Post on 25-Jul-2015
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Pengenalan Kepada Pentaksiran Pendidikan Khas
Pentaksiran dalam Pendidikan Khas bermaksud memberi maklumat dan
gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti
membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan
punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran
dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.
Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid
dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran dibuat mengikut peringkat kebolehan
dan standard perkembangan murid tersebut. Di samping itu juga, pentaksiran juga
memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam tempoh satu masa
untuk mentaksir kebolehan dan pemahamannya. Matlamat keseluruhan pentaksiran
ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu
bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid
dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki
kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah
mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.
Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid
dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti
dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan
beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut
menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk
penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Pentaksiran boleh
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti ujian, pemerhatian, temu bual, projek,
portfolio dan sebagainya. Pemilihan kaedah bergantung kepada jenis maklumat yang
diperlukan.
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam beberapa perkara. Antaranya ialah
mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Selain itu, mengenal pasti
pelbagai potensi murid secara menyeluruh. mengenal pasti kelebihan dan kekurangan
murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
Mengesan keberkesanan pengajaran.
Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.
KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
1. Mengenalpastian masalah
Dapat mengesan pelajar sama ada dapat menguasai kemahiran dalam bacaan dan
mengira.
Guru dapat mengesan punca kelemahan pelajar dan kekuatan pelajar.
Ø Dapat mengesan pelajar yang berisiko tinggi sama ada perlu diberi rawatan
segera.
2. Penempatan
Ø Tahap pencapaian pelajar untuk penempatan seperti kelas khas, pemulihan.
Ø Penempatan yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat membantu mereka
mendapat perkhidmatan yang khusus.
3. Pemilihan strategi pemulihan
Ø Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti menggunakan bahan
bantu mengajar yang menarik supaya mereka senang menguasai kemahiran.
Ø Persediaan RPI sebelum pengajaran dijalankan dan tetapkan objektif
pembelajaran.
Ø Menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar
bahasa.
Ø Apabila mereka telah diajar sesuatu, perkara tersebut harus sentiasa
berulang-ulang supaya mereka senang ingat kemahiran.
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Persediaan RPI sebelum pengajaran dijalankan dan tetapkan objektif
pembelajaran.
Menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar
bahasa.
Apabila mereka telah diajar sesuatu, perkara tersebut harus sentiasa
berulang-ulang supaya mereka senang ingat kemahiran.
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Masalah Pembelajaran
Pada masa kini tidak dapat ditentukan apakah yang menyebabkan masalah
pembelajaran. Kita tidak dapat mengetahui apakah yang menyebabkan sesuatu
masalah pembelajaran yang dihadapi seperti disleksia atau kesukaran menyelesaikan
masalah bagi matapelajaran matematik. Namun, para penyelidik perubatan telah
mengaitkan faktor-faktor masalah pembelajaran kepada empat umum; iaitu,
kecederaan otak, keturunan, ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.
Para penyelidik perubatan berpendapat kebanyakkan masalah pembelajaran
ada kaitan dentgan kecederaan otak. Kecederaan otak pada system sarat pusat
biasanya berlaku sebelum kelahiran bayi dan selepas kelahiran bayi. Sebelum
kelahiran bayi, kemungkinan terjadi pelbagai kejadian semasa kandungan yang
menyebabkan kecederaan otak. Ibu yang menghidap penyakit seperti Rubella, herpes
simplex, mengambil dadah, merokok, minum alkohol, terdedah kepada logam berat dan
sinar X akan mengalami risiko yang tinggi kepada masalah ini. Selain itu, semasa
kelahiran bayi yang dilahirkan yang terdedah dengan kekurangan oksigen, tidak cukup
bulan atau kurang berat badan dan penggunaan alatan perubatan seperti forsep dan
vakum boleh menyebabkan terjadinya masalah ini. Selepas kelahiran bayi juga seorang
kanak-kanak sering terdedah dengan pelbagai kemalangan yang mengakibatkan
kecederaan otak. Contohnya, kemalangan, demam yang terlalu tinggi, ketumbuhan
pada otak seperti meningitis.
Di samping itu, faktor yang lain ialah hubung kaitan dengan genetic.Menurut
Pennington, (1990) yang menjalankan kajian mendapati bahawa kira-kira 35 atau 45
peratus kanak-kanak yang menghadapi masalah membaca mempunyai ibu atau bapa
yang juga menghadapi masalah membaca. Menurut b Raskind (2001), menyatakan
bahawa kanak-kanak menghadapi risiko yang tinggi sekiranya kedua-dua ibu
bapanyanya mempunyai masalah yang sama seperti mempunyai masalah membaca.
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Ketidakseimbangan biokimia juga merupakan faktor kecederaan otak.
Sesetengah pendapat mengatakan ketidakseimbangan bahan-bahan kimia boleh
menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang mengakibatkan kesukaran memberi
tumpuan atas kerja-kerja rumah. Contohnya, penggunaan ubat-ubatan yang kononnya
membantu mempertingkatkan memori atau mencerdaskan minda. Sehingga kini masih
tiada bukti bahawa ubat-ubatan sebegini dapat mengurangkan masalah pembelajaran.
Faktor yang terakhir ialah faktor persekitaran. Terdapat kajian menunjukkan
bahawa persekitaran yang tidak selesa seperti kemiskinan, persekitaran kotor, keadaan
rumah yang tidak selesa dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak tidak mesra
boleh menimbulkan masalah pembelajaran. Kajian jangka panjang yang dijalankan oleh
Hart dan Risely (1995) mendapati bahawa kanak-kanak yang tidak berkomunikasi
dengan ibu bapa mereka, mempunyai masalah perkembangan bahasa yang lewat.
Rumusannya, walaupun empat faktor yang diutarakan merupakan masalah
pembelajaran, namun sebagai seorang guru hendaklah mengajar kanak-kanak
pendidikan khas dengan tanpa mengaitkan masalah yang dihadapi.
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Carta Aliran Perancangan Kajian
Memilih seorang murid yang berkeperluan
khas untuk dijadikan kajian kes
Menjalankan pemerhatian terhadap tingkah laku
bermasalah yang dijadikan sasaran pada Haziq Ikhwan
dari pelbagai aspek
Menjalankan sesi temu bual dengan pihak yang
berhubungan rapat dengan Haziq Ikhwan iaitu ibu bapa
dan guru kelasnya.
Mentaksir masalah Matematik dan Bahasa Melayu yang dialami
oleh Haziq.
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Latar Belakang Murid
Nama murid : Haziq Ikhwan Bin ramli
Nama bapa :
Nama ibu :
Tarikh Lahir :8 Oktober 1997
Agama : Islam
No. Sijil lahir :
No. Oku :
Jenis Masalah Pembelajaran: Lembam (Slow Learner)
5.0 Kaedah Kajian
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Selama lima hari di Sekolah Kebangsaan Padang Kala, Kota Bharu, Kelantan
untuk menjalankan kajian ini, saya telah memutuskan untuk mengambil murid yang
bernama Haziq sebagai murid yang dikaji.
Antara kaedah kajian yang saya gunakan ialah :
a) Pemerhatian
b) Temu Bual
c) Keperpustakaan
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Kaedah pertama ialah pemerhatian. Melalui kaedah pemerhatian, saya telah
menyemak setiap orang pelajar di kelas Satria dan juga Waja. Rata-rata murid yang
ada di kelas PKBP mempunyai masalah lembam dan kurang menunjukkan masalah
tingkah laku.
Kaedah Kajian
Keperpustakaan
Pemerhatian
Temu bual
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Kaedah kedua ialah temu bual.Saya telah menjalankan sesi temu bual bersama
para guru. Kebanyakan guru menyatakan bahawa Haziq adalah seorang murid yang
periang dan suka berkwan.
Soalan temu bual:
i. Apakah tingkahlaku bermasalah yang sering dilakukan Haziq di
Kelas.
ii. Adakah Haziq merupakan seorang yang pasif dan pendiam di kelas?
iii. Apakah masalah kemahiran Bahasa Melayu yang dia alami?
iv. Apakah masalah dalam kemahiran matematik yang dia alami?
Kaedah ketiga yang saya gunakan ialah kaedah keperpustakaan.
Memandangkan murid yang saya kaji merupakan murid lembam, saya telah mencari
bahan berkaitan ciri-ciri murid lembam. Selain itu, saya turut mencari dan membuat
salinan bahan-bahan mengenai definisi dan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Antara ciri-ciri lembam yang berjaya saya kenal pasti ialah mengalami
kepayahan dalam memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang
diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam seperti Haziq
mempamerkan kepayahan untuk memberi fokus atau perhatian kepada proses
pembelajaran di dalam kelas.
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Analisis Kajian
Pada 6 Mac 2011, kami mendaftar masuk di Sekolah Kebangsaan Padang
Kala, Kelantan untuk melaksanakan satu kajian kes murid khas yang mengalami
masalah
Kelas Pendidikan khas ini menempatkan 30 orang murid dan 3 orang guru serta
dibantu oleh dua orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Pada hari pertama, kami
memerhatikan tingkah laku murid-murid di situ. Kelas dibahagikan kepada dua kelas
iaitu kelas Satria dan kelas Waja. Pemerhatian yang telah dibuat dalam sebuah sesi
pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung, memang didapati masalah ini
berlaku di kelas Waja. Kami memerhati tingkah laku Haziq kerana dia merupakan
seorang yang periang.
Pada hari kedua,
Pada hari ketiga,
Pada hari keempat,
Pada hari kelima,
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Ciri-Ciri Murid
Antara ciri-ciri yang dapat kami perhatikan pada Haziq ialah dia adalah pada
mulanya seorang yang pendiam tetapi suka melibatkan diri dalam aktiviti kelas.
Buktinya, semasa saya mengadakan aktiviti permainan bahasa di dalam kelas, dia
seronok menjawab soalan yang diajukan.
Antara kekuatan yang terdapat pada diri Haziq ialah dia faham setiap perkataan
dan arahan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, dia akan melakukan setiap tugasan yang
diberikan dengan kawalan yang ketat dan pantauan rapi. Buktinya, semasa aktiviti
menggunting kertas untuk dijadikan kolaj, Haziq faham akan arahan yang diberikan dan
mula menggunting kertas mengikut contoh yang telah ditunjukkan. Setelah beberapa
minit, gurunya menyuruhnya bertukar gunting dengan rakan sebelah dan Haziq
mengikut arahan guru berkenaan dengan segera.
Selain itu, Haziq merupakan seorang murid yang mampu menguruskan dirinya
sendiri. Contohnya, dia boleh makan, minum, memakai baju, berjalan dan sebagainya
dengan sendirinya. Oleh itu, dia adalah lebih mudah diajar dan dikawal oleh guru dalam
PKBP berbanding rakannya yang lebih bermasalah dari segi koordinasi dan pergerakan
motor sama ada halus mahupun kasar.
Selain itu, dia mempunyai sikap untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dengan
segera tanpa mempedulikan kerapian hasil tugasan tersebut. Walaupun begitu,
sikapnya ini masih lagi boleh dikira sebagai kekuatan yang ada padanya kerana dia
mempunyai potensi untuk diajar kerana faham arahan dan mempunyai keinginan untuk
menyiapkan tugasan. Contohnya, apabila disuruh untuk mewarna gambar, dia
mewarna dengan sangat cepat sehingga menyebabkan lukisan tersebut comot dan
kotor. Namun begitu, kekemasan ini boleh diajar sedikit demi sedikit dengan aktiviti
berulang dan pantauan yang kerap.
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
LAPORAN PENTAKSIRAN DAN PEMERHATIAN
Saya telah menjalankan pentaksiran menggunakan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu
dan Matematik ke atas Haziq yang mempunyai masalah slow learner dan mild retardation.
Kemahiran Bahasa Melayu
Saya melakukan tiga jenis Ujian Diagnostik Bahasa Melayu iaitu 1) membaca perkataan
KVK dan KVKVK, 2) padanan gambar dan perkataan serta 3) menulis suku kata akhir.
