungan mekanikal.

JENIS-JENIS KABEL

PVC kabel – Poly Vinyl Chloride. PVC/swa/PVC – Armoured cable( PVC-

Stell wire Armoured-PVC). MICC – Mineral Insulated Copper

Covered. PICDSTA –Paper Insulated Cover Double

Sheat Tar Armoured. XLPE – Cross Line Poly Ethylene.

PVC KABEL-KABEL PENEBAT PVK ATAU GETAH BERSALUT PVK / GETAH

Kabel ini biasanya digunakan untuk pendawaian domestik dan kabel perhidmatan oleh pihak berkuasa bekalan.

KABEL PENEBAT PVK BERPERISAI (PVC/SWA/PVC) – ARMOURED CABLE

Mempunyai perisai sebagai perlindungan mekanikal.

Penebatan PVC yang digunakan adalah teguh dan boleh tahan panas sehingga 85°C.

Pengalir biasanya dibuat dari aluminium atau tembaga.

Terdapat dalam beberapa teras iaitu : 2 teras. 3 teras. 4 teras. Pelbagai teras ( multicore cable).

KEGUNAANNYA :

Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan pembahagian voltan rendah.

Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan agihan voltan rendah.

Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan suis utama pengguna.

Untuk sistem pembahagian pelbagai pengguna .

Untuk sistem pemasangan lampu- lampu jalan dan awam.

TERDAPAT 4 WARNA YANG BIASA DIGUNAKAN :

Merah untuk Fasa Merah. Kuning untuk Fasa Kuning. Biru untuk Fasa Biru. Hitam untuk Neutral.

KABEL PILCDSTA (PAPER INSULATED LEAD COVERED DOUBLE STEEL TAPE ARMOURED) – KABEL BERPENEBAT KERTAS

PENGALIR Pengalir terdiri daripada aluminium dan tembaga Pengenalan pengalir

0 – Neutral

1 – Merah

2 – Kuning

3 – Biru Rupa bentuk pengalir - kurang dari 16mm

berbentuk lembaran bulat dan lebih dari 16mm berbentuk lembaran “shaper”.

Isian - “Impergrant Filler” – Impergrant diperbuat daripada tapisan “Viscous berserta Refinde Rosin (Gum Pasfree)”, dan di antara fungsi-fungsi impergrant ialah :

Memperbaiki ketegangan elektrik. Pelincir bagi memudahkan pergerakan tape apabila

kabel tersebut ditambah. Mempertingkatkan pengaliran haba.

Jut - Diletakkan di antara penebat kertas dan ia juga membentuk kabel menjadi bulat.

Penebat talian kertas (Belt Paper) -berfungsi sebagai penebat tambahan di antara pengalir dan bumi

-Tebal talian kertas ialah : 1.4mm - di antara pengalir 1.2mm – di antara pengalir dan sarung plumbum

JENIS BEDDING : Pita kertas beserta “Bitumin” (atau pita PVC) Bahan “Fibros Bitumin”

“Serving” - diperbuat dari bahan-bahan Fibros-Bitumin dan tebalnya 2mm

digunakan untuk menyaluti bahagian luar kabel.

juga diperbuat daripada “Jute Yam”, “Hessian Tape”, “Neutral Cotton” atau “Synthetic Fiber Tape”. - lapisan serbuk putih digunakan untuk

mengelakkan dari melekat.

KABEL “XLPE”

Maksud “XLPE” ialah Cross Link Ethylene. Penebatnya dibuat dari bahan plastik yang

diberi nama “Cross Link Poly Ethylene” yang menggantikan kertas. Penebat plastik pepejal ini disalut pada setiap pengalir fasa yang terdiri dari pengalir aluminium dan tembaga.

Mudah dibentuk mengikut saiz pengalir dengan cara “Tool & Die” mengeliling pengalir agar tiada rongga terjadi di antara pengalir dan plastik.

Plastik adalah bahan yang ringan dan mudah penjagaanya .

Pemasangan yang mudah jika dibandingkan kabel jenis lain

Tidak mudah menyerap air.

