Post on 15-Jan-2017
PENGETAHUAN ASAS DALAM EKONOMI DAN KEMAHIRAN MATEMATIK MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS
MAKROEKONOMIDI UNIVERSITIPENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
NORMALA BINTI ZULKIFL SHAHRUN NIZAM BIN ABDUL AZIZ
KOD PENYELIDIKAN: 06-11-07-06
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2008
ii
PENGAKUAN
Saya mengaku Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian kami Normala binti Zulkifli dan Shahrun Nizam bin Abdul Aziz kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
30-10.2008
(Ketua Penyelidik)
iii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t dan selawat dan salam buat junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. segala kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi yang telah memberikan kekuatan dan petunjuk-Nya dalam menyempurnakan penyelidikan ini. Semoga usaha yang kecil ini akan dapat memberikan sumbangan dan pengetahuan kepada masyarakat dan organisasi yang memerlukannya.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana telah sudi membiayai perbelanjaan penyelidikan ini sejumlah RM 3,392.00. Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UPSI serta para pelajar yang terlibat sebagai responden penyelidikan ini di atas segala kerjasama yang telah diberikan.
Akhirnya, sekalung penghargaan penuh kasih sayang ditujukan khas buat ayahanda dan bonda, suami tercinta, anak tersayang dan rakan-rakan yang turut sama memberi sokongan dan bantuan dalam menyiapkan penyelidikan ini.
Sekian, terima kasih.
Kormala binti Zulkifli Jabatan Ekonomi Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris.
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh pengetahuan asas ekonomi dan kemahiran matematik terhadap pencapaian pelajar dalam kursus Pendidikan Makroekonomi (PEG1013) di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, UPSI. Bagi mengkaji pengaruh faktor pengetahuan asas ekonomi, gred yang diperoleh dalam subjek Ekonomi Asas (SPM), Ekonomi (STPM) dan gred bagi kursus Prinsip Ekonomi (PEA 1013) telah dipilih. Manakala bagi mengkaji pengaruh faktor kemahiran matematik pula, gred bagi subjek Matematik Moden dan Matematik Tambahan (SPM) di ambil kira. Kajian kuantitatif ini telah dijalankan ke atas 217 pelajar ekonomi yang terpilih (major dan minor). Pengaruh faktor pengetahuan asas ekonomi dan kemahiran matematik terhadap pencapaian pelajar dalam kursus Pendidikan Makroekonomi telah dianalisis menggunakan Analisis Korelasi Spearman. Ujian Mann-Whitney pula, telah digunakan untuk membuat perbandingan terhadap pencapaian pelajar di antara dua kumpulan iaitu mereka yang mempunyai pengetahuan asas dalam ekonomi dengan yang tidak mempunyai pengetahuan asas ekonomi. Hasil kajian yang diperoleh mencadangkan bahawa terdapat hubungan positif antara faktor pengetahuan asas ekonomi dan kemahiran matematik dengan pencapaian pelajar dalam kursus Pendidikan Makroekonomi. Tambahan pula, dapatan daripada Ujian Mann-Whitney menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian pelajar di antara kumpulan yang mempunyai pengetahuan asas ekonomi dengan kumpulan pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan asas dalam ekonomi.
V
The Influence of Knowledge in Basic Economic and Mathematics Skill towards Students' Performance in Macroeconomics Course in UPSI
ABSTRACT
The aim of this research is to investigate the influence of basic knowledge in economics and mathematics skills on students' achievements in Macroeconomics Education Course (PEG1013) in Faculty of Business and Economics, UPSI. To examine the effect of factor of basic knowledge in economics, students' grade score in Basic Economics subject (SPM), Economics subject (STPM) and grade score in Principles of Economics course (PEA1013) had been chosen. Likewise, in order to examine the effect of factor of mathematics skills, students' grade score in the subject of Modern Mathematics as well as Additional Mathematics in the SPM level had been considered. This quantitative research was carried out on 217 selected economics students (major and minor). The influence of factors of basic economic knowledge and mathematics skills on students' achievement in Macroeconomics Education course was analyzed using Spearman Correlation Analysis. A Mann-Whitney Test has been utilized to compare the students' achievement between two groups (i.e., those who have basic knowledge in economics from their previous study and those who are not.). The results obtained suggest that there are positive relationship between students' basic knowledge in economics and mathematics skills from their previous study and their achievement in the Macroeconomics Education course. Besides, the results from Mann-Whitney Test indicate that there is a significant difference in students' achievement between those who have basic knowledge in economics from their previous study and those who are not.