Berdasarkan pentaksiran Bahasa Melayu yang dibuat, saya mendapati bahawa dia mempunyai
beberapa kelebihan dan kelemahan. Ujian pertama iaitu membaca perkataan KVK dan KVKVK
menunjukkan, dia dapat membaca perkataan KVK dengan lancar. Namun, beliau mempunyai
sedikit masalah untuk membaca perkataan KVKVK dan perkataan yang mempunyai lebih dari
satu suku kata. Ujian kedua iaitu padanan gambar dan perkataan pula memberi hasil yang
baik. Dia mampu mengenal dan memadankan gambar dengan perkataan satu suku kata. Hasil
ujian ketiga iaitu menulis suku kata akhir, dia boleh menulis huruf-huruf tetapi mempunyai
masalah dalam menulis saiz dan orientasi huruf yang betul.
Kemahiran Matematik
Tiga jenis Ujian Diagnostik Matematik pula ialah 1) perbandingan, 2) susunan nombor,
dan 3) penambahan. Hasil pentaksiran Ujian Diagnostik Matematik pula adalah berbeza dengan
hasil Ujian Diagnostik Bahasa Melayu. Ujian pertama iaitu berkenaan dengan perbandingan, dia
mengenal dan mampu membezakan bentuk dengan betul. Ujian kedua pula iaitu susunan
nombor menampakkan sedikit kelemahan dirinya. Hal ini mungkin kerana bentuk soalan yang
ditulis adalah dalam Bahasa Inggeris. Dia boleh menulis nombor mengikut susunan tetapi tidak
dapat menulis nombor secara perkataan. Ujian penambahan pula memerlukan dia masa yang
agak lama untuk menjawab setiap satu soalan. Hal ini menyebabkan dia berasa bosan dan
tidak ada keyakinan diri untuk menjawab soalan berikutnya. Namun, dia mampu menjawab
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
proses penambahan yang melibatkan satu tempat nombor dan mempunyai masalah apabila
melibatkan dua tempat nombor.
Kemahiran Sosial
Saya juga telah menjalankan pemerhatian terhadap kemahiran sosial dan tingkah laku
murid tersebut. Saya mendapati bahawa Luqman merupakan seorang murid yang mempunyai
kemahiran sosial yang memuaskan. Hal ini digambarkan apabila dia mampu bermain, bergaul,
berbual dan berinteraksi dengan rakan dan gurunya. Dia juga boleh menjawab soalan jika
ditanya dan memberi pandangan apabila perlu. Namun, beliau mengambil masa untuk mesra
dengan sesiapa yang baru dikenalinya.
Kemahiran Tingkah Laku
Pemerhatian terhadap tingkah laku dia pula memberi gambaran kepada saya bahawa
Luqman merupakan seorang murid yang mempunyai perwatakan yang sukar dijangka. Dia
boleh menjadi seorang yang periang, suka bermain dan suka bercakap tetapi kadangkala dia
menjadi seorang yang pendiam, menyendiri dan lebih suka memerhati.
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Mentaksir Kemahiran Bahasa Lisan
kemahiran menyebut & bunyikan bunyi2 bahasa dgn pengujaran kata2/ayat dalam
intonasi, nada (tekanan suara), jeda serta helaan yang betul.
Tujuan Pentaksiran Bahasa Lisan
Kenalpsti kelemahan & kekuatan murid
Utk merancang RPI/RPH
Utk tentukan penempatan
Kenalpasti mslh yg dihadapi pljr
Utk kemajuan murid
Utk baiki kelemahan & tetapkan intervensi awal.
Kaedah Pentaksiran
Ujian Diagnostik:
Mengesan mslh pmbljrn yg dihadapi murid & puncanya bg membolhkn
intervensi/program yg khusus dsediakan bg mmbntu mrd berkenaan
Komponen Ujian Diagnostik:
Ujian saringan- knlpsti mrd brmslh
Pemerhatian – kumpul mklmt pncapian mrd
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Komponen bhsa lisan :
Fonologi – bunyi
Semantik – makna
sintaksis – susunan
morfologi – prbhn makna
pragmatik – pggunaan
Bahasa Resptif dan Bahasa Ekspresif
Pemerhatian
Pemerhatian interaksi murid
- Mengenal pasti tahap pencapaian lisan/ bahasa murid.
- Boleh dilakukan semasa perbualan dan interaksi antara murid dan guru.