Sebab menggantikan penebat plastik ialah :

Kehilangan daya elektrik adalah rendah.

Harganya mahal jika dibandingkan jenis kabel lain.

“Thermoset Plastik” digunakan untuk perencat nyalaan disebabkan bahan ini tidak mudah berubah nilai dan bentuk serta dapat menahan tekanan haba geseran ataupun tarikan.

Pembawa arus yang tinggi dari kabel PILCDSTA.

Sambungan….

KEGUNAANYA :

Kawasan pencemaran kimia dan minyak. Kawasan tidak rata atau tempat tinggi. Kawasan paya atau tanah berat

PANDUAN PENERANGAN

XLPE Power Cable – Federal Power & Telecoms Sdn Bhd.

BS 6622 : 1985. IEC 502.

PENGALIR DARI JENIS ALUMINIUM DAN TEMBAGA

KABEL MICC (MINERAL INSULATED COPPER COVERED) – KABEL BERKELONGSONG TEMBAGA BERTEBAT BAHAN GALIAN.

PENGENALAN KABEL

Sarung luaran diperbuat dari tembaga tanpa pateri pada takat lebur 1038 °C.

Penebatnya dari jenis Magnesium Oksida dengan takat lebur pada 2800 °C.

Pengalirnya dari jenis tembaga elektronik ( electrolytic copper) takat lebur 1083 °C

British Standard bagi kabel ini ialah BS 6207.

Pengalir didapati dalam dua jenis iaitu: LIGHT DUTY L 500V – digunakan untuk kuasa rendah. HEAVY DUTY H 750V – digunakan untuk kuasa tinggi.

Pengalir dalam bentuk teras iaitu 1,2,3 dan 4 teras.

Kabel ini digunakan untuk pendawaian di tempat suhu yang tinggi atau tempat mudah terbakar seperti rumah dandang (boiler house) untuk sistem pencegah kebakaran dan lain-lain.

Penamatan kabel ini menguna kabel gland.

CIRI-CIRI DAN KEISTIMEWAAN KABEL INI

Tahan api-ketahanan telah diuji dalam ujian IEC 331 dan diiktiraf sebagai “FIRE RESISTANT”

Kalis cecair dan gas- sarung logam luar yang bersambungan tanpa pateri menjadi kabel yang tidak dapat ditembusi oleh sebarang cecair dan gas.

Garispusat kecil dan kemampuan tinggi (hight capacity).

Mudah dilentur (flexibility).

Tahan kakisan. Kos pemasangan yang kompetitif. Kalis letupan. Operasi pada suhu tinggi. Ketahanan atau rintangan. Sistem pembumian. Sistem nuklear (nuklear radiators). Ketahanan operasinya tanpa penyelenggaraan.

Sambungan…..

PENGENALAN BAGI KABEL BUKAN BOLEH LENTUR

Warna campuran hijau dan kuning hanya dikhaskan untuk pengenalan bagi pengalir perlindungan litar sahaja dan bukan untuk sebarang kegunaan yang lain.

Setiap kabel teras tunggal, 2 teras atau teras berbilang yang digunakan sebagai pendawaian tetap mestilah dibuat pengenalan pada keseluruhan kabel. Cara pengenalan dijalankan adalah seperti berikut:

JADUAL 51A

Pengenalan warna teras kabel tak boleh lentur dan konduktor dedah untuk pendawaian tetap. Bagi kabel bertebatkan p.v.c berperisai dan kabel bertebatkan kertas, lihat Peraturan IEE 514-06-01 (ii)

Fungsi Pengenalan warna

Konduktor pelindung (termasuk pembumian)Fasa litar fasa tunggal a.uNeutral litar fasa tunggal atau tiga fasaFasa R litar a.u tiga fasaFasa Y litar a.u tiga fasaFasa B litar a.u tiga fasaPositif a.t. litar dua dawaiNegatif a.t. litar dua dawaiLuar (positif dan negatif) a.t. litar 2 dawai diterbitkan daripada sistem 3 dawaiPositif litar a.t. 3 dawaiDawai tengah litar a.t. 3 dawaiNegatif litar a.t. 3 dawaiBumi fungsional - Telekomunikasi

Hijau dan kuningMerah ( atau kuning atau biru *)Hitam MerahKuningBiruMerah HitamMerahMerahHitamBiruKrim ( lihat BS 6701 Bahagian 1 )

JADUAL 51B

Pengenalan warna teras kabel boleh lentur dan kord boleh lentur 4

4

Bilangan teras Fungsi teras Warna teras

1

2

3

4 atau 5

FasaNeutralPelindung

FasaNeutral

FasaNeutralPelindung

FasaNeutralPelindung

PerangBiru

Hijau-dan-kuning

PerangBiru2

Perang³Biru2

Hijau-dan-Kuning

Perang atau hitamBiru²

Hijau-dan-Kuning

PERATURAN KABEL UMUM Bagi semua jenis kabel, jika luas keratan rentas

pengalirnya 10mm2 atau kurang, maka pengalirnya hendaklah daripada kuprum.

Kadaran voltan bagi setiap kabel mestilah tidak kurang daripada voltan nominal (bekalan) atau voltan yang ditetapkan.

Kapasiti membawa arus setiap kabel mestilah tidak kurang daripada arus maksima yang mengalir dalam kabel.

PERATURAN IEE BAGI KORD DAN KABEL BOLEH LENTUR (PENGGUNAAN) Kord dan kabel boleh lentur boleh dipasang pada semua

alat elektrik yang berkadaran kurang daripada 3 kw. Dawai perisai pada kord dan kabel boleh lentur tidak

boleh digunakan sebagai pengalir perlindungan litar, oleh itu satu pengalir perlindungan litar yang berasingan mesti diadakan.

Kord dan kabel boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pendawaian tetap kecuali ia sependek-pendek yang boleh.

BERAT MAKSIMUM YANG BOLEH DITANGGUNG OLEH KORD BOLEH LENTUR ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Lembaran dan garispusat

Luas keratan rentas

Berat maksimum

16/0.2mm24/0.2mm32/0.2mm

0.5mm2

0.75mm2

1.0mm2

2 kg3kg5kg

PEMILIHAN SAIZ KABEL

Tujuan : Mengenalpasti jenis , saiz dan kapasiti

membawa arus. Mengenalpasti faktor pemilihan kabel.

DEFINASI PEMILIHAN KABEL Pemasangan yang baik bergantung kepada

pemilihan kabel dan pendawaian yang sesuai. Oleh itu pemilihan yang teliti hendaklah dibuat agar kabel tersebut tidak membahayakan pengguna tetapi cekap dan berharga murah. Untuk memenuhi kehendak Peraturan IEE pada jadual 4D1A hingga 4L1A telah disediakan kadaran arus dan susutan voltan berbagai-bagai saiz dan jenis kabel. Kadaran voltan kabel-kabel ini adalah 600/1000V atau 1000/1000V bagi kabel yang bertebatkan mineral. Kesemua voltan ini dikendalikan pada frekuensi 50 Hz. Untuk membuat pemilihan kabel, faktor-faktor berikut adalah diambil kira iaitu:

Jenis kabel. Susutan voltan.

Keupayaan kabel membawa arus.

PEMILIHAN SAIZ KABEL BAGI SESUATU BEBAN BERGANTUNG KEPADA TIGA PERKARA UTAMA IAITU:

Kabel itu mesti mampu membawa arus maksimum (beban penuh) yang mengalir dalam litar tanpa pemanasan yang tidak wajar.

Susutan voltan yang berlaku pada kabel ketika membawa arus maksimum mestilah tidak melebihi daripada 4% voltan bekalan.

Saiz fius atau pemutus litar dimana dipilih atau dilaraskan kepada sesuatu nilai yang hampir dan lebih tinggi daripada yang didapati.

SIMBOL YANG DIGUNAKAN UNTUK PEMILIHAN KABEL MENGIKUT PERATURAN IEE ADALAH SEPERTI BERIKUT :

Iz – Kapasiti membawa arus sesuatu kabel, di bawah keadaan pemasangan tertentu.

lt - Nilai arus yang dijadualkan di dalam lampiran bagi jenis kabel dan kaedah pemasangan.

Ib – Rekabentuk arus sesuatu litar/arus beban penuh yang dibawa oleh litar.

In – Kadaran arus pemasangan alat perlindungan.

I2 - Arus kendalian suatu peranti yang melindungi litar terhadap beban lebih.

Dalam semua keadaan Iz mestilah tidak kurang daripada Ib dan In juga mestilah tidak

kurang dari Ib – (Ib < In < Iz).

Sambungan….

FAKTOR UTAMA PEMILIHAN SESUATU KABEL ADALAH SEPERTI BERIKUT :

Jenis kabel – merujuk kepada ketahanan kabel terhadap suhu tempat kabel itu digunakan.

Kemampuan membawa arus – kemampuan kabel membawa arus litar (Ib) dengan selamat haba yang dihasilkan oleh kabel ketika membawa arus menentang rintangan pengalir hendaklah sama banyak dengan kehilangan haba yang disebabkan oleh aliran pancaran kabel itu. Dengan pemilihan begini barulah kabel itu dikatakan selamat, kemampuan membawa arus ini merujuk kepada saiz kabel.

Kaedah pemasangan- sama ada pemasangan kabel itu terdedah atau tertutup. Jika kabel itu tertutup seperti dalam pembuluh, kemampuan membawa arusnya berkurangan berbanding dengan kabel yang dipasang terdedah.

Faktor kumpulan (pembetulan)-kabel yang dipasang secara berkumpulan sukar mengeluarkan kepanasan yang wujud berbanding dengan kabel yang dipasang berasingan. Dengan itu kadaran kemampuan membawa arus kabel berkenaan berubah (berkurangan).

Faktor pembetulan bagi kabel berkumpulan boleh didapati dalam Peraturan IEE jadual 4B1 dan 4B2. Jika jarak kabel lebih dari 2 kali garis pusat keseluruhan kabel maka faktor pembetulan boleh tidak digunakan.

Suhu ambien – kabel yang dipasang ditempat yang mempunyai suhu ambien yang tinggi sukar menyebarkan haba yang terhasil berbanding dengan suhu ambien yang rendah. Dengan itu keupayaan membawa arus bagi kabel juga berubah (berkurangan). Suhu memberi kesan kepada rintangan pada pengalir kerana suhu berkadar terus dengan rintangan (T↔R) dan rintangan berkadar songsang dengan arus (R↔1/1). Maka jika suhu meningkat naik, rintangan akan turut meningkat, tetapi keupayaan bawa arus pengalir akan menurun.

Faktor pembetulan bagi suhu boleh didapati dalam Peraturan IEE jadual

4C1 dan 4C2.

Penebat terma - kabel yang digunakan untuk tujuan pemanasan bilik dan sebagainya. Kabel ini dihalang dengan bahan penebat terma agar suhu kepanasan itu dapat disebarkan untuk memanaskan bilik. Saiznya lebih besar berbanding dengan kabel untuk kegunaan biasa.

Susutan voltan - pastikan susutan voltan tidak melebihi 4% voltan namaan (bekalan).

KAEDAH PENGIRAAN PEMILIHAN KABEL

Terdapat dua cara membuat pemilihan saiz kabel iaitu dengan menggunakan jadual Peraturan IEE atau dengan membuat perkiraan secara hukum ohm. Tetapi diingatkan cara yang paling tepat dan lazim digunakan oleh pihak berkenaan ialah dengan menggunakan jadual 4D1A hingga 4L1A. Bagi pengiraan, hukum ohm biasanya digunakan jika kita membuat sesuatu anggaran saiz kabel.

PERKIRAAN DENGAN MENGGUNAKAN JADUAL PERATURAN IEE.

Formula yang bias digunakan ialah : Kadar keperluan kabel

= Kadar alat perlindungan In

Faktor pembetulan Cg

Untuk mengira arus Beban tiga fasa a.u Beban satu fasa a.u

Jika Kilowatt (kW) diketahui

I = kW x 1000 √ 3 x V x P.F

I = kW x 1000 V x P.F

Jika Kuasa Kuda (Hp) keluaran diketaui

I = Hp x 746 √ 3 x V x P.F x Eff

I = Hp x 746 V x P.F x Eff

Jika Kilovolt-ampere (kVA) diketahui

I = kVA x 1000 √ 3 x V

I = kVA x 1000 V

PERKIRAAN DENGAN MENGGUNAKAN FORMULA VOLTAN SUSUT

Vd = Vd / A /m x I x L

Di mana : Vd – voltan susut. Vd /A / m – Volt susut per amp per meter

(mV). I – arus beban penuh. L – panjang pengalir yang digunakan.

Voltan susut yang dibenarkan dalam kabel mengikut peraturan IEE ialah 4% daripada voltan bekalan.

- Bagi voltan bekalan satu fasa = 4% x 240 = 9.6V. - Bagi voltan bekalan tiga fasa = 4% x 415 = 16.6V.

Sambungan….

Variasi voltan bagi pihak berkuasa bekalan yang dibenarkan ialah +5%, - 10%

- +5% = 5% x 240 = 12V = 240 + 12 = 252V

- -10% = 10% x 240 = 24V = 240 - 24 = 216V

Bagi pemasangan satu fasa voltan bekalan dibenarkan ialah di antara 216 V hingga 252 V.

- +5% = 5% x 415 = 20.75V = 415 + 20.75 = 435.75V

- -10% = 10% x 415 = 41.5V = 415 - 41.5 = 373.5V

CONTOH SOALAN

Kabel PVC teras tunggal digunakan untuk membekalkan pada beban 7.5 kW, 240 V, 50 Hz fasa tunggal dan faktor kuasa 0.85. Kabel ini didawaikan sejauh 12 meter panjang dan terkandung dalam konduit dan penyaluran bersama 2 kabel bagi litar lain. Litar ini dilindungi oleh fius 40A jenis BS 88 dan suhu ambient 35°C.

Dengan berpandukan jadual 4D1A dan 4D1B tentukan saiz kabel yang sesuai digunakan serta kirakan susutan voltan dan kehilangan kuasa.

Arus beban litar Ib Ib = kW x 1000 = 10.5 x 1000 = 36.76A V x P.F 240 x 0.85

Penyelesaian :

Arus perlindungan In = 40A (rujukan 3B graf arus prospektif).

Kadar arus keperluan lz =In

(rujuk jadual 4B1 dan 4C1) Faktor suhu x faktor kumpulan

= 40 = 52.08A 0.96 x .080

Saiz kabel yang dipilih : 10mm2, kapasiti arus =57A,Vd / A / m = 4.4mV

(rujuk jadual 4D1A dan 4D1B)

Susutan voltan

= mV/A/m x I x L = 4.4 x 36.76 x 12 = 1.9V 1000 1000

Kehilangan kuasa = Ib x Vd = 36.76 x 1.9 = 69.84 watt.

Daripada jadual 4D1A kabel 10mm2 mampu membawa arus. Maka kabel ini dapat memenuhi kehendak peraturan IEE. 1b ≤ 1n ≤ 1z = 36.76 ≤ 40 ≤ 52

CONTOH

Menentukan saiz kabel

DFB 200 m

50A 1 Ø (beban)

Vd = mV x I x L 1000 mV = Vd x 1000 I x L = 9.6 x 1000 50 x 200 = 9600 1000 = 9.6 mV ( rujuk jadual 4D1B – IEE, Saiz

kabel yang sesuai ialah : 6mm2 – 7.3mV) .

MENGETAHUI VOLTAN SUSUT DALAM KABEL

DFB

200 m

50A 1 Ø (beban)

10mm2 (4.4 mV)

Vd = mV x I x L 1000 = 4.4 x 50 x 200 1000 = 44000 1000 = 44V.