Post on 25-May-2015
PENDIDIKAN SENI :
Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik
berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di sekolah. Ramai berpendapat seni
mempunyai potensi untuk dikembangkan. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang. Menurut
Hanna (1994), seni membantu dalam;
a) kerjasama dan kasih sayang
b) merancang dan melaksanakan
c) kemahiran berfikir
d) adaptasi dengan orang lain
e) mengembangkan bakat
f) mengambil risiko
g) membuat keputusan
h) harga diri/yakin diri
i) semangat kerjasama
j) kemahiran menyelesaikan masalah
k) perkembangan emosi
l) membina kreativiti
m) disiplin diri
n) menjadi rakyat yang baik
o) menjadi seorang dewasa yang berdikari
Cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara abstrak dan
kemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni. Hidup pada hari ini terlalu
banyak maklumat. Amat mustahil untuk kita memperoleh dan menyimpan semua info atau
maklumat. Seni berbeza kerana ia bersifat abstrak. Kadangkala apabila kita melihat lukisan
sahaja, kita akan berasa tenang. Jelas kepada kita, seni sebagai ekspresi diri. Proses memupuk
dan mengembangkan kreativiti para pelajar boleh dilakukan dalam seni melalui:
a) Penyoalan – rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.
b) Penemuan – penemuan baru melalui penyelidikan dan kajian.
c) Pemerhatian – tidak hanya tertumpu kepada deria pengamatan semata-mata sebaliknya
turut melibatkan deria sentuhan dan sebagai.
d) Percubaan – usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu kreatif akan terus
bereksperimentasi bagi mendaptkan kesan dan hasil yang diinginkan.
e) Penerokaan – penerokaan dan eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi
pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.
f) Memanipulasi – menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk
dijadikan hasilan seni.
g) Aktiviti/bermain – kreativiti dapat dirangsang melalui aktiviti bermain melalui permainan
yang berbentuk akademik.
Namun begitu Seni tidak diberi kepentingan yang sepatutnya di sekolah-sekolah. Tidak ramai
guru yang berkelulusan dan berkelayakan mengajar seni di peringkat rendah. Hakikatnya Seni
bersifat subjektif , dan bukan semua guru boleh mengajar seni. Ia tidak bersifat fakta malahan
terdapat guru-guru yang tidak kreatif dan tiada kemahiran dalam seni dipaksa mengajar seni. Ini
memberi kesan yang amat buruk kepada anak-anak didiknya Disebabkan seni itu sifatnya abstrak
maka tiada istilah tentang lukisan yang betul atau yang salah. Jawapan boleh diberi berdasar
kreativiti dan pengalaman seseorang individu menginterpretasi tentang lukisan itu sendiri. Seni
bnayak memberi manfaat kepada para pelajar. Ia tidak boleh diukur secara objektif.
Patricia James (1999), menyatakan pelajar belajar kemahiran kreatif dan kritis melalui seni
ini. Seni dianggap sebagai terjemahan metafora dan ekspresi emosi sama juga seperti sastera
dalam bentuk tulisan. Untuk mendapat kemahiran dalam seni, seseorang perlu berani bermain
dengan pengetahuan, pengalaman dan perasaan.
James dalam ”Ideas in Practice (1999), menyatakan seni mengasah bakat kreativiti dan
kemahiran kritikal. Kini kreativiti boleh diajar dalam bilik darjah. Realitinya seni mempunyai
tujuan dan proses yang terkandung di dalamnya tiada kesudahan. Justeru guru perlu kreatif untuk
mengcungkil bakat dan potensi pelajar. Pendekata seni membantu individu dalam aspek-aspek
tertentu.
Selain dari itu keaslian dan pemikiran yang tajam dilabelkan sebagai ”gifted child” (individu
yang berbakat/berpotensi). Adalah menjadi satu kesukaran untuk mengajar individu yang
”gifted” kerana mereka mudah dan cepat berasa bosan. Ini kerana gifted child boleh belajar
proses idea-idea yang lebih kompleks dan berupaya mengolahnya dengan menggunakan konsep
tersendiri. (dipetik dari Education of Gifted).
”Gifted student” mempunyai keperluan-keperluan yang berbeza dengan pelajar biasa. Pelajar
dari kumpulan ini akan mudah merasa bosan jika kurikulum tidak sentiasa diperbaharui. Ini
kerana kumpulan pelajar ini sentiasa ingin terus mempelajari sesuatu yang sentiasa baru.
Berdasar dapatan melalui jurnal-jurnal pendidikan, kebanyakan negeri di US manyatakan 5 %
hingga 10% daripada pelajar mereka adalah gifted. Selaras dengan perkembangan teknologi
moden, kini pembelajaran jarak jauh, e-learning, video conference, semuanya memudahkan
seseorang untuk mendapatkan segulung ijazah. Malahan soalan-soalan boleh diajukan melalui
panggilan telefon sahaja.
PENGERTIAN KREATIVITI:
Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah orang mengembangkan
kreativiti? Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan
yang diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesonal penelitinya. Setiap
jawapan yang diberi berbeza berdasar aspek-aspek tertentu.
Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan
dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan
mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang
bersangkutan....Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6)
Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis
utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah
jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik
pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang
telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan
analitik.. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau
kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.
Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah
kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan
asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu
yang tiada sebelumnya.
CIRI-CIRI KREATIVITI:
a) Bersifat fleksibel – seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam
pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.
b) Sensitif dan peka – individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap
keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran dan turut sensitif
menggunakan deria.
c) Idea yang asli dan tulin – seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli
dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur
ciplak. Hasil kerja mereka berdasar cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa.
d) Bersifat terbuka – mempunyai sifat keterbukaan di dalam menertima pandangan dan
pendapat orang lain mengenai hasil kerja mereka malahan bersifat bebas dan demokratik.
e) Logik – peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dan tahu membezakan baik atau
buruk sesuatu perkara itu bahkan sangat menghargai dan menghormati masa.
f) Berfikiran bebas – golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak
terkongkong pada satu perkara sahaja sebaliknya bijak merancang projek agar berjalan
lancar. Orang kreatif lazimnya sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI:
a) Laura H.Chapman meletakkan 3 kaedah iaitu;
i) Kaedah penjanaan idea(inception of idea) – dalam penjanaan sesuatu idea,
pengkarya perlu menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya.
ii) Pengolahan dan pemurnian(elaboration and refinement) – proses pengolahan
dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih
sistematik dan tersusun. Proses ini untuk memastikan imej atau visual yang
hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif
penghasilan.
iii) Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium) – bimbingan
penggunaan bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan diberikan melalui
demonstrasi dan tunjukcara supaya pemilihan bahan mempunyai makna dan
nilai tersendiri.
c) Victor Lowenfeld
i) Setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.amaelihat krestiviti pada seseorang
murid boleh diukur melalui empat komponen iaitu
kelancaran,fleksibel,keaslian dan kepekaan.
.
PENDIDIKAN SENI DAN KELEBIHANNYA :
Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif
terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis.
Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar,
keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee
(melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan
respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawa
harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yang
seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Dalam banyak
perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu
yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan
seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).
Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan
dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya
intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.
Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan,
menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa
bersama nilai positif. Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi
ilmu yang diperolehi.
Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur
yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranannya dalam
pendidikan dapat memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika.
Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seseorang
indivdu yang bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologi
dalam menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar yang
sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping memahami nilai-nilai estetika
dan faham akan norma-norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan kebangsaan.
Peranan seni visual dalam pendidikan ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat
semulajadi kanak-kanak sukakan belaian, perhatian dan sentuhan dan melalui contengan-
contengan ini perkembangan seni tampak minda mereka berlaku dengan pesat. Namun begitu
perkembangan ini berlaku berbeza mengikut persekitarannya, faktor keluarga dan latar belakang
pendidikan mereka. Melalui proses lakaran ini, tahap mental kanak-kanak akan terus
berkembang dengan baik. (Laura Chapman 1978). Sehubungan dengan itu pembangunan sosial
kanak-kanak tadi terbina, menjadi seorang yang kreatif, berdikari dan yakin diri dalam kelompok
masyarakatnya.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota masyarakat
mengharapkan bidang seni ini boleh menyumbang sesuatu bertujuan membentuk generasi yang
berdikari dan yakin diri. Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar
untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.
Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh memilih bidang ini untuk membentuk satu
profesion baru seterusnya menjadikan seni sebagai profesion sepenuh masa kerana terdapat
ramai artist yang mampu hidup selesa melalui bidang ini.
Melalui Pendidikan Seni juga dapat menyemai seseorang dengan nilai-nilai kasih sayang,
menghormati budaya sesuatu kaum, adat istiadat serta menanam sifat-sifat mulia terhadap diri.
Justeru kita akan lebih memahami serta menghargai akan nilai-nilai warisan seni budaya
keturunan kita sendiri di samping kaum-kaum sesuatu bangsa lain selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggap
sebagai agen perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada disedari
atau tidak telah meletakkan seni di tempat yang sewajarnya. Pendidikan tentang seni telah
bermula sejak zaman kanak-kanak lagi di mana mereka mula mengetahui tentang alat-alat
permainan yang beraneka rupa bentuk dan warna. Begitu juga dalam konteks mewarna di atas
kertas, kanak-kanak akan menggunakan pilihan warna yang disukainya. Contengan warna ini
sebenarnya melahirkan ideanya. Ini menjurus kepada kreativiti kanak-kanak tersebut. Bakat ini
perlu dibimbing dan dipupuk dengan sebaiknya supayadia menjadi seorang yang berdikari dan
yakin pada dirinya sendiri. Ini kerana kanak-kanak membuat simbol-simbol yang mudah dan
ringkas mengikut tahap penguasaan dan faktor sekelilingnya. Jika dikaji bentuk-bentuk lukisan
sebegini mempunyai makna yang cukup mendalam tanpa kita sedari. Kajian ini dibuat oleh
Herbert Read (1958) dalam bukunya ”Education Through Art”.
mendidik manusia agar memahami kebenaran ciptaan Allah SWT. Apa sahaja bentuk
seni yang dicipta adalah menjurus ke arah membimbing dan mendidik masyarakat.
Menurut Winckelmann berkaitan dengan estetika/keindahan, ia perlu melalui satu proses
yang dikenali sebagai idealisasi iaitu proses menggunakan akal dan menjadi asas kegiatan seni
yang utama. Beliau juga mengkategorikan estetika kepada empat konsep iaitu:
a) Estetik dikaitkan dengan kemuliaan
b) Estetik dikaitkan dengan kehebatan
c) Estetik dikaitkan dengan kesederhanaan
d) Estetik dikaitkan dengan ketenangan
Keempat-empat elemen ini membantu mewujudkan individu seterusnya masyarakat
sekelilingnya mempunyai sikap yang positif dalam kehidupan mereka.
Melalui Pendidikan Seni juga dapat memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan
inovatif para pelajar. Usia remaja di sekitar 10 hingga 15 tahun merupakan tahap penguasaan
ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar sudah mula
menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu dengan lebih baik. Pada peringkat ini
sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap
kematangan kreativitinya akan berkembang.
Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965), peringkat ini merupakan paling konflik dan genting kerana
pelajar mengalamai tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama dalam proses
pembesaran mereka. Dalam situasi ini peranan guru amat penting di mana pelajar yang tidak
menerima bimbingan yang betul boleh menyebabkan minat mereka dalam Pendidikan Seni
berkubur, sebaliknya bagi pelajar yang telah diberi bimbingan dan nasihat positif oleh guru akan
menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan mata pelajaran tersebut.
Kelebihan seterusnya adalah memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam
masyarakat kerana masyarakat Malaysia kaya dengan khazanah warisan budaya. Bahan
kegunaan harian seperti pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu, seni batik dan
tenunan/tekstil, hamparan tikar mengkuang, anyaman kelarai seterusnya budaya sopan santun
dan adat istiadat diwarisi turun temurun. Namun begitu seni warisan sebenarnya semakin
terpinggir dan hampir dilupakan. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan
semua warisan dalam masyarakat yang suatu ketika dahulu cukup dipelihara.
Melalui Pendidikan Seni juga diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri kerana
budaya menunjukkan bangsa. Sesebuah masyarakat mesti meletakkan kepentingan budaya pada
satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya, kerana kita boleh mengesan sesuatu bangsa
melalui perkembangan budayanya.
Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha mengekalkan seni, budaya dan warisannya.
Masyarakat perlu tahu tanggungjawab mereka tentang kepentingan nilai seni dan estetika dan
kefahaman serta tanggungjawab itu perlu dipupuk di peringkat awal lagi.
Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat paling wajar. Peranan murid, guru dan pihak
pendidikan (pengurusan pentadbiran) amat penting untuk merealisasikan perkara itu. Justeru
semua masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan
untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah mengekalkan seni, budaya dan
warisannya.
Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manusia, untuk
berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung sesama manusia, kesenian adalah penghubung
kepada faktor-faktor terpenting ini. Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang kewajaran seni
dikembangkan berdasar keperluan manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana kejadian awal
manusia adalah ciptaan Allah SWT.
Manusia memerlukan dan menginginkan perhatian, mempunyai emosi dan perasaan. Mereka
meluah perasaan dan berkongsi emosi dengan orang lain melalui penyataan perasaan di bawah
sedar dan seni dalam konteks yang lebih luas ialah hasil penyataan perasaan manusia sebenarnya.
Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi, perasaan dan dibantu dengan
ilmu-ilmu lain maka tercipta hasil seni yang dibanggakan. Justeru seni amat penting dalam
kehidupan mereka dan merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma menjadi persoalan apabila
pendedahan seni itu tidak diperjelaskan secara langsung kepada masyarakat. Perlakuan negatif
dari pengamal menyebab seni diperlekehkan. Sedangkan seni sebagai agen perubahan
KREATIVITI DAN KANAK-KANAK
5.1KREATIVITI
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini
disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh
dengan perasaan ingin tahu.
5.2 PENGERTIAN KREATIVITI
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud
“membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’.
Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan)
mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan
mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan
sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan
kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan
ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di
dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau
telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.
June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang
mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.
Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang
sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor
tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang
dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi
individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa
tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di
persekitarannya.
Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun
sains,
Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur
melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas )
fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian
(mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat,
merasa,
mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses
engamatan dan merekod.)
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI
5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher
(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan
sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.
(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab
persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.
(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua
aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.
Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,
pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan
sebagainya.
(d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui
tindakan setelah merencana segala aktiviti.
Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti
‘’Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’
(e) Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses
penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.
Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah
dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.
Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan :
(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan
karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju
penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.
(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang
lebih sistematik dan tersusun.
Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak
dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.
(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik
penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk
cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.
Calvin W. Taylor
(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif
Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.
Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara
spontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal
mereka yang belum stabil.
Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan
contengan mudah.
(b) Kreativiti Melalui Penghasilan
guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada
kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.
(c) Kreativiti Bersifat Inventif
Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek
melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan
motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa.
(d) Kreativiti Bersifat Inovatif
Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea
baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan
menghasilkan alternative bagi setiap perancangan.
(e) Kreativiti Bersifat Emergen
Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip
formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh,
figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya
oleh kanakkanak apabila melukis.
CIRI-CIRI KREATIVITI
(a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan
dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.
(b) Sensitif dan Peka
Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya
termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.
(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan
gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-
mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak
kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan
rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.
(d) Bersifat Terbuka
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain
mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.
(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.
Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka
juga sangat menghormati masa.
(f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu
perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang
dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-
hati dan bijak membuat keputusan.
5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI
5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)
(a) Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh
membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan
tidak mampu dilaksanakan.
(b) Kedah Kedua
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan
saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan
ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya
mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan
secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.
(c) Kaedah Ketiga
Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan
cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.
(d) Kaedah Keempat
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal.
Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan
supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa
sahaja.
Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance
proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.
(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan
oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui
penyelidikan dan kajian.
(c) Pemerhatian
proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata
malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan,
dan sebagainya.
(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu
yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang
dikehendaki.
(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai
barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.
(f) Memanipulasi
murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk
dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar
supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.
(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain
merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan
perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh
menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.
5.7 MENINGKATKAN MOTIVASI
Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses
kreativiti.
(a) Memilih Bahan dan Alat
Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh
digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.
(b) Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang
cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.
(c) Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil
karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni
visual.
(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia
untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.
(e) Hormat-menghormati
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan
menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan
(f) Memberikan Galakan dan Motivasi
Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak
berminat untuk meneruskan penghasilan karya.
(g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang
mereka berikan di dalam kelas