SENARAIJADUAL
J a d u a l muka surat
3.1 Penggunaan Skala Likert Dalam Soal Selidik j 5
4.1 Statistik Pelajar Mengikut Etnik dan Gender 21
4.2 Statistik Pelajar Mengikut Status Perkahwinan 22
4.3 Analisa Gred Pendidikan Makroekonomi Peringkat Universiti 25
4.4 Analisa Gred Subjek Ekonomi Asas SPM 25
4.5 Analisa Gred Matematik Moden dan Matematik Tambahan SPM 26
4.6 Faktor-Faktor Pencapaian Pelajar dalam Pendidikan Makroekonomi 27
4.7 Faktor Pengetahuan Asas dalam Ekonomi dan Matematik 28
4.8 Faktor Pengaruh Pensyarah 30
4.9 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya 34
4.10 Hubungan Matematik Moden dengan Pencapaian Makroekonomi 38
4.11 Hubungan Matematik Tambahan dengan Pencapaian Makroekonomi 39
4.12 Hubungan Pencapaian Ekonomi Asas dengan Pendidikan Makroekonomi 41
4.13 Hubungan Pencapaian Ekonomi STPM dengan Makroekonomi 43
4.14 Hubungan Pencapaian Prinsip Ekonomi dengan Makroekonomi 44
4.15 Pencapaian Pendidikan Makroekonomi dengan Ekonomi Asas 46
4.16 Pencapaian Pendidikan Makroekonomi dengan Ekonomi STPM 48
4.17 Pencapaian Pendidikan Makroekonomi dengan Prinsip Ekonom
SENARAI RAJAH
KANDUNGAN
Muka sural
Pengakuan ii
Penghargaan iii
Absrak iv
Abstract v
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang 1
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Objektif Kajian 4
1.4 Kepentingan Kaj ian 5
1.5 Soalan Penyelidikan 5
1.6 Limitasi Kaj ian 6
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 7
2.2 Asas Ekonomi dan Kemahiran Matematik 8
2.3 Faktor-Faktor Lain 10
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 13
3.2 Reka Bentuk Kajian 13
3.3 Lokasi, Sampel dan Data Kajian 14
3 A Instrumen Kaj ian 15
3.4.1 Pembinaan Instrumen Kajian 15
3.5 Kajian Rintis 17
3.6 Analisis Data 17
3.6.1 Analisis Statistik Deskriptif 18
3.6.2 Analisis Statistik Inferensi 18
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 20
4.2 Analisis Deskriptif 21
4.2.1 Profail Responclen 21
4.2.2 Keputusan Pendidikan Makroekonomi Peringkat
Universiti, Ekonomi Asas, Matematik Moden,
Dan Matematik Tambahan SPM 24
4.3 Faktor-Faktor Pencapaian Pelajar Dalam Kursus
Kursus Pendidikan Makroekonomi 27
43.1 Faktor Pengetahuan Asas dalam Ekonomi dan
Dan Matematik 28
4.3.2 Pengaruh Pensyarah 30
4.3.3 Pengaruh Rakan Sebaya 34
4.4 Hubungan Korelasi Pencapaian Matematik SPM
Dengan Pencapaian Pendidikan Makroekonomi 37
4.4.1 Hubungan Korelasi Matematik Moden dan
Pendidikan Makroekonomi 38
4.4.2 Hubungan Korelasi Matematik Tambahan dan
Pendidikan Makroekonomi 39
4.5 Hubungan Faktor Asas Ekonomi dengan Pencapaian
Pendidikan Makroekonomi 41
4.5.1 Hubungan Korelasi Pencapaian Ekonomi Asas
Dengan Pendidikan Makroekonomi 41
4.5.2 Hubungan Korelasi Pencapaian Ekonomi STPM
Dengan Pendidikan Makroekonomi 42
4.5.3 Hubungan Korelasi Pencapaian Prinsip Ekonomi
