Post on 23-Jan-2015
description
PENGENALAN RANGKAIAN
Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang
untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi
sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau
data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya
mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN )
sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).
Definasi Rangkaian
Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang
terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga
merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran
maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel,
gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)
Berkongsi Fail
Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau
komputer pusat.
Menimdahkan Fail
Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke
komputer yang lain.
1
Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos
Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word,
Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan
memudahkan instalasi perisian.
Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna
kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain
dapat menggunakan data -data tersebut.
Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll
Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat
digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang
lain.
2
Sistem Rangkaian Komputer
Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut:
Bil Sistem Rangkaian
Komputer
Saiz Kawasan Contoh
1. Local Area Network
(LAN)
Kawasan Kecil
(10km)
Sekolah, makmal,
dalam sebuah
bangunan.
2. Metropolitan Area
Network (MAN)
Kawasan lebih besar
(10-50km)
Bandar, negeri.
3 Wide Area Network
(WAN)
Kawasan sangat
besar (lebih daripada
50km)
Seluruh dunia, negara,
Internet
Rangkaian Setempat (Local Area Network)
Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan
kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk
menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek
berikut perlu dipertimbangkan:
Jenis LAN - Pengguna dan pelayan (Client-server)
- Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
Komponen-komponen LAN
Topologi LAN
3
Kesan dari LAN
A . Jenis-jenis LAN
Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:
1. Pengguna dan pelayan (Client-server)
Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan
komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan
menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna
dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya
berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan:
Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan
tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari
komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi
Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows
NT, UNIX.
Kelebihan Kelemahan
Keselamatan sumber dan data
dikawal oleh pelayan.
Semua komponen( client/
network/ server) kerja
serentak.
Perbelanjaan yang lebih mahal
untuk sebuah komputer
pelayan.
Perlukan melakukan
penyelenggaraan
(maintenance) untuk menjamin
4
Perkongsian data dan perisian
aplikasi boleh di lakukan.
keberkesanan sistem.
Rangkaian tidak berfunggi jika
berlaku kerosakan pada
pelayan.
2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan perkongsian alat
dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data
kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah
AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.
Kelebihan Kelemahan
Kosnya rendah, tidak perlu
pelayan.
Guna Sistem Operasi yang
sedia ada (Windows 95/98),
hanya perlu configurasi untuk
peer to peer.
Sesuai untuk organisasi yang
kecil.
Tiada pengurusan pusat untuk
fail dan perisian applikasi.
Keselamatan data tidak sebaik
sistem client-server.
Lambat berbanding dengan
sistem client-server.
B. Komponen-komponen untuk LAN
5
1. Komputer pelayan (Server)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis Pentium Celeron 333A. 64MB SDRAM,
4GB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad
Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad
bunyi 16 bit 3D.
2. Setesyen kerja (Workstation)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis 486 ke atas, 16MB RAM, 540MB cakera
keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka
Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D.
3. Network Interface Card/ Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)
NIC perlu diinstal di setiap komputer dan disambung ke rangkaian dengan kabel
atau sinar infra merah. Berikut adalah beberapa jenis NIC.
Ethernet Card -Contoh :3Com (RM 350), D-Link (RM 220),
10Base (RM 120)
Token Ring Card
LocalTalk Connector
4. Kabel.
6
Terdapat 4 jenis kabel yang biasa digunakan. Berikut adalah perbandingan
antara kabel-kabel dari segi keserasian dan kemampuannya.
Bil
Jenis Kabel Keserasian
Etherne
t
Token
Ring
Arcnet FDDI
I Coaxial Ya Tidak Ya Tidak
II Shieled Twisted Pair (STP) Ya Ya Ya Tidak
III Unshieled Twisted Pair (UTP) Tidak Ya Ya Tidak
IV Fiber Optic Tidak Ya Ya Ya
Jadual Keserasian Kabel dengan Protokol.
7
BilJenis Kabel Kecekapan
Kelajuan Ketahanan Harga
I Coaxial Cepat Lebih Baik Sedang
II Shieled Twisted
Pair (STP)
Lebih cepat Baik Rendah
III Unshieled
Twisted Pair
(UTP)
Dapat
diterima
Terpengaruh oleh
interferen
elektromagnetik
Terendah
IV Fiber Optic
Paling laju Kebal terharap
interferen
elektromagnetik
Tertinggi
Jadual Kecekapan Kabel
Soket (Connector)
Jenis Kabel Jenis Soket
I Coaxial BNC dan BNC T-Connector
II Shieled Twisted Pair (STP) RJ-45
III Unshieled Twisted Pair (UTP) RJ-45
IV Fiber Optic ST Connector, SC Connector
Alat tambahan
a) Pengacip khas (Crimping)- RM50 : Untuk klip wayar dan masukkan
wayar ke dalam soket.
8
b) Penguji rangkaian (Network tester): Untuk menguji sambungan wayar.
Rangkaian Tanpa Wayar(Wireless network)
Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi gelombang radio atau
pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu sama lain. Tujuan rangkaian ini
adalah untuk kemudahan pengguna komputer buku(notebook), komputer tangan
(palmtop) dan PDA (personal digital assistant) yang bergerak dalam sebuah bangunan.
Terdapat tiga cara untuk menggunakan rangkaian tanpa wayar iaitu Secara tetap
(stationary), Peer to peer dan bergerak (roaming).
Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi(3 kali ganda lebih daripada rangkaian
berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio dan golombang mikro, lambat dan
terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan perkaitan dengan LAN jika
isyarat menjadi lemah.
Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless adapter) dan titik capaian
(access point), perisian rangkaian( Novell Netware, LANtastic)
5. Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating System(NOS)
Sistem Operasi Rangkaian bertanggung jawap ke atas:
Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.
Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.
Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang
berbeza(tidak selasi)
Mengelola permintaan layanan printer.
Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian.
Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak
jauh.
9
Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan
Windows 98, Windows NT, Novell Netware dan UNIX.
6. Hab(Hub)
Hab digunakan untuk menjadi pusat kepada rangkaian bintang (Star). Ia
digunakan untuk mengawal trafik aliran data dan maklumat dalam rangkaian.
Contoh Ethernet Hub 8ports (RM200), Ethernet Hub16ports (RM400),10Base8
ports (RM550), 10Base16ports (RM1200)
7. Bridge dan gateways.
Untuk menyambungkan dua atau lebih rangkaian satu bridge perlu disediakan
untuk antaramuka (interface) yang serasi. Manakala satu gateway perlu digunakan
untuk antaramuka yang berbeza dari segi pekakasan dan perisian.
8. Router
Router digunakan untuk meterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang
berasingan. Router tahu alamat bridge dan komputer bagi kedua-dua rangkaian
yang berhubung.
Kebaikan router ialah.
o Menguruskan penghataran isyarat dengan berkesan.
o Menghanter maklumat di antara dua protocols atau rangkaian.
o Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang berlainan.
o Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.
10
9. Perisian aplikasi.
Perisian versi rangkaian perlu untuk penggunaan bersama dan memudahkan
rangkian dikawal oleh perisian rangkaian. Contoh perisian aplikasi, Excel, Lotus
1-2-3, Word, WordPerfect dll.
C. Topologi untuk rangkaian jenis LAN
Jenis-jenis Topologi Fizikal
Bas (Linear Bus)
Bintang (Star)
Cincin (Star-wired Ring)
Tree
i. Bas (Linear Bus)
Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang
belakang (Backbone) secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak
secara dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut.
11
Kelebihan Kelemahan
Senang untuk menambah
atau mengurangkan komputer
dan nod tanpa mengganggu
operasi yang telah dijalankan.
Kurang kabel dan jarak LAN
tidak terbatas.
Murah.
Sesuai untuk rangkaian yang
kecil.
Jika kabel tulang belakang
(Backbone) atau mana-mana
nodnya bermasalah rangkaian
tidak dapat berfungsi.
Memerlukan terminator untuk
kedua- dua hujung kabel tulang
belakang .
Sukar mengesan kerosakan.
Perlu pengulang (repeater) jika
jarak LAN juah.
Perisian tambahan diperlukan
untuk mengelakkan
perlanggaran (collision) data
Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk
Kabel: Coaxial, Twisted- pair, Fiber Optic
Terminator: Terminater 50 ohm
Connector: BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet , LocalTalk
ii. Bintang (Star)
12
Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan
melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi
dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah
komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada
komputer pelayan selepas melalui hab.
Kelebihan Kelemahan
Mudah dipasang dan
dirangkaikan. Tidak
mengganggu rangkaian
semasa penyambungan atau
mengalihkan peranti.
Tiada perlanggaran
(collision) data.
Mudah untuk mengesan
kerosakan .
Mudah dikembangkan.
Penggunaan banyak kabel.
Jika terdapat kerosakan pada
hab atau sambungannya,
nodnya tidak dapat berfungsi.
Lebih mahal berbanding
dengan linear bus.
Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk
Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic
Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet , LocalTalk
Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub 8 ports ,
Ethernet Hub 16 ports.
13
iii. Cincin (Star-wired Ring)
Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah secara bersiri
dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. Datanya dikawal
oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala jadi ia akan
melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya.
Kelebihan Kelemahan
Penghantaran data laju.
Dapat melayan lalu lintas
data yang padat.
Masa untuk mengakses data
optimal.
Komunikasi antara terminal
mudah.Tiada perlanggaran
(collision) data
Jika kabel utama bermasalah
rangkaian tidak dapat
berfungsi.
Penambahan atau pengurangan
terminal sangat sukar.
Sukar mengesan punca
kerosakan.
Jenis NIC : Token Ring Card.
Kabel: Twisted- pair
Connector: RJ-45,
Protocol: Token Ring
Alat lain: MAU (Multistation Access Unit) untuk menghantar maklumat
melalui cincin (Ring)
14
iv. Tree.
Topologi tree merupakan gabungan topologi bas dan topologi bintang. Di mana
topologi bintang disambung kepada kabel tulang belakang bas.
Kelebihan Kelemahan
Penulisan titik ke titik (point-
to-point writing) untuk
bahagian idividu
Disokong oleh sebilangan
pembekal perkakasan dan
perisian.
Penjang keseluruhan terhad
kepada jenis kabel yang
digunakan.
Kerosakan pada kabel tulang
belakang akan menggagalkan
bahagian lain.
Sukar dalam configurasi dan
pendawaian
Jenis NIC : Ethernet Card,
Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic, Coaxial
Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet
Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports
Penutup.
Rangkai setempat makin popular dan luas digunakan berbanding dengan kerangka
utama (mainframs). LAN banyak digunakan oleh organisasi besar sebab ia tidak perlu
pakar dalam penyelengaraan berbanding dengan kerangka utama. Sebab lain ialah
keupayaan rangkaian LAN dari segi keselamatan dan kapasiti penyimpanan yang sama
dengan kerangka utama.
15
Dari maklumat yang diperolehi dari pengusaha-pengusaha kedai komputer,
didapati ramai yang mencadangkan penggunaan sistem rangkaian LAN jenis bintang
untuk ciber cafe tanpa menggunakan pelayan. Jadi, untuk sistem rangkaian di sekolah
sistem rangkaian LAN jenis bintang adalah pilihan yang terbaik buat masa kini.
16