- Guru boleh menilai semasa murid sdg.
- * main peranan
- * bercerita
- * bersoal jawab
- * menyanyi
- * membaca
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Dapat mengenal pasti tahap perkembangan kanak- kanak dalam
kemahiran- kemahiran tertentu seperti perkembangan fizikal/kreativiti/
estetika.
Hasil kerja murid :
• Lukisan
• Tulisan
• Buku skrap
• Buku kecil
kraf tangan
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
• Penilaian kemampuan murid dalam matematik melibatkan pelbagai konsep
dan kemahiran.
• Connolly (1998) mengkelaskan kemahiran matematik sebagai:
• 1. Kandungan: Nombor,fractions(Pecahan), algebra, geometri.
• 2. Operasi: Mengira, komputasi,reasoning.
• 3. Aplikasi: Ukuran,penyelesai masalah, wang dan masa.
• Kemahiran yang terkandung dalam Ujian Diagnostik Matematik:
• 1. Sistem Nombor
– Kuantiti dan nilai
– Angka bulat
– Mengenal nombor yang hilang dalam turutan
– Mengira
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Tiga jenis Ujian Diagnostik Matematik pula ialah 1) perbandingan, 2) susunan nombor,
dan 3) penambahan. Hasil pentaksiran Ujian Diagnostik Matematik pula adalah berbeza dengan
hasil Ujian Diagnostik Bahasa Melayu. Ujian pertama iaitu berkenaan dengan perbandingan, dia
mengenal dan mampu membezakan bentuk dengan betul. Ujian kedua pula iaitu susunan
nombor menampakkan sedikit kelemahan dirinya. Hal ini mungkin kerana bentuk soalan yang
ditulis adalah dalam Bahasa Inggeris. Dia boleh menulis nombor mengikut susunan tetapi tidak
dapat menulis nombor secara perkataan. Ujian penambahan pula memerlukan dia masa yang
agak lama untuk menjawab setiap satu soalan. Hal ini menyebabkan dia berasa bosan dan
tidak ada keyakinan diri untuk menjawab soalan berikutnya. Namun, dia mampu menjawab
proses penambahan yang melibatkan satu tempat nombor dan mempunyai masalah apabila
melibatkan dua tempat nombor.
Masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi
terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur.
Contohnya, mereka tahu 3+5=8, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 5+3=8. Walaupun
mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa
keyakinan diri.
• Mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik seperti +, -, x dan ÷
• besar dan kecil. Contohnya: tidak dapat menentukan nilai terbesar antara
23 dan 32
• mengira dalam bilangan 2 atau 5 dan sebagainya serta tertib menurun
• membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau
cecair
• mengira wang atau melihat masa
• membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan,
arah, orientasi dan organisasi ruang
• menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat
mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
• Lemah dalam pengiraan spontan.
Kaedah Pentaksiran
• Senarai semak
• Inventori matematik tidak formal
• Analisis Ralat: Kesilapan yg dilakukan oleh murid.
• Penyoalan klinikal
• Ujian Rujukan Kriteria.
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Prinsip Intervensi Bahasa
Prinsip intervensi bahasa yang pertama ialah mengajar sesuatu perkataan dari
sedikit kepada banyak. Contohnya ialah bunga. Bunga dapat dipecahkan kepada
beberapa kategori warna seperti warna merah, warna kuning, warna putih dan
sebagainya. Sekepas itu, guru boleh memperbanyakkan perbendaharaan kata dengan
memperkenalkan lagi jenis-jenis bunga. Sebagai contoh, bunga mawar, bunga loceng
dan sebagainya.
Prinsip intervensi bahasa yang kedua ialah dari mudah kepada sukar. Guru
memperkenalkan beberapa perkataan yang mudah dan apabila murid dapat sesuatu
perkataan tersebut, guru menambahkan lagi skop pengajaran kepada yang lebih sukar.
Contohnya, setelah murid memahami suku kata KV + KV, guru menambahkan lagi
suku kata kepada KV+KV+KV. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi murid.
