Post on 20-Oct-2015
description
pengat bebola pisang
kakbesah@myresipi.com
idea trcetus bila tringin nk mkn pengat pisang, tp pisang dh trlampau ranum/lembik..huhu.. tp
Alhamdulillah..bila buat cenggini trtunai jgk idaman di hati..hehe..
Created on : 23-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kakbesah
Bahan-bahan ( )
semua agak2 je. ( x smpt nk sukat huhu.. tp insyaallah ttp jd)
beberapa biji pisang masak
tepung pulut secukupnye
semangkuk santan
sesudu sagu biji-bilas & toskan
gula melaka/ gula pasir/ gula merah dll.
secubit garam
sehelai dua daun pandan disimpul
Cara-cara
1. lenyek pisang. pastu campurkn tepung pulut sikit-sikit hingga mnjadi doh yg boleh dibentuk.
2. panaskan seperiuk air kosong. biar mndidih.
3. gentel/bentukkan bulat2 doh sebesar ibu jari, lalu masukkan kdl air mendidih td. buat hingga
habis. msak hingga bebola pisang timbul/terapung.
4. sementara tu, di atas tunku sebelah, masak gula melaka, santan, daun pandan & garam hingga
mendidih kecil. masukkan sagu biji. kacau selalu spaya x pecah minyak. kemanisannye. ikut
citarase memasing ye!
5. masukkan bebola yg sdh terapung td ke dlm kuah santan. bila sagu biji dh kembang bleh lah
diangkat.
6. nyaman dimkn jika disejukkan dlm esbok trlebih dulu..
Aiskrim simple..
afizaz93@myresipi.com
resepi ni terjumpa kat mana ntah...tp mmg mudah sangat nak dibuat..sekali buat, nak buat
selalu!!! Anak2 pun suka....
Created on : 06-09-2007
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi afizaz93
Bahan-bahan ( boleh menjamu seisi keluarga.. )
2 cawan susu perisa strawberry/coklat (ikut suke)
2 cawan coffemate
1 @ 2 sudu gula (kalo x buh pun x pe.. sbb susu tu dh manis)
Cara-cara
1. blendkan bahan2 tersebut sehingga berbuih (@ masukkan dlm mixer), masukkan dlm bekas..
pastu masuk dlm fridge.. setelah agak beku.. keluarkan semula & blend lagi skali.. then baru
masukkan semula dan biarkan beku... pastu leh la makan.. he he
~Puding koktel berkuah~
azraq@myresipi.com
resepi simple but yet tasty..
Created on : 09-10-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi azraq
Bahan-bahan ( 2 org )
*Puding kastad:
1) 1 cwn tepung kastad
2) 250 ml jus koktel dalam tin
3) 250 ml air
4) 2/3 cwn gula
5) esen vanilla
*Kuah:
1) 500 ml susu segar
2) 2/3 cwn gula
3) 1 sb tepung kastad
4) 1 sb tepung jagung + air
5) esen vanilla
*Koktel:
1) 1 tin buah-buahan campuran/koktel
2) anggur @ buah-buahan lain secukupnya*optional
Cara-cara
1. Puding kastad: Satukan semua bahan puding,masak api perlahan hingga pekat dan
berkilat.sejukkan dalam bekas.
2. Kuah: satukan semua bahan lam periuk..masak hingga mendidih dan sedikit pekat.sejukkan.
3. Tuangkan koktel lam bekas kastad..dan siram dgn kuah susu..hidang sejuk.
Ikan Siakap Digoreng Tom Yam
resepimudah@myresipi.com
masakan thai ikan siakap digoreng tomyam mudah dan sedap
Created on : 07-01-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi resepimudah
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
1 ekor ikan siakap bersaiz besar
8-10 biji cili padi
sedikit daun limau purut-dihiris
sedikit daun selasih-dihiris
perencah tomyam secukupnya
2-3 labu bawang besar-dipotong dadu
3 biji tomato-dipotong dadu
1 batang serai -dihiris
Cara-cara
1. Siakap yang telah dibersihkan kemudiannya dilumurkan dengan tepung dan digoreng..
2. Kemudian,asingkan siakap tadi didalam pinggan..
3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar,cili padi,limau purut,daun selasih,tomato dan serai
hingga naik bau..
4. Selepas itu,masukkan perencah tomyam..tumiskan hingga sebati..
5. Klik untuk isi cara-cara di sini
6. Campurkan sedikit air jika kuah terlalu pekat..
7. Masukkan bahan perasa-gula dan garam secukupnya..
8. Akhirnya setelah mendidih..tuangkan kuah tumisan tadi ke atas ikan siakap tadi..
9. Siap untuk dihidang..Jangan lupa kunjungiResepiMudah.com untuk mendapatkan lagi resepi mudah
dan ringkas :)
semperit/bunga dahlia kakbesah
kakbesah@myresipi.com
walaupun kuih 'lama'.. tp, tetap diminati ramai. bila org tua2 dtg berkunjung, kuih ni lah yg dicari.
knak2 kecik pun suka, sbb kemam jer, cair dimulut.. "umi nk tuih munge.." hehehe..
Created on : 23-06-2011
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kakbesah
Bahan-bahan ( 1 tin susu 1kg )
1 buku mentega/1 cawan majerin(250g)
1 cawan mumbung/mmbukit gula icing(150g) / jika guna gula kisar= 1 cwn rata(130g))
2 biji kuning telur
2 cawan rata tepung jagung @ tepung kastad(200g)
1 cawan rata tepung gandum(100g)
1 cawan rata tepung ubi (100g)
2 sudu teh pewarna kuning(kalo guna tepung kastad tak payah bubuh)
1 sudu teh esen vanila
ceri utk hiasan @ yg lain2.
Cara-cara
1. cam biasa, putar gula & mentega hingga sebati, campurkn telur, esen & pewarna. putar 15-20
saat.
2. ayak ketiga3 tepung, campurkan sedikit demi sedikit kedlm bahan2 yg diputar sambil diuli
perlahan, menjadi satu doh yg lembut. tambah tepung jagung jika masih lembik.
3.
sapu dulang dgn mentega. masukkan doh dlm acuan bunga dahlia @ bergerigi(bdk2 kata belakang
buaya..hihi). pancitkn doh atas dulang, hias ikut kreativiti masing2..
4. bakarlah biskut dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dulu, suhu 150c, slama +- 30 minit @ lebih
@ hingga masak, mengikut kebiasaan oven masing2.
5. p/s; petua spaya bunga x jatuh lps dibakar- rehatkan biskut yg dh diterap sebentar (at least
1/2jam) sbelum dibakar. insyaAllah x jatuh.
KEK KEJU BLUEBERI DINGIN
Virus@myresipi.com
resipi akhbar
Created on : 23-11-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Virus
Bahan-bahan ( 1bj )
LAPISAN BISKUT
200g biskut marie/digestive
110g mentega cair
KEK
500g krim keju
120g gula kaster
1 1/4 cwn jus oren (guna sunquick pn blh)
1 cwn krim putar(whipped cream)
200g buah pic dlm tin-didadu
15g serbuk gelatin (guna gelatin halal)
150ml air panas
TOPPING
200g isian beri biru (beli kt kedai kek)
epal/buah2an segar (strawberi,kiwi etc)
Cara-cara
1. utk lapisan biskut:gaulkan biskut marie dgn mentega sehingga ia boleh mengepal & x berderai
2. padatkan & ratakan atas acuan/loyang kek.ketepikan
3. pukul krim keju & gula hingga sebati.masukkan krim putar & jus oren.masukkan buah pic & kacau
sebati
4. larutkan gelatin dgn air panas & kacau sehingga tiada butir2 gelatin.biarkan ia betul2 melarut
5. masukkan dlm adunan kek
6. tuangkan atas lapisan biskut 7 dinginkan dlm freeze sehingga ia mengeras (anggaran 4jam/wat
malam esok siang boleh mkn)
7. keluarkan kek dan bolehlah disapu toppingnya menggunakan isian bueberi@ susunkan buah2an
segar di atasnya.ikut kreativiti anda.
8. selamat mencuba n good luck
Pengat Pisang dengan Sago
goldenmanja@myresipi.com
resepi bonda
Created on : 13-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi goldenmanja
Bahan-bahan ( 3org )
sesikat pisang nangka
1 kotak santan KARA
1 cawan sago di rendam setengan jam
gula merah / gula kabung / gula pasir secukup rasa
secubit garam
500ml air
Cara-cara
1. masak air dengan gula sehingga mendidih dan gula hancur
2. masukkan sago dan biar kembang
3. masukkan santan dan biar hingga mendidih santan sedikit pecah minyak
4. masukkan pisang dan garam biarkan mendidih dan tutup api.
5. biarkan pengat selesa setengah jam sebelum di hidangkan.. selamat mencuba!
Apam dewa
cheq siti@myresipi.com
buku resepi
Created on : 14-07-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi cheq siti
Bahan-bahan ( 3 org( loyang lebar 6x6'inci tinggi 3'inci )
3 biji telur(A)
3/4 cawan gula
1 cawan tepung gandum(diayak)
1 camca besar perasa lemon( ikut suka nak pakai perasa apa)
1 sudu susu cair( tak letak pun takpe)
inci kuning dan merah
Cara-cara
1. pukul telur dengan gula sampai kembang dan gebu
2. kemudain masukkan masukkan tepung..pukul lagi sehingga rata
3. masukkan pula susu cair dan perasa lemon
4. panaskan kukus...sapu minyak pada loyang...
5. bahagikan adunan kepada 2...letaklah inci yg anda suka..kemudian masukkan adunan tadi dalam
loyang secara berselang seli sehingga habis...dan kukus selama 50 minit ..setelah masak bolehlah
dihidangkan..selamat mencuba..
::Bingka Roti Pandan::
marsha mohamed@myresipi.com
resepi dari seorang kawan
Created on : 13-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
8" loyang (bulat atau empat persegi) sapukan sekeliling dan base loyang Panaskan oven to 180deg
celcius.
12 keping roti
200 ml santan pekat
400ml air
4 telur
1 cawan gula castor
1 sudu teh garam
1 sudu teh pandan paste
pewarna hijau jika suka
2 sudu makan custard powder
2 sudu makan butter (cairkan)
Cara-cara
1. semua bahan bahan di blender sampai sebati
2. letak kan dalam loyang dan tabur sesame seeds.
3. bakar di oven lebih kurang 50min to 1hr till hingga permukaan atas nampak keperangan sikit.
4. Bingka nie akan naik bika di bakar dan surut bila dah di sejuk kan.
5. Sejuk kan bingka tadi, baru di potong.. Selamat Mencuba
Samperit Putih
Zura_aril81@myresipi.com
Resipi ni diambil dari mertua.senang dan ringkas. Mesti cuba.
Created on : 12-10-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Zura_aril81
Bahan-bahan ( Anggaran 100 biji )
1 1/2 cawan planta/margerin
1/2 buttercup
1 1/2 cawan gula halus
3 cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder
Tepung Gandum ikut lembut
Ceri cincang untuk hiasan
Cara-cara
1. Putar margerin, buttercup dan gula sehingga kembang.
2. Kemudian uli bahan tadi bersama tepung jagung dan baking powder.
3. Masukkan gandum sedikit demi sedikit sehingga tidak terlalu lembut dan senang untuk diterap.
4. Terap atas dulang pembakar dan letakkan ceri. Bakar hingga masak.
♥Tat Nenas Tanpa Telur™
kak fida@myresipi.com
Tiap kali buat untuk kawan vegetarian, akak guna majerin.. tapi klau sesiapa yang tak makan telur
boleh guna mentega yang berjenama lebih sedap... :)
Created on : 07-02-2014
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( 62-65 keping )
250 g mentega - lembut
1 sb susu manis
500 g tepung gandum - ayak (guna secukupnya)
1 sk esen vanilla (opt)
Cara-cara
1. Mentega, susu manis dan vanilla (opt) di kacau hingga rata. Masukkan tepung sedikit2 (akak guna
cukup 440 g = 4 cawan rata) dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
2.
Ambil sedikit adunan, bulat2kan dan sepit untuk membentuk bunga di tepi kuih atau terap saja
dengan penerap tat.
3.
Isi dengan secukup inti nenas di dalamnya.
4.
Bakar pada suhu 170C selama 15-20 min atau hingga tat nenas masak kekuningan.
Chee Cheong Fun
Razzizz@myresipi.com
Favourite family saya,masakan cina tapi bahan-bahannya halal senang didapati.
Created on : 05-02-2014
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Razzizz
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
150g Tepung beras
20g Tepung ubi
20g Wheat starch- tak tahu pulak nama melayunya
20g Tepung jagung
1 sudu makan minyak
600-650ml Air
1/8 sudu teh Alkaline solution
Bahan taburan:
Minyak bijan
Chili sauce-saya guna kimball
Sweet sauce-bukan kicap manis tau
Bijan-bakar dalam oven sebentar
4sdm Petis udang
125ml Air panas
Cara-cara
1. Satukan bahan,tapis dan biar 30min
2. Petis dan air panas disatukan.Panas pengkukus
3. Loyang disapu minyak,saya guna 6 kali 6inch dan hanya 1inch tinggi-panaskan dalam kukus.
4.
Setelah panas, masuk 1 senduk kecil adunan tepung-layer kuih ini memang nipis-kukus diapi tinggi
1 atau 2 minit-setelah masak keluarkan dan gulung masa panas,saya guna spatula kecil-sapu
minyak sikit seluruh kuih supaya tak kering
5. Repeat step 4 hingga habis-jangan lupa kacau adunan tepung setiap kali-jika adunan jadi pekat
tambah air sikit lagi
6.
Menhidang-ambil 2 keping dan digunting-renjis sikit m.bijan-1sdm of petis,sweet sauce,chili sauce
dan tabur bijan
♥Sos Chee Cheong Fan/Chang Fen™
kak fida@myresipi.com
Sesuai jugak dicicah dgn keropok dll.
Created on : 10-11-2008
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( utk 1 loyang chee cheong fan )
2 sb kicap cair
2 sb kicap manis
2 sb gula pasir
3 sb cili kisar
1 sb tomato sos
1 sk garam
1 sb minyak masak
Cara-cara
1. Kesemua bahan2 di atas dijadikan satu dlm periuk dan dimasak di atas api perlahan hingga pekat.
2.
Siap dimakan bersama chee cheong fan yg telah dihiris kasar2.
♥Kek Minyak Tanpa Telur (Marble)™
kak fida@myresipi.com
Atas permintaan kawan yang tak makan telur...kek tetap gebu dan moist... :)
Created on : 03-02-2014
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 8 x8 / 9x9 )
ADUNAN PUTIH :-
1 3/4 cawan tepung gandum}
1 sk baking soda} - ayak bersama
1/2 sk baking powder}
1 cawan gula halus (akak guna 3/4 cwn)
1/4 sk garam
1/3 cawan minyak
1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon
1 cawan air panas/susu segar panas
1 sk esen vanilla
ADUNAN COKLAT :-
1 1/2 cawan tepung gandum}
1/4 cawan serbuk koko}
1 sk baking soda}
1/2 sk baking powder} - diayak bersama
1 cawan gula halus
1/4 sk garam
1/3 cawan minyak
1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon
1 cawan air panas/susu segar panas
1 sk esen vanilla
Cara-cara
1. Untuk adunan putih, campurkan bahan2 kering ke dalam mangkuk dan kacau rata. Dalam
mangkuk berasingan, campurkan bahan2 basah. Tuang bahan2 yang basah ke dalam adunan
bahan2 kering dan whisk hingga sebati dan adunan tak bergintil. Ketepikan.
2. Lakukan proses yang sama untuk adunan coklat.
3.
Marblekan adunan putih dan coklat berselang-seli di dalam loyang bergris dan alas kertas.
Lorekkan adunan sedikit.
4.
Bakar kek pada suhu 160C selama 45 min - 1 jam atau hingga kek masak ikut kepanasan oven
masing2.
Puding Roti Kismis
haziema@myresipi.com
Sebagai pencuci mulut dan masakan mengambil masa 30 minit. Resepi ciptaan sendiri.
Created on : 26-01-2014
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi haziema
Bahan-bahan ( 6 orang )
4 keping roti putih
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
3 biji telur
1 penutup kecil esen vanila
1/2 cawan kismis
Pewarna merah
Sedikit mentega untuk sapuan pada roti dan loyang pembakar
Cara-cara
1. Sapukan loyang pembakar dengan sedikit mentega. Kemudian sapukan roti dengan sedikit
mentega dan potong roti ikut suka. Susunkan roti di dalam loyang.
2. Panaskan susu segar jangan sampai mendidih. Angkat dan biarkan sejuk seketika. Pukul telur dan
gula sehingga kembang. Kemudian masukkan susu segar pukul sebati. Akhir sekali masukkan esen
vanila.
3. Tuangkan adunan di dalam loyang. Biar seketika selama 10 minit sehingga roti kembang.
Taburkan kismis di atas roti. Titikkan pewarna merah.
4. Bakar dengan api kecil dalam 20 minit sehingga masak. Puding ini boleh juga dikukus. Selamat
mencuba.
ayam panggang simple
hydatulniz@myresipi.com
Masakan dan bahan yg mudah jer
Created on : 27-01-2014
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi hydatulniz
Bahan-bahan ( 3-4 org )
1. 4 keping peha ayam 2. 2 biji bawang merah 3. 3 ulas bawang putih 4. 1/2 inci halia 5. 5 sudu
besar kicap manis 6. 3 sudu besar sos tiram 7. Garam secukup rasa ( klau yg suka madu, bleh la
dimasukkan skali)
Cara-cara
1. 1. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk... 2. Ayam dibasuh bersih dan di kelau2 3.
Campurkan semua bahan dan gaulkan pada peha ayam sehingga semua bahan sebati... 4.
Perapkan ayam selama 2-3 jam... ( klau malas nak tnggu lama, perap dlm 1/2 jam pun da ok) 5.
Kemudian bolehlah dipanggang ayam sehingga masak... ( sya guna pemanggang ajaib so cepat
skit masaknya)
Tiramisu With Marie Biscuits
Azry.haylee@myresipi.com
Its a simple desert but its absolutely delicious!
Created on : 22-01-2014
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Azry.haylee
Bahan-bahan ( 20cm x 20cm(bergantung pd saiz loyang yg dgunakan). )
226g - Cream Cheese (pastikn ianya btul2 pd suhu bilik)
400ml - Whipping Cream
1biji - Telur
5tbspn - Gula
Biskut Marie secukupnya
Serbuk Koko
2tspn - Serbuk Kopi
1cawan - Air Panas
Cara-cara
1. Pukul Cream Cheese dgn Gula sehingga gula hancur.
2. Masukkan Telur dan pukul hingga kembang.
3. Masukkan Whipping Cream dan pukul lg hingga sdikit pekat, ketepikan.
4. Bancuh Serbuk Kopi dgn Air Panas dlm mangkuk dan biarkn sejuk sketika. Celupkan Biskut Marie
kedlm bancuhan kopi td (jgn lma2, nnti hancur. Celupkn skjp sj) dan susun dlm loyang kemudian
tuangkn sedikit drpd adunan cream cheese td di atas biskut marie yg tlah dsusun td dan ratakan.
Ulang shingga adunan cream cheese habis.
5. Setelah itu blehlah dmasukkn kdlm peti sejuk selama sejam atau lebih. Sebelum dihidangkn,
taburkn Serbuk Koko di atas tiramisu anda untuk menambahkan lg rasa (sila gunakn penapis kalau
tidak serbuk koko tidak akan rata dan kelihatan kurang menarik). Selamat mencuba :)
Ayam Sambal Berserai
Rozey Adnan@myresipi.com
Resepi yang saya kongsi ni resepi keluarga ; turun temurun daripada atuk saya . Tempoh
memasak dalam 45 minit - 1 jam Boleh dimakan dengan nasi putih atau pun nasi impit. Memang
sedap kerana rasanya yang masam masin .
Created on : 19-01-2014
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Rozey Adnan
Bahan-bahan ( Untuk 2-3 orang makan )
1/2 Ekor ayam (potong kecik-kecik) 12-15 biji cili kering (buang biji dan kisar) 5- 6 biji cili api ;
kalau nak pedas tambah lagi (kisar) 1 biji bawang besar (kisar) 2 batang serai (dititik) 2 keping
asam keping Sedikit serbuk kunyit Sedikit minyak
Cara-cara
1. 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan sedikit air
untuk kuah
2. 2. Bila kuah mendidih masukkan ayam yang dah dipotong kecil
3. 3. Masukkan serai yang sudah dititik bersama asam keping
4. 4. Kacau perlahan dan bila air hampir kering tambah air lagi. Ulangi langkah ini sampai kuah pecah
minyak. Anggaran waktu masak dalam 1 jam dengan api sederhana
5. 5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa dan sedikit serbuk kunyit
6. 6. Bila dah sebati dan kuah pecah minyak boleh lah diangkat dan hidang * Yang penting rasa
masam, masin kene sebati.. Baru kaw! :) *
Kuah Kacang Sedap Tak Agak2
encikosman@myresipi.com
belajar dr sorang pakcik kat opis. punyalah lama pujuk dia share resepi ni. Last2 dapat gak. rasa
tertipu pn ada sebab bahan2 dia simple gile! bila dh buat sdiri baru percaya. bahan ringkas tp
hasilnya mabeles. setelah dpt greenlight dr pakcik tu ni sy share resipi kuah kacang dia.
Created on : 19-01-2014
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi encikosman
Bahan-bahan ( semangkuk )
kacang tanah (bergantung banyak mana nk buat) - digoreng terlebih dahulu tanpa minyak dan
blender ikut kehalusan yg anda ingin. yg ni sy derhaka sket sbb goreng dengan minyak. lebih
cepat.
cili giling / cili kisar (saya guna cili boh je senang - derhaka lagi) - ni pn ikut suka nk pedas mana.
gula melaka (pastikan bukan gula pasir yg dibeli di melaka) - x kelakar
garam secukup rasa
minyak masak dan air secukupnya
Cara-cara
1. tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili betul2 masak.
2. kemudian campak kacang tanah yg telah dikisar.
3. pastu tuang la air banyak mana nk kuah tu.
4. kacau sampai sebati kemudian masukkan gula melaka
5. masak sampai kepekatan yg diingini. letak garam secukup rasa. sentiasa kacau supaya x hangit.
6. bolehla dihidangkan dgn nasi impit ke, sate ke, kuih udang atau tauhu sumbat.
♥Kuih Lapis Ubi Pelangi™
kak fida@myresipi.com
Sesuai dimakan bila2 masa saja... :)
Created on : 17-01-2014
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( 1 famili )
1 kilo ubi parut - tapis dan ambil sagunya
1 cawan gula halus (225g) - akak guna 200g
300 g santan pekat
1/2 sk garam
1/2 sk vanilla serbuk / 1 sk esen vanilla
secukup pewarna merah,kuning, hijau dan lain2 warna ikut selera
secukup kelapa parut kukus - untuk menyalut kuih
Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan kecuali pewarna dan kelapa parut. Kacau hingga adunan sebati.
2. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan. Kukus kuih selapis2, 5 - 10 min setiap
lapis, ikut ketebalan kuih yang dilapis. Pastikan loyang disapu minyak dan dipanaskan dahulu.
3. Adunan kuih lapis ubi boleh dibahagi 3 hingga 7 lapisan dan warnakan seperti pelangi ikut selera
dan kerajinan masing2.
4. Biar kuih benar2 sejuk, potong sesuai selera dan salutkan dengan kelapa parut kukus.
Rainbow Cake (KUKUS)
sue ria@myresipi.com
resepi ni i adjust dari beberapa resepi kek
Created on : 14-01-2014
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi sue ria
Bahan-bahan ( saiz loyang 8inci, boleh makan ramai2 )
2 cawan tepung gandum/superfine (I guna superfine),
5 biji telur,
1 ½ cawan gula halus,
1 sb baking powder,
1 sk garam,
1 sb ovellate,
½ cawan susu fullcream,
½ cawan air,
1 cawan minyak jagung,
Perisa & pewarna
Topping
200ml whipping cream
3/4 cawan gula (gula mahal…)
250g cream cheese ( I guna brand tatura)
Cara-cara
1. Putar gula, telur, garam dan ovellate hingga kembang.
2. Masukan susu fullcream. Pastu, masukan tepung + baking powder yang telah di ayak sedikit2
hingga habis
3. Masukan air, pastu minyak jagung.
4. Bahagikan adunan 5 bahagian dan masukan pewarna dan perisa yang berlainan
5. Masukan dalam Loyang 8inci yg telah dilengser marjerin n Kukus satu persatu lapisan hingga
masak.
6. Sementara tunggu kek masak… putar bahan topping hingga sebati.
7. Bila semua kek dah masak.. sapukan setiap lapisan dengan cream fosting tadi n dekolah kek anda
sesuka hati anda…
8. Selamat mencuba…
cinnamon rolls
ainnalollipop@myresipi.com
resepi ni saya ambil dari laura vitale punye blog..sy da banyak kali buat..mmg sedap..rase mcam
kat cinnabon punye..try la..
Created on : 13-01-2014
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ainnalollipop
Bahan-bahan ( utk 9/12 rolls )
1 peket yis
1 tsp gula pasir
1/4 cup air suam lebih kurang dlm 115 degree
3/4 cup susu segar
1/4 cup gula pasir
1 tsp garam
1 biji telur
1/4 tsp esen vanila
1/4 cup butter yang di cairkan
3 atau 4 cup tepung..all purpose flour
1/4 cup butter di cairkan utk di sapu sebelum di bakar
bahan utk filling:
1/3 cup butter (suhu bilik) pastiman butter tu betul2 lembut
3/4 cup gula perang
1/4 cup gula
1 1/2 tbs serbuk kayu manis @ ground cinnamon
bahan utk glaze:
1/4 cup cream cheese (suhu bilik)
1 tbs butter ( suhu bilik)
1 1/4 cup powdered sugar
1/2 tsp esen vanila
3 atau 4 sudu susu yg di panaskan
Cara-cara
1. mula-mula masukkan 1 tsp gula dlm air suam.lepas tu masukkan yis dlm air suam tadi..biar kan
dlm 5 ke 10 min atau hg bile uolls nampak yis td tu dah berbuih.
2. 2) macam i,i gune standing mixer utk dough.so kalo uolls takde uolls boleh gune tangan
je.masukkan telur,garam,gula,susu dgn melted td tu.satukan.kacau hg sebati.lepas tu uolls
masukkan dalam 2 cup tepung,esen vanila,n yis yg da aktif td.uolls uli n tambah tepung lg tepung
hg jadi doh ala2 nak buat roti..doh ni mst lembut tp xterlalu lembut..dalam resepi tu dia cakap 4
cups tp i cume gune 3 cups tepung je
3. lepas rase dough tu dah ok..gebu n lembut.uolls amik mangkuk besar sapu dgn minyak
masak..keluarkan dough tadi tu..bentukkn dough td jd bulatan then masukkn dough dlm mangkuk
yg tlh di sapu minyak td.sapu minyak juge atas permukaan doh..lepas tu cover dough dgn plastik
wrap atau warm towel..biar dlm 2 jam lebih atau hg saiz doh bertambah 2 kali ganda..kalo blh
letak kt tmpt yg warm bg doh naek cpt..
4. utk filling: uolls mix gula,gule perang n serbuk kayu manis td hg sebati..
5. bile dough da naek 2 kali ganda u olls keluarkan dr mangkuk..taburkn sikit tepung kt permukaan
dough td biar senang nk canai..lepas da kluarkan uolls tumbuk2 sikit dough bg angin kluar..then
uolls canaikan dough ikut ukuran segiempat loyang 19x3 kalo xde uolls agak2 sendiri..yg penting
lepas dough tu da di canai mst jadi segi empat tepat..xmo tebal n nipis sgt..
6. lepas da rase bentuk tu ok..uolls sapu dgn 1/3 cup butter tadi..suhu bilik ok..sapu mcm roti tu..sapu
kt keseluruhan dough td..lpas da sapu taburkan campuran serbuk kayu manis td kat keseluruhan
dough td..main tabur je janji penuh satu dough tu ye..lpas tu gulungkan dough tadi..ala2 mcm uolls
gulung roll cake atau gulung tikar..lebih kurang gitu..
7. lepas dah gulung uolls potong rolls tu kasi jadi 9 atau 12 potongan..uols potong mulakn dgn yg tgh
dulu dan seterusnya..hg jd 9 ke 12 potongan..sapu loyang dgn butter then susunkan potongan
dough td ke dlm loyang.pastikan bile susun dough tu bentuk corak lingkaran tu mst ke atas
ye..cover lg dgn plastik wrap..biar dlm sejam lebih atau double saiz..
8. panaskan oven pade suhu 350 degree..lepas dough da naik tu sapu atas dough dgn melted
butter..bakar dlm 30 minit gitu..
9. sementara tunggu rolls tu masak uolls buat glaze dulu ok.masuk cream cheese,butter,powdered
sugar n esen vanila dlm mixer..mix hg sebati then slow2 masukkn susu td satu persatu sudu..lbh
kurang 3 sudu susu.glaze ni jgn cair2 sgt..
10. bile rolls da masak selame 30 min kluarkn dr oven n serta merta curahkan glaze td..lpas tu blh
mkn..
♥Kek Kukus Hitam Manis Prune™
kak fida@myresipi.com
Sesuai dimakan bila2 masa saja...kek ini juga sesuai dihias dengan fondant atau royal icing dan
dijadikan kek dimajlis2 tertentu... :)
Created on : 11-01-2014
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 10x10x3 inc )
BAHAN A :-
300 g mentega - mengkal
50 g susu manis
1 sk vanilla powder / esen vanilla
BAHAN B :-
6 biji telur - A
450 g gula halus (akak campur gula perang)
2 sb choc. paste (akak guna serbuk koko*)
300 g tepung naik sendiri*
280 g tepung gandum*
1/4 sk bicarbonate of soda* - Ayak bersama bahan2 bertanda *
1 sk serbuk kayu manis* (opt)
BAHAN C :-
400 g buah prune - dihiris/gunting kecil2 dan campur sedikit tepung gandum yang ada dan gaul
rata
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga pekat dan putih dan ketepikan
2. Pukul telur hingga 1/2 kembang lalu masukkan gula dan terus pukul hingga pekat. Masukkan
campuran tepung sedikit2 dan gaul dengan senduk/spatula hingga adunan rata. Masukkan bahan
A ke dalam adunan dan kacau hingga rata.
3. Masukkan pula hirisan buah prune dan digaul sebati.
4. Tuang adunan dan ratakan ke dalam loyang yang dialas dan digris. Tutop permukaan loyang
dengan alum. foil dan kukus selama 4 jam. Pastikan air kukusan mencukupi, tambah dengan air
panas jika dah berkurangan. Kek boleh juga dikukus 2 jam sekiranya kek dah cukup masak,
dicucuk dengan lidi dan keluar bersih.
5. Sejukkan kek dan boleh dipotong dan disajikan.
Orange prune butter cake.
Razzizz@myresipi.com
Belajar bertahun dulu resipi ni....Ini saja yang tinggal,family dah potong makan tanpa prior
notice.Sabar sajalah.....
Created on : 10-01-2014
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Razzizz
Bahan-bahan ( 9 inch loyang )
150g Prune-dipotong
2sdm Kulit limau
320g Gula castor
5 Telur besar
350g Tepung naik sendiri
150ml Susu segar
1sudu teh Baking powder (serbuk penaik)
1/2 sudu teh Vanilla powder
300g Mentega
Cara-cara
1. Loyang disapu mentega & dialas kertas
2. Mentega,gula&vanilla dipukul sampai kembang.Kemudian masuk telur satu persatu.
3. Guna laju paling perlahan atau saya guna senduk saja,masuk kulit limau,baking powder,tepung
dan prune.Bila adunan teraduk rata masuk susu.Adun rata
4. Bakar dalam oven 150c-45min.Tapi terpulang kepada oven masing-masing ada yang mungkin
kena bakar lagi lama.Jangan lupa panaskan oven dulu.
♥Bingka Ubi Lemak Susu™
kak fida@myresipi.com
Bingka ubi yang lembut, lemak2 manis... :)
Created on : 09-01-2014
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 8 inc / 3 keping acuan pecah 8 )
600g ubi parut
250 g susu manis
150 g susu cair
150 g santan pekat
1/2 cawan gula merah
3 biji telur
50 g butter cair
1/4 sk garam
1/2 sk esen vanilla
Cara-cara
1. Campur kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Sapu loyang/acuan dengan sedikit mentega dan panaskan sebentar lalu tuangkan adunan tadi.
Tabur bijan jika suka.
3. Bakar pada suhu 175C selama 45 min atau hingga masak dan garing bahagian tepi kuih ikut
kepanasan oven masing2.
4. Biar kuih benar2 sejuk, potong dan hidangkan.
♥Ayam Taucu Lemak Merah™
kak fida@myresipi.com
Lauk harian...enak dimakan bersama nasi putih panas... :)
Created on : 05-01-2014
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1 ekor ayam - potong 10, lumur garam, kunyit dan goreng hambal.
2 biji bawang besar - hiris bulat*}
4 biji cili hijau, merah - hiris serong*} - digoreng layu atau biarkan mentah ikut selera
1 batang serai - dititik
2 sb penuh taucu - disiram air dan toskan, ramas kasar jika suka
1/2 sb air asam / asam keping yang kecil (opt)
garam (opt), gula secukup rasa
secukup santan
segenggam bawang goreng
BAHAN KISAR HALUS :-
10 tangkai cili kering atau lebih ikut selera
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
1/2 inc kunyit hidup
1 sk belacan (opt)
Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ayam, masukkan bahan yang dikisar halus, serai dan
tumis hingga wangi.Masukkan taucu dan kacau rata. Masukkan pula ayam goreng dan kacau lagi.
2. Tuang secukup santan dan secukup perasa dan masak hingga mendidih. Masukkan pula hirisan
bawang besar, cili hijau dan cili merah. Kecilkan api dan masukkan bawang goreng, kacau dan
renihkan kuah selama 5-10 min.
3. Jika suka, boleh tambah kacang panjang yang dipatahkan 2 inc panjang ke dalam masakan dalam
cara2 ke (2).
PULUT KELAPA MANIS
sweetlilly01@myresipi.com
http://sweetlillykitchen.blogspot.com/2013/12/pulut-kelapa-manis.html
Created on : 30-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi sweetlilly01
Bahan-bahan ( 24 biji size kecil )
Bahan pulut:
3 pot beras pulut
*100 ml santan pekat
*secubit garam (* disatukan)
Bahan Kelapa Manis
1/2 biji kelapa parut
3 sudu besar gula melaka (boleh tambah ikut selera)
secubit garam
Cara-cara
1. penyediaan pulut
2. -Basuh beras pulut dan rendam semalaman.. -Kukus pulut ½ masak, keluarkan pulut dan
masukkan ke dalam bekas, masukkan santan.Kacau sekata. -Masukkan kembali ke dalam kukusan
dan kukus lagi sehingga pulut masak sepenuhnya
3. penyediaan kelapa manis
4. -Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga sekata. -Masukkan ke dalam bekas
dan ketepikan sehingga mahu digunakan. - Bentangkan sehelai daun pisang yang telah pun di
potong dan dibersihkan terlebih dahulu. -Menggunakan scope ais-cream, masukkan sesudu kecil
kelapa manis diikuti pulut, Tekan sedikit supaya pulut menjadi sedikit padat. -Letakkan ke atas
daun pisang tadi dan bungkus pulut tersebut seperti membungkus nasi lemak. -Ulang sehingga
habis dan sedia di hidang.
Ayam Masak Kari Pakistan
Nona Nani@myresipi.com
Kari kering. Resepi asal oleh Puan Maria Hakem.
Sumber:http://salamisimon1.blogspot.com/2013/01/ayam-masak-kari-pakistan.html Olahan: Nona
Nani
Created on : 29-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Nona Nani
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1 ekor ayam dipotong 16
4 biji bawang besar ~ dicincang
4 biji tomato merah ~ dicincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu puri tomato (bahan yg saya tambah)
1 sudu kecil garam masala ~ klu takde tak perlu bubuh
2 sudu besar yogurt asli
1/4 cawan minyak
1/4 cawan minyak sapi (bahan yang saya tambah)
garam dan gula
Hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi.
2. Tumis bawang besar sehingga layu dan kekuningan
3. Masukkan tomato cincang dan puri tomato, dan terus tumis sebati.
4. Masukkan pes halia dan bawang putih, serbuk cili, serbuk ketumbar, garam masala dan serbuk
kunyit. Terus menumis sehingga tomato hancur.
5. Masukkan ayam, kacau rata. Tak perlu tambah air sebab ayam akan keluarkan airnya sendiri.
6. Kacau sebati, masukkan 2 sudu besar yogurt. Kacau lagi sehingga ayam masak dan kuah sedikit
kering.
7. Hidangkan bersama taburan cili padi dan daun ketumbar. Selamat mencuba, insyaAllah sedap.
♥Kuih Kaswi Kak Fida™
kak fida@myresipi.com
Selain kaswi nyonya, kaswi ini juga menjadi kuih tempahan mingguan...alhamdulillah...pada yang
tak jemu memakan kuih kaswi macam akak ni, sudi2lah cuba ye sebab bahan2nya berlainan sikit
dari kaswi2 yang ada di Myresipi ni...heee... :)
Created on : 29-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc )
280 g tepung gandum
85 g tepung kanji
35 g tepung hoen kwee
350 g gula melaka
155 g gula pasir
1280 g air
1/2 sk garam
3 helai daun pandan - disimpul
1 1/4 sk kapur - dilarutkan dengan sedikit air yang ada
sedikit pewarna coklat
Cara-cara
1. Campur ketiga-tiga tepung, larutan kapur dengan sebahagian air yang ada, kacau dan ketepikan.
2. Masak gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan dengan lebihan air hingga mendidih dan
gula larut.
3. Tapis air gula yang masih panas ke dalam campuran tepung dan kacau rata. Masukkan secukup
pewarna coklat,kacau rata dan tapis lagi adunan.
4. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu minyak dan dipanaskan dulu.Kukus selama 30
min atau hingga masak.
5. Biar kuih benar2 sejuk dan boleh dipotong dan sajikan dengan kelapa parut kukus.
♥Bingka Jagung Tanpa Telur™
kak fida@myresipi.com
Resepi tanpa telur tetap lembut, sesuai dimakan bila2 waktu... :)
Created on : 23-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 7x7 / 8x8 inc )
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan
1 cawan susu segar/cair
1 tin jagung krim
1/2 sk garam
1 sb mentega cair/minyak
sedikit esen jagung/vanilla
secukup pewarna kuning
Cara-cara
1. Ayak kedua tepung ke dalam mangkuk.
2. Satukan bahan2 yang lain ke dalam blender dan kisar halus dan tuang ke dalam mangkuk berisi
tepung sambil dikacau hingga sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan bakar pada suhu 170C selama 40 min
atau hingga kuih masak ikut kepanasan oven masing2.
4. Sejukkan kuih dan boleh dipotong dan hidangkan.
MEE GORENG SALURA
salura@myresipi.com
Resepi sendiri. Masa lebih kurang 30 min.
Created on : 22-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi salura
Bahan-bahan ( Untuk 4 orang )
500 gm mee kuning
500 gm sayur sawi
2 biji tomato dipotong 6
3 biji limau kasturi diambil jus
200 gm udang
200 gm daging
fish cake ikut suka
3 sudu makan tomato sos
1 sudu makan kicap
1 sudu makan gula, 1/2 sudu teh garam
bahan2 utk di kisar:-
20 biji cili kering
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu kecil udang kering
Cara-cara
1. Cara2nya:-
2. 1. Kisar kesemua bahan2 tadi, kemudian panaskan minyak dan tumis sehingga naik minyak.
3. 2. Masukkan kicap, gula, garam, tomato sos kemudian digaul rata dan masukkan jus limau kasturi.
4. 3. Kemudian masukkan udang, daging dan digaul hingga daging lembut.
5. 4. Bila daging dah lembut masukkan mee, tomata biji dan daun sawi kemudian digaul rata dan
selepas tu boleh lah dihidangkan.
6. SELAMAT MENCUBA!!! <3
♥Kaswi Jagung Gula Melaka™
kak fida@myresipi.com
Sesuai dimakan bila2 masa... :)
Created on : 22-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 9x9 inc. )
BAHAN A :-
220 g gula melaka
200 g gula pasir
500 g santan ( 1 kotak kecil + air)
1 sk garam
2 helai daun pandan
BAHAN B :-
200 g tepung beras
150 g tepung kanji/ubi
50 g tepung jagung
1 sb air kapur
1 sb pewarna coklat
BAHAN C :-
1 tin jagung krim (425g)
Cara-cara
1. Masak bahan A hingga mendidih dan gula larut. Tapis dan ketepikan.
2. Satukan bahan B ke dalam mangkuk dan campurkan bahan A dan gaul rata lalu ditapis lagi ke
dalam periuk dan campurkan jagung krim ke dalamnya (kisar adunan jika inginkan jagung krim
lebih halus). Kacau rata dan masak adunan sebentar hingga naik wap.
3.
Tuang adunan ke dalam loyang yang bergris dan telah dipanaskan dulu di dalam kukusan. Kukus
selama 30-40 min atau hingga masak.
4.
Jika menggunakan acuan lompang, kukus 15-20 min.Sejukkan kuih dan sajikan dengan kelapa
parut kukus.
Kuih kaswi
Razzizz@myresipi.com
Belajar dari guru aini salim 20 tahun lalu.
Created on : 20-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Razzizz
Bahan-bahan ( Loyang 12inch )
500g Tepung gandum
150g Tepung kanji
300g Gula melaka
150g Gula pasir kurangkan jika mahu less manis
2 sudu makan warna coklat
4 sudu makan air kapur
1biji kelapa parut putih+1/2 sudu kecil garam dikukus 10minit
2 helai daun pandan
60oz atau 1700g air
Cara-cara
1. Gula melaka,gula pasir,daun pandan dan air dimasak hingga gula hancur.Tapis dan biar sejuk.
2. Kemudian campur kedua tepung,air kapur dan warna,kacau rata,tapis.
3. Sapu minyak diloyang atau acuan.Kukus adunan api sederhana,40-45 min loyang atau 10 minit
acuan kecil.
Ayam masak sambal cili padi
mdm aina@myresipi.com
Sedap dan sesuai dibawa lauk berkelah.
Created on : 19-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi mdm aina
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
10 ketul ayam - goreng dgn garam & kunyit
20 tangkai cili padi*
1 tangkai cili hidup*
Secubit ikan bilis*
2 sudu cili kering kisar*
1 biji bawang besar* (separuh dipotong gelang)
2 biji bawang merah + 3 ulas bawang putih*
Kisar semua bahan bertanda * dgn sedikit air
1 batang serai - ketuk
Air asam jawa
Garam & gula
Cara-cara
1. Tumis serai yg diketuk
2. Masukkan bahan yg dikisar - masakkan lama sikit bagi cili betul2 masak sehingga tidak berbau
hanyir cili mentah
3. Masukkan air asam jawa dan biarkan masak sedikit
4. Masukkan bawang besar yg dipotong gelang dan tambahkan sedikit garam dan sesudu besar gula
5. Rasa sedikit kuah ..sekiranya dah sedap rasa bolehlah masukkan ayam yg siap digoreng
6. Gaul agar kuah rata menyaluti ayam. Yeay..dah siap dan boleh makan dgn nasi panas2
Putu Ayu
Razzizz@myresipi.com
Selalu buat atas permintaan kawan.
Created on : 19-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Razzizz
Bahan-bahan ( 40 biji ikut berapa besar acuannya )
3 telur besar,300g gula castor,300g tepung naik sendiri diayak,300ml santan pekat,100ml air
pandan atau pandan paste,150g kelapa parut putih,1sdm tepung ubi,sedikit garam dan warna
hijau
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
1. Telur dan gula pukul hingga kembang.
2. Masuk tepung,santan,air pandan dan warna ,guna whisk adun perlahan hingga sebati
3. Tepung ubi,kelapa parut dan garam gaul rata.Tekan padat dalam acuan tuang adunan telur jangan
penuh.
4. Kukus 10-15 minit.
Cheesecake biskut
armadarosie@myresipi.com
Cheescake ala ala tiramisu dan sgtlah simple.
Created on : 19-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi armadarosie
Bahan-bahan ( 1 loyang )
250g cream cheese
1/2 tin susu pekat
Biskut hup seng deluxe crackers
Susu full cream
Nestum
Cara-cara
1. Putar cream cheese sampai lembut.
2. Masukkan susu pekat. Kalau suka manis, tambahla lagi.
3. Putar lagi sampai sebati.
4. Celup biskut dalam susu dan susun dalam loyang or tupperware.
5. Sapu cream cheese kat atas biskut, tak payah tebal sgt dan tabur nestum.
6. Celup biskut dan susun atas cheese. Ulang layer sampai habis.
7. Layer cheese atas sekali biarkan tebal dari layer2 bawah. Tabur nestum.
8. Masukkan dlm peti sejuk bagi keras semalaman.
TELOR TAUHU BUNGKUS
syimma@myresipi.com
RESIPI DARI KAWAN
Created on : 17-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi syimma
Bahan-bahan ( SEKELUARGA )
2 batang tauhu telur - digaul dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah 2 biji telur 1/4 cawan air
1 sudu besar tepung jagung - dilarutkan dengan air Garam secukup rasa Minyak untuk
menggoreng Sedikit sos cili untuk hiasan
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
1. 1. Goreng tauhu telur sehingga kekuningan. 2. Angkat dan tuskan. Ketepikan. 3. Sementara itu,
campurkan telur, larutan tepung jagung dan sedikit garam. 4. Pukul bahan-bahan ini hingga sebati.
5. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. 6. Dadarkan bancuhan telur tadi menjadi beberapa
kepingan nipis. 7. Setelah masak, angkat dan gulungkan tauhu telur dengan telur dadar. 8. Hias
dengan sos cili.
Kek Coklat Moist Kukus
AsrolMania@myresipi.com
Kek Coklat Moist
Created on : 15-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi AsrolMania
Bahan-bahan ( 8 Inci )
Bahan-bahan Kek
100gm Serbuk Koko*
250gm Gula Kastor *
1 tin Susu Isian Cair*
200gm Minyak Masak Sayuran*
250gm Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150gm Tepung Gandum
1 sudu kecil Soda Bi
Bahan-Bahan Topping
150gm cooking chocolate
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak (sayuran/masak)
Cara-cara
1. Cara-cara Buat Kek
1) Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di
kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.
2) Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama
b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
3) Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn
sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1
jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
4) Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn topping coklat.
2. Cara-cara Buat Topping Coklat
1) Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
2) Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.
3) Masukkan.minyak dan kacau.
4) Biarkan seketika baru dicurah atas kek
Ayam Goreng Dengan Sos Manis Bijan
OurMomsRecipe@myresipi.com
Resepi diolah dari masakan ala 'chinese style'
Created on : 14-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi OurMomsRecipe
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
6-7 ketul ayam, lumurkan dengan kunyit dan sedikit garam 2 ulas bawah putih dipotong dadu 2
sudu gula 3 atau 4 sudu madu Sedikit garam Satu sudu biji bijan 3 sudu minyak bijan 6 sudu sos
tiram 3 sudu sos ikan Separuh cawan kicap pekat manis ABC
Cara-cara
1. Gorengkan ayam deep fry dan ketepikan Tumis bawang putih dengan api yang perlahan,
masukkan sos ikan dan minyak bijan Masukkan sos tiram dan kacau sehingga likat Masukkan air 2
cawan Masukkan kicap pekat manis ABC dan kacau sehingga mendidih Masukkan gula, garam dan
madu Masukkan biji bijan dan biarkan seminit. Pastikan api dalam nyalaan kecil. Tambahkan kicap
manis jika mahu dan masukkan ayam yang sudah digoreng tadi Biarkan selama seminit, tutupkan
api dan hidang.
almond crunchy caramel
hydatulniz@myresipi.com
Cookies paling mudah n cepat...
Created on : 14-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi hydatulniz
Bahan-bahan ( 5 org )
500gram tepung florenta, 100gram kuaci hijau, 100gram kuaci putih, 250gram badam keping
Cara-cara
1.
1.Mula2 semua kekacang hendaklah dipanggang dlm masa 5-10minit....ini tuk meranggupkan
kekacang tersebut... 2.setelah kekacang sejuk, amik 1cawan tepung florenta dan campurkan
dengan segenggam kuaci hijau, segenggam kuaci putih, segenggam badam keping...gaul bahan
sehingga sebati... 3.kemudian loyang hendaklah di alas dgn kertas kek...masukkan bahan yg telah
digaul tdi ke dalam loyang dan ratakan... 4. Kertas kek tadi biarka ada terlebih sedikit dri loyang
sbb mudah utk kita keluarkan cookies tu nanti... 5. Bakar selama 10-15minit pd suhu 160 celcius....
6. Selepas itu keluarkan cookies dan hendaklah terus dipotong (blh guna pisau atau pemotong
pizza) sebab kalau dibiarkan sejuk nnti cookies da jadi liat dan keras.... 7. Setelah siap dipotong
boleh lah di hidangkan atau disimpan didlm bekas yg kedap udara...
♥Kek Minyak Kukus™
kak fida@myresipi.com
Resepi atas permintaan member yang tiada oven di rumah...rcp mudah, adunan diblender saja.. :)
Created on : 13-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 8 x8 / 9x9 )
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (300g)
1 cawan susu segar (210g)
3/4 cawan susu pekat manis (200g)
1/2 cawan gula halus (60g)
1 cawan minyak masak
4 biji telur - A
1 sk esen vanilla
Cara-cara
1. Ayak tepung ke dalam mangkuk.
2.
Masukkan kesemua bahan yang lain ikut urutan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati.
3.
Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung dan whisk hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dialas kertas. Tutup loyang dengan alum.
foil. Kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.
5.
**Adunan boleh dibahagi dua dan bubuh serbuk koko pada satu bahagian.
6.
**Atau dibahagi kepada beberapa bahagian, warnakan dan ditambah perasa ikut suka.
7. Kek juga boleh dibakar...
Udang Bersalut Oat/Nestum
mrs_syaza@myresipi.com
masa buat 10minit ringkas dan sedap
Created on : 11-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi mrs_syaza
Bahan-bahan ( 2 orang makan )
500gram Udang (siap buang kulitnya separuh)
1 biji telur
1 - 2 cawan tepung gandum/jagung
1-2 cawan oat/nestum
2 cubit garam
Cara-cara
1. Pukul telur dan letak sedikit garam.. kemudian Ambil udang yg siap di kupas kulit Celup kan udang
dalam tepung gandum ataupun jagung
2. Kemudian udang dh di celup tepung teruskan celup dlm telur
3. Kemudian akhir sekali celupkan dlm oat ataupun nestum.. Minyak dh panas goreng hingga
kekuningan angkat dan sedia di hidang.. Selamat mencuba..
BEST CARROT CAKE EVER
Faridah1@myresipi.com
Resepi ni yang terbaikkk... dari http://allrecipes.com/recipe/best-carrot-cake-ever/detail.aspx Saya
buat dalam bentuk cupcakes
Created on : 10-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Faridah1
Bahan-bahan ( Saya buat dalam bentuk cupcakes dapat 42 biji )
4 batang carot yang telah disagat
1 cawan gula perang
1 cawan kismis (saya suka yang hitam)
4 biji telur
1 1 /2 cawan gula
1 cawan minyak masak
2 sudu esen vanila
1 cawan nenas dalam tin (tos air dulu) di cincang2
3 cawan tepung serba guna (all purpose flour)
1 1/2 sudu baking soda
1 sudu garam
4 sudu serbuk kayu manis (ground cinnamon)
1 cawan walnut yang telah dicincang @ boleh juga ditukar dengan sebarang bentuk kekacang
yang lain eg. biji kuaci, biji labu, badam etc
Chef John's Cream Cheese Frosting: 1/4 cawan butter (suhu bilik)
1 (4 once) cream cheese (suhu bilik)
1 sudu esen vanila
1 sudu perahan lemon (optional)
1 3/4 cawan gula biasa yang telah dikisar
Masuk semua bahan kecuali gula kisar. Handmixer sampai sebati. Lepas tu baru masuk gula kisar,
guna mesin pukul lagi sampai dia jadi gebu. Masuk jap dalam peti ais, baru letak atas cupcake
Cara-cara
1.
Campur carot yang telah disagat dengan gula perang (biar 1 jam, lepas tu campur kismis)
2. Panaskan oven 180C. Sediakan papercup dalam loyang
3. (Dalam bekas lain ni tau) Pukul telur kmdn masukkan gula, minyak dan vanila. Masukkan nenas
cincang, gode2... Ayak tepung, baking soda, garam dan serbuk cinnamon, lepas tu masukkan
dalam adunan sikit2 sampai habis Akhirnya masukkan carrot mixture dan kekacang. Dah siap,
masukkan dalam papercup untuk acara membakar
4. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit setiap tray. Continue sampai habis adunan.
5. Bila dah sejuk top up dengan cream cheese frosting
CRUNCHY CARAMEL ALMOND
Faridah1@myresipi.com
Beli semalam kat Petronas, RM27 sebalang. Sedap gek. Google2, jumpa resepi dia kat
http://ibtisammawaddah.blogspot.com/2013/06/caramel-almond-cookies-yang-rangup.html.
Created on : 10-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Faridah1
Bahan-bahan ( Satu balang kot )
500 gm tepung Florenta
250 Kekacang (kepingan badam, biji kuaci, biji labu, ape2 lah yang kita suka, aa... walnut pun bes
gak kan)
*resepi tuannya yang asal (campuran 150 gm badam, 50 gm biji labu, 40 gm biji kuaci & 10 gm biji
bijan hitam)
Cara-cara
1. Satukan semua bahan kekacang
2. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 5 minit (ni untuk merangupkan bahan2 kekacang, hati2
jangan terhangus sebab nanti jadik pahit)
3. Satukan semua bahan (kekacang dan tepung) dalam satu bekas dan gaul rata2 hingga semua
bersalut sempurna dengan tepung). Sebaiknya kekacang dalam keadaan masih panas
4. Sediakan loyang empat segi alas dengan kertas minyak.
5. Tuangkan adunan dalam loyang, ratakan nipis2, kmdn bakar dalam oven (160C) selama 10 minit
6. Keluar je dari oven, panas2 lagi, terus potong (guna pemotong pizza lagi senang)
7. Siap, simpan dalam tupperware, jap lagi boleh krup krap depan tv
Famous Amer Chocolate Chips Cookies
Resepi2011@myresipi.com
Resepi Chef Amer..antara cookies yg digemari anak2..Meriah dengan bahan2 yg pelbagai..
Created on : 10-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Resepi2011
Bahan-bahan ( ~ 115 biji )
250g mentega
70g gula halus
80g gula perang
1/2 camt esen vanila
1biji telur & 1 biji kuning telur
60g badam / walnut cincang (panggang sebentar) - saya guna badam hiris itu yg ada di dapur, baki
raya.
40g oat ( anak tak suka saya tak letak - tapi lebih berkhasiat jika letak oat)
250g cip coklat
BAHAN AYAK
300g tepung gandum
10g serbuk koko ( saya kurangkan sikit )
1/2 camt serbuk penaik & 1/2 camt soda bikarbonat
50g susu tepung
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
1. Pukul mentega, gula, gula perang dan vanila hingga sebati dengan senduk kayu
2. Masukkan telur dan kuning telur dan pukul lagi sebati
3. Masukkan campuran tepung di ayak sedikit-sedikit sambil di kacau rata.
4. Satukan kekacang, oat dan coklat chip dalam bekas lain dan masukkan sedikit2 ke dalam adunan.
Gaul sebati.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. (Panaskan oven terlebih dahulu sebelum sudukan
adunan)
6. Bakar dalam ketuhar (170C selama ~ 20 minit atau hingga masak)
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara
Masak Lemak Udang dgn Kanbas(Peria)
k.zila66@myresipi.com
Inilah makanan favourite saya. Sng sgt untuk dicuba :)
Created on : 09-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi k.zila66
Bahan-bahan ( Sekeluarga )
1 Kg udang
7 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
2 biji cili merah - (dibelah 2)
Santan secukupnya / Santan kotak
Garam dan gula secukup rasa
Sayur kanbas / nenas
Cara-cara
1. Udang dibersihkan dan ditoskan.
2. Kisar bawang merah, kunyit hidup dan belacan.
3. Masukkan bahan yg dikisar ke dalam periuk. Masukkan santan, kanbas/nenas. Biarkan sampai
mendidih.
4. Selepas itu, masukkan udang, cili merah dan garam secukupnya. Tutup api. (Jgn biarkan udang
dimasak begitu lama, nanti boleh menjadi keras).
kuih bahulu
scha2@myresipi.com
kuih bahulu tradisional,masa dalam 2jam(bergantung pada saiz oven)
Created on : 09-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi scha2
Bahan-bahan ( 100biji )
semangkuk gula halus semangkuk telur ayam (gred ape pn boleh,telur ape pn boleh) semangkuk
tepung gandum yang dah disalai) sedikit minyak masak
untuk bahulu perisa jangan masukkan tepung semua.. sedikit demi sedikit. selepas letak perisa
dan pewarna baru letakkan tepung yang selebihnya... bila acuan dh panas barulah letak coklat
rice... untuk yang inti, tuang 3/4 ke dalam acuan barulah letak in
klu pukul dengan pemukul tangan ,spring biasa selalunya ambil masa yang agak lama untuk
kembang, yang pakai mesin tangan lebih kurang setengah jam dan mesin besar 15minit dh
kembang dengan cantik... barang perkakas mesti kering dan panas,xboleh lembab da
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
1. pukul telur dan gula sampai kembang masuk tepung sedikit sedikit.. panaskan oven elektrik 180'
dan pastikan betul2 panas. sapu minyak atau spraykan minyak pada acuan, pastikan acuan betul2
panas..(caranya:bila tapak tngan dihalakan ke acuan 2inci diatas acuan dapat rasa habanya yg
benar2 panas.. sapu minyak lagi sekali dan bakar.... penjagaan,jangan dibasahkan jangan berwap..
for sure boleh tahan sebulan... lanjutan facebook: pengusaha kuih bahulu tradisional... advance
sebelum ni dah pernah hantar.. byk org xpuas hati so ni advance ilmu bahulu i bg.. sy: schah dan
scha2..
♥Kek Lapis Keju Ekonomi™
kak fida@myresipi.com
kek lapis yang mengguna sedikit telur.... :)
Created on : 08-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 inc )
300 g mentega
4 sb susu manis
6 biji telur ( hanya guna 4 putih telur ) - dari peti ais
150 g gula halus/castor
125 g tepung gandum}
1/4 sk baking powder} - diayak bersama
50 g air dingin
1 sb ovallete
sedikit pewarna kuning
1 sk esen vanilla
75 g keju parut - lebihkan jika suka
secukup badam cincang
Cara-cara
1.
Pukul mentega dan susu manis hingga putih dan ketepikan. Masukkan bahan2 yang lain ke dalam
mangkuk berasingan kecuali keju dan badam dan pukul hingga kembang.
2.
Campurkan kedua adunan dan gaul dengan senduk atau spatula hingga sebati.
3.
Bakar adunan selapis demi selapis menggunakan api grill. Setiap lapisan ditaburi dengan keju
parut dan badam cincang.
4. Untuk lapisan terakhir bakar dengan api bawah, suhu 160C sehingga permukaan kek kecoklatan.
Sejukkan kek atas redai kek.
♥Puding Roti Lapis Oreo™
kak fida@myresipi.com
Enak dimakan dingin... :)
Created on : 19-02-2014
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 8 x8 / 9x9 inc. )
Bahan A :-
8 keping roti putih - siat2
1 tin susu cair
1 cawan air (akak guna susu segar)
1/2 cawan susu manis (150g)
2 biji telur
1 sk esen vanilla
Bahan B :-
1 peket agar2 serbuk (10-12g)
2 cawan air
1 cawan gula halus
Bahan C :-
2 sb majerin/mentega
3 sb serbuk koko - diayak
12-15 keping biskut Oreo - patah2kan bersama krimnya sekali
Cara-cara
1. Masukkan bahan2 A ke dalam blender dan kisar halus dan ketepikan.
2. Masak bahan2 B hingga larut dan mendidih lalu campurkan bahan yang dikisar tadi dan masak lagi
hingga sebati dan pekat.Masukkan majerin/mentega, kacau dan matikan api.
3. Ambil 2/3 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan kacau sebati. 1/3 bahagian lagi
dibiarkan putih.
4.
Basahkan loyang, tuang 1/2 bahagian adunan koko dan ratakan, masukkan ke dalam freezer utk 2-
3 min.
5.
Keluarkan loyang lalu tuangkan separuh adunan puding putih ke atas lapisan koko,taburkan biskut
oreo dan tuang lebihan adunan putih menutupi biskut oreo tadi.Masukkan lagi loyang ke dalam
freezer untuk 2-3 min lagi.
6.
Keluarkan loyang semula dan tuang lebihan adunan koko dan ratakan.Simpan dalam peti ais
bahagian pendingin/chiller untuk didinginkan.
7.
Potong puding sesuai selera untuk disajikan.
Botok2 Pais Telor ikan
♥Sasha_Azhar♥@myresipi.com
Segala jenis telur ikan pun boleh tapi saya guna telur ikan duri dan tenggiri... Klau takde telur ikan,
guna ikan tenggiri/pari/sbgn... Saya tak guna kelapa parut atau telur tapi jika mahu, silakan... ♡♡♡♡
Created on : 08-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ♥ Sasha_Azhar ♥
Bahan-bahan ( 1-2orang sepaket )
Bawang besar 3labu
Bawang putih 5ulas
Halia 2inci
Serai 2batang
Lengkuas seinci
Buah keras 3biji
Kunyit hidup seinci
--Kisar bahan diatas--
Daun kunyit 2helai (dihiris halus)
Daun kesom segengam (optional)
Daun pisang (utk bungkus tapi saya guna aluminium foil)
Garam & Gula (ikut suka)
Isi ikan (Saya guna telur ikan duri campur telur ikan tenggiri)
Cara-cara
1. Dgn bismillah... Setelah bahan dikisar, dialihkan ke dlm mangkuk lalu masukan garam dan gula
kacau rata... (kisar sekali segenggam lada kering kalau nak pedas sikit)
2. Siapkan aluminium foil dan susun daun kunyit, kesom dan letak dlm 2sudu bahan kisar diatasnya...
3. Selepas itu letak kan isi/telur ikan dan lagi 2 sudu bahan kisar tadi atas ikan tu...
4. Tutupkan dgn daun keson dan kunyit... Selepas itu bungkuskan aluminium tadi dan sedia utk
bakar...
5. Dgn kepanasan oven 180c, 45min atau hingga masak... Boleh juga dikukus jika mahu...
6. Da sedia, makan dgn nasi panas2... Selamat mencuba!!!
~cocktail pudding biscuit merry mix swiss roll~
nuray@myresipi.com
mudah dan menjadi kegilaan family,dan amt sesuai untuk kanak-kanak.. :)
Created on : 05-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi nuray
Bahan-bahan ( 5-6 )
3 sudu custard 3 sudu B gula biskut merry *optional kuantiti any kind of cake or prefer swiss roll
*optional kuantiti 1 tin susu cair 1 tin fruit cocktail 1 atau 1/2 plastik dadih (nona brand)
Cara-cara
1. Bancuhkan custard bersama 1cawan air dan masukkan dalam kuali diiringi dengan 3 sudu B gula
dan air buah cocktail.Gaul hingga pekat likat.
2. masukkan kek,biskuit atau any kind of cake nk ltk di dalam satu mangkuk,kemudian masukkan
custard yg likat tadi dlm mangkuk biskut/kek tu dan ratakan.
3. Akhir sekali bancuh dadih nona brand prefer blkg pack untuk cara bancuhan,kemudian masukkan
juga ke dalam mangkuk td dn ratakan.
4. Masukkan ke dalam fridge dalam 2jam dan blhla makan bersama family..
Biskut Mor Gebu
Maa_Mummy Cookies@myresipi.com
Biskut Mor Yang Sangat Gebu Dengan Bulatan Yang Sangat Comel..Bila DiMakan Mesti Nak
Lagi..DiBuat Dengan Rahsia Tersendiri..Cara Membuat Hanyalah Mudah Dan DiMasak Begitu Sinkat
Saja.
Created on : 05-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Maa_Mummy Cookies
Bahan-bahan ( 50Biji Untuk 2Orang Makan )
Klik di sini untuk isi bahan
1- tepung gandum 2-2biji telur 3-minyak sapi 4-gula halus
Cara-cara
1. goreng tepung tanpa minya sehingga naik bau atau kekuningan lepas tu angkat sejukkan selama
5minit.kemudian campurkan bahan2 tadi kedlm mankuk untuk meguli menjadi bebola
kecik.kemudian masak selama 5min suhu 12o dajah.angkat dan taburkan gula aising keatas
bebola mor tadi.
kek marble coklat gebu
daoninna@myresipi.com
sesuai untuk minum ptg dan bila2 masa shj
Created on : 03-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi daoninna
Bahan-bahan ( satu family )
250grm butter/majerine 2 cawan tepung naik sendiri 220grm gula 4telur gread A 1sd B ovellate
1sd B esen vanilla 2 sb B susu segar 1 sd B choc emulco 1sd B serbuk coco yg dibancuh jd paste
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
1. cara: mix butter dgn gula smpi kembang... masukkan esen vanilla,ovellate... kacau smpi
sebatu...masuk telur satu deni satu.. pukul smpu kembang n fluty.... masukkan tepung sikit demi
sedikit.. selang seli dgb susu segar..... putar sampi adunan semua sebati... bahagi kan 2
bahagian... tuk coklat masukkan emulco dan choc paste..dan mix smpi sebati.... masukkan dlm
loyang selang seli color putih n color coklat supaya.. nampak marbel terselah. bakar selama
45minit.. bergantung pada oven sendiri... cucuk dgn lidi.. kalo meleket kena tmbh masa bakar..
kalo xmelekat.. da masak... selamat mencuba..
2. kek ni sgt gebu... dan sedap.. arini buat terus habis..
Siakap Stim Asam Boi
Nenie@myresipi.com
Resipi Kakak..
Created on : 02-12-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Nenie
Bahan-bahan ( sehidangan )
1 ekor Ikan siakap ( ikan merah pun boleh)
Air asam jawa secukupnya - untuk membilas ikan
2 batang Serai (hiris halus²)
5 biji Cili padi (potong²)
2 inch halia (mayang)
3 sb sos tiram
3 biji asam boi (putih)
Sebiji lemon (separuh di potong nipis dan separuh lagi diambil jusnya)
5 tangkai bendi (dipotong sedikit hujung dan pangkalnya)
½ batang lobak merah (potong memanjang)
Cara-cara
1. Basuh ikan siakap ngan asam jawa untuk hilangkan bau hanyir...basuh bersih².
2. Lumurkan ikan ngan sedikit garam dan sos tiram..Perap seketika.
3. Letakkan ikan di dalam plate tahan panas dan taburkan halia, serai, Cili, Sos tiram, Jus Lemon,
asam boi dan sos ikan (jika suka)
4. Letakkan juga bendi, lobak merah dan hirisan lemon di tasnya.
5. Kukus ikan selama lebih kurang 15~20 min /sehingga masak bergantung saiz ikan. Sedia
dihidang...
♥Bingka Serikaya™
kak fida@myresipi.com
Buat sarapan atau minum petang...adunan tanpa gula sebab dah manis dengan serikaya... :)
Created on : 29-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 8 x8 / 9x9 )
1 tin kaya (480g) - contoh seperti di dlm gambar
4 biji telur
200 g santan pekat
200 g susu cair
1 sk esen vanilla
1 sb minyak/mentega cair
165 g tepung gandum - diayak
sedikit pewarna kuning ( atau hijau jika mengguna kaya pandan)
Cara-cara
1. Campur semua bahan kecuali tepung dan pewarna selama 1-2 min.
2.
Masukkan tepung dan pewarna dan kacau lagi hingga adunan sebati.
3.
Tuang adunan ke dalam loyang/acuan bergris, tabur bijan jika suka.
4.
Bakar pada suhu 160C selama 30min. atau hingga bingka kelihatan garing. Sejukkan bingka,
potong dan sajikan, Bingka enak juga dimakan ketika suam.
♥Apam Pandan Putih Telur™
kak fida@myresipi.com
Lebihan putih telur drp membuat kek lapis, dijadikan apam... :)
Created on : 23-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 11 x 11 x 3 inc. )
500 ml putih telur (2 cwn)
300 g gula halus
1/2 sb ovalette
1 sk vanilla powder
400 g tepung Hong Kong*
1/2 sk baking powder* (bahan * diayak bersama) (( akak guna tepung naik sendiri tanpa mengguna
baking powder))
300 g santan kotak
1 1/2 sb pandan pes + 1 sk pewarna kuning lemon
secukup kelapa putih yg dikukus - utk pencicah
Cara-cara
1.
Pukul putih telur hingga 1/2 kembang dan masukkan gula halus, ovalette dan vanilla powder dan
pukul terus dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
2.
Masukkan tepung sedikit2 sambil dikaup-balikkan ke dalam adunan diikuti dengan santan dan
pandan pes dan warna kuning. Kaup-balikkan adunan menggunakan spatula atau senduk.Perapkan
adunan sementara memanaskan periuk kukusan.
3. Alas loyang dengan plastik dan disapu minyak. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan
permukaannya. Kukus apam dengan api sederhana selama 30-40 min.
4.
Biar apam benar2 sejuk, potong dan sajikan dengan kelapa parut putih. Apam enak juga dimakan
begitu saja.
Ayam Sambal
sue_ginola@myresipi.com
Lagi resepi sambal yang simple...
Created on : 20-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi sue_ginola
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
Bahan Kisar:
2 biji Bawang Putih
6 biji Bawang Kecil
Halia setengah inci (optional)
15-18 batang Cili Kering yang telah direndam (tak pun semangkuk Cili kering yang telah dikisar)
Bahan untuk Ayam:
1/2 Ayam (potong) di gaul dengan sedikit serbuk Kunyit dan Garam)
Bahan lain:
Bawang yang dihiris
1 sudu besar Cili Sos
Air Asam semangkuk
Minyak, Garam dan gula
Cara-cara
1. Goreng Ayam sampai separuh garing, angkat dan ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar tadi dan tumis sehingga garing
3. Masukkan Sos Cili dan gaul rata
4. Masukkan Air Asam tunggu hingga mengelegak
5. Masukkan Ayam yang telah digoreng tadi, kacau rata
6. Masukkan 1 setengah sudu besar Garam dan satu sudu besar Gula.
7. Kacau sekali sekala dan tunggu sehingga pekat.
8.
Sedia untuk dimakan
Seri ayu kismis
noormala75@myresipi.com
seri ayu moden
Created on : 18-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi noormala75
Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )
2 biji telur
1 cwn gula
1 sk ovallete
2 cwn tepung gandum
1 cwn susu cair
1 sk pes pandan
1 sk pewarna hjau epal
kismis secukupnya
Cara-cara
1. Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovallete dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung, susu cair, pes pandan dan pewarna hijau, pukul lagi sehingga sebati.
3. Oleskan sedikit minyak pada acuan. Isikan beberapa biji kismis ke dalam acuan dan tuangkan
adunan sehingga hampir penuh.
4.
Pastikan tudung pengukus di balut dengan kain sebelum mengukus. Kukus selama lebih kurang 7
minit.
::Kek Minyak::
marsha mohamed@myresipi.com
Kek yg mudah sekali nak buat. Di jamin sedap.
Created on : 18-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
5 biji telur
1 cwn minyak
1 cwn susu pekat
1/2 cwn gula castor
2 cwn tepung gandum
1 st baking powder
1 sb ovalet
1 st esen vanila
Pewarna
Cara-cara
1. Ayak tepung + baking powder. Ketepikan.
2. Pukul telur, gula, ovalet smpai gebu.
3. Masukkan susu pekat + esen. Masukkan minyak dan pukul lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan pukul smpai sebati.
5. Bahagikan ikut pewarna. Selang selikan adunan dlm loyang sampai abis.
6. Bakar selama 45 mins pada suhu 160 hingga masak. Selamat mencuba.
Coconut Rice Chinta
alleya_84@myresipi.com
Resepi Sendiri
Created on : 15-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi alleya_84
Bahan-bahan ( 3 Orang Mkan )
3 cwn beras
1 cwn santan pekat (terpulang kpd individu utk kurangkn penggunaan santan..atau tukar kpd susu)
1/2 inch halia dihiris
sedikit garam
1 sudu besar butter/planta
untuk sambal
4 Ulas bwg merah (bwg kecil)
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
sidikit halia
segengam ikan bilis..(sy guna ikn bilis halus, sekira nya ikan bilis yg agak kasar..belah n buang kn
isi perut dulu)
Sedikit belacan
garam
gula
Telur (Terpulang kpd individu sm ade mahu direbus/digoreng)
Timun (dihiris)
Segengam ikan bilis (digoreng)
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
1. Cara untuk memasak nasi
2. Beras di basuh dan di toskan
3. masuk kan santan..tmbh air jika santan agak pekat
4. Masukkan halia
5. Masukkan garam
6. Masak dalam rice cooker je..(Tp jgn lupa bila nasi dh mendidih..gaul2 kan..kemudian tutup balik)
gaul2 smpai masak..setiap 10 mint gaul sekali..
7. Sambal bilis..
8. kisar kn bwg kecil, bwg putih & halia serta cili kering
9. panaskn minyak dan masukkan ikan bilis ..jgn smpai garing..biar bilis tu lembut n kluar air bilis tu
10. kemudian bru masukkan bahan2 yg dikisar td
11. guna api perlahan..tmbhkan sedikit air dlm sambal..renehkn..smpai kering air..lagi lame reneh..lgi
sedap smbal..
12. Perasa kan..masukkan garam & gula
13. untuk lauk tmbahan yang lain..terpulang kpd individu..sy goreng telur mata & sedikit ikan bilis krup
krap gtu..jgn lupa timun untuk ulaman.
14. Tarrraaa.....sedia dihidang...n selamat mencuba..
puding marble
normah ibrahim@myresipi.com
puding marble yang sesuai untuk majlis kenduri dan hari jadi,sesuai untuk semua lapisan
umur,senang dan mudah disediakan untuk seisi keluarga...
Created on : 14-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi normah ibrahim
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
1 paket agar-agar
6 cawan air
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
boleh juga ditambah coklat emulco jika suka
Cara-cara
1. Masak serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
2. bancuhkan susu cair dan tepung kastard dan kacau sehingga pekat dan rata
3. Tutup api dan tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Biarkan wap panas hilang sebentar.
4. Masukkan ke dalam peti sejuk selama beberapa jam,sehingga menjadi kental dan lembut ( saya
tinggalkan semalaman di dalam peti sejuk)
5.
Sedia dihidangkan kepada seisi keluarga (boleh juga diganti dan ditambah buahan segar atau
buahan dalam tin sebagai pemecah dan penambah selera)
Triffle Simple
fazil hidayat@myresipi.com
Teringat Mummy slalu wat.. Bila duk merantaw ni nk mkn pape cuba2 je wat sndirik.. Bole jimat
kos n smpn utk bbrape kali mkn..
Created on : 14-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi fazil hidayat
Bahan-bahan ( Rasenya 15 org pun bole.. )
1 Swissroll Strawbrry/pape flaver yg dsukai,1 cwn tpung kastad,1 cwn soyabean/susu cair..(sy x
suka susu so guna soya laa),3 cwn air,1 st garm,1 cwn gula,1 tin fruit cocktail,1 kotk jelly
strawberry(sbb sy suka strawberry),ais krim strawberry..
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
1. Potng swissroll n susun dlm bkas rapat2..Didihkn air n gula,pastu msukkn bancuhn tpg kastad ngn
1 cwn air.
2. Msukkn soya bean n kaco kastad smpi likat n brkilat..Api kecik je. Then masukkn 1 sb planta utk
dptkn tekstur yg licin.
3. Basahkn swissroll dgn air fruits cocktail..Tuangkn kastad suam2 k ats Swissroll tu..
4. Taburkn fruits cocktail ats custard n larutkn jelly dlm smangkuk air pnas..
5. Tuangkn jelly k atas custard perlahan2. Biarkn sejuk n simpn dlm peti sejuk..Sy smpn dlm Mini Bar
Jew sbb xde peti sejuk..
6. Simpn 1 mlm lg syok.. Masa nk mkn tu buh aiskrim strawberry kit ats jelly tu.... Nyum2.. Sy sorang
mkn,, stok sminggu.. Hehee
Mandazi
noormala75@myresipi.com
donut afrika
Created on : 11-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi noormala75
Bahan-bahan ( 20 biji )
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
2 st yis
1/4 sk serbuk kayu manis
1/4 sk serbuk pelaga
1/2 cwn susu penuh krim
1 biji telur, di pukul
2 sb mentega, di cairkan
Cara-cara
1. Semua bahan harus pada suhu bilik. Satukan semua dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
dan tidak melekat. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya perlu.
2. Perap doh sehingga naik dua kali ganda. Setelah doh kembang, tumbuk-tumbuk untuk buang
angin dan bahagikan kepada beberapa bebola sebesar bola tenis.
3. Canai doh membulat sehingga lebih kurang 1/4 inci tebal. Potong doh kepada 4 bahagian segitiga.
4. Goreng sehingga keemasan dan toskan minyak.
5. Mandazi sedia di makan bersama teh/kopi. Boleh juga di tabur gula aising/gula halus setelah siap
di goreng dan masih panas.
6. ~ Selamat mencuba ~
Puteri Mandi Susu Terengganu
zaidahanim@myresipi.com
Created on : 11-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi zaidahanim
Bahan-bahan ( 5 orang )
Bahan-Bahan 1) 2 cawan tepung pulut 2) 1 cawan air daun pandan yang sudah di blender 3) kapur
sireh 4) garam 5) gula melaka 6) susu cair or pekat 7) santan
Cara-cara
1. 1) campurkan tepung pulut bersama air daun pandan tadi dan sedikit garam. gaulkan sampai jadi
doh. gentel bulat sebesar ibu jari dan tekan di tengah2. panaskan air sehingga
menggelegak,masukkan kuih tadi,tunggu sampai kuih tadi timbul baru angkat dan sejukkan
sementara nak siapkan kuahnya. cara buat kuah susu 1) masukkan sedikit air untuk cairkan gula
melaka di dalam periuk. setelah cair masukkan susu,santan dan daun pandan yang disimpul.
sukatan mengikut citarasa masing2, nak kuah banyak letak lah banyak. 2) setelah siap. campurkan
kuah di dalam kuih tadi. siap. selamat mencuba.
sambal udang petai
shazwani shah@myresipi.com
resepi daripada mak
Created on : 10-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi shazwani shah
Bahan-bahan ( )
150 gm udang segar
50 gm petai - dibelah dua
5 sudu makan cili kering - dikisar
3 sudu makan cili boh
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
2 sudu makan jus limau nipis
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit minyak
Cara-cara
1. goreng udang setengah masak dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih hingga wangi,kemudian cili kering yang dikisar bersama cili boh,sos tiram dan
kicap cair.Biarkan sehingga naik minyak dan masak.
3. Masukkan petai dan udang beserta jus limau nipis dan 1/2 cawan air.Kacau seketika dan biarkan
sehingga kuah menjadi agak pekat.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.Biarkan mendidih dan bolehlah diangkat.
::Eggless Chocolate Cake::
marsha mohamed@myresipi.com
Resepi dari kawan di FB. kek paling senang, sedap dan moist! Mesti nak try!!
Created on : 05-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
loyang 9 inci
2 cawan tepung gandum - diayak sekali
2 sk baking powder - diayak sekali
1 sk soda bikarbonat - diayak sekali
1/2 cawan serbuk koko @ campuran serbuk coklat
2 cawan gula
2 1/2 cawan air panas
1/2 sk garam
160 ml minyak masak sayuran @ minyak jagung
2 sk cuka
2 sk esen vanilla
Cara-cara
1. Panaskan oven pd suhu 160-170C. Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Griskan dgn mentega dan
taburkan dgn sedikit tepung.
2. Sediakan bekas yg agak besar. Satukan tepung, gula, serbuk coklat, dan garam. Ratakan.
3. Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu atau
spatula.
4. Tuangkan minyak masak @ minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Jika adunan bergentel,
tapiskan.
5. Akhir sekali, masukkan cuka dan terus kacau hingga rata. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek
dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak.
6. Suhu bergantung pd oven masing2. Tidak mengapa jika permukaan kek retak sebab memang
begitulah kejadiannya.
7. Setelah kek masak, biarkan ia sejuk semalaman sebelum dipotong. Hiaskan dgn krim @ ganache
jika suka.
8. Nota : Kek ini sgt moist, lembut dan lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman atau 1-2
hari.
ikan cencaru bakar sumbat kelapa dan kuah asam
ayu anaqy@myresipi.com
menu peberet seisi keluarga,suka makan time malam atau time wat bbq dgn adik beradik.
Created on : 04-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ayu anaqy
Bahan-bahan ( 4 orang )
BAHAN A UNTUK KELAPA SUMBAT
1 biji kelapa di parut
4 batang serai dihiris halus
1 sudu besar rempah ratus(jintan putih,jintan hitam,ketumbar)*
6 tangkai cili padi*
2 sudu besar udang kering*
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 sudu kecil kunyit
garam n perase secukup nye
BAHAN B UNTUK IKAN
8 ekor ikan cencaru
garam dan kunyit untuk memerap
daun pisang untuk membalut ikan
BAHAN C UNTUK KUAH ASAM
3 sudu besar asam jawa
1 labu bawang besar potong dadu
10 tangkai cili padi dihiris halus
2 cawan air
garam dan perasa secukupnye
Cara-cara
1. masukkan bahan yang telah ditumbuk lumat (bertanda *) kedalam mangkuk yang berisi kelapa
yang telah di parut tadi.masukkan juga garam , perasa , dan kunyit sedikit untuk memberikan
warna pada kelapa tadi.msukkan juga serai n rempah kedalamnya dan gaul sebati.asingkan
2. bersihkan ikan,klu saya suka potong belakang ikan.senang sumbat.kompom xterburai kelapa nya
nanti.perap dengan garam dan kunyit.
3. sekarang bolehla sumbatkan kelapa yang telah siap td di belakang ikan cencaru tadi.saya suka
sumbat banyak2.
4. balutkan ikan yang siap di sumbat tadi,dengan daun pisang.layurkan dulu kat api.senang sikit nak
balut kat ikan nanti.pastu bakar kat bara api.klu xde kayu api,bakar atas dapur pon boleh juga. =)
5. untuk kuah asam.sy guna asam jawa yang readymade by ADABI tu.bancuh kan dengan air
suam.kalau rase nak pekat boleh kurangkan sikit air.msukkan juga bawang yang dipotong dadu
dan cili padi yang dihiris halus.garam dan perase secukupnya.
6. bila sume dah siap boleh la dihidang kan.selamat mencuba.
Kek Coklat Kukus
ysha@myresipi.com
Juga dikenali sebagai CMC - chocolate moist cake
Created on : 04-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ysha
Bahan-bahan ( Utk 7 org dewasa - kalau family saye la )
*1/2 cawan gula pasir (blender sampai halus)
*1/2 cawan koko
*1/2 cawan minyak jagung
*1/2 cawan susu coklat
*1/2 cawan susu pekat
#3/8 cawan tepung gandum
#1/2 sudu teh baking powder
#1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur saiz A, blender
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
1. Masak bahan bertanda (*). Masak dalam kuali pon boleh. Tak payah sampai mendidih, cukupla
sampai semua bahan sebati dan licin dan tak berketul. Biarkan sejuk.
2. Bila bahan bertanda (*) dah sejuk, masukkan telur yang dah diblender. Kacau sampai sebati.
Masukkan esen vanilla. Kacau rata.
3. Dalam bekas berasingan, ayak bahan bertanda (#). Kemudian masukkan sikit-sikit kedalam
adunan cecair. Kacau sampai adunan rata. Kemudian tapis (penting untuk dapatkan kek yang
cantik)
4. Masukkan ke dalam acuan yang sesuai, sy suka guna aluminium foil. Kemudian kukus sehingga
masak dengan air yang mendidih.
5. Bila kek dah sejuk, bolehlah dressingkan dengan ganache pilihan.
Sup Ayam Rempah Adabi
Laily kartini@myresipi.com
Sup ni senang sangat nk buat..sy tgk rancangan ditv3 dan sy nak kongsi skit disini yer.sy selalu jgk
buat sup ni sebab dah boring dgn sup yg biasa tu kn?
Created on : 04-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Laily kartini
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
Perencah sup adabi (sepeket yg kecil)
Sup bunjut seketul
Bawang merah 2 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia (sebesar ibu jari)
Cili merah sebatang
Ubi kentang sebiji
Lobak merah
Ayam yg dipotong sederhana besar
Garam
Perasa ajinomoto
Daun bawang (sebagai hiasan)
Daun sup (sebagai hiasan)
3 cawan air
Cara-cara
1.
Tumbuk bawang merah,bawang putih dan Halia....kemudian tumiskan.
2.
Masukkan bancuhan perencah sup adabi.
3.
Masukkan 3 cawan air...saya suka likat sikit..kalu anda suka cair boleh tambah sedikit lagi air.
4.
Masukkan kentang,cili merah dan lobak merah yang telah dipotong kecil.
5.
Masukkan sup bunjut (terpulang yer,setengah orang suka letak 4 beradik tapi saya letakkan sup
bunjut dah memadai)
6.
Masukkan ayam dan tambah garam dan sedikit ajinomoto secukup rasa.kemudian tutup periuk
sampai ayam dah cukup masak.
7.
Akhir sekali boleh masukkan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan. SELAMAT MENCUBA!!
Daging goreng kunyit berempah
ayu anaqy@myresipi.com
senang nak buat.ringkas n cepat..selamat mencuba
Created on : 04-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ayu anaqy
Bahan-bahan ( 4 org makan )
500g daging
2 biji bawang holand
6 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi
2 batang serai dihiris halus
1 sudu besar rempah
1 tangkai cili merah
garam dan kunyit untuk memerap daging.
Cara-cara
1.
daging direbus terlebih dahulu.dah empuk,toskan.kemudian perapkan dengan kunyit garam
rempah dan serai.selama 1 jam (lg lame lg sedap)
2. panaskan minyak masak,goreng daging yang telah diperap td sehingga masak.
3.
masukkan bawang putih,bawang holand n cili padi.tumis sehingga bawang layu dan wangi.
4. hiriskan cili merah untuk hiasan.angkat n siap untuk dihidangkan.
::Apam Balik::
marsha mohamed@myresipi.com
Resepi dari chef Joha Hassan. Sedap!
Created on : 03-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan tepung - naik sendiri (Self raising flour)
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Secubit garam
1/4 sudu teh serbuk baking powder
1/4 sudu teh bicarbonate soda
2 cawan susu cair lemak (full cream milk)
Sedikit vanilla essence
Setitik pewarna kuning
:Bahan2 untuk inti nya:
1 mangkuk kacang goreng yang sudah di tumbuk
1 mangkuk jagung krim
1 mangkuk gula pasir
Cara-cara
1. Di mangkuk yang besar, letakan tepung, garam & gula. Gaulkan supaya sebati.
2. Kemudian masukkan baking powder, dan bicarbonate soda, cacau semua nya rata2, pecah dan
masukkan sebiji telur.
3. Pukul semua bahan2nya dengan whizz eletrik atau tangan. Tepung nya jangan terlalu pekat atau
cair. letakan essence vanilla & sedikit pewarna kunning. Gaulkan semua nya dan tepikan sebentar.
4. Kemudian sediakan kuali yang rata yang tak melekat. Bila kuali nya sudah panas, letak secukup
doh nya di kuali dan rata2kan menjadi bulat. Biarkan ia masak sebenar, bila buih2 kelihatan
tunggu hingga ia hampir sedia.
5. Api nya jangan terlalu tinggi, kemudian letakan krim jagung, kacang goreng dan gula pasir
secukup. Inti jangan terlalu banyak nanti ia akan terkeluar bila hendak di lipat dua.
6. Buat satu garisan ditengah bulatan lempeng anda, kemudian di hujung lempeng anda angkat dan
lipatkan lempeng menjadi setengah. Kulit lempeng nya harus bewarna keemasan dan rata.
7. Untuk ia kelihatan bersih dan rata, jangan meletakan sebarang minyak atau mentega bila
membakar lempeng anda. Selamat mencuba.
Sagu Gula Merah Simple
Laily kartini@myresipi.com
Cara penyediaan yg tak sampai 40 minit pun..jom cuba..
Created on : 03-11-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Laily kartini
Bahan-bahan ( 8-10 orang )
Sagu Rm1.00
Pewarna (ikut kesukaan)
Gula merah 1 1/2 cawan
Daun pandan sehelai
Susu ideal
Cara-cara
1. Rendam sagu dahulu lebih kurang setengah jam.
2. Bila sagu dah kembang, masak sagu dalam periuk.gunakan senduk kayu untuk kacau.Tambah
sedikit pewarna (ikut suka merah,hijau atau oren ka)
3. Sentiasa kacau.Jangan biar.kalau nampak kering tambahkan sedikit air dan kacau lagi 10 minit.
4. Kadang kadang sagu nampak putih dan tak masak kan? Untuk bagi sempurna dan cantik
pindahkan sagu dalam periuk lain dan kukus.
5. Sementara itu, masak gula merah dan pandan dalam satu periuk.bila dah mendidih,
tutup.tapiskan.
6. Boleh lah hidangkan sagu dan gula merah dicampur dgn susu ideal.makan sejuk sejuk... SELAMAT
MENCUBA!!
♡ Jelly Drink Perisa Lemon ♡
black1205e@myresipi.com
minuman agar-agar. dpt ilham dari jelly drink yg jual kt supermarket.
Created on : 25-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi black1205e
Bahan-bahan ( 2 liter )
1 paket serbuk agar-agar (sy guna swallow globe yg paket kuning tu)
1 liter air - untuk masak dgn agar-agar
250-300gm gula - ikut citarasa sendiri ok.. agak2 lah k.. suka manis, lebihkan je lerr..
2 biji lemon (perah jusnya dan tapis) - kemudian dicampur dgn air masak (suhu bilik) jadi 1 liter
Cara-cara
1. Serbuk agar-agar dimasak dgn 1 liter air hingga larut kemudian masukkan gula. Sentiasa kacau.
Matikan api.
2. Masukkan air yg bercampur lemon tadi dan kacau. Tuang ke dalam jug.
3. Biar cool down skit baru masuk dlm peti sejuk. Biar semalaman atau betul2 sejuk baru hidangkan.
Bila nk hidangkan tu, gunalah sudu tolak-tolakkan agar2 ke dalam cawan. Selamat mencuba! :)
Sambal Nyior/Kelapa
LynnSham@myresipi.com
Hidangan pelengkap nasi lemuni.. dari buku 'Masakan Tradisi Kedah'.. saya buat versi kisar.. he..
he.. he..
Created on : 21-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi LynnSham
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
1 cawan kelapa parut putih
1 labu bawang besar, dihiris
5 tangkai cili hidup, buang biji dan potong kecil
3 sudu makan air asam jawa (pekat)
1/2 sudu teh (atau secukup rasa) garam halus
Cara-cara
1. Cili hidup digiling bersama-sama bawang besar hingga lumat.
2. Masukkan kelapa dan giling lagi hingga halus.
3. Tambahkan garam dan air asam. Gaul rata dan hidangkan.
4. Jika hendak dikisar, satukan semua bahan bersama ½ cawan air dan kisar selama 2-3 minit.
Nasi Lemuni
LynnSham@myresipi.com
Juadah dari buku 'Masakan Tradisi Kedah' yang ditulis oleh Pn Khatijah Md Yatim.. beraroma, sedap
dan kena dengan tekak kami..
Created on : 21-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi LynnSham
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Bahan A:
4 cawan beras, cuci dan toskan
Bahan B - tumbuk lumat:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia
Bahan C:
10 kuntum bunga cengkih
4 cm kulit kayu manis
2 helai daun pandan, disimpul
Bahan D:
4 cawan air - atau secukupnya (saya guna beras basmathi, jadi nisbah beras dan jumlah cecair
1:1.5)
1 cawan pati santan
1 sudu makan garam - atau secukupnya
Bahan E - kisar:
1 cawan air
Segenggam daun lemuni
Cara-cara
1. Satukan B, C, D dan E di dalam periuk (masukkan garam secukup rasa).
2. Masukkan beras dan kacau rata. Jerang di atas api hingga mendidih. (Saya masak dalam rice
cooker.. macam masak nasi biasa.)
3. Kacau lagi dan apabila air kering, tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak. (Saya
kacau apabila air hampir kering dan biarkan hingga masak.)
4. Nasi lemuni ini sesuai dihidangkan bersama sambal nyior dan sambal tumis udang. Untuk resipi
sambal nyior/kelapa, rujuk di http://www.myresipi.com/top/detail/20347
5.
Sebagai rujukan, inilah rupa daun lemuni.. Info tambahan - daun lemuni dimakan sebagai ulam
(saya tak tertelan sebab sangat pahit!) atau dimasak dengan nasi oleh wanita yang dalam pantang
selepas melahirkan anak.
Kel batik ibu
sue.ita@myresipi.com
Kek paling simple d jamin enak sesuai hidangan kenduri dsb.. Masa membuat pun singkat..
Created on : 20-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi sue.ita
Bahan-bahan ( 1 pek roti marie boleh dpt 2 luyang saiz 6.. D hidang utk 20 org ke atas )
4 sudu makan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan mnyak masak
kacang goreng d kisar (utk hiasan)
biskut marie 1/2 pek (pecah kecil2)
Cara-cara
1. panas kn kuali kemudian masuk kn mnyak masak dan susu pekat.. kecil kn api.
2. masukkan serbuk koko gaul padam kn api..
3. masukkan biskut marie gaul sebati masukkan ke dalam loyang penyek padat utk hasil yg menarik..
4. simpan d peti sejuk dlm 30minit kemudian potong kecil boleh la d hidang nyam..
♡ Udang Geragau Goreng ♡
black1205e@myresipi.com
makan dgn nasi panas.. mcm side dish gitu. nk meratah pun syiok jugak.. :D
Created on : 19-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi black1205e
Bahan-bahan ( dlm 15 biji plus minus )
2 cwn udang geragau, cuci bersih dan tapis
1 biji telur
3 sdb tepung jagung
1-2 biji bawang kecil, dicincang
3-4 biji cili padi, dibuang biji dan dicincang
½ sdt serbuk kunyit
½ sdt serbuk cili
½ sdt serbuk lada hitam
secubit garam
Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan2. Ambil sesudu bahan yg digaul dan terus goreng ke dalam minyak yg
panas. Goreng sampai habis.
Murtabak Angel Hair
mama_daffa@myresipi.com
Suka2 jer..
Created on : 19-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi mama_daffa
Bahan-bahan ( 4 org makan )
2 genggam spagetthi angel hair
1 biji tomato dipotong dadu
1 ulas bawang besar dipotong dadu
Sedikit daun bawang n daun sup di rincik halus
1 ketul kiub ayam yang dipecahkan agak hancur ( apa2 jenama pn boleh)
Isi ayam atau daging yang direbus dan di potong kecil2..jumlahnya ikut suka hati tuan puan
6 biji telur
sedikit cili padi bagi yg menggemari kepedasan..x masukkan pn x pe
secubit garam n lada sulah
sedikit minyak untuk menggoreng dan merebus
Cara-cara
1. Rebus spagetthi angel hair bersama sedikit garam n minyak (ini supaya spagetthi x
melekat)...sesudah lembut, toskan spagetthi
2. Pukul telur bersama kiub ayam dan garam di dalam mangkuk
3. Masukkan isi daging dan isi ayam, tomato, bawang, daun sup dan daun bawang, cili padi kedalam
telur dan gaul sedikit supaya semua bahan bercampur
4. Akhir sekali masukkan spagetthi dan sedikit lada sulah dan gaul hingga semua bahan bercampur
sekata
5. Panaskan sedikit minyak di kuali dan goreng spagetthi seolah-olah telur dadar dan mengikut saiz
kesukaan masing2
6. Siap menggoreng bolehlah dimakan panas bersama sos dan mayonis
7. ## Untuk filling boleh diubah ikut kesukaan masing2..samada sosej atau daging hancur yg sudah
dimasak@ direbus..semua ini ikut kreativiti anda n mengikut selera anda sendiri
8. ## selamat mencuba n selamat memasak
♡ Ikan Goreng Tepung Semolina ♡
black1205e@myresipi.com
pelbagaikan version ikan goreng.. nk abihkan stock dlm esbok.. bleh jugak guna cara ni untuk
goreng fillet, udang dll.
Created on : 18-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi black1205e
Bahan-bahan ( ikut suka brape byk nk goreng )
ikan (sy guna ikan kecil 30 ekor)
1½ cwn tepung semolina (tepung suji)
2 biji telur
1 sdk serbuk ketumbar
1 sdk serbuk cili
garam
serbuk lada hitam
1 biji lemon
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Bersihkan ikan. Lumurkan garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
2. Satukan telur, serbuk ketumbar, serbuk cili dan kacau.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Bila minyak sudah panas, celupkan ikan ke dalam telur, kemudian
salutkan dengan tepung semolina dan terus goreng. Masukkan ikan satu2 ke dalam kuali supaya
ikan tidak melekat antara satu sama lain.
4.
Hidangkan ikan dgn lemon dan sos harissa atau mengikut citarasa masing2.
♡ Sos Harissa ♡
black1205e@myresipi.com
sejenis sos cili. sesuai untuk dips ikan goreng, udang goreng, fillet, nugget, keropok, tortilla dll. dari
web middle eastern food.
Created on : 17-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi black1205e
Bahan-bahan ( satu bowl kecil )
12 biji (atau 200gm) cili merah segar
3 biji bawang putih
1 sdt ketumbar
1 sdt caraway seeds (rupa dia mcm jintan juga, ada panggil jemuju.. entah ler..)
½ sdt jintan putih
2 sdb olive oil (nk tukar minyak sayur pun boleh)
secubit garam
Cara-cara
1. Rebus cili merah di dalam air mendidih selama 3 minit. Masukkan bawang putih sebentar
kemudian tapis semuanya.
2.
Buang biji dan tangkai cili.
3. Caraway seeds, ketumbar dan jintan digoreng tanpa minyak diatas api sederhana. Sentiasa kacau,
jgn sampai hangus. Tutup api. Kalau ada batu lesung, boleh tumbuk dulu sebelum campur dgn cili
dlm blender. Kalau tkde batu lesung mcm sy, sy masukkan je semua dlm blender..ok jugak.
4. Blend semua bahan di atas dlm blender/food processor termasuk minyak dan garam hingga halus.
Jika perlu iaitu jika bahan2 tidak dpt blend/pusing, masukkan lagi 1-2 sdb minyak.
5. Sos harissa ni boleh bertahan hingga sebulan jika disimpan di dalam fridge. Titis-titiskan minyak
setiap kali nk simpan semula.
6.
Sape2 yg kurang pasti rupa caraway seeds, dia macam jintan juga. Tk tahu lah adik-beradik ke
sedara-mara belah mane.. kalau saya, saya beli je yg dlm botol kt supermarket.
7.
Sos harissa sesuai sebagai dips untuk pelbagai makanan. Selamat mencuba!
Kuih Kura Kura
mummygary@myresipi.com
Created on : 17-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi mummygary
Bahan-bahan ( 30 biji )
Untuk Kulit
3 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
500ml air
10 sudu makan minyak masak
Sedikit pewarna merah
Daun pisang sebagai alas. (boleh dipotong bentuk segiempat atau bentuk bulat)
Untuk Inti
2 cawan kacang dhal (rendam lebih kurang 3 jam. Kemudian rebus hingga empuk. Selepas ia
empuk, hancurkan menggunakan pengisar tangan)
1/2 cawan gula
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
Cara-cara
1. Gaulkan kacang dhal yang telah dihancurkan bersama gula, garam dan minyak masak hingga
sebati.
2. Ketepikan seketika sebelum digunakan.
3. Adun tepung bersama semua bahan untuk kulit tadi hingga sebati hingga boleh dibentukkan
seperti bebola.
4. Bentukkan sebesar bola ping pong. Masukkan inti kacang dhal.
5. Tekapkan bebola adunan berisi inti tadi dalam acuan berbentuk kura-kura.
6. Letakkan atas daun pisang tadi.
7. Masak dalam pengukus selama 10 - 15 minit (pastikan pengukus telah dipanaskan sebelum
memasukkan kuih tadi)
8. Setelah masak, sedia untuk dihidangkan.
Fruit Tart
lyne@myresipi.com
Kombinasi Resepi dari blog HaSue (kulit tart) & hanieliza (Krim Kastard)
Created on : 16-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi lyne
Bahan-bahan ( 28 Biji (Saiz Sederhana) )
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C (jika guna gred B, buangkan sedikit putih telur)
290gm tepung gandum (masukkan sikit2, bila adunan sedang elok, jgn tambahkan lagi baki
tepung)
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan2 Krim Kastard
250 ml susu sejat
1 biji telur
3 s/b gula
2 s/b tepung kastad
Cara-cara
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat. 2.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu. 3. Masukkan tepung sedikit demi
sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. 5.
Bakar pada suhu 150C sehingga masak.(lebih kurang 15-20min)
2. Untuk Krim Kastard: Gaulkan dan tapiskan semua bahan dalam periuk. 2. Kacau dengan whisker
sehingga adunan nampak pekat. 3. Tutup api dan kacau lagi supaya adunan tidak bergentel. 4.
Masukkan dalam kulit tat yg telah sejuk. 5. Hiaskan mengikut buah kesukaan sendiri
3. Untuk memudahkan, isi krim kastard kedalam piping bag (saya guna noozle bintang, x de pun
xpe). Pipingkan inti kastard dalam kulit tart & hias dengan buah2an yang anda suka
Krunchy fried chicken
kgchepa.blogspots@myresipi.com
Mesti kena krunchy. Ianya akan memenuhi kepala anda sekelurag
Created on : 14-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kgchepa.blogspots
Bahan-bahan ( 4-5 Orang )
300g daging dada ayam (atau untuk satu ekor ayam pun boleh)
Black Pepper Flavoured *
Mixed Spice Blend *
1 sudu Baking Powder *
Garam secukup rasa * (jika perlu)
2 Biji telur ayam *
Tepung ayam goreng original/spicy (boleh beli dgn saya)
Serbuk kari atau serbuk cili (untuk rasa pedas
Cara-cara
1. 1. Potong dadu daging ayam. Basuh dan toskan. Prap dengan bahan-bahan * selama 1 jam.
2. Selepas itu, masuk daging ayam tadi ke dalam telur yang telah dipukul. Pastikan rata untuk
seluruh isi daging ayam. Selepas itu pindahkan isi ayam ke dalam tepung ayam goreng original/hot
spicy. Gaulkan serata mungkin.
3. Panaskan minyak. Pastikan apabila mengoreng isi ayam tenggelam sepenuhnya. Goreng sampai
garing baru krunchy. Selamat Mencuba. Sedia untuk dihidangkan untuk keluarga.
Caramello Almond Crunch
nrul_zul@myresipi.com
Biskut yg sgt popular masa skrg dan amik masa 15 minit masa penyediaan.
Created on : 14-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi nrul_zul
Bahan-bahan ( Loyang 14' x 14' )
100g tepung Florenta @ Bienetta
100g badam keping
30g biji kuaci (sunflower seed)
30g melon seed (optional)
30g pumpkin seed (optional)
10g bijan hitam
Cara-cara
1. Badam, kuaci dan semua seed dibakar dalam oven pada suhu 160c selama 5 minit.
2. Satukan badam dan semua seed yg dibakar tadi dengan tepung Florenta @ Bienetta sehingga
sebati.
3. Lapik loyang dengan parchment paper dan tuang semua adunan tadi dan ratakan nipis.
4. Bakar di dalam oven selama 5 min pada suhu 160c.
5. Terus potong selepas keluar dari oven masa panas-panas. Biskut akan keras sendiri bila sejuk.
::Agar agar Telur::
marsha mohamed@myresipi.com
Pencuci mulut yang mewarnai selera..
Created on : 11-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
Bahan A
7 biji telur
2 cawan santan pekat
3 sudu besar gula
Sedikit garam
1 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh perasa pandan
Bahan B
10gm agar-agar serbuk
600ml air
10 sudu besar gula
Cara-cara
1. Sediakan pengukus dan panaskan air hingga mendidih. Pukul(dengan garfu) telur bersama santan,
gula, garam, perasa pandan dan esen vanila.
2. Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiapnya dengan warna merah, hijau, biru dan
kuning.
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak. Sediakan bekas dan dengan menggunakan sudu
yang tajam tepinya(kak guna sudu plastik biasa) sendukkan nipis-nipis dan susun berselang seli
warnanya.
4. Masak agar-agar bersama air hingga mendidih. Masukkan gula dan biar mendidih lagi.
5. Tuang agar-agar secara perlahan-lahan ke dalam bekas tadi. Tuang biar mencecah lebih sedikit
sahaja.
6. Mungkin ada lebihan agar-agar tersebut...buatlah agar-agar biasa...letak sirap ke atau
sebagainya.... Bekukan dan siap untuk dipotong.
::Cheesekut::
marsha mohamed@myresipi.com
resepi dari satu blog, tried and tested.. sedap tak bleh angs..
Created on : 11-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1 paket biskut Deluxe Crackers ( nak pakai apa2 biskut pon ok..)
Sedikit fresh milk
1/2 tin susu pekat manis
250gm cream cheese
Cara-cara
1. Pukul creamcheese guna mixer sehingga kembang. Kalau takde mixer, guna blender pun boleh.
Kembang tu means creamcheese tu da jadik lembut pastu color dia jadik cerah skit.
2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Tuang sikit-sikit. Rasa dulu, kalau kurang manis baru tambah
lagi. Pukul lagi.
3. Tambah sket fresh milk anggaran satu sudu ke 2 sudu. Tengok kepekatan bancuhan tu. Jangan cair
sebab nanti kek jadik lembik susah nak potong. Kalau pekat sangat plak nanti bancuhan jadik sket
plak so lapisan kek pun tak dapat buat banyak. So ikut naluri masing-masing la ye.
4. Pastu ambik biskut n celup dalam fresh milk. Celup tu means dalam sesaat je sudah. Diingatkan
celup je tau, bukannya rendam. Dah celup tu terus susun dalam bekas.
5. Then lapiskan dengan bancuhan creamcheese tadi. Tak payah tebal sangat. Cukup sekadar
menutupi.
6. Then lapis lagi biskut2 yang da dicelup atasnya plak. Time lapis biskut ni tekan2 sket bagi dia
mampat sket. Ulang lagi step 4 dan 5 sampai abes bancuhan creamcheese tadi.
7. Atas sekali mesti lapisan creamcheese ye. simpan dalam peti ais. Biar semalaman ye bagi dia
keras skit senang nak potong.
8. eSok pagi bukak peti ais, taraaaa!!! Hasilnya.. Selamat Mencuba..
♡ Lemon Water ♡
black1205e@myresipi.com
minuman harian ganti air jarang. baik untuk kesihatan. taklah masam sbb rasa lemonnya tk kuat.
good source of vitamin c. :)
Created on : 10-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi black1205e
Bahan-bahan ( buat lah sebyk yg suka )
buah lemon segar, cuci bersih2 dan hiris
air
madu (jika suka) - optional je tu, tkde pun tkpe
Cara-cara
1. Air Lemon Suam untuk minum sendiri: Perahkan sehiris lemon dan masukkan ke dalam mug.
Tuangkan air suam. Minum sblm sarapan. Kalau suka, masukkan madu ikut citarasa. Hah, da guna
sehiris lemon tu, yg belen bleh lah buat minuman petang..
2. Air Lemon Sejuk: Perahkan dan masukkan beberapa hirisan lemon ke dalam botol. Tuangkan air
(suhu bilik) dan simpanlah dalam peti sejuk. Bila nk minum tu, barulah tambah madu jika suka.
Frozen Cheese Cake
NourHaque@myresipi.com
Resepi mudah untuk cheese cake. Sejuk beku. Tak perlukan ketuhar. Masa penyediaan: Adunan -
1/2 jam Sejuk beku 1-2 jam
Created on : 10-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi NourHaque
Bahan-bahan ( Kek bersaiz diameter 9 inci dan tinggi kira-kira 1.5-2 inci )
Untuk asas kek (base):
10 keping biskut oat Quaker Oats
10 keping biskut Tiger 'BisKuat'
45 gram mentega (butter)
3 sudu makan gula pasir
Untuk kek:
225 gram cream cheese
1/3 cawan gula pasir
30ml jus lemon
120 ml krim putar pekat (heavy whipping cream)
Untuk hiasan:
Hirisan buah-buahan segar secukupnya (pilihlah strawberi, pic, longan atau apa saja mengikut
selera anda)
Cara-cara
1. Untuk penyediaan asas kek:
2. Tumbuk/ kisar biskut Quaker Oat dan biskut Tiger hingga hancur
3. Campurkan biskut yang dihancurkan tadi dengan mentega dan gula dalam sebuah mangkuk. Gaul
sebati.
4. Tekankan adunan biskut hancur tadi ke dalam pan 9 inci membentuk satu lapisan asas (crust).
Pastikan lapisan itu sama rata. Masukkan ke dalam peti sejuk.
5. Untuk penyediaan kek:
6. Pukul cream cheese, gula dan jus lemon di dalam sebuah mangkuk
7. Di dalam sebuah mangkuk lain, pukul whipping cream selama 20 saat dan campurkan ke dalam
adunan cream cheese. Pukul hingga sebati dan gula hancur.
8. Keluarkan pan kek dari dalam peti sejuk dan tuangkan adunan kek ke dalam pan. Pastikan lapisan
adunan dibahagi rata.
9. Hiaskan kek dengan hirisan buah-buahan segar dan masukkan kek ke dalam ruang sejuk beku
ditutup dengan foil, sekurang-kurangnya untuk 1 jam.
10. Keluarkan kek dari ruang sejuk beku dan letakkan di ruang peti sejuk 1/2 jam sebelum dihidang.
Apabila dihidang, makan secepat mungkin kerana kek akan mencair. Simpan lebihan kembali ke
ruang sejuk beku ditutup dengan foil.
Butter Chicken
Azura Rakawi@myresipi.com
pernah mencuba masak mengikut cita rasa sendiri sebab selalu makan butter chicken so hasilnya
menjadi :)
Created on : 10-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Azura Rakawi
Bahan-bahan ( 6 orang )
Isi ayam (sebanyak yg anda mahu)
5 tbs tepung gandum
1 biji telur
2-3 senduk majerin
1 cawan susu cair (ikut cita rasa)
Daun kari (4-5 keping)
secubit garam, mengikut cita rasa
1 ts gula, mengikut cita rasa
Cara-cara
1. Gaulkan isi ayam dengan tepung gandum dan masukkan 1 biji telur dan gaulkan.
2. Gorengkan isi ayam yg telah digaul dengan tepung dan telur tadi.
3. Selepas selesai menggoreng isi ayam tadi,alihkan minyak tersebut. Cairkan 2-3 senduk majerin.
4. Tuangkan 1 cawan susu cair. Anda boleh menambah lagi jika tidak cukup manis. Masukkan daun
kari dan isi ayam tadi. Gaulkan sehingga rata.
5. Secubit garam dan 1 ts gula. Gaul sehingga rata. Selamat mencuba!
Homemade Cream of Mushroom Soup
Azura Rakawi@myresipi.com
Resipi dari internet dan pernah mencuba masak untuk org yg tersayang. memang creamy lah rasa
nya. takkan menyesal punyeee...
Created on : 10-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Azura Rakawi
Bahan-bahan ( 8 orang )
8 aun cendawan
2 tbs bakung, dicincang
1-2 bawang putih, dicincang
2 tbs majerin
2-3 tbs tepung gandum (asingkan)
2 cawan sup ayam
1 cawan light cream of 1 cawan evaporated milk
1/2 teaspoon salt
1/4 teaspoon lada putih
Cara-cara
1. Potongkan cendawan nipis-nipis.
2. Cairkan majerin ke dalam kuali. Tumiskan bawang bakung dan bawang putih dan masukkan
cendawan. Masak sehingga bawang menjadi lembut.
3. Kisarkan 2 sudu tepung gandum dan kacau kan.
4. Masukkan sup ayam dan hangatkan sehingga menjadi pekat.
5. Gaulkan cream dengan tambahan 1 sudu tepung. Masukkan cream ke dalam sup tersebut.
Panaskan sehingga sup tersebut nampak pekat. Selamat mencuba!
::Prata Sardine Puffs::
marsha mohamed@myresipi.com
resepi paling ringkas.. dengan menggunakan prata instant.
Created on : 10-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
beberapa keping prata instant - saya guna 6 keping (terpulang brapa keping yg you all nak)
1 tin sardine
2 biji bawang besar - hiris
1 biji cili merah & 1 biji cili hijau - hiris
2 biji limau purut - untuk perahan jus
garam dan gula secukup rasa
2 susu besar cili kering kisar -
1 biji telur untuk disapu di atas kulit prata
Cara-cara
1. Inti Sardine:
2. Masak kan Inti sardine terlebih dahulu. Panaskan kuali, dan tumis bawang dan cili2 yang di hiris
tadi.
3. tumis hingga naik bau baru letak 2 sudu cili kering kisar.. tumis sampai garing.
4. masukkan ikan sardine dan separuh dari sos nyer. hancurkan ikan sardine tu dan gaul kesemua
bahan2 hingga sebati..
5. perahkan jus limau purut sedikit, garam dan gula. terpulang pada rasa masing2.
6. tumis sampai agak kering. tutup api dan sejuk kan sebentar.
7. Kulit Puff:
8. ambil prata instant yg separuh beku dan potong half. kalau prata instant tu dah lembut, taruk
tepung gandum sikit untuk elak kan melekat
9. Maukkan inti sardine ke dalam ke satu bahagian kulit prata yg sudah di potong half.
10. tutup kan kulit prata dan kelim kemas2. boleh pakai garfu atau kelim mcm epok2. terpulang pada
masing2 nak design.
11. sapukan telur yg telah dikacau di atas kulit prata tadi.
12. Panaskan oven 180c.. bakar selama 20 minit itupun ikut oven masing2. dah tukar kaler
keperangan, dah siap.
Filet Ikan Salmon Dengan Sos Lemon Dan Mentega
NourHaque@myresipi.com
Resepi mudah untuk ikan salmon. Hanya dipanggang di atas dapur. Tak perlukan ketuhar
pemanggang. Masa penyediaan: Sos - 5 minit Filet - 8 minit Pelengkap hidangan - mengikut pilihan
Created on : 10-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi NourHaque
Bahan-bahan ( 1 hidangan )
Bahan untuk sos lemon dan mentega
1sudu makan mentega (butter)
1 sudu teh tepung jagung
150ml susu segar
1/2 biji lemon (diperah jusnya dan diketepikan)
Sedikit garam
Bahan untuk filet ikan salmon
1 keping filet ikan salmon (kira-kira 200 gram), boleh juga digantikan dengan stik ikan salmon
dengan berat yang sama
2 sudu makan lada hitam, ditumbuk halus
Sedikit garam
Sedikit mentega (butter)
Bahan untuk pelengkap hidangan
1/2 biji tomato (dipotong 3-4)
Sedikit brokoli, di stim
Sedikit potato wedges, digoreng
Cara-cara
1. Untuk penyediaan sos:
2. Panaskan 'sauce pan'/kuali
3. Cairkan mentega
4. Masukkan tepung jagung, kacau sentiasa hingga sebati
5. Masukkan susu, kacau sentiasa hingga mendidih, padamkan api
6. Tambahkan jus lemon yang diperah tadi dan garam, sedikit demi sedikit hingga cukup rasa
mengikut keinginan anda. Pastikan dikacau sebati.
7. Sos seharusnya berasa sedikit masam seperti lemon. Ketepikan setelah siap.
8. Untuk penyediaan ikan salmon:
9. Cuci filet ikan salmon dengan bersih dan keringkan menggunakan tisu dapur
10. Sapukan permukaan filet ikan salmon dengan sedikit lada hitam dan garam.
11. Panaskan pan, cairkan sedikit mentega.
12. Masukkan filet ikan salmon. Panggang selama antara 3-4 minit setiap permukaan bergantung
kepada ketebalan filet. Jangan diterbalikkan terlampau kerap takut salmon hancur.
13. Hidangkan panas-panas bersama sos dan pelengkap hidangan.
Kuih Kato
LynnSham@myresipi.com
Bertekstur kenyal, sedap dan wangi dengan aroma pandan.. Resipi Chef Ismail dipetik dari 'Kuisin
Warisan Melayu'.. saya ambil di sini - http://my.news.yahoo.com/kuih-kato-131253545.html..
terima kasih Chef kerana berkongsi resipi ini..
Created on : 10-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi LynnSham
Bahan-bahan ( Loyang 20x20cm (8x8in) )
Bahan A – Sirap Gula Merah:
250 gm gula merah – saya guna nissang Ganu
1 sudu besar air
Bahan B:
500 gm tepung pulut
125 gm tepung beras
750 ml air
75 ml air pandan – kisar 5 helai daun pandan dan 75 ml air, perah
Beberapa titik pewarna hijau – saya tambah
Bahan C – gaul rata dan kukus 5 minit:
125 gm atau secukupnya kelapa parut putih
Secubit garam
Cara-cara
1. Masak A sehingga gula larut. Tapis dan ketepikan.
2. Satukan B, kacau hingga tidak berbintil-bintil dan tapis ke dalam mangkuk lain.
3. Tuang adunan ke dalam acuan (saya sapukan acuan dengan sedikit minyak).
4.
Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
5. Potong kuih mengikut bentuk yang disukai setelah kuih betul-betul sejuk, golek dengan B.
6. Hidangkan bersama A.
Mihun Goreng Kicap
LynnSham@myresipi.com
Hasil bersembang dengan Mak Ngah saya waktu beraya.. hidangan yang cepat dimasak, sedap
dimakan..
Created on : 10-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi LynnSham
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
200 gm bihun, direndam
Sedikit kobis, dihiris – optional
7 biji cili padi, dihiris
5-7 ulas bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
2-3 sudu kecil serbuk ikan bilis @ segenggam ikan bilis, ditumbuk
3 sudu besar kicap lemak manis – saya guna jenama Kipas Udang
Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang dan cili hingga wangi dan layu.
2. Masukkan kicap, serbuk ikan bilis, bihun, kobis dan sedikit air (sekadar untuk lembutkan bihun).
3. Kacau dan masak hingga bihun lembut.
4. Matikan api dan hidangkan.
Mee Goreng Basah
Azura Rakawi@myresipi.com
pernah bekerja sebagai kitchen helper di sebuah kedai makan. belajar dari tukang masak (ibu
kepada kawan baik) sedappppppp... :)
Created on : 09-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Azura Rakawi
Bahan-bahan ( 5 orang )
1 bungkus mee kuning
2 biji bawang putih
3 biji telur
2 tbs sudu sos tomato
2 tbs sudu sos tiram
2 tbs sudu sos cili
secubit garam(secukup rasa)
1 sudu teh gula (mengikut cita rasa anda dan jangan terlalu manis)
kicap pekat
Isi ayam (ikut sebanyak mana anda mahu)
Sayur sawi dan taugeh
Cara-cara
1. Rebuskan isi ayam dengan air di dalam periuk sehingga mendidih. Hiriskan sayur sawi dengan
kasar.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Selepas minyak sudah panas. Tumiskan bawang putih.
3. Masukkan 3 biji telur dan kacaukan.
4. Masukkan 2 tbs sos tomato, 2 tbs sos cili dan 2 tbs sos tiram.
5. Selepas itu masukkan mee kuning. Tuangkan kicap pekat (estimate sendiri). Kacaukan sehingga
rata dan letak garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan isi ayam yg telah direbus tadi. dan masukkan sayur sawi dan taugeh. Air isi ayam yg
direbus tadi dituangkan ke dalam mee tadi (tuang sehingga mee nampak basah dan pekat).
Selamat mencuba!
ღ♥ BELIMBING vs ASAM BOI ♥ღ
ez_2901@myresipi.com
mudah, ringkas, cepat dan sedap.... http://yezzzza.blogspot.com/
Created on : 08-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ez_2901
Bahan-bahan ( seorang minum )
sebiji buah belimbing (dibersihkan dan dipotong kecil)
sebiji asam boi putih (dibuang bijinya dan dihiris kecil)
1 sudu kecil madu
air secukupnya (yanna guna air sejuk)
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan di atas dan dikisar. Siap
2. Sedia untuk di minum.
::Ayam Lemak Cili Api::
marsha mohamed@myresipi.com
Lauk yang tak boleh jemu dalam keluarga saya. Ini lah lauk yg pertama saya belajar bila baru2
cuba masak..
Created on : 08-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
halia - sebesar ibu jari*
5 biji buah keras*
7 biji cili padi* - kurangkan kalau tak suka pedas
2 batang serai* - satu di blend, lagi satu di tetak.
sedikit lengkuas*
1 keping asam keping
berapa helai daun limau dan daun kunyit
1 ekor ayam - potong ikut suka hati
1 kotak santan
Cara-cara
1. blend bahan2 yang bertanda *.
2. Panaskan minyak di dalam periuk. goreng ayam sebentar untuk matikan darah.
3. Toskan ayam dan ketepikan. Masuk kan bahan2 yg di blend dan tumis hingga garing atau pecah
minyak
4. Masuk kan daun kunyit dan daun limau dan tumis sampai naik bau.
5. tuangkan air sedikit sekiranyer kering
6. Masuk kan ayam yg di goreng tadi ke dalam dan gaul hingga semua rempah serap bersama ayam.
7. tuangkan santan pekat dan gaul hingga sebati. tambah air jika ingin lebih kuah.
8. masuk kan garam dan serbuk perasa. masuk kan asam keping dan biarkan mendidih. Api tak mahu
besar sangat nanti pecah santan..
9. Tutup api dan boleh di hidang bersama nasi panas2.. selamat mencuba..
Kek Coklat Kukus
nur rizal@myresipi.com
Resepi daripada adik ipar dan saya ubah sikit bahannya. Sangat senang dan selamat mencuba...
Created on : 01-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi nur rizal
Bahan-bahan ( untuk 10 orang makan )
Air panas - 1 cawan, Gula pasir - 1 cawan, Minyak mazola - 1 cawan, Susu pekat manis - 1 cawan,
Telur - 3 biji, Tepung - 2 cawan (cap sauh), Serbuk koko - 1 cawan (van houten), Soda bikarbonat -
1 sudu kecik.
Cara-cara
1. Mula-mula masukkan gula ke dalam bekas. (Bekas yang sesuai untuk mengadun bahan kek).
Kemudian masukkan air panas dan kacau sehingga gula hancur. Selepas itu, masukkan minyak
dan susu pekat. Gaul lagi sehingga sebati. Masukkan telur yg telah dikepuk. Gaul lagi. Seterusnya
masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau adunan. Bila dah sebati masukkan serbuk koko
dan soda bikarbonat. (Kalau rajin tepung tadi seeloknya diayak terlebih dahulu). Akhir sekali tapis
bahan yang telah dibancuh tadi ke dalam loyang. Boleh sapu sedikit miyak di permukaan dan
keliling loyang supaya senang nak keluarkan kek nanti. Kukus lah selama satu jam atau sehingga
masak.
Pengat Pisang
manjasayang@myresipi.com
resipi turun temurun keluarga..amat mudah lg sedap...
Created on : 01-10-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi manjasayang
Bahan-bahan ( sekeluarga )
1 sisir pisang kepuk - dibuang kulit dan dipotong serong ikut suka ati
2 - 3 ketul gula melaka
2 sudu mkn gula pasir
500 ml santan kotak di campur dgn air agak2 pekatnya
segenggam sagu biji - di cuci
beberape helai daun pandan -i simpul
secubit garam utk melemakkan rasa kuah pengat - optional
Cara-cara
1. Masakkan gula melaka dan gula pasir dgn sedikit air hingga gula cair dan masukkan santan dan
daun pandan,masak hingga santan mendidih.
2. Sentiasa kacau santan itu agar tak pecah santan, lalu masukkan pisang dan sagu biji biarkan
hingga pisang dn sagu masak,tapi jangan terlalu lama masak pisang tu nanti lodoh pisang nya.
3. Sebelum tutup api masukkan secubit saje garam utk melemakkan rasa bubur pengat ini, selamat
mencuba...
Kek Batik Lapis Kastard
Kimia@myresipi.com
Resepi ni menggunakan biskut marie dan bahan lain cuma saya tambah kastard di lapisan atas.
Created on : 26-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Kimia
Bahan-bahan ( Untuk 10 org makan )
Satu paket biskut marie
2 cawan susu segar
2 cawan milo
1/2 tin susu pekat manis
Bahan utk kastard
2 sudu besar kastard
2 cawan susu segar
2 sudu susu pekat manis
Sedikit garam
ღ♥ LAI CHI KANG ♥ღ
ez_2901@myresipi.com
mudah, ringkas, cepat dan sedap.... http://yezzzza.blogspot.com/
Created on : 25-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ez_2901
Bahan-bahan ( ikut suka hati )
longan kering
gula melaka
biji selasih ( direndam dengan air panas sehingga kembang )
gula kundur
beluluk
buah laici ( yg dalam tin )
kacang walnut
kismis
nata di coco ( perisa mangga )
air secukupnya
ketulan air batu
cincau
Cara-cara
1. Rebuskan longan kering bersama air hingga longan itu kembang. Masukkan gula melaka (ikut suka
hati nak letak banyak mana). Biarkan mendidih. Lepas tuh leh sejuk kan.
2. Setelah air longan tadi sejuk, masukkan semua bahan2 di atas dan sedia untuk menjamu selera...
nyamannya...
Sambal Totok Johor
AmoyZiee@myresipi.com
Sambal kegemaran saya dari kampung terus ke bandar . Tukar sikit je bahan dia . Sebab nenek
suka buat terlebih pedas :)
Created on : 22-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi AmoyZiee
Bahan-bahan ( Bergantung )
1 Bawang Merah Besar * potong
4 - 5 Cili Padi * potong sedikit sahaja supaya tak meletup
Ikan Bilis
Garam Secukup Rasa
Ajinamoto Secukup Rasa
Minyak Untuk Mengoreng
Cara-cara
1. Panaskan minyak terlebih dahulu .
2. Kemudian apabila minyak sudah panas , letakkan bawang yang telah dipotong , cili padi yang di
potong sedikit dan ikan bilis .
3. NOTE : Ikan bilis boleh letak banyak atau pun sikit , ikut kepada berapa banyak bawang . Tapi
kalau korang suka bawang lebih letak lebih , kalau suka ikan bilis , letak lebih . Kalau suka pedas
letak lebih
4. Goreng sehingga bawang layu atau nampak sedikit perang kemudian angkat dan toskan
5. Masukkan kesemua bahan yang telah digoreng ke dalam Batu Lesung , jangan lupa letak garam
dan juga ajinamoto *tak nak letak pun takpe if tak suka . Tumbuk sehingga lumat , nak kurang
lumat pun tak apa .
6. NOTE : Boleh makan dengan nasi sahaja , sup , magie , makan begitu sahaja dan lain lain . Selamat
mencuba . Jangan lupa dah try nanti upload laa gambar . Kita nak tengok hasilnya .
::Puding Pisang Gula Merah::
marsha mohamed@myresipi.com
rasa nyer mcm agar agar gudil, tapi ada pisang.. sedap!
Created on : 19-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
Bahan 1
1 bungkus serbuk agar-agar putih
150 gm gula Melaka ~ diracik halus
50 gm gula pasir
2 helai daun pandan ~ disimpul
700 ml santan
secubit garam
Pisang tanduk ~ dikukus dan dibentukkan bunga - saya tak buat, malas!
Bahan 2
1/2 bungkus serbuk agar-agar putih
250 ml air
100 gm gula Melaka ~ di racik halus
50 gm gula pasir
2 helai daun pandan ~ disimpul
Cara-cara
1. Sediakan acuan puding bentuk bulat Boleh juga gunakan plastik keras. Buat bentuk bulat. Alas
dasanya dengan kertas aluminium dan ketepikan
2. Masak agar-agar, gula Melaka, gula pasir, daun pandan, santan dan secubit garam dari bahan 1
hingga mendidih dan agar-agar larut sepenuhnya. Angkat dan bahagikan kepada 2 bahagian
3. Tuangkan satu bahagian adunan kedalam acuan 1/3 bahagian ~ sejukkan Aturkan hirisan pisang di
dinding acuan ~ ketepikan
4. Masak agar-agar, air, gula Melaka, gula pasir dan daun pandan, dari bahan 2 hingga mendidih.
Angkat dan tuangkan ke dalam acuan hingga 2/3 bahagian. Sejukkan
5. Tuangkan lebihan adunan pertama keatas agar-agar.Sejukkan Simpan dalam peti ais untuk rasa
yang dingin.
RESIPI KEK COKLAT MOIST KUKUS YANG PALING SIMPLE
cik nurllya@myresipi.com
resipi dari kakak..tp telah diubahsuai =)
Created on : 19-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi cik nurllya
Bahan-bahan ( 12 )
BAHAN A: *1 cwn gula * 1 cwn susu pekat *1 cwn minyak masak *1/2 cwn koko (msk dengan satu
cawan air panas(lebih sikit pom xpe).kacau hingga semua sebati dan sjukkn)
BAHAN B: * 2 cwn tepung gandum * 1 sudu teh baking soda * 1 sudu teh tepung penaik
BAHAN C: * 2 biji telur * 1 sudu kecil vanilla esen (pukul/kacau sebati semuanye)
Cara-cara
1. Panaskan kukusan.sediakn acuan
2. Satukan bahan B dan C ke dalam bahan A secara selang seli..kacau dan sebatikan.. masuk dlm
acuan dan kukus selama 30minit @ 15
:: Rich Choc Pudding::
marsha mohamed@myresipi.com
Mesti nak try!! sedap giler...
Created on : 18-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
Bahan bahan - Untuk Choc Pudding
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar choc emulco
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
4 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 ( 10-11gm )
::Kuah Kastard::
Bahan bahan:
1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan
Cara-cara
1. Untuk Choc:
2. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih. Masukkan butter,
kacau hingga pekat. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
3. Untuk Kuah Kastard:
4. Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit
air dan tuangkan dalam adunan kuah.
5. Tambahkan secubit garam dan esen vanila. Biarkan kuah mendidih. Biarkan sejuk masukkan dlm
peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
6. Untuk menghidang masukkan kuah dalam mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan
letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.
Rendang Daging
goldenmanja@myresipi.com
resepi bonda boleh tahan lebih sebulan tau..makin panaskan makin sedap!
Created on : 14-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi goldenmanja
Bahan-bahan ( 3org )
1 kg daging di potong
2 kg santan
1 senduk cili kisar
bahan kisar A :1 inci halia, 1 inci lengkuas, 3 ulas bawang putih, 6 ulas bawang merah, 10 biji cili
padi, 2 batang serai dan 1/2 inci kunyit hidup di kisar
1 batang serai di ketuk
sehelai daun kunyit dan 3 helai daun limau purut di hiris halus (dimayang)
ketumbar dan jintan manis di kisar
3 helai daun salam koyak-koyakkan
secawan minyak untuk menumis
Cara-cara
1. panaskan minyak dalam kuali dan masukkan serai yang telah ditumbuk. masukkan pula bahan
kisar A kacau dan biarkan garing.
2. setelah garing masukkan cili kisar tumis lagi sehingga garing juga.
3. masukkan santan dan biarkan sehingga pecah minyak
4. masukkan daging, daun limau purut, daun kunyit dan daun salam kacau rata dan biarkan daging
separuh empuk
5. masukkan jintan manis dan ketumbar yang telah di kisar dan gaul rata. kacau selalu supaya
rendang tidak melekat pada kuali
6. setelah daging empuk masak rendang sehingga kering dan tahap basah rendang yang anda suka
7. rendang dah siap untuk di hidang, selamat mencuba!
Gulai Lemak Cili Api Pucuk Ubi dengan Ikan Bilis
goldenmanja@myresipi.com
resepi bonda
Created on : 13-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi goldenmanja
Bahan-bahan ( 3org )
5 ikat pucuk ubi (ambil yg muda shj)
1 kotak Santan KARA
Segenggam cili padi
Segenggam ikan bilis
1 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
sedikit serbuk kunyit, garam secukup rasa.
500ml air
Cara-cara
1. didihkan air dengan 1 sudu kecil garam dalam periuk lebih kurang 3/4
2. celurkan pucuk ubi dan toskan airnya. letakkan di tepi
3. kisarkan cili padi, ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
4. didihkan santan yang di campur dengan 500ml air
5. masukkan bahan2 yang telah dikisar serta serbuk kunyit dan garam. biarkan mendidih.
6. akhir sekali masukkan pucuk ubi yang telah dicelur. biarkan mendidih.
7. selamat mencuba
Pengat Pisang dengan Sago
goldenmanja@myresipi.com
resepi bonda
Created on : 13-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi goldenmanja
Bahan-bahan ( 3org )
sesikat pisang nangka
1 kotak santan KARA
1 cawan sago di rendam setengan jam
gula merah / gula kabung / gula pasir secukup rasa
secubit garam
500ml air
Cara-cara
1. masak air dengan gula sehingga mendidih dan gula hancur
2. masukkan sago dan biar kembang
3. masukkan santan dan biar hingga mendidih santan sedikit pecah minyak
4. masukkan pisang dan garam biarkan mendidih dan tutup api.
5. biarkan pengat selesa setengah jam sebelum di hidangkan.. selamat mencuba!
::Agar Agar Gudil::
marsha mohamed@myresipi.com
desert yg ringkas dan cepat.
Created on : 13-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
2 paket serbuk agar-agar
2 liter air
2 ketul gula melaka + 5 sudu gula merah (hitam) nk warna gelap bole tambah k
1/4 cwn gula pasir (ikut kemanisan masing2)
150 ml santan pekat
2 biji telur – kecil ( masukkan dalam santan dan kocak dengan garfu berserta secubit garam)
2 helai daun pandan disimpulkan
Cara-cara
1. Masak gula melaka yg didadu2 halus, gula pasir & 2 litre air bersama 2 pkt agar-agar. Masukkan
daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan kacau sebati hingga mendidih.
2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.
3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana
4. Keluarkan daun pandan, tuang agar2 dalam acuan pilihan anda. Biar hingga hilang wap panas,
kemudian simpan dalam peti sejuk. Hidangkan sebagai pencuci mulut, sedap dimakan sejuk...
kalau nak bikin sikit, half kan jelah bahan2 nyer.
::Tongkol masak Semur::
marsha mohamed@myresipi.com
resepi dari arwah mak saya. makanan kegemaran org bawean
Created on : 13-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1 ekor Ikan Tongkol potong keping (boleh ganti telur,ayam or daging)
Kunyit serbuk
Garam
Goreng Ikan & sisihkan
Rempah Untuk Semur:
Ketumbar Biji*
Jintan Halus*
Kayu Manis*
Lada hitam*
Bunga Lawang*
Pelaga*
Sangai bahan * tanpa minyak sampai naik bau..bila sejuk kisar bahan guna pengisar kering hingga
halus. **Boleh buat lebih dan simpan dlm bekas kedap udara.
Bahan Tumisan:
Bawang Besar* Bawang putih* Cili Kering* Halia* Kicap manis & masin Air Su'un
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
1. Blend bahan* dan tumis hingga garing. Masukkan rempah sebanyak 2 sudu besar. Masukkan kicap
manis & masin dan sedikit air. Akhir sekali bila kuah mendidih,masukkan ikan & su'un. Dah
mendidih sekali lagi..tutup api & siap untuk di makan..
2. **makan ngan prata pun sedap...
::Bingka Roti Pandan::
marsha mohamed@myresipi.com
resepi dari seorang kawan
Created on : 13-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
8" loyang (bulat atau empat persegi) sapukan sekeliling dan base loyang Panaskan oven to 180deg
celcius.
12 keping roti
200 ml santan pekat
400ml air
4 telur
1 cawan gula castor
1 sudu teh garam
1 sudu teh pandan paste
pewarna hijau jika suka
2 sudu makan custard powder
2 sudu makan butter (cairkan)
Cara-cara
1. semua bahan bahan di blender sampai sebati
2. letak kan dalam loyang dan tabur sesame seeds.
3. bakar di oven lebih kurang 50min to 1hr till hingga permukaan atas nampak keperangan sikit.
4. Bingka nie akan naik bika di bakar dan surut bila dah di sejuk kan.
5. Sejuk kan bingka tadi, baru di potong.. Selamat Mencuba
::Tiramisu Simple::
marsha mohamed@myresipi.com
desert paling simple dan sedap sekali. saya guna kan kek pandan pasal biskut yg lady finger tu tak
jumpa. and saya guna cream cheese. mascaporne cheese tu amik cuti bila saya nak. hehe..
Created on : 13-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 4-5 org )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
· 250ml whipping cream
· 200ml cream cheese
· 1/2 cawan gula halus
1 sdt vanilla esen
· 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe tanpa gula)
· serbuk koko
Cara-cara
1.
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi 2. Satukan gula, cheese, cream dan
vanilla essence 3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu 4. Potong kek pada 2 bahagian 5.
Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek (both side) 6. then sapukan adunan cream+cheese tadi
atas kek 7. tabukkan serbuk koko atas cream cheese dengan mengunakan penapis 8. Ulangkan
sekali lagi ngan menerap kek with nescafe, cream cheese dan taburan koko 9. kemudian tutup
dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar… 10. Hiaskan dengan apa2 yg anda sukabila
masa nak menghidangkannya…
::Kacang Phool::
marsha mohamed@myresipi.com
Saya dapat resepi nie dari seorang kawan. Oisshhi!
Created on : 13-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1 tin kacang "Phool", diramas kasar2
200 g daging cincang
2 camca besar rempah kari daging ( kacau gan sedikit air)
1 camca besar cili kisar
5 biji bawang merah* - kisar
3 ulas bawang putih* - kisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan halus
sedikit tomato Sos
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TABUR:
Telur, digoreng mata kerbau,
Bawang besar, didadu
Cili hijau, Limau kasturi, dibelah dua
Sedikit minyak sapi, dicairkan
Cara-cara
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar,serbuk
ketumbar,serbuk jintan dan tumis hingga garing, masukkan rempah kari dan daging cincang,
masak hingga daging kecut dan tambah air sedikit.
2. Bila mendidih, masukkan kacang phool. Tambah sedikit garam . Biarkan sebentar.
3. Sedikit lebihan minyak sapi yg digunakan utk menggoreng telur bole lah dituagkan di atas kacang
phool.
4. Sajikan kan dgn bahan2 TABUR tadi
::Ayam Sapit::
marsha mohamed@myresipi.com
Lauk kegemaran orang bawean.
Created on : 13-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
Cara-cara
1. Bahan-bahannya 1 ekor ayam dipotong mengikut suka 1 biji kelapa, ambil 1 mangkok santan
pekat 4 helai daun limau purut 2 keping asam gelugor gula & garam secukup rasa Rempahnya 2
sudu makan ketumbar biji 1 camca teh jintan putih 1 camca teh lada hitam 20 tangkai lada kering
2 ulas bawang putih 20 ulas bawang merah (kecil) 2 batang serai sedikit belacan & lengkuas 2
sudu makan kerisik minyak secukupnya Cara-cara memasaknya Ayam dibersihkan dan dipanggang
setengah masak. Tumis rempah giling sampai garing dan wangi. Masukkan daun limau purut,
asam, gula, garam dan santan. Akhir sekali masukkan ayam. Masak sampai pekat lalu diangkat.
Boleh dimakan dgn nasi atau roti perancis.
::Palak Becha::
marsha mohamed@myresipi.com
Kuih nie orang dulu dulu suka sekali, senang, simple dan sedap. resepi dari arwah mak saya.
Created on : 13-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
Cara-cara
1. beli pisang kepok yg dah masak so manis rasanyer. goreng pisang kepok sampai warna dia dah
gelap, lepas tu angkat . dah sejuk skit, taburkan gula kat atas mat pisang kita..done! selamat
mencuba kuih org boyan dulu2. arwah mak saya suka masak nie.
:: Agar agar Milo lapis Oreo ::
marsha mohamed@myresipi.com
Agar agar nie sedap di makan bila bila masa.. Kalau tak percaya, try lah..
Created on : 13-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi marsha mohamed
Bahan-bahan ( 5 org ke atas )
1 bungkus agar2 / 10gm serbuk agar agar
750ml air
160gm gula
1 tin ( 400gm) susu cair
3/4 cawan serbuk milo
1 bungkus (137gm) biskut oreo - patahkan tp biar 2 lapis
Cara-cara
1. masak agar agar dan air hingga larut.
2. masuk gula dan masak hingga gula larut.
3. masuk pula susu cair dan kacau hingga mendidih.
4. asingkan 2 cawan ke dlm periuk lain dan campurkan milo, kacau hingga sebati.
5. tuang 1 cawan campuran miloke dlm acuan, panaskan campuran milo yg setengah lg dgn api
paling kecil supaya tidak membeku.
6. bila permukaan dah keras sedikit, tuang semua adunan putih td , tabur biskut oreo dan biarkan
keras.
7. tuang baki adunan milo dan biar membeku di suhu bilik sebelum masuk dlm peti sejuk..
Ayam Masak Kicap Terbaik
alleya_84@myresipi.com
Resepi Daripada Kakak Ipar
Created on : 30-08-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi alleya_84
Bahan-bahan ( 2-3 )
1/2 ekor Ayam
1 1/2 inch halia
2-3 Ulas bawang putih
1 sb jintan manis (Jintan Besar)
3-4 cili padi hijau (terpulang kepada tahap kepedasan masing2)
1/2 inch kunyit
6 sb Kicap Manis
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
1 biji bawang holland dipotong bulat (guna yg jenis ni sbb rasa nye manis berbanding bawang
bombay)
2-3 biji cili merah utk hiasan (tp optional sekiranya x cukup pedas)
minyak utk menumis
garam
gula
Cara-cara
1. Potong kan ayam kecil-kecil lebih kurang 2 inch)..basuh..toskan air..kemudian ketepikan.
2. Sediakan bahan untuk perapan.. - Satukan cili hijau, kunyit, halia, jintan & bwg putih (tumbuk , nk
blend pun bole)
3. kemudian masukkan bahan perapan td kedalam ayam yg siap ditos td..perap kan selama 15 - 30
minit
4. panaskan minyak, masukkan ayam yg telah siap diperap td
5. kemudian masukkan kesemua bahan2 sos td.jika terlalu pekat.blh masukkan sedikit air.
6. Kemudian masukkan cili merah (terpulang kpd anda sama ada nk potong or nk masuk sebiji2) saya
masukkan sebiji2.bila nk tmbh pedas picit je cili tu..
7. perasakan..garam,gula, aji (saya x pakai aji sbb sos tiram tu dh berperisa)
8. Last sekali..masukkan bawang yang telah dihilis bulat td..masak la sehingga layu sedikit..lepas tu
blh la di angkat & di hidangkan
9. Selamat mencuba
Sup ABC
moonbug@myresipi.com
sup yg sinonim dgn msyrkt Cina. rasa manis2 sayur. semudah ABC!
Created on : 12-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi moonbug
Bahan-bahan ( 2-3 org )
1/4 ayam (optional, x letak pun xpe)
1 biji bawang besar belah empat
sebiji kentang belah dua
1 batang lobak merah potong 1 inci
1 batang lobak putih potong 1 inci
sebiji tomato belah empat
4 cawan air
garam
Cara-cara
1. Rebus ayam dgn air dlm periuk dgn api sederhana hingga ayam separuh masak.
2. Masukkan bawang besar, lobak merah, lobak putih dan kentang. Reneh dgn api perlahan 30 min-1
jam. Lagi lama lagi sedap.
3. Masuk garam dan tomato 10min sebelum off api. Mkn dgn nasi panas atau hirup je.
4. Nota kaki: kalau tak letak ayam, reneh sayur2 terus dgn air. sayur boleh tambah ikut suka.
selalunya Chinese tambah leek, kurma merah, mushroom, etc.
kerabu pucuk gajus
rose1984@myresipi.com
Resepi ini tak taula mak dapat dari siapa..tapi sungguh sedap..xcaye cuba wat tgk..sungguh enak
dimakan bersama ikan gelama masam..marvelous..
Created on : 09-09-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi rose1984
Bahan-bahan ( untuk 3 ke 4 orang makan )
Segenggam pucuk gajus, 1 tin kecil sardin jenama kingcup xtau ayam brand,bukan apa lagi mahal
lagi sedapkan... Perahan limau nipis, Cili api secukupnya , Bawang besar dipotong nipis, Garam,
Sedikit perasa yang dibenarkan..
Cara-cara
1. Hiris nipis pucuk gajus,bawang besar,cili api,dan masukkan ke dalam bekas..
2. Ambil satu tin sardin tadi dan lenyek sampai hancur dan masuk ke dalam bekas pucuk gajus
tadi..masukkan bersama kuahnya yea.
3. ..Gaulkan bahan tadi bersama perahan limau,garam serta perasa tadi..gaulkan sehingga
rata..taraaaa siap untuk dihidangkan Sungguh cepat,mudah dan ringkaskan.. Selamatmencuba..
Mozarella Meatball
Ummi Nurin Safiah@myresipi.com
Senang, ringkas & sedap.....
Created on : 28-08-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Ummi Nurin Safiah
Bahan-bahan ( 20-30 kpg - b'gantung pd besar meatball )
2kpg Daging kisar - toskan hingga air nya kering
1 sb susu segar
1 biji telur
1 cwn serbuk roti
lada hitam & garam
mozarella cheese - potong kiub
Cara-cara
1. Satukan semua bahan kecuali cheese. Gaul sebati.
2. Buat bulat2 kecil & leperkan sikit & letak cheese tgh2. Kepal2 kan. Buat sampai abis.
3. Bakar 30minit, suhu 150c. Bila cheese dah mula meleleh bakar lg 5minit. Dah siap bakar, biarkan
dlm oven dlm 15minit, jgn kuarkan dlu.
4. Selepas itu, boleh la ngap.... nyum...nyumm....nyummm...
Pizza Homemade
Ummi Nurin Safiah@myresipi.com
Resepi dri cousin..easy n simple...
Created on : 28-08-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Ummi Nurin Safiah
Bahan-bahan ( 2-3 kpg - b'gantung pd besar pizza )
DOH.. Bahan-bahan :
1cwn tepung gandum
1 sk yis kering
1 sb marjerin + 1sb myk masak
Air suam - secukupnya
TOPPING.. Bahan-bahan :
Sosej & daging burger
Bawang besar - potong bulat
Nenas dlm tin
**topping kalu nk tmbh bhn lain t'pulang...cth : tuna,sotong,udang atau sayur2 lain....
Mozarella cheese, cheddar cheese & parmesan cheese - parut halus
SOS : Tomato puree + mix herbs + lada hitam + serbuk pati ayam = gaulkan...
Cara-cara
1. UNTUK DOH..
2. Satukan tpg, yis, marjerin & myk masak..gaul hingga jadi sprti serbuk roti
3. Masukkan air suam sikit2. Uli hingga x melekat kat tgn. Air agak2 jgn byk sgt. Biarkan naik
sekejap.
4. Bila dah naik uli lg & buat bulat2. T'pulang nak besar mana. Biarkan naik lg skali.
5. Dah naik, roll kan hingga nipis. ** Nipis2 lg sedap....
6. Sapukan sos atas doh td..taburkan mozarella & parmesan cheese, letakkan topping.
7. Tabur cheedar cheese & parmesan cheese. Last sekali taburkan mozarella cheese. Biarkan sekejap
dlm 15minit & panaskan oven 180c.
8. Bakar 15-20minit. Hidang panas2.. Sedap.....
Nasi Beriani Noxxa
idzaereynee@myresipi.com
menggunakan periuk Ajaib Amway
Created on : 27-08-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi idzaereynee
Bahan-bahan ( 8 minit sahaja )
2-3 sb minyak sapi + sedikit minyak masak
1 labu bawang besar di mayang
2-3 labu bawang pitih di mayang
sedikt halia di hiris halus
sedikit rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang n cengkih)
2-3 helai daun salam (bay) kering
sepaket rempah beriani (saya guna cap MAGGI atau IMAN)
sedikit serbuk kunyit utk warna kuning yg cantik
garam secukup rasa
1 kilo beras seeloknya beras Basmathi
kismis dan gajus
1 caw susu cair
Cara-cara
1. on kan stir fry dan masukkan minyak sapi
2. bila dah panas tumis 4 sekawan sehingga wangi
3. masukkan bawang besar, putih n halia...tumis hingga layu
4. masukkan rempah n goreng hingga garing sket
5. masukkan beras, air dan susu...ikut sukatan biasa masak nasi masukkan juga garam, daun bay dan
kunyit
6. tukar ke function high pressure..tutup dan pressure selama 8 minit
7. bila dah cukup masa lepas kan stim, buka dan masukkan kismis dan gajus...pastu keep warm
sehinnga masa makan
Puding Karamel Lapis Coklat
Zurisha@myresipi.com
resepi simple
Created on : 27-08-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Zurisha
Bahan-bahan ( 10 orang makan )
Bahan A : 1 tin susu cair
3 biji telur
5 sudu besar gula
1 sudu kecik esen vanilla
Bahan B : sama seperti di atas,.cuma tambahkan 4sudu besar serbuk koko dan chocolate emulco
Bahan c : 4 sudu besar gula
8 sudu bsr air
Cara-cara
1. langkah pertama : masukkan gula ( bahan C ) dalam loyang dan letak atas api kecil.
2. bila gula dah cair dan warna keperangan,masukkan pula 8 sudu air tadi..tunggu sehingga gula tadi
cair atau dikenali sbg karamel.
3. sementara itu , satukan Bahan A dan pukul hingga sebati ( boleh menggunakan mixer atau
pemukul tgn)
4. panaskan alat pengukus dan letak loyang yg mengandungi gula / karamel tadi..
5. masukkan pula Bahan A yg telah dipukul tadi, Kukus lebih kurang 45minit dgn api sederhana atau
sampai masak
6. dalam bekas Bahan A tadi,.masukkan pula Bahan B ( nk guna bekas lain pun tak apa,.kalo rajin nak
cuci ) heheheh
7. Bila bahan A dah masak,.tuang pula bahan B dan kukus sampai masak.
8. bila dah masak, tunggu sampai suam dan balikkan atas pinggan besar .. lepas itu,.bolehlah
disimpan dlm peti ais sebab puding karamel ni sedap di makan ketika sejuk..selamat mencuba.
kek gula hangus mudah
aini mehat@myresipi.com
kek yang mudah dan sedap
Created on : 27-08-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi aini mehat
Bahan-bahan ( 10 orang )
bahan A
1 cawan gula
1 cawan air
bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 biji telur
1/2 cawan minyak masak
sediki esen vanila
sedikit garam
1 sudu teh soda bikabonat{ayak dengan tepung}
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
1. bahan A:masukkan gula dalam periuk dan hanguskan dahulu.apabila gula keperangan,masukkan
air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga kembali cair.AWAS....ketika memasukkan air kedalam
gula hangus kerana gula masih panas...ketepikan...
2. bahan B:masukkan gula,telur,esen vanila,sedikit garam putar dengan mixer sampai kembang.
3. masukkan tepung gandum dan putar lagi,
4. masukkan adunan gula hangus dan putar lagi.
5. akhir sekali masukkan minyak masak dan putar lagi.
6. sebelum itu panaskan kukusan dahulu.
7. masukkan kedalam loyang dan kukus selama 45minit sehingga masak.
ayam goreng manis pedas korean style
ziiey@myresipi.com
sesiapa yg suka pedas,boleh tambahkan chili paste yang tak berapa suka manis,boleh kurangkan
madu enak dimakan ketika panas bersama nasi,atau diratah saja.
Created on : 26-08-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ziiey
Bahan-bahan ( 4 orang )
setengah ekor ayam dibersihkan dan dipotong
garam
Blackpapper
1/2 cwn potato starch
1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung beras
1 sk baking soda
1 biji telur
BAHAN BAHAN UNTUK SOS MANIS PEDAS
4 ulas bawang putih
1/3 cen sos tomato
1/3 madu @ 1 sb gula
1/4 cili paste *** guna serbuk cili babas.bancuh dengan air.jangan terlalu cair***
1 sb cuka
1 sb bijan *** goreng tanpa minyak***
Cara-cara
1.
Perasakan ayam dengan garam dan blackpapper.gaul rata dan perap dalam 30 minit
2. Satukan potato starch,tepung gandum,tepung beras,baking soda dan telur kedalam mangkuk
berisi ayam yang telah diperap. Gaul sampai tepung menyaluti semua ayam
3.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.ketepikan
4. UNTUK SOS MANIS PEDAS
5. Bawang putih dicincang dan tumis dalam kuali non stik dengan sedikit minyak
6. Campurkan semua bahan bahan sos didalam kuali.dan masak seketika dengan api perlahan.jangan
guna api kuat.nanti sos hangus.
7.
Ambil ayam yang dah digoreng tadi,tuang kedalam sos dan masak seketika,hingga sos menyaluti
semua ayam.
8. Akhir sekali hidangkan ayam bersama taburan bijan
HOMEMADE PRETZELS
mandydaniel@myresipi.com
Tringin sgt nak makan yang auntie annie tapi kat sini xde so cari resepi n jumpa yang ni...SELAMAT
MENCUBA....(untuk detail lagi blh jg tgk laura inthe kitchen)
Created on : 25-08-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi mandydaniel
Bahan-bahan ( 12 keping )
1 paket yis
4 cawan tepung serbaguna
1 biji telur dicampur 1sudu makan air dan dipukul. (Untuk disapu atas pretzel sahaja)
1 1/2 sudu teh Garam
1 sudu makan gula
2 sudu makan mentega yang dicairkan.
Minyak sayur (untuk sapuan sahaja)
Garam laut (sea salt flakes) - untuk hiasan boleh juga guna gula atau serbuk kayu manis..boleh
didapati di kedai peralatan kek.
6 cawan air + 1/3 cawan doda bikarbonat dimasak atas dapur sehingga mendidih.
Cara-cara
1. Masukkan garam, gula dan yis di dalam air suam. Biarkan seketika selama 5 minit tanpa dikacau.
2. Setelah 5 minit...masukkan tepung serbaguna 1 demi 1 pada kelajuan yang rendah (minimum) di
selang selikan dengan mentega yang telah dicairkan.
3. Uli dengan pemutar kek selama 7 minit. Jika diuli dengan tangan doh perlu diuli selama 10 ke 15
minit.
4. Siap diuli..sapukan minyak sayuran pada mangkuk yang bersih..ambil doh dan bentukkan menjadi
bulat. Letak dlm mangkuk n sapukan minyak sayuran ats doh spaya permukaannya licin..
5. Tutup dgn plastik kedap udara selama 1 jam di kawasan yang tidak sejuk/lembab. (Suhu bilik)
6. Bahagi doh kepada 2 bahagian. Setiap 1 bahagian dibahagikan menjadi 6 ketulan kecil.
7. Uli memanjang menjadi seperti tali dan bentukkan menjadi huruf 'U'. Ambil hujung doh bawa ke
bawah dan tekan hujungnya..ulangi langkah ni hingga semua doh siap.
8. Di atas dapur : didihkan air yang dicampur soda bikarbonat.. setelah air mendidih masukkan doh
yang dibentuk tadi 1 demi 1 selama 30saat dan angkat dengan spatula.
9. Sapu dulang pembakar dengan minyak sayuran.. susun atas tray.
10.
Sapukan telur pada setiap doh n taburkan sea salt atau serbuk kayu manis..terpulanglah...garam
biasa pon blh jg... Bakar pada suhu 180celcius selama 10 -15 minit..
11. Biar pretzel menjadi warna keperangan baru diangkat.. biar seketika lebih kurang 3 -5 minit sblum
dihidangkan...
SIAKAP LEMON
mandydaniel@myresipi.com
Masakan sihat dan sedap!! Masa try dulu makan d restoran di penang dgn membe..resepi ni amik
kat dlm majalah wanita tapi dia pakai limau kita dah tukar skit...
Created on : 25-08-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi mandydaniel
Bahan-bahan ( 4 orang )
1 ekor ikan siakap (pastikan betul2 fresh) saiz sederhana.
7 biji cili padi dipotong sederhana kecil.
2 btang serai diketuk.
Halia diptong halus (sebesar ibu jari)
5 ulas bawang putih dicincang
3 biji lemon (2biji diambil jusnya 2 biji lagi dipotong sederhana nipis)
3-4 biji asam boi (yang kaler putih)
Cara-cara
1. Gaulkan ikan siakap dengan garam. Masukkan kedalam bekas pengukus bersama bawang putih,
halia, serai dan sedkit air. Kukus lebih kurang 3 minit.
2. Campurkan jus lemon bersama cili padi dan garam kemudian tuang kedalam bekas pengukus. Biar
seketika.
3. Apabila ikan hampir masak baru masukkan hirisan lemon n asam boi. Biar dalam 3 minit dan sedia
dihidangkan. Jika ingin banyak kuah boleh tambah air...sedap di makan dengan nasi putih...
AYAM ALA KFC
mandydaniel@myresipi.com
Saja mencuba xsangka jadi juga tapi rasa xde la sama macam KFC tapi boleh la...SELAMAT
MENCUBA!!!
Created on : 25-08-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi mandydaniel
Bahan-bahan ( 3 orang )
1. 6 ketul ayam (saya guna paha n kepak)
2. 1 cawan tepung gandum.
3. Serbuk lada sulah (ini ikut rasa masing2)
4. 3 sdu makan Serbuk bawang putih (saya guna jenama masterfood or tesco)
5. 3 sudu makan serbuk bawang (onion powder - nak senang cari d tesco)
6. 2 sudu makan serbuk paprika (xde ni serbuk cili biasa pon boleh cuma rasa xsama la sikit)
7. 1 bji telur ayam saiz sederhana
8. 1/4 cawan susu segar or boleh juga guna air kosong.
9. Garam secukup rasa
10. 1 cawan bijirin oat segera.
Cara-cara
1. Pukul telur dengan susu/ air kosong.
2. Gaulkan semua jenis serbuk termasuk garam dengan tepung gandum dan oats.
3. Gaulkan ayam dalam tepung sama rata setiap bahagian.
4. Celupkan ayam dalam telur.
5. Golekkan ayam dalam tepung sekali lagi dan letak dalam pinggan.
6. Ulangi cara ini smpai semua ayam siap untuk digoreng. Pastikan ayam digoreng dalam minyak
yang banyak dan panas untuk memastikan keranggupan ayam.
7. Gunakan api yang sederhana kuat..apabila garing boleh disediakan... ayam ni sedap di makan
panas2..
RENDANG TOK MASAKAN EMAK
mandydaniel@myresipi.com
Rendang hari raya yang diajar oleh emak saya! :) Makan dengan ketupat or jadikan lauk bersama
nasi tomato.. mana2 pon sodap!!!
Created on : 25-08-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi mandydaniel
Bahan-bahan ( 6 orang )
1kg daging (digoreng tanpa minyak)
10bji cili kering dan dikisar halus. (digoreng tanpa minyak - kalau nak pedas tmbh lagi cili. ..saya
tak makan pedas ;) hehe)
9 ulas bawang merah (dikisar)
7 ulas bawang putih (dikisar)
4 ke 5 potongan halia sebesar ibu jari juga dikisar (sori saya x pandai nak agak dalam inci )
5 keping bunga cengkih & bunga lawang.
2 batang kulit kayu manis saiz sederhana.
1biji perahan santan (diperah 1 kali sahaja)
5 ke 7 helai daun kunyit - dihiris nipis (kalau suka banyak boleh je tambah)
3 batang serai diketuk.
Cara-cara
1. Daging digoreng tanpa minyak. Jangan keringkan air gorengan daging. Biar sedikit supaya daging
lembut.
2. Masukkan semua bahan2 bersama garam dan juga sedikit gula secukup rasa (kecuali santan dan
daun kunyit sahaja.)
3. Biarkan daging masak seketika kemudian baru masukkan santan.
4. Akhir sekali baru masukkan hirisan daun kunyit (apabila sudah naik minyak)
5. Sedia dihidangkan.
apam kukus(ragi)
aini mehat@myresipi.com
resepi ini kesukaan ibu mertua
Created on : 24-08-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi aini mehat
Bahan-bahan ( 50 biji utk cup kecil )
bahan utk memerap(tapai nasi)
1 cawan nasi sejuk
1 sudu teh ragi di hancurkan
2 sudu besar air
cara memerap: nasi sejuk dicampur dengan serbuk ragi digaul rata.renjis dengan air.tutup dan
perap selama dua malam(48jam)
bahan untuk memasak
300gm tepung beras
150gm gula
2 cawan air (bersama air tapai)
1 sudu teh eno(biasa)
5 cubit garam
Cara-cara
1. tapai nasi di tapis air dahulu
2. tapai nasi,tepung beras,gula,garam,air biasa dan air tapai di blender.
3. tapis adunan.perap adunan selama 4 jam.
4. bila hendak mengukus barulah dimasukkan eno.gaul rata.bahagi dan warnakan mengikut citarasa
anda.
5. panaskan kukusan dahulu.tuang adunan kedalam acuan.kukus selama 15 minit.
6. sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan
Resepi Puding Pelangi
cahayasyamimi@myresipi.com
masakan yang mampu dihidangkan kurang daripada sejam
Created on : 23-08-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi cahayasyamimi
Bahan-bahan ( saiz sebiji kek )
1 pkt agar-agar
1/3 cwn gula (ilut kemanisan yg korg suka)
3 s/b kastard
secubit garam
Air
pewarna yang diluluskan (hehe..mgikut citarasa dan pilihan masing2)
Cara-cara
1. 1. Masak agar-agar bersama air di atas api yang sederhana. (sukatan air biasanya tak sama
mengikut kuantiti agar2- ikut petua masing2)
2. 2. Apabila agar-agar mendidih, masukkan gula dan kacau. (jangan biarkan nanti meruap)
3. 3. Bancuh kastard dengan sedikit air dan masukkan bersama agar-agar yang dididihkan tadi.
kemuddian, masukkan pula susu cair dan kacau lagi. Letak secubit garam bagi melazatkan lagi
rasa puding kita nanti.
4. 5. Biarkan seketika, biar ia mendidih dan kemudian kecilkan api.
5. 1. Agihkan puding tadi kepada beberapa bekas. Letakkan warna yang nak dilapiskan dan jangan
letak terlalu banyak pewarna. (xlawa nanti)
6. 3. Seterusnya, ambik bekas yang nak dihidangkan dan letak lapisan pertama puding tadi. Tunggu
beberapa minit bagi lapisan pertama sedikit mengeras, than letak secara perlahan2 lapisan warna
kedua.
7. 5. Ulang cara melapis tadi mengikut lapisan yang korang nak.akhir sekali, sejukkan puding dalam
peti sejuk sebelum dihidang. (nikmat dimakan sejuk2) ( peringatan: pastikan lapisan mengeras
sedikit dan guna sudu untuk alirkan lapisan seterusnya bagi elakkan warna bercampu2)
ikan bilis goreng cili api
zahiera24@myresipi.com
makanan fave masak kt hostel dulu...sebab nk buat murah ajer...hehehehe ;) sedap makan dgn
bubur or nasi panas..my fave mestilah dgn bubur.
Created on : 13-08-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi zahiera24
Bahan-bahan ( 2 org )
segenggam ikan bilis
cili api (15 ke 20)
bawang merah (3 or 4)
bawang putih (1 or 2 ulas)
sedikit belacan
gula secukup rasa(dlm 2 3 sudu)
minyak untuk menumis dan goreng ikan bilis
Cara-cara
1. goreng ikan bilis sehingga rangup
2. kisar bahan2 cili api,bwg merah,bwg putih dan belacan
3. tumis bahan2 kisar sehingga kering
4. masukkan ikan bilis
5. bubuh gula
6.
sedia untuk dihidangkan bersama2 nasi atau bubur...
ayam goreng rempah simple
zahiera24@myresipi.com
paling simple,boleh diubahsuai untuk buat bbq grill chicken. :)
Created on : 12-08-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi zahiera24
Bahan-bahan ( 4 org )
ayam yg telah siap dipotong (10ketul)
bawang putih (5 or 6 ulas) boleh dilebihkan if suka
sedikit halia
kicap manis
sedikit garam
serbuk kari
gula perang (untuk dibuat bbq grill)
Cara-cara
1. tumbuk bawang putih dan halia
2. gaulkan serbuk kari,bwg putih and halia yg ditumbuk,kicap manis dan sedikit garam.
3. perap selama 1 jam
4. goreng kan ayam yg telah siap diperap. actually, if dah bubuh gula perang juga boleh digoreng,jadi
macam ayam nasi ayam. ;)
ream Cheese Topped Cake
💜AryAty💜@myresipi.com
Resepi yang simple. Buat untuk berbuka semalam.
Created on : 25-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi 💜 AryAty 💜
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
250gm butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 cawan gula aising
250gm cream cheese
1/2 biji jus lemon / oren
1 biji parutan kulit lemon / oren
1/2 sudu teh krim tartar
3 biji telur (saiz sederhana)
1 sudu teh perisa pandan (optional)
Cara-cara
1. Pukul butter dan gula aising hingga sebati.
2. Dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang.
3. Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam adunan butter.
4. Masukkan jus dan parutan kulit lemon / oren. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Masukkan perisa pandan dan pukul lagi sehingga adunan benar-benar sebati.
6. Ayak tepung bersama krim tartar. Masukkan ke dalam adunan dan kaup balikkan sehingga sebati.
(Jangan putar menggunakan mixer).
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris.
8. Pukul cream cheese hingga gebu dan ratakan di atas adunan tadi. Bakar sehingga masak. Biarkan
di dalam loyang selama 10 minit selepas dikeluarkan dari oven sebelum dipotong.
puding lapis milo oreo
suhailee76@myresipi.com
resepi dari blog
Created on : 25-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi suhailee76
Bahan-bahan ( 10 org )
20gm agar-agar tali
1200ml air
170grm gula
1 tin susu cair
3/4 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo - patah2 dgn cream skali
Cara-cara
1. Panaskan agar-agar bersama air hingga larut, pastu masukkan gula.. kacau dan biarkan gula larut
pastu baru masukkan susu cair hingga mendidih
2. Asingkan dlm 4 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati.
3. Tuangkan 2 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk Milo
dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
4. Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan
periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo.
5. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan lebihan agar-agar milo.
