Post on 12-Dec-2014
description
INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSEIN ONN83000, BATU PAHAT
JOHOR.
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
PENULISAN RIFLEKSI( WAJ 3105 )
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : WIRA BIN PAIRANNO K/P : 770823-01-6443KELAS: PENGAJIAN SAINS
UNTUK PERHATIAN;
PN. FATIMAH BINTI ABD.KADIRPenyelaras WAJ 3105 PPG
Unit MatematikJabatan Sains dan Matematik
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
PENULISAN REFLEKSI WAJ 3105
Assalamualaikum wbt,
Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahnya tugasan WAJ
3105 telah berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sesungguhnya
banyak pendedahan dan ilmu pengetahuan yang saya perolehi dalam melaksanakan
tugasan yang di berikan ini. Kursus WAJ 3105 ini terbahagi kepada dua tugasan yang
perlu dilaksanakan oleh setiap guru yang mengikuti program PPG sama ada secara
individu atau berkumpulan. Tugasan ini meliputi pertamanya mengenai topik ukuran dan
keduanya mengenai topik makna ruang.
Kumpulan saya terdiri daripada 4 orang ahli iaitu sdr Rizal Hassan, Atsani
Katmin, Ch’ng dan saya sendiri. Kerja secara berkumpulan pada dasarnya memang
memudahkan dalam melaksanakan tugasan yang diberi namun dalam hal ini saya rasa
ada sedikit kesulitan dalam perlaksanaannya kerana dengan jumlah perjumpaan kelas
yang terhad serta kedudukan tempat tinggal yang jauh antara satu sama lain bagi setiap
ahli kumpulan serba sedikit menyukarkan saya untuk melaksanakan tugasan yang diberi.
Walaubagaimanapun, semua itu bukanlah alasan untuk saya tidak berbincang bersama
rakan-rakan sebaliknya saya terpaksa menggunakan alternatif lain untuk berhubung
dengan mereka iaitu sama ada melalui telefon atau emeil.
Menyentuh tentang tugasan 1 iaitu membuat satu penulisan akademik secara
berkumpulan mengenai tiga contoh kesilapan biasa yang kerap dilakukan oleh kanak-
kanak sekolah rendah dalam menukar unit panjang saya berasakan ianya satu cabaran
untuk saya mencari maklumat yang berkaitan. Pada awalnya, sebelum tugasan 1 ini
dimulakan terlebih dahulu saya terpaksa memahami dahulu apa itu penulisan akademik
dan adakah ianya sama dengan penulisan kajian tindakan (R&D) ? Selepas memahami
cara penulisan akademik, langkah pertama saya iaitu menemubual guru matematik di
sekolah saya untuk membincangkan masalah yang dikemukakan dalam tugasan ini.
Hasilnya, alhamdulillah serba sedikit saya dapat maklumat yang jelas serta beberapa
contoh kaedah dalam menyelesaikan masalah menukar unit panjang. Sejujurnya
sekiranya saya diminta membuat kajian ini secara sendirian rasanya agak sukar kerana
saya sendiri tidak pernah mengajar subjek matematik sepanjang berkhidmat sebagai guru.
Seterusnya bagi tugasan 2 bahagian A secara individu dimana saya dikehendaki
menghasilkan satu rekaan geometri teselasi 2-D. Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah Pn Fatimah yang mana telah menunujukkan beberapa
contoh hasilan rekaan geometri semasa perjumpaan tutur yang kedua. Sebenarnya ianya
amat membantu serta memberi gambaran yang jelas kepada saya untuk mencari idea
dalam menghasilkan rekaan tersebut. Melakar corak geometri tidaklah begitu sukar bagi
saya namun semasa proses mewarna ianya begitu mencabar kerana saya terpaksa
memilih media warna yang sesuai agar hasil kerja yang dikehendaki memuaskan. Pada
permulaanya saya telah menggunakan warna pensil luna untuk mewarna namun hasilnya
tidak memuaskan hati saya . Seterusnya saya telah mencuba menggunakan krayon tapi
hasilnya tetap sama malah lebih teruk daripada menggunakan warna pensil. Setelah
mencuba pelabagai media warna dalam menyiapkan tugasan ini dan semuanya tidak
menjadi akhirnya saya telah membuat keputusan menggunakan kertas pelekat bagi
menggantikan warna sedia ada. Nampaknya pada kali ini hasil kerja saya berjaya juga
disiapkan. Namun, seperkara yang saya tidak dapat lupakan semasa membuat tugasan ini
iaitu hasil kerja saya telah musnah sama sekali disaat - saat akhir penghantaran
disebabkan oleh kecuaian yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pekerja kedai yang mana
semasa proses limiting dilakukan sebahagian kertas lukisan saya telah terbakar mungkin
disebabkan pemanasan yang berlebihan. Namun itu semua tidak mematahkan semangat
saya untuk membuatnya sekali lagi walaupun geramnya rasa dihati.
Tugasan yang seterusnya dan yang terakhir iaitu secara berkumpulan saya
dikehendaki menghasilkan satu model fizikal polihedral 3-D. Mendengar perkataan
polihedral sahaja dah membuatkan dahi berkerut kerana rasa-rasanya inilah kali pertama
saya mendengar nama tersebut. Menghasilkan model polihedral adalah satu aktiviti yang
menyeronokkan walaupun ianya banyak menduga akal dan memerlukan kreativiti saya
dalam menghasilkan model tersebut. Maklumat yang diperolehi daripada pelbagai
sumber seperti internet dan melihat contoh sebenar model yang ditujukkan oleh Pn
Fatimah banyak membantu saya dan ahli kumpulan menyiapkan tugasan ini. Biarpun
saya dan rakan-rakan ahli kumpulan langsung tidak berjumpa ketika menghasilkan model
ini namun cadangan kumpulan agar setiap ahli wajib menghasilkan sekurang-kurangnya
satu model polihedral adalah langkah yang wajar. Setidak-tidaknya setiap ahli kumpulan
akan mencuba membuat sendiri model tersebut dengan kreativiti masing masing
seterusnya model polihedral yang terbaik dari kalangan ahli kumpulan akan dihantar
sebagai tugasan kumpulan.
Kesimpulannya, hasil daripada tugasan ini saya telah mendapat banyak
pengalaman serta ilmu pengetahuan yang berguna untuk diguna pakai dimasa-masa akan
datang. Terima kasih tidak terhingga kepada Pn. Fatimah yang telah memberikan
bimbingan serta semua rakan-rakan yang telah memberikan kerjasama yang begitu baik
sekali dalam melaksanakan tugasan ini. Terima kasih.....
Disediakan oleh;
Wira bin Pairan
( 770823-01-6443 )
PPG Sains 2011-2015