Prinsip yang ketiga ialah memperkenalkan bahan konkrit terlebih dahulu
kemudian memperkenalkan kepada bahan abstrak. Menurut Jean Piaget, penggunaan
alat bantu mengajar yang konkrit seperti murid menggunakan bahan-bahan maujud
seperti batu, guli, batang aiskrim untuk belajar kemahiran menambah dan menolak
dapat meningkatkan kefahaman murid.
Prinsip yang keempat ialah guru mengajar bahasa di dalam situasi yang
diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pengajaran dan menguasai
kemahiran bahasa yang diajar. Sebagai contoh situasi ialah Ali membantu ibunya di
kedai. Guru hendaklah mengikut urutan perkembangan bahasa normal. Pengajaran
bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut
peringkat umur mereka.
Prinsip yang kelima ialah menggunakan pelbagai media semasa pelaksanaan
intervensi bahasa. Sebagai contoh, guru menggunakan perisian multimedia untuk
mengajar tentang bunyi haiwan. Murid akan meneka bunyi tersebut dan guru akan
memperkenalkan ayat yang mudah berdasarkan bunyi yang dihasilkan.
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Prinsip-prinsip intervensi bahasa ini perlu menjadi petunjuk yang sangat berguna
untuk merancang program intervensi bahasa untuk kanak-kanak seperti murid A.
Strategi Menangani Masalah Kemahiran Berbahasa
Intervensi bahasa boleh dilaksanakan oleh guru dalam strategi menangani
masalah ke mahiran berbahasa . Antaranya ialah guru boleh menggunakan strategi
yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru. Pelbagai strategi
pengajaran khusus yang boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak bermasalah
pembelajaran seperti teknik VAKT, fonik, abjad dan sebagainya.
Selain itu, guru mengajar bahasa mengikut situasi. Guru mengajar bahasa di
dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pengajaran
dan menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Sebagai contoh situasi ialah Ali
membantu ibunya di kedai. Guru hendaklah mengikut urutan perkembangan bahasa
normal. Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-
kanak mengikut peringkat umur mereka.
Guru juga boleh bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan. Kanak-
kanak mesti dilatih bercakap untuk menyampaikan buah fikiran mereka. Cara yang
mudah ialah apabila kanak-kanak tersebut bercakap tentang sesuatu topik yang
bersesuaian, guru hendaklah bercakap tentang apa yang sedang mereka fikirkan atau
lakukan. Hal ini akan mempertingkatkan kebolehan berbahasa mereka di samping
memperkayakan perbendaharaan kata mereka.
Dalam intervensi bahasa, guru hendaklah menerang apa yang orang lain
lakukan. Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan meminta kanak-kanak
menceritakan apa yan g orang lain lakukan. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih
mudah dilakukan oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran berbanding bercerita
tanpa melihat situasi yang terjadi. Selain itu, guru hendaklah menggunakan contoh
yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus. Sebagai
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
contoh, mengajar murid membunyikan suku kata. Guru hendaklah menyebut dengan
betul dan memberikan latihan yang khusus kepada murid.
Di samping itu, guru boleh menggunakan aktiviti harian dalam menyediakan
latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam lingkungan konteksnya. Aktiviti harian
kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boelh dimanfaat untuk meyediakan
pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari Selain itu, aktiviti harian
murid juga boleh digunkan segai bahan atau tema pengajaran bahasa. Contohnya,
dalam aktiviti membunyikan suku kata, guru boleh mengadakan aktiviti permainan
bahasa mencantumkan kad konsonan dan vokal.
Kesimpulannya, guru perlu mengenal pasti aspek kelemahan setiap murid agar
program intervensi dapat dilaksanakan.
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Strategi Menangani Masalah Matematik
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Cadangan
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Refleksi
Pada hari pertama, 6 March 2011, saya telah pergi mendaftarkan diri di pejabat
guru besar sebagai guru pelatih yang akan menjalankan kajian kes selama lima hari di
Sekolah Kebangsaan Padang Kala. Setelah memberitahu bahawa saya mengambil
kursus major Pendidikan Khas, guru besar telah membawa saya berjumpa dengan
Penolong Kanan Pendidikan Khas.
