Pengetua teraju kecemerlangan sekolah[1]

Post on 08-Jul-2015

9.437 views 3 download

Transcript of Pengetua teraju kecemerlangan sekolah[1]

OLEH:

EN.ABDUL MUTALIB BIN OSMAN

TIMBALAN PENGARAH

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

Orang penting yang boleh mencorakkan

pencapaian cemerlang sesebuah sekolah

melalui:

keterampilan,

dedikasi dan

keperibadian yang ada pada dirinya.

kemahiran mentadbir dan mengurus,

kemahiran sosial,

kemahiran berfikir dan

lain-lain kemahiran yang boleh membantu

mempercepatkan lagi pencapaian dan

kecemerlangan sekolah.

Asas utama kepada pembangunan negara.

Peranan kepimpinan pengetua sering

dijadikan fokus utama dalam usaha untuk

mencapai kecemerlangan pendidikan.

Perlu dilakukan secara berterusan terutama

bagi melahirkan modal insan yang holistik

yang mampu mengharungi segala cabaran

sama ada di peringkat domestik atau global.

Tidak dilihat dari pencapaian akademik

semata-mata tetapi yang lebih penting dapat

melahirkan pelajar yang holistik iaitu

mempunyai:

kemahiran intelek

sosial

fizikal

berkeupayaan menyesuaikan diri dalam apa

sahaja situasi dan keadaan.

Dapat mengubah sekolah yang hanya dalam

keadaan biasa kepada sekolah yang berkesan

atau cemerlang.

Memenuhi hasrat dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu

Anjakan ke-5: Memastikan Kepimpinan

Berprestasi Tinggi Ditempatkan Setiap

Sekolah.

pengetua mestilah merupakan seorang yang

berwawasan.

pemimpin utama di sekolah yang mempunyai

perancangan dan strategi tertentu.

perlu mendapat sokongan dan kerjasama

kuat daripada semua peringkat warga

sekolah.

Bagi mencapai matlamat ke arah negara

maju seperti yang digariskan dalam dasar

negara, Kementerian Pelajaran telah

menyediakan pelan dan garis panduan

tertentu untuk dilaksanakan oleh semua

sekolah.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025

Justeru pengetua mestilah berupaya untuk

memahami dan sentiasa mengamalkan dasar-

dasar yang telah disediakan, keupayaan

untuk menterjemahkan dasar kepada

tindakan memerlukan kemahiran tertentu

yang dimiliki oleh pengetua berkenaan.

Bagi memastikan kepemimpinan berprestasi

tinggi di sekolah, Kementerian Pendidikan

mengubah kriteria memilih pengetua dan

guru besar daripada pemilihan berasaskan

tempoh perkhidmatan kepada pemilihan

berfokus kepada kecekapan kepimpinan.

Bagi tujuan itu, mereka dikehendaki

mendapatkan Sijil Kelayakan Profesional

Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan

(NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki

sebelum boleh dilantik.

Ia bakal menyebabkan purata umur mereka

menurun, sekali gus membolehkan mereka

berkhidmat lebih lama.

Kementerian Pendidikan juga akan

memperkenalkan proses perancangan

penggantian yang mengenal pasti dan

melatih individu berpotensi tinggi bagi

memastikan ada kelompok calon bersedia

untuk berkhidmat apabila dipanggil sejurus

ada kekosongan jawatan.

Pengetua dan guru besar yang bakal dilantik

juga akan mengikuti program pementoran

selama sebulan di bawah bimbingan

pengetua dan guru besar yang akan

berpindah dan bersara.

Mereka akan dinilai setiap tahun dengan

menggunakan instrumen penilaian baru yang

memberi penekanan kepada keupayaan

kepimpinan dan peningkatan keberhasilan

pelajar.

Di bawah pendekatan itu, pengetua

berprestasi tinggi akan menikmati peluang

kemajuan kerjaya lebih pantas, manakala

pemberian insentif akan disemak semula bagi

menggalakkan mereka yang berprestasi tinggi

bertugas di luar bandar atau sekolah

berprestasi rendah.

Bagi pengetua yang sukar mencapai standard

minimum, mereka akan diberi bimbingan

tambahan, manakala yang gagal mencapai

tahap kualiti minimum yang sudah diberikan

bimbingan tambahan akan ditugaskan semula

ke jawatan guru di sekolah lain.

Di bawah program mentor, mereka akan

mengikuti satu tempoh bimbingan daripada

pengetua atau Rakan Peningkatan Sekolah

(SIPartner+) daerah sejurus memulakan

tugas.

Peluang untuk mereka mengikuti program

Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)

pula tidak terhenti pada tahun pertama

perkhidmatan sebagai CPD menjadi sumber

bagi membolehkan mereka memperbaharui

tahap profesionalisme.

Dari segi peribadi pengetua yang berkesan

kebiasaannya memiliki sifat dedikasi,

bertanggungjawab, berkeyakinan tinggi dan

tidak mudah berputus asa.

Kemahiran atau memiliki ilmu kepengetuaan

akan dapat membantu pengetua

melaksanakan tugas dengan lancar.

Pendekatan kepimpinan yang holistik dengan

menggunakan pelbagai gaya kepimpinan akan

dapat mempengaruhi orang bawahannya

supaya bekerja untuk mencapai matlamat

yang ditetapkan.

Pengurusan sumber manusia terutama

keupayaan menguruskan guru dan pelajar

secara berkesan akan dapat membantu

mencapai matlamat sekolah dengan cepat.

Guru merupakan aset penting kepada

sekolah.

Dengan memberikan 'empowerment' dan

kepercayaan akan membolehkan mereka

melaksanakan tugas dengan yakin dan sedia

memberi sokongan kepada perancangan yang

telah disediakan.

Pengetua yang berkesan tidak akan

mengabaikan hubungan baik dengan ibu bapa

dan komuniti. Pelbagai aktiviti perlu

diadakan secara berterusan.

Masalah disiplin pelajar, kekurangan dana

dan sebagainya dapat diatasi melalui

perkongsian pintar dengan pihak-pihak di

luar sekolah terutama dengan ibu bapa.

Peranan pengetua adalah penting bagi

membantu merealisasikan dasar-dasar

kerajaan khususnya dalam melahirkan warga

negara yang kompeten, bertanggungjawab

dan sedia menghadapi cabaran masa depan.