Dengan Pendidikan Makroekonomi 43
4.6 Perbezaan Skor Min Pencapaian Pelajar Yang
Mempunyai Asas Ekonomi dengan Pelajar yang
Tidak Mempunyai Asas Ekonomi 45
4.6.1 Hubungan Pencapaian Pendidikan
Makroekonomi dengan Ekonomi Asas 46
4.6.2 Hubungan Pencapaian Pendidikan
Makroekonomi dengan Ekonomi STPM 47
4.6.3 Hubungan Pencapaian Pendidikan
Makroekonomi dengan Prinsip Ekonomi 49
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Faktor Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan
Makroekonomi 51
5.2 Hubungan Faktor Kemahiran Matematik dengan
Pencapaian Pendidikan Makroekonomi 52
5.3 Hubungan Faktor Asas Ekonomi dengan Pencapaian
Pendidikan Makroekonomi 53
5.4 Perbezaan Min Pencapaian Antara Pelajar Yang
Mempunyai Asas Ekonomi dengan Pelajar Yang Tidak
Mempunyai Asas Ekonomi 53
5.5 Cadangan 54
]
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang
Program Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang ekonomi di Fakulti
Perniagaan dan Ekonomi (FPE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
diwujudkan berdasarkan kepada wawasan untuk melahirkan graduan bertaraf
professional dan berketrampilan pendidikan di dalam bidang ekonomi sejajar
dengan keperluan, cabaran dan perkembangan pendidikan Negara. Program ini
distrukturkan untuk membentuk kebolehan pelajar mengurus maklumat,
membuat keputusan serta merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai
dengan kehendak dan keperluan mata pelajaran sekolah yang berkitan dengan
bidang pengurusan perniagaan dan ekonomi.
2
Program Ekonomi menawarkan 19 kursus major di mana Kursus Pendidikan
Makroekonomi merupakan salah satu kursus major yang wajib di ambil oleh
pelajar-pelajar di bawah program Ekonomi di FPE, UPSI. Kursus ini wajib bagi
pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi) Dengan Kepujian dan
juga pelajar-pelajar yang mengambil Program ekonomi sebagai minor mereka.
Kursus Pendidikan Makroekonomi atau PEG1013 ini ditawarkan kepada para
pelajar semester kedua di tahun pertama pengajian.
Kursus ini merupakan satu kursus yang menggabungjalinkan banyak
kemahiran seperti memahami konsep, mengira, melakar keluk dan
mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam menyelesaikan masalah. kursus
Makroekonomi adalah berbeza dari kursus Sains Sosial dan kursus yang
berasaskan pengurusan yang lain. Ini kerana kursus Makroekonomi berkiatan
dengan analisa dan pemikiran kritikal.
Menurut Johnston dan James (2000), untuk mempelajari ekonomi, seseorang
pelajar mesti mempunyai kemampuan dari segi pemikiran abstrak dan boleh
mengaplikasikannya. Mereka juga mestilah mampu untuk menerangkan idea
yang kompleks secara logik dan lancar. Oleh sebab itu subjek ekonomi di
anggap sebagai subjek yang susah oleh kebanyakan pelajar (Cadenas,1999).
Maka tenaga pengajar ekonomi telah menggunakan pelbagai cara dan kaedah
pengajaran yang kreatif untuk menggalakkan pelajar-pelajar untuk terus
memahami subjek ekonomi.
Konsep-konsep ekonomi seringkali diajar dengan menggunakan kaedah
kuantitatif, termasuklah penggunaan graf serta contoh berangka dan aplikasi.
Menurut Schuhmann (2005), pelajar yang lemah dalam literasi kuantitatif akan
menyumbang kepada pencapaian yang rendah dalam literasi ekonomi.
Terdapat kajian-kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik luar
Negara untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar
3
dalam subjek ekonomi. Kebanyakan mereka mendapati bahawa pencapaian
pelajar dalam subjek matematik mempunyai pengaruh yang besar terhadap
pencapaian mereka dalam subjek ekonomi. Walau bagaimanapun, masih
kurang kajian dijalankan di Malaysia terutama dalam konteks universiti.
Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti adakah
pengetahuan asas dalam ekonomi dan kemahiran matematik mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam Kursus Makroekonomi. Disamping itu, kajian juga
dibuat untuk melihat adakah wujud perbezaan pencapaian dalam Kursus
Makroekonomi antara pelajar yang mengambil subjek ekonomi di peringkat
sekolah dengan pelajar yang tidak mengambil subjek ekonomi di peringkat
sekolah.
1.2 Penyataan Masalah
Berdasarkan pemerhatian dan temubual secara rawak yang telah dijalankan ke
atas pel ajar-pel ajar ekonomi di FPE, UPSI Tanjung Malim Perak, didapati
kebanyakan pelajar menganggap subjek ekonomi sebagai 'subjek pemusnah'
dan lebih susah berbanding subjek perakaunan dan pengurusan perniagaan.
Menurut mereka, subjek ekonomi bukan sahaja memerlukan kemahiran dalam
pengiraan, malah mereka juga perlu bijak memahami dan mengaplikasikan
teori serta berkemahiran untuk melakar dan menghuraikan keluk.
Analisa ke atas keputusan peperiksaan kursus Makroekonomi pada tahun-
tahun lepas juga menunjukkan bilangan pelajar yang berada ditahap B ke
bawah masih lagi tinggi, Oleh itu adalah dirasakan perlu dikenalpasti apakah
faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus ini
supaya dapat dilakukan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di masa akan datang.
4
Tinjauan ke atas kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa terdapat
perkaitan yang rapat antara pencapaian dalam matematik terhadap pencapaian
pelajar dalam subjek ekonomi di peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu adalah
dirasakan perlu kajian yang sama dibuat untuk mengenalpasti adakah
pencapaian pelajar dalam matematik di peringkat sekolah atau matrikulasi
mempunyai kaitan dengan pencapaian mereka dalam Kursus Makroekonomi di
peringkat universiti. Disamping itu, kajian juga dibuat untuk melihat hubungan
antara pelajar yang mengambil subjek ekonomi asas di peringkat sekolah atau
matrikulasi dengan pencapaian mereka dalam Kursus Makroekonomi di
peringkat universiti.
1.3 Objektif Kajian
Secara amnya, objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmanakah
pencapaian pelajar dalam matematik dan ekonomi asas di peringkat sekolah
atau matrikulasi mempengaruhi pencapaian mereka dalam Kursus
Makroekonomi di peringkat universiti.
Secara khususnya kajian ini bertujuan
1. Untuk menentukan hubungan antara pencapaian matematik di peringkat
sekolah atau matrikulasi dengan pencapaian Kursus Makroekonomi di
peringkat universiti.
2. Untuk menentukan perbezaan dari segi pencapaian pelajar yang mengambil
subjek ekonomi di peringkat sekolah atau matrikulasi dengan pelajar yang
tidak ada asas ekonomi.
5
1.4 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu:
1. Dapat memberikan gambaran awal kepada pensyarah tentang prestasi
seseorang pelajar dalam pelajaran ekonomi bagi tujuan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran.