Setelah memperkenalkan diri kepada para guru dan PPM, saya mula memasuki
setiap kelas untuk mengenal pasti seterusnya memilih murid PKBP yang mempunyai
masalah dalam Matematik, Bahasa Melayu dan seterusnya sesuai untuk dikaji bagi
tugasan ini. Kebanyakan murid PKBP yang ada di sekolah ini terdiri daripada mereka
yang lembam dan bersikap pasif. Setelah berbincang bersama guru, saya memilih
Haziq sebagai kajian kes.
Setelah memilih Sin Hui, kami menggunakan beberapa kaedah perekodan.
Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, kami mengumpul terlebih
dahulu maklumat tentang tingkah laku yang hendak diubah. Untuk strategi
mengurangkan tingkah laku, kami lebih gemar menggunakan prinsip peneguhan kerana
peneguhan sangat penting untuk mengurangkan tingkah laku. Dalam membuat
peneguhan, ganjaran yang diberi hendaklah sesuai dan berkesan. Kami lebih merujuk
kepada teori bahavioris kerana lebih menekankan aspek tingkah laku.
Kami juga mengalami masalah kekangan masa bagi mengumpul sebanyak
mungkin maklumat berkaitan Sin Hui. Kami hanya mempunyai masa selama 4 hari di
sekolah berkenaan memandangkan cuti Hari Kebangsaan pada hari Selasa. Minggu
tersebut juga merupakan minggu yang sangat padat dengan penganjuran majlis
Sambutan Bulan Kemerdekaan dan pemberian duit raya kepada para pelajar. Aktiviti-
aktiviti tersebut sedikit sebanyak menjejaskan tempoh interaksi kami bersama Sin Hui
bagi mengkaji masalah tingkah laku yang dialaminya. Masalah lain yang dihadapi oleh
kami ialah kerjasama yang diberikan oleh guru. Guru kurang memberi kerjasama untuk
mendapatkan maklumat murid. Maklumat murid Lim Sui Hui kurang maklumatnya
dalam fail peribadi.
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS
Antara cara mengatasi masalah yang dihadapi sepanjang kajian kes ini ialah
cuba mewujudkan kemesraan dengan Haziq supaya dia berasa lebih selesa dan
kurang kekok terhadap kehadiran saya. Antara aktiviti yang akan dilakukan sekali ialah
aktiviti permainan dalam kumpulan. Permainan yang santai akan melahirkan suasana
yang ceria antara semua murid dan sedikit sebanyak akan membina keyakinan
terhadap guru yang baru ditemui. Setelah rasa kepercayaan telah diperolehi, maka
Haziq akan lebih selesa berdamping dengan saya dan tingkah lakunya melarikan diri
dan menolak untuk mengambil gambar akan berkurangan sedikit demi sedikit.
Selain itu, kami juga akan merancang dan membahagikan tugasan yang ada
dengan lebih awal. Dengan merancang tugasan lebih awal, kita dapat menggunakan
masa dengan penuh hemah semasa di sekolah. Perancangan yang teliti akan
membawa kepada tindakan-tindakan sewajarnya tanpa perlu membuang sedikit pun
masa kita yang berharga. Misalnya, jika saya merancang untuk mengambil maklumat
peribadi murid yang dikaji pada guru pada keesokan hari, saya secara automatiknya
akan segera berjumpa pihak berkaitan untuk dibuat salinan. Segalanya perlu dibuat
dengan lebih cepat kerana tempoh masa berada di sekolah adalah sangat singkat.
Cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan komunikasi ialah saya perlu
meningkatkan kemahiran komunikasi agar di masa akan datang, saya akan dapat
berkomunikasi dengan baik walaupun orang tersebut tidak mesra dengan saya.
Walaupun semasa saya menjalankan kajian kes terdapat kekangan masa dengan
aktiviti sekolah, saya menjalankan aktiviti bersama murid pendidikan khas seperti
bermain teka-teki sewaktu guru-guru pendidikan khas bermesyuarat. Melalui itu, saya
dapat menjalankan kajian pemerhatian di kelas tersebut.
Rumusannya, setelah menjalankan kajian kes ini kami menydari bahawa
mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang
tersebut. Hal ini berlandaskan prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan dipegang
oleh guru.
PKU 3106 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS