penjodoh bilangan

Post on 20-Jun-2015

997 views 3 download

description

beberapa contoh penggunaan penjodoh bilangan untuk pelajar sekolah rendah

Transcript of penjodoh bilangan

SOALAN TEKA-TEKI

FIRDAUS BIN ALI

KAMBING BIN apa?

KAMBING BINATANG

SUKAN DI SEKOLAH SAYA

Sekolah saya mengadakan sukan tahunan pada bulan Mac yang lalu. Ramai murid yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Kejohanan sukan ini dimulai dengan perbarisan dari sepasukan pengakap. Seterusnya diikuti oleh rumah-rumah sukan seperti Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Hijau dan Rumah Kuning.

Pelbagai acara dipertandingkan seperti larian 100 meter, 200 meter, lari berganti-ganti dan sebagainya. Seramai tujuh puluh orang pelajar mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Para pemenang mendapat hadiah seperti sepasang kasut, sekotak pensel dan sehelai tuala.

Kejohanan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa dan penjaga. Sederet kereta tersusun rapi di luar sekolah. Saya dan kawan-kawan berasa sungguh gembira.

PENJODOH BILANGAN

ORANG

Terdapat seorang bayi sedang mandi

PENJODOH BILANGAN

BARIS

Sebaris pelajar beratur di hadapan gurunya

PENJODOH BILANGAN

BUAH

Pelajar Tahun 3 menaiki sebuah bas menuju ke sekolah

PENJODOH BILANGAN

EKOR

Dua ekor lebah sedang terbang di angkasa

PENJODOH BILANGAN

EKOR

Dua ekor lebah sedang terbang di angkasa

Selesaikan latihan berikut

1.Sepuluh orang jururawat sedang menderma darah di hospital.

2. Terdapat beberapa pucuk surat yang belum dihantar oleh posmen itu.

3. Athirah membawa sejambak bunga untuk kekasihnya.

4. Terdapat sekuntumbunga yang cantik di telinga Fatin.

5. Fikri membawa se…………….. permaidani

6. Sebutir peluru dijumpai di belakang sekolah saya.

7. Ibu menghadiahi Aina sebentuk cincin berlian yang cantik.

8. Azzeha mengikat pokok pisang itu dengan seutas tali yang besar

9. Cikgu Ramli menyampaikan beberapa patah perkataan untuk para pelajarnya.

10. Pak Mail menggunakan serawan jala untuk menangkap ikan di laut.