( ada 3 LAPISAN ya )
6. Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais
Udang Goreng Kam Heong Sos Berempah Power
monizabiaz@myresipi.com
Resipi dari sebuah kopitiam terkemuka.
Created on : 24-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi monizabiaz
Bahan-bahan ( 2 orang )
3-5 ekor udang galah / besar XXL.
1 inchi halia ( hiris nipis )
5 - 10 biji cili padi ( potong pendek )
2 sudu serbuk kari ikan.
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
minyak masak untuk menumis dan goreng
garam , gula, perasa ikut keperluan
daun sup @ daun bawang untuk hiasan jika perlu.
sedikit air
Cara-cara
1. udang dibersihkan dan dibelah belakang, kemudian gaulkan dengan tepung serbaguna.
2.
goreng udang yang bersalut tepung tadi kemudian angkat toskan minyak.
3. panaskan minyak, tumis halia bersama cili padi yang dipotong tadi.
4. bila cili padi dah agak layu masukkan serbuk kari dan sedikit air ( jangan terlebih air dan
perlahankan api elak serbuk kari menjadi hangus ).
5. bila serbuk kari dah pecah rminyak masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau hingga rata
dan sebati
6. Kemudian perasakan dengan garam, gula, perasa ( ikut citarasa masing - masing ).
7. kemudian masukkan udang yang digoreng tadi, gaulkan rata sehingga meyelaputi keseluruhan
udang.
8. angkat letak dalam pinggan dan taburkan daun bawang @ sup tadi untuk hiasan.
9. SELAMAT MENCUBA! resipi orang lelaki. ...................................................... Buah cempedak di luar
pagar,..................ambil galah tolong jolokkan, saya bab memasak baru belajar,................kalau
salah tolong ajarkan. Terima Kasih.
RED VELVET CAKE
ddfk@myresipi.com
tak menggunakan buttermilk,tp menggunakan yogurt dan serbuk nescafe...sangat moist dan
sedap
Created on : 24-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ddfk
Bahan-bahan ( 7 org makan )
Bahan A : 250 gm butter, 350 gm brown sugar
Bahan B : 2 biji telur gred A, 1 sudu essen vanila
Bahan C (ayak sekali) : 250gm tepung superfine , 15 gm serbuk koko , 1 sudu teh serbuk nescafe
Bahan D (campur sekali dan biarkan selama 10 minit ) : 240 gm nestle plain yogurt, 2 sudu besar
pewarna merah, 1 sudu besar pewarna oren
Bahan E : 1 sudu teh cuka putih / cuka epal & 1 sudu teh soda bikarbonat
Cara-cara
1. Putar A sehingga kembang. masukkan telur sebiji demi sebiji.diikut esen vanila
2. masukkan C berselang seli dgn D. Kacau sebati
3. Campurkan E dalam mangkuk kecil..dan cepat2 masukkan ke dalam adunan tepung td
4. kacau bagi sebati.kemudian boleh bakar padak suhu 180 darjah selama 1 jam atau sehingga
masak.sejukkan dahulu sebelum deko
5. topping : 500 gm whipping cream di pukul sehingga soft peak kemudian ketepikan. pukul 250 gm
cream cheese bersama 60 gm gula icing.. bila dah sebati..kaup balikkan bersama whipping cream
tadi...dan bole hias atas kek....cubalah sedap...seksanya nak taip resepiiiiiiiiiiiiiii..asyik reload jeerrr
Tom Kha Gai
missmyra@myresipi.com
Masakan Thailand
Created on : 23-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi missmyra
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
2 cawan pati ayam (saya larutkan 1 kiub pati ayam dalam 2 cawan air suam)
2 cawan santan
Isi ayam (boleh letak sebanyak mana yang mahu)
3 tangkai cili padi
5 hirisan lengkuas
2 batang serai
1 sudu makan perahan limau
1 sudu makan sos ikan
secubit gula
2-3 helai daun limau purut
1-2 bawang holland (di belah empat)
4 biji tomato
cendawan butang
2 biji bawang besar (tak perlu belah atau hiris)
Cara-cara
1. Masukkan pati ayam dan santan ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana. Tutup periuk
hingga ia mendidih
2. Kemudian masukkan lengkuas, cili padi, serai, bawang besar dan daun limau purut. Tutup dan
biarkan 4-5 minit.
3. Masukkan isi ayam, cendawan butang dan bawang holland, sos ikan, perahan limau dan gula.
4. Akhir sekali masukkan tomato.
Sotong Tiga Rasa
suria750@myresipi.com
Masa penyediaan 15 minit sahaja, ringkas dan sedap.
Created on : 23-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi suria750
Bahan-bahan ( 2 atau 3 orang makan )
Bahan-bahan : 6 ekor sotong dicuci bersih, 2 sudu besar cili kisar, 5 sudu besar sos cili thai (saya
guna kimball), Garam, Gula, Bawang putih dipotong dadu (untuk tumis), Bawang merah dipotong
(untuk tumis), 1 labu bawang besar dipotong bulat,
2 biji lada merah dipotong (boleh juga menggunakan cili api)
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
1. Cara masak : 1. Goreng sotong dalam kuali tanpa minyak untuk mengeluarkan airnya. Angkat dari
kuali bila sotong hampir masak. Toskan. Ketepikan sotong. Simpan air sotong. 3. Panaskan minyak,
tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum baunya. 4. Masukkan cili kisar, sos cili thai
dan air sotong. Masak hingga pecah minyak. 5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 6.
Masukkan bawang besar dan cili potong bersama sotong. Jika terlalu kering, bolehlah dimasukkan
sedikit lebihan air sotong tadi. 7. Goreng sekejap dan boleh dimatikan api. Sedia dihidang.
2. http://www.jendeladapursurianti.blogspot.com
POTATO COOKIES
deng_sbie@myresipi.com
Resepi ni dari seorang blogger Cook.Bake.Love...Biskut ni dibuat dalam masa 20 minit je... Sedap,
Lembut, Cair di Mulut..!
Created on : 22-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi deng_sbie
Bahan-bahan ( 60+ biji )
125g Mentega
40g Gula aising
125g Potato starch (Diayak)
80g Tepung Superfine (atau Tepung Gandum) (Diayak)
Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan potato starch yang telah diayak ke dalam adunan tadi.
3. Gaul rata adunan tadi sehingga menjadi doh. (tidak melekit pada tangan)
4. Bentukkan doh bulat-bulat. Ukuran setiap doh biskut adalah 1/2 tbsp. Kalau suka comel2 guna 1
tsp.
5. Bakar pada suhu 150°C dalam masa 20 minit. Untuk memastikan biskut telah masak, pastikan ia
tidak melekat pada dulang. Jangan risau ia nampak lembik, nti bila ia disejukkan sebentar, ia
mengeras sendiri... SELAMAT MENCUBA!
6. Kalau nak improvise resepi ni, boleh la mengasing kandoh dengan letakkan pewarna... Combine
kan kaler nti nampak lagi comel... :)
♥Kit Kat And M&M Cake (Gubahan)™
kak fida@myresipi.com
Sesuai dijadikan kek hari jadi atau kek hantaran...Gubahan yang sedang popular ketika ini...setakat
ingin berkongsi idea... :)
Created on : 24-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( 8 / 9 inc )
secukup choc. Kit Kat
secukup choc M&M
sebiji Kek Choc. 8 atau 9 inc bulat....http://www.myresipi.com/top/detail/16178 atau Red Velvet
Cake http://www.myresipi.com/top/detail/15281 (kek yg selalu akak gunakan)
secukup choc ganache atau icing choc.
sekeping papan dasar kek, reben pilihan
Cara-cara
1. Letakkan kek di atas papan dasar kek yang lebih seinci besar drp kek.Belah kek menjadi dua dan
sapu dgn icing atau ganache.Tindihkan dengan lagi sekeping kek dan sapu lagi dgn icing/ganache
atas dan sekeliling kek rata2.
2. Susun choc kit kat sekeliling kek dan ikat dengan reben kemas2.
3.
Tabur permukaan kek dengan secukup choc M&M. Simpan kek di dalam petiais utk didinginkan.
4. Choc M&M cantik juga disusun seperti pelangi jika menggunakan kek pelangi.
♥Crunchy Cornflakes Choc. Chip Cookies™
kak fida@myresipi.com
Biskut raya yang rangup.. :)
Created on : 21-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( 80-90 keping )
Bahan A :-
250 g butter - lembut
3/4 cwn gula perang
1/4 cwn gula icing
1 biji telur
1 sk esen vanilla
Bahan B (ayak bersama) :-
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 sk bicarbonate soda
1-2 sk serbuk koko
Bahan C :-
2 cwn cornflakes hancur
1/2 cwn choc. chips (akak bubuh 1 cwn sbb tak letak kacang)
1/2 cwn kekacang cincang
Cara-cara
1.
Pukul bahan A hingga rata.
2.
Masukkan bahan B dan pukul sebati.
3.
Masukkan bahan C dan gaul dengan senduk hingga sebati.
4.
Susun adunan berjarak, 1 sudu kecil penuh di atas loyang pembakar.
5.
Bakar pada suhu 170C selama 10-12 min atau hingga kecoklatan. Biar biskut suam di dalam
loyang dan alihkan ke atas redai kek untuk disejukkan dan segera disimpan di dalam bekas kedap
udara.
Donat resepi Bonda
sueismail@myresipi.com
Donat resepi mak saya..try laa..heheheh
Created on : 14-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi sueismail
Bahan-bahan ( 5 orang )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar mentega
2 susu kecik yis segera (bancuh dengan air)
gula halussss (agak2 laaa,ni buat salut donat masa da masak nanti)
Cara-cara
1. masukkan tepung gandum & susu dalam bekas,,gaul sampai sebati..
2. masukkan mentega and uli sampai sebati..
3. then masukkan yiss..uli sampai gebu
4.
agak2 boleh di bentuk tu okeylaa,,
5. biarkan sekejap dalam 15 minit..then goreng sampai warna keemasan..
6.
then..gaulkan ngan gula halus tu.. siap & hidangkan :)
Chocolate Ball ♥
Syaaaa@myresipi.com
Chocolate Ball tanpa chocolate cake atau lebih dikenali sebagai Oreo balls ♥
Created on : 10-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Syaaaa
Bahan-bahan ( Dalam 10-20 biji )
16 biji biskut oreo
2 sudu besar cream cheese (saya guna cream cheese Philadelphia)
Cara-cara
1. Buang cream oreo dan blend oreo sahaja hingga hancur.
2. Masukkan cream cheese kedalam oreo yang sudah diblend dan gaul rata. Kalau keras tambah lagi
cream cheese, tapi jangan terlalu lembut.
3. Bentukkan menjadi bulat dan letakkan diatas pinggan. Simpan didalam peti atas selama 5 minit
dan keluarkan. Masukkan setiap satu kedalam papercup.
4. Selamat Mencuba !
Daging Kicap Bawang Goreng Bandar Utama
suria750@myresipi.com
Masa penyediaan 1 jam
Created on : 09-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi suria750
Bahan-bahan ( 4 orang makan )
Bahan-bahan : 1/2 kg daging dihiris dan direbus sampai empuk (toskan) , air rebusan daging 1
cawan*, seinci halia di mayang halus *, setengah cawan kicap manis *, setengah cawan bawang
goreng *, rempah 4 sekawan *, garam *, gula *, suku cawan minyak ma
Cara-cara
1. Cara masak : Daging yang telah direbus tadi digaulkan dengan kicap hingga rata bersama dengan
hirisan halia. Panaskan minyak, masukkan daging bersama semua bahan bertanda * . Masak
hingga pekat dalam api sederhana dalam anggaran 5 - 7 minit. Siap. Sedap dimakan dengan nasi
panas, nasi minyak atau makan sahur
♡ Ribena Jelly ♡
black1205e@myresipi.com
omputeh cakap.. best served chilled
Created on : 06-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi black1205e
Bahan-bahan ( 24 biji (jika guna acuan konnyaku jelly) )
1 paket serbuk agar-agar (10g)
4 sudu makan gula halus
200ml sirap Ribena
800ml air
Cara-cara
1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk. Kacau hingga mendidih. Matikan api.
Tuangkan sirap Ribena dan kacau. Kemudian tuangkan ke dalam acuan yang basah. Biarkan sejuk.
♡ Aglio Olio ♡
black1205e@myresipi.com
basic resipi aglio olio. simple dan kick. biasa dijual di restoran makanan italian/ western. kalau nk
ltk sosej atau udang pun boleh, tambah je waktu menumis.
Created on : 06-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi black1205e
Bahan-bahan ( 3-4 org )
1 paket spaghetti (400gm)
25-30 biji bawang putih (dicincang kasar)
6-10 cili padi (dibuang biji dan dihiris), terpulang pada selera pedas masing2
setengah cawan daun parsley (dicincang)
minyak zaitun (untuk menumis)
garam
serbuk lada hitam
1 sb butter (jika tak ada takpe)
Cara-cara
1. Panaskan air didalam periuk hingga mendidih. Masukkan spaghetti dan garam dan rebus selama 8-
10 minit (ikut peraturan yg ada di paket). Tapis dan ketepikan. Ketepikan setengah cawan air
rebusan tadi.
2. Panaskan kuali dan tuang minyak zaitun. Perlahankan api. Tumis bawang putih dan cili padi hingga
layu. Jangan sampai hangus, nanti tak sedap. Semasa nak menumis bawang putih tu, kalau nak
masukkan udang atau hirisan sosej pun boleh.
3. Masukkan butter, spaghetti, daun parsley dan garam. Gaul hingga sebati. Jika spaghetti nampak
kering, tuangkan sedikit air rebusan tadi. Kalau ok, tk perlu letak.
4. Matikan api. Taburkan sedikit serbuk lada hitam. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
masam manis ikan tongkol
ubai@myresipi.com
masakan kelantan..tapi kaler kuah dia warna merah,yg ni je pic yg saya ada..saya letak
jela,tersangat sedap bila dimakan bersama kuah singgang,menimbulkan 1 rasa yang unik sehingga
lupa untuk berhenti makan..hehe kanak2 memang suka..sesuai untuk berbuka dan bersahur..
Created on : 04-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ubai
Bahan-bahan ( 4org )
1 ekor ikan tongkol dipotong kepingan, 2 sudu ciliboh, 3 sudu sos cili,5 sudu sos tomato,1 sudu air
asam jawa, 5 sudu minyak masak, 2 biji tomato dipotong 4, 1cawan air, gula dan garam, 2 ulas
bawang merah ditumbuk,4 ulas bawang putih ditumbuk,
ikan tongkol tersebut digoreng dahulu supaya separuh masak..setelah diangkat..guna minyak
gorengan tadi dalam 5 sudu untuk menumis bawang merah dan putih td,masukkan
ciliboh..kacau,masukkan sos cili,sos tomato,secawan air,air asam jawa,buah tomato,gula da
kuih bangkit
jujue1251@myresipi.com
mudah dan ringkas saja...jom try..
Created on : 03-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi jujue1251
Bahan-bahan ( 40 biji )
4 cawan tepung ubi
2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan gula halus
1/2 sudu serbuk penaik
4 biji telur ayam
3 cawan santan pekat
Cara-cara
1. Tepung ubi dan tepung gandum hendaklah digoreng terlebih dahulu. Kemudian ambil 3 cawan
santan dari kelapa yang telah diparut.
2. Campurkan tepung ubi, tepung gandum, gula bersama serbuk penaik.
3. Pukul telur hingga kembang dan tuangkannya ke dalam tepung sambil mengguli bersamanya.
4. Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil menggulinya sehingga ianya lembut.
5. Canai dan terapkan mengikut acuan yang disukai.
6. Seterusnya bakar dengan menggunakan api yang sederhana sehingga ianya kelihatan kekuningan.
Setelah agak kekuningan, bolehlah diangkat untuk di simpan dalam balang kedap udara.
sayur kacang pnjg goreng dgn ikan bilis
hydatulniz@myresipi.com
masaknyg mudah n cepat disediakan
Created on : 03-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi hydatulniz
Bahan-bahan ( 2-3 org )
kacang panjang 10 tangkai, bawang merah 1 biji, bawang putih 2 biji, ikan bilis 1 genggam, kiub
ikan bilis 1, minyak masak dan 7 biji cili api merah (sya x pakai cili merah besar sbb suami sya
suka pedas)
Cara-cara
1. potong kacang pnjg ikut citarasa, bawang merah dan bawang putih dihirs nipis, cili api dipotong
kecil...ikan bilis hendaklah dikopek, dibuang kepala n isi perutnya ( sya guna ikan bilis yg da siap
kopek), panaskn mnyak di kuali dan setelah mnyak panas, tumiskan bwng merah dan bwg putih tdi
bersama...kemudian masukkan cili api n kacau lagi...tambahkan sedikit air n masukkan kiub ikan
bilis...kacau sehingga kiub tdi sebati ngan bahan2 yg lain, masukkan ikan bilis n kacau
sekejap...kemudian barulah masukkan sayur kacang pnjg tdi...kacau sehingga masak ( jgn terlalu
masak)..sya x masukkn garam sebab da dignti ngan kiub ikan bilis...setelah sayur masak, bolehlah
dihidangkan...sekian...selamat memasak...
bayam sihat pebret kakbesah
kakbesah@myresipi.com
Datuk Zakiah Hanum dlm buku rspinye mnamaknnye 'sayur manis'. sesuai utk brsahur. peberet
knk2 rebina kt rmh ni coz rasenye yg pedas2 manje. sruut..sruut...menghirup kuah..hehe..
Created on : 03-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kakbesah
Bahan-bahan ( seisi keluarga )
1 ikat bayam-disiang & asingkn batang & daunnye
nak campur dgn kangkung & kacang panjang pn bleh
seketul keledek-ditakik2 kecil
beberapa ekor udang basah- dipotong2
4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih & 2-3 tangkai cili merah
3 tangkai cili merah
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. tumbuk bawang2 & cili
2. masukkn bahan tumbuk ke dlm periuk bersama semangkuk besar air. masukkn sekali keledek &
udang. biar mendidih & keledek empuk.
3. masukkn batang sayur, tak lame pastu masukkn daun bayam. kacau sebati & angkat.jgn lupa rase
masin manisnye.
AYAM GORENG BERKARI
idah_sura@myresipi.com
sedap dan ringkas.
Created on : 02-07-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi idah_sura
Bahan-bahan ( 4-5 org )
bahan2 A
3 ketul isi ayam bahagian dada atau sebagainya
2 sb serbuk kari
3 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk lada sulah atau sebuk lada hitam. garam secukup nya.
bahan2 B
4-5 biji cili padi. dipotong serong* (nak lebih pedas tambah aje cili nya)
1 labu bawang besar dihiris nipis
4 ulas bawang putih dimayang halus
1 tangkai daun kari leraikan dari tangkai nya.
segenggam carrot di hiris atau potong dadu
3 sb minyak untuk menumis
3 sudu besar air
Cara-cara
1.
isi ayam di potong kecil dan di gaul dgn bahan2 A . perap seketika.
2.
daun kari di leraikan dari tangkai . gambar tu hanya sekadar hiasan, dgn api yg sederhana
tumiskan bahan2 B hingga naik bau.
3.
masuk kan ayam yg diperap tadi, goreng hingga separuh masak. masuk kan carrot serta air
supaya ayam kurang melekat kt kuali. dan goreng hingga ayam betul2 empuk.
4. sedia dihidangkan. terima kasih yg mencuba.
5. ada sesiapa yg boleh usul kan nama yg sesuai dgn resepi ni.. saya nak tukar nama resepi ni.
Asam Pedas Kota Tinggi
suria750@myresipi.com
Masakan Johor dan masa penyediaan 20 - 30 minit
Created on : 29-06-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi suria750
Bahan-bahan ( 4 orang makan )
Bahan-bahan : Ikan pari, Lada kering 10-15 tangkai direbus hingga lembut (bergantung pada
kepedasan)*, Bawang merah 7 ulas*, Bawang putih 4 ulas*, Kunyit hidup*, Halia 1inci*, Belacan
(sedikit sahaja)*, Serai (diketuk), Lada hitam 1 sudu besar (d
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
1. Cara Masak : 1. Bahan bertanda * di kisar halus. 2. Panaskan minyak dan tumis serai ketuk,
masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyaknya. 3. Masukkan ikan sambil dibalikkan
perlahan supaya bahan tumis tadi menyerap rasanya. 4. Masukkan air, air asam jawa untuk
pekatkan kuah. 5. Masukkan garam, lada hitam tumbuk. 6. Masukkan bunga kantan, daun kesum,
bendi. 7. Masak hingga mendidih. Akhir sekali, kalau suka boleh masukkan buah tomato yang
dipotong 4. Tutup api. SIAP http://www.jendeladapursurianti.blogspot.com
puding roti bakar berkuah
azzahra ajuwa@myresipi.com
Bahan A utk puding roti 1 bgkus Roti kecik 1biji telur * 2sd kastad* 2sd mjerin* 1tin susu cair* 4sd
gula* kismis1/2cawan Secubit garam* 1) koyak roti masukkan ke dlm loyang yg d sapu mjerin 2)
blend bahan yg btanda * dan tuang ke dlm loyang yg berisi roti 3) tabur kismis dan bakar slama 40
minit. Bahan B utk kuah 1tin susu cair 2sd kastad 2sd gula kismis Air 500ml 1) masukkan air,kacau
kastad, susu cair, gula..guna api kecil..ttup api..msukkan kismis ke dlm kuah. 2) msukkan dlm peti
ais...mkn sejuk2..
Yee Mee Seafood
mencarisakinah@myresipi.com
Resepi mudah =)
Created on : 28-06-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi mencarisakinah
Bahan-bahan ( 1 org makan )
- 1 keping yee mee
- 1 ekor sotong dipotong bulat
- 2 ekor udang
- beberapa ulas cili padi (ketuk)
- 2 urat kacang buncis hiris serong
- 3 sudu besar kicap manis
- 1/2 cawan air
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
- 1 ulas bawang merah dihiris nipis
- 2 ulas bawang putih diketuk
Cara-cara
1. panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
2. masukkan sotong, udang, kacang buncis, garam. Kacau sekejap, dan masukkan air dan biarkan
hingga mendidih
3. masukkan yee mee, kicap...gaul hingga yee mee kelihatan agak lembut. bolehlah diangkat dan
dihidangkan
4. selamat mencuba =)
Kek Marble
Noran Mirza@myresipi.com
Resepi sendiri yang mudah dibuat..
Created on : 27-06-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Noran Mirza
Bahan-bahan ( Loyang 6" x 6" )
1 cawan Butter
1 cawan Gula Kisar
1 cawan Tepung Gandum
1 cawan Tepung Naik Sendiri
3/4 cawan Susu Tepung
1/4 cawan Susu Pekat Manis
1/4 cawan Air Suam
1 cmt Esen Vanilla
3 biji Telur Ayam Gred B
Pewarna (ikut suka)
Cara-cara
1. Pukul butter & gula hingga jadi sedikit putih.
2. Masuk telur satu persatu sambil kacau. Masuk susu pekat manis serta esen vanilla dan kacau
sebati.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung naik sendiri & susu tepung ke dalam adunan tadi. Kacau rata.
4. Masukkan air dan kacau hingga sebati. Bahagi kepada beberapa bahagian sama banyak dan
masukkan pewarna kesukaan ke dalam setiap bahagian & kacau sebati.
5. Panaskan pengukus. Gris & alas kertas pada dasar loyang.
6. Tuang setiap adunan tadi secara berselang seli atau ikut kemahiran untuk mencoraknya. Kukus
selama 40 - 1 jam @ sehingga masak.
♥Durian Custard Layer Cake™
kak fida@myresipi.com
Kek yang mewah dengan lapisan kastard durian... :)
Created on : 21-06-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
1 biji kek span 9 inc. atau 1 adunan kek optima plain... http://www.myresipi.com/top/detail/11424
Kastard Durian :-
250 g isi durian
1000 ml santan cair
300ml santan pekat
1 peket serbuk agar2 (12g)
6 sb tepung kastard
200g gula halus
1/4 sk garam
sedikit pewarna kuning lemon
Cara-cara
1.
Kisar isi durian bersama santan cair hingga halus, tapis ke dalam periuk dan campur kesemua
bahan lain dan kacau rata. Masak hingga pekat. Ketepikan.
2.
Kek dibelah dua bahagian. Ambil sekeping kek span dan bubuh ke dalam loyang. Tuangkan 1/3
bahagian kastard durian dan ratakan.
3.
Tindihkan kek span yang kedua dan tuang lebihan kastard dipermukaan dan tepi kek sambil
dihentak2 perlahan hingga rata. Masukkan loyang berisi kek ke dalam peti ais sebentar hingga
custard beku.
4.
Keluarkan kek dari loyang dan hias dengan lebihan kastard yang ada atau boleh dihias dengan
kepingan badam yg dipanggang atau kelapa parut kering.
5.
Enak dihidangkan dingin...sesuai dijadikan sumber mata pencarian juga... :)
6.
Kalau ada lebihan kastard durian, bubuh dalam acuan kecil2, jadikan puding dan hidangkan
dingin... :)
kek hitam kukus
chef lailatul@myresipi.com
kek ni simple je tp sedap sngt..
Created on : 20-06-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi chef lailatul
Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
BAHAN A
1 1/2 cawan gula castor
2 biji telur (pukul kembang)
1 cawan susu pekat
3/4 cawan mentega cair
SEMUANYA DIPUKUL SEBATI
BAHAN B
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum atau tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
SEMUANYA DIAYAK BERSAMA
TOPPING KEK HITAM
1/2 cawan gula
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1/2 cawan mentega
1 cawan air panas
*MASAK ATAS API BIAR PEKAT*
Cara-cara
1. CAMPUR BAHAN A DAN BAHAN B KACAU BIAR SEBATI.BILA SEBATI CAMPUR PULA DENGAN 1
CAWAN AIR PANAS,KACAU BIAR RATA. KUKUS ATAU BAKAR SELAMA 1 1/2 JAM ATAU SEHINGGA
MASAK.
2.
dah masak kek letaklah topping dan hiaslah dengan kesukaan korang..
dadih
chef lailatul@myresipi.com
dadih ni sangat sedap..try la pasti xhmpa kan korang semua..resipi dari paksu saya.
Created on : 20-06-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi chef lailatul
Bahan-bahan ( 50 bekas )
agar-agar25gm
susu EVERYDAY(keluarga)4 cawan
gula 1 1/2 cawan gula
1 cawan coffee mate
air 3 liter(1500 liter)
Cara-cara
1. satukan 4 cawan susu EVERYDAY, 1 cawan coffee mate, 1 cawan gula dalam mangkuk.
2. masak air 3 liter hingga mendidih, campurkan dalam mangkuk yang berisi susu,gula,coffee mate
tadi hingga larut.
3. lebihan air tadi masukkan agar-agar, masak hingga hancur dan masukkan adunan dalam mangkuk
tadi.
4. dah siap,masuk dalam acuan/bekas dan simpan dalam peti sejuk..sedap dimakan kalau sejuk.
Savory Crepe
r41494@myresipi.com
Resepi dari internet. Ala-ala hot &roll, sgt mudah d buat.
Created on : 19-06-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi r41494
Bahan-bahan ( ~5-6 keping besar )
1 cwn tepung gandum
1 cwn susu segar/ susu tepung bancuh
2 biji telur size A
2 sudu besar butter cair
2 sudu besar gula castor
1 sudu kecil esen vanila
Bahan filing/ tabur :
Kepingan cheese - potong 4 memanjang
Bawang hollnd/ kuning potong dadu
Daun bawang potong kecil
Sedikit serbuk lada hitam utk tabur
Sosej siap di rebus, potong nipis
Mayonis
Cara-cara
1. Campur semua bahan- bahan tepung, gula, butter, telur, kacau rata, masuk esen vanila. Simpan
beberapa jam atau semalaman.
2. Gunakan kuali non stick, tuang satu senduk adunan dan ratakan nipis macam buat lempeng. Kuali
jgn panas sangat utk mudahkan rata.
3. Taburkan bawang, daun bawang, susun sosej, cheese, tabur sikit serbuk lada hitam.
4. Dah masak, letak mayonis dan lipat sesuka hati
5. Selamat mencuba. Amat digemari kanak2.
spageti seafood ala thai
iha58@myresipi.com
resepi dapat dari paper pas2 olah2 sket...dah wat skali best jgak huhuhu.....
Created on : 19-06-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi iha58
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
5 ulas bwg putih
2 ulas bwg merah
5 cili padi
5 helai daun limau purut
1 btg bunga kantan
1 btg serai
400 gm tomato puree
1 pek tom yam paste ( saya pkai y adabi nyer )
1-2 sudu sos ikan
200 gm udang
200 gm sotong
garam n gula
lada hitam y di kisar
daun selasih (untuk hiasan)
spageti
200 ml stok ayam
Cara-cara
1. bwg puteh, bwg merah, cili padi, limau purut, bunga kantan, serai, ( dimayang)
2. tumis bahan yang dimayang sehingga naek bau dan garing
3. setelah itu msukkan tomato puree n tomyam paste
4. setelah itu masukkan stok ayam.. lau x de stok ayam bleh jgak guna air biase...
5. msukkan udang, sotong dan lala...masak sehingga btul2 masak..
6. tambah perasa seperti gula garam lada hitam dan sos ikan secukup rase...
7. biarkan seketika. masukkan spageti yang telah direbus dan gaul bersama sehingga sebati
8. dan selasih di mayang dan ditabur ke atas spageti
9. boleh dihidangkan dan makannnnn
Butter kek simple dan mudah
daoninna@myresipi.com
Kek ni pes time aku buat...refer kt buku respi gak,tp, aku hanya amik basic je... Klo u all nk tambah
contoh ,coklat ke buah ke,badam,ke atsu pwarna dan perisa just tmbah je..tp kalo nk buat
cake..kena belajar yg basic dulu.. Jom cube yg ni dulu...baru teruja nk buat resepi kek yg
lain...bancuh2 dan bakaw2 kt sejam gak la
Created on : 14-06-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi daoninna
Bahan-bahan ( Bole la tok anak beranak 1family )
2cawan tepung(tepung kek pon bole)
1sd teh baking powder* 1sd teh soda kabonet* yg tanda* xpayah pakai kalo guna tepung
kek..sebb dia da complete
200gram butter
2cawan gula ising/ kalo nk kurang manis,bole kurangkan
1 sd teh Esen vanilla
1 sd mkn ovalate(pelembut kek)
3biji telor gread A or B
Cara-cara
1. 1: kena panaskan oven 170 .. Tp ikut korang nye oven la... Kdg2 lain plk cara oven korng kan.. Yg
resepi aku tu.. Kata 45mnt...tp aku bakaw sejam jgk...ape2pon pnskan oven korg ye? 2: pukul
butter dgn gula ising smpi putih,then masukkan esen vanilla.. then masukkan ovalatte td..pukul
sebati 3:masukkan telor sebijik sebijik pukul sampai sebati thenn masukkan tepung...pukul selama
5minit.. Loyang tu letak la pelapik kertas minyak..then dapu butter sikit... Bole la tuang dlm
loyang... Bakar kek selama 45minit,, Kalo oven korg da berbunyi,da tamat 45minit tu, korang leh
amik pisau kecik atau lidi brrsih, cuba cucuk kek di setiap bahagian.. Klo ada tepong melekat,
mkna korg kena tambah masa bakar . klo xde apa2 melekat.. Taniah korng nye kek da
masak...angkat sejukkan...
SAMBAL GORENG TELUR KOCAK
ashzai@myresipi.com
masakan mudah jimat masa pasti sedap resepi dari bonda tersayang =)
Created on : 12-06-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ashzai
Bahan-bahan ( 2org/terpulang pd individu )
BAHAN2: 2biji telur/ikut individu 5 btg kacang panjang/buncis (potong dadu) segenggam ikan bilis
(di goreng garing) 1 labu bawang besar (di hiris nipis) cili kering/cili boh (4sudu besar) sedikit
minyak masak (1/2 cawan)
Cara-cara
1. CARA2: panaskan minyak,tumiskan bawang sehingga naik wangi kemudian masukkan cili boh dan
tunggu sehingga garing masukkan pula kacang panjang/buncis beserta ikan bilis yang telah di
goreng garing tadi akhir sekali pecahkan telur dan kocak serta kacau sehingga sebati dengan
sambal selamat mencuba! =)
♡ Kerak Telor ♡
black1205e@myresipi.com
'streetfood' atau snek tradisional Betawi. resipi asal menggunakan telur itik dan dimasak diatas
dapur arang. sebab teringin nak makan 'kerak telor' ni, saya try je buat guna telur ayam dan
masak menggunakan dapur gas. hehe.. (resipi dr internet)
Created on : 09-06-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi black1205e
Bahan-bahan ( boleh buat brape byk suka )
telur ayam atau telur itik
beras pulut (direndam sekurang-kurangnya 4 jam)
bawang putih (dicincang) - jika suka
udang kering halus
serunding
bawang goreng
lada sulah (pepper powder) atau chilli flakes- jika suka
garam untuk perasa
Cara-cara
1. Perhatian: Gunakan kuali kecil untuk memasak 'kerak telor' ini. Jangan gunakan non-stick pan
kerana 'kerak telor' akan jatuh bila kuali diterbalikkan.
2. Di atas api yg kecil, panaskan kuali. Kemudian masukkan sedikit pulut. Ratakan.
3. Tutup kuali untuk seketika.
4. Kemudian gaulkan pulut itu supaya tidak melekat di kuali.
5. Masukkan telur, serunding, udang kering halus, sedikit bawang putih yg dicincang, sedikit lada
sulah dan sedikit garam. Di sini, saya menggunakan dua biji telur ayam.
6. Gaul dan ratakan.
7. Tutupkan kuali untuk seketika.
8. Kemudian buka semula kuali. Terbalikkan kuali dan biarkan permukaan 'kerak telor' terkena api
sekejap.
9. Matikan api dan angkat 'kerak telor' dari kuali. Kalau ada kerak-kerak yg termelekat tu, tuangkan
saja diatas 'kerak telor' tu. hehe
10.
Hidangkan dengan serunding dan bawang goreng. Selamat mencuba!
Snow Cheese Cake
ainzhoney@myresipi.com
Senang dan sedap. Confirm jadi...
Created on : 12-06-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ainzhoney
Bahan-bahan ( 8"x 8" )
100 gram gula halus
2 sudu makan ovelet
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram tepung hong kong
60 gram tepung jagung
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
75 gram mentega (dicairkan)
1 sdt esen vanilla
UNTUK CREAM
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul)
UNTUK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara-cara
1. 1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. 2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega
cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. 3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. 4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan
kepanasan 150C.
5. 5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah
kek supaya menjadi dua bahagian.
6. 6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di
atasnya.
7. 7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. 8. Akhir sekali taburkan chedar cheese yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. 9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
White Macadamia Cake
newbie123@myresipi.com
Resipi dapat kat kelas kek. Sangat sedap kek ni. Saya ganti macadamia dengan pecan sebab
macadamia mahal sangat :). Kalau try resipi ni, cuba guna macadamia ok. Kacang macadamia lagi
best dari pecan tu :)
Created on : 03-06-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi newbie123
Bahan-bahan ( Kek 8inci 4 layer )
Bahan A: KEK SPAN VANILLA
300g sponge cake mix (beli kat Bagus)
300g telur (guna timbang)
75g air
75g minyak jagung
Bahan B: CUSTARD FILLING
400g UHT whip cream (beli jenama Anchor)
200g instant custard powder
500g susu full cream
125g kacang macadamia (dipanggang lebih kurang 5 minit)
Bahan C: WHITE CHOCOLATE GANACHE
250g UHT whip cream (beli jenama Anchor)
500g white compound chocolate (beli jenama Beryl's)
NOTA: Semua bahan bahan yang diperlukan untuk buat kek ni mudah didapatkan dia kedai baking
goods macam Bagus, Bake With Yen, etc. Kalau cari kat Tesco, mesti ada yang tak jumpa.
Cara-cara
1. UNTUK BUAT KEK SPAN VANILLA: Panaskan oven 175-180 darjah Celcius. Sediakan 2 tin cake bulat
8 inci. Minyakkan tin cake, dan lapikkan dasar tin cake dengan kertas minyak supaya memudahkan
kerja mengeluarkan kek.
2. Campurkan sponge cake mix, telur, dan air bersama dan pukul hingga sebati guna high speed. Ini
kena guna mixer ok, kalau guna tangan takut tercabut tangan nanti :). Pukul lebih kurang 10 minit
sampai adunan sebati, kembang, dan ringan.
3. Campurkan minyak jagung dan adun hingga sebati menggunakan low speed.
4. Bahagikan adunan sama banyak ke dalam 2 tin cake tadi. Bakar selama 30-35 minit hingga masak.
Kek ni confirm jadi kalau ikut steps kat atas ni. Setelah masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan
atas redai kuih.
5. NOTA: Masa timbang telur, kalau telur terlebih sedikit atau terkurang sedikit dari 300g, jangan
susah hati. Lebihkan atau kurangkan air supaya jumlah timbangan telur dan air jadi semuanya
375g. Tak payah susah payah nak keluarkan telur nak dapatkan exact 300g. Anggaran telur yang
digunakan dalam 5-6 biji bergantung kepada saiz telur.
6. UNTUK BUAT CUSTARD FILLING: Pukul UHT whip cream hingga bertanduk dan sejukkan dalam peti
sejuk.
7. Di dalam satu mangkuk, campurkan susu full cream dengan instant custard powder dan kacau
sebati. Boleh gunakan senduk saja.
8. Keluarkan whip cream tadi, campurkan dengan custard hingga sebati. Simpan dalam peti sejuk. Ini
adalah cream yang akan digunakan untuk cake filling.
9. UNTUK BUAT CHOCOLATE GANACHE: Panaskan UHT whip cream sampai berbuih-buih kecil di tepi
periuk. Cuma nak panaskan cream ni sampai suam suam kuku.
10. Masukkan white chocolate dan kacau sehingga white chocolate cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik.
Ganache ini akan digunakan sebagai topping cake.
11. CARA SIAPKAN KEK: Setiap kek di potong 2 lapis. Jadi jumlah nya adalah 4 lapis.
12. Lapiskan kan setiap lapisan kek dengan custard filling. Taburkan kacang macadamia keatas
custard filling sebelum diletakkan lapisan kek yang seterusnya. Setelah siap dilapiskan, salutkan
keseluruhan kek dengan custard filling.
13. Dah siap salutkan filling, sejukkan dalam peti sejuk dalam 30 minit sebelum dituangkan ganache.
14. Setelah 30 minit, keluarkan kek, letak atas redai, dan tuangkan chocolate ganache sehingga
keseluruhan kek disalut dengan chocolate. Hiaskan dengan kacang macadamia lagi ikut kreativiti
masing masing. Dan sejukkan kek sehingga chocolate ganache set.
White Macadamia Cake
newbie123@myresipi.com
Resipi dapat kat kelas kek. Sangat sedap kek ni. Saya ganti macadamia dengan pecan sebab
macadamia mahal sangat :). Kalau try resipi ni, cuba guna macadamia ok. Kacang macadamia lagi
best dari pecan tu :)
Created on : 03-06-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi newbie123
Bahan-bahan ( Kek 8inci 4 layer )
Bahan A: KEK SPAN VANILLA
300g sponge cake mix (beli kat Bagus)
300g telur (guna timbang)
75g air
75g minyak jagung
Bahan B: CUSTARD FILLING
400g UHT whip cream (beli jenama Anchor)
200g instant custard powder
500g susu full cream
125g kacang macadamia (dipanggang lebih kurang 5 minit)
Bahan C: WHITE CHOCOLATE GANACHE
250g UHT whip cream (beli jenama Anchor)
500g white compound chocolate (beli jenama Beryl's)
NOTA: Semua bahan bahan yang diperlukan untuk buat kek ni mudah didapatkan dia kedai baking
goods macam Bagus, Bake With Yen, etc. Kalau cari kat Tesco, mesti ada yang tak jumpa.
Cara-cara
1. UNTUK BUAT KEK SPAN VANILLA: Panaskan oven 175-180 darjah Celcius. Sediakan 2 tin cake bulat
8 inci. Minyakkan tin cake, dan lapikkan dasar tin cake dengan kertas minyak supaya memudahkan
kerja mengeluarkan kek.
2. Campurkan sponge cake mix, telur, dan air bersama dan pukul hingga sebati guna high speed. Ini
kena guna mixer ok, kalau guna tangan takut tercabut tangan nanti :). Pukul lebih kurang 10 minit
sampai adunan sebati, kembang, dan ringan.
3. Campurkan minyak jagung dan adun hingga sebati menggunakan low speed.
4. Bahagikan adunan sama banyak ke dalam 2 tin cake tadi. Bakar selama 30-35 minit hingga masak.
Kek ni confirm jadi kalau ikut steps kat atas ni. Setelah masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan
atas redai kuih.
5. NOTA: Masa timbang telur, kalau telur terlebih sedikit atau terkurang sedikit dari 300g, jangan
susah hati. Lebihkan atau kurangkan air supaya jumlah timbangan telur dan air jadi semuanya
375g. Tak payah susah payah nak keluarkan telur nak dapatkan exact 300g. Anggaran telur yang
digunakan dalam 5-6 biji bergantung kepada saiz telur.
6. UNTUK BUAT CUSTARD FILLING: Pukul UHT whip cream hingga bertanduk dan sejukkan dalam peti
sejuk.
7. Di dalam satu mangkuk, campurkan susu full cream dengan instant custard powder dan kacau
sebati. Boleh gunakan senduk saja.
8. Keluarkan whip cream tadi, campurkan dengan custard hingga sebati. Simpan dalam peti sejuk. Ini
adalah cream yang akan digunakan untuk cake filling.
9. UNTUK BUAT CHOCOLATE GANACHE: Panaskan UHT whip cream sampai berbuih-buih kecil di tepi
periuk. Cuma nak panaskan cream ni sampai suam suam kuku.
10. Masukkan white chocolate dan kacau sehingga white chocolate cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik.
Ganache ini akan digunakan sebagai topping cake.
11. CARA SIAPKAN KEK: Setiap kek di potong 2 lapis. Jadi jumlah nya adalah 4 lapis.
12. Lapiskan kan setiap lapisan kek dengan custard filling. Taburkan kacang macadamia keatas
custard filling sebelum diletakkan lapisan kek yang seterusnya. Setelah siap dilapiskan, salutkan
keseluruhan kek dengan custard filling.
13. Dah siap salutkan filling, sejukkan dalam peti sejuk dalam 30 minit sebelum dituangkan ganache.
14. Setelah 30 minit, keluarkan kek, letak atas redai, dan tuangkan chocolate ganache sehingga
keseluruhan kek disalut dengan chocolate. Hiaskan dengan kacang macadamia lagi ikut kreativiti
masing masing. Dan sejukkan kek sehingga chocolate ganache set.
♡ Sandwic Corned Beef dan Baked Beans Sosej ♡
black1205e@myresipi.com
sesuai dijadikan sarapan, bekal buat piknik.
Created on : 31-05-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi black1205e
Bahan-bahan ( Boleh makan ramai2 )
Bahan2 untuk Sandwic Corned Beef:
corned beef dlm tin
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
lada merah dan lada hijau (dihiris)
lada sulah (blackpepper powder)
limau nipis
minyak untuk menumis
roti
Bahan2 untuk Baked Beans Sosej:
baked beans dlm tin (saya pilih brand yeo's)
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
lada merah (dihiris)
lada sulah (blackpepper powder)
sosej (dipotong bulat2)
minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Cara2 untuk sediakan Sandwic Corned Beef: Di atas api yg kecil, tumiskan hirisan bawang dan lada
hingga layu dan wangi. Masukkan corned beef dan gaul. Taburkan lada sulah dan perahkan limau
sebelum dihidangkan bersama roti.
2. Cara2 untuk sediakan Baked Beans Sosej: Di atas api yg kecil, tumiskan hirisan bawang dan lada
hingga layu dan wangi. Masukkan sosej dan biarkan ia masak. Kemudian masukkan baked beans.
Taburkan lada sulah sebelum dihidangkan. Sedap dimakan begitu sahaja, dimakan dgn roti atau
french fries.
Nasi Mandy Ayam
nafwabest@myresipi.com
Resepi google
Created on : 31-05-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi nafwabest
Bahan-bahan ( 6 orang makan )
Bahan A
1 Ekor ayam belah 8
1 st serbuk ketumbar
1 st serbuk jintan manis
1 st serbuk jintas putih
1 st serbuk kunyit
1/2 inci halia - ketuk
garam dan gula secukup rasa
air dalam 1 liter
Bahan B
5 cawan beras basmati - rendam 20 minit
2 labu bawang besar - potong dadu *
5 ulas bawang putih - mayang *
1/2 cawan mentega/ minyak sapi
1 biji tomato - dadu *
kulit kayu manis - *
bunga lawang - *
buah pelaga - *
garam dan gula secukup rasa
6 cawan air rebusan / stok ayam ( dari bahan A )
1 ketul arang yang telah dinyalakan ( bungkus dalam aluminium foil )
Cara-cara
1. Rebus semua bahan A hingga ayam betul-betul masak.
2. Bila dah masak...toskan ayam. Ayam perlu disapu dengan sedikit minyak..ketepikan.
3. rendam beras dalam masa 20 minit...x rendam pun ok juga...
4. Tumiskan semua bahan yang bertanda * dengan mentega atau minyak sapi ( saya guna mentega
sebab x suka bau sapi:)
5. bila dah naik bau, masukkan beras tadi goreng sekejap- gaul sebati
6. masukkan air rebusan ayam tadi ( Bahan A ) - gaul dan tunggu hingga kering- kecilkan api ( masak
macam nasi biasa )
7. bila dah dekat nak masak, buka penutup periuk..buatkan lubang ditengah-tengah nasi, pastu
masukkan arang yang dibungkus dengan aluminium foil tadi, pastikan arang dibakar dulu ya. letak
arang dan buka aluminium foil supaya asap keluar...
8. susun ayam yang disapu dengan minyak atas nasi..atau nak tanam dalam nasi pun boleh. tutup
semula periuk. masak seketika hingga nasi betul-betul masak...
9. arang tadi akan berasap dan diserap oleh nasi..bau die memang ummmmmmmmmm.....pehtua:
JGN DOK BUKA KERAP TUDUNG PERIUK TU SEBAB ASAP AKAN LARI KELUAR...
10. Nampak macam cerewet kan..tapi senang saja....dan yang penting SEDAPPPPPPPP sgt...
Kuih Sagu
intanadura82@myresipi.com
Resepi traditional....firstime mencuba alhamdulillah menjadi....suka sgt2....
Created on : 30-05-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi intanadura82
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
3 pot sagu halus (guna pot rice cooker)
15 sudu besar gula pasir
6 ½ pot air
2 helai daun pandan (kalau suka)
Pewarna hijau secukupnya
½ biji kelapa parut ~ digaulkan dengan sedikit garam lalu dikukus sebentar -
Cara-cara
1. Jerang air bersama daun pandan dalam kuali (yg agak besar) hingga mendidih.
2. Basuh sagu & toskan lalu masukkan sedikit demi sedikit ke dalam air mendidih tadi. Masa
masukkan tu lerai2kan sagu agar masaknya nanti sekata & tak berketul2.
3. Kacau sagu dengan api sederhana hingga nampak jernih. Buangkan daun pandan.
4. Tambahkan pewarna hijau secukupnya serta gula pasir tadi.
5. Kacau lagi hingga rata & gula larut. Tuangkan ke dalam loyang & biarkan hingga kuih sejuk.
6. Potong kuih dan golek2kan dalam kelapa parut bergaram tadi.
7. Sedia dihidangkan. Selamat mencuba......
KEK COKLAT KUKUS
intanadura82@myresipi.com
Sedap kek coklat ni...lembut je...mesti dicuba. Resepi diambil drpd rakan FB....nak kongsikan
disini....
Created on : 30-05-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi intanadura82
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1 cwn gula perang
1 cwn susu segar biasa/perisa coklat
1 cwn minyak masak
3/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat manis
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur
Cara-cara
1. Ayak tepung,soda bikarbonat & baking powder bersama.Masukkan serbuk koko,gula,susu
segar,susu pekat & minyak ke dlm periuk & panaskan diatas api kecil hingga semua larut. Matikan
api.
2. Pukul telur hingga kembang & masukkan kedlm bancuhan koko berselang seli dgn tepung. Gaul
sebati.
3. Tuang dlm loyang yg dh digris dan dilapik dgn baking paper
4. Tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 1 jam di dlm kukusan yang telah dipanaskan
terlebih dahulu.
5. Topping coklat: coklat masakan + susu cair + sedikit mentega, double boilerkan atas api kecik
hingga cair dh sejuk baru siram atas kek.
6. tips: api jgn terlalu besar bila kukus kek ni, nanti kek merekah. Guna api sederhana.
Biskut Almond London
Diela Ishak@myresipi.com
Resipi daripada mak cik :)
Created on : 30-05-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Diela Ishak
Bahan-bahan ( Anggaran 150 biji )
250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tablespoon esen vanila
50 gm serbuk badam
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tablespoon baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang (untuk hiasan)
70 gm compound coklat
Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur serta esen vanilla. Pukul lagi.
3. Masukkan serbuk badam dan kacau.
4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras dan baking powder. Gaulkan bersama adunan tadi.
5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
6. Bentukkan doh menjadi bulat kecil/lonjong. Jangan lupa untuk masukkan kacang badam di
dalamnya.
7. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan dengan sedikit mentega.
8. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak.
9. Sementara menunggu, cairkan compound coklat dengan kaedah "double-boil".
10. Kemudian, masukkan biskut tadi ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat masak menggunakan
paip. Setelah itu, taburkan badam cincang ke atasnya sebagai hiasan.
11. Biarkan ia kering.
♥Bingka Sujiana™
kak fida@myresipi.com
Menambah resepi bingka dlm Myresepi... :)
Created on : 26-05-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 9x9 / 10x10 / 5 keping acuan pecah 8 )
250 g tepung suji
300 g gula pasir (akak guna 270g)
5 biji telur
1 tin susu sejat
200 g susu manis
800 ml santan ( 200ml KARA + air)
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla*
1 sk pewarna kuning* ( * atau pandan pes + pewarna hijau)
200 g mentega + 50 g minyak sapi (akak guna 250g mentega)
100 g tepung gandum
Bahan Tabur :-
100 - 150 g kacang badam cincang kasar/hiris atau bijan
Cara-cara
1.
Satukan bahan2 di atas ke dalam kuali/periuk kecuali mentega,minyak sapi dan tepung gandum.
Kacau rata dan masak hingga adunan pekat. Kecilkan api dan masukkan mentega,minyak sapi dan
tepung gandum dan kacau hingga mentega cair dan adunan sebati. Matikan api.
2.
Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak, tabur kacang badam/bijan rata2 dan bakar
selama 1 jam pada suhu 170C atau hingga masak ikut kepanasan oven masing2.
3.
Sejukkan kuih sebelum dipotong dan dihidangkan.
4.
Bingka yang di tabur badam...
♡ Sambal Nasi Lemak ♡
black1205e@myresipi.com
best makan dgn nasi lemak...
Created on : 25-05-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi black1205e
Bahan-bahan ( 4 )
1kg udang ATAU 5-6 biji telur rebus
90-100gm cili kering (direndam dlm air panas sehingga kembang)
2 biji bawang sederhana besar
5-6 biji bawang putih
1-2 asam keping (direndam sehingga kembang)
Gula melaka sepanjang satu jari
Garam untuk perasa
Sedikit belacan (jika suka)
Cara-cara
1. Jika mengguna udang, bersihkan udang terlebih dahulu. Buangkan misai dan kaki udang. Jgn
buang kepala sbb nanti manis udang akan hilang.
2. Blender cili kering, bawang dan belacan (jika gunakan). Tumis bahan ini hingga naik bau.
Masukkan gula melaka dan asam keping. Masukkan sedikit air jika sambal terlalu kering.
3. Taburkan sedikit garam dan kacau. Bila gula melaka hampir cair kesemuanya, cuba rasa sambal.
Bila rasa sudah cukup.. ada rasa pedas-masam-manis gitu (dan tk terlalu masin), buang gula
melaka yg belen sebelum ia cair kesemuanya (jika ada) dan asam keping.
4. Jika menggunakan udang, masukkan udang. Biarkan udang masak sambil kacau sekali sekala
supaya sambal tidak hanggus. Jika menggunakan telur rebus, masukkan telur rebus dan gaulkan
telur ke dalam sambal. Tutup api dan siap disediakan. Sedap dihidangkan bersama nasi lemak.
Makan dgn roti pun best! Selamat Mencuba!
♡ Nasi Lemak Santan Kara ♡
black1205e@myresipi.com
nasi lemak simple
Created on : 25-05-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi black1205e
Bahan-bahan ( 3 org )
Bahan2 untuk Nasi Lemak:
3 cawan beras
1 kotak kecil santan Kara (200ml)
2-3 helai daun pandan diikat
Secubit garam untuk perasa
Air
Bahan2 untuk Ikan Goreng:
Ikan selar kuning atau ikan tamban (dibuang sisik & dibersihkan)
Serbuk kunyit
Serbuk cili
Garam untuk perasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan2 untuk Sambal:
Untuk sambal, boleh cuba resipi: http://www.myresipi.com/top/detail/19993
Bahan2 untuk dihidangkan bersama nasi lemak:
Terpulanglah.. hidang dgn telur goreng ke, keropok ke, timun ke, ikan bilis ke, kacang ke, ayam
goreng ke.. ikut selera masing2
Cara-cara
1. Cara memasak nasi lemak: Bersihkan beras seperti biasa. Kemudian masukkan santan dan air
hingga level 3 (periuk nasi electrik). Taburkan secubit garam dan kacau seketika. Masukkan daun
pandan dan biarkan nasi masak. Bila nasi sudah masak, buka periuk, gaul nasi dan tutup semula.
Biarkan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum dihidangkan.
2. Cara menyiapkan ikan goreng: Ikan yg sudah dibersihkan tadi, digaulkan dgn serbuk kunyit, serbuk
cili dan sedikit garam. Quantiti serbuk kunyit dan serbuk cili ialah 1:1. Saya gemar menggunakan
serbuk dari Babas atau House Brand. Eh, macam promote pulak! Hehe..Terpulang ok! Ok, selepas
tu, gorenglah ikan di dalam minyak yang panas dan banyak sehingga ikan masak dan sikit garing.
Sebenarnya, dalam proses masak resipi Nasi Lemak Simple ni, saya suka goreng ikan paling last.
Sebab ikan goreng sedap dihidangkan bila masih panas dan garing. Lagi2 kalau ikan tamban, syiok
makan garing2.. dgn kepala2 dan tulang2 pun boleh telan!
3. Hidangkan nasi lemak panas2 bersama ikan goreng, sambal dan bahan2 sampingan lain mengikut
selera. Selamat mencuba!
♥Kuih Sagu Cantik Manis™
kak fida@myresipi.com
Mudah...tak perlu kukus. Sesuai dihidangkan dalam majlis2 dan dihidangkan bila2 masa
saja...adunan kuih dimasak dan tak perlu dikukus... :)
Created on : 20-05-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( lebih kurang 25 bungkus )
120 g tepung Hoen Kwee
1000 ml santan ( dr 1 biji kelapa )
1 cawan gula pasir ( akak guna 180 g gula halus)
1/2 sk garam
2 helai daun pandan
30-50 g sagu biji berwarna-warni
1 sk esen vanilla (opt)
secukup daun pisang/plastik atau loyang/acuan kecil2
Cara-cara
1.
Didihkan secukup air dan rebus sagu biji hingga jernih dan toskan. (Jika mengguna sagu biji putih,
didihkan air bersama secukup warna pilihan)
2. Larutkan tepung hoen kwee dengan 1/2 bahagian santan. Ketepikan.
3.
Campur 1/2 bahagian santan lagi dengan gula, garam, daun pandan dan masak hingga mendidih.
Masukkan larutan tepung tadi dan masak lagi hingga pekat dan meletup2,tambah esen vanilla dan
kacau rata. Matikan api. Keluarkan daun pandan.
4.
Masukkan sagu biji dan kacau rata.
5.
Bubuh 2 sb adunan ke atas daun pisang atau plastik dan bungkus kemas2 seperti kuih nagasari
atau adunan boleh dibubuh dalam loyang atau acuan kecil2. Biar sejuk dan dinginkan dalam peti
sejuk.
6. Kuih cantik manis enak dimakan dingin.
7.
Kuih cantik manis dalam acuan...
8.
Kuih cantik manis dalam mangkuk dadih kecil....
9. **Sagu biji boleh juga diganti dgn jagung biji dlm tin....
PATIN BAKAR DAUN KUNYIT
mama kastam tioman@myresipi.com
papa menternak patin jadi kena lah pelbagaikan resipinya..
Created on : 17-05-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi mama kastam tioman
Bahan-bahan ( sekeluarga )
3 ekor ikan patin sederhana besar
7 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
2" halia *
2" kunyit hidup
9 biji lada kecil ( ikut kepedasan sendiri ) *
1 sudu besar gula *
1 1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar jus limau nipis
5 batang seri ( di titik )
6 helai daun kunyit
5 tangkai daun kesum
3 sudu besar tempoyak ( tak bubuh pun tak apa )
Cara-cara
1. Ikan patin di siang dan di bersihkan kemudian di cuci dengan sedikit cuka bagi menghilangkan
baunya.
2. Bahan2 bertanda * di tumbuk lumat ( mama suka cara tradisional )
3. Masukkan jus limau nipis dan tempoyak
4. Gaulkan kesemua bahan tadi pada ikan patin tadi dan perap sebentar.
5. Alaskan pemanggang ajaib dengan 3 helai daun kunyit.
6. Susun ikan patin di atasnya. Letak serai dan taburkan daun kesum.
7. Tutup ikan tersebut dengan 3 helai lagi daun kunyit.
8. Tutup pemanggang dan bakar selama 15 minit.
9. Terbalikkan pemanggang dan bakar lagi selama 15 minit..
10. Sedia untuk di hidangkan.
Agar-Agar Kastard Jelly
syalina_yahya@myresipi.com
Penyediaan yang mudah dan ringkas :) ~Selamat Mencuba~
Created on : 17-05-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi syalina_yahya
Bahan-bahan ( 9x9' )
500 ml air
250 gm gula pasir [220 gm utk kurang manis]
1 tin (400ml) susu cair
3 sb (rata) tpg kastard + bancuh dgn 1/2 cwn air
1 pkt (11gm) serbuk agar-agar
2 pkt Jelly [di belah 2]
Cara-cara
1.
Dalam periuk masukkan air, gula, susu cair. Masak hingga mendidih.
2. Setelah itu, masukkan bancuhan tpg kastard, kacau seketika dan masukkan serbuk agar-agar.
3.
Masak hingga mendidih & pekat. Tapiskan ke dalam loyang.
4.
Tunggu shingga suam barulah di masukkan Jelly tadi (klau masuk panas2, jelly akn cair). Susun
jelly ikut kreativiti :)
5.
Setelah sejuk simpan dlm peti ais.Bolehlah di hidang.
SeRi MuKa
nafwabest@myresipi.com
Senang, sedap, selesai
Created on : 18-05-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi nafwabest
Bahan-bahan ( 5 - 8orang makan )
2 cawan santan + secubit garam
2 cawan beras pulut
Bahan B...
3 Biji Telur ayam
2 cawan santan + air daun pandan ( Jika tiada daun pandan letak pes pandan pun ok )
2 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum ( mana yg adalah )
1 cawan gula
secubit garam
Cara-cara
1. panaskan periuk pengukus
2. santan dan beras pulut di campur dan dikukus - 20 minit * pastikan periuk pengukus betul2 panas
3. Bila pulut dah masak, keluarkan dari periuk pengukus dan padatkan guna sudu..( supaya pulut
tidak pecah masa potong )
4. Bahan B diblender.....tuangkan atas pulut tadi. Kukus semula lebih kurang 30 minit atau hingga
masak
5. Siappppppppp. PENTING...TUNGGU SAMPAI SEJUK BARU POTONG. NILAI KESABARAN SANGAT
DIPERLUKAN KETIKA INI.... mesti cuba sebab sgt senang dan sedapppppp
♥Telur Sambal Bumbu Bali™
kak fida@myresipi.com
Bumbu yang sesuai untuk ayam atau ikan yang digoreng,juga udang atau sotong dan ditambah
tahu dan tempe goreng jika suka, sedap dimakan dengan nasi panas.... :)
Created on : 03-05-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
6 biji telur rebus - digoreng kekuningan dan kelar2
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 hiris halia*
5 tangkai lada kering*
3 tangkai lada merah*
2 biji buah keras* ( kisar bahan2 bertanda *)
1/2 cawan santan pekat
2-3 sb kicap manis
2 sb hirisan gula melaka (atau secukup rasa)
2 helai daun salam, 2-3 helai daun limau purut
1/2 jari lengkuas - diketuk
garam secukup rasa
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus, masukkan daun salam, daun limau dan
lengkuas.Masak hingga garing.
2. Masukkan santan, kicap, gula melaka dan garam secukup rasa dan kacau hingga rata. Tambah air
jika ingin berkuah.Masak lagi hingga terbit minyak.
3. Kecilkan api dan masukkan telur rebus, balik2kan dan masak hingga telur dan kuah mesra.
donut gebu gebas
fiza2429@myresipi.com
resipi olahan sendiri.... x ada telor... dan mudah disediakan....
Created on : 30-04-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi fiza2429
Bahan-bahan ( sekeluarga )
tepung gandum 1/2 kilo
susu cair 1/3 cawan
mauripan 1 peket
magerin 1 sudu besar
shortening 1 1/2 sudu besar
gula 3 sudu besar
air suam(biar rasa panas cikit) secukupnya kalau boleh masa bancuh guna 1 gelas dulu(1/2 air
panas, 1/2 air biasa)
secubit garam
gula caster secukupnya....
Cara-cara
1. bancuh mauripan,gula,susu dengan air suam tadi dlm jar... ketepikan....
2. dlm bekas yg lain... masukan tepung,magerin,shortening dan garam gaul sehingga sebati...
3. masuk kan bahan bancuhan tadi kedlm tepung tadi sehingga menjadi dough ( kalau air tadi x
cukup..boleh tambah air suam..sampai menjadi dough) sampai x melekat kat tangan.... biar dough
tu lembut ckit..biarkan kan selama 15minit(tutp dgn kain)... sebelum biarkan dought tadi letakkan
sedikit tepung supaya x melekat.....
4. selepas 15 minit keluar kan dough tadi (sebelum terbalikan dough tadi letakkan sedikit tepung
supaya x melekat...) uli atau guna penekap donut..... goreng dgn api yg sederhana.... sedia
dihidag...
bubble/ pearls
chYPtnjuk@myresipi.com
cara hendak membuat bubble/pearls yang digunakan dalam bubble milk tea resipi diolah dari
internet
Created on : 25-04-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi chYPtnjuk
Bahan-bahan ( 2 cawan )
tepung ubi (agak agak nak sebatikan dengan air)
air panas (cukup nak jadikan tepung td doh)
pewarna (sy gunakan pewarna coklat)
Cara-cara
1. tuangkan sedikit tepung ubi dalam mangkuk
2. tuang air panas sedikit demi sedikit hingga adunan tepung ubi menjadi doh
3. sambil tu tuangkan sedikit pewarna
4. ambil sedikit dari doh dan gentel kan seperti bebola kecil (mcm pearl)
5. rebuskan doh yang telah dibentuk menjadi bebola kecil tadi selama lebih kurang 20-30 minit
6. bila pearl telah masak; tapis dan masukkan dalam air sejuk supaya tidak melekat
7. *siap- pearl. untuk pastikan pearl terus lembut dan tidak melekat; letakkan pearl didalam larutan
air gula melaka*
Agar-Agar Jagung
opahiscooking@myresipi.com
(ala puding jagung)
Created on : 24-04-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi opahiscooking
Bahan-bahan ( family size )
1 bugkus besar agar-agar tali (direndam 15min & digunting kecil-kecil... Supaya senang nk larut)
1 tin cream corn
1/2 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1200ml air
Gula secukup rasa
Cara-cara
1. Didihkan air.
2. Masukkan agar-agar (tos dulu).
3. Masuk jagung, susu cair & gula. Masak sampai gula larut (api perlahan).
4. Ambik 1senduk larutan utk dicampurkan dgn tepung kastard. Kacau hingga tepung larut (masa ni
boleh masukkan pewarna kuning jika suka).
5. Masukkan larutan kastard ke dlm larutan agar-agar, masak hingga mendidih.
6. Sejukkan dlm acuan kegemaran anda & makan masa sejuk.
7. Cuba lah. Opah malas nk buat puding jagung sbb x larat nk kacau lama. Dapat makan yg ala-ala
puding jadi lah ^.^
Pavlova (Resepi Chef Kamarul)
ijapian@myresipi.com
Resepi diceduk dr fb Chef Kamarul
Created on : 20-04-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ijapian
Bahan-bahan ( 10 org )
4 bj putih telur gred A
1 cwn gula pasir/gula castor
2 s/mkn tepung jagung
1 s/t cuka mkn
1 s/t esen perasa oren - ni ijapian tambah utk elak hanyir telur
Topping:
1 cwn fresh cream ( Rich, Value - non diary)
Fresh fruits- strwbrry, kiwi & anggur
Cara-cara
1. Pkl putih telur smpi berbuih. Kemudian mskkan gula & pkl smpi sot peak / bertanduk.
2. Mskkan tepung jagung yg telah diayak utk elak 'alien' msk dlm adunan...hehehe
3. Pkl lg adunan td smpi sebati. Setelah sebati mskkan cuka mkn & esen oren. Pkl lg smpi sebati
4. Pnskan oven 10 min awal pd suhu 150©
5. Pd dulang pembakar, ltkkan kertas minyak(yg putih tu ye) kemudian lukiskan bulatan ikut acuan
loyang kek size 9
6. Tuangkan adunan pavlova & mskkan dlm oven. Bakar selama 1 jam 20min (slps 1/2 jam turunkan
suhu pd 130©)
7. Slps masak biarkan pavlova dlm oven selama 20 min. Kemudian blh lah di topping kan ngan fresh
cream & buah2an segar spt strwbrry, kiwi & anggur
8. Utk topping: pkl fresh cream smpi soft peak. Kemudian tuangkan di atas pavlova yg tlh sejuk &
hiaskan dgn hirisan fresh fruits td ngan kreaviti anda.
9. Lps tu blh lah mamam...sedap beb..hehehe
Puding Castard Jelly mudah
ijapian@myresipi.com
Mudah aje...
Created on : 20-04-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ijapian
Bahan-bahan ( 6 org )
Utk castard:
3 cwn susu sejat/ susu cair
2 s/b gula pasir
1 s/b susu pekat manis
1 s/t esen oren/ strwbrry/ limau (ikut perasa jelly)
2 s/b membunbun tepung castard
1 s/b butter/ marjerin
1 tin buah2an koktel ( toskan buahnya & airnya disimpan utk memasak jelly nanti)
Utk jelly:
500 ml air (campuran air koktel & air paip biasa)
1 ktk jelly crystall Nona perasa strwbrry/ oren/ limau
Cara-cara
1. Bahan2 castard dimasukkan ke dlm periuk & kacau di atas api yg perlahan & kacau sehingga agak
pekat
2. Tutup api & terus tuang ke dlm mangkuk comeii atau mangkuk caserol
3. Susunkan buah2an koktel td atau susun buah2an segar td di atas adunan castard. Tekan sedikit
buah2an ni dkt castard ye spy bila dituangkan jelly dia X terapung2
4. Di dlm periuk lain mskkan 500 ml air(campuran air buah2an koktel + air paip. Stlh air mendidih,
mskkan jelly & kacau sehingga gula jelly larut & mendidih
5. Ttp api & sendukkan sedikit demi sedikit jelly ke atas adunan castard td
6. Sejukkan diluar dulu. Kemudian mskkan dlm freezer. Slps 4 jam blhlah mamam. Sejuk aje msk
tekak
♥Icing Kentang™
kak fida@myresipi.com
Untuk menambahkan seri pada gubahan hantaran...icing yang sesuai dipicit pada gubahan
makanan pedas,berlauk seperti pulut kuning atau putih, gubahan puff pastry, talam berlauk atau
murtabak cream crackers,berkat pulut kuning dan lain2 ikut kreativiti masing2...gambar contoh di
atas adalah gubahan pulut kuning open heart.. :)
Created on : 15-04-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( satu gubahan )
400 ml air panas mendidih
90 g serbuk kentang segera/instant mashed potato - (contoh - Mr Mash atau Potato Buds)
1 sb mentega lembut
sedikit garam dan lada sulah
sedikit pewarna kuning atau oren
Cara-cara
1. Tuang air panas ke dalam mangkuk. Masukkan serbuk kentang dan dikacau rata. Masukkan
mentega, lada sulah dan garam secukup rasa. Masukkan pula pewarna kuning atau oren atau
dibiarkan warna asal sesuai gubahan makanan yang disediakan.
2. Sediakan piping bag yg telah dibubuh muncung bintang atau bunga. Picitkan icing kentang di
keliling, atas, bawah, permukaan gubahan atau ikut kreativiti masing2.
3. Gandakan adunan icing kentang jika ingin dipicit ke gubahan pulut kuning pengantin 2,3 atau 4
tingkat.
4.
Gubahan puff pastry double heart....
5.
Gubahan pulut lapis daging....
♥Bingka Emping Jagung™
kak fida@myresipi.com
Aneka kuih bingka... :)
Created on : 08-04-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 8 inc / 3 biji acuan pecah 8 )
150 g cornflakes/emping jagung - dikisar halus (1 kotak kecil)
3/4 cawan tepung jagung - ayak
3 biji telur
1 1/2 cawan santan ( 200ml KARA + air)
1 1/2 cawan susu segar
1/3 cawan gula pasir
3 sb susu manis
1/4 sk garam
1/2 sk esen vanilla
sedikit pewarna kuning
Cara-cara
1.
Satukan kesemua bahan2 di dalam mangkuk dan kacau rata hingga adunan sebati.
2.
Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu majerin/minyak dan dipanaskan sebentar.
3.
Bakar pada suhu 170C selama 40 min atau hingga kuih kelihatan garing.
4. Sejukkan kuih, potong dan hidangkan.
Puding roti kastrad caramel
Harith62@myresipi.com
mudah jer respi ni , tak perlu banyak bahan :) , Resepi dari mak , kalau try mesti nak buat lagi :) ,
hehe
Created on : 05-04-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Harith62
Bahan-bahan ( 15 orang makan )
Bahan A #
1) 8 kepeng roti di redam dalam susu segar selama 1 jam ( boleh kurang jika mahu lembut lagi )
2 ) setengah cawan gula pasir ( masak gula di atas api yang kencil hinga keperang peranggan ,
dan masuk kan setengah cawan air , kacau hingga gula menjadi cair )
Bahan B #
5 biji telur
2 sudu gula
1 tin susu cair
3 sudu tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara
1. pukul telur dan gula hinga kembang , masukan susu cair , tepung kastard , esen vanilla dan pukul
hinga kembang
2. Masuk kan roti dengan sikit demi sediki , dan pukul dengan pelan-2 .
3. panas kan pengukukus , masukan gula yang dimasak atas api tadi di satu loyang , "Pastikan gula
tersebut tidak panas" dan masukan bahan-2 A tadi kedalam loyang tersebut dan kukus hina 1 jam
setengah . bila sudah masak boleh dimakan , makan sejuk-2 lagi sedap :)
mee udang ala-ala kuale sptg
goldenmanja@myresipi.com
resepi yang agak ringkas..sesuai untuk hidangan istimewa tp kurang masa..
Created on : 31-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi goldenmanja
Bahan-bahan ( 3 px )
1 paket besar mee kuning
1 ikat sawi
1/2 kg udang tak kira saiz
3 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar sos tiram
1 biji telur saiz A
3 liter air
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
minyak masak, garam dan gula
cili kisar 3 sudu besar
Cara-cara
1. Rebus udang dgn 3 liter air dlm periuk sampai mendidih. tutup api dan biarkan..
2. kisar bawang merah dan bawang putih tumis dalam minyak yang telah di panaskan dlm kuali
sehingga garing sedikit dan naik bau..
3. masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing..
4. campurkan sos cili, sos tomato dan sos tiram bersama secawan air gaul dan masukkan ke dalam
tumisan yang telah garing, gaul rata dan biarkan mendidih.
5. pecahkan sebiji telur dan gaul rata supaya kuah pekat, biarkan mendidih sekali lagi.
6. setelah mendidih tuangkan ke dalam periuk berisi rebusan udang tadi dan letak kembali ke atas
api, masukkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan mendidih.
7. didihkan air dan celur sawi, toskan.. jgn buang air rebusan td sebalik nya celurkan pula mi kuning
yang telah di cuci bersih dan toskan.
8. bila kuah dah menggelegak sempurna, boleh hidangkan dengan mi bersama cili potong, hirisan
daun bawang,telur rebus dan bawang grg...
9. selamat mencuba dan selamat menjamu selera...
Puding Triffle
intanadura82@myresipi.com
kategori dessert...resepi daripada mak
Created on : 31-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi intanadura82
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
1 gulung kek Swiss Roll
1 kotak Kristal jelly (brand Nona)
1 tin susu
1 tin buah cocktail
3 sudu besar tepung kastard
Cara-cara
1. Cara-cara: Step 1: (lapisan kek) 1.Potong kek gulung anggaran 1 inci. 2.Susun kek dalam loyang
atau dalam apa2 bekas sampai padat supaya lapisan puding nanti tak sampai ke dasar bekas.
3.Tekan-tekan sedikit kek tadi agar mampat dan pastikan tiada ruang yang menampakkan dasar
loyang atau bekas. Ketepikan.
2. Step 2: (lapisan puding) 1.Masukkan 3 sudu besar penuh (merumbu) tepung kastard ke dalam
bekas. 2.Tuangkan 1 tin susu cair, 1 tin air (sukat guna tin susu tadi) dan 7 sudu besar gula ke
dalam bancuhan tadi. * Gula (terpulang nak letak banyak mana). Kalau leh puding ni jangan manis
sangat sebab kek dah manis dan jelly nanti pun manis jugak). 3.Kacau semua adunan tadi
sehingga larut dan sebati (adunan tepung dah tak berketul-ketul). 4.Kemudian baru masukkan
dalam periuk dan masak atas dapur dengan api sederhana. Sentiasa kacau sebab adunan ni nanti
cepat pekat dan keras. Kacau sehingga pekat dan likat. Bila dah nampak adunan ni meletup-letup,
terus tutup api. 5.Angkat dan tuangkan atas lapisan kek tadi dan ratakan sehingga menutupi
keseluruhan kek. 6.Susun atau taburkan buah atas puding kastard. Tekan-tekan sedikit ke dalam
puding supaya bila letak jelly nanti, buah-buah tadi tak terapung.
3. Step 3: (lapisan jelly) 1.Masukkan Kristal jelly dan campurkan dengan 400ml air. 2.Masak atas
dapur. Kacau sehingga jelly hancur dan sebati. 3.Curahkan perlahan-lahan jelly ke atas lapisan
kastard/buah tadi dengan menggunakan sudu atau senduk. 4.Biarkan sejuk atau suam-suam kuku,
baru masukkan ke dalam peti sejuk.
cekodok bilis rangup dan mudah
dorry_sweetie@myresipi.com
Resipi sendiri sejak zaman sekolah,sesuai utk mkn pagi atau petang
Created on : 31-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi dorry_sweetie
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
150gm gandum
Segenggam ikan bilis
Segenggam atau lebih udang geragau (basuh dulu)
Secubit garam
2 gelas air
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan..kalo nak rangup mcm sy letak air byk bia adunan sedikit cair..bila
goreng nanti dia akn rangup tepi2 dan nipis..pastikan goreng ketika minyak tgh panas supaya
cekodok tidak berminyak..sekejap je prosesnya,tadaaa sudah siap..suami mmg suke cekodok
rangup sy ni..mkn ari2 pon xpe katenye..selamat mencuba kawan2!
♥Awol-Awol Sagu Mutiara™
kak fida@myresipi.com
Kuih warisan yang mudah dan enak... :)
Created on : 29-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 8x8 )
2 cawan sagu biji (300g)
1 sb tepung kanji/ubi
1 1/3 cawan gula merah ( akak guna gula melaka 280g )
1 cawan air (250ml)
2 helai daun pandan - disimpul
secukup kelapa parut putih kukus - utk menyalut kuih
Cara-cara
1. Bilas Sagu biji dalam tapisan dan rendam dengan secukup air selama 30 min.
2. Masak gula merah/melaka, air dan daun pandan hingga gula larut. Tapis dan ketepikan.
3.
Toskan sagu biji dan masukkan ke dalam sirap gula tadi dan kacau dan masukkan tepung kanji/ubi
ke dalam adunan dan kacau sebati.
4.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan dipanaskan dulu.
5.
Kukus selama 30 min atau sehingga kuih kelihatan jernih.
6.
Biar kuih benar2 sejuk, potong kecil dan salutkan dengan kelapa parut kukus. Enak juga dimakan
dingin, simpan kuih yang bersalut dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais.
7.
Adunan awol2 sagu mutiara boleh juga dijadikan kuih talam jika tak ingin dimakan dengan kelapa
parut, guna topping lompang jakarta tapi gandakan
bahan2nya....http://www.myresipi.com/top/detail/11221
8.
Talam Sagu Mutiara... :-
9.
Contoh kuih talam yang dikukus di dalam mangkuk dadih kecil... :-
♥Bingka Telur Gula Melaka™
kak fida@myresipi.com
Enak dimakan bila2 waktu.... :)
Created on : 28-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 9 inc / 3 biji acuan pecah 8 )
Bahan A :-
325 g gula melaka / gula merah 1 1/2 cwn + 1/8 cwn
4 3/4 cawan santan ( 2 cwn santan pekat + air)
2 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
3/4 sk garam
Bahan B :-
6 biji telur
2 cawan tepung gandum
Cara-cara
1.
Masak bahan A hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Campur bahan A dan B dan kacau rata dan tapis lagi.
3.
Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang di lengser sedikit majerin/minyak dan dipanaskan
sebentar.
4.
Bakar pada suhu 160C selama 30-40 min atau hingga garing. Sejukkan kuih, potong dan
hidangkan.
Nasi Mediterranean / Nasi Nandos
MamAqil@myresipi.com
Terlalu minat dengan Nasi Nandos, so I try buat sendiri untuk save budget.. :)
Created on : 25-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi MamAqil
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
1 sudu mentega
3-4 sudu Sayuran Campuran
1 biji bawang besar (Dihiris)
Daun Pandan
3 cawan beras dan air
Garam secukup rasa
Cara-cara
1. Goreng bawang besar hingga wangi bersama 1 sudu mentega.
2.
Masukkan sayuran campuran dan daun pandan. Masak sehingga sayuran setengah masak.
3.
Selepas itu, masukkan air dan tunggu sehingga mereneh sebelum dimasukkan beras dan garam.
4. Masak seperti biasa. Tips untuk elak nasi berkerak: Tutup periuk dan kecilkan api bila air nasi dah
mula mengering.
5. Sedap dimakan bersama ayam bakar & sos black pepper.
KEK COKLAT MOIST KUKUS
yusriaty@myresipi.com
mmg sng la kek nie xpyh pkul lme2 asl sbti sudh..
Created on : 18-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi yusriaty
Bahan-bahan ( mkn rmai2 )
BAHAN A:
3/4 cwn gula
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn minyak jagung
1/2 cwn koko (msk sume ats api smpai pkat dan sjukkn)
BAHAN B:
3/4 cwn tepung gndum
1 sudu teh baking soda
(ayak bersama)
BAHAN C:
3 biji telur A
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil vanilla esen
(pukul sebati sumenye)
Cara-cara
1. panaskan kukusan.sediakn loyang bergris.
2. satukan bahan B dan C ke dalam bahan A secara selang seli.. pakai spatula/senduk kayu je..
sebatikan.. masuk dlm loyang dan kukus selama 30minit.. leh juga nk buat cup cake.. hias dgn
ganache.. sy xbuat pn ske mcm nie je..
3. *lupe lak nk tulis mse kukus 2 ttup loyang dgn aluminium foil@plastik untuk elakkn air mnitis ats
kek.. klu buat cupcake als kain dekat pnutup kukusan 2...
Nasi Ayam Singapore
resepimudah@myresipi.com
Nasi Ayam Special dari Singapura
Created on : 15-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi resepimudah
Bahan-bahan ( 4 )
1 ekor Ayam Segar (Siz Besar), Boleh dipotong 2 atau 4.
1 batang serai
1 biji rempah bunga lawang
1.5 inch halia
4 ulas bawang putih
1 kuib knorr ikan bilis
4 sudu besar bawang merah goreng
4 helai daun pandan
Air secukup untuk rebusan
Bahan untuk memanggang ayam :
300 gm Madu asli
1/2 sudu serbuk kayu manis - Digaulkan pada ayam
Minyak
800 gm beras Basmati - direndam untuk 20mins
1 inch halia 4 ulas bawang putih 4 - 5 cawan air rebusan ayam 2 helai daun pandan 1 batang serai
Bahan untuk sos :
3 biji limau nipis kasturi 5 sudu besar cili kisar (cili hidup - 5 batang ) 3 sudu teh cuka & jus limau
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara
1. Cara-Cara Menyediakan Ayam: Bersihkan ayam, ikut citarasa – potong 2 atau 4. Panaskan air di
periuk yang besar kalau hendak meletakan ayam seekor. Letakan garam secukup
rasa,halia,bawang putih yang dititik rempah bunga lawang, serai dan daun pandan kedalam periok
bersama 1 kuib Knorr (Ikan Billis). Masukan ayam kedalam biarkan ia masak selama 15 atau 20min
hingga mendidih. Keluarkan ayam, toskan dan tepikan. Gunakan tapisan kuah air rebusan di
bahagikan dua, satu untuk sup dan satu untuk dimasukan kedalam nasi nya. Untuk supnya
tambahkan,bawang goreng dan duan sup. Letak 1 biji rempah bunga lawang. Panaskan supnya
hingga mendidih.
2. Cara-Cara Menyediakan Nasi Ayam: Letakan 5 cawan kuah stok rebusan ayam kedalam periok.
Letakan beras Basmathi yang sudah direndam dan letakan halia dan bawang putih,serai yang
dititik, kepingan ayam (lehernya dan lemak2 nya. Seikat daun pandan. Garam secukup rasa.
3. Cara-Cara Menyediakan Ayam Panggang: Gosokan serbuk kayu manis pada ayam, sedikit garam
dan madu.Biarkan ia sebentar. Panaskan oven pada suhu 180C. Bila sudah panas. Letakan ayam
kedalam di atas jaring pembakar. Setkan oven pada ‘Grill setting’ atas sahaja. Turunkan suhu oven
pada 160C. Panggang ayam untuk 15mins atau bila kulit ayam menjadi keemasan. Keluarkan
ayam biarkan ia rehat selama 10mins sebelum dipotong. Cara-Cara Menyediakan S
4. Cara-Cara Menyediakan Sos: Panaskan periok kecil, letakan air dalam 1.5 cawan, letakan 5 sudu
besar cili kisar segar, garam secukup rasa, cuka/jus lemus dan gula secukup rasa. Bila sos
mendidih tutupkan api, dan letakan jus limau nipis. Rasa lah sos nya ikut cita rasa. Anda boleh
letakan cili api jika suka pedas lagi.
5. Kunjungi Resepimudah.com untuk mendapatkan resepi mudah dan ringkas
Kek Pelangi Dengan Cream Cheese Frosting
liyanna@myresipi.com
Resipi dri kawan Dan alhamdulillah mebantu sy buat berniaga searang ; )
Created on : 15-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi liyanna
Bahan-bahan ( Sebiji Kek,loyang segiempat bersaiz 8" )
250gm butter
2 1/2 cawan tepung naik sendiri - diayak
1 1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu pekat manis
5 biji telur
Sedikit vanilla esen
pewarna makanan (biru,pink,oren,kuning,ungu,hijau,)
BAHAN2 UNTUK CREAM CHEESE FROSTING
250gm cream cheese - pada suhu bilik
350gm non dairy whip cream (saya guna brand Vivo)
Cara-cara
1. 1. Panaskan ketuhar pada suhu 160darjah-170darjah. Bergantung kepada oven anda. (Saya guna
suhu 165darjah celcius)
2. 2. Putarkan mentega bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Putar sehingga betul-betul kembang. Masukkan esen vanila.
3. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan susu pekat,pukul semua bhn
sehingga betul2 sebati.
4. 4. Bahagikan adunan sebanyak 6 bahagian. Warnakan dengan 6 warna yang berbeza. (terpulang
nk buat berapa warna)
5. 5. Saya timbang lebih kurang 305gm untuk setiap layer.
6. 6. Masukkan ke dalam loyang yang telah bergris mentega dan dialas kertas baking.
7. 7. Bakar selama lebih kurang 20 minit. (jangan lama sangat takut lapisan kering).
8. 8. Sejukkan. Keluarkan dari loyang dan bolehlah dilayer setiap lapis dengan buttercream /
creamcheese. Bila dah siap setiap lapisan, salut dengan adunan cream cheese frosting.CARA2
UNTUK BUAT CREAM CHEESE FROSTING
9. CARA2 UNTUK BUAT CREAM CHEESE FROSTING
10. 1.Dlm bekas yg berasingan, Pukul whip cream sehingga kental.
11. 2.Dlm bekas yg berasingan, Pukul cream cheese sehingga lembut dan kembang.
12. 3. Kemudian, campurkan kedua-dua nya, Putar sebati. Siap untuk digunakan
AYAM GORENG BEREMPAH
liyanna@myresipi.com
Resipi Dri Kawan Semasa Menetap Di Arab Saudi
Created on : 15-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi liyanna
Bahan-bahan ( Sekeluarga )
1/2 ekor ayam-potong ikut suka, dibersihkan dan toskan..
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 sudu besar serbuk kari daging*
1/2 sudu besar serbuk cili*
5 batang serai-dihiris kasar*
1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 /2 sudu besar jintan putih*
1 sudu besar lada hitam*(kisar halus bahan beranda*)
Garam secukup rasa dan sedikit gula
2 tangkai daun kari Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara
1. 1.Gaulkan ayam dengan bahan2 kisar,
2. 2.Garam dan gula..Perap selama 1-2 jam.
3. 3.Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga separuh masak, Taburkan daun kari dan
goreng hingga ayam betul2 masak.
4. 4.Angkat ayam dan tapis serdak...sedia untuk dihidangkan...
KEK KELAPA KERING
riaputih@yahoo.com@myresipi.com
Gebu sangat dan sedap. Try lah tentu tak mengecewakan.
Created on : 08-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi riaputih@yahoo.com
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1 1/2 ADUNAN
BAHAN:
A: PUKUL KEMBANG
195g gula halus
300g planta
3 biji telur A
B: AYAK
225g t.gandum
1 1/2 camt baking powder
1/2 camt soda bikarbonat
C:
1 1/2 camt esen vanilla/pandan
1/2 cwn kelapa kering
3 camb susu tepung (ina guna susu pekat)
Pewarna hijau
Hiasan: sedikit kelapa kering utk tabur atasnya
Cara-cara
1. Pukul guna mixer smpi kembang bhn A.
2. Masukkan bahan B dan C - pukul perlahan smpi rata.
3. Masukkan ke dalam loyang - tabur kelapa kering dan bakar selama 1 jam.
♥Kuih Serimuka Pandan (Tanpa Telur)™
kak fida@myresipi.com
Sesuai dihidang bila2 waktu dan dalam majlis2 tertentu... :)
Created on : 07-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 10x10 )
LAPISAN BAWAH :-
500 g beras pulut - dicuci bersih,rendam 15 min-20 min dan toskan
2 cawan santan cair
garam secukup rasa
2 sb minyak masak
1 helai daun pandan - dikerat2
LAPISAN ATAS :-
500 g santan KARA/pati santan
450 g jus pandan (kisar 10 helai daun pandan + air dan tapis)
3/4 cawan gula halus (rcp asal 1 cawan)
1/2 cawan tepung gandum - diayak
1/2 cawan tepung beras - ayak
1/2 sk garam
1/2 sk warna hijau
Cara-cara
1. Panaskan periuk kukusan berisi air. Campur dan kacau bahan2 lapisan bawah di dalam loyang dan
kukus hingga masak selama 30 min.
2. Sementara pulut masak, sediakan bahan2 lapisan atas...campurkan semua bahan dan tapis.Masak
hingga adunan hampir pekat sambil terus dikacau.
3.
Keluarkan daun pandan dr adunan pulut dan tekan2 pulut hingga rata dan padat.(Akak ambil
sedikit pulut dan warnakan dgn pandan pes)
4.
Tuang adunan lapisan atas tadi ke atas lapisan pulut dan ratakan permukaannya dan kukus
semula kuih selama 30 min dengan api sederhana.
5.
Biar kuih benar2 sejuk baru dipotong dan hidangkan.
Resepi Puding Roti Kukus Simple
farae@myresipi.com
resepi puding roti kukus mudah ambil masa 20 minit je
Created on : 06-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi farae
Bahan-bahan ( Sesuai untuk 5 orang makan )
5 keping roti
1 tin susu cair
Butter (untuk sapu kat roti)
Kismis untuk hiasan
4 sudu besar gula
1 sudu kecil asen vanilla
2 biji telur
Cara-cara
1. 1:Masukkkan asen vanila,gula dan telur dalam satu acuan dan kacau.Kemudian kacau sebati
bersama susu cair.
2. 2:Sapu butter depan dan belakang roti dan potong kepada 4 bahagian.Letak dalam loyang atau
ape je bekas yang ada kat dapur anda semua :)
3. 3:Kemudian jiruskan semua adunan tadi keatas roti yang dah disusun dalam loyang
4. Tabur kismis diatas roti untuk hiasan
5. Kukus selama 20 - 30 minit atau sehingga masak
6. Sejukkan dan hidang..memang sedap
Rainbow Pudding
zarifatun@myresipi.com
pencuci mulut, boleh buat hidangan utk majlis makan2 kecil-kecilan
Created on : 06-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi zarifatun
Bahan-bahan ( 20 biji )
1 peket agar-agar strip
1.3 liter air
200 ml susu cair
1 mangkuk gula atau secukupnya ikut tekak masing-masing
Pewarna biru, merah, hijau, kuning, oren, ungu - Kalau takde ungu, campurkan merah dgn biru -
Kalau takde oren, campurkan merah dgn kuning
Cara-cara
1. Masak agar-agar, gula dan air atas api perlahan.
2. Bila gula dan agar-agar larut, masukkan susu cair.
3. Bila larutan puding sudah betul-betul larut rata, sukat 260ml dan masukkan pewarna (merah).
Kacau hingga rata dan masukkan dalam acuan.
4. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 10 minit atau hingga puding hampir keras dan masih suam.
5. Ulang langkah ketiga dan keempat dengan warna seterusnya; oren, kuning, hijau, biru dan ungu.
6. Untuk lapisan kedua hingga yg terakhir, sejukkan dalam peti ais utk 5 minit atau hampir keras.
7. Nota: Saya guna acuan besi muffin 6 inci tinggi, jadi setiap lapisan tebalnya lebih kurang 1 inci.
Jadi dapat 20 biji.
Grilled Steak
sakinahqistina@myresipi.com
Resepi ciptaan sendiri
Created on : 03-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi sakinahqistina
Bahan-bahan ( 4 orang makan )
1kg daging (dipotong nipis)
2 biji bawang besar (dikisar)
10 biji bawang putih (dikisar)
1 peket serbuk lada
1 peket kecil ketumbar jintan (dikisar)
1 peket kecil lada hitam (dikisar)
5 sudu besar kicap manis
10 sudu besar sos cili
6 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar madu
Serbuk lada putih (ikut citarasa)
Garam
Gula
Cara-cara
1. Masukkan daging yang telah dibasuh dan ditoskan ke dalam bekas besar.
2. Campurkan kesemua bahan bersama daging tersebut.
3. Tambah sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
4. Kemudian gaulkan kesemua campuran tadi sehingga betul-betul sebati dan tiada bahagian yang
tidak terkena rempah tersebut.
5. Akhir sekali perap daging di dalam peti ais selama semalaman.
6. Lebih lama daging diperap rasanya akan semakin sedap. Sedia untuk di bakar.
♥Steamed Oreo Cheezy Chocolate Cake™
kak fida@myresipi.com
Adunan boleh juga dibakar... kek ini enak juga dimakan begitu saja tanpa adunan cheese... :)
Created on : 02-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 9x9 / 10x10 inc )
BAHAN KEK :-
250 g mentega *
1 1/8 cawan gula halus *
1 cawan susu sejat *
1/4 cawan susu pekat manis *
1 cawan serbuk OREO (120g)
1 3/4 cawan tepung gandum **
1/4 cawan serbuk koko **
1 sk baking powder **
1 sk bicarbonate soda **
BAHAN CHEESE :-
250 g cream cheese
1/4 cawan gula halus
1 biji telur
2 sb susu sejat
1/4 sk esen vanilla
Cara-cara
1. Satukan bahan2 cheese dan pukul rata dan ketepikan.
2. Masak bahan2 bertanda * dengan api perlahan hingga mentega cair dan gula larut dan kacau rata.
Matikan api dan biarkan adunan hampir sejuk.
3.
Ayakkan bahan2 bertanda ** ke dalam mangkuk dan campurkan dengan serbuk OREO lalu
tuangkan adunan yang dimasak tadi dan kacau hingga sebati.
4.
Loyang dialas kertas dan disapu mentega, ratakan adunan kek dan tompok2kan adunan cheese
rata2 atas permukaan kek.
5.
Lorekkan perlahan2 menggunakan batang sudu. Atau marblekan adunan kek berselang-seli dgn
adunan cheese ikut kreativiti masing2.
6. Kukus selama 45 min atau hingga masak atau bakar pada suhu 170 C selama 45 min. atau
sehingga masak ikut kepanasan oven masing2.( loyang ditutup dengan alum. foil jika dikukus )
7.
Kek yang dibakar... :)
♥Bingka Labu Tepung Beras™
kak fida@myresipi.com
Sesuai dihidangkan bila2 masa... :)
Created on : 01-03-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 9 inc / 3 biji acuan pecah 8 )
2 cawan tepung beras - diayak
2 cawan labu / keledek kukus yang dilecek
4 cawan santan ( 300ml KARA + air )
1/2 cawan gula halus (tambah jika suka manis)
1/2 sk garam
sedikit pewarna kuning
1 sb mentega/majerin cair/minyak masak
1 sk esen vanilla (opt)
Cara-cara
1.
Satukan kesemua bahan2 dan kisar hingga sebati.
2.
Masak hingga adunan hampir pekat dan tuang dan ratakankan adunan ke dalam acuan / loyang
yang disapu minyak dan dipanaskan sebentar. Tabur bijan jika suka.
3.
Bakar selama 30 min. pada suhu 170C atau hingga kuih kelihatan garing permukaannya.
4.
Biar kuih benar2 sejuk, potong dan hidangkan.
Bawal taucu pekat
aida_aleya@myresipi.com
Resepi adunan sendiri, slalu rasa taucu basah..so cuba pulak buat masak taucu pekat.
Created on : 26-02-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi aida_aleya
Bahan-bahan ( Anggaran 3 org makan )
1) 1 ekor ikan bawal (boleh guna ikan tenggiri, kembung, kerapu dll)
2) 4 biji bawang putih
3) 1 biji bawang besar (potong 6)
4) 7-8 cili padi
5) 1 biji cili bengala (potong 8)
6) 2 peket taucu (sy guna cap bilal)
7) 1 sudu asam jawa (jadikan 1 cwn air)
8) 3cm halia (hiris halus)
**gaulkan ikan dgn garam, kunyit & tepung beras
Cara-cara
1. Goreng ikan sehingga garing dan angkat.
2. Kemudian blend taucu dgn air asam dan sedikit halia.
3. Tumiskan bawang putih, cili padi, dan halia sampai naikbau dan masukkan bahan kisar tadi.
Masukkan gula, masak hingga agak pekat.
4. Masukkan bawang dan cili bengala.. kemudian masukkan tepung jagung. masak dalam 2 minit dan
tutup api.
5. Tuangkan kuah ke atas ikan tadi. Siap dihidangkan.
Choc Ice Blend
Zu An-Nurain@myresipi.com
resepi ni dipetik dari Kak Ita masam manis... Mudah dan cepat.
Created on : 26-02-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Zu An-Nurain
Bahan-bahan ( untuk 1 orang )
Bahan-bahannya~ (sb : sudu besar, sk : sudu kecil)
* 1 sk serbuk koko van houten (atau yg swaktu dgnnya)
* 3 sb susu manis
* 5 sb susu cair (nk lagi lemak... taruk la lbh ckit)
* 1 mug ais (lebih pun xpe, mengikut citarasa
* 2 sb milo/choc malt
Cara-cara
1. Cara-cara~ (note : guna blender yg bersih taw... jgn guna blender utk kisar bwng plak, kalau blh
la.. tkut rasa lain plak..)
2. * masukkan milo, koko, susu manis, susu cair, ais, ais cream coklat dan sedikit air (3 sudu besar).
jgn lbh taw air tu sbb air tu hnya utk gerakkan blend je... takut cair plak nnti kalau terlebih...
3. * trrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.... blend smua.
4. * dah siap blend, masukkan dlm gelas. hias dgn whipping cream, choc syrup n choc rice... TADAA...
siap untuk dihidangkan... Cuba Jgn xcuba...
karipap "ekspress"(doh)
normah ibrahim@myresipi.com
air tangan anak saya,rupa x lawa tapi rasanya sangat sedap dan ranggup...
Created on : 23-02-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi normah ibrahim
Bahan-bahan ( dapat dalam 20 ketul )
4 cwn tepung
1/2 cwn minyak masak
3/4 cwn air
1 sudu kecil garam
sedikit gula -optional
Cara-cara
1. masukkan minyak yg betul2 panas dalam tepung,
2. kacau dgn senduk, bila sejuk, kacau dgn jari sampai berderai.
3. masukkan air. uli sampai rata sebati
4. bulat kecil2 sesuai utk size 1 biji karipap
5. bila dah siap. tutup dgn plastik tak nak kasi kering. menguna rolling pin, gelek , jgn terlalu nipis.
masukkan inti, klim
6. goreng dengan api perlahan.
7.
sedia dihidangkan
butir nangka
muse@myresipi.com
kuih tradisi kelantan. resipi dr ibu tersayang.
Created on : 23-02-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi muse
Bahan-bahan ( 3 org )
Bahan Biji:
-1 setengah cawang tepung beras pulut
-setengah sudu kecil air kapur
-6 helai daun pandan yg diblend kemudian ambil airnye shj
- pewarna hijau (xde pun xpe)
Bahan2 utk kuah:
- 1 kotak santan
- 2 kotak (isi dalam kotak santan td) air
- sehelai daun pandan
- sedikit halba
- 3 sudu gula
- secubit garam
Cara-cara
1. buat biji dulu.. gaulkan bahan2 biji itu tadi.
2. anggarkan sampai kalau kita gentel, tepung tu xmelekat kat tgn. as usual la..
3.
panaskan air dlm periuk sampai menggelegak. bila sdh menggelegak, gentelkan tepung jadi biji
memanjang. terpulang nk gentel rupa cane. suka2 hati.. masukkan dlm air menggelak tadi.
4.
nak tau cane dah masak, biji2 tu akan terapung. masak la tu.. angkan guna penapis, then
masukkan dlm bekas yg ada air sejuk. rendam kan ia dlm tu..
5.
siap buat biji.. buat kuah pula. campurkan semua bahan2 kuah td.
6. panaskan atas dapur. bila dah menggelegak kecil.. masukkan biji2 td. biarkan sampai
menggelegak lagi. sentiasa kacau sebab kita xnk santan tu berketul2. masak jangan samp pecah
minyak.
7. siap! ready to be serve.
ayam masak kicap berempah
ratuku@myresipi.com
sumber dr rakan fb...mmg sedap.....
Created on : 20-02-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ratuku
Bahan-bahan ( 1 family )
1 ekor ayam ~ potong dan cuci bersih sedikit garam sedikit kunyit. Gaul ayam bersama kunyit,
perap sebentar. Goreng ayam dalam minyak panas secara terendam sehingga kuning keemasan.
Angkat dan ketepikan.
Bahan kisar- 6 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 10 tangkai cili kering, 1 sudu teh lada
hitam, 1 inc halia, 1 batang serai, Kesemua bahan di atas dikisar.
Bahan tumis- 1 batang kulit kayu manis, 5 kuntum bunga cengkih, 2 kuntum bunga lawang 3 biji
pelaga, 1 batang serai ~ dititik
Rencah - 3 biji kentang ~ di hiris dan digoreng, 2 labu bawang besar ~ potong bulat, 2 sudu besar
~ kicap pekat, 2 sudu besar rempah kari daging, 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap manis,
1 kiub pati ayam, garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali .Tumiskan bahan tumis hingga naik bau .Kemudian masukkan bahan
kisar dan masak hingga garing .Masukkan rempah kari, kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan
pati ayam .Jika kuah terlalu kering, tambahkan sedikit air. Masak hingga didih Masukkan ayam
goreng, kentang goreng dan bawang besar hiris .Biar kuah masak dan pekat .Perasakan dengan
garam dan gula [x]
Ayam masak kicap pedas
Lyana89@myresipi.com
Masakan bujang dan simple
Created on : 20-02-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Lyana89
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
-Ayam separuh -Kicap -Sos Tiram -Bawang besar & bwg putih diracik halus -cili dikisar bersama
bawang besar sebiji -sos cili /sos tometo -sayur : kobis putih,carrot,kentang
Cara-cara
1. 1.Goreng ayam seperti biasa 2.Tumis cili dan bawang 3.Masukkan sos tometo,sos tiram dan kicap
dan sedikit air (kalau nk cair) 4.Masukkan sayur 5.Masukkan ayam yg telah digoreng dan gaulkan
sebati
Puding Agar-agar
SairaTaste@myresipi.com
Resepi dari mak...sesuai utk majlis2, mnum petang dan bila2 masa jer...
Created on : 19-02-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi SairaTaste
Bahan-bahan ( 15-20. orang )
1 bungkus agar-agar tali
2 tin susu sejat F&N
1 gelas gula
5 biji telur ayam
Sedikit pewarna pandan (pandan paste)
Cara-cara
1. Potong agar-agar sepanjang 2 inci. Rendam semalaman. Proses ni nak bagi agar-agar tu
lembut....tp kalau tak kesah dgn keras agar2 tu...rendam jer 4-5 jam...
2. Pukul telur dan gula sampai kembang.
3. Masukkan susu F&N dan digaul sebati.
4. Kemudian, tambah pandan paste ikut sedang warnanya.
5. Toskan agar-agar yang dah direndam semalaman.
6. Last sekali masukkan agar-agar tersebut ke dalam bancuhan puding. Gaul sebati.
7. Tuang adunan ke dalam loyang 8'×8'. Kukus sehingga masak (1jam). Setelah masak, biarkan
puding sejuk dan masukkan ke dalam peti ais.
8. Potong puding sedang tebal. Siap untuk dihidang...enak dimakan sejuk. Selamat mencuba.
♥Kuih Lompang Jagung Krim™
kak fida@myresipi.com
Sesuai dimakan bila2 masa.. :)
Created on : 20-02-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( 50 biji )
2 cawan tepung beras } diayak
4 sb tepung kanji/ubi } bersama
1 tin jagung krim* (425g)
1 cawan gula halus* (akak guna 3/4 cwn)
4 cawan air*
1/2 sk garam
1 sk air kapur (opt)
1/2 sk esen jagung (opt)
sedikit pewarna kuning
Cara-cara
1. Panaskan dahulu acuan lompang yang disapu minyak di dalam periuk kukusan.
2.
Kisar bahan2 bertanda * dan campurkan dengan bahan2 yang lain sambil dikacau sebati.
3.
Tuang adunan ke dalam acuan lompang tadi.
4.
Kukus kuih selama 15 min. Sejukkan kuih dan boleh dihidangkan dengan kelapa parut kukus.
homemade bread crumb
ida116@myresipi.com
a cheaper version of bread crumb :-)
Created on : 19-02-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ida116
Bahan-bahan ( 1-2 kali memasak )
5 keping roti putih
lada hitam dan garam (secukup rasa)
Cara-cara
1. masukkan kepingan roti kedlm blender or food processor. kisar hingga hampir halus dan tuang dlm
oven tray.
2. bakar dlm oven 190 deg C selama lebih kurang 10 min. kaup balikkan utk dapatkan kesan garing
yang sekata.
3. selepas serbuk roti agak kekuningan, kisar kembali kedalam blender atau food processor bersama
lada hitam dan garam
4. simpan didlm bekas kedap udara.
♥Bingka Betawi™
kak fida@myresipi.com
Kuih bingka yang kenyal2, menggunakan tepung pulut..Sesuai dimakan bila2 masa saja... :)
Created on : 17-02-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( 2 keping acuan pecah 8 )
Bahan A :-
2 cawan santan ( 200ml KARA + air)
2 helai daun pandan
2 helai daun limau purut
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 sk jintan manis/kasar
Bahan B :-
2 cawan tepung pulut (akak guna 200g)
6 sb tepung gandum
1 cawan gula halus (akak guna 3/4 cwn)
2 biji telur
1/2 sk garam
sedikit pewarna kuning
2 sk minyak makan atau mentega/majerin cair
sedikit bijan
Cara-cara
1.
Masak bahan2 A hingga mendidih dan tapis. Biarkan sejuk.
2. Campur bahan B ke dalam mangkuk kecuali bijan dan tuang adunan A dan kacau hingga sebati
dan tapiskan adunan.
3.
Panaskan acuan yang disapu sedikit minyak dan tuang adunan.Tabur bijan dan bakar pada suhu
160C selama 40 min atau hingga bingka garing.
4. Biar bingka benar2 sejuk dan potong untuk dihidangkan.
Philly cheese steak sandwich (oriental style)
ida116@myresipi.com
One of favorite food while staying in US
Created on : 14-02-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ida116
Bahan-bahan ( Utk 1 org )
Bhn A :
60- 100 gram daging ( hiris nipis)
1 sudu besar oyster sauce
1sudu besar kicap manis
lada hitam & garam secukup rasa
Bhn B:
1/4 labu bwg holland (potong memanjang)
1" bell pepper (hiris nipis)
Bhn C:
1 biji roti sausage /hoagie roll ( dibelah tengah)
1 atau 2 keping cheese slice (american or provolone)
Cara-cara
1. A)Gaul rata Bhn A & perap selama 1/2 jam B) Tuang sesudu minyak Masak kedlm pan dan masak
kepingan daging selama Lebih kurang 8 min. C)tutup api.
2. A) goreng bwg holland dgn minyak yg sedikit hingga layu B) masukkan bell pepper & goreng
kedua2 Bhn hingga agak kekuningan. C) tutup api
3. A) hiris roti & buang sedikit bahagian dlm utk membolehkan daging Masuk sepenuhnya. B)
masukkan kepingan daging, diikuti dgn bwg holland & bell pepper tadi C) Susun cheese slice &
"broil" dlm oven at 180 degC selama 5 min ataupun 30 sec dlm microwave sehingga cheese melt.
D) tambahkan mayonnaise sebelum hidangkan. E) sedap dimakan esp time still panas.
Kek Carrot tanpa telur!
ruby hanafi@myresipi.com
Resepi ini saya ambil dari internet, tapi dah diubahsuai sikit
Created on : 01-02-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ruby hanafi
Bahan-bahan ( untuk 8 org )
carrot yg di parut, saya buat secawan je, dlm 150gram, suka hati nak byk mana, digaul tepung
sikit supaya tidak tenggelam ke bawah kek
100 gram gula castor
100 gram gula perang, blender kering supaya mudah larut
220 gram tepung gandum, di ayak
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh serbuk kayu manis
120 ml jus oren (saya gune sunquick je)
180 ml minyak sayuran (saya gune minyak masak je sbb minyak jagung habis)
secawan kismis, digaul tepung sikit supaya tidak tenggelam ke bawah kek
secawan coklat chips ( optional), saya tambah, sedap sikit :), digaul tepung sikit supaya tidak
tenggelam ke bawah kek
untuk topping
125 gram cream cheese ( sy buat sendiri cream cheese ni), saye belajar dr sini
http://dapurzitah.blogspot.com/2011/03/making-my-own-cheese-2.html , kalo nak mudah, beli jela
2 sudu besar butter
150 gram-200 gram gula icing, ikut taste sendirila nak manis mcm mane
1 sudu teh esen vanilla
(optional) kalo nak cair sikit, boleh tambah 1 sudu makan susu
Cara-cara
1. panaskan oven ke 160 c
2. Jgn guna mixer utk buat kek ini, cukup guna spatula / senduk
3. Campur tepung, gula, garam, baking soda, serbuk penaik, serbuk kayu manis. Gaul hingga sebati.
4. kemudian campurkan carrot, kismis dan coklat chips. Gaul.
5. Masukkan minyak. Gaul Lagi. Kemudian masukkan jus oren.
6. Apabila dah sebati, masukkan dalam bekas dialas kertas aluminium/minyak.
7. Bakar dalam oven, suhu 160 darjah, api atas bawah selama 20-30 minit. ini bergantung pada oven
masing2. Jadi letak dulu 20 minit, kalo tak masak lagi, tambah lagi 2-3 minit hingga masak. Kek
masak apabila kita masukkan toothpick/lidi dan bila tarik keluar, lidi tu bersih, takde kek yg
melekat.
8. bila dah masak, sejukkan dulu pada suhu bilik. Mari buat topping pula
9. Untuk topping campurkan cream cheese dan butter dan pukul hingga gebu (topping boleh pakai
mixer) Sebelum tu, pastikan cream cheese dan butter ni kita dah keluarkan awal2, pastikan berada
pada suhu bilik dan dah lembut. kalo tak nnt berketul2 pulak topping.
10. Kemudian masukkan gula dan esen vanilla. pukul lagi.
11. Kalo rase nak cair sikit boleh la tambah satu sudu susu. bergantung selera masing2.
12. Bila kek dah sejuk bolehla hias pada kek.
13. Dah siap! Saya rase kek ni sgt mudah! dan mmg sgt sedap and moist! Cubalah, Insya Allah tak
menyesal. Suami saye yg mmg tak gemar kek2 & dessert pun kate sedap :)
Biskut Nestum Rangup
resepimudah@myresipi.com
biskut raya
Created on : 01-02-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi resepimudah
Bahan-bahan ( 4 )
250 gm mentega
120 gm gula aising
250 gm tepung gandum
130 gm tepung jagung
60 gm serbuk badam
40 gm nestum - dikisar
1 sudu teh esen vanilla
Ceri merah - dihiris halus secukupnya untuk hiasan
1 biji kuning telur - untuk hiasan
Cara-cara
1. Masukkan mentega, gula aising dan esen vanilla serta telur ke dalam mesin pengadun dan pukul
hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk badam serta nestum. Uli doh hingga menjadi
doh yang lembut.
3. Ambil sedikit doh dan bulatkan seperti bola dan tekan dengan garfu @ terapkan dengan
menggunakan acuan kegemaran anda. Ulang langkah ini sehingga doh habis.
4. Susun dalam loyang yang telah disapu mentega.
5. Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri merah/ceri hijau/manik/badam/mengikut citarasa
masing2 pada permukaan biskut.
6. Masukkan dalam ketuhar pada suhu 175 darjah celcius dan bakar selama 20 minit atau hingga
kuning keemasan.
7. Simpan dalam bekas kedap udara.
8. Dapatkan resepi mudah lagi disini Resepi Mudah @ Resepimudah.com
ღ♥ CEMPEDAK GORENG RANGUP ♥ღ
ez_2901@myresipi.com
mudah, ringkas, cepat dan sedap.... http://yezzzza.blogspot.com/
Created on : 29-01-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ez_2901
Bahan-bahan ( 2 orang makan )
cempedak secukupnya
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Panas kan minyak. campurkan semua bahan di atas dan kacau hingga sebati. adunan hendaklah
tidak terlalu pekat ataupun cair. agak2 la ye.
2. Ambil 2 sudu besar minyak panas masukkan kedalam adunan tadi dan kacau hingga larut.
3. Masukkan cempedak dan goreng.
4. Makan masa panas memang sedap tapi hati2 la yer.. takut2 menggelupur lidah tuh nanti... hehe
♥Apam Mekar Tepung Beras™
kak fida@myresipi.com
Resepi dengan bahan2 mudah untuk dicuba, seakan2 apam makoke tapi tanpa ragi atau tapai... :)
Created on : 22-01-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( lebih kurang 30 biji )
200 g tepung beras*} (2 cwn)
2 sk baking powder*} diayak bersama
180 g gula halus (2/3 cwn+1/8cwn)
1 cawan susu segar/cair/santan cair
1 sk esen vanilla
pewarna pilihan ikut selera
Cara-cara
1. Panaskan kukusan. Acuan dialas mangkuk kertas.
2.
Satukan bahan2 kering di dalam mangkuk lalu tuang susu segar/cair/santan sedikit2 sambil
dikacau hingga gula larut dan sebati.Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
3. Warnakan adunan ikut pilihan. Tuang 3/4 penuh adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 min.
atau hingga masak.
4.
Apam ini enak dimakan begitu saja atau dengan kelapa parut kukus dan cicah gula apom.
CREPE DURIAN UMMPHH
idah_sura@myresipi.com
dapat dari blog. dan gabung kan yg mana lebih senang dan enak
Created on : 20-01-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi idah_sura
Bahan-bahan ( 50-70 mengikut size )
BAHAN2 (A) 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
1/4 cawan tepung kastad
1/4 cawan tepung jagung
3 sudu besar butter yg di cair kan. atau minyak masak
3 biji telur
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 penutup esen vanila
3 sudu besar gula
sedikit pewarna kuning
------------------------------------------------------
FILLING KASTAD (utk whipping cream lebih enak)
300ml susu segar
4 biji kuning telur
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung kastad
CARA2NYA UTK FILLING KASTAD: satu kan semua bahan2 filling dan di masak dgn cara double
boiler hingga pekat
2-3 cawan non dairy whipping cream
isi durian secukup nya . (di lenyek terlebih dahulu)
---------------------------------------------------------
Cara-cara
1. satu kan kesemua bahan2 A. pukul dgn whisk atau mixer. tapis utk jadi crepe yg halus mulus.
2. panas kan kuali. saya senang guna kuali biasa.. senang nak goyang gerudi bagi jadi bentuk bulat
yg comel. (sbb xde kuali leper yg kecil..)
3. sapu sedikit butter utk pertama kali supaya adunan tadi x melekat kt kuali. perlahan kan api. takut
nanti hangus lak crepe dan kt tengah x masak
4.
senduk kan adunan dan goyang gerudi kan kuali jadi kan rata dan senipis yg boleh. bila nampak
tepi dia dah hampir nak kekuningan serta di tengah2 dah masak boleh lah di angkat.. buat sampai
habis
5.
ni sebahagian yg dah masak
6.
nipis tak! nipis tak????
7.
whipping cream di pukul dgn kelajuan yg tinggi. sehingga kental. dan di satu kan dgn FILLING
KASTAD yg telah di sejuk kan. kaedah kaup balik. filling kastad biar betul2 sejuk sebelum di
campur dgn whipping cream tadi. >>> filling kastad yg telah di sejukkan(gambar--->>>>)
8.
ambil sekeping crepe tadi. pastikan yg licin tu di bahagian bawah @ luar. letak cream sesudu.
kemudian isi durian. dan di tutup semula dgn cream. pastu lipat la dgn crepe tadi.. susah juga nak
terang kan mcm mana.. rasa2 nya korang dah tau mcm mana nak lipat crepe tu.. GAMBAR kt
sebelah ni. baru lipat 2x so.. korang lipat lah 2x lagi utk jd mcm bantal yg penuh kekabu.
9.
taaaraaaaaaaa... sekarang ini lah hasilnya.. ermmmmm.. opppss.. sejuk kan dulu dlm peti ais..
baru best nak makan.. rasa sekali pasti nak lagi.
10.
terima kasih pada yg menge'like' resepi ni.
♥Kaswi Kacang Hijau™
kak fida@myresipi.com
Resepi kuih kaswi dengan campuran tepung kacang hijau, sesuai di hidang bila2 masa saja... :)
Created on : 15-01-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 10x10 )
Bahan A :-
150 g tepung kacang hijau yang disangar
200 g tepung kanji/ubi
50 g tepung beras
600 g santan - sedang pekat
1 sk air kapur
1 sk pandan paste
sedikit warna hijau muda
Bahan B :-
500 g air
380 g gula pasir (akak guna 260g gula melaka + 120g gula pasir)
1/2 sk garam
2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
1. Satukan bahan A ke dalam mangkuk. Kacau rata.
2.
Masak bahan B hingga mendidih dan tapis.Tuangkan ke dalam adunan bahan A ketika panas dan
kacau sebati.
3.
Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan kecil yang disapu minyak dan telah dipanaskan dulu.
Kukus selama 30 min-40 min jika mengguna loyang dan 20 min jika mengguna acuan kecil.
4.
Sejukkan kuih dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.
Cheese cake
mardhiyah81@myresipi.com
Menggunakan tepung kek segera, hanya perlu putar selama 6 minit dan simpan dlm peti sejuk
selama 3 jam...siap utk dimakan
Created on : 12-01-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi mardhiyah81
Bahan-bahan ( 10 )
200g cheese cake mix
100g oreo yg dihancurkan
100g filling - ikut suka (saya guna kiwi filling)
sedikit mentega
110 ml air
Cara-cara
1. Gaulkan butter dan oreo hingga sebati dan jadikan sebagai base.
2. Campurkan air dan cheese cake mix ke dlm bekas pengadun.
3. Putar selama 1 minit pd kelajuan minima.
4. Kemudian, putar lg selama 5 minit pada kelajuan maksima.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan kuih. Kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam.
6. Sedia dimakan.
minuman homemade ais blended
zethy305f@myresipi.com
minuman popular sekarang ala2 minuman coolblog (yeke?hehehe)
Created on : 11-01-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi zethy305f
Bahan-bahan ( segelas untuk seorang minum. Boleh tambah atau kurangkan sukatan bahan ikut selera manis masing2. )
PERISA VANILLA
bahan-bahan
2 sudu makan gula, 3 sudu makan susu pekat manis, 1 scoop aiskrim vanilla, Segelas ais ketul/ais
kiub, ½ gelas air masak
---------------------------------
PERISA COKLAT
bahan-bahan
2 sudu makan gula, 3 sudu pekat manis, 3 sudu makan milo, ½ sudu makan serbuk koko, Segelas
ais ketul/ais kiub, ½ gelas air masak.
---------------------------------
PERISA MOCHA
bahan-bahan
2 sudu makan gula, 3 sudu makan susu pekat manis, 1 sudu makan serbuk koko, ½ sudu makan
nescafe, Segelas ais ketul/ais kiub, ½ gelas air masak.
---------------------------------
PERISA CAPPUCCINO
bahan-bahan
2 sudu makan gula, 5 sudu makan susu pekat manis, ½ sudu makan Nescafe, Segelas ais ketul/ais
kiub, ½ gelas air masak.
Cara-cara
1. Pilih mana2 perisa yang digemari
2. Masukkan semua bahan-bahannya ke dalam blender
3. Pastu blend je sampai halus. Hati2 kalau blender cap ayam tu jgn plak blend xbenti kang berasap
blender
4. Air batu tu ketuk2 dulu sikit kalau taknak blender tu cepat jahanam huhuhu
5. Air masak tu sebenarnya ikut keperluan blender. Tuang sikit2 je..kalau blender susah nak jalan,
tambah air lagi sampai dia pusing lancar. Kalau nak sedap ganti air masak tu dgn susu segar ke,
susu cair ke, susu sejat ke.baru naik sikit rasa lemak dia.
6. Untuk perisa vanilla..kegunaan aiskrim vanilla tu untuk aroma vanilla sahaja. Kalau nak guna esen
vanilla sebagai ganti pun boleh tapi bau esen tu cam tengit sikit. Kena buh sikit je esen vanilla,
lagipun kalau bubuh byk2 esen, nanti minuman aisblended tu jadik warna kelabu.vanilla kan putih
bersih..tak pun beli serbuk putih vanilla je.abis citer (tp serbuk ni mahal sebotol kecik 30g dlm rm4,
guna sedikit sahaja untuk aroma vanilla)
7. Ini minuman untuk minum sendiri (homemade) kalau agak2 nak buat jual, nak komersial kan nak
meniaga ke nak meniaga serbuk ais blended ke konon2 la..bleh like page saya humaeyra pastry di
facebook.
8. selamat mencuba
♥Talam Jongkong Gula Melaka™
kak fida@myresipi.com
sesuai dihidangkan bila2 masa saja.. :)
Created on : 10-01-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 10x10 )
LAPISAN PANDAN :-
180 g tepung beras (1 3/4 cwn)
30 g tepung Hoen Kwee (3 sb)
150 g gula pasir (2/3 cwn)
350 g air daun pandan ( kisar air bersama 6 helai daun pandan atau air + 1 sk pandan pes) = (1
3/4 cwn)
750 g santan = (100g pati santan + air = 3 1/2 cwn)
1 sk air kapur
1/2 sk garam
1 sk pewarna hijau muda
1 sk pewarna kuning muda (opt)
LAPISAN GULA MELAKA :-
250 g gula melaka * (1 1/4 cwn yg diracik halus2)
150 g air * (3/4 cwn)
2 helai daun pandan * (masak mendidih bahan *, tapis dan sejukkan)
800 g santan pekat =(400g pati santan + air = 4 cwn)
50 g tepung gandum (1/2 cwn - 1 sb)
60 g tepung beras (10 sb)
1/2 sk garam
1/2 sk pewarna coklat (opt)
Cara-cara
1.
Satukan bahan2 lapisan pandan, kacau rata, tapis dan masak atas api perlahan hingga pekat dan
tuang adunan sambil ratakan ke dalam loyang yang disapu minyak terlebih dahulu.Kukus selama
30 min. (akak buat 2 lapis dan warnakan hijau dan kuning dan masak berasingan hingga pekat.)
2.
Sementara itu satukan pula bahan2 lapisan gula melaka, tapis dan masak hingga naik wap ( akak
masak hingga 1/2 pekat) dan tuang atas lapisan pandan dan kukus selama 30 min. lagi.
3.
Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan hidangkan.
4.
Enak juga dimakan dingin... :,)
ROTI PURI SALJU
syimma@myresipi.com
resipi dr rakan FB
Created on : 06-01-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi syimma
Bahan-bahan ( 5 ORG )
BAHAN2 : 2 cwn tpg gandum 1 sb gula 1 sb susu pekat manis/susu tpg 3 sb minyak 1/2 sb yis 1
cwn air suam & secubit garam
Cara-cara
1. cmpur kn tpg & yis .. masukan minyak + gula+susu+garam gaul dgn air suam sedikit2 .. uli lah
smpai licin .. kemudian bulat2 kn kecil cm bOla ping pOng .. biar kn sejam ..tutup dgn kain lembab
lpas tuh bOle lah d gelek nipis & d gOreng .. slmt mncuba !!
2. * sedap d mkn bersama kari atau sambal sardin .. bOle juga d tabur gula aising d atas nya
♥Bingka Lemak Krakers (Tanpa Telur)™
kak fida@myresipi.com
Buatkan untuk orang yang tak makan telur, langsung kongsi resepi di sini... :)
Created on : 05-01-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 8x8 atau 2 keping acuan pecah lapan )
Bahan A :-
16 keping biskut lemak krakers/cream crackers - dipatah2kan
2 cawan santan sedang
1/2 tin susu cair
Bahan B :-
1/2 cawan tepung gandum - ayak
4 sb tepung jagung
1/2 cawan gula halus
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam
Bahan C :-
2 sk pandan paste dan beberapa titik pewarna hijau
2 sb mentega cair
secukup bijan - untuk tabur jika suka
Cara-cara
1.
Masukkan bahan2 A ke dalam blender dan kisar hingga halus.
2.
Campur bahan2 B ke dalam sebuah mangkuk dan kacau rata. Tuangkan adunan yang dikisar tadi
dan kacau rata dan campurkan mentega cair,pandan paste dan secukup pewarna hijau, kacau
hingga sebati.
3.
Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang bergris dan bakar pada suhu 160C-170C selama 40
min - 1 jam atau hingga garing permukaan kuih.
Mi Goreng Basah Ummph!!
mama_na@myresipi.com
Resipi sendiri, comfirm sedap dn basah gileer!
Created on : 03-01-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi mama_na
Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
4 ulas bawang putih ( dihiris nipis )
1 labu bawang besar ( dimayang bulat kasar2 )
1 keping dada ayam ( dipotong kecil2 ) **jika ingin masukkan seafood,sebaiknya hanya
seafood.jgn campur dgn ayam.nnti kurg sedap (:
2 btg sayur sawi manis ( dipotong kecil2 ) **sawi yg saiznya pendek..sedap,tk pahit.
** 1 sb lada giling
** 1 ½ sb sos cili
** 1 ½ sb sos tiram
** 1 ½ sb gula
4 putaran kicap ( putaran kuali )
4 biji lada marang ( dihiris nipis )
1 biji lada besar ( dihiris kasar2 )
2 tangkai daun sup
1 mangkuk air panas
1 bungkus mi kuning **agk2 klau mi tu da masin,xprlu ltak garam
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali yg besar.lg besa lg baik. Tumis bawang besar dn putih shingga
kkuningan dn naik bau.
2. Bila da kuning2 dn naik bau,msukkn bhan ** dn kacau shingga sbati. Sbaiknya sdiakn smua bhn **
ddalam mgkuk yg sma.
3. Bila dah sebati, masukkan ayam. Isi air panas dlm mngkuk yg dgunakn unt sdiakn bhn ** ..dah
nmpk cm kering dlm kuali tu,msukkn air td. Biarkn sketika.
4. Dah nmpak mcm mnggelegak,kacau sebati.msukkn garam secubit,dan serbuk perasa.
5. Pastikan kuahnya agk bnyak,mcm mi bandung. Masukkan kicap 4 putaran shingga agk2 wrnanya
jd gelap sikit.
6. Bila da betul2 gelegak,masukkan sbungkus mi kuning dan sayur..*pastikan mi itu sdah dbasuh dgn
air.
7. Kacau 2 atau 3 kali shingga sbati dh terus ttup api. *Ini unt elak mi itu jd kembang,tk
sedap.sbaiknya slepas letak mi trus ttup api.
8. Dah slesai,taburkn daun sup dan cili marang....hidangkan dn mkn dgn timun..umphh sure best!
Ikan Bilis Goreng Petai
zaza norizazaya@myresipi.com
Masakan yang mudah :)
Created on : 02-01-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi zaza norizazaya
Bahan-bahan ( 2-3 orang makan )
2 genggam ikan bilis ( digoreng )
1 papan petai tidak dibuang kulit ( hiris halus dan digoreng )
1 biji bawang merah ( dihiris )
2 ulas bawang putih ( dihiris )
7 biji cili api ( dihiris )
2 1/2 sudu makan cili kisar
Sedikit guka melaka.
Sedikit gula dan garam.
1 biji bawang besar ( dihiris )
Cara-cara
1. Tumiskan bawang merah, cili api, bawang putih dan juga bawang besar sehingga naik bau harum
nya,
2. Bila bahan2 yg dihiris tadi da naik bau harumnya,, masukkan pula cili kisar tadi. Masak sehingga
terbit minyak.
3. Kemudian masukkan pula gula melaka,, kacau biar sebati. Lepas tu perasakan dgn sedikt gula dan
garam.
4. Masukkan pula petai dgn ikan bilis tadi. Kacau seketika agar sebati.
5. Dah siap,, boleh dihidang bersama nasi panas,, lempeng mahu pun dimakan bersama roti :)
Terung Goreng Berlada
mama_na@myresipi.com
Mudah dan sedap!
Created on : 02-01-2013
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi mama_na
Bahan-bahan ( 5 orang )
2 btg terung panjang (dipotong 4 *sbb nanti dy kecut)
3 btg bendi
1 sb lada giling
1 sb sos cili
1 sb kicap
1 sb gula
Sedikit serbuk perasa
1 labu bawang holland (dipotong bulat2)
*1 labu bwg besar
*6 bji cili marang (dipotong kecil)
*4 ulas bwg putih
--Sedikit minyak unt menggoreng
Cara-cara
1. Goreng terung sehingga separuh masak.Ketepikan.
2. Tumis bahan2 unt mnumis (*) shingga pecah minyak dan naik bau. *Guna minyak yg dgunakn unt
goreng terung td.
3. Masukkan lada giling,sos cili dan kacau shingga sebati. Masukkan juga bawang yang telah
dipotong td.
4. Masukkan terung yg tlah digoreng tadi dan tunggu shingga masak.Masukkan sdikit serbuk perasa
dan gula.
5. Lastly,masukkan sdikit kicap. Kacau sdikit dan hidang kan.. Siapp!!
6. **Boleh tambah lada sebagai hiasan (:
Kek Kukus 7up
resepimudah@myresipi.com
Kek Kukus perisa 7up mudah dan ringkas
Created on : 30-12-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi resepimudah
Bahan-bahan ( 4 )
5 biji telur A
220gm gula halus
1/2 sudu makan ovellete
150gm tepung naik sendiri(blue key)
150gm tepung gandum
180ml air 7up
2 sudu besar susu pekat manis
Pewarna ikut suka
Cara-cara
1. Pukul telur dan gula halus sampai kembang.
2. Kemudian masukkan oveleete dan pukul lagi hingga gebu..Masukkan kedua-dua tepung berselang
seli dgn air 7up
3. Pukul sebati
4. Last sekali masukkan susu pekat manis.
5. Pukul sebati
6. Bubuh la pewarna ikut kesukaan masing2
7. Kemudian kukus selapis dulu dalam masa 7 minit.
8. Akhir sekali kukus selama 20minit atau sampai masak
9. Untuk resepi2 lain sila lawati resepimudah.com :)
Asam gumpal / sagupal
UMMU KK@myresipi.com
kuih tradisi pantai timur
Created on : 29-12-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi UMMU KK
Bahan-bahan ( 15 biji )
250g sagu halus
250g kacang hijau
sekeping gula kabung / gula melaka
3 cawan santan dari sebiji kelapa
satu cawan air suam
setengah sudu kecil halba
sebiji bawang besar dimayang halus
satu inci halia dimayang halus
Cara-cara
1. buat inti dahulu: rebus kacang hijau dgn gula melaka hingga menjadi inti. sejukkan.
2. sagu halus digaul dengan air suam supaya mudah lekat. kemudian digumpalkan dan diisi dgn inti
kacang ditengah
3. susun jarak-jarak sagu yg telah digumpalkan dgn inti dalam pengukus dan kukus selama 10-15
minit. sagu akan kembang dan kelihatan jernih
4. untuk kuah: bawang, halia dan halba dimasukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api yang
sederhana dan dikacau untuk mengelakkan berserawa. masukkan sagu yg telah disejukkan di
dalam santan hingga menggelegak.
5. boleh dimakan sejuk atau panas.
♥Kuih Bakar Melaka™
kak fida@myresipi.com
Sesuai dimakan bila2 masa saja... :)
Created on : 22-12-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 8x8 atau acuan pecah lapan )
Bahan A :-
650 g santan (dr 1 biji kelapa)
3 helai daun pandan - disimpul
3 helai daun limau purut
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Bahan B :-
4 biji telur
250 g gula pasir
170 g tepung gandum
1/2 sk garam
1 sk warna hijau
Cara-cara
1. Masak bahan2 A hingga mendidih dan sejukkan. Tapis.
2.
Kacau bahan2 B ikut urutan lalu tuangkan santan dan kacau sebati dan tapis.
3.
Tuang adunan ke dalam loyang yang bersapu minyak, tabur bijan jika suka dan bakar hingga
masak dan garing permukaan kuih.
♥Roti Paun Lemak (Tanpa Telur)™
kak fida@myresipi.com
Dengan cara mudah, all-in-one method, doh yang boleh dipelbagaikan ikut selera dan sesuai buat
sarapan dan minum petang.... :)
Created on : 17-12-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( 2 loyang 8 inc. bulat )
6 cawan tepung gandum - ayak
2 sb yis kering Mauripan
2 sk garam
4-5 sb gula halus
1 cawan susu segar - hangat *
1 cawan air - hangat* (campur bahan *)
4 sb minyak masak
secukup inti pilihan
mentega atau majerin untuk mengoles
Cara-cara
1.
Satukan 4 bahan pertama dalam mangkuk dan gaul rata.Tuang campuran susu dan air hangat
sedikit2 sambil di uli sebati.Masukkan minyak dan uli terus hingga doh menjadi elastik.
2.
Tutup mangkuk dan diamkan doh selama 45 min atau hingga kembang 2 kali ganda.
3.
Tumbuk2 doh dan bahagi kepada 6-8 bahagian untuk 1 loyang. Isi inti pilihan jika suka (akak buat
roti kosong aje), bulat2kan dan susun dalam loyang yang disapu mentega/majerin.
4.
Diamkan bebola doh tadi lagi 30 min.
5.
Bakar selama 25 min pada suhu 160 min atau sehingga roti kecoklatan mengikut kepanasan oven
masing2. Keluarkan roti dan segera sapu permukaan roti dengan mentega/majerin supaya
kelihatan kilat.
Karipap pusing (arahan bergambar)
leenz85@myresipi.com
karipap rangup tak berminyak dan tahan lama..
Created on : 17-12-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi leenz85
Bahan-bahan ( 16 biji saiz sederhana )
KULIT KARIPAP
Bahan A
150g tepung gandum
85g shortening
BAHAN B
200g tepung gandum
33g shortening
115g air
garam
INTI KARIPAP
sardin/ kentang/ keledek/ telur dan lain-lain
Cara-cara
1.
gaul sebati bahan a dan bentukkan doh..gaul sebati bahan b dan bentukkan doh juga..bahagi
kepada 2 atau 3 doh kecil utk doh a dan doh b.. # doh b (kiri) lebih besar daripada doh a (kanan)..
2.
uli doh b hingga leper..agak2 supaya boleh balut doh a je..pastu letak doh a dalam doh b yg dah
leper tu..
3.
then balutkan supaya membentuk satu doh sahaja..
4. pastu ulikan doh tu menggunakan penguli..aku guna botol air sebab uma xde penguli..hehe..
5.
pastu gulungkan adunan leper tu..
6.
ulikan lagi sekali secara memanjang..
7.
again..gulung lagi..then potong kepada dua bahagian..pastu potong lagi kepada dua..dan dua
lagi..so akan dapat 8 doh kecil..so total akan dapat 16 doh kecil..sebab ada dua doh asalkan..
8.
ulikan doh kecil tu (bila pandang doh tu..bentuk spiral mengadap muka kita..jangan uli tepi pulak)..
kalau boleh bahagian tengah jangan leper sangat..takut pecah..bahagian tepi xpe..
9.
isi sesudu besar inti..katupkan hujung kulit karipap dengan cara memicit2..pastu kelimkan
hujungnya..
10. karipap pusing yg dah siap bolehlah digoreng dalam minyak penuh ok!guna api kecik je..
11. terima kasih sebab sudi membaca..harap sudi mencuba dan komen juga ok..senang2 follow my
blog herdiaryoflife.blogspot.com
Bubur Pulut Hitam Durian
manjasayang@myresipi.com
Rcp dr blog Cek Mat Gebu...mmg sedaap...tks bebanyak ye cek mat...tp disini sya ubah ikut
timbangan saya
Created on : 01-12-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi manjasayang
Bahan-bahan ( sekeluarga )
300 gm beras pulut hitam - dicuci bersih dan direndam semalaman
4 ketul gula melaka - dimasak dgn sedikit air lalu di tapis
4 sudu besar gula pasir - yg ni terpulang klu nk manis tambah
300 ml santan
Durian sebanyak mana yang anda suka...heeehee
Sedikit santan pekat yg di tambah dgn sedikit garam utk disiram diatas bubur waktu dihidangkan
Secubit garam dan daun pandan
Cara-cara
1. Rebus beras pulut hitam bersama air sehingga lembut,lalu masukkan air gula melaka ,gula pasir
dan daun pandan,masak lg hingga mendidih.
2. Masukkan santan dan secubit garam kacau dgn api sederhana jgn smpi pecah santan,biar
mendidih dgn perlahan lalu masukkan durian.
3. Biarkan mendidih sebentar dan boleh lah di tutup api.Sendukkan bubur pulut hitam didlm mangkuk
dan sudukan santan pekat diatas nya dan boleh lah dihidangkan,enak juga di mkn dingin dr peti
sejuk.
Cheese Cake (fridge)
Dian Erma@myresipi.com
Resepi daripada kawan-kawan opis
Created on : 29-11-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Dian Erma
Bahan-bahan ( 5 )
1 buku philepedia cheese
1 buku cheddar cheese
1 tin susu pekat
biskut cheese (apa2 pun boleh yang tiada krim)
Cara-cara
1. 1. Kisar philadelphia cheese bersama susu pekat (separuh sahaja) ikut la jika tak suka manis,
kurangkan susu
2. 2. buat lapisan susu + philadelphia yang telah dikisar..selang selikan dengan biskut cheese..susun
biskut dengan teratur.
3. 3. setelah siap lapisan bahan kisar dan biskut, parutklan cheddar cheese ke atas kek tadi..
4. 4. masukkan ke dalam fridge semalaman atau 5 jam sehingga keras.
5. 5. Boleh dimakan bersama yang tersayang..hehe
Cheese Cake (fridge)
Dian Erma@myresipi.com
Resepi daripada kawan-kawan opis
Created on : 29-11-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Dian Erma
Bahan-bahan ( 5 )
1 buku philepedia cheese
1 buku cheddar cheese
1 tin susu pekat
biskut cheese (apa2 pun boleh yang tiada krim)
Cara-cara
1. 1. Kisar philadelphia cheese bersama susu pekat (separuh sahaja) ikut la jika tak suka manis,
kurangkan susu
2. 2. buat lapisan susu + philadelphia yang telah dikisar..selang selikan dengan biskut cheese..susun
biskut dengan teratur.
3. 3. setelah siap lapisan bahan kisar dan biskut, parutklan cheddar cheese ke atas kek tadi..
4. 4. masukkan ke dalam fridge semalaman atau 5 jam sehingga keras.
5. 5. Boleh dimakan bersama yang tersayang..hehe
♥Apam Pelangi Optima™
kak fida@myresipi.com
Seperti apam comel optima tapi bercorak pelangi..lembut seperti kek span/sifon kukus... :)
Created on : 29-11-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( loyang 9x9/10x10 )
400 g tepung Optima
4 biji telur - A
125 ml santan pekat (1/2 cawan)
1 sk esen vanilla atau perisa esen pilihan
7 warna pilihan atau ikut suka berapa warna yang ada.
Cara-cara
1.
Satukan semua bahan2 kecuali pewarna dan pukul hingga adunan kembang dan pekat.
2. Bahagi adunan kepada 7 bahagian dan warnakan atau bahagi kepada beberapa bahagian ikut suka
dan warnakan.
3. Tuang setiap warna bertindih dalam loyang beralas dan disapu minyak.Tutup loyang dengan alum.
foil rapat2.
4. Kukus dengan api sederhana selama 30-40 min.
5.
Sejukkan apam dan boleh dipotong dan hidangkan.Enak juga kalau dimakan dengan kelapa parut
kukus.
6. Untuk menjadikan apam marble optima, adunan dibahagi 2 dan bubuh 2-3 sb serbuk koko + 1 sk
choc. emulco pada 1 bahagian adunan.. :)
7.
Apam Comel Optima...
8. Dengan adunan yang sama boleh dijadikan kek lapis pelangi kukus... :)
♥Apam Comel Optima™
kak fida@myresipi.com
Resipi apam yang ringkas dan mudah penyediaannya... :)
Created on : 29-11-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida
Bahan-bahan ( lebih kurang 40 biji )
200 g tepong Optima
2 biji telur - A
1/4 cawan santan pekat
1/2 sk esen vanilla
pewarna pilihan
secukup hawflakes kecil - untuk inti
Cara-cara
1.
Satukan semua bahan2 kecuali hawflakes dan pukul hingga kembang dan pekat.
2.
Bubuh sesudu kecil adunan ke dalam mangkuk kertas kecil, isi inti hawflake, 1 atau 2 keping dan
tutup lagi dengan adunan hingga memenuhi 3/4 penuh mangkuk kertas. Corakkan permukaan
adunan jika suka.Buat hingga habis.
3.
Kukus apam selama 10 min dengan api kuat.
4. Gantikan esen vanilla dengan pandan pes dan pewarna hijau untuk Apam Pandan Optima..... :)
5.
Apam Pelangi Optima....
Cekodok Udang Geragau Air Panas
zam757@myresipi.com
Yang ni menu rengkas, padat dan tepat pada sasaran tekak kita. Bila rasa sedap tu, mulalah nak
tepek resepi bagi kengkawan merasa sama. Memang sedap, simple je, udang geragau, bawang,
tepong & garam terus curah air panas, tadaa! Inilah hasilnya
Created on : 13-10-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi zam757
Bahan-bahan ( 3 orang makan dapat 3 piring )
3 cwn/ 330g tepung gandum Cop Kunci
1 biji bawang besar*
1 sdt serbuk kasar lada hitam
3 sdm/ 50g udang geragau kering/ basah nak boh ikan bilis pun boleh!*
1 sdt garam
1/2 cwn air sejuk*
2 cwn air panas yg menggelegak tu!
Cara-cara
1. Blend bahanx bertanda * hingga halus, tuang dalam bekas mengadun
2. Masukan tepung dan garam, gaul rata.
3. Tuang air panas, gaul hingga rata gunakan tangan je, bukan panas sangat pun!
4. Tabur lda hitam. Itu saja, siap untuk digoreng
cek mek ambo ore kelate
nur diyana jailani@myresipi.com
resepi daripada kawan
Created on : 13-10-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi nur diyana jailani
Bahan-bahan ( 2@3 orang makan )
Klik di sini untuk isi bahan bahan-bahannya * ubi (orang kelantan panggil ubi stelo) * secawan
tepung gandum * sdt tepung jagung * 4 sdt marjerin *gula
Klik di sini untuk isi bahan *minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Klik untuk isi cara-cara di sini 1. rebus ubi terlebih dahulu.Setelah siap direbus kupas kulit dan
lenyekkan ubi sehingga hancur. 2. satukan tepung gandum,marjerin dan tepung jagung.ramas
sehingga sebati. 3. kemudian masukkan ubi yang telah dilenyekkan tadi.ramas adunan sehingga
menjadi doh. 4. buat adunan menjadi bebola dan leperkan aduan tersebut.letak gula di tengah-
tengah.kemudian bentukkan adunan menjadi bujur. 5. goreng sehingga masak dan sedia untuk
dihidangkan
2. Klik untuk isi cara-cara di sini 6. ubi tu kalau boleh banyak sikit daripada tepung gandum agar kuih
tu lebih lembut.
Churros (Spanish donuts)
coffeetorque@myresipi.com
Ranggup diluar dan lembut didlm. Sangat mudah dibuat. Anak2 pasti gemar
Created on : 11-10-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi coffeetorque
Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
1 cawan air
2 sudu makan gula perang
1/2 sudu kecil garam
2 sudu makan mentega (suhu bilik)
1 cawan tepung gandum (campur dengan 1/s sudu kecil baking powder - ikut suka)
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/4 cawan gula castor atau icing sugar
1 sudu kecil serbuk kayu manis
Minyak sayur/ canola/ sunflower utk mengoreng
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali yg sesuai utk deep-fry. Perlu byk minyak dan pastikan minyak betul-
betul panas.
2. dalam bekas lain - sediakan campuran caster sugar atau icing sugar digaul rata dengan serbuk
kulit kayu manis. Ketepikan.
3. Sediakan kuali berasingan, masukkan air, gula perang, garam dan mentega. Gaulkan sampai
mentega cair dan air mula mendidih.
4. Jauhkan dari stove dan masukkan tepung. gaul sampai sebati (rupa dia seakan mash potato.
5. Pukul telur dan esen vanilla dlm bekas lain. kemudian masukkan ke dlm adunan tepung. gaul
sampai sebati.
6. Masukkan adunan kedlm piping bag yg sudah dipasang star nozzle #21. kalau tak da nozzle boleh
potong permukaan piping bag agar adunan keluar kemas dan sekata.
7. Pastikan minyak betul-betul panas dan pipe adunan dgn piping bag sepanjang 10cm. Goreng
selama 1-2 minit atau hingga bertukar kuning keemasan.
8. Angkat dan toskan dlm bekas beralas paper towel. Kemudian celup dlm adunan icing sugar
bercampur serbuk kayu manis.
9. Ulang langkah yang sama dan pastikan minyak sentiasa panas.
10. Boleh dimakan begitu sahaja atau cecah dgn choc panas (cairkan 200gm dark choc dgn 250gm
susu UHT). Cecah dgn coklat nutella pun sedap.
11. Selamat mencuba!
Simple Pavlova
Nouroules@myresipi.com
Dessert yang sedap, kombinasa rasa manis dan masam....
Created on : 11-10-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Nouroules
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
Cara-cara
1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi
senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.
2. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar
adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan
tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat (meringue)
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati
4. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Bentukkan meringue mengikut
bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.
5. Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah
bahagian oven. Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak
selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya
akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga.
6. Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar
dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan
meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.
7. Cara menghias :
8. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental.
9. Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.
10. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco
baru keluarkan. Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan
yang siap dipotong.
Kek Lapis Tembikai Simple~
royzana98@myresipi.com
kek ni sebenarnye berlapis2,tapi saya buat versi yg simple je..
Created on : 10-10-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi royzana98
Bahan-bahan ( Loyang 5x6" )
5 Biji Telur
225g mentega
1 cup gula halus
1 cup susu Tepung
1 cup Tepung Gandum ( saya Guna Tepung hong kong)
1/2 cup Horlicks
1/2 tin kecil seri kaya
1/2 Tin susu pekat manis @ (1/3 cup)
1 sudu teh esen vanila
kismis hitam secukupnya
pewarna merah & perasa strawberry ( saya guna strawberry paste)
Pewarna Hijau & perasa Pandan ( saya guna Pandan Paste)
Cara-cara
1. Pukul mentega & Gula Hingga Kembang... Kemudian masukkan Telur satu persatu..pukul lagi..
Masukkan pula Tepung Gandum/ Tepung Hong Kong...Susu tepung & Horlicks Yang telah diayak
terlebih dahulu ye..kacau sebati.. last sekali masukkan Esen Vanila & susu pekat manis serta seri
kaya...pukul hingga adunan sebati...
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.. 3 senduk dicampurkan dengan pewarna hijau ( pandan
paste) 2 senduk di biarkan dengan warna asli selebihnya dicampurkan dengan warna merah
(strawberry paste)
3. sediakan loyang..yang telah dialaskan dengan baking papper & sedikit mentega.. kukus warna
hijau dulu ...kemudian warna asli & last skali warna merah.. Taburkan kismis hitam diatas lapisan
merah... 1 lapis kukus dalam 7-10minit ..setelah selesai melapis,kukus kek selama 1/2jam- 1jam
utk kek maak sempurna...
Sambal Ikan Bilis Masak Kering
storylicious@myresipi.com
masakan ni senang sangat.. cepat disediakan.. http://story-licious.blogspot.com/2012/10/sl-kitchen-
sambal-ikan-bilis-masak.html
Created on : 10-10-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi storylicious
Bahan-bahan ( 4 orang )
200g ikan bilis
1 biji kentang
5 biji bawang kecil
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 biji tomato
2 sudu teh serbuk cili
Sedikit air asam jawa
Air segelas
sedikit gula
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga rangup. Asingkan.
2. Masukkan bawang kecil ke dalam minyak lebihan goreng ikan bilis tadi.
3. Masukkan cili hijau dan merah, higga sedikit garing, masukkan tomato, ubi kentang dan serbuk cili.
Kacau hingga sebati.
4. Masukkan air asam dan air dan tutup kuali. Tunggu hingga kentang empuk dan air kering.
5. Tambahkan sedikit gula. Jangan banyak nanti manis plak sambal.
6. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan kacau hingga sebati. Sebelum masukkan ikan bilis, pastikan
air dah kering kalau tak ikan bilis akan lembik dan tak rangup.
~Puding koktel berkuah~
azraq@myresipi.com
resepi simple but yet tasty..
Created on : 09-10-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi azraq
Bahan-bahan ( 2 org )
*Puding kastad:
1) 1 cwn tepung kastad
2) 250 ml jus koktel dalam tin
3) 250 ml air
4) 2/3 cwn gula
5) esen vanilla
*Kuah:
1) 500 ml susu segar
2) 2/3 cwn gula
3) 1 sb tepung kastad
4) 1 sb tepung jagung + air
5) esen vanilla
*Koktel:
1) 1 tin buah-buahan campuran/koktel
2) anggur @ buah-buahan lain secukupnya*optional
Cara-cara
1. Puding kastad: Satukan semua bahan puding,masak api perlahan hingga pekat dan
berkilat.sejukkan dalam bekas.
2. Kuah: satukan semua bahan lam periuk..masak hingga mendidih dan sedikit pekat.sejukkan.
3. Tuangkan koktel lam bekas kastad..dan siram dgn kuah susu..hidang sejuk.
Cheese cake Simple~ ( kukus)
royzana98@myresipi.com
Resepi dari kawan kt FB..mmg sedap & mudah je nak buat ..:)
Created on : 08-10-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi royzana98
Bahan-bahan ( Loyang 5x6' )
3 Biji telur
250g mentega
1 cup Gula
2 cup Tepung kek
1 sudu teh esen vanila
1/2 cup susu cair
6 keping slice cheese
Cara-cara
1. Gula..susu cair & cheese dimasak hingga cair, kena kacau selalu tau..supaya tak bergentil2..(guna
api perlahan je) kemudian ketepikan...
2. Pukul mentega...telur..& esen vanila hingga kembang.. selepas itu masukkn adunan yang dimasak
tadi..kacau sebati.. kemudian masukkan tepung kek sedikit sedikit..kacau rata2.. bahagikan
adunan mengikut warna pilihan anda..(saya guna 3 sudu besar serbuk koko utk 1bahagian)
sediakan loyang..yg telah dialas dgn baking papper & sedikit mentega... Tuangkan adunan
tadi...kukus lah hingga masak ..dlam 45mimit - 1jam.. slmat mencuba~
Kek Coklat Moist Mudah (Kukus)
Atuy Whibley@myresipi.com
Diambil dari pelbagai sumber dan diolah sendiri supaya senang dan jimat kos nak buat.
Created on : 08-10-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Atuy Whibley
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
Bahan A (ayak)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula kastor
1 cawan susu segar (Dutchlady)
1 sk esen vanila
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
Cara-cara
1. Pukul minyak + gula kastor hingga sebati.
2. Masukkan susu segar dan pukul lagi hingga minyak dan susu segar betul- betul sebati.
3. Masukkan esen vanila dan telur satu per satu. Adunan akan nampak berbuih- buih bila dipukul tapi
takpe jangan risau.
4. Masukkan susu pekat manis dan pukul hingga sebati.
5. Masukkan Bahan A tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan. Masa ni adunan masih
nampak berbuih tapi da kurang sikit la.
6. Tuang adunan atas loyang yang da disapu minyak.
7. Kukus selama 1 jam atau hingga masak. Da masak tunggu sejuk sikit baru keluarkan dari loyang.
Kek takkan melekat kat loyang. Smooth jer keluar.
Kek Lapis Evergreen peppermint~ (Kukus)
royzana98@myresipi.com
Baru try buat pagi tadi....mmg sedap,ank2 pn suka :)
Created on : 03-10-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi royzana98
Bahan-bahan ( Loyang size 5x6" )
1 cup Tepung Hong Kong (guna tepung gandum pn blh)
5 biji Telur
1 Cup susu Tepung
1/3 cup Horlicks
1/3 cup susu pekat manis
3 sudu besar seri Kaya
1/3 cup Gula
225gm mentega
sedikit Esen peppermint
Pewarna Hijau secukupnya ( saya guna pandan paste)
Cara-cara
1. Pukul mentega dengan Gula hingga kembang....kemudian masukkan telur satu persatu..pukul lagi
hingga adunan sebati.. Masukkan Tepung Gandum..Susu tepung & Horlicks Yang telah
diayak...kacau sebati..
2. masukkan pula susu pekat manis...pukul rata2.. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian... 1
bahagian dicampurkan dengan sedikit esen peppermint 1 bahagian lagi dicampurkan dengan
Pandan paste atau pewarna hijau...
3. sediakan loyag yg telah dialas dgn baking paper & sedikit mentega. kukus warna hijau dulu ..1
lapis kukus dlm 5-7minit..kemudian adunan peppermint, ulang proses yang sama hingga adunan
habis...setelah selesai melapis..kukus lagi selama 30minit utk kek masak sepenuhnya......
Kek Marble Awani~
royzana98@myresipi.com
Sedap & simple....
Created on : 03-10-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi royzana98
Bahan-bahan ( Loyang 5x6" )
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu tepung
5 biji telur
1/2 cawan gula
200gm butter ( saya gune buttercup)
1 cawan susu pekat manis
Kismis secukupnya...
Pwearna Merah...Hijau & oren...
Cara-cara
1. Pukul telur dgn mentega hingga kembang....Masukkan telur satu peersatu.. kemudian masukkan
tepung gandum & susu tepung yg telah diayak..kacau sebati..
2. masukkan pula susu pekat manis...pukul hingga sebati... bahagikan adunan kepada 3 bahagian.. 1
bahagian letak warna hijau.. 1 bahagian letak warna merah 1 bahagian lagi letak warna oren...
3. sedakan loyang...corakan mengikut selera anda..Taburkan kismis kukus hingga masak..dlm 1jam-
2jam..
Telur masak kicap
myda@myresipi.com
menu favorite anak-anak termasuk mamanya sekali...
Created on : 03-10-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi myda
Bahan-bahan ( 1 hidangan )
6 biji telur-goreng mata kerbau
1 sb sos tiram
2 sb sos cili
Kicap manis-saya suka guna yg kicap udang
kayu manis,bunga lawang,cengkih,buah pelaga
1 biji bawang besar-hiris
4 ulas bwg putih-mayang halus
Halia
1 @ 2 batang cili merah-belah 4 memanjang
Minyak secukupnya
Sedikit air
Cara-cara
1. Panaskan minyak,masukkan bhn tumis,kacau dan biarkan sehingga layu .
2. Masukkan kicap manis,sos cili,sos tiram dan sedikit air.Biarkan seketika.
3. Bila kuah dh mendidih dan agak pekat sedikit kering,tuangkan kuah ke dalam pinggan yg berisi
telur.
~Banana pudding~
azraq@myresipi.com
aka puding pisang..resepi derhaka dari resepi asal.
Created on : 29-09-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi azraq
Bahan-bahan ( 2 bekas )
1) 1 paket vanilla pudding
2) 1 paket banana pudding
3) 500ml susu
4) 250ml air
5) 1/2 cwn gula-ikut tahap kemanisan masing2.
6) 13 biji pisang - potong bite size
7) 1 paket biskut - untuk base *optional*
8) 2 sb tepung kastad
9) esen vanilla
10) 250gm cream cheese
Cara-cara
1. Campur serbuk vanilla pudding + banana pudding + esen + gula + susu + air + kastad + cheese.
2. Masak atas api perlahan hingga pekat..ketepikan
3. susun biskut kat dasar bekas,then layerkan dgn pudding.
4. Susun pisang yang dah dipotong kecik atas puding,dan layerkan lagi dengan adunan puding
5. Ulang hingga habis pisang dan lapisan last mesti lah dengan puding
6. Taburkan cip coklat atau hiasan pape then simpan lam peti sejuk..sedia untuk dinikmati.
Blueberry Cheese Cake
ainadk@myresipi.com
Cheese cake versi bakar.
Created on : 29-09-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ainadk
Bahan-bahan ( saiz kek 10" )
Bahan-bahan A:
200 gm Biskut marrie
200gm Mentega cair
Bahan-bahan B:
500gm cream cheese
500ml dairy whipping cream
4sb jus lemon
6 sb tepung gandum
4 biji telur
160gm gula
Cara-cara
1. Hancurkan biskut marrie kemudian gaulkan dengan mentega cair.
2. Ratakan di dalam loyang kemudian biarkan sejuk di dalam peti sejuk selama beberapa minit.
3. Blender semua bahan2 B hingga sebati.
4. Masukkan dalam loyang tadi.
5. Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 40-45 minit.
6. Biarkan kek sejuk kemudian boleh dihiaskan dengan blueberry dan whip cream.
Kuih Qasidah
shanie2603@myresipi.com
kuih tradisi org utara..ni dari perlis.
Created on : 28-09-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi shanie2603
Bahan-bahan ( utk 4 org )
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gula pasir
setengah sudu garam
1 sudu teh air kapur masakan
atas: 3 sudu besar minyak masak
5 ulas bawang ros (shallots)-dimayang
Cara-cara
1. satukan tepung gandum, air, gula, garam dan air kapur ke dalam periuk.
2. masak di atas dapur, kacau sehingga adunan menjadi kental dan berkilat.
3. tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.
4. sementara itu, goreng bawang yg telah dimayang sehingga kekuningan dan harum.
5. tuangkan bawang goreng dan minyak nya di atas kuih yg telah sejuk tadi.
6. potong apabila sudah sejuk.
Perapan bbq
Ladylla@myresipi.com
Western/grill
Created on : 26-09-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Ladylla
Bahan-bahan ( lebih kurang 10 keping lamb shoulder atau daging steak nipis )
2 sudu besar serbuk lada atau chili flakes
2 sudu besar gula perang (brown sugar)
2 sudu besar lada hitam yang ditumbuk
1 sudu besar madu lebah
3 sudu besar steak spice (McCormick brand)
10 biji bawang putih yang ditumbuk (kalau suka lebih rasa bawang putih, boleh tambahkan)
2 sudu besar dried parsley (McCormick brand)
3-5 sudu besar extra virgin olive oil (sebagai perisa dan untuk memudahkan sapuan perapan ke
atas kepingan lamb shoulder)
Garam secukup rasa
Cara-cara
1. Gaulkan kesemua bahan-bahan di atas dalam 1 mangkuk sehingga kelihatan seperti sos perapan
yang pekat.
2. Adjust rasa manis, masin dan pedas mengikut citarasa masing-masing dengan menambah atau
mengurangkan mana-mana bahan yang difikirkan sesuai.
3. Setelah itu sapu dan gaulkan ke atas kepingan lamb shoulder atau daging steak sehingga mesra.
Untuk memastikan sos perapan benar-benar menembusi daging, urut daging tersebut perlahan-
lahan sambil melumurkan sos perapan. Biarkan sekurang-kurangnya 6 jam tetapi sebaik-baiknya
24 jam sebelum dibakar/grilled.
Puding Susu~...
royzana98@myresipi.com
sedap & mudah nak sediakan..
Created on : 26-09-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi royzana98
Bahan-bahan ( Loyang 5x6" )
25gm agar2 bertali...(di potong kecil2)
1 Tin susu cair
5 Sudu Besar susu tepung
1 1/2 cawan Gula
1 biji Telur
1250ml air ( untuk memasak agar2)
Cara-cara
1. Masak agar2 dgn 1250ml air hingga hancur.. Masukkan Gula..kacau sebati...
2. susu Tepung, susu cair & Telur diblend...Kemudian dicampurkan dgn agar2 yg telah dimasak tadi..
3. BAhagikan kepada 2 bahagian...mengikut warna & perasa yg dikehendaki..... Basahkan loyang
terlebih dahulu..kemudian tuangkan adunan, & keraskan.. Bila sudah mengeras barulah tuangkan
lagi aduan yg seterusnya...'ulang proses yg sama hingga habis....
Kek Kukus Lembut..Yam Flavor~
royzana98@myresipi.com
Kegemaran ank2 ku...
Created on : 26-09-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi royzana98
Bahan-bahan ( Loyang 5x6" )
1 1/2 cawan Tepung Gandum
1 cawan susu Tepung
250gm Butter
1 Sudu Teh Baking Powder
1 Sudu Teh soda bikarbonat..( saya Gune Ovallate)
1 Cawan susu cair
3 biji telur
Perasa Yam (saya gune Yam Paste)
1 sudu Teah Esen Vanila
1 1/2 Cawan Gula
Cara-cara
1. Cairkan Butter atas api yg perlahan...kemudian masukkan susu cair & Esen Vanila...Kacau
sebati..ketepikan...
2. Pukul telur dgn Gula hingga kembang.....kemudian masukkan campuran Butter yang telah di
cairkan tadi...pukul lagi( Dgn kelajuan sederhana tinggi) Lepas tu masukkan Tepung
gandum...Soda bikarbonat & Baking powder(yg telah diayak ye)...kacau lagi biar sebati...kemudian
masukkan susu Tepung.. Last masukkan Yam Paste / Perasa Yam...kacau sebati..
3. sediakan Loyang yg telah di alas dgn kertas & disapu mentega... Kukus hingga masak ye..agak2
dlm 1-2jam.. >> Kalau nak hias or letak Topping pn bolah je,ikut suka <<
cucur jawa original (temurun)
fuzira@myresipi.com
belajaq dari keluarga
Created on : 25-09-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi fuzira
Bahan-bahan ( 40 biji )
2 cawan tepung gandum 2 cawan tepung beras 1 cawan gula pasir 1 cawan gula merah sedikit
garam air (lbh krg 2 cawan)
Cara-cara
1. 1.Larut gula merah bersama 2 cawan air dan tapis 2.Kacau adunan hingga sebati hingga habis 2
cawan air(jika pekat tambah sedikit air). 4.Biarkan adunan selama sejam 5.Panaskan kuali dengan
api yang kecil dan 3 senduk kecil untuk gorengan yang pertama dan 6.( tambah minyak sekiranya
minyak berkurangan ) . 7.Masukkan satu senduk adunan dan dalam kuali dan tunggu hingga
muntah dan balikkan dan angkat. Hidangkan.
AGAR-AGAR ROTI WARNA-WARNI
yusriaty@myresipi.com
pencuci mulut yg mudh n sdp!
Created on : 23-09-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi yusriaty
Bahan-bahan ( 1 loyng sdrhna )
6kping roti putih(sy pki brand massimo)
1 bji tlor
6 cwn air
25g agar2 tali
200ml santan.
200ml susu sgr/cair
300g gula
1 sdu buter
1 sudu kcil esn vnilla
3 jnis pwrna yg dsukai
Cara-cara
1. carik2 kan roti kemudian rendmkn roti td brsame sntan,susu dan telur. biarkn ianye kmbng
kmudian blend roti td shngga hlus.
2. ptong kcil2 agr2 kmudian msk brsme 6 cwn air td shngga agr2 lrut. slps itu msukkn gula kcau
smpai gula lrut. kmudian msukkn esn vanilla,butter dan roti yg diblend td.. kcau smpai mndidih.
3. bhgkn agr2 kpd 3 bhgn.. wrne kn dgn wrne kegmaran anda.. tuang adunan brselang seli.. xpyh
tggu sjuk.. sjukkn dlm pti sjuk sdia dihdng..
puding salju
dik na@myresipi.com
lembut di tangan .. cair dimulut .. ^__*
Created on : 22-09-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi dik na
Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
1 peket agar-agar ( Rm 2.20 )
1 tin susu cair
2 biji telur
1 1/2 cawan gula
1200ml air
sirap ros
Cara-cara
1. masak agar-agar dgn air hingga larut.
2. setelah larut masukkan gula. kacau
3. susu cair + telur dlm mangkuk. pukul seketika. kemudian masuk ke dlm agar-agar yg dimasak ..
kacau
4. masuk kan sirap ros .. masak seketika hingga mendidih.
5. setelah itu tutup api. dan tapis ketika tuang dlm loyang.
6. sedap di mkn jika disejukkan.
Kek Coklat Kukus
fara-f@myresipi.com
RESIPI MAMA & KAK MONA
Created on : 22-09-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi fara-f
Bahan-bahan ( saiz 12' )
A ( semua di ayak) 2 cawan tepung gandum 1 cawan serbuk koko 1 sudu kecil soda bikarbonat 1
sudu kecil baking powder B (campurkan dan kacau sehingga gula hancur) 2 cwn gula pasir 1 cwn
air panas 2 sudu besar Nescafe 1 sudu kecil garam C (campurkan s
c : 4 biji telur, 1 cawan minyak, 2 sudu susu pekat
Cara-cara
1. ~ Panaskan pengukus ~ Campurkan A , B dan C. ~ Alas loyang dengan plastik ~ Kukus **********
tepung blh jg diganti dengan tepung naik sendiri so tak perlu tambah bahan penaik. Minyak juga
blh ditukarkan dengan mentega yang dicairkan… ikut selera masing2 k… Topping 1 cawan susu
pekat 3/4 cawan serbuk koko 1 sk minyak masak ~ campur kesemua diatas dan masak dengan api
kecil sehingga semuanya sebati… jika terlalu pekat campur sedikit air lagi…. ~ hias ikut kreativiti
puan2 ~ Selamat mencuba….. jgn sampai resepi makan tuan
kek Coklat Moist (kukus)
royzana98@myresipi.com
sangat gebu & mudah je nk buat...ank2 pasti suka.
Created on : 21-09-2012
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi royzana98
Bahan-bahan ( Loyang 8'x8' )
Bahan-Bahan A:
50g serbuk koko
1 sudu Teh Baking Powder
1 sudu Teh soda Bikarbonat ..( saya gune 1 sudu Teh Ovalett)
1 sudu Teh coffee Emulco
1 1/2 sudu Teh Browning Sugar
1 1/2 cawan Tepung Gandum
Bahan-Bahan B:
1 1/2 cawan Gula
1 Cawan susu cair
3 biji Telur
1 Sudu Teh Esen Vanila
250g Butter..( saya Gune Buttercup)
Cara-cara
1. Ayak & Gaulkan Bahan A (kecuali Coffee Emulco & Browning Sugar)
2. Pukul Telur & Gula hingga kembang.. Cairkan Butter..kemudian masukkan susu cair & Esen
Vanila...kacau sebati..
3. Selepas Itu, bolehlah dicampurkan adunan telur tadi...
4. Masukkan kesemua bahan & kacau sebati...jgn lupa Coffee & Browning Sugar juga ye..Bila dah
sebati, Sediakan Loyang...Kukus selama 45minit...slmt mencuba~
5. Untuk Hiasan Topping tu ikut suka la...saya gune coklat cair & badam yg telah di tumnuk halus
serta sedikit coklat rice..