Post on 30-Jul-2015
1.0 PENGENALAN ARCA
Arca merupakan bentuk citra dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji
dan dinikmati nilai estetikanya.arca tidak sama dengan seni tampak yang lain
disebabkan ciri-ciri tiga dimensinya. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang
dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere
bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Walaupun arca
merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan reka
bentuk pentas, namun karya ini mempunyai keistimewaan tersendiri.
Secara khususnya, karya 3D adalah sesuatu yang bersifat konkrit, berisipadu,
mempunyai pandangan sisi iaitu kiri, kanan, atas dan bawah. Ia juga dikenali
sebagai objek maujud iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Proses umum bagi
penghasilannya pula adalah dengan membentuk dan membuat binaan melalui
proses imaginasi. Seterusnya, diterjemahkan ke dalam bentuk lukisan, dan
distruktur. Akhirnya diproses pembinaan objek tersebut.
Secara umumnya, terdapat dua jenis bentuk arca, iaitu arca bentuk berfungsi
dan arca bentuk estetika. Arca berbentuk berfungsi boleh digunakandi samping
memaparkan ciri-ciri estetikanya. Arca bentuk astetika merupakan bentuk ciptaan
pelukis yang tidak mempunyai fungsi tertentu hanya untuk dihayati dari aspek
estetikanya. Arca estetika biasanya diamerkan di galeri, taman atau ruang legar
kawasan peranginan, dan ruang-ruang yang sering dikunjungi orang ramai.
Misalnya, patung kaum orang asli Jah Hut dan Mah Meri yang digunakan
sebagai alat untuk berhubung dan semangat dalam upacara keagamaan kaum itu.
Seterusnya, ‘Keliering’ atau tiang perkuburan orang Melanau di Sarawak yang
digunakan untuk pengebumian sekunder adalah satu lambing kebesaran tuan
rumah. Kedua-dua ini adalah antara contoh bentuk arca berfungsi.
2.0 SEJARAH ARCA DUNIA
Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading,
tulang, tanduk, dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan
Magladenia pada kira-kira tahun 8000 SM. Masyarakat zaman tamadun lama seperti
orang Mesir, Yunani, Mesopotamia, China dan India turut menghasilkan beraneka
jenis arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan. Pada zaman itu,
subjek dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan gungsinya
sebagai lambing yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan.
Michelangelo di Lodovico Buonarroti Simoni (1475 – 1564, merupakan
pengarca Itali yang teragung pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah.
Engarca masyur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman
sebelum Perang Dunia Kedua ialah Henry Moore (1898 – 1986), yang berbangsa
Inggeris dan Alberto Giacometti (1901 – 1966), warganegara Switzerland.
Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk arca telah beralih
daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya
kepada bahan plastic, nilon, fabric, dan bahan buangan lain. Di samping teknik
luakan, binaan, dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan, gam, assemblaj dan
sebagainya turut digunakan. Terdapat juga arca yang bergerak, berbunyi atau
berlampu kesan penggabungan kuasa elektrik dalam gubahan.
Arca intalasi (pemasangan) merupakan seni yang dapat bertindaka terus
dengan orang yang sedang melihat atau memandang dalam tempo dan ruang
tertentu kerana arca jenis ini dicipta khas buat sementara waktu bagi tapak tertentu
dalam sesuatu pameran. Arca intalasi merupakan karya 3D yang memerlukan ruang
yang luas untuk dihasilkan dan dipamerkan. Bahagian-bahagian berasingan
dicantum, dipasang atau disusun menjadi satu.
Seni land (citra tanah) ialah projek seni dalam skala besar yang sering
berkaitan dengan tapak alam smeulajadi tertentu. Pergerakan seni ini dapat menarik
perhatian orang ramai terhadap masalah pencemaran alam sekeliling yang
bertambah masa kini. Seni land menggunakan mesin atau jentera berat untuk
menukar permukaan bumi atau tanah atau membungkus tapak yang sedia ada. Seni
yang dipersembahkan adalah dalam bentuk siri gambar foto atau video.
3.0 SEJARAH ARCA DI MALAYSIA
Arca tidak berkembang meluas di Malaysia seperti catan. Pengarca yang
membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an. Antara
perintis pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed
Ahmad Jamal, Lee Kian Seng, dan lain-lain. Mohd Annuar Ismail, Raja Shariman
Raja Aziddin, Chin Wan Kee, Wong Pei Yu, dan lain-lain merupaka generasi muda
yang aktif dalam kegiatan mencipta karya-karya arca.
Baharuddin Mohd. Arus, John Hii, Hasnul Jamal Saidon, dan lain-lain adalah
pengarca- pengarca yang tertarik kepada pendekatan elektronik dan multimedia.
Laman Asean yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur
merupakan sebuah taman arca yang istimewa di Malaysia. Enam buah arca di sana
merupakan hasil kreativit pengarca dari Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam,
Thailand, Singapore dan Malaysia sempena menyambut ulang tahun ke-20
penubuhan Asean.
4.0 ARCA MOBAIL
4.1 Konsep
Mobail boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-
awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung
di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang
pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca
stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail
yang boleh terawang-awang.
Arca mobail juga boleh menggunakan lampu, kuasa solar, angin, air,
perbezaan suhu, graviti, keseimbangan yang mengkibatkan berlakunya pergerakan.
Ia mesti digantung dengan tali, benang, wayar, dawai dari siling atau tempat yang
lebih tinggi. Sebagai contoh idea yang anda boleh berikan kepada pelajar ialah wind
chime". Keindahan arca ini dapat dilihat semasa ia bergerak-gerak atau berputar
perlahan-lahan
4.2 Definisi
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk
membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga
dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas
siling.
4.3 Bahan / Alat penghasilan Mobail
Hasil kerja mobail biasanya dihasilkan daripada bahan yang ringan.
Antaranya adalah seperti yang berikut:
1- Dawai
2- Penyangkut baju
3- Tali tangsi
4- Kayu
5- Kepingan logam
6- Kadbod
7- Kertas
8- Aluminium
Antara alatan yang digunakan adalah :
1- Playar-playar pemotong seperti playar muncung dan playar pengapit
2- Gunting dawai
3- Pemotong besi iaitu gergaji besi dan gergaji besi elektrik
4- Ragum seperti ragum apit dan ragum meja
5- Alat pengimpal termasuk bahan pematri, kepingan logam, besi dan bar besi
6- Pelbagai jenis tukul termasuklah tukul besi, tukul kayu dan ganden kayu serta
tukul kepala muncung
7- Gerudi eletrik termasuklah pelbagai jenis mata gerudi
4.4 Proses Penghasilan Mobail
Secara umumnya, arca mobail dibentuk dengan bahagian berasingan
dicantumkan pada sendi supaya boleh bergerak, berputar atau berombak. Proses
penyediaan lakaran idea untuk menghasilkan mobail adalah seperti yang berikut :
1- Menentukan subjek dan tema yang berkaitan dengan isu semasa
2- Mendapat kritikan, saranan, nukilan dan sindiriran daripada pengarca
3- Menentukan alat dan media yang bakal digunakan dengan mengambil kira
keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan
4- Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama, dan lasak
kepenggunaanya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak
wajar diaplikasikan
5- Membuat thumbnail print iaitu melobi gagasan-gagasan dan pengideaan
melalui konsep ‘trial and error’.
6- Memilih salah satu lakaran yang terbaik, dalam hal ini, kemampuan
menterjemah lakaran kepada mobail yang sebenar juga menjadi kriteria yang
penting
7- Memperincikan lakaran iaitu memperkemaskan lagi reka bentuknya. Hal ini
mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan
termasuk etika dan estetika.
8- Membuat karya / mobail dengan mendahulukan kerangka dalam dan luar
dengan mengmbil kira, ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian
kerangka dengan dapatan. Ini perlu diselaraskan dengan bahan dan alatan,
kos pembinaan dan masa.
Proses Membentuk Mobail
1- Membuat model kecil atau prototaip
2- Membuat kerangka atau struktur
3- Membuat mobail yang sebenar
4- Kemasan dan peragaan atau persembahan
4.5 Koleksi gambar mobail
Alexandel Calder bersama arca Myxomatose, 1953 (A08122), Paris
Red Mobile, oleh Alexander Calder, 1956
Menggunakan bahan besi yang digantung dengan saiz yang berbeza
Ideanya daripada planet dan digantung dengan dawai
Mengunakan bahan kayu atau board yang digantung dengan tali
Penggunaan bahan seperti dawai, kertas atau plastik juga boleh digunakan
Idea daripada kelawar dan digantung dengan dawai
menggunakan bahan besi dan mempunyai 4 warna
Idea daripada rama-rama yang berwarna-warni
Menggunakan motif lilin dan cahaya
motif manusia menggunakan bahan kertas
Menggunakan gambar sebagai idea
5.0 ARCA STABAIL
5.1 Konsep
Bahan atau bahagaian stabail dicantum dengan tali/benang pada satu
palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana
bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan
bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding,
tingkap , atau pintu siling.
