Pengenalan kepada wacana

Post on 14-Apr-2017

237 views 0 download

Transcript of Pengenalan kepada wacana

Pengenalan kepada wacana

INTAN NURINAHUDA BINTI MOHD YUSOFFPPISMP PENDIDIKAN MUZIK SEMESTER 2

DEFINISI WACANA1.Wacana adalah terjemahan dari

perkataan Inggeris discourse.“ Kata discourse berasal daripada bahasa Latin discursus yang bererti lari kian-kemari.

2.Wacana berasal daripada perkataan bahasa Jawa wocono. Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca.

Wacana ialah :1.hubungan fikiran dengan

kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan; atau percakapan

2.hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok telahan

3. Risalah tulis; disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah.

(Kamus Webster, 1983

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya.

(Asmah Hj Omar,1982

Sekumpulan ayat yang memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran,fakta atau cerita.[Kamus Pelajar]

Perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. [Kamus Pelajar Edisi ke 2]

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4,wacana ialah:

- keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan,ucapan,pertuturan dan percakapan.

- Kesatuan fikiran yang utuh sama ada dlm bentuk lisan (pidato,khutbah) atau tulisan (surat,artikel,novel,cerpen).

PENDAPAT AHLI BAHASATENTANG DEFINISI WACANAHenry Guntur Tarigan menyatakan wacana

ialah - Kesatuan yang paling lengkap,lebih tinggi dari

klausa dan kalimat- Memiliki kohesi dan koherensi yang baik- Mempunyai awal dan akhir yang jelas- Berkesinambungan dan dapat disampaikan

secara lisan dan bertulisI.G.N. Oka dan Suparno (1994:31)

menyebutkan wacana adalah satuan bahasa yang membawa amanat yang lengkap.

Harimurti Kridalaksana pula menyatakan bahawa wacana merupakan

- Satuan bahasa terlengkap- Satuan gramatikal yang tertinggi dan

terbesar dalam hierarki gramatikal- Wacana dapat berupa karangan yang utuh

(novel,buku,ensiklopedia)I. Praptomo Baryadi memberi pendapat

wacana adalah- satuan bahasa terlengkap yang dinyatakan

secara lisan seperti pidato, ceramah, kutbah, dan dialog, atau secara tertulis seperti cerpen, novel, buku, surat, dan dokumen tertulis

- bersifat kohesif, saling terkait dan dari segi makna bersifat koheren

Menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk “ Analisis Wacana “ menyatakan terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu :

1.satuan bahasa2.terlengkap3.mengatasi ayat atau klausa4.teratur atau tersusun rapi5.berkesinambungan6.kohesi7.lisan atau tulisan8.awal dan akhir yang nyata.

CIRI-CIRI WACANAMenurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, ciri-ciri dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, 1. kohesi (tautan)2. koheren (runtutan)3. tujuan sesuatu wacana4. penerimaan oleh pendengar atau

pembaca,5. maklumat yang terkandung, 6. keadaan yang mewujudkan wacana 7. Interteks (peranan wacana–wacana

lain yang membantu pendengar atau pembaca memahami apa yang didengar atau dibaca)

1)Tautan atau kohesi Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan

antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap.

Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu.

Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya.

Contohnya:1. Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan.2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

kedua-dua ayat di atas mempunyai tautan dan ia dianggap sebagai wacana

2) Runtutan atau koheren Contohnya:Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.

Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna.

Contoh ayat-ayat yang tidak koheren: Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.

Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. Malahan, teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren

3)Tujuan Tujuan sesuatu wacana ini

ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif.

Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.

4)Penerimaan Sesuatu wacana sama ada lisan atau

tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana.

Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

5)Maklumat Setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu

maklumat lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah

dinyatakan terdahulu. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang

baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.

Contohnya:(1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah.(2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh.

Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu

6) Keadaan Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu

digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya.

Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya.

Contohnya:

“Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”

7)Interteks Interteks bermaksud sesuatu

wacana itu bergantung kepada wacana yang lain.

Hal ini bererti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah.