Post on 01-Jul-2015
PENGENALAN KEPADA DARAH
• Darah adalah cecair pada tisu badan. Fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen yang diperlukan oleh sel-sel di seluruh tubuh.
• Darah juga membekalkan tisu badan dengan nutrien, membawa zat-zat sisa metabolisme, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imun yang bertujuan mempertahankan badan dari pelbagai penyakit.
• Hormon-hormon dari sistem endokrin juga diedarkan melalui darah.
• Warna merah pada darah disebabkan oleh hemoglobin, protein pernafasan yang mengandung besi, yang merupakan tempat terikatnya molekul-molekul oksigen.
• Darah juga mengangkut bahan sisa metabolisme, ubat -ubatan dan bahan kimia asing kepada hati dan kepada buah pinggang untuk dikeluarkan sebagai air kencing.
KOMPOSISI DARAH
• Darah kita mengandung beberapa jenis sel yang terangkut di dalam cairan kuning yang disebut plasma darah.
• Plasma darah tersusun atas 90% air yang mengandung sari makanan, protein, hormon, dan endapan kotoran selain sel-sel darah.
• Ada tiga jenis sel darah, yaitu sel darah merah (eritrosit), sel darah putih (leukosit), dan keping darah (trombosit).
• Sel darah merah dan sel darah putih disebut juga korpuskel.
Sel Darah Merah
• 45% darah tersusun atas sel darah merah yang dihasilkan di sumsum tulang.
• Dalam setiap 1 cm kubik darah terdapat 5,5 juta sel.
• Jumlah sel darah merah yang dihasilkan setiap hari mencapai 200.000 bilion, ia hanya dapat bertahan hanya 120 hari.
• Semakin tua semakin rapuh, kehilangan bentuk, dan ukurannya mengecil menjadi seperti ukuran yang sebelumnya.
Sel Darah Putih
• Sel darah putih jauh lebih besar daripada sel darah merah.
• Jumlahnya dalam setiap 1 cm kubik darah adalah 4.000 sampai 10.000 sel.
• Tidak seperti sel darah merah, sel darah putih memiliki inti (nukleus).
• Sebagian besar sel darah putih boleh bergerak di dalam aliran darah, membuatnya dapat melaksanakan tugas sebagai sistem ketahanan tubuh.
• Sel darah putih adalah bahagian dari sistem ketahanan tubuh yang terpenting.
• Sel darah putih yang terbanyak adalah neutrofil (± 60%).
• Tugasnya adalah untuk menghalang bakteri membawa penyakit yang memasuki tubuh
• Sel darah putih mengandung ± 5% eosinofil.• Fungsinya adalah untuk mengahalang
bakteria, menyusun pelepasan zat kimia, dan membuang sisa-sisa sel yang rosak.
• 20 sehingga 30% kandungan sel darah putih adalah limfosit.
• Tugasnya adalah menghasilkan antibody, satu protein yang membantu tubuh untuk menghalang penyakit.
Keping darah
• Keping-keping darah atau trombosit (0,6 - 1,0 %)
• Trombosit bertanggung jawab dalam :1. membawa zat-zat kimia penting dalam proses
pembekuan darah.2. Perlindungan sementara daripada kebocoran
pembuluh darah
Plasma darah
• Plasma darah adalah darah yang berbentuk cecair berwarna kuning yang menjadi medium sel-sel darah, di mana sel darah ditutup 55% dari jumlah darah merupakan plasma darah.
• Jumlah plasma darah terdiri daripada 90% air dan 10% larutan protein , glukos, faktor koagulasi , ion mineral , hormon dan karbon dioksida.