5.2 Definisi
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak
terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak.
5.3 Bahan / Alat Penghasilan Stabail
Dengan mengmbil kira melalui contoh penghasilan arca stabail oleh
Alexander Calder, berikut adalah bahan-bahan dan alat yang diperlukan.
1- Taskboard baru iaitu yang semulajadi berasaskan kayu medium yang
digunakan oleh arkitek dan pereka bentuk 3D.
2- Gunting
3- Pisau kraf
4- Gelang getah
5- Klip kertas
6- Kertas pasir untuk melicinkan taskboard
7- Gam untuk kemasan
8- Alat pengering rambut / kipas untuk mempercepatkan tempoh masa
pengeringan karya
9- Warna acrylic
10-Varnish untuk kemasan
5.4Proses Penghasilan Stabail
Bagi proses penghasilan stabail, contoh yang paling sesuai adalah
penghasilan model bagi arca Alexander Calder. Lihat contoh arca:
Kenalpasti warna pilihan Calder dalam arca. Beliau lebih cenderung memilih
‘secondary colour’ untuk membezakan salah satu bahagian arcanya daripada
bahagian yang lain. Warna hitam dan putih memainkan peranan penting dan
percaya warna merah merupakan warna yang bertentangan. Proses;
1. Sediakan lakaran awal dan disarankan agar para pelajar membuat lakaran 3D
daripada kertas skrap berat atau ‘board’ untuk merancang membina arca
sebelum membuat versi terakhir.
2. Potong kepingan daripada ‘Taskboard’ dengan gunting atau gunakan pisau
kraf untuk membuat potongan yang teliti. Elakkan daripada membengkokkan
bahan apabila kering.
3. Dengan menggunakan kepingan kecil ‘Taskboard’,percubaan dengan
menghasilkan keping membentuk oleh kedua-dua belah yang basah
menggunakan pengabut botol yang diisi dengan air kosong. Ini akan
menyebabkan pereka akan mengenalpasti had bahan yang cuba untuk
membentuk kepingan besar.
Cara Mengendalikan Taskboard
1- Hasilkan dengan perlahan dan tidak menyebabkan bahan tersebut
membengkok.
2- Kepilkan bahan dengan gelang getah atau klip kertas untuk membuat satu
bentuk kerana ia kering.
3- Jika garis tekanan muncul tunggu sehingga Taskboard sepenuhnya kering
dan dan gunakan kertas pasir untuk melicinkannya.
4- Sebaik sahaja kepingan benar-benar kering, gunakan gam untuk
mengetatkan garis tekanan dan perbaiki hujungnya. Jika kepingan tersebut
patah atau pecah semasa terbentuk, gamkan kembali di hujungnya.
5- Masa pengeringan dapat dikurangkan jika keringan tersebut dikeringkan
menggunakan alat pengering rambut atau di hadapan kipas.
6- Gamkan kepingan tersebut bersama-sama mengikut ‘maquette’. Pegang
kepingan tersebut bersama, prop terhadap objek lain atau gunakan klip kertas
untuk lebih selamat sehingga bon penuh terhasil.
7- Setelah gam kering, catkin arca tersebut dengan warna acrylic dan warnakan
sekali hujung papan tersebut.
5.5 Koleksi Gambar Stabail
Calder, Alexander
"Stabile, Paris-La-Défense" - (1976)
Calder, Alexander -
"Hollow Egg" - (1939)
Arca yang sangat mengambil berat akan jalinan
Walaupun boleh bergerak, namun tapaknya tetap kekal
6.0 ARCA ASSEMBLAJ
6.1 Konsep
Assemblaj pada kebiasaannya, aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-
bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.
Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘ Bicycle Wheel ’ pada tahun 1951
oleh Marcel Duchamp ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam
bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang
terdapat di rumah.
6.2 Definisi
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya
estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna.
6.3 Bahan / Alat Penghasilan Assemblaj
Secara umumnya, antara bahan dan alatan yang diperlukan dalam
penghasilan arca assemblaj ini adalah seperti yang berikut:
1- Gerudi elektrik pelbagai jenis termasuk mata gerudi yang sesuai
2- Playar seperti playar pemotong, playar muncung, dan playar pengapit
3- Gunting dawai atau gergaji besi
4- Alat pengimpal termasuk bahan pemateri, kepingan logam, besi dan bar besi
5- Pemotong besi iaitu gergaji besi elektrik
6- Tukul seperti tukul besi, tukul kayu, ganden kayu, dan tukul kepala muncung
7- Bongkah kayu
8- Besi waja
9- Tanah liat
10-Aluminium
11-Tembaga
12-Plaster of Paris
13-Bahan kutipan yang mempunyai bentuk, warna dan jalinan yang menarik
6.4 Proses Penghasilan Assemblaj
Arca assemblaj dibentuk dengan bahagian bahan atau komponen berasingan
dicantumkan untuk menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep
bermakna. Antara teknik menghasilkannya adalah:
1- Teknik kimpalan
2- Teknik binaan
3- Teknik cantuman menggunakan skru atau paku, bold an nat
4- Teknik menggunakan gam plastic
5- Teknik jahitan
6- Teknik ikatan
7- Teknik tanggam
Penyediaan lakaran Idea
Lakaran idea menjadi langkah permulaan yang amat penting di dalam
menghasikan arca assemblaj. Perancangan yang rapid an tertib boleh
mendatangkan faedah yang besar untuk peringkat penghasilan karya pada peringkat
yang berikutnya. Justeru itu, perancangan seperti yang dunyatakan di bawah in akan
menjadikan penghasilan arca assemblaj lebih bermakna;
1- Setelah dapatan kajian diperolehi,. Pengarca akan emmilih alatan yang
diperlukan untuk menghasilkan arca. Begitu juga dengan pemilihan bahan
binaan arca assemblaj tersebut
2- Sebelum menghasilkan karya, lakaran-lakaran kecil dalam konteks penjanaan
idea dilakukan. Tujuan untuk memperoleh hasilan assemblaj yang berkualiti
dan mempunyainilai estetika yang tinggi
3- Daripada beberapa lakaran atau sketsa yang dijana tadi, pilih satu lakaran
yang terbaik dan tinggi nilai estetikanya. Kembangkan idea dan buat perincian
(details) untuk penghasilan karya pada saiz yang dirancang (sebenar).
4- Mengemaskini lakaran. Untuk memperoleh dapatan lakaran karya yang baik,
buat beberapa pertimbangan dari pelbagai kemungkinan seperti
penstrukturan reka bentuk, kesesuaian bahan dan alatan serta teknik.
Proses membentuk assemblaj
Setelah penyediaan lakaran idea di atas selesai, proses berikut merupakan
urutan kerja membentuk assemblaj yang perlu dilakukan:
1- Membuat model kecil atau prototaip – merupakan model awal sebagai
panduan untuk penghasilan arca yang sebenar. Karya akan dibina atau
dibuat berpandukan model ini disamping pengiraan pelbagai ukuran reka
bentuk, penyesuaian alat dan bahan serta tinjauan dari pebagai kemungkinan
yang boleh mengganggu kelancaran dalam penghasilan.
2- Membuat kerangka atau struktur – kerangka sesuatu assemblaj mungkin
berasaskan dawai, lingkaran besi, kayu atau plastic. Kerangka atau struktur
adalah tulang- temulang assemblaj sebelum arca sebenar dihasilkan. Ia
penting untuk kawalan bentuk di samping menjadikan assemblaj lebih kukuh
dan seimbang
3- Membuat assemblaj yang sebenar – bahagian urutan kerja ini amat penting.
Kerangka akan ditutup dengan kepingan logam atau bahan pilihan yang
dirancang atau ditambah binaannya sehingga assemblaj berada paa saiz
yang sebenar.
4- Kemasan dan persembahan – untuk mendapatkan hasilan yang terbaik,
proses kemasan boleh dilakukan dengan melarik bahagian-bahagian
assemblaj yang masih kasar, menambahkan tekstura pada ebntuk,
menghalus dan menyapu syelek, mengecat, mencanai dan sebagainya
sehingga peragaan arca tampak menarik dan punyai nilai estetika yang tinggi.
Tambahan hiasan seperti skru yang dikimal, baji-baji kayu yang membentuk
tekstura, syelek, varnish, cat dan sebagainyaakan menjadikan assemblaj
lebih hebat dan menarik.
6.5 Koleksi Gambar Assemblaj
bahan terpakai yang menghasilkan burung
Gabungan-gabungan besi buruk yang menggambarkan kapal besar
Arca assemblaj daripada tayar terpakai yang menghasilkan figura kuda