2. Dapat memberikan input yang relevan dalam menyediakan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk subjek ekonomi pada
masa hadapan.
1.5 Soalan Penyelidikan
Oleh itu, adalah diharapkan melalui kajian ini akan memberi iawapan kepada
persoalan-persoalan berikut:
i. Apakah faktor-faktor kelemahan pelajar dalam mata pelajaran
Ekonomi Asas?
ii. Apakah faktor utama kelemahan pelajar dalam mata pelajaran
Ekonomi Asas?
iii. Adakah terdapat perbezaan faktor utama kelemahan pelajar dalam
mata pelajaran Ekonomi Asas mengikut gender?
iv. Adakah terdapat perbezaan antara faktor utama kelemahan pelajar
dalam mata pelajaran Ekonomi Asas mengikut tahap sosio-ekonomi?
v. Adakah terdapat perbezaan antara faktor utama kelemahan pelajar
dalam mata pelajaran Ekonomi Asas mengikut bangsa?
vi. Adakah terdapat hubungan antara faktor utama kelemahan pelajar
dalam mata pelajaran Ekonomi Asas dengan pencapaian.
6
1.6 Limitasi Kajian
Kajian ini hanya dijalankan di sebuah universiti iaitu Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI). Oleh yang demikian dapatan kajian yang diperolehi adalah
terbatas dan hanya boleh diaplikasikan kepada UPSI sahaja. Dengan kata lain
dapatan-dapatan kajian yang diperolehi daripada kajian ini tidak boleh
digeneralisasikan kepada universiti-universiti lain.
Ketepatan kajian juga banyak bergantung kepada keikhlasan dan
kejujuran para responden yang menjawab soal selidik yang diberikan kepada
mereka. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan kajian ini dilaksanakan dan
disempurnakan, penyelidik perlu membuat andaian bahawa semua jawapan
responden adalah benar, jujur dan ikhlas.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
Bab ini mengemukakan tinjauan literatur berkaitan dengan pandangan dan
pendapat yang diberikan oleh beberapa pengkaji dan penulis dengan faktor-faktor
yang memepengaruhi pencapaian pelajar. Terdapat juga kajian-kajian lepas yang
berhubung secara langsung atau tidak langsung menyentuh mengenai faktor-faktor
ini.
2.1 Pendahuluan
Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
ekonomi, banyak kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian
pelajar telah dibuat. Dalam penyelidikan ini, penyelidik cuba mengkaji sejauh mana
faktor asas ekonomi dan kemahiran matematik mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam kursus makroekonomi di UPSI. Di samping itu juga, pengaruh faktor-faktor
lain seperti jantina, pengalaman pensyarah, status pelajar serta pengaruh rakan
sebaya akan turut dikaji.
8
2.2 Asas Ekonomi dam Kemahiran Matematik
Pencapaian pelajar dalam kursus-kursus ekonomi dan matematik yang diambil
sebelum mengambil kursus makroekonomi merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi pencapaian mereka dalam kursus makroekonomi. Banyak kajian
yang telah dilakukan menggariskan peri pentingnya pengetahuan asas dalam ilmu
ekonomi dan juga matematik bagi menentukan pencapaian yang baik dalam kursus
ekonomi yang diambil di universiti.
Secara amnya, dapatan daripada kajian-kajian lepas jelas menunjukkan
kemahiran dalam matematik am at penting kepada pelajar yang mengambil subjek
ekonomi. Contohnya, kajian oleh Lumsden dan Scott (1987) mendapati pelajar yang
lulus matematik di peringkat A level turut men dap at keputusan peperiksaan yang
baik dalam subjek ekonomi. Diikuti pula dengan kajian yang dijalankan oleh
Bransfield, David, James, dan Martin (1992) juga menunjukkan bahawa pelajar
yang telah mengambil dua subjek matematik pengurusan secara berurutan sebelum
mengambil subjek ekonomi memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding
kumpulan yang tidak mengambil subjek tersebut.
Anderson et al. (1994) pula mendapati keputusan matematik di peringkat
sekolah tinggi merupakan petunjuk paling penting terhadap kejayaan pelajar
dalam subjek ekonomi di peringkat kolej. (Durden & Ellis, 1995; Ballard, 2004)
juga mendapati pelajar yang mencatat keputusan yang baik dalam subjek
matematik juga akan mencatat keputusan yang baik dalam subjek ekonomi di
peringkat kolej. Sementara Von Allmen (1996) mendapati perbezaan satu gred
dalam matematik menyumbang lebih daripada dua kali ganda peluang untuk
pelajar mendapat gred A dalam subjek mikroekonomi, dan kurang daripada
separuh peluang untuk mereka mendapat keputusan yang lemah.
Walau bagaimanapun, Martin, James, Brasfield dan Mitchell (1995)
mendapati pelajar yang mengambil subjek matematik juga mencatat keputusan
9
yang lebih baik dalam subjek mikroekonomi tetapi tidak dalam subjek
makroekonomi. Caviglia-Hariss (2003) pula mendapati pelajar yang mempunyai
kemahiran dalam matematik dan sains mempunyai kelebihan dalam subjek
ekonomi. Dapatan daripada kajian-kajian ini mewujudkan satu perdebatan hangat
di kalangan ahli akademik ekonomi samada untuk mewajibkan pelajar-pelajar
mengambil subjek matematik terlebih dahulu sebelum mereka mengambil subjek
ekonomi (Schuhmann, 2005). Selain dari itu, beberapa kajian lepas turut
menunjukkan hubungan antara kemahiran matematik, kebolehan menginterpretasi
graf dan pencapaian dalam subjek ekonomi. Contohnya, kajian yang dijalankan
oleh Cohn dan Cohn (2000) ke atas 625 orang tenaga pengajar ekonomi
menunjukkan bahawa kemahiran dalam matematik serta kebolehan
menginterpretasi graf amat penting bagi pelajar-pelajar untuk mudah memahami
subjek ekonomi. Ini kerana analisis grafik merupakan alat utama yang digunakan
untuk menggambarkan teoriteori dan konsep-konsep dalam ekonomi.
Dapatan daripada kajian Hill dan Stegner (2003) turut menyokong dapatan
Cohn dan Cohn (2000) di mana mereka mendapati pelajar-pelajar yang mempunyai
kecenderungan terhadap subjek matematik mempunyai lebih kemungkinan untuk
menjawab soalan soalan berbentuk grafik dengan betul. Dapatan ini turut disokong
oleh Cohn dan Cohn (2004) yang mendapati pelajar-pelajar yang boleh melakar
graf dengan tepat akan mencatat keputusan yang lebih baik dalam subjek ekonomi
berbanding pelajar-pelajar yang lemah dalam melakar graf. Kajian lebih awal yang
dijalankan oleh Kourilsky dan Wittrock (1987) menunjukkan bahawa strategi
pengajaran yang lebih menekankan kepada penggunaan graf berbanding
penerangan 'verbal' dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap subjek
ekonomi.
kajian yang dijalankan oleh Siegfried et al. (1991) menunjukkan kemahiran
dalam matematik amat berguna bagi pelajar-pelajar ekonomi di peringkat ijazah
pertama. Menurut mereka, matematik dapat menjelaskan hubungan dalam
ekonomi serta meningkatkan kefahaman pelajar. Menurut Bachan dan Reilly
10
(2003), pelajar A-Level yang mahir dalam matematik mempunyai harapan yang
cerah untuk mendapat gred A dalam kursus ekonomi di universiti berbanding
pelajar yang kurang kukuh asas mereka dalam matematik.
Kajian oleh Ballard dan Johnson (2004) yang bertajuk "Basic Math Skills
and Performance in an introductory Economic Class" juga mendapati kemahiran
kuantitatif amat penting bagi menjamin kejayaan pelajar dalam kursus pengenalan
kepada ekonomi. Hasil kajian beliau menunjukkan markah kuiz matematik
mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi pelajar dalam kursus
Pengenalan kepada Ekonomi.
Kajian oleh Tay (1994) pula mendapati pencapaian pelajar semasa
mengambil kursus ekonomi pada tahun pertama pengajian di universiti banyak
dipengaruhi oleh pengetahuan asas mereka dalam subjek ekonomi di sekolah
menengah. Shanahan dan Meyer (2001) dalam kajiannya pula mendapati
pendekatan inventori pembelajaran ekonomi di kalangan pelajar berdasarkan
pengalaman pelajar belajar subjek ekonomi sebelum mengikuti kursus ekonomi di
universiti banyak memainkan peranan dalam menentukan kejayaan pelajar dalam
kursus tersebut.
Sebagai rumusan, dap at an daripada kajian-kajian lepas menunjukkan
kemahiran matematik mempunyai hubungan yang positif dengan literasi ekonomi.
Ini menunjukkan bahawa pelajar yang mencatat keputusan yang baik dalam
matematik akan turut mencatat keputusan yang baik dalam ekonomi. Dengan kata
lain, proses pembelajaran ekonomi sebenarnya dibantu oleh kemahiran matematik
pelajar.
11
2.3 Faktor-Faktor lain
Tidak dapat dinafikan bahawa faktor gender turut mempengaruhi pencapaian
pelajar. Menurut Marsh (1989) dipetik (Haliza,1999) menyatakan bahawa pelajar
yang berbeza-beza antara jantina akan membentuk perbezaan dalam motivasi
pencapaian dan kesediaan untuk mencapai sesuatu matlamat dalam pembelajaran.
Begitu juga dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Rashidi dan Abdul Razak
(1991) mengenai perbezaan konsep kendiri mengikut jantina dan pencapaian,
mendapati bahawa terdapat perbezaan konsep kendiri mengikut jantina dan
pencapaian. Dapatan kajiannya mendapati bahawa terdapat perbezaan sosial yang
wujud antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pelajar perempuan didapati
mempunyai konsep kendiri yang lebih positif berbanding dengan pelajar lelaki.
Oleh itu pelajar perempuan selalunya mendapat keputusan yang lebih memuaskan
berbanding pelajar lelaki.
Mac Carthy (1930) ada menyatakan bahawa pelajar yang memperoleh
pencapaian yang rendah adalah disebabkan oleh latar belakang keluarga yang
serba kekurangan dari segi kemudahan asas seperti buku rujukan dan sebagainya.
Kajian Asmah Bee (1975) menunjukkan bahawa pelajar dari keluarga yang
mempunyai status sosioekonomi tinggi adalah penggerak pencapaian yang tinggi
berbanding pelajar dari kelas bawahan. Kemungkinan pelajar dari status
sosioekonomi tinggi mempunyai motivasi yang lebih baik untuk mendapat
maklumat yang sesuai dan diperlukan untuk dirinya.
Baker dan Stevenson (1986), mendapati bahawa ibu bapa yang lebih tinggi
taraf pendidikan mempunyai strategi untuk meningkatkan prestasi akademik anak-
anak mereka. Ibu bapa yang berpelajaran lebih bijak menguruskan karier sekolah
anak-anak, sering mengikuti kemajuan dan menggalakkan anak-anak mereka
memilih kerjaya yang berkaitan dengan bidang sains.
12
Memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor minat dan sikap juga turut
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu kursus. Kedua-dua faktor ini
biasanya mempunyai perkaitan yang rapat kerana kebiasaanya individu akan
bersifat positif terhadap sesuatu yang diminati.
Menurut Remmers dan Gage (1943) sikap mempunyai peranan yang
tersendiri, iaitu menjadi objektif pengajaran bagi semua kursus. Sebagai objek
pengajaran, logiknya faktor sikap mempunyai pengaruh yang dapat mencorak
pengajaran dan pembelajaran. Sesunguhnya sikap pelajar am at penting dalam
mempengaruhi pembelajaran mereka. Banyak kajian mengenai sikap pelajar yang
telah dilakukan mendapati sikap memainkan peranan penting sebagai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Sementara itu, menurut Roe (1975) seseorang yang
merasa seronok akan tertarik kepada keindahan manakala Davis (1983)
menegaskan seseorang yang merasa seronok akan telah menghadapi risiko serta
berminat terhadap rangsangan yang kompleks. Oleh itu, jelaslah sesuatu
rangsangan yang diterima boleh mengerakkan minat ataupun sebaliknya. Maka
rangsangan yang positif atau menarik amat perlu bagi setiap pelajar.
Kajian oleh Adnan dan Khamis, (1985); Rossi, (1969); Fitt, (1957); Roshell
dan Wood, (1971) juga mendapati bahawa sikap pelajar mempunyai kaitan yang
signifikan dengan pencapaian. Sementara kajian oleh Alias Baba (1989) mendapati
faktor minat turut mempengaruhi pencapaian pelajar.
13
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Bab ini menjelaskan metodologi kajian dan peringkat-peringkat kajian. lanya menyentuh
tentang reka bentuk kajian, populasi dan lokasi kajian, alat kajian, prosedur pengumpulan
data, kesahan dan kebolehpercayaan dan penganalisaan data statistik.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kaedah yang digunakan oleh penyelidik ialah kaedah tinjauan. Kaedah ini melibatkan
instrumen soal selidik untuk mendapatkan data bagi tujuan generalisasi daripada sampel
kepada populasi (Barbie, 2001 ; McMillan, 2000).
14
Kaedah ini merupakan satu pendekatan penyelidikan kuantitatif kerana ia dapat
menghuraikan keadaan sedia ada. la sesuai digunakan kerana data dapat dipungut dalam
tempoh yang singkat melalui responden yang dipilih dan seterusnya maklumat dapat
dikumpul untuk memberi penyataan dan gambaran umum tentang populasi secara
keseluruhan.
Kajian ini dibuat mengikut pendekatan kuantitiatif untuk tujuan pelaporan dapatan.
Data-data kuantitiatif dianalisis menggunakan perisian statistic SPSS versi 15.
Memandangkan nilai pembolehubah-pembolehubah kajian ini berbentuk ordinal, maka
analisis menggunakan kaedah "non-parametric" telah diguna pakai. Contohnya, ujian
korelasi Spearman digunakan untuk melihat hubungan antara pencapaian matematik di
peringkat SPM dan pencapaian kursus Pendidikan Makroekonomi di peringkat universiti.
Ujian Mann-Whitney pula digunakan untuk melihat samada wujud perbezaan pencapaian
antara kumpulan pelajar yang mengambil subjek ekonomi asas di peringkat STPM
dengan kumpulan pelajar yang tidak mengambil subjek tersebut.
3.3 Lokasi, Sampel dan Data Kajian
Kajian ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Populasi kajian terdiri
daripada pelajar-pelajar ijazah pertama yang mengambil kursus Pendidikan
Makroekonomi (PEG 1013) sama ada sebagai kursus major atau minor. Sehubungan
dengan itu, teknik persampelan mudah (convenient sampling) dirasakan sesuai untuk
tujuan kajian ini.
Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengambil kursus Pendidikan
Makroekonomi bagi empat semester berturut-turut bermula pada Semester 1 Sesi
2004/2005, Semester 2 Sesi 2004/2005, Semester 1 Sesi 2005/2006 dan Semester 2 Sesi
2005/2006 iaitu seramai 217 orang. Data bagi pencapaian pelajar dalam makroekonomi