Post on 28-Nov-2020
1
PENYATA RASMI
MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL
PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12
HARI PERTAMA KHAMIS, 23 JUN 2011 BIL. 14 TAHUN 12
HADIR
Y.B. Dato’ Speaker,
Dato’ Haji Mohd. Ali bin Hassan,
DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Johor,
Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, DK., SPMJ., PIS.
(Serom);
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,
Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor.
Datuk Haji Ahmad Zahri bin Jamil, PJN., PIS.
(Sri Medan)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan
Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Johor.
Dr. Hajah Robia binti Dato’ Haji Kosai
(Sungai Balang)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.
Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, SPMJ., KMN., PIS.
(Endau)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.
Encik Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PIS.
(Bekok)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor.
Datuk Haji Ab. Aziz bin Kaprawi, PJN., PIS., AMN.
(Parit Raja)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor.
Puan Asiah binti Md. Ariff, AMN.
(Johor Lama)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan
dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, Johor.
Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.
(Tiram)
2
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,
Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Johor.
Encik M. Asojan a/l Muniyandy, AMN.
(Gambir)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Johor.
Encik Hoo Seong Chang, PIS.
(Paloh)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Johor.
Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday
(Mahkota)
Y.B. Datuk Haji Othman bin Jais, PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN.
(Buloh Kasap)
Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.
(Panti)
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah, PJN., PIS., AMN.
(Tanjong Surat)
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat, JP., KMN., PIS., AMN., PPN.
(Bukit Serampang)
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, DSNS., AMN., PIS.
(Kempas)
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman, PJN., KMN., PIS., JP.
(Machap)
Y.B. Datuk Ng See Tiong, PJN., JP., KMN., AMN., PIS., PK.
(Parit Yaani)
Y.B. Puan Lim Kee Moi, PIS.
(Yong Peng)
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman, DSNS., KMN., AMN.
(Puteri Wangsa)
Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin, DMSM., DSM., BCM., PIS., PPN.
(Semerah)
Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin, AMN., KMN., PIS., PPA., PSSB.
(Layang-Layang)
Y.B. Encik Lau Chin Hoon,
(Pemanis)
3
Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., PPN., AMN.
(Kemelah)
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.
(Semarang)
Y.B. Datuk Haji Abdullah @ Md. Khalid bin Md. Ali, DMSM., PIS., AMN.
(Bukit Naning)
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee, DPSM.
(Jementah)
Y.B. Encik Cheong Chin Liang,
(Bukit Batu)
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong, DMSM.
(Pulai Sebatang)
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, DMSM., KMN., AMN.
(Nusajaya)
Y.B. Datuk Koh Chee Chai, PJN., PIS.
(Penggaram)
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.
(Rengit)
Y.B. Encik Tan Cher Puk, AMN.
(Johor Jaya)
Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba, DMSM.
(Pasir Raja)
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad, PGDK., PIS., KMN., AMN.
(Benut)
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu, PJN., PIS., BSI., KMN., AMN., PPN.
(Permas)
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor,
(Penawar)
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan,
(Kahang)
Y.B. Encik Tang Nai Soon,
(Pekan Nenas)
Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PMW.
(Jorak)
4
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof, DMSM., DSM.
(Kukup)
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali,
(Bukit Permai)
Y.B. Encik Goh Tee Tee, PIS.
(Tangkak)
Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain,
(Sedili)
Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim, PPN.
(Senggarang)
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan, PIS., AMN.
(Tenggaroh)
Y.B. Encik Chia Song Cheng,
(Pengkalan Rinting)
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru, KMN., AMN., PIS.
(Tanjung Puteri)
Y.B. Encik Mok Chek Hou,
(Stulang)
Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim
(Tenang)
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh,
(Sungai Abong)
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang,
(Bentayan)
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau,
(Skudai)
Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim
(Maharani)
Y.B. Encik Ng Lam Hua,
(Mengkibol)
5
TURUT HADIR
(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
NEGERI JOHOR)
Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor,
Tuan Haji Obet bin Tawil, PIS.
Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor,
Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, DMSM., DSM.
Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor,
Datin Paduka Zainon binti Haji Yusof, DPMJ., PIS.
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
Y.B. Encik Ong Kow Meng,
(Senai)
6
Persidangan bermula pada jam 9:40 pagi.
Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.
DOA.
(Jurutulis baca doa).
Jurutulis : TITAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR.
Y.B. Dato’ Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan diucapkan
selamat pagi, salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat, bagi membolehkan kita
semua menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor di
hadapan Tangga Utama Dewan Negeri Johor, Kota Iskandar maka saya tangguhkan
Persidangan ini sehingga jam 10:30 pagi.
Dewan ditangguhkan pada jam 9:35 pagi.
Dewan disambung semula pada jam 10:30 pagi.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula.
Sukacita saya maklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor akan berangkat
masuk sebentar lagi.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor berkenan untuk bertitah
kepada Dewan ini.
D.Y.M.M. Sultan Johor : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bismillahirrahmaanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan
sejahtera kepada junjungan besar kita Nabi Muhamad, semulia-mulia rasul serta
keluarga dan para-para sahabatnya sekalian.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia dan izinNya dapat saya hadir merasmikan Pembukaan Penggal
Persidangan Keempat Bagi Dewan Negeri Johor Yang Ke-12 pada pagi ini.
Saya juga mengucap syukur ke hadrat Ilahi di atas segala rahmat dan kurniaNya
kepada rakyat dan Negeri Johor Darul Ta’zim. Kemakmuran yang kita nikmati adalah
hasil usaha kerajaan dan segenap lapisan rakyat yang memainkan peranan masing-
masing memajukan negeri. Kemakmuran sesebuah negeri bukanlah bergantung
kepada pembangunan ekonomi semata-mata tetapi juga melibatkan bidang-bidang
yang berkaitan dengan tahap kesejahteraan dan taraf hidup rakyat.
Oleh itu, sewajarnyalah kerajaan mengambil pendekatan seimbang terhadap semua
bidang yang ada kaitan dengan kepentingan rakyat. Pembangunan infrastruktur
dalam Rancangan Malaysia Ke-9 dan yang Ke-10 hendaklah disempurnakan agar
dapat dinikmati oleh rakyat, di samping membantu menarik lebih banyak pelaburan
dari dalam dan luar negeri. Negeri Johor telah merekodkan pelaburan sebanyak
7
RM26 bilion dalam tempoh 3 tahun lalu dengan menyediakan 54,000 peluang
pekerjaan. Usaha ini perlulah ditingkatkan lagi.
Perkembangan kegiatan ekonomi ini hendaklah diperluaskan dengan penyertaan dan
penglibatan rakyat Johor walaupun di peringkat perusahaan kecil dan sederhana.
Oleh itu, saya mahu kerajaan terus membantu golongan ini untuk berkembang dan
meluaskan perniagaannya.
Pembangunan ekonomi sesungguhnya membuka peluang pekerjaan yang banyak
kepada rakyat. Sewajarnya anak generasi muda Johor merebut peluang ini dengan
melengkapkan diri melalui penguasaan ilmu dan kemahiran di semua peringkat. Oleh
itu, keupayaan dan kualiti pembelajaran di kolej-kolej Yayasan Pelajaran Johor dan
Kolej Komuniti hendaklah ditingkatkan.
Golongan pekebun-pekebun kecil, petani, penternak dan nelayan hendaklah terus
dibela dalam usaha meningkatkan pendapatan dan pengeluaran mereka supaya
sama-sama dapat mengacapi kemakmuran negeri.
Saya berharap supaya kebajikan golongan orang kurang upaya juga tidak dilupakan.
Selain menyediakan pusat-pusat pemulihan dalam komuniti kerajaan juga perlu
membantu golongan ini mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan keupayaan
mereka.
Usaha membasmi sepenuhnya kemiskinan tegar pula telah dapat dicapai pada tahun
lalu. Namun usaha ini hendaklah diteruskan kerana selepas semua ketua isi rumah
miskin tegar dapat ditangani tahun lalu, ada ketua isi rumah yang baru pula
didaftarkan sebagai miskin tegar.
Saya menghargai langkah Kerajaan Negeri menambah keluasan rizab hutan simpan
kekal bagi memastikan Negeri Johor dibangunkan secara mampan dan lestari. Begitu
juga tindakan mengekalkan keluasan hutan simpan di Negeri ini pada kadar 30%
dengan memastikan tidak melakukan penebangan pokok melebihi daripada kuota
tahunan yang ditetapkan iaitu 2,250 hektar. Usaha begini hendaklah diteruskan bagi
memastikan alam sekitar negeri kita dijaga dengan baik.
Saya juga percaya bahawa keseimbangan terhadap kemapanan biodiversiti negeri
mesti diberi perhatian. Oleh itu, langkah mewujudkan empat rangkaian Central Forest
Spine di seluruh hutan simpan negeri ini amatlah tepat. Kawasan Hutan Simpan Panti-
Ulu Sedili Selatan, Hutan Simpan Mersing – Jemaluang dan Hutan Simpan Panti-Kuala
Sedili adalah untuk melindungi mamalia besar yang terdiri daripada gajah, harimau,
rusa samba. Manakala kawasan Hutan Simpan Labis Timur – Mersing – Lenggor pula
adalah untuk mamalia kecil.
Oleh kerana ada sungai yang telah tercemar, maka pemulihan hendaklah dibuat
daripada sekarang demi masa depan generasi akan datang. Kerajaan sudah pun
memulakan langkah-langkah pemulihan di sungai-sungai Segget, Skudai dan Tebrau.
Oleh itu, orang ramai termasuk industri yang beroperasi di negeri ini, hendaklah
bersama-sama meningkatkan kebersihan dan tidak menjadi penyumbang kepada
pencemaran alam sekitar.
8
Institusi Pendidikan Agama Kerajaan Negeri Johor yang sudah berusia lebih 100 tahun,
telah memainkan peranan memperkukuhkan pemahaman dan penghayatan agama
daripada satu generasi ke satu generasi rakyat Johor. Institusi ini hendaklah terus
diperkukuhkan.
Saya menyokong langkah Kerajaan Negeri melaksanakan pengajian al-Quran
disertakan dengan terjemahan di kalangan pelajar sekolah agama dengan 10 juzuk
setahun mulai darjah empat. Untuk itu, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri
supaya membekalkan naskah-naskah al-Quran berserta terjemahannya yang
secukupnya di semua Sekolah Agama Negeri.
Sementara itu, Program Membudayakan al-Quran bukan sahaja perlu diteruskan,
malah hendaklah diperluaskan penyertaannya supaya rakyat Johor sentiasa
membaca al-Quran dan memahami isi kandungannya.
Serentak itu juga, amatlah wajar usaha Kerajaan Negeri untuk membina 121 lagi
sekolah agama dalam tempoh 3 tahun. Ini untuk menampung keperluan lebih kurang
120,000 orang murid yang kini menumpang di sekolah kebangsaan atau menyewa di
bangunan lain.
Institusi Masjid pula hendaklah terus ditegakkan dan diperkukuhkan supaya rakyat
Negeri Johor ini kekal berpadu dan terhindar daripada perpecahan. Jangan sekali-kali
menjadi masjid sebagai medan perbalahan di kalangan ahli kariah.
Kita juga mesti bebas daripada ancaman yang mencetuskan perselisihan di antara
ummah akibat daripada fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah
Wal Jamaah.
Perpaduan masyarakat dan antara masyarakat adalah asas kepada keharmonian
dan kesejahteraan hidup semua rakyat. Tidak ada negara yang boleh maju dan
aman sekiranya rakyatnya hidup berpecah belah. Oleh itu, jangan kita benarkan
golongan pemimpin yang mahukan kuasa semata-mata atas kepentingan politik yang
sempit dengan cara membawa perpecahan dalam masyarakat antara masyarakat.
Lebih-lebih lagi yang membawa kepada polarisasi antara kaum.
Saya menasihatkan supaya kita hendaklah mengamalkan kesederhanaan dalam
semua perkara dan berkongsi kehidupan di bawah naungan Perlembagaan Negara.
Di dalam Negeri Johor ini, tidak kira apa juga kaum, Melayu, Cina atau India, mereka
semua adalah rakyat negeri saya. Hak dan kepentingan semua akan dijaga.
Janganlah diungkit apa yang telah termaktub supaya terhindar daripada rasa tidak
puas hati dan buruk sangka. Sikap ini sangat berbahaya kepada rakyat dan negara
kerana ia boleh membawa kepada menyentuh hal-hal yang sudah termaktub dalam
Perlembagaan Negara. Semua rakyat jelata tidak kira apa bangsa dan keturunan,
mempunyai tanggungjawab memelihara keamanan dan kesejahteraan yang sedang
kita nikmati ini.
Saya yakin bahawa dengan usaha kerajaan yang berterusan untuk menyatupadukan
semua rakyat dan muafakat yang wujud dalam semua lapisan masyarakat, negeri kita
akan terus bertambah dan makmur.
9
Maka, saya ingin menyeru semua pihak untuk terus memelihara kestabilan dan
kemakmuran negeri dengan berprinsipkan muafakat, kerana muafakat itu berkat.
Marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Negeri Johor yang kita cintai ini akan
sentiasa dikurniakan rahmat, perlindungan dan kedamaian berpanjangan.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang
telah memastikan keselamatan rakyat Johor terjamin. Kepada kakitangan kerajaan
pula, teruskanlah perkhidmatan yang cemerlang dengan penuh komited, jujur dan
ikhlas demi faedah dan kesejahteraan kita bersama.
Dengan harapan tersebut dan dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahim, saya dengan
sukacitanya merasmikan Persidangan Keempat Bagi Dewan Negeri Johor Yang Ke-12.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam.
Jurutulis : Ampun Tuanku, Mufti Negeri Johor mohon perkenan membaca doa.
DOA.
(Y.B. Dato’ Mufti Negeri Johor baca doa).
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat dan dif-dif sekalian, Duli Yang Maha Mulia
Sultan Johor akan berangkat meninggalkan Majlis ini. Maka, saya tangguhkan
Persidangan ini sehingga hari Isnin, 27 Jun 2011, jam 9:30 pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11:20 pagi.
10
PENYATA RASMI
MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL
PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12
HARI KEDUA ISNIN, 27 JUN 2011 BIL. 14 TAHUN 12
HADIR
Y.B. Dato’ Speaker,
Dato’ Haji Mohd. Ali bin Hassan,
DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,
Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor.
Datuk Haji Ahmad Zahri bin Jamil, PJN., PIS.
(Sri Medan)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan
Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Johor.
Dr. Hajah Robia binti Dato’ Haji Kosai
(Sungai Balang)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.
Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, SPMJ., KMN., PIS.
(Endau)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.
Encik Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PIS.
(Bekok)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor.
Datuk Haji Ab. Aziz bin Kaprawi, PJN., PIS., AMN.
(Parit Raja)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor.
Puan Asiah binti Md. Ariff, AMN.
(Johor Lama)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan
dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, Johor.
Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.
(Tiram)
11
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,
Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Johor.
Encik M. Asojan a/l Muniyandy, AMN.
(Gambir)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Johor.
Encik Hoo Seong Chang, PIS.
(Paloh)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Johor.
Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday
(Mahkota)
Y.B. Datuk Haji Othman bin Jais, PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN.
(Buloh Kasap)
Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.
(Panti)
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah, PJN., PIS., AMN.
(Tanjong Surat)
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat, JP., KMN., PIS., AMN., PPN.
(Bukit Serampang)
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, DSNS., AMN., PIS.
(Kempas)
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman, PJN., KMN., PIS., JP.
(Machap)
Y.B. Datuk Ng See Tiong, PJN., JP., KMN., AMN., PIS., PK.
(Parit Yaani)
Y.B. Puan Lim Kee Moi, PIS.
(Yong Peng)
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman, DSNS., KMN., AMN.
(Puteri Wangsa)
Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin, DMSM., DSM., BCM., PIS., PPN.
(Semerah)
Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin, AMN., KMN., PIS., PPA., PSSB.
(Layang-Layang)
Y.B. Encik Lau Chin Hoon,
(Pemanis)
12
Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat, PPN., AMN.
(Kemelah)
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.
(Semarang)
Y.B. Datuk Haji Abdullah @ Md. Khalid bin Md. Ali, DMSM., PIS., AMN.
(Bukit Naning)
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee,
(Jementah)
Y.B. Encik Cheong Chin Liang,
(Bukit Batu)
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong, DMSM.
(Pulai Sebatang)
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, DMSM., KMN., AMN.
(Nusajaya)
Y.B. Datuk Koh Chee Chai, PJN., PIS.
(Penggaram)
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.
(Rengit)
Y.B. Encik Tan Cher Puk, AMN.
(Johor Jaya)
Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba, DMSM.
(Pasir Raja)
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad, PGDK., PIS., KMN., AMN.
(Benut)
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu, PJN.,PIS., BSI., KMN., AMN., PPN.
(Permas)
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor,
(Penawar)
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan,
(Kahang)
Y.B. Encik Tang Nai Soon,
(Pekan Nenas)
Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PMW.
(Jorak)
13
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof, DMSM., DSM.
(Kukup)
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali,
(Bukit Permai)
Y.B. Encik Goh Tee Tee, PIS.
(Tangkak)
Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain,
(Sedili)
Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim, PPN.
(Senggarang)
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan, PIS., AMN.
(Tenggaroh)
Y.B. Encik Chia Song Cheng,
(Pengkalan Rinting)
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru, KMN., AMN., PIS.
(Tanjung Puteri)
Y.B. Encik Mok Chek Hou,
(Stulang)
Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim
(Tenang)
Y.B. Encik Ong Kow Meng,
(Senai)
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh,
(Sungai Abong)
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang,
(Bentayan)
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau,
(Skudai)
Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim
(Maharani)
Y.B. Encik Ng Lam Hua,
(Mengkibol)
14
TURUT HADIR
(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI
JOHOR)
Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor,
Tuan Haji Obet bin Tawil, PIS.
Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor,
Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, DMSM., DSM.
Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor,
Datin Paduka Zainon binti Haji Yusof, DPMJ., PIS.
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Johor,
Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, DK., SPMJ., PIS.
(Serom);
15
Persidangan bermula pada jam 9:30 pagi.
Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.
DOA.
(Jurutulis baca doa).
Jurutulis : PEMASYURAN DARIPADA YANG BERHORMAT DATO’ SPEAKER.
Y.B. Dato’ Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan diucapkan
selamat pagi, salam sejahtera. Ahli–Ahli Yang Berhormat dengan sukacitanya
dimaklumkan, bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
Agong, telah berkenan mengurniakan darjah kebesaran Panglima Jasa Negara,
kepada Yang Berhormat Encik Koh Chee Chai, Ahli Dewan Negeri Kawasan
Penggaram dan Encik Munusamy a/l Mareemuthu Ahli Dewan Negeri Kawasan Permas
yang membawa gelaran Dato’ pada 4 Jun 2011. Dengan ini dewan mengucapkan
tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Koh Chee Chai dan Yang Berhormat Datuk
Munusamy a/l Mareemuthu.
Jurutulis : PERBENTANGAN KERTAS–KERTAS MESYUARAT
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam bagi pihak Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’
Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 24 hingga 25 Tahun
2011.
Yang Berhormat Dato’ Speaker saya juga mohon membentangkan Kertas Mesyuarat
Bilangan 26 Tahun 2011.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon
membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 27 Tahun 2011.
Jurutulis : SOALAN LISAN.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Puan Hamimah Bt Mansor jemput.
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor (Penawar) : Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan
saya nombor 1.
Apakah langkah yang diambil kerajaan terhadap permohonan Skim Perumahan
Rumah Mesra Rakyat yang kini banyak tertangguh dan tidak dapat dilaksanakan,
walaupun pemohon mempunyai geran dan mampu bayar kembali?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, tujuan kerajaan membina PPR
Stulang dan PPR Seri Iskandar adalah bagi menempatkan semula penduduk dari
rumah pangsa Bukit Cagar dan rumah pangsa Lumba Kuda Johor Bahru yang terlibat
dengan pembinaan CIQ ataupun pembinaan Kompleks Kastam dan Kuarantin serta
menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada setinggan–setinggan yang
terdapat dalam kawasan Parlimen Johor Bahru. Kadar sewa yang dikenakan adalah
sebanyak RM124.00 sebulan bagi unit kediaman dan RM300.00 sebulan bagi kedai.
16
Antara syarat permohonan ke PPR sebagai latar belakangnya Yang Berhormat Dato’
Speaker adalah pendapatan pemohon seisi keluarga mestilah tidak lebih dari
RM1500.00 sebulan, telah berkahwin, tidak mempunyai harta iaitu rumah atau tapak
rumah...
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker saya
rasa soalan ini dengan anu lain...
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Saya memberikan latar belakang dia...
Y.B. Dato’ Speaker : Latar belakang Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Oh... latar belakang, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Asyik mencelah aje...
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Tak apa, terima kasih. Dan telah tetap di Negeri Johor lebih
daripada 10 tahun. Pejabat SUK, Bahagian Perumahan sentiasa memastikan hanya
pemohon yang layak sahaja yang akan ditawarkan ke PPR berdasarkan kekosongan
unit. Bagi yang duduk kat rumah Bukit Cagar dan rumah Lumba Kuda yang kita
pindahkan itu, mereka dipindahkan ke PPR Sri Stulang dan Iskandar tanpa dikenakan
syarat–syarat seperti yang saya nyatakan itu tadi walau bagaimanapun segala
permohonan yang lain ke dua-dua tempat ini, hendaklah memenuhi syarat–syarat
yang telah ditetapkan bagi program pemutihan di kedua–dua tempat ini, terdapat
dua kategori yang telah dilaksanakan iaitu :-
1. Tindakan menyita kepada penyewa yang gagal menjelaskan bayaran sewa
tertunggak.
2. Semak pemilikan harta penyewa kecuali penyewa asal daripada rumah pangsa
Lumba Kuda dan rumah pangsa Bukit Cagar.
Pada tahun 2010 untuk makluman, sebanyak 37 tindakan pemutihan kategori 1 telah
dilakukan di PPR Stulang disebabkan penyewa gagal menjelaskan bayaran sewa
tertunggak daripada jumlah tersebut 22 telah membayar tunggakan manakala 15 lagi
unit telah ditarik balik dan bagi tahun ini sehingga bulan Jun, 17 tindakan sita telah kita
jalankan 11 telah bayar semula tunggakan, 6 ditarik balik. Untuk PPR Iskandar pula,
pada tahun lepas 44 tindakan sita telah dijalankan, 38 telah bayar semula tunggakan,
6 unit ditarik balik dan untuk tahun ini di PPR Iskandar sebanyak 29 tindakan sita telah
dilakukan, 24 telah bayar semua tunggakan dan 5 unit ditarik balik.
Bagi Program Pemutihan kategori 2, Yang Berhormat Dato’ Speaker iaitu menyemak
pemilikan harta penyewa, tindakan akan diambil pada bulan Julai bermula daripada
bulan Julai tahun ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau
kita tengok soalan ni, apakah langkah yang diambil kerajaan terhadap permohonan
17
Skim Perumahan Rumah Mesra Rakyat yang kini banyak tertangguh dan tidak dapat
dilaksanakan walaupun pemohon mempunyai geran dan mampu membayar kembali
kalau PPR...
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abdul Rahman (Machap) : ... Under SPNB, Syarikat
Perumahan Negara.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Ini yang mohon 150,000, 80,000
rumah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Ok, ok. Saya salah susun tadi.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Kempas betul, dah saya kata Yang Berhormat betul.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Saya jawab balik, saya jawab balik. Saya minta maaflah
patutnya Penawar tadi yang ingatkan saya.
Y.B. Dato’ Speaker : Penawar dia perempuan, dia segan sikit.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Soalannya Yang Berhormat Dato’ Speaker ialah Rumah Mesra
Rakyat yang tertangguh dan pemohon punya geran dan mampu bayar balik kembali
macam mana ye tidak dapat dilaksanakan. Ok, konsep Rumah Mesra Rakyat adalah
rumah sesebuah iaitu 3 bilik tidur, 2 bilik air serta berkeluasan 866 kaki persegi kelayakan
permohonan adalah bagaimana berikut :-
1. Warganegara Malaysia ini untuk latar belakanglah.
2. Umur 18 hingga 65.
3. Pendapatan tak lebih RM1500.00.
4. Tak punya rumah sendiri atau rumah dah terlalu buruk terlalu tua rosak dia
punya tapak tanah yang bersesuaian dan
5. Tidak tiada sekatan tak ada apa–apa sangkutan atas tanah makna
maksudnya.
6. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon mesti ada surat kebenaran daripada
tuan punya tanah dan
7. Sudah berkahwin atau ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
Syarat pinjaman pula adalah seperti berikut iaitu :-
1. Tanah mestilah kepunyaan pemohon atau waris terdekat sebagai contoh tanah
kepunyaan isteri, isterilah yang akan menjadi pemohon dan bukan suaminya
dan tanah kepunyaan mertua misalannya, anak tuan tanah yang menjadi
pemohon dan bukan menantu.
2. Pemohon mestilah berumur lebih 35 tahun dan dikehendaki mengemukakan
pemohon bersama seorang lagi kalau pemohon berumur lebih 35 tahun dia
kena majukan seorang lagi pemohon yang umurnya antara 18 hingga 35 dan
3. Sebagai jaminan pinjaman, tanah itu akan digadai.
18
Pembiayaan RMR merupakan pinjaman tanpa faedah yang mana pihak Syarikat
Perumahan Negara akan menanggung sepenuhnya pembinaan rumah tersebut.
Harga Rumah Mesra Rakyat bernilai RM70,000.00 dan pemohon dikehendaki membuat
pembayaran RM150.00 sebulan kepada SPNB melalui Bank Simpanan Nasional selama
26 tahun. Di Negeri Johor permohonan ini sehingga 30 Mei tahun ini adalah sebanyak
5,376 dari jumlah tersebut 2,239 telah diluluskan 1,527 tidak berjaya atau gagal kerana
tidak menepati syarat–syarat yang dikenakan. Walau bagaimanapun Yang Berhormat
Dato’ Speaker, kita masih lagi terdapat ada terdapat 1,127 permohonan dalam proses
temu duga dan lawat tapak serta sebanyak 483 permohonan di peringkat pra
kelulusan iaitu penyediaan dokumen.
Untuk makluman Dewan juga Yang Berhormat Dato’ Speaker, permohonan Program
Rumah Mesra Rakyat ini masih diteruskan penilaiannya pada tahun ini dan setiap
permohonan akan dinilai mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan serta
bergantung kepada peruntukan yang disediakan.
Y.B. Dato’ Speaker : Machap dulu.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abdul Rahman (Machap) : Ok, terima kasih Yang
Berhormat Dato’ Speaker soalan tambahan. Sekarang ini masih banyak terdapat 1,127
yang dalam proses ini maknanya tertunggaknya begitu banyak dan program ini Yang
Berhormat Dato’ Speaker memang mendapat satu sungguh popular terutamanya di
kalangan masyarakat di luar bandar. Salah satu masalah yang dihadapi yang saya
difahamkan bahawa tanah–tanah yang untuk mendapat kelulusan ini kena
dicagarkan kepada pihak SPNB kalau kita kira tengok Dato’ Speaker, tanah–tanah
yang dibina rumahnya adalah kebanyakan tanah–tanah yang apa tanah pertanian
yang kadang–kadang ada sampai 10 ekar ada yang sampai 5-6 ekar gitulah rata–rata
untuk apa yang mereka–mereka miliki tanah. Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker,
saya ingin tahu sebab tapak rumah tu kecil saja baru berapa ribu kaki je tapi tanah tu
kita kena cagar keseluruhannya jadi ini masalah yang mana tuan milik tanah tu dia tak
boleh buat apa–apa lagi dah kalau dia dapat skim apa ni program rumah ni jadi saya
ingin tahu macam mana perancangan kerajaan untuk nak tentukan supaya
sebahagian sahaja tanah tu yang di cagar jangan cagar keseluruhan jadi...
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abdul Rahman (Machap) : Jadi, apa ni, kerana
sekarang ni orang boleh berniaga jadi tanah tu dia boleh buat benda-benda lain
untuk sebagai kolateral perniagaan-perniagaan yang, ini masalah yang terdapat di
kampung. Jadi, apakah program kerajaan hubungan dengan pihak Pejabat Tanah
untuk nak tentukan supaya tanah ini dapat dua kegunaan, sebahagian untuk cagar
sebagai tapak rumah dan yang lain tu boleh dibuka untuk, apa ini, program-program
yang lain. Terima kasih Dato’ Speaker.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, syaratnya memanglah sebagai
jaminan, tanah yang terlibat yang nak dibina Rumah Mesra Rakyat memang kena
19
gadailah. Dan saya ingat dalam setahu sayalah dalam Kanun Tanah Negara, tak ada
gadaian partial ni. Dia kalau nak gadai, kena gadai tanah tulah dan nilai tanah itu
ikutlah nilai rumah tu nanti, kalau ada tak bayar balik, kalau tanah kena gadai, minus,
tolak yang baki hutang, itu aje. Kita tak ada syarat dikenakan tu di bawah KTN tak
ada, kalau tak silap saya tak ada partial charge. Melainkan, tanah tu dah di pecah
sempadan, dah dibuat dah ada title yang berasingan, hak milik yang berasingan dan
kita gadaikan saja hak milik yang mana tanah tu terlibat. Tapi dalam hal ini,
memanglah perundangannya tidak mengizinkan, permintaan ADUN Machap
dipertimbangkan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Bukit Serampang.
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Terima kasih Yang Berhormat
Dato’ Speaker, di atas penjelasan tadi. Sebagaimana kita sedia maklum apabila Projek
Rumah Mesra Rakyat ni yang agak penting masalah tanah. Yang saya nak timbulkan
soalan ini ialah mengenai anak-anak peserta ataupun anak peneroka FELDA ataupun
ni FELCRA. Yang jadi masalah, sebagaimana yang kita tahu FELDA ataupun FELCRA ini
dia ada dua tanah, satu tanah petempatan dan satu lagi tanah kebun, pertanian.
Yang jadi masalah apabila seseorang memohon tanah di kawasan tanah
petempatan ini, pihak SPNB minta semua tanah-tanah yang dua jenis tadi
dikemukakan bersama, tanah pertanian dan tanah petempatan, tapak rumah.
Kemudian yang saya hairan pulak tu mesti mintak pengesahan daripada pihak
Pengurus FELDA ataupun pihak Pengurus FELCRA, sedangkan tanah itu sudah pun hak
milik, dah ada hak milik. Kenapa ini terjadi? Ini yang berlaku, satu contoh di kawasan
saya Dato’ Speaker, yang banyak permohonan ditolak ataupun diminta supaya
kedua-dua geran itu dijadikan sebagai cagaran dan dalam masa yang sama mesti
mintak melalui pengesahan daripada pihak Pengurus FELDA ataupun Pengurus
FELCRA, barulah boleh disemak dan dipertimbangkan. Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingat ini satu permasalahan
yang mesti dilihat semula oleh SPNB lah. Saya agak di peringkat ini bersetuju dengan
pandangan Yang Berhormat dan saya ingat nanti kita bawa balik kepada SPNB suruh
memberikan pertimbangan di atas cadangan yang dikemukakan oleh Yang
Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok. Sungai Abong last.
Y.B. Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) : Soalan tambahan. Permohonan Rumah
Mesra Rakyat ini masalah yang dihadapi saya dapati ialah apabila pemohon ini
didapati layak tapi masalah asasnya itu, nak dapatkan borang tu, bila dia pergi ke
Pejabat Ahli Parlimen dia kata borang tak ada atau borang kehabisan, di Pejabat
JPMM pun begitu, dan ADUN sendiri memang tak ada boranglah. Jadi kita kenalah
pergi buat urusan cara lain untuk dapat borang itu. Jadi di mana sebenarnya rakyat
boleh dapatkan borang-borang tersebut? Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Itu aje, oklah.
20
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Borang ini boleh dapat daripada Ahli Parlimen yang berkenaan
ataupun ada pada masa-masa berkenaan dia ada di Pejabat Daerah dan kalau Ahli
Yang Berhormat ada masalah tentang borang bolehlah datang jumpa saya.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Ng Lam Hua, jemput.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol): Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan nombor 2.
Adalah difahamkan bahawa pembinaan Empangan Kahang yang bernilai RM105 juta
dapat menyelesaikan masalah air di Kluang. Bilakah projek ini akan dilaksanakan dan
disiapkan.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, pembinaan Empangan
Kahang bagi daerah Kluang akan dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air di bawah
Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) iaitu di bawah bidang kuasa
pihak Persekutuan. Pihak JBA (KeTTHA) dalam peringkat melantik perunding selewat-
lewatnya akhir bulan Ogos 2011 bagi membuat kerja reka bentuk, siasatan tapak,
kerja ukur dan kajian Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA). Kerja fizikal projek ini
dijadualkan untuk dimulakan selewat-lewatnya pada Januari 2012 dan akan dijangka
siap sepenuhnya pada Disember 2015.
Y.B. Dato’ Speaker : Ah, ok Mengkibol.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol): Soalan tambahan. Di Kluang ini Dato’ Speaker
agak aneh sikit, bila ada hujan tiga, empat jam nanti dia banjir. Kalau dua, tiga bulan
tak ada hujan PUN nanti dia menjadi catuan air pulak. Jadi, ini masalah bekalan air ini
saya amat beratkan, ambil berat. Jadi, sebelum kita diberitahu ada juga di Bekok,
Empangan Bekok, Machap, Kahang akan membekalkan ke kawasan sini, jadi sampai
sekarang ini tak ada apa-apa keputusan. Di Machap saya rasa ada sampai Simpang
Renggam lepas tu berhenti tak ada apa-apa. Jadi sekarang saya ambil berat sahaja,
bukan apa, jadi saya tanya sama ada bagaimana pulak dengan Machap, adakah
projek itu akan berhenti dan ini diambil alih...
Y.B. Dato’ Speaker : Cerita yang Kahang sahaja Yang Berhormat.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol): Ya, Dato’.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat punya soalan cerita Kahang, Yang Berhormat tak
boleh ambil yang Machap, tentang Kahang sajalah.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol): Ini memang ada diumumkan oleh pihak kerajaan
tetapi Empangan Bekok, Empangan Machap, Empangan Kahang akan membantu
kita.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ok.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol): Tapi sekarang tiba-tiba tinggal Kahang sahaja.
Saya nak pastikan ini betul-betul yang ada apa-apa masalah lain, lain kali kita teruk.
21
Y.B. Dato’ Speaker : Tukar Wakil Rakyat, oklah.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol): Ini bukan masalah Wakil Rakyat,
Y.B. Dato’ Speaker : Parti, parti.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, sepatutnya Yang
Berhormat dari Mengkibol faham Peraturan 26 di mana soalan tambahan hanya untuk
meminta penjelasan daripada jawapan yang saya bagikan sekira penjelasan saya
bagikan tidak jelas. Bukan seolah-olah untuk mewujudkan satu soalan baru di mana
Yang Berhormat akan dapat seolah-olah tanya dua soalan dalam sekali, itu tidak
patutlah, tidak adil kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain.
Y.B. Dato’ Speaker : Oklah Yang Berhormat, tak nak jawab pun boleh.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol): Dato’ Speaker, ini ada kaitan dengan Empangan,
Y.B. Dato’ Speaker : Eh tak perlu Yang Berhormat, dia tak boleh,
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol): Dia air tu yang pokok dia, pokok dia penting.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia tak boleh hujah.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol): Dari mana-mana itu tak apa.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, ok, ok
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol): Yang penting bekalan.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, yalah, ok Machap.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Ab. Rahman (Machap) : Terima kasih Yang
Berhormat Dato’ Speaker. Daripada jawapan Yang Berhormat tadi, maknanya
bahawa Empangan Kahang akan siap, dijangka siap sampai September 2015. Jadi,
sekarang baru 2011, maknanya ada empat tahun lagi yang mana kita di kawasan
sekitar Kluang, bila terjadi kes-kes kurang hujan dan juga lebih hujan, banjir dan kurang
hujan, apa ini, catuan air. Jadi saya ingin tahu sepanjang empat tahun, apakah
program-program jangka pendek yang boleh dapat menentukan bahawa bekalan air
ini, masalah bekalan air ini akan diusahakan oleh pihak, apa ini, Jabatan Air untuk nak
tentukan supaya tak ada kacau ganggu berhubung dengan masalah ini. Terima kasih
Dato’ Speaker.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Empangan Kahang
memang mustahak kerana oleh itu kita belanja sebanyak RM105 juta untuk
menyelesaikan dan empangan ini besar. Oleh itu, kita mengambil masa dua tahun
untuk pembinaan sahaja dan untuk mengumpulkan air supaya waduk itu penuh, kita
kena ambil masa satu setengah tahun hingga dua tahun. Ini secara, kita tak boleh
elak, ini memang tak boleh elak kerana keluasan air akan di kumpul adalah 19.4 juta
meter padu bagi waduk itu. Dan, kawasan itu melibat kawasan tadahan bagi waduk
22
Kahang ialah kira-kira 61.8 kilometer persegi, besar. Dan keluasan permukaan waduk
ialah 7 kilometer persegi, maknanya besar.
Kita faham memang air itu mustahak bagi semua. Oleh itu kerajaan memang prihatin
dan peka dan itulah Kerajaan Negeri telah bekerja sungguh-sungguh untuk dapat
peruntukan. Dan sementara kita masih ada air yang dijangka cukup untuk bekalan di
Kluang, kerana bagi daerah Kluang tidak masuk Simpang Renggam. Air yang
diperlukan untuk kawasan Kluang sahaja adalah lebih kurang 83 juta liter sehari sahaja
dan pada keadaan sekarang Sembrong, Sembrong kita boleh naikkan pada
keadaan biasa hanya mengeluarkan 55 juta liter sehari. Dan kita boleh tingkatkan
sekira ada masalah di Sembrong Timur. Kita boleh tingkatkan sehingga 65 juta liter
sehari. Dan di Sembrong Timur kita ada sekali sahaja tahun lepas kita mengalami air,
paras air sungai itu turun sehingga 0.2 meter pada biasa keadaan biasa adalah 0.8
meter. Dan kita haraplah di samping itu kita juga boleh dapat air daripada Machap
untuk sebahagian sahaja, bukan keseluruhan Kluang tetapi kita boleh bantu
sebahagian di kawasan dekat Kluang sahaja. Maknanya Kahang Timur ada loji air
sendiri dan kita bantu sebahagian.
Saya mengaku ketika ini kita tiada sistem yang boleh pindah air senang sahaja, dia
melalui paip dari satu daerah ke satu daerah. Itu memang boleh tetapi perbelanjaan
yang amat tinggi. Kita belum ada lagi, kalau ada memang senang. Kita boleh pindah
air daripada Sembrong pergi Bekok, Bekok pergi Segamat ataupun Muar, itu senang.
Tapi tidak dapat juga sistem begini di mana-mana negeri di Malaysia, belum ada lagi,
kalau dapat baguslah. Tetapi di dalam Malaysia belum ada di mana negeri ada
sistem seperti ini lagi.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok last.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Terima kasih Dato’ Speaker, sebenarnya pada tahun
yang lalu saya pernah buat kajian ujian pada air mentah dekat Empangan Bekok
dan juga Empangan Sembrong memang terdapat bahawa air mentah sana memang
tercemar dengan bakteria e-Coli, seperti yang berlaku di Eropahlah, wabak e-Coli.
Oleh itu saya nak mempertanyakan kalau katanya Empangan Kahang telah di siap
sedia untuk bekalkan air, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak
berkuasa untuk memastikan penternakan juga pertanian haram tidak akan berlaku
seperti Empangan Bekok dan Sembrong.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat, sama jugalah itu peraturan tidak
dipatuhi. Walau bagaimanapun…
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, dia, dia ada sentuh juga cerita Kahanglah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Susahlah, macam ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Jawab ajelah, Yang Berhormat.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Tapi, untuk…
23
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Because, saya sudah bagi latar belakang, untuk
membantu Yang Berhormat jawab.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak adalah, Yang Berhormat, tak, tak payah lagi, Yang Berhormat
menjawab. Yalah, takpe nanti dia nak jawab.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Tapi, memanglah tidak ikut peraturan. Tapi saya
bagilah untuk kebaikan kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia, Yang Berhormat, ah…
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Setiap sumber air…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, dalam membenarkan soalan, kalau dia lari
daripada yang asal, makna dia tarik sikit cerita Bekok, dia nak soal, tujuan kepada
Kahang. Jadi, kalau dia tanya yang cerita Bekok dengan cerita Machap, saya tak
benarkan. Tapi, dia cerita Kahang, ya Yang Berhormat, tadi makna nanti Yang
Berhormat tegur, macam saya tak faham pula peraturan ye. Kadang dalam Dewan,
ada budi bicara, adalah tengok suasana ye. Kalau ikut aturan betul dan saya banyak,
yang saya boleh tak dibenarkan pihak ini ye. Jadi, kalau ini dia kata ini yang macam
Bekok, ada, saya tak benarkan. Tapi, dia cerita Kahang, boleh tak berlaku, saya ingat
itu oklah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Bukan, Kahang, kita belum ada air lagi.
Y.B. Dato’ Speaker : Dahlah, cakaplah gitu ajelah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Kita belum akhir lagi. Tetapi semua kualiti air dikawal
dan diperiksa oleh Kementerian Kesihatan. Memang itu tugas Kementerian Kesihatan.
Jadi, dia mengikut piawaian WHO, (World Health Organisation) piawaian dia, itu kita
tidak boleh lari daripada piawaian itu. Jadi, Kementerian Kesihatan dan juga SPAN
(Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara), akan sentiasa memantau kualiti air mentah
dan juga kualiti air terawat mengikut piawaian yang ditetapkan oleh WHO (World
Health Organisation).
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Cheong Chin Liang, jemput.
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan
nombor 3.
Apakah langkah-langkah yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk
memastikan pengeluaran makanan sektor pertanian di Negeri Johor terus lestari,
mampan dan menjadi pengeluar makanan utama dalam negara kita?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat Dato’
Speaker, Kerajaan Johor telah mengambil beberapa langkah tertentu untuk terus
memajukan lagi pengeluaran tanaman makanan agar terus lestari, mapan dan
24
mengekalkan negeri ini sebagai pengeluar makanan utama negara melalui langkah-
langkah seperti berikut :-
1. Pendekatan Tanaman Selingan. Iaitu bagi menggalakkan pengamalan
tanaman selingan iaitu kaedah menanam dua atau lebih jenis tanaman dalam
satu petak kebun yang dapat meningkatkan interaksi di antaranya serta
mempelbagaikan jenis tanaman. Tanaman selingan sesuai untuk dilaksanakan
di kawasan tanam semula kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun. Sebagai
contoh, pada tahun pertama hingga tahun ketiga, kawasan tanaman semula
kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun boleh ditanam dengan tanaman seperti
pisang, nanas, jagung, ubi kayu, keledek, tembikai, sayuran dan herba. Di
antara faedah yang dapat dinikmati oleh pekebun yang mengamalkan
kaedah tanaman selingan atau dengan izin, intercropping ialah seperti berikut,
menggunakan tanah secara optima melalui aktiviti tanaman selingan di
kawasan tanam semula kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun. Menjana
pendapatan awal dari tanaman kontan yang diusahakan sementara
menunggu tanaman kekal yang diusahakan mula mengeluarkan hasil.
Seterusnya, dapat meningkatkan pendapatan petani, pekebun kecil daripada
RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan melalui aktiviti tanaman selingan seperti
nanas, pisang, sayuran dan tanaman kontan.
2. Pendekatan Kebun Integrasi. Kebun integrasi adalah merupakan satu kaedah
dalam mengusahakan kebun dengan cara menggabungkan lebih dari satu
aktiviti atau bidang usaha di dalam satu kawasan kebun. Perkebunan Integrasi
yang sempurna adalah penggabungan aktiviti tanaman, ternakan dan
akuakultur yang dijalankan dalam satu kebun. Melalui kaedah perkebunan
integrasi juga akan menyumbang kepada pencapaian ke arah pertanian
mapan. Pertanian mapan ialah sistem perkebunan yang berupaya
mengekalkan pengeluaran yang berfaedah kepada masyarakat di mana ianya
memelihara sumber-sumber untuk generasi akan datang, menyokong
kehidupan sosial, berdaya saing dari segi ekonomi dan mesra alam. Konsep
buangan sifar ataupun minima di mana sisa kebun boleh diproses untuk
dijadikan makanan ternakan manakala najis ternakan boleh dijadikan sebagai
baja tanaman dan kolam ikan. Di antara faedah kebun integrasi adalah
mengoptimakan penggunaan sumber-sumber sedia ada terutamanya tanah
yang ada pada masa ini semakin sukar diperolehi. Ianya juga menjimatkan atau
mengurangkan kos pengurusan kebun. Dan juga, ianya meningkatkan
pengeluaran dan seterusnya pendapatan daripada setiap unit pengeluaran.
Untuk tahun 2011 sahaja, ada peruntukan insentif kepada peserta kebun
tanaman selingan dan kebun integrasi berjumlah RM500,000.00 bagi
menggalakkan langkah-langkah baru yang diambil oleh kerajaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya kerajaan juga membuat pendekatan
dengan membuka Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang baru. Dalam tempoh
Rancangan Malaysia Ke-10, Kerajaan Negeri merancang untuk membuka beberapa
TKPM baru di daerah Segamat, Kota Tinggi dan Mersing yang melibatkan sebanyak
enam lokasi dengan keluasan dianggarkan 869.7 hektar di bawah Program
Pembangunan Kawasan TKPM baru ini dijangka akan memberi faedah kepada
seramai 130 orang pengusaha di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. Melalui
pembangunan kawasan TKPM yang baru dicadangkan pula mampu menjana
pengeluaran bahan makanan sebanyak 13,000 metrik tan setahun dengan nilai yang
25
dianggarkan RM19 juta. Di samping itu, kawasan pengeluaran tanaman makanan
yang sedia ada di setiap JKK di daerah-daerah akan terus diberi perkhidmatan
perkembangan melalui program SPTP dan dipantau bagi memastikan petani-petani
yang terlibat dapat mengusahakan tanaman mereka dengan baik dan mencapai
pengeluaran yang tinggi. Projek-projek yang dikhususkan juga untuk pengeluaran
makanan secara besar-besaran seperti projek pertanian moden di Air Hitam akan terus
dipantau bagi memastikan kawasan-kawasan berkenaan akan dapat mengeluarkan
hasil tanaman makanan yang tinggi dan berterusan sebagaimana yang dirancang.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yong Peng dahulu.
Y.B. Puan Lim Kee Moi (Yong Peng) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan
dengan Projek Pertanian Moden, saya tidak nampak begitu moden kerana saya
dapati apa yang diamalkan memang tidak ikut sistem moden dan juga terdapat iaitu
pengusaha-pengusaha tidak berjaya. Jadi, saya nak tahu apa sebabnya. Terima
kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Saya berpandangan,
Yang Berhormat ADUN Yong Peng, dakwaan yang tidak tepat, kerana pertanian
moden di Air Hitam, memang menggunakan kaedah-kaedah yang baru dan kalau
kita boleh lihat seperti organik yang dibangunkan oleh Xi Zing yang mendapat
tumpuan daripada masyarakat di Johor ini. Dan juga, penternakan kambing oleh satu
syarikat daripada tempatan, juga membuatkan pendekatan baru dan menghasilkan
satu produk yang agak luar biasa. Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Bukit Batu.
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Terima kasih Dato’ Speaker. Kita telah
mendapat amaran daripada Pertubuhan Makanan Sedunia, di mana telah
mengeluarkan amaran akan berlakunya krisis makanan. Sebab itu, saya juga ingin
tahulah sejauh manakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan supaya Negeri
Johor, bukan sahaja mempunyai rantaian pengeluaran makanan yang cukup dan
stabil tapi juga dapat menangani masalah krisis makanan di masa-masa yang akan
datang.
Y.B. Dato’ Speaker : Emm...
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Seperti Yang Berhormat
Dato’ Speaker, seperti yang saya dah disebutkan tadi, memang itulah langkah-
langkah pendekatan yang kerajaan telah ambil dan mengenai rangkaian hari ini kita
juga telah membuat hubungan dengan pasar raya-pasar raya bagi memastikan
rangkaian produk makanan ini dapat diperluaskan sehingga ke peringkat penjualan.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Tan Cher Puk, jemput.
Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan nombor
4.
Kejayaan Singapura meningkatkan kadar pelancong ke negaranya begitu ketara
untuk tahun 2010 hingga ke suku tahun ke dua 2011, apakah langkah-langkah
Kerajaan Negeri untuk menarik pelancong-pelancong ini untuk meneruskan lawatan
26
mereka ke negeri kita atau setidak-tidaknya mempromosikan tempat penarikan
pelancongan yang ada di negeri ini supaya mereka akan datang melancong ke sini?
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Dr. Lee Hong Tee, jemput.
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan
nombor 5.
Di manakah destinasi utama tarikan pelancong ke Johor? Berapakah jumlah
pelancong yang datang ke Johor pada tahun 2010, jika dibandingkan dengan tahun-
tahun sebelumnya.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna : Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya menjawab bersekali
kedua-dua soalan ini, kerana kedua-dua soalan ini ada berkaitan.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri melalui Jabatan
Pelancongan Negeri Johor, telah merangka strategi-strategi yang menyeluruh bagi
meningkatkan kedatangan para pelancong ke Negeri Johor. Dan mengambil
kesempatan lagi menarik para-para pelancong yang melancong ke Singapura. Bagi
Negeri Johor, sektor pelancongan telah menunjukkan perkembangan yang positif
selain daripada pertambahan berapa produk pelancong, pelancongan berprofil
tinggi, Negeri Johor dijangka akan menerima pelancong daripada negara-negara
jiran dan antarabangsa apabila Johor Premium Outlet akan siap pada hujung tahun ini
dan Lego Land akan buka pada tahun depan. Atas kesedaran ini, maka Kerajaan
Negeri melalui agensi-agensi berkaitan sentiasa berusaha untuk terus membangunkan
industri pelancongan Negeri Johor agar menjadi salah satu penyumbang kepada
ekonomi Negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Negeri Johor pada tahun 2010, telah menerima
sejumlah 16,501,582 kemasukan pelawat asing melalui pintu-pintu masuk berbanding
dengan tahun 2009, sebanyak 15,057,542 orang iaitu peningkatan sebanyak 1,444,040
orang iaitu peningkatan 9.5%. Bagi tiga bulan pertama tahun ini iaitu tahun 2011,
kemasukan pelawat asing ke Negeri Johor ialah sejumlah 3,981,555 orang berbanding
dengan tempoh yang sama pada tahun 2010, berjumlah 3,525,883 orang. Ini
bermakna peningkatan 455,672 orang bererti 12.9%. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri,
semua pengusaha industri pelancongan dan semua pihak yang terlibat yang sama-
sama membantu untuk mencapai kejayaan ini. Walaupun yang demikian, kami di
Jabatan Pelancongan Negeri, masih berusaha untuk merangka lima strategi utama
untuk memajukan lagi industri pelancongan di Negeri Johor.
Strategi pertama ialah yang dilaksanakan adalah menguatkan lagi imej dan
meningkatkan kedatangan pelancong ke destinasi-destinasi utama pelancongan
Negeri Johor dengan fokus pembangunan berasaskan kepada 9 teras pelancongan
dan 10 ikon Negeri Johor. Strategi ini akan memfokuskan hala tuju pembangunan
pelancongan Negeri Johor.
27
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri Johor melalui strategi pertama juga
telah berusaha untuk mewujudkan koridor pembangunan dan promosi
ekopelancongan pulau dan pantai. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Johor, akan
meneruskan usaha membangunkan secara intensif komponen pelancongan agro,
homestay dan pelancongan warisan dan penjanaan semula ataupun rebranding,
pelancongan kesihatan, pelancongan golf, pelancongan sukan sedang dilaksanakan.
Melalui peranan dan fungsi Persada Johor dan kerjasama daripada hotel-hotel yang
lain di Negeri Johor. Komponen pelancongan MICE akan terus diperkembangkan.
Selain daripada itu imej Johor sebagai destinasi membeli-belah dan makanan akan
terus dipromosikan.
Strategi kedua, Kerajaan Negeri akan wujud acara-acara pelancongan utama
ataupun Hallmark Events di Negeri Johor.
Strategi ketiga, Kerajaan Negeri Johor akan terus meningkatkan tahap keselamatan,
kebersihan, kemudahcapaian dan keselesaan serta membangunkan fasiliti dan
infrastruktur pelancongan di Negeri Johor.
Strategi keempat ialah Kerajaan Negeri akan melalui Jabatan Pelancongan Negeri
Johor yang telah meningkatkan dan teruskan pasaran dan promosi produk
pelancongan secara lebih agresif dengan kerjasama dengan Tourism Malaysia yang
berada di luar negara. Jabatan Pelancongan Negeri Johor juga menjalankan kajian
terhadap latar belakang negara tersebut serta mewujudkan perhubungan dua hala
dan agensi pelancongan di luar negara. Bagi usaha memasarkan produk
pelancongan Negeri Johor selain daripada itu, kami juga telah melaksanakan program
Fam-Trip yang disertai oleh pihak media, agensi pelancongan dan juga agensi bukan
kerajaan bagi memberikan pendedahan maklumat yang berkaitan dengan produk-
produk pelancongan yang terdapat di Negeri Johor. Kami juga melaksanakan
promosi dan pemasaran melalui halaman web Jabatan Pelancongan Negeri Johor
dan sentiasa mengemaskinikan informasi terkini berkaitan acara program dan produk
pelancongan di Negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, strategi yang terakhir, strategi kelima Kerajaan Negeri
Johor telah dan akan meningkatkan lagi kualiti dan pembangunan sumber manusia
dan latihan. Di dalam usaha meningkatkan pelancongan dan perkhidmatan berkualiti
Kerajaan Negeri Johor telah melaksanakan Anugerah Pelancongan Negeri Johor
ataupun Johor Tourism Award yang telah pun kita laksanakan pada tahun 2009. Kita
akan buat, ataupun melaksanakan anugerah ini dua tahun sekali. Bermakna tahun ini
2011, hujung bulan ini kita akan melancarkan Tourism Award 2011 dan kita ambil masa
enam bulan untuk kita tentukan pemenang-pemenang Tourism Award ini dan mudah-
mudahan awal tahun depan kita akan memberikan anugerah ini kepada pemenang-
pemenang yang dapat bantu sektor pelancongan di Negeri Johor.
Acara ini dilihat sebagai usaha bagi meningkatkan kualiti pelancongan dalam Negeri
Johor dan salah satu platform bagi menghargai usaha-usaha industri pelancongan.
Kerajaan Negeri percaya pembangunan berterusan terhadap sumber manusia ini
akan mendatangkan banyak faedah dan nilai terhadap kemapanan industri
pelancongan di Negeri Johor ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, tahun 2012 iaitu tahun depan ia akan melihat sebagai
titik perubahan ataupun the turning point terhadap industri pelancongan Negeri Johor.
28
Pembangunan dan perancangan Kota Iskandar sebagai Tourism Gateway,
komponen-komponen fizikal seperti Puteri Harbour, Marina, Theme Park, Legoland dan
Waterfront dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2012. Sehubungan
dengan itu, persediaan awal sedang dirangka dan dijalankan bagi menyambut
kedatangan lebih ramai pelancong dengan meningkatkan kualiti dan perkhidmatan
pelancongan, memperbanyakkan lagi maklumat pelancongan dan mewujudkan JB
Visitors Centre dan juga di lokasi-lokasi strategik terutamanya di Bandaraya Johor Bahru
serta memperbanyakkan lagi pakej-pakej pelancongan yang sedia ada.
Kerajaan Negeri percaya bahawa industri pelancongan Negeri Johor akan terus
rancak dan seterusnya memberikan berbagai faedah sama ada dari segi ekonomi
mahupun sosial kepada rakyat Negeri Johor. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Puteri Wangsa.
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, tadi kalau dalam jawapan yang diberikan oleh EXCO Pelancongan
mengenai dengan numbers pelancong yang masuk ke Negeri Johor mungkin
daripada pintu-pintu masuk. Kalau secara logiknya kita lihat di Johor, saya tak nampak
orang kulit-kulit putih berlegar-legar di Johor Bahru, di daerah-daerah lain. Dalam
soalan ini, soalan nombor 5 tadi di manakah destinasi utama tarikan pelancong ke
Johor? Jadi, di pulau-pulau, di daerah-daerah ataupun mengikut program-program
yang telah disusun atur oleh pihak pelancongan. Dan, yang nyatakan tadi bahawa
pembinaan Legoland, Puteri Harbour dan sebagainya itu adalah perancangan yang
bakal diwujudkan di dalam Negeri Johor. Tapi daripada 2009, 2010, ada peningkatan.
Begitu juga tentang pelawat asing yang berjumlah 3 juta pada 2010, 2011 berjumlah 3
juta lebih peningkatan sebanyak 12% tapi ke manakah mereka ini? Destinasi utama
tarikan pelancong ke Negeri Johor yang tidak dinyatakan. Terima kasih, Yang
Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ucapkan terima kasihlah
kepada soalan ini. Saya sebenarnya telah pun jawab daripada jawapan saya tadi
iaitu daripada sembilan teras pelancongan. Kita telah pun merangka 10 produk ikon
kita yang menjadikan sebagai tarikan utama di Negeri Johor ini. Kalau nak sebut
nama tempat untuk kita dapat tawarkan pada pelancong memang banyak. Kalau
dari segi 10 ikon sahaja seperti Bangunan Sultan Ibrahim, Kota Iskandar, Muzium Diraja
Sultan Abu Bakar, Pulau Rawa, Pulau Sibu, Danga Bay, Taman Negara Johor Endau-
Rompin, Gunung Ledang, Desaru, Tanjung Piai, Kukup dan sebagainya. Dan selain
daripada itu, bukan setakat 10 ikon sahaja. Kita memang cadangkan supaya kita
wujudkan banyak pakej-pakej yang sedia ada dengan produk yang lama akan
campur dengan produk yang baru. Saya ambil kesempatan ini mengucapkan terima
kasih kepada semua agensi pelancongan termasuklah agensi kerajaan yang sama-
sama kita duduk untuk bincang untuk kita rangka pakej-pakej yang boleh kita
tawarkan kepada pelancong itu sendiri. Saya nampak selain daripada produk yang
sedia ada, adalah penting untuk kita mempromosikan ataupun memaparkan segala
destinasi pelancongan yang ada di Negeri Johor ini kepada pelancong-pelancong
domestik dan pelancong-pelancong antarabangsa.
Maka dengan itu dalam satu dua tahun ini kita memang pastikan bukan sahaja kita
buat promosi di luar negara tapi saya arahkan supaya kita perlu adakan segala
29
promosi di semua negeri-negeri yang ada di Malaysia. Maka dengan itu, pada tahun
yang lepas kita telah pun pergi ke semua negeri yang ada mengadakan travel fair
mereka. Kita pastikan orang kita ada dalam penyertaan tersebut dan saya ingin ambil
kesempatan ini jugalah untuk maklumkan kepada Dewan ini, saya nampak saya
apabila bersama-sama dengan pegawai-pegawai untuk buat promosi di luar negara
misalnya kita tumpukan kepada pasaran kita misalnya selain daripada Singapura,
Indonesia yang merupakan sumber utama yang datang ke Negeri Johor, Negeri
China, India, Jepun, Korea, Australia dan juga Filipina merupakan antara top ten yang
datang, top ten negara yang datang ke Malaysia.
Dan, saya lihat pasaran di negara China memang banyak. Kalau kita lihat dari segi
penduduk mereka ini yang datang ke Malaysia cuma lebih kurang 1 juta. Baru-baru ini
saya ambil kesempatan untuk pergi ke Negara China di Province Guan Zhong sahaja.
Apabila kita lawat dan juga memberi penerangan di lima bandar raya yang ada di
Guan Zhong Province ini saya dapati bahawa memang ramai tak berapa kenal
dengan Negeri Johor. Saya cakap dengan cara ikhlas. Tetapi apabila kita wujudkan
prop-prop video kita dan juga saya sendiri bincang dengan agensi pelancongan di
tempat-tempat bandar utama ini, mereka ada sambutan yang begitu baik misalnya
cuba tanya macam mana kita datang ke Kuala Lumpur, Singapura dan Johor.
Memang pun dahulu memang tidak memilih Negeri Johor, I cakap terus terang. Tapi
dengan adanya promosi yang lebih dekat dan penerangan yang lebih kerap,
sekurang-kurangnya satu bandar raya dia janji akan datang seribu orang, mungkin
pada bulan September ataupun bulan Ogos ini. Saya lihat kalau kita giatkan lagi
promosi kita dengan wujudnya dari segi cara auto pemasaran, saya yakin dengan
usaha yang gigih ini dapat kita membuat lebih banyak promosi kepada negara luar
supaya lebih diperkenalkan Negeri Johor kepada mereka dan mudah-mudahan akan
datang ke Negeri Johor.
Saya juga ingin ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih khususnya kepada
Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan rakan-rakan di Kerajaan Negeri tambah
sedikit peruntukan untuk kita buat promosi di luar negara. Saya nampak ada hasil
untuk kita membawa lebih ramai pelancong ke Negeri Johor.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat pun dapat melawat sama ya.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna : Ha, itu kira lawatan kerja.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah rezeki.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna : Saya tak ada masa untuk melawat pun tetapi ada peluang untuk
jumpa dengan sekurang-kurangnya ada business matching, keterangan dan
sebagainya saya nampak ada hasil. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Bentayan satu, last.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan): Terima kasih Dato’ Speaker, soalan tambahan.
Singapura berjaya meningkatkan kadar pelancong ke negaranya ialah kerana
kasinonya, itu sahaja. Tetapi baru-baru ini akhbar media menyebarkan bahawa rakyat
Singapura yang ingin melancong ke Johor telah ditahan oleh pihak Imigresen dan
30
disuruh tanggalkan pakaiannya dan buat squatting. So, ini telah menyebabkan rakyat
Singapura takut hendak datang ke Johor. Apakah pendekatan pihak Kerajaan dalam
menangani perkara-perkara sebegini. Apakah tindakan ke atas pegawai kerajaan
yang berbuat kerja yang tidak boleh diampunkan sebegini? Terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna : Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk memajukan industri
pelancongan di mana-mana tempat termasuk di Negeri Johor, kami memang
memerlukan kerjasama daripada semua agensi kerajaan dan juga semua pihak yang
terlibat misalnya industri pelancongan itu sendiri.
Saya mengatakan bahawa agensi kerajaan memang selama ini banyak membantu
Jabatan Pelancongan Negeri untuk kita berjaya untuk membawa lebih ramai
pelancong datang ke Malaysia termasuklah ke Negeri Johor. Saya nampak kalau
satu, dua kes mungkin ada silap sini dan mana, misalnya kes yang dikatakan oleh Yang
Berhormat tadi, ini bawah Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri telah pun
umumkan satu siasatan akan dilakukan dan ambil tindakan sekiranya ada kesilapan
yang dilakukan oleh pegawai. Saya tak anggap satu kes ini akan menjejaskan imej
dan juga akan memburukkan kedatangan pelancong yang datang ke Malaysia
ataupun ke Negeri Johor. Saya masih mengatakan bahawa ramai antara pegawai-
pegawai kita memang bertanggungjawab dan juga memberi kerjasama untuk sama-
sama bantu untuk datang ke Negeri Johor. Satu, dua kes ini mungkin kita tunggulah
siasatan yang ada, kita tak adil kalau kita katakan dia salah dan sebagainya. Selepas
siasatan kalau benar berlaku kesalahan, Kementerian akan ambil tindakan terhadap
pegawai itu. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Cheong Chin Liang, jemput.
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan
nombor 6.
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan produk makanan,
minuman dan ubat yang dicemari kimia Di-(2-ethlhexyl) Phthalate (DEHP) dan Di-
isononyl Phthalate (DINP) dari dipasarkan dalam pasaran dan digunakan demi
menjamin keselamatan rakyat Johor tidak dijadikan mangsa bahan kimia ini?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh
dan selamat pagi.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Jabatan Kesihatan Negeri
Johor melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan aktiviti
pemantauan di semua pintu masuk dan juga produk di pasaran domestik. Ini ekoran
dari Taiwan FDA (Food and Drug Authority) yang telah memaklumkan kepada
Kerajaan Negeri Malaysia berhubung dengan Food Additive dan pencemaran
makanan dan minuman dengan Di(2-ethlhexyl) Phthalate (DEHP) dan Di-isononyl
Phthalate (DINP).
31
Makluman Dewan yang mulia ini, kedua-dua DEHP dan DINP ini merupakan bahan
additive sebagai clouding agent, ini clouding agent jadi kalau dalam fruit juice tu
takdelah menjadi mendap, jadi semua nampak ye. Juga sebagai plastisidest
digunakan dalam industri plastik. Dan bahan ini juga berkemungkinan boleh
menyebabkan kanser terhadap manusia. Bagi produk dari Taiwan yang telah
disahkan tercemar dengan DEHP dan DINP ini oleh Kerajaan Taiwan akan dikenakan
tindakan auto reject atau Tahap 6 FoSIM, di mana kita hantar balik bahan-bahan,
produk-produk ini. Manakala bagi produk Taiwan yang dikelaskan sebagai minuman
bertenaga (energy drink), jus buah-buahan, produk jeli, jem, yogurt dan, akan
dikenakan tindakan Tahap 4 FoSIM di mana pensampelan perlu dijalankan. Senarai
produk-produk yang terlibat juga dikemaskini dari masa ke semasa melalui laman
sesawang ye, Kementerian…
Y.B. Dato’ Speaker : Laman apa Yang Berhormat, sesawang?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Rupanya nama Melayu laman web tu, sesawang.
Y.B. Dato’ Speaker : Iya?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Web tu dia translate sebagai sesawang.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh…tak pernah dengar sesawang.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Sesawang ye Kementerian, di http://fsq.moh.gov.my
daripada itu nanti pengguna akan dapatlah apa-apa bahan yang dicemar oleh
bahan DEHP dan DINP ini ya, dengan gambar dia sekali, dengan company yang
import dan sebagainya.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Ini yang separuh jelah ye.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, tunjuk pada saya bukan pada dia.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Oh. (Dewan ketawa).
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, poison, ok lah, memang saya tak fahamlah. Ok lah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Sunkist, jadi setiap Pejabat Kesihatan Daerah pula, juga
diarahkan untuk menjalankan pemantauan produk import Taiwan di pasaran domestik
setiap hari. Pensampelan akan dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah bagi
produk yang diimport dari Taiwan. Produk yang disahkan tercemar dengan phthalate
akan disita dan ditarik dari pasaran dan kita ada Bilik Operasi Phthalate ini juga di
setiap negeri di Malaysia ini. Sehingga 13 Jun 2011, sebanyak 17 sampel telah diambil
daripada 40 premis yang dipantau. Dan untuk makluman Dato’ Speaker, Dewan,
32
sehingga kini tiada pencemaran terhadap ubat-ubatan di Malaysia ini. Jadi, yang
kalau, kalau Ahli Yang Berhormat melawat laman sesawang ini, dia ada peringatan
terakhir bahawa Kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati supaya orang
ramai tidak membeli dan memakan produk Oriyen Nutri Grow (boy) Orange Drink
Premix dengan tarikh pengilangannya 13 Ogos 2010 dan tarikh luput 13 Ogos 2013,
edaran Cosway (M) Sdn. Bhd. kerana telah dicemari oleh bahan kimia. Jadi, walau
bagaimanapun orang ramai tidak perlu khuatirlah tentang pencemaran bahan-bahan
ini dalam makanan. Jika, apa, kita tahu yang mana-mana produk yang di cemar kita
jangan ambillah, dinasihati jangan ambil.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Bukit Batu.
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Terima Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Saya difahamkan masih ada bahan makanan yang telah dipasarkan di dalam pasar
raya yang telah dikenal pasti dan disenaraikan sebagai makanan yang dalam
golongan tu. Sebab itu saya ingin tahulah, apakah tindakan yang akan diambil oleh
Kerajaan untuk memastikan bahan makanan yang telah disenaraihitamkan supaya
tidak dipasarkan itu tidak masuk dalam pasaran yang ada kerana saya percayalah
mungkin kita, dalam tubuh kita pun banyak kimia dan toksik yang telah kita makan tu.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Terima kasih Yang Berhormat. Kalau bolehlah Yang
Berhormat beritahu saya di mana tempat-tempat…
Y.B. Dato’ Speaker : Kedai mana…
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Sebab kita, arahan Kerajaan Negeri dan Kementerian
bahawa Klinik Kesihatan Daerah akan memantau, mungkin ni terlepas pandang atau,
kalau Yang Berhormat tahu kat mana terdapat yang betul-betullah dikatakan dia
tercemar, sila beritahu supaya kita buat…
Y.B. Dato’ Speaker : Pemeriksaan.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Penguatkuasaan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, lepas ni …
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Saya berikan maklumat tu …
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Ha, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Lepas Dewan ni.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Lepas Dewan ni, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Parit Yaani.
33
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,
soalan tambahan. Setahu saya produk makanan, minuman dan ubat ni orang ramai
tak tahu bahawa dicemari kimia ke tidak. Mereka makan, makan selepas 10 tahun
beribu-ribu kilo dalam perut, baru diumumkan bahawa produk ini memang dicemari
tetapi kesihatan mereka sudah terjejas. Adakah pihak Kesihatan ambil langkah yang
lebih efisien supaya sebelum mereka makan, sudah tahu ini barang tak boleh makan.
Jangan kita sudah makan 10 tahun, baru dapat tahu. Harap..
Y.B. Dato’ Speaker : Ada kes Yang Berhormat?
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Banyak kes.
Y.B. Dato’ Speaker : Ya?
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Kita dah makan, makan, sampai kesihatan
terjejas baru tahu, oh…, bukan, saya kira sudah 5 tahun makan baru tahu ini barang,
hari-hari makan.
Y.B. Dato’ Speaker : Padan umur 60 tahun sudah tak kuat ya. (Dewan ketawa)
Betullah.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Terjejas semua enjin-enjin sudah rosak. Bukan
saya seorang, ini ramai sini sudah makan barang-barang yang dicemari kimia.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah, oklah.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Terima kasih Yang Berhormat. Tentang pencemaran ubat-
ubatan, apa tu, makan-makanan ni yang telah, mungkin dari dulu tidak ada kes yang
dikatakan bahawa bahan kimia ini memang kalau di consume memang menjadi apa,
mudaratlah kepada manusia hanya di sini kerana ekoran daripada FDA Taiwan itu
sendiri yang beritahu kita bahawa produk daripada Taiwan yang mempunyai bahan-
bahan ini tercemar. Jadi kita ambil langkah, baru kita ambil langkah, kita tidak boleh
terus aje produk daripada lain, daripada luar negara kita terus band, tidak boleh, kita
kena apa tu tengok bahan apa yang dicemari. Memang kalau dah ada proven,
terbukti bahawa jenis apa tu pencemaran berlaku terhadap barang-barang import ini,
kita ada FoSIM tu, jadi tahap berapa? Kalau Tahap 6 terus auto reject. Dia masuk aje
kita band. Tapi ada juga yang FoSIM 3, FoSIM 4 tu kena sampel dulu, kalau tidak
diorang yang akan sue kita…
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Jadi langkah-langkah ini kita kena berhati-hati dan kita
kena tahu dan saya nasihatkan kepada Yang Berhormat, nak makan apa-apa pun,
tengoklah label dia ada apa dalam tu, ya, janganlah..
Y.B. Dato’ Speaker : Jangan makan gopoh ajelah.
34
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Keropok pun mesti ada apa bahan dalam tu.
Y.B. Dato’ Speaker : Keropok apa?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Dia apa dan sebagainya. Kita kena tahulah, kita kena
tahu sihatkah makanan kita, jadi kita kena tahu. Zaman sekarang ni zaman dah 2000,
mesti kita kena tahu apa makanan kita, berkhasiatkah makanan kita, selamatkah
makanan kita. Itu kempen Kementerian Kesihatan.
Y.B. Dato’ Speaker : Macam Yang Berhormatlah sihat aje.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Alhamdulillah. Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Tapi seorang aje ya, ha’ah, yalah. (Dewan ketawa) Ok, masa
soalan dah habis. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan
akan dijawab secara bertulis di dalam Persidangan yang sama.
Jurutulis : RUNDINGAN MENJUNJUNG KASIH KEPADA DULI YANG MULIA SULTAN JOHOR.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum ada yang nak berucap? Suka
dimaklumkan Dewan ini ada rombongan daripada pelajar-pelajar dan guru Sekolah
Maktab Sultan Abu Bakar ataupun dalam Bahasa Inggerisnya, English College, ha tu
masa dululah. Ok, perbahasan diteruskan, siapa nak berucap?
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Bismillahirrahmaanirrahim.
(Berselawat) Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Y.B. Dato’ Speaker : Baru balik umrah Yang Berhormat, takde rambut?
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Saje dye kan putih Yang
Berhormat kali ni.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh (Dewan ketawa) nampak anulah sikit, yalah, tambahlah satu
lagi.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Mengikut perkembangan zaman,
inovasi, jadi menginovasikan diri dulu Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Ada ura-ura nak tambah lagi?
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Amin. (Dewan ketawa) Rezeki tu
Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, dahsyat Yang Berhormat. (Dewan ketawa).
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
saya memohon membawa rundingan bahawa satu ucapan menjunjung kasih
dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor seperti berikut:-
35
“Ampun tuanku, adalah patik Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Negeri yang bersidang
pada hari ni mengambil ketetapan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor berangkat ke Dewan yang mulia ini dan bertitah
merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat bagi Dewan Negeri Johor
Kedua belas”.
Patik sebagai rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim sangat bertuah mempunyai Tuanku
Sultan yang berjiwa rakyat yang sentiasa menitik berat pembangunan negeri,
kemudahan dan kesejahteraan rakyat semua peringkat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di kesempatan ini juga saya mengucapkan tahniah
kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar yang kita
kasihi yang telah berjaya membawa Negeri Johor ke satu tahap pembangunan yang
membanggakan dan berjaya membawa masuk pelaburan sejumlah RM26 bilion ke
Negeri Johor dan secara langsung memberi peluang pekerjaan begitu banyak, lantas
memantapkan ekonomi Negeri Johor.
Pertama-tama Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengucapkan tahniah kepada
Parti PAS yang telah pun mengadakan muktamar baru-baru ini yang semua kita tahu
PAS telah menukarkan perjuangan mereka daripada sebuah parti yang
memperjuangkan Islam kepada parti yang memperjuangkan kebajikan. Kata orang ni,
dia dah gostan balik Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kita yang, yang kita maksudkan
kepada Negara Kebajikan pada hari ni memang telah kita laksanakan dalam Barisan
Nasional (Dewan bertepuk). Tetapi, hari ini pemimpin kita telah membawa
melonjakkan kepada satu injakan paradigma yang membawa negara kepada satu
negara yang menjurus kepada inovasi dan kreatif. Tetapi, mereka masih lagi jalan ke
belakang membawa negara ini kepada negara kebajikan yang mana semua kita
tahu sebagai negara kebajikan yang telah dipraktikkan oleh negara barat selama ini.
Mereka semua bersetuju kalau kita memperuntukkan negara ini sebagai negara
kebajikan, akhirnya akan bukan hanya ketinggalan tetapi tidak akan berjaya
membawa negara kita ke satu tahap yang lebih maju lagi. Seperti contoh, negara-
negara barat yang mana negara kebajikan, bagi mereka ini Yang Berhormat Dato’
Speaker, kalau takde kerja mereka dapat gaji. Jadi, negara tersebut hari ini mereka
mendapat keputusan yang kata orang tu tidak menggalakkan, dia menjanakan
kepada lebih ramai lagi belia yang tidak mahu bekerja kerana tak bekerja pun dapat
gaji Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi buat apalah mereka nak bekerja kalau
mereka bekerja pun gaji yang mereka dapat bukanlah begitu tinggi sangat. Jadi,
negara kebajikan yang sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Parti PAS ni saya rasa
tidak menjadikan negara ini sebagai negara yang akan maju di masa akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagaimana yang kita ketahui, apabila PAS
menukarkan perjuangannya kepada negara kebajikan ni, saya rasa rata-rata Barisan
Nasional, ataupun lebih-lebih lagi kepada UMNO, kita merasakan amat senang sekali.
Dulu, kalau kita tengok mereka ni bercakap pasal Islam, macam ya, ya. Bila nak
pilihan raya hukum hudud. Memang itu yang dimainkan sentiasa. Tetapi apabila
mereka menukarkan kepada konsep negara kebajikan yang mereka akan bawa, jadi
kita dah jadi mudah Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sebabnya, kalau dulu kalau
semua orang cakap mereka ni semua tertarik dengan PAS. Sebab apa? Sebab kata
dia PAS boleh menjamin mereka masuk syurga. Barisan Nasional tak boleh. Jadi hari ini
36
oleh kerana mereka dah bertukar menjadi Negara Kebajikan, jadi tak perlulah kita nak
memperjuangkan lagi nak susah-payah menerangkan kepada rakyat-rakyat kita
sebenarnya.
Sebagaimana ada satu cerita Yang Berhormat Dato’ Speaker, cerita yang saya petik
daripada cerita “Seribu Satu Malam eh Seribu Satu Cerita Islam,” yang mana cerita
tersebut mengisahkan ada sepasang keluarga ni suami isteri, jadi dia ni memang susah,
jadi isteri selalu bising suruh dia pergi cari kerja. Jadi suami tak tahan pun keluar rumah
cari kerja. Dan sampai di tengah jalan si suami ni tengok ada dekat satu pokok besar
ni ramai orang. Rupanya bila ditinjau orang dekat situ menyembah pokok tersebut.
Dan si suami tadi berasa marah balik ambil kapak dengan niat untuk memusnahkan
pokok itu kerana ramai yang mereka melakukan perkara-perkara syirik. Balik ke pokok
itu dengan membawa kapak tadi nak menebang pokok tersebut. Dan akhirnya
apabila sebelum sampai ke pokok tersebut datanglah syaitan yang disembah oleh
orang ramai itu tadi dan syaitan pun bercakap kepada si suami itu tadi, jangan kau
tebang pokok ini kata dia, kalau kau tak tebang pokok ini aku akan masukkan sepuluh
dirham bawah karpet rumah kau.
Pada mulanya si suami ni pergi nak menebang pokok ini atas dasar Islam, apabila dah
dengar kata nak bagi sepuluh dirham, maka yang si suami ni pun tak jadi nak tebang
pokok itu lalu balik ke rumah. Syaitan tu kata esok pagi kau bukak karpet kau, bawah
karpet kau akan dapat sepuluh dirham. So besok pagi sebelum sempat pagi lagi dah
tunggu, tunggu kat bawah karpet. Tengok-tengok pagi betul ada sepuluh dirham si
syaitan dah letakan bawah karpet. Ini berlarutan hingga seminggu, selepas seminggu
si suami bukak karpet tengok dah takda duit lagi. Jadi bila dah takda duit si suami
naik marah lantas ambil kapak nak pergi tebang pokok yang orang sembah tadi itu.
So nak sampai kat pokok tu syaitan datang lagi, tapi kali ni syaitan dah ketawa Yang
Berhormat Dato’ Speaker, sebabnya kali ni dia datang nak tebang pokok ni, oleh
kerana kali ni datang bukan kerana Islam, bukan kerana Allah, maka dijentik oleh
syaitan tadi terpelanting la si suami ini tadi. Jadi itulah cerita moralnya sebagaimana
yang berlaku kepada parti ini, Insya-Allah. (Dewan bertepuk).
Y.B. Dato’ Speaker : Kadang keliru saya cerita ini lah.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Nanti Yang Berhormat, nanti saya
ceritakan suatu hari nanti kalau ada.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha yelah.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Sebab mula-mula nak bercerita ni
nak berucap dalam Dewan ni Yang Berhormat gugup mungkin tak berapa terang.
Tapi perlahan-perlahan lama-lama dah ok.
Y.B. Dato’ Speaker : Struktur pasir rambut tu eh, ha’ah biar dia ubah sikit.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi kita cuba nak menyedarkan
mereka ni tetapi akhirnya yang dapat merubah mereka rupanya Parti DAP. Parti DAP
ni tadi macam mana yang Karpal Singh kata over my dead body.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak payah, sebut ahli eh. Tak payah sebut nama.
37
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Ok, tarik balik, tapi dah tersebut.
Over my dead body katanya. Tetapi hari ini tak payah nak over my dead body,
mereka dah berubah daripada perjuangan Negara Islam ke Negara Kebajikan.
Mereka ni orang Kedah kata macam, rakan saya kata macam sekeh beruk. Yang
Berhormat Dato’ Speaker tahu apa sekeh beruk ni?
Y.B. Dato’ Speaker : Tak.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Faham tak apa maksud sekeh
beruk?
Y.B. Dato’ Speaker : Saya banyak kerja lain mana nak faham semua. (Dewan ketawa).
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Ni peribahasa daripada Kedah.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha yelah.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Ni yang disampaikan oleh Menteri
Besar Kedah. Dia kata sekeh beruk kata dia. Dia urut-urut kepala beruk tu tapi sekali
dia belasah dia sekeh kepala beruk tu.
Y.B. Dato’ Speaker : Ohh sekehlah.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi termangu-mangu beruk tu
tadi. Jadi macam kena sekeh beruklah mereka ni akhirnya berubah juga. Prinsip
ataupun perjuangan mereka. Dan sebelum saya meneruskan ucapan saya apa yang
disampaikan oleh Y.B. Bentayan. Saya tengok DAP ni dia suka sangat bawa cerita-
cerita yang kecil-kecil Yang Berhormat. Cerita macam mereka ni untouchable kalau
kena semak sikit 100% kena telanjang. Tak boleh. Tetapi saya nak tanyakan kepada
beliau, berapa ramai rakyat Malaysia yang masuk ke Singapura tu yang kena 100%
check? Kalau dikatakan 100% check tu kena telanjang. Kalau tak kena telanjang tu
bukan maknanya 100% apa 100% check up. 100% check. Minta maaf, ya.
Y.B. Dato’ Speaker : Check up pun satu badan juga.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Check up apa ni…
Y.B. En. Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Dato’ Speaker, media-media di Singapura dan
TV-TV di Singapura telah…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat...
Y.B. En. Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Mempolitikkan kes ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Yelah tak, yelah..
Y.B. En. Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Semua orang sudah tahu. Seluruh dunia sudah
tahu.
Y.B. Dato’ Speaker : Takpelah dia jawab…
38
Y.B. En. Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Dia jalan lorong yang salah sahaja.
Y.B. Dato’ Speaker : Tapi Yang Berhormat, dia berucap biarlah. Yang Berhormat tak
payah bangun nanti bila giliran Yang Berhormat nak berucap…
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Tapi Yang Berhormat Bentayan
cakap satu dunia tahu itu tipu sebab saya sendiri tak tahu. (Dewan Ketawa). Kes ni
saya tak tahu. (Dewan Ketawa). Kalau saya tahu, betullah satu dunia tahu. Sebab
saya tak tahu maksudnya satu dunia tak tahu.
Y.B. En. Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Dia tak tengok. Dia tengok Astro je. TV
Singapore dia tak tengok.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh saya pun tak tengok Yang Berhormat. Oh Yang Berhormat
suka… tak kejap. Dia suka TV Singapore. Saya pun tak pernah tengok. Haa sakit hati.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Yang Berhormat, Yang Berhormat
tak suka tengok. Saya pun tak suka tengok. Buang masa.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, banyak kerja lain.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Banyak kerja lain.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi tu la ceritanya…
Y.B. Dato’ Speaker : Dah habis?
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Cerita-cerita macam dulu bila
sorang kena tangkap, kena check dekat mana tu dikira, diheboh-heboh kata rakyat
Cina dibuat 100% ambil gambar. Yela cerita-cerita macam ni memang sensasi yang
mereka ni cukup suka Yang Berhormat Dato’ Speaker. Mereka ambil. Tetapi pernah
tak mereka tanyakan berapa rakyat Malaysia yang masuk Singapura kena check up.
100% check up. Kena buka semua. Kena bogel semua. Berapa ramai? Tak pernah
pun dia orang nak perjuangkan. Kenapa yang mereka ni perjuangkan sangat rakyat
Singapura? (Dewan bertepuk). Pada dasar kononnya kerana nak tarik pelancong.
Tetapi saya tak nampak sentimen. Saya nampak antara DAP dengan PAP? Apa tu?
Macam sama lebih kurang dia punya perjuangan Yang Berhormat. Dia punya
chauvinist dia punya perkauman terlalu menebal. Hari ini kita semua nampak…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, izinkan saya…
Y.B. Dato’ Speaker : Kejap Yang Berhormat. Apa cerita ni?
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Peraturan 45, saya rasa apa yang dibangkit oleh
Yang Berhormat Kukup tu telah membangkitkan sahsiah sebab PAP tu PAP. DAP tu
DAP.
Y.B. Dato’ Speaker : Haa..
39
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Kalau dia nak bincang dengan politik sebegitu, saya
nak tanya dia. Dia faham sejarah Melayu ke tidak?
Y.B. Dato’ Speaker : Ok. Yang Berhormat…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Sebab Singapura itu sebenarnya sebahagian
Kepulauan Melayu. Betul tak?
Y.B. Dato’ Speaker : Ya.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Tak betul. Tak betul hari ini tak
betul. Kalau dulu betul. (Dewan ketawa). Dulu betul.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok. Ok…
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Hari ini dah tak betul.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Mana, mana lagi tanah dia nak jual? Tanah Melayu
lagi dia nak jual?
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Hari ini dah tak betul. Singapura
adalah Singapura. Malaysia adalah Malaysia.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok teruskanlah.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Itu harus difahami oleh DAP. Siapa
yang kata Singapura dengan Malaysia sama? Satu rumpun? Tak. Singapura,
Singapura. Malaysia, Malaysia. Mana punya sejarah dia belajar ni Yang Berhormat
Dato’ Speaker? Saya tak fahamlah. (Dewan bertepuk).
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dia ikut cakap orang Mat Saleh. Mat Saleh yang di
Singapura itu. Dia ikut cakap orang Mat Saleh.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, yalah Yang Berhormat. Biarlah dia berucap.
Nanti Yang Berhormat fikir tak puas hati, semasa Yang Berhormat berucap nanti, Yang
Berhormat jawablah apa yang kata dia betul. Kalau tak dia tak selesai. Ok terus.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’
Speaker. Ini macam kata perbahasan pepatah Melayu kata ‘Macam anjing menyalak
bukit’. Inilah dia.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Siapa anjing? Saya bukit, dia? Siapa anjing? Tanya
dia.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak dia kata pepatah Melayu. Tak, dia tak kata Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Itu pepatah Melayu, “Macam
anjing menyalak bukit”. Jadi itu pepatah Melayu. Kalau tak faham beli buku pepatah
40
Melayu. Baca. Kalau nak jadi rakyat Malaysia yang sebenar, sejati, ini semua kita kena
faham.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, ya…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Tak nak sebutkan sejarah Melayu pun boleh.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat…
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Ok saya teruskan Yang Berhormat
ya.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ok..
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Macam ni lah tak payah nak
layanlah sangat. Dan terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada
sukan, Majlis Sukan Negeri Johor. Rata-rata saya tengok memang pada keputusan
sukan SUKMA, kata orang tu kalau dah berjaya kita kenalah puji Yang Berhormat Dato’
Speaker ya. Dah berjaya membawa ke satu tahap kalau dulu kita tempat-tempat
yang kebelakang, hari ini dalam SUKMA kita adalah tempat nombor dua.
Alhamdulillah. Cuma apa yang rakyat Johor harapkan kepada EXCO Belia dan Sukan,
rakyat Johor ni tertunggu-tunggu bila agaknya pasukan bola sepak kita ni nak
menang. (Dewan Ketawa). Bila tu agaknya. Tapi saya tengok ada Pengerusi…
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Jangan toleh saya pula.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat tujukan kepada siapa?
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Tak, pada EXCO.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh..
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Sebab soalan yang layak jawab,
kan EXCO…
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Tapi toleh saya pula. (Dewan
Ketawa).
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Tapi saya terpandang. Memang
kita Negeri Johor…
Y.B. Dato’ Speaker : Apa dalam bahasa Melayu apa? Ada bahasa Melayu tak?
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Macam mana tu Yang Berhormat?
Y.B. Dato’ Speaker : Siapa makan cili dia rasa pedaslah. (Dewan Ketawa).
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Kalau orang Jawa cakap who eat
chilli, he feel pedas. (Dewan Ketawa).
41
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat Kukup, sekarang
ni bola sepak pun saya rasa sudah lebih baik kalau kita lihat.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Nusajaya, biar Pengerusi menjawablah ya.
(Dewan ketawa).
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Tapi dia tengok saya pula.
(Dewan ketawa). Macam DAP je. (Dewan ketawa).
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi kita di Negeri Johor, rakyat
Negeri Johor memang ternanti-nanti bila bola sepak …
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Bola sepak kalah pada Negeri Kelantan…
Y.B. Dato’ Speaker : Dah lah dah.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Kita nak tengok bila agaknya bola
sepak Johor ni boleh jadi johan.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Tengok Yang Berhormat Dato’
Speaker, dia tengok muka saya lagi. (Dewan Ketawa).
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, dahlah muka dia tu tak cantik. Tengok sayalah.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Betul-betul saya setuju. (Dewan
ketawa). Tapi muka satu lagi yang ‘bin Sapian’ tu handsome sikit.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh..Eh apa kena-mengena dengan Kempas pula? (Dewan
ketawa).
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi itulah harapan kita di Johor.
Sebenarnya rakyat Johor. Bukan hanya kepada orang Melayu malah berbilang
bangsa di Negeri Johor ini amat menunggu sebenarnya, menanti-nantikan bilakah kita
boleh rasa bangga dengan pasukan bola sepak kita. Kerana saya rasa dalam
banyak-banyak sukan Yang Berhormat Dato’ Speaker, bola merupakan satu
permainan sukan yang begitu diminati oleh semua lapisan masyarakat. Setuju tak?
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Setuju. Semua setuju, Yang
Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Sebulat suara. Hah ada yang kata,
ada suara kecil depan saya kata..tukar apa? Tak, saya tak cakap Yang Berhormat
Dato’ Speaker. (Ketawa).
Y.B. Dato’ Speaker : Awak ni.
42
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Saya teruskan ucapan saya Yang
Berhormat Dato’ Speaker. Sekarang sebenarnya…
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Masuk bertandinglah. Tukar
pengurus.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat kenapa mencelah lagi?
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Tak saya dah tukar topik. Dah tukar
bab sekarang. Ingin saya dalam Dewan yang mulia ini membawa satu perbincangan
tentang perkara masalah yang besar kita hadapi sebenarnya di Negara Malaysia kita
ini. Di sebelah Selatan Negara Malaysia. Lebih lagi daripada bawah daripada Melaka
sampaikan ke Tanjung Piai. Dan sebelah Sabah, di sebelah Selatan Sabah juga
menghadapi masalah yang sama iaitu masalah hakisan pantai. Masalah hakisan
pantai ni memang telah banyak kali kita sebutkan tetapi sehingga hari ni Kukup masih
belum nampak lagi usaha-usaha yang betul-betul untuk menangani masalah hakisan
pantai ini. Sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, masalah hakisan pantai ini
kalau di sebelah Sarawak boleh dikatakan dalam lima bulan apa yang telah pun
diselidiki oleh pihak SIRIM. Dalam masa tiga bulan, tanah yang masuk ke dalam laut,
dihakis oleh laut ini adalah sebanyak lebih kurang dua meter. Lima bulan, dua meter.
Bayangkan masalah yang sama juga berlaku di Tanjung Piai, dan saya rasa masalah
yang sama juga berlaku di semua negeri sebelah Selatan Malaysia ini.
Dan apabila saya mencari jawapan, saya bertanyakan kepada pihak-pihak tertentu
untuk jawapan kenapa ini berlaku? So, saya terfikir, saya mencari jawapan dan saya
tak dapat banyak jawapan yang memuaskan hati saya, lantas saya sendiri membaca
dan mengkaji kenapa ini boleh berlaku di sebelah Selatan Malaysia dan juga di
Sarawak. Jadi dalam pencarian saya untuk mencari jawapan ini, saya terjumpa satu
statistik kajian yang telah dibuat oleh NASA.
NASA ini Yang Berhormat Dato’ Speaker adalah satu badan yang menghantar roket-
roket ke angkasa oleh Amerika tu. Ha tu NASA punya kerja tu. Jadi dalam pencarian
saya itu, saya terjumpa satu laporan daripada NASA yang menunjukkan laporan
sepuluh tahun terakhir sampailah ke tahun ini. Dan apabila kita tinjau balik, kita kaji
balik sebenarnya dah masalah hakisan pantai ini berlaku lebih kurang enam tahun
sebelum ini begitu aktif sekali. Dan dalam apa yang saya temui dalam laporan NASA
ini rupanya dalam kawasan di garisan Equator ataupun dalam Bahasa Melayu
dipanggil Khatulistiwa ini adalah satu kawasan yang mana hari ini fenomena cuaca
yang berkemungkinan bertekanan rendah di sini, maka apa yang dilaporkan oleh
laporan yang saya dapat daripada NASA ini adalah dalam report tersebut
mengatakan The surface water current, ocean surface current, ataupun dalam
bahasa Melayu, dengan izin, dalam Bahasa Melayu adalah air di arus permukaan air
di laut ini kederasannya meningkat. Kalau dulu di bawah satu meter satu saat. Tetapi
apa yang dilaporkan oleh NASA dalam laporan NASA itu menunjukkan ianya melebihi
satu meter sesaat. Malah…
Y.B. Dato’ Speaker : Oh kuatnya.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Naik ketiga kali ganda lebih kurang.
Jadi oleh sebab itu, kawasan-kawasan yang terlibat apabila melihat peta yang NASA
tunjukkan termasuklah dalam Tanjung Piai di sebelah Sarawak di Selatan Sarawak.
43
Semua terlibat dengan perkara sedemikian. Jadi hakisan ini begitu kuat memakan
pantai. Memang begitu kuat menghakis pantai. Di sebelah, contoh di Santubong,
Pulau Santubong yang mana saya katakan tadi, dalam 5 bulan dah dihakis lebih
kurang 2 meter tanah di tepi pantai. Jadi inilah satu masalah sebenarnya masalah
yang besar, satu nasional agenda, satu masalah yang perlu kerajaan tangani. Perlu
kerajaan menghentikan hakisan pantai ini. Kalau kita tidak membuat sesuatu tindakan
hari ini, maka insya-Allah makin banyak lagi tanah akan habis terjun ke laut. Jadi
apabila tanah-tanah ini terjun ke laut, pantai tersebut akan menjadi cetek dan
memusnahkan ekologi kepada pantai tersebut.
Saya mencadangkan supaya tindakan yang cepat perlu diambil oleh kerajaan
bukanlah hanya kalau untuk kita kalau boleh, katalah hendak melantik konsultan
biarlah cepat. Kalau kita hendak menantikan untuk konsultan membuat kajian demi
kajian tetapi action nya tiada, mungkin kajian memakan masa 3 tahun, mungkin dah
satu kilometer habis pantai kita hakis dek laut.
Jadi itulah, Kukup amat mengharapkan supaya kalau boleh kerajaan mengambil
tindakan secepat mungkin, bukan hanya mengkaji malah mengambil tindakan
secepat mungkin. Sebagaimana yang saya lihat di sebelah Tanjung Piai perlu kita
bangunkan seperti tembok, ataupun break water kata orang putih, kata Melayu
pemecah air, pemecah ombak. Kalau pun itu berkos tinggi, kita boleh adakan satu
pulau buatan manusia, yang mana sekurang-kurangnya dia akan menjadi penangkis
kepada ombak-ombak ini, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Dan dalam, di sebelah pantai seperti di Pontian, di Batu Pahat, saya telah pun
menemui satu kaedah yang mana saya sudah pun membawa idea tersebut kepada
pihak SIRIM dan SIRIM telah pun menyemak sistem tersebut dan dia rasa sistem tersebut
dapat membantu memulihkan pantai secara natural. Insya-Allah kalau sistem ini dapat
dilaksanakan oleh SIRIM, maka masalah pantai ini akan dapat diselesaikan dengan
cepat sekali. Jadi itulah, masalah ini sebagaimana saya katakan tadi, sekali lagi saya
memberi penekanan supaya kerajaan mengambil tindakan sebab saya dah
menyebut perkara ini dah banyak kali. Saya ingat tidak kurang daripada 3 kali dalam
Dewan ini. 3 kali dalam Dewan ini, bermakna dah 3 tahun. Jadi masih lagi belum
tindakan diambil dengan secepat mungkin, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Rumah Yang Berhormat dekat mana?
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Rumah saya dekat Kukup.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, dekat eh. Dekat tepi pantai eh?
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Dekat, dekat juga. Tanah-tanah
saya sebenarnya dah habis makan dek laut, dah 2 ekar. Dulu ada 7 ekar orang tua
tinggalkan, hari ini tinggal 5 ekar je Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kalau dah jadi
miskin kata sahabat saya. Jadi kalau kita tidak ambil tindakan dengan cepat, mungkin
lima-lima ekar itu semua esok akan habis. Jadi itula..
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, merbahaya juga eh.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Satu perkara ini yang saya amat
mengharapkan sebab perkara ini satu perkara yang amat serius. Tetapi tindakannya
44
terlalu telah, saya tidak mahu sebutkan di sini. Jadi sekali lagi saya memohonlah
supaya kerajaan melihat akan perkara ini sebagai satu perkara yang serius.
Dan di segi pelancongan, saya ingin membawa kepada Tanjung Piai ke tempat saya.
Kalau saya tidak gunakan dalam ucapan saya, maka orang Tanjung Piai pula bising
plak kat saya, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi untuk pelancongan, Tanjung Piai
digazetkan sebelum ini sebagai satu kawasan pelancongan. Dan kalau kita lihat, jika
pelancongan kalau satu-satu daerah itu digazetkan sebagai kawasan pelancongan,
sudah pasti pihak pelancongan akan merancang dengan sesempurnanya. Tetapi apa
yang berlaku di Tanjung Piai, setelah digazetkan sebagai kawasan pelancongan, hari
ini beribu-ribu ekar yang telah pun diluluskan untuk membina Petrochemical. Dan
sebelum itu, kalau masuk ke dalam kawasan Kukup kita akan nampak satu setokin
yang tinggi, warna merah putih. Setokin itu menunjukkan itu chimney untuk Jana kuasa
Tanjung Bin yang menggunakan kuasa..
Y.B. Dato’ Speaker : Arang batu.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Arang batu. Dan bila kita tengok
petang, kita nampak asap yang berkepul-kepul meliputi kawasan tersebut. 3 bulan
sekali apabila mereka start balik sistem tersebut, mereka menggunakan diesel, kalau
biasanya asap putih kita akan nampak asap warna hitam tebal. Jadi Yang Berhormat
Dato’ Speaker, kalau ini dalam keadaan begini, siapa yang hendak datang ke Tanjung
Piai untuk menjadikan destinasi pelancongan? Jadi ini yang saya tidak nampak dalam
kita merancang sesuatu kawasan apabila kita hendak jadikannya sebagai kawasan
pelancongan kita kena control perkara-perkara sedemikian. Kalau boleh hendak
jadikan pelancongan, jangan ada petrochemical, jangan ada jana kuasa
menggunakan arang batu, sebab kalau hendak buat perkara ini, mana boleh
disekalikan air dengan minyak, tidak boleh Yang Berhormat Dato’ Speaker. So
pelancongan ini satu kawasan yang orang rasa hendak pergi adalah kawasan yang
fresh..
Y.B. Dato’ Speaker : Hhmm..
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Yang tidak ada kata orang tu
pollution. Tetapi di Tanjung Piai hari ini dan di sini juga saya mengambil kesempatan
kalau boleh pihak Alam Sekitar mengadakan satu Jawatankuasa Bebas untuk menguji
kaji keadaan udara dalam kawasan Tanjung Piai. Sebab dalam kawasan Tanjung Piai
hari ini kalau kita lihat sebagaimana saya katakan tadi kalau mereka menggunakan
arang batu, asap yang putih itu begitu tebal sekali dan apabila menggunakan diesel,
asap hitam yang mereka lepaskan ke udara. Apabila saya tanyakan kepada mereka,
kata dia ia mengikut garis-garis panduan. Tetapi saya nampak hari ini, kalau dulu Yang
Berhormat Dato’ Speaker, tempat saya pokok pisang Nipah ini adalah satu pokok
pisang yang boleh dikatakan robust. Yang tahan akan apa juga serangan kepada
tumbuh-tumbuhan yang lain, pokok pisang Nipah ini. Walaupun pokok yang tahan
dengan segala serangan, hari ini pun dah pupus juga di Tanjung Piai. Siapa tanam
pokok pisang Nipah ini, bila dah berbuah bila dah besar nampak cantik. Bila kita
kopek kulit, kita picit nampak air hitam yang terkeluar.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
45
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi, dalam mempulur pisang tu
rosak, jadi buahnya rosak dan menyebabkan kerugian kepada banyak petani-petani
kita di Tanjung Piai. Jadi, itulah sekali lagi saya memohon kepada Jabatan Alam
Sekitar, kalau boleh mengadakan satu Jawatankuasa Bebas untuk mengkaji keadaan
udara di Tanjung Piai. Dan sebagaimana Exco Pelancongan tadi yang menerangkan
tentang pelancongan terancang yang yang telah dirancangkan, tetapi hari ini kalau
kita tengok dekat Johor ataupun di mana-mana, tidak banyak kita nampak papan
tanda-papan tanda yang menunjukkan tempat-tempat pelancongan di negeri kita ini,
di Negeri Johor ini. Tak nampak pun papan tanda untuk Desaru ke, dekat Kota Tinggi
ke? Saya tidak pernah nampak lagi. Untuk attract people untuk datang ke tempat itu.
Tak nampak lagi, tak nampak di Johor Bahru. Jadi, macam mana kalau hanya
kepada pelancong luar hendak pergi ke tempat tersebut malah pelancong dalam
Negeri Johor pun tak tahu hendak pergi ke mana. Macam Desaru, apa ada kat sana?
Semua ini tak ada lagi. Saya tak nampak pun papan-papan tanda yang
dipasangkan.
Dan untuk pelancongan di Negeri Johor, sebenarnya kita banyak destinasi yang begitu
cantik sekali. Dan untuk pelancongan peringkat negara juga, semasa saya buat
lawatan di Eropah baru-baru ini. Saya sampai ke Republic Check. Semasa di sana
saya cakap, ceritakan pasal Malaysia, dia kata memang dia tertarik melihat
keindahan. Saya pun sempat tunjuk gambar yang saya bawa melalui Ipad dan
mereka amat tertarik, tetapi katanya sayangnya, katanya, tak ada langsung promosi
menjual Malaysia di sana. Bukan menjual Johor tetapi Malaysia pun tak dijual di sana.
Jadi orang di sana langsung tak tahu. Tak tahu Malaysia ini rupanya adalah satu
paradise. Satu hidden paradise, yang mana begitu banyak sekali. Contoh di Tanjung
Piai, kalau kita hendak adakan pelancong melihat akan bagaimana kehidupan
mangrove waktu senja memang begitu cantik sekali. Tetapi, benda ini tidak
dipromosikan, tidak di take advantage, tidak digunakan.
Jadi, Kukup juga mengharapkan supaya pihak Pelancongan memainkan peranan
sebab pelancongan ini it is strongly related ataupun ia bersangkut paut dengan
advertisement. Kalau kita tidak membuat advertisement yang cukup maka susah kita
hendak menarik orang datang ke tempat kita. Dan yang saya dapati tadi apa yang
disebutkan sebanyak 3 juta lebih yang datang ke Negeri Johor melalui Tambak Johor.
Dalam 3 juta pelawat yang datang ke Negeri Johor, berapa yang lalu sahaja di
Negeri Johor? Sebab saya lihat, bukan saya hendak memperkecilkan usaha-usaha
sini, kebanyakan kereta terus pergi ke Kuala Lumpur ataupun ke Melaka,
kebanyakannya. Kerana Melaka merancang daripada segi pelancongan mereka
dengan begitu teratur sekali.
Saya juga kalau boleh, Jabatan Pelancongan kita pergi ke Melaka, kalau boleh pergi
ke Melaka, tengok macam mana diorang buat di Melaka. Memang kalau kat sana,
hari Sabtu minggu Yang Berhormat Dato’ Speaker, packs sekali, jammed sekali. Hotel-
hotel sana tidak cukup dilaporkan. Malah hari itu saya bertanyakan, nak buat apa
dengan satu bangunan yang saya ada kat sana, dia katakan, buat Bajet Hotel. Bajet
Hotel memang tidak cukup katanya. Jadi sampai ke tahap macam itu. Bila cuti
sekolah, hendak ke Melaka, hendak masuk ke Bandar Melaka boleh jammed dekat
highway, ya tuan-tuan dan puan-puan. Menunjukkan berapa ramai orang ke Melaka
melancong. Yang kita, clock in. Datang ke Johor, satu dua tiga, empat lima, oh, 3 juta
orang datang ke Johor. Berapa yang datang kat sini benar-benarnya orang datang
ke Johor, melancong dan membelanjakan duit di Negeri Johor, berapa ramai? Yang
46
banyak tu datang ke sini, saya jangkakan datang ke sini untuk isi minyak sebab minyak
kita murah. Barang-barang subsidi, datang ke sini dia beli barang-barang subsidi,
murah. Macam beras, pasir, eh pasir pulak..
Y.B. Dato’ Speaker : Hhmm..
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Gula pasir. Pasir pulak Yang
Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha yelah, ada tujuanlah tu. Pasar tani.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Ha, gula.
Y.B. Dato’ Speaker : Pasar tani..
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Ha, pasar tani. Mereka murah,
Yang Berhormat Dato’ Speaker. Because duit di sana kalau kita tengok SD1.00 sama
dengan RM2.20-RM2.30. Maka apabila mereka-mereka datang ke mari mereka terus
dapat diskaun 60%. So, belilah minyak, belilah beras, belilah sayur kat Malaysia dan
bawa balik ke Singapura. Jadi kalau kita melihat dari sudut aspek ekonomi di sini,
mereka datang kita clock in, oh mereka pelancong, tetapi mereka datang beli
barang- barang subsidi bawa balik Singapura. Apa jadi?
Y.B. Dato’ Speaker : Huh.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Adakah menguntungkan kita?
Memang peruncit itu untung, tetapi akhirnya, akhirnya kalau orang memancing dapat
ikan, dia menjerit itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, dapat je ikan, dia kata akhirnya,
akhirnya kerajaan yang rugi. Sebab apa? Datang sini, beli barang-barang subsidi,
bawa balik sana macam dia rakyat Malaysia.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi itulah Yang Berhormat Dato’
Speaker, kita harus mengkaji benar-benar yang datang ke sini, yang melancong ke
Negeri Johor berapa ramai? Jangan kita syok nak clock in je berapa ramai mereka
datang ke mari. Tetapi sebenarnya yang datang ke Johor melancong tak berapa
ramai. Berapa peratus? 10%? 20%? Jadi ini amat mustahak. Cuma jangan kita
menggunakan fakta, atau menggunakan statistik yang salah. Kalau kita menggunakan
statistik yang salah berterusan kita akan terus menerus rugi.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, di sini Kukup memohon sekali lagi agar pihak
Pelancongan betul-betul mengkaji berapa ramai yang datang ke Tambak Johor,
Second Link datang ke Malaysia. Sebagaimana rakan saya kata tak nampak pun
orang putih berlegar kat sini, memang tak ada orang putih pun kat Singapura. Kalau
ada orang putih kat Singapura baru nampak kat Malaysia. Ha, rambut putih ada,
orang putih tak ada.
Y.B. Dato’ Speaker : Huh.
47
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi, itulah saya amat
mengharapkan promosi yang berterusan menjual Negeri Johor adalah satu perkara
yang paling mustahak. Dalam kita meningkatkan pelancongan kita mesti, we must be
able to sell Johor in a proper manner. Menjual Johor dengan cara yang betul, dengan
izin. dengan izin, dah cakap.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, akhirnya.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi Yang Berhormat Dato’
Speaker, saya melihat seperkara lagi, di Negeri Johor ini memang kita banyak sumber-
sumber hasil bumi. Kita banyak sekali, banyak sekali. Kalau kita tengok, kita ada
hutan, kita ada batu-batan, pasir silika macam-macam lagi. Tapi macam manakah
kaedah yang kita buat kawalan terhadap barang-barang yang begitu berhasil,
berharga kepada negeri kita. Macam manakah cara kita memantau? Macam mana
kita mengawal supaya ketirisan tidak berlaku? Ini kita letak satu Pegawai Hutan
menjaga Hutan, dia dok kira dia cakap pokok ini, pokok ini, berapa jumlahnya balak
Tok Hamid, apa pokok yang mahal?
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, tak boleh sebut nama orang, Tok Hamid. Macam
kat pasar je.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Ha, minta maaf Yang Berhormat.
Pertama kali Yang Berhormat Dato’ Speaker, ucap pertama. Jadi, contohnya Cengal
yang mahal. Cengal ada 50 batang dalam satu ekar tu. Dia kata Cengal ada 30
batang atau 20 batang katanya. Jadi siapa yang hendak memantau? Kata 20
batang, yang 20 batang lagi, wallahualam kita tak tahu. Jadi inilah yang kita
nampakkan, mungkin ketirisan boleh berlaku kalau kita still rely kepada manusia. Dan,
sedangkan hari ini kita tahu dengan teknologi yang ada pada hari ini, teknologi
komputer, teknologi satelit, kita boleh lihat pokok-pokok dalam hutan, kita boleh kaji
pokok balau macam mana daun dia, pokok Cengal macam mana daun dia. Kita
boleh kaji daripada atas kita boleh nampak Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kita boleh
buat count atas pokok-pokok ini menggunakan teknologi. Tak perlu manusia. Dan
dengan itu, kita tahu berapa banyak hasil dalam setiap hutan. Berapa banyak dah
kena tebang. Kita boleh pantau. Tetapi saya rasa sistem tersebut masih belum ada
lagi. Masih belum digunakan. Dan telah sampai masanya untuk kita sebagaimana
yang Tuanku Sultan kita bertitah untuk mengadakan kawasan hutan yang tersimpan,
yang masih kita perlu pelihara, kita memerlukan satu kaedah yang berteknologi
supaya kita ni tak dicuri lagi. Menyakau pokok-pokok balak ni, kaki-kaki sakau ni
memang ramai Yang Berhormat Dato’ Speaker. Banyak sekali. Kita sedar-sedar
tengok dah habis je pokok dalam hutan. Kita sedar-sedar dah habis semua kena
tebang, ya. Jadi minta maaf, saya bukan menujukan kepada sesiapa dalam Dewan
ini tetapi....
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, ada ke orang dalam Dewan ni yang dapat?
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Tak ada, tak ada Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ok.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi itulah. Jadi kita harus pantau,
sebab benda ni lama kelamaan akan pupus, habis. Silap-silap besok kita nak pakai
48
sendiri pun dah tak ada. Contoh, salah satu contoh, macam pasir silika. Hari ini kita
benarkan eksport, berapa premium yang kita charge, mungkin terlalu murah.
Sedangkan bahan-bahan ini Yang Berhormat Dato’ Speaker adalah satu bahan yang
berharga untuk negara kita. Besok kita dok eksport, eksport, eksport, bila kita nak pakai
sendiri pun dah tak ada. Jadi, apa yang kita takuti, sebab benda ni bukannya sentiasa
ada kat situ, bukannya macam buah kelapa, petik hari ini besok tumbuh buah yang
lain. Kalau pasir kena gali, habis, habis. Jadi itulah, saya amat mengharapkan kepada
Jabatan yang bersangkutan supaya meninjau ataupun mengkaji untuk menggunakan
teknologi yang terkini.
Contoh macam lagi satu Yang Berhormat Dato’ Speaker, hasil cukai daripada kuari,
batu yang dikeluarkan di kuari. Kita mengharapkan satu pegawai duduk kat situ dok
kira, berapa banyak lori keluar, berapa tan berat lori yang bawa keluar. Kalau katakan
ketirisan berlaku, kemungkinan boleh. Kalau kita tanya boleh tak ketirisan berlaku?
Kemungkinan boleh. Apa salahnya kita gunakan satu teknologi yang hari ini dah ada
sistem yang berkamera yang boleh tangkap nombor plat lori tersebut dan maklumat
daripada hasil timbang tadi tu boleh dihantar terus ke Jabatan yang berkenaan. Dan
di Jabatan berkenaan boleh memproses dan pada hujung bulan, hantar bil untuk
cukai. Tapi kalau ini semua tak dilaksanakan, mungkin boleh berlaku ketirisan
berterusan. Bukan saya nak menuduh, tetapi mungkin boleh berlaku ketirisan. Dan
apabila berlaku ketirisan ini menyebabkan Kerajaan juga yang rugi berjuta-juta ringgit.
Kerajaan Negeri Johor yang kerugian berjuta-juta ringgit. Kalau tak boleh habis hari ni
kaut sepuluh pongkes apa pasir, besok tumbuh balik pasir tu, tak apa. Tapi benda tu
akan habis. Akan habis terus. Jadi inilah yang saya katakan telah sampai masanya
Kerajaan Negeri mengkaji untuk menggunakan teknologi, untuk membantu
pemantauan. Kalau hari ini, sebelum ini, kita menggunakan manusia, tolong kalau
boleh gunakan teknologi, kerana teknologi tak menipu. Kerana teknologi tak ada
ketirisan. Kerana teknologi tak minum kopi.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Mengharapkan kalau boleh
penggunaan teknologi untuk memantau.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Ada lagi satu point Yang
Berhormat Dato’ Speaker. Saya ingat masih baru setengah jam Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Lebih dah, lima minit.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Belum setengah jam. Saya ada
timer ni Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, jam sayalah. Tak kan pakai jam awak.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Ok, minta maaf Yang Berhormat
Dato’ Speaker. Seperkara lagi tahniah juga kepada Jabatan Sains kita yang mana
telah pun mencipta satu device untuk mengkaji DNA. Kalau apa-apa makanan yang
tak halal hantar ke that Ministry akan buat ujian atas DNA makanan tersebut, dia boleh
49
kaji ada tak DNA-DNA makanan yang tak halal seperti khinzir dan sebagainya. Jadi
kalau ada, dan terus dia akan announce. Jadi, saya nak bertanyakan juga Jabatan
Agama Islam, perlu tak Johor ni kita ada satu centre yang sedemikian. Kalau orang
Johor merasa was-was, hantar ke Pejabat Agama Negeri Johor, terus dia check
DNAnya tadi, tak payah nak tunggu hantar ke Kuala Lumpur kita boleh tentukan terus.
Macam contoh baru-baru ni satu kopitiam. Tiba-tiba kita tahu, dapat tahu kopi
kopitiam tu dah dicampur dengan babi. Baru kita tahu, berapa puluh tahun dah
orang Kluang dah minum kopitiam tersebut. Baru tahu. Berapa banyak yang macam
kata Dato’ tadi tak boleh sebut nama. Yang dia kata tadi, berapa banyak chemical
dah masuk dalam perut dia. Sampai dah jadi tak kuat. Jadi macam ni juga orang
Islam. Berapa ramai orang Islam yang dah makan benda-benda yang tak halal ...
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Dengan izin Dato’ ini kopitiam ini dari Kluang.
Saya terpaksa menjelaskan perkara ini cuma suspicious sahaja, tak ada bukti, nanti
Kluang, kedai kopi sana akan marah saya.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini
saya tak membenarkan. Ini bukan sesi dialog.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat dia tak ada menyentuh sesiapa. Dia menyentuh
yang dah disebut oleh umum perkara tu, bukan tersembunyi. Makna Jabatan Agama
pun dah ada buat laporan. Dia menceritakan dah berlaku kes-kes macam ni. Itu
sebagai contoh, tak jadi salah kata saya. Ya, Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi itulah Yang Berhormat Dato’
Speaker, saya katakan tadi, Jabatan Agama Islam perlu aktif dalam perkara ini supaya
memastikan tanggungjawab yang diberikan kepada Jabatan Agama Islam, untuk
memastikan apa yang masuk dalam perut orang Islam ini halal, apabila seseorang itu
melaporkan, wajib bagi Jabatan tersebut untuk mengkaji.
Dan satu perkara lagi yang saya sentuh di sini, sebagaimana yang disebut atau
dititahkan oleh Tuanku Sultan berkenaan dengan menentukan masjid kita tidak
tercemar. Dan dua Jumaat yang lepas Yang Berhormat Dato’ Speaker saya sempat
bersembahyang di satu kawasan yang di Selangor dan saya terperanjat yang amat
sangat, saya terperanjat yang amat sangat, Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita di
Negeri Johor ni, kita gunakan masjid untuk perkara-perkara yang bagus. Tetapi di sana
saya terperanjat apabila dia gunakan Mimbar Masjid untuk memperjuangkan maksiat.
Dia kata dalam tu Anuar tak bersalah. Dia kata macam-macam dalam tu, video yang
dikeluarkan yang kes baru-baru ni. Macam-macam dia pertahankan. Dia nak empat
mata, empat orang kat depan tu saksi apa dia nak buat, baru dia kata boleh sahih.
Kalau tak ada empat orang, kata dia, tak sahih. Jadi siapa Yang Berhormat sekarang
ini Yang Berhormat Dato’ Speaker nak buat depan empat orang ni. Kadang-kadang
saya pun tertanya-tanya juga. Dia kata kalau tak, tak boleh pakai. Dia kata saksi besi
kata dia. Kalau macam tu dekat Indonesia yang sapa nama penyanyi yang satu
band, Peter Pan tu, yang satu kes tu Yang Berhormat Dato’ Speaker. Siapa nama dia?
Y.B. Dato’ Speaker : Michael Jackson. (Dewan Ketawa).
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Ha, saya tak boleh sebut nama.
Y.B. Dato’ Speaker : Baik, ok.
50
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi kita tengok berapa tahun dia
hukum di sana? Enam tahun. Itu negara-negara yang betul-betul melaksanakan Islam.
Bukan kalau orang kita yang kena, kalau orang kita yang kena, semua betul. Kalau
orang lain kena, haram. Tetapi bila orang dia kena semua tak haram. Boleh
memperjuangkan dia kata tak boleh pakai. Dan saya terfikir, saya datang
bersembahyang Jumaat di situ nak mendapatkan pahala hari Jumaat. Kalau dalam
keadaan menggunakan Mimbar Masjid mempertahankan maksiat, bayangkan Yang
Berhormat Dato’ Speaker, bala macam mana insya-Allah yang macam mana yang
akan datang besok ke atas mereka ni semua. Itulah Yang Berhormat yang berlaku
sekarang ini. Saya amat rasa teruja dan saya bersyukur kerana saya ni orang Johor.
Saya tak tahulah macam mana kalau saya ni orang Selangor, melihat akan keadaan
masjid dalam, mempertahankan maksiat dalam masjid. Sedangkan semua orang dah
kata itu dia, kalau tak betul kenapa tak saman?
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Tak saman jugak akhirnya Yang
Berhormat Dato’ Speaker. Buat muka seposen jugak. Apa pun orang cakap buat tak
tahu jugak. Sedangkan tadi orang yang nak bersumpah laknat ni tadi nak ditahan, tak
boleh. Nak mengatakan benda ni betul. Tapi masih juga dipertahankan. Yang
sayangnya dipertahankan oleh satu parti kalau kita tengok minta maaf, kepada satu
parti ni. Kalau kita tengok dalam Islam, lambang Islam pada bulan, tuan-tuan dan
puan-puan, macam mana bentuk bulan tu? Dia bulan anak bulan kan, Yang
Berhormat Dato’ Speaker? Tak ada dalam Islam mengatakan bulan tu penuh. Sebab
kalau bulan penuh kita jadikan sebagai lambang, kalau bulan penuh ini kita lalu dekat
siapa ADUN yang jaga dekat Tanjung Rambutan? Kalau bulan penuh ni kita dengar
kat dalam tu katanya bising ya? Orang melolong-lolong katanya. Depression,
depression. Ha, itu lambang bulan, bulan yang bulat. Tetapi Islam sebenarnya
lambangnya bulan sabit dan bintang.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Ada sikit lagi Yang Berhormat
Dato’ Speaker, di sini ingin saya kongsikan bersama. Dan untuk Jabatan Agama Islam
dan juga kepada Kementerian Pelajaran, Yang Berhormat Dato’ Speaker, ingin di sini
saya memohon supaya kedua Jabatan ini, Jabatan Pelajaran dan Jabatan Agama
Islam mengkaji sedalam-dalamnya dan juga Jabatan Sosial di sini juga boleh
mendengarkan hujah saya mengkaji untuk menambah satu pelajaran iaitu mata
pelajaran Sains dan Al-Quran ke dalam mata pelajaran yang ada hari ini. Kerana
kalau kita lihat Sains dan Al-Quran, kalau kita lihat pada hari ini begitu banyak sekali
kupasan-kupasan sains yang selari dengan al-Quran. Begitu banyak sekali Yang
Berhormat Dato’ Speaker. Seperti kalau kita lihat surah al-Mukminun ayat 12 hingga 14,
yang terang-terang menceritakan bagaimana manusia ini terjadi pada mulanya.
Daripada terpancarnya air mani tadi, sehinggalah kejadian manusia apabila cukup
sifat Allah meniupkan rohNya kepada manusia tersebut. Jadi, proses apa yang berlaku
dalam rahim ini telah diperkatakan oleh Rasulullah Nabi Muhammad SAW 1,400 tahun
dulu. Dan hari ini semua para ilmuan ataupun para-para doktor yang dalam bidang
gyne memperakui apa yang ditulis dalam Al-Quran itu tidak ada satu pun kesilapan
tentang kejadian pembentukan manusia dalam rahim ibu, dalam perut ibu tadi.
Semuanya 100 percent perfect. Sebagaimana yang dikatakan apabila air terpancar
51
lepas itu menjadi satu buku darah sebagai darah yang dikunyah dan dikatakan Allah
darah yang berbentuk kata orang tu...
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat macam kuliah lah, macam kuliah subuh.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Tak, saya dah convert jadi
penceramah agama pulak sekarang ni, jadi ustaz. Yang Berhormat Datuk Ustaz
Othman. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, diceritakan seperti lintah, dan dijadikan
tulang dan disalut dengan daging, lalu Allah menjadikan manusia yang berlainan dan
ditiupkan roh ke atasnya. Apa yang terjadi dalam perut. Jadi, apa proses dalam
kandungan ibu ni tadi diterangkan oleh al-Quran dengan sepenuh-penuhnya, tak ada
silap. Sampai hari ini doktor nak mencari silap pun tak boleh. Doktor-doktor kafir ni nak
mencari silap, tak boleh. Sebab apa yang Allah turunkan dalam al-Quran itu terlalu
perfect. Jadi, ini semua, macam kita katakan baru ini diperkatakan tentang finger
print, bio-tek, bio-metrik, finger print. Semua orang sibuk bila PM cakap bio-metrik
semua sibuk cakap bio-metrik, biasalah. Jadi dalam al-Quran itu sendiri kalau kita lihat,
Allah kata tidak susah dia nak menjadikan manusia ni, nak menjadikan balik manusia
yang dah mati ni sedangkan katanya jari-jari ni pun, hujung jari ni pun Dia boleh susun,
bermakna hujung jari ini ada rahsia, finger print. Yang mana tertulis dalam al-Quran
1,400 tahun lebih dahulu dan hari ini baru manusia discover.
Dan satu lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker, dulu masa saya bersekolah, Sains
mengajar saya, dia kata ada 7 planet yang mengelilingi matahari. Satu bulan yang
mengelilingi bintang. Dia kata ada tujuh planet. Tetapi hari ini apabila saya membaca
balik, dia kata dah ada sembilan, ada tambah lagi dua. Sedangkan dalam al-Quran
itu sendiri menceritakan sebenarnya berapa banyak planet yang ada mengelilingi
matahari, kalau kita tengok pada surah Yusuf, ayat 4. Surah Yusuf, ayat menceritakan
bagaimana Nabi Yusof bermimpi satu malam dia kata, Ya ayahanda, aku bermimpi
melihat 11 bintang, 1 matahari dan bulan tunduk sujud kepadaku. Jadi di sampaikan
kepada ayahandanya, lalu dia cakap ayahanda dia kata, engkau jangan cerita kat
saudara-saudara engkau, engkau diam-diam kata Yusof. Sebab apa kalau engkau
cerita kat saudara-saudara engkau ni, kata dia, mungkin ramai yang hasad dengki
(PHD). Jadi kita melihat daripada konteks ayat yang di mana Nabi kita tahu semua
bermimpi perkara yang benar. Dan terang-terang mengatakan ada 11 planet yang
mengelilingi matahari dan satu bulan yang mengelilingi dunia. Jadi, hari ini dalam
ayat at-Tariq kalau kita lihat, ayat at-Tariq, ayat 1 hingga 4. Allah mencabar
bagaimana cara engkau nak mengetahui tentang at-Tariq ini. Dan hari ini apabila
saintis telah mengadakan satu telescophic yang begitu besar sekali yang dipanggil
Radio Telescophic, bukan cermin tu Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Y.B. Dato’ Speaker : Hm.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Tetapi dia menggunakan radio
signal. Baru mereka menemui satu lagi bintang yang sebagaimana yang tertulis dalam
al-Quran, dalam surah at-Tariq, ayat 1 hingga 4, ayat bintang yang menembusi
cahaya. Dan apabila cahaya ini memantul kepada dunia, dia memberi satu ketukan
kepada dunia. So, bintang ini dikenal dengan sebagai The Knocking Star. Jadi semua
ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam Al-Quran, banyak lagi. Kalau kita lihat al-
Quran ini mengandungi 6,236 ayat lebih daripada 1,000 ayat bersangkutan dengan
Sains bersangkutan terus dengan sains dan kalau kita kaji al-Quran itu terdiri daripada
Ayat-Ayat Mukamad, Ayat Mutasabiha, Ayat Mukamad yang terus terang diceritakan
52
kepada kita dengan maknanya. Mutasabiha ini adalah ayat-ayat yang mungkin kita
katakan samar dan kalau Allah nak berikan kepada kita dia akan berikan hikmah
kepada kita untuk memahami.
Jadi kalau kita lihat, dalam al-Quran itu sendiri Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau
Yang Berhormat Dato’ Speaker hantar duit ke Switzerland, katakan TT duit tu ke
Switzerland, dalam mana bank di Malaysia akan mengadakan dipanggil
Autenthication Code. Authentication Code ini adalah untuk authenticate untuk
memastikan jumlah Yang Berhormat hantar ke Swiss Bank adalah berketepatan. So,
dia ada hantar kod dia itu, sampai ke sana dia decipher balik kod dan terus
mengesahkan bahawa jumlah ini adalah benar. Ini berlaku kalau dalam telegraphic
transfer di bank-bank. Tetapi dalam Islam itu sendiri kalau kita lihat dalam Surah
Muktadir, Muktadir Ayat 30 yang menyatakan al-Quran itu dijaga oleh 19 dan apabila
dikaji dulu, penterjemah-penterjemah kata dulu, kata 19 itu adalah 19 malaikat yang
menjaga al-Quran itu tetapi hari ini setelah diterjemahkan, rupa-rupanya ayat 19 ini
adalah juga sama dengan Authentication Code untuk al-Quran.
Sebagaimana kalau kita tinjau balik kita tengok Ayat Bismillahirrahmaanirrahim adalah
merupakan ayat yang terdiri daripada 19 karakter 19 huruf dan kalau kita tengok hari
ini, Al-Quran mempunyai 114 Juzuk dan 114 Juzuk kita multiply kan kita divide kan
dengan 19 mendapat jawapan yang tepat iaitu 6. Jadi banyak lagi yang di situ
authentication tentang Al-Quran ini adalah juga dalam bentuk Matematik.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat, dah lebih.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi Yang Berhormat…
Y.B. Dato’ Speaker : Kalau ceramah agama memang panjang. Ok lah.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi kalau kita lihat hari ini Yang
Berhormat sebagaimana yang saya katakan tadi, Kukup amat mengharapkan
Jabatan Pelajaran dan Jabatan Agama Islam memikirkan apa yang dicadangkan tadi
untuk memasukkan Sains al-Quran ini sebagai satu mata pelajaran kerana apa?
Kalau kita lihat hari ini begitu banyak anak-anak kita, kalau dulu saya Yang Berhormat
Dato’ Speaker, orang tanya apakah bukti-buktinya adanya Allah Taala? Ustaz kata
adanya bumi, adanya bulan, saya terus percaya tapi anak-anak sekarang boleh
percaya tak Yang Berhormat Dato’ Speaker? Saya rasa tak ramai yang boleh
percaya.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha banyak.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi dengan mengkaji Sains dan
al-Quran, ketepatan al-Quran, Ayat-Ayat Quran yang diturunkan Allah S.W.T dalam
kaca mata sains sekurang-kurangnya akan menyedarkan kepada anak-anak kita
betapa tepatnya ayat-ayat dalam al-Quran ini yang mana saya katakan tadi lebih
daripada 1,000 ayat yang mencerminkan sains. Jadi sebagaimana yang kita semua
ketahui, kalau kita tengok kepada mereka…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, masa dah lebih. Yang Berhormat panjang
sangat.
53
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Sikit lagi, kalau kita sebut Albert
Einsteien, semua kita kenal. Albert Einstein semua kita kenal, satu saintis, satu phisisis,
satu mathematician yang kita kenal, yang dilahirkan pada penghujung tahun 1850-an
yang dilahirkan di Germany. Semua kita kenal tetapi beliau juga merupakan satu
saintis yang memberi satu kata-kata yang mengatakan A Science Without Religion Is
Lame And Religion Without Science Is Blind. Apa yang dimaksudkan di sini adalah,
kalau sains itu tanpa agama maka jadi pincang ianya, tak kuat tak kukuh dan kalau
katakan agama yang tak mempunyai sains katanya akan menjadi buta, blind. Jadi
apa yang Allah S.W.T telah turunkan kepada kita dalam al-Qurannul Qarim adalah
berbentuk satu ensiklopedia yang lengkap sebagai untuk kita menjadi pedoman
kepada kita.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekali lagi Kukup amat-amat mengharapkan
supaya kedua-dua kementerian ini duduk berbincang menjadikan Sains dan al-Quran
ini satu mata pelajaran yang wajib kepada semua anak-anak Islam kerana dengan ini,
kalau ini dapat dilaksanakan Kukup amat yakin kita akan dapat menjanakan
masyarakat Islam di masa akan datang yang penuh dengan mereka yang suka
mengkaji, inovatif, yang tau akan al-Quran itu sendiri yang menjadikan al-Quran
sebagai pedoman bukan hanya membaca al-Quran dengan bacaan arab yang
berlagu tetapi…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, ok Yang Berhormat. Yang Berhormat kalau
sambung satu ayat panjang, panjang, panjang. Jadi minta…
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Saya cuma nak terangkan betul-
betul Yang Berhormat Dato’ Speaker, supaya apa yang dicadangkan dapat diterima.
Y.B. Dato’ Speaker : Saya ni cuma jaga masa.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi, akhirnya…
Y.B. Dato’ Speaker : Akhirnya saya menyokong.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Akhirnya Yang Berhormat Dato’
Speaker dengan ini Kukup mencadangkan sekian Wabillahi taufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Sadakallahul Azim. Ok diteruskan lagi, tak nak sokong? Ha
Stulang.
Y.B. Encik Mok Chek Hou (Stulang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, selamat pagi,
selamat sejahtera, salam mesra dan salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya berasa
bersyukur dan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kerana diberi peluang
dan kesempatan ini untuk menyertai Perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Johor. Dalam Titah Ucapan Persidangan Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku,
Tuanku telah bertitah bagi menasihatkan supaya kita hendaklah mengamalkan
kesederhanaan dalam semua perkara dan berkongsi kehidupan di bawah naungan
Perlembagaan Negara. Tidak kira apa juga kaum, hak dan kepentingan semua akan
dijaga. Semua rakyat jelata mempunyai tanggungjawab memelihara keamanan dan
kesejahteraan yang sedang kita nikmati ini. Oleh sebab itu, saya rasa adalah relevan
bagi rakyat jelata bersatu padu untuk menghapuskan segala golongan dan kumpulan
54
pelampau yang wujud di negara ini yang mempunyai agenda tersendiri demi
kesejahteraan dan kemakmuran negara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, nak apa Yang Berhormat? Ha, jemput duduk. Pergi Kedai
Membeli Topi, Nak Rehat Minum Kopi. Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan
selamat 20 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11:35 pagi.
Persidangan disambung semula pada jam 12:00 tengah hari.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli Yang Berhormat, perbahasan disambung sekarang.
Y.B. Encik Mok Chek Hou (Stulang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita perlu
bersyukur kerana Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan agama
dilindungi daripada kekacauan dan persengketaan. Walaupun masih ada pihak yang
cuba mengganggu gugat ketenteraman dan keamanan negara dengan
membangkitkan isu-isu yang bukan-bukan bagi agenda peribadi mereka. Rakyat
yang mencintai perpaduan tidak akan mudah terpengaruh dengan hasutan itu.
Mereka tetap akan mengekalkan perpaduan demi kesejahteraan tanah air yang
tercinta ini. Sehubungan itu, kita masih perlu berhati-hati dan berwaspada serta
menyediakan diri dengan sepenuhnya untuk menghadapi segala kerumitan dan
cabaran yang kadang-kadang berlaku hanya dalam sekelip mata dan tidak dapat
disangkakan. Hanya dengan penuh persediaan, keteguhan dan kesungguhan,
bolehlah kita dapat mempertahankan dan memperkukuhkan kedudukan kita dalam
dunia yang begitu mencabar dan bersaing sengit itu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan permulaan dan perlaksanaan projek-projek
dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Johor yang bernilai RM4.7 bilion untuk
tempoh 2011 hingga 2012 itu, kita yakin ekonomi Johor akan terus berkembang dan
bertumbuh dalam tahun 2011. Tambahan pula, pelaksanaan projek-projek permulaan
atau Entry Point Project dengan izin, EPP di Johor dalam program transformasi ekonomi
itu juga akan dapat merangsangkan dan mendorong perkembangan ekonomi Johor.
Kita memang mengalu-alukan dan yakin Projek EPP itu dapat memberi impak positif
dan manfaat kepada ekonomi Johor. Di sini, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan
Negeri Johor mewujudkan satu mekanisme untuk memantau perlaksanaan Projek EPP
iaitu Entry Point Project itu bagi memastikan Projek EPP itu dapat dilaksanakan dengan
jaya dan sempurna serta memberi manfaat kepada ekonomi Negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk menjamin negara terus berada di hadapan
kejayaan konsep 1Malaysia ini sebagai satu interaktif politik yang penting kepada
perpaduan nasional. Melalui inisiatif konsep 1Malaysia pemupukan dan perkukuhan
perpaduan nasional akan bergerak secara lebih terarah, kemas dan jitu. Sungguhpun
kita terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan suku mahupun keturunan, kita
semua harus insaf bahawa di bumi Malaysia kita dilahirkan, di bumi inilah kita mencipta
kehidupan dan di bumi inilah kita bersemadi. Janganlah kita membiarkan sentimen
politik jangka pendek mewarnai cara kita berpolitik di negara bertuah ini. Saya yakin
bahawa pelaburan yang kita buat dalam usaha memupuk dan mengukuhkan
perpaduan negara atau perpaduan nasional adalah pelaburan yang berbaloi kerana
55
masa depan anak-anak kita dan kelangsungan negara kita bergantung kepadanya.
Maka di bumi inilah juga kita wajib melupakan janji, taat dan setia.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, tidak dapat dinafikan bahawa rakyat semakin bijak
membuat pengiraan secara kritikal ke atas setiap perlakuan kita. Justeru bila rakyat
menilai kepimpinan sektor awam dan politik, apa yang ingin diukur oleh mereka ialah
pencapaian. Kepimpinan berteraskan pencapaian adalah kemuncak pengiraan
kepada pemimpin. Maka kepentingan rakyat merupakan salah satu aspek yang perlu
diutamakan dalam mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama iaitu KPI oleh pihak
pemimpin kerajaan mahupun penjawat awam. Petunjuk Prestasi Utama bukan
sekadar berkisar kepada prestasi pekerjaan semata-mata sebaliknya terletak kepada
kecekapan dalam memenuhi dan memuaskan kehendak rakyat baik aspek
perkhidmatan mahupun usaha untuk meningkatkan pendapatan, menyelesaikan
masalah dan sebagainya. Maksud KPS sebenarnya bergantung kepada kemampuan
kita sebagai pemimpin atau penjawat awam memenuhi kehendak rakyat. Rakyat
yang puas hati ialah rakyat yang akan sentiasa dan terus bersama-sama dengan
Kerajaan Barisan Nasional.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita tidak boleh bersikap domestik di dalam mencari
penyelesaian yang terbaik semasa menemui masalah rakyat. Sebaliknya kita perlu
bersikap pragmatik dan sanggup memikir di luar kotak kelaziman, kita tidak lagi boleh
bersikap yang mengatakan kerajaan mengetahui apa yang terbaik untuk rakyat
sudah jauh ketinggalan, kerana rakyat tidak akan terima terus apa jua yang
ditawarkan jika tidak menepati kehendak mereka. Jika hendak menawan hati dan
memenangi sokongan rakyat, pemimpin perlu sentiasa berada bersama mereka ketika
susah dan senang. Bukannya masa hampir pilihan raya atau jika ada liputan media.
Dalam masa kesusahan dan kesukaran, Wakil Rakyat perlu datang menghulurkan
bantuan dan membuat penyelesaian segera dan rakyat mahukan pemimpin yang
mengotakan apa yang dikata, cakap serupa bikin dan bikin serupa cakap.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha…(Ketawa).
Y.B. Encik Mok Chek Hou (Stulang) : Tidak cukup sekadar berkobar-kobar ketika
berdebat, tetapi lalai ketika berdepan masalah rakyat. Tuduhan palsu dan
percakapan yang tidak berasas dan tidak berfakta oleh pihak tertentu tidak akan
dapat memenangi hati dan keyakinan rakyat. Sesuatu yang salah jangan cuba
dijadikan, sesuatu yang salah jangan cuba dijadikan betul, dan sesuatu yang betul
jangan cuba dijadikan salah. Yang betul itu tetap betul, yang salah itu tetap salah.
Amalan prinsip itu kita perlu pegang kuat. Dalam mengharungi proses transformasi ini,
rakyat mahu pemimpin dan penjawat awam mendekati, memahami, menyelami,
menjiwai setiap kesusahan mereka. Kerajaan juga perlu memastikan tidak akan ada
mana-mana pihak yang tercicir. Kerajaan mengutamakan setiap warganegara
mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing sepertimana yang digariskan
oleh Perlembagaan Persekutuan. Namun matlamat murni kerajaan tidak akan
tercapai seandainya rakyat tidak dapat menghayati memahami dan merasai
kesungguhan kerajaan untuk meletakkan rakyat di hadapan.
Oleh sebab itu, semua dasar dan perancangan kerajaan perlu difahami oleh rakyat
dengan kefahaman yang betul dan tepat. Ini kerana dalam konteks masyarakat
makmur, jika fikiran rakyat disogokkan dengan kefahaman yang salah atau
dipengaruhi oleh pihak yang tertentu yang mempunyai agenda atau kepentingan
56
yang tersendiri maka fikiran mereka akan berkecamuk dan keyakinan mereka
terhadap kerajaan akan merosot.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, semasa kita bersama-sama melangkah dan menuju ke
depan kita juga perlu memastikan tidak ada sesiapa atau kaum yang tercicir dari
proses atau arus pembangunan negara. Segala sumber dan hasil negara juga perlu
dikongsi dan dinikmati serta diagihkan secara adil dan saksama. Kerajaan
mengutamakan setiap warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab masing-
masing sepertimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan, namun
matlamat-matlamat murni kerajaan tidak akan tercapai seandainya rakyat tidak
dapat menghayati kesungguhan kerajaan untuk meletakan mereka di hadapan. Oleh
sebab itu, Gagasan 1Malaysia amalan “Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di
Utamakan” itu perlu sentiasa ditegaskan agar kita bersama-sama berusaha dan
membina sebuah negara yang adil, maju, makmur dan aman.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita sedia maklum Gagasan 1Malaysia secara tersurat
dan tersirat kekal menjunjung kesemua peruntukan yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan. Gagasan 1Malaysia menghargai dan menghormati
identiti-identiti etnik setiap kaum itu sebagai satu aset dan kelebihan yang patut
dibanggakan. Setiap kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita
dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu
negara. Pencapaian 1Malaysia adalah melalui konsep integrasi dan bukan melalui
konsep asimilasi. Saya berharap semua rakyat jelata tanpa kira kaum dan agama
dapat menggambarkan dan menghayati sepenuhnya nilai-nilai dan semangat
1Malaysia itu yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.
Sebuah negara mesti membuat sesuatu yang luar biasa atau di luar kotak sekiranya ia
ingin memaju dan melakukan transformasi. Manusia lazimnya suka kepada zon selesa
iaitu comfort zone dengan izin, hanya ingin buat perkara yang kita biasa sahaja dan
sikap ini tidak akan meningkatkan kita sebab dunia sentiasa berubah dan bersaing
sengit. Transformasi dan perubahan tidak datang bergolek ia merupakan sifat semula
jadi manusia bagi menolak perubahan dan berpegang kepada cara dan benda serta
perkara yang kita biasa sahaja. Ada sesetengah manusia rasa takut dan terancam
dengan perkara baru atau perubahan kerana perlu melakukan perkara dengan cara
atau kaedah yang berlainan. Jadi kita perlu berubah sikap dan perlu berani
melakukan perubahan dan transformasi demi mempertingkatkan status kita di dunia
ini. Dan justeru itu, program transformasi negara yang diterajui oleh kerajaan untuk
mempertingkatkan dan mentransformasikan negara kita sebagai sebuah negara yang
maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi perlu disokong dan diamalkan oleh semua
pihak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan berhasrat merealisasikan Wawasan 2020 dan
mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan rakyatnya yang
berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Kerajaan merancang meningkatkan
pendapatan, pendapatan per kapita dari USD7,000.00 pada ketika ini ke USD15,000.00
pada tahun 2020. Ini bermakna negara kita mulai sekarang perlu mencatitkan dan
mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 6% setiap tahun hingga tahun 2020. Ini
merupakan satu cabaran atau misi yang agak besar. Kerajaan merancang pelbagai
program dan strategi untuk merealisasikan matlamat tersebut.
57
Di antaranya kerajaan telah merancangkan program transformasi negara Model
Ekonomi Baru dan juga RMK yang dilancarkan hujung tahun lepas. Matlamat itu
adalah jelas dan rakyat jelata semua faham. Tetapi pada pandangan saya sekiranya
kerajaan tidak mempunyai keteguhan politik dan keazaman politik untuk
menghapuskan segala halangan seperti gejala dan perbuatan penyelewengan
rasuah, salah guna kuasa dan kurang efisien serta anasir-anasir melampau, maka
matlamat wawasan itu adalah sukar dicapai. Kita sedia maklum seperti ada
rancangan yang lepas, walau pun telah dilaksanakan melebihi berpuluh-puluh tahun,
tetapi disebabkan ketiadaan dan kekurangan keteguhan politik dan keazaman politik
maka matlamatnya masih tidak dapat dicapai. Kali ini kita, saya rasa kita tidak boleh
gagal lagi. Rakyat perlu memberi sokongan padu kepada kerajaan dan bekerjasama
serta berganding bahu untuk bersama-sama menghapus segala halangan yang wujud
dan merealisasikan matlamat wawasan menjadikan sebuah negara maju dan
rakyatnya berpendapatan tinggi pada tahun 2020.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam program transformasi negara kerajaan menitik
beratkan sistem penyampaian atau delivery system dengan izin yang baik. Untuk
meningkatkan mutu dan prestasi sistem penyampaian ini bermakna bukan sahaja kita
perlu melaksanakan dan menyiapkan sesuatu kerja, tugas atau projek dalam tempoh
yang ditetapkan tetapi kita juga perlu menyempurnakan kerja dan projek itu dengan
baik agar ia tidak menimbulkan permasalahan pada masa kelak. Sehubungan
dengan itu, untuk mewujudkan dan merealisasikan sistem penyampai yang baik dan
sempurna gejala kelewatan kerja yang berlaku di projek-projek kerajaan perlu
diperbetulkan. Kelewatan kerja bukan sahaja mengakibatkan dan menimbulkan
kesulitan kepada rakyat ia juga menambahkan kos projek dan menjejaskan kemajuan
ekonomi dan selain daripada itu gejala ini juga akan mencemarkan imej kerajaan dan
dengan lazimnya ia akan sentiasa menjadi isu-isu bagi pihak tertentu untuk
memudahkan.
Walaupun negara sedikit terjejas dengan masalah kegawatan ekonomi global yang
melanda dengan kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa, di mana
fenomena tersebut berlaku di luar kawalan kita. Kerajaan terus mengekalkan harga
minyak RON95 gas dan diesel kepada harga biasa atau harga semasa. Ini dapat
mengurangkan sedikit beban rakyat dalam perbelanjaan harian. Saya berharap
dengan pengekalan harga minyak itu tidak ada pihak yang tidak bertanggungjawab
itu mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan sehingga
menjejas usaha kerajaan serta menjejaskan kehidupan rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, perlaksanaan bidang keberhasilan utama negara iaitu
NKRA oleh kerajaan dalam usaha mencegah dan menangani jenayah telah
menghasilkan prestasi yang baik dan membanggakan dengan indeks jenayah
keseluruhan bagi empat bulan pertama tahun ini turun sebanyak 10% sekiranya
dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lepas. Dan selain daripada itu,
usaha jenayah jalanan bagi tempoh yang sama turun sebanyak 45% jika dibandingkan
dengan tahun sebelumnya. Prestasi dan kejayaan yang merangsangkan dan
membanggakan itu adalah usaha dan kerjasama pihak Polis dengan semua pihak
yang lain termasuk komuniti penduduk tempatan dan juga NGO-NGO. Tidak boleh
dinafikan bahawa ada media dari negara jiran yang masih suka dan gemar bagi
membesar-besarkan kes jenayah yang berlaku di negara ini.
58
Oleh sebab itu, walaupun indeks jenayah telah dilihat semakin menurun, kerajaan
masih perlu berusaha keras untuk mengubah persepsi masyarakat umum dan juga
persepsi warga asing yang terus menganggap kadar jenayah di negara ini masih
tinggi. Saya difahamkan, untuk menghilangkan rasa takut di kalangan masyarakat
dan bagi mengawal keselamatan dan keamanan masyarakat, kerajaan telah
mengeluarkan seramai 7,400 anggota polis yang bertugas di pejabat untuk melakukan
rondaan demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, warga Kota Johor Bahru ini memang mengalu-alukan
dan menyambut baik cadangan mengadakan Sistem Transit Pantas yang
menghubungi Johor Bahru dengan Singapura pada tahun 2018. Tetapi pada masa
yang sama, kita juga perlu meneliti prestasi dan tahap sistem perkhidmatan
pengangkutan awam di Bandaraya Johor Bahru. Boleh dikatakan, sistem
perkhidmatan awam di Bandaraya Johor Bahru adalah pada tahap yang tidak
memuaskan. Gejala seperti, jadual menunggu bas yang tidak tentu atau tidak tetap,
kawasan-kawasan yang tidak ada perkhidmatan bas dan bas-bas yang uzur dan
usang telah mengakibatkan kerugian kepada ekonomi dan juga kesulitan kepada
pengguna perkhidmatan awam. Dengan Pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia,
tekanan terhadap pengangkutan awam yang efisien adalah lebih ketara. Oleh sebab
itu, warga Kota Johor Bahru berpendapat sudah tiba masanya satu Pelan
Komprehensif Peningkatan Perkhidmatan Pengangkutan awam diadakan. Dan
sebelum ini, kita pernah mengadakan Pelan Pelaksanaan Sistem Transit Pantas
Bandaraya Johor Bahru tetapi pelan itu tidak pernah dapat dilaksanakan. Dan kali ini
saya berharap kerajaan dapat menimbangkan pelaksanaan Sistem Transit Pantas di
Bandaraya Johor Bahru dengan secara serius untuk memenuhi keperluan yang
semakin mendesak serta membawa perhasilan dan manfaat kepada Bandaraya
Johor Bahru.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, difahamkan selama ini dalam Majlis Keselamatan
Negeri tidak ada wakil bukan beragama Islam yang dilantik untuk menduduki
Jawatankuasa tersebut. Kita sedia maklum, Majlis Keselamatan Negeri selain daripada
menguruskan hal ehwal keselamatan negeri, ia juga menguruskan dan memutuskan
perkara-perkara seperti pelan pembinaan rumah ibadat, ubah syarat tapak rumah
berhala dan sebagainya yang melibatkan masyarakat bukan Islam. Saya
berpendapat, adalah wajarnya untuk melantik wakil bukan beragama Islam untuk
menduduki di dalam Jawatankuasa tersebut, agar wakil-wakil itu dapat
menyampaikan hasrat dan pandangan masyarakat bukan Islam terhadap perkara-
perkara yang tersebut di atas. Saya juga berpendapat, bahawa di peringkat
Jawatankuasa Keselamatan Daerah, Pengerusi JPMM DUN-DUN juga perlu dijemput
untuk menduduki di dalam Jawatankuasa Daerah tersebut. Sebagai Pengerusi JPMM,
mereka mewakili rakyat dan lebih memahami keadaan yang sebenar di daerah
mereka dan boleh menyumbang kepada perancangan pembangunan daerah
masing-masing.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mesin judi atau yang lebih dikenali sebagai mesin kuda
itu, telah kembali ke sekitar kawasan Johor Bahru. Fenomena mesin judi itu yang pada
satu ketika dulu pernah menjadi satu penyakit sosial yang serius dan kini ia telah
kembali dan merebak di sekitar kawasan Johor Bahru. Kedai-kedai mesin kuda itu
telah wujud secara haram untuk menarik pelanggan berjudi. Boleh dikatakan kedai-
kedai mesin kuda tersebut beroperasi 24 jam dan pelanggan yang mengunjungi
tempat tersebut terdiri daripada pelbagai kaum. Sekiranya gejala ini tidak ditangani
59
dengan tegas dan segera, maka ramai orang awam termasuk remaja dan murid
sekolah akan jadi mangsa kepada perjudian itu. Oleh sebab itu, saya menyeru pihak
polis dan Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan yang segera dan tegas
terhadap pengusaha kedai mesin itu sebelum ia merebak hingga sampai situasi yang
kritikal atau hingga jadi satu wabak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sejak kebelakangan ini, ada ramai pemandu kereta
dan pengguna CIQ baru itu mengadu bahawa semasa mereka masuk ke kaunter
imigresen di CIQ baru menuju ke Singapura, didapati laluan kecemasan di bahagian
sebelah jalan telah dipenuhi oleh kereta kakitangan kerajaan yang bertugas di dalam
CIQ baru itu. Mereka meletak kereta di laluan kecemasan dan mengakibatkan laluan
biasa itu menjadi sempit. Saya difahamkan ada kemalangan yang pernah berlaku di
tempat tersebut. Fenomena tersebut telah mengakibatkan dan menimbulkan satu
imej yang negatif oleh pengguna CIQ baru itu terhadap negara kita. Bangunan Sultan
Iskandar atau CIQ baru itu, merupakan satu pintu masuk dan pintu keluar di negara
kita dan sekiranya kita membiarkan dan membenarkan kakitangan kerajaan meletak
kenderaan mereka di laluan kecemasan di dalam CIQ baru itu, ia pasti akan
menimbulkan kesulitan kepada pengguna CIQ baru dan menjejaskan imej negara kita.
Oleh sebab itu, saya menyeru pihak berkenaan mengambil tindakan dan langkah
untuk memperbetulkan keadaan tersebut.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat masa dah cukup.
Y.B. Encik Mok Chek Hou (Stulang) : Ada, sikit lagi. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita
memang mengalu-alukan dan menyambut baik usaha pihak IRDA untuk
melaksanakan Projek Kawalan Banjir Sungai Seranggon dan Sungai Stulang sebab
pengaliran air Sungai Stulang yang tidak sempurna itu telah mengakibatkan di
beberapa tempat di sepanjang Sungai Stulang menghadapi permasalahan banjir
atau banjir kilat itu. Selain daripada itu, pengaliran air Sungai Singkuang juga
menghadapi permasalahan yang sama mengakibatkan di beberapa tempat di
sepanjang Sungai Singkuang mengakibatkan banjir kilat. Selepas mengkaji skop kerja
bagi projek tersebut, saya merasa dan berpendapat ia masih tidak dapat
menyelesaikan masalah banjir atau banjir kilat itu dengan sepenuhnya. Saya
bercadang untuk sekali gus menyelesaikan masalah banjir atau banjir kilat Sungai
Stulang dan Sungai Sengkuang itu, adalah perlu dibina pintu air dan pam di muara
Sungai Stulang dan Sungai Sengkuang untuk mengelakkan berlakunya pertempuran
air pasang memasuki kawasan sekitar dan saya berharap pihak berkenaan dapat
mengkaji dan menerima cadangan dan pandangan itu demi kebaikan semua pihak.
Di sini saya juga ingin menyeru, menyeru Johor Corporation atau Perbadanan Johor
memulangkan wang pelaburan kepada pemegang unit Dana Johor secara ‘dollar to
dollar’ dengan izin, iaitu satu ringgit kepada satu ringgit. Unit Dana Johor itu dibeli
dengan harga RM1.00 seunit beberapa tahun yang lepas, tetapi sekarang hanya
boleh dijual balik dengan harga RM0.50 seunit sahaja. Saya dengan rakan saya di
Dewan ini telah banyak kali membangkitkan isu ini, pemegang unit Dana Johor itu
telah lama menunggu jawapan Kerajaan Johor dan saya difahamkan bahawa
kerajaan sedang mengurus dan mencari jalan penyelesaian kepada perkara tersebut
dan saya berharap pemegang unit Dana Johor itu akan dapat berita yang baik
daripada pihak Kerajaan dalam masa terdekat.
60
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk memastikan pembangunan masa depan
Bandaraya Johor Bahru adalah terancang, tersusun, sejahtera, maka segala keputusan
kebenaran merancang perlu selaras dan konsisten dengan peruntukan dan matlamat
rancangan struktur dan rancangan tempatan serta piawaian perancangan bandar
dan desa. Segala percanggahan perlu dielakkan dan dengan nilai serta amalan
konsistensi ini, saya yakin kita akan dapat mewujudkan persekitaran bandar raya yang
terancang dan selesa. Bandaraya Johor Bahru sedang menuju ke arah dan berhasrat
menjadi sebuah Bandaraya yang bertaraf antarabangsa. Justeru, Bandaraya Johor
Bahru juga berjiran dengan sebuah bandar raya antarabangsa yang terkenal, masyhur
dan maju. Tidak dapat dielakkan bahawa, perbandingan kerap kali akan dibuat di
antara kedua-dua bandar raya itu.
Oleh sebab itu, sebagai satu Pihak Berkuasa Tempatan dan juga sebagai satu Majlis
Bandaraya yang mengendalikan urusan Bandaraya Johor Bahru, MBJB, Majlis
Bandaraya Johor Bahru sentiasa dikehendaki dan mempunyai tanggungjawab dan
misi yang berat untuk memberi perkhidmatan yang bermutu kepada warga Kota Johor
Bahru sambil mempamerkan kualiti pentadbiran yang canggih. Pada pendapat saya,
bandingan yang sering dibuat di antara kedua-dua Bandaraya itu adalah satu
tekanan yang positif. Kita seharusnya menerima cabaran ini, dengan penuh dedikasi
dan komitmen serta dengan sikap yang terbuka. Seperti kata pepatah; di mana ada
keinginan, di situ ada jalan. Erti kata, di mana ada kelemahan, kita perlu
memperbetulkan, di mana ada kekuatan, kita juga perlu memperkukuhkan lagi. Dan
akhir kata, semoga segala kebaikan dan kesempurnaan akan dapat kita bersama-
sama capai dan pelihara. Dan dengan ini, saya mohon menyokong rundingan yang
dibawa oleh ADUN Kukup. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, rundingan itu dikemukakan
untuk dibahas. Dijemput, sesiapa nak berucap. Skudai.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya ingin
mengambil bahagian dalam untuk membahaskan usul Menjunjung Kasih ke Atas Titah
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sempena Pembukaan Rasmi Penggal ke 4 Dewan
Yang Mulia ini ke-12. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku kerana sudi
menyampaikan titah baginda kepada Dewan Yang Mulia ini pada 23 Jun.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, usaha-usaha perlu dipertingkatkan untuk memajukan
kemudahan pengangkutan awam, banyak masalah pengangkutan awam di
persekitaran Iskandar Malaysia perlu diselesai dengan secepat mungkin supaya lebih
meyakinkan kepada pelapor-pelapor asing bahawa pihak berkuasa memang
berazam meningkat taraf infrastruktur dan mempercepatkan pembangunan di
persekitaran Iskandar Malaysia. Perkhidmatan bas awam di persekitaran Iskandar
Malaysia sewajarnya dipertingkatkan lagi. Saya telah dimaklumkan bahawa
ketiadaan perkhidmatan bas dari Bukit Indah ke arah Taman Ungku Tun Aminah. Oleh
itu, para penduduk meminta perkhidmatan bas di antara kawasan-kawasan
perumahan dan komersial di Skudai perlu dipertambahkan lagi khasnya dari JUSCO,
Taman Universiti, Taman Sri Skudai melalui kompleks bas Taman Ungku Tun Aminah dan
Plaza Tasek hingga pasar raya-pasar raya besar di Taman Sutera dan Nusa Bestari.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di samping itu, penumpang bas juga mengadu
khidmat bas melalui satu hala sahaja dari Taman Desa Skudai, Taman Universiti, Taman
61
Pulai Utama, Taman Pulai Flora ke Taman Sri Pulai tetapi ketiadaan khidmat bas
melalui kawasan-kawasan perumahan tersebut bila berpatah balik ke arah Johor
Bahru. Perkara ini telah dibawa ke perhatian LPKP dan PBT manakala saya masih
menunggu jawapan dari siasatan LPKP dan PBT.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga dimaklumkan bahawa kebanyakan
perkhidmatan bas di JB Central tamat pada jam 10:00 malam berbanding dengan jam
11:30 malam sebelum ini. Atas permintaan para pengguna bas, saya berharap LPKP
akan menyiasat serta memastikan keperluan pekerja-pekerja yang balik kerja dari
Singapura pada waktu tengah malam terhadap perkhidmatan bas dari JB Central ke
kawasan-kawasan perumahan masing-masing dapat diperluaskan. Jika tidak, mereka
terpaksa menumpang teksi dengan tambang RM30.00 yang amat, merupakan suatu
amaun yang amat berat berbanding dengan pendapatan mereka yang disifatkan
seumpama kais pagi makan pagi, kais malam makan malam. Yang Berhormat Dato’
Speaker, se…
Y.B. Dato’ Speaker : Kalau petang, kalau petang makan apa?
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : (ketawa), Kais petang, makan petang. Yang
Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya pengurusan semula sebab Dato’ Speaker
mereka kerja syif jugalah so i kena ubah sikit.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya pengurusan perkhidmatan bas
sepatutnya di bawah penjagaan PBT, di mana PBT perlu meninjau keperluan penduduk
terhadap perkhidmatan bas serta menyeragamkan perkhidmatan bas supaya ianya
lebih efisien dan menjadi salah satu kaedah pengangkutan pilihan terutama.
Malangnya infrastruktur khasnya hentian bas, hentian teksi, dan pejalan kaki masih
perlu dipertingkatkan di kawasan perumahan, contohnya perhentian teksi diperlukan
di Taman Jaya Skudai dan juga bersebelahan stesen minyak ESSO Jalan Syahbandar,
Skudai.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan tahniah kepada MBJBT yang
telah memulakan kerja membina lampu isyarat di simpang Jalan Kebudayaan 21 dan
Jalan Kebudayaan, Taman Universiti. Tapi saya ingin memperingatkan pihak
berkenaan bahawa simpang kemalangan jalan raya maut sering berlaku sebab trafik
yang paling sibuk adalah di simpang Jalan Kebudayaan, Jalan Kebudayaan 19 dan
Jalan Kebangsaan 19 di mana lampu isyarat lebih sesuai bertapak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ada meninjau semula dua-dua tapak tersebut
serta mendapatkan rumusan bahawa pembinaan lampu isyarat di tapak yang kurang
sesuai tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan trafik bahkan kemalangan jalan
raya maut dari berlaku. Oleh itu saya mencadangkan supaya MBJBT mengkaji semula
kerja lampu isyarat berkenaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, persatuan pemborong sayur-sayuran dan buah-
buahan yang beroperasi di Jalan Syahbandar, Taman Ungku Tun Aminah, persatuan
pengangkutan lori dan pelbagai pemborong telah merayu supaya tapak-tapak di
kempas atau berhampiran di Link Kedua ditetapkan untuk tujuan peletakan lori-lori
yang mengangkut barangan ke Singapura. Ini akan memudahkan lalu lintas di
kawasan komersial dan kawasan bandar serta menyelesaikan masalah kesesakan
62
trafik di Tambak Johor. Konsep journing dengan izinnya amat penting untuk
melancarkan lalu lintas di persekitaran Iskandar Malaysia.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri
yang meluluskan cadangan Metropolitan Comuter Network Sdn. Bhd. atau MCN untuk
membina rangkaian kereta api komuter intrabandar atau intracity comuter train
dengan izinnya, di persekitaran Iskandar Malaysia menjelang tahun 2012 dengan kos
pembinaan RM1.23 bilion. Adalah tanggungjawab kerajaan memberikan maklumat
sama ada rangkaian kereta api komuter ini akan dikatakan, seperti dikatakan akan
sampai ke Woodland Singapura untuk bercantum dengan sistem LRT Singapura dan
berapakah tambang akan ditanggung oleh para pengguna dan bagaimanakah
Kerajaan Negeri akan berfaedah dari segi pengutipan hasil pendapatan daripada
konsesi rangkaian komuter tersebut. Saya mencadangkan supaya bukan sahaja
rangkaian komuter ini akan menghubungi kawasan komersial seperti Johor Premium
Outlet, Lego Land Malaysia, Edu City, High Tech Park Senai dan Lack Hill Resort City
tetapi juga kawasan-kawasan perumahan tertentu yang memperolehi bilangan
penduduk padat seperti Skudai, Kulai dan Ulu Tiram.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya telah dimaklumkan bahawa pihak Singapura
telah persetujui satu prosedur menyiapkan MRT antara Thomson Line dengan izinnya,
Singapura dan Iskandar Malaysia, maka pihak kerajaan perlu memutuskan projek
jambatan baru di antara Tanjung Puteri dan Woodland dan rangkaian LRT dibina
dengan cepat mungkin untuk bukan sahaja melancarkan trafik jalan Johor Bahru dan
Singapura bahkan memajukan pelancongan dan pembangunan Iskandar Malaysia.
Industri pelancongan di Malaysia dijangka akan mendatangkan pendapatan
sebanyak RM104 bilion pada tahun 2020. Oleh yang demikian, kerajaan seharusnya
lebih peka kepada kelancaran trafik di Tambak Johor dan di Link Kedua. Pelaksanaan
sistem pemeriksaan cap jari, biometrik kepada pendatang asing telah mengakibatkan
kesesakan trafik di Tambak Johor dan Link Kedua baru-baru ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, oleh itu, kerajaan sepatutnya mempertahankan,
mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah ini. Yang Berhormat Dato’
Speaker, kerajaan sepatutnya mempertahankan sumber ekonomi tradisi seumpama
perikanan, pelancongan, industri kecil dan sederhana dan pertanian. Walaupun
Petronas ingin melaporkan sebanyak RM60 bilion untuk membangun hab petrokimia di
sepanjang persisiran pantai Johor Selatan, kesan alam sekitar dan sosioekonomi
jangka masa panjang sewajarnya dikaji dengan teliti. Dialog KRUB Berhad yang
melibatkan Kerajaan Negeri Johor dan World Park akan melabor sebanyak RM5 bilion
untuk membangunkan projek terminal minyak di Tanjung Kapal, Pengerang dan
dijangka menjana pendapatan nasional kasar atau GNI sebanyak RM1.6 bilion pada
tahun 2020.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, laporan DEIA atau Penilaian Impak Alam Sekitar
terperinci sepatutnya dipanjangkan kepada Dewan yang mulia ini untuk perbahasan
selanjutnya sebab nelayan-nelayan di kawasan Pengerang telah mengutarakan
kerisauan mereka terhadap masa depan mereka. PERA telah merumuskan bahawa
rezeki penduduk kawasan Pengerang amat bergantung kepada perikanan dan
pelancongan. Perikanan dijangka mendatangkan RM3 juta hingga RM5 juta
pendapatan sebulan kepada 1,000 keluarga nelayan di kawasan berkenaan atau di
antara RM36 juta hingga RM60 juta setahun. Penghapusan industri perikanan di
63
kawasan Pengerang bukan sahaja merugikan penduduk di sana malahan akan
menjejaskan bekalan ikan dan makanan laut pada jangka masa panjang di seluruh
Negeri Johor. Kesan-kesan alam sekitar atau sosioekonomi projek berkenaan adalah
berikut ini:-
1. Pencemar air laut : Projek terminal minyak berkenaan akan mengakibatkan
pencemaran air laut utara dan kebisingan. Kapal korek akan membuang sisa
sebanyak 5,060 tan sehari. Kesimpulan laporan berkenaan adalah
pencemaran, pencemaran air laut akan menghapuskan industri perikanan di
sana serta mengakibatkan pengangguran dan kehilangan rezeki tradisi.
2. Projek berkenaan akan mungkin akan mendatangkan masalah banjir
sepanjang Sungai Kapal dan Sungai Buntu.
3. Pencemar udara dan kebisingan seperti disebut tadi.
4. Pelancongan juga akan terjejas dan Tanjung Kapal Beach Resort terpaksa
dipindah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, malangnya saya telah sering meninjau kawasan
berkenaan dan mendapati lokasi-lokasi terbabit amat sesuai untuk pembangunan
pelancongan dan perikanan. Tetapi industri pelancongan dan perikanan tidak dapat
ditambah nilai kerana ketiadaan rancangan kerajaan jangka masa panjang untuk
mempergiatkan industri pelancongan dan perikanan di kawasan berkenaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini walaupun Sime
Darby Berhad baru-baru ini diberikan kontrak membuat barang rekaan minyak oleh
Petronas sebanyak RM1.15 bilion, Sime Darby terpaksa menjual tapak pemprosesan
produk minyak di Teluk Ramunia kepada Petronas sebanyak RM296 juta. Selepas 1
tahun sahaja Sime Darby mengambil alih dari Ramunia Holdings dengan harga
pembelian harga sebanyak RM515juta. Oleh itu Sime Darby mengalami kerugian
sebanyak RM219 juta dalam setahun melalui penjualan tapak teluk di Teluk Ramunia.
Di samping itu, Petronas terpaksa mengambil alih hak petrokimia Tanjung Bin yang
setakat ini cuma 40% kerja disiap tahun ini, pada asalnya dijangka siap pada tahun
2009.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini menunjukkan bahawa industri minyak dan gas
mempunyai risiko, risiko yang tertentu juga bahkan modal Kerajaan Negeri Johor
terlibat dalam projek terminal minyak di Pengerang. Oleh itu, saya memohon supaya
butiran projek berkenaan seharusnya dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini
termasuk jaminan projek tersebut akan mendatangkan hasil pendapatan yang
lumayan kepada Perbendaharaan Negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya telah dimaklumkan bahawa pembinaan 70%
projek-projek Pembangunan Iskandar Malaysia terlewat mengikut jadual. Walaupun
soalan saya berkenaan kerja membina projek-projek pembinaan lebuh raya di
kawasan Iskandar Malaysia telah ditolak pada Persidangan lalu, saya terpaksa
membangkitkan soalan yang sama di Dewan Rakyat melalui Ahli Parlimen Ipoh Timur.
64
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Dewan ini dan pengetahuan Dewan,
jawapan yang diberikan oleh JKR terhadap kerja membina persimpangan bertingkat
Senai, ke arah Lapangan Terbang Senai sebenarnya dijangka siap pada 28 Disember
tahun 2010. Tapi gagal di siap mengikut jadual asal. Walaupun EOT diberikan
sehingga 27 Disember tahun ini, projek tersebut masih lewat 40 hari menurut jadual
baru.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat surat hantar pada Ipoh Timur?
Untuk bangkit Parlimen? Itu kenapa tidak kasi Bakri?
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Ya, ya
Y.B. Dato’ Speaker : Itu kenapa tidak kasi Bakri?
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Sebab hari itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur melawat
Johor Bahru, ia bertanyalah, ia melalu tapak yang disebut tadi so beliau bertanyalah.
Y.B. Dato’ Speaker : Itu Ipoh Timur perempuan kan? Lelaki eh…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Bukan, lelaki. Lim Kit Siang
Y.B. Dato’ Speaker : Padan lelaki tak boleh dapat, hahah..(ketawa)
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Bagi projek jambatan kedua Permas Jaya yang tidak
dapat disiap dibina pada 1 Januari tahun ini, EOT telah dibenarkan sehingga 9
September tahun ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi Lebuhraya Senai – Desaru bermula kerja
pembinaan bermula 18 Julai 2005 sebaik sahaja fasa 3 Lebuhraya Senai – Desaru
dibuka pada 10 Jun yang lalu ini, kesesakan lalu lintas telah berlaku disebabkan
sebahagian lebuh raya masih memperolehi satu lorong sahaja pada dua-dua hala,
dua-dua arah. Walaupun jarak lebuh raya tersebut sepanjang 7.7 km sahaja
pembinaannya telah mengambil masa 6 tahun malahan di siap dengan kecacatan,
kualiti pembinaan yang ketara. Jika pemaju gagal menyiapkan lebuh raya berkenaan
menurut kehendak konsesi, konsesi syarikat berkenaan sepatutnya diberhentikan dan
dilelong kepada, diambil alih oleh syarikat lain yang berkemampuan kerana lebuh
raya tersebut adalah amat mustahak kepada pembangunan pelancongan dan
ekonomi di Johor Tenggara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, IRDA telah sepatutnya mengambil berat terhadap
perkembangan pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai dan juga Lingkaran Taman
Impian Emas, Jalan Pontian di jejambat bertingkat Jalan Senai-Jalan Pontian Skudai
yang telah lewat dari tarikh dijangka siap Mei tahun ini. IRDA digesa supaya
mengambil alih projek tersebut jika pemaju swasta ada kesusahan untuk
menghabiskan projek tersebut yang sepatutnya ditanggung oleh JKR.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di samping itu kesesakan lalu lintas menjadi fenomena
harian di Lebuhraya Pasir Gudang. Lebuh raya Pasir Gudang telah bersejarah 20 tahun
dan tidak pernah di naik taraf. Ianya sepatut di naik taraf dari dua lorong satu hala
kepada sekurang-kurangnya tiga lorong satu hala.
65
Yang Berhormat Dato’ Speaker, banjir-banjir kilat berlaku 15 April dan 18 Mei tahun ini
di kawasan Skudai termasuk Kampung Poh Chee Leng, Taman Damai Jaya, Jalan
Ronggeng 4, Taman Skudai Baru, tetapi ketiadaan kolam perangkap kelodak di Kem
Tentera Skudai dan tapak projek perumahan di sepanjang Sungai Melana termasuk
Taman Mutiara Rini dan Taman Mutiara Emas telah dikenal pasti sebagai punca banjir
kilat. PBT dan JPS sewajarnya memperketatkan pemantauan terhadap pemaju-
pemaju sedangkan PAC Parlimen telah meninjau ke Kem Skudai pada 25 Mei 2011
serta membuat cadangan kepada KEMENTAH untuk memperbaiki kolam perangkap
kelodak di Kem Skudai. Tetapi, setakat ini KEMENTAH belum mengambil sebarang
tindakan. Apakah peranan boleh dimainkan oleh Kerajaan Negeri sama ada berdiam
diri atau mengutarakan penderitaan rakyat kepada KEMENTAH.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, banjir besar pada bulan Januari tahun ini melanda
beberapa daerah di Negeri Johor termasuk Segamat, Labis, Ledang, Muar, Batu Pahat,
Kluang dan Kota Tinggi serta mengakibatkan kerugian ekonomi dijangka sejumlah RM3
bilion hingga RM10 bilion di Negeri Johor. Ekonomi Negeri Johor belum sembuh
sepenuhnya dari banjir besar pada hujung tahun 2006 dan awal 2007. Setiap kali
berlakunya banjir besar, Negeri Johor akan menganggung kerugian ekonomi yang
besar dan kedudukan ekonomi Negeri Johor terpaksa berundur sebanyak tiga hingga
lima tahun setiap kali banjir besar seperti yang berlaku pada awal tahun ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, setakat ini Kerajaan Persekutuan belum
memperuntukkan wang ihsan kepada mangsa-mangsa banjir seperti pada tahun 2007
di mana Kerajaan Persekutuan memberikan wang ihsan sebanyak RM700.00 dan
RM1,100.00 kepada setiap keluarga menurut paras air banjir lima kaki ke bawah atau
ke atas. Kerajaan sepatutnya lebih prihatin kepada kesusahan mangsa-mangsa banjir
dengan memberikan wang ihsan secepat mungkin.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, maka rancangan jangka masa panjang untuk
mencegah banjir wajar dilaksanakan dengan kadar segera tanpa menyalahkan
malapetaka semula jadi semata-mata. Usaha-usaha boleh dilakukan untuk
mengurangkan kemusnahan banjir termasuk :-
1. Memberhentikan penebangan hutan, bekalan kayu kayan secara habis-
habisan serta mengurangkan pergantungan kepada kayu balak sebagai
bahan mentah perabot dengan bahan gantian lain.
2. Mewartakan hutan-hutan rizab secepat mungkin serta menguatkuasakan
pengawalan kerana hutan-hutan dikenalpastikan sebagai cushion effect
dengan izinnya kepada penurunan dan limpahan air hujan yang berlebihan.
3. Memastikan pemaju-pemaju projek pembangunan mematuhi kehendak
peraturan di mana kolam-kolam kelodak mesti diwujudkan menurut
spesifikasi tertentu.
4. Membina empangan-empangan baru di sepanjang Sungai Segamat, Muar
dan Sungai Johor.
5. Mendalamkan sungai-sungai dengan usaha mempertahankan tumbuhan-
tumbuhan yang sedia ada sebagai buffer zone dengan izinnya.
6. Menaik taraf sistem perparitan dan pembetungan air di kawasan Bandar.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, RM1.8 bilion akan di belanja untuk Plan Transformasi
Pusat Bandar Johor Bahru termasuk RM200 juta untuk membersihkan Sungai Segget.
Maka, peningkatan taraf sistem pengangkutan di JB Central amat diperlukan khasnya
66
menitikberatkan keperluan pejalan kaki dan pengguna pengangkutan awam. Ramai
pengguna Tambak Johor merayu kepada pihak berkuasa supaya menyediakan lagi
pejalan kaki untuk mereka yang berulang-alik di antara CIQ, Woodlands dan KIK
Iskandar, di mana ramai pengguna pengangkutan awam masih lebih menggemari
berjalan kaki di antara dua-dua KIK untuk menjimatkan masa perjalanan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya bersetuju dengan usaha mempertingkatkan
usaha mengawal keselamatan khasnya di KIK Iskandar dan Link Kedua. Tetapi kaedah
baru seperti sistem pemeriksaan Biometrik perlu dilaksanakan secara berperingkat dan
terpilih kepada golongan tertentu dahulu dan dielakkan semasa cuti sekolah
Singapura apabila ramai pelancong melintasi ke Johor Bahru.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, keselamatan pelabuhan masuk dan kemasukan dan
di sepanjang persisiran pantai mesti diperketatkan khasnya untuk mengelakkan
pendaratan pendatang tanpa izin. Saya pernah menyaksikan di mana penumpang-
penumpang dapat menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Senai tanpa tiket dan
boarding pass, dengan izinnya kerana pengawal tidak memeriksa pas penumpang
dan pengenalan penumpang yang ingin masuk ke bilik pelepasan. Sebagai kawasan
keselamatan tahap 1, keselamatan lapangan terbang sering diperkatakan…
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, dia kata penumpang naik tanpa pengenalan yang sah. Kalau ikut peraturan
ni macam tuduhan. Kalau ada bukti, tolong buktikan. Ini dalam Dewan yang mulia.
Yang lepas pun dia kata Jurutulis ada kasi makluman yang tak betul. Sampai sekarang
pun kita tak tahu apa tuduhan dia betul ke tidak. Terima kasih Yang Berhormat Dato’
Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, teruskan.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia
ini, pada 9 Jun 2011, kita PAC dah gagal mengadakan mesyuarat sebab kekurangan
kuorum. Saya berharap mungkin efisiensi PAC itu perlu dipertingkatkan sebab untuk
kepentingan…
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, saya tanya tadi tentang Senai, ni PAC pula.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak apalah Yang Berhormat, biar nanti pihak kerajaan jawab.
Sebab dia buat tuduhan itu nanti kerajaan jawab.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Kita semua kena ambil berat terhadap peranan
yang dimainkan oleh PAC itu, bukan kita hendak…
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli
Yang Berhormat daripada Skudai pun Ahli PAC. Kalau nak cakap efisiensi kata orang
itu, kalau ludah di langit, ludah tu terpercik muka sendiri. Pernah satu ketika kita buat
lawatan ke Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk laporan. Dia datang sekejap saja.
Kenapa tak sampai habis. Kita sampai pukul 2:30 pun, so di situ, tak efisien juga. Betul
tak?
Y.B. Dato’ Speaker : Oklah, nanti Yang Berhormat kalau …
67
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Tapi, kadang-kadang kalau nak
bercerita tu, biarlah cerita yang relevan. Jangan menuduh yang bukan-bukan,
bukan? Kalau tak kena batang hidung sendiri tak apa. Ini terkena. Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, masa berucap nanti bolehlah. Yang Berhormat
Ahli PAC juga.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Terima kasih…
Y.B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat, tak banyak masa lagi.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Terima kasih atas soalan yang telah dibangkitkan
oleh Saudara Yang Berhormat Kempas sebab kita satu Jawatankuasa. Pada hari itu
memang saya kecualikan dari mesyuarat PAC dengan awal pada pukul 1:00.
Sebenarnya ada temujanji dengan pemaju lain, tapi, yang mustahak itu …
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Yang Behormat Dato’ Speaker, itu
bukanlah kali yang pertama ..
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, tak apa, Yang Berhormat tak payah ganggu, biar
dia…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Saya dapat tahu, bahawa MBJB membelanjakan
RM1.13 juta untuk landskap di jejantas bertingkat Taman Perling. Itu memang satu
perkara yang menyusahkan hati saya. Saya terpaksa tinggalkan mesyuarat itu sebab
kita PAC memang saya hormat pada Ahli-Ahli Jawatankuasa…
Y.B. Dato’ Speaker : Oh yalah…dah habis Yang Berhormat? Ok, dah cukup.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Mungkin satu, dua apa yang dibangkitkan oleh
rakan-rakan se-Dewan lain. Sebenarnya setahu saya pemilik pekedai di Kluang itu
yang dituduh menjual makanan haram telah memohon dan mendapatkan Sijil Halal,
itu satu perubahan yang kita sebenarnya digalakkan. Sebab, kita kena menghormati
keperluan semua masyarakat khasnya di Negeri Johor dan juga saya rasa isu,
sebenarnya berlaku di, saya dimaklumkan, I pun tak tau saya boleh bangkitkan atau
tidak, satu isu yang berlaku di Skudai juga…
Y.B. Dato’ Speaker : Tak payahlah Yang Berhormat, dari segi hukum Islam yalah, tak
payahlah saya ingat.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dan, saya harap semua isu itu khasnya berkenaan
dengan keperluan rakyat itu tidak akan dipolitikkan dan untuk menamatkan ucapan
penangguhan saya, saya berharap pihak kerajaan akan mengambil tindakan segera
untuk membaiki keadaan pengangkutan awam dan juga masalah banjir di seluruh
Negeri Johor dan akan memajukan ekonomi kita lagi. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, perbahasan diteruskan lagi.
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-
68
tinggi terima kasih di atas peluang yang telah diberikan bagi menyertai dalam
perbahasan menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor
merasmikan Pembukaan Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Kedua
belas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Oh ya, nak apa? Nak makan tengah hari? Jemput duduk. Sudah
dapat Datuk, muka ada bersih sikitlah. (Dewan ketawa).
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum Dewan ini saya tangguhkan, suka saya
memaklumkan di Dewan yang mulia ini, bahawa Y.B. Datin Paduka Zainon binti Haji
Yusof, Pegawai Kewangan Negeri Johor, akan bersara mulai 28 Jun 2011. Beliau telah
berkhidmat dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor selama 35 tahun dan sebagai
Pegawai Kewangan Negeri Johor selama 6 tahun 11 bulan tak termasuk sebagai
Timbalan, dulu dia pernah berkhidmat sebagai Timbalan. Dengan ini Dewan
merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan khidmat kepada Negeri Johor
dengan cemerlang dan sentiasa didoakan berada dalam keadaan sihat walafiat,
dimurahkan rezeki. Selamat bersara Datin, I miss you very much. (Dewan ketawa).
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan sehingga jam 2:30 petang ini.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1:00 petang.
Persidangan di sambung semula pada jam 2:30 petang.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Selamat sejahtera Ahli-Ahli Yang Berhormat Perbahasan disambung semula. Jemput
Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Terima kasih Yang Berhormat Datuk
Speaker, sebelum saya mulakan ucapan saya, saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk Menjunjung Kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
DiPertuan Agung atas perkenan mengurniakan Anugerah Darjah PJN kepada saya.
Saya juga ingin merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Presiden MIC dan
juga Pengerusi MIC Negeri Johor. Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan terima
kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, semua Ahli-Ahli Dewan Negeri dan juga
semua yang berada dalam Dewan yang mulia ini kerana telah mengucap tahniah
kepada saya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi pihak warga Permas dan Pasir Gudang saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar
Johor di atas lawatan kerja yang telah dilakukan pada 12 April tahun ini.
Sesungguhnya lawatan yang sedemikian amat ditunggu-tunggukan oleh keseluruhan
warga dan pengundi di Pasir Gudang. Kehadiran dan lawatan kerja berkenaan
dengan melawat di beberapa lokasi parlimen Pasir Gudang dan mengadakan
beberapa siri perjumpaan bersama masyarakat berbilang kaum telah menyelesaikan
perkara-perkara berbangkit serta isu-isu yang memerlukan perhatian Kerajaan Negeri.
69
Sebagai contoh Yang Berhormat Datuk Speaker, masalah penyelenggaraan dan
mengecat semula blok-blok rumah pangsa Taman Cendana sama ada rumah blok
unit sewa mahupun unit beli telah berjaya diselesaikan. Di sini saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Cawangan Perumahan
yang telah mengecat dan menjalankan kerja-kerja memperbaiki 20 blok milikinya yang
disewakan kepada golongan miskin. Walaupun ramai penyewa terhutang beribu-ribu
ringgit, tetapi atas perhatian Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri, Kerajaan
telah membelanja hampir RM500,000.00 bagi kerja-kerja ini. Seperti itu juga, 9 blok
yang dimiliki oleh pembeli juga tidak ketinggalan.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam masa lawatan ke kawasan Taman
Cendana dengan perjumpaan bersama pemimpin dan masyarakat tempatan telah
mengumumkan blok-blok ini akan dicat semula dan kerja-kerja memperbaiki
dijalankan. Saya ingin mengucap terima kasih kepada Johor Land dan juga pihak
IRDA yang menanggung kos mengecat blok-blok ini dengan kos sebanyak
RM250,000.00 dan juga memperbaiki railing dan lain-lain dengan sejumlah kos hampir
RM750,000.00. Saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada kedua-dua GLC
ini, yang menjalankan tanggungjawab sosial mereka.
Kerajaan Barisan Nasional, belanja lebih RM1 juta untuk Taman Cendana ini, kawasan
rumah PPRT, bukankah ini program Kebajikan Masyarakat India ataupun masyarakat
berbilang kaum di kawasan Taman Cendana. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya
bagi pihak warga Dewan Negeri kawasan Permas juga ingin mengucapkan tinggi-
tinggi penghargaan kepada pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang telah
bersetuju untuk memasang lampu di blok dan di lorong belakang blok rumah pangsa
Taman Cendana. Tindakan ini sedikit sebanyak berjaya mengurangkan kadar jenayah
serta membanteras penularan gejala-gejala sosial di kawasan padat penduduk
pendapatan rendah ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam
lawatan ke kawasan Pasir Gudang juga telah mengumumkan menaik taraf Lebuh raya
Pasir Gudang yang telah disentuh oleh Skudai tadi, nampaknya Skudai telah ‘Touch n
Go’ ke seluruh Negeri pada kali ini. ‘Touch n Go’ bukan boleh selesai masalah Yang
Berhormat Datuk Speaker, kita perlu ada di kawasan itu dengan pegawai-pegawai
kerajaan, dengan pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah. Yang Berhormat
Datuk Speaker, Lebuh raya Pasir Gudang akan dinaikkan taraf dengan 6 lorong dan
akan dimulakan pembinaan pada tahun hadapan. Itu adalah satu berita yang
sangat-sangat ditunggu-tunggukan oleh penduduk kawasan Pasir Gudang.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri
Besar kerana melawat jalan pintas yang perlu dibina di kawasan Flora Heights dan
terus meminta pihak MPPG menguruskan pelaksanaannya. Saya juga ingin sekali lagi
ucap terima kasih kepada pihak MPPG kerana mengambil inisiatif untuk mengadakan
perbincangan dengan pihak pemaju dan jabatan-jabatan untuk menjalankan projek
ini.
Di kawasan Masai Yang Berhormat Datuk Speaker, itu adalah satu tempat yang
sentiasa mengalami masalah banjir. Pihak JKR baru-baru ini telah menaikkan taraf
jalan dengan membaiki jalan dan juga membaiki perparitan. Oleh itu isu-isu berkaitan
dengan masalah banjir telah pun diselesai di kawasan Masai. Saya ingin ucap ribuan
70
terima kasih kepada pihak JKR. Tadi Skudai telah berkata bahawa banjir baru masih
berlaku dan Kerajaan perlu menjalankan kerja-kerja. Ini adalah satu contoh yang
mana Kerajaan Barisan Nasional menjalankan kerja-kerja untuk masyarakat di
tempatan. Begitu juga di kawasan saya Sungai Tebrau dan juga Sungai Plentong telah
dibesarkan dan didalamkan dan dengan itu beberapa perkampungan di kawasan itu
telah mengatasi masalah banjir.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam lawatan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri
Besar ke kawasan Pasir Gudang, masyarakat dan pengundi berbangsa Tionghoa juga
tidak dilupakan. Saya ingin ucap terima kasih, kerana Yang Amat Berhormat Menteri
Besar telah meluluskan sebidang tanah bagi Sekolah jenis Kebangsaan Cina di
kawasan Kota Puteri untuk menampung pelajar-pelajar dari kawasan Permas Jaya.
Saya ingin mengucap terima kasih juga kerana dalam lawatan Yang Amat Berhormat
Menteri Besar juga telah meluluskan banyak peruntukan bagi Tokong dan sekolah-
sekolah. Bagi masyarakat India satu masalah yang telah dibangkitkan kepada Yang
Amat Berhormat iaitu tapak kuil Sri Maha Mariaman Permas Jaya yang telah dibina di
kawasan itu lebih selama 14 tahun telah pun di selesai dengan pengumuman Yang
Amat Berhormat Dato’ sebanyak seluas setengah ekar bagi kuil itu. Masyarakat India
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau.
Yang Berhormat Datuk Speaker, satu lagi isu yang diselesaikan pada ketika itu adalah
penyelesaian isu hak milik tanah serta status perkampungan setinggan di sekitar
kawasan Pasir Gudang. Di mana dalam masa 2 tahun, perkara ini akan diselesaikan.
Memandangkan isu setinggan adalah isu utama yang menjadi agak sensitif, Permas
memohon agar isu ini atau sebarang penyelesaian berkaitan isu berkenaan
disegerakan. Semua agensi yang terlibat disarankan untuk melipat ganda usaha
kerana kita tidak mahu pihak pembangkang terus menerus menangguk di air yang
keruh mencipta nama bukan atas jasa.
Yang Berhormat Datuk Speaker, satu perkara yang ingin saya bangkitkan di sini adalah
perkara yang berkaitan dengan PERKESO. PERKESO antara lainnya berperanan untuk
mendaftar para majikan dan pekerja mengutip caruman majikan dan pekerja,
memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja-pekerja yang ditimpa
malang dan orang tanggungannya. PERKESO juga menyediakan faedah
pemuliharaan jasmani dan vokasional pekerja serta memupuk kesedaran pekerja,
keselamatan dan kesihatan pekerja.
Yang Berhormat Datuk Speaker, terdapat 2 jenis caruman iaitu Skim Bencana
Pekerjaan dan Skim Bencana Ilat. Untuk pekerja yang berumur kurang daripada 55
tahun, caruman dibayar oleh majikan dan pekerja untuk Skim Bencana Pekerjaan dan
sistem pencen-pencen ilat. Manakala jenis caruman kedua Skim Bencana Pekerjaan
sahaja diperuntukkan kepada pekerja-pekerja yang berusia lebih 55 tahun dan masih
bekerja. Tetapi apa yang masalah yang kita hadapi adalah apabila tuntutan dibuat,
hanya mereka yang berada dalam lingkungan 55 tahun sahaja boleh membuat
tuntutan. Pada ketika sekarang pihak Kerajaan juga telah meningkatkan umur
ataupun usia pekerja sehingga 58 tahun. Ada juga pihak swasta di mana diberi
peluang bagi bekerja sehingga berusia 60 tahun dan 65 tahun. Oleh itu, saya meminta
supaya pihak PERKESO mengkaji semula sistem bayaran ataupun faedah ini supaya
mereka yang lebih daripada 55 tahun juga dapat perlindungan dan mereka juga
boleh memohon ataupun membuat tuntutan. Sekiranya perlu membuat pindaan
71
dalam akta pertubuhan PERKESO ini, mintalah pihak kerajaan membuat sesuatu untuk
mengatasi masalah ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pada 25 Mei yang lalu, Kerajaan Barisan Nasional
melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah
melancarkan Skim Insurans Satu Azam dengan peruntukan RM12 juta untuk membantu
100 ketua isi rumah yang dijangka memberi manfaat kepada 500,000 ahli isi rumah
selama setahun iaitu mulai 1 Januari hingga Disember 2011. Skim insurans yang akan
memberi perlindungan insurans nyawa dan kemalangan kepada ketua isi rumah dan
juga ahli isi rumah ini adalah inisiatif di bawah bidang keberhasilan utama negara
(NKRA), meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah.
Semua ketua isi rumah yang berdaftar di bawah Sistem e-Kasih akan mendapat
pembelaan sekiranya berlaku kemalangan jiwa yang membabitkan mereka atau
keluarga. Oleh kerana terdapat ramai orang miskin bandar dan orang yang
menghampiri paras kemiskinan, saya memerlukan penjelasan berkenaan apakah
kriteria yang melayakkan seorang ketua isi rumah itu diinsuranskan dengan Skim
Insurans Satu Azam? Apakah jenis musibah dan diklasifikasikan sebagai layak untuk
menuntut pampasan Skim Insurans Satu Azam? Sejauh manakah proses permohonan
dan pembayaran ganti rugi dilaksanakan. Bagaimanakah kaedah pelaporan yang
perlu dibuat oleh setiap ahli isi rumah selaku waris? Apakah bentuk pampasan yang
diberi sekiranya ketua isi rumah terlibat dalam musibah atau kemalangan? Persoalan-
persoalan tersebut ditimbulkan kerana wujud kekeliruan di mana Skim Insurans Satu
Azam dianggap sebagai satu lagi Skim Kebajikan yang dilancarkan oleh Kerajaan
Barisan Nasional untuk semua rakyat yang layak.
Akhirnya Yang Berhormat Datuk Speaker, pada hari ini kita melihat masih ramai lagi
ketua isi rumah yang layak untuk didaftarkan melalui e-Kasih. Tetapi tidak disenaraikan
sebagai penerima bantuan e-Kasih. Saya memohon agar pelaksanaan yang lebih
telus dan menyeluruh dilakukan oleh para pegawai berkaitan agar keprihatinan
Barisan Kerajaan Nasional dapat diterjemahkan dengan semaksimum mungkin.
Yang Berhormat Datuk Speaker, (batuk) minta maaf. Pertubuhan pesat penduduk
Taman Scientex, Bandar Baru Nusa Damai dan Taman Desa Rakyat Perdana di
kawasan saya dengan anggaran hampir 5,000 orang telah menjadikan keperluan
prasarana pendidikan sebagai agenda utama. Sekolah-sekolah berhampiran seperti
Sekolah Agama Kampung Kopok, Sekolah Agama Taman Cendana, Sekolah
Kebangsaan Taman Cendana serta Sekolah Menengah Pasir Gudang pula tidak
mempunyai keupayaan untuk menambah jumlah pelajar apatah lagi menemui
keperluan yang semakin meningkat.
Justeru itu, Permas memohon agar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah dibina
dengan secara segera bagi menangani isu sekolah sempit, sekolah jauh serta
peningkatan kos tanggungan ibu bapa melalui bayaran kos pengangkutan bas atau
van sekolah. Permas juga ingin meminta Kementerian Pelajaran mengambil serius hal
ini dan memberi keutamaan kepada pembina sekolah-sekolah ini di Taman Scientex.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin mohon makluman selanjut berkenaan
dengan pelaksanaan atau kriteria permohonan dan kelayakan penerimaan dana
pelajaran 1Malaysia. Ini memandangkan dana pelajaran 1Malaysia merupakan inisiatif
terbaik kerajaan selain daripada pemberian biasiswa. Tambahan lagi dana bagi ini
72
mampu memberi faedah kepada para pelajar yang menduduki program-program
persediaan atau asasi sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara. Permas lihat
begitu banyak sokongan kewangan yang diperuntukkan kepada siswa-siswa siswi
yang melanjutkan pelajaran sama ada di dalam atau luar negara seperti biasiswa
tajaan mahupun pinjaman PTPTN. Tetapi tiada sebarang dana atau bentuk
tanggungan kewangan yang ditawarkan kepada calon yang menduduki kelas-kelas
persediaan sebelum melanjutkan pelajaran. Tambahan lagi kos yang perlu ditanggung
bukanlah dalam jumlah yang kecil. Penawaran program-program berkenaan pula
hanya dibuat oleh institusi-institusi pendidikan swasta. Sehubung dengan itu, saya
memohon penjelasan berkaitan dengan pelaksanaan program 1Malaysia.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Tuanku telah
nasihatkan supaya kita hendaklah mengamalkan kesederhanaan dalam semua
perkara. Kepentingan semua kaum hendaklah juga dipelihara tidak kira kaum Melayu,
Cina atau India. Saya sangat mengalu-alukan ini dan menjunjung kasih kepada Duli
Yang Maha Mulia Tuanku.
Saya minta para pelaksana khasnya Pegawai-Pegawai Kerajaan mengamalkan sikap
ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat
Berhormat Menteri Besar yang sentiasa memberi perhatian kepada isu kebajikan
semua masyarakat tanpa mengira kaum. Contohnya Yang Berhormat Datuk Speaker,
dalam isu biasiswa JPA. Walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah
membuat beberapa pengumuman khasnya bagi memberi peluang kepada pelajar-
pelajar cemerlang di kalangan kaum India namun demikian berlaku tidak keadilan
dalam pelaksanaan. Kelihatan yang bercanggah diutarakan sehingga menjadi isu
sensitif di kalangan kaum India. Perkara ini hangat didebatkan di banyak forum
termasuk Konvensyen MIC Negeri. Isu ini menjadi perkara perbualan harian di dalam
kalangan kaum India dan telah menyinggung perasaan kaum India. Akhirnya Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah campur tangan dengan beberapa
keputusan Kabinet untuk mengatasi kekecohan ini. Saya percaya perkara-perkara
seperti ini tidak harus timbul sekali sehingga menjadi isu sensitif dan boleh menimbul
perasaan kebencian yang digunakan oleh pihak pembangkang. Pelaksana dengan
mengamalkan kesederhanaan dan menjaga kepentingan semua rakyat oleh pasukan
pelaksana sudah tentu boleh mengelakkan perkara seperti ini berlaku.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Kerajaan Barisan Nasional di bawah Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri menjalankan pelbagai program bagi mentransformasikan
negara kita dalam semua aspek. Tetapi ada juga sesetengah pihak yang cuba
mengelirukan rakyat dengan istilah baru seperti negara kebajikan dan sebagainya. Ini
bukanlah satu perkara baru, Kerajaan Barisan Nasional telah berpuluh-puluh tahun
mengamalkan kebajikan kepada masyarakat secara terus menerus membayar
bantuan kewangan bagi golongan miskin serta menyediakan pelbagai bantuan
secara material dan latihan melalui agensi-agensi kerajaan. Apalah tujuan negara
kebajikan ini. Adakah ini bererti bahawa pihak pembangkang boleh memberi semua
free kepada masyarakat. Adakah mereka ini tidak payah kerja? Tak payah buat apa-
apa, tetapi boleh dapat semua. Oleh itu, saya mintalah semua pihak pembangkang
janganlah cuba mengelirukan masyarakat dengan istilah-istilah dan slogan-slogan
seperti ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, satu pihak lagi menuduh pihak SPR menjadi tool of the
Barisan dengan izin. Seolah-olah SPR tidak telus, tidak adil dan ingin menyinggung
73
perasaan dengan demonstrasi jalan. Mereka cuba mengugut pihak SPR, mereka atas
nama bersih dua mahu membuat demonstrasi jalan di bandar-bandar utama. Ini
sudah tentu akan menyusahkan masyarakat tempatan dengan kesesakan lalu lintas
menjejaskan keselamatan dan pelbagai lagi masalah bagi rakyat. Mereka boleh
berhimpun di stadium jika sebenar-benarnya mereka ingin menunjuk perasaan. Mereka
hanya menjadi hero dan popular khasnya apabila pilihan raya umum terdekat. Saya
boleh label mereka sebagai tool of a opposition party dengan izin. Mereka ini
menggunakan, digunakan sebagai for fronteir oleh parti pembangkang untuk
mencapai matlamat parti pembangkang iaitu memburuk-burukkan Kerajaan Barisan
Nasional dan cuba mengelirukan rakyat dan menyinggung perasaan mereka untuk
menentang kerajaan. Ini adalah langkah-langkah bahaya kerana ini sudah tentu akan
mengancam ketenteraman, keamanan di kalangan masyarakat dan mencetus huru-
hara. Semalam, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi amaran yang
keras kepada mereka. Oleh itu, saya percaya ini akan diambil dengan serius dan pihak
yang merancang untuk mengadakan demonstrasi ini akan mematuhi supaya kita tidak
menjadi seperti negara-negara lain, di mana perkara itu sehingga sekarang tidak
boleh dapat di selesai. Saya rasa pihak pembangkang yang cuba menggunakan
taktik-taktik kotor dengan nama bersih berhentilah semua ini untuk kebaikan semua.
Yang Berhormat Datuk Speaker, satu perkara yang saya ingin utarakan di kawasan
saya adalah berkaitan dengan Jambatan Permas Jaya. Jambatan Permas Jaya yang
ada sekarang, bukan jambatan yang dibina. Jambatan itu telah dibina beberapa
tahun lalu untuk menampung maksimum had berat 8 tan tetapi apa yang kita lihat
pada sekarang ini, kenderaan-kenderaan yang hampir 80 tan beratnya menggunakan
jambatan itu. Apa akan jadi kepada jambatan itu? Bayangkanlah apabila jambatan
itu runtuh, apa akan jadi. Walaupun ada pasang signboard, katakan had berat lebih
adalah 8 tan, tetapi tidak boleh lebih kenderaan-kenderaan yang masih digunakan
lebih yang membawa pasir dan lain-lain. Saya telah mendapat banyak aduan
daripada masyarakat tempatan facebook saya penuh tiap-tiap hari. Saya kena
jawab setiap hari. Perkara ini saya telah bawa dalam beberapa forum termasuk juga
tindakan daerah. Oleh itu saya minta pihak JKR, pihak JPJ, pihak Polis, pihak PTG dan
lain-lain jabatan untuk mengambil tindakan segera dengan serta-merta untuk
menghalang lori-lori ini menggunakan jambatan ini. Sekarang kita ada cara-cara
moden, kita boleh gunakan satelit sehingga kita boleh tahu mana satu vehicle, mana
satu kenderaan yang menggunakan kita boleh nampak nombor plat dia. Oleh itu,
saya rasa tidaklah menjadi satu masalah sekiranya kita benar-benar mengambil inisiatif
untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Masa cukup Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Yang Berhormat Datuk Speaker, sikit
sahaja. Tadi Skudai telah membangkitkan perkara berkaitan dengan mesyuarat PAC.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga adalah seorang Ahli PAC. Saya juga
terdapat banyak kali Yang Berhormat dari Skudai tidak hadir. Pada hari itu, biar saya
jelaskan dahulu.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat itu tak betul, tiap-tiap kali saya hadir
di PAC. Mesyuarat di PAC. Itu tak betul. Dia...
74
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat jemput duduk. Saya rasa tidak perlu
bangkitkan perkara itu. Teruskan perkara lainlah kalau tidak beri peluang orang lain
untuk berucap.
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Ok, saya akur Yang Berhormat Datuk
Speaker dengan kata-kata itu dengan mengucapkan jutaan terima kasih kerana
memberi Permas peluang dan ruang untuk mengutarakan dalam perbahasan demi
kepentingan rakyat bersama. Permas berharap perkara-perkara yang sama dapat
diperjelaskan dan dihebahkan agar rakyat tahu, faham dan peka dengan setiap
usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional. Sekian terima kasih,
dengan ini saya menyokong usul menjunjung kasih yang di bawah oleh Kukup.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, jemput yang lain.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Salam Bahagia, Selamat Sejahtera, Salam
1Malaysia
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : 20 minit Yang Berhormat, jangan lebih daripada 20 minit.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Tak lama sangat. Boleh tahan. Yang Berhormat
Datuk Speaker terima kasih saya diberi peluang untuk serta dalam perbahasan atas
usul rundingan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor pada
hari Khamis minggu lalu di Dewan yang mulia ini. Titah Baginda Tuanku bahawa
kemakmuran yang kita nikmati adalah hasil usaha kerajaan serta kerjasama dari rakyat
jelata. Titah Baginda Tuanku juga menegaskan bahawa perpaduan dalam
masyarakat dan di antara kaum adalah asas kepada keharmonian dan
kesejahteraan. Oleh itu, kita kena berhati-hati supaya jangan benarkan golongan
pemimpin yang berkepentingan politik sempit yang cuba membawa perpecahan.
Kerajaan Negeri Johor harus berusaha dengan untuk meneruskan perpaduan dan
permuafakatan untuk sama-sama memelihara kestabilan dan kemakmuran Negeri
Johor.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya merasa amat pelik, kecewa, putus asa, dukacita,
sakit hati, marah, panas hati, geram sebab pada minggu lepas hari Selasa, pada masa
Majlis Perasmian Pembukaan Negeri Persidangan Dewan Negeri Sarawak. Pada ketika
itu, suasana amat membanggakan, tenang, harmoni dan keadaan amat meriah.
Semua ADUN menghadiri dengan pakaian seragam penuh lengkap dari atas ke
bawah.
Yang Berhormat Datuk Speaker, tetapi susu sebelanga ini dirosakkan oleh nila setitik
iaitu 12 orang ADUN daripada parti pembangkang. Saya tak tahu parti mana satu parti
tetapi mereka datang tanpa uniform. Mereka rasa nak imej sedikit. Nak beza daripada
orang yang lain, tidak mematuhi Peraturan Dewan. Sebenarnya, pada ketika itu
semua orang senyum-senyum tetapi hati sedih. Senyum dalam tangisan, sebab 12
orang yang pakai baju lain, pakaian lain.
Yang Berhormat Datuk Speaker, sedangkan Setiausaha Agung Parti berkenaan dan
juga sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri juga patuhi peraturan, pakai uniform
untuk menghadiri majlis istiadat tetapi bagaimanakah Ahli-Ahli mereka di Sarawak?.
Sudikah mengikut peraturan?. Kalau kata lain padang lain belalang, lain lubuk lain
ikan, lain negeri lain DAP. Parti politik sendiri kalau tidak boleh kawal dengan betul-
75
betul, tidak boleh mengikut arahan peraturan, satu parti sendiri pun kecoh,
bagaimanakah kalau katakan gabungan parti pembangkang itu supaya nak jadi
sebagai kerajaan pemerintah?. Saya rasa akan kecoh, huru-hara dan perkara ini saya
memang sedih oleh kerana imej baik Persidangan Dewan Negeri Sarawak sudah
tercemar oleh tingkah laku ADUN-ADUN yang tidak bertanggungjawab. Mereka ingat
itu saja nak tunjuk berlagak supaya media akan ambil perhatian, to attract attention
dengan izin.
Datuk Speaker, saya ada 3 rangkap pantun. Negeri Sarawak baru menambah kerusi,
Belum pun dapat memerintah negeri, Jika peraturan gagal dipatuhi, Eloklah YB-YB
bersembang di kedai kopi. Dewan Negeri Dewan tertinggi, Tempatnya nyaman
kerusinya empuk, Jika peraturan pun tak nak dipatuhi, Eloklah mesyuarat di bawah
pokok. Wahai Tuan Setiausaha Agung jangan meradang, Teguran ini teguran sayang,
Saya jujur bukan temberang, Takkan lah pakaian pun nak di bangkang (Dewan
bertepuk).
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Habis Yang Berhormat?
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Ada lagi. Ini intro saje. Muzik start belum nyanyi
lagi.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ha, cepat sikit. Masa 20 minit.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,...
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Boleh saya...
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat, apa nak.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Perkara ini, isu ini...
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok Yang Berhormat, tak perlu nak perjelas.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Isu ini di Sarawak, Speaker saya telah membuat
keputusan membenarkan, jadi bukan isu sini yang kita bincang. Kalau Speaker boleh
halau dia mereka, kalau di situ...
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Hm. Ok Yang Berhormat.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Kalau Speaker tak setuju, boleh halang mereka.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok Yang Berhormat.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tapi, jangan bawa cerita ini di sini…
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dia tak faham. Saya bawa ke sini oleh kerana
kalau di cerita, saya kena cerita juga. Pada awalnya...
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, cerita yang pokok yang sebenar saja Yang
Berhormat. Tak payah panjang-panjang sangat. Ok.
76
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Ini, pada awal tahun 2008, orang kita pun ada
juga tak pakai uniform, lepas itu mereka tengok keadaan amat orang tak layan, baru
dia semua pakai. Lengkap.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, huh (Dewan bertepuk)
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Orang tak tegur, macam sekarang saya rasa,
kalau saya sebut berkenaan saya sebagai Ahli PAC dalam mesyuarat...
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok Yang Berhormat , soal PAC ni dah panjang sangat…
lainlah.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Dato’ Speaker.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Hendak apa Yang Berhormat?
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Saya ingin tahu Parit Yaani ni merujukkan
kepada siapa?
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Saya...
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Jemput duduk Yang Berhormat, Bentayan, jemput
duduk.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Saya ingat you makan nangka, you kena getah.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Peraturan Mesyuarat.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Kita nak mencelah kalau ada perkara-perkara yang
tidak betul.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ada tambah satu lagi untuk pakaian,
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, ok, Yang Berhormat, jemput duduk.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Jadi, kita perlu akur pada Peraturan
Mesyuarat.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, ok.. jemput duduk.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Pada 2008 tu, Peraturan Mesyuarat tidak ada
mengatakan sebegitu.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Jemput duduk Yang Berhormat. Perkara lainlah Yang
Berhormat.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Ok, ..ini tak boleh cakap lagikah? Perkara ini tak
boleh lagi ke?
77
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ha, tak bolehlah, perkara lainlah, cari yang mustahaklah.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Ok, saya nyanyi lagu yang originallah.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ha, nyanyilah...
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya saya
ingin menyentuh beberapa perkara permasalahan dan isu yang dihadapi oleh rakyat.
Rakyat didahulukan Yang Berhormat Datuk Speaker.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ha, tahu pun.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Ha, ini Jalan Bindu di kawasan saya, saya
ucapkan terima kasih kepada pihak JKR sebab pada tahun 2009, jambatan baru telah
siap dan jalan bukan semua, sepanjang Jalan Bindu tu 6 kilometer Yang Berhormat
Datuk Speaker, tetapi oleh kerana kerajaan hanya siap bina 3.5 kilometer maka jalan
tu dah siap macam highway dan ada sekerat jalan 2.5 kilometer masih jalan kampung.
Ha, ini jadi masalahnya. Bila jambatan siap, jalan sudah naik taraf, JKR sudah bagi,
jalan sudah dibuka untuk orang awam, orang tak menghargai usaha dan kerja
daripada pihak kerajaan sebab mulai dari persimpangan Jalan Kluang masuk ke Jalan
Parit Buloh, masuk ke jambatan, itu jalan memang bagus, lori berat-berat semua lanyak
jalan itu dan pakai jalan itu dengan laju, begitu laju. Ini kira macam dia syok bawa-
bawa sampai jalan kampung, sekerat jalan kampung, ha itu susah, dia dah
menghadapi kesusahan sebab senang dahulu, susah kemudian. Lepas tu dia kena
bawa slow slow. Tiba-tiba kalau hadapan ada sebuah lori yang bawa, mengangkut
barang berat-berat, ha ini dua kenderaan jadi problem, berselisih. Dan bahu jalan tu
saya ucapkan terima kasih kepada pihak JKR memang bagus. Saya sudah bagitau
pihak JKR pada Tahun Baru Cina dan juga Hari Raya Aidilfitri, tambak dengan kasaran,
cukup cantik tetapi tak nampak, belum cukup keras lagi dan lori itu berselisih dan
makan bahu jalan, semua jalan rosak. Ha, ini memang jadi problem sebab bila jalan
rosak, motosikal yang lalu bahu jalan tu, semua jatuh dan mereka mengadu pada
saya dan saya juga minta kerjasama pada pihak JKR untuk maintain jalan. Mulanya
kita harap dalam 3 bulan maintain sekali membaiki, membaik pulih, sekarang oleh
kerana banyak kenderaan lalu ikut jalan tu, ambil shortcut, ha, sekarang sudah jadi
problem, 2 minggu sekali sudah rosak. Bila siap rosak, siap, rosak. Saya dengan inilah
mohon jasa baik pihak JKR, sebenarnya JKR sudah membuat satu perancangan untuk
naikkan taraf jalan itu RM11 juta dan perlu memakan masa, tak tahu bilalah. Tapi, saya
harap pihak JKR boleh mempercepatkan permohonan untuk menaikkan taraf Jalan
Bindu sepanjang 2.5 kilometer untuk kepentingan orang ramai.
Perkara yang kedua saya nak sentuh iaitu selekoh dan juga persimpangan yang
merbahaya. Mulai Tol Utara Yong Peng nak pergi ke Pekan Parit Yaani ada 2 kawasan
memang sering berlaku kemalangan. Yang pertama di Parit Tengah. Ada satu selekoh,
ada satu selekoh sampai orang takut. Memang sentiasa kalau tak berhati-hati
memang kena. Dan lagi satu persimpangan empat di Parit Haji Yusof pun amat
merbahaya.
Pada tahun 2004, saya sudah bawa engineer dan engineer engineer JKR pergi
melawat dan periksa tetapi senyap. Lepas tu sampai sekarang sudah 4 kali kita buat
lawatan. Kali pertama orang ramai datang sebab memang cukup hangat, semua
orang sambut dan berhasrat penuh supaya dapat dinaikkan taraf ini 2 selekoh, 2
78
tempat yang merbahaya. Lawatan yang ketiga, sejuk sikit dan lawatan yang baru-
baru ini kali ke-4 bersama dengan engineer JKR, kita dua tiga orang saja, sebab tak
nak orang tahu sebab kalau selalu buat lawatan tapi tak buat, kerja tak laksanakan
projek pembinaan, orang marah pula. Saya haraplah oleh kerana untuk
mengurangkan kemalangan jalan raya di tempat situ dan itu kemalangan maut
berlaku dan bukan kemalangan biasa, saya harap kalau boleh JKR menaikkan taraf
kedua-dua tempat hitam yang sering berlaku kemalangan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya berkenaan dengan pembinaan rumah di
dalam Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Kini, kos yang, peruntukan yang
dibenarkan ialah RM33,000.00 untuk pembinaan rumah PPRT. Oleh kerana bahan
pembinaan sudah naik harga, meningkat, RM33,000.00 kontraktor tak mampu nak
binakan rumah yang berkenaan. Sebab itu, kita haraplah supaya kerajaan naikkan kos
kalau boleh naik 20% ke 30% supaya mereka-mereka yang menerima bantuan tu, tak
jadi masalah. Sebab, kalau kontraktor tak mampu nak bina, mereka-mereka yang
menerima atau memperolehi rumah tersebut akan kadang kala terlewat atau gagal.
Saya mohonlah supaya kerajaan mempertingkatkan kos pembinaan untuk PPRT,
rumah PPRT.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon
dikaji semula elaun Imam Surau, agar sekurang-kurangnya hampir selaras dengan
elaun petugas di Masjid.
Yang Berhormat Datuk Speaker, sebenarnya petugas di Masjid dan di surau, tugas
sama, hari yang sama. Perbezaannya hanya solat pada hari Jumaat. Yang Berhormat
Datuk Speaker, bayaran untuk kakitangan Surau hanya Imam I RM600.00 setahun.
Imam II RM400.00 setahun tetapi untuk pembantu di Masjid, kakitangan di Masjid,
bayaran RM750.00 sebulan. Kerjasama tetapi bayaran tak sama, jauh beza. Saya
mohonlah sebab ini aduan daripada mereka simpan dalam hati dah beberapa puluh-
puluh tahun. Ini masalah satu Negeri Johor, saya harap YB EXCO portfolio ini ambil
perhatian supaya jangan jauh sangat, kalau dekat-dekat tak apa. Saya haraplah
kalau boleh dikaji semula elaun pembantu Surau supaya tidak jauh beza daripada
pekerja di Masjid. Pak Imam di Masjid.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat Datuk Speaker,
bila Parit Yaani ni masuk Islam pula? (Dewan ketawa)
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagai seorang
Wakil Rakyat, kita kena 1Malaysia, kita tak kisah. Saya kena bunyikan, suarakan benda
yang tak patut, tak kira agama, tak kira bangsa, ini tugas dan tanggungjawab saya,
betul? (Dewan bertepuk).
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Saya bukan sahaja, inilah kita Barisan Nasional
tunjukkan kita memang cukup, untuk semua. Ini memang kita 1Malaysia konsep yang
terbuka. Kalau tak puas hati, nanti lepas ini saya boleh terangkan sebab tak cukup
masa.
Y.B. Datuk Speaker : (Dewan ketawa) Ok, jemput Yang Berhormat.
79
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya saya
ingin menyentuh berkenaan dengan OSC (One Stop Centre). Yang Berhormat Datuk
Speaker, sepertimana yang kita dimaklumkan bahawa One Stop Centre adalah untuk
memudahkan sesuatu permohonan supaya permohonan projek pembangunan itu
dapat disegerakan dan dengan kelulusan yang secepat mungkin. Ini tujuan utama
OSC. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin juga memberitahu kepada Dewan ini
kalau Kawasan Perindustrian Technopark JCorp, yang dibangunkan oleh JCorp, itu
memang kawasan perindustrian, sudah orang putih kata understood, ini saya tambah
lagi past tense, understooded.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Apa Yang Berhormat?understooded?(ketawa).
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yalah kalau tiada, you cari kamus saya ada,
bukan kamus awak. Yang Berhormat Datuk Speaker, ada juga permohonan untuk
membina bangunan kilang di Kawasan Perindustrian Technopark makan masa selama
3 tahun dan sampai hari ini belum dapat kelulusan oleh kerana komen Alam Sekitar tak
benarkan. Tak patut.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Kawasan mana Yang Berhormat? Sebutlah.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Ha ini kalau Datuk Speaker tanya, saya bagi,
kawasan Technopark, kawasan perindustrian di Mersing. Kalau berlaku di Mersing, di
kawasan lain pun akan berlaku. Saya amat pelik dan tak faham. Sudah gazet
sebagai kawasan industri, semua dah ok semua. Permohonan untuk pembangunan di
satu Lot di kawasan perindustrian, hantar ke OSC, 3 tahun. Ini saya tak faham.
Pelabur-pelabur pun lari, dah tunggu, tahun 2008 sampai sekarang, sudah 3 tahun
lebih, tapi belum dapat kelulusan, barang sudah naik harga. Mereka dah nak cabut ni.
Saya bimbang sebab kalau boleh kita bagi peluang. Ini mereka bukan nak buat kilang
heroin ke, ini nak buat kilang untuk kita sama-sama tingkatkan ekonomi.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, masa dah cukup Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Datuk Speaker..
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Akhirnya.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Sikit-sikit baru sampai akhirnya. Yang Berhormat
Datuk Speaker, dan saya ucapkan terima kasih lah, saya percaya dan yakin bahawa
Kerajaan Negeri Johor dan JCorp akan berusaha kuat supaya penjelasan akan
diadakan iaitu satu penyelesaian untuk pulangan RM1.00 kepada pemegang saham.
Saya percaya dan yakin, masa yang terdekat. Saya ucapkan terima kasih kepada
Yang Amat Berhormat, dia memang kerja kuat untuk selesaikan masalah ini sebab
saya sentiasa bangkit. Dulu orang lain bangkit, kita tak berapa setuju, sekarang kita
yang bangkit, kita kena setuju juga. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Tanah
dan juga kepada Kerajaan Negeri Johor oleh kerana Task Force yang sedia ada ini
memang kerja kuat dan pergi ke setiap daerah untuk meluluskan setiap permohonan
yang tertunggak lama. Terima kasihlah sebab banyak masalah sudah dapat
diselesaikan.
80
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Kerajaan Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Batu Pahat
oleh kerana di Taman Maju dan taman-taman berhampiran ada dengar cerita
katakan nak binakan satu stesen satelit dan bila penduduk-penduduk di tempat
berkenaan sudah tak setuju dan protes, surat hantar kepada YDP, beliau terus tolak. Ini
bagus, ini menunjukkan konsep Rakyat Didahulukan. memang kita cakap serupa bikin.
Dan perkara ini,bila ditolak, semua penduduk di Taman Maju dan taman-taman
berhampiran, dia bila nampak muka saya, dia kata handsome sebab memang saya
sampaikan mesej ini kepada pihak kerajaan tempatan. Sebab itu kita jangan pergi
gaduh-gaduh, hari-hari cakap ini tak betul, itu tak betul, kita betul-betul buat, kita akan
dapat rezeki juga dan juga jawapan yang bagus dan juga hasil. Runding dengan
cara yang betul. Jangan hentam-hentam. Macam saya, kita dengan cara yang
mesra, diplomasi.
Datuk Speaker, dengan ini saya menyokong usul yang dibawa oleh ADUN Kukup.
Sekian terima kasih.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih, jemput yang lain. Pemanis.
Y.B. Encik Lau Chin Hoon (Pemanis) : Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.
Daerah Segamat sekali lagi dilanda banjir besar. Pada penghujung Januari dan awal
Februari yang lalu, jadi untuk dua kali banjir besar yang berlaku, iaitu yang pertama
sekali berlaku pada tahun 2006, Disember dan awal tahun 2007, jadi, yang juga kali
inilah, kawasan DUN Pemanis saya fikir layak untuk dimasukkan ke dalam buku rekod
dunia kalau tak silap saya sebagai satu kawasan DUN yang paling teruk terjejas, di
mana kami mempunyai bilangan mangsa dan rumah paling banyak terlibat anggaran
70% hingga 75% kawasan dalam DUN Pemanis dilanda banjir melibatkan lebih 4,500
buah rumah kediaman dan bangunan. Jadi Pemanis sedia dan rela kongsi
pengalaman dan sebahagiannya kami kemukakan di Dewan yang mulia ini. Jadi
kalau gelombang itu datang satu, dua hari tapi gelombang isu yang susul biasanya
lebih satu tahun. Jadi pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah Segamat yang pada
amnya awam menganggap prestasi penyelamatan dan pemindahan kali ini telah
meningkat. Jawatankuasa pada masa itu di pengerusi oleh Tuan Haji Burhan
Mohamad Amin dan anggotanya yang telah menyelaras dan menyusun gerak kerja
pengurusan bantuan banjir dengan begitu baik sekali. Jadi Tuan Haji Burhan bukan
sahaja…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat, sebut jawatan sahaja Yang Berhormat.
Jangan sebut nama.
Y.B. Encik Lau Chin Hoon (Pemanis) : Oh terima kasih, minta maaf. Jadi yang bekas
Pegawai Daerah bukan sahaja mengetuai arahan untuk kerja menyelamat dan
bantuan tapi juga dapat ditemui di Bilik Gerakan Banjir Daerah sepanjang tempoh.
Jadi penghargaan juga saya tujukan buat ahli-ahli JPMM DUN Pemanis meliputi
Penghulu, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat dan Ahli-Ahli Majlis yang begitu komited
mengurus dan berusaha untuk melakukan yang terbaik. Pengalaman lepas, iaitu
pengalaman tahun 2007 kita dapat turunkan dan disepadukan pada peringkat akar
umbi. Tidak dilupakan juga saya bagi pihak DUN Pemanis mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, sukarelawan, penyelamat dan
penyumbang-penyumbang yang telah bersama-sama berganding bahu
81
mengharungi detik-detik sukar semasa banjir. Kerjasama yang diberikan oleh semua
pihak yang tampil secara sukarela ini merupakan sesuatu yang amat bernilai.
Saya ingin ucap terima kasih juga kepada kerajaan khususnya Majlis Keselamatan
Negara yang telah memberikan sumbangan wang ihsan kepada mangsa-mangsa
banjir. Fasa satu senarai penerima wang ihsan telah selamat menerima bantuan
masing-masing pada bulan Mac yang lalu. Hanya ini kisah kita. Pihak kami nak kongsi
satu pengalaman bahawa untuk memastikan bahawa data-data berhubung senarai
nama penerima wang ihsan. Untuk memastikan adalah yang benar-benar sah dan
tidak disyaki dan diyakini, jadi ada perkara, 5 kriteria yang kita perlu ambil kira:-
1. Mangsa banjir yang telah pun menerima.
2. Mangsa yang merayu.
3. Senarai mangsa yang tertinggal dari senarai utama tetapi mereka telah pun
mendaftar.
4. Nama / alamat yang berulang.
5. Nama dari pusat pemindahan lain atau dari kawasan DUN lain tetapi diletakkan
dalam kawasan DUN yang lain pula.
Jadi dengan mempertimbangkan 5 data dan perkara di atas, kita seharusnya
menghasilkan data senarai penerima wang ihsan yang lebih telus. Jadi saya ambil
kesempatan ini untuk mengharapkan bahawa kerajaan dapat menyegerakan
pemberian wang ihsan untuk bagi mereka yang tersenarai yang belum terima atau
tertinggal. Jadi rakyat perlukan penjelasan terhadap beberapa perkara yang menjadi
spekulasi hebat berhubung sebab dan punca berlakunya banjir. Yang Berhormat
Datuk Speaker, kebetulan di daerah Segamat terdapat faktor-faktor yang boleh
menyumbang kepada satu perfect flood. Satu keadaan banjir yang perfect.
Walaupun biasanya di kawasan lain tidak ada faktor ini berada bersama. Jadi faktor-
faktor ini sekarang masih dalam persoalan dan saya percaya pengalaman dan
pelajaran dengan izin, lessons learned ini dan kajian kes, apa yang berlaku di Segamat
kalau dibuat dengan baik boleh dijadikan satu pengajaran di seluruh Malaysia bukan
sahaja untuk bencana banjir, tapi untuk bencana secara amnya.
1. Faktor Empangan Juaseh. Kita akui telah terima taklimat tentang sama ada
pelepasan air daripada Empangan Juasih itu menjadi satu faktor. Kita dah diberi
penjelasan. Kita difahamkan Empangan Juasih itu satu untuk menampung air
dan bukan dibina untuk penebatan banjir. Tapi persoalan rakyat ialah macam
ni, logiknya, kalau air dapat dilepaskan untuk berhadapan dengan masa
kemarau, jadi bolehkah air dilepaskan masa banjir. Dan dengan cara ini
secara teknikalnya mungkinkah air dapat dilepaskan secara terkawal supaya
impak banjir itu dapat dikurangkan dan dielakkan bila adanya hujan lebat. Jadi
persoalannya bukan lagi pada peringkat sama ada empangan itu ialah untuk
penebatan air atau untuk menakung air, tetapi secara teknikalnya tidak dapat
dijawab ialah sama ada ini dapat dilakukan supaya mekanismenya wujud untuk
lepaskan air bila berlakunya banjir atau bila ada hujan lebat.
2. Faktor landasan kereta api, apakah landasan kereta api yang ada di Segamat
menjadi penghalang kepada larian air dari sebelah Kampung Abdullah dan
Kampung Jawa ke sebelah yang satu lagi kawasan DUN Kemelah sehingga
menjadi sebab berlakunya banjir, jadi adakah bilangan dan luas lorong air yang
dibina sepanjang landasan kereta api ini mencukupi untuk melarikan air semasa
82
hujan lebat dan banjir. Apa yang rakyat khasnya mangsa hendak suatu
jawapan yang jelas adakah faktor landasan kereta api menjadi satu
penghalang. Ia dan tidak, itu saja kerana kalau ia, kita nak tahu kalau jangka
masa pendek apakah langkah yang dapat diambil.
3. Faktor ketiga ialah penambakan untuk kawasan pembangunan. Rakyat juga
perlukan penjelasan sama ada penambakan kawasan untuk tujuan
pembangunan atau pembinaan taman perumahan dan lain-lain
pembangunan kemudahan awam menjadi sebab berlakunya banjir. Jadi kalau
ia atau tidak seterusnya kita mesti tahu apakah langkah pencegahan telah
difikirkan terlebih dahulu selari dengan laporan kesan penilaian alam sekitar.
4. Isu keempat yang masih tidak dapat dijelaskan dengan memuaskan ialah
amaran awal kemungkinan berlaku banjir. Adakah satu sistem yang meyakinkan
dapat diadakan. Jadi dari segi meteorological dan pengalaman lepas, adakah
kita dapat menyediakan perkhidmatan untuk memberi amaran awal terhadap
hujan lebat dan kemungkinan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu
terus kepada rakyat. Kita memerlukan maklumat awal berhubung dengan
paras air dan tempoh masa yang diambil untuk air dari hulu sungai sampai ke
tahap tertentu di kawasan-kawasan yang berisiko banjir. Jadi kita harus
mengakui bahawa kita mempunyai kelemahan sistem pengurusan amaran
awal terhadap kemungkinan berlakunya banjir. Jadi di sini, Pemanis ingin
mengemukakan beberapa cadangan untuk memperbaiki mutu pengurusan
banjir:
i. Menubuhkan satu unit atau skuad khas bergerak pengurusan bencana
banjir pada peringkat negeri dan skuad ini hendaklah diketuai dan
dianggotai oleh pegawai dan kakitangan tetap yang mempunyai
banyak pengalaman dalam menguruskan banjir atau bencana. Jadi
saya percaya pegawai dan skuad ini berkebolehan untuk memberi
khidmat rundingan dan jika perlu mereka akan membuat keputusan
berhubung dengan perkara seperti penyelamatan, pemindahan
mangsa, pengurusan pusat pemindahan, penerangan dan
komunikasi awam, pengagihan sumber bantuan termasuk wang ihsan
dan kenyataan hebahan media. Unit yang bertindak sebagai skuad
sehenti ini bukan sahaja boleh mengurus bencana banjir, namun juga
boleh digunakan untuk pengurusan bencana alam yang lain yang
mungkin terjadi di negara kita.
ii. Saya juga mencadangkan agar diadakan rescue point, tempat
penyelamat di tempat- tempat tertentu yang berdekatan dengan
tempat kejadian banjir dengan ini keluarga mangsa dapat berhubung
dengan penyelamat dan pusat pemindahan.
iii. Yang kita nampak satu kelemahan yang ketara kali ini ialah tentang
penerangan dan komunikasi keadaan semasa banjir hendaklah
dihebahkan kepada orang awam khasnya menerusi media dan Internet
dengan tepat, segera dan masa nyata, dengan izin real time. Ini meliputi
keadaan struktur jalan raya yang putus atau pulih hubungan, pusat
operasi pemindahan, paras air, kemalangan dan pencegahan penyakit
83
berjangkit. Kekurangan hebahan awal yang sah ini menyebabkan
timbulnya pelbagai spekulasi semasa banjir sehinggakan boleh
menakutkan dan meresahkan orang awam lantas menjadi beban dan
kesulitan kepada pihak kerajaan.
iv. Kerajaan perlu menentukan satu set peraturan atau dasar yang perlu
dipatuhi berhubung dengan keutamaan kerja-kerja menyelamat atau
memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang soalnya, ialah
siapa yang perlu dipindahkan terlebih dahulu kerana bila banjir datang
serentak di semua kawasan. Jadi ini juga kita perlu satu mekanisme untuk
elakkan lobi daripada pemimpin setempat daripada orang berpengaruh
atau daripada kumpulan tertentu, contohnya ada kumpulan facebook
yang masing-masing hendak menghantar senarai nama yang pada
mereka fikir, pada pandangan mereka kritikal, jadi saya ingat satu
tatacara mesti diadakan supaya kewibawaan satu pusat operasi itu tidak
terjejas.
v. Perlu adanya satu usaha pengurusan ilmu atau knowledge
management, dengan izin. Pegawai-pegawai terdahulu yang
mempunyai pengalaman dalam pengurusan banjir hendaklah
menurunkan ilmu dan pengalaman kepada pengganti mereka. Ini perlu
dilakukan untuk pegawai yang baru menguruskan hal ehwal banjir
walaupun mereka mungkin merupakan pegawai yang senior dalam
perkhidmatan. Siri latihan dan bimbingan hendaklah sentiasa diadakan
agar kualiti pengurusan banjir kita menjadi semakin baik. Semua
pengalaman ini hendaklah dikumpulkan lantas dijadikan laporan atau
Manual Prosedur Kerja yang boleh diguna pakai oleh semua pegawai
yang terkemudian . Justeru sebab itulah saya mencadangkan kita
menubuhkan unit atau skuad khas pengurusan bencana banjir pada
peringkat negeri.
Yang Berhormat Datuk Speaker,
v. Cadangan saya agar setiap jabatan dan agensi yang terlibat dalam
pengurusan banjir dapat mengeluarkan kenyataan atau arahan bertulis,
yang saya tekankan bertulis berhubung usaha-usaha terkini yg dilakukan
semasa banjir dan faktor-faktor penyebab banjir. Kita memerlukan
kenyataan bertulis daripada JKR contohnya SAJ, Keretapi Tanah Melayu,
JPS, Jabatan Meteorologi dan lain-lain. Dengan cara ini rakyat akan
lebih menerima dan memahami dan akan lebih tenteram.
vi. Kerajaan perlu memilih dan melatih kumpulan badan bukan kerajaan
yang benar-benar komited untuk membantu kerajaan dalam kerja-kerja
pengurusan dan bantuan banjir. Peranan NGO ini amat diperlukan lebih-
lebih lagi dalam tempoh 72 jam yang pertama berlakunya banjir dan
NGO yang dilatih ini perlu dijadikan rakan kerjasama kerajaan, mereka
biasanya lebih rapat dan dekat dengan akar umbi yang menjadikan
mangsa banjir .
viii. Tentang peranan media, dan saya, kami khasnya kumpulan sukarelawan
amat ingin menyarankan pihak media supaya tidak menyiarkan
84
kenyataan atau kritikan daripada pihak lain yang terlalu tajam atau
bersifat politik bencana terutama dalam masa pada 72 jam pertama
banjir terjadi atau selagi masih ada lagi mangsa banjir yang belum dapat
dipindahkan dan belum pulih sepenuhnya. Kalau kita tengok keadaan
bencana di Jepun pun serangan daripada pembangkang pun
berlakunya sekurang-kurangnya lebih kurang satu bulan lepas bencana
yang utama untuk mengkaji isu berkenaan dengan tanggungjawab.
Contohnya ada pihak daripada pihak pembangkang yang pada hari
kedua, isu, membuat kenyataan bahawa Empangan Juasih telah
lepaskan air, kejadian ini satu konspirasi untuk pengaruh pembuangan
undi di Pilihan Raya Kecil DUN Tenang pada masa itu. Jadi kadangkala
kita juga harapkan bila insiden yang kemalangan mungkin atau
kekurangan 1% atau 0.1% atau 0.01% tu kalau dilaporkan minta juga
dilaporkan kerja yang 99% atau 99.9% yang lain yang turut dilaksanakan
kerana ini akan memberi keyakinan kepada kerja penyelamatan atau
kerja kepada tugas sukarelawan. Kalau mangsa terima kenyataan atau
message yang terlalu negatif kadangkala mereka turut rasa marah dan
kemarahan ini akan menjadi satu maki terhadap mereka, mangsa yang
keluar untuk sukarelawan yang keluar menolong yang menjadi mangsa
kali kedua satu kerana banjir satu kerana diserang oleh mangsa banjir
jadi..
Yang Berhormat Datuk Speaker, jadi saya, rakyat sebenarnya faham bahawa
bencana alam seperti ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia
khasnya di Australia, Jepun dan Singapura yang dikatakan sebagai negara-negara
maju, jadi apa yang rakyat mahukan hanyalah kepastian bahawa kerajaan benar-
benar faham dan berhadapan dengan faktor-faktor yang menjadi sebab berlakunya
banjir dan telah mengambil langkah-langkah sebaik mungkin untuk mengatasi atau
sekurang-kurangnya mengurangkan impak banjir ini. Jadi saya juga ingin
menyampaikan hajat mangsa-mangsa banjir khasnya di kawasan Pemanis supaya
satu laporan lengkap mengenai banjir yang merangkumi semua aspek itulah dapat
disediakan dan faktor-faktor banjir dapat disediakan secara bertulis dan bukan melalui
taklimat, setakat taklimat sahaja dan bukan setakat taklimat sahaja dan mereka juga
tengah menunggu satu dialog dan perjumpaan dengan agensi-agensi yang
bertanggungjawab terhadap faktor-faktor banjir tersebut. Jadi Yang Berhormat Datuk
Speaker, dengan perkongsian pengalaman dan cadangan ini saya turut menyokong
rundingan yang di bawa oleh Kukup, ya, terima kasih.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih Yang Berhormat, jemput yang lain, Jorak.
Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Jorak): Bismillahirrahmaanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam…
Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Jorak): Yang Berhormat Datuk Speaker,
Alhamdulillahlah, syukur kita kepada Allah kerana kita telah diberi kekuatan dan masa
menghadiri Persidangan ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang
Berhormat Datuk Speaker yang telah mengizinkan saya mengambil bahagian dalam
perbahasan Rundingan Menjunjung Kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor
di Persidangan ke-4 Dewan Negeri Johor kali ke-12 ini. Duli Yang Maha Mulia Sultan
85
telah bertitah antara lain telah menyentuh soal aspek-aspek pendidikan penguasaan
ilmu dan kemahiran di kalangan generasi muda supaya mereka merebut peluang
belajar di kolej-kolej yang telah disediakan. Juga disentuh tentang perlunya
diperkukuhkan peranan institusi pendidikan dan sekolah agama di Negeri Johor ini
yang telah banyak memberikan pemahaman dan penghayatan agama di sekolah-
sekolah dan akhirnya juga menyebut soal memperkukuhkan institusi masjid supaya
rakyat Johor ini kekal padu dan terhindar daripada perpecahan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pendidikan anak bangsa adalah penentu kepada
survival bangsa hinggalah hari kiamat tidak akan henti-henti. Bangsa yang dapat
menguasai ilmu dan maklumat bererti bangsa tersebut telah mempunyai dan memiliki
kunci kuasa. Siapa yang menguasai ilmu dan maklumat, bangsa itulah yang akan
menguasai dunia. Makanya kita diamanahkan membina kekuatan generasi masa
depan yang mempunyai identiti dengan nilai-nilai mulia berbudaya tinggi dan punya
pegangan agama yang kukuh.
Pendidikan ilmu dan kemahiran bukan sahaja mencipta kegemilangan kebendaan
semata-mata tetapi juga pendidikan berupaya membina tamadun bangsa
menegarkan penghayatan nilai-nilai dan agama maka akhirnya nanti akan lahirlah
satu bangsa rakyat yang baik dan berhemah tinggi. Di sini saya ingin membawa
cadangan yang pernah diutarakan oleh golongan cerdik pandai kita orang Johor,
agamawan dan ilmuwan Johor juga oleh Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama
Johor untuk Kerajaan Negeri Johor mula memikirkan untuk menubuhkan sebuah
Universiti Islam Johor yang sifatnya holistik dan sepadu yang mampu untuk
mengintegrasikan ilmu barat dan agama. Insya-Allah universiti ini kalau didirikan
mampu dan berupaya melahirkan golongan ilmuwan, para-para pakar dan sarjana
mengkombinasikan antara intelek dan ulama supaya ianya menjadi pelengkap
kepada Negeri Johor ini sebagai pusat ilmu dan kesarjanaan kepada negara kita,
negara Islam ni dan kawasan Asia ini. Asas kepada cadangan dan penubuhan
Universiti Islam Johor ini tepat kerana kita memang mempunyai keupayaan, kita punya
sarjana-sarjana dan tokoh-tokoh agama anak-anak Johor dan kita sudah pun
membina kegemilangan.
Institusi pendidikan agama Negeri Johor yang sudah berusia lebih 100 tahun dan telah
menjadi ikutan dan model pendidikan agama bagi negeri-negeri lain. Negeri lain
belum lagi wujud semasa lalu sebab agama yang bersistematik dan berinstitusi dengan
syllabusnya, kitabnya, latihan guru dan sebagainya yang kita kenal sebagai sekolah
petang dan Kerajaan Johor telah memulakannya. Kalau kita pintas sebuah buku
tentang sejarah 40 tokoh ulama Johor, tokoh-tokoh agama Johor yang memaparkan
sumbangan mereka, ulama tersohor ini tentang sumbangan ilmu dalam sistem
pendidikan agama yang bermula sejak tahun 1800 lagi.
Makanya perjuangan guru-guru agama aliran pondok tradisional ini tapi moden ini
harus diteruskan dengan menubuhkan saya rasa sebuah universiti, dengan
menekankan soal pengajaran pembelajaran dan pendidikan terkini sesuai dengan
tuntutan semasa dengan menggunakan e-Learning, era ICT dan teknologi digital,
kerana kita tidak mahu bahawa pendidikan agama Johor ini terhenti setakat sekolah
rendah sahaja ataupun setakat Darjah Khas tetapi haruslah diteruskan dipertingkatkan
ke peringkat menengah tinggi dan seterusnya supaya dengan itu ilmu dan
kesarjanaan dapat berkembang dengan sihat bebas tapi beradab dan untuk itu
sebagaimana yang disuarakan pagi tadi oleh sahabat saya Y.B. Kukup menyatakan
86
bahawa perlunya pendidikan al-Quran dan Sains yang dapat kita mungkin mulakan di
peringkat Darjah Khas sekolah menengah, di sekolah-sekolah agama dan seterusnya
ke peringkat universiti. Untuk menubuhkan sebuah universiti ini pastinya akan
melibatkan kos yang tinggi tetapi yang lebih tinggi lagi ialah, yang lebih tinggi dan
lebih penting lagi ialah satu komitmen dan kemahuan untuk menubuhkan Universiti
Johor ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin membawa satu lagi isu pendidikan
dalam sidang ini tentang laporan Jabatan Pelajaran Johor kepada jawapan bertulis
pada sesi yang lepas iaitu tentang pencapaian UPSR anak-anak Johor dibandingkan
dengan anak-anak daripada negeri-negeri lain. Pada tahun lepas pencapaian
cemerlang anak Johor pada keseluruhan yang mendapat 5A tidak pun mencapai 10.
Ini sebenarnya di bawah paras iaitu di belakang Wilayah Persekutuan Putrajaya yang
mencecah 20% dan di belakang Terengganu yang hampir 15%. Kalau tidak silap saya,
seingatan saya kita mungkin berada di kedudukan ke-5 dalam Malaysia ini. Kalau nak
kita bandingkan dengan sejarah silam, nak dibandingkan di zaman kegemilangan
anak-anak Johor iaitu di zaman-zaman kita dulu di tahun 60-an, 70-an dan di sekolah-
sekolah asrama penuh contohnya, anak-anak Johor mendominasi sekolah-sekolah ini.
Dan, akhirnya apabila mereka graduan, anak-anak Johor dapat menjawat jawatan
tinggi dalam kerajaan. Kita tengok bekas-bekas, semua dah pencen, KSU, KSN,
Panglima Angkatan Tentera, Penjawat-penjawat Tinggi Kerajaan. Tetapi hari ini
mereka semua dah pencen, saya lihat sekarang ini dah mula sukar kita nak cari orang
Johor dalam jawatan tinggi, tak ada penggantinya. Oleh itu, saya minta supaya kita
sebagai pemimpin, guru pendidik, ibu bapa dan sebagainya cari jalan kaedah yang
patut dilakukan untuk mengejutkan anak-anak Johor supaya memandang serius
supaya anak-anak Johor ini tidak ke belakang dengan anak-anak dari negeri lain.
Mungkin anak-anak Johor rasa mereka hebat dan sebagainya tapi itu dulu, keadaan
sudah berubah, zaman telah berubah dan jangan kita terus ke belakang.
Yang akhirnya Yang Berhormat Datuk Speaker saya ini membangkitkan perkara iaitu
tentang jumlah pungutan hasil tanah yang telah dibayar oleh pihak PLUS, Lebuhraya
Utara Selatan kepada Kerajaan Negeri Johor pada setiap tahun. Kalau nak dikatakan
sepanjang PLUS beroperasi memungut hasil tol hingga sekarang. Saya terpanggil untuk
bertanyakan perkara ini kerana kita, saya kerap menggunakan, kita semua kerap
menggunakan lebuh raya tol ini. Terfikir juga agak-agak berapa cukai tanah yang
dibayar oleh PLUS kepada Kerajaan Negeri daripada yang merentas daripada
sempadan Melaka hinggalah ke Tol Skudai yang mungkin seluas dan sepanjang 180
kilometer. Saya difahamkan bahawa pembayaran cukai tanah bagi pembangunan
hanya dibayar kepada bagi bangunan penyeliaan plaza tol sahaja, tidak termasuk
jalan yang saya sebutkan tadi iaitu jalan daripada jawapannya yang mengatakan
bahawa terdapat 9 hak milik di atas kegunaan terbabit yang melibatkan sejumlah
23,523 pada tahun 2011.
Sepanjang tempoh PLUS memungut hasil dari tahun 2007 hingga sekarang sebanyak
hanya RM70,843.00 yang telah diterima sebagai hasil tanah. PLUS telah menggunakan
tanah Negeri Johor,telah memungut hasil yang begitu besar, berbilion ringgit tetapi kita
ataupun kerajaan hanya dapat RM70,843.00. Saya kira perkara ini perlu dikaji semula
dan dilihat kalau tanah pertanian kosong pun kita kena bayar cukai, apatah lagi
sebuah syarikat gergasi ini yang telah mengutip tol begitu banyak, bukan tanah
pertanian sepatutnya sudah dinilai sebagai tanah pembangunan ataupun tanah
87
industri. Saya sebenarnya tidak pernah terfikir perkara ini sebegini rupa. Kalaulah ianya
merupa kemudahan awam, infrastruktur kemudahan awam dan percuma, memang
tak payah bayarlah. Tapi kalau tanah itu digunakan untuk jalan dan jalan itu
digunakan untuk memungut hasil tol, saya kira pihak PLUS harus membayar cukai
tanah sepenuhnya sebagai tanah mungkin tanah industri. Jadi, kalau Kerajaan Johor
boleh dapat banyak cukai tanah dari PLUS ini mungkinlah kawasan sahabat saya Y.B.
Kukup ini kawasan pantai tanah tebing dah terhakis, tidak lagi miskin dan semuanya
yang telah disebutkan pada pagi tadi.
Yang Berhormat Datuk Speaker, mungkin itu sahaja yang dapat saya utarakan pada
kali ini, pendek sahaja tidak panjang untuk memberi ruang kepada rakan-rakan yang
lain. Itu sahaja yang saya ingin sampaikan, Yang Berhormat Datuk Speaker, dan Jorak
dengan ini menyokong usul yang telah dibawa oleh Kukup. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih. Dijemput Yang Berhormat Sungai Abong.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Berselawat). Terima kasih kepada
Yang Berhormat Datuk Speaker yang telah sudi memberikan ruang kepada saya untuk
berbahas pada petang ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin untuk menjawab beberapa persoalan yang
telah ditimbulkan oleh ADUN Kukup tadi dalam ucapan pertama pagi tadi. Yang
Berhormat tersebut dengan secara hairan dan takjubnya membangkitkan tentang isu-
isu yang berkaitan dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Seolah-olah beliau hairan
mengapa PAS ni berbelit-belit, agaknya perjuangan dengan tema-tema yang
berubah-ubah dan sebagainya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pada saya, kami tidak keliru. Seperti juga Barisan
Nasional atau UMNO yang slogan-slogan dan moto-moto yang berubah-ubah, Islam
Hadhari, 1Malaysia. Begitu juga kami Parti Islam SeMalaysia, yang kami hairan, bila
kami berslogankan dengan ke arah menuju ke negara Islam, kami juga dicemuh. Nak
Membangun Bersama Islam juga kami juga dikutuk. Bawa satu idea baru, slogan baru,
Membangun Ke Arah Negara Berkebajikan pun serupa juga. Jadi apa yang tuan-tuan
hendak lagi pada PAS ni? Dituduh kita meniru pula.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pada kami Negara Berkebajikan tu adalah satu
konsep Islam dan kita hendaklah faham bahawa konsep kebajikan adalah konsep
sejagat, universal. Semua negara, semua manusia inginkan kebajikan. Tapi dalam Islam
ditekankan sedikit penambahan yang tidak ada di mana-mana. Itulah konsep
Baddatun Toyibbatun Warabbun Ghafur, negara berkebajikan. Dan yang lebih penting
mendapat keampunan daripada Allah SWT. Itulah negara Islam dan konsep kebajikan
yang kita bawa bukan ianya berbentuk kebendaan semata-mata, subsidi semata-
mata tetapi ianya meliputi keseluruhan dengan saya nak ambil kira bahawa ada 4
elemen penting selain daripada kebajikan, bentuk kebajikan dengan syarak Islam dan
sebagainya ada 4 elemen yang mesti ada dalam satu negara ini :
1. golongan alim ulama;
88
2. golongan pemimpin;
3. golongan orang kaya ataupun berada;
4. golongan-golongan miskin.
i. Ciri negara berpendidikan dan mendapatkan keampunan daripada
Allah. Ulama ni dia mesti menegur. Tak kira ulama agama ataupun orang
alim orang yang cerdik pandai dalam semua segi, ilmu mesti wajib
menegur kepada pemimpin. Suka tak suka ini tugas dia. Kalau tugas ini
diabaikan maka tak sampai ke matlamat negara berkebajikan.
ii. Pemimpin yang adil, yang sedia untuk dipimpin bukan hanya untuk
memimpin, sedia untuk ditegur untuk menerima pandangan dan nasihat-
nasihat dari orang-orang alim ini.
iii. Golongan orang kaya-kaya yang bersifat pemurah. Ini wajib. Tak boleh
kita wujudkan golongan kaya sahaja tanpa bersifat dengan sifat
pemurah.
iv. Golongan miskin yang sentiasa mendoakan kerahmatan bagi orang
kaya dan negara.
Ini 4 golongan ini mesti ada, barulah saya tak sebut kebajikan ni macam-macamlah
bukan bagi subsidi sahaja, macam-macam. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya
perlu juga menjawab tentang kebangkitan yang ADUN Kukup timbulkan tentang
masalah 4 saksi dan sebagainya, ini perlu dijawab kerana ia melibatkan agama. Saya
kagum dengan Y.B. Kukup yang yakin sungguh-sungguh dengan al-Quran,
ketulenanNya, kehebatanNya dan saya minta beliau pun juga yakin juga dengan
ayat-ayat yang berhubung dengan hukum-hukum. Berhubung dengan perkara itu,
Allah berfirman (ayat al-Quran) maksudnya, dan orang-orang yang menuduh orang-
orang yang baik melakukan perkara yang tak baik tanpa mengadakan 4 orang saksi
maka pukullah dia dengan 80 kali sebatan Dengan kamu menjadikan, mengambil
mereka sebagai saksi selama-lamanya. Saya bimbang di sini, adakah ada hikmat di
sebalik hukum ini yang dah terang-terang menuduh tu tak apa. Yang bimbang
tentang ayat ini ialah kita ini yang tak terlibat langsung tapi seolah kita yang bercakap
dan kita menuduh terang-terangan, kita ni. Bila kita melihat…
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Yang Berhormat Datuk Speaker,
izinkan saya mencelah sikit. Izinkan saya mencelah sikit. Satu soalan saya nak tanyakan,
adakah pihak PAS ataupun pembangkang dah pasti video itu bukan video dia yang
nak dipertahankan dalam masjid, itu soalan saya. Kalau belum pasti macam mana
nak dipertahankan.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat Datuk Speaker,
persoalannya bukan sah atau tidak sah. Persoalannya ialah pertuduhan itu kerana
Allah melarang dia buat pertuduhan tanpa saksi. Sah, tidak sah ini bukan tugas kita.
Pertama, jangan tuduh tanpa 4 saksi kerana ini hukum.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Habis bagaimana dengan video
kalau video itu tak ada 4 siapa yang nak bawa ke depan 4 orang saksi. Kalau video tu
tak ada 4 orang yang saksikan bagaimana?
89
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Ini hikmah. Islam, Allah satu
hikmah. Kalaulah video dan DNA itu dijadikan satu bukti yang kukuh…
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : As Sheikh, saya minta sedikit ruang.
Kalau katakana video tu boleh tak kita gunakan sebagai saksi dan 4 orang yang warak
melihat akan video itu kalau mengatakan ianya benar, apa hukumnya? Ini tak, ini
kata itu saksi bersih, terus disangkal oleh pihak PAS. Itu yang saya sebut hari ni.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat Datuk Speaker,
persoalannya dalam pertuduhan zina ataupun liwat, video ataupun DNA tidak boleh
menjadi saksi, tidak boleh. Dalam masalah zina atau liwat tidak boleh.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : As Sheikh, ni hukum mana As Sheikh
pakai?
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Kerana natijahnya berat. Ia
boleh menjadi saksi sebagai…
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : As Sheikh, kalau katakanlah saya
dalam video, bawa ke Kelantan muka saya dalam video, betul-betul video, memang
sah video tak boleh juga jadi saksi?
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat Datuk Speaker,
mengikut hukum Islam, video tidak boleh jadi saksi dalam kes-kes begini.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat,
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Di Indonesia, Yang Berhormat
Datuk Speaker, di Indonesia kenapa kes pakai video, dia pun negara Islam juga.
Kenapa di dalam PAS tak boleh? Kadang-kadang tak faham. Hukum-hakam ni
dipunggah balik esok.
Y.B. Dr. Boo Cheng Han (Skudai) : Yang Berhormat, itu video presiden MCA tu tak jadi
persoalan?
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat, jemput duduk. Yang
Berhormat, duduk. Yang lebih jelas tentang perkara-perkara yang disebutkan tadi,
saya berpendapat jangan disebutlah.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Kerana ada hikmah tujuannya.
Kalaulah DNA ataupun…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Biarlah yang berhak yang menjawab. Sorang kata sah,
sorang kata tak sah sampai bila pun tak selesai masalah ni.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Yang Berhormat Datuk Speaker,
Yang Berhormat Datuk Speaker.
Y.B. Datuk Speaker : Yang Berhormat.
90
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup): Yang Berhormat Dato’ Speaker,
kalau DNA boleh diterima pakai seluruh dunia, kenapa juga satu parti ni tak boleh
pakai pulak? Apa specialnya dia? Kalau seluruh dunia boleh gunakan tape sebagai
bukti kenapa pulak dia tak boleh pulak? Sedangkan Islam dekat Indonesia tu 1.2 juta,
100.2 million boleh menggunakan, kenapa yang ini pulak tak boleh pakai? Apa
sebab? Kalau sebab media melakukannya, saya sedikit confuse.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat saya rasa tak perlu dipanjangkanlah.
Tukar tajuk yang lain lah.
Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Datuk Speaker, saya nak mencelah sikit.
Saya ucapkan terima kasih kerana beri ruang. Dia sebenarnya kalau berkaitan tentang
ini ianya adalah di bawah hukum, di bawah jenayah dalam Islam. Dan sebenarnya
apabila kita nak memperkatakan tentang hukum kita kena tahu sama ada yang
hudud ataupun tidak. Di dalam jenayah Islam, mungkin Jabatan Agama pun boleh
betulkan. kalau ia tertakluk di bawah hukum Hudud :
1. Orang yang mengaku. Ikrar.
2. 4 saksi, 4 saksi ini kedua-duanya dijatuhkan di bawah hukum hudud.
Yang kedua di dalam Islam, untuk cari keadilan adalah dinamakan Kharadah. Yang
bermaksud pembuktian. Tetapi ianya tidak boleh dihukum di bawah hukum hudud
tetapi di bawah hukum ta’zir. Jadi Itu yang perlu kita faham.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, Yang Berhormat, tak payahlah di panjangkan lagi.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Saya nak terangkan di sini
bahawa pertuduhan itu dilarang di dalam Islam tanpa 4 saksi. Itu sahaja. Bukan nya
sah atau tidak sah. Maknanya tidak dalam Islam kita tidak boleh tuduh seseorang itu,
mengaibkan seorang itu dalam kes-kes seperti ini. Tak boleh tuduh! Allah larang kita
tuduh. Melainkan mesti ada 4 saksi. Itu hukumnya. Walaupun benar ianya berlaku, kita
menuduh dengan 3 saksi Allah perintah kita disebat. Itu hukumnya.
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Itu dulu, ok Yang Berhormat,
Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat dulu ada pemimpin PAS dia tuduh Al-
Juburi, dah tuduh tu.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Oklah, saya rasa tak perlulah nak dipanjangkanlah Yang
Berhormat. Terima kasih.
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang berhormat, dulu PAS tuduh UMNO kafir.
Tuduh, tuduh. Ha, kata tak boleh buat pertuduhan? Tapi dulu PAS tuduh UMNO kafir.
So, jawab? Sedangkan dalam…
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong): Masalah ini…
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup): Sedangkan dalam hadis ada
mengatakan jika sesiapa yang dituduh tidak jatuh kafir maka menuduh itu jatuh kafir.
Itu hadis yang clear, terang, kenapa tak dipakai oleh PAS? Saya nak tanya.
91
Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Ok la Yang Berhormat itu saya kata tadi, tak perlu
dipanjangkan. Kalau panjang nanti, masing-masing nak bangun. Masing-masing ada
pendapat. Haa..
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Cuba Yang Berhormat Dato’
Speaker, DNA kita ni bersepah-sepah di mana-mana. Tu jelah, jadi tak boleh dikatakan
bukti kukuh sebagai bukti menyokong boleh aib.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Masya-Allah Sheikh, Masya-Allah.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Yang berhormat, saya kata, sebab tu saya kata tadi,tak
perlulah nak dipanjangkan, kalau dipanjangkan, semua sekali nak bangun. Masing-
masing ada pendapat. Jemput Yang Berhormat. Terima kasih. Tukar tajuk lain.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong): Datuk Speaker,
Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Nak apa?
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong): Pagi tadi…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat jemput duduk. Saya tangguhkan
Persidangan ini selama sepuluh minit dan kita akan kembali balik pada jam 4.15 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 4.05 petang.
Persidangan disambung semula pada jam 4.15 petang.
Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.
Y.B. Dato’ Speaker: Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan diteruskan. Jemput siapa
tengah berucap tadi. Jangan lama-lama ya. Ngantuk. Petang ni.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Assalamualaikum
warahmatullah, Yang Berhormat Dato’ Speaker, berapa minit lagi ada?
Y.B. Dato’ Speaker: Em, dalam 2 minit. (Dewan ketawa)
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong): Yang Berhormat Dato’ Speaker,
saya nak bawa satu isu yakni sijil halal yang hangat dibahaskan tadi. Jadi satu perkara
yang saya rasa songsang yang mana kita sebuah negara Islam. Kita mewajibkan
makanan Islam diletak label halal. Kalau kita masuk di supermarket dan sebagainya
maka kita akan dapat lihat bahawa semua barang-barang yang halal tidak ada label.
Yang ada label adalah barang-barang yang tidak halal. Bermakna semua yang tiada
label non-halal itu halal bagi kita. Jadi sepatutnya kita sebuah negara Islam, semua
barang ini sepatutnya halal, yang tidak halal itulah sepatutnya yang dilabel. Kalau kita
pergi ke luar negara yang bukan negara Islam, kita dapati bahawa label halal
dipamerkan untuk menunjukkan bahawa di sebuah negara yang bukan Islam, ini
barang-barang yang halal.
Jadi saya rasalah dan saya rasa perlu dibuat pengertian dan saya minta Jabatan
Agama supaya boleh atau tidak cadangan saya ini bahawa biarlah barang-barang
92
yang non...tidak halal sahaja yang dilabelkan dalam sebuah negara Islam. Supaya
mudah. Kerana bagi pelancong-pelancong Islam, dari negara Islam bila datang ke
negara kita mereka akan merasa terkejut. Kerana eh kenapa pula ada label halal
dalam sebuah negara Islam. Dan, tidak ada label non-halal. Jadi sepatutnya, saya
cadang label non-halal sahajalah yang sepatutnya di pamerkan pada makanan-
makanan yang tidak halal. Biar mudah.
Y.B. Dato’ Speaker : Berapa banyak makanan Yang Berhormat? Teruk lah..
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Tak ada, cuma kita label yang
tidak halal sahaja. Yang lain semuanya halal. Mudah kerja kita. Mudah pelancong-
pelancong Islam dari luar. Takde label halal, semuanya halal bagi mereka. Kita nak
memantau pun senang.
Y.B. Dato’ Speaker : Banyak jenis makanan tu.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Bukan, labelkan yang tidak
halal.
Y.B. Dato’ Speaker : Betullah, jadi makna makanan yang halal tu ada banyak.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Macam ada di supermarket
Dato’ Speaker, tak payah tercari label halal. Dah tau yang label non-halal tu bukan
untuk kita. Yang lain takde label non-halal, semuanya halal bagi kita.
Y.B. Dato’ Speaker : Agaknya kalau buat kat Kelantan dulu macam mana?
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong): Ini untuk di Malaysia…
Y.B. Dato’ Speaker : Ah..tidaklah..contohnya lah..kalau contoh jadi mungkin kerajaan
Federal…
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong): Insy-Allah...ini pandangn
daripada sahabat saya yang melancong ke sini, yang mereka merasa terkejut.
Y.B. Dato’ Speaker : Sahabat Yang Berhormat dari negeri mana?
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Negeri-negeri Islam Arab lah.
Y.B. Dato’ Speaker : Arab banyak arab, bergaduh dia sama dia. Contoh lagi berat.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong): Contoh bila kita pergi ke Negeri
Arab tu Dato’ Speaker, kita boleh makan semua makanan. Melainkan yang ada label
tidak halal.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha yalah. Ha’ah.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Baik, Dato’ Speaker, sekali lagi
saya nak bahaskan…bangkitkan tentang masalah tahap kesihatan di negara kita ini
walaupun pendekatan demi pendekatan telah dapat dilihat dan terima kasih kepada
pihak kerajaan. Namun di situ masih ada lagi kekurangan ketidakpuasan hati rakyat
93
khususnya yang pergi mendapat rawatan di hospital-hospital. Satu contoh sudahlah
mendapat apa ni tarikh untuk di follow up ataupun di temu janji lambat untuk kes-kes
yang kritikal, saya nak bawak satu kes. Apakah perlunya bila kita pergi ke hospital
mendapat suatu rawatan ataupun pemeriksaan contohnya macam x-ray, kita pergi
buat hari ni kemudian diberi tarikh satu bulan dari untuk mendapatkan keputusan.
Kenapa tidak boleh diberi keputusannya, laporannya pada hari itu juga supaya
memudahkan. Rakyat sakit kena datang balik satu bulan kemudian, hanya untuk
mendapat laporan. Kalau kita pergi di pusat-pusat perubatan swasta. Pergi kita buat
CT Scan pada hari itu, pada hari itu juga kita dapat laporan dan tahu laporan. Tak
payah sebulan lagi.
Y.B. Dato’ Speaker : Klinik Yang Berhormat macam gitulah?
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong): Ya?
Y.B. Dato’ Speaker : Klinik Yang Berhormat buat macam tu eh?
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong): Ye macam tu.
Y.B. Dato’ Speaker : Oi,uh…baik tu. Yelah, kena bayar. (Dewan ketawa).
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong): Dan, satu cadangan saya dalam
langkah untuk mencegah penyakit denggi. Saya nak cadangkan bahawa itu hari ada
dibuat…dibuat analisa di klinik swasta, salah satu pertanyaan adalah kenapa di klinik
swasta tidak menjalankan ujian untuk mengenal pasti penyakit denggi. Kami beritahu
bahawa kerajaan wajib menurunkan harga dipanggil apa ni, test kit untuk penyakit
denggi supaya mudah pesakit datang ke klinik saya, pada ketika itu saya boleh periksa
darah dia dan tahu kemungkinan dia dijangkiti denggi atau tidak. Itu jam jugak boleh
tahu. Dato’ Speaker, tak payah kita rujuk ke hospital. Test kit ni ada di market, di
pasaran. Tetapi harganya terlalu mahal. Sekitar RM40.00 sekali test.
Y.B. Dato’ Speaker : Ooh…
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Saya cadang kerajaan
kurangkan harganya. Supaya mudah kita suspek denggi, di klinik kita check, jadi kita
tahu untuk kita rujuk ke hospital atau tidak payah, jadi mudah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, tentang masalah pertanian dan krisis makanan yang
dijangka akan berlaku pada bila-bila masa. 3 tahun yang lepas berlaku krisis makanan
dunia yang menyebabkan harga makanan naik mendadak seperti beras dan
sebagainya. Laporan tersebut menyatakan sekiranya berlaku sekali lagi krisis makanan
di tahun 2008, maka dikhuatiri 50% penduduk negara-negara membangun akan
menjadi miskin kerana kenaikan harga-harga makanan asas. Bila ditanya Exco
Pertanian bahawa apakah program-program kerajaan untuk meningkatkan makanan
sebagainya maka jawapannya ialah pisang, nanas, kelapa buah-buahan, sawit dan
sebagainya. Tapi yang dimaksudkan di sini makanan asas, beras. Di tahun lepas bila
ditanya maka jawapan diberi adalah bahawa kerajaan telah mengenal pasti sekitar 8
gitulah, 8 tanah-tanah yang boleh dijadikan jelapang-jelapang padi. Tahun lepas,
itulah jawapannya. Saya ingin tahu hingga ke hari ini berapa banyakkah jelapang-
jelapang tersebut telah pun diusahakan untuk mengeluarkan beras di negeri johor ini.
Berapa tan dikeluarkan? kalau tidak, bila berlaku krisis sekali lagi, saya bimbang harga
94
beras akan meningkat dan rakyat yang setakat ini telah pun membayar harga yang
begitu tinggi akan menjadi miskin oleh sebab kenaikan harga-harga makanan ini.
Tolong jelaskan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Sikit lagi Yang Berhormat Dato’
Speaker. Pemanis ada menyebutkan tadi bahawa kawasan beliau ialah merupakan
kawasan yang malang ditimpa banjir hingga dua kali dalam masa 5 tahun. Muar, saya
rasa Muar lebih malang lagi. Baru-baru ini banjir tanpa berlakunya hujan. Banjir besar
berlaku. Kalau di Segamat berlakunya banjir kerana adanya hujan lebat. 2 hari
berturut-turut. Tapi di Muar berlaku banjir besar dengan tiada setitik hujan pun. Rakyat-
rakyat, penduduk-penduduk yang telah ditimpa banjir 5 tahun yang lepas baru saja
pulih daripada kemusnahan banjir pada tahun 2006. Tiba-tiba berlaku tahun 2005. 2006
banjir berlaku kerana berlakunya hujan lebat selama 3 hari 3 malam. Tapi pada awal
tahun ini, tidak ada setitik hujan pun. Jadi rakyat keliru, keliru hingga mereka bertanya.
Kenapa tidak ada amaran awal untuk memberitahu rakyat bahawa akan berlaku
banjir besar. Kenapa? Kerana kalau diberi amaran awal, saya pasti kemusnahan
bolehlah dikurangkan.
Bila saya bertanya dengan Pegawai berkenaan dia kata kita dah jangka akan berlaku
banjir bila berlaku banjir besar di Segamat akan berlaku banjir besar di Muar tetapi
kenapa tidak diberi amaran awal kepada penduduk-penduduk supaya mudah dibuat
persiapan dan saya hairan di negara-negara lain, bila dijangka berlaku banjir besar-
besar. Bila hujan berlaku 2,3 hari dan sebagainya maka kita lihat penduduk. Seluruh
penduduk di tempat itu bergotong-royong menyiapkan benteng-benteng, mengisikan
tanah di plastik-plastik dan guni-guni untuk membuat benteng-benteng untuk
menahan air banjir tetapi kenapa di negara kita ini seolah-olah tidak ada apa-apa
pun. Nak berlaku, berlakulah. Kita boleh pindah mereka ini. Jadi, saya hairan kenapa
tidak dilakukan sedemikian rupa seperti di negara-negara lain.
Y.B. Dato’ Speaker : Teruk ke saudara Yang Berhormat hari itu hujan?
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Eh teruk.
Y.B. Dato’ Speaker : Apalah punya bala eh. (Dewan ketawa).
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Kawasan Bukit Serampang
yang teruk dengan Pagoh.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh ya.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Saya kesian tengok ADUN dia.
Jadi, saya cadangkan tidak bolehkah kita membuat levee atau benteng-benteng
untuk menahan air-air yang akan melimpah ke daratan. Itu sahaja. Seperti di negara-
negara lain.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh yalah. Oh macam letak gunilah ya. Nanti kawasan sana
dululah eh, macam mana guni itu cuba tengok. Sudah Yang Berhormat?
95
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, akhirnya yalah.
Y.B. Dato’ Speaker : Hah, akhir kata.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Ada satu masalah yang saya
rasa ramai yang daripada kita ini tidak, apa ini, maklum atau tidak kena pada diri kita,
kita rasa ini perkara yang ringan. Masalahnya begini Yang Berhormat Dato’ Speaker,
dalam masalah-masalah tukar nama milik tanah, dipanggil tukar milik kasih sayang
begitulah. Contohnya Yang Berhormat ada tanah hendak bagi kepada saya.
Y.B. Dato’ Speaker : Saya tak sayang Yang Berhormat, buat apa saya nak beri.
(Dewan ketawa).
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Contohnya.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Ataupun ayah kepada anak.
Bila dinilai harga tanah itu, nilainya terlalu tinggi disebabkan oleh tanah itu di pinggir
bandar. Jadi, bila ditaksirkan, setem, cukai dan sebagainya bahawa meningkat ke
harga puluhan ribu untuk dilakukan perpindahan milik itu. Puluhan ribu kerana diikut
taksiran harga tanah itu. Jadi masalahnya, apakah masalah sangat untuk kita
memindah milik tanah kepada ayah ke anak dengan terpaksa membayar duti setem
yang terlalu tinggi hingga tak mampu si anak itu untuk membayar dan tidak dapat
memiliki tanah itu. Saya minta perhatian.
Y.B. Dato’ Speaker : Lama makan masa? Saya tak tahu, nanti dia jawab?
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Ya
Y.B. Dato’ Speaker : Lama makan masa?
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Bukan lama, nilaian terlalu
tinggi. Apa salahnya kurangkan nilai taksiran, harga tanah kurangkanlah sikit.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, ni dia kena bayar eh?
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Ya kena bayar. Anak kena
bayar kepada kerajaan. Jadi, apa salah kes-kes tertentu macam ini kita berikan sedikit
kelonggaran dan sebagainya Yang Berhormat Dato’ Speaker hingga terpaksa
menunggu mati bapaknya baru boleh anak itu memiliki tanah itu. Itupun terpaksa
dipusakakan.
Y.B. Dato’ Speaker : Faraid.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Difaraidkan.
Y.B. Dato’ Speaker : Sekian.
96
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, kalau ada masa lagi insya-Allah bagilah saya sedikit masa.
Y.B. Dato’ Speaker : Insya-Allah kalau tidak pilihan raya, tahun depan ada lagi. 5 minit
ke 15 minit?
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : 5 minit.
Y.B. Dato’ Speaker : Ya je dia cakap, macam betul. (Dewan ketawa).
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Ya. Masa cedera betul. Saya
terpaksa macam kungfu untuk sampai kepada itu.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, beri salamlah. Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Masalah pelancongan di
Negeri Johor ini terpaksa kita mengaku Yang Berhormat Dato’ Speaker bahawa
sebenarnya pelancongan di Negeri Johor ini hendak kata tiada peningkatan seolah
macam ada. Kalau mengikut laporan sebagainya, macam ada. Tapi kalau kita
melihat secara realitinya tidak ke mana pelancongan di Negeri Johor ini. Kita terlalu
sibuk mengenal pasti 10, 20 pusat-pusat pelancongan. Apa salahnya kita tumpukan
satu dua. Macam Melaka tumpukan satu atau dua. Tak payah kita hendak tumpu
semua sekali produk-produk pelancongan kita. Kalau tumpu semua sekali, memang
tidak ke manalah kita. Kita ada semua sekali, sebut sahaja produk pelancongan
negeri dan negara kita ini, Johor ada semua sekali produk-produk tersebut. Daripada
hutan simpanlah, taman negara, gunung, laut, sungai, semua kita ada. Saya minta
Jabatan Pelancongan tumpu buat tumpuan satu atau dua produk pelancongan yang
istimewa yang boleh memperkenalkan Johor kepada negara-negara luar. Jangan
main serkup semua sahaja hendak. Tak boleh.
Y.B. Dato’ Speaker : Rakyat yang kawasan itu hendak, tempat dia tu yang dia minta.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang ada, ada tapi tumpukan
yang betul-betul. Betul-betul yang istimewa yang tidak ada di negeri atau negara-
negara lain.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, insya-Allah saya akan sudahilah perbahasan pada petang ini dengan saya
menyokonglah usul yang dibawa oleh ADUN Kukup pada pagi tadi. Sekian,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam. Perbahasan diteruskan lagi, ada yang hendak
berucap? Pulai Sebatang.
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Selamat petang, salam sejahtera, salam
perpaduan dan salam 1Malaysia. Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana sekali lagi memberi
97
peluang kepada saya untuk membahaskan rundingan menjunjung kasih di atas Titah
Perasmian Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 23 Jun tahun 2011 yang lalu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam Titah Perasmian Duli Yang Maha Mulia Tuanku
adalah menyentuh berkaitan dengan ekonomi dan peluang pekerjaan. Duli Yang
Maha Mulia Tuanku bertitah bahawa dalam tempoh tiga tahun Negeri Johor telah
merekodkan pelaburan luar dan dalam sebanyak RM26 bilion dan 54,000 peluang
pekerjaan. Di Dewan yang mulia ini, Pulai Sebatang ingin mengucapkan setinggi
tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana berjaya memimpin
Kerajaan Negeri dalam pencapaian ekonomi yang amat memberangsangkan ini.
Inilah laporan pelaburan yang jelas menunjukkan ekonomi Negeri Johor berada pada
landasan yang tepat.
Walau bagaimanapun, laporan tersebut tidak membawa sebarang makna kepada
orang awam di luar sana kerana mereka tidak begitu memahami laporan ini. Bagi
kebanyakan mereka, ekonomi baik apabila peluang pekerjaan banyak diwujudkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di Dewan yang mulia ini saya ingin berkongsi
maklumat mengikut fakta di dalam laporan pelaburan-pelaburan terkini yang
dikemukakan oleh pihak MIDA bahawa daripada projek pelaburan pembuatan yang
telah diluluskan bagi bulan Januari hingga Mac tahun ini sahaja sejumlah 10,554
potensi peluang pekerjaan telah ditawarkan di Negeri Johor, yang mana jauh lebih
banyak daripada negeri yang diperintah oleh parti pembangkang. Yang tertinggi di
kalangan semua negeri di Malaysia. Negeri Kelantan yang sudah lama diperintah oleh
Parti PAS menjadi negeri yang tercorot dengan tiada langsung pelaburan domestik
dan hanya bergantung kepada pelaburan asing yang hanya berjumlah RM6.6 juta
dan peluang pekerjaan yang ditawarkan hanya sebanyak 204 kekosongan sahaja.
Namun begitu, adalah menjadi harapan Pulai Sebatang agar jumlah kekosongan
jumlah kekosongan itu hendaklah diberi keutamaan kepada rakyat tempatan
sesebuah kawasan projek pembuatan itu diwujudkan. Pulai Sebatang amat berharap
agar keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan dan bukanlah nanti dibuka
kepada warga asing seperti kebiasaan yang berlaku.
Di kesempatan ini, Pulai Sebatang ingin bertanya: Apakah jenis atau kategori peluang
pekerjaan yang dijana ini? Berapakah jumlah yang telah diisikan? Berapakah jumlah
rakyat tempatan atau penduduk tempatan yang telah mengisi peluang pekerjaan itu?
Berapa peratuskah peluang pekerjaan itu yang masih belum diisi dan mengapa?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan
terutamanya kepada Jabatan Imigresen kerana melaksanakan kaedah baru yang
dikenali sebagai Sistem Biometrik. Bagi warga asing, ia adalah satu cara
penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Imigresen. Sistem Biometrik ini
dilihat penting untuk keselamatan negara kerana ia bertujuan untuk memantau dan
mengawasi pergerakan keluar dan masuk negara. Bukan sahaja warga asing, tetapi
juga rakyat tempatan. Sistem pengimbas biometrik ini bolehlah dikira sebagai satu nilai
tambahan kepada keselamatan pasport sedia ada bagi mengawasi keselamatan
negara dari ancaman luar mahupun dalam negara.
Walau bagaimanapun, sikap kurang sensitif dan tidak peka jabatan yang
bertanggungjawab dalam menentukan tarikh mula pelaksanaan sistem ini telah
98
banyak mengundang pandangan negatif oleh orang ramai dan telah menjejaskan
imej negara di kalangan pelancong asing. Kita faham setiap sistem yang baru di
aplikasi, mesti ada wujud elemen kelemahan sama ada dari aspek teknikalnya
ataupun sifat kelemahan manusia itu sendiri. Tetapi sikap tidak peka pada keadaan
dan situasi ini amat mendukacitakan. Sistem ini telah mula dilaksanakan pada 4 Jun
yang lalu di pintu masuk utama seperti di Tambak Johor. Semua sedia maklum bahawa
pada bulan Mei dan Jun merupakan tempoh peak hour dengan izin, yang mana
musim cuti sekolah bermula sama ada di Malaysia bermula 28 Mei hingga 12 Jun dan
Singapura bermula 30 Mei hingga 27 Jun. Ini merupakan musim di mana orang awam
keluar bercuti sama ada warganegara Malaysia mahupun warga asing. Maka
apabila sistem ini mula dilancarkan pada 4 Jun dalam keadaan ramai orang
menggunakan laluan pintu utama Tambak Johor telah menyebabkan kesesakan teruk
berlaku dari Singapura ke Johor.
Pulai Sebatang telah difahamkan pada masa sistem tersebut mula dilaksanakan,
kesesakan lalu lintas berlanjutan sehingga 6 jam. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Pulai
Sebatang ingin bertanya, kenapa perlaksanaannya tidak dilakukan di luar waktu
puncak? Apakah rasionalnya tindakan perlaksanaan dilakukan dalam tempoh peak
hour? Tidakkah pihak jabatan yang berkenaan terfikir kesannya apabila mula
pelaksanaan sistem ini dilakukan pada masa yang tidak sesuai? Apakah pihak jabatan
yang berkenaan benar-benar bersedia sama ada dari segi teknikal, keanggotaan,
mahupun penguatkuasaan dalam melaksanakan sistem pengimbas biometrik ini.
Terdapat juga maklumat dari orang awam yang mengatakan bahawa pelaksanaan
sistem tersebut tidak meliputi semua. Ia dilakukan secara rambang terhadap warga
asing. Langkah ini amatlah tidak bertepatan dengan objektif perlaksanaan sistem
pengimbas biometrik ini.
Pulai Sebatang amatlah berharap agar perkara ini dipandang serius oleh jabatan
yang berkenaan dan bersifat peka dan sensitiflah kepada keadaan dan masa dalam
melaksanakan sesuatu tugasan atau sistem yang baik, ini kerana silap percaturan ia
hanya mendatangkan banyak keburukan dari kebaikan. Adalah menjadi harapan
Pulai Sebatang untuk melihat bukan sahaja jabatan yang berkaitan dengan sistem
pengimbas biometrik ini, semua agensi kerajaan terus melakukan tambah nilai kepada
sistem kerja masing-masing agar hasrat untuk menjadi paksi “Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan,” menjadi kenyataan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker di Dewan yang mulia ini saya ingin menyentuh sedikit
berkaitan kawasan saya DUN Pulai Sebatang yang mana kebanyakan penduduk
menjalankan aktiviti berkaitan dengan Kelapa Sawit. Seperti yang sedia maklum, buah
Kelapa Sawit kini merupakan nilai pasaran yang begitu tinggi dan ini memberi lonjakan
pendapatan bagi mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
aktiviti industri Kelapa Sawit ini. Walau bagaimanapun, saya telah mendapat aduan
daripada pihak pekebun dan pembekal di kawasan Pulai Sebatang bahawa sering
kali berlaku buah sawit ditolak dan dibuang oleh pihak kilang kerana di dakwa tidak
cukup masak dan setiap buah Sawit yang dibuang akan dikenakan denda
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh MPOB.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, mengikut syarat yang ditetapkan oleh MPOB,
buah sawit yang dikategorikan sebagai tidak cukup masak adalah apabila
kandungan minyaknya dalam 10% dan buah Sawit yang cukup masak, kandungan
minyaknya adalah dalam lingkungan 18.5% sehingga 20%. Manakala denda yang
99
ditetapkan oleh pihak MPOB pula adalah maksimum satu biji sawit yang dibuang,
dendanya sebanyak RM1,000.00
Y.B. Dato’ Speaker : Berapa biji Yang Berhormat seribu ni?
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Ha?
Y.B. Dato’ Speaker : Didenda berapa biji?
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : RM1,000.00
Y.B. Dato’ Speaker : Berapa?
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Satu biji.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, satu biji seribu ke? Eh, berapa banyak tu kalau kelapa sawit
kalau setangkai?
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Hebat.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, betul ke ni?
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Ya dan dikenakan terhadap pihak
kilang dan pembekal. Kita faham masalah bahawa syarat yang dikenakan oleh pihak
MPOB adalah semata–mata untuk memastikan hanya buah Sawit yang berkualiti
sahaja diproses. Namun begitu dengan keadaan pasaran buah Sawit yang bernilai
tinggi iaitu sekitar RM700.00 sehingga RM750.00 per tan. Adalah menjadi sesuatu yang
membazir apabila buah yang tidak cukup masak itu dibuang begitu sahaja.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di Dewan yang mulia ini, saya ingin mengambil
kesempatan untuk bertanya, adakah pihak MPOB nampak akan perkara ini berlaku?
Apakah pihak MPOB telah memberi ruang masa yang cukup kepada para pekebun,
pembekal kelapa Sawit dan pusat pungutan buah kelapa Sawit ini bersedia dengan
syarat yang dikenakan? Adakah pihak MPOB telah memberi penerangan atau
sebarang pendidikan berkaitan dengan proses yang sesuai untuk mendapat buah
Sawit yang berkualiti kepada pekebun, pembekal dan pusat pungutan sebelum syarat
ini dikuatkuasakan?
Y.B. Dato’ Speaker :Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Apakah tindakan yang di ambil oleh
MPOB untuk mengatasi masalah pembaziran ini?Pulai Sebatang juga amat berharap
agar pihak MPOB dapat duduk semeja dan berbincang dengan semua pihak yang
terlibat dalam industri Sawit ini bagi mengatasi masalah ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat tanya tu rakan Yang Berhormat
kat belakang dua orang tu. Ha, ADUN dua orang kat belakang tu tanya. Ketua dia
yang jadi pengerusi.
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : (Ketawa) Yalah. Nanti dia sampaikan
maklumat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
100
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi kerajaan yang
terlibat, bekerjasama membantu saya dalam mengatasi permasalahan di kawasan
DUN Pulai Sebatang. Seiring dengan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, agar
semua pihak bekerjasama, berganding bahu dalam menyelesaikan masalah rakyat
dan sepakat itu membawa berkat. Saya amat berharap agar segala cadangan,
pandangan dan persoalan yang saya utarakan dapat diberi pertimbangan yang
sewajarnya. Selari dengan saranan Perdana Menteri Malaysia, Satu Malaysia, Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dengan ini saya menyokong rundingan yang
dibawa oleh Ahli Yang Berhormat daripada Kukup. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah, terima kasih. Tak nak cakap lagi? Ok, lagi?
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor (Penawar) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor (Penawar) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’
Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Hijau baju.
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor (Penawar) : Alhamdulillah. Terima kasih di atas
kesempatan kali ini untuk sama–sama turut serta dalam bahasan Titah Kebawah Duli
Tuanku Sultan dalam Majlis Perasmian Sidang kali ini. Menjunjung kasih di atas Titah
Kebawah Duli Tuanku yang begitu prihatin dan mencakupi semua keperluan dan
kepentingan rakyat jelata sama ada OKU, petani, nelayan mahupun penjawat awam.
Sehubungan dengan itu, seiring dengan penekanan bidang keagamaan sama ada
melalui pembelajaran al-Quran dan sebagainya, pembinaan sekolah-sekolah agama
juga perlu diberi pemantauan yang serius sama ada kontraktor dan lain-lain agar tidak
berlaku kerja-kerja terbengkalai, kerana kita masih ada 121 buah sekolah yang perlu
dibina untuk tiga tahun mendatang ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ingatan Kebawah Duli Tuanku kepada rakyat baginda
yang bekerja di sektor awam, juga akan sedikit sebanyak mengingatkan tugas dan
tanggungjawab mereka untuk terus memperbaharui dan memperbaiki kelemahan
yang ada. Elakkanlah lagu “bangau oh bangau” didendangkan untuk menyelesaikan
masalah yang ada, sama ada tanah runtuh, longkang sumbat ataupun perkara-
perkara yang dimaklumkan oleh Wakil -Wakil Rakyat yang memerlukan tindakan
segera.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, apa tadi maksud “Oh bangau oh bangau”, apa?
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor (Penawar) : Supaya kita tidak bertanya ke mana dan
di mana siapa dalam menyelesaikan setiap masalah yang dibangkitkan oleh Wakil
Rakyat.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh tu. Habis tu oh bangau oh bangau? Apa dia punya sambung?
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor (Penawar) : Lagu bangau oh bangau.
101
Y.B. Dato’ Speaker : Ha apa lagi? Tak kan itu sahaja. Itu anak saya pun reti. Oh bangau
oh bangau.
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor (Penawar) : Bangau oh bangau kenapa engkau
kurus?
Y.B. Dato’ Speaker : Kenapa dia kurus? Eh, jawab lah.
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor (Penawar) : Kerana sebab akhirnya Y.B Dato’ Speaker,
dia akan menyalahkan antara satu dengan lain.
Y.B. Dato’ Speaker : (Ketawa), ok lah. Ok lah. Oh bangau.
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor (Penawar) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
menyentuh aspek keselamatan yang disentuh oleh Baginda Tuanku, diharapkan pihak
keselamatan, khususnya di dalam penyusunan dan penempatan dan kedudukan
anggota Polis di kawasan-kawasan yang telah dicadangkan dan diperakui untuk
penempatan tetapi masih kosong hingga kini, haruslah diberi perhatian. Janganlah
sehingga graf kekacauan dan kemalangan meningkat, barulah kita mencari alternatif
untuk penyelesaiannya. Tahniah atas kecemerlangan yang di capai dan semoga
dapat diteruskan untuk kualiti yang lebih baik. Mungkin kita perlu melihat dan mengkaji
semula undang-undang sedia ada yang mencakupi bidang kekacauan dan
sebagainya di peringkat negeri agar dapat dikawal dalam kelompok-kelompok yang
kecil dan tidak berlaku di dalam himpunan yang besar-besar. Tidak dibenarkan
perhimpunan yang besar bagi menjamin keselesaan dan ketenangan semua
peringkat rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, tahniah juga kepada penjawat jawatan yang baru,
selamat bersara kepada sahabat-sahabat yang terlibat tapi mohon juga dilihat
kembali masalah yang dibangkitkan oleh sahabat-sahabat Wakil Rakyat yang perlu
kepada tindakan untuk penyelesaian. Contohnya masalah tanah generasi kedua,
agar dapat diberikan jawapan untuk dijelaskan kepada rakyat yang menunggu
penjelasan tentang perkara ini. Terima kasih dan tahniah kepada pihak kerajaan,
khususnya Kerajaan Barisan Nasional yang telah menyiapkan binaan Desaru-Senai
yang membolehkan perjalanan yang jauh menjadi pendek, menjadi singkat dalam
waktu yang pendek, walaupun,
Y.B. Dato’ Speaker : Walaupun apa?
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor (Penawar) : Walaupun dibangkitkan oleh ADUN Senai
berada di dalam, ADUN Skudai, maaf, dalam keadaan yang sempit. Tetapi Kerajaan
Barisan Nasional terus berusaha memberi pelbagai kemudahan membina setiap
pembangunan untuk diberikan kepada rakyat dan adalah lebih baik daripada kita
merobohkan Kampung Buah Pala dan juga pelbagai kampung yang ada di negeri di
Malaysia ini. (Dewan bertepuk)
Jadi saya mengharapkan agar perkara-perkara yang ini tidak dibangkitkan kerana
ianya hanya akan menjejaskan perpaduan di kalangan kita. Yang Berhormat Dato’
Speaker saya yakin dan percaya kalau Kerajaan Barisan Nasional boleh membina
jambatan yang hebat di Pulau Pinang, maka tidak hairanlah 3 jambatan kecil saya di
sepanjang Lebuhraya Desaru – Senai itu boleh di bina sebelah lagi untuk peningkatan
102
lebuh raya pada masa akan datang. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya
mengharapkan perkara-perkara yang perlu diambil tindakan segera bagi meredakan
kemarahan penduduk Kampung Tanjung Buai yang kalau dulu dalam Pilihan Raya
yang Ke-12, 123 daripada 124 undinya adalah untuk Barisan Nasional. Saya
mengharapkan agar pembinaan Lebuhraya Senai – Desaru hari ini, diberi satu
keistimewaan yang khusus untuk penduduk Kampung Tanjung Buai sama ada satu tiket
khas kepada mereka ataupun dibina simpang ataupun roundabout ataupun apa
sahaja untuk mereka mudah menggunakan lebuh raya….
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, ni ramai tengok ke atas ni, kenapa?
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor (Penawar) : Tadi saya cakap bangau oh bangau,
yang ni burung oh burung. (Dewan ketawa).
Y.B. Dato’ Speaker : Kat mana engkau berada? ha?
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor (Penawar) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, supaya
memudahkan penduduk Kampung Tanjung Buai ini boleh menggunakan lebuh raya
yang ada di hadapan mereka tanpa perlu mengambil perjalanan sejauh 40kilometer
untuk kembali semula menggunakan lebuh raya ini, dan saya juga mengharapkan
perkara ini diambil perhatian yang serius ataupun diberi penjelasan yang cukup jelas
kerana ini adalah di antara kampung-kampung yang begitu sinonim dan menjadi
kegemaran Ke Bawah Duli Tuanku, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga
merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato’
Menteri Besar Johor dalam Siri Lawatan Turun Padangnya di mana dua kemudahan
asas di kampung ini iaitu pembinaan jeti nelayan dan juga pembinaan masjid di dalam
proses untuk dilaksanakan dan saya mengharapkan ketidakcukupan tanah di dalam
proses pembinaan masjid bukanlah satu alasan untuk masjid tersebut tidak dibina dan
saya juga mengharapkan pihak JPS melihat supaya kualiti pembinaan jeti nelayan
yang akan dibina nanti menepati piawaian yang telah ditetapkan.
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengharapkan jalan penyelesaian perkara
yang telah disebutkan tadi adalah selaras dan selari dengan Titah Ke Bawah Duli
Tuanku. Penawar yakin dan percaya dengan kehebatan dan kebijaksanaan Yang
Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor bersama dengan pegawai-pegawai,
semua permasalahan yang disebutkan tadi dapat diselesaikan seiring dengan
pembangunan sedia ada yang telah disusun atur. Selain daripada itu, Penawar juga
mengharapkan Rumah Mesra Rakyat bagi Kampung Baru Sungai Mas yang akan
dipohon walaupun telah berkali-kali dipinta taklimat tetapi hingga hari ini masih lagi
tidak mendapat jawapannya dapat dilaksanakan.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekali lagi atas kelulusan
pembinaan dewan dan surau dalam Siri Lawatan Turun Padang pada Mac 2010.
Penawar mengharapkan Kementerian Kesihatan dapat mendirikan bangunan baru
dan menempatkan seorang Jururawat Desa di Kampung Orang Asli Sg. Layau yang
hari ini bangunannya didirikan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan perkhidmatan
kesihatannya berkongsi dengan klinik yang ada di FELDA Semenchu.
Selain daripada itu, Penawar juga mengharapkan pembinaan jeti persendirian di
Sungai Lebam yang telah diberikan kebenaran oleh pelbagai jabatan benar-benar
tidak memberi gangguan kepada rumah-rumah rakit dan ternakan-ternakan ikan
103
yang ada di persekitaran Sungai Lebam, kerana Sungai Lebam bukanlah sebuah
sungai yang besar, sebuah sungai yang sempit dan dipenuhi oleh aktiviti-aktiviti
nelayan kampung dan persisiran sungai yang ada. Dan, saya juga mengharapkan
agar tidak ada kesempatan yang diambil daripada pembinaan jeti-jeti tersebut. Dan
untuk akhirnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, Penawar menyokong cadangan yang
dibawa oleh ADUN Kukup…
Y.B. Dato’ Speaker : Eh? Pendek je?
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor (Penawar) : Sekian, wabillahi taufik walhidayah
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam, perbahasan diteruskan lagi. Jemput siapa nak
berucap?
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh, salam sejahtera…
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam…
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Ya... Apa? Yang Berhormat mengantuk? Duduklah... Ha. Ahli-Ahli
Yang Berhormat, Dewan ini saya tangguhkan sehingga esok, 28 Jun 2011, jam 9:30
pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 5:03 petang.
104
PENYATA RASMI
MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL
PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12
HARI KETIGA SELASA, 28 JUN 2011 BIL. 14 TAHUN 12
HADIR
Y.B. Dato’ Speaker,
Dato’ Haji Mohd. Ali bin Hassan,
DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Johor,
Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, DK., SPMJ., PIS.
(Serom);
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,
Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor.
Datuk Haji Ahmad Zahri bin Jamil, PJN., PIS.
(Sri Medan)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan
Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Johor.
Dr. Hajah Robia binti Dato’ Haji Kosai
(Sungai Balang)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.
Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, SPMJ., KMN., PIS.
(Endau)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.
Encik Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PIS.
(Bekok)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor.
Datuk Haji Ab. Aziz bin Kaprawi, PJN., PIS., AMN.
(Parit Raja)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor.
Puan Asiah binti Md. Ariff, AMN.
(Johor Lama)
105
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan
dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, Johor.
Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.
(Tiram)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,
Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Johor.
Encik M. Asojan a/l Muniyandy, AMN.
(Gambir)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Johor.
Encik Hoo Seong Chang, PIS.
(Paloh)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Johor.
Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday
(Mahkota)
Y.B. Datuk Haji Othman bin Jais, PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN.
(Buloh Kasap)
Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.
(Panti)
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah, PJN., PIS., AMN.
(Tanjong Surat)
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat, JP., KMN., PIS., AMN., PPN.
(Bukit Serampang)
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, DSNS., AMN., PIS.
(Kempas)
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman, PJN., KMN., PIS., JP.
(Machap)
Y.B. Datuk Ng See Tiong, PJN., JP., KMN., AMN., PIS., PK.
(Parit Yaani)
Y.B. Puan Lim Kee Moi, PIS.
(Yong Peng)
106
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman, DSNS., KMN., AMN.
(Puteri Wangsa)
Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin, AMN., KMN., PIS., PPA., PSSB.
(Layang-Layang)
Y.B. Encik Lau Chin Hoon,
(Pemanis)
Y.B. Datuk Ayub bin Rahmat, PPN., AMN.
(Kemelah)
Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.
(Semarang)
Y.B. Datuk Haji Abdullah @ Md. Khalid bin Md. Ali, DMSM., PIS., AMN.
(Bukit Naning)
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee,
(Jementah)
Y.B. Encik Cheong Chin Liang,
(Bukit Batu)
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong, DMSM.
(Pulai Sebatang)
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, DMSM., KMN., AMN.
(Nusajaya)
Y.B. Datuk Koh Chee Chai, PJN., PIS.
(Penggaram)
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.
(Rengit)
Y.B. Encik Tan Cher Puk, AMN.
(Johor Jaya)
Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba, DMSM.
(Pasir Raja)
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad, PGDK., PIS., KMN., AMN.
(Benut)
107
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu, PJN.,PIS., BSI., KMN., AMN., PPN.
(Permas)
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor,
(Penawar)
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan,
(Kahang)
Y.B. Encik Tang Nai Soon,
(Pekan Nenas)
Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PMW.
(Jorak)
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof, DMSM., DSM.
(Kukup)
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali,
(Bukit Permai)
Y.B. Encik Goh Tee Tee, PIS.
(Tangkak)
Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain,
(Sedili)
Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim, PPN.
(Senggarang)
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan, PIS., AMN.
(Tenggaroh)
Y.B. Encik Chia Song Cheng,
(Pengkalan Rinting)
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru, AMN., PIS.
(Tanjung Puteri)
Y.B. Encik Mok Chek Hou,
(Stulang)
108
Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim
(Tenang)
Y.B. Encik Ong Kow Meng,
(Senai)
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh,
(Sungai Abong)
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang,
(Bentayan)
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau,
(Skudai)
Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim
(Maharani)
Y.B. Encik Ng Lam Hua,
(Mengkibol)
TURUT HADIR
(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI
JOHOR)
Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor,
Tuan Haji Obet bin Tawil, PIS.
Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor,
Tuan Haji Marsan bin Kassim
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin, DMSM., DSM., BCM., PIS., PPN.
(Semerah)
Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor,
Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, DMSM., DSM.
109
Persidangan bermula pada jam 9:40 pagi.
Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.
DOA.
(Jurutulis baca doa).
Jurutulis : PEMASYURAN DARIPADA YANG BERHORMAT DATO’ SPEAKER.
Y.B. Dato’ Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan
diucapkan selamat pagi, salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini
mengalu-alukan Pegawai Kewangan Negeri yang baru Tuan Haji Marsan bin Kassim.
Tahniah di atas pelantikan tersebut, semoga dapat menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang beramanah, dan lebih-lebih lagi jangan lupa elaun dan
overtime Ahli Dewan Negeri jangan dilambatkan.
Jurutulis : SOALAN LISAN.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Tuan Haji Jaafar bin Hashim, jemput.
Y.B. Tuan Haji Jaafar bin Hashim (Senggarang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan
nombor 1.
Kegiatan minum arak secara terbuka menjadi fenomena baru kepada anak muda
masa kini. Apakah langkah-langkah pencegahan terutamanya pengguna arak yang
disebut Bir Halal.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum
warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan negeri
akan terus membuat tindakan dan pemeriksaan berkala berdasarkan aduan terhadap
pelanggaran...
Y.B. Dato’ Speaker : Perlahan Yang Berhormat. Kuat sikit la...
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan negeri
akan terus membuat tindakan dan pemeriksaan berkala berdasarkan aduan terhadap
pelanggaran kesalahan-kesalahan jenayah syariah termasuklah bagi kesalahan
meminum arak atau minuman memabukkan. Dan untuk makluman Dewan yang
mulia ini, pada tahun 2010 seramai 300 orang telah pun didakwa di Mahkamah
Syariah. Manakala hingga bulan Mei 2011 seramai 13 orang telah pun diambil tindakan
bagi tujuan pendakwaan atas kesalahan meminum arak. Seksyen 19 Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Negeri Johor memperuntukkan bahawa bagi
kesalahan meminum arak, denda yang ditetapkan adalah tidak melebihi RM3,000.00
110
atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. Manakala bagi mereka yang
menjual dan membeli, denda yang ditentukan ialah tidak melebihi RM5,000.00 atau
penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Bagi tujuan pencegahan dan
pemantauan terhadap kes-kes berulang kerajaan bercadang untuk mewujudkan
Pusat Pemulihan dan Pemantauan Akidah agar perintah mahkamah boleh
dilaksanakan antaranya, bagi tujuan pemulihan terhadap pesalah-pesalah jenayah
syariah tegar.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain daripada itu, kerajaan juga sedang
membangunkan modul-modul pencegahan jenayah syariah, berdasarkan peringkat
umur yang meliputi kanak-kanak, remaja, dewasa dan usia emas. Kerajaan berharap
agar modul-modul ini akan dapat dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi yang
berkaitan seperti Jabatan Pelajaran, IPTA dan IPTS, Pertubuhan-Pertubuhan Belia,
Jabatan Perpaduan dan lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkaitan Bir Halal ia adalah sejenis minuman yang
diimport dari sebuah negara Islam Timur Tengah. Minuman tersebut dihasilkan dari
pelbagai perisa buah-buahan yang popular di kalangan pengguna Islam di Malaysia
dan mudah diperolehi di kedai-kedai atau kafe terpilih. Ujian makmal daripada
Jabatan Kimia Johor telah mendapati bahawa minuman tersebut mengandungi
alkohol pada kadar 0.5% dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang
pada 29 Jun 2010, telah memfatwakan bahawa jumlah alkohol yang dibenarkan pada
makanan ialah tidak melebihi 0.01% yang terhasil secara semula jadi.
Bagi makluman Dewan yang mulia ini juga, sijil pengesahan halal ke atas minuman ini
telah dikeluarkan oleh syarikat swasta yang tidak diiktiraf oleh kerajaan. Makluman
perkara ini telah dipanjangkan kepada pihak JAKIM dan Kastam Di Raja Malaysia bagi
tindakan selanjutnya. Oleh yang demikian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, umat Islam
dinasihatkan untuk tidak mengambil minuman tersebut, kerana kandungan alkohol
yang terdapat di dalamnya melebihi dari kadar yang dibenarkan oleh hukum syarak.
Y.B. Dato’ Speaker : Senggarang.
Y.B. Tuan Haji Ja’afar bin Hashim (Senggarang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
melihat senario anak- anak muda masa kini yang nampaknya macam kembali semula,
meminati minum arak yang telah pun dinyatakan tadi dengan harga yang murah
sekitar RM5.00 atau pun RM6.00 ringgit sahaja dapat dibeli untuk satu botol dan
peminum-peminumnya juga sekarang ini kita lihat ramai di kalangan di peringkat
anak-anak muda, sekitar umur 14 tahun pun yang telah mula minum arak ini. Jadi yang
ingin saya tanyakan, tidakkah boleh atau pun kita haramkan sahaja kemasukan arak
Bir Halal ini, yang kita bimbang akan menjadikan jenayah separa sedar ini meningkat.
Makna bila mereka minum arak mereka akan melakukan jenayah, kecurian dan
sebagainya. Jadi, cadangan saya atau pun maknanya pertanyaan saya ialah
111
berkaitan dengan bagaimana untuk ataupun maknanya boleh ke kita halang
kemasukan Bir Halal yang banyak digunakan oleh anak muda ini. Terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di
atas soalan tambahan Ahli Yang Berhormat dari kawasan Senggarang. Yang
Berhormat Dato’ Speaker, soal menghalang ini bukan dalam bidang tugas Jabatan
Agama, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kita hanya memberikan fatwa dan kita juga
hanya terlibat dalam pengeluaran sijil-sijil halal. Tindakan menghalang itu adalah di
luar bidang kuasa kita. Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang, deras lain kali bangun, Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Salam Yang Berhormat Dato’ Speaker,
soalan saya mudah saja...
Y.B. Dato’ Speaker : Mudah...
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Kalau dalam Islam kalau kita lihat
apabila kita menyebut tentang sesuatu makanan yang menyerupai benda yang
haram, contohnya bir kita memang kita dah tahu ia benda yang memang boleh
memabukkan, ia dikategorikan haram, macam mana pulak nama itu daripada bir
boleh jadi halal, sedangkan bir itu kita tahu benda itu memang haram, kan, jadi...
Y.B. Dato’ Speaker : Tak dia bukan bir, biar, biar ‘ali...macam tu...
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi itulah soalan saya tadi, tidak boleh
ke Jabatan Agama Islam yang mengeluarkan fatwa yang mengatakan bila benda
yang sama dengan benda haram ini, memang setahu saya, dikategorikan terus
haram, dan dalam bidang kuasa menahan tadi, tidak bolehkah Jabatan Agama Islam
bekerjasama dengan Pihak Kastam atau pun Polis untuk memastikan benda ini,
tindakan diambil. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau tidak silap
saya, dia tak ada nyatakan Bir Halal, dia hanya nyatakan minuman, nama minuman
itu dan namanya merican namanya. Jadi itu terpulanglah kepada kita Yang
Berhormat Dato’, sama ada kita nak mengambil minuman ini atau tidak. Dari segi
kerjasama memang telah sedia wujud kerjasama di antara pihak Jabatan Agama
dengan agensi-agensi yang dinyatakan tadi dan kuasa untuk sama ada nak
melarang, nak membawa masuk nak membenarkan atau tidak, itu bukan dalam
kuasa kita, itu pihak-pihak lain, agensi-agensi lain seperti Kastam dan sebagainya.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Gwee Tong Hiang, jemput.
112
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya
nombor 2.
Nyatakan bilangan keturunan Melayu dan bukan Melayu yang dibantu di bawah Skim
Tabung Ekonomi Belia untuk memulakan perniagaan sendiri sepanjang 3 tahun lalu
dan bagaimanakah kemajuan mereka?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Skim
Tabung Ekonomi Belia ataupun STEB telah berjalan selama 2 tahun iaitu bermula pada
17 Disember 2007 dan berakhir pada 19 November 2009. Skim Tabung Ekonomi Belia ini
telah dibekukan kerana dana yang sedia ada pada ketika itu tidak mencukupi untuk
menampung permohonan yang baru. Berikut adalah bilangan belia keturunan Melayu
dan bukan Melayu yang telah dibantu di bawah Skim Tabung Ekonomi Belia
sepanjang 2 tahun di Negeri Johor.
Untuk Skim Belia Niaga, belia Melayu seramai 92 orang, Cina 53 dan India 6. Manakala
Skim Belia Tani, Melayu 40, Cina 6 dan India 1 dan jumlah keseluruhan yang telah
dibantu melalui Skim Tabung Ekonomi Belia ialah seramai 132 orang belia Melayu, 59
belia Cina dan 7 belia India yang mana jumlah keseluruhan ialah 198. Melalui
pemantauannya di peringkat Belia dan Sukan Negeri Johor, dan juga Pejabat Belia
dan Sukan Daerah-Daerah serta laporan bayaran balik yang dikemukakan oleh pihak
Bank Rakyat dan Agro Bank, kemajuan peminjam, amatlah memuaskan yang mana
sehingga kini daripada 198 belia yang meminjam Skim Tabung Ekonomi Belia, seramai
175 orang peminjam masih lagi meneruskan perniagaan sehingga kini.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, Permas.
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’
Speaker. Terima kasih atas penjelasan yang telah diberi oleh EXCO cuma saya nak
tanya itu satu perkara berkaitan dengan kriteria untuk memohon skim ini dan berapa
jumlah mereka boleh mohon, bagi apa jenis perniagaan.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk
makluman Yang Berhormat Permas, sebenarnya pinjaman ini dah dibekukan tapi dari
segi kriteria untuk meminjam, pertama sekali dia mesti menjadi ahli kepada Persatuan
Belia. Kemudian, mestilah ada daftar Sijil Perniagaan dan juga mempunyai akaun
syarikat. Ketiga, mestilah mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang perniagaan
yang dipohon untuk pinjaman. Kemudian, dia tidak muflis dan juga tidak mempunyai
hutang dengan institusi-institusi pinjaman yang lain. Dari segi kadar jumlah pinjaman
yang diberikan mereka boleh meminjam sehingga RM50,000.00 pinjaman yang
maksimum.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Lau Chin Hoon, jemput.
113
Y.B. Encik Lau Chin Hoon (Pemanis) : Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan nombor 3.
Program pembasmian kemiskinan dijadikan sebagai salah satu agenda utama
Kerajaan. Sejauh manakah (dilihat menerusi statistik, kesan dan faedah langsung)
program ini berjaya mengatasi masalah kemiskinan di Negeri Johor?
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, jemput.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker
soalan nombor 4.
Adakah Kerajaan Negeri telah berjaya mencapai sifar miskin tegar pada tarikh yang
ditetapkan iaitu 31 Disember 2010? Sila nyatakan jumlah KIR yang mendapat bantuan
tunai bulanan dan juga bantuan melalui program peningkatan ekonomi berserta
dengan amaun yang telah dikeluarkan?
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Chia Song Cheng, jemput.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Yang Berhormat Dato’ Speaker
soalan saya nombor 5.
Apakah langkah dan usaha Kerajaan Negeri Johor yang telah diambil dan
dilaksanakan untuk menjana pembangunan ekonomi bagi melonjakkan taraf hidup
rakyat yang berpendapatan rendah dan masih berada di garisan miskin dan miskin
tegar?
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, jemput.
Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Jorak) : Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan
nombor 6.
Mohon senaraikan, apakah program-program peningkatan hasil pendapatan isi
rumah bagi golongan miskin dan yang berpendapatan rendah yang telah
dilaksanakan oleh mana-mana agensi kerajaan yang terlibat dan manakah di antara
program tersebut yang benar-benar dianggap berjaya dan telah mampu membantu
golongan tersebut.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya untuk
menjawab soalan-soalan daripada Yang Berhormat daripada Pemanis, Nusajaya,
Pengkalan Rinting dan Jorak secara bersama. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih
dahulu ingin saya maklumkan bahawa perangkaan paras kemiskinan yang dirujuk
untuk Negeri Johor adalah paras yang di antara yang terendah, itu tak lebih daripada
2%. Tetapi sejak kebelakangan ini, Yang Berhormat Dato’ Speaker, pihak kerajaan
114
walaupun pada paras yang rendah tadi, kerajaan telah pun memberikan tumpuan
secara khusus kepada kumpulan sasar yang di rujuk sebagai keluarga miskin tegar dan
miskin. Dan, pada tahun 2009 kerajaan di peringkat persekutuan dan seterusnya di
seluruh negara, mengambil satu langkah untuk ke arah membawa miskin tegar
kepada paras yang sifar dan seterusnya untuk menurunkan kadar kemiskinan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bahawa takrifan kepada keluarga miskin tegar
ini, ialah pendapatan keluarga yang berkenaan ialah pada paras tak lebih RM430.00
di luar bandar dan RM440.00 di bandar dan pada puratanya RM100.00 berkapital
dalam keluarga yang berkenaan. Sementara itu, keluarga miskin ditakrifkan pada
paras pendapatan tak lebih RM720.00 di luar bandar dan purata pada paras RM180.00
berkapital.
Oleh itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, sempena dengan kerajaan mengambil
sasaran pada tahun 2009 untuk membawa miskin tegar kepada paras sifar, maka
langkah yang pertama yang perlu diambil di Negeri Johor pada tahun 2009 Dato’
Speaker ialah untuk mendapatkan bancian yang tepat keluarga-keluarga yang
berkenaan. Oleh itu, kerajaan negeri telah menggerakkan tindakan ke arah mengenal
pasti keluarga yang dimaksudkan di mana pihak pejabat daerah melalui penghulu-
penghulu, ketua-ketua kampung dan ketua-ketua masyarakat yang ada sama ada
dalam konteks kampung, luar bandar dan juga di kalangan ahli-ahli pimpinan
masyarakat tempatan di bandar, di pekan termasuk juga yang ada di ladang-ladang
untuk kita mengenal pasti kumpulan sasar ini. Walaupun begitu, langkah di peringkat
kerajaan negeri telah pun di selaraskan di peringkat Negara di mana satu pangkalan
bersepadu data kemiskinan Negara yang di sebut e-Kasih di ICU telah di gabungkan
segala pengesanan keluarga miskin tegar dan miskin ini.
Oleh itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk menjawab soalan-soalan yang
berbangkit, maka Kerajaan Negeri telah pun mengambil keputusan bahawa pada
Januari 2010, maka itulah kumpulan sasar yang perlu mendapat pembelaan
maknanya keluarga yang dikenal pasti pada Januari 2010 untuk kita menyelesaikan
yang tegar dan juga mengurangkan yang miskin. Sempena dengan jumlah pada
Januari 2010 maka pecahannya Yang Berhormat Dato’ Speaker, adalah seperti berikut
:- Jumlahnya lebih kurang 9,594 ketua isi rumah di dalam kumpulan tersebut ada 1,238
keluarga isi rumah miskin tegar, 2,665 miskin dan 5,500 yang di rujuk sebagai mudah
miskin. Itu perangkaan pada Januari 2010.
Selepas kita mendapat kepastian dengan andaian bahawa tidak ada yang tertinggal,
terlepas pandang, maka kerajaan mengambil langkah di antaranya untuk kita
menyelesaikan yang tegar ini, beberapa program dalam bentuk pembasmian
kemiskinan maka di antaranya Yang Berhormat Dato’ Speaker, ialah program
membantu pembinaan rumah yang baru, membaiki rumah yang agak uzur dan
seterusnya ialah untuk melaksanakan projek-projek ekonomi yang boleh mewujudkan
sumber pendapatan keluarga yang berkenaan dan seterusnya untuk kita juga
115
membangunkan insan yang ada di kalangan ahli keluarga dan seterusnya juga
program untuk membuat bantuan secara langsung dalam bentuk bantuan tunai
bulanan kepada mereka yang di rujuk di anggap sebagai tidak proaktif termasuk di
antaranya mereka sudah pun melampaui umur 60 tahun.
Untuk bantuan rumah, untuk makluman dewan ini, sebanyak 498 rumah baru telah di
bina, 187 rumah di baik pulih dengan belanja sebanyak RM18.4 juta pada tahun 2010
maknanya Januari 2010 kumpulan sasar dikenal pasti sepanjang 2010 program-
program ini kita laksanakan. Dan pada tahun 2010 juga sebanyak RM7.6 juta
dibelanjakan untuk projek yang berbentuk kegiatan ekonomi sama ada dalam bentuk
ternak ikan, pertanian dan perniagaan secara kecil-kecilan yang melibatkan
kumpulan sasar keluarga miskin tegar dan juga keluarga miskin.
Untuk makluman juga, seramai 907 orang peserta telah terlibat dalam program
ekonomi ini. Di bidang pertanian, bantuan di berikan untuk misalnya membeli
membekalkan enjin, bot dan peralatan menangkap ikan. Di bidang pertanian
misalnya melibatkan projek menanam jagung, cendawan, cili fertigasi dan ternakan
juga melibatkan ternakan seperti ayam, itik, dan juga lembu, kambing dan ikan dalam
sangkar. Sementara itu pula Yang Berhormat Dato’ Speaker, mereka juga ada yang
diberikan untuk menyertai dalam program perniagaan secara kecil-kecilan dengan
diberi bantuan membangunkan seperti perniagaan asas tani dan berniaga secara
kecil-kecilan.
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita dapati bahawa di kalangan projek-
projek ekonomi, maka jenis yang agak mudah untuk membawa pendapatan ialah
dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan ini walaupun projek-projek seperti
membela itik, ayam, lembu dan seterusnya agak memakan masa untuk membawa
pulangan kepada peserta-peserta. Sementara itu, Ahli Yang Berhormat ada juga
merujuk tentang bantuan secara langsung di kalangan mereka yang tidak lagi
dikatakan produktif termasuk mereka yang melampaui umur 60 tahun. Ingin saya
maklumkan pada tahun 2010 seramai 34,000 penerima telah menerima bantuan tunai
bulanan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam dan juga dividen
melalui ladang-ladang FELCRA dan ini melibatkan jumlah sebanyak RM33.4 juta.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, oleh yang demikian ingin saya maklumkan bahawa
kita telah pun berjaya pada tahun 2010 untuk kita membasmi kemiskinan tegar ini
pada tahun 2010. Kemudian kita mengurangkan yang miskin ini kepada paras 1,800
daripada 2,000 lebih yang saya sebutkan sebentar tadi. Walaupun begitu Dato’
Speaker, oleh kerana daftar e-Kasih ini agak satu daftar yang terbuka oleh itu kita terus
membuka ruang untuk keluarga-keluarga yang lain yang mungkin belum lagi dalam
daftar e-Kasih ini. Oleh itu, untuk makluman dewan ini seramai 141 ketua isi rumah
miskin tegar yang baru yang dapat dikesan pada tahun 2011 ini hingga bulan April
2011.
116
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di antara langkah yang agak mungkin memerlukan
masa yang agak sederhana, maka kerajaan juga sedang pun mengesan di kalangan
keluarga miskin dan miskin tegar ini di kalangan anak-anak mereka supaya di berikan
kesempatan untuk mereka mendapatkan kemahiran. Oleh yang demikian, untuk
makluman Dewan Yang Mulia ini, bahawa seramai 115 di kalangan anak keluarga
miskin dan miskin tegar ini telah pun dikesan untuk mereka mengikuti program di
peringkat sijil di Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor.
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, hujung minggu ini maka berlangsunglah
satu apa dipanggil pendekatan turun padang iaitu karnival kerjaya dan juga latihan
kemahiran dan perniagaan di mana semua pihak boleh menyertainya untuk
mendapatkan peluang-peluang pekerjaan dan seterusnya juga untuk mendapat
peluang latihan kemahiran dan juga peluang-peluang perniagaan secara kecil-
kecilan. Dan sempena dengan karnival tersebut yang dilaksanakan di Johor Bahru
pada minggu lalu, seramai 18,000 telah pun berkunjung dan mendaftar diri dan
daripada 18,000, 500 telah pun mendapat pekerjaan pada hari itu juga dan peluang
untuk mendapat kerja dan juga mendapat peluang latihan kemahiran ini dan
seterusnya peluang perniagaan, kita akan turun lagi ke padang ke peringkat daerah-
daerah untuk sampai kepada semua lapisan keluarga untuk mendapat peluang sama
ada pekerjaan ataupun juga peluang berniaga secara kecil-kecilan dan seterusnya
untuk peluang latihan kemahiran.
Oleh itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, sempena dengan serba sedikit penjelasan
yang saya berikan, maka saya yakin bahawa paras kemiskinan di peringkat tegar ini
dan seterusnya yang miskin ini akan terus kita dapat kurangkan, walaupun ada
mengatakan bahawa mustahil untuk kita katakan kita basmi kemiskinan, tapi Yang
Berhormat Dato’ Speaker, sekurang-kurangnya kita boleh berkata bahawa yang tegar
itu kita boleh basmi tapi dalam konteks kemiskinan semestinya ada kemiskinan secara
perbandingan di antara paras misalnya tak lebih 740 tadi dengan yang mungkin miskin
pada paras 1500 ke bawah misalnya. Jadi kalau ada pihak mengatakan bahawa
mustahil untuk dikatakan sifar tapi sekurang-kurangnya kita boleh berkata bahawa di
Negeri dan Negara kita ini termasuk Negeri Johor kita berjaya untuk ke arah sifarnya
miskin tegar ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Nusajaya.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Terima kasih Yang Berhormat
Dato’ Speaker. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri
Besar yang telah memberi jawapan dan menjelaskan tentang kemiskinan dan miskin
tegar dan kita tidak nafikanlah hari ini kerajaan kepimpinan kita memang banyak
kebajikan-kebajikan yang dibuat lebih-lebih lagi untuk mengatasi kemiskinan ini kita
setiap bulan kerajaan khasnya melalui mesyuarat-mesyuarat di peringkat daerah iaitu
kita mengadakan mesyuarat focus group dan saya rasa kemiskinan ini seperti yang
telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat sebentar tadi miskin tidak akan berakhir
117
sebab saya bercakap sedemikian kadang-kadang terdapat setelah kita mengatasi
kemiskinan pihak lain, pihak lain pula timbul. Contohnya hari ini, terdapat kelewatan
untuk mendapatkan nafkah kepada ibu-ibu tunggal yang mempunyai anak
bersekolah, ibu tu tak bekerja, jadi ini juga akan termasuk kategori miskin baru, yang
saya nyatakan tadi miskin tidak akan berakhir.
Y.B. Dato’ Speaker : Soalan Yang Berhormat apa?
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Ha, ni baru soalan dia.
Y.B. Dato’ Speaker : Apa dia?
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Apakah perancangan kerajaan
untuk mengatasi kemiskinan di negeri ini betul-betul sifar di dalam menghadapi negara
maju yang tidak lama lagi akan sampai. Terima kasih.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, walaupun negara maju
maka ada wujud juga kemiskinan walaupun dalam bentuk yang agak relatif. Itu
sebab saya katakan kemiskinan perbandingan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Tapi
kita, saya percaya bahawa selain daripada yang miskin tegar ini dapat kita selesaikan
termasuk juga di kalangan ibu tunggal ini, selain daripada kumpulan yang kurang
upaya, orang yang lanjut umur dan sebagainya. Saya percaya bahawa apabila
Perdana Menteri kita juga hendak membawa negara kita ini kepada apa yang dikata
negara maju berpendapatan tinggi, maka serentak dengan itu juga Dato’ Speaker
bahawa Perdana Menteri juga menekankan tentang betapa pentingnya untuk kita
memastikan bahawa yang 40% terbawah, kumpulan pendapatan terbawah ini juga
perlu peningkatan tahap hidup mereka.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya percaya bahawa apabila Kerajaan Barisan
Nasional nak membawa negara kita ini kepada negara maju dan pendapatan tinggi
serentak dengan itu juga memastikan bahawa 40% yang terbawah juga menikmati
peningkatan pendapatan. Maka, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya percaya
bahawa satu, bukan sahaja kemiskinan akan mudah untuk kita atasi tetapi saya
percaya bahawa rata-rata rakyat di negara kita ini akan menikmati tahap hidup yang
lebih baik lagi.
Oleh itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekali lagi ke arah sifarnya yang tegar, ke arah
lebih baik lagi tahap hidup rakyat melalui peningkatan pendapatan, walaupun di
kalangan 40% terbawah, di kalangan rakyat yang ada dalam negara kita ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Kempas, oklah.
Y.B. Datuk Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Terima kasih Dato’ Speaker. Saya
rasa kemiskinan di Negeri Johor ini tidaklah berada di tahap kritikal, masih lagi boleh
118
dilihat, diperhalusi untuk kita lihat supaya Negeri Johor yang terkenal dengan negeri
makmur ini menjadi satu contoh dengan negeri-negeri yang lain. Tadi, berkenaan
dengan bantuan yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat ada bentuk bantuan
bina rumah, projek ekonomi, pembangunan ihsan dan termasuk juga bantuan tunai,
kepada mereka-mereka yang tidak produktif.
Dalam kategori yang tidak produktif ini pula, saya rasa saya kategorikan satu
golongan cacat, uzur, sebatang kara dan juga usia lanjut, kerana bentuk bantuan
yang diberi amaun atau jumlahnya lebih-lebih dalam RM400.00 sebulan. Kalau di
kawasan bandar kita bagi dia satu rumah KPR untuk disewa, sewanya RM124.00, api,
air RM64.00 lebih kuranglah, jadi dah RM200.00 Itu tak termasuk belanja lain,
sedangkan dia dapat bantuan RM400.00 dengan keadaan barang naik sekarang ini,
apa yang boleh dibeli dengan RM200.00 Soalan saya adakah kerajaan bercadang
untuk revised balik amaun ke tahap yang lebih selesalah. Dia orang-orang jenis ini
tidak akan mudah menjadi miskin, terima kasih.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya telah pun merujuk
perangkaan kepada paras takrifan kepada paras kemiskinan. Jadi yang tegar itu ialah
pada paras RM430.00 di luar bandar, RM440.00 di bandar, kemudian yang miskin tak
lebih RM740.00. Jadi Yang Berhormat ada merujuk tentang bantuan tunai ini kepada
kumpulan sasar ini. Saya ingin maklumkan di sini bahawa bantuan tunai ni, tadi Yang
Berhormat kata RM440.00 di bandar dan 430.00 di luar bandar.
Jadi, kalau katakan dia sebatang kara Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin
kalau di bandar sebagai contoh, ingin juga saya maklumkan bahawa pada tahun
2010 juga ada di antara mereka yang di bandar yang menerima bantuan dalam
bentuk sewa rumah. Mengikut Pihak Berkuasa Tempatan seramai lebih kurang 355
yang mendapat bantuan sewaan rumah, selain daripada bantuan tunai itu tadi.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tidak dapat kepastian tentang nilai bantuan
tunai kepada satu keluarga ataupun satu ahli miskin tegar dan miskin ini. Jadi
sewajarnya memang dipadankan dengan pada paras RM430.00, RM440.00 di bandar.
Sepatutnya tak kurang daripada paras tersebut dan yang miskin. Tapi yang miskin ini
Dato’ Speaker, kita tidak yang miskin yang tidak mungkin produktif, maka memang
sewajarnya bantuan itu hendaklah dipadankan dengan agaknya kos hidup. Itu
sebabnya Dato’ Speaker bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut ke
arah minimum wage gaji minima sebagai contoh, saya percaya kalau di sektor awam
sudah pun agak ke arah amalan ke arah minimum wage.
Sekarang ini kita hendak melihat kemungkinan gaji minima ini diperluaskan ke seluruh
negara termasuk di sektor yang lain, maka serentak dengan itu agak lebih mudah
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk kita melihat keperluan hidup dengan
pendapatan yang dikatakan sekurang-kurangnya minima termasuklah pendapatan
minima untuk keluarga yang perlu mendapatkan bantuan secara langsung. Jadi saya
119
melihat bahawa pendapatan minima, minimum wage agak paling sesuai untuk kita
bench mark bantuan kepada kumpulan sasar.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Senai.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan.
Dari sudut Kerajaan Negeri memang masalah kemiskinan ini sama ada keluarga miskin
tegar ataupun miskin adalah tidak kritikal. Tapi, atas taksiran saya, saya nampaknya
satu punca alasan kenapa kemiskinan wujud di Negeri Johor ini dan pada negara
umumnya adalah bahawa penafian peluang pekerjaan bagi segolongan rakyat di
Malaysia, khususnya kaum India. Saya merasai bahawa puncanya salah satu adalah
pencerobohan hak kerja oleh pekerja-pekerja asing sama ada haram atau secara sah.
Saya nak tanya kepada pihak kerajaan sama ada ini adalah merupakan satu alasan
yang mustahak yang menyebabkan…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat,
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : ….kemiskinan di golongan.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat,
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Khususnya kaum India.
Y.B. Dato’ Speaker : Soalan Yang Berhormat tu lari sikit. Ini cerita miskin bukan cerita
kenapa pekerja-pekerja asing dia ambil.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ini mengenai punca masalah kemiskinan. Lagi satu
saya nak tahu juga...
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, satu aje, satu soalan tambahan hanya satu aje dalam
peraturan.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Jadi saya rasa menjelang tahun 2010, iaitu lebih
kurang sembilan tahun sebelum sampai ke tarikh tersebut. Maka, harapan kita, hasrat
kita negara kita ini nak mencapai pendapatan tinggi saya rasa selagi masalah...
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat ini macam
berucap, nantilah tiba sampai masa berucap. Ini soalan lisan tambahan dia tuju satu
soalan.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Soalan saya nak mencapai pendapatan tinggi
menjelang tahun 2010 maka ianya satu impian yang tidak boleh tercapai, sekian saja.
Y.B. Dato’ Speaker : Senang tu.
120
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin maklumkan
bahawa sempena dengan berbagai bentuk pelaburan di pelbagai sektor pada tahun
2008, 2009 dan 2010, Dato’ Speaker, sama ada pelaburan daripada luar negara
ataupun domestik telah pun mewujudkan di Negeri Johor ini peluang pekerjaan tak
kurang 200,000, 200,000 peluang pekerjaan. Walaupun karnival pernah dibuat di Kuala
Lumpur untuk peluang pekerjaan, lebih kurang tiga bulan yang lalu, peluang
pekerjaan di Johor yang ditawarkan di Kuala Lumpur dalam karnival yang berkenaan
ialah sebanyak tak salah saya 30,000.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, oleh yang demikian peluang pekerjaan di
Malaysia dan seterusnya di Johor khususnya adalah begitu banyak sekali dan terbuka
luas untuk rakyat Malaysia semua lapisan untuk mengacapi peluang pekerjaan ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sementara itu pula saya inginkan maklumkan kepada
Ahli Yang Berhormat daripada Senai bahawa Malaysia adalah di antara negara yang
membangun. Rata-rata sepanjang proses pembangunan ini, maka paras
pengangguran adalah di antara yang terendah di kalangan rakyatnya pada paras
tak lebih 6% Dato’ Speaker. Tapi kalau Yang Berhormat merujuk kepada masyarakat
India sebagai contoh, maka Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita perlu juga padankan
di antara sama ada keperluan pekerjaan dengan apa yang ada kepada pemohon.
Oleh itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, kadang-kadang yang terpaksa menghadapi
suasana pengangguran berpanjangan agaknya ialah kerana ianya wujud sama ada
dalam bentuk tidak ada , tak dapat kemahiran yang sesuai ataupun mungkin ada
masalah untuk kita buat matching, padankan di antara kemahiran dan latar belakang
pemohon, keperluan pekerjaan Dato’ Speaker.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyangkal sekali-kali apa yang disebut
oleh Yang Berhormat daripada Senai yang mengatakan bahawa kemiskinan wujud di
setengah masyarakat kerana tidak ada peluang untuk mendapat pekerjaan. Jadi
saya ingin menegaskan di sini bahawa peluang pekerjaan begitu banyak sekali,
sempena dengan arus pembangunan yang berlaku dalam negara kita ini, hingga
paras pengangguran tak lebih 6% Dato’ Speaker.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ke arah 2020 Malaysia Maju dan Pendapatan Tinggi,
Yang Berhormat Dato’ Speaker, satu, kita sudah pun ada Pelan Transformasi ke arah
2020 Dato’ Speaker. Dan sejak kebelakangan ini, Perdana Menteri telah pun
mengumumkan kepelbagaian pelaburan yang besar dari segi nilainya dan juga dari
segi impaknya saya percaya, yang terus membawa ke arah pertumbuhan ekonomi
dan serentak dengan itu juga membuka peluang kepada pekerjaan pada paras
pendapatan yang tinggi dan dipadankan dengan rakyat Malaysia yang mempunyai
kemahiran yang sesuai dengannya.
121
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya percaya bahawa pihak pembangkang agak
gentar juga dengan apa yang sedang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Malaysia
dalam ke arah pertumbuhan ekonomi yang pada tempoh 10 tahun yang akan
datang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekurang-kurangnya Yang Berhormat Dato’ Speaker,
kita ada tempoh 10 tahun yang akan datang dan sudah pun bergerak ke arah
tersebut dan kita yakin kita akan menuju kepada matlamat tersebut walhal pihak
pembangkang tidak ada rancangan langsung sekadarkan kononnya apa yang dikata
Negara Kebajikan. Kalau saya nak lihat Negara Kebajikan, Yang Berhormat Dato’
Speaker, dia biasanya Negara Kebajikan ini akan terpaksa mengenakan cukai yang
tinggi pada paras yang tinggi cukainya sekadar untuk memberikan agaknya bantuan
yang kita telah pun sampaikan seperti saya huraikan dalam soalan asal tadi dan
biasanya negara yang katanya Welfare State ni Dato’ Speaker, biasanya dia patah
balik. Britain, Dato’ Speaker, pernah mengamalkan apa dikata Welfare State, Dato’
Speaker. Dan seterusnya, kalau adapun Welfare State seperti Sweden ataupun
Scandinavia, negara-negara Scandinavia, maka Yang Berhormat Dato’ Speaker,
biasanya ialah pada paras cukai yang amat tinggi sekadar untuk membahagikannya
kepada umum.
Jadi, Dato’ Speaker, akhirnya negara-negara yang dikatakan kebajikan,yang ada di
sana sini sudah pun sebenarnya tidak mengamalkan serupa Welfare State, Dato’
Speaker. Jadi, Dato’ Speaker, yang saya nak sebut di sini, Kerajaan Barisan Nasional
telah pun sampai kepada rakyat Malaysia bahawa kita akan terus membawa
kemajuan kepada negara dan kepada rakyat untuk mengacapinya bersama-sama
supaya kita agak padan dengan negara maju yang menikmati tahap kesejahteraan
hidup rakyat yang pada paras yang tinggi.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Tuan Haji Adam bin Sumiru, jemput.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
soalan nombor 7.
Peniaga-peniaga dalam Kompleks Plaza Larkin Mall (MARA) menempuh masalah
kurangnya pelanggan mengunjungi kompleks tersebut. Apakah langkah yang bijak
diambil oleh pihak MARA untuk meramaikan lagi pengunjung, selain membuka gerai
sementara di bahagian luar kompleks.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan
Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, pihak MARA sememangnya
mempunyai perancangan berterusan bagi program promosi dan pembangunan
penyewa bagi penyewa-penyewa di Plaza Larkin. Dan, permohonan peruntukan
untuk mengadakan program promosi tersebut juga telah pun dikemukakan kepada
MARA Ibu Pejabat dan di dalam proses untuk mendapat kelulusan. Dan, di antara
122
perancangan yang dicadangkan adalah Karnival Usahawan MARA, yang akan
melibatkan usahawan-usahawan bumiputera dalam bidang ICT dan komputer untuk
melibatkan diri dalam ruang perniagaan sepanjang karnival ini diadakan. Dan, karnival
ini dicadangkan untuk diadakan selama 3 hari berturut-turut dalam bulan Julai 2011.
Dan selain daripada itu, pihak MARA juga bercadang untuk mengadakan jualan
sempena dengan musim perayaan terutamanya Hari Raya yang akan datang tak
lama lagi dan ada juga cadangan untuk mewujudkan beberapa buah lot-lot promosi
di ruang legar Plaza Larkin bagi memberi peluang kepada peniaga-peniaga
bumiputera berniaga di ruang promosi tersebut dan seterusnya dapat menarik ramai
pengunjung yang akan datang ke Plaza Larkin.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Tanjung Puteri.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
terlebih dulu saya ucapkan ribuan terima kasihlah kepada jawapan yang telah
diberikan oleh Yang Berhormat EXCO, tetapi dalam masa yang sama kalau setakat
peniaga-peniaga yang di dalam kompleks ataupun di dalam Plaza Larkin ni, mereka
tidak, biasanya menerima kunjungan daripada orang ramai di dalam kompleks
tersebut. Sebab itu, pada awalnya pihak MARA ni, dia designkan kompleks tersebut
Plaza Larkin ini, yang mana mereka-mereka membuat jualan makanan adalah di
sebelah luar. Nampaknya, makanan di sebelah luar ni, gerai-gerai yang ada di situ
memang pengunjungnya sentiasa penuh. Tetapi, masalahnya kita dapati peniaga-
peniaga di dalam kompleks plaza tersebut kalau dengan ditambahkan apa yang
dikatakan oleh EXCO tadi, kalau karnival selama 3 hari dan lot-lot promosi hanya
dibuat di sebelah luar kompleks tersebut maka kita masih ketandusan kunjungan
daripada orang ramai untuk mengunjungi di dalam plaza tersebut. Jadi, soalan saya,
soalan saya adakah pihak MARA ingin melakukan satu transformasi juga iaitu pertama,
turunkan kadar sewanya, kemudian adakah difikirkan agar disewakan kepada satu
anchor tenant di dalamnya dengan menjual ataupun menetapkan satu produk untuk
dibuat di dalam kompleks tersebut agar kita dapat lihat seperti di Indonesia ataupun di
Myanmar, kita boleh pergi satu tempat tu, kita boleh buat suit kita ni dalam masa 3
hari. Mungkin perkara-perkara macam ni yang patut difikirkan oleh pihak MARA.
Sekian, terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan
Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kompleks Plaza Larkin ni telah pun
wujud beberapa tahun lepas. Suatu mula ianya wujud kompleks ini ditadbir oleh pihak
MARA. Tetapi, oleh kerana ada rungutan daripada pihak peniaga bahawa kompleks
ini tidak mendapat sambutan yang sewajarnya pihak MARA telah pun di atas
persetujuan MARA di peringkat pusat melantik sebuah syarikat yang diberi nama South
Land untuk mentadbir Plaza Larkin ini.
Namun begitu, setelah kompleks tersebut diserahkan kepada syarikat tersebut para
peniaga juga menghadapi masalah walaupun ada program-program promosi tetapi
123
pihak syarikat mungkin mengenakan kadar sewa yang agak tinggi jugalah itu
memang ada rungutan daripada peniaga-peniaga. Dan, akhirnya pihak MARA
terpaksa mengambil alih semula Plaza Larkin ini dengan kita menyelaraskan semula
kadar sewa. Dan, pihak MARA sebenarnya telah pun menghantar program untuk
menyusun semula Plaza Larkin ini ke Ibu Pejabat MARA, di mana kadar sewa yang kita
kenakan pada ketika ini di antara RM3.80 hingga ke RM5.00 sekaki persegi, mohon
dikurangkan supaya ianya dapat meringankan bebanan penyewa-penyewa di Plaza
Larkin.
Kita akuilah Plaza Larkin ini tak seperti shopping complex yang lain termasuk Angsana
dan juga shopping complex yang besar. Namun, kalau di Angsana sebagai contoh
kadar sewa yang dikenakan di antara RM12.00 sampai ke RM20.00, saya difahamkan
begitu. Sebab itulah, kita beranggapan bahawa wajar kita turunkan kadar sewa
tersebut kepada paras yang lebih munasabah supaya ianya tidak membebankan
peniaga-peniaga di Plaza Larkin itu sendiri.
Dan, pihak MARA juga dalam proses menyusun semula peniaga-peniaga terutamanya
apabila berlaku kekosongan. Pada ketika ini memang kita akui bahawa MARA
kompleks tersebut Plaza Larkin ini dia ada 2 komponen satu komponen yang
melibatkan medan selera, yang mana ianya mendapat sambutan yang agak baik
dan satu lagi komponen yang melibatkan perniagaan runcit. Dan, bagi komponen
yang melibatkan perniagaan runcit ini biasanya pengunjung akan mengunjungi
tingkat bawah sahaja jarang pengunjung nak naik ke atas. Kita cuba susun semula di
mana di tingkat bawah peniaga-peniaga menjalankan kegiatan peruncitan terutama
sekarang ni kalau kita tengok banyak peniaga yang menjual barangan busana Muslim
ataupun pakaian-pakaian bagi masyarakat Melayu. Dan, di tingkat satu, di mana
kurangnya pengunjung kita cuba susun semula di mana perniagaannya lebih
berasaskan kepada perkhidmatan termasuklah jahitan, ada juga spa, kedai gunting
rambut dan sebagainya. Ini antara langkah yang sedang diambil oleh pihak MARA.
Dan, pada ketika ini di bahagian medan selera, 100% apa tu, premisnya telah pun diisi
kerana memang mendapat sambutan menggalakkan apatah lagi di medan selera
tersebut kita menawarkan makanan-makanan Johor termasuklah Laksa Johor, Mee
Rebus Johor, Nasi Beriani Johor, Sate Johor dan sebagainya. Dan, apa tu
pengunjungnya juga terdiri bukan hanya daripada pengunjung tempatan tetapi juga
dari Singapura terutamanya kita dapati terutama kalau hari minggu hari Sabtu
ataupun hari Ahad ramai pengunjung daripada Singapura. Dan, di dalam 70% telah
pun penuh dan ada 30% lagi walaupun lotnya tak banyak lotnya cuma dalam tak
silap saya dalam 70 lot tapi kadar 70% tu, Insya-Allah dalam masa terdekat ni mungkin
boleh diisi kerana ada permohonan-permohonan baru dan program ini akan kita cuba
selesaikan dalam masa terdekat supaya akhirnya ia dapat menarik pelanggan yang
lebih ke Plaza Larkin tersebut.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan, jemput.
124
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, soalan saya nombor 8.
Bilakah hak FELDA Tenggaroh 1 & Nitar 1 akan siap untuk diberikan kepada peneroka?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian,
Kebudayaan dan Warisan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Rancangan FELDA
Tenggaroh 1, di daerah Mersing telah dibangunkan pada tahun 1976 dan 1977,
dengan jumlah penerokanya seramai 287 orang. Manakala Rancangan Nitar 1, telah
dibangunkan pada tahun 1978 dan 79, dengan jumlah peneroka seramai 434 orang.
Seperti mana lazimnya setiap peneroka dimestikan membayar Bayaran Kembali
ataupun BK. Dan, BK adalah sejumlah kos yang dikenakan kepada peneroka meliputi
kerja-kerja pembangunan utama dan sara hidup yang diambil pada peringkat awal
kemasukan sehinggalah berhasil.
Bagi Rancangan Tenggaroh 1, ke semua peneroka telah selesai membuat Bayaran
Kembali, begitu juga peneroka di FELDA Nitar 1. Dan, hak milik peneroka FELDA
Tenggaroh 1 dan Nitar 1, kini dalam proses penyediaan hak milik di Pejabat Tanah
Daerah Mersing. Dan dijangkakan akan siap proses untuk diberikan kepada peneroka
dalam tempoh akhir suku tahun ketiga bagi tahun 2011.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha.
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Yang Berhormat Dato’
Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Oklah.
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Terima kasih kepada Yang
Berhormat Ahli EXCO yang telah menjawab soalan saya. Saya difahamkan hak milik
bagi peneroka FELDA Tenggaroh 1, akan dibagi dalam masa yang terdekat. Tetapi
bagi Rancangan Nitar 1 ni, saya difahamkan ada kekurangan dalam dokumen. Jadi,
saya ingin tahu siapa ...
Y.B. Dato’ Speaker : Dokumen apa tu?
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Ada, itulah Yang Berhormat,
saya ingin tahu siapa yang harusnya menyediakan atau melengkapkan dokumen-
dokumen yang diperlukan adakah sama ada FELDA ataupun …
Y.B. Dato’ Speaker : Pejabat Tanah.
125
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Pejabat Tanah Daerah Mersing
dan bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian,
Kebudayaan dan Warisan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, masalah di FELDA Nitar 1,
memang sebenarnya ada terdapat dari segi proses pendaftaran kerana terdapat
lebih kurang 80 hak milik yang masih lagi di dalam proses untuk mendapatkan
dokumen-dokumen daripada pihak yang terlibat. Dan, sekarang ini pihak FELDA dan
juga pihak Pejabat Tanah Daerah Mersing khususnya di dalam kerja-kerja akhir untuk
mendapatkan maklumat-maklumat tersebut untuk kita proses semula apa ni, hak milik
tersebut Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, soalan lisan dah habis. Sekiranya ada soalan yang
disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam
Persidangan yang sama.
Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN MENJUNJUNG KASIH KEPADA
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan disambung semula.
Jemput, yang nak berucap. Ha, jemput.
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam.
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Salam sejahtera, selamat pagi. Yang
Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana
diberi peluang untuk turut sama membahaskan usul Menjunjung Kasih Atas Titah Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kukup pada
23 Jun yang lalu. Saya juga ingin mengambil kesempatan pada pagi ini untuk
merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada khasnya kepada Yang Amat Berhormat
Dato’ Menteri Besar kita kerana akhirnya termateri juga perjanjian untuk
membangunkan beberapa projek di antara kerjasama Negara Singapura dan
Malaysia.
Ini adalah usaha sama di antara Khazanah Nasional Berhad dan juga Temasek Holding
Pte. Ltd. untuk membangunkan sama ada sistem transit pantas ataupun
pembangunan-pembangunan hartanah di Negara Singapura mahupun di kawasan
pembangunan Kota Iskandar ini. Jadi, mudah-mudahan dengan nilai pembangunan
kasar yang mencecah sehingga RM30 bilion ini, mudah-mudahan Negeri Johor akan
terus maju, akan terus dapat membangun dengan terlaksananya projek-projek ini
dengan jayanya. Maka atas kesempatan itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya
126
ingin turut sama-sama dengan rakan daripada, Yang Berhormat daripada Kukup,
daripada Pulai Sebatang dan juga Pekan Nenas untuk menguatkan lagi saranan
supaya laluan masuk ke daerah Pontian ini agar dapat dipertingkatkan dengan
menaik taraf jalan raya yang sedia ada.
Saya difahamkan bahawa terdapat cadangan yang ada di dalam perancangan
Jabatan Kerja Raya Malaysia iaitu laluan dari Tanjung Pelepas ke Kukup, Pontian.
Laluan ini melibatkan jalan masuk yang bermula daripada persimpangan ke
Pelabuhan Tanjung Pelepas dan terhenti di sempadan Sungai Pulai. Dan, bermula dari
situ, cadangan laluan ini adalah melibatkan pembinaan jambatan sepanjang 2km
dan disambung dengan laluan atau jalan raya sepanjang 18km yang boleh
menjadikan perjalanan dari Johor Bahru ke Pontian mengambil separuh daripada
masa yang ada pada waktu ini. Dan, sekiranya ini dapat berlaku saya amat yakin
bahawa usaha kerajaan sama ada untuk membangunkan industri pelancongan, untuk
mengetengahkan potensi-potensi yang ada kepada daerah Pontian, saya percaya
dengan terbinanya apatah lagi kalau ianya dapat dibina two lane double carriage
way, dengan izin ini akan lebih dapat menggalakkan pengunjung-pengunjung, dapat
menggalakkan lebih banyak pembangunan untuk datang ke daerah Pontian. Maka,
saya berharap agar pihak Kerajaan Negeri dapat memasukkan senarai pembangunan
laluan ini dalam senarai keutamaan sama ada dalam second rolling plan ataupun
dalam perancangan yang seterusnya demi kepentingan pembangunan di daerah
Pontian.
Bercakap tentang soal kerjasama antara Malaysia-Singapura ini, Yang Berhormat
Dato’ Speaker, kita juga ada jiran yang juga penting kepada kita dari segi pelbagai
aspek iaitu Indonesia. Kita faham bahawa hubungan di antara Malaysia dengan
Singapura, dari segi kerjasama, dari segi kepentingan ekonomi termaktub di dalam
POA (Point of Agreement) yang masih lagi di peringkat perbincangan. Ada yang
memihak kepada kita, ada yang tidak memihak kepada kita. Walau bagaimanapun,
jiran kita Indonesia ini, yang kerap kita anggap sebagai jiran yang kita kira wajar dan
patut mendapat kerjasama yang baik, tetapi saya difahamkan bahawa banyak juga
isu yang tertangguh. Isu nasional seperti tenaga kerja, isu yang khusus yang melibatkan
Negeri Johor ialah tentang perlaksanaan sebagai contoh Asean Power Grid yang
mana Asean Power Grid ini adalah kerjasama…
Y.B. Dato’ Speaker : Terjemahan dia apa?
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Asean…
Y.B. Dato’ Speaker : Power Grip…peluk yang kuat, grip (ketawa).
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Dia ada hubung kait dengan soal bekalan
elektrik sambung tara antara negara-negara jiran. Mengikut kepada maklumat yang
kita maklum bahawa bekalan elektrik sambung tara antara negara-negara jiran ini
127
telah dapat dilaksanakan antara Malaysia dengan Thailand, antara Thailand dengan
Vietnam, antara Vietnam dengan Kemboja, semuanya di antara sepuluh Negara
Asean, pelaksanaan sambung tara itu dapat dilaksanakan. Tapi yang menjadi
kemusykilannya ialah antara Semenanjung Malaysia dengan Indonesia. Walaupun
dianggap Negara Indonesia sebagai negara jiran yang paling akrab tetapi ianya tidak
dapat dilaksanakan atas sebab-sebab yang perlu kita bincangkan, yang perlu kita
kenal pasti. Selain daripada itu, pertikaian sempadan, Yang Berhormat Dato’ Speaker,
di antara Indonesia dan Malaysia di sepanjang Selat Melaka dari segi penentuan
sempadan masih lagi di peringkat pertikaian.
Perkara ini saya bangkitkan Yang Berhormat Dato’ Speaker, ialah kerana pada 30 Mei
yang lalu, tujuh orang nelayan telah ditangkap oleh pihak penguasa Indonesia. Enam
daripada nelayan tersebut adalah rakyat Malaysia yang berasal dari Johor yang
menetap di Pontian. Orang Pontian, yang telah pun ditangkap setelah ditahan
selama hampir sebulan lamanya. Penangkapan dan pendakwaan telah dibuat atas
sebab mereka menangkap ikan di luar sempadan.
Banyak perkara yang sewajarnya kita jadikan rujukan, jadikan contoh sebagai
pembuka semangat kita ialah apabila seorang amah Indonesia, Yang Berhormat
Dato’ Speaker, dalam akhbar semalam, terlepas hukuman pancung kerana Negara
Indonesia telah bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak 2 juta Rial di Riyadh
iaitu bersamaan dengan RM1.6 juta wang pampasan untuk melepaskan seorang
amah mereka yang bekerja. Rakyat mereka. Negara mereka sanggup mengeluarkan
perbelanjaan RM1.6 juta untuk melepaskan rakyatnya daripada dihukum pancung
oleh negara Riyadh. Maka, kita juga seharusnya menunjukkan kesungguhan sebagai
sebuah negara untuk menjaga kepentingan rakyat negara kita.
Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, enam orang rakyat Pontian, orang Pontian yang
telah ditahan hari ini telah didakwa, dipenjarakan, keputusan mahkamah,
dipenjarakan untuk selama 18 bulan dan denda sebanyak RM300,000.00. Dua bot
nelayan sudah pun dilelong. Hutang nelayan ini tak selesai ke atas bot, bot telah
dilelong, mereka ditahan, di penjara dan saya difahamkan bahawa tidak ada pihak
yang boleh membantu pada waktu ini kerana ianya berada di Kementerian Luar untuk
tindakan dan pada waktu ini kes tersebut telah dipindahkan daripada Mahkamah
Kecil Bengkalis ke Mahkamah Rayuan di Jakarta.
Jadi, saya memohon Dewan yang mulia ini untuk membawa satu usul agar kerajaan
negara kita, Kerajaan Pusat dapat mengusahakan agar nelayan-nelayan ini dapat
dibela dengan apa juga cara dan mungkin mereka ini dapat balik Yang Berhormat
Dato’ Speaker sebelum menjelang sambutan Raya Aidilfitri ini, enam keluarga, enam
yang ditangkap ini yang di dalam penjara ini, empat adalah berkeluarga sementara
dua masih lagi bujang. Jadi, saya berharap sangat agar usaha ini akan mendapat
perhatian Dewan yang mulia dan ianya dapat diselesaikan atas seberapa segera
128
yang boleh. Maka itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya hanya ada dua perkara
untuk sama-sama dalam perbahasan Titah Ke Bawah Duli Tuanku dan sekali lagi…
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, tak ada, dah nak habis?
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Habislah Dato’, ini dua kerana selagi
nelayan ini tak lepas, Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Jangan cakap dalam Dewan ini.
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Tak gunalah saya nak bercakap banyak.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, baguslah.
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Ha, dua inilah. Dua perkara, berilah kita
jalan yang sesuai ke Pontian, kalau ke sebelah Pengerang-Kota Tinggi, orang kata tak
sempat kita kelip mata dah sampai ke Kota Tinggi, hari ini laluannya cukup selesa,
kenapa tidak Pontian yang saya kira juga banyak potensinya dan laluan yang saya
sebutkan tadi ialah sesuatu yang sudah tersedia ada. Mungkin limpahan daripada
RM30 bilion Yang Berhormat Dato’ Speaker, pembangunan kerjasama antara
Malaysia-Singapura, pembangunan MEDINI ini, Utara dan Selatannya mungkin
limpahan itu dapat membina jambatan merentasi Sungai Pulai. Yang sebelah sana
Pelabuhan Tanjung Pelepas, sebelah sini Pusat Jana kuasa Tanjung Bin, sebelah sana
perancangan untuk membangunkan kompleks petrochemical juga berada di sebelah
Kukup. Maka membina sebuah jambatan dan laluan jalan raya sepanjang 18 km
tentunya tidak menjadi sebarang masalah kepada viability untuk diberi keutamaan
kepada laluan tersebut. Jadi, terima kasih. Saya dengan ini turut menyokong usul
yang dibawa oleh Yang Berhormat Kukup. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Duduk ya, jangan balik. (Dewan ketawa). Perbahasan diteruskan,
siapa nak berucap lagi, mana dia? Allah, tak nampak, rendah ya sorry, Bentayan.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato’ Speaker, kerana sudi memberi peluang kepada Bentayan untuk membahaskan
usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang
dicadangkan oleh Yang Berhormat Kukup.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada tarikh 22 Jun 2011, media-media tempatan telah
melaporkan bahawa Sultan Johor murka dengan tahap kebersihan di negeri ini yang
amat memalukan sepanjang pemerhatian Baginda semasa Kembara Mahkota Johor
2011. Baginda menegur Ahli Majlis PBT dan syarikat swasta yang mendapat kontrak
memungut sampah yang disifatkan tidak melakukan tugas sempurna dalam
memastikan kebersihan.
129
Tiap-tiap daerah ada 24 Ahli Majlis yang mana Kerajaan bayar RM500.00 elaun setiap
bulan. Tetapi kira-kira 93% tidur. Tak ada langsung beri pandangan, beri idea-idea
bagaimana bersihkan daerah. ‘Kepada Ahli Majlis yang tidur itu, moleklah berundur’,
titah Baginda pada sidang akhbar selepas merasmikan Bangunan Wakaf Majlis Agama
Islam Johor di Batu Pahat, pada 21 Jun 2011. Ini keratan surat khabarlah, besar tu.
Bentayan amat berharapkan Kerajaan Negeri memandang serius mengenai teguran
daripada Tuanku mengenai tahap kebersihan yang telah bertambah teruk di setiap
pelosok di negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kenaikan tarif elektrik tanpa menyemak rundingan
yang berat sebelah dengan syarikat penjana kuasa bebas adalah seperti pepatah,
‘Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.’ Tindakan kerajaan
menaikkan kadar tanpa penstrukturan semula perjanjian pembiayaan kos akan
membebankan sektor perindustrian dan komersial. Pengguna besar akan menghadapi
kenaikan sehingga 8.4% harga elektrik yang bukan sahaja meningkatkan inflasi tetapi
bakal berdepan dengan letupan besar kepada industri eksport yang sudah terbeban
dengan ringgit yang kukuh. Masalahnya, kerajaan memilih untuk menghukum
pengguna dan pemilik industri tanpa menghiraukan keuntungan yang di kecapi oleh
IPP. Logikkah Kerajaan Barisan Nasional menyatakan bahawa keadaan inflasi hanya
naik 0.27% berikutan penarikan balik subsidi adalah tidak munasabah. Penarikan
subsidi telah menyebabkan kenaikan kos pengangkutan dan seterusnya
mengakibatkan kenaikan harga secara serentak. Bagaimanakah Kerajaan
menyatakan bahawa inflasi hanya meningkat 0.27% sedangkan rakyat terbeban
dengan kenaikan harga barang yang melebihi 0.27%. Kenaikan subsidi kepada
golongan miskin sudah tentu memberi impak besar kepada negara. Keengganan
Kerajaan Pusat untuk mengarahkan syarikat penjana kuasa bebas IPP untuk berkongsi
beban tidak akan menjimatkan kos-kos atau menambahbaikkan sistem, lagi sistem
pengangkutan. Negara kita mempunyai simpanan tenaga mentah yang tertinggi di
dunia iaitu sebanyak 52.6%. Oleh itu, disarankan TNB tidak perlu membeli tenaga
daripada IPP.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, walau pun ahli-ahli ekonomi bersetuju dengan
pengurangan subsidi akan mempertingkatkan kecekapan, ketidakadilan sistem sedia
ada hanya akan menyelamatkan sektor-sektor korporat yang sudah kaya, bukannya
menyelamatkan golongan berpendapatan rendah. Bentayan pada Ucapan Bajet
2011 telah menyatakan bahawa MPM telah membelanjakan RM197,400.00 untuk skop
utama kerja projek di antaranya menanam 1,500 pokok bakau di Tanjung Ketapang.
Tetapi dalam semakan Audit mendapati bahawa kontrak utama disahkan siap pada
28 November 2008 oleh pegawai penguat kuasa dan tiada sebarang bukti yang
menunjukkan bahawa pihak kontraktor telah melaksanakan kerja-kerja menanam
1,500 pokok bakau. Pembaziran demi pembaziran berlaku akibat ketidakcekapan
MPM. MPM perlu faham bahawa setiap sen yang dibelanjakan adalah wang rakyat.
Pada tarikh 4 Jun 2011, pihak Kerajaan yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Muar,
OCPD Muar bukannya diketuai oleh YDP MPM telah menanam sebanyak 2,500 pokok
130
bakau setelah menebang sebahagian besar pokok bakau yang sedia ada di kawasan
tersebut. Ini ialah keratan akhbar, OCPD yang tanam pokok bakau di Tanjung
Ketapang. Di sini Bentayan ingin bertanya beberapa soalan seperti berikut:-
1. Berapakah perbelanjaan yang diperlukan oleh kerajaan dalam kerja-kerja
penebangan pokok bakau dan kos penanaman semula 2,500 pokok bakau di
Tanjung Ketapang, Muar? Mengapakah Kerajaan Negeri mengizinkan MPM
bertindak sedemikian. Apakah impak besar yang berlaku ke atas ekosistem
akibat daripada penebangan pokok bakau tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada 3 Mei 2011, MPM telah mengumumkan penaikan
taraf ke atas Up Town Maharani dengan kos pembinaan sebanyak RM3 juta dengan
tujuan untuk menukar imej Bandar Muar dengan cadangan memasang bumbung
dan menaikkan taraf jalan di sepanjang Jalan Sisi. Cadangan pembinaan ini bertujuan
mengikis imej Bandar Muar yang terkenal sebagai Bandar Pencen. Bentayan
mengalu-alukan cadangan pembinaan Up Town Maharani. Sungguh pun Up Town
Maharani terletak di dalam kawasan DUN Maharani, betul-betul bersebelahan dengan
DUN Bentayan, tetapi Bentayan amat berharapkan Kerajaan Negeri memandang
serius impak, akibat daripada pembinaan tersebut. Inilah keratan yang dibuat oleh…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, jangan banyak sangatlah surat khabar.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Oh…
Y.B. Dato’ Speaker : Nanti gambar Yang Berhormat keluarga, isteri, anak tak nak
tunjuk? Cukuplah tu.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Tekslah.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Perkara-perkara yang perlu diambil tahu dan
disegerakan oleh pihak MPM adalah seperti berikut:-
1. MPM perlu menyediakan lebih banyak ruang tempat parking bagi
menggantikan tempat parking sedia ada yang telah dijadikan tapak Up Town
Maharani. MPM perlu bertindak segera akibat daripada kecukupan tempat
parking yang sudah tentu akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang lebih
teruk di Bandar Muar. Pusat Bandar Muar merupakan sebuah bandar lama
yang berkeluasan kecil dan segala perancangan baru haruslah dirancang
dengan teliti dan pandangan warga tempatan haruslah diambil kira. MPM
perlu tahu impak yang akan dilanda oleh para peniaga di kawasan Jalan Sisi
supaya mereka dapat terus menjalankan perniagaan seperti sedia kala.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bentayan ingin menyarankan kepada Kerajaan Negeri
sekiranya cadangan memasang bumbung di naik taraf sepanjang Jalan Sisi bagi
131
menjadikan Up Town Maharani, maka kerajaan juga seharusnya bersedia untuk
memasang bumbung di Pusat Penjaja Jalan Haji Abu, Muar ataupun Tan Se Jia,
dengan izin.
Y.B. Dato’ Speaker : Apa, Tan He Cie?
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Tan Se Jia.
Y.B. Dato’ Speaker : Haiya, ok.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Pusat Penjaja Jalan Haji Abu, Muar yang telah
didirikan sejak 60 tahun lalu telah menjadi satu tempat destinasi pelancongan di
Bandar Muar. Sesiapa yang datang ke Muar, jika tak sampai ke Jalan Haji Abu, ini
bermaksud mereka belum sampai ke Muar. Maka Bentayan berharap selaras dengan
konsep 1Malaysia, Kerajaan Negeri seharusnya melaksanakan pembangunan tanpa
mengamalkan sifat, sikap pilih kasih dalam segala pelan pembangunan di negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bentayan mengucapkan tahniah kepada Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Johor dalam penyediaan Draf Rancangan Tempatan
Daerah Muar 2002 - 2015 (Pengubahan). Bentayan amat tertarik dengan cadangan
pembangunan Maharani Waterfront. Projek tersebut bermula dari Pantai Tanjung
Ketapang sehingga ke Sabak Awor dan terdapat 9 destinasi iaitu daripada NODE 1 ke
NODE 9 di sepanjang muara Sungai Muar. Bentayan amat berharap segala
cadangan pembangunan yang dirancang seharusnya dapat diimplementasikan
dengan sebaik-baiknya untuk manfaat warga Muar. Ada beberapa persoalan
mengenai draf tersebut yang Bentayan ingin tanyakan, iaitu:-
i. Deck air yang bakal dibina untuk acara sukan air kemungkinan besar akan
dimusnahkan oleh pukulan ombak. Apakah langkah-langkah yang boleh
diambil oleh Kerajaan Negeri supaya pembinaan tersebut boleh tahan dan
tidak boleh runtuh dari pukulan ombak?
ii. Trek jogging akan dibina di NODE 2 bagi aktiviti riadah dan kiosk-kiosk kecil dan
restoran di sepanjang, diletakkan di sepanjang laluan pejalan kaki. Soalannya,
trek joging akan mendap dan runtuh akibat daripada hakisan laut. Apakah
tindakan dan perancangan MPM bagi mengatasi masalah tersebut. Kiosk-kiosk
kecil dan restoran tidak sepatutnya diletakkan di sepanjang pejalan kaki supaya
kebersihan kawasan lebih mudah dijaga.
iii. NODE 6 akan dijadikan kawasan pengangkutan berpusat. Soalannya, apakah
Pasar Besar Maharani akan ditempatkan di kawasan lain dan apakah alternatif
baru bagi mengatasi kesesakan lalu lintas sekiranya kawasan NODE 6 dijadikan
kawasan pengangkutan berpusat memandangkan kawasan tersebut
merupakan laluan utama untuk memasuki Bandar Muar.
132
iv. Cadangan memindahkan Jeti Bentayan, Jeti Nelayan Bentayan ke NODE 9. Jeti
tersebut tidak seharusnya dipindahkan ke NODE 9 tetapi MPM boleh
menjadikannya sebagai suatu tempat pelancongan yang unik, restoran laut,
makanan laut boleh dibina dan para nelayan boleh menjual hasil tangkapan di
Jeti Nelayan Bentayan. Boleh menarik lebih ramai pelancong untuk melancong
serta membeli hasil laut yang segar daripada nelayan dengan harga yang
berpatutan. Selaras dengan ucapan pembukaan Tuanku supaya para nelayan
kerap, hendaklah terus dibela dalam usaha meningkatkan pendapatan dan
pengeluaran mereka supaya bersama-sama dapat mengacapi kemakmuran
negeri.
v. Cadangan peningkatan jalan dari 2 lorong ke 4 lorong iaitu meliputi Jalan Muar
- Parit Jawa - Batu Pahat, Jalan Muar – Bukit Pasir - Jalan Ismail, Jalan Kim Kee,
Jalan Bakariah, Jalan Sungai Abong.
vi. Cadangan naik taraf dan pembaikan persimpangan meliputi Persimpangan
Jalan Bakariah - Jalan Salleh - Jalan Ismail, Persimpangan Jalan Bakri – Jalan
Simpang Jeram.
Bentayan ingin bertanya kepada Kerajaan, adakah proses pengambilan tanah telah
mula dan telah dilaksanakan dan apa, adakah pampasan yang setimpal mengikut
harga pasaran akan diberikan kepada pemilik tanah dan berapakah pampasan yang
dijangkakan bagi proses pengambilan tanah untuk projek-projek berkenaan. Misalnya,
peningkatan jalan 2 lorong ke 4 lorong di Jalan Bakariah dan menaiktarafkan
Persimpangan Jalan Bakariah, Jalan Salleh dan Jalan Ismail. Nampaknya dalam Draf
Rancangan Tempatan Daerah Muar 2002 - 2015 (Pengubahan) amat mudah. Tetapi,
untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, kawasan tersebut merupakan kawasan
padat penduduk. Di mana terdapat banyak-banyak kedai dan perumahan yang
telah didirikan sejak sekian lama iaitu sehingga di tepi jalan. Bentayan amat khuatir
sekiranya berlaku, pampasan yang tidak munasabah, sudah tentu akan
menyebabkan kemarahan pada warga tempatan. Soalan, mengapakah Buku Draf
Rancangan Tempatan Daerah Muar 2002 – 2015 Pengubahan, yang dijual dengan
harga, buku ini, yang dijual dengan harga RM300.00. Nak pinjam eh Kempas? Nah…
Y.B. Dato’ Speaker : Eh Yang Berhormat…
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Kempas nak pinjam sekejap tengok.
Y.B. Dato’ Speaker : Kejap, kejap, Yang Berhormat, ini Dewan dia bukan main hulur-
hulur macam Yang Berhormat ingat dekat kedai kopi sahaja, tengah minum kopi hulur-
hulur ni. Ini Dewan eh, ok. (Dewan ketawa).
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Kempas nak pinjam, kan.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Kempas ni pun satu juga, dia pergi layannya Bentayan ni ha.
Ambil terus Yang Berhormat, jangan pulang. (Dewan ketawa).
133
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan): Ok, mengapakah Buku Draf Rancangan
Tempatan Daerah Muar 2002 – 2015, Pengubahan, yang dijual dengan harga
RM350.00 menggunakan resit rasmi Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa. Nombor resit 00301 dan nombor resit 00315 dan bukannya resit
daripada jabatan tersebut dan mengapakah ia dijual dengan harga sebegitu tinggi.
Ini resitnya ya.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat ini jabatan, sekejap Yang Berhormat. Jabatan-
jabatan kerajaan satu Malaysia, ya semua negeri ada Kelab Sukan untuk kakitangan
kerajaan. Nak suruh minta duit dengan anu nanti, Yang Berhormat tuduh minta
dengan si polan, si polan. Jadi dia buatlah dengan cara yang baik untuk kakitangan.
Nak riadah keluarga, nak pergi ke sana, ke sini. Ni tempat-tempat Yang Berhormat pun
ada kelab sukan, tak payahlah yang kecil-kecil ni dibangkitkan untuk keluarga. Dia
nak cari duit mana kelab sukan? Dia bukan boleh minta dengan pemaju tu, pemaju ni
nanti kata rasuah. Jadi jual dengan cara baik, nak derma, derma, nak beli, belilah.
Tak ada itu sahaja Yang Berhormat, tak payahlah yang kecil-kecil ni dibangkit.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya): Tak payah tanya.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, tak payah tanya.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ini dah tanya, dah tanya kena jawabkan?
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ok. Masa dah cukup.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Sikit lagi.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ok.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Dan bagaimanakah kerajaan boleh
meningkatkan minat orang awam, untuk memberikan pandangan dan cadangan
mereka dengan harga jualan tersebut? Yang Berhormat Dato’ Speaker, masalah
banjir kilat di bandar Muar kini telah bertambah teruk. Sungguhpun pihak kerajaan
telah membelanjakan banyak peruntukan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Tetapi masalah induknya masih tidak dapat diselesaikan oleh pihak MPM. Bagai
pepatah, sakit kepala ubat kepala, sakit kaki ubat kaki. Sepatutnya jika seseorang itu
sudah sakit teruk, pergilah buat CT-Scan, tengok apa sakit. Serius ke apa.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, ni sakit apa ni?
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Dah serius tu, mungkin dah kena kanser tu.
Bentayan sudah berkali-kali menyatakan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa
pihak kerajaan perlu menggali satu saliran baru melintang merentasi bandar Muar bagi
134
penyelesaian masalah banjir kilat di bandar Muar, iaitu menggali satu saliran lintang
dari Jalan Arab sehingga Jalan Maharani dan seterusnya mengalir ke Sungai Muar.
Baru-baru ini telah berlaku banjir kilat di, pada 26 Mei 2011 dan 4 Jun 2011 di pusat
bandar Muar, Jalan Bentayan, Jalan Dato’ Haji Hassan, Jalan Daud dan juga Jalan
Bakri.
Pada 26 Mac 2011, Perdana Menteri telah melawat ke DUN Maharani, Bentayan dan
Sungai Abong. Di mana ketiga-tiga kawasan tersebut adalah diwakili oleh ADUN
Pakatan Rakyat. Tetapi malangnya kami bertiga tidak dijemput oleh pegawai Pejabat
Daerah Muar mengenai lawatan tersebut. Sungguhpun kami bertiga tidak dijemput,
Perdana Menteri tetap mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.8 juta untuk
mengatasi masalah sistem perparitan dan saliran yang ada, yang dikatakan sudah
tidak mampu berfungsi setiap kali hujan turun. Pada 4 Jun 2011, Ketua WHIP MCA, Ahli-
Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Muar juga telah membuat pengumuman melalui akhbar
bahawa sekiranya masalah banjir tidak diselesaikan dalam tempoh 2 minggu maka
beliau menegaskan bahawa pada PRU Ke-13 nanti rakyat akan mengundi Pakatan
Rakyat. Bentayan berharap…
Y.B. Dato’ Speaker : Hem, awak ni betullah. (Ketawa).
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ini betul punya, ada bukti ini. Surat khabar
semua ada…
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, asyik main surat khabar sahaja, surat khabar ni ke kadang
tahulah, Yang Berhormat ajak makan, keluarlah.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan): Bentayan berharap Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri dapat menghulurkan peruntukan tersebut dengan kadar segera
memandangkan keadaan sudah bertambah teruk. Soalannya...,
Y.B. Dato’ Speaker : Ini kawasan mana, Bentayan eh? Yang sebut ni kawasan mana?
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Bentayan.
Y.B. Dato’ Speaker : Memang suwei betullah. (Dewan ketawa dan bertepuk). Ok, ok.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : So, Bentayan yang masalahnya rakyat kita
masuk Dewan untuk minta EXCO untuk selesaikanlah. EXCO senyum sahaja EXCO.
Y.B. Dato’ Speaker : Senyum dalam tangisan tu. (Dewan ketawa).
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ok soalan, berapa lamakah Sungai Bentayan
sudah tidak dibersihkan dan bilakah JPS akan membaiki tembok Sungai Bentayan
yang telah runtuh di sebelah Bangunan MARA Muar? Bentayan juga berpendapat
135
bahawa Sungai Bentayan yang dipenuhi dengan kelodak lumpur sememangnya sukar
untuk dibersihkan dengan kewujudan Bangunan UMNO Bakri. Laluan untuk
pergerakan jentera JPS telah menjadi sempit, pihak yang memberi kelulusan kepada
pembinaan Bangunan UMNO Bakri, seharusnya bertanggungjawab kepada kejadian
banjir kilat yang sering melanda bandar Muar sejak kebelakangan ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, majalah Holistik.
Y.B. Dato’ Speaker : Lagi buka surat khabar.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Majalah Holistik Bilangan 26 ini. April 2011,
muka surat 27. Tajuk besar, “Cakap Biar Jujur, Hati Mahu Ikhlas” kita dapat sebagai
ADUN dua naskhah setiap bulan.
Y.B. Dato’ Speaker : Buat apa kasi Yang Berhormat ni.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Jangan kasi, Speaker kata tak boleh kasi.
Y.B. Dato’ Speaker : Lain kali jangan kasi. (Dewan ketawa).
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Oleh yang ditulis oleh Mohd Sa’adi bin Mat
Atar.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, tak payah sebut nama oleh penulis, dahlah.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Kasi dia glamor sikitkan. Dalam komen
tersebut beliau menyatakan bahawa berapa kerapkah ahli bukan Cina yang
menganggotai DAP? Adakah DAP bersedia untuk meletakkan calon Melayu di kerusi
majoritinya bukan Melayu? Sebenarnya sejak ditubuhkan DAP telah meletakkan calon
Melayu yang pertama yang mewakili DAP iaitu saudara Daeng Ibrahim Osman pada…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat tak payah sebut namalah, barangkali dia sudah
meninggal ke apa ke, tak baguslah. Cakap pula Yang Berhormat cakap DAP.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Mewakili DUN Tampoi pada 1…
Y.B. Dato’ Speaker : Dahlah, tu dah lama Yang Berhormat, yalah saya tahulah tu, dah
20 tahun dulu.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Gambar dia ni. Di DUN Tampoi pada tahun
1967.
Y.B. Dato’ Speaker : Hem, lama.
136
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Di sini, Bentayan ingin bertanya kepada
UMNO, adakah UMNO bersedia meletakkan calon Cina di kerusi majoritinya, pengundi
Melayu…
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, Yang Berhormat, dah banyak dah. (Dewan ketawa). Sampai
orang Melayu marah.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ahli-Ahli UMNO…
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah betullah tu.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ahli-Ahli UMNO…
Y.B. Dato’ Speaker : Ha.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusa Jaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
ni Bentayan ni apa cerita UMNO pula ni.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ahli-Ahli UMNOnya berbangsa Cina…
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusa Jaya) : Bentayan, ni pakai surat khabar,
cerita pasal UMNO, ni apa dah jadi ni?
Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Dato’ Pengerusi ni politik sempit ni Dato’
Pengerusi.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dia masih tidur lagi.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, gaduh dulu. Dah habis gaduh? (Dewan ketawa). Ha,
sambung terus, cerita lain Yang Berhormat.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ok sebagai Ketua Editor, Majalah Holistik iaitu
majalah bulanan Kerajaan Negeri dan beliau juga memegang jawatan sebagai
Setiausaha Akhbar kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan sebagai
seorang penjawat awam beliau tidak sepatutnya mengeluarkan bahasa kasar.
Y.B. Dato’ Speaker : Itu tak kasar, Yang Berhormat.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Kerana gaji beliau.
Y.B. Dato’ Speaker : Itu secara biasalah penulis, dia tidaklah marah, maki.
137
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Kerat-kerat.
Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini tuduhan yang
palsu ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusa Jaya) : Dia dahlah kecil ni.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Kalau satu kerat, dua kerat tu bukan bahasa
kasar itu bahasa kamus ke apa?
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, dia tak sebut perkataan yang agak menghina,
perkataan yang agak terlampau kasar sangat tak ada, biasalah penulis, biasa.
Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa yang telah
disebut oleh Yang Amat Berhormat itu semua benar itu.
Y.B. Dato’ Speaker : Haiya, ini. Mau gaduhlah, luar-luar.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Johor Jaya masuk campur pula. Kita
seharusnya…
Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Yang Berhormat, saya tidak gaduh Yang
Berhormat…
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, dahlah tu.
Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Sebab ini dari Muar, kita kena betulkan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah. Ok, ok.
Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Jangan memalukan orang Muar.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, gasaklah kau berdua. (Dewan ketawa). Ha, ok.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Beliau seharusnya memaklumkan mesej yang
betul yang boleh mendatangkan manfaat kepada seluruh rakyat di Negeri Johor.
Bentayan berpendapat Yang Amat Berhormat Menteri Besar seharusnya memberikan
nasihat kepada Setiausaha Akhbar beliau supaya tidak lagi mengeluarkan perkataan-
perkataan yang boleh menyakitkan hati setiap orang.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, ni ajar itik
berenang ni.
138
Y.B. Dato’ Speaker : Ha yalah. Tak apalah Yang Berhormat pun nanti dia suruh buat
lagi yang banyak lagi yang kasar-kasar lagi, bukan dia suruh berhenti. Ok Yang
Berhormat masa.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Soalan, lagi sikit soalan.
Y.B. Dato’ Speaker : Mana lagi sikit lagi.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Pada tarikh 13 Mei 2011, Utusan Melayu telah
melaporkan bahawa penjawat kakitangan awam sering ponteng kerja, khususnya dari
kumpulan Pekerja Am Rendah (PAR). Apakah tindakan tegas yang telah diambil oleh
Kerajaan Negeri Johor ke atas mana-mana penjawat awam yang melakukan
kesalahan tersebut?
Y.B. Dato’ Speaker : Dekat Johor bagus Yang Berhormat, semua kerja ikut aturan. Tak
payah ambil tindakan.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ok, soalan dua, Bentayan ingin tahu
berapakah jumlah mengikut bidang kepakaran tenaga pakar dan golongan-
golongan ikhtisas rakyat Johor yang berkhidmat di luar negara serta nyatakan sebab-
sebab kenapa mereka keberatan untuk pulang berkhidmat di negara sendiri dan lebih
selesa di negara asing? Soalan terakhir ialah, adakah Kerajaan Negeri membenarkan
Pengerusi UMNO Bahagian Bakri merangkap Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Bakri
iaitu apabila beliau memberikan ucapan-ucapan di majlis makan malam di tokong-
tokong ataupun persatuan-persatuan di Muar, sama ada beliau berhak menyatakan
bahawa rakyat, audience, audience yang hadir hari itu ialah rakyat di Parlimen Bakri
adalah rakyat beliau.
Y.B. Dato’ Speaker : Betullah tu, dia Ketua Barisan, rakyat dialah. Yang Berhormat Wakil
Rakyat mana?
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Sepuluh kali saya sama-sama dia.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat, dah masa lebih.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : So, Bentayan merasakan bahawa beliau
sudah bertindak melampau batas dan berharap pihak Kerajaan Negeri dapat
mengambil tindakan mengenai perkara di atas dengan kadar segera supaya rakyat
Bakri tidak terpedaya dengan kata-kata sedemikian.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
139
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Kesimpulan, Bentayan berharap segala
peruntukan haruslah dibelanjakan kepada kumpulan yang disasarkan. Kerajaan
haruslah ingat bahawa setiap sen yang dibelanjakan adalah wang rakyat. Sekian
terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ini media-media ni, akhbar pun kalau ikut peraturan tak boleh
disebut eh, tapi dia dah tersebut tadi. Ok, sambung lagi siapa nak berucap.
Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat duduk sekejap. Sekejap sahaja. Ahli-Ahli Yang
Berhormat ada wanita, ramai dekat belakang tu tengok semua wanita, datang dari
Pergerakan Wanita Pembangunan Keluarga, Parlimen Pulai. Tahniah Pulai. (Dewan
bertepuk). Semua penyokong kerajaan, UMNO punya eh, bukan DAP. Ok,
Penggaram. Ahli-Ahli Yang Berhormat ni lurus sangatlah. Ok lah.
Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Terima kasih. Salam bahagia dan Salam Satu
Malaysia saya ucapkan, kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat serta semua yang
berada di dalam Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih
dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk
mengambil bahagian dalam sesi perbahasan, Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan
Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku semasa merasmikan pembukaan Penggal
Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-12 pada minggu yang lalu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor
sewaktu merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor
Ke-12 perlulah kita junjung tinggi, dan mengambil perhatian atas apa yang Tuanku
titahkan. Sehubungan dengan itu inginlah saya mengambil kesempatan ini, di Dewan
yang mulia untuk membahaskan serta menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Sultan, di mana ada beberapa perkara yang dibangkitkan merupakan keperluan
rakyat sesuai dengan slogan Satu Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian
Diutamakan’.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pembangunan infrastruktur amatlah penting bagi
menjana ekonomi serta pendapatan rakyat. Di kampung-kampung pula
pembangunan infrastruktur amatlah penting terutamanya pembinaan longkang-
longkang dan jalan raya kerana ianya adalah pembangunan infrastruktur asas yang
perlu disegerakan. Saya amat berharap agar aduan daripada Wakil Rakyat serta
permohonan yang telah dipohon sama ada melalui Pejabat Daerah ataupun melalui
Ahli Yang Berhormat perlu disegerakan kelulusannya. Antara yang menjadi isu utama
ialah kesesakan jalan raya di kawasan Pekan Bukit Pasir, di mana terdapat beberapa
buah kampung tradisional, dan kini ditambah lagi dengan pembangunan dan
pembinaan taman-taman perumahan.
140
Yang Berhormat Dato’ Speaker, akibatnya ialah kesesakan teruk yang dialami oleh
pengguna jalan raya dan ianya bertambah apabila waktu persekolahan, pergi dan
balik kerana terdapat dua buah sekolah di kawasan tersebut iaitu Sekolah Jenis
Kebangsaan Chung Hwa dan Sekolah Kebangsaan Parit Bilal. Walaupun mungkin ada
kajian yang telah dilakukan, namun penyelesaian jangka pendek mahu pun jangka
panjang perlulah disegerakan bagi melebar dan menaik taraf jalan dan sistem lalu
lintas yang lebih berkesan bagi menangani masalah yang saya sebutkan ini dan ianya
telah saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, projek naik taraf ini bukan sahaja ada menyelesaikan
masalah kesesakan lalu lintas, malahan ianya pasti akan merangsang dan menjana
ekonomi setempat dan juga pendapatan rakyat. Adalah diharapkan dengan adanya
pembangunan walaupun berskala kecil, sekurang-kurangnya ada perubahan dari segi
infrastruktur yang berlaku di kawasan kampung-kampung tersebut. Di DUN Penggaram
yang saya wakili, walaupun tidak banyak kampung-kampung tetapi bilangan
penduduknya agak ramai dan perlu perhatian. Selain daripada itu, masalah miskin
tegar walaupun telah kita usaha untuk mengatasinya, masih ada lagi yang
memerlukan pembelaan dari Kerajaan. Saya amat berharap agar selain dari
penduduk miskin tegar yang didaftarkan melalui Pejabat ADUN, Penghulu-Penghulu
dan Ketua-Ketua Kampung yang berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah,
perlulah giat membantu dan mengenal pastikan golongan ini sama ada di kampung
atau pun dalam bandar pula pelaksanaan dan pendaftaran diselia oleh Pihak
Berkuasa Tempatan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kepada penduduk miskin yang ditimpa bencana
seperti kebakaran dan sebagainya, seharusnya kita mempunyai peruntukan khas untuk
membina semula rumah atau melalui Tabung Bencana Alam. Terdapat beberapa kes
di mana ada penduduk yang rumahnya terbakar, dan musnah sama sekali masih
belum dapat pembelaan yang sewajarnya untuk membina semula rumah mereka.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat ada pergi tanya Jabatan tu bila nak buat?
Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Saya sudah buat surat di Pejabat Daerah.
Y.B. Dato’ Speaker : Jumpalah Yang Berhormat. Oh.
Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Tetapi tak ada respons. Yang Berhormat
Dato’ Speaker, selain dari itu masalah pengundi dan penduduk rumah pangsa juga
bagaikan tiada kesudahan. Bangunan yang tidak terpelihara, usang dan tidak ceria
seolah-olah sebagai satu simbol kesedihan penduduknya. Adalah diharapkan ada
pihak yang boleh bertanggungjawab mengecat semula bangunan-bangunan ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh. Ada kat Johor Bahru dapat. Yang Berhormat mintalah, tulis
surat.
141
Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Di Batu Pahat saya sudah bangkit banyak
kali, tak dapat.
Y.B. Dato’ Speaker : Tulis surat kepada Menteri Besar.
Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain itu,
lawatan saya ke rumah pangsa di Kampung Kenangan Dato’ Onn, Pesta, juga
mendapati pembekalan air masih lagi menggunakan pam. Kerap kali pam ini rosak
dan tidak berfungsi dan ini menyebabkan penduduk tidak mendapat bekalan air.
Selain itu, kolam takungan najis pula tidak diselenggarakan dan tidak berpagar. Saya
amat khuatir jika anak-anak kita yang bermain tanpa kawalan akan memasuki
kawasan tersebut dan akhirnya akan berlaku kemalangan yang tidak kita ingini. Yang
Berhormat Dato’ Speaker, adalah diharapkan ada mekanisme bagi memastikan
perkara-perkara yang saya sebutkan tadi di selesai secepat mungkin.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam Kembara Mahkota Johor yang telah berakhir
pada 21 Jun yang lalu, Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah memberi teguran kepada
sesetengah agensi yang bertanggungjawab dalam soal kebersihan dan pemeliharaan
alam sekitar. Secara peribadi saya bersetuju dengan teguran tersebut, apatah lagi jika
melihat kepada pencemaran sungai dan parit-parit serta longkang-longkang konkrit
yang mula tersumbat dengan sampah sarap, pasir dan pokok-pokok kerana tiada
penyelenggaraan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain dari berusaha mendidik masyarakat untuk
menjaga alam sekitar pihak yang di tanggungjawab dalam soal ini seharusnya lebih
pro-aktif. Kita amat risau dengan fenomena di mana kita kini longkang-longkang
konkrit yang dibina bertujuan untuk mengalirkan air dan mengelakkan banjir, kini telah
bertukar fungsinya sebagai salah satu penyebab banjir kilat yang berlaku.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyaksikan sendiri akibatnya, jika parit konkrit
tersumbat dan tersekat aliran airnya akibat kandungan sampah sarap, pasir dan
pokok-pokok, akhirnya aliran air yang deras ini telah terkeluar dari laluan sepatutnya
dan melimpahi tebing serta masuk ke dalam rumah para penduduk.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain dari itu amatlah malang pula jika ada
pembersihan dan penyelenggaraan yang dilakukan tetapi tiada pemantauan.
Akibatnya sampah sarap yang dilongok di tepi parit konkrit menunggu lori untuk
dibuang, akhirnya masuk semula ke dalam parit. Hal ini amatlah mengecewakan dan
adalah diharapkan pemantauan terhadap kerja-kerja pembersihan parit konkrit ini
dilakukan dengan lebih kerap dan berkesan bagi mencapai matlamat dan
objektifnya.
142
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan juga memaklumkan akan membina lagi
sebanyak 121 buah Sekolah Agama dalam tempoh masa 2 hingga 3 tahun. Syabas
dan tahniah diucapkan. Namun begitu, saya juga ingin menarik perhatian kepada
beberapa buah Sekolah Agama lama yang perlu pembaikan dari segi infrastruktur
seperti bumbung dan juga longkang. Antara yang boleh saya sebutkan di sini, hasil
pemerhatian dalam lawatan saya ialah Sekolah Agama Kampung Kenangan Dato’
Onn yang terletak di DUN Penggaram bersebelahan Masjid Jamek Sultan Ismail, Batu
Pahat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya berharap pembaikan bumbung yang bocor dan
longkang yang rosak di Sekolah ini dapat dilakukan dengan kadar yang segera, demi
keselesaan anak-anak murid yang belajar di Sekolah Agama tersebut. Selain itu, ada
terdapat juga beberapa buah surau yang memerlukan baik pulih serta perlu dicat
semula. Dengan ini, diharapkan ianya akan menambah keceriaan surau tersebut
untuk keselesaan para jemaahnya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pembinaan sesuatu projek yang berkonsepkan design
and build dengan izin, perlulah diteliti pelaksanaannya. Seharusnya pihak kontraktor
dan perunding yang telah dilantik bertemu dengan Pihak Berkuasa Tempatan seperti
Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Kerja Raya serta Pihak Berkuasa Tempatan sebelum
mulakan projek bagi memastikan penduduk-penduduk di kawasan berhampiran tidak
mengalami masalah dengan pembinaan sesuatu projek. Kita menyokong sesuatu
projek demi kepentingan rakyat. Namun, sikap kontraktor yang tidak
bertanggungjawab menyebabkan ramai penduduk yang menghadapi masalah
akibat pembinaan projek yang tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin merujuk pembinaan bangunan tambahan
hospital baru Batu Pahat yang kini hampir siap. Semenjak dibina, masalah banjir kilat
dan banjir lumpur di Taman Perumahan terutamanya di Taman Mewah mula berlaku.
Akhirnya, pada pagi 6 Jun yang lalu, akibat hujan lebat maka aliran air deras dari
projek pembinaan telah mula melimpah dan memasuki rumah penduduk.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya telah bertemu dan berdialog dengan kontraktor
dan Juru Perunding bersama pihak hospital serta JKR, MPBP dan JPS serta wakil
penduduk. Dalam pertemuan tersebut beberapa langkah jangka pendek dan jangka
panjang telah dipersetujui untuk mengatasi masalah tersebut dan kontraktor berjanji
akan melaksanakan dalam tempoh masa satu minggu, namun sehingga kini tiada
tanda-tanda kontraktor akan menunaikan janji dan saya berharap kontraktor yang
bertanggungjawab ini diambil tindakan yang sewajarnya bagi memberi pengajaran
kepada semua pihak bahawa kebajikan penduduk perlu dijaga, walaupun kita
memerlukan pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sejak akhir-akhir ini kredibiliti Kerajaan telah mula
tercalar dengan sikap para pegawai dan kakitangan yang tidak dapat mengamalkan
143
sikap profesionalisme mereka dalam kerjaya yang mereka miliki. Walaupun telah
banyak kursus untuk meningkatkan produktiviti dan profesionalisme kepada kakitangan
kerajaan, namun kita mungkin terlepas pandang kepada tugas penyambut tetamu
ataupun operator. Kepada agensi-agensi kerajaan yang tugas melayan pertanyaan
dan menyampaikan maklumat kepada rakyat. Ada banyak rungutan tentang sikap
sesetengah operator di pejabat-pejabat kerajaan yang tidak mesra sewaktu melayan
para pelanggan yang datang serta berurusan di pejabat. Kita khuatir akhirnya nanti
kerajaan pula akan dipersalahkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sehubungan dengan ini saya mencadangkan agar
ada kod etika bagi operator dan penyambut tetamu melayani keperluan rakyat.
Walaupun telah ada Piagam Pelanggan yang dipamerkan dan diperlu dipatuhi,
namun slogan Budi Bahasa Budaya Kita telah mula hilang dari hati sanubari kita rakyat
Malaysia dan Johor amnya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga tidak menafikan ada operator yang komited
memberikan perkhidmatannya dan pengalaman saya di Majlis Perbandaran Batu
Pahat, mendapati masih ada lagi mengamalkan sikap profesional dan ramah mesra
dalam tugas mereka.
Y.B. Dato’ Speaker : Operator ni semua perempuan ya Yang Berhormat?
Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Ha, kebanyakan perempuan.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh!
Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya
berharap kita tidak memandang ringan akan beberapa perkara berkaitan sikap yang
perlu kita miliki dalam menangani masalah rakyat semoga kita sentiasa terhindar dari
melakukan perkara-perkara yang akan memudaratkan negara dan merugikan rakyat
akhirnya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum mengundur diri, izinkan saya menyampaikan
satu…
Y.B. Dato’ Speaker : Apa mengundur diri daripada Dewan ke Wakil Rakyat?
Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Dewan.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh Dewan, ok, ok.
Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Jika ada silap bicara, maafkan saya penuh
setia; marilah kita sama bekerja, moga Johor maju dan jaya.
144
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, baguslah Yang Berhormat punya ucap.
Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Sekian dan dengan ini saya menjunjung kasih
atas Titah Duli Yang Maha Mulia Ke Bawah Duli Tuanku dan menyokong rundingan
yang dibawa oleh Yang Berhormat ADUN Kawasan Kukup. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, perbahasan disambung juga lagi, Yang Berhormat Kempas.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Assalamualaikum warahmatullahi
taala wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana
memberi saya peluang untuk membahaskan usul yang di bawa oleh Yang Berhormat
daripada Kukup iaitu Usul Titah Ucapan Menjunjung Kasih kepada Duli Yang Maha
Mulia Sultan Johor pada hari Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan
Negeri Johor Ke-12, hari Khamis, 23 Jun 2011 yang lepas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, negara kita makmur, aman dan bahagia ini adalah
hasil daripada usaha kerajaan dan juga daripada segenap lapisan rakyat yang
memainkan peranan penting untuk memajukan negara kita ini. Kita telah pun
merdeka lebih daripada 57 tahun dan alhamdulillah dari hari ke hari kita lihat
pembangunan, perpaduan dan juga keamanan negara kita ini makin dilihat
bertambah-tambah baik. Maka dengan sebab itulah, negara kita ini dianggap
sebagai negara ketiga yang termaju di antara negara-negara di seluruh dunia ini. Ini
adalah hasil daripada sebagaimana yang dinyatakan oleh Titah Ucapan Duli Yang
Maha Mulia ialah peranan kita bersama. Peranan rakyat jelata sama ada mereka itu
mempunyai kedudukan yang tinggi, nelayan, petani, peniaga dan sebagainya.
Semuanya memainkan peranan tetapi ada pada hari ini kita lihat sebahagian kecil
mereka-mereka yang menganggap diri mereka ini sebagai warga negara, sebagai
rakyat di dalam negara kita ini yang rasa tidak senang hati dengan kemakmuran,
kebahagiaan yang kita cipta, yang kita rasai pada hari ini.
Kita lihat pada hari ini satu kumpulan yang kalau kita hendak katakan satu kumpulan
yang tidak diiktiraf oleh rakyat dalam erti kata lain ialah kumpulan haram yang cuba
untuk memporak-perandakan perpaduan, kemakmuran dan juga ketaatan negara
kita ini begitu amat berleluasa. Di mana satu kumpulan yang kita lihat pada hari ini
sudah pun mengatur akan satu rancangan iaitu apa yang dinamakan iaitu Kumpulan
BERSIH umpamanya yang saya rasa matlamat dan juga tujuan mereka ini tidak bersih
yang konon-kononnya kerajaan kita tidak mengamalkan satu sistem demokrasi yang
demokratik, tidak mengamalkan satu pemilihan yang telus dalam pilihan raya. Saya
rasa cara pendekatan yang ditunjukkan oleh satu kumpulan ini adalah satu
pendekatan yang bukan sahaja rakyat tidak perlu memberikan sokongan tetapi juga
perlu kita ambil tindakan. Kita, pada setiap lima tahun sekali mengadakan pilihan raya
secara terbuka, secara telus waima apa sekali pun tohmahan yang dilemparkan oleh
mereka-mereka yang tidak sukakan perjalanan demokrasi yang dilaksanakan oleh
145
kerajaan pada hari ini tetapi kita sudah dapat melihatkan pengiktirafan dunia dalam
soal kita melaksanakan sistem demokrasi kita sebagai contoh pada hari ini kalau kita
tidak bersih, kita semua Wakil Rakyat yang ada di Parlimen terdiri daripada sebuah
parti, Barisan Nasional tetapi hari ini berapa ramai daripada pihak-pihak
pembangkang termasuk juga di Negeri Johor.
Di barisan belakang ini semua daripada mereka-mereka yang terdiri daripada parti-
parti pembangkang ataupun parti-parti yang bukan berada dalam Barisan Nasional.
Jadi, kalau kita tidak bersih mereka-mereka ini tidak ada di dalam Dewan ini. Jadi
mengapakah kumpulan ini konon-kononnya bermatlamat dan bertujuan mahukan
supaya kerajaan ini lebih telus dalam soal melaksanakan pilihan raya? Kalau betul
saudari yang menjadi ketua kepada Kumpulan BERSIH ini bermatlamatkan untuk
mencari populariti, untuk mencari kedudukan dan juga kuasa, daftarkan Kumpulan
BERSIH ini sebagai satu Parti Siasah dan puan yang menjadi ketua ini bertandinglah
sebagai calon yang mewakili Parti BERSIH ini. Maka di situ, boleh menilaikan sama ada
rakyat menerima mereka dan juga parti ini atau tidak. Bukan hanya semata-mata
hendak menunjukkan sesuatu kononnya apa yang dilakukan oleh kerajaan ini tidak
betul, mereka mengadakan tunjuk-tunjuk perasaan, mengadakan pendekatan yang
tidak mendapat sokongan majoriti rakyat seperti yang dirancang pada bulan
hadapan nanti. Ini semata-mata, saya rasa ada elemen-elemen subversif yang sudah
menular dan juga memberi sokongan di belakang kumpulan ini.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Jadi saya, saya tidak memberikan
keahlian kepada siapa-siapa.
Y.B. Dato’ Speaker : Apa dia?
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Peraturan Tetap 45 sebab…
Y.B. Dato’ Speaker : Sekejap, sekejap, Yang Berhormat dia sebut.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Sebab perkataan subversif memang yang
menimbulkan syak di antara kalangan kita sebab saya nak tanya Yang Berhormat
Kempas itu, kalau dulu dia dalam pembangkang kalau semua…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat saya..
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
mengapakah Yang Berhormat daripada Skudai ini begitu concern dengan izin,
tentang BERSIH? Saya tak ada sentuh tentang DAP. Tak menyentuh pun apa-apa
parti.
146
Y.B. Dato’ Speaker : Tak adalah, saya nak cakap, ok. Yang Berhormat, dia berucap
dari segi umum, dia tak menyentuh parti-parti komponen ke? Badan apa ke? Dia
cuma cakap cara biasa jelah, dia tak ada menyinggung perasaan.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, cuma nak peringatkan
Perlembagaan Negara kita. Itu kalau subversif tu, itu berat sikitlah.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak yelah, betullah. Yang Berhormat, sebut perkataan subversif
ini, mana-mana, hari-hari orang cakap. Kalau berucap dekat mana, berucap dekat
mana tempatlah. Ha ni ada subversif, subversif, itu taklah berat sangat. Melainkan
kalau dia suruh keluar orang ramai-ramai, kita tunjuk perasaan, ha yang itu betul. Ini
tak ada la eh, biasa jelah, oklah.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Saya rasa BERSIH dengan parti-parti
contohnya seperti DAP ni ada konspirasi, itu sebab dia rasa macam tersinggung.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, oklah, duduk. Yang Berhormat,
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Tohmahan. Ada konspirasi ini Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, saya datang dari Kebun Teh, saya nak rehat
minum teh.
Persidangan di tangguhkan pada jam 11:30 pagi.
Persidangan di sambung semula pada jam 11:50 pagi.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera. Persidangan disambung semula. Jemput Kempas.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’
Timbalan Speaker. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita sebagai rakyat Malaysia yang
mengiktiraf diri kita sebagai warganegara sudah sememang dan sepatut dan
sewajarnyalah kita menegakkan kedaulatan negara kita. Apatah lagi kalau ada
musuh-musuh daripada luar yang ingin mencabar dan memporak-perandakan
negara kita. Kita mesti tentang habis-habisan. Begitu juga kalau ada di kalangan
mereka yang menganggap diri mereka sebagai warganegara tetapi juga ingin
memporak-perandakan dan juga meruntuhkan kedaulatan perlembagaan negara
kita, kita juga mesti menentang habis-habisan Yang Berhormat Dato’ Speaker. (Dewan
bertepuk). Waima sampai ke titisan darah yang terakhir. Saya rasa kalau ini ada
agenda yang tersembunyi yang boleh merosakkan institusi raja-raja perlembagaan
147
kita, maka kita bersama-sama kena mengambil tindakan. Bukan sahaja pasukan
keselamatan, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau kita lihat daripada halusi daripada titah ucapan
Duli Yang Maha Mulia ke bawah Duli Tuanku pada hari Perasmian Persidangan
Keempat yang lepas, baginda amat peka bukan saja dalam soal pembangunan
infrastruktur, dalam soal pembangunan insani tetapi juga dalam kesejahteraan rakyat
dan juga perpaduan. Inilah sepatut kita sebagai seorang warganegara yang kita
junjung dan juga taat kepada raja kita mestilah kita mengikut dan menuruti akan
arahan titah baginda. Kita boleh bersama-sama bekerja dalam satu team work
dengan izin. Dalam dewan negeri kita boleh berhujah kita boleh mengeluarkan idea-
idea yang bernas, yang baik bukan sahaja semata-mata untuk mengkritik kerana
hendakkan populariti kepada parti dan diri kita tetapi kritikan kita itu mestilah berasas.
Kritikan kita itu mestilah membina. Kritikan kita itu mestilah diterima oleh ramai. Jangan
semata-mata menempelak, menyalah dan juga menuding jari kepada kesalahan,
kesilapan sahaja.
Hari ini kerajaan yang telah diberikan mandat oleh rakyat dalam setiap lima tahun
semenjak kita merdeka sudah melakukan berbagai-bagai bentuk pembangunan.
Pagi tadi kita lihat ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita mengatakan paras
kemiskinan di negara, di negeri kita sudah pun jatuh ke paras 2% sahaja. Ini satu
pendekatan, keputusan ataupun result yang sudah kita tunjukkan. Ini walaupun
sampai ke tahap seperti yang telah dikatakan itu masih kita rushing mencari jalan
bagaimanakah untuk merealisasikan supaya kemiskinan di negeri kita ini khusus di
negeri Johor ini sehingga sifar. Ini yang sepatutnya kita sama-sama buat. Dalam
berpolitik kita sama-sama berpolitik. Politik yang menjurus kepada kebaikan,
kesejahteraan rakyat dan juga negara. Bukan politik yang memecahbelahkan,
memporak-perandakan negara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya rasa apa yang dihujahkan oleh sahabat-sahabat
saya daripada semua kawasan-kawasan yang terdahulu daripada saya banyak
kebenaran dan juga pendekatan yang membina, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Kalau dibandingkan dengan hujah-hujah seperti yang kita dengar dan berpihak yang
lain yang hanya semata-mata mengkritik tanpa memikirkan sesuatu dan juga
mengeluarkan idea yang baik. Jadi saya rasa perubahan ataupun transformasi
pemikiran seseorang itu kalau kita berkecimpung dalam politik, agenda kita adalah
untuk membangunkan negara mesti juga diubah bukan sahaja konon-kononnya nak
mengubah kerajaan tetapi juga mengubah pemikiran dan pendekatan kita dalam
soal untuk kita sama-sama membina dan juga melihat negara kita ini makmur di masa
yang akan datang, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin merujuk beberapa perkara yang berkaitan
dengan rakyat dan juga kesejahteraan negara kita. Saya, kawasan saya ini terletak di
dalam kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar khususnya di daerah Johor Bahru ini
148
ialah kawasan Iskandar Regional Development Authority, Pihak Berkuasa Iskandar.
Alhamdulillah pendekatan yang dibuat oleh IRDA ini dalam untuk melihat dan juga
merealisasikan pembangunan bandar raya Johor Bahru khususnya ini untuk satu
matlamat kepada bandar raya mampan dapat bergerak. Tapi saya ingin
menyatakan di sini kalau kita hendak membuat sesuatu itu perlulah kita juga selain
daripada meneliti akan sedikit sebanyak akan kelemahan kita, mendengar akan
segala idea-idea ataupun pandangan-pandangan yang baik.
Saya mengambil contoh tentang pembangunan projek-projek untuk membaik pulih
sungai, anak-anak sungai di kawasan saya iaitu di Permatang, Sungai Johor dan
sebagainya. Yang menjadi masalahnya ialah soal pemantauan projek itu pertama,
dalam masa pembinaan. Yang keduanya, dalam masa guarantee period dengan izin
atau pun dalam masa gerenti lah. Saya pun lupa. Tidak ada pemantauan. Kalau
sungai ini dah tentulah tempat saliran air pada setiap hari apatah lagi kalau waktu
hujan. Kita tanya kepada Pihak Berkuasa Tempatan, mengapakah sungai yang dibina
dengan kos yang tinggi ini tidak dipantau khususnya dalam soal maintenance dia,
potong rumput dia dan sebagainya. Dia kata pihak IRDA belum lagi handling over
dengan izin kepada pihak PBT. Tempoh yang saya tanya handling over ni berapa
lama? Dia kata setahun. Bayangkanlah kalau satu sungai ini yang menjadi tempat
aliran air yang boleh dikatakan tempat yang subur, setahun tidak dipotong rumput,
bayangkan macam mana. Bukan sahaja rumput, sampah sarap pun.
Jadi, saya mintalah pihak IRDA supaya melihat bukan sahaja sungai yang saya
katakan di sini juga jalan. Jangan dijadikan alasan dalam guarantee period. Soal
pemantauan ini kerana rakyat tidak tahu dalam tempoh setahun ini di dalam tempoh
guarantee period. Dia tahu kerajaan membuat dengan belanja ratusan juta. Kenapa
jadi macam ini? Yang salah kerajaan juga. Kerajaan Barisan Nasional juga. Pihak-
pihak yang lain akan menuding jari katakan kita lemah. Jadi itu sebablah kita juga
kena peka dalam soal ini. Banyak perkara yang kita telah buat tetapi kalau satu
kesilapan yang kita buat maka orang akan tunjuk satu kesilapan itu sahaja yang akan
dijadikan sebagai satu isu besar.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang Johor Corporation.
Kita tahu Johor Corporationlah. Dia ada 400 syarikat. 124 nak tutup. Ada 70,000
kakitangan yang berada dalam bekerja dengan Johor Corporation termasuklah anak-
anak syarikat dan sebagainya. Alhamdulillah dengan tertubuhnya Johor Corporation
yang dahulunya dikenal pasti sebagai SEDC dalam suatu ketika dahulu bukan sahaja
dapat membina beberapa infrastruktur, membina akan usahawan-usahawan,
peniaga-peniaga khususnya di kalangan bumiputera bahkan juga dapat mewujudkan
pekerjaan yang berjumlah 70,000. Saya amat bangga atas inisiatif Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri kita yang kedua dahulu.
Pada setiap negeri mesti ditubuhkan SEDC umpamanya kerana matlamatnya itulah
dia. Tetapi benda yang baik ini perlulah kita jaga. Perlulah kita awasi dengan teliti.
149
Awasi dan jaga dengan teliti ini daripada berbagai-bagai penjuru. Pertamanya dalam
soal bagaimanakah kalau kita menjaga sebuah syarikat ini supaya syarikat ini jangan
rugi, supaya syarikat ini akan lebih sihat akan lebih membesar lagi menjadi
konglomerat yang berjaya di satu hari nanti. Dengan pendekatan-pendekatan seperti
mengurangkan perbelanjaan kalau dalam masa recession dengan izin, tetapi kalau
kita lihat pada hari ini, Johor Corp tak untung untuk besar, adalah beberapa anak
syarikat yang untung. Kita tengok pegawai-pegawainya, kalau Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Johor pakai Proton Perdana, dia boleh pakai Mercedes 500 SEL yang
harga dekat jutaan ringgit. Ini yang dinamakan satu pembaziran. Pegawai yang di
bawah pun saya rasa Wakil Rakyat pun tak mampu pakai kereta jenis daripada
Sweden, Audilah daripada Jerman, jadi itu sebab kita rasa ini adalah satu pembaziran,
kita kena cut cost.
Kita lihat KOMTAR dah lima tahun depan mata saya. Hari-hari saya jalan dekat jalan
Wong Ah Fook, yang dahulunya boleh disewakan dengan peniaga-peniaga kecil.
Diubah suai dah empat tahun. Ubahsuai lebih-lebih dua tahun, dah empat tahun tak
tahu berapa tahun lagi akan siap. Masih lagi seperti itu. Bukan sahaja kita telah
mengecilkan saiz tempat untuk orang-orang berniaga tetapi juga menjadi satu bandar
yang kalau kita lihat kalau malam ini bukan kata bandar sampai orang luar datang
Johor Bahru, di mana bandar Johor Bahru? Itulah dia saya kata. Dah habis itu belum
selesai lagi, saya dengar khabar Kota raya pula sudah mula dikeluarkan peniaga-
peniaga juga akan diubahsuai. Kadang-kadang kalau kita lihat Kota raya ini elok lagi,
baik lagi kenapa perlu diubahsuai. Kalau katakan IRDA ada perancangan untuk
menstrukturkan semula, membaik pulih bandar Johor Bahru, jangan masuk Kota raya.
Ramai di kalangan peniaga-peniaga yang sudah datang berjumpa bukan sahaja
dengan saya tetapi dengan Wakil-Wakil Rakyat yang lain mengadu hal. Ini satu
pembaziran. Saya belum nak cerita benda-benda yang lain sebab masa ucapan
saya adalah terhad. Tapi sekurang-kurangnya indikasi yang saya katakan dalam
ucapan saya ini buatlah satu muhasabah diri khususnya kepada mereka-mereka yang
diberikan amanah untuk menjaga Johor Corporation ini. Yang Berhormat Dato’
Speaker…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih. Cukup Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Saya minta…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ringkaskan. Ok.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Terima kasih. Saya juga ingin
menyentuh soal IKS. Industri kecil sederhana ini memanglah kita galakkan. Tapi kalau
kita lihat industri kecil dan sederhana ini mesti ada peningkatan. Tidak semata-mata
kita galakkan industri kecil kepada orang-orang bawahan yang supaya dapat
meningkatkan pendapatan mereka ini berada 20 tahun di tahap itu. Dia mesti ada
kemajuan dia. Selepas 20 tahun macam juga kontraktor. Kalau kontraktor kelas F dah
150
20 tahun dia tak boleh duduk lagi kontraktor kelas F. Dia mesti masuk pergi kelas D ke
kelas B. Jadi ini kita perlu. Jangan asyik-asyik kita nak menggalakkan IKS-IKS tetapi kita
tidak menggalakkan IKS yang dah lama ini supaya dinaikkan taraf menjadi usahawan.
Ini kita kena fikirkan macam manakah pendekatan kita.
Di samping itu, saya juga lihat nasib mereka-mereka yang berada dan berniaga IKS ini.
Yang berjaya datang bagi hadiah. Kita pun puji masukkan majalah. Yang dah
berusaha tapi tak berjaya contohnya macam Pekan Rabu di Tampoi tempat saya itu,
apa tindakan kita? Apa bantuan kita yang perlu kita berikan? Ini satu perkara yang lain
juga. Yang perlu diambil perhatian. Jangan mereka yang diberikan amanah
tanggungjawab ini tidak melihat perkara ini.
Di samping itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin menyentuh dalam soal
pertanian. Jabatan pertanian. Di mana kalau kita lihat pada hari ini dan juga ucapan
Duli Yang Maha Mulia menitikberatkan dalam soal nasib, masa depan petani, nelayan
dan sebagainya. Nelayan-nelayan di mana mereka ini terlibat dengan pembangunan
kawasan mereka. Saya mengambil contoh 148 orang nelayan di persisiran pantai
Danga. Apa sudah jadi? Sudah lima tahun lebih daripada itu pembangunan. Konon-
kononnya kalau nelayan itu menjadi sebagai satu nelayan tradisi, maka selama-
lamanyalah akan menjadi macam itu. Dengan limpahan ekonomi pembangunan
yang ada, insya-Allah, mereka akan menjadi satu nelayan yang moden dan berjaya.
Kalau kita tidak diambil tindakan 5 tahun, bukan setakat 5 tahun, 5 bulan, pun kita tak
dapat makan. Tapi sehingga hari ini sudah melebihi 5 tahun, 148 nelayan yang terjejas
dengan pembangunan Danga sebagai contohnya apakah tindakan dan susulan
yang perlu kita ambil? Ini perlu kita lihat. Jangan kita dok kata ikan mahal, itu mahal,
ini mahal kita akan buat macam-macamlah. Pertanian integrasilah, kita akan buat
sangkarlah dan sebagainya. Nelayan yang dah wujud, nasib mereka yang tidak tentu
arah ini kita tidak fikirkan. Nasib masa depan mereka, keluarga mereka, anak mereka,
hendak bersekolah dan mereka juga ingin hidup sama dengan kita semua. Jadi perlu
kita lihat baik-baik. Kita hanya jangan jadikan satu perkara itu sebagai retorik semata-
mata. Tetapi praktikalnya, tindakannya mestilah ada dan wujud. Barulah kita dapat
sebuah negara yang sejahtera.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya
ingin menyentuh dalam soal warisan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Eh, cukuplah Yang Berhormat, masa.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Sikit je.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok.
151
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Kawasan saya ini, ramai sangat
orang datang.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ambil yang ringkas sahaja.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Ok ringkas sahaja. Warisan kita.
Warisan di Negeri Johor khususnya adalah amat besar. Jangan semata-mata satu
sahaja budaya-budaya yang kita tunjuk. Banyak lagi, kita menerapkan, kita mesti
mencungkil, menggilap supaya warisan yang wujud di Negeri Johor ini sentiasa
diketahui. Ini juga boleh berganding bahu dengan Jabatan Pelancongan. Saya
mengambil contoh, Sungai Johor adalah satu sungai, kalau kita tahu sejarahnya
adalah satu sungai yang mempunyai nilai yang cukup besar. Sebab apa yang saya
katakan nilai yang cukup besar, yang ada di perut bumi sungai itu, satu ketika dulu
adalah menjadi tempat pelayaran mereka yang berkemungkinan harta-harta karun
mereka tenggelam. Hari ini, dikorek, korek, korek, berkemungkinan orang yang
mengorek mencari hasil bumi, pasir itu mendapat, dan mereka tidak akan bagi tahu
dengan kita, mereka akan jual harga ratusan juta.
Saya cadangkan di sini supaya Sungai Johor itu digazetkan ataupun diwartakan. Jadi
setiap mereka yang mencuri harta karun yang bernilai ratusan juta itu boleh diambil
tindakan. Ada kita membuat kertas kerja seperti ini? Tak ada. Begitu juga, kita terkenal
dengan pembuatan gasing, layang-layang dan sebagainya. Kenapa kita tidak, kita
mencari mereka yang berbakat supaya dapat mengetengahkan kraftangan-
kraftangan buatan orang Johor, anak Johor yang begitu mahir dalam soal ukiran ini
diketengahkan. Kita kena, kena duduk, kena bincang, kena fikir masak-masak. Bukan
sekadar kita mengadakan majlis, kompang, kompang, kompang, habis, tidak,
memikirkan sesuatu yang lebih berkesan kalau hendak Negeri Johor sejahtera.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Saya.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Cukup Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Hendak cakap sikit tentang.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Dah.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Projek Perumahan Rakyat, Kempas
Permai yang sudah pun siap, 2,240 unit yang sepatutnya ditempatkan di situ 2,240
keluarga. 7 blok, dengan kos RM129.4 juta. Ok. 3 dah duduk. 3 setengah belum duduk
lagi, tapi CF tak dapat. Sampai bila? Apa pendekatan kita buat? Kalau rumah dah
siap, kita biarkan, bukan sahaja rumput lalang naik, segala-galanya juga akan luntur,
cat luntur dan sebagainya. Dah banyak lagi mesyuarat supaya diketengahkan perkara
152
ini, kalau mereka yang difikirkan lagi, bagi cepat, tak kira, orang Melayu ke, orang
India ke, orang Cina ke, Satu Malaysia, kita bagi. Kenapa tak dibuat? Sampai hari ini
pun tak ada apa-apa tindakan. Saya dah bercakap dah berbuih mulut. Tolonglah,
pihak mereka yang dipertanggungjawab ini menggunakan pendekatan yang sebaik
mungkin supaya tidak ada pembaziran.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Walau pun banyak lagi perkara-
perkara yang ingin saya bawa, tapi oleh kerana, saya ingin beri ruang dan peluang
kepada kawan-kawan saya yang lain. Jadi dengan ini saya menyokong usul yang
dibawa oleh Yang Berhormat daripada Kukup. Sekian, wabillahi taufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumusalam. Jemput yang lain.
Y.B. Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Timbalan Speaker : Waalaikumsalam.
Y.B. Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) : Bismillahirrahmaanirrahim. Yang
Berhormat Dato’ Speaker, Maharani mengucapkan syukur kepada Allah SWT dan
terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi peluang
membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Ibni Almarhum Sultan Iskandar
pada tengah hari yang mulia ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Johor, Negeri yang kita kasihi ini, ialah negeri yang
cukup makmur, Maharani menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
yang mengatakan bahawa kemakmuran negeri bukan bergantung kepada
pembangunan ekonomi semata-mata. Inilah yang patut kita fahami. Allah telah
kurniakan negeri kita dengan hasil mahsul yang mewah, negeri yang luas, dan
alhamdulillah, kita mempunyai segala-segalanya, air, ada balak, ada sawit, getah,
batu-batan, pasir silika dan macam-macam lagi. Dan, ini sepatutnya yang akan
memangkinkan Negeri Johor ini ke arah Negeri Maju 2010 demi kesejahteraan rakyat
jelata. Jadi sebagai pemerintah, kebajikan rakyatlah memang patut perlu diutamakan
dan tidak membebankan rakyat.
Itulah yang dimaksudkan oleh PAS yang menyuarakan Negara Berkebajikan, bukan
Negara Kebajikan atau Welfare State yang difahami oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat
sebelum ini. Jadi bukanlah dengan adanya negeri, Negara Berkebajikan ini, rakyatnya
tak payah kerja dapat duit. Itu bukan. Negara Berkebajikan yang dimaksudkan
153
kerana, selain daripada kemudahan fizikal, kemudahan infrastruktur yang diberi, yang
paling penting ialah ketulusan, amanah dan juga bebas daripada segala
kemungkaran di dalam negara ini supaya rakyat sebenar-benarnya selamat di dunia
dan di akhirat.
Sebagai contoh, jikalah kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat, kita di Negeri Johor
ini, contoh yang saya ambil, Maharani ambil ialah tentang harga air di Negeri Johor ini.
Johor diiktiraf sebagai negeri yang menjual air paling mahal di Malaysia ini.
Sedangkan, kita boleh menjual air mentah kita kepada negeri dan juga negara luar.
Dan mungkin rakyat kerana tidak perasan bahawa sejak 1 November yang lepas, tarif
air telah dinaikkan daripada 0m3 hingga 20m3, rakyat kena bayar RM0.60. Dan
daripada 20m3 hingga 30m3, rakyat kena bayar RM1.65. Dan, kalau mereka
menggunakan lebih daripada 30m3, tapi kebanyakan penduduk atau kebanyakan
pengguna, maka mereka kena bayar RM2.96 setiap m3. Ini bermakna, kalau mereka
menggunakan 35m3 air sebulan, mereka akan bayar sebanyak RM24.75, tetapi apabila
ditambah lagi seperti 10m3 seperti yang biasa saya gunakan, hingga 40m3 atau 45m3,
maka tambahan untuk 10m3 yang berikutnya adalah RM29.60. inilah perkara-perkara
yang akan membebankan rakyat. Jadi Maharani ingin tahu berapa peratuskah
penduduk di Negeri Johor ini yang menggunakan air dalam lingkungan 0m3 hingga
20m3, dalam lingkungan 20m3 hingga 30m3, dan lebih daripada 35m3.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat gunakan berapa banyak sebulan?
Y.B. Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) : Dalam 40m3.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : 40m3.
Y.B. Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) : Dahulu saya bayar dalam RM30.00
lebih, sekarang RM60.00 lebih. Walau pun kegunaannya sama. Dan inilah, walau pun
Yang Berhormat EXCO memberitahu bahawa harga kita lebih murah, tetapi
sebenarnya kebanyakan penduduk terpaksa membayar lebih. Begitu juga, kalau kita
lihat di Negeri Johor ini, bukan sahaja rakyat yang kena bayar lebih, kerajaan sendiri
pun kena bayar lebih. Ini hasil daripada penyerahan air Johor kepada SPAN. Dahulu
kerajaan bayar RM2.13 sahaja. Sekarang kerajaan pun kena bayar RM2.80. Jadi
patutnya kerajaan di bagi diskaun. Jadi dapatlah bayaran atau bil air di bangunan
kerajaan ini dapat digunakan untuk rakyat. Kalau kita bandingkan di Melaka. Di
Melaka, kerajaan hanya bayar RM1.30 sahaja untuk se m3. Di Johor RM2.13. Melaka
beli air daripada Johor.
Begitu juga, di Johor ini tidak ada peruntukan untuk bayaran air kepada rumah-rumah
ibadat. Di Melaka ada. Rumah ibadat di caj RM0.55 sahaja se m3. Jadi inilah yang kita
perlu bahawa, kebajikan rakyat kita utamakan supaya rakyat dapat manfaat
daripada hasil mahsul negara ini.
154
Seterusnya tentang air, Maharani ingin mengingatkan tentang Perjanjian Air Malaysia-
Singapura yang ditandatangani pada 1 September 1961 dan akan tamat pada
September 2011. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ada mengumumkan
dahulu bahawa, Kerajaan Johor akan mengambil alih aset air yang diselenggarakan
oleh PUB Singapura selepas tamat tempoh ini. Walau bagaimanapun, Maharani ingin
tahu apakah perkembangan semasa memastikan bahawa apabila aset ini diserahkan
kepada Negeri Johor tidak ada lagi kerugian yang akan ditimpa, malahan ada dapat
memberi keuntungan kepada Kerajaan Negeri ini? Dan kita ingin tahu, apakah
mekanisme yang akan digunakan untuk memastikan bahawa kita tidak lagi kerugian 2
kali? Dan kita mesti ingat juga, kita ada satu lagi perjanjian air dengan Singapura,
Perjanjian tahun 1962 yang akan tamat pada 2061. Jadi kita kena bersedialah
daripada sekarang untuk memastikan bahawa kita tidak akan sentiasa kerugian
dengan perjanjian-perjanjian yang telah kita lakukan pada masa dahulu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat, sebab Yang Berhormat daripada
Kempas sudah sebut tentang BERSIH 2.0. Saya ingin beri bahas sedikit sahajalah.
Sebenarnya, Perlembagaan membenarkan rakyat berhimpun secara aman. Secara
aman, Perlembagaan membenarkan atas sebab-sebab tertentu, dan pihak
keselamatan sepatutlah menjadi keselamatan rakyat yang berhimpun ini, dengan
syarat mereka tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar Perlembagaan.
Tuntutan mereka juga adalah bersih, berpatutan untuk memastikan pilihan raya yang
lebih telus dan diharapkan tidak ada pihak lainlah yang mengacaulah, yang merasa
sakit hati ada pihak pengacau. Sebab pihak luar ni pun sama-sama nak berhimpun,
dan ini mungkin menimbulkan salah faham. Lagipun, kalau dia pilihan raya bersih,
bukan sahaja kami di belakang ini sedikit, cuma 5-6 orang tetapi mungkin, di
Perhimpunan BERSIH lebih ramai yang duduk di belakang ini, kalau tak belakang pun,
duduk depan. (Dewan ketawa).
Yang Berhormat Datuk Speaker, Maharani ingin menjunjung kasih di atas keprihatinan
Duli Yang Maha Mulia Tuanku tentang institusi pendidikan agama Kerajaan Negeri
Johor, pengajian al-Quran dan terjemahan di Sekolah Agama, Program Membudaya
Al-Quran telah berjaya dijalankan dan juga institusi masjid. Maharani juga ingin
mengucapkan tahniah juga kepada Y.B. Parit Yaanilah yang begitu prihatin dengan
elaun Imam surau yang saya rasa memang kalau mereka itu bekerja sepenuh masa,
elaun itu memang di bawah paras miskinlah. Jadi memang patut dipertimbangkan.
Walau bagaimanapun dalam Persidangan yang lepas juga, saya ingat ada seorang
Y.B. bertanya tentang kenaikan elaun Imam ini. Dan mereka bertanya, tidakkah ini
akan menyebabkan pecah-belah ataupun rasa tidak puas hati? Sebenarnya,
Maharani dihubungi oleh seorang Imam yang menerima surat daripada Pejabat
Agama Muar dan disertakan sama dengan Pekeliling daripada Bahagian Pengurusan
Masjid Jabatan Agama Johor, rujukan JAJPMS19013610, bertarikh 24, 2011. Yakni
tentang, peranan Pegawai Masjid, yakni Imam dan Pembantu Imam, masjid-masjid
dan Qariah Negeri Johor. Rupanya, dengan kenaikan atau imbuhan elaun yang
155
ditambah ini, maka pihak Jabatan Agama membuat keputusan supaya mereka yang
mempunyai jawatan lain daripada Imam, seperti contoh seperti Guru, Ketua Kampung
atau apa-apalah yang bergaji, kena pilih, nak jadi Imam ke, nak teruskan dengan
tugas-tugas biasa. Contoh, Guru Agama, ataupun apa-apa jawatanlah supaya
memilih antara jadi Imam ataupun menjadi jawatan yang lain.
Inilah satu perkara yang telah menimbulkan keresahan dan kesusahan kepada ahli
qariah. Sebab ada rungutan daripada Imam dan daripada qariahnya sendiri, di mana
Imam yang memegang 2 jawatan ini terpaksa mendapat daripada arahan ini untuk
melepaskan jawatan. Dan apabila Imam ini melepaskan jawatan, maka ada tempat
yang tidak mempunyai Imam yang cukup layak untuk Imam, mungkin dah terlalu tua,
ataupun pengetahuan agama kurang. Sedangkan kebanyakan Imam-imam yang
muda, mungkin Guru-guru Agama, Ustaz-ustaz, pada masa mereka menjadi Imam
atau guru katakanlah, mereka inilah orang yang paling layak, orang muda yang aktif,
boleh mengimarahkan masjid, boleh bertugas di 2 tempat dan inilah satu kelebihan
ataupun peluang kepada mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat. Mereka ini
bukanlah berkhidmat kerana elaunnya, sebab selama ini pun mereka berkhidmat
tanpa mengirakan elaun. Jadi inilah, asas untuk menentukan supaya Imam memilih
salah satu daripada jawatan ini adalah tidak tepat. Maharani mengharapkan supaya
perkara ini diambil berat, supaya tidak timbul masalah kepada qariah-qariah di masjid.
Maharani ada imam di qariah Maharani sendiri adalah bekas pensyarah, jadi
pencennya pun lebih, jauh lebih tinggi daripada elaun imam, jadi beliau ini pun
menjadi imam, jadi takkanlah beliau kena letakkan jawatan kerana elaunnya lebih
tinggi daripada, pencennya lebih tinggi daripada elaunnya.
Begitu juga di dalam ucapan Bajet Negeri Johor 2011 yang lalu, kita dimaklumkan
bahawa Kerajaan Johor akan memberi imbuhan sebanyak RM1,000.00 kepada para
penghafiz di Negeri Johor yang lengkap menghafaz al-Quran sebanyak 30 juzuk. Jadi
Maharani ingin tahu adakah ini telah pun dilaksanakan, berapa ramai telah mendapat
manfaat daripada peruntukan ini dan berapa ramaikah Hafiz yang telah didaftarkan
di Negeri Johor dan apa syarat-syarat untuk mereka mendapat ganjaran tersebut? Dia
Hafiz ini kalau kita dapati bahawa, kebanyakan masjid-masjid di Negeri Johor ini
alhamdulillah, mereka cukup berminat untuk mendapatkan Hafiz sebagai imam tetapi
kalau elaun mereka hanya setakat RM750.00, saya rasa tidak memadai, hampir paras
kemiskinan. Jadi inilah, pentingnya kalau kita dapat Imam Hafiz dan mereka juga
mendapat ganjaran RM1,000.00 sebulan alhamdulillah, jadi mereka boleh kekal
menjadi imam di masjid-masjid Kerajaan Negeri Johor. Sebab ada satu kes yang
Maharani tahu bahawa seorang Hafiz ini, dia menjadi imam di sebuah masjid di dalam
DUN Maharani tetapi mungkinlah kerana elaun pun sedikit dia dapat peluang lebih
baik dan dia mohon menjadi Guru JQaf, berjaya, jadi kerugianlah masjid itu dengan
seorang Hafiz.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dan isu keselamatan Maharani mengucapkan tahniah
kepada pihak Polis Diraja Malaysia yang telah dapat berjaya mengurangkan kadar
156
jenayah di Negeri Johor ini, walau bagaimanapun jenayah yang berlaku di kawasan
perumahan, di kawasan-kawasan persekitaran penduduk masih ada berlaku dan satu
di antara cara untuk mengelakkannya ialah dengan adanya Rukun Tetangga dan
juga Skim Rondaan Sukarela. Maharani ingin tahu berapa banyak Rukun Tetangga
dan Skim Rondaan ini yang masih aktif di dalam Negeri Johor ini mengikut daerahnya
dan juga adakah mereka-mereka yang menjadi sukarelawan untuk menyertai Skim
Rondaan ini masih diberi cuti, diberi cuti selepas bertugas di sebelah malam. Tak
tahulah, kita hendak menggalakkan mereka yang mempunyai jawatan seperti,
jawatan kerajaan atau apa saja, mereka perlu mengorbankan masa dan kalau
selepas itu mereka terpaksa bekerja juga, maka itu tidak akan menjejaskan
tanggungjawab mereka sebagai pekerja dan kalaulah diberi cuti sebagai cuti ihsan
atau apa cuti, maka lebih ramai lagi rakyat akan bersama-sama menawarkan diri
menjadi sukarelawan dalam menjaga keselamatan, membantu pihak Polis untuk
menjaga keamanan dan seterusnya Ahli-Ahli Yang Berhormat pun semua boleh tidur
lenalah, tak payah letak gate di luar tamanlah. Jadi mereka boleh sama-sama
meronda untuk keselamatan di kawasan kita sendiri.
Yang Berhormat Datuk Speaker, berkenaan Guru KAFA, sekarang ini saya difahamkan
Guru KAFA telah pun dilantik semula untuk setahun akan datang, sebab ada berapa
orang yang berjumpa saya untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan daripada
perbualan yang saya tanyakan, Guru KAFA tawarannya ialah sementara, jadi dari
setahun ke setahun, dan kita tengok daripada syarat-syarat kerja itu, mereka tidak
adalah kemudahan-kemudahan seperti pegawai kerajaan yang lain, cuti cuma ada
cuti sakit 15 hari setahun, tak ada kemudahan untuk cuti bersalin, kerana sementara
dan dari segi tanggungjawab, tugas apabila saya bertanya kepada mereka yang
Guru-Guru KAFA yang ditemui mereka kata sejak elaun naik ini, tugas mereka pun
naiklah. Dahulu Guru KAFA mengajar darjah 1, darjah 2 tetapi sekarang darjah 1
hingga darjah 6. Dan kalau mereka mahir dalam bahasa Arab lagi mereka mengajar
Arab dan tugas mereka pula adalah sama dengan Guru Agama Kerajaan Johor. Jadi
inilah, yang rasa yang tidak keadilan untuk mereka ini dengan perbezaan antara elaun
dan gaji, kemudahan-kemudahan yang lain, maka apakah rancangan kerajaan untuk
memastikan supaya mereka yang layak, Guru KAFA yang layak untuk diserapkan
sebagai Guru Agama Kerajaan Johor ini dipertimbangkan dan supaya mereka ini
dapat kekal. Mereka sebenarnya sebahagiannya telah pun bertahun-tahun menjadi
Guru KAFA dan hingga ada yang hampir bersara masih dengan jawatan sementara.
Maka inilah patut kita fikirkan kerana mereka telah memberi khidmat yang cukup baik
kepada anak-anak kita di sekolah agama.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Masa dah cukup Yang Berhormat.
Y.B. Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) : Yang Berhormat Datuk Speaker, sedikit
sahaja lagi, saya ingin membawa isu kesihatan, sepatutnya kita dalam negara maju ini,
kesihatan rakyat terjaga dan masalah kekurangan kakitangan, masalah kekurangan
doktor dapat diselesaikan tetapi apa yang menyedihkan ialah, sekarang ini dengan
157
adanya Klinik 1Malaysia, ada Klinik Kesihatan dan malah di Jabatan Kecemasan juga,
mungkin kerana kurang doktor atau itu polisi baru, saya dapati kalau pesakit itu
hendak katakan di Jabatan Kecemasanlah yang contoh kalau di Muar itu, kalau kita
ada masalah kesihatan, melainkan yang betul-betul cemas maka terus masukkan di
bilik kecemasan untuk buat rawatan. Tapi bagi mereka yang datang juga dalam
keadaan sakit, kalau tidak mereka tak datang, apa yang berlaku ialah MA atau
Medical Assistant yang akan memeriksa mereka dan tidak semua mereka ini akan
dirujukkan kepada doktor, kepada doktor yang bertugas pada hari itu.
Sebahagiannya akan dirawat oleh MA ini dan mereka suruh balik. Dan inilah akan
berlaku kesilapan, akan berlaku kesilapan manusia yang menyebabkan mungkin ada
kes yang disuruh balik oleh MA ini tadi, dan sepatutnya mereka mendapat rawatan
ataupun dapat pandangan daripada doktor.
Jadi, Maharani mencadangkan supaya di Klinik Kesihatan khususnya di bandar-bandar
yang sepatutnya ada doktor, mestilah ada doktor dan begitu juga kalau mereka yang
di hospital sepatutnya mereka hendaklah, setiap pesakit yang datang ke hospital
hendaklah dirawat oleh doktor dan bukan dirawat oleh MA, Medical Assistant.
Medical Assistant boleh menyaring pesakit ini untuk memastikan, membantu doktor
tetapi selepas itu setiap doktor mestilah dirawat, setiap pesakit mestilah dirawat oleh
doktor. Inilah harapan saya supaya kesihatan dan Kempen Gaya Hidup Sihat,
Kementerian Kesihatan dapatlah dijalankan dan rakyat puas hati dan tidak ada
berlaku kesilapan-kesilapan dan dengan ini rakyat akan betul-betul dapat
kesejahteraan daripada segala kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan.
Jadi…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, Yang Berhormat.
Y.B. Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) : Jadi dengan ini, Maharani menyokong
usul, terima kasih.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih Yang Berhormat. Ada yang lain? Panti.
Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Assalamualaikum warahmatullahi taala
wabarakatuh.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Yang Berhormat Datuk Speaker, saya
mengambil peluang di sini mengucapkan banyak–banyak terima kasih di atas peluang
yang diberikan untuk sama-sama turut serta di dalam perbahasan di Dewan yang
mulia ini. Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor semasa bertitah di Dewan yang
mulia ini pada 23 hari bulan yang lalu, telah menyentuh semua aspek kehidupan
rakyat Johor termasuk pelaburan, IKS, penguasaan ilmu dan kemahiran, golongan
pekebun kecil, nelayan, golongan kurang upaya, usaha membasmi kemiskinan,
158
pemuliharaan hutan simpan kekal, pemulihan sungai, sekolah-sekolah agama,
program al-Quran, perpaduan rakyat, keamanan negeri dan harapan Baginda
supaya semua pihak terus memelihara kestabilan dan kemakmuran negeri ini.
Ini membuktikan bahawa Baginda amat prihatin terhadap kehidupan rakyat Negeri
Johor dan menjadi tanggungjawab kita untuk menentukan bahawa segala program
untuk kesejahteraan rakyat Johor dapat kita laksanakan dengan sempurna. Sebagai
ADUN dari Barisan Nasional kita telah bekerja keras sepanjang masa untuk menentukan
bahawa kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Bukan seperti ADUN dari pihak
Pembangkang, yang hanya tahu bercomplain semata-mata, apa sahaja yang dibuat
oleh Kerajaan Barisan Nasional tidak betul. Pemimpin-pemimpin kita dari dulu sampai
sekarang adalah merupakan pemimpin-pemimpin yang adil, bijaksana dan
mempunyai visi untuk membangunkan negara kita. Perdana Menteri kita adalah
merupakan pemimpin yang bukan sahaja terkenal di dalam negeri tetapi juga terkenal
dan dihormati oleh dunia. Bukan macam Pakatan Rakyat yang bermati-matian
menonjolkan seorang pemimpin yang penuh dengan bermacam-macam masalah
moral sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang berjaya, berkuasa. Tak
malukah kita berPerdana Menterikan orang yang semacam ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, menyentuh mengenai pemulihan sungai-sungai di
Johor, saya difahamkan kita telah memohon peruntukan beratus-ratus juta ringgit dari
Kerajaan Persekutuan untuk membersihkan sungai-sungai di Johor, terutama Sungai
Segget, Sungai Skudai dan Tebrau. Saya mahu ingin tahu, apa kemajuan peruntukan
ini, setakat ini. Saya berpendapat ada baiknya kalau kita belajar dari Negeri Melaka
kerana Kerajaan Negeri Melaka telah berjaya mengubah Sungai Melaka dari sungai
yang kotor dahulu menjadi sungai yang bersih dan menjadi produk pelancongan yang
popular di kalangan pelancong luar negara dan dalam negara.
Saya ingin menyentuh mengenai dengan KPRJ. KPRJ sekarang ini di dalam keadaan
yang kukuh. Semua hutang-hutang yang tertunggak telah pun selesai dijelaskan. KPRJ
melalui IDJ telah berjaya menyelenggarakan lebih 5,000 kilometer jalan-jalan kampung
di seluruh negara dengan peruntukan lebih kurang RM30 juta tiap-tiap tahun. Oleh
kerana ada kelebihan dana, keuntungan, Panti mencadangkan agar KPRJ dapat
memperuntukkan sebahagian kecil daripada keuntungan itu untuk menyediakan pula
lampu-lampu jalan kampung yang belum lagi dapat disediakan oleh Kementerian Luar
Bandar dan Kemajuan Wilayah supaya penduduk kampung dapat menikmati
kehidupan yang lebih selesa dan lebih ceria serta selamat. Oleh kerana kedudukan
kewangan KPRJ kukuh, saya berpendapat, ura-ura untuk mencantumkan anak syarikat
majoriti kepunyaan KPRJ iaitu Tebrau Teguh Berhad dengan syarikat lain adalah tidak
perlu pada masa ini.
Datuk Speaker, mengenai dengan program tanaman makanan yang dianjurkan oleh
Kerajaan Negeri Johor, saya ingin tahu sehingga hari ini adakah program tersebut
159
telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Jika tidak, apakah langkah-langkah
yang telah diambil bagi menentukan kejayaan program tersebut.
Menyentuh mengenai dengan pelaburan mega yang akan dilaksanakan di
Pengerang iaitu Projek Dialog dan Projek Rapid Petronas yang melibatkan pelaburan
lebih RM70 bilion, dan peluang pekerjaan lebih daripada 30,000. Walaupun projek ini
terletak di DUN Tanjung Surat, tetapi oleh kerana Panti terletak juga di daerah Kota
Tinggi, jadi saya ingin tahu apakah langkah-langkah awal yang telah dirancang oleh
Kerajaan Negeri untuk melatih penduduk-penduduk di daerah Kota Tinggi khususnya,
untuk menjadi pekerja-pekerja mahir yang diperlukan oleh kedua-dua pelabur
tersebut. KPYPJ dan Kolej Komuniti patut dari sekarang telah memulakan pengambilan
pelajar-pelajar untuk mengikuti kursus-kursus yang diperlukan oleh industri tersebut.
Mungkin lawatan ke Kerteh, Terengganu perlu untuk mendapat gambaran sebenar
mengenai industri oil dan gas, dengan izin, dan petrochemical di sana, untuk dijadikan
panduan supaya kita tidak mendapat apa-apa kesilapan pada masa akan datang.
Pada masa sekarang, kebanyakan pengguna-pengguna jalan raya terpaksa masuk ke
jalan utama untuk menuju ke destinasi masing-masing menyebabkan jalan utama
sesak terutama pada waktu puncak. Pembahagi jalan yang dibina menghalang
pengguna-pengguna menyeberang jalan menuju ke destinasi yang dituju walaupun
dekat, dipohon agar pihak JKR melihatkan supaya masalah ini dapat diselesaikan.
Saya juga ingin mengutarakan mengenai dengan tayangan program-program TV
sama ada RTM, TV3, Astro dan sebagainya, yang suka sangat menayangkan cerita-
cerita seram yang tidak ada faedahnya kepada masyarakat. Kenapa cerita-cerita
seperti ini ditayangkan oleh stesen-stesen TV ini?. Pihak Kementerian Penerangan dan
Penyiaran wajib memberhentikan tayangan filem-filem ini kerana ia tidak sesuai
ditonton terutama sekali oleh kanak-kanak.
Mengenai dengan pentadbiran FELDA, saya ingin menganjurkan agar pentadbiran
FELDA membuat kajian yang terperinci mengenai masalah-masalah yang banyak dan
sentiasa dibangkitkan oleh peneroka-peneroka, termasuk masalah-masalah potongan-
potongan yang telah dibuat, kos, bangunan, soal perahan dan lain-lain supaya
pentadbiran FELDA dilihat telus dan tidak menyembunyikan apa-apa maklumat. Ini
akan peneroka-peneroka sentiasa bersama-sama dengan FELDA.
Yang Berhormat Datuk Speaker, semasa lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar
ke Parlimen Tenggara, selain daripada peruntukan-peruntukan yang telah diluluskan
untuk tambahan sekolah agama dan masjid di Taman Saujana, peruntukan balai untuk
tokong dan peruntukan-peruntukan tanah kuil, Yang Amat Berhormat Menteri Besar
Johor juga telah bersetuju untuk memberikan pertimbangan bagi permohonan tapak-
tapak tanah bagi generasi muda di Kampung Batu 4 dan kampung-kampung
berhampiran iaitu tanah di Batu 8, Jalan Lombong serta permohonan tanah Kampung
Desa Wawasan yang pada masa ini masih berpegang dengan TOL. Saya berharap
pentadbiran tanah dapat mengambil tindakan segera mengenai dengan perkara ini.
160
Yang Berhormat Datuk Speaker, Panti mengucapkan terima kasih kepada pihak JKR
dan Kerajaan Negeri yang telah pun dapat membina Jalan Kota Tinggi – Tiram yang
telah pun siap dibina dan telah pun boleh digunakan tetapi di banyak tempat
permukaan jalan tidak diturap dengan sempurna. Permukaan jalan berlubang-lubang
dan tidak rata garisan-garisan lama di atas jalan tidak di padam dengan elok
sehingga mengelirukan dan membahayakan pengguna-pengguna jalan raya sama
pada waktu malam. Saya mohon supaya pihak JKR dapat memperbaiki keadaan
tersebut.
Juga penswastaan Air Terjun, Kota Tinggi. Air Terjun, Kota Tinggi tidak lagi popular
sebagaimana tahun-tahun 80-an. Kedatangan pengunjung telah merosot, ini
disebabkan bayaran masuk yang tinggi dan kemudahan-kemudahan yang disediakan
tidak menarik. Saya mohon supaya pihak UPEN membuat pemantauan agar dapat
mengembalikan kegemilangan Air Terjun, Kota Tinggi sebagaimana dahulu untuk
menarik pelancong-pelancong dari dalam dan luar Johor.
Akhirnya Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan yang di bawa
oleh ADUN Kukup. Terima kasih.
Y.B. Datuk Speaker : Terima kasih, jemput yang lain. Ada? Tangkak..
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, kerana
memberi peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan usul menjunjung kasih
ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor sempena Pembukaan Rasmi
Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-
12. Selamat pagi salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
Yang Berhormat Datuk Speaker, berdasarkan pemerhatian dan respons hasil dari
perlaksanaan Kembara Mahkota Johor pada tahun ini yang bertemakan ‘Penjagaan
Alam Sekitar Tanggungjawab Kita’, amat bertepatan sekali kerana sememangnya
penjagaan alam sekitar kurang diberi perhatian serius pada masa lepas. Pada hikmat
saya, peranan PBT amat penting bagi menunjukkan satu budaya pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar yang berkualiti di kawasan masing-masing. Secara
langsung ia juga satu proses mendidik ahli masyarakat dan warga setempat untuk
menyayangi dan menghargai alam sekitar setidak-tidaknya di kawasan kediaman
atau persekitaran masing-masing. Secara umumnya kita sedia maklum, penjaga
kebersihan dan persekitaran secara berkualiti akan meningkatkan tahap kesihatan
dan menghindarkan banyak penyakit berjangkit. Adakah ini menunjukkan dasar
penswastaan bagi sistem pengurusan sisa pepejal iaitu sampah ini perlu dikaji semula.
Perlukah pihak PBT mengambil alih semula perkhidmatan ini. Ini antara persoalan yang
perlu dibuat kajian dan perbandingan bagi memastikan kebersihan, keceriaan dan
pengurusan sisa pepejal di kawasan PBT lebih efisien dan berkesan.
161
Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagaimana di Tangkak memang kita akui, ada
aduan penduduk yang tinggal di taman-taman perumahan yang mana terdapat
kegagalan pengusaha swasta memungut sampah mengikut jadual. Perhatian yang
serius perlu diberikan kepada permasalahan ini kerana ia menyebabkan keselesaan
dan kepentingan rakyat. Isu-isu tapak pelupusan yang telah penuh dan menyediakan
tapak-tapak pelupusan yang bersesuaian perlu difikirkan dan dirancangkan untuk
keperluan masa depan dan kerana banyak masalah lain yang berkaitan akan timbul.
Isu sampah, longkang dan parit ini memang ditunggu-tunggu oleh pihak
pembangkang bagi menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk dengan
menyalahkan Wakil-Wakil Rakyat. Kita mengharapkan agar kawasan-kawasan
pelupusan baru di Tangkak yang telah dikenal pasti dan telah di PBT kan sejak
beberapa tahun yang lepas seluas 6 ekar dibenarkan beroperasi dengan segera
kerana tapak sedia ada sudah sampai tempoh dan timbunan sampah juga telah
mencapai tahap maksimum sehingga menyebabkan dia melimpah ke kebun-kebun
persendirian dan ini juga menyebabkan kerosakan tanaman di kawasan berhampiran.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Y.B. Dato’ Speaker : Apa Yang Berhormat, Yang Berhormat nak rehat tak?
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Boleh, boleh teruskan…
Y.B. Dato’ Speaker : Kalau nak rehat duduk. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini
saya tangguhkan sehingga jam 2:30 petang.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1:00 petang.
Persidangan di sambung semula pada jam 2:30 petang.
Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan disambung sekarang.
Jemput, siapa berucap? Oh…
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Seterusnya pada hari ini, kita melihat semakin ramai penduduk atau petani yang
berminat untuk mengusahakan perusahaan burung walet. Ini jelas dapat dilihat sama
ada di kawasan dalam bandar atau di pinggir-pinggir bandar. Walaupun begitu,
perusahaan ini didapati banyak menimbulkan masalah khasnya di dalam kawasan
bandar dan perumahan, seperti kacau ganggu, bunyi bising, yang sukar dikawal.
Oleh sebab itu, ramai pengusaha-pengusaha ini menerima baik pandangan dan
nasihat daripada pelbagai pihak yang terlibat seterusnya menjamin keselesaan warga
yang terlibat. Ini menyebabkan mereka mula mengusahakan perusahaan ini dengan
162
membina kawasan perusahaan di pinggir-pinggir bandar dan taman perusahaan
burung walet.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya pemaju-pemaju ini menghadapi
kesukaran untuk mendapat kemudahan modal melalui pinjaman bank bagi
membiayai projek tersebut. Walaupun begitu, mereka dengan cara tersendiri atau
perkongsian dapat meneruskan usaha ini. Tetapi, bangunan-bangunan yang telah
siap ini tidak dapat dijual kerana tiada bank komersial yang menerima permohonan
pinjaman mereka, kecuali mereka terpaksa membeli secara tunai. Pihak Agro Bank
ada menyediakan pinjaman untuk tujuan itu, tetapi dengan kadar faedah yang
sangat tinggi. Ketika ini ialah base lending rate dengan izin, BLR, 6.5% tambah 2%.
Berbanding tahun 2010 yang kadar faedahnya 3.75% tambah 0. Harapan kita agar
pihak Kementerian Pertanian (MOA) dan Bank Negara dapat membantu atau
mengenal pasti kaedah baru yang realistik bagi untuk menyokong industri ini khasnya
kepada pengusaha-pengusaha yang menjalankan perusahaan ini berdasarkan garis
panduan dan peraturan yang ditetapkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita melihat satu keperluan di kawasan luar bandar
iaitu kekurangan kawasan pertanian baru yang boleh diusahakan oleh belia dan
beliawanis, khasnya di lokasi atau zon tertentu yang mana dahulunya dan sekarang
pun, punca pendapatan keluarga adalah dari industri pertanian. Di Tangkak, saya
melihat kawasan atau zon pertanian baru boleh diwujudkan bagi menampung
keperluan sumber makanan dan sayuran seperti di kawasan Bekoh, bagi belia dan
beliawanis bagi mengelakkan penghijrahan. Sebenarnya, ini permintaan atau
permasalahan yang dikemukakan oleh kumpulan ini sewaktu program turun padang
dilaksanakan di kawasan mereka. Pelaksanaan zon-zon pertanian ini mungkin seluas
50 atau 100 ekar ini boleh dikawal selia oleh Jabatan Pertanian yang mana belia atau
beliawanis boleh usahakan dengan permohonan dan dikembalikan semula kepada
jabatan apabila tidak diusahakan lagi untuk diusahakan pula oleh orang lain. Dengan
cara ini kita mendapati satu agihan yang seimbang dengan mengambil kira keperluan
dan peluang individu terbabit tanpa hanya melihat kepada syarikat-syarikat besar
atau pengusaha-pengusaha yang mempunyai modal besar sahaja.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada Persidangan Pertama, saya ada
membangkitkan berkenaan satu kelulusan untuk mengeksport buah durian ke Negara
China dan jawapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas
Tani ialah, aktiviti ini dibenarkan mulai 13 Mei 2008 setelah ada persetujuan di antara
Kementerian dan Pihak Berkuasa Kementerian Pertanian Negara China. Kelulusan ini
diterima pada tahun 2011. Proses ini mengambil masa selama 3 tahun. Walaupun
telah mendapat kelulusan, diterima baiklah oleh pihak-pihak berkenaan. Walau
bagaimanapun peluang ini tidak dapat diteruskan kerana ramai di antara mereka
tidak sanggup menunggu masa yang lama dan menganggap pasaran luar negara ini
sukar untuk direalisasikan. Ramai di antara mereka mengambil keputusan menebang
163
pokok durian dan menggantikan dengan tanaman lain. Pada masa kini, harga
pasaran durian cukup baik dan bekalan pun tidak cukup untuk pasaran tempatan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, oleh yang demikian, saya berharap Kementerian
Pertanian perlu mencari dan menyediakan pasaran-pasaran luar negara secara
langsung pada bila-bila masa. Bagi mengelakkan keadaan ini berulang, dan
menyebabkan kerugian kepada petani dan negara, pandangan dan pendapat
golongan petani juga perlu didengar dan diambil tindakan agar kumpulan ini dapat
menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negara secara lebih berkesan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada Persidangan kali ini, saya bawakan satu lagi
pandangan daripada kumpulan ini yang melibatkan satu lagi jenis buah-buahan iaitu
tembikai. Pada masa ini, buah-buahan tembikai dipasarkan di dalam negara dan
selebihnya eksport ke Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Walaupun begitu, apabila
tiba musim sejuk, permintaan luar negara merosot dan pasaran tembikai hanya
tertumpu pada pasaran tempatan saja. Untuk pengetahuan Dewan, kita
membenarkan buah-buahan daripada Thailand dibawa masuk untuk dipasarkan di
negara kita seperti mangga, longan, dokong, laici. Oleh yang demikian, kita
berpendapat Negara Thailand juga adalah pasaran yang sangat baik bagi tembikai
ini. Dan di Hatyai sahaja memerlukan 300 tan tembikai satu hari bagi pasaran di sana.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat dah pergi Hatyai?
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Sudah, semua Dewan dah pergi dah.
Y.B. Dato’ Speaker : Ya? Yang Berhormat buat apa?
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Tak ada, saya dapat maklumat daripada… yang
petani ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh…handallah.
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Dan, lagi tambahan pula, buah-buahan tembikai
yang ditanam di negara kita ini mempunyai kualiti yang tinggi kerana dia tidak
mempunyai biji. Di Negara Thailand tembikai mereka berbiji.
Y.B. Dato’ Speaker : Ada juga kan dekat Malaysia yang tak ada biji yang ada biji?
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Tetapi kita dapat hasilkan yang tidak berbiji itu.
Dan, kebenaran atau kelulusan untuk mengeksport tembikai ke negara Thailand ini
mestilah kita rebut. Memandangkan pasarannya adalah sepanjang tahun dan harga
pasaran bagi buah tembikai di negara tersebut juga baik. Dan secara tidak langsung
ini dapat meningkatkan lagi pendapatan petani-petani kita.
164
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pihak kami juga amat berterima kasih atas langkah-
langkah kerajaan melebarkan jalan di Persimpangan Tol Tangkak. Walaupun begitu ia
tetap membahayakan pengguna jalan raya kerana tiada pengasingan lorong, iaitu
dengan halangan dibuat antara laluan terus dari Muar ke Tangkak dan ke
Persimpangan Tol seperti yang dicadangkan. Oleh yang demikian, saya berpendapat
bagi mengelakkan kecelakaan jalan raya di kawasan tersebut adalah lebih baik kalau
persimpangan tersebut dilengkapkan dengan sistem lampu isyarat. Secara langsung
dia dapat mengawal keadaan lalu lintas dengan lebih teratur dan berkesan. Kita juga
berharap agar jalan pintas bagi penyuraian kesesakan lalu lintas di bandar Tangkak
dapat di percepatkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pembeli-pembeli rumah bagi Taman Tangkak Emas
amat bersyukur dan berterima kasih atas langkah-langkah SPNB untuk meneruskan
projek perumahan tersebut yang telah terbengkalai sejak lebih 5 tahun yang lalu.
Walaupun begitu, kita amat berharap agar langkah yang serupa juga diambil bagi
menyegerakan pengambilan semula serta menyiapkan satu lagi projek perumahan
yang terbengkalai di Tangkak iaitu Taman Sri Nilam. Ramai pembeli yang terlibat
dalam projek perumahan tersebut sudah tidak tahan lagi dengan keadaan ini yang
mana mereka telah membayar pinjaman perumahan ini lebih daripada 10 tahun.
Bermula daripada tahun 2002, projek yang sepatutnya siap pada tahun 2003 hanya
tinggal satu impian saja.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya mengakhir ucapan perbahasan ini, saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan
pihak-pihak yang berwajib atas tindakan-tindakan yang telah diambil ke atas
permasalahan penduduk yang ditimbulkan yang terdahulu seperti bekalan elektrik,
bekalan air bersih dan jalan masuk di ketiga-tiga penempatan Kampung Orang Asli.
Menaik taraf sistem saliran dan perparitan di Bekok dan beberapa kemudahan lain
untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat di Tangkak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan pada sidang ini kita cukup terima kasih kepada
antara satu ADUN daripada pembangkang kerana telah member kita satu ingatan
iaitu apa yang pedas bagi Parti DAP. Iaitu satu artikel daripada Holistik yang memang
dalam ceritanya benar. Kerana, yang Parti DAP itu walaupun dilambangkan sebagai
satu parti multiracial, tetapi telah lama disifatkan oleh Parti MCA atau masyarakat
umum Cina dia hanya sebagai packaging sahaja.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Itu tak benar, itu yang awak sifatkan. Kita ada
kaum India, kita pun ada Melayu. Kita Pengerusi kita ialah sebagai seorang Bai, Singh.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat, Mengkibol, nanti kejap. Yang
Berhormat Tangkak, Mengkibol, tak, saya cakap Yang Berhormat, bila Yang Berhormat
berucap, Yang Berhormat tak fikir, orang dengar pengucapan yang boleh
menyakitkan hati, dia tak kacau, sebab ini dia nak menerangkan apa yang telah
165
diucapkan tak jadi salah, melainkan dia menuduh yang tertentu. Tapi ini cerita dia
kaitkan dengan Holistik, itu tak jadi salah Yang Berhormat. Tak ada, dia cakap
betullah, dia cakap biasalah apa yang tertulis dalam Holistik tadi, itu saja dia sentuh,
dia tidak ada sentuh yang lain. Ok.
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Memang dia sebagai suatu packaging atau
bungkusan daripada lambang multiracial itu tetapi kalau kita tengok benar-benar
perwakilan mereka, Wakil Rakyat mereka, khususnya di Negeri Johor tak ada, selain
daripada Cina saja. Itu sebab, kalau…
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, dah habis Yang Berhormat?
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Kalau, Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan
ini terpandang atas artikel di Holistik ini, balik nanti pergi baca dan kita dapat peluang
edarkan supaya bukan kita sedar, semua bangsa pun sedar atas artikel yang benar ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Oklah, Yang Berhormat bagi seorang satulah, saya pun nak baca.
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Y.B. Dato’ Speaker : Emm...
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : dan saya, sudahi lah ucapan perbahasan saya...
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Dato’ Speaker...
Y.B. Dato’ Speaker : Dengar, dengar dah nak habis. Ok.
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Dengan satu pantun.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Panorama indah di puncak-puncak Ledang,
pusat pelancongan Bandar Lestari, semua permasalahan telah di bentang, kita
usahakan agar kesejahteraan dinikmati. Dengan ini saya turut menyokong rundingan
dibawa oleh ADUN Kukup. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok lah.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Holistik untuk
bulan 5, cuba dia, dia sindir pulak cendekiawan cerdik pandai PPSMI pulak.
Kebanyakan mereka mengaku Melayu.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, siapa suruh.. eh, tidak-tidak Yang Berhormat.
Yang Berhormat, dia Yang Berhormat duduk. Saya ini susah betul nak cakap kalau
orang tak faham peraturanlah. Mana boleh orang dah berucap dia duduk, Yang
166
Berhormat bangun nak ucap lagi sekali nak menerangkan benda tu. Tak boleh dia
bukan macam Mesyuarat Agung Yang Berhormat. Ini Dewan, bila dia dah berucap,
dia dah tutup, tak boleh Yang Berhormat nak bangun. Tunggulah Yang Berhormat
tahun depan ke bila ada giliran Yang Berhormat bercakap aje lah. Jagalah sikit
peraturan Dewan. Perbahasan diteruskan lagi, siapa nak berucap emm.. Mengkibol,
emm.. jemput.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Dato’ Speaker, yang memberi peluang kepada saya turut
mengambil bahagian dalam perbahasan ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia sebenarnya kalau ikut hati tak nak beri peluang. Tapi ialah
dah jadi Speaker berilah juga. (Dewan ketawa).
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Dato’ Speaker pandai bergurau. Bagus. Mula-
mula saya ingin mula dengan seruan saya agar kita semua di Dewan ini bersikap lebih
matang sikit dan bertanggungjawab atas isu perpaduan. Kita sebagai pemimpin
ucapan kita pandangan kita serta tingkah laku kita sentiasa menjadi contoh kepada
rakyat jelata. Mereka percaya kepada kita dan biasanya menghormati kita. Oleh itu,
sekiranya kita menyentuh isu perkauman dengan sesuka hati tanpa kawalan ia akan
menyakiti perasaan kaum yang lain tanpa disedari. Rakyat kita selama ini telah duduk
bersama di dalam negara kita, dalam keadaan cukup harmoni berbanding dengan
negara lain. Kedudukan ini harus kita kekalkan supaya anak cucu kita semua tetap
menikmati suasana yang mesra ini. Pemimpin janganlah menghasut rakyat semata-
mata untuk kepentingan politik.
Y.B. Dato’ Speaker : Itu Yang Berhormat, desak, suruh rakyat tunjuk perasaan itu apa?
Itu apa Yang Berhormat punya fikir?
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Ini bukan tunjuk perasaan. Itu..
Y.B. Dato’ Speaker : Eh apa pulak tak keluar ramai-ramai tak tunjuk perasaan
bukannya berjalan jogging.
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Menghasutlah tu..
Y.B. Dato’ Speaker : Tak ini tanya jelah, pandangan Yang Berhormat.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Peaceful assembly, perarakan secara damai.
Y.B. Dato’ Speaker : Ah.. yelah saya tahu fasal itu geng Yang Berhormat. Sebab itu
Yang Berhormat perlu cakap macam itu. Ok, ok terus.
167
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Kalau ada berlaku apa-apa Polis kena aturkan
tu. Jadi pada saya..
Y.B. Dato’ Speaker : Kalau ada yang dengki. Haa... misalnya kalau saya dengki Yang
Berhormat dalam itu saya campak apa-apa benda yang patut. Ha orang lain makna
bukan siapa ha gaduh. Ha kalau sudah gaduh anak cucu cicit macam mana mahu
cakap jadi susah. Ha.. itu lah sebab jangan tunjuk perasaan. Ok boleh teruskan.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Ya susah-susah. Mungkin boleh secara
berkumpul-kumpul, kumpulan A jalan dulu, kumpulan B jalan, macam tu. Mungkin tak
ada apa-apa. Jarang sekali gaduh.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh.. Yang Berhormat, Yang Berhormat ini, yang Berhormat ini
joging eh. A dulu kemudian kumpulan B, C lepas itu belakang orang tua. Bila dia dah
tak boleh tahan dia sudah kumpul ramai-ramai gaduh. Oklah teruskan. (Dewan
ketawa).
Y.B. Dato’ Speaker : Ha... dah habis.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Ha sudah. (Dewan ketawa). Jangan ganggulah,
seriuslah. Ha.. isu Dana Johor, ini isu telah begitu lama dibincangkan di Dewan yang
mulia ini dan meliputi Y.B.-Y.B. daripada semua pihak. Ini menunjukkan isu ini perlu
diselesaikan secepat mungkin sekiranya Amanah Saham Johor dapat menawarkan
RM1.00 untuk membeli balik sahamnya, saya tidak faham kenapa Dana Johor tidak
boleh mendapat tawaran yang sama. Pemegang Dana Johor begitu kecewa
dengan kerajaan kerana tidak mengambil berat dengan masalah mereka. Kita sedia
maklum sebilangan besar mereka membuat pinjaman bank dan telah membayar
sekian lama tanpa apa-apa faedah atau keuntungan. Ada yang tidak mampu bayar
akan menjadi bankrap. Mengikut laporan di surat khabar Oriental Daily News bertarikh
26.12.2010 ini Y.B. Parit Yaani telah (ketawa) minta maaf, mengatakan telah
mengatakan pada bulan Jun tahun depan iaitu 2011 pembelian Dana Johor ialah
RM1.00 beli RM1.00.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia cadangkan. Nak betulkan, ha nak betulkan dia, apa?
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, penjelasan,
saya memang ada kata bahawa kerajaan berusaha kuat supaya Dana Johor akan
beri pulangan RM1.00 kepada semua pelabur pemegang saham. Oleh kerana pada
bulan-bulan yang lepas, tahun-tahun yang lepas ada anasir kurang
bertanggungjawab yang kurang matang. Sampaikan mesej yang paling negatif
bahawa Dana Johor akan bungkus, akan habis dan akan muflis. Rakyat Tiong Hua
kata liau..
Y.B. Dato’ Speaker : Ha yelah itu dia cakap ha.. ok.
168
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Tapi saya bagi satu keyakinan bahawa ini
masalah akan diselesaikan.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat ini bukan
giliran Yang Berhormat berucap. Dah, dah tak payah panjang.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Sebab orang-orang salahkan saya.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak Yang Berhormat dah jelaskan. Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dato’ Speaker memang bulan Jun dan bila-
bila masa mulai Jun ini akan dapat jawapan yang terbaik daripada Kerajaan Negeri.
Sekian terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, ha, Yang Berhormat ini suruh duduk tak nak
duduk.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Adoi, baru cerita sudah ganggu pulak.
Y.B. Dato’ Speaker : Hemm.. haiya..
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Macam ini tak habislah saya.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok. Tapi bagus jugalah tak ngantuk. Tak, tak, tak ada jemput,
jemput.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Saya ingin bertanya di Dewan ini apakah
kedudukan yang sudah sekarang? Itu yang saya tahu. Oklah cukuplah. Enough is
enough dengan izin.
Y.B. Dato’ Speaker : No more lah oklah enough ya. (Dewan ketawa).
Y.B. Dato’ Speaker : Haiya... sudah habis ke? (Dewan ketawa).
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Isu strata title itu yang saya selalu pening. Sebab
di Kluang bangunan besar-besar, tinggi-tinggi semua tak ada strata title minta saya,
saya pun tak tahu. Saya cakap pergi Dewan cakap. Saya datanglah kali kedua saya
cakap. Isu strata title saya nak tanya kerajaan bagaimana dapat memastikan
bangunan yang bertingkat-tingkat itu patutnya dikeluarkan strata title kepada tuan
punya dalam satu tempoh mengikut surat perjanjian jual beli asal iaitu antara pemaju
dan pembeli pertama. Ada satu tempoh untuk mereka keluarkan strata title kepada
kita pembeli. Ini tak ada, pejabat saya sendiri telah melebihi 10 tahun masih tidak ada
berita tentang strata title pejabat saya.
169
Y.B. Dato’ Speaker : Pejabat Yang Berhormat berapa tingkat?
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tingkat ke-2.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia berapa tingkat?
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Ada 4, 5 tingkat ada.
Y.B. Dato’ Speaker : 4, 5 eh. Tinggi.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : 4 tingkat lah saya rasa.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, 4 tingkat dia pun tak perasan berapa tingkat yelah.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Sebab tingkat ke atas sekali tak ada orang beli.
Tak ada strata title siapa nak beli. Tuan Speaker, kita beli harta mesti mintak geran.
Ada geran baru senang kita uruskan sama ada nak jual atau nak berikan kepada anak
cucu kita. Macam mana nak serah kepada mereka kalau tiada geran. Jual pun
leceh harga pun tak boleh mahal. Siapa nak?
Y.B. Dato’ Speaker : Sewa mahal tak Yang Berhormat duduk?
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Hai lagi teruk, em...teruk macam tingkat saya
kalau sewa tingkat atas ek...RM400.00 lebih sahaja, tingkat bawah ada RM600.00 ke
RM700.00 tak mahal sebab..
Y.B. Dato’ Speaker : Tukar kawasanlah.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Hampir, itu ini masalah rakyat Johor ke Negeri
Singapura hampir setiap hari terdapat bas percuma bawa rakyat Johor ke Singapura
untuk berjudi. Ini akan menimbulkan masalah keluarga dan masalah masyarakat kita
bagaimana kerajaan dapat mengatasi masalah ini. Sekiranya tiada tindakan diambil
lambat laun rakyat Negeri Johor mungkin akan ketagih berjudi. Buat masa sekarang
saya telah menerima aduan daripada beberapa suri rumah tangga yang
mengatakan suami sepatutnya balik setiap hujung minggu dari Singapura untuk
bersama keluarga mereka kita kini telah berubah sikap. Ada yang balik sebulan sekali,
ada yang langsung tak balik. Kerana mereka sibuk berjudi. (Dewan ketawa).
Y.B. Dato’ Speaker : Atau dia ada isteri lagi satu lagi tak? Singapore.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tak ada lah, bukan senang nak isteri kedua laki...
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, apa pulak susah?
170
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Lagi mahal pada kereta. (Dewan ketawa). Itu
biasa orang cakaplah dari mahal pada kereta.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah betul. Simpan ajelah habis cerita.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Itu saya tak tau lah. Tambahan pula wang
untuk perbelanjaan keluarga kebanyakannya dihabiskan untuk berjudi. Ini sudah tentu
akan menimbulkan masalah keluarga, sosial. Tengok, isteri nak mintak wang belanja,
kalau anak nak mintak wang sekolah pun susah. Macam mana keluarga ini. Ada satu
kes culik dan bunuh berlaku di Kluang pada tahun 2003 dan 2004. Pihak saya telah
menerima aduan ini daripada ibu bapa si mangsa dan saya telah menghantar aduan
tersebut bersama-sama dokumen-dokumen sokongan serta pandangan saya kepada
ibu pejabat Bukit Aman. Pandangan saya sebagai peguamlah saya mengatakan
mana-mana isu..
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, peraturan,
dia tak boleh hadir sebagai peguam itu.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Bukan saya cakap pandangan saya sebagai
peguam..
Y.B. Dato’ Speaker : Dia cerita dia itulah tak apalah. Bukan kes dia bawak satu kes. Ini
dia ceritakan dia merayu. Tak apalah tu. Kesian dia.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Saya telah bersama-sama pengadu pergi ke
Bukit Aman sebelum pilihan raya 2008. Pegawai di Bukit Aman ada menghubungi
pegawai di Kluang dan ada memberi arahan tertentu. Saya dan pengadu diminta
pulang dan menunggu siasatan lanjut. Minta maaflah kalau, sorrylah Polis eh. Kini dah
masuk tahun 2011 sudah berapa tahun dekat 4, 7 tahun. Saya masih belum mendapat
apa-apa berita mengenai kedudukan siasatan kes ini. Pengadu asyik datang ke
pejabat saya bertanyakan kedudukan kes ini. Saya tidak dapat menjawab kerana
pihak Polis tidak bagi apa-apa jawapan. Tak kan saya nak pergi sekali lagi ke Kuala
Lumpur. Tolonglah Polis, saya cakap tolonglah Polis ibu bapa mangsa kini sudah tua
dan uzur dekat 80 tahun.
Y.B. Dato’ Speaker : Polis Bukit Aman eh.. tolong Polis Bukit Amanlah.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Mana-mana lah saya rasa..
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Ini berlaku di Negeri Johor.
Y.B. Dato’ Speaker : Tapi hantar surat Bukit Aman.
171
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Sebab kita pergi sana Bukit Aman sana kompelin
jadi di rujuk balik ke Kluang, lepas itu pun berapa lama lagi mereka nak tunggu.
Adakah nak bagi mereka tunggu sampai mati, minta maaflah kasar sikit. Keluarga si
mangsa ada membayar wang tebusan tetapi si mangsa masih dibunuh dan dibakar.
Dibakar dekat Jalan Mersing sana, itu perindustrian sana. Inilah ibu bapa si mangsa
yang tidak berpuas hati.
Saya sentuh masalah sosial sikit. Anak-anak muda kita yang baru lepasan sekolah
menengah yang tidak mempunyai kelulusan tinggi telah menjadi mangsa kerana
mereka susah nak dapat kerja umpamanya di Kluang. Kilang kurang, kerja pun
kurang. Anak muda kita menganggur nak cari wang dengan jalan senang. Mereka
pun mencuri, meragut, merompak, menipu. Kalau pergi mahkamah taulah, kalau Polis
pun tahu. Anak muda semua kena tangkap. Masa depan rosak hancur. Inilah
masalah sosial tempat kita ini sudah tidak selamat. Siang hari pun sama sahaja, jangan
fikir pada waktu malam sahaja bahaya. Kalau tak percaya letak beg, cuba letak beg
dalam kereta, sekejap sahaja, sekejap sahaja cermin kereta awak mesti pecah.
(Dewan ketawa).
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Betul saya punya letak pun pecah, jugak sekejap
sahaja.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia kenal Yang Berhormat ni.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tidak, dia tidak tengok beg, tengok kereta.
Menteri pun kena juga.
Y.B. Dato’ Speaker : Saya letak takde dekat masjid, dekat mana letak beg dekat
belakang.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Masjid, itu tempatlah, tempat kalau bandar.
Masjid itu tempat tiada masalah, kalau masjid pun ada macam ini, teruklah. (Dewan
ketawa). Takde, takde masalah.
Y.B. Dato’ Speaker : Teruklah Yang Berhormat punya kawasan ini.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Adik saya, dengan izin. Adik saya di Yong Peng,
duduk di Yong Peng. Lori sampai depan rumah dia, pintu rumah dia dan barang
diangkut begitu sahaja. Peti sejuk, TV, sofa, lain-lain hilang sahaja. Yang anehnya, jiran
sebelah pun tidak tahu. Dia fikir pindah rumah.
Y.B. Dato’ Speaker : Tuan rumah tak ada?
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Dia keluar. Dua-dua cikgu, pergi mengajar.
172
Y.B. Dato’ Speaker : Patut bagitahu jiranlah.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Jiran pun tak tahu.
Y.B. Puan Lim Kee Moi : Yang Berhormat, siapa? Saya ADUN Yong Penglah...
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Bukan, itu berlaku dulu...
Y.B. Dato’ Speaker : Yong Peng, dia cerita ...
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Dia cerita kisah benar.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia cerita adik dia dekat Yong Peng, Yang Berhormat.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tengok, terang-terang sahaja mereka ambil
begitu sahaja macam tak ada undang-undang. Kalau keluar lebih baik, sebab itu
sekarang saya ada CCTV depan rumah, tak berani.
Y.B. Dato’ Speaker : Rumah pasang eh? CCTV Yang Berhormat?
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Baru pasang, tidak pasang tidak boleh.
Y.B. Dato’ Speaker : Kira, Yang Berhormat yang pertamalah Ahli Dewan Negeri pasang
CCTV yang lain tak mampu. Mahal tak CCTV?
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Taklah, semua mampu.
Y.B. Dato’ Speaker : Taklah kalau mampu, semua.. bayaran bulanan?
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Seribu lebih sahaja.
Y.B. Dato’ Speaker : Oklah, yang mampu alhamdulillah.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Saya ingin sentuh sikit masalah di Sungai
Mengkibol, masalah yang cukup memeningkan saya. Banyak peruntukan sehingga
berjuta-juta ringgit diberikan untuk membersihkan, menggali dan mendalamkan sungai
ini. Tapi, saya beritahu Dewan yang mulia ini, kita boleh nampak orang berjalan kaki di
tepi sungai mencari ikan macam ular itu eh. Saya tak tahu macam mana nak sebut itu.
Y.B. Dato’ Speaker : Apa benda, ular?
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Dia korek-korek, lepas itu tangkap ikan itu.
Panjang macam itu.
173
Y.B. Dato’ Speaker : Belut.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Belut eh? Lebih kurang itulah.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat belut pun tidak kenal, eh?
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Kalau sesuatu perkataan baru, kita jarang-jarang
pakai, tak ingatlah.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak fahamlah, ok lah.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Kalau cakap belut, saya tahulah. Yang aneh
sekali, saya sendiri pernah nampak beberapa ekor anjing berkejar-kejar di Sungai
Mengkibol sewaktu air cetek, kotor, anjing masuk sungai. Mana boleh.
Y.B. Dato’ Speaker : Siapa yang boleh jaga anjing? (Dewan ketawa).
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tuan Speaker, inilah sungai kita. Ini sungai kita ke?
Begitu cetek dan macam-macam boleh berlaku. Jangan kata rumput tepi banyak.
Ada bersih, ada potong tapi kena juga naik semula. Sana tanah lumpur, semua rumput
ada banyak. Tidakkah sepatutnya kita mendalamkan sungai itu untuk menampung air
sewaktu hujan lebat dan mungkin dapat mengurangkan banjir. Itu pandangan saya.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, masa Yang Berhormat.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Saya ingin sentuh sedikit itu kawasan rosak akibat
hujan ke atau banjir ke. Di tempat saya, masih ada beberapa kawasan masih ada
lubang-lubang jalan. Di merata-rata kawasan perumahan jalan telah rosak dan
berlubang-lubang, amat merbahaya kepada pengguna jalan raya terutama
penunggang motosikal. Di Jalan Mersing berdekatan dengan Taman Kurnia, tiang
lampu cantik tetapi ada lampu tidak dipasang pada waktu malam. Ada lampu tapi
waktu malam tak pasang, lampu itu cantik, tiang cantik, mahal-mahal punya. Di
kawasan Kampung Paya dan Kluang Baru, longkang di depan kedai sudah lama tidak
dikorek, busuk. Betul, kita pergi kedai makan kita tahu. Di kawasan gerai makanan,
food court, sampah sarap kadang-kadang hanya dikutip dua tiga hari dalam
seminggu. Ini kompelin, orang cakaplah, jadi saya beritahu sini. Tong sampah besar
yang letak di kawasan tersebut tidak ditutup dan berbau busuk. Baru-baru ini Majlis
Perbandaran Muar telah membekalkan tong sampah percuma kepada setiap rumah
di Taman Seri Maharani. Saya baca surat khabar, saya tidak tahulah betul ke, tapi saya
anggap betullah.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Betulah, itu kawasan saya Bentayan.
174
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Mengapa di daerah-daerah yang lain seperti di
Kluang tidak dapat diberikan bekalan yang sama? Kalau tong-tong itu bukan mahal
sangat, saya harap Majlis-Majlis berkenaan, boleh bincang bagi sikit tong. Macam ini
senang, tiada busuk-busuk. Maksudnya bukan itu tong kecil punya, besar punya letak
situ, itu panggil macam besar punya, macam tank...
Y.B. Dato’ Speaker : Eh Yang Berhormat, Yang Berhormat berbual dengan dia buat
apa?
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Dia tok guru ajar saya bahasa. (Dewan ketawa).
Y.B. Dato’ Speaker : Ada dia berbual berdua je. Saya tengok saja Yang Berhormat
berbual eh? Cantiknya...
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Bukan berbual, saya belajar bahasa yang betul.
Y.B. Dato’ Speaker : Apalah dia cakap. Dah habis? Yang Berhormat lastlah. Dah
mencungap nampak. Yang Berhormat, saya rasa penatlah, saya ingat.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Saya cuma hendak tahu, setakat ini kita hampir
pun dengan pilihan raya yang akan datang. Tapi selama ini peruntukan untuk
pembangkang, kita enam ini, macam mana itu peruntukan kita dibelanjakan.
Bolehkah kita dapat dari Dewan ini, satu senarai terperinci.
Y.B. Dato’ Speaker : Lagi-lagi, apa lagi, rayulah, boleh merayu. Dapat, tak dapat.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Itu peruntukan saya hendak tahu mana pergi.
Jadi kalau boleh, please produce the detail dengan izin, dengan terperinci. Itulah,
sekian terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Bagusnya, ok perbahasan diteruskan lagi jemput. Mana? Bukit
Batu, panjang lagi.
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, salam
sejahtera, selamat petang dan salam 1Malaysia. Saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberikan peluang kepada Bukit
Batu untuk turut serta menyokong rundingan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha
Mulia Sultan Johor berkenan merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Yang
Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-12 pada 23 Jun 2011.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, tadi kita dengar Yang Berhormat Mengkibol. Kadang
kita dengar tu syok, cakap tak serupa bikin. Dalam Dewan yang mulia dia sebut kita
perpaduan, di luar Dewan, dia hantam kita habis-habisan. (Dewan bertepuk). Di
dalam Dewan yang mulia ini...
175
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat biasalah cakap begini…ah..yalah.
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Saya masih ingat, ada Ahli-Ahli Yang
Berhormat Parti Pembangkang yang mengeluarkan dakwaan bahawa Negeri Johor
kononnya akan muflis dalam tempoh 3 bulan sejak bulan November 2009. Tetapi
nyata sama sekali sudah berlalu satu setengah tahun, dan sehingga hari ini kewangan
Negeri Johor masih kukuh dan tidak muflis sepertimana tuduhan yang dibuat secara
umum. (Dewan bertepuk). Malahan masih mendapat pelaburan sebanyak RM26
bilion dalam masa 3 tahun, dapat mewujudkan 54,000 peluang pekerjaan dan nyata
sekali kenyataan negeri akan muflis yang dikeluarkan oleh Parti Pembangkang tidak
relevant, dengan izin sama sekali. Dengan agenda tersirat untuk mendapatkan politic
mileage dengan izin yang putar belitkan rakyat jelata atas kepentingan politik ini
adalah amat selfish dengan izin. Sebab itu, rakyat negeri perlu melihat sendiri dan
menilai dengan sendiri sama ada taktik yang digunakan oleh Parti Pembangkang di
Negeri Johor untuk membinasakan negeri kita adalah betul ataupun mereka juga
telah muflis. Muflis daripada pemikiran sempit politik mereka sehingga menggunakan
taktik kotor yang mendakwa negeri yang mereka akan hidup sehingga ke dunia
akhirat akan muflis kononnya demi kepentingan politik mereka.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat pun faham akhirat eh…baguslah.
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Saya lahir di Kampung Melayu.
Y.B. Dato’ Speaker : Kampung Melayu mana, Majidee?
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Kulai, Kulai.
Y.B. Dato’ Speaker : Ingat Majidee, semua orang Melayu.
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Lepas itu saya duduk pun dekat dengan
Masjid Jamek Bandar Kulai juga.
Y.B. Dato’ Speaker : Itu sudah baik. (Dewan ketawa).
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Kalau tadi Yang Berhormat Dato’ Speaker
azan, saya pun boleh azan juga.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh tak…saya terus suruh Yang Berhormat masuk Islam terus.
(Dewan ketawa).
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Lebih-lebih lagi, seandainya Negeri Johor
akan muflis, buat apa susah-susah keluarkan kenyataan hendak merebut kuasa di
Negeri Johor di Pilihan raya Umum yang akan datang?
176
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengikut laporan 6 bilion penduduk dunia kini
menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal jika pemanasan
global berterusan, manusia dan tamadunnya akan pupus sebagaimana pupusnya
dinosaur. Mengikut kajian juga, kesedaran rakyat Malaysia amat sukar
dipertingkatkan, hanya 3 daripada 10 orang Malaysia yang prihatin terhadap isu-isu
alam sekitar. Oleh itu, saya amat berharap Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelajaran
dapat mempertingkatkan kesedaran rakyat jelata terhadap pemeliharaan alam
sekitar sejak anak-anak kita di bangku sekolah lagi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang
Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan kerana telah mengaturkan satu perjumpaan
untuk membincangkan isu kenaikan cukai harta di dalam kawasan pentadbiran MPKu,
yang meningkat lebih daripada 100% di kawasan Kampung Baru, dalam daerah
Kulaijaya dan telah di bantah oleh kebanyakan pembayar cukai tempatan. Saya
masih perlu menjelaskan bagi pihak rakyat jelata dalam kawasan pentadbiran MPKu
supaya meminta Kerajaan Negeri mengkaji balik penguatkuasaannya yang timbul
atas nilaian baru yang berlipat ganda dan tidak popular dan memberikan impak
politik yang tidak memihak kerajaan yang memerintah kerana polisi yang
membebankan rakyat dan ketidakpuasan pembayar cukai tempatan disebabkan
kenaikan cukai harta tentu akan mengundang mereka membuat silent protests
dengan izin di Pilihan Raya Umum akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang
Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana telah menyampaikan 228 Notis 5A
kepada generasi kedua dari FELDA Bukit Batu, Kulai semasa lawatan kerja beliau ke
kawasan DUN Bukit Batu pada 4 April 2011. Atas komitmen Kerajaan Negeri untuk
meluluskan permohonan tanah kepada Generasi Kedua FELDA Bukit Batu. Saya juga
mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana
bukan saja telah melawat ke tapak pembinaan Rumah Ibadat Dewa Hong Seng Tai
Tee, di mana tapak rumah berhala seluas 1 ekar 1 route telah diluluskan oleh Kerajaan
Negeri. Bahkan juga amat prihatin dan bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak
RM500,000.00 untuk menampung sebahagian kos pembinaan Rumah Berhala tersebut,
semasa lawatan ke kawasan DUN Bukit Batu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana
telah meluluskan peruntukan sebanyak RM9.63 juta untuk pembinaan Balai Polis Kelapa
Sawit, Kulai yang baru. Akan tetapi kemajuan projek amat tidak memuaskan dan telah
menimbulkan kerisauan, sama ada ianya akan siap sepenuhnya mengikut jadual
walaupun kontraktor telah diberikan lanjutan masa selama 100 hari selepas tempoh
tarikh siap kerja. Saya mendapati bahawa kemajuan projek masih berada pada tahap
kurang memuaskan. Oleh yang demikian, saya amat berharap pihak JKR dapat
memantau kemajuan projek tersebut supaya memastikan projek ini dapat disiapkan
mengikut jadual dan dibina dengan mutu kualiti yang terjamin. Saya juga ingin
177
meminta bantuan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, supaya
membantu untuk pembinaan sebuah Dewan Raya di FELDA Bukit Batu, Kulai demi
kemudahan penduduk di Kampung FELDA Bukit Batu. yang memang memerlukannya
untuk menjalankan aktiviti dan program bagi perkampungan FELDA ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain daripada itu, saya sekali lagi memohon supaya
Jalan Negeri J3 sepanjang 12 kilometer dari FELDA Bukit Batu hingga ke Parit Panjang
sempadan Pontian yang sering dibangkitkan sama ada oleh saya ataupun rakan
sejawat saya dari Pulai Sebatang di Dewan yang mulia ini, supaya di naik taraf ke jalan
yang lebih selamat dan sempurna berdasarkan keadaan jalan tersebut kini yang
semakin hari semakin berlekak-lekuk dan membahayakan keselamatan para
pengguna jalan.
Saya juga mengharapkan projek meluluskan selekoh S merbahaya di Batu 24, Jalan
Ayer Hitam, Johor Bahru, Kulai yang telah mengorbankan ramai mangsa serta telah
berkali-kali dibangkit oleh saya di Dewan yang mulai ini, agar dapat dilaksanakan
dalam Rancangan Malaysia Ke-10, demi keselamatan dan kemudahan para
pengguna jalan setempat kerana saya tidak rela ada mangsa terkorban di selekoh S
merbahaya ini yang menjadi kawasan black spot dengan izin, kemalangan untuk
Daerah Kulaijaya.
Selain itu saya juga mengharapkan projek melebarkan jalan di kawasan persimpangan
laluan Persekutuan Utama ST 001 di Jalan Taman Pulai Utama yang bersebelahan
dengan 2 buah Sekolah Menengah, dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera,
demi keselamatan para pengguna jalan berdasarkan kepada keadaan jalan yang
sempit dan sering berlaku kemalangan jalan raya yang menggugat keselamatan para
pengguna jalan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam kawasan DUN Bukit Batu, pertanian merupakan
sektor yang utama untuk menjanakan pembangunan ekonomi tempatan. Walaupun
masih kekurangan tapak pertanian untuk memajukan lagi sektor ini, tetapi keadaan
sebegini sedikit pun tidak menghalang pembangunan sektor pertanian di kawasan
saya, di mana para pekebun buah-buahan dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya
membuktikan hasil-hasil tanaman mereka adalah di top ranking dengan izin, dan
berkualiti dan mencipta nama di dalam Malaysia yang mengharumkan Daerah
Kulaijaya.
Untuk mengatasi masalah tersebut ini, sekali lagi saya mencadangkan agar Kerajaan
Negeri membuka tapak pertanian baru untuk tanaman kekal makanan sama ada di
kawasan Bukit Hantu, Bukit Nyamuk atau di kawasan kaki Bukit Gunung Pulai yang
masih ada kawasan yang sesuai untuk menjalankan projek ini, untuk memenuhi hasrat
rakyat untuk memajukan pertanian tempatan dengan cara yang tersusun. Di mana,
saya juga dimaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini cadangan ini akan dikaji oleh
178
Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Pertanian Negeri pada Persidangan
Dewan Negeri yang kesudahan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga mencadangkan supaya Kerajaan Negeri
dapat menimbangkan supaya mengurniakan tanah kepada mereka yang menduduki
tanah secara menggunakan Lesen Menduduki Sementara selama ini. Seandainya
tapak yang mereka menduduki tidak terlibat dengan projek pembangunan kerajaan,
kerana masih terdapat ramai penduduk yang perlu memperbaharui Lesen Menduduki
Sementara mereka setahun ke setahun untuk menduduki di atas tanah kerajaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, destinasi Hutan Lipur Gunung Pulai I, Kulai merupakan
satu-satunya destinasi alam semula jadi yang dapat menarik pelancongan dalam dan
luar Negara. Permohonan pembukaan semula sebahagian Hutan Lipur Gunung Pulai I,
yang seketika mempunyai kunjungan pelancong domestik dan luar negara seramai
20,000 setahun yang telah ditutup sejak kejadian tanah runtuh pada 27 Disember 2001,
kawasan Hutan Lipur tunggal dalam Daerah Kulaijaya, di mana saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada usaha yang dijalankan oleh Yang Berhormat EXCO
Pelancongan Negeri Johor untuk pembukaan semula sebahagian Hutan Lipur Gunung
Pulai I, yang mana pada dasarnya dipersetuju dibuka semula di bahagian kolam dan
bahagian laluan air terjun di dalam Mesyuarat Hutan Lipur Gunung Pulai sebagai
produk pelancongan. Oleh itu, saya mengharapkan pertolongan dari semua pihak
yang terlibat supaya mengambil langkah penyelesaian yang selaras dengan
keputusan mesyuarat dan jawapan Yang Berhormat EXCO di dalam Persidangan
Dewan Negeri yang kesudahan untuk pembukaan semula destinasi pelancongan
tersebut yang mempunyai potensi besar untuk menarik pelancong di dalam serta juga
luar Negara ke Hutan Hujan Tropika yang berfungsi sebagai hutan dari aspek ekonomi,
sosial dan alam sekitar. Lebih-lebih lagi sebagai kawasan riadah untuk pengunjung
yang datang ke Johor premier outlet selepas pembukaannya pada akhir tahun ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kawasan DUN Bukit Batu sering mengalami masalah
banjir kilat yang semakin hari semakin serius. Oleh itu, saya memohon kepada Kerajaan
Negeri supaya memberikan perhatian kepada masalah banjir kilat yang berlaku di
kawasan Batu 21 Kulai, di mana projek saliran dalam bandar yang telah diluluskan
peruntukan untuk Fasa I sebanyak RM2.49 juta dan untuk Fasa 2 sebanyak RM4.07 juta
telah dibelanjakan, tetapi realitinya kawasan tersebut ini masih ditenggelami oleh air
bah berpunca daripada detention pond dengan izin yang tidak dapat menampung
air dari anak sungai dan kawasan sekitarnya. Maka, saya mencadangkan semula
supaya dipasang pam atau mendalamkan kolam takungan air seluas 10 ekar ini,
supaya ianya benar-benar berfungsi dan dapat mengatasi masalah banjir kilat yang
sering berlaku.
Saya juga ingin menarik perhatian kerajaan supaya segera mengatasi masalah banjir
lumpur yang sering berlaku di kawasan Pekan Kelapa Sawit iaitu kawasan laluan
Persekutuan I di hadapan Taman Prisma Kelapa Sawit Kulai yang berpunca dari
179
pembangunan yang tidak teratur dan kurang sempurna di kawasan atas bukit
bersebelahan Taman Wawasan Kelapa Sawit, di mana tapak pembangunan seluas 40
ekar telah dibersihkan tanpa pembinaan kolam takungan air atau steal trap yang
sempurna yang berfungsi untuk menyimpan air yang berlebihan dan menapis air
lumpur dari mengalir ke dalam anak sungai, di mana akhirnya akan menyebabkan
banjir lumpur di kawasan hilir termasuklah ke Kampung Baru, Kelapa Sawit dan Taman
Manis, Kelapa Sawit Kulai yang semakin hari semakin serius. Saya juga mengharapkan
tindakan yang tegas di ambil terhadap tuan punya tanah yang memulakan
pembangunan tanpa kelulusan.
Selain daripada itu, saya juga berharap cross over dengan izin sedia ada yang under
size di kawasan Jalan Persekutuan di hadapan Taman Prisma dapat ditukarkan
kepada cross over kotak yang lebih besar untuk mengatasi masalah banjir lumpur yang
berlaku di kawasan tersebut ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya meminta supaya masalah pencetusan bekalan
air yang sering berlaku di FELDA Bukit Batu, Kampung Melayu Bukit Batu, Kampung Baru
Bukit Batu, Kampung Seri Sumpurna dan Kampung Baru Air Bemban yang disebabkan
loji rawatan air Bukit Batu terpaksa diberhentikan operasinya berikutan tumpahan
minyak diesel ke anak Sungai Pontian Besar.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat, masa dah cukup.
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Ada sikit lagi. Oleh kilang yang berdekatan
dapat diambil peringatan yang sewajarnya agar dapat disambung dari rumah pam
dan tangki baru dari Taman Wawasan Kelapa Sawit, Kulai yang baru siap dibina. Saya
meminta kerajaan supaya mempercepatkan proses mengendoskan Rang Undang-
Undang untuk burung walet yang kian menimbulkan masalah kacau ganggu di dalam
kawasan saya termasuklah di kawasan Taman Pertama, Taman Puteri, Taman Seri Kulai
Baru II dan Taman Pulai Utama yang sering dibangkitkan oleh para penduduk
setempat, kerana bunyinya beroperasi 24 jam dan terlalu kuat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin meminta kerajaan supaya
memberikan perhatian yang penuh terhadap kes-kes penipuan yang berlaku di CIQ
Johor. Dan juga penipuan melalui telefon yang kian berleluasa berlaku. Apa jenis
penipuan pun ada. Ada penipuan anak kena culik, menang bertuah, saman dari
Mahkamah Tinggi dan berbagai lagi. Oleh itu, saya amat mengharapkan supaya satu
unit ‘taskforce’ khas ditubuhkan untuk membanteras kes-kes penipuan yang semakin
hari semakin serius dan mengakibatkan kerugian wang yang banyak, sama ada rakyat
kita atau pun juga rakyat warga negara asing yang akan menjatuhkan imej negara
kita.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhirnya saya menyokong rundingan yang dibawa
oleh Yang Berhormat Kukup. Sekian, terima kasih.
180
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, perbahasan di terus lagi. Jemput siapa yang nak berucap.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. (Berselawat) Salam hormat, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Yang
Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah SWT yang
mana dengan limpah dan kurniaNya, maka kita sama-sama dapat menghadiri
Persidangan di Dewan yang mulia ini. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat
Dato’ Speaker yang mana mengizinkan saya turut serta bagi menyampaikan ucapan
dalam rundingan menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor
sempena Pembukaan Penggal Persidangan Yang Ke-4 bagi Dewan Negeri Johor Yang
Ke-12.
Bagi memulakan ucapan, saya ingin mengimbas kembali sebahagian dari titah Duli
Yang Maha Mulia Sultan Johor, yang menyentuh kepada generasi muda supaya
merebut peluang pekerjaan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor di
dalam perkembangan ekonomi, yang pada masa ini menunjukkan peningkatan
angka pelaburan sebagaimana kita dah baca, sebanyak 26 bilion dalam tempoh 3
tahun yang lalu dan menyediakan lebih kurang 54,000 peluang pekerjaan yang harus
direbut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya kawasan saya ini di Tanjung Puteri, orang
tak tahu yang sebenarnya adalah juga pembangunan Iskandar Malaysia bukan
sahaja di Nusajaya. Jadi saya ingin katakan iaitu saya berterima kasih kepada pihak
IRDA selaku peneraju projek Iskandar Malaysia ini yang mana juga dalam DUN Tanjung
Puteri, di sungai-sungai dan juga jalan-jalan raya dapat diperbaiki dan diperbesarkan
agar dapat digunakan oleh pengguna-pengguna jalan raya untuk keselesaan rakyat
sejahtera. Yang ini di Jalan Tampoi, daripada simpang Kompleks Angsana hingga ke
Kampung Melayu, jalan dibesarkan empat lorong dan ada dua simpang bertingkat.
Kawasan saya berdekatan dengan Y.B Kempas, jadi apa yang Y.B Kempas katakan
tentang kawasan itu memang betullah, saya setuju dan begitu juga dengan kawasan
di Jalan Skudai yang bertembung dengan Jalan Tun Abdul Razak. Di sini ada simpang
bertingkat, tingkat, tingkat. Ha banyak tingkat. Dalam simpang yang bertingkat ini ada
satu jalannya akan menuju ke Nusajaya, depan saya ni. Jadi Yang Berhormat Dato’
Speaker…
Y.B. Datuk Haji Abdul Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Nak sebut ada pokok kelapa tu
kat bawah.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita
harus bersyukurlah apa yang telah kerajaan lakukan melalui IRDA ini, tetapi bukan
malang, tetapi saya nak katakan iaitu walaupun IRDA dapat menjalankan kerja-kerja
yang baik dapat memberi sumbangan kewangan kepada projek-projek seperti ini
tetapi dalam masa yang sama kita dapat lihat pengawasannya ini tidak begitu
181
sempurna kerana pihak IRDA sendiri tiada engineer yang mengawasinya. Maka di
dalam mesyuarat-mesyuarat kita bersama-sama dengan IRDA, IRDA cuma dapat
memberi jawapan yang diberikan oleh kontraktor-kontraktor yang mereka award kerja
tersebut. Jadi saya mencadangkan pihak IRDA ni, kita pun ramai lepasan pelajar yang
berkelulusan engineer, kenapa tidak mereka ambil pada masa ini untuk bekerja
dengan IRDA mengawasi projek-projek seperti yang saya katakan tadi.
Y.B. Dato’ Speaker : Mana, takkan tiada engineer IRDA. Buat jalan macam tu besar
belanja, tidak ada ke?
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : IRDA tidak ada, tapi dia punya anak
syarikat yang lain tu ada.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha tak apalah, adalah engineer.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : IRDA sendiri yang bertanggungjawab
tentunya IRDA lah sepatutnya ada. Sama-sama juga dengan projek-projek sungai-
sungai dan sebagainya. Kalau kita tanya cuma pihak kontraktor saja yang menjawab
akan apa-apa juga permasalahan yang timbul, jadi saya cadangkan, saya berharap
agar pihak IRDA ini dalam perkembangan yang baik ini yang sepatutnya kita setuju
supaya lagi satu perkara yang patut pihak IRDA ini mengambil berat di dalam
kawasan-kawasan bandar seperti kawasan-kawasan saya dan juga kawasan-kawasan
jiran-jiran saya. Di dalam bandar ni kita dapat lihat banyak taman-taman dah tua.
Taman-taman yang telah dibina lebih kurang 40 tahun yang lalu. Maka dalam bandar
ini kita lihat dia punya perparitan depan dan belakang rumah ini sering kali rosak,
sering kali apabila hujan lebat ianya mengakibatkan banjir. Bukan hanya banjir di
tengah jalan, malahan banjir di rumah tersebut, dan juga persekitaran. Kerana apa,
kerana pihak PBT pun sudah maklum, yang taman lebih daripada 30, 40 tahun ini
sudah outdated, dengan izin, dia punya parit-parit ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Contoh, taman mana?
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Taman Melody Garden, Taman
Century, taman dan banyak lagilah.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha oklah, dua tu cukup.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Taman Larkin. Di Larkin pun macam tu
juga. Saya harap pihak IRDA kali ni melihat kepada permasalahan seperti ini yang
mana kita dapat lihat pihak PBT di dalam bandar raya, kita dapat lihat mereka ini
cuma memperbetulkan, itu pun kalau pihak tuan-tuan rumah buat complain, dengan
izin hinggakan saya di peringkat ADUN ni ada penduduk datang ke pejabat saya dan
saya terpaksa juga mengeluarkan peruntukan untuk membetulkan parit yang rosak di
depan rumah mereka.
182
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat itu siapa punya kerja? Bandaraya ke IRDA?
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Lebih kurang gitulah.
Y.B Dato’ Speaker : Dia bukan lebih kurang, tanggungjawab. Kalau IRDA, IRDA lah.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Tanggungjawab PBT.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, PBT lah.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Tetapi PBT sering kali mengatakan
yang budget, constrain budget. Ha macam tu, jadi saya minta IRDA mengambil
peranan...
Y.B. Dato’ Speaker : Bantu.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Kalau tak boleh buat, beri duit
kepada Majlis Bandaraya supaya parit-parit ni semua dapat dibuat.
Y.B. Dato’ Speaker : Itu bukan kita, ya ke?
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Begitu juga dengan jalan raya dan
sebagainya Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kerana jalan raya kalau kita nak kata JKR
buat.
Y.B. Dato’ Speaker : Tidak, ada jalan raya yang termasuk dalam kawasan Iskandar, itu
dibuatlah jalan raya untuk menuju ke Iskandar, tapi macam parit-parit dalam taman
nanti orang Kempas kata betul parit dia. Ha’ah itu dah bukan kerja IRDA tak. Nanti
saya tanya Yang Berhormatlah. Yang Berhormat yang tahu.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Betul Yang Berhormat Dato’ Speaker,
saya bersetuju, benar, tapi kalau Bandaraya Kuala Lumpur tu saya rasa memang
mereka mampu untuk buat tu semua.
Y.B. Dato’ Speaker : Habis?
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Kerana satu tahun, lebih daripada
RM30 juta mereka dapat daripada Persekutuan. Tetapi di Johor Bahru ni, saya rasa
macam meminta-minta, kalau saya cakap tambah macam meminta-minta
sedekahlah. Pergi ke jabatan-jabatan, KPKT dan sebagainya untuk mendapatkan
budget tapi budgetnya memang constrain. Saya pun rasa macam kesian jugalah
siapa yang menjadi Datuk Bandar ni. Kesian. Bukan tak kesian, kerana kutipan kalau
kita lihat kepada kutipan cukai yang dikutip tiap-tiap tahun dengan tiada kenaikan
183
tiap-tiap tahun maka kita punya kutipan tu terlalu sedikit untuk kita gunakan untuk
perbelanjaan penyelenggaraan kepada kerja-kerja ini. Yang mana kalau kita lihat
pula, RM30 juta dah terpaksa diasingkan untuk bayar tu ha, yang tak buat kerja betul
tu, SWM. Yang merata-rata kita katakan masih kotor, apatah lagi dengan gaji dan
sebagainya, maka duit memang tak cukup.
Y.B Dato’ Speaker : Yang Berhormat tahu yang Bandaraya tak ada duit? Handal.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Saya bekas Ahli Majlis, jadi saya
tahulah sedikit sebanyak tentang Majlis Bandaraya
Y.B Dato’ Speaker : Yalah, itu yang masa Yang Berhormat jadi Ahli Majlis,tak ada duit,
sekarang dah ada.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Kemungkinan juga. Yang Berhormat
Dato’ Speaker, saya rasa baik saya sambung yang lain lagi. Itu saya minta lah, kalau
boleh pihak IRDA...
Y.B Dato’ Speaker : Bantulah, yalah.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : ...melihat kepada taman-taman yang
dah lama ini. Jadi kita bantulah Majlis Bandaraya pula. Baginda Sultan juga begitu
prihatin dengan penyediaan pusat-pusat pemulihan dalam komuniti yang telah
diusahakan oleh JUITA dan untuk makluman kesemua pusat PDK ini dipengerusikan
oleh isteri-isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional. Ha itu nak kena tepat sebut
Y.B Dato’ Speaker : Apa benda? Isteri apa?
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Dipengerusikan oleh isteri Wakil-Wakil
Rakyat Barisan Nasional. Kalau sebut isteri-isteri wakil rakyat nanti kita kena tegur pula.
Y.B Dato’ Speaker : Dengan siapa?
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Dengan pemberita. Ini yang mana
satu punya isteri dia kata.
Y.B Dato’ Speaker : Tak apa.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Petang ni pemberita tidak ada jadi
senang sikit saya nak menyampaikan mesej yang...
Y.B Dato’ Speaker : Yang Berhormat berapa isteri? Yang Berhormat ada berapa?
(ketawa).
184
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Saya tiga kosong lagi.
Y.B Dato’ Speaker : Hu, berani awak? (ketawa)
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Berani tu tidak, tapi belum cubalah.
(ketawa).
Y.B Dato’ Speaker : Belum cuba, cubalah. Duduk luar pintu.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, jadi
kalau kita lihat kepada JUITA ni, JUITA juga adalah satu badan NGO dan Yang
Dipertuanya ialah Yang Berbahagia Datin Profesor, isteri kepada Menteri Besar Johor.
Y.B Dato’ Speaker : Ha, sebut isteri sajalah
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Ha isteri, satu saja. (ketawa). Di
kebanyakan kawasan Dewan Undangan Negeri, dalam Johor yang ditadbirkan oleh
Barisan Nasional, diwujudkan pusat PDK ini yang mengendalikan dan melatih kanak-
kanak Kurang Upaya iaitu OKU supaya mereka boleh menguruskan diri sendiri agar
satu hari nanti mereka boleh berdikari dan seterusnya kebajikan golongan OKU ini
dijaga dengan memberi mereka elaun belajar sebulan sebanyak RM150.00 melalui
JKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jadi Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, Kerajaan
Barisan Nasional buat kerja kebajikan, macam ini lah. Bukan itu saja, ini saya nak
beritahu contoh satu saja, bukan cakap saja hendak menjadi kerajaan berkebajikan,
kita dah lama dulu dah buat benda ni. Sebelum saya jadi Wakil Rakyat, saya rasa PDK
ini dah diwujudkan oleh abang-abang kita dulu, Wakil-Wakil Rakyat yang sebelumnya.
Maka berapa banyak kebajikan yang dah kita dah buat kepada orang-orang OKU ni.
Ini tidak diasing-asingkan ataupun kita kata PDK adalah untuk orang Melayu
sahaja,tidak ada, semua sekali diterimanya, malahan ada juga dalam PDK ini anak-
anak cacat yang tidak boleh membuat apa-apa pun, tetapi pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat tetap memberi RM400.00 elaun kepada anak-anak cacat yang tidak
boleh membuat apa-apa, yang terlantar.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau kita lihat di tempat saya sajalah, saya nak
beri contohlah, minta maaf saya nak katakan bukan nak kata orang Johor baik, orang
negeri lain tak baik, tetapi ada satu keluarga ni, dia baru berpindah dari Kelantan ke
Johor kerana berniaga. Dalam mereka berniaga ni memang dia pun mengatakan di
negeri dia susah cari makan, dia datang ke Johor, dan dapat berniaga tetapi anak
istimewanya anak yang terlantar, jadi saya usahakan dapatkan bantuan, anak yang
terlantar ni dapat RM400.00 dan saya katakan kita ada PDK untuk anak ini datang
buat terapi ataupun exercise lah, tapi oleh kerana mungkin dia salah faham ke,
mungkin dia tak faham saya cakap ke, ataupun memang dia punya tabiat macam tu,
maka apabila dia datang ke PDK Tanjung Puteri ni, tiap-tiap bulan dia minta lagi
RM150.00, ha ini Pejabat Kebajikan, saya tak tahu nak jawab. Tapi sebenarnya
185
mungkin salah faham, anak tu dah dapat RM400.00 daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat tetapi oleh kerana dia menghantar tiap-tiap hari anak dia tu, dia minta
lagi yang biasanya anak-anak OKU yang lain dapat RM150.00 itu, jadi ataupun
dengan sikap tamaklah katanya dia nak kan juga perkara ni, akhirnya saya cakap,
RM400.00 dapat tapi duduk sajalah kat rumah, jagalah anak kat rumah kerana suami
dan isteri tu berniaga jadi akhirnya sekarang saya tak payah bayar RM150.00 dan dia
pun tak payah hantar anak dia. Jadi sifat ataupun sikap orang, saya tak tahulah orang
bukan Johor ni mungkin lain, dia nak segala-galanya dia nak kalau boleh dia dapat
tetapi antara dia ni mengundi saya ke tidak wallahualam lah kerana belum tukar
alamat lagi.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain daripada itu saya ingin juga mengimbas
titah Baginda Sultan lagi iaitu institusi pendidikan agama Kerajaan Negeri Johor sudah
berusia 100 tahun. Dan, telah memainkan peranan memperkukuhkan pemahaman
dan penghayatan agama Islam daripada satu generasi ke satu generasi ini hendaklah
dipertahankan kata Baginda. Baginda mengingatkan kita supaya bebas daripada
ancaman yang mencetuskan perselisihan di antara ummah akibat daripada fahaman-
fahaman yang bertentangan ahli sunnah wal jamaah juga Baginda mengingatkan kita
supaya menjaga perpaduan masyarakat jauhkan golongan pemimpin yang mahukan
kuasa semata-mata, atas kepentingan politik yang sempit dengan cara membawa
perpecahan dalam masyarakat sebagaimana yang Mengkibol kata tadi perpaduan
betullah, Sultan pun ada katakan, ni titah ni, maka kita patut bersatu padu lah.
Bermakna di sini Negeri Johor 100 tahun dahulu sudah menjadi negeri Islam dan
mengamalkan bukan sahaja kebajikan bahkan mengamalkan sikap toleransi antara
kaum. Jadi, kita tak perlulah nak mengumumkan negeri kita berkebajikan ataupun
tidak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Y. B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat masa dah cukup.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Alamak pendek sahaja ni.
Y. B. Dato’ Speaker : Hey, Yang Berhormat cakap mana ingat.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Sikit lagi ni Yang Berhormat Dato’
Speaker. Saya ni dengan perasaan yang begitu teruja ni, nak mengatakan sesuatu ni.
Y. B. Dato’ Speaker : Yalah, betullah janganlah begitu. (Dewan Ketawa).
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Ni, di dalam sentuhan titah Baginda,
Baginda ada juga mengatakan yang mengenai al-Quran ni, yang sebagaimana
Kukup katakan tu. Jadi, di kawasan saya kalau Yang Berhormat Dato’ Speaker pergi ke
186
surau la, pergi ke setiap surau, saya dah taruk satu signboard kat situ, Program Satu
Rumah Satu Guru al-Quran.
Jadi, alhamdulillah saya sebelum di seru saya dah menjalankan tugas saya. Jadi,
alhamdulillah, Cuma apa yang saya ingin minta daripada Pejabat Agama, guru-guru
al-Quran ini, dia punya elaun ni sikit sangat, daripada RM50.00 mungkin dah naik
RM100.00. Dia mengajar lebih kurang 100 murid satu hari. Murid-murid di kampung-
kampung la ni, ini kelas kampung-kampung di surau-surau. Jadi, saya mintalah kalau
boleh naikkanlah elaun dia. Mungkin RM50.00 naik ke RM100.00 ataupun daripada
RM100.00 tu naik RM200.00. Kerana kita, saya rasa tak rugilah kalau kita melabur
kepada ibu-ibu ataupun bapa-bapa yang secara sukarela ni, dia mengajar anak-anak
kita membaca al-Quran.
Y. B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat bantulah sikit, sebulan RM100.00,
kalau setahun baru RM1200.00, sikit.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Memang…
Y. B. Dato’ Speaker : Ha.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Saya ada bantu tapi saya tak nak
sebutlah nanti orang kata.
Y. B. Dato’ Speaker : Tak..tak, ini bantu tetap, elaun RM100.00 tiap-tiap bulan untuk guru
al-Quran tu.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Yang Berhormat Dato’ Speaker
macam tahu apa yang saya dah lakukan.
Y. B. Dato’ Speaker : Taklah, saya cakap je kalau ada..haah.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Memang dah buat pun..
Y. B. Dato’ Speaker : Yalah.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Tapi saya tak nak umumkan la, nanti
Wakil-Wakil Rakyat lain terbeban pulak nanti kata kena semua pulak bayar. Jadi..
Y. B. Dato’ Speaker : Huh, macam Yang Berhormat sorang je bagus, yang Wakil Rakyat
lain tak bagus. Marah la dia. Ok dah habis masa ni.(Dewan Ketawa).
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Ini belum habis lagi ni.
Y. B. Dato’ Speaker : Ni bukan cerita belum habis, cerita dah cukup masa.
187
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Cuma ada 3 muka je. (Ketawa). Ok
lah Yang Berhormat Dato’ Speaker, di peringkat Sekolah-Sekolah Agama ni juga patut
saya bawalah sedikit sahaja masalah, Badan-Badan Kebajikan Sekolah Agama ni,
memang terpaksa menggunakan duit kutipan yuran untuk kita bayar guru-guru, yang
kita panggil ‘guru badan’. Guru kurang, kita kena ambil, apa tu, guru luar untuk
mengajar dan kita bayarnya, tetapi walau bagaimanapun saya sekali lagi la, minta di
kaji agar gaji-gaji guru sekolah agama ni dapat di revisekan, kerana kita dapat lihat
rata-rata sekolah agama dalam Negeri Johor ni, ketandusan guru lelaki. Budak lelaki ni
dia, dia lebih suka pergi kerja dekat kilang-kilang la, daripada dia mengajar, kerana
gaji guru sekolah agama ni memang terlalu rendah.
Y. B. Dato’ Speaker : Guru yang mana? Guru agama sekarang ramai yang tetap, eh,
dah besar gaji, ikut guru biasa sekarang. Ni guru yang mana ni kata gaji kecil?
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Ini gaji guru baru masuk pun tak
sampai RM1000.00 ni.
Y. B. Dato’ Speaker : Eh, tidak betullah. Kerani pun masuk tak RM1000.00. Haa, semua
yang barukan dia kelulusan Yang Berhormat. Kalau SPM, Darjah Khas biasalah gaji tu
cukup.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Sebab tu lah Yang Berhormat Dato’
Speaker, kalau kita lihat dia guru..
Y. B. Dato’ Speaker : Yalah, ni…
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Kalau kita bandingkan kerani, guru
memang berbeza lah. Nama dia je dah kita….
Y. B. Dato’ Speaker : Tak de sama je guru belah pagi Yang Berhormat, yang tak ikut
kelulusan. Betul tak? Sekarangkan JPA yang dipilih..
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Betul-betul..
Y. B. Dato’ Speaker : Ha…
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Betullah tu. Itu memang fakta la. Saya
memang setuju dengan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Tetapi kita cuba beri dia
elaun yang lebih ke dan sebagainya.
Y. B. Dato’ Speaker : Oh, ha ya lah.
188
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Supaya mereka ni, yang lelakinya ni,
yang ketandusan guru lelaki, di sekolah agama ni agar mereka berminat untuk
menjadi guru..
Y. B. Dato’ Speaker : Tak de Yang Berhormat, Yang Berhormat sebenarnya cikgu lelaki
ni dia tak nak, kenapa, dia takut baca doa ni. Ha, baca kat Majlis-majlis Tahlil, tu yang
dia segan tu nak baca. Ok, dah habis.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Ok, Yang Berhormat...
Y. B. Dato’ Speaker : Ha, sekian.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Saya, saya ni takde pantun,tapi cuma
tadi saya terdengar bunyi jet lalu kat atas kita ni...
Y. B. Dato’ Speaker : Ha.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Kita kalau perasan tak perasan la,
terdapat 2,508 pergerakan Pesawat Tentera Udara Singapura, di kesan ceroboh ruang
udara Negeri Johor sejak tahun 2008. Jadi apa tindakan Kementerian Pertahanan.
Saya pun tak tahulah, tak kan kita nak tembak. Perbincangan demi perbincangan tapi
macam kita kalah aje. Kita mengalah je, ni apa dah jadi, saya pun tak tahu.
Hinggakan suatu ketika dulu, pesawat Singapura, eh, pesawat daripada Tentera
Singapura ni jatuh di Kota Tinggi, belum sempat kita sampai, dah angkat semua balik.
Bermakna adakah, keselamatan negara kita ni, memang senang dicerobohi, ataupun
kita masih tidak cekap, ataupun ini salah satu sabotaj, untuk negara lain, mencerobohi
kita. Saya tak payah nak mengulas tentang perhimpunan haram…
Y. B. Dato’ Speaker : Baiklah.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : kerana perhimpunan tu memang
haram, dan petualang-petualang ni, saya rasa patutnya kita tangkap aje melalui ISA.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhir kalam, dengan mendoakan agar Duli Yang
Maha Mulia Sultan Johor.
Y. B. Dato’ Speaker : Akhir kalam eh?
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Akhir kalam, dengan mendoakan
agar Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor di cucuri rahmat, dari Allah SWT. Begitu juga
dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor, Dato’ Speaker, serta semua
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, semua sekali.
Y. B. Dato’ Speaker : Termasuklah Ketua-Ketua Jabatan yang ada.
189
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Termasuk sekali yang sidang hadirin
yang ada di dalam Dewan mulia ini,..
Y. B. Dato’ Speaker : Ha ok.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Pada hari ini semua di rahmati Allah.
Didoakan dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dijauhkan dari bala bencana
dan dijauhkan daripada perbalahan yang boleh membawa perpecahan kaum. Saya
akhiri dengan menyokong rundingan yang di bawa oleh Adun Kukup. Sekian, wabillahi
taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Y. B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam. Perbahasan diteruskan. Oh Yang Berhormat
Yong Peng.
Y. B. Puan Lim Kee Moi (Yong Peng) : Selamat petang, salam sejahtera dan Salam
1Malaysia. Adun Yong Peng mengucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Adun Yong Peng mengalu-alukan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri semalam bahawa sektor swasta, GLC diperuntukkan 30%, Ahli Lembaga
Pengarah pada wanita dalam 5 tahun. Adun Yong Peng juga mengalu-alukan
kenyataan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, bahawa mereka akan
mengenal pastikan wanita yang berpotensi untuk mengisi kuota tersebut.
Yang Berhormat Dato Speaker, Adun Yong Peng mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, yang mana kerajaan Barisan
Nasional telah membawa kemajuan kepada DUN Yong Peng N19, semenjak Adun
Yong Peng memenangi pilihan raya pada tahun 2004. Walaupun , Barisan Nasional
bukanlah parti yang terbaik di dunia, akan tetapi ia adalah pilihan terbaik di Malaysia,
jika dibandingkan dengan Parti Pembangkang, yang cuma tahu mengkritik tanpa
buat apa-apa. DUN Yong Peng terletak di tempat yang strategik, dilalui highway utara
dan selatan dan mempunyai 2 outlet, iaitu tol utara dan selatan yang sangat
menyenangkan penduduk ke utara dan selatan, memakan masa yang singkat. Petani-
petani di DUN Yong Peng, mengecapi harga kelapa sawit yang baik, dengan harga
RM680.00 se/tan, beku getah, RM500.00 se/tan, dan Adun Yong Peng mendoakan
agar harga itu dikekalkan ataupun boleh naik lagi. Kebanyakan penduduk adalah
pekebun kelapa sawit dan getah. Mereka pergi kerja sebelah pagi dan sebelah
petang mereka chak kopi ye, dengan izinnya.
Y. B. Dato’ Speaker : Apa?
Y. B. Puan Lim Kee Moi (Yong Peng) : Chak kopi, bermakna minum teh.
Y. B. Dato’ Speaker : Oh, chak. Chak minum eh?
190
Y. B. Puan Lim Kee Moi (Yong Peng) : Minum kopi dengan izin, di kedai kopi atau di
kedai makan. Boleh dikatakan kehidupan mereka adalah cukup baik. Bandar Yong
Peng tempat perhentian untuk bas ekspres. Pada hujung minggu didapati sekurang-
kurangnya 200 buah bas akan lalu dan singgah di Yong Peng untuk membeli belah
dan menikmati makanan tradisional yang termasyhur. Didapati restoran dan kedai
makan telah menjangkau lebih 100 buah. Bagi penduduk menjangkau 50,000.00,
banyak pembangunan telah tercapai. Kedai 3 tingkat berharga RM700,000.00 telah
habis dijual. Rumah banglo bernilai RM600,000.00 juga dapat sambutan yang baik
daripada penduduk tempatan dan pembeli luar. Dengan sokongan padu daripada
TNB daerah Batu Pahat, Yong Peng dapat tambahan bekalan api 2.2kh, untuk
menampung pembangunan yang begitu pesat sekali. JKR Daerah Batu Pahat,
memberi sokongan padu menyelenggarakan jalan, infrastruktur dan kemudahan yang
baik telah memperkasakan pembangunan di DUN Yong Peng.
DUN Yong Peng mempunyai 3 kampung baru, iaitu Kampung Baru Yong Peng, Kangkar
Baru dan Lam Lee. Akan tetapi dengan pembangunan yang pesat berlaku di Yong
Peng, wajah Kampung Baru telah berubah ke arah bandar. Pelawat yang komen,
Yong Peng sebelum 2004 dan selepas 2004, terdapat perbezaan yang besar.
Jawapannya senang, inilah hasil Barisan Nasional yang mana Ahli Parlimen Air Hitam
dan dua-dua Adun, Adun Semarang dan Adun Yong Peng adalah Wakil Rakyat
Barisan Nasional yang berganding bahu menjayakan kawasan. Ketiga-tiga kaum
mengamalkan Gagasan 1 Malaysia, hidup aman sentosa, saling hormat antara satu
dengan lain. Untuk memesatkan pembangunan di DUN Yong Peng khasnya di
kawasan PBT, Adun Yong Peng memohon agar diadakan seorang Pegawai
Perancang dan seorang Jurutera di Majlis Daerah Yong Peng.
Untuk maklumat Yang Berhormat Dato’ Speaker, baru-baru ini Majlis Daerah Yong Peng
telah dapat seorang YDP yang bertugas sepenuh masa di Yong Peng, tahniah. Beliau
dapat tumpukan sepenuh masa untuk pembangunan yang membawa kemajuan.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, lambat sangatlah. Duduk, duduk Yang
Berhormat…
Y.B. Puan Lim Kee Moi (Yong Peng) : Jap, jap… tak banyak lagi.
Y.B. Dato’ Speaker : Encik Adam membeli kentang, rehat nak minum petang. Ahli
Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan selama 15 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 4:00 petang.
Persidangan disambung semula pada jam 4:15 petang.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
191
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
selamat sejahtera. Perbahasan disambung semula. Jemput Yang Berhormat.
Y.B. Puan Lim Kee Moi (Yong Peng) : Yang Berhormat Datuk Speaker, ADUN Yong Peng
ingin meneruskan perbahasan menjunjung kasih ke atas titah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Sultan Johor pada hari perasmian. ADUN Yong Peng memohon agar
menaiktarafkan Pejabat Tanah Kecil Yong Peng supaya memberi perkhidmatan yang
lengkap bukan setakat membayar cukai tanah tetapi dapat memberi perkhidmatan
yang lain seperti permohonan tanah, bayar duti setem dan lain-lain seperti Pejabat
Tanah Daerah Batu Pahat.
Memandangkan Yong Peng terletak di kawasan strategik, dipohon agar Kerajaan
Negeri diadakan hab koleksi dan pengedaran buah-buahan peringkat Kebangsaan di
Daerah Yong Peng. Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker, terdapat ramai
pengedar buah-buahan di Yong Peng tetapi tidak teratur. Durian yang sedap-sedap
seperti Kunyit, Mau Sang Wang, Udang Merah, D101 terdapat di Yong Peng. Di
samping durian, pengedar tembikai merupakan pengedar yang terbesar dan
terbanyak di Yong Peng. ADUN Yong Peng mengalu-alukan ADUN Tangkak supaya
buah-buah yang berlebihan yang tidak terjual bolehlah datang ke Yong Peng untuk
dijual dengan harga yang berpatutan.
Untuk melicinkan dan melancarkan perjalanan jalan keluar dari Tol Utara dan Tol
Selatan perlu diperbesarkan, dari 1 lane pada 2 lane untuk mengelakkan kesesakan
trafik, lebih-lebih lagi pada hari cuti am. Difahamkan, bahawa mengikut perancangan
Majlis Daerah Yong Peng 2020, ERL iaitu Express Railway Link akan lalu Yong Peng.
Dipohon agar stop over untuk ERL diadakan di Yong kerana ini akan memberi impak
besar kepada pembangunan.
Dipohon dipercepatkan pembinaan KK3, Klinik Kesihatan 3 kerana Majlis Peletakan
Batu Asas telah berlangsung pada tahun lepas oleh Yang Berhormat Menteri
Kesihatan.
Dipohon agar kerja naik taraf jalan di kawasan Taman Industri Yong Peng
disempurnakan dengan peruntukan daripada UPEN.
Masalah pungutan sampah sarap oleh SWM telah jadi isu yang serius di DUN Yong
Peng. Sampah sarap tidak diurus dengan baik dan terdapat aduan bahawa di
setengah kawasan tidak dipungut 3 minggu, di Taman Yong Peng Jaya. Macam-
macam alasan telah diberikan, kononnya lori rosak, tempat pembuangan sampah
terlalu jauh dari tapak pelupusan. Kerajaan Negeri perlu ambil tindakan drastik untuk
mempertingkatkan mutu perkhidmatan.
ADUN Yong Peng menyeru kepada Kerajaan agar mempromosikan Yong Peng
sebagai pusat pelancongan kerana Yong Peng mempunyai restoran dan kedai-kedai
192
menyediakan makanan tradisional yang sedap-sedap. Tambahan pula, masakan
sarang burung walet juga disediakan di restoran. Di samping itu, kita ada ikon seperti
Dataran Majlis Daerah Yong Peng, rumah berhala yang bersejarah. Promosi Makan
Durian diadakan pada musim durian dan untuk pelancong-pelancong.
ADUN Yong Peng tidak lupa pembangunan di luar bandar. Lampu-lampu di kampung
sangat berkurangan. Pohon dipasang di Kampung Sungai Berlian sebanyak 5,
Kampung Amatur sebanyak 10, Kampung Banjir Bersatu sebanyak 10, Kampung Sri
Sepakat sebanyak 5, Kampung Sri Bungsu sebanyak 10. Juga ADUN Yong Peng
memohon lampu simpang Jalan Labis ke Kampung Haji Kamisan. Perkara ini telah
saya banyak kali berbangkit. Yang Berhormat Datuk Speaker, kerana ini sangat penting
diadakan lampu simpang Jalan Labis ke Kampung Haji Kamisan kerana selalu
berlakunya kemalangan di tempat tersebut. Dan, malangnya kawasan tersebut di
dalam pentadbiran Segamat, jadi Daerah Batu Pahat memang susah nak uruskan
perkara ini. Dan di sini saya merayu kepada Yang Berhormat Datuk Speaker agar
perkara ini dapat diselesaikan demi kepentingan rakyat di Kampung Haji Kamisan.
Dan juga jalan-jalan kampung perlu dinaiktarafkan ke jalan tar, Kampung B2 1
kilometer, Kampung Sungai Berlian 3 kilometer, Kampung Temier 1 kilometer, Kampung
Sri sepakat 1 kilometer, Kampung Amatur 3 kilometer, Kampung Banjir Bersatu 3
kilometer. Juga dipohon dipercepatkan pembinaan Dewan Orang Ramai di Kampung
Sri Semangat.
ADUN Yong Peng juga meminta menaiktarafkan Surau di Taman Kota dan Taman Sri
Aman, Yong Peng.
Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker, permohonan tanah Kerajaan oleh
penduduk di Kampung Melayu Kangkar Baru masih belum dapat apa-apa jawapan.
Jadi, ADUN Yong Peng di sini merayu agar dipercepatkan proses. Juga dipohon dibina
lagi SPN, Skim Perumahan Negara di Yong Peng kerana SPN fasa ke-2 tidak dapat
menampung permohonan penduduk.
Dipohon juga dipercepatkan pembinaan Sekolah Agama Parit Awang kerana
terdapat progress pembinaan adalah kurang memuaskan.
ADUN Yong mengucapkan jutaan kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang
Amat Berhormat Menteri Besar dan semua ketua-ketua jabatan yang menjayakan
ADUN Yong Peng.
Ke Kota Iskandar membawa ayak, Untuk disimpan di dalam peti, Hutang wang boleh
dibayar, Hutang budi dibawa mati. Dengan ini ADUN Yong Peng memohon
menyokong usul yang dibawa oleh ADUN Kukup. Sekian, terima kasih.
193
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih, terima kasih. Dijemput yang lain… Bukit
Naning.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam warahmatullah.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Salam sejahtera dan salam
1Malaysia. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin memanjatkan rasa syukur
kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya mengambil
bahagian di dalam perbahasan di dewan yang mulia ini. Kesempatan ini juga, saya
ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker kerana memberi
peluang dan kesempatan untuk saya meneruskan ucapan bagi membahaskan titah
yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 23 Jun 2011 di Dewan
yang mulia ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya hendak mulakan ucapan saya ini dengan
menumpukan kepada ingatan dan teguran oleh Yang Maha Mulia Duli Tuanku semasa
bertitah merasmikan Persidangan ini hari Khamis yang lalu, yang menyebut supaya
semua pihak agar sentiasa mengekalkan semangat toleransi dan perpaduan serta
memelihara kestabilan, keamanan bagi membolehkan rakyat menikmati kemakmuran
negeri dengan berprinsipkan muafakat kerana muafakat itu berkat.
Faktor utama yang menentukan kestabilan ialah apabila rakyat terus mengamalkan
sikap kesederhanaan, berteraskan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan
dengan mengurangkan perbalahan, ungkit-mengungkit di antara satu sama lain. Bagi
memastikan perkara-perkara ini menjadi realiti, sesebuah negara itu mesti
menunjukkan kestabilannya, baik dari segi aspek politik, ekonomi mahupun sosial.
Kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia jauh lebih baik dalam
pelbagai bidang. Misalnya, kadar buta huruf sekadar 11% sahaja. Kadar rakyat
termiskin pada kadar 0.7%. Bilangan pengangguran 3.5% dan kadar inflasi yang
rendah pada 1.8%. Manakala, kadar pertumbuhan KDNK yang selesa pada 7.1%.
Negara juga diiktiraf sebagai negara ke-19 paling aman di dunia mengikut indeks
keamanan global, GPI ya, Global Peace Index, dengan izin bagi tahun 2010. Dan kita
percaya, menerusi semangat 1Malaysia, negara akan terus meningkatkan tahap
perpaduan di kalangan rakyat dan mempertahankan keamanan dan kestabilan
negara terus menerus terpelihara. Saya percaya semuanya ini bukannya datang
secara bergolek begitu sahaja tetapi ia adalah hasil usaha gigih yang konsisten
Kerajaan Barisan Nasional lakukan, terus menerus berkesinambungan sejak negara
mencapai kemerdekaan hinggalah ke hari ini.
194
Perjuangan belum selesai dan masih diteruskan. Hari ini melalui Gagasan 1Malaysia,
pelbagai program transformasi diperkenalkan seperti Program Transformasi Kerajaan,
Program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan Modul Baru
Ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat,
sesuai dengan sasaran kita melangkah sebagai sebuah negara maju berpendapatan
tinggi pada tahun 2020.
Yang Berhormat Datuk Speaker, hari ini kita berhadapan dengan pelbagai cabaran
dan halangan, yang kalau tidak ditangani dengan tegas, akan terus mengancam
keselamatan dan kestabilan negara. Kita tak hendak melihat suasana aman damai
dan kerukunan hidup yang selama ini dinikmati oleh rakyat terjejas gara-gara anasir
jahat yang berusaha memporak-perandakan dan menggugat keamanan dan
kestabilan yang kita nikmati selama ini.
Hari ini, banyak pihak termasuk pembangkang dan kuncu-kuncunya mengambil
peluang menangguk kesempatan meniupkan api perbalahan dan pergaduhan
sesama sendiri. Mereka membangkitkan isu-isu sensitif ditokok tambah dengan persepsi
buruk dan songsang supaya keadaan dan suasana terus bergolak dan tidak tenteram.
Tiga hari yang lalu, negara digemparkan dengan satu berita yang mengejutkan kita
sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kestabilan dengan ancaman terbaru
iaitu cubaan menghidupkan semula fahaman Komunis di negara ini yang di dalangi
oleh wakil rakyat pembangkang. Kita ucapkan penghargaan dan terima kasih kepada
pihak Polis kerana cekap dan cepat menghidu kegiatan jahat dan subversif ini.
Di satu pihak lain, ancaman yang datangnya dari kecanggihan teknologi maklumat
Internet. Di mana aktiviti penggodaman laman web kerajaan dicerobohi. Ini
merupakan ancaman terbaru kepada keselamatan maklumat negara. Negara mesti
bersedia menghadapi ancaman yang boleh menyebabkan maklumat sulit dan rahsia
kerajaan bocor. Kita mahu pihak Kementerian yang bertanggungjawab dan pihak
Cyber Security Negara memantau lebih ketat dan mencari jalan bagaimana
ancaman ini dapat ditangani dengan tegas dan bijaksana. Kita menyeru kepada
pihak yang berkuasa, heret saja dan humbankan penjenayah di bawah undang-
undang keselamatan negara, gunakan kuasa ISA dan sumbat saja. Dari sudut politik
semasa, kita nampak begitu ghairahnya pembangkang hendak merampas kuasa.
Mereka gunakan ancaman politik jalanan dengan menganjurkan perhimpunan
demonstrasi haram Bersih 2.
Tujuannya ialah untuk menghuru-harakan suasana dan keadaan. Mereka ini tidak
menghiraukan langsung pandangan rakyat terbanyak, supaya membatalkan dan
menghentikan demonstrasi jalanan haram ini. Saya menyeru sekali lagi kepada pihak
KDN, kalau mereka ini berdegil, jangan teragak-agak lagi. Ambil tindakan tegas ISA.
Kerana jelas, Perhimpunan Bersih 2 itu, adalah perhimpunan haram dan menjejaskan
ketenteraman dan keselamatan negara. Jangan tunggu sampai 9 hari bulan, kerajaan
195
tidak boleh berlembut. Jelas mereka ada agenda tersirat. Gunakanlah kuasa ISA dan
sumbat sekali lagi mereka ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Y. B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat, panjang lagi? Banyak
lagi?
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Sikit, sikit lagi
Y. B. Datuk Timbalan Speaker : Banyak ke sikit?
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Sikit lagi…
Y. B. Datuk Timbalan Speaker : Seminit.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Baru 10 minit…
Y. B. Datuk Timbalan Speaker : Oklah Yang Berhormat sila duduk. Ahli-Ahli Yang
Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 29 Jun 2011, jam 9:30
pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 4:30 petang.
196
PENYATA RASMI
MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL
PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12
HARI KEEMPAT RABU, 29 JUN 2011 BIL. 14 TAHUN 12
HADIR
Y.B. Dato’ Speaker,
Dato’ Haji Mohd. Ali bin Hassan,
DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,
Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor.
Datuk Haji Ahmad Zahri bin Jamil, PJN., PIS.
(Sri Medan)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan
Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Johor.
Dr. Hajah Robia binti Dato’ Haji Kosai
(Sungai Balang)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.
Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, SPMJ., KMN., PIS.
(Endau)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.
Encik Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PIS.
(Bekok)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor.
Datuk Haji Ab. Aziz bin Kaprawi, PJN., PIS., AMN.
(Parit Raja)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor.
Puan Asiah binti Md. Ariff, AMN.
(Johor Lama)
197
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan
dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, Johor.
Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.
(Tiram)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,
Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Johor.
Encik M. Asojan a/l Muniyandy, AMN.
(Gambir)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Johor.
Encik Hoo Seong Chang, PIS.
(Paloh)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Johor.
Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday
(Mahkota)
Y.B. Datuk Haji Othman bin Jais, PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN.
(Buloh Kasap)
Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.
(Panti)
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah, PJN., PIS., AMN.
(Tanjong Surat)
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat, JP., KMN., PIS., AMN., PPN.
(Bukit Serampang)
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, DSNS., AMN., PIS.
(Kempas)
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman, PJN., KMN., PIS., JP.
(Machap)
Y.B. Datuk Ng See Tiong, PJN., JP., KMN., AMN., PIS., PK.
(Parit Yaani)
Y.B. Puan Lim Kee Moi, PIS.
(Yong Peng)
198
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman, DSNS., KMN., AMN.
(Puteri Wangsa)
Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin, DMSM., DSM., BCM., PIS., PPN.
(Semerah)
Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin, AMN., KMN., PIS., PPA., PSSB.
(Layang-Layang)
Y.B. Encik Lau Chin Hoon,
(Pemanis)
Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., PPN., AMN.
(Kemelah)
Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.
(Semarang)
Y.B. Datuk Haji Abdullah @ Md. Khalid bin Md. Ali, DMSM., PIS., AMN.
(Bukit Naning)
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee, DPSM.
(Jementah)
Y.B. Encik Cheong Chin Liang,
(Bukit Batu)
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong, DMSM.
(Pulai Sebatang)
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, DMSM., KMN., AMN.
(Nusajaya)
Y.B. Datuk Koh Chee Chai, PJN., PIS.
(Penggaram)
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.
(Rengit)
Y.B. Encik Tan Cher Puk, AMN.
(Johor Jaya)
199
Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba, DMSM.
(Pasir Raja)
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad, PGDK., PIS., KMN., AMN.
(Benut)
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu, PJN., PIS., BSI., KMN., AMN., PPN.
(Permas)
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor,
(Penawar)
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan,
(Kahang)
Y.B. Encik Tang Nai Soon,
(Pekan Nenas)
Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PMW.
(Jorak)
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof, DMSM., DSM.
(Kukup)
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali,
(Bukit Permai)
Y.B. Encik Goh Tee Tee, PIS.
(Tangkak)
Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain,
(Sedili)
Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim, PPN.
(Senggarang)
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan, PIS., AMN.
(Tenggaroh)
Y.B. Encik Chia Song Cheng,
(Pengkalan Rinting)
200
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru, KMN., AMN., PIS.
(Tanjung Puteri)
Y.B. Encik Mok Chek Hou,
(Stulang)
Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim
(Tenang)
Y.B. Encik Ong Kow Meng,
(Senai)
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh,
(Sungai Abong)
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang,
(Bentayan)
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau,
(Skudai)
Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim
(Maharani)
Y.B. Encik Ng Lam Hua,
(Mengkibol)
TURUT HADIR
(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
NEGERI JOHOR)
Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor,
Tuan Haji Obet bin Tawil, PIS.
Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor,
Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, DMSM., DSM.
Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor,
Tuan Haji Marsan bin Kassim
201
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Johor,
Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, DK., SPMJ., PIS.
(Serom);
202
Persidangan bermula pada jam 9:40 pagi.
Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.
DOA.
(Jurutulis baca doa).
Y.B. Dato’ Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, dan
diucapkan selamat pagi, salam sejahtera, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan
diteruskan.
Jurutulis : SOALAN LISAN.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Cheong Chin Liang jemput.
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan
nombor 1.
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menangani krisis pengurusan sisa
pepejal yang memberi kesan terhadap punca pencemaran yang semakin hari
semakin kritikal di Negeri Johor?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita Kerajaan Negeri sentiasa
mengambil berat tentang segala permasalahan yang ditimbulkan tentang hal-hal
yang berkaitan dengan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan
awam ini khususnya di Negeri Johor. Pihak kerajaan juga amat menyedari bahawa
mutu perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat yang diberi konsesi untuk
menjalankan tugas dan tanggungjawab ini di pihak di kawasan-kawasan PBT adalah
tidak memuaskan. Dan, kita juga faham bahawa perkara ini antara sebabnya berlaku
oleh kerana pelbagai faktor seperti kadar harga yang dibayar kepada syarikat konsesi
masih lagi mengikut kadar harga lama, iaitu perjanjian secara interim yang telah pun
melalui masa selama 13 tahun tanpa apa-apa keputusan ke arah penswastaan
penuh dan juga penggunaan-penggunaan lori-lori compactor yang semakin makin
buruk makin uzur. Iaitu lori-lori kepunyaan asalnya dulu kepunyaan Pihak Berkuasa
Tempatan sejak mula mengambil alih secara interim masih lagi ada digunakan
sehingga kini, dan juga antara faktor yang ketara ialah kekurangan tenaga kerja
tempatan untuk bekerja disebabkan oleh gaji yang tidak menarik.
Kerajaan juga menyedari perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat konsesi adalah
tidak memuaskan kerana berdasarkan aduan-aduan yang kita terima daripada orang
ramai dan juga pemerhatian PBT terhadap kerja dan tugas yang dilakukan.
Kegagalan pihak konsesi tersebut kerana tidak mematuhi spek dan jadual kerja yang
203
sepatutnya dilaksanakan seperti mematuhi jadual kutipan sampah, pembersihan
longkang dan juga pemotongan rumput. Walau bagaimanapun Yang Berhormat
Dato’ Speaker, pelbagai usaha telah kita laksanakan melalui PBT untuk meningkatkan
mutu kebersihan di Negeri Johor ini melalui misalannya Program 3K, iaitu, Kebersihan,
Keceriaan dan Keindahan, ini yang terkini yang di arahkan oleh Kerajaan Negeri. Dan,
skop kerja program ini bukan sahaja meliputi soal perkara-perkara pembersihan seperti
memungut sampah dan memotong rumput malah menjangkau juga kepada kerja-
kerja penyelenggaraan seperti kerosakan pada longkang dan parit, jalan-jalan yang
berlubang yang semalam ditimbulkan oleh salah seorang daripada ADUN kita,
khususnya daripada Mengkibol, dan juga kerosakan lampu jalan, tandas awam,
taman permainan kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Program 3K bukan
sahaja tertumpu pada jalan-jalan protokol malah diminta supaya diperluaskan
sehingga ke kawasan-kawasan taman-taman perumahan. Dan seterusnya Yang
Berhormat Dato’ Speaker, kita juga telah mengarahkan semua PBT untuk menubuhkan
pasukan tindakan khas untuk melaksanakan Program 3K ini, yang terdiri daripada
anggota-anggota yang terpilih oleh Majlis untuk menjayakan hasrat dan pelan
tindakan itu tadi.
Dan sehingga kini semua PBT di seluruh negeri telah menubuhkan pasukan ini dan
lanjutan daripada penubuhan pasukan ini Kerajaan Negeri juga telah menyalurkan
bantuan peruntukan untuk sebanyak RM2 juta sebagai permulaan pada bulan Mei
yang lalu untuk diagihkan kepada 15 PBT di seluruh negeri, membantu mereka
membeli peralatan dan keperluan mengikut keperluan PBT masing-masing. Dan,
seterusnya kita akan memastikan kebersihan di negeri ini berterusan bagi memastikan
masyarakat menikmati kehidupan yang lebih selesa. Sehubungan dengan itu, semua
Pihak Berkuasa Tempatan juga telah diminta untuk mengemukakan permohonan
peruntukan bagi menjalankan kerja-kerja tambahan ini, bagi mana-mana kegagalan
yang gagal dilakukan oleh syarikat konsesi mengikut jadual. Maknanya kita tidak akan
tidak seharusnya PBT selepas ini menunggu aduan daripada orang ramai dan
sebagainya tetapi hendaklah melaksanakan terus kerja-kerja yang gagal dilakukan
oleh syarikat konsesi mengikut jadual.
Saya juga mengucapkan tahniah, tidak lupa nak ucap tahniah kepada Datuk Bandar
dan di Pertua PBT yang lain kerana telah mengambil inisiatif tersendiri bagi menyokong
program-program kebersihan seperti pelancaran kempen kesedaran dan pengajaran
kepada masyarakat bagi menjaga kebersihan supaya menjadi tanggung jawab
bersama sebagai contoh Kempen Anda Bersih Anda Dihargai atau ringkasnya, ABADI,
Kempen Sifar Sampah ataupun Rakan Sampah dan lain-lain. Saya juga menghargai
setiap Pihak Berkuasa Tempatan yang telah penubuhan skuad atau pasukan-pasukan
bagi memantapkan Program 3K ini seperti Skuad Tinjau, Unit Tindakan Cepat, Skuad
PERWIRA dan lain-lain. Semoga inovatif seperti ini Yang berhormat Dato’ Speaker, kita
dapat teruskan dan diperluaskan lagi bagi memantapkan pengurusan dan
pentadbiran PBT di peringkat kerajaan yang ketiga ini.
204
Pelbagai usaha juga telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan PBT ini bagi menangani
isu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan ini, bagaimanapun ianya masih
memerlukan kerjasama semua pihak terutamanya dalam aspek kesedaran
masyarakat dan tindakan proaktif dalam menangani krisis yang disebabkan
pembuangan sisa pepejal tanpa kawalan dan aspek pemantauan serta
penguatkuasaan yang lebih bersepadu.
Y.B Dato’ Speaker : Bukit Batu...
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,
mengikut laporan menunjukkan bahawa sisa pepejal di dalam negara kita lebih
kurang 17, 000 tan sehari atau rakyat kita menghasilkan 0.88kg sampah sehari. Sebab
itu saya ingin tahulah apakah langkah-langkah kesedaran bagi kerajaan untuk rakyat
kita kerana kita nampaknya banyak sisa pepejal dihasilkan tetapi hanya 1 hingga 2%
sahaja yang akan diproses untuk di kitar semula.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan tempatan, Kerja raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya sedar tentang
permasalahan yang dibangkitkan oleh Bukit Batu ini, iaitu kadar pembuangan sampah
setiap individu rakyat bukan sahaja di negara, tetapi di Negeri Johor kalau kita nak
buat perbandingan kalau makin ramai makin pesat penduduk di sesuatu tempat,
maka kita perlu penjanaan sampah makin bertambah. Di Johor Bahru misalannya,
sehari Johor Bahru menghasilkan 1,100 matriks tan sampah sehari, Daerah Johor Bahru
yang mengandungi PBT Bandaraya, Johor Bahru Tengah dan juga Pasir Gudang, 1,100
matriks tan. Dan, kalau kita bandingkan satu PBT yang kecil seperti Yong Peng
misalannya, dia menghasilkan 1,100 matriks tan sampah sebulan, jadi sebulan yang
dikeluarkan oleh Yong Peng sehari yang ada di Johor di Daerah Johor Bahru ini.
Tadi saya ada sebut tentang beberapa program kesedaran yang dijalankan oleh
pihak PBT seperti Bandaraya, Anda Bersih Anda Dihargai, Rakan Sampah ini antaranya,
tetapi yang paling mustahak ialah bahawa budaya bersih ini, bukan BERSIH 9 hari
bulan, hendaklah bermula daripada keluarga, daripada kita sendiri khususnya kita
dalam Dewan ini, kita kena tunjukkan contoh misalannya adakah kita juga memupuk
dan mempertingkatkan budaya bersih ini, mungkin cara kita makan, lepas makan
adakah kita bungkus nasi lemak yang lebih itu? Kemudian kita sendiri hantar ke bakul-
bakul sampah yang disediakan. Adakah kita ada lakukan? Kadang-kadang saya
sendiri tanya diri saya, saya pun tak lakukan. Kenapa? Cara kita merokok, adakah..
apa? Adakah potongan rokok yang terakhir itu, kita letak di tempat yang dikhaskan
ataupun kita campak sahaja dalam longkang? Bayangkan kalau antara kita semua
sehari, kita ada melakukan apa ini, melakukan kerja ini iaitu membuang sampah
walaupun sedikit pun masuk kesaluran-saluran air bermula daripada dapur kita, pergi
ke parit, pergi ke akhirnya ke parit pertanian, anak sungai, sungai dan terus ke laut.
205
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat nampak ADUN buang rokok tak Yang Berhormat?
Ada ADUN yang hisap rokok ni?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan tempatan, Kerja raya dan
Kemudahan Awam : Hm... dah biasa, saya ingat Dato’ Speaker pun tahu, kadang-
kadang dia hisap rokok dicampak dan dipijak sahaja dengan kasut.
Y.B. Dato’ Speaker : Ya, betul.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan tempatan, Kerja raya dan
Kemudahan Awam : ini menjadi contoh kepada khususnya anak-anak muda, jadi dia
mesti bermula daripada keluarga, di sekolah, sebab tu antara masyarakat dunia yang
kita tengok misalannya Jepun, masyarakat Jepun merupakan antara masyarakat yang
terbaik yang pernah saya tengok yang budaya bersih ini sudah turun sampai ke
peringkat individu dan keluarga. Kalau dia makan pun di misalannya makanan-
makanan fast food dengan izin, katakan di McD ataupun di KFC atau sebagainya,
apabila dia makan, dia sendiri angkat lebihan makanan itu, letak di tempat
pembuangan sampah. Jadi, tidak payah, Alhamdulillah, macam dah buat.
Y.B. Dato’ Speaker : Betul Yang Berhormat. Orang Jepun ni baik betul ya, Yang
Berhormat.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Ini budaya, Yang Berhormat Dato’ Speaker, bukan pasal baik,
pasal budaya. Dan, perkara ini serius. Saya harap kita ambil berat perkara ini, bukan
satu, satu, apa ni saya bukan nak bergurau, serius kerana perlakuan yang sekecil-kecil
inilah yang menyebabkan pencemaran pada sungai, segala hidupan sungai kita
pupus dan melibatkan pencemaran seluruh alam sekitar yang akhirnya hari ini, seluruh
dunia menghadapi masalah pemanasan global. Perbuatan siapa? Perbuatan kita.
Dan kalau nak baik, mesti bermula daripada kita, daripada kita. Dan ini kalau boleh
setiap orang yang ada di Malaysia ini, mengambil berat dan menganggap perkara ini
sebagai satu yang cukup penting. Insya-Allah, kalau semua berpakat, the next
generation lah, dengan izin, dan kita boleh melihat, misalannya, Sungai Mengkibol ke,
Sungai Skudai ke, Bentayan ke kalau ada sungai, kat mana-mana pun eh. Mungkin
Bentayan pun melakukan benda yang sama, tanpa sedar.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Tak pernah lah, Dato’ Speaker.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Alhamdulillah, kalau betullah.
Y.B. Dato’ Speaker : Mana ada orang nak mengaku dia salah.
206
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Ha’ah, jadi, kalau itu dapat dibuat eh, walaupun kita berseloroh,
tetapi sebenarnya perkara ini cukup mustahak. Dan, dia menjurus kepada masalah
pelupusan sisa pepejal, sehinggakan hari ini, terpaksa ada jabatan khusus untuk
pelupusan sisa pepejal sahaja. Jadi, perubahan harus datang daripada kita semua,
Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Permas.
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Terima kasih, Yang Berhormat Dato’
Speaker, saya ingin ucap terima kasih dan syabaslah kepada Yang Berhormat EXCO,
Kerajaan Tempatan dan juga Y.D.P-Y.D.P di seluruh Negeri Johor yang telah
menjalankan program, bagi meningkatkan perkhidmatan. Memang kita dah
nampaklah, perkhidmatan itu dah tambah baik. Cuma saya nak tanya, berkenaan
dengan sisa pepejal yang telah diuruskan oleh pihak swasta iaitu daripada kilang-
kilang, yang syarikat-syarikat kecil, yang diberi tawaran kepada mereka oleh syarikat-
syarikat untuk memungut sampah-sarap daripada kilang-kilang dan mereka ini
sebenarnya tidak membuang di kawasan yang tertentu yang ditetapkan kepada
mereka. Mereka ambil cara yang senang, mereka datang, cuma campak sahaja di
waktu malam di tapak yang mana Majlis letak, tidak dibenarkan buang sampah, dia,
dia campak sampah di situ. Apakah cara-cara pemantauan dan apakah tindakan
diambil oleh pihak PBT untuk mengatasi masalah- masalah ini?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Mengikut sistem kerja yang ada, Yang Berhormat Dato’ Speaker,
sisa-sisa pepejal yang dihasilkan oleh semua sektor masyarakat, ada kaedah
pendekatannya yang dibuat oleh syarikat konsesi di bawah pengawasan dan
pemantauan setiap PBT. Tetapi, macam yang saya cakap tadilah. Saya, walau apa
pun peraturan yang kita buat, kita akan sentiasa salah-menyalahkan antara satu sama
lain selagi kesedaran asas itu tidak ada pada setiap individu yang ada. Apa sistem kita
buat pun, taruk notislah, kadang-kadang kala kita tengok, yang menghasilkan sampah
di luar kawasan PBT, di luar kawasan PBT kita tidak ada perkhidmatan kerana mereka
tak bayar cukai pintu. Jadi, tidak ada perkhidmatan untuk kawasan yang di luar
kawasan PBT. Tetapi, oleh kerana kemudahan infrastruktur yang ada sekarang dan
oleh kerana kesedaran dan perasaan yang tidak bertanggungjawab banyak timbul,
selalunya apa yang kita lihat ialah apabila mereka nak pergi kerja tu, dibawanya
sampah mereka tu, sama ada dia naik motosikal ke, kereta ke, ataupun dia naik van
atau apa pun, dilonggokkan seperti Yang Berhormat cakap tu, di tempat-tempat yang
dah kebiasaan berlaku pembuangan sampah merata oleh sebilangan ahli orang
ramai kita juga di tempat-tempat awam. Kadang-kadang di selekoh jalan yang dah
jadi, dan apabila kita sediakan roro pun, dia tak akan buang dalam roro, tong besar tu
kan yang berkaki tu, dia campak je kat tepi untuk kemudahan masing-masing. So,
akhirnya macam saya cakaplah itu berbalik semula kepada jadi, sistem pembelajaran
di sekolah, pendidikan di sekolah, sistem membangun kaedah membesarkan keluarga,
207
kesedaran sivik perlu diambil kira semula oleh kita semua. Waima dari parti mana pun
kita datang, ini masalah bersama yang harus ditangani yang mesti merentasi
perbezaan fahaman dan sebagainya kerana ini adalah masalah kemanusiaan yang
harus ditangani dengan cukup berhati-hati Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Skudai, Skudai.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Terima kasih, Dato’ Speaker, saya memang bersetuju
dengan Yang Berhormat Pengerusi bahawa kesedaran sivik itu amat pentinglah untuk
mengelakkan penduduk kita dari membuang sampah merata-rata. Dan juga saya nak
bawa ke perhatian Yang Berhormat Pengerusi, apakah langkah-langkah yang boleh
diambil oleh PBT, PBT untuk melancarkan kempen supaya melayan diri di restoran-
restoran fast food dengan izinnya, boleh dipanjangkan sehingga mereka
membuangkan sampah lepas makanan itu, sisa makanan itu dengan sendiri. Sebab ini
bukan sahaja di Jepun, di Korea Selatan sampai Amerika Syarikat pun, sebab ini amat
penting Yang Berhormat sebab ini akan menjimatkan tenaga pekerja sehingga kita
tidak bergantung kepada pendatang asing.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tadi dah, juga menjelaskan
serba sedikit secara keseluruhannya dan apa yang saya terangkan perlakuan hidup
yang berlaku di setengah-setengah negara maju yang macam mana cadangan yang
dibangkitkan oleh Skudai. Dan, saya kira ini adalah juga salah satu daripada perkara
yang harus dan mesti difikirkan oleh semua PBT untuk akhirnya nanti mendidik
masyarakat kita dengan cadangan-cadangan dan peraturan-peraturan yang harus
difikirkan dan dilaksanakan di peringkat PBT supaya program kita menjurus ke arah
seperti misalannya kalau kita makan di tempat makan awam, kita bertanggungjawab
di atas sisa-sisa makanan yang ada di meja di hadapan kita untuk diletakkan di
tempat-tempat yang telah ditentukan. Dan, saya percaya ini satu tindakan yang baik
dan perlu kerjasama semua orang bukan sahaja daripada segi fikiran dan tenaga fikir
tetapi juga daripada segi melahirkan program-program menjurus ke arah yang kita
idamkan itu. Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Ng See Tiong, jemput.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya
nombor 2.
Bagaimanakah Jabatan Kesihatan mengesan barang makanan dan minuman serta
ubat-ubatan sudah luput tarikh dan tamat tempoh di pasaran dan apakah tindakan
yang telah diambil?
208
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan keluarga, kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Bismillahirrahmaanirrahim, Assalamualaikum
warahmatullahi taala wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan keluarga, kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Jabatan Kesihatan Negeri
telah mengadakan beberapa cara untuk mengesan barang makanan dan minuman
serta ubat-ubatan yang sudah luput tarikh dan tamat tempoh di pasaran. Kerajaan
telah menetapkan semua produk farmaseutikal atau ubat-ubatan yang dijual di
negara ini perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Peraturan
penglabelan yang ada mewajibkan setiap pengilang, pengeluar produk berdaftar
perlu mencetakkan nombor pendaftaran produk, nombor kelompok (batch number),
tarikh mengilang dan tarikh luput (expire date), di bungkusan ubat. Di peringkat
pengedar borong produk berdaftar mereka perlu menyediakan, mematuhi dan
menyediakan buku rekod jualan borong yang ditetapkan tarikh luput produk atau
ubat-ubatan dicatat di dalam kad kawalan stok dan borang pesanan invois jualan. Ini
bertujuan untuk memudahkan prosedur panggil balik produk yang lupus tarikh dan
juga produk yang dilaporkan ada kesan adverse atau kesan sampingan yang tidak
dijangkakan yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai. Keduanya,
penguatkuasaan ke atas pengedaran dan penjualan ubat-ubatan dijalankan oleh
cawangan Penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Bahagian ini
menjalankan pemeriksaan rutin dari masa ke semasa ke atas premis-premis yang
mengendalikan ubat-ubatan iaitu premis farmasi, klinik-klinik doktor, kedai runcit, kedai
ubat cina, toko ubat Melayu dan lain-lain lagi untuk memastikan peniaga mematuhi
peraturan pembekalan atau penjualan ubat-ubatan.
Pada tahun 2010, sebanyak 253 premis berdaftar maknanya klinik, 115 buah premis
farmasi dan 500 buah premis tidak berlesen maknanya di toko ubat Melayu, kedai ubat
cina, kedai runcit telah diperiksa. Dan, sementara itu hingga Mei 2011 sebanyak 51
premis yang berdaftar maknanya klinik, 40 buah farmasi dan 240 buah premis tidak
berlesen, toko ubat Melayu, kedai cina, kedai runcit telah diperiksa. Hasil pemeriksaan
tersebut pihak farmasi telah menemui 2 kes melibatkan seorang doktor klinik yang
menyimpan sejenis ubat penenang dan seorang pengamal tradisional cina yang
masih menyimpan ubat minum yang telah luput tarikh di premis masing-masing. Dan,
sekiranya kita menjumpai ubat-ubatan atau produk yang telah tamat tempoh tarikh
luputnya tindakan berikut akan diambil, Jika kualiti ubat itu terlalu banyak, pihak
farmasi meminta yang mempunyai ubat-ubat itu mengasingkan ubat-ubatnya dan
memastikan mereka supaya mengambil tindakan melupuskan melalui syarikat kualiti
alam dan sijil itu hendaklah dikemukakan kepada pihak farmasi sebagai pengesahan.
Dan bagi kesalahan kedua, tindakan undang-undang akan diambil ke atas pihak
yang berkenaan. Cawangan Penguat kuasa Farmasi juga mengambil tindakan segera
209
ke atas sebarang aduan yang berkaitan dengan pengedaran atau penjualan ubat-
ubatan yang tarikh luput tamat tempoh bagi menghalang ubat-ubatan yang
berkaitan dijual secara berleluasa di pasaran. Pemeriksaan ke atas premis yang
mengendalikan ubat-ubat atau produk adalah untuk memastikan hanya keluaran
berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja dijual di pasaran di samping
memeriksa nombor pendaftaran produk, tumpuan diberikan kepada pemeriksaan
maklumat lain yang perlu ada dilabel bungkusan ubat seperti nama dan alamat
pengilang, nombor keluaran batchnya dan tarikh luput produk. Sehingga kini, tiada kes
pendakwaan melibatkan kesalahan menyimpan dan menggunakan ubat tamat
tempoh di kalangan syarikat atau doktor atau farmasi.
Bagi makanan yang luput tarikh pula, pensampelan rutin di jalankan dan sehingga
April 2011 sebanyak 121 sampel telah di ambil bagi analisa fizikal tersebut. Operasi Lak
dan Sita juga telah di jalankan di semua peringkat daerah, ini bermaksud bagi produk
yang di dapati melanggar dengan menjual produk sudah luput tarikh produk tersebut
akan di Lak dan di Sita daripada di jual kepada pengguna.
Selain itu, bahagian Kesihatan Kementerian juga turut mengadakan aktiviti promosi
keselamatan makanan mengenai kefahaman penglabelan kepada orang awam
untuk memberi kesedaran tentang kepentingan penglabelan makanan termasuk
menandakan tarikh luput.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Parit Yaani.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Saya ucapkan terima kasih atas penjelasan yang begitu terang pada Dewan oleh
Yang Berhormat Ahli EXCO. Saya pun tak nafi bahawa di farmasi memang kawalan
yang terbaik telah dijalankan oleh pihak kesihatan akan tetapi para peniaga ini pun
cerdik, mereka gunakan cara selok-belok. Saya bagi contoh, barang bungkusan dan
juga hamper yang di sumbangkan oleh sesuatu pihak untuk di hadiahkan. Ini jadi satu
masalah bila anggota penguatkuasaan atau ahli wakil daripada kesihatan periksa,
barang itu sudah bungkus dalam hamper dan tarikh luput itu tak nampak, lagi yang
bungkus dalam kertas yang berwarna-warni tu takkan orang tahu masalahnya pihak
yang sumbangkan itu takkan nak pergi check satu-satu dia pun tak tau apa yang
sudah hantar dia hanya tau bayar sahaja yang terima hadiah ini, jadi masalah bila dia
nak makan dia tengok tarikh dah luput atau dia nak buang sayang makan nanti kena
juga kesihatan terjejas dia nak pergi buat Polis report pun takkan segan atau dia
telefon pada penyumbang tu, you hantar punya barang sudah expired..
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat dah dapat barang luput?
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Ini semua orang sudah dapat tapi mereka
seganlah nak...
210
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat belum kenalah.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Saya seorang yang suarakan masalah ini sebab
itu saya minta kalau boleh macam mana kita nak mengatasi masalah ini, terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Tentang, Yang Berhormat Dato’ Speaker, tentang hamper
yang dihadiahkan tu, tanggungjawab yang memberi hamper tulah patutnya dia kena
yang dia nak order hamper tu dia kena beritahu kepada yang membuat hamper tu,
barang-barang tu kena yang bukan tamat, luput tarikh. Dia kena beli sebab duit dia
tanggungjawab yang memberi tu memastikan yang di beri tu adalah dalam, boleh di
gunakanlah bukan telah tamat tempoh tarikh.
Jadi, yang dalam hal ini mungkin penipuan adalah tempat orang yang membuat tu,
dan kita juga adakan kesedaran ataupun kempen supaya kita kenali apa yang kita
makan dan sebagainya. Sebab tu, yang membeli barang-barang ni kena tengok
tarikh tulah daripada label bungkusan tu sebelum di bungkus, tanggungjawab orang
yang membungkus tu yang membeli barang tu dan jika dah nampak benda tu tarikh
dah luput dia boleh buat aduan. Macam kita pun pergi ke pemeriksaan yang kita
adakan atas banyak aduan pengguna terhadap produk-produk itu jadi barulah kita
buat jalankan pemeriksaan Lak dan Sita dan sebagai-sebagainyalah. Jadi, kerjasama
ini yang penting ni jadi orang yang nak bungkus orang yang nak beli tu yang penting
tu orang yang beli barang-barang tu di supermarket dan sebagainya kena taulah
daripada itu sebab pertama sekali kita hendakkan penglabelan tu, daripada bungkus-
bungkusan itu sangat penting. Jadi jangan marah, Yang Berhormat kitalah kita beri tak
boleh tapi tanggungjawab kita untuk menentukan barang yang nak dibungkus
sebagai hamper tu, boleh dipakai.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Machap.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman ( Machap ) : Terima kasih Yang
Berhormat Dato’ Speaker. Soalan tambahan, daripada jawapan Yang Berhormat
EXCO tadi, kebanyakannya bertumpu kepada tempat-tempat untuk ubat-ubatan
yang mana daripada beberapa sampel tu cuma terdapat yang salah guna tu cuma 2
kes sahaja dan 2 kes di farmasi, 1 kes di tempat apa ni sengseilah. Jadi untuk barang-
barangan ni takde saya tak dapat laporan saya tak dengar pun laporan berapa kes
yang telah dikenakan terhadap barang-barang, barang-barang yang dah luput yang
dah expired dan apa ni, apakah bentuk hukuman, hukuman yang dikenakan tu
mungkin apa hukuman tu ringan sangat jadi yang menyebabkan benda ni banyak
masih lagi berleluasa sebab itu dia masukkan dalam hamper tu. Jadi, kalau sekiranya
apakah kita bercadang untuk nak tingkat kerana benda perkara ni adalah
merupakan satu penipuan yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat. Jadi apakah
cadangan ataupun fikiran Yang Berhormat supaya perkara-perkara ni di pandang
serius yang mana boleh menyebabkan sampai mungkin satu bila kita ada orang
211
makan barang expired mati esok baru kita nak, heboh. Jadi itu, terima kasih Yang
Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Terima kasih Yang Berhormat. Tadi saya dah cakapkan
bahawa berapa banyak premis yang kita dah check. Ok, dan sampel kita ambil untuk
pemeriksaan tak payah ulang lagilah. Jadi daripada macam pada tahun 2010, 253
premis berdaftar di periksa, farmasi pun di periksa, 500 buah premis tak berlesen tu pun
di periksa juga. Itu tindakan kita. Untuk barang makanan pun begitu juga.
Y.B. Dato’ Speaker : Hukuman, dia tanya hukuman.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Jadi hukuman, kalau, itu yang saya cakap tadi kalau
barang makanan atau produk kalau akan datang kat kita, kita adakan akta makanan,
di mana kalau kita dah kita kena ambil sampel dulu kita tengok sampel apakah dah
memang tarikh expiredlah dan macam sehingga 2011 kita dah ambil sampel dan
kalau di dapati melanggar tu kita ambil Lak dan Sita. Lak tu luckry, seal and compress
sikit barang-barang makanan tu. Itu tindakan terus yang kita lakukan. Jadi ini, jika ada,
ha sehingga ni saya dah cakap juga tadi sehingga kini tak ada, sehingga kini, tiada kes
pendakwaan melibatkan kesalahan menyimpan dan menggunakan ubat tamat
tempoh di kalangan doktor ataupun farmasi sebab kita kasi apabila kita dapati
bahawa kalau ubat atau barang tu, apa tu expired, kita advise dia untuk
menghapuskan destroy dulu. Destroy dulu dan dia ada sijil apa tu penglupusan kalau
ubat, dan diberi pada Jabatan Kesihatan untuk periksa, bila betul dia dah lupuskan
oklah itu tidak menjadi kesalahan kita kasi warning dan kita tengok apa dia buat lagi
ke tidak. Untuk kesalahan kedua tu, tindakan undang-undang akan diambil kalau tak
kita advise dia untuk lupus sendirilah.
Y.B. Dato’ Speaker : Apa Yang Berhormat?Yang Berhormat tak dengar apa cerita.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman ( Machap ) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, saya nak tahu kadar denda..
Y.B. Dato’ Speaker : Ada tak kena.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman ( Machap ) : Kalau kata dia kita
tangkap lepas tu..
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ok.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman ( Machap ) : Tak ada denda macam
mana dia nak…
212
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, atau ikut harga barang, kalau harga barang mahal, sebat
satu rotan. Macam itu saya nak tanya.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Jadi, Yang Berhormat, selepas pensampelan, denda yang
dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dia kena mematuhi Akta Makanan 1983
dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 sehingga kini dia tak ada yang strict sangatlah
sebab ubat-ubat atau yang tarikh,
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, dia tanya hukuman tu macam mana? Denda
RM1000.00 ada tak dia hukumkan dalam bahagian itu je dia tak ada cerita lain.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Denda ni tak berapa berat sangatlah…
Y.B. Dato’ Speaker : Berapa?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Minta maaf, nanti saya akan…
Y.B. Dato’ Speaker : Maklumkan kemudian, tak ada dalam catit ye tak ye juga kalau
salah hukum kang tak betul juga. Ok, Yang Berhormat Datuk Tee Siew Kiong jemput.
Y.B. Datuk Tee Siew Kong (Pulai Sebatang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan
nombor 3.
Apakah statistik terkini peluang pekerjaan sama ada yang ditawarkan dan yang telah
di perolehi penduduk tempatan oleh pembangunan WPI?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan
Inovasi: Yang Berhormat Dato’ Speaker, berdasarkan kajian dan unjuran di dalam
pelan pembangunan komprehensif Iskandar Malaysia, jumlah pekerjaan baru yang
akan di wujudkan oleh pembangunan ini sehingga tahun 2025 adalah sebanyak
850,000. Dalam tempoh 2009 hingga pertengahan 2011, sebanyak 193,198 kekosongan
pekerjaan telah didaftarkan oleh majikan-majikan yang berada di Iskandar Malaysia
melalui portal padanan kerja JobsMalaysia. 128,703 kekosongan adalah di sektor
pembuatan, 60,709 dalam sektor perkhidmatan dan 4,496 kekosongan di sektor-sektor
lain. Jumlah ini tidak termasuk peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui
kaedah atau portal pekerjaan yang lain seperti Jobsstreet dan sebagainya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi tempoh 2011 sehingga 2015 yang akan datang
pula, adalah dianggarkan sekurang-kurangnya 44,803 peluang pekerjaan kemahiran
tinggi dan kritikal yang perlu diisi di Iskandar Malaysia. Anggaran ini dibuat berdasarkan
maklumat yang di perolehi daripada industri dan juga pelabur-pelabur di Iskandar
213
Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Speaker, berdasarkan kedua-dua statistik tadi, maka
ini jelas bahawa pembangunan di Iskandar Malaysia telah pun berjaya mewujudkan
lebih 200,000 peluang pekerjaan setakat ini dan ianya adalah selari dengan
perancangan yang telah diaturkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, menjelang tahun 2012 dalam tempoh masa satu
tahun lagi, sekurang-kurangnya 2,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan pula
dengan pembukaan gedung membeli belah barangan berjenama Johor Premium
Outlet di Kulaijaya dan juga Taman Tema Antarabangsa Lego Land di Nusajaya. Yang
Berhormat Dato’ Speaker, menyedari keperluan ini, pihak kerajaan melalui pihak
berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar telah menjalankan kajian dan melahirkan
pelan induk modal insan Iskandar Malaysia. Pelan induk ini mempunyai maklumat
komprehensif berkenaan jumlah keperluan tenaga kerja dan bakat di dalam sembilan
sektor ekonomi yang disasarkan untuk Iskandar Malaysia dan menggariskan strategi
dan pelan bertindak untuk memastikan bahawa keseimbangan di dalam penawaran
dan permintaan tenaga kerja khususnya yang melibatkan masyarakat dan tenaga
kerja tempatan terpelihara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk tujuan tersebut, strategi yang sedang dan akan
terus dilaksanakan adalah berdasarkan kepada tiga strategi utama iaitu develop,
attract and retain dengan izin.
Develop ini adalah memberi merujuk kepada pembangunan bakat tenaga kerja, di
mana di bawah strategi ini Program Pembangunan Modal Insan yang telah, sedang
dan akan dilaksanakan iaitu 13 Program Pembangunan Bakat yang telah dilaksanakan
yang terbahagi kepada beberapa kumpulan sasar. Kumpulan sasar yang saya
maksudkan ialah belia lepasan sekolah, belia yang sedang menyambung pelajaran,
lepasan ijazah atau sesiapa sahaja yang sedang bekerja yang mana bergantung
kepada kursus-kursus yang ditawarkan kepada mereka.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya adalah strategi attract, dengan izin iaitu
berusaha menarik bakat atau tenaga kerja. Pihak IRDA banyak bekerjasama dengan
agensi-agensi dan kementerian bertanggungjawab untuk menarik bakat-bakat dari
luar negara termasuklah untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berkhidmat di
luar negara. Yang terbaru, IRDA bekerjasama dengan Talent Corp. Talent Corp ini
yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat untuk menarik bakat untuk berkhidmat di
Iskandar Malaysia terutamanya dalam industri baru.
Usaha ini, walau bagaimanapun masih di peringkat awalan dan kita jangka bahawa ia
akan membuahkan hasil. Dan, diharapkan apabila wujudnya lebih banyak jawatan-
jawatan berkemahiran tinggi di Iskandar Malaysia bermula tahun 2012 nanti. Usaha
berterusan seperti ekspo-ekspo kerjaya dan program KEPAK iaitu Karnival Kerjaya,
Perniagaan dan Kemahiran bermula pada 23 hingga 26 Jun di PERSADA juga
bertujuan untuk menarik bakat-bakat dan pekerja-pekerja ke Iskandar Malaysia.
214
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, adalah strategi ke tiga iaitu retain, dengan
izin, iaitu mengekalkan bakat dan tenaga kerja. Ini adalah usaha untuk mengekalkan
bakat serta tenaga kerja yang ada di Iskandar Malaysia pada masa kini atau akan
datang untuk terus berkhidmat di sini. Antara inisiatif yang telah dirancang adalah
kerjasama dengan pihak industri untuk mengkaji dan penanda aras amalan terbaik di
peringkat antarabangsa ataupun dengan izin, International Based Practices di dalam
skim pengajian dan faedah kepada tenaga kerja supaya ianya mampu kompetitif di
peringkat antarabangsa.
Pihak IRDA bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor serta agensi-agensi di
bawah Kementerian Sumber Manusia juga sedang memperkukuhkan jaringan
pengamal-pengamal sumber manusia dalam usaha melaksanakan amalan-amalan
terbaik industri yang mampu mengekalkan bakat-bakat yang sedia ada dan yang
bakal menyertai Iskandar Malaysia kelak, untuk terus kekal dan berkhidmat di sini.
Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Tanjung Puteri.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Terima kasih. Dato’ Speaker. Yang
Berhormat Dato’ Speaker kita dapat lihat begitu jelas, penjelasan yang dah diberikan
oleh Yang Berhormat Speaker, tetapi apa yang dijelaskan adalah kekosongan yang
bakal diterima dan juga hingga 200,000 kerja kosong. Tetapi, apa yang dipersoalkan
adalah dah tiga, empat tahun pembangunan Iskandar diwujudkan ini, berapa
ramaikah anak Negeri Johor yang berkhidmat yang dapat kerja di dalam kawasan
pembangunan Iskandar itu sendiri pada masa ini. Jadi, soalan tambahan saya adalah
berapa ramaikah bilangan rakyat Johor yang dapat bekerja di dalam pembangunan
Iskandar pada hari ini. Sekian terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan
Inovasi: Terima kasih kepada soalan tambahan tadi. Yang Berhormat Dato’ Speaker,
kita tidak mempunyai rekod khusus kepada tenaga kerja di Johor sebab Iskandar
Malaysia ini merupakan satu pembangunan yang melibatkan Kerajaan Negeri dan
juga Kerajaan Pusat. Jadi, apabila kekosongan-kekosongan ini ditawarkan, maka
jawatan ini diisi dari masa ke semasa dan apa yang saya nyatakan, yang saya
sebutkan tadi walaupun kekosongan-kekosongan ini wujud, maka pengisian akan
dibuat dari masa ke semasa apabila tawaran temu duga dijalankan.
Sebagai contoh Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada program KEPAK yang baru lalu
ini. Kita telah berjaya menempatkan semasa mereka menghadiri karnival tersebut
seramai 353 orang siswazah telah terus mendapat surat tawaran kerja dan seramai 167
orang bukan siswazah telah mendapat tawaran. Jadi 520 orang telah ditawarkan terus
kerja pada hari tersebut, manakala 12,000 pemohon dalam program tersebut, 12,000
215
pemohon tempatan telah disaring oleh majikan-majikan dan akan menjalani temu
duga serta proses pemulihan dalam masa terdekat. Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Senai.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan.
Saya nak menyentuh serba sikit tentang penarikan kehilangan bakat. Itu yang saya
kurang faham, bakat ini adalah dirujukkan kepada negara mana, sama ada
Singapura ataupun negara mana.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat,
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Bakat warganegara Malaysia ini berhijrah ke mana.
Saya nak tumpukan terhadap bakat-bakat yang merupakan warganegara Malaysia
yang bekerja di Singapura, setakat mana boleh dijayakan penarikan kehilangan,
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat soalan asal, Yang Berhormat
duduk. Duduklah bila saya cakap. Soalan asal dia tanya jumlah pekerjaan di kawasan
Wilayah Iskandar. Dia tak ada cerita Singapura berapa, tak ada, dia soalan
tambahan dia hanya tuju kepada soalan asal. Yang Berhormat nak kaitkan pekerja-
pekerja apa ke di Wilayah Iskandar. Dia tak ada soalan asal tak melibatkan yang lain,
ini dalam peraturan. Jadi, saya minta Yang Berhormat tujukan soalan,
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini ada kaitan
dengan peluang pekerjaan sama. Yang Berhormat EXCO ada menyentuh tadi
tentang kehilangan bakat. Itu yang dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO
berkenaan. Bukan saya merekakan satu,
Y.B. Dato’ Speaker : Bukan. Yang Berhormat,
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : … fakta yang lain.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia menjawab soalan orang tu, itu pihak yang menjawab. Tapi
Yang Berhormat tidak boleh ambil daripada jawapan itu menjadikan soalan Yang
Berhormat. Yang Berhormat faham tak? Dia soalan asal Yang Berhormat kena check,
soalan asal bunyi dia, dia jawab. Bila dia jawab melainkan kalau tengah jawab, Yang
Berhormat nak betulkan bahawa dia menyalahi peraturan mesyuarat kerana begini,
begini, tapi bukan Yang Berhormat ulas balik cerita dia tu. Itu tak boleh, itu soalan baru.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya rasa EXCO
berkenaan pun bersedia nak jawablah, kalau…
Y.B. Dato’ Speaker : Oklah saya tak tahulah. Saya cuma beritahu peraturan, ialah,
oklah.
216
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Laluan harus diberikan, bukan secara, ada sekatan
setiap kali soalan harus ditujukan,
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, inilah Yang Berhormat, sekejap duduk. Bila saya
tegur Yang Berhormat, saya tak pernah sekat, kalau ikut peraturan. Jadi jangan esok
keluar surat khabar, Speaker menyekat parti pembangkang tak boleh cakap. Tapi
Yang Berhormat melanggar peraturan, itu saja yang saya tegur, maknanya soalan lisan
Yang Berhormat, soalan asal orang itu aje. Kemudian kalau ada orang tu salah yang
jawab, dia menjawab lain, Yang Berhormat boleh tegur, salah peraturan pada ketika
dia jawab. Tapi Yang Berhormat tak boleh jadi bahas, ambil soalan dia salah, Yang
Berhormat jadi soalan Yang Berhormat. Ini dah jadi perbahasan, itu aje. Saya tak
pernah sekat, boleh, kalau betul cakaplah kalau betul, dalam peraturan. Ni dalam
peraturan Yang Berhormat, itu saja, ok. Yang Berhormat Peguam lagi ikut undang-
undang rasa saya, hoi, takut saya.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ini ada
pandangan saya, saya rasa memang dah berpakatan sini hentam kami, sering kala
tidak memberikan peluang yang mencukupi, sekira berbanding dengan Ahli yang lain.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat, kejap, kejap. Yang Berhormat
sukalah gaduh bila tak ikut peraturan. Saya mana ada saya larang Yang Berhormat
nak tanya, kadang kalau nak ikut peraturan sebelah sini berapa ADUN, 40, Yang
Berhormat baru 6, jadi saya nak simple kalau saya kena soal 3 orang, saya beri lagi 3,
Yang Berhormat tunggu giliran ada tak sampai giliran Yang Berhormat, Yang Berhormat
kata saya tak anu, kadang saya sampai 2, tak pernah saya sekat. Ini cerita ini Yang
Berhormat, bila langgar peraturan, selalu masalah ini timbul bila pembangkang, bila
kita tegur dia kata dia betul. Itu yang susah masuk surat khabar, saya punya nama
Speaker larang, jadi...
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, tadi
Yang Berhormat daripada Senai,
Y.B. Dato’ Speaker : Tidak Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Saya ingin mengatakan di sini...
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat pun tak...
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Tadi Yang Berhormat daripada Senai
ada menuduh, dia kata Yang Berhormat Dato’ Speaker berikan lebih.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak ada, saya dah jawab tadi.
217
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : kepada ADUN lain. Maksud dia
kepada pihak kerajaan.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat,
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : minta dia tarik balik.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak apa, tak apa.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : sangkaan, sangkaan jahat.
Y.B. Dato’ Speaker : Saya dah jawab.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ini pandangan saya,
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, tapi Yang Berhormat tak bolehlah cakap saya tak adil.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Kebebasan untuk memberikan pandangan,
kebebasan.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat nak cakap apa, cakaplah, tapi jangan langgar
peraturan. Kalau Yang Berhormat langgar peraturan, tak payah pakai peraturan,
gasak ajelah, cakap apa nak cakap. Ada peraturan Yang Berhormat, ADUN Skudai
pun tahu, dia lari daripada soalan. Tak usahlah lawan Speakerlah, saya dah lama ni,
saya tahu mana yang salah, mana yang betul. Cuma Yang Berhormat suka bila
bergaduh dengan Speaker, ah keluar surat khabar, Speaker menghalang, mana ada
menghalang, menghalang kalau langgar peraturan. Macam masuk no entry, Yang
Berhormat. Yang Berhormat tak salah masuk no entry, dengan syarat Polis tak ada, Polis
ada kena tangkaplah, ha macam itu, ok. Nak jawab tak ada, ah dia pun adik kata.
Ok, Yang Berhormat Datuk Ayub bin Rahmat. Lapang sikit.
Y.B. Datuk Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Yang Berhormat, soalan saya nombor 4.
Apakah bentuk penyelesaian bagi mengatasi masalah banjir terutama dalam DUN
Kemelah yang merupakan kawasan berpotensi menjadi lebih rumit dan cadangan
projek mengatasi banjir yang dicadangkan sekarang?
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Lau Chin Hoon, jemput.
Y.B. Encik Lau Chin Hoon (Pemanis) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan nombor 5.
Apakah langkah-langkah jangka pendek yang diambil Kerajaan untuk menghadapi
kemungkinan berlakunya banjir besar (seperti banjir Disember 2006 dan Januari 2011) di
Segamat pada hujung tahun ini, dan juga dalam tempoh 12 bulan akan datang?
218
Y.B. Dato’ Speaker : Senyum aje.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Saya akan menjawab kedua-dua soalan itu sekali.
Selepas banjir 2006 dan juga 2007 Jabatan Pengairan dan Saliran telah menjalankan
Kajian Tebatan Banjir Limbangan Sungai Muar dan siap pada hujung tahun 2010.
Beberapa cadangan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dan telah diluluskan di
bawah Rancangan Malaysia Ke-10. Antaranya adalah projek menaik taraf Sungai
Genuang, menaik taraf Sungai Chodan dan lencongan Sungai Genuang. Dengan
pelaksanaan projek-projek ini adalah dijangkakan kejadian banjir di Segamat dapat
diminimumkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, projek lencongan Sungai Genuang melibatkan
pembinaan lencongan sepanjang 1.5 kilometer yang dianggarkan kos sebanyak
RM51.5 juta. Kerja-kerja menaik taraf Sungai Genuang 1.5 kilometer dengan kos RM21
juta dan kerja-kerja menaik taraf Sungai Chodan dan sepanjang 8.5 kilometer dengan
kos RM89 juta. Projek pembinaan lencongan dan kerja menaik taraf Sungai Chodan
dijangka dapat dimulakan pada tahun 2013 dan tempoh perlaksanaan adalah tiga
tahun, manakala kerja menaik taraf Sungai Genuang akan dilaksanakan pada tahun
2011 sehingga 2012 dan proses pengambilan balik tanah sedang dijalankan pada
tahun ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai langkah pendek untuk menghadapi banjir
pada hujung tahun, kerajaan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan
parit utama di daerah Segamat. Peruntukan yang telah diperuntukkan untuk kerja-
kerja penyelenggaraan tersebut adalah sebanyak RM300,000.00. Selain itu pihak
jabatan juga membuat penyelenggaraan sistem telemetri stesen-stesen hidrologi di
Segamat untuk tujuan amaran dan amaran awal banjir.
Y.B. Datuk Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ucapkan
terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Cumanya Yang Berhormat Dato’
Speaker, saya lihat bahawa penyelesaian yang dilakukan adalah berkaitan tentang
membaiki dan juga memastikan bahawa sungai didalamkan, dilebarkan dan
sebagainya. Tetapi bagi jangka masa panjang, sepatutnya kita harus memikirkan
tentang bagaimana perkara yang berkaitan tentang banjir ini dapat diatasi.
Saya ambil contoh Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita lihat tadi cuma untuk
memperbaiki Lembangan Sungai Muar tetapi kita gagal untuk memahami dari mana
datangnya air apabila banjir berlaku di kawasan Padang Lalang, Kampung Jawa dan
juga di kawasan saya kerana terdapat dua sumber sungai air yang datang daripada
Sungai Rompin melalui Kampung Tengah dan juga daripada Sungai Juaseh. Jadi,
perkara ini harus dilihat agar kita tidak membazirkan wang rakyat untuk pengaluran
membesarkan Lembangan Sungai Muar, Sungai Genuang, tetapi akhirnya di dalam
219
kawasan saya banjir tetap berlaku. Dan, saya sebenarnya lebih tertumpu tentang
kajian yang menyeluruh oleh JPS dan sebagainya untuk melihat tentang air yang
datang daripada Kuala Sungai Juaseh dan juga di Segamat Kecil dan di situ jikalau
kita boleh melihat tentang potensi yang ada maka kita boleh mencadangkan satu
empangan yang baru untuk mengawal banjir dan itu saya rasa lebih sesuai untuk
memastikan bahawa dalam jangka masa panjang masalah banjir ini dapat diatasi.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada
Yang Berhormat dari kawasan Kemelah yang timbulkan soalan itu. Projek-projek yang
disebutkan tadi memang kita dapat daripada cadangan perunding setelah Kajian
Tebatan Banjir Lembangan Sungai Muar siap pada tahun 2001. Dan, kita terdapat
sebuah Empangan Juaseh tetapi empangan itu untuk bekalan air bukan untuk
tebatan banjir. Cadangan Yang Berhormat itu kita akan ambil perhatian dan
dikemukakan kepada perunding yang sama, sama ada tepatkah kita adakan
empangan tebatan di sana. Kalau perlu dan kerajaan akan cadangkan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, kejap. Kemelah dulu, Pemanis.
Y.B. Encik Lau Chin Hoo (Pemanis) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima
kasih di atas jawapan EXCO, yang saya percaya telemetri dengan pembaikan
hidrologi apa, untuk memberi amaran awal memang satu langkah yang baik. Tetapi
untuk jangka masa pendek saya rasa perlunya ada pemeliharaan tebing kerana
banyak tebing telah runtuh selepas banjir besar dua kali ini. Dan, saya rasa peruntukan
RM300,000.00 itu memang jauh daripada cukup untuk memelihara tebing secara
berkonkrit dan sebagainya. Dan juga, kalau nak tambah pemeliharaan tebing melalui
penanaman pokok dan sebagainya jadi saya minta kalau kerajaan dapat
memperuntukkan lebih banyak lagi untuk macam yang ketara tebing sungai di Bandar
Segamat itu amat ketara setelah runtuh dan juga baru-baru ini tebing di Kampung
Tengah itu pun runtuh sampaikan loji, pengendalian loji air tergendala. Terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Memang Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya
menyambut baik cadangan Yang Berhormat daripada Pemanis. Untuk makluman
Dewan ini, punca berlaku banjir adalah terbahagi kepada 2 tajuk.
1. Semula jadi. Itu kerana hujan yang lebat, curahan hujan yang amat banyak
sekali dengan kualitinya. Dan juga, air pasang yang tinggi kalau berdekatan
dengan tepi pantai.
2. Fotografi tempat itu juga sebabkan banjir berlaku.
220
3. Aktiviti manusia.
i. Pengubahan guna tanah dalam pembangunan juga sebab tanah yang
kebanyakan jadi konkrit. Jadi, air yang mengalir atas muka itu tidak
menyerap masuk ke bawah. Jadi, larian itu akan sebabkan banjir kilat.
ii. Infrastruktur saliran yang tidak mencukupi juga antara satu sebab.
iii. Halangan pada sungai dan juga sistem saliran akan sebabkan banjir.
iv. Pembuangan sampah sarap yang juga sebabkan banjir kilat.
v. Pembangunan di kawasan, di antara banjir, kawasan dataran banjir juga
sebabkan tempat itu berlaku banjir.
vi. Penyelenggaraan sungai dan sistem saliran tidak sempurna.
Itulah yang sebab-sebab banjir, yang salah satu langkah untuk menguruskan memang
kita tidak boleh mengatasi sepenuhnya tidak banjir. Itu memang tidak. Tetapi, kita
boleh mengawal dan menguruskan banjir itu.
Adalah seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Pemanis, kita
pembinaan ban atau benteng di tepi sungai. Antaranya, juga kalau izinkan saya
sebutkan lain-lain. Kita membina empangan tebatan banjiran, kita membuat
pembinaan kolam takungan banjir, itu melalui sistem MASMA juga kita dapat
mengurangkan banjir dan juga pemeliharaan lencongan yang akan dibuat di
Segamat ini, sungai jadi elak itu banjir berlaku. Dan, di mana dekat dengan tepi pantai
kita akan gunakan pam, itu pamkan air keluar daripada sungai. Dan, lain itu melebar
dan mendalamkan sungai.
Baru-baru ini Yang Berhormat, saya juga terbaca seorang yang pakar dalam air di
surat khabar, dia ada pemenang Water Price di Stolkhom pada tahun 2006. Dan juga,
dia penasihat kepada lebih 20 kerajaan tentang peringkat kebangsaan dan juga
antarabangsa tentang dasar air dan juga cara-cara pengurusan air. Dan, dia pernah
kata dalam surat, masa interview dia, dia pernah cakap, kalau izin saya baca dalam
Bahasa Inggeris, one of the fact of life anywhere in the world is that you cannot
eliminate flood completely technically or otherwise you can only manage them and
control them to a certain extend. I tried to tell my student at Oxford University that no
such society has unlimited money to do so. Dan, tentang perancangan yang akan
dibuat untuk masa depan, dia kata, forward planning for flood is tricky. Memang susah
kita nak ramalkan apa akan berlaku dengan curahan hujan yang lebat, memang kita
tak, susah. You can plan for us…
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, berapa banyak Yang Berhormat, Bahasa Inggerisnya panjang
itu kang.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Ya, ya sikit. You can plan for us in the thousand year
flood which mean that for 999 years you won’t need such infrastructure, do you want to
spend enormous amount money on that, dia cakap. Jadi, kita memang ada masalah
221
tentang kewangan dan juga infrastructure kita yang mahu binakan. Memang susah,
dia cakap, you can plan all you want but you have one of those rain. Maknanya,
kalau you ada hujan yang luar biasa, yang tidak boleh diramalkan. That is nothing you
can do.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, too much in English. I think…
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Dengan izin, dia cakaplah.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha,yalah that the point only.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : If you have higher petrification than that is nothing you
can do because the infrastructure is design to keep up a certain amount of water at
the time. Jadi, yang perancang, perancangan yang kita buat tentang segala
infrastructure itu kita akan…
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Gunakan untuk sejumlah air yang diramalkan mungkin
berlaku satu kali atau dua kali dalam 100 tahun. Hanya satu tahun akan berlaku. Jadi,
itulah keadaan, kerajaan dengan seberapa bolehnya kita akan buat dengan
keadaan yang ada dan kewangan yang ada untuk membuat infrastructure yang
mencukupi. Kalau hujan yang lebat luar biasa yang tidak boleh dijangka, yang itulah
kita kena bersama-sama tanggungjawab. That is the best we can.
Y.B. Dato’ Speaker : Sungai Abong tak bangun? Saya bagi Sungai Abong hah.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Terima kasih Yang Berhormat
Dato’ Speaker, bila bercakap tentang masalah banjir ini, bila banjir di Segamat maka
kita tak boleh pisahkan dengan banjir di Muar. Dan, banjir ini dia bergantung kepada
3 faktorlah.
1. Air hujan.
2. Tebing sungai.
3. Salurannya.
Seperti jalan raya bila berlaku traffic jam, congestion, kita fikir untuk mengalihkan
kereta-kereta tu kalau ada dengan jalan-jalan yang baru untuk mengalihkan traffic
yang begitu banyak. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk jangka masa panjang
contohnya, kalau banjir di Kuala Lumpur boleh diselesaikan dengan masalah apa,
dengan Tunnel Smart.
222
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Kita dapat lihat kesannya hebat.
Adakah kerajaan untuk jangka masa panjang cuba untuk mengurangkan pengaliran
air Sungai Muar itu melalui satu saluran lain terus ke laut tidak melalui satu jalan, Sungai
Muar itu saja. Contohnya, daripada Bukit Kepong buat satu saluran terus pergi ke laut,
ke Selat Melaka begitu.
Y.B. Dato’ Speaker : Melaka pulak banjir, hah ok.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Tak.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, tak.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Ke laut Selat Melaka, Yang
Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah tu. (Ketawa).
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Jadi, saya rasa kalaulah dapat
dibuat projek yang sebegini mega saya rasa, insya-Allah boleh kita selesaikan masalah
banjir di Segamat dan di Muar.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, terowong Smart Tunnel
itu memang satu, salah satu cara yang kita buat. Tetapi di Negeri Johor ini kita masih
belum buat lagi.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Di Kuala Lumpur memang kita ada satu sistem yang
dikawalkan gunakan Smart Tunnel dengan izin, terowong tapi cadangan itu...
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
bukan masalah kena buat Smart Tunnel, bukan.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak adalah.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Itu contoh.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak apalah, tak boleh ganggu situ.
223
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Itu semua cadangan akan diambil.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, dia senang aje, Yang Berhormat jawab.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Kerana saya bukan perunding.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Kita kena dikemukakan kepada perunding.
Y.B. Dato’ Speaker : Itu aje dia nak, bila nak buat hah?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Kita yang tetapkan apa yang tepat dan sesuai untuk
keadaan di Lembangan Sungai Muar.
Y.B. Dato’ Speaker : Hah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Sama ada di hulu ataupun di hilir itu terpulang kepada
perunding yang kita lantik.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, kan senang jawab gitu.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Itu semua pendapat pakar, pakaran yang kita lantik.
Y.B. Dato’ Speaker : Panjang pula. (Dewan ketawa). Yang Berhormat Encik
Vidyananthan a/l Ramanadhan, jemput.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
soalan nombor 6.
Berapa banyak IPTA/IPTS yang ada di Negeri Johor yang berjaya menarik minat pelajar
asing menuntut di sini.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan
Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, enrollment pelajar antarabangsa di
IPTA dan IPTS di Negeri Johor pada tahun 2010 adalah seramai 3,097 orang. 3 IPTA
mempunyai pelajar antarabangsa iaitu:-
224
1. UTHM ataupun Universiti Tun Hussein Onn di Parit Raja dengan 280 pelajar.
2. UTM Cawangan Skudai 2,713 pelajar.
3. Kolej Tun Abdul Razak Cawangan Segamat 1 pelajar.
Bagi IPTS, 4 IPTS mempunyai pelajar antarabangsa iaitu Kolej Islam Johor seramai 3
pelajar, Kolej Pengajian Islam Johor seramai 82 pelajar, RIMA College Johor Bahru, 17
pelajar dan New Castle University, 1 pelajar.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
soalan tambahan. Saya ucapkan terima kasih di atas jawapan diberikan. Tapi, yang
saya nak tahu sama ada selain daripada berjaya menarik minat pelajar-pelajar asing
menuntut di Negeri Johor terutamanya di IPTA dan IPTS, ada tak sebarang kawalan
dibuat untuk pastikan bahawa pelajar-pelajar yang datang terutamanya yang berada
dalam IPTS ni sama ada mereka sebenarnya mempunyai kelayakan untuk masuk ke
Malaysia dan belajar sebagai penuntut. Ataupun kolej-kolej swasta ni membenarkan
pelajar masuk kerana komersial, nilai komersial dan memberi approval letter untuk
masuk dan akhirnya pelajar asing yang ada di negara kita ni sebenarnya tak belajar
dan terlibat dalam gejala-gejala yang tidak diingini seperti masalah-masalah sosial
yang kita dengar sekarang ini pelajar-pelajar daripada negara luar dan juga pada hari
ini kita dapat lihat ramai warga Afrika juga berada dalam negara kita ini dan
kebanyakan daripada mereka masuk dengan platform sebagai seorang pelajar. Jadi,
kita kena membendung masalah ini dan apakah jenis usaha yang diambil di pihak
Kementerian untuk pastikan bahawa pelajar-pelajar asing yang masuk terutama
Negeri Johor ini sebenarnya pelajar yang genuine…
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Masuk untuk belajar. Terima
kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan
Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ speaker, bagi IPTS, pihak Kementerian
sebenarnya memang mempunyai garis panduan kepada IPTS untuk mengambil
pelajar-pelajar asing terutama dari segi kelayakan minima yang diperlukan yang
bersesuaian dengan kursus yang diambil. Ini memang ada garis panduan sebelum
pihak IPTS dibenarkan untuk mengambil pelajar.
Dan, untuk makluman Dewan yang mulia ini, di Negeri Johor kebanyakan pelajarnya,
saya difahamkan adalah pelajar daripada Asia Barat dan Negeri China. Daripada
Afrika memang kuranglah. Jadi, bagi penguatkuasaan sama ada pelajar tersebut
betul-betul belajar ataupun tidak, itu sebenarnya terletak pada Kementerian dan juga
Kementerian-Kementerian yang lain. Di Johor ini dulu memang kita ada satu Unit yang
mengawal IPTA dan IPTS tapi setelah kementerian dipecahkan kepada dua, di mana
Kementerian, wujudnya Kementerian Pengajian Tinggi, maka semua kawalan
225
mengenai dengan IPTA dan IPTS terletak di bawah Kementerian di Kuala Lumpur
melalui Jabatan Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Maharani, ok, last.
Y.B. Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) : Soalan tambahan Yang Berhormat
Dato’ Speaker. Untuk menarik lebih ramai lagi pelajar asing menuntut di negeri kita ini,
apakah strategi yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan juga IPTS-IPTS sendiri untuk
menarik lebih ramai pelajar luar negara menuntut di negeri ini? Terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan
Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya difahamkan bahawa pihak
Jabatan Pengajian Tinggi memberi kelonggaran kepada IPTA dan IPTS untuk menarik
pelajar-pelajar asing. Tapi, bagi Kerajaan Negeri sendiri dalam usaha kita untuk
menentukan bahawa Negeri Johor ini juga menjadi pusat pendidikan yang utama
dalam usaha kita untuk tentukan bahawa kita dapat melahirkan modal insan yang
sesuai dengan pembangunan yang berlaku dalam Negeri Johor, menarik pelajar asing
bukanlah satu keutamaan kita. Apa yang kita lakukan pada hari ini sama ada melalui
pembangunan yang berlaku di Iskandar melalui IRDA dan juga IIB, kita menarik
universiti-universiti asing dan juga antarabangsa untuk berada dalam Iskandar
Malaysia ataupun di Negeri Johor bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-
pelajar tempatan untuk mendapat pendidikan yang berkualiti. Misalannya, berkualiti
dan juga mungkin kos yang lebih murah. Misalannya, usaha kita menarik beberapa
buah universiti antarabangsa termasuk New Castle University. Kalau mungkin pelajar
kita belajar di luar negara untuk belajar dalam bidang perubatan ini, kita terpaksa
menanggung kos yang agak tinggi mungkin mencecah 7, RM800,000.00. Tapi dengan
adanya New Castle University di Iskandar Malaysia kos tersebut mungkin 30 atau 40%
lebih murah jika mereka belajar di negara kita berbanding dengan belajar di luar
negara, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, soalan lisan dah habis masa. Sekiranya ada soalan yang
disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam
Persidangan yang sama.
Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN MENJUNJUNG KASIH KEPADA
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum perbahasan diteruskan, ada
rombongan yang di atas sana iaitu rombongan daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa
Kelab Warga Emas Masjid Jamek Bandar Baru UDA. Parlimen Johor Bahru ini. Tanjung
Puteri ek. Terima kasih dapat bersama dengan Majlis ini. Perbahasan diteruskan lagi.
Siapa nak berucap?
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Salam sejahtera dan salam 1
Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengizinkan saya meneruskan
ucapan saya yang tergantung petang semalam.
226
Y.B. Dato’ Speaker : Berapa lama dah berucap semalam?
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : 5 minit je.
Y.B. Dato’ Speaker : 5? Betul? Oh…
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Ucapan semalam tergantung
kerana baru nak masuk gear dua dah kena berhenti.
Y.B. Dato’ Speaker : Kenapa Yang Berhormat tak pergi gear satu terus. (Ketawa).
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Pagi ini, saya sambung balik dan
saya tegaskan sekali lagi, saya mahu tindakan tegas dan segera mesti diambil oleh
Kementerian Dalam Negeri. Tak payah tunggu sampai 9 hari bulan. Sudah jelas dan
terang, dalang-dalang yang mengapikan demonstrasi dan perarakan haram
nampaknya tetap berdegil hendak meneruskan juga demonstrasi mereka ini. Mereka
benar-benar mencabar kesabaran kerajaan dan rakyat. Sekali lagi saya mencabar
KDN dan pihak-pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan serta-merta. Tak
payah nak bagi macam-macam alasan. Kita ada kuasa. Gunakan kuasa yang ada.
Jelas tindakan Bersih 2 yang didalangi oleh pengkhianat, macam pengkhianat negara
ini yang berdegil, yang rasanya lebih berbahaya dari komunis yang bergerak secara
senyap dan tersembunyi. Kerana dalang-dalang ini bukan calang-calang tokoh dan
memang profesional yang berselindung di sebalik demonstrasi dan perarakan haram
itu untuk mencetuskan satu momentum baru bagi menghadapi pilihan raya yang ke-
13. Macam mana yang mereka lakukan semasa pilihan raya yang ke-12 dengan
matlamat untuk merampas kuasa. Kenapa kerajaan mesti tunduk kepada mereka.
Agenda tersirat mereka sudah jelas. Nak tunggu apa lagi. Tangkap dan sumbat
mereka itu saja. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu selanjutnya yang hendak saya bangkitkan di
Dewan yang mulia ini ialah mengenai pembangunan Iskandar Malaysia terutamanya
tumpuan kepada pembangunan di Kota Iskandar. Tahniah kepada Kerajaan Negeri
dan juga IRDA yang telah berjaya membangun Kota Iskandar sebagai mercu tanda
baru Negeri Johor dan Gerbang Selatan negara yang pesat membangun. Kita merasa
bangga dan megah dengan pencapaian Kerajaan Negeri menarik pelabur asing
melabur di negeri ini. Kita difahamkan bagi tempoh lima tahun akan datang,
sebanyak RM73 bilion, dijangka pelaburan baru akan masuk melabur di Iskandar
Malaysia. Sementara itu, sebanyak RM26 bilion telah dibelanjakan sepanjang tiga
tahun lalu dengan menyediakan 54,000 peluang pekerjaan. Itu satu kejayaan besar
yang mesti kita sama-sama banggakan. Tahniah kepada Kerajaan Negeri dan IRDA.
Tetapi, apa yang rakyat terbanyak nak tahu, bila mereka melawat dan meninjau
kehebatan dan kepesatan pembangunan di Kota Iskandar dan sekitarnya, mereka
bertanya di mana pihak IRDA meletakkan keutamaan agenda nasional dan agenda
bangsa. Memang nampak gah dan hebat. Perumahan mewah, juga pusat-pusat
perniagaan dan perkhidmatan yang canggih serta pelan pembangunan yang serba
lengkap dan termoden. Kita nak tanya, mampukah rakyat tempatan khususnya
bumiputera membelinya. Saya tak fikir ramai yang mampu. Oleh itu Kerajaan Negeri
dan IRDA mesti mencari jalan penyelesaian bagi memastikan komposisi pemilikan
hartanah di Kota Iskandar dan sekitarnya seimbang. Saya nak minta Pihak Berkuasa
Tempatan dapat memberikan data kedudukan pemilikan hartanah mengikut
227
pecahan kaum dan kewarganegaraan mereka dengan terperinci supaya senang kita
sebagai Wakil Rakyat menjelaskannya kepada rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, oleh kerana harga hartanah di sekitar Kota Iskandar ini
mahal dan rumah-rumah yang dibina juga merupakan rumah mewah berharga tinggi,
maka peluang untuk rakyat tempatan terutamanya bumiputera tak berapa mampu
hendak membelinya. Binalah rumah yang mampu milik dan mampu beli oleh
golongan ini. Oleh yang demikian, Bukit Naning mencadangkan supaya pihak
Pengurusan IRDA dapat memikirkan satu formula yang boleh menggalakkan
kakitangan kerajaan dan bumiputera membeli rumah kediaman mewah atau mampu
beli di kawasan sekitar Kota Iskandar dengan memberikan potongan harga istimewa
kepada mereka pada kadar antara 25 hingga 30% potongan harga.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, macam cadangan buat Rumah 1 Malaysia, tu
kan dekat Kuala Lumpur, Perdana Menteri umumkan rumah rakyat dekat Sungai Besi.
Tu ingat elok ek.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Ya, itu yang sepatutnya dilakukan
oleh pihak IRDA dan juga Kerajaan Negeri. Formula ini, formula yang saya sebutkan
tadi ialah memberi potongan 25 hingga 30% ini telah pun diguna pakai oleh
Perbadanan Putrajaya yang membangun Putrajaya dan Pusat Pentadbiran Kerajaan
Malaysia. Di mana Perbadanan Putrajaya telah menawarkan potongan harga
sebanyak 25% kepada kakitangan dan pesara kerajaan yang berminat membeli
rumah di Putrajaya.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat ada beli? Tak de?
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Terima kasih. Ada beli.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha? Oh…
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Alhamdulillah. Mendapat
potongan 25%.
Y.B. Dato’ Speaker : Aisey, Alhamdulillah.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Gunakanlah situasi perniagaan
menang-menang, apa salahnya. Dengan itu usaha kerajaan untuk mengimbangi
komposisi penduduk di sekitar Kota Iskandar boleh dirancang dengan sebijak-bijaknya.
Jangan nanti kita ditempelak oleh rakyat dan generasi akan datang. Ibarat “kera di
hutan disusui, anak di pangkuan mati kelaparan”. Jangan sampai dikatakan “ayam di
kepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan”. Kita mahu Pihak Berkuasa Tempatan
dan IRDA mencari jalan penyelesaian permasalahan ini. Saya percaya dengan
potongan harga yang istimewa ini ramai kalangan kakitangan kerajaan dan pesara
kerajaan berminat untuk memiliki rumah kawasan di sekitar Kota Iskandar.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah
kepada kaum wanita kerana berjaya meyakinkan kerajaan apabila kerajaan semalam
meluluskan penglibatan sekurang-kurangnya 30% golongan wanita di peringkat
pembuat dasar di sektor korporat. Boleh mengisi jawatan-jawatan Lembaga
228
Pengarah dan lain-lainnya. Nampaknya kembanglah sikit Ahli-Ahli Yang Berhormat
wanita di Dewan ini untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.
Y.B. Dato’ Speaker : Jawatan apa?
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Lembaga Pengarah dan lain-
lainnya dan juga yang sesuai untuk mereka. Tapi, bukan Speakerlah.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yang ada kat sini pun dah cukuplah. Dah habis?
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Sikit lagi Dato’. Dengan ini, kita
perhatikan bahawa Perdana Menteri telah terbuka hati untuk memenuhi tuntutan
kaum wanita ini. Pagi ini, kita nak ketuk sikit pintu hati Yang Amat Berhormat Menteri
Besar. Cuma saya nak tanya, bila pula Ahli-Ahli Yang Berhormat kaum lelaki di Dewan
ini dapat peluang macam kaum wanita. Selekeh sangatkah kita ini? Kami juga tak
kurang hebat. Boleh tengok dari pengalaman dan kerjaya, boleh nilai kelulusan dan
bidang-bidang profesional sebelum kita bergelumang dengan politik.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, tahniahlah pada wanita.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Ya.
Y.B. Dato’ Speaker : Tahniahlah pada wanita. Lepas tu mintalah izin wanita,
benarkanlah kita tambah. (Ketawa).
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Yang ini adalah kuota negeri, Yang
Berhormat Dato’ Speaker. Takkanlah kita ini tak ada peluang langsung. Takkan nak
tunggu sampai pencen. Bila dah pencen tentu terus dilupakan. Jadi, kita mintalah
pihak-pihak yang di atas tu tengokkan sikit, timbang-timbang yang mana sesuai
letakkan kita ini, dalam mana-mana Board dan mana-mana agensi korporat di negeri
ini. Ini, saya menyampaikan rengekan rakan-rakan Yang Berhormat di Dewan ini.
Mereka nak cakap segan, tapi tak apalah saya tebalkan muka. Mudah-mudahan
dapat menyejukkan dan juga terbuka hati Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk
memberikan peluang ini kepada kita semua.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya duduk, izinkan saya untuk respons
kepada ucapan Bentayan, Yang Berhormat Bentayan yang membabitkan Rumah
UMNO Bakri. Dia kata saliran parit Sungai Bentayan tersumbat kerana sampah-sampah
yang susah pihak JPS hendak bersihkan, sebab kerana ada Rumah UMNO. Saya naik
hairanlah, apasal selalu sangat Yang Berhormat Bentayan ni…
Y.B. Dato’ Speaker : Nanti, nanti, dia sebelah Yang Berhormat tengah berjalan tu.
(Dewan ketawa).
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Biar dia dengar. Apasal selalu
sangat Yang Berhormat Bentayan ni kecoh dengan bangunan Rumah UMNO yang
telah pun siap, CF nya pun dah lulus dan bangunannya pun sudah digunakan.
Kenapa Yang Berhormat Bentayan ni jaki sangat. (Dewan ketawa)
229
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, sampai last
year, sekarang korang tak habis-habis lagi pasal bangunan UMNO Bakri.
Sebenarnya…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, ini orang punya ucapan, Yang Berhormat tak
boleh ganggu. (Dewan ketawa).
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Dia cakap pasal Sungai Bentayan…
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, tak kisahlah. Bila Yang Berhormat, dia tak ganggu, Yang
Berhormat cakap bebas, dia dengar aje. Giliran dia pula…
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Sebenarnya, Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ni yang saya kata tak ikut peraturan, susah tu. Tak boleh
ganggu Yang Berhormat, betul ya. Seorang tengah berucap melainkan dia salah
peraturan. Ha, dia cerita apa, dia marah Yang Berhormat ke, dia mengata Yang
Berhormat, menyalahi peraturan. Tapi dia jawab, biasalah tu, ha, giliran dia pula.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Ha…
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Inilah karakter ataupun perangai
Pembangkang ni. (Dewan bertepuk) Jadi, saya nak tahulah kenapa sangat dia jaki
sangat dengan kita. Yang Berhormat Bentayan, lu tahu tak…
Y.B. Dato’ Speaker : Hei, Yang Berhormat… (Dewan ketawa).
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Minta dia tarik…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Perkataan tu…Peraturan Mesyuarat.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah, apa Yang Berhormat…
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Tarik, tarik balik.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ini bukan pasar sini.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…
230
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ya…
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Saya nak tanya, Yang Berhormat
tahu tidak perkataan jaki itu apa?
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Dia belum tarik lagi perkataan itu.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Jaki itu apa, you tak tahu kan.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat cakap pasal…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat kejap, anu duduk, saya nak dengar dia cakap.
Perkataan apa Yang Berhormat, nak suruh dia tarik?
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Lu, lu tu.
Y.B. Dato’ Speaker : Lu?
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Hmm.
Y.B. Dato’ Speaker : Lu apa?
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Itu bahasa pasar tu.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha?
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Bahasa sindir.
Y.B. Dato’ Speaker : You, bukan lu. Gini dia ni cakap lu ya? Makna gini, gua la, lu la,
itu bahasa yang…
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Lain kali Dewan ini boleh jadi pasar kalau
macam tu. Bahasa pasar kita boleh bawa perbahasanlah…
Y.B. Dato’ Speaker : Dah memang selalu macam pasar Yang Berhormat. Ok Yang
Berhormat.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Macam tu ke Dato’ Speaker? Kira boleh ya.
Y.B. Dato’ Speaker : Hmm. Eh, bila part orang tu macam pasar, bila part dia tu? Ha,
takpe. Itu yang kena…ha, ok.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Terima kasih Yang Berhormat.
231
Y.B. Dato’ Speaker : Dah habis?
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Belum lagi Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, dah habis ni.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Nak terangkan sikit pada Yang
Berhormat Bentayan ni. Dia tak faham perkataan jaki tu apa. Jaki tu Yang Berhormat
Bentayan, yang macam hati ada sikit busuklah.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat…bukan Yang Berhormat
beritahu Bentayan, beritahu Speaker.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Ya, Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Apa pulak Yang Berhormat Bentayan pulak.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Itu sungai tersumbat bukan kerana
Rumah UMNO..
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Peraturan Mesyuarat tadi dia cakap…
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Rumah UMNO…
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Hati yang busuk tu, Peraturan 45.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ok, tarik balik itu.
Y.B. Dato’ Speaker : Hati yang bersihlah Yang Berhormat.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Tarik balik, Bukit Naning.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Kita boleh bersihkan bila…
Y.B. Dato’ Speaker : Tariklah, tak kisah dah sebut.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Dibersihkan oleh pihak JPS ya. Itu
Rumah UMNO bukan dibangunkan di atas Sungai Bentayan, ya. Tapaknya luas,
takkan itu pun Yang Berhormat tak boleh fikir, ya. Nak salahkan, sikit-sikit nak salahkan
UMNO, itulah sikap pembangkang, apa yang kita buat, apa sahaja dia kata semua tak
betul. Yang Berhormat Dato’ Speaker…
232
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Dato’ Speaker, bangunan UMNO ini..
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Rizab jalan JPS, dia pun ambil juga.
Y.B. Dato’ Speaker : Lailahaillallah…
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Dato’
Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Tak apa.
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Merujuk Peraturan…
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, saya pun tahu, dia…
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Dia menyampuk-nyampuk
ni, ini bukan pasar ni.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Berdebat, cari facts and
figure, kita boleh berdebat. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Bukit Naning.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Ok, Yang Berhormat Dato’
Speaker, sebagai penutup…
Y.B. Dato’ Speaker : Ha…
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Saya mengambil peluang yang
terbaik ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua jabatan-jabatan, baik daripada Jabatan Perdana Menteri, ICU, Pejabat
Menteri Besar, JKR, JPS, Pertanian, JKM, Pejabat Agama dan lain-lain, susah banyak
sangat nak sebut, yang telah bekerjasama menyelesaikan pelbagai masalah dan
melaksanakan pelbagai projek di DUN Bukit Naning. Jasa dan budi baik semua
disanjung tinggi. Walaupun ada setengah-setengah jabatan masih terhutang banyak
kepada DUN Bukit Naning kerana banyak projek-projek yang tertangguh walaupun
diluluskan, kami tetap sabar menunggu. Tapi, kalau boleh…
Y.B. Dato’ Speaker : Hmm…
233
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Laksanakanlah sebelum pilihan
raya yang ke-13. Dengan kata-kata itu, Bukit Naning menyokong rundingan yang
dibawa oleh Yang Berhormat ADUN Kukup. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, perbahasan diteruskan lagi. Jemput siapa nak berucap.
Oh…
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Salam sejahtera dan salam
1Malaysia.
Y.B. Dato’ Speaker : Tenggaroh.
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Terima kasih Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Lawan orang laki-laki, ya.
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Terima kasih Dato’ Speaker
kerana mengizinkan saya menyampaikan ucapan sokongan kepada rundingan
menjunjung kasih di atas Titah Perasmian Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Saya tertarik dengan Titah Tuanku yang menitikberatkan kesejahteraan rakyat Johor
khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Tumpuan dan agenda utama kita semua
adalah untuk memastikan kesejahteraan setiap rakyat Malaysia khasnya ibu tunggal
dan miskin tegar.
Program 1Azam oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga telah
membuka ruang dan peluang untuk menambahkan pendapatan isi rumah. Dengan
bangganya, bolehlah saya mengatakan di dalam Dewan ini bahawa di kawasan
saya, DUN Tenggaroh kini tiada lagi golongan miskin tegar. Program 1Azam ini
seharusnya diteruskan dengan lebih agresif sehingga yang mudah miskin juga untuk
dapat pembelaan supaya satu hari nanti di Malaysia, bilangan miskin tegar
berkurangan dan seterusnya tidak lagi wujud. Golongan ini yang tinggal di kampung-
kampung dan Bandar-bandar mudah dikenal pasti dan dibantu tetapi ada ramai lagi
yang tinggal di tempat-tempat terpencil dan di kawasan perladangan di mana
bantuan-bantuan ini tidak dapat disalurkan dengan efektif agar dapat dinikmati
orang, oleh mereka.
Kehidupan ‘kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang’ adalah sesuatu yang
sering menggamit perasaan sesiapa sahaja yang berperikemanusiaan. Sudah tentu
golongan ini akan berterima kasih jika mereka sedar bahawa ada pihak yang ingin
dan dapat membantu mengubah nasib mereka. Kementerian Pembangunan Wanita
dan Keluarga harus mencari satu mekanisme untuk mengenal pasti dan mendampingi
mereka-mereka ini.
234
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan kita sangat prihatin dengan kesengsaraan
dan kesusahan yang dihadapi oleh segelintir rakyatnya. Senario ekonomi sedunia kini
semakin hangat. Harga bahan mentah seperti minyak menentukan harga-harga
komoditi yang lain. Tempiasan ini juga menjejaskan harga barangan runcit di mana
golongan berpendapatan sederhana rendah dan rendah mengalami kesulitan untuk
mengimbangi belanjawan persendirian serta keluarga. Bagi mengurangkan impak ini,
usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat harus dipuji. Mydin Mohamad
Holdings yang diamanahkan oleh kerajaan untuk membuka Kedai Rakyat 1Malaysia
juga harus dihargai dan dicontohi peniaga-peniaga dan peruncit-peruncit lain.
Pada 22 Jun yang baru lepas, Kedai Rakyat 1Malaysia yang pertama telah di buka di
Kelana Jaya. Harga barang keperluan harian telah dikurangkan sehingga 30%.
Contohnya, Beras Super Tempatan yang biasanya dijual dengan harga RM22.50 kini
dijual dengan harga RM21.99 di Kedai Rakyat 1Malaysia, roti sandwich yang kini
menjadi popular sebagai pengganti makanan ruji kita semuanya, yang biasanya dijual
dengan harga RM2.40 boleh dibeli dengan harga RM1.79 di Kedai Rakyat 1Malaysia.
Selain daripada pembeli, pengusaha industri kecil dan sederhana juga berpeluang
untuk memasarkan produk-produk mereka. Sekarang ini, ramai pengusaha IKS
terpaksa menggulung tikar kerana menghadapi kesukaran untuk menjual produk
mereka. Pewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia yang datangnya daripada cetusan idea
Perdana Menteri kita sendiri membuktikan bahawa Perdana Menteri sentiasa
memerhati keadaan rakyat. ‘Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan’ Cetusan
idea baik ini harus diperkembangkan ke seluruh negara dengan segera khasnya di
tempat-tempat di mana terdapat kawasan perkampungan, kawasan setinggan dan
perladangan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terdapat satu golongan lagi yang memerlukan
perhatian, sokongan, bimbingan dan pertolongan daripada kerajaan. Rekod Polis
terkini, bulan Mei 2011 menunjukkan lebih daripada 8,000 juvana telah disabit atas
pelbagai jenis kesalahan jenayah. Rekod ini adalah untuk tempoh 2 tahun dan statistik
ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam kes-kes juvana pada setiap
tahun.
Remaja kita bukan sahaja terjebak dalam kesalahan-kesalahan remeh dan kecil
seperti kesalahan mencuri motor dan pecah rumah sahaja, bahkan mereka telah
berani melakukan kesalahan kejam seperti merompak menggunakan senjata dan juga
mencabul kehormatan kanak-kanak dan wanita, merusuh dan membunuh. Trend ini
amat membimbangkan kerana golongan pesalah ini sepatutnya dididik dan dibimbing
serta diterangkan risiko-risiko perbuatan mereka sejak kecil. Kanak-kanak yang dididik,
diasuh, dibimbing dan dipantau oleh ibu bapa dan guru-guru tidak akan melibatkan
diri dalam kes-kes jenayah. Juvana yang di bicara dalam mahkamah kanak-kanak
235
kebanyakannya datang dari keluarga yang bermasalah. Mereka-mereka ini tak serik
dan berani mengulangi kesalahan yang sama atau yang lebih mencabar.
Program pencegahan jenayah mesti dilipatgandakan di sekolah. Bukan sahaja
sekolah menengah, seharusnya ia dititikberatkan di sekolah rendah. Badan-badan
bukan kerajaan seperti MCPF, Malaysian Crime Prevention Fund, dengan izin, dan
Kementerian Pelajaran harus bekerjasama mengambil inisiatif mengenal pasti dan
menyiasat kes-kes juvana dengan segera.
Selain itu, punca-punca utama yang menyebabkan golongan juvana terjerumus
dalam jenayah serta jalan penyelesaian untuk menangani masalah ini dari menular
dengan lebih serius harus dikenal pasti. Kecenderungan remaja melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti kurang sihat juga harus ditangani dengan segera supaya hasrat kita
membangunkan modal insan tidak akan menjadi idea atau gambaran semata-mata
dan mampu dijadikan realiti.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kesejahteraan rakyat sekali lagi diutamakan apabila
sukan memancing di Malaysia sudah dikenal pasti sebagai sebahagian 6 bidang
keberhasilan utama negara yang boleh menyumbang kepada peningkatan ekonomi
dan pendapatan masyarakat yang terlibat. Sebelum ini, sukan memancing dianggap
sebagai aktiviti kurang berfaedah dan hanya diceburi oleh kaki pancing sahaja.
Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Berita
Harian dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor kerana telah menganjurkan Karnival
Joran Bagus di Tanjung Leman, Mersing.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, pandai mancing?
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Hmm, belum belajar lagi.
Y.B. Dato’ Speaker : Hmm, tak payah belajar, buang aje umpan kat laut, tunggu aje
ikan makan.
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Ok, Dato’ Speaker. Karnival
kali ini telah mencipta sejarah kerana telah menarik penyertaan 1,000 peserta bagi
kategori laut dalam. Pertandingan memancing peringkat antarabangsa di Tanjung
Leman mengharumkan nama Malaysia di peta dunia dan telah mempromosikan
daerah Mersing sebagai daerah pelancongan.
Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi
Pelancongan kerana menjawab soalan bertulis yang telah saya kemukakan.
Persetujuan Jabatan Pelancongan untuk mengadakan kejohanan memancing, GP
Joran di perairan Mersing sangat dialu-alukan oleh semua warga Tenggaroh. Saya
memberi jaminan bahawa acara ini akan mendapat sambutan serta sokongan padu
daripada penduduk FELDA Tenggaroh dan sekitarnya.
236
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Tenggaroh merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan kepada kerajaan atas pembinaan jeti konkrit di Pulau Sibu, Pulau Aur
dan di Pulau Besar. Agensi pengangkutan telah mengeluarkan peruntukan dan JKR
agensi pelaksana akan membina jeti-jeti tersebut. Pembinaan jeti konkrit
menggantikan jeti kayu diharapkan akan membawa lebih ramai pelancong ke pulau-
pulau tersebut. Pada masa yang sama, dapat mengurangkan kesusahan orang-orang
kampung. Saya berharap pendapat orang kampung dipertimbangkan sebelum kerja-
kerja pembinaan dilaksanakan. Saya dapat tahu bahawa bantahan daripada orang
kampung Pulau Sibu tentang tapak pembinaan jeti. 76 pengundi daripada 79
pengundi Pulau Sibu adalah penyokong Barisan Nasional. Jangan ada pihak yang
tidak bersetuju dengan tapak pembinaan, di mana jika diteruskan dengan pembinaan
ia akan melahirkan ketidakpuasan terhadap kerajaan yang sebenarnya ingin memberi
kesejahteraan kepada rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, matlamat Malaysia adalah untuk mencapai taraf
sebagai sebuah negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020.
Pembangunan dalam bidang perindustrian menggalakkan pertumbuhan ekonomi
sebagai sebuah negara yang maju. Justeru itu, Malaysia memerlukan tenaga
profesional dan separa profesional. Strategi pembangunan menegaskan bahawa
penyesuaian sistem pendidikan diperlukan untuk menghasilkan sumber tenaga yang
diperlukan. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan tenaga kerja
yang berkemahiran tidak diabaikan dalam perancangan sistem pendidikan negara.
Sistem pendidikan di Malaysia memainkan peranan yang paling penting dalam
melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi permintaan sektor pekerja. Kerajaan
bersetuju untuk menubuhkan kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen. Sehubungan
dengan ini saya berharap sebuah kolej komuniti akan di bina di daerah Mersing.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, masih dalam konteks pendidikan. Semasa lawatan
Menteri Besar turun ke padang, ke Parlimen Mersing, beliau telah mengumumkan
tapak baru seluas 3 ekar untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Mersing.
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar kita. Soalan saya, setakat
manakah proses pemberian ini pada masa ini?
Akhir kata Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima
kasih atas peluang yang diberikan kepada saya dan saya juga turut sokong rundingan
yang di bawa oleh ADUN Kukup. Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, terima kasih. Perbahasan diteruskan lagi, ada yang nak
berucap? Ok, Kemelah.
Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Bismillahirrahmaanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
237
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam.
Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
alhamdulillah, terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat
Allah yang masih memberikan saya kekuatan dan keupayaan untuk turut sama dalam
perbahasan atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, ketika merasmikan
pembukaan Persidangan Penggal Keempat bagi Dewan Negeri Johor yang Ke-12.
Tentunya titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia mampu mendorong untuk kita
muhasabah, menilai kekuatan dan kelemahan serta melakar strategi masa depan di
samping merapatkan ukhuwah, menjalin persahabatan, mengukuh silaturahim antara
kaum untuk menjadikan Johor Darul Takzim sebuah negeri yang penuh kesejahteraan
dan mendapat keampunan Allah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kemerdekaan negara yang dicapai lebih 50 tahun
yang lalu merupakan gambaran permuafakatan kejayaan antara kaum untuk
membebaskan diri daripada dibelenggu penjajah. Lebih jauh daripada itu, penyatuan
kesedaran orang Melayu yang terpecah bernaung di bawah kesatuan dan
pertubuhan Melayu yang diwujudkan di atas rasa kesedaran dan keinsafan betapa
perlunya orang Melayu bersatu. Di tambah dengan keinsafan bahawa penyatuan
Melayu mampu menjadi benteng menghalang terhakisnya keupayaan
mempertahankan maruah dan harga diri Melayu. Kenapakah setelah lebih daripada
50 tahun merdeka, kita masih gagal untuk melahirkan masyarakat berbilang kaum
yang meletakan kepentingan nasional di hadapan. Inilah perkara yang mesti dikaji,
diuji oleh pemimpin hari ini agar jangan terlalu berpolitik sehingga melupakan atau
sengaja melupakan kepentingan masa depan atau kepentingan negara secara
keseluruhan. Kenapakah kita tidak belajar dari negara jiran terdekat seperti Thailand
dan Indonesia yang berjaya menanamkan semangat kebangsaan dan patriotik yang
tinggi di kalangan rakyat mereka berbilang kaum. Tidakkah kita belajar daripada
pengalaman apa yang berlaku di Singapura, setelah sebuah Negeri Melayu terlepas
kepada tangan bukan Melayu. Apakah yang telah terjadi kepada orang Melayu di
sana. Terbelakah nasib orang Melayu? Adakah orang Melayu mendapat tempat
dalam percaturan kuasa politik?
Menurut Lily Zubaidah, 2001 yang membuat kajian nasib orang Melayu di Singapura
mengatakan bahawa orang Melayu semakin tidak mendapat tempat di bawah
Kerajaan PAP yang diperturunkan oleh Lee Kuan Yew. Orang Melayu tidak lagi
diberikan tempat seperti dulu. Jika ada pun, tempat diberikan kepada Melayu yang
cair sifat kemelayuan dan keislamannya. Melayu terpinggir dalam semua aspek
kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, budaya dan sejarah. Yang hairannya Lee
Kuan Yew pada suatu ketika...
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat tak payah sebut nama eh, bekas
ke boleh. Jangan sebut nama.
238
Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Bekas Perdana Menteri Singapura...
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ok.
Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Pada suatu ketika berani menyindir
Malaysia dengan mengatakan orang Cina dipinggirkan dalam arus perdana
kepimpinan negara. Sememangnya kita tidak menyalahkan orang lain, jika orang
Melayu sendiri tidak mahu bersatu. Malah menjadi pengkhianat pula meruntuhkan
perpaduan Melayu terdapat organisasi politik tertentu yang kononnya
memperjuangkan Islam, merasa jelik dan terhina jika bersatu dengan organisasi politik
Melayu yang lain. Tetapi mereka berasa senang berkawan dan bersahabat dengan
rakan yang sejak dulu lagi tidak serasi dengan perjuangan mereka. Mereka boleh
bersama menyokong mereka yang menyokong kepada murtad, mereka boleh
bersama kepada individu yang bersama dengan IFC. Dan, lebih malang lagi mereka
boleh bersama kepada kawan-kawan mereka yang suatu ketika dahulu menolak
Islam. Apa yang saya lahirkan ini adalah untuk mengingatkan diri saya dan yang lebih
penting sahabat sebangsa dan seagama daripada pembangkang agar jangan terlalu
taksub hingga meminggirkan saudara seagama yang lain.
Janganlah kita terlalu berbangga hanya kerana rakan kita yang bukan Islam mampu
melafazkan sepotong dua ayat al-Quran, yang tidak tertib dan terus menyatakan
inilah tarbiah yang berjaya kita lakukan. Sebenarnya ia adalah merupakan
penghinaan terhadap kita dan juga Islam secara keseluruhan. Kepada sahabat kami
yang lain, tuntutan yang keterlaluan tanpa mengambil kira muafakatan lampau tidak
akan memberikan sebarang kelebihan dan keuntungan. Yang penting, bagaimana
kita mampu memahami antara satu sama lain, menonjolkan citra keharmonian dan
ukhuwah dalam penghidupan masyarakat majmuk di Negara Malaysia yang tercinta
ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seorang pemuisi, sasterawan bukan Melayu, Lim Swee
Tin dalam puisinya bertajuk Bersatu Melayu...
Y.B. Dato’ Speaker : Tak payah sebut namalah.
Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Tak dia memang kena sebut sebab
rujukan kepada buku dan sebagainya.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli syair yang bernama.
Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Bersatu Melayu, puisinya berbunyi,
bersatulah Melayu, kalau nampak ada retak kerana retak hujungnya belah. Bimbang
belah membawa pecah, Melayu itu tak mampu berpecah. Bersatulah Melayu,
Melayu itu cermin dalam jernihnya kita menilik, kita menilik mencari wajah. Wajah
Melayu, wajah kita. Bersatulah Melayu, Melayu itu lampu, terangi jalan luas
239
terbentang, siapa cuba kaburkan suluh, kelak hilang arah dan tuju. Bersatulah Melayu,
Melayu itu payung, payung jangan carik, carik payung manakah lagi tempat
berlindung. Bersatulah Melayu, Melayu itu pohon, akarnya mencengkam bumi, bumi
ini pautan kasih, kasih Melayu segala kasih. Melayu bersatulah, cari dan rangkalah
jalan damai, damai membuka pintu pertemuan, pertemuan kelak merintis padu,
berpadu Melayu berpadu semua.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga begitu teruja untuk membicarakan
persoalan Hukum Hudud berkaitan jenayah Islam. Ianya menjadi lebih menarik kerana
ianya juga berkaitan peristiwa yang membabitkan pemimpin tertentu yang melihat
Hukum Hudud dalam bentuk juz’i. Yakni stand alone dengan izin, yang terpisah dari
sistem jenayah syariat Islam secara keseluruhan. Dan ianya juga dibangkitkan di
dalam perbahasan oleh ADUN Kukup dan juga Sungai Abong. Persoalan hanya
berkisar berkaitan tentang keperluan menghadirkan empat orang saksi dan menolak
keperluan bukti yang kononnya tidak ada dalam hukum jenayah Islam.
Islam adalah sistem yang lengkap dan saling melengkapi, “kamil wamuttakamil”.
Setiap elemen dari ajaran Islam tidak boleh diceraikan dengan hukum Hudud. Hukum
Hudud dalam bentuknya yang juz’i tidak akan mampu melahirkan keadilan dan ini
akan menggambarkan Hudud adalah zalim. Mereka yang menilai Hudud dalam
bentuknya yang terpisah dari keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan Islam
akan menggambarkan Hudud tidak adil atau zalim.
Contoh yang selalu dikemukakan adalah persoalan rogol. Dalam Hudud jenayah
rogol adalah disamakan dengan jenayah zina. Tahap kesaksian dan hukumannya
juga sama. Dalam Hudud juga menuduh seseorang yang dikenali sebagai orang baik
melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan satu
kesalahan qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 kali rotan. Lalu diambil
peruntukan-peruntukan Hudud secara terpisah oleh golongan tertentu untuk
menggambarkan betapa mangsa rogol akan dizalimi. Mereka mengandaikan
bahawa seorang mangsa rogol perlu mendatangkan empat orang saksi lelaki yang
adil untuk membuat pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan qazaf. Ini menurut
andaian mereka adalah menzalimi mangsa rogol dan melindungi perogol.
Hakikatnya, undang-undang yang melibatkan kes rogol atau zina perlu dirujuk kepada
keseluruhan peruntukan Undang-Undang Jenayah Syariah secara lengkap yang
membabitkan Hudud, Qisas, Ta’zir, Undang-Undang Keterangan, Siasah Syariah dan
tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.
Seseorang yang mengadu dirogol sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat laporan
Polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini merupakan prosedur biasa. Polis atau
pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan laporan dan
keterangan yang diberikan sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol
telah berlaku. Pegawai penyiasat akan menyerahkan laporan kepada pihak
Pendakwa. Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum
240
hudud tidak mencukupi, tiada empat orang saksi yang melihat kejadian tersebut,
pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah Undang-Undang Ta’zir. Melalui
peruntukan Ta’zir, beban pembuktian adalah lebih longgar dan hukumnya lebih ringan
berbanding dengan hudud. Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta
bukti yang dikumpulkan oleh Pegawai Penyiasat seperti DNA test, laporan kesihatan,
penilaian psikologi dan lain-lain dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh
digunakan sebagai bahan bukti yang boleh membabitkan kesalahan Ta’zir ke atas
perogol, Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf
kerana Qazaf merupakan kesalahan hudud dan sebarang keraguan melalui Qarinah
dalam kes hudud boleh menggugurkan kes tersebut.
Hukuman hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang
keraguan langsung, Beyond any shadow of doubt dengan izin, manakala untuk
kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah tetapi tidak mencapai
tahap kesaksian yang diperlukan oleh hudud, hukum Ta’zir boleh dikenakan terhadap
tertuduh tersebut.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini adalah merupakan perundangan jenayah
Islam, yang seharusnya kita memahami. Dan, saya mengambil kesempatan di sini
untuk mencadangkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor, agar mengambil
satu pendekatan memberikan kefahaman berkaitan tentang Undang-Undang Islam
terhadap masyarakat dan juga kita sebagai seorang pemimpin agar kita mempunyai
ilmunya dan kita tidak akan terpesong apabila sesuatu kes ataupun peristiwa itu
berlaku. Jika kefahaman itu tidak dilakukan, saya yakin dan percaya kita berada di
dalam kegelapan dan kita akan melakukan sesuatu tanpa arah dan tujuan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di DUN Kemelah saya ingin ulangi kita bermisikan padi
tidak berpagar lalang, kerbau tak berkandang seladang, yang bermatlamatkan salah
satunya menjadi kawasan yang lengkap dengan kemudahan yang seimbang. Saya
ingin mengambil kesempatan di dalam Dewan yang mulia ini, merasa dukacita kerana
jalan yang menghubungkan di antara FELDA Redong dan juga FELDA Selancar yang
menelan kos jutaan ringgit yang sepatutnya telah siap pembinaan masih lagi tidak
menunjukkan tanda-tanda projek ini akan memberikan keselesaan kepada bakal
pengguna dan siap sepenuhnya.
Saya ingin memohon penjelasan daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, apakah
status dan permasalahan yang wujud yang menyebabkan kelewatan pelaksanaan
dan cara penyelesaian. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, khususnya Jabatan Agama Islam kerana
perjuangan untuk mendapatkan Sekolah Agama terutama di Kampung Pogoh 2 telah
menjadi kenyataan. Penduduk kampung amat berterima kasih kepada Kerajaan
Negeri, terutamanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan Jabatan Agama
dan bersyukur ke hadrat Allah di atas nikmat yang di berikanNya. Namun begitu, ianya
tidak terhenti di sini sahaja masih terdapat 4 buah Sekolah Agama yang telah
241
diluluskan untuk dibina, seperti di Taman Pelangi, Bukit Siput, Segamat Bahru dan
Kampung Melayu Raya haruslah dibina dengan kadar yang segera, kerana tuntutan
keperluan semasa yang mendesak bagi memberikan pendidikan agama yang
sempurna dengan kemudahan yang lengkap kepada anak bangsa. Tuntutan
pembangunan di DUN Kemelah juga melibatkan permohonan menaik taraf jalan
utama Kampung Melayu Raya. Saya telah dimaklumkan bahawa Kementerian
Pembangunan Luar Bandar dan JKR Negeri dalam proses akhir penyediaan kerja
awalan serta telah pun dimasukkan dalam 1st Rolling Plan bagi Rancangan Malaysia
Ke-10. Jadi, apakah status dan juga kebarangkalian projek ini akan dilaksanakan
pada tahun 2012.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kadang-kadang kita memikirkan tentang sesuatu yang
besar, projek mega dan sebagainya. Dan di kawasan saya insya-Allah, akan
dilangsungkan Projek Pembinaan Landasan Berkembar Kereta Api yang mungkin
bernilai kosnya berbilion ringgit dan apabila kita tanya kepada KTMB adakah sejak
penubuhan sehingga sekarang pernah tak melakukan keuntungan?. Dicatatkan
bahawa tidak pernah pun dari segi sejarah penubuhan KTMB ianya mencatat
keuntungan. Tetapi Kerajaan boleh kononnya untuk meningkatkan taraf kemudahan
prasarana, maka dibuat landasan berkembar. Untuk meningkatkan taraf tetapi kita
nak lihat dari segi penggunaannya. Adakah secara optimum dan sebagainya. Yang
menjadi malang tuan-tuan sekalian, projek mega tersebut tidak akan membantu
Barisan Nasional daripada undi. Projek mega yang seperti ini akan menimbulkan
masalah kepada Wakil Rakyat. Dan saya yakin di kawasan saya juga bermasalah,
apabila terdapat 35 orang yang terlibat dari segi proses pemindahan bagi projek
landasan Berkembar tetapi sehingga kini tidak ada cadangan penyelesaian yang
muktamad yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, tak.
Y.B. Datuk Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Sihat Dato’?
Y.B. Dato’ Speaker : Sihat. Dia ada kalalah. (Dewan ketawa). Entah siapa panggil
agaknya.
Y.B. Datuk Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’
Speaker, saya mohonkan Dato’ Speaker bahawa apabila kita ingin merancang
sesuatu projek yang berkaitan tentang projek yang menelan belanja yang tinggi,
tetapi pada masa yang sama juga, kita harus menilai akan keperluan pembangunan
di kawasan-kawasan perkampungan. Projek jalan Kampung Melayu Raya hanya
membabitkan kos RM10 juta hingga RM12 juta bukan RM12 bilion ataupun RM15 bilion.
Begitu juga dengan projek-projek untuk meluruskan jalan-jalan dan juga persimpangan
tetapi ini juga mengambil masa yang terlalu lama, dengan kos RM1.5 juta dengan kos
RM12 juta yang tentunya memberikan nikmat, memberikan kesejahteraan kepada
lebih kepada 5,000 orang, ianya tidak pun dilihat sebagai satu keperluan dan juga
242
keutamaan. Tetapi projek-projek yang berbentuk mega yang tidak pun memberikan
keuntungan, tetapi mungkin memberikan keuntungan kepada syarikat-syarikat, ianya
dilaksanakan tanpa mengambil kira pandangan dan juga kehendak kita secara
keseluruhan. Saya mohon Yang Berhormat Dato’ Speaker, agar masalah-masalah
yang dihadapi terutamanya di DUN Kemelah, yang membabitkan pembangunan
kemudahan kawasan-kawasan perkampungan dan juga kawasan ladang diberikan
perhatian kerana sudah lama kita mencapai kemerdekaan tetapi kita gagal untuk
mendapatkan kemudahan yang setaraf dengan mereka-mereka yang berada di
kawasan negeri pembangkang.
Di negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi 20 tahun, 30 tahun di bawah PAS,
dia marah kita di bawah Kerajaan Barisan Nasional tetapi Kerajaan bagi peruntukan
sampai berbilion ringgit. Mereka tak undi juga Barisan Nasional. Tetapi kita yang
menjadi penyokong tegar, setia kepada Barisan Nasional, berulang kali kita bercakap
di Dewan ini, tetapi tiada pun tindakan yang dilakukan untuk memastikan bahawa
rakyat kita mendapat kesejahteraan dan juga kemudahan yang dikehendaki.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat, masa cukup.
Y.B. Datuk Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, jika hendak
mengenal orang berbangsa, lihat kepada budi dan bahasa, jika hendak mengenal
orang yang berbahagia, sangat memeliharakan yang sia-sia. Jika hendak mengenal
orang mulia, lihat kepada kelakuan dia. Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu. Jika hendak mengenal orang yang berakal, di
dalam dunia mengambil bekal. Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai. Yang Berhormat Dato’ Speaker,
saya mohon menyokong. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam. Perbahasan diteruskan lagi, jemput.
Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin (Layang-Layang) : Assalamualaikum
warahmatullahi taala wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam.
Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin (Layang-Layang) : Bismillahirrahmaanirrahim.
Bersyukur saya kepada Allah SWT kerana dapat bersama dalam Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengucapkan terima kasih kerana memberi
peluang kepada saya untuk turut sama Menjunjung Kasih di atas titah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Johor ketika Perasmian Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor yang
ke-12 pada 23 Jun yang lalu. Titah Baginda Tuanku, kemakmuran yang dinikmati pada
hari ini hasil usaha Kerajaan dan kerjasama dari rakyat jelata. Baginda telah
243
menegaskan bahawa perpaduan dalam masyarakat dan kaum adalah asas kepada
keharmonian dan kesejahteraan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya kita telah berjaya menyuarakan
kepentingan kumpulan-kumpulan yang kita wakili tanpa gentar dan ragu-ragu telah
membolehkan kita berperanan secara berkesan. Kebijaksanaan mengamalkan
diplomasi halus secara tersirat, terutama dalam usaha merintis perdamaian serta
dapat menyelesaikan krisis dan konflik.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, jika dihalusi kita telah berjaya menegakkan syiar Islam,
bukan sahaja negara kita tetapi di persada antarabangsa. Melalui kemajuan negara
dan kemajuan ummah yang telah kita capai, kita juga sedar bahawa Islam dan
ajarannya boleh diperalatkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu malan orang Islam
sendiri untuk tujuan memenuhi agenda sempit mereka.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita bertanggungjawab memastikan agar budaya
samseng dan tindakan ganas menggunakan nama dan lambang Islam sama sekali
tidak boleh dibiarkan berlaku. Sebarang kealpaan akan memberi ruang kepada
mereka membuat pelbagai perubahan yang boleh memporak-perandakan dan juga
menjejaskan hubungan harmoni yang terjalin di antara kaum di negara ini. Kita
hendaklah meletakkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT sebagai teras
utama. Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW sebagai teras pegangan dan rujukan.
Fardu Ain dan Fardu Kifayah dijalin bersama. Pendekatan ini tidak susah difahami jika
tafsiran dilakukan secara ikhlas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak terus kepada beberapa perkara di dalam
kawasan saya.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat nak teruskan ucapan ke nak
rehat? (Dewan ketawa).
Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin (Layang-Layang) : Terserah kepada Yang
Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan selama 20 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11:35 pagi.
Perbahasan disambung semula pada jam 12:00 tengah hari.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera, Persidangan ini disambung semula, jemput Yang Berhormat.
244
Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin (Layang-Layang) : Yang Berhormat Datuk Speaker,
terima kasihlah kerana menyambung perbahasan tadi. Saya nak sentuh dalam
kawasan saya Yang Berhormat Datuk Speaker.
Hari ini hari banyak disentuh dari segi hal kebersihan ini. Saya pun tak nampak lagilah
hari ini dalam kawasan PBT ini yang jadi contoh soal kebersihan ini. Saya pun dah
cakap dulu, contoh dalam kawasan saya sendirilah dalam sebahagiannya di Simpang
Renggam, Renggam, Layang-Layang. Jadi saya dah cadang sebenarnya yang
Dewan ini, dalam majlis, pertama kita mesti adakan dari segi pendidikan ini.
Kita dah buat sebulan lepas tu pergi sebulan, yang kedua kita bagi amaran pula kalau
dia masih melakukan kesalahan ini. Yang ketiga, sebulan selepas itu baru kita boleh
buat tindakan, tapi hari ini tak nampak ada Penguat kuasa, ada Pegawai Undang-
undang tapi pelaksanaan dari segi nak menuju kepada kebersihan ini tak ada.
Dulu saya duduk Singapura, Yang Berhormat Datuk Speaker, tahun 71 saya dah duduk.
Masa itu dah bersih, nak pijak rumput pun tak boleh, kenapa? Kerana Penguat kuasa
Undang-undang itu dijalankan. Hari ini dah 2011 dan sekarang ini Melaka pula bersih
tapi kenapa kita tak nak ikut perkara yang mereka buat.
Baru-baru ini kawan saya hantar anak dia pergi masuk kolej di Melaka, lepas nak
daftar tu duduk dekat kantin. Ada satu orang kawan yang sebelah dialah buang tisu,
yang datang tegur tu bukan Penguat kuasa, yang datang tegur tu orang Melaka
tegur. Encik, buang sampah senang tapi nak membersihkan susah. Ini satu tamparan
kepada orang Johor sebab kita tak didik orang kita. Pergi ke Melaka kena tegur,
betapa malu tu. Jadi saya harapkan supaya Pihak Berkuasa Tempatan ini ambil
beratlah. Saya sendiri pun duduk dekat bus stand Renggam tu, duduk je nampak tu,
tepi-tepi curve tu memang tak bersih, dengan puntung rokok, dengan apa. Jadi,
tanpa ada Penguat kuasa Undang-undang ini, tanpa ada satu cara kaedah
pendidikan ini, tentulah kita tak akan mencapai ke tahap yang saya sebut tadi.
Jadi saya harapkan supaya jangan berulang-ulang lagilah Dewan ini, jangan ada lagi
orang tegur, ye tak? Seolah kita ini macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri, jadi
tak berapa cantiklah. Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker, yang keduanya, sekolah-
sekolah agama ini, kita memang dah terangkan kepada dalam kawasan kita ini, dulu
ada penswastaan tak jadi, lepas tu perancangan kerajaan Alhamdulillah, daripada
seratus lebih sekolah agama yang akan dibina dalam masa dua tiga tahun. Saya dah
sebut dulu sekolah agama kawasan saya ini ada empat lagi. Sekolah Agama Remis,
Sekolah Agama Layang-Layang, Sekolah Agama Bandar Renggam, Sekolah Agama
Simpang Renggam, belum empat lagi dibuat dah tambah satu dah, orang dah bagi
saya surat permohonan Sekolah Agama Taman Renggam Jaya ini, dia ada tapak dia.
Kalau tak dapat empat-empat ini, satu tapi bila? Sekurang-kurangnya satu dah mula,
senang nak terangkan kepada orang Simpang Renggam ini, kawasan saya ini. Ini satu
245
pun tak nampak lagi, Renggam dulu ke? Layang dulu ke? Simpang Renggam dulu
ke?
Jadi saya mintalah pengerusi kepada kerajaan untuk kalau tak empat-empat, satu,
bila? Bila nak mula satu ini? Baru kita boleh cerita yang seterusnya dan saya nak tuju
kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pelajaran
dan Pengajian Tinggi. Hari ini kalau kita tengok contoh Kluang, universiti ada,
contohlah. Kolej Komuniti banyak, MRSM banyak tapi kita, kawasan kita satu pun tak
ada, jadi kita mintalah pengerusi ini supaya bincanglah dengan menteri ini, bagi-
bagilah, ye tak? Kalau universiti dekat tempat dia, kawasan menteri-menteri ini,
tempat kita ada Kolej Komuniti pun cukuplah, betul tak? Jangan tak ada terus, orang
kampung kata, apa Y.B. ini, tak boleh bawa pembangunan, dia tak nampak parit,
longkang apa semua ini. Dia nampak tak ada universiti, tak ada itu dia dah, tapi kita
tak membuat sesuatu. Kita boleh bincanglah, nak tempat kat mana? Kita boleh
tolong cari, jangan kita ini asyik tempat yang tertentu saja yang ada pusat-pusat
pengajian tinggi ini.
Satu lagi saya nak minta kepada Pengerusi Kebajikanlah, saya ada PDK, ini Tuanku pun
tegur PDK. Alhamdulillahlah hari ini Yang Amat Dihormati Datin Profesor ambil berat
tentang PDK ini. PDK saya ADUN Layang ini menumpang di Bangunan Majlis, hampir-
hampir nak kena keluar itu harilah tapi Alhamdulillah, runding-runding boleh tumpang
lagi tapi berapa lama nak tumpang? Kita pun sedar juga menumpangkan, dah enam
tahun menumpang. Jadi ada hikmahnya bila dia suruh saya keluar tu, saya baru
terperasan apabila selama ini saya menumpang. Jadi saya dah mohon tanah kepada
Pejabat Daerah, tanah kerajaan, bawah SUK ini dah lulus pun dan saya dah mohon,
dah ajukan kepada Pengerusi Kebajikan Pejabat Kebajikan Negeri Johor tentang dan
siap dengan dia punya lakaran pelan. Ini ada peruntukan, kerajaan sediakan
RM250,000.00, satu-satu PDK ini, jadi saya minta pengerusi ataupun kerajaan memberi
keutamaanlah kepada PDK DUN Layang ini. Jangan sampai kena halau keluar nanti,
duduk bawah pokok pula budak PDK ini. Saya tak apa, ye tak? Kita kesian budak-
budak yang kurang upaya ini, jangan dia terbiar. Jadi saya harapkan supaya dan hari
ini saya pun dah buka satu lagi PDK Layang ini. Itu bukan tumpang, itu tanah kerajaan,
lepas ini pun saya nak mohon tanah itu, lepas itu nak aju lagi tapi jangan sampai yang
DUN Layang ini yang tadi pertama tak dapat, nak aju kedua nanti esok beranganlah
kita ini, ye tak?
Betullah kata Datuk Speaker, ini satu lagi ini, warga emas ini. Saya dah, yalah, saya
dah buat permohonan lebih kurang dekat, permohonan kebajikan ini, kadang dia
tolak itu tak munasabah, anak ramai. Kalau kita kata anak ramai, dulu kita muda-
muda dulu, gaji kita satu, dua ribu ke tujuh lapan ratus, berapa ringgit kita bagi pada
bapak kita atau mak kita? Hari ini kalau orang kampung anak dia kerja kampung,
kerja estet, anak empat, lima, gaji lima enam ratus, kebajikan kata dia tengok, kan
anak ramai. Berapa sen anak yang nak bagi, tak bagi, tapi dia tolak mentah-mentah.
Saya dah mohon pula baru-baru ini, warga emas lebih kurang dekat 11 orang, Cina,
246
Melayu, India ada, bukan Melayu aje. Hantar ke kebajikan, tolak. Bila tolak, saya pun
pergilah, dah Kluang tolak, tak apalah, saya cakap dengan pegawai itu, ini kerja
awak, awak ikut peraturan, betullah. Saya buat rayuan kepada Kerajaan Negeri,
melalui Pengerusi Kebajikan. Pergi sampai dekat Pengerusi Kebajikan, tolak balik, saya
dapat salinan dah, tolak balik ke pejabat…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Kenapa Yang Berhormat buka songkok itu?
Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin (Layang-Layang) : Gatal Datuk.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Gatal.
Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin (Layang-Layang) : Dah tua-tua ini, kadang-
kadang dia gatal sikit.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ya? Jangan menggatal dahlah.
Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin (Layang-Layang) : Tak, tak. Insya-Allah. Tolak balik
dekat Kluang Datuk, Datuk Speaker. Esok kena macam bangau oh bangau. Kalau
peraturan tak apa, dia kata siasat, dah dia tolak, nak siasat apa? Siasat, dia siasat,
esok dia tak siasat, jadi tolak ajelah. Jadi bangau oh bangau dah kita kena marah
nanti. Jadi saya minta supaya warga emas ini, umur dah 65, 70, 80 bukan umur 50
yang masih boleh kerja pun tolak, apa kita nak jawab ini? Jadi saya minta kepada
Pengerusi Kebajikan, betul dah hantar balik kepada Kluang, minta siasat tapi siasatan
itu esok mesti jawapan dia, dapat. Kalau jawapan ditolak juga, saya tak tau nak
cakaplah, Datuk Speaker. Jadi saya harapkan supaya perkara ini tak berlaku lagilah
dan saya nak sentuh sikit tentang pembangkang ini. Yalah, itu hari ada sedikit
insidenlah, kita, kadang-kadang kita ini, ini pembangkang ini PAS, bukan nak cakaplah.
Bila berlaku, kita tak tuduh, saya pun suka cakap dengan PAS ke, kita tak tuduh tapi
perkara ini memang dah berlaku dah. Zaman Nabi Luth dah ada dah, apa kita
hairan? Hari ini bukan seorang, ramai dah buat dah tapi bila kita pemimpin ini,
pemimpin ini sepatah kita cakap orang nilai. Selangkah kita melangkah orang
nampak, ha ini, tapi bila video itu terkena kepada pembangkang dia gunakan ayat
Quran, kita tidak menafikan ayat Quran, betul tak? Empat saksi tapi cuba video itu
orang UMNO, betul, betul dia kata, nampak. Jadi, dia menggunakan al-Quran untuk
kepentingan politik dia.
Ini yang kita nak beritahu kepada pembangkang khususnya PAS ini. Dulu dia kata
UMNO kafir, kenapa UMNO kafir? Kerana kita UMNO ini join dengan MCA, joint
dengan MIC, GERAKAN, dia kata kafir, dah 5, 60 tahun dulu dia kata. Hari ini, dia joint
pula dengan orang yang samalah, MCA pun bukan orang Islam, DAP pun bukan Islam,
dia pula, eh! Tak pula, kita tak tuduh, menuduh orang kafir dia balik kepada diri sendiri.
Jadi betullah kalau Mufti Negeri Perlis, yang bekas Mufti Negeri Perlis kata, PAS ini
mengkafirkan diri dia sendiri, jadi taubatlah, saya minta taubat dan balik ke pangkal
247
jalan, jangan nanti, apa, cegah balik dia orang, bukan kata kafir mengafir, kita baru
pilihan raya kat Tenang, kita sembahyang belum habis, dia dah sembahyang kat
belakang, dia belajar tak belajar ini? Dia reti masbuk ke tak reti ini? Satu, yang
keduanya, bila sembahyang, lepas sembahyang ada jamuan, jemput makan, dia kata
rasuah. Eh! Makan rasuah, sembahyang masjid kerajaan tak rasuah pula masjid ini, ye
tak? Mana letak otak dia ini? Ye tak? Saya pun tak fahamlah mereka ini. Jadi saya
harap supaya baliklah ke pangkal jalan, jangan buat sesuatu mengikut nafsu, kerana
kita UMNO ini, tuan-puan, pembangkang ini, dia gunakan kepentingan politik sempit
mereka, menggunakan al-Quran. Berbeza dengan kita UMNO ini, kita membuat
sesuatu kebaikan berdasarkan, bersandarkan kepada hadis dan al-Quran. Dengan itu
saya menyokong usul yang dibawa oleh sahabat saya, YB ADUN Kukup. Wabillahi
taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam warahmatullahi taala wabarakatuh.
Ada yang lain nak berucap? Jemput.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Terima kasih Yang Berhormat
Datuk Timbalan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam
sejahtera dan salam 1Malaysia.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam warahmatullahi taala wabarakatuh.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya): Bismillahirrahmaanirrahim.
Alhamdulillah, rasa syukur ke hadrat Allah SWT dengan rahmatNya dan keberkatan
RasulNya, Muhammad SAW, maka pada hari ini dapatlah sekali lagi saya berkongsi
pandangan dan cadangan di atas menjunjung kasih Perbahasan Usul Titah Duli Yang
Maha Mulia Sultan Johor di dalam ucapan Perasmian Dewan Keempat Penggal Ke-12,
pada 23 Jun yang lalu. Dalam titah Baginda Sultan telah pun menyentuh dan
mengingatkan kita supaya bersyukur kepada Allah SWT di atas kurnia yang mana
negara kita serta negeri kita di dalam keadaan aman, makmur dan bahagia serta
pembangunan yang pesat, ekonomi yang baik dan banyak memberi peluang-
peluang kepada rakyat yang berada di Negeri Johor ini.
Sambil itu baginda juga mengingatkan kita semua supaya kita ingat pada orang
kurang upaya dan orang-orang miskin perlulah dibela. Serta pendidikan dan
pendidikan agama yang mana pada hari ini Kerajaan telah pun memperuntukkan 121
buah sekolah agama di Negeri Johor ini dengan kerjasama oleh pihak swasta.
Alhamdulillah perkara ini sudah jelas menunjukkan negara kita negeri kita aman dan
bahagia. Tetapi pada hari ini kita telah pun dicetuskan satu titik-titik hitam iaitu bersih,
sedangkan yang cakap bersih itu tak bersih. Ha, ini masalah dia yang kita telah dapat
makluman hasil siasatan oleh pihak berkuasa, 31 penyokong BERSIH yang diketuai oleh
Ahli Parlimen Sungai Siput serta risalah-risalah ini telah pun dapat kita lihat sudah jelas,
sudah jelas mereka ini telah menghidupkan semula fahaman komunis yang salah dari
segi undang-undang. Ni tak BERSIH, kotor, haram tapi mereka ini laksanakan demi
248
kepentingan, kepentingan kuasa untuk merebut Putrajaya ini diperintah. Jadi ini sudah
jelas, sudah jelas Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau kita tengok BERSIH ini dah jadi
kotor dah.
Hari ini saya telah dapat ramai merungut kerana jalan-jalan jem, roadblock. Ini baru
roadblock rakyat dah bising. Cuba kalau perang, macam mana? Ini semua yang ada
dalam dewan ini belum, belum menghadapi peperangan. Belum menghadapi
suasana yang begitu peluru dekat atas kepala. Tapi adakah mereka ini kalau mereka
ini mengambil negara kita boleh ke mereka ini mengadakan aman seperti yang kita
adakan pada hari ini. Saya menyeru kepada khasnya kepada parti-parti
pembangkang yang mencetuskan perkara-perkara sedemikian supaya cepat tarik
balik. Ini kita sesama manusia duduk dalam negeri aman. Cuba kita bayangkan
besok kalau peperangan, nak makan dekat warung, nak minum dekat warung. Ha ini
saya harap pembangkang ini pun manusia juga bukan malaikat. Jadi kalau nak
merampas kuasa itu biarlah secara demokrasi berparlimen yang ditunjukkan pada hari
ini di bawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional. Kalau kita tidak ada demokrasi
saya rasa 4 negeri telah pun kita serahkan kepada mereka. Tapi saya berharap
kepada rakyat kena faham, kena jelas apakah tujuan sebenar yang dianjurkan BERSIH
ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima
kasih dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas kepimpinan
beliau yang telah dapat membawa pembangunan khasnya dalam kawasan
Nusajaya. Banyak masalah-masalah yang telah diselesaikan di dalam kawasan
Nusajaya ini seperti penempatan nelayan-nelayan, tanah setinggan serta jalan-jalan.
Ini pun pembangkang tak nampak ke? Kesempatan ini pun kadang-kadang diambil
oleh pembangkang untuk mendapatkan rayuan daripada masyarakat. Benda betul
kata tak betul. Jadi ini semua sebenarnya sudah jadi kenyataan. Kalau kita nak
dibandingkan di Nusajaya ini dengan tempat-tempat lain khasnya di Parit Yaani saya
rasa jauh lebih beza. Kalau pergi Parit Yaani, pergi Nusajaya kita boleh sesat tak lama
lagi dekat Nusajaya ini. Tapi walau bagaimanapun Yang Berhormat Dato’ Speaker,
bukan mudah untuk kita bangunkan sebuah tempat yang bertaraf antarabangsa
yang mahukan pembangunan yang begitu pesat supaya pelabur-pelabur hadir untuk
melabur di kawasan ini bukan mudah.
Beberapa perkara juga saya menyeru khasnya kepada pihak Iskandar IRDA dan Pihak
Berkuasa. Kalau kita lihat di negeri-negeri lain, di kawasan-kawasan lain hanya ada
satu sahaja Pihak Berkuasa Tempatan. Tapi di kawasan Nusajaya ini khasnya satu
kawasan yang luasnya 2,217 kaki persegi ini telah pun diletakkan satu Pihak Berkuasa.
Jadi Pihak Berkuasa Tempatan dah ada letak lagi satu Pihak Berkuasa Iskandar
Malaysia. Jadi, ini sudah menunjukkan satu Pihak Berkuasa yang sepatutnya bekerja
luar biasa. Jadi, pada hari ini kalau kita lihat khasnya di Nusajaya, kadang-kadang kita
takut apabila hujan. Kalau di Pemanis, kalau hujan, banjir, banjir dia banjir air bersih.
Tapi di Nusajaya ni kalau banjir kita takut sebab banjir lumpur yang sering melanda. Ini
249
sepatutnya kerja-kerja yang perlu pihak IRDA meneliti apabila setiap pembangunan
yang nak diadakan itu perlulah kita awasi dari segi beberapa sudut supaya air yang
dibangunkan itu tidak melimpah ke kampung-kampung. Ini Pihak Berkuasa IRDA ini
peranan dia lain daripada yang lain. Bukannya duduk dekat dalam pejabat-pejabat
sahaja hanya menulis di atas kertas. Tapi kita kena turun ke padang lihat sendiri. Dan,
hari ini sudah jelas beberapa kawasan yang sedang membangun khasnya taman-
taman perumahan tanpa kawalan oleh pihak-pihak tertentu khasnya Pihak Berkuasa
yang bertanggungjawab.
Saya rasa jalan pintas sentiasa dilalui oleh pemaju-pemaju ini untuk mencari
keuntungan yang mudah. Jadi, saya berharap apabila amanah yang telah diberikan
kita kena laksanakan. Bukan sahaja limpahan banjir lumpur bahkan lampu-lampu
isyarat kalau kita tengok. Saya setujulah daripada ADUN Kukup kalau patut nak buat
satu jalan, jambatan daripada Tanjung Bin ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Ini juga
sudah boleh menghubungkan, menghubungkan di antara kedua-dua bahagian ini
menjadi satu keluarga yang baik supaya menguatkan lagi pelabur-pelabur yang akan
datang ke kawasan Nusajaya dan kawasan Benut. Banyak sepatutnya lampu-lampu
isyarat perlu diletakkan khasnya menghubungkan di antara Pekan Nenas dengan
Nusajaya. Satu kampung yang dulunya kampung yang orang pun tak nak beli tanah
dia. Tapi hari ini sudah menjadi laluan utama.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, sekali-sekali kalau pagi kita cuba duduk
dekat kampung Ulu Pulai nama dia. Ha, kalau daripada Pontian itu nak pergi ke Johor,
daripada pukul 6.00 sampailah tengah hari ini tak habis-habis lagi. Dia nak cross pergi
ke highway lima kedai dan seterusnya turun ke Perling dan ke Johor Bahru. Jadi, ini
sepatutnya pihak IRDA turun, kaji, jangan sampai pelabur besok lari kerana jem. Kita
panggillah pelabur daripada mana-mana tetapi kawasan yang perlu diatasi tapi tidak
membuat kajian. Bukannya lampu isyarat sahaja, bahkan kalau pagi itu kalau kita
tengok, satu kesesakan yang perlu dihadapi oleh pekerja-pekerja awam, peniaga-
peniaga apabila jalan daripada Ulu Choh untuk ke Simpang Skudai iaitu di
persimpangan Taman Universiti di Universiti Teknologi Mara. Ini sepatutnya dibuat
kajian juga, sepatutnya satu jejantas perlulah diadakan di kawasan tersebut untuk
menghubungkan kawasan-kawasan yang berada di luar untuk mereka ini ke kawasan-
kawasan yang ada di dalam taman-taman Universiti seterusnya ke Kota Iskandar ini.
Sepatutnya satu kajian, kajian terperinci sepatutnya dilaksanakan. Begitu juga saya
setuju dengan Bukit Naning sebentar tadi mahukan rumah-rumah yang murah yang
boleh ditolak dengan harga 20% potongan tapi saya tak setujulah kalau dia nak tolak
rumah 20%, 30% nanti pemaju-pemaju dia naikkan harga tinggi. Serupa juga tapi saya
menyarankan di kawasan Nusajaya ini seperti saranan Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri pada hari ini rumah mampu milik sepatutnya disegerakan di kawasan
Nusajaya ini.
Ini sudah pasti kalau kita lihat pada hari ini di Nusa Idaman, Nusa Bayu, 400,000,000 ke
atas. Berlumba-lumba pihak-pihak yang mempunyai wang yang mempunyai gaji
250
tinggi tetapi mana pembelaan yang mempunyai gaji sederhana. Mereka ini juga
kalau duduk dekat tempat elit macam ini saya rasa kalau diberikan peluang dia pun
berperasaan untuk maju kerana kita akan menghadap negara maju pada beberapa
tahun lagi. Jadi, saya berharaplah pihak Iskandar membuat satu kajian sebab mereka
ini ditempatkan di tempat yang telah ada Pihak Berkuasa. Jadi, yang saya nak
terangkan ini apabila dia dah berkuasa bermakna dia sudah menjadi luar biasa. Satu
kajian terperinci sepatutnya dilaksanakan. Rumah mampu milik. Kalau tak percaya
Timbalan Speaker pergilah tanya rumah-rumah baru buat dekat Nusa Idaman, Nusa
Bayu, Nusa Bestari, tanya dia berapa harga dia. Jadi, saya berharap sekurang-
kurangnya mereka-mereka yang berpendapatan sederhana ini mampu untuk memiliki
rumah di kawasan pembangunan Nusajaya ini. Jadi, itu adalah saranan Kerajaan
mahukan semua rakyat menikmati segala usaha pembangunan yang ada di kawasan
yang dibangunkan oleh Kerajaan.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Pengerusi, Datuk Timbalan Speaker, minta maaf. Satu
lagi yang saya nak bagi tahu dengan Iskandar ini, IRDA ini, ini banyak tertumpukan
kepada IRDA ini, banyak yang saya tak puas hati. Kerana ini kawasan saya. Baru-baru
ini terdapat nelayan yang menyatakan pampasan kurang dibayar, janji tapi tak
dibayar lagi. Saya mintalah pihak-pihak tertentu membuat dan melihat kalau betul
Kerajaan dah janji tak bayar, bayarlah. Apa nak susah sangat? Kita buka tengok fail
betul ke janji-janji kerajaan ini? Tapi kalau kita tidak ada janji sepatutnya satu, satu idea
yang luar biasa sepatutnya kita mengenakan. Kalau di darat ini kita ada satu kawasan
pembangunan, khasnya pembangunan Wilayah Iskandar yang mana di merata-rata
tempat tahu kawasan yang sedang pesat membangun. Tapi kita terlupa pula, saya
mencadangkan supaya kawasan-kawasan perairan yang ada di dalam kawasan
Nusajaya ini membuat satu kajian untuk dizonkan satu zon pembangunan. Sebab saya
mendapat rungutan daripada nelayan-nelayan apabila plankton-plankton yang
membawa pasir datang lalu ke Sungai Melayu, Sungai Danga, Sungai Danga dan
sebagainya ini juga akan merosakkan jaring-jaring mereka. Sedangkan apabila kita
tanya plankton yang jalan itu adalah diberi kuasa oleh APMM dan diberi kuasa oleh
Kastam untuk membawa pasir-pasir. Jadi, dia tak salah tetapi rakyat menyatakan dia
salah sebab jaring dia dah putus. Sedangkan kawasan ini sepatutnya kawasan
memang nak bangun. Dengan airnya kotor dan sebagainya.
Tetapi kalau kita zonkan sewaktu pembangunan yang sedang dibangunkan di
kawasan ini, saya rasa keluhan-keluhan daripada nelayan tidak akan timbul. Kerana
mereka ini juga tahu kerana kawasan ini adalah zon pembangunan. Seperti juga
kalau kita lihat di Puteri Harbour. Dulu Puteri Habour bukan main kotor sewaktu
pembangunan ini sedang dibangunkan. Bukan sahaja nak cari ikan, nak cari udang,
ketam pun takde. Nak cari kepah pun takde. Tapi hari ini kalau kita pergi memancing
dekat Puteri Habour ikan dia besar-besar, putih-putih, jernih-jernih. Ha ini, satu
perbezaan, apabila pembangunan telah selesai maka rezeki-rezeki daripada laut akan
datang untuk bersama-sama dengan nelayan-nelayan. Jadi, sebelum kawasan-
251
kawasan pembangunan ini naik, saya rasa perlulah kita buat sesuatu untuk, supaya
nelayan-nelayan ini tahu.
Dan baru-baru ini pula, ada orang ketiga pula mengambil kesempatan. Saya
difahamkan ada satu pertubuhan NGO, 2 pertubuhan NGO, Ikhlas daripada Kuala
Lumpur. Semalam, Jerit ke, Jerat ke, saya tak tahu, datang juga, konon nak bantu
nelayan. Nak buat satu tinjauan, satu analisis kepada nelayan-nelayan. Tapi kalau
cerita dia baik, tak apa. Rupanya yang datang itu pun, yang datang, BERSIH. Ha,
bukan kotor, kalau kotor kita senang bersihkan. Jadi ini satu siasatan perlulah kita
jalankan. Kalau dulu Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, dekat Gelang Patah ini,
tak ada orang nak datang dah. Tak ada. Tanah, harga 1 ekar cuma RM10,000. Tak
ada orang nak datang. Hantu pun takut kalau pukul 10:00 malam tak datang dah.
Kalau kita nak datang ke Tebing Runtuh, ini dulu Tebing Runtuh ini. Kalau nak datang
ikut darat tak ada. Kena ikut laut daripada Pantai Lido, kita naik bot datang, barulah
kita dapat duduk dekat Kampung Tebing Runtuh.
Tapi hari ini sudah berbeza. Lanskap kita sudah berbeza. Akibat perbezaan ini, anasir-
anasir yang tidak bertanggungjawab sudah datang untuk meracuni masyarakat dan
rakyat yang kita bela selama ini sehinggakan orang-orang yang tak pernah datang
pun dia datang. Jadi saya haraplah kepada pihak-pihak berkenaan supaya dapat
melihat. Semoga pembangunan, nikmat yang kita berikan kepada rakyat dapat
mereka kecapi bersama. Inilah, negara yang benar-benar memperjuangkan negara
kebajikan. Bukan yang baru nak datang, nak buat kebajikan.
Dan dengan ini juga, saya mencadangkan supaya kerajaan, khasnya Kerajaan Negeri
Johor menubuhkan satu tabung, iaitu Tabung Kemiskinan Segera, satu Tabung
Kemiskinan Segera seperti yang kita lihat pada hari ini, Yang Berhormat Datuk Timbalan
Speaker, kadang-kadang, kita Wakil Rakyat didatangi oleh mereka-mereka ini yang
jatuh miskin segera, yang mana jatuh miskin segera ini saya contohkanlah, seperti
pinjaman Along, tak dapat dibayar. Dulu dia berniaga. Apabila pinjaman Along tak
dapat dibayar, suami dia dah lari, isteri datanglah terkedek-kedek bawa 6-7 orang
anak. Jumpa dengan Wakil Rakyat minta tolong, minta tolong, api dah nak kena
potong, air dah nak kena potong, jadi mangsa-mangsa ini perlulah kita bela. Jadi kita
bercakap, kita kategorikan mangsa miskin segera ini. Jadi saya berharaplah, dengan
cadangan ini supaya khasnya Kerajaan Negeri Johor menjadikan satu contoh, untuk
menubuhkan satu Tabung, atau Dana untuk membantu mereka-mereka yang
mendapat kesusahan segera.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Masa dah cukup Yang Berhormat. Masa dah cukup.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Sikit lagilah Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ringkaskanlah. Ok.
252
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Ok. Dalam pada itu juga, saya
ucapkan terima kasihlah kepada pihak IRDA tadi kita dah cakap, sebab apa, kerja-
kerja yang perlu dilaksanakan. Kali ini, kita ucapkan terima kasih kerana membuat satu
promosi, iaitu promosi peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan. Sepatutnya idea-
idea macam inilah yang perlu ditunjukkan oleh pihak IRDA kerana IRDA ini apa yang
telah saya jelaskan Pihak Berkuasa yang luar biasa, seperti Tanjung Puteri pun
bercakap semalam. Pihak yang sepatutnya, yang ada dalam tu profesional, orang-
orang yang bijak pandai melaksanakan tanggungjawab, janganlah duduk dekat
pejabat sahaja. Hanya di atas kertas. Jadi atas kertas, dan kita turun, tengok. Dan,
jadi pada hari ini kita pun sudah nampaklah satu pembaharuan yang telah dibuat,
yang mana satu peluang-peluang pekerjaan yang di dapat dinikmati. Waktu tu,
pelancaran dia, saya sendiri tengok, on the sport dapat kerja. Jadi inilah satu contoh
yang perlu kita melaksanakan demi masa depan rakyat kita khasnya di dalam
kawasan Wilayah Iskandar ini.
Dan yang terakhirnya satu, saya hendak bagi tahulah, Yang Berhormat Datuk Timbalan
Speaker, ini dia orang kalau bercakap pasal sukan, pasal bola sepak tengok muka
saya. Ha, sebenarnya seronok juga saya, sebenarnya. Bila pasal bola je, tengok muka
saya. Sebab, seolah-olah saya ini macam Perdana Menteri juga. Sebab Perdana
Menteri, dia pasal bola, dia sanggup duduk dekat bawah, bersama-sama dia melihat.
Tapi, saya lihat apabila rakan-rakan kita tengok muka saya sebenarnya...
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Yang Berhormat Timbalan Speaker..
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Kenapa?
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Saya ingin mencelah sedikit. Yang kita
tengok Perdana Menteri itu, menang. Tapi ini tengok muka dia tetap kalah. (Dewan
ketawa). Jadi itu kita pandang-pandang nak lihat muka dia.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Saya sokong.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Pastikan yang benar Yang Berhormat..
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Saya sokong, Y.B. daripada Kukup
bercakap tu.
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Terima kasih Yang Berhormat Datuk
Speaker.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Nantilah, saya belum habis nak
jelaskan. Jadi, sebenarnya mereka-mereka ini pun nak tempat saya juga. Ha, nak
tempat saya. Ha, kalau..
253
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Tak, siapa yang cakap tu?
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusa Jaya) : Ya?
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Siapa yang bercakap nak tempat..
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Yang Berhormat, kalau saya nak, saya
ambil, pasti menang, Yang Berhormat. (Dewan ketawa).
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, teruskan.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Sebab apa, daripada Kukup pun
ada menyatakan, bila dia cerita pasal bola, dia pandang muka saya. Seolah-olah,
dalam Dewan ini Ahli-Ahli Yang Berhormat pun hendak tempat ini. Sebab, promosi dia
amat baik. Semua kenal, satu Malaysia kenal. Jadi, ini yang direbut-rebut agaknya.
Jadi dia provokasi saya. Sebenarnya, Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, bukan
mudah. Sewaktu kita mengambil tampuk kepimpinan selama setahun lebih, hutang
berjuta, Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker. Ini semua dia orang tak tahu.
Kadang-kadang kita pun tak makan. Kesian tengok. Gaji tak dibayar dan
sebagainya. Jadi, untuk menubuhkan satu pasukan yang kuat, kita kena membuat
bermacam-macam latihan dan bermacam-macam cara untuk kita menaikkan. Siapa
tak nak naikkan, negeri kita? Dan kita juga bercita-cita macam Yang Berhormat juga.
Tapi, sepatutnya Yang Berhormat, kalau banyak..
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Kalau lebih sepatutnya, jawapan
daripada Pengerusi Belia dan Sukan, bukan ADUN Nusa Jaya. (Dewan ketawa)
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat Datuk Speaker..
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Saya, bukan menjawab. Ucapan
perbahasan yang perlu saya sampaikan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebab dia
tengok saya. Faham atau tidak? Ini cara kita berbahaslah kan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Tak apa. Kalau dia tengok Yang Berhormat apa
salahnya.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Tak, dia tengok tu, macam satu,
sebab saya yang bertanggungjawab. Sebab hari ini..
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Ha, tengok sebab handsome sikit..
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Oklah Yang Berhormat. Masa, masa, masa.
254
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Ini Yang Berhormat. Saya nak
terangkanlah. Kita kongsi bersama. Kalau Yang Berhormat, kalau hari ini boleh buat
collection Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kenapa Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak mahu buat
collection untuk meningkatkan mutu bola sepak Negeri Johor.
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Dia tak pernah minta Yang Berhormat.
Macam mana? Kalau minta, kita bagi. Kalau nak kita bagi insya-Allah..
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Dah minta dah..
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, Yang Berhormat. Lepas ini, keluarkan list.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Ok, esok saya akan keluarkan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Huh..
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Yang Berhormat Datuk Speaker.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, cukup.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Bukan mudah, saya cakap. Hari
ini, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, walaupun kita kedudukan taklah begitu naik,
tetapi 1 hari bulan ini kita akan lawan Pulau Pinang, dan kalau kita berjaya, kita akan
masuk ke pertandingan Piala Malaysia. Dan, kita juga mengakui..
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Datuk Speaker, itu hari Yang Berhormat Nusa Jaya
salahkan DAP. Tapi DAP Johor boleh bagi dermalah untuk memajukan pasukan bola
sepak kita. Tapi atas syarat, Presiden kena tukarlah. (Dewan ketawa).
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, jemput Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat, kita Persatuan
Bola Sepak Negeri Johor mengalu-alukan kalau setakat RM10.00 tu, kirim salamlah.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Hhmm..
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Ha, sebab perbelanjaan dia
kalau satu bulan kita nak bayar gaji, kita nak kena mencari RM100,000 lebih. Sebab
kita ada 2 pasukan, satu Pasukan Pelapis kita yang diwajibkan oleh FAM. Ini semua
bergaji, berelaun. Ha, itu sebab saya kena terangkan dekat sini. Ini bukan jawapan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok Yang Berhormat, masa dah cukup. Dah lebih
daripada 5 minit dah.
255
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Ha, jadi saya nak bagi tahulah.
Sebenarnya, untuk tahun hadapan, kita pun tengah melaksanakan yang terbaik. Jadi,
apa yang saya harapkan seperti daripada DAP Skudai tadi nak derma, datanglah ke
pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor kerana kita akan, banyak lagi untuk
melaksanakan pembangunan-pembangunan bola sepak ini. Bukan hanya kita terus
ambil, kita terus menang, tak ada. Sebenarnya, banyak risiko-risiko yang perlu kita
hadapi, sebagai contoh, pada hari inilah Yang Berhormat ADUN Kukup juga, baru
sepenggal, dia nak naikkan Kukup tu, jalan dia dan sebagainya, bukan ini hari dia jadi,
ini hari dapat tidak.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Tapi semua dah ok, semua dah ok.
Tapi bola masih tak ok lagi.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Oklah Yang Berhormat Datuk
Speaker.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Menyokong jelah.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Saya ucapkan terima kasih.
Dengan ini saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Kukup. Sekian
sahaja, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Jemput, Pekan Nanas.
Y.B. Encik Tang Nai Soon (Pekan Nenas) : Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.
Terlebih dahulu Pekan Nenas ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berhormat Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada Pekan Nenas, untuk turut
sama dalam perbahasan dan menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia
Baginda Tuanku Sultan Johor ketika merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Ke-
4 Dewan Negeri Johor yang ke-12 pada 23 Jun ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah mengingatkan
kepada semua rakyat jelata termasuklah Kerajaan dan Pembangkang, supaya
mengamalkan kesederhanaan dan berkongsi kehidupan di bawah naungan
Perlembagaan Negara di mana hak dan kepentingan semua kaum dijaga. Oleh itu,
adalah tanggungjawab kita bersama untuk memelihara keamanan, ketenteraman
dan kesejahteraan yang kita nikmati selama ini. Dalam Dewan yang mulia ini, Pekan
Nenas ingin membangkitkan beberapa isu berkenaan dengan konteks keselamatan
yang mungkin menggugat ketenteraman dan kesejahteraan kehidupan harian kita.
Yang Berhormat Datuk Speaker, kebelakangan ini isu pencemaran bahan kimia dan
plasticiser di(2-ethlhexyl phthalate), dengan izin, ataupun ringkasnya DEHP, dalam
256
makanan dan minuman buatan Taiwan yang semakin serius telah menimbulkan
kerisauan orang ramai dalam konteks keselamatan makanan. Kini hampir 1,000 jenis
produk makanan dan minuman buatan Taiwan yang mana sebahagiannya terdapat
dalam pasaran tempatan telah dicemari DEHP, sejenis plasticiser dengan izin, yang
lebih bertoksik jika dibandingkan dengan melamin. DEHP yang berbentuk cecair yang
tidak berwarna dan tidak berbau ini pada asalnya, digunakan sebagai material
tambahan untuk menambah kelenturan dan kelembutan produk industri seperti sofa,
kusyen kereta, bahan kosmetik, alat permainan dan lain-lain. Akan tetapi, DEHP ini
telah digunakan secara haram oleh segelintir pengilang makanan dan minuman
sebagai gantian kepada minyak sawit yang berfungsi sebagai pengemulsi yang
bertujuan untuk membuatkan produk mereka lebih legap atau lebih kaya warnanya,
disebabkan harga DEHP yang lebih kurang lima kali lebih rendah daripada harga
minyak sawit. Penggunaan DEHP ini sebagai pengganti minyak sawit sudah pasti
dapat menjimatkan kos produk dan seterusnya menambah keuntungan mereka.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pengambilan makanan ataupun minuman yang
tercemar dengan DEHP ini boleh memudaratkan manusia khasnya, golongan kanak-
kanak yang sedang melalui peringkat pertumbuhan, di mana organ seks kanak-kanak
lelaki akan mengecut dan bersifat feminin, manakala kanak-kanak perempuan lebih
cepat matang. DEHP mampu merosakkan DNA sperma manusia dan menjejaskan
keupayaan melahirkan anak. Pengambilan DEHP yang banyak boleh mengakibatkan
seseorang menghidap kanser.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Pekan Nenas ingin menyampaikan penghargaan
kepada pihak Kementerian Kesihatan dalam usaha mengesan, menganalisa dan
menurunkan makanan dan minuman buatan Taiwan yang tercemar dengan DEHP dari
pasaran tempatan, demi kesihatan dan keselamatan rakyat jelata. Walau
bagaimanapun, beberapa persoalan seperti berikut timbul di kalangan orang awam
terhadap kawalan dan pemantauan pihak kerajaan dalam konteks keselamatan
makanan.
i. Setakat ini hanya produk makanan dan minuman yang diimport dari Taiwan
sahaja dipantau dan di analisa sama ada tercemar dengan DEHP. Bagaimana
pula dengan produk-produk makanan yang diimport dari negara lain ataupun
produk keluaran tempatan?
ii. Berapa kerapkah pemeriksaan keselamatan makanan dijalankan di pasaran
tempatan oleh Pegawai Kesihatan khasnya Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan bagi memastikan semua produk makanan mengikut piawaian
keselamatan yang telah ditetapkan? Adakah pemeriksaan keselamatan
makanan dijalankan secara berkala ataupun secara ad-hoc dengan izin,
ataupun hanya selepas menerima aduan dari orang awam?
257
iii. Adakah Kementerian Kesihatan menyediakan talian hot line dengan izin, yang
beroperasi sepanjang masa untuk orang ramai membuat panggilan percuma
bagi menyemak senarai produk makanan yang diharamkan ataupun membuat
pertanyaan atau aduan terhadap sesuatu produk makanan, selain
menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian
Kesihatan di Kuala Lumpur pada waktu pejabat sahaja?
iv. Apakah statistik ataupun data berkenaan dengan tindakan yang telah diambil
serta hukuman yang dikenakan terhadap pengilang makanan di Negeri Johor
yang menggunakan bahan kimia haram dan didakwa di bawah Akta Makanan
Tahun 1983.
Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan perlu bersikap tegas dalam konteks
pemantauan dan kawalan keselamatan makanan. Pemeriksaan secara teliti dan
komprehensif perlu dijalankan. Hukuman berat mesti dikenakan terhadap pengilang
makanan yang menggunakan bahan mentah haram. Senarai produk makanan yang
diharamkan bersama maklumat kilangnya perlu sentiasa dikemas kini dan diumumkan
kepada orang ramai melalui media massa. Kerajaan juga perlu mendidik rakyat jelata
supaya lebih berwaspada terhadap bahan-bahan mentah makanan yang telah
diharamkan, sentiasa menyemak apakah bahan-bahan mentah yang terkandung
dalam sesuatu jenis produk makanan dan cara membuat aduan ataupun laporan
kepada pihak yang berkaitan apabila terbeli produk makanan yang telah
diharamkan. Kesedaran rakyat jelata dalam bidang keselamatan makanan akan
mewujudkan sebuah masyarakat yang mengamalkan tabiat pemakanan yang baik
dan sihat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam zaman teknologi maklumat ini, new media
dengan izin, ataupun media baru muncul seperti cendawan lepas hujan khasnya yang
disiarkan melalui internet. Kebanyakan peminat media baru ini terdiri dari golongan
muda yang berumur kurang dari 30 tahun. Mereka membaca berita ataupun
mendapatkan maklumat yang dihebahkan melalui media baru tidak lagi membaca
surat khabar ataupun media tradisional yang lain. Ini kerana kebanyakan media baru
yang sentiasa mengemaskinikan maklumatnya dengan pantas itu, dapat memberi
platform kepada pembacanya berinteraksi dan berkongsi maklumat dengan orang
lain di seluruh dunia secara percuma melalui rangkaian sosial elektronik seperti
facebook dan twitter, dengan izin. Akan tetapi, terdapat berita dan maklumat yang
disebarkan itu belum dapat dibuktikan kesahihannya tetapi telah disebarkan dengan
sewenang-wenangnya dan berkemungkinan pihak yang tidak bertanggungjawab
dan yang berniat jahat, akan menjadikan media baru ini sebagai landasan
menyebarkan fitnah, maklumat palsu dan sebagainya. Walaupun kerajaan tidak
bercadang menapis maklumat yang disebarkan melalui internet, tetapi kepada mana-
mana pihak yang tidak bertanggungjawab dan penyebaran berita palsu ataupun
tohmahan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta menggugat keamanan
negara mestilah diambil tindakan undang-undang.
258
Yang Berhormat Datuk Speaker, kita sedia maklum bahawa golongan yang paling
ramai melayari internet adalah golongan muda dan remaja yang masih naif dan
kurang matang fikirannya serta mudah mempercayai maklumat yang di perolehi dari
media baru ini. Golongan muda inilah yang mudah dihasut dan diperdaya oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab dalam menyebar luaskan pengaruh dan agenda
mereka. Emosi golongan muda dan remaja mudah di manipulasi dan ini
menyebabkan mereka sentiasa bertindak secara agresif tanpa sebab yang
munasabah.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Pekan Nenas menghormati hak kebebasan bersuara
ataupun kebebasan komunikasi melalui internet. Tetapi, ianya tidak boleh
disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat palsu dan fitnah yang boleh
mencetuskan kemarahan orang lain ataupun menyemai budaya tuduh menuduh,
perasaan saling benci membenci serta permusuhan di kalangan rakyat khasnya bagi
negara kita yang terdiri dari pelbagai kaum yang berbeza agama dan budaya. Oleh
demikian, Pekan Nenas ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya
menubuhkan satu Task Force Media Baru, yang mempunyai kepakaran dalam bidang
teknologi maklumat khas untuk memantau dan mengesan sebarang unsur negatif,
fitnah atau maklumat palsu yang boleh menggugat keharmonian, kesejahteraan dan
keamanan negara dan seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap
penyebar maklumat berkenaan, agar golongan muda kita tidak diperalatkan oleh
mereka.
Yang Berhormat Datuk Speaker, tahniah dan syabas diucapkan kepada Polis Diraja
Malaysia Negeri Johor, kerana telah berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak
18% ataupun pengurangan sebanyak 4,840 kes kepada 22,427 kes pada tahun 2010,
berbanding dengan 27,267 kes jenayah yang tercatat pada tahun 2009. Pencapaian
ini jauh lebih baik daripada sasaran NKRA, Program Transformasi Kerajaan iaitu
penurunan kadar jenayah sebanyak 5%.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Pekan Nenas juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi
penghargaan kepada anggota Polis di kawasan DUN Pekan Nenas khasnya, anggota
Balai Polis Pekan Nenas yang bertanggungjawab atas keamanan dan ketenteraman
awam di kawasan Pekan Nenas. Akan tetapi, bukan tugas mudah bagi anggota Balai
Polis Pekan Nenas yang jumlahnya kurang dari 30 orang untuk menjaga keselamatan
keseluruhan kawasan Pekan Nenas yang mempunyai hampir 50,000 orang penduduk
dengan kelengkapan yang serba kekurangan iaitu hanya dua buah kereta ronda MPV
dan sebuah land rover tahun 60-an yang selalu rosak.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pada bulan Jun ini sahaja telah berlaku lima kes
kecurian kereta di sekitar Kampung Baru Pekan Nenas dan ianya telah menjadi isu
hangat di kedai kopi dan juga perbincangan antara golongan muda dalam Kumpulan
Isu Pontian di facebook dengan izin.
259
Yang Berhormat Datuk Speaker, memandangkan pencegahan jenayah adalah
tanggungjawab bersama, Pekan Nenas telah mengadakan mesyuarat dengan JKKK
Kampung Baru Pekan Nenas dan RELA pada 16 Jun yang lalu, dengan memohon
bantuan RELA dan JKKK supaya membuat rondaan keselamatan mulai 18 Jun ini,
tetapi ianya bukanlah penyelesaian untuk jangka masa panjang. JPMM bersama JKKK
Kampung Baru Pekan Nenas juga pernah menganjurkan satu sesi dialog antara wakil
penduduk dengan pihak Polis pada 10 Mei lalu untuk membincangkan masalah
jenayah di Pekan Nenas. Ketua Polis Daerah Pontian dan pegawainya telah
berinteraksi dengan penduduk tempatan dalam isu mencegah dan membanteras
jenayah.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam Dewan yang mulia ini, Pekan Nenas ingin
menyampaikan beberapa kehendak rakyat kepada pihak Polis dalam usaha
membanteras jenayah di Pekan Nenas:
i. Menaik taraf balai polis Pekan Nenas dengan menambah anggota polis dan
kereta ronda MPV. Buat masa ini hanya 27 orang anggota polis bertugas di
Balai Polis Pekan Nenas dengan 2 buah kereta MPV. Pekan Nenas memohon
supaya ditambah sekurang-kurangnya 13 orang anggota polis dan 2 buah MPV
lagi supaya rondaan keselamatan yang lebih menyeluruh dan lebih kerap
dapat dijalankan demi keselamatan penduduk tempatan.
ii. Menempatkan pegawai penyiasat ataupun I.O tetap di Balai Polis Pekan Nenas.
Mangsa jenayah sentiasa perlu menunggu masa yang lama untuk menunggu
siasatan I.O kerana pada masa ini hanya seorang I.O bertugas pada setiap
masa di Daerah Pontian yang mempunyai 6 buah balai Polis. Adalah amat
mendesak untuk menambah bilangan I.O di Daerah Pontian dan
menempatkan seorang I.O tetap di Balai Polis Pekan Nenas demi
mempertingkatkan lagi keberkesanan kerja siasatan polis dan menjimatkan
masa orang awam.
iii. Mengisi jawatan Ketua Balai Polis dengan kadar yang segera. Ketua Balai Polis
Pekan Nenas telah berpindah dan bertugas di Negeri lain sejak 1 November
2010. Tetapi sehingga hari ini iaitu sudah melebihi 7 bulan masih belum ada
penggantinya. Pekan Nenas telah beberapa kali membangkitkan masalah ini
di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Pontian dan jawapan
yang diberikan adalah masih menunggu arahan Ketua Polis Johor. Kelewatan
pengisian jawatan Ketua Balai telah menjejaskan pentadbiran Balai Polis Pekan
Nenas yang memang kekurangan anggota. Adakah susah sangat untuk
melantik seorang Pegawai Polis untuk mengisi jawatan Ketua Balai? Itulah soalan
yang penduduk kampung sentiasa bertanya kepada Pekan Nenas. Diharap
Ketua Polis Negeri Johor dapat membantu merealisasikan ketiga-tiga kehendak
rakyat yang telah di sampaikan itu untuk mempertingkatkan lagi imej Polis di
kalangan masyarakat tempatan di samping mengurangkan lagi kadar jenayah
di kawasan Pekan Nenas. Menepati gagasan 1 Malaysia, rakyat didahulukan
pencapaian diutamakan.
260
Yang Berhormat Datuk Speaker, Pekan Nenas merupakan sebuah pekan yang
dipecahkan kepada 2 bahagian oleh Jalan Johor Bahru – Pontian yang sibuk dengan
kenderaan. Kajian lalu lintas JKR mendapati lebih 40,000 kenderaan sehari melalui
jalan tersebut. Setiap hari lebih 500 orang penduduk tempatan khasnya murid-murid
dari 2 buah sekolah menengah dan 4 buah sekolah rendah terpaksa mengambil risiko
besar merentasi Jalan Persekutuan yang amat sibuk itu untuk berulang alik dari tempat
kerja ataupun sekolah. Antara tahun 2007 hingga 2009 sebanyak 31 kes kemalangan
jalan raya yang melibatkan 6 kematian yang telah berlaku di jalan tersebut.
Kemalangan jalan raya pada 8 Jun 2009 yang melibatkan kematian seorang murid
pra-sekolah yang cuba merentasi jalan tersebut telah menimbulkan kemarahan
penduduk tempatan. Sukar diterima oleh orang awam bahawa pekan yang padat
dengan penduduk lebih 30,000 orang itu, tidak ada kemudahan jejantas untuk pejalan
kaki dan penunggang basikal. Pekan Nenas telah membangkitkan sebanyak 2 kali
dalam sidang Dewan yang lepas dan pihak JKR juga telah memohon peruntukan
sebanyak RM3 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 untuk kerja pembinaan
jejantas dan menaik taraf jalan utama Pekan Nenas tetapi tidak diberi keutamaan.
Diharap Kerajaan dapat membantu merealisasikan projek ini secepat mungkin demi
keselamatan penduduk tempatan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Dewan yang mulia ini, Pekan Nenas ingin
menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kerajaan kerana telah
meluluskan peruntukan RM2.5 juta untuk projek pelebaran bahu jalan dan resurfacing
dengan izin, laluan Pekan Nenas ke Kulai seperti yang telah dijanjikan. Projek yang
sedang giat dijalankan oleh pihak JKR ini meliputi sebahagian Jalan Kampung Sawah
sepanjang 6 km dan sebahagian Jalan Gunung Pulai Mukim Pontian sepanjang 4.3 km
menghubungkan beberapa kampung tradisional termasuklah Kampung Sawah,
Kampung Melayu Raya, Kampung Sepakat Jaya, Kampung Pak Khalid dan Kampung
Maju Jaya. Projek pelebaran jalan itu akan dapat mempertingkatkan ciri-ciri
keselamatan laluan Pekan Nenas ke Kulai dan memberi kemudahan kepada
pengguna jalan khasnya penunggang motosikal dan kanak-kanak yang bersekolah.
Dan maka itu, Pekan Nenas ingin memohon bantuan JKR Negeri Johor supaya
peruntukan tambahan dapat disalurkan untuk projek pelebaran jambatan yang
sempit di laluan Pekan Nenas ke Kulai berdekatan dengan Kampung Sri Gunung Pulai
demi keselamatan pengguna jalan tersebut.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Pekan Nenas juga ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar dan juga Syarikat Telekom
Berhad kerana telah membantu menyelesaikan masalah talian telefon tetap di 3
taman perumahan iaitu Taman Seri Sentosa Fasa II, Taman Pelangi Emas dan Taman
Mas Pekan Nenas. Dengan perbelanjaan lebih kurang RM160,000.00. Kemudahan
talian telefon tetap membolehkan penduduk tempatan memasang streamxy untuk
melayari internet seterusnya membantu para pelajar luar bandar mempertingkatkan
lagi penguasaan teknologi maklumat. Dalam pada itu, Pekan Nenas juga ingin
261
memohon peruntukan tambahan dari pihak Syarikat Telekom Berhad untuk
melaksanakan kerja pemasangan talian telekom tetap di dua lagi taman perumahan
di Pekan Nenas iaitu Taman Gemilang dan Taman Damansara yang telah diduduki
hampir 500 orang penduduk sejak lebih 5 tahun dahulu. Pekan Nenas juga ingin
mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Pihak
Berkuasa Tempatan supaya memastikan syarat pemasangan talian telefon tetap
dikenakan kepada semua pemaju perumahan seperti syarat pemasangan paip air
dan lampu jalan tanpa mengira saiz pembangunan projek perumahan itu semasa
pertimbangan kelulusan pelan perumahan bagi mengelakkan masalah ketiadaan
talian telefon ini berlaku lagi.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam Dewan yang mulia ini, secara ringkasnya Pekan
Nenas juga ingin memanjangkan beberapa lagi persoalan dan permohonan
penduduk di kawasan DUN Pekan Nenas yang memerlukan perhatian dan tindakan
Kerajaan.
i. Masalah kekeluargaan dan masalah sosial semakin serius di Johor Selatan akibat
perjudian di kasino. Apakah tindakan dan langkah pencegahan yang telah
dan akan diambil oleh Kerajaan dalam usaha mengurangkan gejala ketagihan
berjudi di kalangan penduduk luar bandar termasuklah Pekan Nenas di mana
ramai suri rumah tangga dan warga tua telah diperdayakan oleh kasino di
Singapura?
ii. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana telah
menyelesaikan proses pengambilan balik tanah untuk tapak tambahan Sekolah
Agama Seri Bunian dengan kos lebih kurang RM84,000.00. Pekan Nenas ingin
memohon peruntukan tambahan untuk projek pembinaan bangunan
tambahan Sekolah Agama Seri Bunian bagi menampung bilangan pelajar yang
kian bertambah. Buat masa ini hampir 450 orang pelajar berkongsi 9 bilik darjah.
iii. Mohon peruntukan RM300,000.00. untuk projek pembinaan Masjid Jamek
Pengkalan Raja Batu 30, Pekan Nenas yang memerlukan kos sebanyak RM1.5
juta. Di mana Kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2 juta
kurang RM300,000.00.
iv. Mohon mengetar semula jalan rosak sepanjang 3 km di jalan masuk ke
Kampung Melayu Bukit Panjang yang memerlukan kos lebih kurang RM300 ribu
demi keselamatan pengguna jalan dan penduduk kampung.
Yang Berhormat Datuk Speaker, akhir kata Pekan Nenas dengan penuh harapan agar
segala masalah, pandangan atau pun cadangan kontrastif yang telah dibangkitkan
oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, dapat diberi perhatian
serius dan diambil tindakan segera oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan yang berkenaan
demi kepentingan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat jelata seperti yang telah
dikehendaki oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku. Dengan kata-kata ini Pekan
Nenas juga turut menyokong rundingan usul yang dibawa Yang Berhormat ADUN
kawasan Kukup. Sekian terima kasih.
262
Y.B. Datuk Speaker : Terima kasih, jemput yang lain. Ada?
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Salam sejahtera, salam
perpaduan dan salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin mengucap merakamkan
ucapan terima kasih kerana diberi peluang dan kesempatan untuk menyertai dalam
Perbahasan Menjunjung Kasih Atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor,
merasmikan pembukaan Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor yang ke-12.
Yang Berhormat Datuk Speaker, …
Y.B. Datuk Speaker : Apa Yang Berhormat? Nak bercakap ke nak berehat?
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Kita makan tengah hari dulu
Yang Berhormat Datuk Speaker…
Y.B. Datuk Speaker : Makan dulu eh… ok, jemput duduk Yang Berhormat. Ahli-Ahli
Yang Berhormat Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 2:30 petang.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1:00 tengah hari.
Persidangan disambung semula pada jam 2:45 petang.
Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat perbahasan di sambung semula jemput
yang nak berucap.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Terima kasih Yang Berhormat
Dato’ Speaker, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
penjawat awam dan agensi-agensi Kerajaan kerana sering kali membantu saya untuk
melaksanakan tanggungjawab saya sebagai wakil kepada rakyat. Memanglah
perjuangan kita, agenda kita adalah rakyat dan perjuangan kita adalah perjuangan
membela rakyat. Dalam keadaan tersebut, kita juga tidak harus lupa bahawa apa
pun jua usaha yang diambil oleh Wakil Rakyat. Akhirnya kita sebagai pihak politik
memerlukan untuk mendapat political dividendnya dengan izin. Contoh-contoh
seperti, baru-baru ini di kawasan saya ada beberapa pihak tiga kumpulan yang
memohon tanah di mana selepas perjuangannya berpanjangan atau sokongan Wakil-
Wakil Rakyat, ADUN dan juga Parlimen dan juga parti-parti komponen, akhirnya
Pejabat Tanah memberi kelulusan untuk mendapat semua meminta mereka untuk
membayar premium. Jadi, ini jelas menunjukkan telah pun lulus dan ini terjadi kerana
perjuangan Wakil-Wakil Rakyat dan juga parti-parti komponen. Tetapi malangnya
Pejabat Tanah tidak memaklumkan kepada kita, jadi kita pun tidak tahu.
263
Ini hasil usaha kita, kita yang kerja keras untuk mendapatkan peluang itu kepada
rakyat, tetapi kita tidak dimaklumkan. Jadi, dalam keadaan tersebut kita tidak dapat
political dividendnya. Jadi, saya minta agar jabatan-jabatan berkenaan kalau boleh
sering kali berhubunglah dengan Parlimen dan juga DUN untuk memaklumkan
bahawa sekiranya sesuatu projek ataupun sesuatu yang diminta menerusi Wakil Rakyat
diluluskan, maklumkan pada kita.
Contoh yang paling ketara juga, paling basic dengan izin bantuan JKM. Kita sebagai
Wakil Rakyat kadang-kadang memberi surat sokongan kepada Pejabat JKM untuk
mendapatkan bantuan JKM. Tapi akhirnya, apabila mendapat kelulusan ataupun
sekiranya permohonan itu ditolak JKM tidak memaklumkan balik pada kita. Jadi kita
pun tidak tahu. Kita sebagai Wakil Rakyat sekiranya tahu bahawa sesuatu yang kita
berusaha, berjuang untuk mereka berjaya, kita boleh maklumkan yang lain ke
peringkat akar umbi. Jadi, rakyat akan tahu yang ini semua adalah hasil usaha
Kerajaan Barisan Nasional. Jadi saya minta agar pegawai-pegawai dan juga agensi
Kerajaan membantu kita dari aspek untuk memaklumkan balik bahawa apa yang kita
minta itu telah pun ditunaikan, memang kita ucap terima kasih, tapi maklumkan balik
pada kita. Pada masa yang sama juga contohnya, kita meminta sesuatu projek
pembangunan diluluskan, projeknya jalan telah pun selesai tetapi kita tidak
dimaklumkan. Jadi apabila kita turun kawasan tiba-tibanya sudah ada benda tu.
Jadi, rakyat pun tidak tahu siapa yang berjuang untuk mereka. Rakyat kena tahu
yang berjuangnya kita sebagai Wakil Rakyat. Jadi saya minta agar isu ini diberi
perhatian sewajarnya oleh jabatan-jabatan yang berkenaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau kita rata-rata tanya kepada Wakil-Wakil Rakyat
dan pada Barisan Nasional mereka akan bersetuju bahawa sokongan masyarakat
India kepada Barisan Nasional semakin hari semakin meningkat. Ini sesuatu yang tidak
dapat dinafikan. Jadi pada masa yang sama dalam keadaan feel good feeling
dengan izin, pastikan bahawa agensi-agensi tidak melakukan sesuatu yang akhirnya
boleh melemahkan balik ataupun membuat sesuatu keadaan di mana sokongan
masyarakat India tidak tersampai ke Barisan Nasional. Contoh yang paling ketara
baru-baru ini Pos Malaysia. Pos Malaysia mengeluarkan satu setem yang baru. Dalam
setem itu mereka mengucapkan terima kasih ada dalam bahasa Malaysia, ada dalam
bahasa Inggeris, ada dalam bahasa cina tetapi bahasa Tamil tak ada. Sedangkan
masyarakat India di Malaysia yang majoriti yang menggunakan bahasa Tamil. Bahasa
Tamil boleh dikatakan sebagai bahasa yang official dengan izin, untuk masyarakat
India. Tetapi mereka tidak taruk bahasa Tamil, mereka taruk bahasa Hindi pulak dalam
setem tersebut.
Y.B. Dato’ Speaker : Hindi apa?
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Hindi yang dipakai oleh
Banglalah. Orang-orang Bangla ....orang-orang India utara yang pakai di peringkat
Bollywood mereka pakai..
264
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, Bollywood.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Ha, Bollywood dan rata-ratanya
di Malaysia diguna oleh orang Bangla. Jadi adakah Pos Malaysia mengucapkan
terima kasih kepada Bangla,
Y.B. Dato’ Speaker : Kepada?
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Kebanyakan mereka rupa, rupa
merekalah seakan-akan macam rakan kita Sedili, kebetulan dia tidak ada di sinilah.
Rupa dia orang macam tu. Tetapi masyarakat India pula mereka tidak mengucap
terima kasih. Jadi, rata-ratanya masyarakat India di peringkat akar umbi rasa
tergurislah.
Y.B. Dato’ Speaker : Tulisan Bangla dengan India tak sama eh?
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Tak sama Dato’ Speaker,
Y.B. Dato’ Speaker : Oh...
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Tak sama, bahasa pun lain, adat
tradisinya semuanya lain.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh tak, tersilap agaknya.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Ha, lain. Jadi kita yang saya tak
faham ini bagaimana Pos Malaysia boleh melakukan satu kesilapan seperti ini. Jadi
mungkin perkara ini nampak remeh, nampak kecil tapi implikasinya besar.
Y.B. Dato’ Speaker : Selalu bahasa Tamil ek? Tiga bahasa lah ha’ ah...
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Ha, bahasa Tamil betul, betul,
betul, betul. Betul Dato’ Speaker, ha jadi dalam keadaan tersebut..
Y.B. Dato’ Speaker : Mesti ini pengurusnya suka Bollywood tak? Ha, takut begitulah.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Mungkinlah Dato’ Speaker, ha
mungkin mereka ingin Bollywood merupakan bahasa apa, ramai masyarakat India ini
orang Bollywood rupanya. Tapi kita ini koliwood.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, yang macam Yang Berhormat, betul yang India betul-betul
India, kalau film star memang...
265
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : India Malaysia yang tulen.
(Dewan ketawa) Itu saya kena adjust tu. India betul yang tulen.
Y.B. Dato’ Speaker : Kalau berlakon gengster lah sure punya dengan misainya.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Macam itulah. Kita pun ada
hero Tamil juga. Macam EXCO itu ada hero-hero Tamil. Ha macam itu..(Dewan
ketawa)
Y.B. Dato’ Speaker : Uhh...eh, EXCO eh?
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Ha, dia hero Tamil.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh dialah Tamil.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Oh dia hero Tamil, Yang
Berhormat gengster.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Ha gengster. Jadi kita kenalah
tadi.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha baguslah, kenalah tu.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
jadi dalam keadaan seperti ini, yang kita risau ni, kita bekerja keras untuk kembalikan
balik keyakinan masyarakat India kepada Kerajaan dan Barisan Nasional. Jadi,
sekiranya seperti isu-isu yang sensitif seperti ini terus berlaku, yang kita risau ada pihak
yang mengambil kesempatan memanipulasikan keadaan, membuat provokasi,
menanam kebencian dan akhirnya sokongan yang kita dapat itu, akhirnya terpesong
balik kepada rakan-rakan kita di pembangkang. Jadi, saya harap agensi dan
jabatan-jabatan berkaitan ini sensitif sikit, sensitif sikit.
Dan juga lagi satu isu Yang Berhormat, Dato’ Speaker, telah pun banyak kali
dibangkitkan iaitu peluang pekerjaan masyarakat India dalam sektor awam. Ok.
Contohnya, tapi kalau kita lihat, rata-ratanya peluang yang diberikan walaupun sudah
ada dasar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun meluluskan menerusi
Cabinet Committee dengan izin, untuk memberi peluang kepada masyarakat India
untuk berkecimpung dengan sektor awam. Tapi, rata-ratanya jumlahnya masih lagi
rendah. Contohnya di Negeri Johor pun kalau kita lihat jarang sekali kita boleh lihat
masyarakat India bekerja di Pejabat Daerah, bekerja dalam PTD, dalam Pihak
Berkuasa Tempatan dan juga GLC-GLC Kerajaan Negeri. Jadi, saya minta agar
peluang diberikan, lebih banyak peluang diberikan pada belia-belia India untuk
berkecimpung dan kerja dalam sektor awam.
266
Y.B. Dato’ Speaker : Dia ada minta Yang Berhormat,?
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Dato’ Speaker,
Y.B. Dato’ Speaker : Takut dia tak mohon tak?
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Sebenarnya saya dah
berconfirm dengan EXCO Sumber Manusia. Dia cakap ramai yang mohon, ramai
yang mohon sebenarnya.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak layak?
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Dan rata-ratanya kalau kita
lihat sentimen dari akar umbi pun ramai yang minat untuk bekerja dalam sektor awam,
tetapi peluang tak dapat.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak cukup syarat. Dia nak 5 kredit ke 6, dia dapat 4. Agaknya, ini
saya agak.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Saya rasa, ramai belia-belia
India di kalangan masyarakat India ini, hari ini pun mempunyai kelayakan akademik
yang cukup tinggi dan juga patriotik kepada negara. Jadi mereka juga harus diberi
peluang. Contohnya, kita mintalah agar jabatan-jabatan kritikal yang selalunya
hubung kait dengan masyarakat umum seperti JKM, Pembangunan Wanita dan
Keluarga, LPPKN, Telekom, TNB, Pos, SOCSO, EPF, SAJ harus memberi peluang
membuka dan memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat India untuk bekerja
dalam sektor awam.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang sekarang ini saya nak cerita satu kisah benar.
Satu kisah benar, satu kisah misteri, yang berlaku ketika ini suatu waktu dahulu. Lebih
kurang 10 tahun yang lepas. Di mana keadaan yang berlaku sudah ada pelan
pembangunan, sudah ada peruntukkannya, sudah ada kelulusannya, sudah ada
tapaknya, sudah ada pengumumannya, sudah ada majlis pecah tanahnya tetapi
sehingga hari ini bangunannya ada tapi tak ada. Yang saya maksudkan, Sekolah
Agama di FELDA Ulu Belitong. Sekolah ini sebenarnya Majlis Pecah Tanah telah pun
dilaksanakan 10 tahun yang lepas. Ketika itu FELDA Ulu Belitong berada dalam
Parlimen Tenggara. Hari ini sudah masuk ke Parlimen Sembrong, DUN Kahang. Yang
sebenarnya, yang mengelirukan masyarakat setempat, yang membuat masyarakat
setempat risau mana perginya sekolah baru itu? Yang ada, adalah sekolah lama yang
telah usang, bangunannya pun sudah teruk, ok tetapi sekolah baru tidak ada. Tapi...
Y.B. Dato’ Speaker : Sekolah agama eh Yang Berhormat?
267
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Sekolah lama ada, sekolah
barunya tak ada.
Y.B. Dato’ Speaker : Ini sekolah agama eh?
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Sekolah agama di FELDA Ulu
Belitong. Majlis Pecah Tanah pun sudah dibuat, pengumuman pun sudah dibuat.
Tetapi sehingga hari ini...
Y.B. Dato’ Speaker : Duit tidak ada tak? Duit tunai.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Kalau Majlis Pecah Tanah dah
buat, pengumuman dah buat, peruntukan sudah ada, pelan sudah ada, tapak sudah
ada, maknanya oklah tu. Tapi mana perginya sekolah? Kenapa projek itu tak jalan?
Jadi, saya minta EXCO Agama untuk kaji balik, check balik fail-fail lama, rekod-rekod
lama apa yang sebenarnya terjadi dengan sekolah agama di FELDA Ulu Belitong.
Y.B. Dato’ Speaker : Agak dia salah tempat? Takut dia pergi ke Endau, agaknya.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Takut di pindahkan kot.
Y.B. Dato’ Speaker : Ke Endau.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Ha... Endau eh...itu yang kita
kena kaji balik itu Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Endaulah agaknya.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
sebenarnya Dato’ Speaker, orang-orang tempatan dari FELDA Ulu Belitong rasa begitu
risau dan sedihlah Dato’ Speaker. Air diminum terasa duri, nasi di makan terasa sekam
sebenarnya.
Y.B. Dato’ Speaker : Betullah.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Jadi, saya mintalah agar
memandangkan kita ada kelulusan untuk membina lebih kurang 121 sekolah agama
yang baru di Negeri Johor, saya minta agar Sekolah Agama FELDA Ulu Belitong juga
dimasukkan dalam senarai tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, begitu juga dengan bangunan TAJ di Taman Seri
Lambak. Bangunan TAJ di Taman Seri Lambak ini, sebenarnya bangunan ini terlalu
usang. Pernah sekali JKR mengatakan bangunan itu tak selamat, lepas itu diberi
peruntukan untuk di baik pulih bangunan tersebut, tapi syarat itu tidak mencukupi.
268
Y.B. Dato’ Speaker : TAJ itu apa Yang Berhormat?
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Err... Sekolah Agama Rakyat.
Tadika Agama Johor. Kindergarten.
Y.B. Dato’ Speaker : Tadika Agama..
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker
cuba menguji saya ya?
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, tak lah, memang tak faham.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Dato’ Speaker saya selalu masuk
masjid, surau semua Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh.. oh...
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Ha... ini India berjiwa Melayu
Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Takut dia nak tukar Sekolah Tamil? (Dewan ketawa).
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Jadi saya minta agar peruntukan
juga diberikan untuk membina bangunan TAJ baru di Taman Seri Lambak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini masalah berkenaan dengan masyarakat Orang Asli
di kawasan saya. Di kawasan saya ada 9 Perkampungan Orang Asli, saya rasa antara
DUN yang paling banyak mempunyai perkampungan Orang Asli di Negeri Johor. Baru-
baru ini projek bekalan air bersih telah pun dijalankan di beberapa perkampungan.
Usaha Kerajaan yang murni ini, untuk membekalkan bekalan air bersih kepada
kampung-kampung Orang Asli. Project tube-well, tapi malangnya projek yang
dijalankan yang mengambil peruntukan yang begitu besar jumlahnya tetapi tak dapat
memberi manfaat kepada masyarakat setempat kerana projek tersebut rosak.
Machine tersebut tube-well tersebut tidak dapat digunakan dan tidak ada
maintenance daripada pihak kontraktor. Jadi, saya minta agar tindakan segera
diambil terutamanya di Kampungan Orang Asli Sedohok dan juga Kampungan Orang
Asli Pucur untuk baik pulih sistem tube-well tersebut supaya masalah air tidak menjadi
isu di perkampungan tersebut. Kita dah belanja wang yang begitu besar untuk projek
tersebut, tetapi akhirnya jadi gajah putih. Jadi, saya minta agar tindakan segera
diambil untuk menyelesaikan masalah tube-well di Kampung Orang Asli Sedohok dan
juga di Pucur.
269
Yang Berhormat Dato’ Speaker, begitu juga dengan masalah di Sekolah Kebangsaan
Seri Sedohok. Sekolah di Perkampungan Orang Asli juga. Kita juga telah memaklumkan
pada jabatan yang berkenaan mengenai bumbung sekolah yang rosak dan juga
tidak ada bekalan air bersih di sekolah tersebut. Tetapi sehingga ke hari ini, nak masuk
tahun yang kedua, tetapi belum ada sebarang tindakan untuk menyelesaikan
masalah bumbung yang rosak dan juga air bersih di Sekolah Orang Asli Seri Sedohok ini
tersebut. Jadi, saya juga minta agar tindakan segera diambil Yang Berhormat Dato’
Speaker.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di kesempatan ini juga saya ingin membawa isu
masalah rumah terbengkalai, terutamanya di Fasa 4 Taman Seri Lambak. Masalah
rumah terbengkalai ini telah pun berlanjutan agak lama. Sudah berlanjutan pada
kadar yang begitu lama sekali. Sehingga ke hari ini, tidak ada sebarang tindakan
diambil, saya percaya pemaju pun sudah lari. Jadi, saya minta Kerajaan Negeri untuk
membantu, untuk menyelesaikan masalah rumah terbengkalai Fasa 4 di Taman Seri
Lambak kerana pinjaman perumahan berjalan. Orang sudah ada, orang sudah
membeli rumah tersebut, pinjaman pun sudah berjalan tetapi rumah tak ada. Tetapi
rumah tak ada tapi mereka juga dipaksa untuk bayar dan mengambil tindakan
undang-undang sekiranya mereka tak bayar ansuran bulanan. Dan, pada masa yang
sama tidak ada rumah. Ini menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian
kerana tak ada rumah, kena bayar installment, lepas itu kena bayar sewa pulak tinggal
di tempat lain. Jadi saya minta agar masalah ini juga diselesaikan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini berkenaan isu Tanah Perkuburan Islam di Taman Sri
Lambak. Tanah Perkuburan Islam di Taman Sri Lambak kita minta agar jalan untuk
masuk ke kawasan perkuburan itu diturap dengan segera kerana buat masa ini belum
ada jalan yang diturap. Dan juga terdapat satu jalan pintas untuk ke tanah
perkuburan tersebut. Kita juga minta jalan tersebut dibaik pulih, kerana apabila hujan
dan sebagainya masyarakat setempat mengalami kesulitan dan kesukaran untuk
sampai di situ. Jadi, saya minta perhatian segera kepada isu ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu yang saya bawa ini adalah berkenaan dengan
kawasan T6. Kawasan T6 ialah kawasan round about di kawasan MARDI, di kawasan
saya yang berada di bawah kelolaan KEJORA. Saya sebenarnya ini yang menjadi isu
yang begitu lama di kalangan masyarakat setempat ialah di mana di kawasan round
about MARDI itu buat masa ini ramai peniaga-peniaga sebenarnya membuka gerai
menjual lemang, menjual buah-buahan, menjual jagung dan sebagainya. Dan, kita
pernah dijanjilah oleh pihak yang berkenaan bahawa satu R&R akan dibina di
kawasan round about tersebut. Tetapi, sehingga ke hari ini saya pun tak tau mana R&R
itu. Belum ada R&R. Kita pernah minta satu petrol station di kawasan tersebut kerana
tidak ada petrol station di situ. Tetapi sehingga ke hari ini mana petrol station tersebut.
Dan juga kawasan ini merupakan satu kawasan taman perumahan yang cukup besar
dan jiran kepada taman perumahan tersebut ialah tiga buah Rancangan FELDA. Dan
270
juga terdapat dua lagi ladang yang besar, Ladang Tabung Haji dan Ladang Bukit
Lawiang. Di sebelah kanan pula hospital baru Kluang tengah naik dan tak lama lagi
akan beroperasi. Jadi, dalam keadaan tersebut memanglah prospek untuk tempat ini
membangun dan juga untuk merancakkan ekonomi setempat memang ada,
peluangnya memang ada. Tetapi, walaupun telah banyak kali kita minta, kita mohon
untuk sebuah bank ataupun satu ATM Machine sehingga ke hari ini tidak ada. Jadi,
saya minta agar pihak berkenaan juga mengambil tindakan segera untuk bina satu
bank, buka satu bank di situ atau tak boleh buat bank pun sekurang-kurangnya ATM
Machine mesti ada di kawasan tersebut.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat punya tempat ini banyak betul masalah eh.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Betul Dato’ Speaker, banyak.
Saya rasa macam dianaktirikan.
Y.B. Dato’ Speaker : Betullah saya ingat.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Saya rasa lebih banyak peluang
diberi kepada Kluang, ah itulah problem dia.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, tahun depan tak payah bertandinglah, habis
ceritalah.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Dato’ Speaker, kita berjuang
untuk pastikan kita terus bertanding di situ. Itulah perjuangannya.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh bertanding lagi, ah yalah.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Ini perjuangan dia. Inilah
platform yang terbaik untuk menyelesaikan masalah rakyat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Itu hero suka you tak bertanding? Hero tu?
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Hero? Hero, nanti kita bincang di
luar. (Dewan ketawa).
Y.B. Dato’ Speaker : Ah oklah.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Dato’ Speaker begitu juga
permohonan untuk post office di Tamah Sri Lambak. Jadi, permintaan ini semua bukan
kali pertama dibawa ke hadapan. Kita sudah banyak kali bincang dan juga mohon,
permohonan lama pun sedang dibuat tetapi setakat hari ini tidak ada sebarang
tindakan yang konkrit diambil. Jadi, bagi pihak kita di peringkat DUN Kahang ini kita
tak nak lagi berdialog-dialog, tak nak menerima perbincangan dan sebagainya, kita
271
nak action. Kita nak masalah-masalah ini diselesaikan. Jangan hanya sekadar
memberi janji yang manis tetapi setakat hari ini, ia merupakan penantian yang cukup
pahit. Jadi kita tak boleh bersabar lagi. Kita minta agar tindakan segera diselesaikan
di Taman Sri Lambak dan juga kawasan-kawasan di T6 ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, memanglah kita mengucap terima kasih kepada
Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana kalau kita banding zaman dulu, hari ini mereka
cukup efisienlah, nampak efisienlah. Tetapi banyak lagi yang sebenarnya tak betul di
jabatan tersebut. Antaranya, bantuan yang dimohon sampai lewat. Kadang-kadang
bantuan tak sampai tepat pada tarikh yang diminta. Terdapat tunggakan,
bantuannya tak sampai. Sebenarnya, orang yang meminta bantuan JKM ini,
sebenarnya mengharapkan bantuan itu, wang tersebut. Jadi kalau 1 hari bulan wang
itu tak sampai kadang-kadang sampai tertangguh ke 15 hari bulan, 16 hari bulan dan
sebagainya, mereka akan menanggung kesusahan, kesulitan. Jadi, saya minta agar
setiap bulan bantuan JKM sampai tepat pada masa. Kalau pertama kali mereka-
mereka menerima bantuan pada 1 hari bulan, biar setiap bulan 1 hari bulan mereka
sampai duit itu. Jangan ada tunggakan ataupun tertangguh bayaran tersebut.
Kerana mereka mengharapkan bantuan tersebut. Jadi, kadang-kadang saya
dimaklumkan ada masalah dalaman dan sebagainya. Itu masalah dalaman jabatan,
kita tak nak dengar. Rakyat tak nak dengar masalah tersebut. Rakyat nak pastikan
apa yang dijanjikan sampai, tepat pada masa. Jadi, bantuan sampai lewat satu isu.
Kadang-kadang kelewatan untuk memproses sesuatu permohonan sampai ada kes
sampai 2 tahun pun ada, 6 bulan pun ada. Jadi kita tak faham kenapa terdapat
kelewatan yang begitu panjang sekali untuk memproses bantuan JKM ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat, masa cukup.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Banyak Dato’ Speaker, banyak
isu Dato’ Speaker, kalau saya tak selesai masalah ini semua, saya tak boleh balik
kawasan. Kerana saya ini wakil kepada rakyat di sana.
Y.B. Dato’ Speaker : Tapi kita kat Dewan ini jaga masa.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Dato’ Speaker, saya ada
beberapa isu saja, tak banyak Dato’ Speaker. Sikit saja.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh tak berapa banyak, ok saya beri lagi 2-3 minit.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Saya bagi point form. Dato’
Speaker, jadi saya minta agar jabatan JKM mengambil tindakan segera untuk
menyelesaikan masalah dalaman mereka. Dan juga dulu apabila pegawai JKM pergi
ke rumah masing-masing memohon untuk membuat interviewlah kononnya, untuk
272
menilai sama ada keluarga tersebut layak atau tidak. Tetapi pada hari ini mereka
minta pemohon datang ke pejabat mereka.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, kita menunggu kehadiran Permas. Ok, terima kasih datang
lambat.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Datuk baru. Ketua, bos saya.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, bos?
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Ha, bos.
Y.B. Dato’ Speaker : Nampaknya semuanya bos. Ini sabotaj ni.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Sama-sama gangster kena lawan
hero Dato’. Sekarang saya dah ada 2 orang.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, awak pakat dua nak jatuhkan dia? (Dewan ketawa). Oh, tak
baiklah.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
jadi saya minta kenapa berubah juga polisi Jabatan Kebajikan, dulu pergi ke rumah
pemohon untuk menilai sama ada pemohon itu layak ataupun tidak. Tetapi sekarang
pemohon diminta datang ke jabatan JKM untuk dibuat temu duga. Jadi, kita nak
penjelasan daripada JKM.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, begitu juga di kawasan saya ada masalah.
Memandangkan kawasan luar bandar, jadi kadang-kadang untuk mendapatkan line-
line internet, line-line hand phone ini susah sikit. Jadi, kita minta agar pembinaan pusat
pemancar untuk kemudahan internet dan juga telefon bimbit di kawasan-kawasan
seperti di Pekan Kahang, di Bukit Lawiang dan juga di Ladang Tabung Haji. Ini cukup
penting Dato’ Speaker.
Dan juga Dato’ Speaker, jalan Kluang-Mersing merupakan salah satu isu yang banyak
kali dibangkitkan, Kluang-Mersing ini. Jadi, saya minta agar tindakan segera. Kalau
boleh kita nak jalan sama seperti Air Hitam ke Batu Pahat, 2 lane, ok. Sekiranya tak
ada buat masa ini, at least baik pulihlah jalan tersebut. Bengkang-bengkok, kadang-
kadang apabila banjir, kita tidak dapat meneruskan perjalanan kita dan sebagainya.
Jadi, minta tindakan segera JKR untuk menyelesaikan masalah di Jalan Kluang-Mersing
ini, lebih-lebih lagi jalan menuju ke Pekan Kahang ini, cukup penting sekali. Jadi
selesaikan masalah tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga minta jasa baik Yang Amat Berhormat
Menteri Besar untuk memberi kelulusan untuk membina sebuah dewan orang ramai di
273
Kampung India Kahang. Kerana sudah ada permohonan, jadi saya amat berharap
Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membantu saya dalam hal ini.
Dan juga Dato’ Speaker, sebelum mengundurkan diri saya mestilah mengucapkan
terima kasih, syabas dan tahniah kepada Skuad SUKMA Negeri Johor kerana dalam
SUKMA Negeri Johor baru-baru ini kita telah pun sebenarnya mengharumkan nama
negara mendapat tempat kedua. Kalau banding dengan tahun-tahun lepas prestasi
kita pada tahun ini jauh lebih baik. Dan, saya minta agar prestasi dan performance ini
akan terus disambung dan sebenarnya selain daripada atlet-atlet terdapat ramai
orang di belakang tabir yang sebenarnya berkorban dan juga bekerja bersungguh-
sungguh untuk skuad tersebut.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat pergi tengok SUKMA, pergi?
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Saya pergi Dato’ Speaker, saya
pergi. Saya pergi untuk closing ceremony dia.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, orang dah habis main dia datang?
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Ah, saya pergi closing ceremony
dia.
Y.B. Dato’ Speaker : Saya opening dengan berikutnya pergi. Kalau tak ada saya tak
dapat banyak.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Ye ke Dato’ Speaker? Jadi Dato’
Speaker, sebenarnya saya mengambil kesempatan inilah untuk mengucapkan syabas
dan tahniah kepada bekas Pengarah MSN dan juga Pengarah MSN yang baru dan
juga kepada pegawai-pegawai di MSN dan sudah pastinya kita tidak boleh lupakan
orang di sebalik MSN ini dan juga yang sebenarnya mengharumkan nama Negeri
Johor di prestasi sukan SUKMA ialah EXCO kita, EXCO Belia dan Sukan …
Y.B. Dato’ Speaker : Macam bola sepaklah. Tahniahlah.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Dia dalam SUKMA dia berjaya
untuk mengharumkan nama negeri. Tapi bola sepak dia belum lagi tunjuk dia punya
kehebatan dia.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, belum anu lagi eh? Alah, silap sayalah.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Sebab, mungkin terganggu
kerana team manager dia, somethinglah.
274
Y.B. Datuk Haji Abd Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Dato’ Speaker, dah cakap dah
tadi, suruh tunggu dulu.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, Yang Berhormat, dia punya giliran cakap.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Dato’ Speaker, sebenarnya EXCO
memberi penumpuan yang cukup telitilah dalam perancangan dan juga program-
program SUKMA Negeri Johor. Dan juga kita harus puji seorang lagi ok, tak lain dan tak
bukan Chef De Mission kita, Yang Berhormat Semarang yang sebenarnya bertungkus-
lumus bekerja, round the clock. Ok, memberi komitmen yang penuh, komitmen yang
tidak berbelah bagi sehingga telah pun mengharumkan nama Negeri Johor di
peringkat nasional. Dan harapan kita agar skuad SUKMA akan terus berjaya
mengharumkan nama negeri dan juga moga-moga lebih banyak atlet-atlet akan
daripada Negeri Johor akan menyarung jersi kebangsaan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
sebagai akhirnya pada penggal lepas saya sebelum mengundurkan diri ada
serangkap pantun untuk pembangkang. Jadi, pada penggal ini pun saya adalah satu
rangkap pantun untuk pembangkang. Jadi, jika diizinkan biar saya membacanya.
Pantunnya berbunyi seperti ini, pucuk di cita ulam mendatang, ulam disusun berpara-
para, kata-kata pembangkang akan kami tentang, biarpun sampai ke bintang kejora.
(Dewan bertepuk).
Nak sampai ke bintang kejora Dato’ Speaker kita boleh naik roket DAP. Lepas tu dah
sampai ke kejora kita boleh singgah sekejap ‘ngeteh’ kat bulan. Jadi, tak ada
masalah. Dengan kata-kata itu…
Y.B. Dato’ Speaker : Ah, yalah. Kalau kita nak balik India, tiada kereta api.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Kapal-kapal pun ada Dato’
Speaker, kapal air pun ada. Nak ikut sama boleh Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Ok, dengan kata-kata itu saya
ucapkan terima kasih dan juga menyokong cadangan yang dibawa oleh ADUN
Kukup. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, kita teruskan lagi perbahasan, siapa nak berucap? Pasir Raja.
275
Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba (Pasir Raja) : Bismillahirrahmannirrahim,
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’
Speaker di atas peluang yang diberikan kepada saya DUN Pasir Raja turut serta dalam
membahaskan usul menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Titah Duli Yang Maha Mulia menyarankan kerajaan
kita mengambil pendekatan seimbang terhadap semua bidang yang ada berkaitan
dengan kepentingan rakyat. Antaranya, pembangunan ekonomi yang membuka
peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat. Melihat pada usaha serta kerja kuat
Kerajaan Johor melalui Unit Perancangan Ekonomi dan agensi-agensi lain seperti
Iskandar Malaysia yang banyak mempromosi peluang baru ekonomi pekerjaan,
perkara ini harus diberi pujian. Yang terbaru dan julung-julung kalinya ialah Karnival
KEPAK dalam Bahasa Inggeris WING.
Y.B. Dato’ Speaker : Apa tu KEPAK?
Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba (Pasir Raja) : KEPAK maksudnya Karnival Kerjaya
Perniagaan dan Kemahiran, saya dah tanya dah, itu betul. Yang memberikan
gambaran kepada rakyat Johor terutama generasi muda, generasi yang baru naik
meninjau peluang melanjutkan pelajaran dan juga peluang-peluang pekerjaan yang
terdapat dan bakal diwujudkan di negeri ini. Inilah sebenarnya program yang
dinantikan oleh rakyat Johor, terutamanya generasi muda yang kerap kali menuntut
kerajaan merancang masa depan mereka dengan menghidangkan maklumat yang
menyediakan peluang pekerjaan baru melalui pelaburan yang meningkat di negeri ini
sejak 3 tahun kebelakangan. Perkara yang perlu diutarakan ialah terdapat isu dengan
izin Dato’ Speaker, miss-match atau ketidaksepadanan. Dalam hal ini antara peluang
pekerjaan dan bidang ilmu yang dituntut. Maksud saya, merujuk kepada
mendahulukan rakyat Johor ini sendiri yang mungkin mendapat manfaat hari ini ialah
kebanyakan dari negeri-negeri lain. Contoh negeri-negeri Kelantan, mungkin, warga
asing. Peluang pekerjaan itu ada tetapi, bila sampai masa pekerjaan itu diisi tidak
ramai anak-anak dari negeri ini yang dapat mengisi tempat pekerjaan tersebut akibat
ketidaksepadanan itu tadi. Saya bukan nak saubiah Dato’ Speaker, tetapi anak-anak
dan ibu-ibu bapa yang tinggal berdekatan sekiranya pekerjaan ini dapat diperolehi
tidaklah berjauhan. Yang saya nak utarakan ialah sudahkah kerajaan membuat kajian
terperinci tentang bidang ilmu yang rakyat Negeri Johor perlu tumpukan agar ianya
sepadan dengan izin matching, dengan keupayaan mereka serta melepasi tahap
serta kriteria pekerjaan yang ditawarkan semasa memohon. Itu yang penting. Kalau
pun buat waktu ini tidak mencukupi, graduan-graduan anak negeri ini dapat
memenuhi tempat pekerjaan, mungkin seboleh-bolehnya kita mestilah berusaha agar
lebih ramai anak-anak kita bergraduan ataupun mempunyai kemahiran yang tinggi
dalam bidang yang dapat mereka penuhi tempat ini kelak. Dan kita perlu merujuk
juga dengan, ataupun kepada 12 Bidang Keutamaan Ekonomi Negara, (NKEA) yang
diusahakan oleh Kerajaan Pusat. Saya berpendapat kuat, bidang-bidang ini, kecuali
Greated KL, sekiranya di manfaat sepenuhnya kita akan mendapat keuntungan.
276
Dato’ Speaker, DUN Pasir Raja mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri
terutamanya Yayasan Pelajaran Johor yang telah membuktikan komitmen membina
kampus induk bernilai RM52 juta di Ladang Yayasan Kota Tinggi dalam DUN Pasir Raja.
Pembinaan kampus induk yang baru dimulakan beberapa minggu yang lalu,
menggembirakan rakyat kerana sekurang-kurangnya Kerajaan Negeri Johor mampu
membina sendiri pusat pengajian tinggi seperti mana negeri-negeri lain. (Dewan
bertepuk). Kita mendoakan agar pembinaan kampus induk KPYPJ ini akan mengikut
jadual yang ditetapkan dan dapat memulakan pengajian pada waktu seperti yang
dirancang.
DUN Pasir Raja akan memberikan sokongan penuh di atas pembinaan kampus induk
ini. Cuma Dato’ Speaker, perkara yang menjadi keutamaan ialah berkaitan dengan
tempat tinggal pelajar-pelajar yang bakal belajar di situ. Justeru itu, kita ingin melihat
agar ada satu permuafakatan antara kampus induk ini dengan masyarakat sekeliling
serta syarikat-syarikat pengangkutan yang berkesan dapat diadakan untuk mencari
jalan menyelesaikan masalah penempatan, kecuali KPYPJ mencari jalan
penyelesaiannya dengan membina sendiri asrama untuk pelajar.
Dato’ Speaker, DUN Pasir Raja sekali lagi menempah sejarah buat tahun ke dua
berturut-turut dapat melahirkan Johan Qariah peringkat kebangsaan, yang juga dapat
mewakili negara dalam Tilawah peringkat antarabangsa pada tahun ini. Qariah yang
datangnya dari daerah Kota Tinggi, DUN Pasir Raja...
Y.B. Dato’ Speaker : Ya eh, dia dari Pasir Raja?
Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba (Pasir Raja) : Betul. Akan mewakili negara kita pada
pertengahan Julai ini. Mudah-mudahan beliau akan berjaya menjadi juara pada
peringkat antarabangsa. Yang pentingnya Dato’ Speaker, sejak kerajaan kita, Negeri
Johor mengaplikasikan program membudaya al-Quran sejak sekian lama hasilnya
telah di manfaat oleh Qari dan Qariah negeri kita kerana suburnya program ini
sehingga persekitaran untuk anak-anak kita mengaji al-Quran begitu luas dan kondusif.
Ditambah dengan adanya guru-guru mengaji al-Quran ini maka kaedah dan cara kita
mengaji al-Quran ini lebih menjadi meyakinkan dan bertempatan dengan
keperluannya.
DUN Pasir Raja memohon agar Kerajaan Johor akan menggandakan usaha dan
memperbaiki lagi kaedah penyampaian serta kaedah pelajaran kepada anak-anak
kita. Kalau boleh meramaikan lagi guru-guru al-Quran bertauliah di lebih banyak
tempat terutama sekali di taman-taman perumahan yang baru. Sampailah masanya
pihak kerajaan memantau serta menyelaras pusat-pusat pengajian al-Quran agar
ianya berkualiti dan sah. Cara bagaimana hendaklah dilakukan, kita mintalah Jabatan
Agama Negeri melaksanakan.
277
Dato’ Speaker saya ingin menyampaikan permohonan penduduk Ladang REM Kota
Tinggi, dalam DUN Pasir Raja agar dapat mereka mengadakan solat Jumaat di surau
mereka. Setelah sekian lama mereka terpaksa bersembahyang Jumaat di luar Ladang
REM sedangkan penduduk tempatan adalah ramai dan kesukaran penduduk warga
asing pekerja ladang untuk bersolat Jumaat di luar kawasan mereka.
Y.B. Dato’ Speaker : Lama tak dapat eh, kawasan saya dulu itu. Ladang REM kawasan
pilihan raya saya dulu...
Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba (Pasir Raja) : Ha, sebab itu dia baik, Dato’ Speaker.
Saya mewarisi Dato’ Speaker. (Dewan ketawa). Dato’ Speaker...
Y.B. Dato’ Speaker : Macam tertidur pulak awak sebut.
Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba (Pasir Raja) : Pemberian bantuan laptop ataupun
notebook kepada pelajar-pelajar berkelayakan oleh SKMM. Saya ingat itu Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia. Baru-baru ini adalah langkah baik dan terpuji bagi
menjadikan lebih ramai rakyat miskin dan pelajar luar bandar mendekati dunia
teknologi maklumat dan menguasainya. Yang menjadi masalah ialah mereka dapat
notebook ini dengan kadar sewaan yang dibayar oleh ibu bapa mereka untuk
kegunaan menggunakan Jalur Lebar dengan kos minima tetapi malangnya bagi
penduduk luar bandar yang jauh dari pusat Jalur Lebar yang dibina, perkhidmatan Wi-
Fi tidak dapat di perolehi. Ibu bapa mereka terpaksa membayar sewa bulanan
sedangkan perkhidmatan Jalur Lebar Wi-Fi tidak di perolehi. Dan DUN Pasir Raja
menyarankan kepada kerajaan agar setiap pemberian notebook percuma kepada
pelajar-pelajar ini dapat disertai dengan kajian di mana mereka tinggal dan
perkhidmatan Wi-fi ini dapat dipasang dengan kadar segera. Kalau tidak Dato’
Speaker program ini tidak bermakna kerana ia tidak akan dapat dipakai.
Akhir sekali Dato’ Speaker, dalam Bahasa Inggeris local flavour international standard
maksudnya adunan tempatan standard antarabangsa. Perlu ada satu tema atas
kelebihan negeri kita. Dengan adanya pembangunan koridor ekonomi Iskandar
Malaysia dalam pelbagai bidang khususnya pelancongan dan industri kulinari iaitu
makanan. Tema yang saya utarakan membawa makna yang signifikan kepada
memperkenalkan tempat kita. Boleh kita meminta pengusaha pemakanan agar terus
menggunakan atau kekalkan penggunaan perasa atau flavour dan adunan asli
tempatan tetapi pihak kerajaan melalui penyelidikan universiti atau semua agensi
yang terbabit seperti IRDA, mestilah meningkatkan kualiti atau mutu produk kita dan
diterima sebagai standard antarabangsa atau standard internasional. Dan mendapat
pengiktirafan dunia dari segi rasanya. Ketahanan tarikh luput. Saya mencadangkan
satu delegasi khas mempromosi perkara ini untuk mendapat tempat di hati
masyarakat dunia perlu dilakukan dari sekarang, contoh terbaik Dato’ Speaker, untuk
negara kita, local flavour international standard ialah perbankan Islam. Yang mana
perbankan Islam dilahirkan di Malaysia tetapi hari ini diterima di dunia. Contoh kedua,
278
Tabung Haji, local flavour dan diterima di peringkat dunia. FELDA, local flavour
konsepnya diterima di Kemboja dan Laos contoh. Dan yang menggembirakan kita
Dato Speaker ialah adanya pembinaan Premium Outlet yang berada di Kulai. Satu-
satunya peluang yang mungkin kita dapat gunakan bagi pemimpin industri makanan
memasuki pasaran antarabangsa di tempat kita sendiri. Ini yang menjadi persoalan
kita sama ada kemampuan kita menyediakan adunan tempatan untuk standard
antarabangsa.
Dato’ Speaker, saya memohon menyokong menjunjung rundingan Titah Duli Yang
Maha Mulia. Terima Kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, dah habis. Perbahasan diteruskan lagi, siapa hendak berucap,
mana dia. Jemput. Oh, Senai. Jemput
Y.B. Encik Ong Kaw Meng (Senai) : Selamat petang, salam sejahtera. Terlebih dahulu
saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kerana diberi peluang dan
kesempatan ini untuk menyertai perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.
Dato’ Speaker, setakat ini saya telah memerhatikan sejauh mana perbahasan berjalan
di Dewan ini. Maka saya ingin rujuk kepada satu peraturan yang mana saya rasa
peraturan yang berkenaan sering di langgari sewenang-wenangnya iaitu fasal, kalau
tak salah saya Fasal 45(2). Maka setiap kali seseorang Ahli berucap beliau dicelah oleh
Ahli yang lain. Bukan tidak ada hak untuk mencelah. Maka mengikut Peraturan
tersebut, seseorang Ahli yang hendak mencelah, beliau ingin merujukkan kepada Fasal
berkenaan dan menyatakan kenapa seseorang yang berucap tidak boleh, harus
disampuk melainkan jikalau beliau melanggari peraturan. Jadi, jikalau hendak
mencelah, Ahli berkenaan harus menunjukkan bagaimana, apakah syarat yang
dilanggari. Dengan ini saya juga berharap, sekarang saya berucap saya tidak mahu
dicelah sewenang-wenangnya dan sesuka hati oleh sesiapapun.
Y.B. Dato’ Speaker : (Dewan ketawa). Makna orang lain berucap, Yang Berhormat
enam orang pun jangan mencelah eh. Yang Berhormat selalu mencelah juga.
Y.B. Encik Ong Kaw Meng (Senai) : Saya celah saya akan merujuk kepada Fasal yang
tertentu. Saya tidak boleh mencelah sesuka hati. Isu-isu yang berkaitan dengan
syarahan ini memang tidak berasas langsung sebab kebiasaannya.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, tengok, Skudai pun tidak mahu mendengar Yang Berhormat
cakap. (Dewan ketawa).
Y.B. Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Skudai memang selalu
melanggari undang-undang. Itu sebab dia keluar.
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Skudai langgar undang-undang, sebab itu dia
keluar tu. Saya sokong.
279
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, ini bukan perbahasan, disokong.
Y.B. Encik Ong Kaw Meng (Senai) : Tengok sekarang saya dicelah, tengok.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, betullah, ok terus Yang Berhormat, kesian.
Y.B. Encik Ong Kaw Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, sering kala isu ini
mengenai pergerakan BERSIH ini dibangkit yang mengatakan bahawa tunjuk perasaan
yang akan berlangsung pada 9 hari bulan Julai ini adalah salah. Adalah melanggari
undang-undang. Maka sehingga IA akan digunakan. Tapi atas tafsiran saya, saya
seorang peguam, Dato’ Ambiga pun seorang peguam. Jadi, apakah matlamat BERSIH
ini? Ia ini cuma hendak menujukan 8 tuntutan.
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Peraturan
89, dia tidak boleh cakap datang sebagai peguam. Saya minta dia tarik balik.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia cakap jawatan dia, takpelah.
Y.B. Encik Ong Kaw Meng (Senai) : Ini satu sikap yang sempit. Saya bukan berucap
sebagai seorang peguam, saya berucap sebagai Wakil Rakyat.
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Ha, sebab itu dia jangan tunjuk, dia kena
jawab.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, dia
menyalahi tadi dia menyebut nama, itu pun salah juga.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, takpelah. Tu nanti betulkannya.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Dia tidak ikut undang-undang. Dia
kata...
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, saya tahulah.
Y.B. Encik Ong Kaw Meng (Senai) : Setelah meneliti matlamat BERSIH ini, maka saya
rasa ianya tidak melanggari Perlembagaan.
Y.B. Dato’ Speaker : Dapat permit Polis boleh tak?
Y.B. Encik Ong Kaw Meng (Senai) : Soal permit, kita lihat Libya, kita lihat Afrika Utara...
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat pindahlah ke Afrika, tiada permit.
280
Y.B. Encik Ong Kaw Meng (Senai) : Semalam saya ada menonton demonstrasi yang
diadakan di Negara Greece. Polis tidak tangkap, walaupun batu dibaling kepada
mereka. Ini tunjuk perasaan secara aman.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, sana Greece satu kaum. Sini Cina, India, Melayu
kalau satu kali sudah gaduh, tak boleh cakaplah macam 13 Mei. Itu sebab bila esok
kalau kerajaan tidak ambil tindakan, Yang Berhormat salahkan kerajaan. Ini Yang
Berhormat, bukan main-main. Kalau tunjuk perasaan tidak orang kacau kena ada
permit.
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat dia langgar Peraturan, ketika
Speaker berucap dia tidak duduk.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok. (Dewan ketawa). Ok, Yang Berhormat sambung balik.
Y.B. Encik Ong Kaw Meng (Senai) : Kita tengok keadaan di Greece hampir-hampir
muflis. Saya menonton televisyen Astro dan saya dapati bahawa Negara Greece ini
running out of money akan jadi kering mata wang. Kenapa terjadi sedemikian...
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat, dalam Dewan mana
boleh bercakap lain daripada Bahasa Kebangsaan. Dia melanggar Peraturan,
dengan izin dia tak sebut, dengan izin pun. (Dewan ketawa).
Y.B. Dato’ Speaker : Tak apa, tak apa, saya tegur. (Dewan ketawa).
Y.B. Encik Ong Kaw Meng (Senai) : Ini kadang kala sepatah dua dalam Bahasa
Inggeris...
Y.B. Dato’ Speaker : 2 plus 1, lah.
Y.B. Encik Ong Kaw Meng (Senai) : Ok, dengan izin, dengan izinlah.
Y.B. Dato’ Speaker : Baguslah.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Muflis. Sehingga kenapa kekeringan mata wang di
negara Inggeris. Kerana pinjaman. Pinjam kehutangan asing. Di negara kita,
kehutangan asing adalah berjumlah berapa?. Saya rasa ada ahli sini tak tahu,
berjumlah berapa. Di Negara Malaysia berhutang asing RM560 bilion.
Y.B. Dato’ Speaker : Huh.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Jadi…
Y.B. Dato’ Speaker : Betul ni Yang Berhormat?
281
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Pengurusan…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ya..
Y.B. Dato’ Speaker : Kalau Yang Berhormat salah apa macam?. Ini dia bukan syor
cakap RM570 tau, Bank Negara simpan deposit tunai aje pun kita ada RM430 milion. Ini
Yang Berhormat, dia dewan ni kalau Yang Berhormat kalau betul boleh cakaplah, tapi
saya nak cabar Yang Berhormat, kalau benda tu betul Yang Berhormat kata, saya
tahniah Yang Berhormat, saya akan tak ambil tindakan. Tapi kalau Yang Berhormat
salah, saya ambil tindakan. Ok?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ok. Ini makluman.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, makna, kalau Yang Berhormat tak betul, saya tak ambil
tindakan.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Makluman saya, memang saya difahamkan
sedemikian.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, cakaplah difaham.
Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Ini tadi tak boleh faham, fahamkan.
Y.B. Dr Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, dia tak ikut
peraturan.
Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Boleh suka-suka cakap. Itu memang...
Y.B. Dato’ Speaker : Tak. nanti, dia yang jawab. Bukan yang berhormat. Yang
Berhormat Skudai, ini bukan Yang Berhormat punya giliran, dialah jawab. Yang
Berhormat buat apa kacau dia.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya minta dia
tarik balik. Kalau tidak, ambil tindakan.
Y.B. Dato’ Speaker : Senai.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Sekarang tempat macam mana?
Y.B. Dato’ Speaker : Takpelah, Yang Berhormat cakap sebagai ADUN.
282
Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat
Senai ni memang suka selalu sentuh sepertimana yang telah sebut oleh yang dahulu,
DAP sebut dalam Dewan ini. Kerajaan akan muflis tetapi hingga kini kerajaan tak ada
masalah. Mereka terima juga elaun tiap-tiap bulan.
Y.B. Dato’ Speaker : Dah habis?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tadi mula-
mula sudah cakap. Saya tidak boleh dicelah melainkan Ahli yang mencelah itu,
memberitahu kepada saya atas syarat apa yang saya langgar.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat kata, kalau salah tapi dia tegur tadi betullah.
Saya tegur, Yang Berhormat berdiri. Yang Berhormat tak boleh sebut nama orang,
sebab tu dia cakap salah.
Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba (Pasir Raja) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, RM560
bilion tu betul tak, tanya dia?.
Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Tanya dia Yang Berhormat, dia pakai Perdana
tetap ke?
Y.B. Dato’ Speaker : Apa tak yang ni cerita..
Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini tuduhan dari
dari.. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Skudai selalu memang cara dia
bercorak begitu, kita yang belajar dengan dia.
Y.B. Dr Boo Cheng Hau (Skudai) : Saya mahu Peraturan Tetap 45. Ini sudah jadi …
Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Ini tingkah laku DAP yang selalu buat macam nih
Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, bila mimpi saja
dia membawa ke sini.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, saya tidur sekejap. Ok. Ha, dah jaga balik. Ok Senai.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Salah seorang Timbalan Menteri dalam Jabatan
Perdana Menteri pernah cakap.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Menjelang 2019, Malaysia akan muflis, selagi rasuah
dan salah pengurusan ekonomi tidak ditangani.
283
Y.B. Dato’ Speaker : Itu dia beri pandangan. Sebab apa untuk ambil tindakan. Oklah,
saya tahu. Maka, macam Menteri nasihat, Yang Berhormat nasihat tu biasalah. Ha’ah.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Memang ada asas kenapa Menteri bercakap
sedemikian.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh. Sama Johor pun bercakap.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ok, takpe. Saya kembali ke isu yang lain.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ok?
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Saya nak rujuk kepada satu laporan Media The Star
bertarikh 22 Jun 2011.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, kalau ikut ini pun Yang Berhormat salah juga.
(Dewan ketawa).
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ya, ya, ya…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat cuba tengok Fasal 25 (2), baca. Fasal 25(2). Cuba
baca. Saya suruh Yang Berhormat baca. Apa bunyi dia?
Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya
cadangkan...
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, nantilah Johor Jaya…
Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Saya cadangkan Yang Berhormat Dato’ Speaker
adakan kursus untuk dia.
Y.B. Dato’ Speaker : Johor Jaya, boleh tak jangan nyampuk? (Dewan ketawa). Ha
sudah, duduk.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Fasal 25?
Y.B. Dato’ Speaker : 25(2). (Dewan diam seketika).
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dato’ Speaker, baca lama sangat ni.
284
Y.B. Dato’ Speaker : Takpelah. Kita dapat rehat.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Saya rasa rujukan kepada artikel-artikel apa surat
khabar dibuat oleh Bentayan.
Y.B. Dato’ Speaker : Saya baca ya 25(2). Mengikut Peraturan 25(2), tidak boleh
bertanya berkenaan kenyataan-kenyataan berucap dalam Media. Makna, Yang
Berhormat tak boleh pakai media saja, ini Mahathir cakap eh, tapi sesekali untuk rujuk
tu, saya lepaskanlah. Ini saya cakap ni ikut peraturan. Ok, teruskan.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ok, saya menurut satu laporan media mengenai
penyeludupan pasir.
Y.B. Dato’ Speaker : Aha.. pasir pulak. Ok.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Dalam media itu, dia kata “sand man return”.
Orang pasir.
Y.B. Dato’ Speaker : Orang pasir?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ya, sand man return.
Y.B. Dato’ Speaker : I think ghost ke?. Hantu ke?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Masalah penyeludupan pasir tidak dapat ditangani.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, saya ingat ghost tadi.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ada 3 mesyuarat yang lalu. Jadi sand man return,
senai pun return. Nak bawa semula isu ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Bukan senai return, Senai gone away.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : (Dewan ketawa). Menurut laporan tersebut, ada
dinyatakan. Ini dinyatakan ya. Ratus-ratus juta ringgit pasir dihantar melalui kapal ke
pulau Singapura. Penyeludupan pasir masih berlaku di Sungai Johor. Star Prore. Ini
siasatan secara bebas yang dijalani oleh Star sendiri. Jadi Jeti di Kota Tinggi ke Ulu
Tiram hampir lebih 20 kilometer jaraknya, sebelum pasir dimuatkan ke lori-lori selepas
proses pembersihan dihabiskan. Kemudian diangkut melalui pontun siap dengan
kapasiti sehingga 4,000 tan. Pontun yang didaftarkan di Singapura pun, pengangkutan
pada siang hari, korekkan atau pengeluaran pasir dibuat pada malam. Jeti yang
diletakkan dalam satu kawasan di sini adalah kediaman, adalah dinamakan Gated
285
Polo Park, Taman Iskandar. Ini telah digunakan untuk menipu pihak berkuasa, bahawa
pasir yang dikorek itu dari Sungai Johor adalah untuk kegunaan tempatan.
Sindiket menggunakan jeti untuk menipu pihak berkuasa. Ini dilaporkan, dilaporkan
oleh Star. Ratus-ratus juta ringgit pasir dihantar, kemudian Star Prore mengenai hasil
siasatan Star Prore ini, satu pontun yang berhenti di jeti tersebut pada setiap hari, iaitu
dikatakan untuk kegunaan tempatan, manakala setiap hari dipercayai 4 pontun
berlayar ke Singapura.
Penduduk-penduduk sehingga sekarang, di situ di tempat kediaman di situ, telah
mengadu terhadap bunyi-bunyian dan keadaan kotor dan huru-hara di situ. Masalah
ini, saya telah bangkit melalui satu laporan yang terdahulu bertarikh 24 Jun 2010. Saya
nak tanya kepada pihak Kerajaan Negeri. Nampaknya setelah saya bangkitkan isu
mengenai penyeludupan pasir ini, maka masalah ini masih berlarutan tanpa diambil
keseriusan oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya harap pihak
kerajaan boleh memberikan satu penjelasan yang sewajarnya.
Lagi satu isu yang saya nak bangkitkan juga. Menurut laporan Media juga, Iskandar
Investment Berhad (IIB) telah membuat laporan Polis pada awal bulan April 2011,
terhadap Pegawai-Pegawai Kanan Pengurusan IIB termasuk bekas Presidennya,
kerana disyaki terbabit dengan fraud ke atas penyelewengan. Adakah dakwaan ini
betul, berasas atau tidak?. Saya harap pihak Kerajaan Negeri harus menjawab
pertanyaan saya ini. Apakah langkah yang sewajarnya diambil oleh Kerajaan Negeri
terhadap mereka yang terlibat dalam fraud dan penyelewengan ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Makna belum anu lagi eh. Tak boleh cakap dia terlibat. Dia dalam
penyiasatan, masih belum tentukan lagi sama ada ia atau benar. Makna ada baca,
saya harap kerajaan siasat dahlah tapi jangan tuduh-tuduh. Ok. Sebab mungkin tak
ada berkait, orang tu tak boleh nak jawab kat dewan. Nanti kecil hati keluarga dia. Tak
salah eh. Ok.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Jadi, adalah Juruaudit Luar seperti Ng Seang Yang,
terlibat dalam siasat dan enquiry. Ini memang isu ini ada kepentingan awam kerana
20% milikan saham itu adalah dimiliki oleh EPF. Ini duit rakyat, dan 20% lagi dimiliki oleh
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor. Kira memang ada kepentingan rakyat.
Lagi satu isu yang saya nak bangkitkan adalah mengenai masalah perobohan Zoo di
Saleng yang baru-baru ini, yang mana PERHILITAN, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar
itu telah merampas hampir 80% hidupan liar sehingga menjejaskan prospek mereka
terus berfungsi di situ. Jadi saya nak bertanya kepada jabatan berkenaan, sama ada
dari segi undang-undang, mereka selagi tidak memperolehi sesuatu Perintah
Mahkamah, bolehkah mereka merampas dan melucut hakkan binatang-binatang
hidupan liar yang berkenaan. Sama ada hidupan liar yang telah dirampas sekarang
286
masih dalam milikan PERHILITAN, boleh di pulang balik atau tidak supaya tidak
menjejaskan.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia tak salah ke Yang Berhormat, orang yang punya binatang tu?
Macam dia tak ada salah aje. Suka-suka hati je PERHILITAN pergi rampas. Tak ada
salah ke?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Salah pun masa dari segi undang-undang. Ini
rampasan itu tanpa satu waran sita, tanpa satu perintah mahkamah.
Y.B. Dato’ Speaker : Surat amaran pun tak ada eh? Saya pun tak tahulah.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Amaran ada tetapi kesalahan yang tidak ketiadaan
permit Zoo. Adakah ini ketiadaan permit dikaitkan dengan pemilikan hidupan liar?
Y.B. Dato’ Speaker : Kalau hidupan liar tu mati macam mana?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Harganya lebih kurang dalam lingkungan RM6 juta
sebenarnya. RM6 juta hidupan liar itu. 80% beberapa ekor harimau tak salah saya, lebih
daripada 100 ekor harimau telah dirampas.
Y.B. Dato’ Speaker : Dah kurus tak, binatang tu tak makan?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Sekarang memang jadi kurus.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah. Sebab tu kerajaan takut dia mati, ambil tindakanlah. Takpe.
Ok.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, satu isu yang saya
nak bangkitkan. Adalah mengenai secara ringkas. Saya difahamkan hartanah ini telah
di beli oleh sebuah syarikat swasta yang ada connection, ada kaitan dengan syarikat
kroni, saya tak tahu. Kemudian dalam sebulan kemudian, harga pembelian adalah
dalam lingkungan RM8 juta. Tapi, tanah itu diambil di bawah Akta Pengambilan Tanah.
Y.B. Dato’ Speaker : Kat mana ni?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Kat.. Ok saya sebut di Mukim Pulai, Lot 1027 ini.
Wang pampasan atas pengambilan tanah itu selepas sebulan sahaja, adalah
beberapa kali ganda.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
287
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Kepada harga pembelian. RM29 juta. Dengan kata-
kata lain, syarikat yang membeli dia, yang menghasilkan pengambilan tanah oleh
pihak kerajaan, beruntung RM25 juta dalam masa yang singkat satu bulan sahaja.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Soalan ini saya ada tuju, dijawab tidak secara
terperinci. Apakah perkara sedemikian, statusnya, sama ada wujudnya
penyelewengan.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia buat apa tu, tanah tu?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Tak sampai akal, logik.
Y.B. Dato’ Speaker : Tanah tu buat apa Yang Berhormat?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Untuk kegunaan kesihatan, saya difahamkan.
Y.B. Dato’ Speaker : Kesihatan.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ini ada kepentingan awam memang.
Y.B. Dato’ Speaker : Ini kerajaan mana terlibat? Johor eh?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ya, ini tanah di Negeri Johor. Mukim Pulai.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, dia kadang di Johor Yang Berhormat. Kadang tanah tu
kepunyaan federal. Yalah. Tak semua tanah dalam Johor, kepunyaan Johor. Ada
tanah kepunyaan hak milik Kerajaan Malaysia nak ambil alih. Itu tak ada kena
mengena dengan kerajaan. Tak tahulah kalau tanah tu yang bermaksud, kalau tanah
tu kepunyaan dan diuruskan oleh Kementerian Kuala Lumpur, makna tu sana punya
hal, bukan kita. Kalau Johor , tu Johor lah. Ni saya tanya je betul ke?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, fakta latar
belakang kes saya ada di sini. Sebuah Syarikat Maha Global Sdn. Bhd dia beli tanah ini,
dengan harga pembelian RM8 juta. Syarikat itu cuma membayar 10% sahaja iaitu
RM80,000 dan telah memasukkan satu kaveat terhadap tanah tersebut. Kemudian
tanah ini diambil di bawah Akta Pengambilan Tanah oleh pihak Kerajaan.
Y.B. Dato’ Speaker : Kerajaan mana?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Negeri sini, Negeri Johor.
Y.B. Dato’ Speaker : Betul eh?
288
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ya.
Y.B. Dato’ Speaker : Fuh.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Kurnia Heights Sdn. Bhd. membeli daripada sori
Maha Global adalah pemilik asal. Kurnia Heights Sdn. Bhd membeli daripada Mahar
Global dengan harga RM8 juta kemudian masukkan kaveat kemudian dalam masa
sebulan kemudian, tanah diambil. Dibayar pampasan RM29 juta. Ini kesimpulan apa
tu? Yang Berhormat Dato’ Speaker, siapa-siapa yang ada akal boleh fikirkan, sesuatu
telah berlaku. Takkanlah dalam tempoh masa yang sebegitu singkat, harga pasaran
hartanah itu boleh meningkat begitu pesatnya dengan kadar. Macam mana? Ini saya
harap Kerajaan Negeri dapat menjelaskan.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah. Dia mula tanah tu individu punya. Ok, kemudian Heights beli
eh?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Tanah individu.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Jual kepada syarikat. Tanah ini dijual kepada tanah
B.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang B tu siapa? Kerajaan?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : No, kedua-dua tanah syarikat adalah swasta.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, dah. Dia punya hal, ok.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Tapi, kenapa kerajaan boleh ambil tanah itu
membeli kepada pembeli tanah yang baru, membayar pampasan kepada pembeli
yang baru, syarikat kedua tu, membeli dengan harga RM8 juta, cuma membayar 10%
sahaja. Memasukkan kaveat, sebulan kemudian syarikat pembeli itu beruntung RM25
juta kerana pihak negeri membayar pampasan RM29 juta.
Y.B. Dato’ Speaker : Kerajaan Johor bayar?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ya,
Y.B. Dato’ Speaker : Oklah, takpelah. Biar dia jawab nanti.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Perkara ini telah muncul di net-net. Sesiapa pun
boleh access to the net. Ok.
289
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Lagi satu isu yang saya nak bangkit. Mengenai
sekolah, projek pembinaan SJK Cina Kulai 2.
Y.B. Dato’ Speaker : Ada pulak.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Perkara ini saya ada bangkit dalam mesyuarat
terdahulu dan EXCO berkenaan bantai saya, kata saya mengejar publisiti murahan,
tapi jawapan yang saya dapat, kenapa sekolah itu setelah dijanjikan menjelang bulan
Jun, maka ianya boleh dihabiskan maka murid-murid boleh bersekolah di situ, tapi
jawapan secara lisan saya dapat ini jawapan. Jawapannya ialah tidak boleh
disempurnakan kerana ketidakcekapan, kelemahan pengurusan projek oleh pihak
kontraktor, juga kekurangan pekerja mahir di tapak. Jadi masalah kelemahan,
ketidakcekapan pengurusan projek akan dikaitkan dengan kelemahan dan
ketidakcekapan pihak Kerajaan Negeri.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat, dah sampai masa.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Itu yang saya harap benda ini, pasal saya didatangi
oleh ibu bapa,murid-murid, kenapa masalah ini sehingga apa janji-janji yang terus
diberikan tapi tidak ditunaikan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok ,masa cukup.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ada satu isu lagi yang penting.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, last. Cari dah satu minit. (Ketawa).
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ha ini, ini, sini, sini. Ok ada sebuah rumah, ini saya
nak tuju kepada SAJ. Memang saya nak tanya SAJ, ini tunggakan bil air berkumpul-
kumpul sehingga menjadi berapa ribu, di sini RM3,000.00 lebih. Ini tunggakan adalah
disebabkan ketiadaan bayaran oleh para pemilik yang asal, yang pertama. Sekarang
hartanah itu telah dibelikan oleh pembeli yang baru, baru-baru sahaja. Setelah
mengambil milikan hartanah tersebut, maka SAJ memaksa pemilik yang baru harus
menelan kos ini, RM3,000.00 lebih. Saya nak tanya SAJ sama ada ini berwajar atau
tidak. Bagi pemilik yang baru, yang membeli hartanah, sama ada pemilik yang baru
harus menanggung tunggakan bil yang disebabkan pemilik yang asal. Ini saya harap
SAJ boleh menerangkan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok dah Yang Berhormat.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Lagi satu sahaja.
290
Y.B. Dato’ Speaker : Eh tadi dah kata nak penghabisan.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ok di sini adalah mengenai berkenaan dengan
tapak yang telah dicadangkan oleh pemaju perumahan untuk dijadikan taman
permainan kanak-kanak di atas tanah PTD 21, di Taman Tai Keng, Kulai Besar,
bersebelahan dengan rumah kediaman nombor 29-1 dan berhadapan dengan
rumah-rumah kediaman bernombor 27-1 hingga 27-5, Jalan Ketumbar 1, Taman Tai
Keng, Kulai Besar. Apakah sebab sampai sekarang tapak berkenaan masih belum
dijadikan taman permainan kanak-kanak, tapak berkenaan sekarang ini telah disewa
oleh sebuah syarikat pembinaan swasta,yang di letakkan di Kulai Besar juga untuk
dijadikan tempat penyimpan bahan-bahan jentera pembinaannya. Akhir sekali saya
nak bangkitkan satu…
Y.B. Dato’ Speaker : Tadi dah habis, Yang Berhormat?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ini ada kepentingan awam juga.
Y.B. Dato’ Speaker : Semua berkepentingan awam.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ini isu mengenai pencurian buah-buah kelapa sawit
yang sering berlaku di estet-estet kelapa sawit di Layang-Layang. Baru-baru ini, suatu
laporan dibuat kepada Balai Polis di Layang-Layang, dengan memberikan maklumat
mengenai si pencuri, lori si pencuri dengan nombor pendaftaran dibekalkan yang
mengangkut buah kelapa sawit yang telah dicuri. Ekoran daripada itu pihak Polis
berjaya menangkap, menahan lori tersebut. Tapi saya difahamkan lori tersebut
dengan empunya lori tersebut telah dilepaskan tanpa dikenakan sebarang
pertuduhan. Semacam ada kawtim di sini, ada selesai di sini.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, mungkin dia dah betul tu, ataupun belum dia jadikan kes.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Maksud saya kenapa tidak ada tangkapan, tidak
ada pertuduhan terhadap kesalahan mencuri buah kelapa sawit.
Y.B. Dato’ Speaker : Kot buah dia tak? Silap Polis. (Ketawa).
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Saya difahamkan memang setiap kali laporan
ditujukan kemudian tidak diikuti dengan tangkapan kerana ada penyelewengan.
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat, ikut Peraturan, dia kurang
empat saksi. (Ketawa).
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat, dah habis.
291
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Kerana tak sesuai pada dia, dia kata perlukan empat
saksi.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah, yalah.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ya dengan ini katakan ini berakhirlah ucapan saya.
Sekian terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, kesian Yang Berhormat, rehat sikit ya. Ok perbahasan
diteruskan lagi. Ha, Bukit Serampang.
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Alhamdulillah, terima kasih saya tujukan kerana
diberikan kesempatan untuk sama-sama menyokong usul bagi menjunjung kasih
kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan
takluk Johor Darul Takzim semasa merasmikan pembukaan Penggal Persidangan
Keempat Dewan Negeri Johor Ke-12 pada 23.6.2011 yang dibawa oleh ADUN Kukup.
Sebelum saya meneruskan perbahasan ini Dato’ Speaker, saya ingin terlebih dahulu
mengambil kesempatan untuk nak mengucapkan terima kasih.
Terima kasih yang pertama bagi pihak rakyat Bukit Serampang untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah memacu
kemakmuran dan kemajuan Negeri Johor dengan kerjasama dan sokongan segenap
lapisan masyarakat di dalam Negeri Johor, lebih-lebih lagi kita berterima kasih kepada
pimpinan dan warga kerja, jabatan-jabatan kerajaan sama ada di peringkat
Persekutuan mahupun di peringkat Negeri yang merupakan jentera pelaksana kepada
dasar-dasar ini yang memungkinkan, Alhamdulillah, Negeri Johor telah pun dapat
menjadikan salah satu daripada negeri yang juga tidak menghadapi banyak masalah
dalam membangunkan negeri dan rakyatnya. Ini jelas daripada Titah Tuanku yang
sedikit sebanyak telah pun memberikan pengiktirafan di atas kejayaan yang dibuat
oleh Kerajaan Negeri dalam soal sebagaimana yang saya katakan tadi untuk
memajukan Negeri Johor.
Yang kedua Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak mengucapkan terima kasih juga
kepada Kementerian Dalam Negeri kalau benarlah sebagaimana yang telah pun saya
terima maklumat, Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau diimbas kembali dalam
Ucapan saya di dalam bajet yang lepas, saya telah pun melahirkan rasa dukacita
yang amat sangat apabila Muzium Polis Bukit Kepong itu yang telah pun dihilangkan
dalam rancangan Malaysia Ke-10. Mungkin berkat doa daripada penduduk-
penduduk di kawasan Bukit Kepong yang juga mempunyai cita-cita tinggi terhadap
kebaikan ini dan dengan dibantu sokongan yang kuat oleh Kerajaan Negeri, maka
saya difahamkan, Muzium Bukit Kepong itu, insya-Allah akan, telah pun dibuat
penilaian, penelitian dan reka bentuk telah pun diperbincangkan dan insya-Allah akan
292
menjadi kenyataan di satu masa nanti. Dan dengan keadaan itu saya harap yang
saya katakan jangan sampai saya di muziumkan, muzium itu tak berlaku nampak insya-
Allah.
Y.B. Dato’ Speaker : Macam mana Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat di
muziumkan?
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Muzium Polis dulu tak dijadikan,
Y.B. Dato’ Speaker : Habis?
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Apabila saya berucap yang
lepas, saya kata jangan sampai saya di muziumkan sebagai Wakil Rakyat…
Y.B. Dato’ Speaker : Apabila Yang Berhormat kembali ke Rahmatullah?
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Tidak.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, tu di muziumkan?
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Tidak, sebagai Wakil Rakyat.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha?
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Sebagai Wakil Rakyat.
Maknanya Dato’ Speaker, maknanya sebelum saya pencen Wakil Rakyat akan jadi
kenyataan lah.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, ha, selalu muzium ni orang yang dah meninggal. (Ketawa). Ok
lah.
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Tu maksud saya Dato’ Speaker.
Jadi, saya nak ucap banyak terima kasihlah dan sekali lagi saya menyeru di dalam
Dewan yang mulia pada petang ini, harapan saya, Bukit Serampang dan juga
penduduk sekitar Bukti Kepong yang tujuan dan matlamatnya yang pertama untuk
kita mengenang jasa perwira-perwira kita yang telah berkorban untuk negara demi
keselamatan rakyat ini dikenang oleh kita lebih-lebih lagi untuk kita wariskan kepada
generasi akan datang bagaimana gigihnya pasukan keselamatan dalam menjamin
keselamatan negara kita insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya telah pun mengikuti daripada Titah Tuanku yang
lepas kita dapati banyak perkara yang telah pun diberikan teguran, diberikan pujian,
jadi untuk itu sama-samalah kita untuk berbincang, berfikir bagaimana segala teguran-
teguran yang dibuat oleh Tuanku Sultan ini dapat dijadikan asas untuk kita meneruskan
293
kesinambungan bagi memajukan negeri dan juga rakyat Johor secara
keseluruhannya. Dalam soal ini saya ingin menyentuh dua perkara.
1. Sahabat-sahabat saya, Yang Berhormat tadi telah pun telah berikan tahniah di atas
kejayaan SUKMA. Jadi saya pula terfikir, mengapa tidak saya juga mewakili sahabat-
sahabat saya untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Agama
Islam…
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Yang telah pun menyebabkan
Qari kita…
Y.B. Dato’ Speaker : Qariah
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Qariah kita telah pun menjadi
johan…
Y.B. Dato’ Speaker : Qari kalah.
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Musabaqah al-Quran di
peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan di atas kejayaan ini. Namun demikian,
biasalah yang baik itu tetap baik, yang saya nak sentuh di sini Yang Berhormat Dato’
Speaker, mungkin untuk kita nak mencapai lebih baik di masa akan datang, ialah dari
segi peserta-pesertanya. Kalau saya meneliti Musabaqah di peringkat negeri di
daerah Ledang yang lepas, boleh dikatakan hampir tiga suku daripada pesertanya
adalah peserta yang saban tahun mewakili di peringkat daerah masing-masing,
calonnya. Di antaranya ada satu daerah tu diwakili oleh peserta yang pernah menjadi
johan peringkat negeri dan kebangsaan. Tapi mungkin faktor usia, dia tidak berjaya.
Isu yang nak saya timbulkan di sini ialah apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar
membentangkan Bajet yang lepas, disentuh juga soal peruntukan yang telah pun
diberikan kepada sekolah-sekolah, kepada masjid untuk guru al-Quran ini, soalnya
sejauh mana peruntukan itu telah pun diguna pakai dan sejauh mana hasil daripada
peruntukan itu, usaha yang telah pun dibuat untuk kita menyediakan Qari-Qari bukan
sahaja dari segi untuk hafalan, bukan sahaja dari segi untuk terjemahan, tetapi juga
dari segi bagaimana meningkatkan mutu bacaan Qari-Qari kita di masa-masa akan
datang. Saya harap peruntukan yang agak besar juga diberikan ini dapat dinilai dan
digunakan sebaik mungkin dengan melahirkan Qari-Qari muda yang lebih baik, sesuai
dengan keadaan suasana pada hari ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Muar dapat nombor berapa itu hari? Tak ingat saya. Daerah
Muar?
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Ya?
294
Y.B. Dato’ Speaker : Daerah Muar nombor berapa itu hari?
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Saya tak pasti, tapi kalau tak
silap saya tak disebut pula satu sampai nombor berapa Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Bukan, dia sebut, tapi kalahlah eh?
Y.B. Tuan Haji Tahir Bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Disebut Cuma johan, tempat
yang kedua, naib johan dan tempat yang ketiga, jadi saya tak dapat, sagu hatilah
kiranya tu.
Y.B. Dato’ Speaker : Makna corotlah?
Y.B. Tuan Haji Tahir Bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Ya.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha ok. Ok teruskan Yang Berhormat.
Y.B. Tuan Haji Tahir Bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Ok, Yang Berhormat Dato’
Speaker, satu perkara lagi yang nak saya sentuh, di dalam Dewan ini, ialah soal belia.
Kita selalu memperkatakan, mempersoalkan, memperkatakan belia harapan negara.
Belia warisan bangsa dan negara di masa akan datang. Dalam masa yang sama kita
juga mempertikaikan, apa hala tuju belia pada hari ini, yang dikatakan warisan kita.
Lebih-lebih apabila lagi Akta Belia, yang telah pun di bentang dan diluluskan untuk
mereka yang berumur 40 tahun ke bawah. Di peringkat ini, walaupun pada hemat
saya sudah pun menjangkau usia yang matang, tetapi dari segi pemikiran dan
tindakannya juga pada saya belum lagi matang. Masih tidak keterlaluan kalau saya
katakan dia di peringkat mentah lagi. Kalau inilah Yang Berhormat Dato’ Speaker
harapan kita, persoalan yang nak kita timbul sejauh mana pula kita, khususnya di
peringkat kerajaan, memikirkan soal belia ini.
Apa yang nak saya sentuh Yang Berhormat Dato’ Speaker, di peringkat negeri, saya
tidak menidakkan apa yang telah dibuat oleh peringkat Jabatan Belia yang di bawah
Kerajaan Negeri. Banyak usaha-usaha yang telah pun di buat. Tetapi saya minta apa
yang saya sentuh ini, Kerajaan Negeri melalui EXCO Belia, supaya membawakan
pengetahuan ini ke peringkat Persekutuan. Supaya lihat bagaimana belia hari ini yang
kita katakan untuk menjadi pewaris pada kita sudah pun kita bela, sesuai dengan
hasrat kita, untuk mewariskan apa yang ada pada hari ini, untuk nak memajukan
negara kita, lebih-lebih lagi menuju negara maju, Vision 2020 akan tercapai dengan
keadaan belia yang hari ini seolah-olah kita katakan terumbang-ambing hala tujunya.
Contoh, berapa banyak persatuan belia yang betul-betul aktif? Berapa banyak
persatuan-persatuan belia yang boleh di banggakan? Saya rasa banyaknya hampir
berkubur. Saya telah pun dapat melihat keadaan ini melalui perbincangan, sama ada
dalam persatuan-persatuan perhimpunan persatuan belia-belia, mahupun Majlis
295
Perhimpunan Belia, di antara rumusan yang saya dapati, ialah Yang Berhormat Dato’
Speaker, 2 ataupun 3 perkara yang masalah melanda. Masalah belia untuk mereka
menghidupkan organisasi belia sama ada di peringkat tempatan mahupun di
peringkat daerah. Untuk makluman, di peringkat daerah, kita ada Majlis Belia Daerah,
kemudian ialah di bawah, di Tempatan tu majlis–majlis belia, ataupun persatuan-
persatuan belia, yang di bawah gabungan Majlis Belia. Tetapi beberapa perkara yang
saya nak sentuh ialah soal isu yang pertama ialah masalah kewangan.
Yang Berhormat Dato Speaker, tentunya bersetuju dengan saya. Apa pun keadaan
sekarang ini, kita memerlukan kewangan. Nak bergerak, nak membuat aktiviti, waima
sampai ke peringkat nak membuat surat- menyurat pun memerlukan kewangan.
Lebih-lebih lagi keadaan suasana sekarang yang dah maju. Persatuan belia
memerlukan kewangan. Saya nak menyorot soal ini, pernah satu ketika, di dalam majlis
yang telah pun diadakan di Muar. Kalau tak silap saya pada 16 Ogos 2009. Seorang
Timbalan Menteri telah mengumumkan, bahawa belia-belia ini akan diberikan
bantuan peruntukan sebanyak RM1,000.00 untuk pengurusan dan RM3,000.00 untuk
aktiviti kepada setiap persatuan belia yang telah di daftarkan. Tapi persoalannya
sehingga ke hari ini, mana dia peruntukan itu? RM1,000.00 yang saya katakan tadi
untuk pengurusan, RM3,000.00 untuk aktiviti tadi, sampai sekarang belum jadi
kenyataan. Jadi macam mana belia nak bergerak?
Y.B. Dato’ Speaker : Dulu janji ada duit?
Y.B. Tuan Haji Tahir Bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Ya.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
Y.B. Tuan Haji Tahir Bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Lebih-lebih lagi sebagaimana yang saya katakan tadi kebanyakan persatuan-
persatuan tempatan adalah dipimpin oleh kalangan mereka yang bukan
berpendapatan tinggi. Sama ada ketua dan setiausaha dan sebagainya. Jadi
bagaimana mereka nak menghidupkan belia? Dengan keadaan kewangan yang
tidak, boleh dikatakan tidak ada, sumbernya tak ada. Jadi saya harap perkara ini di
lihat, yang peliknya Pejabat Belia ini, saya tak menyalahkan Pejabat Belia ini. Hantar
surat, minta Pejabat Belia Daerah buat satu program, hantar kepada persatuan belia-
belia, minta hantar datang, hantar apa, ni peserta. Suruh, kadang-kadang oleh kerana
kalau misal kata pimpinan kita yang tertentu hadir,berbas-bas disuruh bawa. 1
kampung bawa 2 bas, 3 bas, kerana nak memenuhi ruang padang yang begitu besar,
tetapi janjinya dia kata nak bayar duit bas tu. Saya pernah ditemui oleh satu pengerusi
persatuan, dia dah di kejar oleh tauke-tauke bas. Sebab dah janji bawa 3 bas. Tapi tak
berbayar sampai sekarang. Akhirnya Wakil Rakyat juga kena cuit.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
296
Y.B. Tuan Haji Tahir Bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Tak pelah. Tapi soalnya ini yang
saya katakan tadi. Yang perlu kita fikirkan, khususnya oleh pihak-pihak tertentu di
Kementerian Belia dan Sukan. Satu lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker, soal belia juga,
sebagaimana saya kata di peringkat awal tadi, belia ni baru nak membesar, yang
saya katakan, tidak keterlaluan saya katakan mentah lagi pemikirannya, mereka
memerlukan bimbingan. Bimbingan daripada pihak-pihak tertentu. Tetapi oleh kerana
kekangan-kekangan pegawai, saya sedar masalah ini. Tidak mencukupi di peringkat
daerah, belia yang ada di kawasan-kawasan yang saya katakan tadi terbiar, tidak
ada pengawalan, tidak ada sokongan, dahlah duit tak ada, kawalan dan seliaan pun
tak ada. Jadi terumbang-ambing, menyebabkan mereka lemah. Kalau orang
Kampung Bukit Serampang kata lemah semangat untuk nak bertindak ataupun untuk
nak bekerja. Satu lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Dah banyak dah, mana satu, dah 5 dah kira.
Y.B. Tuan Haji Tahir Bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Soal belia ni tadi. Kita minta
supaya belia aktif, masuk bidang perniagaan, menceburi dalam bidang perniagaan.
Berapa hari yang lepas sahabat-sahabat saya pun ada menyentuh soal ini. Tetapi
yang menjadi masalah, buat program, buat kertas kerja, buat yang macam-macam,
apa yang di kehendaki oleh jabatan. Tapi hasilnya tak juga. Belia Taninya, Belia
Niaganya dan bermacam-macam program lagi. Jadi ini yang menjadi masalah, jadi
saya harap Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa yang saya suarakan ini akan di
berikan perhatian dan kalau perlu, saya ingin mencadangkan supaya Kementerian
Belia dan Sukan ini dipisahkan.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
Y.B. Tuan Haji Tahir Bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Kementerian Belia satu
kementerian, sukan satu kementerian. Sebab kita nampak sekarang ni. Kalau cerita
pasal sukan ni, masya-Allah dia punya liputannya, dia punya ganjarannya...
Y.B. Dato’ Speaker : Emm, duit.
Y.B. Tuan Haji Tahir Bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Dan pelbagai lagi insentif-insentif
yang telah pun di capai. Tetapi cuba kita lihat pada belia, di peringkat negeri je, tak
usah banyak, kita tak usah pergi ke peringkat federallah, peringkat negeri, kita adakan
tiap-tiap tahun Belia Cemerlang, anugerah itu, anugerah ini, habis kat situ je.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
Y.B. Tuan Haji Tahir Bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Jadi saya mencadangkan Yang
Berhormat Dato’ Speaker, supaya belia ini dikendalikan diuruskan oleh satu
kementerian khas untuk belia. Sebab kita sedar 40% daripada penduduk-penduduk di
negara kita ini adalah terdiri daripada kalangan belia, supaya di berikan benar-benar
297
tumpuan. Kalau tidak, itulah kita tengok belia kita pada hari ini, lesu. Dan kita tidak
bolehlah menyalahkan mereka bulat-bulat, berdasarkan fakta yang telah pun saya
sentuh sebentar tadi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dari kesimpulannya, daripada apa yang kita
perkatakan, perbahasan, bermacam-macam pandangan nak memajukan itu nak
memajukan ini, modal Insan itu,modal Insan ini, tetapi pada saya tentunya Ahli-Ahli
Yang Berhormat khususnya Barisan Nasional setuju dengan saya, kesimpulannya ialah
kemakmuran dan keselamatan negara itu lebih penting. Buat baik macam mana pun
perancangannya, kalau negara kita tidak aman nak buat apa. Sebab itulah kita
dalam Dewan ini adalah rakyat Malaysia yang tulen, dan kalau itulah anggapan kita,
mestilah kita berpaksikan “Di mana bumi di pijak, Di situ langit di junjung”, Yang
Berhormat Dato’ Speaker. Sebab itu janganlah cerita sangat cerita sana sini dia tak
sama dengan kita. Geografinya tak sama, budayanya tak sama, politiknya tak sama,
masyarakatnya pun tak sama. Sebab itulah ditegaskan oleh pimpinan kita dan semua
pihak, kita berasa bimbang, apabila ada pihak-pihak yang berkepentingan untuk nak
menjadikan negara kita ni kacau bilau semata-mata kepentingan mereka. Contoh,
Bersih yang telah pun di ceritakan tadi macam-macam, saya mengikuti juga
perkembangan ini. Apa yang bersih? Semata-mata kerana kumpulan tertentu,
ataupun kerana individu tertentu, dia ajak orang-orang yang, kadang-kadang
sebahagian daripadanya tak faham. Ini yang saya…. Sebab itu kali ini saya ambil lagi
satu perkataan, ayat daripada pimpinan, saya katakan daripada demokrasi terpimpin
tadi kita gunakan kuasa kita. Ayuh, kalau kamu melakukan kesilapan, kesalahan
undang-undangnya, ayatnya ialah kedemokrasian mu terhenti, apabila tangan ku
bermula. Saya ulang Dato’ Speaker, kedemokrasian mu terhenti, apabila tangan ku
bermula. (Dewan bertepuk).
Y.B. Dato’ Speaker : Tak berapa fahamlah, tak jelas sangat. Macam mana, ulang lagi.
Maksud dia…
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Kamu boleh berdemokrasi,
boleh buat. Buat sesuatu tetapi demokrasi yang terhenti, maknanya tidak mengikut
undang-undang, kuasalah. Tangan ini kuasa.
Y.B. Dato’ Speaker : Ooo…
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Kedemokrasian mu terhenti,
apabila tangan ku bermula. Maknanya, ambil tindakan.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh! Itu maksud dia.
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Ya, Dato’ Speaker. Itu fahaman
sayalah.
298
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, tak kisahlah.
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Jadi soal inilah, Yang Berhormat
Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat, ada lagi? Banyak?
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Tak banyak lagi, Yang
Berhormat Dato’ Speaker. Jadi begini, yang saya nak ulang, yang Bukit Serampang
nak ulang semula ialah supaya kita semua rakyat Malaysia…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, panas matahari ni menghadap kat saya. Jadi
saya tangguhkan Dewan ni…
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Saya dah nak habis dah Dato’
Speaker, maaf saya. Saya nak habis dah ni, nak tutup dah ni. Saya nak tutup dah ni.
Saya dah conclusion.
Y.B. Dato’ Speaker : Allah… kesian pula saya….
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Jadi, Yang Berhormat Dato’
Speaker, apa yang saya perkatakan tadi dapat ambil perhatian dan berikanlah
segala yang terbaik untuk negara kita yang tercinta, untuk negara kita yang kita kasihi
dan sayangi. Dengan kata-kata itu, Bukit Serampang menyokong. Sekian. Wabillahi
taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, terencat saya nak berhenti. Jemput, siapa nak berucap lagi?
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam 1Malaysia, selamat petang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Hah ok, Yang Berhormat minta berhenti? Ok. Ahli Yang Berhormat,
Dewan berehat selama 15 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 4:05 petang.
Persidangan disambung semula pada jam 4:20 petang.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat
sejahtera. Persidangan ini disambung semula. Dijemput….
299
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya
merafakkan syukur ke hadrat Allah SWT di atas taufik dan hidayahNya telah
membolehkan saya berada di Dewan yang mulia ini. Seterusnya, tidak lupa juga saya
merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk
Speaker kerana memberi peluang dan kesempatan serta laluan kepada saya di sesi
perbahasan di Dewan yang mulia ini pada petang ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, sesungguhnya saya rasa bersyukur dan bertuah
terutama yang berada di Dewan ini apabila Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
telah berkenan mencemar Duli merasmikan dan menyampaikan Titah Di Raja dan
seterusnya merasmikan Persidangan Dewan pada kali ini. Marilah kita bersama-sama
dan seluruh rakyat Negeri Johor mendoakan semoga di bawah Duli Yang Maha Mulia
dianugerahkan kesihatan yang berkekalan serta taufik dan hidayah yang seluas-
luasnya kepada Baginda Tuanku untuk terus bersemayam dan kekal memerintah
Negeri Johor Daru Takzim dalam keadaan aman makmur dan di mana rakyatnya terus
hidup bersatu padu berlandaskan semangat muafakat itu berkat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, kita seharusnya melafazkan syukur terhadap Allah SWT
dengan keizinan dan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan, memberikan kita ingatan
yang kuat serta iltizam untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada
rakyat dengan penuh keikhlasan di bawah rahmatNya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor semasa lawatan kerja beliau
ke Daerah Kulaijaya. Sesungguhnya atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Dato’
Menteri Besar telah banyak permasalahan dan projek pembangunan di Kulaijaya
khasnya di DUN Bukit Permai dapat diselesaikan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar telah
menyelesaikan masalah-masalah di mana masalah hak milik generasi ke-2 FELDA dan
juga penyerahan ini berlaku pada baru ini. Di mana, lama dah 3 FELDA ini ditunggu-
tunggu, dah dapat. Saya mewakili seluruh keluarga warga FELDA, peneroka mahupun
generasi ke-2, di 3 FELDA ini mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar.
Tadi, Yang Berhormat Datuk Speaker, banyak lagi, saya sebelum sambung balik, saya
tadi nak mengingatkan sikit, pada petang ni kita tadi rehat, Yang Berhormat Datuk
Speaker, tapi bila rehat petang ni kita rehat tak ada air pun Yang Berhormat Datuk
Speaker. Serupa macam tak rehat. Tak ada pun disediakan air. Saya ingat tolonglah.
Lagi satu Yang Berhormat Datuk Speaker, kita tengok kita ni terpisah antara Wakil-Wakil
Rakyat dengan Ketua-Ketua Jabatan. Jadi bila kalau waktu rehat ni, kalau boleh Yang
Berhormat Datuk Speaker, biarlah kita bersama-sama. Sama dengan Ketua-Ketua
300
Jabatan, boleh berbincang dan jangan kita bila kita makan kita berpisah. Saya rasa
dah tak perlu kerana matlamat Barisan Nasional ni, Yang Berhormat Datuk Speaker,
kita saksama. Maknanya daripada agensi Kerajaan, yang sama-sama kita, yang
membantu kita merealisasikan impian rakyat ini, perlu kita bentuk sama. Sama juga
dengan media. Media ni duduk kat atas tengok kita. Kita pun tak panggil dia sama,
minum sama. Yang panggil dia, parti pembangkang je. Dapat berita-berita tapi kita
tak ada, kita tak bersama. Saya rasa sepatutnya, waktu-waktu inilah, waktu rehat kita
sama, waktu makan bolehlah kita sama-sama berbincang, Yang Berhormat Datuk
Speaker.
Tadi Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya panjangkan saya punya masalah-
masalah ni, saya rasa masa ada lagi. Saya nak juga terpanggil tentang dengan Senai
tadi, dia kata jangan mencelah. Saya minta juga kalau saya berucap ni jangan
dicelah. Saya pun sama dengan dia, saya pun sama berjiran, tapi waktu kami sama
sekali saya dalam 3 tahun lebih, itulah satu program yang saya bersama dengan
beliau ini, Senai dan Bukit Batu. Dalam Program untuk pemindahan Toh Pei Kong Dewa
Monyet baru-baru ni. Jadi, kami 3 orang, 3 Wakil Rakyat dipanggil, dijemput. Lebih
kurang dalam 2,000 nak pindah, pemindahan tu, tanah tu, di seberang kereta api,
Jadi, selagi saya tak sampai, gong tak pukul. Jadi rupanya, kerana kawasan saya,
Yang Berhormat Datuk Speaker. Jadi, Yang Berhormat Senai dah sampai, Yang
Berhormat Bukit Batu, sahabat saya dah sampai. Jadi sampai saja saya, gong pun
pukul. Jadi, tiga-tiga orang naik ke pentas, saya diberi peluang oleh Pengerusi
Jawatankuasa Toh Pei Kong Dewa Monyet ini untuk berucap. Saya kata dengan dia,
saya kata dengan semua yang ada pada masa tu, saya kata, Senai, dia selalunya
membangkit isu-isu yang melibatkan isu-isu Nasional, desakan, persepsi, provokasi.
Jadi, kita nak sebenarnya sebagai Wakil Rakyat, Senai ni banyak masalah sebenarnya,
dalam DUN Senai ni.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Siapa yang ada masalah? Wakil Rakyat bermasalah ke
atau kawasan yang bermasalah?
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Dia dua-dualah saya ingat, dua-
dua. Sebab saya dah cakap dengan dia, Yang Berhormat Datuk Speaker, jangan
mencelah. Saya tengok tangan dia dah mula nak mencelah. (Dewan ketawa)
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Dah geramlah tu.
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Jadi, kalau boleh Yang Berhormat
Datuk Speaker…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat cakap sajalah.
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Ah, saya cakap. Yang Berhormat
kena perhati juga dia. Saya tengok saya perhatikan dia, Yang Berhormat, tangan dia
301
tu. Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker tengok. Yang saya kasihan tu Yang Berhormat
Datuk Speaker, Senai tu bila dia selesaikan, dia tak selesaikan masalah dia di Senai. Dia
selalu bangkit kata kerajaan kita bankrap dan sebagainya. Dia tak tarik pun, sampai
hari ini elaun dia makan pun, dia tak tarik pun apa yang dia cakap. Sepatutnya dia
bangkit, saya tarik diri.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Datuk Speaker, saya rasa sentuhan
ini tak tepat. Yang Berhormat. Peribadi menyentuh seseorang ADUN atas peribadi…
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Yang Berhormat Datuk Speaker,
saya tadi masa dia kata dia tak bagi mencelah, saya tak mencelah pun. Sepatutnya
saya nak celah. Tapi sekarang saya berucap dia mencelah.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok Yang Berhormat, teruskan.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Celah atas peraturan. Saya celah atas peraturan….
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat, jangan. Buang masa saja nanti…
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Yang sebenarnya… Yang
Berhormat Datuk Speaker, buang masa saja nanti.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok.
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Buang masa, buang masa. Dia
ikut… cakap peraturan, ada peraturan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok. Jemput terus.
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Saya cuma nak cakap, saya kata,
Yang Berhormat Datuk Speaker kerana apa, banyak permasalahan saya di Senai ni,
DUN Senai ni, kami DUN Bukit Batu dengan DUN Bukit Permai membantu DUN Senai.
Sebab apa, sebab rakyat di DUN Senai ini, kasihan Yang Berhormat Datuk Speaker. Dia
datang kat kita 2 Pusat Khidmat ni. Dia kata dia tak tahu. Jadi, kalau boleh saya minta
di dalam Dewan ni, mungkin dekat rakyat di DUN Senai ni, ubahlah. Pilihan raya akan
datang, PRU 13. Pilihan raya yang ke-13 ini, saya yakin dia akan, dia akan, kita akan
ambil balik Yang Berhormat Datuk Speaker. Ini, ini Kulaijaya.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat bertandinglah kat Senai.
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Saya, kalau boleh dicalonkan di
Senai, saya pun nak saja. Saya tak ada masalah, Yang Berhormat Datuk Speaker
kerana saya yakin bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Senai waktu tu dia tersilap.
Pengundi-pengundi tersilap memilih Wakil Rakyat.
302
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Datuk Speaker…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat, pasal apa mencelah Yang Berhormat?
Dia nak berucap, dia nak berucap bukan nak melanggar Peraturan.
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Saya tak melanggar Peraturan,
saya cakap…
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ini kritikan ini melanggar peraturan, menyentuh Fasa
45, menuduh ke atas diri seseorang Ahli.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Dia tak sebut orang, dia sebut ADUN. Kawasan saja,
kawasan. Sebut kawasan tak apa Yang Berhormat.
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Kawasan. Saya tak tuduh. Yang
Berhormat Datuk Speaker, dia dah melambatkan momentum saya. Saya ni,
momentum saya slow sebenarnya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin merakamkan, nak beritahu bahawa Yang
Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah memberi peruntukan yang besar di
kawasan saya yang pun dah selesai. Itu sebabnya saya nak berterima kasih kerana
alhamdulillah, 3 FELDA, tiga-tiga ini dah dapat pun Dewan Raya, Balai Raya, jadi FELDA
Inas pun dapat RM400,000.00 pun dah siap dah. Jadi peneroka-peneroka, anak
peneroka generasi ke-2 ni dah main pun sepak takraw kat situ, dalamnya. Di Taib
Andak memang dah ada. Bumbung, peruntukan Menteri Besar bagi RM250,000.
Ini yang baru ni dapat daripada Pembangunan, ICU saya nak berterima kasih kerana
dekat ICU, Pembangunan Negeri kerana beri peruntukan, luluskan Dewan Raya FELDA
Bukit Permai RM800,000.00. Jadi, banyak ni dan saya nak, kerana dalam
persempadanan baru, saya baru tahu, dalam persempadanan baru, saya ada lebih
kurang 5 kawasan masuk dalam DUN Bukit Permai. Salah satu kawasannya ialah
Kampung Rahmat ni. Kampung Rahmat masa saya sembahyang Jumaat, dia minta
Ketua Kampung dengan Imam Masjid Kampung Rahmat, dia kata Yang Berhormat,
dia kata masjid ni kecil tapi tapaknya tak ada. Tapi saya kata tapak di sebelah kanan
tu ada, di sebelah kiri tu tak ada tapak. Saya kata kalau nak buat, nak mohon untuk
masjid baru, makna makin mengambil masa yang panjang. Tapi kalau boleh, saya
mintaklah dalam peruntukan Menteri Besar ke, Dato’ Menteri Besar, dibesarkan,
ditambahkan lebih kurang dalam RM1.5 untuk penambahan Masjid itu. Saya mintak,
mohon. Dan dengan itu, masalah Kuil, masalah tu dalam DUN Bukit Permai ini cuma
tapak dia Yang Berhormat Dato’ Speaker. Selalunya, taman perumahan ini Yang
Berhormat Dato’ Speaker, dia tiada gazet tapak. Tapak dia tapak agama saja, ya
tapak agama. Jadi masalah kita Yang Berhormat Dato’ Speaker permohonan,
permohonan kepada tiga kaum utama kita ini. Jadi dari Kuil ini, minoriti orang India.
303
Tetapi saya selaku Wakil Rakyat Barisan Nasional, saya kata tak apa. kita mohon. Lepas
itu yang jadi masalahnya, di setiap satu taman ini majoritinya orang Islam. Orang Islam.
Orang Melayu kita beragama Islam dan ada separuhnya beragama Cina Tiong Hua.
Jadi minoritinya kaum India ini nak juga tapak Kuil ini. Tapi kita pindah. Kita cuba
berbincang dengan developer. Maknanya kita pindahkan tapak. Pindahkan tapak
kena jugak protes Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kerana tak di gazetkan. Ini yang jadi
masalah. Jadi kalau boleh, mungkin juga developer bila submit layout plan ini kepada
Majlis ke apa, kita tentukan kalau tapak itu nak dibuat perumahan, biarlah kalau tapak
kuil contohnya, biar kalau orang Hindu beli rumah di situ, kita gazetkan. Kalau boleh
difikirkan sebagai apa ni, saya rasa senang kepada kita kerana selalunya bila kita nak
dapatkan tapak itu memang ada protes Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kita akan cari
tapak baru, walaupun tapak baru kerana sudah dibeli oleh apa, dibuka untuk
bumiputera dan sebagainya maka sebab itulah majoritinya orang kita. Jadi ia berlaku.
Saya mintalah kalau boleh kita tengok bagaimana cara yang terbaik supaya kaum
India kalau di dalam taman-taman itu dapat juga mendirikan Kuil mereka.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang ketiganya saya ingin berterima kasih kepada
Majlis Perbandaran Kulaijaya, Pejabat Daerah Kulaijaya dan Pejabat Tanah. Kita tahu
dengan adanya reshuffle baru ini jadi YDP Majlis Perbandaran Kulaijaya dengan yang
baru permohonannya. Kalau Yang Berhormat Dato’ Speaker pergi selalu naik kapal
terbang, kita ada batu sempadan daerah Kulaijaya ini. Sempadan Majlis Perbandaran
Johor Bahru Tengah 1 Malaysia, One Malaysia. Tegak-tegak saja. Dia ada bendera, dia
ada satu. Bila nak masuk ke Kulaijaya kita ada kapal terbang. Model kapal terbang.
Kapal terbang itu memang MPKu punyalah sebab kapal terbang dia, logo dia MPKu.
Maknanya situlah maksudnya sempadan kita. Sempadan Majlis Perbandaran Kulaijaya
yang bersih. Alhamdulillah. Dia punya landscapingnya tersusun. Pokoknya dah
dicantas cantik dan yang saya nak sentuh ialah bahawa signboard, signboard kepada
apa yang ada di Kulaijaya itu tiada. Maknanya dia peranan Jabatan Pelancongan
atau Kementerian Pelancongan atau dapatlah menyediakan signboard supaya kita
tahu apa yang ada di Kulaijaya.
Itu yang patutnya ada. Makna orang tak tahu di Kulaijaya ini ada apa, sedangkan dia
tahu Airport ada dan sebagainya. Apa produk pelancongan. Ini signboard ni kena
perlu ada di setiap daerah. Jadi Kementerian Pelancongan kena ambil kira.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di Pejabat Daerah Kulaijaya, Pejabat Tanah, saya
ucap terima kasih kerana masalah-masalah tanah setinggan, masalah tanah
kampung dan sebagainya dah hampir selesai dan untuk permohonan negeri saya
ucap terima kasih kepada projek-projek permohonan negeri yang membantu saya
banyak menaik taraf sistem perparitan. Ini tahniahlah eh, ini semua kawasan FELDA
Yang Berhormat Dato’ Speaker. Tanah dah runtuh kat FELDA ini semua dah
pembangunan negeri dah ambil kira semua. Jadi semua dah keluarkan projek-projek
ini dan saya ucapkan tahniah dan terima kasih. Kerana, kalau saya tak cakap nanti
tak dapat lagi projek. Projek ini untuk rakyat.
304
Dan kelimanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pertanian,
Perikanan dan Peladang. Ini Exco dia kena saya nak bagi tahniah. Kerana melahirkan,
membantu seramai 30 orang di dalam DUN saya menjadi usahawan. Dia dah mula,
banyak dia bantu. Mesin bancuh. Kalau, kalau nak bercakap pasal Pertanian,
Perikanan yang banyak membantu dan melahirkan usahawan ini, saya rasa tahniah
kepada EXCO. Saya rasa tambah lagilah. Supaya dari 30 boleh jadi kembangkan lagi.
Kerana saya nampak, nampak kesannya. Kerana bantuan–bantuan daripada
Pertanian, Perikanan dan sebagainya ini dapat membantu usahawan kampung ini di
luar Bandar. Ini perlu dikembangkan supaya dia lebih besar ya. Saya kerana kalau
Jabatan Perikanan ini dia banyak, contohnya Kampung Seri Muar Yang Berhormat
Dato’ Speaker, dia berjaya menjadi pengusaha memborong pembenihan anak-anak
ikan keli ini dah 20 tahun dah bertahan ini, kita bantu dia. Dan kali ini kita nak jadikan
dia sebagai pengusaha untuk merancang Ikan Ketutu yang mahal ini.
Tapi tak tahu bagaimana Pertanian boleh membantu kerana dia pun dah buat
pembenihan dah 20 tahun, orang Melayu kita. Dia boleh jadi payung kepada
usahawan, kepada anak-anak tempatan dekat situ supaya boleh kembangkan. Saya
ingat boleh bantu. Jabatan Kerja Raya begitu juga. Banyak membantu menyelesaikan
masalah itu sebab saya kata Bukit Permai ini masalah dia dah hampir-hampir selesai
sebelum pilihan raya. Jadi sebab itu terima kasih banyak-banyak kepada JKR, tapi
dalam masa itu, yang saya sedihnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, soal agensi
kerajaan yang sepatutnya membantu antara satu sama lain.
Kementerian Luar Bandar ini. Ini lawatan kerja Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri
Besar untuk cadangan laluan projek bekalan air luar bandar ke Kampung Baru
Sedenak. Ini lama. Sampai hari ini tak selesai. Tetapi masa, masa lawatan Yang Amat
Berhormat Dato’ Menteri Besar, tiga-tiga jabatan ini, tiga-tiga syarikat, SAJ, KTMB, tak
mengapa, cakap. Boleh selesai masalah. Tak ada masalah. Sekarang jadi masalah.
Bukannya banyak sangat. Masalahnya cuma KTMB menuntut sebanyak RM52,400.00
saja untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi sampai hari ini tak dapat selesai. Kesian, Tak
lah banyak. Tapi saya tak faham kenapa SAJ tolak kepada KTMB, tolak kepada KKLW.
Kita ini synchronize lah. Absorb lah mana-mana pun. Untuk rakyat. Saya minta ini tolong
pandang serius kepada kawasan ini. Ini masalah, masalah ini masalah bekalan air luar
bandar.
Lagi satu KKLW ini, lampu jalan. Lampu jalan luar bandar di kampung, dekat tempat
saya di dalam DUN Bukit Permai ini, mungkin dekat Jawatankuasa Tindakan Daerah
dah banyak, surat khabar pun dah keluar Yang Berhormat Dato’ Speaker. Banyak kali
dah, sampai Ketua Kampung pun tak tahu nak cakap apa lagi. Sebab jalan, jalan di
kampung ini, yang gelap tempat tak ada lampu. Dijanji lampu, lampu luar bandar.
Dah janji, dah lulus, 20 batang lampu. Dah lulus dekat Sri Muar, dekat Sungai Siam,
Kampung Sungai Sayong.
305
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Siapa yang kata sudah lulus Yang Berhormat?
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Menteri dialah.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Menteri.
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Hah, Menteri datang merasmikan
Bahagian. UMNO Bahagian, lulus. Dalam surat khabar, lulus. Lepas ni tak lulus. Kita
tidak cakap tapi dia yang cakap lulus. Itu sebabnya bila saya cakap nanti dia kata
Y.B., Y.B. sudah menang G7 ni, YB beritahulah. Kita sudah tolong YB, nak tolong. Kalau
tidak tolong nanti, YB pun kalah balik. Eh, susah.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Tak merasa G7 eh?
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Hah masuk. Sebab itu, sebab dah
janji, nak bagitahu dekat dalam Dewan ini.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, masa sudah cukup Yang Berhormat.
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Ada lagi, Yang Berhormat Datuk
Speaker.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, ringkaskan.
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Saya mintalah lampu jalan ini.
Kenapa Yang Berhormat Datuk Speaker? Sebab apa, ada satu jalan itu, ibu tunggal
ada 8.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Amboi.
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Hah, dekat jalan itu kampung itu,
ada ibu tunggal sahaja ada lapan. Ibu dia ibu tunggal, anak dia pun ibu tunggal.
Jadi kesian, dia seorang-seorang duduk. Lampu gelap, hendak keluar pun tak dapat.
Gelap, saya takut. Yalah, kesian maklum.
Yang Berhormat Datuk Speaker, JPS, saya pun tahniah dengan JPS ini. Tapi bila dia
korek sungai, ini banjir. Ini bab banjir. Bila bab JPS ini kena banjirlah. Kadang-kadang,
saya ingat JPS ini mungkin kurang pemantauan dia sudah buat kerja, saya memang
salute. Pemantauan itu mesti hendak buat. Ada juga di antara sungai itu, pasir
kadang-kadang turun Yang Berhormat Datuk Speaker. Ada korek pasir, turun jadi
tinggi balik tanah. Jadi bila hujan lebat, dia naik balik banjir. Jadi pemantauan itu
kena buat, di sungai-sungai yang telah dikorek khasnya di DUN saya yang
menghadapi banjir.
306
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Akhirnya.
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Satu lagi isu. Ini isu sekolah agama.
Saya agree dengan sahabat saya, Layang-layang, Kahang 121. Saya yang jadi
bangga itu kerana Bukit Permai ini Sekolah Agama Bandar Putra ini menjadi pilot
project. Dalam Holistik ini keluar dua sekolah holistik contoh. Holistic apa, kalau
kontraktor tidak boleh siapkan. Delay kan projek, orang jadi pilot project, contohkan
baik. Cepatkan projek siap. Kontraktor jangan jadi silap, jangan ambil projek, kalau
tiada duit, tidak payah. Kita ini sampaikan pergi menyewa pula. Satu lagi badan
kebajikan sewa 4 kontena untuk menampung pelajar-pelajar. Padahal kita sudah buat
sekolah, sudah bangun tapi lambat. Ini kena kaji sekolah agama ini. Saya kata minta
ini serius, sekolah agama ini baru. Sekolah agama di Daerah Kulaijaya dapat 4, yang
satu yang pilot project pun tidak siap. Jadi minta tolong selesaikan masalah ini kerana
jangan kita sebagai kontraktor kita dapat projek, kita biar, kita tunggu. Tengok salah
mana. Jadi esok mana-mana yang dapat projek, pastikan semua ini selesai kerana
rakyat juga yang akan tanya.
Yang akhirnya Yang Berhormat Datuk Speaker, saya bangga dengan Johor
Corporation Yang Berhormat Datuk Speaker. Johor Corporation ini, dia ada skim
usahawan, melahirkan usahawan. Berpuluh usahawan lahir daripada JCorp ini. Tapi
kalau boleh usahawan bumiputera datang daripada JCorp ini jangan sampai dekat
situ sahaja, kita kembangkan usahawan bumiputera yang datang daripada JCorp ini
yang berjaya ini, program dia ini, kembangkan dan merge kan ataupun belikan ekuiti
dengan GLC dan sebagainya supaya nampak melahirkan lebih besar lagi khasnya
daripada JCorp. Ini saya doakan bahawa JCorp dapatlah berperanan untuk
melahirkan lebih besar. Jadi lepaskan mereka dan mungkin boleh lahirkan usahawan
yang lain. Dengan kata itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang
Berhormat Datuk Speaker. Dengan ini saya menyokong rundingan yang dibuat oleh
ADUN Kukup. Sekian wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam. Jemput yang lain. Pengkalan Rinting.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Yang Berhormat Datuk Speaker,
selamat petang, salam perpaduan dan salam 1Malaysia. Saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kerana Yang Berhormat Datuk Speaker telah dapat memberikan
peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan menjunjung kasih Titah Perasmian
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor. Sebagai menjunjung kasih Titah Ucapan
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor ketika merasmikan Pembukaan Penggal
Persidangan kali ini, saya menyokong penuh ke atas perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian oleh kerajaan seperti termaktub di dalam teks titah Tuanku.
307
Yang Berhormat Datuk Speaker, maka dalam Dewan yang mulia ini saya ingin
membangkitkan beberapa perkara yang berkaitan di dalam kawasan ini yang mana
adalah bagi menangani demi kesejahteraan rakyat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, seperti sedia maklum di kawasan DUN Pengkalan
Rinting terdapat banyak rumah pangsa murah dan sederhana pangsapuri dan juga
apartment. Bangunan kediaman mereka ini adalah telah berusia lama iaitu melebihi
20 hingga 30 tahun. Saya telah menerima banyak aduan daripada para penduduk
yang menduduki di rumah pangsa ini. Mereka menghadapi masalah-masalah seperti
berikut: pihak pemaju tidak menyediakan kemudahan seperti balai raya, surau, bilik
kelas, tadika, padang dan juga gelanggang permainan dan sebagainya semasa
membina rumah pangsa tersebut.
Pemaju pemilik asas tidak mematuhi Akta Bangunan dan Harta Bersama
Penyelenggaraan dan juga Pengurusan tahun 2007. Masih belum menubuhkan Badan
Pengurusan Bersama atau dengan izinnya JMB atau Perbadanan Pengurusan dengan
izinnya MC, walaupun hak milik strata telah dikeluarkan. Bagi yang surat yang
menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Perbadanan Pengurusan juga
menghadapi masalah kebanyakan pemilik enggan membayar yuran
penyelenggaraan, sinking fund insurance, dengan izin dan juga sebagainya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, maka penyelenggaraan bangunan rumah pangsa,
pangsapuri dan juga apartment tidak dapat dilaksanakan seperti bangunan nampak
kotor, tidak dicat semula, parit dan longkang sudah pecah dan sumbat tidak dibaiki
menjadi tempat pembiakan nyamuk, suasana menjadi tidak selesa, gelanggang
permainan sudah rosak tidak dibaiki, lif sudah rosak tidak dibaiki dan juga sebagainya.
Ada pemilik rumah pangsa enggan membayar cukai tanah, sehingga pihak Pejabat
Tanah telah mengambil balik tanah mereka seperti telah berlaku di River Ria
Kondominium Taman Tampoi Utama dan rumah pangsa Bandar Selesa Jaya telah
menerima notis Borang 6A iaitu amaran untuk mengambil balik tanah mereka. Pemilik-
pemilik rumah pangsa yang tidak membayar cukai tanah telah menghadapi masalah
juga iaitu tidak dapat mengeluarkan hak milik strata atau tidak dapat menguruskan
pertukaran nama hak milik untuk menjalankan jual dan juga beli di Pejabat Tanah.
Yang Berhormat Datuk Speaker, para penduduk rumah pangsa, rumah murah dan
juga sederhana, pangsapuri dan juga apartment ada terdiri daripada golongan yang
miskin dan juga berbilang kaum. Pihak kerajaan perlulah memberi perhatian dan juga
mengambil tindakan tegas tentang masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh
mereka. Saya berasa jika masalah ini kita tidak diselesaikan lagi, mereka akan salah
faham dan juga memarahkan kepada pihak kerajaan perintah Barisan Nasional
khasnya pada Pilihan Raya Umum akan datang.
308
Apa yang saya lihat, kerajaan buat masa ini melalui setiap PBT menubuhkan
Pesuruhjaya Bangunan atau COB dengan izin, untuk melaksanakan Akta Bangunan
dan juga Harta Bersama Penyenggaraan dan juga Pengurusan tahun 2007, bagi
mengatasi masalah penyenggaraan dan juga pengurusan bangunan dan harta
bersama tidak berjaya. Dan, telah menimbulkan lagi banyak masalah dan juga
menjadi banyak rungutan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, adalah wajar dan juga tiba masanya bagi pihak
Kerajaan untuk mengenakan syarat kepada para pemaju perumahan untuk membina
rumah pangsa di sesuatu kawasan atau taman untuk menyediakan beberapa
kemudahan seperti balai raya, surau, bilik kelas, tadika, padang dan gelanggang
permainan dan juga sebagainya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga mempersoalkan pihak kerajaan perlulah
memainkan peranan untuk mengkaji masalah ini dan juga melaksanakan satu sistem
yang baik untuk menjalankan tugasan penyelenggaraan rumah pangsa tersebut. Saya
mencadangkan pihak kerajaan menubuhkan satu jabatan khas, seperti pihak jiran,
negara jiran, Singapura. Menubuhkan housings and development book atau SDB atau
“cheng wu fa chang ci” dengan izin untuk menyelenggarakan semua rumah pangsa
ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih atas kerjasama pihak kerajaan melalui
Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang sentiasa memberi perhatian dan juga layanan
kepada permohonan untuk dimajukan, untuk mendapatkan apa jua bantuan yang
disediakan oleh pihak jabatan tersebut. Oleh itu saya ingin tahu, berapakah jumlah
bilangan penerima bantuan kebajikan mengikut kategori dan juga mengikut pecahan
kaum yang telah menerima bantuan di Negeri Johor pada masa kini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, bagaimanapun pihak tidak dinafikan, bahawa
terdapat rungutan di kalangan penerima bantuan yang telah memberitahu kepada
saya bahawa bayaran yang dibuat selalunya tidak menepati masa sehingga
tertunggak sampai selama 4 bulan tidak dibayar. Oleh itu, saya ingin memohon jasa
baik pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat memberikan bantuan kepada penerima
melalui akaun bank mereka dan diberikan pada setiap bulan supaya tidak
menyusahkan pada penerima kerana kebanyakan kehidupan para penerima adalah
bergantung kepada bantuan yang diterima daripada pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat.
Di kalangan para ibu tunggal lazimnya bantuan kebajikan diberi kepada anak-anak
mengikut jumlah bilangan anak yang ada. Iaitu setiap anak mendapat bantuan
RM100.00 sehingga paling tinggi sebanyak RM450.00.
309
Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi ibu tunggal yang tidak bekerja, jumlah bantuan
yang diterima ada kalanya tidak mencukupi. Oleh itu, saya ingin mengesyorkan
semoga pihak kerajaan dapat memberi bantuan kepada para ibu tunggal.
Yang Berhormat Datuk Speaker, sepertimana diketahui umum bahawa, OKU yang
bekerja diberi insentif bantuan sebanyak RM300.00 sebulan. Tetapi bagi OKU yang
tidak bekerja, mereka hanya mendapat RM150.00 sebulan. Kebanyakan OKU bukan
tidak mahu bekerja tetapi keadaan menyebabkan mereka tidak diberi peluang untuk
bekerja. Contohnya, mereka yang hilang kaki atau tangan, kurang pendengaran,
penglihatan dan juga sebagainya. Adakala majikan juga tidak mahu mengambil
mereka untuk bekerja. Oleh yang demikian, di dalam Dewan yang mulia ini, Yang
Berhormat Datuk Speaker, saya ingin mengesyorkan agar pihak kerajaan mengkaji
semula untuk memberikan tambahan bantuan kepada golongan OKU yang betul-
betul tidak mampu bekerja.
Yang Berhormat Datuk Speaker, didapati sejak 4 tank air besar yang bernilai RM14 juta
telah siap dibina di kuala Jalan Ayer Molek pada 2007, tidak pernah lagi berlaku banjir
kilat di Jalan Ayer Molek, termasuklah sekitar kawasan Bangunan Wisma Persekutuan
Johor Bahru. Kebelakangan ini didapati apabila berlaku hujan lebat dan juga ribut,
kawasan Jalan Ayer Molek termasuk di Wisma Persekutuan di Bandar Johor Bahru,
sering berlaku banjir kilat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, banjir kilat yang melanda baru-baru ini telah
memusnahkan beratus kenderaan kereta dan juga motosikal yang diletak di kawasan
Jalan Ayer Molek termasuklah berhampiran Wisma Persekutuan, Mahkamah dan juga
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent. Oleh itu, saya ingin memohon jasa baik
pihak MBJB agar dapat mengawal keadaan banjir kilat berlaku di Bandar Johor Bahru.
Yang Berhormat Datuk Speaker, baru-baru ini terdapat beberapa kejadian bencana
alam seperti hujan ribut telah berlaku di beberapa kawasan di daerah Johor Bahru
termasuklah di kawasan DUN Pengkalan Rinting. Dalam kejadian yang berlaku pada
petang 13 Jun dan juga pada pagi 16 Jun, beberapa rumah dan tempat kediaman
telah rosak dipukul ribut, di mana pokok-pokok telah banyak tumbang dan juga
menghempap harta benda milik mangsa ribut. Walaupun kejadian yang menimpa
adalah di luar dugaan, namun perkara ini bolehlah di elak jika Pihak Berkuasa
Tempatan telah memainkan peranan yang proaktif dengan membuat pemantauan
ke atas mana-mana pokok besar ataupun sudah tua, yang dirasakan perlulah
ditebang ataupun dicantas. Contohnya, di kawasan Jalan Simbang 17, Taman Perling.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mendapati bahawa ada pokok-pokok besar dan
juga tinggi sehingga melebihi paras bumbung rumah pangsa yang 4 tingkat. Di sini
saya sudah ada mengambil gambar, untuk menunjukkan kepada Yang Berhormat
Datuk Speaker. So inilah perlulah kita ambil perhatian bahawa, apa pokok-pokok yang
setinggi 4 tingkat melebihi bangunan rumah pangsa ini di Jalan Simbang 17, Taman
310
Perling ini, kita tidak boleh dibiarkan sahaja. Pihak MPJBT perlulah mengambil tindakan
segera untuk apa menebang pokok-pokok yang tertinggi sehingga tingkat 4 rumah
pangsa tersebut. Lagi yang contoh yang kedua, Yang Berhormat Datuk Speaker. Di
Jalan Silat Pencak 6, Bandar Selesa Jaya terdapat sebatang pokok tua yang
dipercayai sudah berusia melebihi 25 tahun. Pihak MPJBT tidak mengambil tindakan
untuk, apa, menebangnya. Maka semasa hujan ribut berlaku, pokok besar tersebut
telah menghempap bumbung rumah kedai di sebelahnya dan juga sebuah
kenderaan kereta meletak di jalan di tepi pokok tersebut.
Yang Berhormat Datuk Speaker, maka di Dewan yang mulia ini, saya berharap pihak
PBT perlulah sentiasa menebang atau mencantas pokok besar dan juga tinggi bagi
mengelak kejadian pokok tumbang berulang untuk keselamatan. Selain daripada itu,
harta benda yang telah dirosakkan oleh pokok tumbang tersebut di atas perlulah
diganti rugi oleh pihak MPJBT. Ini adalah kerana sebab pihak MPJBT tidak menjalankan
tugasan menebang atau mencantas pokok yang terlalu tinggi melebihi 4 tingkat
rumah pangsa dan juga tidak menebang pokok besar dan juga tua di tepi jalan.
Yang Berhormat Datuk Speaker,
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Apa Yang Berhormat, banyak lagi?
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Sikit lagi. Pihak MPJBT perlu juga
mengambil tindakan mengatasi masalah parit di bina di bawah tanah di kawasan
Taman Bukit Indah, sering didapati tersumbat dan juga dipenuhi daun-daun dan juga
sampah serta tidak di selenggara atau dibersihkan sepenuhnya sehingga
mengakibatkan banjir kilat setiap kali berlaku hujan. Selain daripada itu, Jalan Sungai
Danga berhampiran dengan Tesco, Taman Bukit Indah juga selalu berlaku banjir
selepas hujan lebat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, di kawasan Bandar Selesa Jaya, kebanyakan rumah
kediaman dan juga rumah kedai dibina hampir melebihi 30 tahun. Di dapati parit dan
juga longkang telah banyak pecah dan juga rosak. Keadaan ini bertambah teruk
apabila hujan, di mana sering berlaku banjir dan juga air sering tidak dapat mengalir
dengan berkesan hingga menjadi bertakung dan juga jadi tempat pembiakan
nyamuk serta berbau busuk. Selain daripada itu, terdapat banyak tikus berkeliaran.
Keadaan ini juga boleh mendatangkan penyakit yang tidak sihat. Yang Berhormat
Datuk Speaker…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Akhirnya…
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Lagi satu dua saja.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ringkas je Yang Berhormat…
311
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Sepertimana yang disentuh oleh Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor khasnya, mengenai tahap kebersihan di Bandar
Johor Bahru, kita sedia maklum bahawa Bandar Johor Bahru adalah merupakan pintu
masuk utama di selatan tanah air. Oleh itu, wajarlah supaya keadaan Bandaraya
Johor Bahru ini dijaga dan juga dipertingkatkan dari segi kebersihan. Pihak Majlis
Perbandaran Johor Bahru hendaklah memainkan peranan yang lebih proaktif dan
juga berkesan dengan memastikan suasana Bandaraya ini sentiasa terpelihara dari
segi keindahan, kemudahan dan juga berada di dalam keadaan yang bersih.
Yang Berhormat Datuk Speaker, tentang ubat tiruan. Dalam masyarakat kita hari ini
terdapat banyak jenis ubat-ubat tiruan di jual di kaki lima Jalan Wong Ah Fook dan
juga Jalan Sengget.
(Ketawa) Bukan. Ubat tiruan. Kedai-kedai, mahupun farmasi dan juga lain-lain lagi.
Ubat-ubat ini jika tersalah makan atau disalah guna, bolehlah mendatangkan mudarat
pada masyarakat kita serta membawa maut. Maka saya ingin tahu, apakah pihak
Jabatan Kesihatan membuat serbuan dan juga dakwaan ke atas mereka yang
menjual ubat tiruan ini yang begitu meluas terdapat sebarang sekatan. Saya juga ingin
tahu berapa rampasan telah dibuat dan di tempat mana rampasan ini sudah
dijalankan.
Akhirnya Yang Berhormat Datuk Speaker, adalah wajar dan juga perlu mengimbas
kembali mengenai janji-janji yang dibuat ketika menghadapi pilihan raya umum yang
lepas. Juga ada yang telah dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar
Johor, dalam lawatan kerja ke DUN Pekan Rinting pada 18 Mei tahun yang lepas. Dan
juga pihak Kerajaan yang telah memberikan persetujuan terhadap segala
permohonan telah dilakukan dalam 3 tahun yang lepas, perlulah di tunai dan juga di
apa, dilaksanakan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Cukup Yang Berhormat.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Ha, last sekali. Perjanjian,
persetujuan dan juga kelulusan pada 3 tahun yang lepas perlulah ditunaikan adalah
seperti berikut. Yang Berhormat Datuk Speaker…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Berapa panjang Yang Berhormat?
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Tak. Ini last saja.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Yelah, yang last tu…
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Pembinaan Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Pei Hwa 2 di Teluk Danga, pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil di Taman Bukit Indah, pembinaan Klinik Kesihatan di Taman Bukit Indah,
312
pembinaan Masjid di Taman Bukit Indah, bersetuju memberikan kelulusan peruntukan
kepada masyarakat DUN Pengkalan Rinting pada tahun 2011 belum diluluskan. Di
samping itu bersetuju memohon peruntukan dengan Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri Malaysia sebanyak RM1.4 juta untuk masyarakat DUN Pengkalan Rinting masih
belum diluluskan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Ok, Cukup Yang Berhormat.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Melaksanakan…Yang Berhormat,
last sekali, kasi habiskan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Eh, last. Berapa kali last ni? (Dewan ketawa) Kalau dah
last, saya kasi 2 hari, esok sambung.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Melaksanakan projek perumahan
dan juga penempatan semula penduduk di kawasan Kampung Skudai Kiri ke Bandar
Uda Utama. Membela nasib penduduk Orang Asli serta nelayan yang terjejas berikutan
pembangunan yang pesat yang sedang di jalankan di Wilayah Iskandar.
Pembinaan balai raya di Bandar Uda Utama, membaiki balai raya di Pengkalan
Rinting, di Kampung Pengkalan Rinting, Bandar Selesa Jaya dan juga Kampung Tuah
Jaya.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Cukup.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Membaiki gelanggang permainan…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Yang Berhormat, kalau banyak sangat, saya nak
tangguhkan.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Saya ni sikit habis lepas tu, sambung
besok. (Dewan ketawa).
Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Yang Berhormat, Yang Berhormat, jemput duduk. Ahli-
Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 30 Jun 2011, jam
9:30 pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 5:12 petang.
313
PENYATA RASMI
MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL
PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12
HARI KELIMA KHAMIS, 30 JUN 2011 BIL. 14 TAHUN 12
HADIR
Y.B. Dato’ Speaker,
Dato’ Haji Mohd. Ali bin Hassan,
DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Johor,
Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, DK., SPMJ., PIS.
(Serom);
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,
Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor.
Datuk Haji Ahmad Zahri bin Jamil, PJN., PIS.
(Sri Medan)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan
Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Johor.
Dr. Hajah Robia binti Dato’ Haji Kosai
(Sungai Balang)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.
Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, SPMJ., KMN., PIS.
(Endau)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.
Encik Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PIS.
(Bekok)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor.
Datuk Haji Ab. Aziz bin Kaprawi, PJN., PIS., AMN.
(Parit Raja)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor.
Puan Asiah binti Md. Ariff, AMN.
(Johor Lama)
314
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan
dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, Johor.
Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.
(Tiram)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,
Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Johor.
Encik M. Asojan a/l Muniyandy, AMN.
(Gambir)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Johor.
Encik Hoo Seong Chang, PIS.
(Paloh)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Johor.
Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday
(Mahkota)
Y.B. Datuk Haji Othman bin Jais, PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN.
(Buloh Kasap)
Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.
(Panti)
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah, PJN., PIS., AMN.
(Tanjong Surat)
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat, JP., KMN., PIS., AMN., PPN.
(Bukit Serampang)
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, DSNS., AMN., PIS.
(Kempas)
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman, PJN., KMN., PIS., JP.
(Machap)
Y.B. Datuk Ng See Tiong, PJN., JP., KMN., AMN., PIS., PK.
(Parit Yaani)
Y.B. Puan Lim Kee Moi, PIS.
(Yong Peng)
315
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman, DSNS., KMN., AMN.
(Puteri Wangsa)
Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin, DMSM., DSM., BCM., PIS., PPN.
(Semerah)
Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin, AMN., KMN., PIS., PPA., PSSB.
(Layang-Layang)
Y.B. Encik Lau Chin Hoon,
(Pemanis)
Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., PPN., AMN.
(Kemelah)
Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.
(Semarang)
Y.B. Datuk Haji Abdullah @ Md. Khalid bin Md. Ali, DMSM., PIS., AMN.
(Bukit Naning)
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee, DPSM.
(Jementah)
Y.B. Encik Cheong Chin Liang,
(Bukit Batu)
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong, DMSM.
(Pulai Sebatang)
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, DMSM., KMN., AMN.
(Nusajaya)
Y.B. Datuk Koh Chee Chai, PJN., PIS.
(Penggaram)
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.
(Rengit)
Y.B. Encik Tan Cher Puk, AMN.
(Johor Jaya)
Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba, DMSM.
(Pasir Raja)
316
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad, PGDK., PIS., KMN., AMN.
(Benut)
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu, PJN., PIS., BSI., KMN., AMN., PPN.
(Permas)
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor,
(Penawar)
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan,
(Kahang)
Y.B. Encik Tang Nai Soon,
(Pekan Nenas)
Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PMW.
(Jorak)
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof, DMSM., DSM.
(Kukup)
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali,
(Bukit Permai)
Y.B. Encik Goh Tee Tee, PIS.
(Tangkak)
Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain,
(Sedili)
Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim, PPN.
(Senggarang)
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan, PIS., AMN.
(Tenggaroh)
Y.B. Encik Chia Song Cheng,
(Pengkalan Rinting)
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru, KMN., AMN., PIS.
(Tanjung Puteri)
317
Y.B. Encik Mok Chek Hou,
(Stulang)
Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim
(Tenang)
Y.B. Encik Ong Kow Meng,
(Senai)
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh,
(Sungai Abong)
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang,
(Bentayan)
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau,
(Skudai)
Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim
(Maharani)
Y.B. Encik Ng Lam Hua,
(Mengkibol)
TURUT HADIR
(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
NEGERI JOHOR)
Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor,
Tuan Haji Obet bin Tawil, PIS.
Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor,
Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, DMSM., DSM.
Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor,
Tuan Haji Marsan bin Kassim
318
Persidangan bermula pada jam 9:35 pagi.
Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.
DOA.
(Jurutulis baca doa).
Y.B. Dato’ Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Diucapkan
selamat pagi, salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat, Persidangan Dewan diteruskan.
Jurutulis : SOALAN LISAN
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Mok Chek Hou dijemput.
Y.B. Encik Mok Chek Hou (Stulang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya
soalan nombor 1.
Adakah Kementerian Belia dan Sukan merancang membina lebih lagi gelanggang
serba guna di kawasan DUN-DUN masing-masing memandangkan projek pembinaan
gelanggang serba guna dua tahun yang lepas itu telah mendapat sambutan yang
baik?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Assalamualaikum warahmatullahi taala
wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Speaker,
sebanyak 151 buah gelanggang futsal 1Malaysia telah dibina di seluruh Negeri Johor
sepanjang tahun 2009 hingga 2010 dan pada tahun ini, iaitu tahun 2011, Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia telah mendapat kelulusan daripada Unit Perancang
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, untuk membina sebanyak 89 buah gelanggang
futsal 1 Malaysia tambahan di seluruh kawasan Parlimen Negeri Johor. Gelanggang-
gelanggang ini dijadualkan akan mula dibina pada bulan Ogos 2011, bergantung
pada kedudukan tapak dan juga pelantikan kontraktor oleh pihak Jabatan.
Y.B. Encik Mok Chek Hou (Stulang) : Soalan tambahan.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, baik.
Y.B. Encik Mok Chek Hou (Stulang) : Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh
Yang Berhormat Exco. Kita memang sambutlah sama baik dan mengalu-alukan
perancangan Kementerian untuk membina lebih banyak gelanggang serba guna.
Soalan saya ialah, dari segi penyelenggaraan, saya perhati ada sesetengah
gelanggang yang sedia ada, yang sedia ada itu, tahap penyelenggaraan itu adalah
tidak memuaskan dan apakah yang boleh di ambil oleh Kementerian untuk
meningkatkan mutu penyelenggaraan gelanggang serba guna tersebut. Terima kasih.
319
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
penyelenggaraan gelanggang futsal 1Malaysia ini, secara sefahamannya, apabila
gelanggang ini siap, pihak Jabatan Belia dan Sukan akan melantik, Pertubuhan
ataupun Persatuan Belia yang ada di kawasan sekitar gelanggang tersebut dan
Persatuan ataupun Pertubuhan Belia ini bertanggungjawab untuk menyelenggara.
Menyelenggara ini maksudnya dari segi menguruskan gelanggang futsal termasuk
mengambil sewa ke atas kegunaan gelanggang futsal ini. Oleh yang demikian, pihak
Jabatan Belia dan Sukan memang tidak ada, ataupun Kementerian tidak ada
memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk penyelenggaraan ni, maknanya
penyelenggaraan ni sepatutnya di lakukan oleh Persatuan atau Pertubuhan yang
dilantik untuk menguruskan gelanggang dan sekiranya berlaku keadaan di mana,
penyelenggaraan ini tidak berlaku dengan baik, sekiranya pihak Jabatan mendapat
laporan dari pihak tertentu, bermakna kalau seandainya pihak Jabatan Belia dan
Sukan tak berpuas hati dengan prestasi penyelenggaraan oleh Persatuan ataupun
Pertubuhan yang dilantik, maka pihak Jabatan Belia dan Sukan, ada berhak untuk
sama ada memberi peluang kepada Persatuan tersebut untuk meneruskan ataupun
menggantikan dengan Persatuan ataupun Pertubuhan yang lain . Termasuklah juga
kalau tak ada Pertubuhan Belia yang lain, mungkin Pertubuhan seperti Jawatankuasa
Penduduk ataupun JKK dan sebagainya.
Y.B. Dato’ Speaker : Oklah. That’s all. Jemput.
Y.B. Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Maharani ingin bertanyalah. Dalam pembinaan gelanggang 1 Malaysia yang akan
dibina ini, adakah ia termasuk di dalam DUN-DUN yang dimenangi oleh
pembangkang? Sebab belia-belia dalam DUN Maharani, Sungai Abong, Bentayan
terutamanya, Mengkibol, Skudai dan Senai juga, saya rasa belia-belia nak main futsal
juga. Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : (Ketawa). Jemput.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Ok. Yang Berhormat Dato’ Speaker,
pembinaan gelanggang futsal seperti yang saya katakan tadi, dibina di semua
kawasan Parlimen, termasuklah juga kawasan-kawasan Parlimen yang Ahli
Parlimennya daripada pihak sebelah sanalah.
Y.B. Dato’ Speaker : Berkaitan dengan Parti Pembangkang. Ok. Yang Berhormat Encik
Vidyananthan a/l Ramanadhan.
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
soalan nombor 2.
320
Ramai golongan belia yang minat untuk berkecimpung dalam sektor pertanian dan
penternakan tetapi tidak memiliki tanah dan modal yang mencukupi. Apakah usaha
kerajaan untuk membantu golongan ini?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat Dato’
Speaker, untuk makluman Yang Berhormat, pihak kerajaan sentiasa mengambil berat
terhadap golongan belia yang mempunyai potensi untuk menjadi pelapis dalam
sektor pertanian. Di antara usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk
membantu golongan belia termasuk, termasuklah cadangan pembukaan Projek
Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang baru. Seterusnya latihan belia,
pemberian insentif dan juga pinjaman modal oleh institusi kewangan pertanian.
Di bawah RMK-10, Kerajaan Negeri bercadang untuk membuka kawasan TKPM yang
baru dengan keluasan berjumlah 1,077 hektar, di mana telah dikenal pasti di tiga
daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi dan Mersing.
Untuk makluman Yang Berhormat, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
diwujudkan dan digazetkan sebagai kawasan pengeluaran makanan kekal. Program
ini bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan secara komersial
melalui TKPM sebagai Zon Pengeluaran Makanan yang kekal di Negeri Johor.
Konsep TKPM adalah melibatkan penyediaan lot-lot tanah dengan kemudahan
infrastruktur ladang untuk disewakan kepada usahawan tani dan belia, secara
bergabung yang berpengalaman untuk mengusahakan aktiviti pertanian bagi
pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan. Pendekatan yang terbaru ini, bagi
mentransformasikan pendekatan pertanian. Ianya dibuat secara bergabung dalam
satu syarikat yang mampu mengumpul sumber-sumber tenaga dan modal yang lebih
besar dan seterusnya berkemampuan tinggi. Inilah transformasi yang akan
dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membangunkan belia tani dengan mampan.
Boleh dikatakan pembangunan TKPM adalah menyerupai konsep pembangunan
taman perindustrian tanaman, disediakan dengan kemudahan infrastruktur asas.
Setiap syarikat disasarkan akan memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya
RM20,000.00 sebulan.
Jabatan Pertanian menyediakan kemudahan dan keperluan infrastruktur asas bagi
pembangunan ladang termasuk pembersihan kawasan, sistem pengairan utama, jalan
ladang, stor ladang, kolam air, pagar kawasan, bekalan elektrik, bekalan air, dan lain-
lain aktiviti pembangunan yang berkaitan.
Dengan pelaksanaan projek TKPM di enam lokasi baru di bawah RMK-10 ini, dijangka
akan memberikan peluang seramai 180 orang peserta, termasuk belia untuk
mengusahakan projek tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan secara komersil.
321
Yang Berhormat Dato’ Speaker pihak kerajaan juga, melalui pelbagai agensi dan
institusi yang ada menyediakan kemudahan pinjaman dan pembiayaan untuk
melaksanakan projek-projek pertanian komersial. Sebagai contoh pihak AGRO Bank
ada menyediakan kemudahan pinjaman seperti berikut :
1. Dana Pinjaman Usahawan Pertanian
Satu bentuk kemudahan pinjaman berjangka khusus untuk Enterprise Kecil dan
Sederhana yang menjalankan projek industri asas tani merangkumi aktiviti
pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan bioteknologi. Jumlah pinjaman
minimum RM10,000.00 dan maksimum RM5.0 juta atau sehingga RM10.0 juta.
Maksimum tempoh bayaran balik 10 tahun.
2. Tabung untuk Makanan (Pinjaman 3F)
Kemudahan pinjaman berjangka ini, di mana boleh digunakan sebagai satu
modal kerja untuk membiayai pelaburan dalam pengeluaran makanan,
pemprosesan makanan, kemudahan gudang simpanan dan bilik sejuk beku
dan juga pemasaran. Jumlah pinjaman minimum RM10,000.00 dan maksimum
RM10.0 juta. Juga tempoh bayaran dalam 10 tahun.
Seterusnya Tekun Nasional. Untuk makluman Yang Berhormat, Tekun Nasional ada
menyediakan skim pembiayaan secara mudah yang melibatkan jumlah pembiayaan
berjumlah dari RM500.00 sehingga RM50,000.00 dan melibatkan tempoh bayaran balik
selama antara 1 bulan hingga 5 tahun. Caj perkhidmatan yang dikenakan kepada
peminjam ialah sebanyak 4 peratus.
Di samping itu, Jabatan Pertanian juga memberikan insentif dalam bentuk bahan-
bahan input seperti bahan tanaman, baja dan racun makhluk perosak untuk pusingan
pertama tanaman. Kadar yang ditetapkan ialah RM8,000.00 sehektar atau maksima
RM20,000.00 seorang peserta.
Selain daripada perkara yang disebutkan di atas, untuk makluman Yang Berhormat,
pihak kerajaan ada menyediakan kemudahan latihan pertanian di institusi latihan, di
bawah Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar iaitu satu di Pusat
Latihan Pertanian Air Hitam dan juga Institut Pertanian Air Hitam. Manakala Jabatan
Veterinar juga mempunyai Pusat Latihan Ternakan Ayam di Sri Lalang, Kluang. Di setiap
tahun Pusat Pertanian ada menyediakan program latihan pertanian yang melibatkan
pengambilan seramai 100 peserta belia dan beliawanis untuk mengikuti latihan di
Pusat Pertanian Ayer Hitam dan 150 orang di Institusi, Institut Pertanian Air Hitam. Semua
belia yang berminat dan mempunyai kelayakan asas adalah dijemput untuk
mengemukakan permohonan bagi mengikuti kursus di institusi berkenaan.
Y.B. Dato’ Speaker : Kahang.
322
Y.B. Encik Vidyanathan a/l Ramanadhan (Kahang) : Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan
tambahan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Exco dan usaha Kerajaan untuk
merizabkan sebanyak 177 hektar merupakan satu berita yang baik. Tapi pada masa
sekarang ni, kalau kita lihat, selain daripada syarikat yang besar, yang mereka yang
belia ni yang menjalankan penternakan khususnya, penternakan lembu, kambing dan
sebagainya dalam skala kecil, mungkin perniagaan keluarga dan sebagainya. Mereka
sebenarnya mengalami satu dilema apabila mungkin buat pada masa ni mereka
menjalankan penternakan di kawasan perladangan ataupun di perkampungan
ataupun mungkin rizab kereta api dan sebagainya, tetapi akan tiba satu masa mana
mereka dikehendaki mengosongkan kawasan tersebut dan memindahkan lembu-
lembu, kambing-kambing mungkin dalam skala kecil, 20 ekor, 30 ekor dan sebagainya.
Jadi golongan ni tidak mempunyai modal yang besar dan juga perniagaan mereka
secara kecil-kecilan.
Yang menjadi masalah sekarang ni ialah apabila mereka ke Pejabat Pertanian atau
Pejabat Veterinar dan sebagainya. Jawapan yang diberikan untuk membantu, boleh
dikatakan tak begitu menggalakkan kerana masalah tiada tanah. Mana nak cari
padang ragut dan sebagainya. Jadi saya nak tahu sama ada kerajaan ada, akan
menumbuhkan satu One Stop Center contohnya, untuk menyelesaikan permasalahan
ini, di mana apabila mereka pergi mereka boleh mendapat jawapan untuk segala
kemusykilan dan juga permasalahan mereka tersebut. Sekian, terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat Dato’
Speaker, dalam soal penternakan kita ada juga TKPM khusus untuk penternakan dan
juga padang-padang ragut. Dan di Johor, kita mempunyai beberapa TKPM yang
masih ada ruang untuk pengusaha-pengusaha baru mengisi kekosongan. Jadi
sekiranya, pihak Yang Berhormat ada penternak-penternak memerlukan kawasan
boleh berhubung dengan saya dan saya akan pastikan mereka mendapat kawasan
untuk menternak.
Y.B. Dato’ Speaker : Semarang.
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita
ambil maklum bahawa pelbagai gender terlibat dalam institusi pertanian ini, saya
hanya ingin mengetahui sama ada dibahagikan kuota khususnya yang khusus untuk
belia-belia ini iaitu di kalangan orang wanita, lelaki dan juga OKU dalam pemberian
bantuan-bantuan pertanian ini.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat Dato’
Speaker, pihak Jabatan Pertanian tidak ada kuota untuk belia wanita ataupun belia
lelaki. Jabatan Pertanian akan menemu duga peserta-peserta TKPM ini bergantung
kepada kemampuan dan kelayakan mereka.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, last, Yong Peng.
323
Y.B. Puan Lim Kee Moi (Yong Peng) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan
tambahan. Terima kasih kepada penjelasan oleh Yang Berhormat Dato’ EXCO tentang
pinjaman AGRO Bank. Maklumlah, untuk belia yang baru nak menceburi dalam
bidang pertanian, mereka menghadapi masalah itu modal. Jadi bank, AGRO Bank
ada tawarkan pinjaman, tetapi saya rasa kalau tanpa cagaran mereka tidak layak
buat pinjaman. Jadi, apa cara yang terbaik untuk membantu mereka yang tidak
mempunyai apa-apa untuk dicagarkan kepada AGRO Bank dan apakah kadar
pinjaman, interest rate? Terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat Dato’
Speaker, untuk pinjaman AGRO BANK, dalam sektor pertanian memang banyak
peruntukan, dan setakat ini untuk di Johor, AGRO Bank telah mengeluarkan sejumlah
RM53 juta dalam sektor pertanian dan ada lagi kemudahan ini dalam RM300 juta yang
belum dipohon. Walau bagaimanapun, mengenai usahawan muda yang tidak ada
cagaran, pihak Bank AGRO juga menyediakan micro credit sehingga RM50,000.00
yang tidak memerlukan cagaran. Dan di samping itu, pihak TEKUN juga menyediakan
pinjaman tanpa cagaran. Pihak bank juga dan pihak TEKUN akan membuat penilaian
kepada setiap permohonan.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof, jemput.
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan
nombor 3.
Sila jelaskan adakah sayur-sayuran kita terkena wabak E-Coli yang sedang dihadapi
oleh Negara Eropah? Dan kiranya ada, apakah tindakan yang dibuat serta apakah
langkah-langkah pencegahan penyakit lain di Negeri Johor?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, bakteria
Enterohaemorrhagic Escherichia Coli atau lebih dikenali dengan E-Coli merupakan
bakteria yang lazim terdapat dalam usus manusia dan haiwan berdarah panas seperti
mamalia. Maka bakteria ini hadir dalam najis manusia serta mamalia dan boleh
mencemari air persekitaran, air minum dan makanan sekiranya aspek sanitasi dan
kebersihan diri terutamanya selepas ke tandas diabaikan. Majoriti daripada jenis-jenis
strains E-Coli ini adalah tidak merbahaya, tetapi terdapat jenis E-Coli yang boleh
menyebabkan cirit-birit yang serius. Terdapat juga E-Coli yang memberikan gejala cirit-
birit berdarah disentri di mana E-Coli jenis ini dikategorikan sebagai
Enterohaemorrhagic Escherichia Coli. Baru-baru ini suatu kejadian wabak, wabak
haemolytic uraemic syndrome telah berlaku di beberapa negara di Eropah dan
dipercayai, terutama di Jerman dipercayai akibat memakan salad atau sayuran
mentah yang dicemari E-Coli ini. HUS ataupun Haemolytic Uraemic Syndrome ini
adalah satu sindrom dengan ciri-ciri Haemolytic Anaemia, sel darah merah pecah
324
menyebabkan anemia, Acute Renal Failure, kegagalan ginjal yang akut dan
kekurangan sel darah pembeku, gejala penyakit ini adalah sakit perut, muntah dan
cirit-birit berdarah, gejala ini boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan dan kelesuan,
anemia, uremia dan perdarahan.
Asulasi bakteria yang dilakukan oleh pihak makmal telah berjaya mengenal pasti jenis
E-Coli yang bertanggungjawab menyebabkan wabak ini. Dia adalah satu jenis E-Coli
yang mengeluarkan toksin Shigatoxin Preducing E-Coli. Analisa epidemiologi yang
dilakukan oleh Pihak Berkuasa Jerman menunjukkan sayuran yang paling disyaki
sebagai penyumbang kepada kejadian wabak ini adalah tauge, bean sprout, dengan
izin dan biji buahnya, bean, kacang hijau itulah yang dihasilkan di Lower Saxony,
Jerman. Sehingga 20 Jun tiada kes jangkitan Enterohaemorrhagic Escherichia Coli, E-
HEC ini dikesan di Malaysia, dan dimaklumkan bahawa setakat ini tiada sayuran yang
diimport dicemari wabak tersebut.
Kementerian Kesihatan Malaysia sedang memantau pengimportan timun, kacang-
kacang dan sebagainya ke dalam negara ini. Dan berdasarkan maklumat daripada
Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia, tiada timun atau kacang-kacang
yang diimport dari Negara Jerman atau Sepanyol. Walau bagaimanapun, sekiranya
terdapat perngimportan timun dari Negara Jerman dan Sepanyol, analisis untuk
bakteria Hemorrhagic Escherichia Coli akan dilakukan dan jenis sayuran lain yang
disyaki dicemari disahkan tidak dieksport ke luar daripada Eropah. Penularan penyakit
boleh dicegah melalui amalan kebersihan diri terutamanya kerap mencuci tangan
dengan sabun sebelum makan, sebelum penyediaan makanan dan selepas
menggunakan tandas.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yong Peng.
Y.B. Puan Lim Kee Moi (Yong Peng) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan
tambahan. Adakah sayur organik selamat dimakan sebab banyak menggunakan
tahi–tahi binatang, yang disyaki akan menyebabkan penyakit E-Coli, yalah E-Coli lah,
E-Coli yang terkandung dalam itu najis haiwan.
Y.B. Dato’ Speaker : Emm? E-Coli?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, setakat ini
belum ada kajian yang menyatakan berikutlah, kajian akan dilakukan Kementerian, itu
sahaja.
Y.B. Dato’ Speaker : OK, Kukup.
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Terima kasih Yang Berhormat Puan
EXCO, soalan tambahan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker. Ok, kita lihat hari ini,
325
pelbagai wabak yang berlaku dalam seluruh dunia. Apa yang ada dalam soalan saya
adalah salah satunya langkah-langkah pencegahan. Ada tidak Kementerian
Kesihatan merancang untuk membuat seperti pamphlet ataupun daripada
penyebaran maklumat untuk menyediakan kepada rakyat Malaysia khususnya. Jadi,
dalam pamphlet itu akan diterangkan apakah simptom-simptom penyakit-penyakit,
contoh kalau katakan E-Coli, apakah simptomnya ataupun Denggi apakah
simptomnya. Kerana saya yakin prevention is better than cure, dengan izin adalah
lebih baik lagi kalau dapat kita bekalkan kepada rakyat Malaysia dengan pamphlet
yang menerangkan semua penyakit-penyakit yang boleh dikatakan yang common
berlaku, apakah simptom-simptom awal? Jadi, rakyat kita dapat baca, mengetahui
simptom awal ini, dia boleh cepat ke klinik-klinik dan saya rasa tidaklah terlalu lewat
kerana di antara masyarakat kita ini dia suka tunggu sehingga jadi serius. Dia nak
tengok dulu, kalau demam kata dia nak tengok dulu tu, sampai dah berdarah barulah
dia kata Denggi berdarah contohnya. Jadi, adakah Kementerian Kesihatan dalam
penyebaran maklumat yang mana saya katakan tadi, prevention is better than cure,
menjadikan pamphlet-pamphlet dan diagihkan kepada semua rakyat Malaysia
menunjukkan semua simptom-simptom penyakit-penyakit yang biasanya berlaku?
Terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato’
Speaker, memang amalan Kementerian Kesihatan untuk menyediakan pamphlet-
pamphlet untuk disebar luaskan dan memberi maklumat tentang sebarang penyakit,
terutama penyakit-penyakit wabak seperti Denggi, kalau dulu H1N1 dan juga sekarang
ini E-Coli dan juga penyakit pencemaran makanan pun kita buat pamphlet
berwarnalah yang cantiklah. Dan ini pamphlet-pamphlet ini terdapat di klinik-klinik
kesihatan seluruh Malaysia. Jadi, kalau Yang Berhormat nak tahu, boleh dapatkan di
semua klinik-klinik kesihatan di seluruh Malaysia.
Y.B.Dato’ Speaker : Jementah.
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,
kenapa tauge menjadi kecenderungan bakteria E-Coli kali ini di Jerman dan saya
nampak hari-hari kita makan tauge..
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat kuat makan ea?
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Hari-hari ada tauge kan,? Jadi, adakah
selamat kita makan tauge di Malaysia? Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Pendek je jawab..
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Terima kasih Yang Berhormat, di Malaysia ini,
326
alhamdulillahlah tidak ada pencemaran sayur-sayuran yang sekarang ini yang
menjadikan wabak ini, E-Coli yang jenis yang pecahkan sel darah merah dan
Haemolytic Anaemia dan kegagalan buah pinggang hingga menyebabkan kematian,
cirit birit yang teruk, tetapi itu hanya berlaku di Lower Saxony, Jerman, dan produk-
produk dia, kita tidak importlah. Pada Jabatan Kebajikan Masyarakat memang selalu
pantaulah. Untuk makluman, jadi benda ini tidak diimport, jadi di Malaysia ini selamat
dimakan. Semua sayuran selamat dimakan, asalkan personal hygiene itu, kebersihan
diri itu, yang menyediakan makanan itu mesti basuh tangan dengan sabun dan
sebagainya terutama penyedia makanan. Nombor dua yang sayur itu kena basuh
betul-betul dan kita ini nak makan ini basuh tangan sebelum makan dan selepas
makan dan jika ke tandas silalah bersih dengan sabunlah, itu sahaja punca dia, terima
kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ok, last, Skudai.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Terima kasih Dato’ Speaker, soalan tambahan saya
adalah sebenarnya saya pernah ambil sampel air, air mentah di Empangan Bekok dan
juga rakan-rakan saya pernah ambil sampel air paip di Bekoh, Ledang dan kita
mendapati bahawa E-Coli, bakteria E-Coli terdapat di dalam air mentah di Empangan
Bekok dan air paip di Bekoh, Ledang. Apakah tindakan selanjutnya diambil oleh
Jabatan Kesihatan untuk mengenal pastikan memang ada masalah itu?
Y.B. Dato’ Speaker : Itu air ke sayur?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Ini Yang Berhormat ambil air dari mana itu? Di air perigi
ataupun air paip?
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dekat Bekoh ya, B.E.K.O.H, Bekoh di Ledang itu,
semasa mereka kompelin itu air paiplah dekat Bekoh dan air mentah di Empangan
Bekok, itu Bekok dekat itu Labis, B.E.K.O.K.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Terima kasih Yang Berhormat, air ini bila masuk
empangan, kita dah, Yang Berhormat kena pergilah tengok macam mana air, tengok
daripada sungai-sungai itu apabila masuk empangan, apabila keluar pergi ke rumah-
rumah pengguna semua very clear, kenapa? Kita masukkan chlorine, tambahkan
sedikit fluoride dan sebagainya dan chlorine akan bunuh E-Coli ini semua. Dan,
kebanyakan E-Coli yang dah ada dalam perut kita, dalam badan kita, majoriti tidak
berbahaya, tidak menyebabkan ini. Jadi, soalan Yang Berhormat when we treat, em…
Minta maaf, kalau kita dah treat air itu, selamat untuk digunakan tidak ada E-Coli lah.
Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Dato’ Haji Ahamad… Yang Berhormat, dia.
327
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dia belum jawab soalan saya tadi, bukan dekat air
mentah dekat Empangan Bekok itu memang betullah, tapi di Bekoh B.E.K.O.H, Bekoh
satu kampungan kecil di Ledang, Muar, terdapat air paip itu sendiri ada E-Coli.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia dah jawab. Tiadalah ya Yang Berhormat. Ok. Yang Berhormat
Dato’ Haji Abdul Halim bin Osman, Suleiman. Jemput.
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, soalan saya nombor 4.
Apakah benar Johor Corporation akan menjual Kulim Berhad dan apakah rasionalnya
penjualannya dari segi strategik perniagaan?
Y.A.B Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat daripada
Puteri Wangsa membangkitkan sama ada Johor Corporation akan menjual Kulim
Malaysia Berhad ataupun tidak. Ingin saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini
bahawa tidak berbangkit bahkan tidak ada rancangan langsung untuk Johor
Corporation sama ada menjual ataupun melupuskan kepentingannya dalam Kulim
Malaysia Berhad. Dato’ Speaker, di antara bidang teras dan perniagaan teras yang
ada pada Johor Corporation ialah apa yang ada pada Kulim, Dato’ Speaker, yang
tertumpu kepada bidang perladangan di antaranya dan kita juga maklum potensi
yang ada pada Kulim agak tinggi untuk jangka masa sederhana dan panjang
sekalipun.
Oleh itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, ingin saya maklumkan bahawa tidak ada di
peringkat Johor Corporation, kita membincangkan perkara ini. Jadi saya pun, saya
merujuk perkara ini dalam Dewan yang mulia ini, walaupun perkara ini agak banyak
digembar-gemburkan sebelum ini di berbagai medan. Maka, pada kesempatan
menjawab soalan daripada Puteri Wangsa Dato’ Speaker, soal soalan menjual Kulim
tidak berbangkit Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Puteri Wangsa.
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, soalan yang saya ajukan ini ialah semata-mata kerana ingin pengesahan di
Dewan yang mulia ini, memandangkan dalam ceramah-ceramah pembangkang pun
menyatakan Kulim akan dijual dan begitu juga dengan masyarakat yang bertanya
tentang adakah benar Kulim akan dijual. Jadi bila Yang Amat Berhormat Menteri Besar
telah menjawab bahawa Kulim akan dipertahankan, dipertahankan dan tidak akan
dijual, saya mengucapkan tahniah kepada Johor Corporation dan juga Kerajaan
Negeri. Ini untuk mengesahkan bahawa apa yang diperkatakan itu adalah satu
pembohongan. Jadi benarlah bahawa…
328
Y.B. Dato’ Speaker : Soalan Yang Berhormat apa? Soalan?
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Soalannya, bahawa Kulim
tidak akan dijual atas prinsip bahawa dan dipertahankan. Itu sahaja.
Y.B. Dato’ Speaker : Itu Yang Berhormat jawab. Yang Berhormat jawab, yalah. Ok,
pantas.
Y.B Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Terima kasih, Yang Berhormat Dato’
Speaker, saya banggalah satu konglomerat yang besar yang boleh menjana
keuntungan kepada Johor Corp. ini tidak dijual. Tapi saya ingin tahu, ada ura-ura
sebahagian daripada saham Kulim yang diapungkan di Bursa Saham di London sana,
akan di liquidasi untuk membayar sebahagian daripada hutang yang ditanggung oleh
Johor Corp. ini. Sejauh manakah kebenarannya? Terima kasih.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, di antara aset yang ada
pada Kulim ialah satu syarikat ladang yang agak luas juga di Limberton, di New Guinea
dan syarikat ini disenaraikan di London Stock Exchange, Dato’ Speaker. Jadi pada hari
ini Dato’ Speaker, saya dah maklumkan bahawa Kulim ialah di antara syarikat yang
ada dalam negara kita ini, yang mempunyai ladang termasuklah sama ada di
Malaysia ataupun di luar negara. Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, itu di antara
aset dan yang dimiliki oleh pihak Kulim. Oleh itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya
ingin maklumkan juga bahawa mungkin banyak yang digembar-gemburkan kerana
Johor Corporation perlu membayar satu jumlah bon sempena dengan pinjaman pada
pertengahan tahun 2012.
Oleh itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, di antara yang langkah yang diambil ialah
untuk pihak Johor Corporation memanfaatkan segala harta dan aset yang ada
padanya, sama ada untuk disusun semula dan termasuklah di antara aset yang saya
sebutkan tadi supaya, Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita akan mampu untuk
membayar bon tersebut bila tiba tempoh masa ia matang dan seterusnya meletakkan
Johor Corporation pada kedudukan yang lebih kukuh lagi, untuk masa depan Johor
Corporation.
Y.B. Dato’ Speaker : Skudai.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Terima kasih, Dato’ Speaker dan Yang Amat
Berhormat. Sebab tadi Yang Berhormat Puteri Wangsa sebutkan pembangkang yang
bangkitkan isu ini bukan? Sebenarnya berita ini pernah dikeluarkan dalam The Star,
Bussiness dan sebagainya. Tapi, setahu saya salah satu anak syarikat iaitu KFC, di
bawah Kulim yang memang beruntung banyaklah walaupun kita Pilihan Raya Tenang
kita pun makan dekat KFC...
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ok, soalan asal.
329
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Maknanya saya nak tahu, semua syarikat yang di
dalam Kulim Berhad itu, mana yang beruntung, mana yang tidak beruntung yang
perlu di struktur semula?
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, soalan dia, asal, dia tanya, betul ke Kulim nak
jual? M.B jawab, tak jual. Kemudian Yang Berhormat punya anak syarikat tiada kena-
mengena, saya tak tahulah kalau Yang Berhormat. Kalau ikut saya, memang dia lari
daripada soalan.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Maaf, Dato’ Speaker.
Y.A.B Dato’ Menteri Besar : Saya dah sebut dalam jawapan asal saya Dato’ Speaker,
bahawa Kulim di antara syarikat teras di antara kandungan pada Kulim ialah, satu
perladangan. Dan dalam Kulim juga ada kepentingan yang agak besar juga dalam
bentuk pemilikan Syarikat KFC dan juga QSR. Ini satu-satunya bidang makanan yang
agak dikatakan amat baik sekali dari bentuk aliran tunainya, Dato’ Speaker kerana
jenis perniagaannya dan juga saiz perniagaannya. Jadi, Yang Berhormat Dato’
Speaker, itu di antara yang ada pada Kulim, Dato’ Speaker. Jadi, ini untuk menjawab
soalan daripada pihak Skudai tadi, apa di antara dan saya ingin maklumkan bahawa
rata-rata apa yang ada pada Kulim ialah saya boleh rumuskan sebagai satu yang
merupakan teras pemilikan harta JCorp. dan keseluruhannya adalah membawa, apa
itu, keuntungan yang baik daripada syarikat-syarikat di antaranya yang saya sebutkan
sebentar tadi.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Puan Murukasvary a/p S.Thanarajan.
Y.B. Puan Murukasvary a/p S.Thanarajan (Tenggaroh) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
soalan saya nombor 5.
Adakah pihak Kementerian bercadang untuk membina sebuah kolej komuniti di DUN
Tenggaroh?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Pelajaran dan
Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Tenggaroh membangkitkan
cadangan kolej komuniti di bawah Kementerian dan untuk makluman Dewan yang
mulia ini, bahawa pihak Kementerian belum ada cadangan untuk menubuhkan
sebuah kolej komuniti di Tenggaroh. Dan setakat ini, terdapat 7 buah kolej komuniti
induk dan 5 buah kolej komuniti cawangan. Dan penubuhan kolej komuniti di seluruh
negara termasuk di Negeri Johor akan dibuat dari masa ke semasa bergantung
kepada keperluan setempat dan juga keupayaan sumber kewangan kerajaan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat Benut.
330
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan
tambahan. Kalau kita selalu mendengar jawapan daripada kerajaan, Dato’ Speaker,
ada peruntukan mahupun kekangan dari segi, biasanya peruntukanlah. Jadi, adakah
wajar ataupun apakah asas yang digunakan oleh kementerian atau kerajaan dalam
nak menentukan bilangan ataupun kolej-kolej komuniti ini? Nama atas dasar, nama
kolej komuniti, saya bagi contoh Kolej Komuniti Tanjung Piai. Kenapa tidak Kolej
Komuniti Pontian, ikut daerah. Kan kita kekangan peruntukan. Apakah dasar dan
asasnya Dato’ Speaker?
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat. Soalan asal daripada
Tenggaroh, adakah kolej nak dibina di Tenggaroh? Itu sahaja.
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Boleh saya tanya...
Y.B. Dato’ Speaker : Tak boleh. Lari dari soalan asal.
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : …dari segi dasarnya, Dato’…
Y.B. Dato’ Speaker : Tak boleh, tak boleh. Kalau dasar, jadi perbahasan.
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : …asasnya, dia nak menentukan sama ada
boleh di Tenggara, selain daripada itu.
Y.B. Dato’ Speaker : Tidak boleh lawan. Dia soal lain. Yang Berhormat tidak boleh
ceduk soalan dia, jadikan perbahasan Yang Berhormat. Eh, itu Peraturan.
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Terima kasih, Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ya. Tak payah jawablah. Nak jawab juga.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan
Pengajian Tinggi : Saya hormat keputusan Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, baguslah. Terima kasih. (Dewan ketawa). Yang Berhormat
Datuk Munusamy a/l Mareemuthu. Nasib baik tidak sebut anak perempuan. Lupa.
Y.B Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Pakai kot dan tie. Yang Berhormat
Dato’ Speaker, soalan nombor 6. (Dewan ketawa).
Sekolah Agama Taman Kota Puteri telah mula dibina, kerja-kerja piling sedang
dijalankan tetapi telah berhenti kerja semenjak beberapa bulan ini. Berapakah kos dan
apakah status projek ini? Bilakah projek ini akan siap?
331
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum
warahmatullahi taala wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, tidak ada
pembinaan Sekolah Agama Taman Kota Puteri sepertimana dinyatakan oleh Yang
Berhormat Permas. Sebaliknya sekolah agama yang terlibat di dalam kawasan DUN
Permas adalah Sekolah Agama Taman Megah Ria. Di mana, kos pembinaannya
adalah sebanyak RM3.2 juta termasuk perabot. Kerja-kerja ini ditangguhkan sementara
kerana pihak pemaju telah membuat penukaran ke atas sistem piling bangunan.
Bagaimanapun, projek ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, dijangka dapat disiapkan
pada Jun 2012.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Chia Song Cheng, jemput.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
soalan saya nombor 7.
Berapakah jumlah kejadian kebakaran rumah yang berlaku di Negeri Johor mulai
tahun 2008 sehingga kini, dan berapakah jumlah pili-pili Bomba yang masih berfungsi
serta dipantau oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat mengikut setiap daerah?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, dari tahun 2008 hingga 2011,
jumlah ataupun sebanyak 1,486 kes kebakaran rumah yang direkodkan di seluruh
negeri iaitu 412 kes pada tahun 2008, 384 pada tahun 2009, 494 kes 2010, dan 196 kes
sehingga Jun 2011.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi tahun 2011 jumlah keseluruhan pili Bomba adalah
sebanyak 41,037 yang terdiri daripada 39,810 ataupun 97% dari jenis, dengan izin, pilar
atau bertiang dan 1,227 atau 3% daripada jenis bawah tanah. Dari jumlah tersebut
juga, sejumlah 14,506 unit pili Bomba terletak di daerah Johor Bahru, di Kulai Jaya ada
3,787, daerah Muar 4,073, Ledang 4,865, Batu Pahat 2,935, Segamat 5,602, Kluang
2,664, Kota Tinggi 1,928, Pontian, di Pontian, maaf saya 1,928 di Pontian dan 667 di
daerah Mersing. Untuk makluman, pili Bomba dibuat pemeriksaan 2 kali setahun bagi
balai-balai Kategori B dan C dan sekali setahun bagi balai-balai Kategori A.
Pemeriksaan dilakukan oleh Unit Pili Bomba daerah-daerah, sebarang kerosakan,
laporan akan di hantar ke Bahagian Operasi Negeri untuk diambil tindakan serta merta
dan bagi memastikan keadaan pili-pili Bomba juga berada dalam keadaan yang baik,
Jabatan Bomba juga telah mengadakan Program Teman Pili Bomba di mana
penduduk setempat dilantik bagi membantu memantau sebarang kerosakan dan
melaporkan kepada Balai Bomba yang berhampiran.
332
Y.B. Dato’ Speaker : Yong Penglah.
Y.B. Puan Lim Kee Moi (Yong Peng) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita juga
terdapat pili Bomba semasa mereka buat jalan, pili Bomba yang sedia ada sudah
ditutup. Jadi, apa tindakan untuk mengatasi masalah tersebut?
Y.B. Pengerusi Ahli Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Sila laporkan pada Balai Bomba yang terdekat.
Y.B. Dato’ Speaker : (Ketawa). Allah, betul-betul dijawab. Yang Berhormat Encik Lau
Chin Hoon, jemput.
Y.B. Encik Lau Chin Hoon (Pemanis) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan nombor 8.
Apakah persediaan yang dilakukan untuk menghadapi kemungkinan berlakunya
kemarau di Johor? Andaikan senario tiada hujan sepanjang 3 bulan. Minta jelas
kedudukan sumber dan takungan utama simpanan air untuk keperluan harian dan
pertanian.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, sumber bekalan air
bersih yang terdapat di Negeri Johor ini boleh diperoleh daripada sumber sungai,
empangan dan juga bekalan air bawah tanah dan sumber air yang lain. Merujuk
kepada sumber bekalan air bawah tanah, pihak Geosains telah mengenal pasti
sebanyak 67 telaga tiub di negeri ini yang belum dieksploitasikan. Kapasiti sumber air
bersih seperti di empangan yang terdapat di Negeri Johor ini boleh bertahan sehingga
6 bulan. Sehingga kini belum pernah berlaku kemarau yang berpanjangan sehingga
tempoh 3 bulan.
Walau bagaimanapun, sekiranya senario tiada hujan sepanjang 3 bulan berlaku, ia
mungkin terjadi dalam bentuk localize, dengan izin, iaitu terjadi kepada 1 tempat atau
daerah sahaja. Bila keadaan ini berlaku, daerah tersebut mempunyai sokongan dari
sumber yang berdekatan dari daerah-daerah yang bersebelahan. Sebagai langkah
panjang, bagi mengatasi masalah bekalan air pada musim kemarau dimaklumkan
bahawa terdapat projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10
iaitu bagi membantu masalah bekalan air di Johor dengan membina Empangan
Kahang yang boleh membekalkan sumber air mentah sebanyak 136 juta liter sehari
bagi daerah Kluang. Dia dapat menampung keperluan bekalan air bersih semasa
musim kering dan pertambahan permintaan seiring dengan pembangunan masa
hadapan di daerah Kluang.
Selain itu juga projek yang dipohon di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 ialah menaik
taraf Empangan Bekok milik JPS dengan menaikkan aras simpanan Water Conservation
Level, dengan izin, dari 13.3 meter Ordinance Datum Level (ODL), dengan izin, ke aras
333
15.5 meter ODL. Aras simpanan air pada masa ini dihadkan pada aras 13.3 meter
dengan kapasiti takungan sebanyak 32 juta meter padu hanya mampu menghasilkan
bekalan air mentah sebanyak 170 juta liter sehari pada paras normal. Pada paras baru,
Empangan Bekok ini mempunyai keupayaan takungan sebanyak 61.7 juta meter padu
yang mampu menghasilkan bekalan air mentah sebanyak 270 juta liter sehari bagi
daerah Batu Pahat. Manakala ada cadangan bagi Projek Pemilihan Struktur barrage
merintangi Sungai Johor yang juga dipohon dan ini juga mampu menghasilkan banyak
lagi bekalan air mentah bagi daerah Johor Bahru.
Untuk usaha jangka sederhana, pihak Kerajaan Negeri juga berpengalaman dalam
program pembenihan awan yang merujuk kepada kejadian kemarau yang berlaku di
daerah Kluang dan Batu Pahat pada 13 Februari 2010 sehingga 14 April 2010. Kaedah
pembenihan awan telah dapat membantu menyelesaikan isu kekurangan air di
kawasan tadahan dan sungai di daerah-daerah tersebut. Bermula 12 Mac 2010 hingga
3 April 2010 sebanyak 16 kali aktiviti pembenihan awam telah dibuat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, semalam saya terbaca juga surat khabar bahawa
satu sistem yang lebih mantap lagi yang mana saya nampak Yang Berhormat Dato’
Seri Menteri Kedah telah umumkan bahawa…
Y.B. Dato’ Speaker : Menteri apa?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : ...cadangan untuk Perbadanan Aset Air Berhad untuk
menyambung paip antara negeri di mana air bolehlah disalurkan kepada negeri di
mana menghadapi masalah tak perlu gunakan lori-lori yang memakan perbelanjaan
yang terbesar. Ini juga akan senangkan satu sama lain masa menghadapi masalah
kemarau dan sistem ini kalau dijalankan saya haraplah masalah akan dikurangkan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Mengkibol.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Rakyat terutamanya di Kluang selalunya
menghadapi masalah kecatuan air bila kemarau tak cukup air jadi yang pentingnya
saya nak tahu bagaimana, apakah langkah-langkah diambil untuk mengelakkan
semasa perayaan macam Hari Raya, Tahun Baru Cina dielakkan supaya dielakkan
tidak ada catuan air ataupun tangguh ke tarikh lain? Ada apa-apa rancangan?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan adanya sistem
jika tidak ada berlakunya kemarau memang kita mempunyai bekalan air terawat yang
cukup bagi daerah Kluang. Kerana dengan adanya Sembrong Barat yang boleh
membekalkan air pada rawatan biasa 55 juta liter sehari dan juga tambahan pula
daripada Sembrong Timur yang dapat merawat air 27 atau 29 juta liter air sehari cukup
bagi menampung keperluan Kluang yang memerlukan agaknya tak lebih daripada 85
334
juta liter air sehari. Kalau ada keperluan yang lebih daripada secara normal, kita boleh
mempertingkatkan lagi kapasiti merawat air daripada Sembrong Barat daripada 55
kepada 65 juta liter sehari tambahan kita boleh dapat sedikit separuh bantuan
daripada Machap, daripada Simpang Renggam jadi itu yang sedia ada...
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : ...tambah-tambah pula Kerajaan Negeri telah berjaya
mendapat peruntukan sebanyak RM1,105 juta untuk membina Empangan Kahang
dan juga sistem paip sampai kepada 12 kilometer sehingga Sembrong Timur untuk
mengeluarkan 136 juta liter air sehari. Jadi, tambahan ini yang akan datang memang
cukuplah, lebih cukup daripada apa yang diperlu dan juga dapat menampung
kepada pembangunan akan berjalan di Kluang pada masa yang akan datang. Tetapi
ini rancangan kita yang ada untuk soalan yang seperti ini yang hypothetical, dengan
izin, jadi saya dapat jawab yang apa saya tahu dan kita boleh dapat merancangkan
dengan Kerajaan Negeri Johor dengan Kerajaan Pusat tetapi untuk perkara seperti ini,
kepada kita bergantung banyak kepada curahan air daripada hujan yang lebat
ataupun storm water.
Y.B. Dato’ Speaker : Hujan pun dah turun. Yang Berhormat cakap hujan pun hujan
sudah lebat.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Ya itulah. Kita manusia hanya merancang, Tuhan yang
tentukan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok. Yang Berhormat Encik Goh Tee Tee, jemput.
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan nombor 9.
Sejauh manakah keberkesanan Program SRS (Skim Rondaan Sukarela) yang
dilaksanakan di seluruh Johor dapat membantu mencegah dan mengurangkan kadar
jenayah?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains Teknologi dan
Inovasi: Yang Berhormat Dato’ Speaker, Skim Rondaan Sukarela ataupun lebih dikenali
sebagai SRS, adalah satu cabang di dalam sesuatu organisasi Rukun Tetangga. Skim
Rondaan Sukarela ini ialah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di
bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975, Pindaan 1988.
Skim ini dikendalikan oleh Biro Keselamatan yang merupakan salah satu Jawatankuasa
di dalam organisasi sesebuah Rukun Tetangga. Manakala rondaan pula dilaksanakan
oleh peronda-peronda yang berdaftar di sebahagian atau keseluruhan kawasan
rondaan yang telah diwartakan. Skim Rondaan Sukarela dijalankan sebagai salah satu
335
langkah untuk menjaga keselamatan dalam sesuatu Kawasan Rukun Tetangga di
samping membantu pihak Polis dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah
yang semakin meningkat pada masa sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kini SRS diletakkan di bawah 6 NKRA Utama Negara
iaitu di bawah NKRA Keselamatan dan ianya telah membantu pihak keselamatan
membanteras kes-kes jenayah dan membantu untuk menurunkan indeks jenayah di
negara ini. Sehingga Mei 2011, sebanyak 230 KRT di seluruh Negeri Johor telah pun
menjalankan Skim Rondaan Sukarela ini dan sebahagian besarnya telah pun berjaya
mengurangkan kadar jenayah di kawasan masing-masing.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, berikut adalah rekod laporan pengendalian Skim
Rondaan Sukarela mengikut bilangan kes ditangani oleh pasukan-pasukan SRS
peringkat Negeri Johor. Jumlah kes yang ditangani setakat ini adalah 119 kes
termasuklah di antaranya kes rogol, samun, peras ugut, curi kenderaan, curi harta
benda, memiliki dadah, vandalisme dan sebagainya. Dan, daripada 119 kes tersebut,
67 kes telah dirujuk kepada pihak Polis dan yang lain-lainnya telah dirujuk kepada
Jabatan Agama, PBT dan sebagainya. Jadi daripada laporan yang diterima, dapat
dilihat bahawa SRS ini dapat membantu dalam mengurangkan kadar jenayah di
Negeri Johor, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Tangkak.
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Terima kasih, jawapan daripada Pengerusi EXCO.
Daripada jawapan itu, ada sebutkan antara satu syarat untuk menubuhkan SRS
adalah di Kawasan Rukun Tetangga. Tetapi kita nampak selain daripada Kawasan
Rukun Tetangga iaitu khususnya di taman-taman, tetapi yang pada seketika ini,
kampung-kampung pun tidak selamat lagi dan Jawatankuasa daripada kampung
memohon untuk menubuhkan SRS kerana dia ada bagi bantuan dan juga atas ada
insurans tu. Itu sebab, tetapi kampung tiada KRT itu sebab apa cara JKKK kampung
dapat menubuhkan SRS tetapi dapat bukan ada dalam kawasan KRT tetapi dapat
bantuan daripada Jabatan yang berkenaan. Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains Teknologi dan
Inovasi: Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih pada soalan tambahan
daripada ADUN Tangkak. Seperti mana yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat
Dato’ Speaker, di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga,
bahawa SRS ini sebenarnya duduknya di bawah Biro Keselamatan organisasi sesebuah
Rukun Tetangga. Maka syarat ini membantutkan penubuhan SRS selain daripada
Kawasan Rukun Tetangga. Walau bagaimanapun, saya rasa dibawah JKKK ini
namanya pun Jawatankuasa Keselamatan Kampung maka memang di bawah JKKK
ini ada satu unsur keselamatan yang boleh dikendalikan di bawah JKKK itu sendiri. Jadi
336
menurut Peraturan, SRS ini tidak dapat dikembangkan atau ditubuhkan selain
daripada di bawah KRT. Terima Kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Parit Yaani.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Terima Kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli
Rondaan SRS ini memang tidak dilatih dan menjadi masalah negatif. Setahu saya
mereka ini tidak terlatih dan bila menjalankan tugas keselamatan, diri mereka itu
menjadi masalah lebih-lebih lagi ahli-ahli ini bila menjalankan rondaan, bercakap
dengan suara tinggi-tinggi pada larut malam dan kadangkalanya mereka nyanyi lagu-
lagu sebab dia bosan sangat tak ada kerja, dia tunggu-tunggu perompak tak ada.
Minggu pertama mungkin hangat-hangat tahi ayam mereka jalankan rondaan
dengan serius. Lepas itu, tengok keadaan tak timbul apa-apa masalah mereka pun
bosan dan mereka sendiri menjalankan, menjadi gangguan kepada kampung atau
taman-taman yang berkenaan, ini menjadi satu masalah.
Y.B. Dato’ Speaker : Tidur agaknya.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Apakah program-program untuk bagi latihan
kepada ahli-ahli rondaan? Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Soalannya macam mana tu?.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan
Inovasi: Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada soalan tambahan
daripada ADUN Parit Yaani. Jabatan Perpaduan Yang Berhormat Dato’ Speaker,
memang sentiasa memberi kursus dan latihan kepada ahli-ahli SRS ini untuk
melaksanakan tugas mereka dengan lebih berdedikasi dan berdisiplin. Tetapi satu
perkara Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita kena maklum bahawa mereka ini tidak
dibayar gaji, mereka ini tidak dibayar elaun, mereka menjalankan tugas ini atas dasar
sukarela. Jadi kadang-kadang saya ingat Yang Berhormat sendiri tadi dalam soalan itu
sudah ada jawapan. Kadang-kadang yalahkan bila sesuatu suasana kawasan itu
senyap dan dia seorang diri mungkin keadaan-keadaan sebegitu perlu dilakukan bagi
memeriahkan diri dia sendiri supaya mereka tidak keseorangan. Jadi saya harap, kita
anggaplah ini sebagai...
Y.B. Dato’ Speaker : Satu hiburanlah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan
Inovasi: ...kerja kebajikan yang perlu kita mengucapkan terima kasih atas usaha
mereka. Tapi dari segi jabatan kita memang mengadakan latihan dan juga kursus
dengan kerjasama pihak Polis. Kadang-kadang rondaan ini dilakukan bersama-sama
dengan pihak Polis dan juga pihak RELA yang berturut serta dalam SRS ini. Terima Kasih.
337
Y.B. Dato’ Speaker : Last lah, saya bagi Semaranglah asyik bangun aje.
Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Terima kasih, Yang Berhormat Speaker.
Berkenaan dengan SRS Yang Berhormat Speaker, saya berbanggalah kita ada 230 SRS
yang melibatkan KRT di seluruh Negeri Johor. Tetapi realitinya bahawa di tempat saya
sendiri ada 3,600 orang ahli SRS dari 38 kumpulan SRS yang di luar KRT. Memandangkan
ia telah dimasukkan dalam 6 NKRA Negara tadi bawah Keselamatan, sewajarnya
kumpulan yang di luar Rukun Tetangga ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana
mereka tak ada bantuan apa-apa dan peranannya cukup besar. Malahan Rukun
Tetangga ada setengah-setengahnya, minta maaf saya nyatakan buat SRS seminggu
dua kali. Jenayah bukan pakai hujung minggu, tetapi kita SRS dekat kampung ini buat
setiap malam, setiap kampung. Ini adalah satu perkara yang amat positif. Jadi, saya
minta kalaulah Jabatan Perpaduan tidak boleh menyediakan kemudahan
sepertimana yang diberikan kepada KRT sewajarnya pihak kerajaan melihat tentang
perkara ini kerana ini adalah satu perkembangan yang amat positif yang melibatkan
masyarakat keseluruhan kampung tak kira Melayu, Cina dan India jaga kampung.
Mereka tak ada insurans, mereka tak ada diberi lampu suluh melainkan pemberian
daripada pihak pemimpin tempatan sahaja. Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker, saya
harap perkara ini diberikan perhatian.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan
Inovasi: Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini,
bahawa sebenarnya SRS ini diberikan peruntukan sebanyak RM2,500.00 dalam bentuk
peralatan, untuk membeli peralatan setiap tahun. Ianya terdiri daripada tongkat SRS,
wisel, lampu suluh, baju hujan, topi, rotan SRS dan sebagainya dan sebagai tambahan
apabila ianya diletakkan di bawah NKRA ini, mulai tahun ini sebanyak RM1,000.00 juga
diberikan untuk setiap SRS bagi mereka menguruskan pentadbiran mereka. Dan lagi
satu perkara yang setelah SRS ini mula diberi penekanan di bawah NKRA ini ialah
melalui radio SRS. Kini ahli-ahli SRS akan diberikan walkie-talkie untuk setiap SRS mulai
tahun ini. Jadi dengan adanya walkie-talkie ini maka mereka ini dapat berhubung di
antara satu sama lain dan kemudahan-kemudahan ini semua akan ditambah
khususnya pada tahun ini setelah ianya diletakkan di bawah NKRA. Dan satu lagi
perkara ialah pusat operasi, mulai tahun ini juga di bawah NKRA ini satu peruntukan
sekitar RM24 juta telah diperuntukkan untuk menempatkan pusat-pusat operasi di
mana ahli-ahli SRS ini boleh berkumpul, bermesyuarat dan berehat bila perlu.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok. Soalan Lisan sudah habis. Mana-mana yang tidak dapat
dijawab akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan ini.
Jurutulis : SOALAN BERTULIS.
338
Jawapan kepada Soalan Bertulis oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ada dibentangkan di
atas meja mesyuarat.
Jurutulis : RUNDINGAN-RUNDINGAN DENGAN TIDAK PAYAH DIBERITAHU.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu Rundingan di
bawah Peraturan Tetap Bilangan 32(8) yang diakui mustahak iaitu pemilihan Ahli
Dewan Negara oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sebagaimana
peruntukan Peraturan yang sama, Rundingan itu diperlukan disokong oleh sepuluh
orang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menyokong Rundingan ini sila bangun di tempat
masing-masing. Cukuplah, dah lebih sepuluh tu. Oleh kerana terdapat lebih daripada
sepuluh orang yang menyokong, Rundingan itu saya terima.
Jurutulis : RUNDINGAN MENGENAI PEMILIHAN AHLI DEWAN NEGARA.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang biasa dilakukan
pemilihan Ahli Dewan Negara ini adalah menurut Fasal 45 Jadual Ketujuh
Perlembagaan Persekutuan. Dengan demikian tiap-tiap cadangan hendaklah
disokong dan disertai dengan kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh calon
berkenaan menyatakan kesanggupannya berkhidmat jika dipilih, dan cadangan itu
tidaklah perlu di bahas. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sila kemukakan cadangan sekarang.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon
mencadangkan supaya Yang Berhormat Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop
dilantik semula oleh Dewan ini menjadi Ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang saya maklumkan bahawa Yang Berhormat Tuan
Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop ialah Ahli Dewan Negara sejak 1 Julai 2008. Oleh itu,
cadangan ini untuk Yang Berhormat Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop untuk
tempoh yang kedua sebagai Ahli Dewan Negara. Sebagai latar belakang untuk
makluman Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin
Yusop lahir tahun 1946, Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Muda lagi.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Muda sikit daripada Dato’ Speaker agaknya.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Beliau telah pun berkelamin, Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Berapa orang Yang Amat Berhormat ? Satu ke dua dia ?
339
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Oleh kerana dia datang daripada Muar dan bersekolah di
Sekolah Ismail School, lulus darjah enam di sana. Lepas itu masuk ke Sekolah High
School Muar, lulus Cambrige School Certificates tahun 1963. Kemudian Dato’ Speaker,
masuk ke Pusat Latihan Perguruan Daerah Muar dan Maktab Perguruan Malaya pada
tahun 1964-1965. Itu zaman bakal-bakal guru naik Vespa, Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh!
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Kemudian dia tayang...
Y.B. Dato’ Speaker : Satu kampung . . .
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : ‘Dato’ Ahmad Zahri’ dia tayang pakai tie, naik Vespa pakai
tie.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, dia punya act tu, yalah...
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Jadi, alhamdulillah tamat sekolah agama darjah enam
kerana ada di antara kita tak habis darjah enam, Dato’ Speaker. Yang Berhormat
Dato’ Speaker, beliau merupakan berpengalaman sebagai seorang guru dan juga
sebagai pengurus di peringkat penerbitan seperti di Dewan Bahasa, Universiti Malaya.
Jadi yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mencadangkan Tuan Haji Ahamat @
Ahamad bin Yusop sebagai Ahli Dewan Negara untuk tempoh 1 Julai 2011 untuk tiga
tahun yang akan datang. Terima kasih, Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Terima Kasih.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan
Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong Rundingan itu.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini masih bersedia untuk
menerima cadangan-cadangan lain jika ada.
Oleh sebab tidak ada cadangan lain, maka saya kemukakan cadangan bahawa
Yang Berhormat Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop dilantik semula oleh Dewan ini
menjadi Ahli Dewan Negara.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, cadangan itu
dipersetujukan.
Oleh demikian, saya isytiharkan bahawa Yang Berhormat Tuan Haji Ahamat @ Ahamad
bin Yusop adalah dilantik semula oleh Dewan ini menjadi Ahli Dewan Negara bagi
tempoh selama tiga tahun lagi.
340
Saya dan bagi pihak Dewan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang
Berhormat Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop. Semoga beliau dapat
menumpukan khidmatnya kepada rakyat dan negeri sebagai Ahli Dewan Negara.
Alah! Senyum, masuk tadi monyok je takut tak dipilih.
Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN MENJUNJUNG KASIH KEPADA
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum diteruskan ada pemerhati di
atas sana iaitu daripada Pergerakan Pemuda Malaysia Cawangan Johor Jaya dan
juga Belia 4B Kawasan Pasir Gudang dan Pemuda MCA Pasir Gudang. Selamat datang
ke Dewan ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan itu disambung semula, jemput. Ni apasal ada
orang bangun ni?
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya
hendak menyambungkan.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh! Yang Berhormat tak habis semalam?
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Saya minta kebenaran.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, Yang Berhormat dah lama semalam, tak habis?
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Tak, semalam hanya lima minit
sahaja.
Y.B. Dato’ Speaker : Mana lima minit ?
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : So, ini hari minta dua puluh minit.
Y.B. Dato’ Speaker : Dalam catitan saya Yang Berhormat dah bercakap dua puluh
minit, kalau saya semalam dah habis. Ok, ikut masa.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Baik, terima kasih Yang Berhormat
Dato’ Speaker. Saya mengucapkan terima kasih telah membenarkan saya
menyambung perbahasan pada pagi yang mulia ini. So, masalah pertama yang saya
nak bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, ialah tentang kebersihan di bandar
Johor Bahru yang mana saya nampak perlulah diperbaikkan oleh sebab saya masih
lihat ada beberapa perkara masih berlaku di dalam bandar Johor Bahru ini.
341
Yang pertama, saya nampak di dalam bandar Johor Bahru masih banyak jalan-jalan
yang berlubang seperti yang di Jalan Tan Ah Kian dan sebagainya, Jalan Pahang
juga. Yang mana jalan-jalan berlubang ini saya sudah buat lawatan dan juga minta
diratakan, diturap tetapi ambil masa lama juga tidak diambil tindakan. Oleh sebab itu,
perlulah kita mengambil tindakan segera jangan membiarkan jalan yang berlubang ini
nanti akan bertakung dengan air dan juga menjadi kotor dan juga akan menjadi
tempat pembiakan nyamuk.
Selain daripada itu, saya juga dapati bahawa sampah sarap di dalam bandar Johor
Bahru ini juga sentiasa tidak diangkat mengikut jadual yang ditetapkan iaitu sekurang-
kurangnya 2-3 hari sekali. Tetapi, apa yang saya lihat di Jalan Trus dan juga
sebagainya tempat-tempat ini sampah sarap juga selalu lambat diambil. Dan juga,
saya nampak bahawa pokok-pokok landskap yang ditanam hendaklah dipantau,
yang mana saya nampak bahawa di bawah pokok-pokok ini masih ada banyaklah
rumput yang tidak dibersihkan. Oleh sebab itu, perlulah pihak MBJB mengambil
tindakan segera untuk memantau apa pokok-pokok landskap ini supaya kita tidak
nampak bahawa ada rumput masih tidak dibersihkan di bawah pokok-pokok tersebut.
Selain daripada itu, di Jalan Wong Ah Fook dan juga di Jalan Segget ada bangunan,
pembinaan bangunan yang terbengkalai, di mana pihak MBJB membenarkan tapak
ini untuk kita menjadikan tempat meletak kereta. Ini memang satu tindakan yang baik
oleh sebab itu, nampak bahawa di bandar Johor Bahru memang menghadapi
masalah kekurangan tempat meletak kenderaan. Tetapi, apa yang saya nampak
kadang-kadang di Jalan Wong Ah Fook, apa ini tapak pembinaan pembangunan
terbengkalai ini kadang-kadang ia menjadi apa, kolam air. Ia sebab itu, ini akan
menjadikan tempat pembiakan apa ini, nyamuk. So, pihak MBJB perlulah memantau
tapak bangunan, pembinaan bangunan yang terbengkalai ini janganlah menjadi
tempat pembiakan nyamuk.
Selain daripada itu, saya juga berharap bahawa parit dan juga longkang perlulah
sentiasa dibersihkan dan juga tidak sumbat dan juga tidak terkandung air di dalam
bandar Johor Bahru.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, semalam saya juga ada membangkitkan tentang
pembangunan yang dicadangkan dalam DUN Pengkalan Rinting tetapi masih belum
dilaksanakan. Saya hanya dapat mengatakan bahawa adalah separuh sahaja maka
perlu saya mengulangkan masalah-masalah ini supaya kita dapatlah mengambil
tindakan untuk mengatasi masalah-masalah ini. Oleh sebab, saya memandangkan
bahawa perjanjian persetujuan dan juga kelulusan pada masa 3 tahun ini, kita perlulah
mengambil tindakan dan juga kita perlulah apa, ditunaikan perjanjian-perjanjian ini
supaya janganlah bila kita menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang kita
akan dimarahkan oleh rakyat di dalam kawasan DUN Pengkalan Rinting ini.
342
Perkara-perkara yang saya bangkitkan, Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertama, iaitu
tentang pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa Nombor 2 di Teluk
Danga. Sekolah ini telah mendapat kelulusan peruntukan sebelum Pilihan Raya Umum
yang lepas, tetapi sehingga hari ini masih menghadapi masalah berkenaan tentang
tapak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa Nombor 2 ini, yang mana kita masih
belum dapat diselesaikan. Tak akan kita hendak tunggu selepas Pilihan Raya Umum
akan datang baru kita menyelesaikan masalah ini. Selain daripada itu, tentang
pembinaan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dari Bukit Serampang ke kawasan
Taman Bukit Indah ini, apa yang saya lihat juga kita belum dapat diselesaikan.
Selain daripada itu, dalam Rancangan Malaysia Yang Ke-9, kita sudah mendapat
kelulusan peruntukan untuk membina sebuah klinik kesihatan di Taman Bukit Indah,
tetapi sekarang sudah masuk Rancangan Malaysia Yang Ke-10, klinik kesihatan ini bila
kita akan dapat dibinakan. Selain daripada itu, tentang pembinaan dewan raya serba
guna di Taman Bukit Indah. Taman Bukit Indah ini adalah sebuah taman yang begitu
besar, penduduk adalah pesat dan juga melebihilah 10,000 unit rumah dan di
sekelilingnya juga banyak taman-taman yang baru tetapi di dalam kawasan ini pihak
MPJBT masih belum dapat membina sebuah dewan raya. Saya sudah diberitahu
bahawa pihak MPJBT tidak mempunyai peruntukan yang secukupnya untuk membina
dewan raya ini. Oleh sebab itu, saya berharap pihak MPJBT bolehlah mendapat apa,
memohon apa ini, kelulusan peruntukan daripada pihak apa, Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan untuk membina dewan raya ini.
Selain daripada itu, apa yang saya lihat pembinaan Masjid di Taman Bukit Indah juga
kita masih belum dapat ditunaikan. Di dalam kawasan Taman Bukit Indah, pihak
penduduk yang beragama Islam terpaksalah pada masa ini bersembahyang di
kawasan surau. So, memanglah ini pembinaan masjid adalah sangat-sangat penting
dan juga kita perlulah disegerakan. Saya berharap pembinaan masjid di Taman Bukit
Indah ini kita dapat ditunaikan sebelum pilihan raya yang akan datang.
Selain daripada itu, saya ucapkanlah terima kasih kepada Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Johor semasa buat lawatan ke DUN Pengkalan Rinting khasnya dan juga
Parlimen Pulai amnya pada 18 Mei 2010. Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersetuju
untuk memberikan kepada masyarakat Tiong Hua di dalam kawasan DUN Pengkalan
Rinting tetapi sehingga hari ini masih sebahagian lagi kita belum dapat lagi
diselesaikan. Oleh sebab itu, saya berharap pada tahun ini kita akan dapat
menyelesaikan apa yang kita persetujui untuk kita diberikan kepada masyarakat Tiong
Hua di dalam DUN Pengkalan Rinting.
Selain daripada itu, dalam perjumpaan dengan penduduk masyarakat Tiong Hua di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor
juga bersetuju kita akan memohon sebanyak RM1.4 juta peruntukan daripada Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia untuk masyarakat Tiong Hua di DUN
343
Pengkalan Rinting. Tetapi peruntukan sehingga hari ini kita masih belum dapat lagi.
Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat...
Y.B. Dato’ Speaker : Emm.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : ...Dato’ Speaker, selain daripada itu,
tentang melaksanakan projek perumahan dan juga penempatan semula penduduk di
kawasan Kampung Skudai Kiri ke Bandar Uda Utama juga kita masih belum dapat
dilaksanakan lagi. Selain daripada itu, untuk membela nasib penduduk Orang Asli
serta nelayan yang terjejas berikutan pembangunan yang pesat yang sedang
dijalankan di Wilayah Iskandar juga kita belum dapat dijalankan lagi.
Selain daripada itu, permohonan untuk pembinaan balai raya di Bandar Uda Utama
juga belum dapat dilaksanakan. Selain daripada itu, apa yang saya nyatakan di atas
masihlah dinanti untuk mencari realiti dan rakyat masih bersabar dan apa yang
dibimbangkan jika perkara tersebut tidak diberi perhatian yang serius, rakyat akan
hilang kepercayaan kepada apa, sokongan. Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat
apa, Dato’ Speaker...
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, masa dah nak tamatlah tu, dah silap aje. Ok.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Seterusnya saya hendak
membangkitkan dengan masalah apa ini, pemuda dan juga pemudi iaitu apa,
remaja. Golongan belia adalah merupakan pelapis dan juga generasi muda yang
bakal menerajui dan juga menjadi pemimpin negara di masa akan datang.
Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan masa lampau penglibatan belia begitu
meluas di mana mereka diberi pendedahan mengikut kursus dan juga pihak Jabatan
Belia dan Sukan, juga mengadakan pelbagai kursus kepimpinan bagi golongan ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, tetapi pada hari ini saya dapat lihat, para belia
seolah-olah kurang berminat untuk menyertai mana-mana pertubuhan yang sedia
ada secara tidak langsung ataupun merugikan bukan sahaja diri belia itu sendiri
malahan negara yang juga akan kehilangan generasi muda ini, yang dapat
membantu membangunkan negara khasnya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, antara faktor yang menyebabkan mereka memilih
jalan sendiri kerana kemudahan bagi mereka kurang disediakan seperti tempat
berkumpul dengan bimbingan yang sempurna khusus dan tempat mereka berekreasi.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya pihak Jabatan Belia dan Sukan,
mentransformasikan faedah, kaedah atau pelan yang lebih sistematik dengan
menggariskan beberapa panduan untuk para belia dalam menghadapi dan juga
melaksanakan terhadap negara yang tercinta ini.
344
Selain daripada itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin membangkitkan
tentang Facebook, dengan izin. Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Dato’
Speaker, zaman Facebook, dengan izin melalui Internet kini memang menjadilah
kegemaran di kalangan para remaja dan juga pelajar pada masa kini. Tetapi, apa
yang kita lihat bahawa kegunaan Facebook oleh para pelajar ataupun remaja
memang sangat-sangat membimbangkan adalah sebab mereka sudah salah, salah
menggunakan laman tersebut untuk tujuan yang tidak mendatangkan faedah.
Selain daripada itu, apa yang saya lihat bahawa kegunaan apa, laman Facebook, ini
ianya juga boleh menimbulkan masalah sosial di kalangan mereka. Ini terbukti dalam
beberapa kes yang berlaku, di mana melalui perkenalan melalui Facebook, dengan
izin, adalah di kalangan mereka yang terjebak dan juga terpengaruh dengan kata-
kata dan juga janji manis sehingga membimbangkan keluarga mereka.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seperti kita sedia maklum kerajaan telah membuat
pengumuman baru-baru ini bahawa rakyat Malaysia yang mendapat taraf PR
Singapura, membawa kenderaan pendaftaran Singapura tidak lagi dibenarkan untuk
membeli minyak petrol jenis RON 95. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas
hati di kalangan mereka yang kebanyakannya memiliki kenderaan yang pendaftaran
apa, di Singapura tetapi adalah rakyat Malaysia yang duduk di bandar Johor Bahru
tetapi mereka adalah bekerja di Singapura. Kerajaan patutlah memberi dan juga
mengkaji situasi ini sebab memandangkan bahawa mereka adalah rakyat Negara
Malaysia tetapi dibolehkan membeli kenderaan yang berdaftar di negara jiran
tersebut. Selain daripada itu...
Y.B. Dato’ Speaker : Kereta dibeli mana, Yang Berhormat?
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Apa?
Y.B. Dato’ Speaker : Kereta yang plat Singapore tu dia beli mana kereta tu?
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Memang beli di Singapura.
Y.B. Dato’ Speaker : Hah.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Tetapi oleh sebab…
Y.B. Dato’ Speaker : Kenapa tak beli Malaysia, murah?
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Sebab dia orang hendak
menjimatkan, dia orang bila masuk ke Singapura tidak bayar bayaran yang dikenakan
di Negara Singapura.
Y.B. Dato’ Speaker : Kita rugi.
345
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Ok, Yang Berhormat Dato’ Speaker,
selain daripada itu, mereka menggunakan kenderaan milik sendiri untuk tujuan
memudahkan mereka yang bekerja di Seberang Tambak. Secara tidak langsung
dengan memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia ini membeli minyak petrol jenis
RON 95, adalah dirasakan akan lebih menguntungkan kerajaan kerana aliran mata
wang Singapore meningkat ke Negara Malaysia. Sebagai contoh, rakyat negara luar
yang bekerja di Malaysia, mereka membawa keluar Ringgit Malaysia negara ini ke
negara asal. Mereka ini memanglah adalah merugikan. Oleh itu, saya ingin
menyuarakan supaya masalah pembelian minyak RON 95 ini di kalangan rakyat
Malaysia yang diberi PR Singapura, dengan menunjukkan kepunyaan sendiri kad
pemilik kenderaan kita bolehlah membenarkan mereka membeli petrol RON 95.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat ok, Yang Berhormat, dah 15 minit.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Last perkara. Last sahaja.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Ok, last, ini Yang Berhormat Dato’
Speaker tentang bekalan elektrik yang mana voltage berlebihan.
Untuk makluman dalam Dewan yang mulia ini, pada 24 Jun 2011, pada masa pagi ini
telah berlaku gangguan bekalan elektrik di kawasan Taman Nusa Bestari Dua, Skudai
ini yang mana pada masa petang bila bekalan elektrik dipulihkan semula, pada masa
lebih kurang pukul 4.00 petang hari tersebut, banyak kegunaan alat elektrik di rumah
kediaman ataupun rumah kedai di kawasan Taman Nusa Bestari Dua ini telah
menghadapi masalah iaitu alat elektrik telah dirosakkan dan juga tidak boleh
digunakan. Oleh sebab itu, saya telah melaporkan perkara ini kepada pihak TNB yang
mana pegawai TNB juga ada buat lawatan ke kawasan yang terlibat tersebut. Dan,
dalam siasatan oleh pihak TNB mereka memberitahu kepada saya punca bekalan
elektrik bila dipulihkan boleh menjadikan voltage berlebihan adalah sebab, ada
sebuah pencawang elektrik yang terletak di tepi jalan di Jalan NB2 21/1, Taman Nusa
Bestari Dua ini telah ada berlaku, berlaku dicerobohkan iaitu kabel di dalam
pencawang elektrik ini telah dicuri. Tetapi apa yang saya lihat Yang Berhormat Dato’
Speaker, semalam saya pergi ambil gambar lagi, saya nampak bahawa keadaan apa
ini pencawang elektrik ini memang sentiasa tidak ditutup dengan mangga oleh pihak
TNB.
Y.B. Dato’ Speaker : Api ada lagi tak?
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Mereka tidak tutupkan.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, api, api.
346
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Ini, pencawang elektrik di tepi jalan.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah. Yang boleh pakai lagikan?
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Tak, ini untuk kegunaan dia
mengawal bekalan elektrik di sesuatu taman ataupun rumah kedai.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat sudah report TNB?
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Saya sudah report tapi dia
menyerahkan. Dia kata orang mahu curi saya boleh buat apa. Tapi, saya rasa pihak
TNB sudah apa, boleh dikatakan mereka sudah apa menolakkan tanggungjawab
mereka. Sepatutnya pihak TNB sebagai sebuah syarikat yang membekalkan elektrik
kepada semua rumah kediaman, ataupun rumah kedai ataupun kilang adalah
bertanggungjawab supaya bekalan elektrik ini akan boleh dapat digunakan dengan
sebaik-baiknya untuk pihak pengguna.
Y.B. Dato’ Speaker : Hm, ok.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : So, tanggungjawablah TNB untuk
menjaga pencawang elektrik ini. Kalau pencawang elektrik ini tidak ditutup dengan
mangga ataupun dicuri kabel, ini adalah tanggungjawab pihak TNB. Maka pada hari
yang tersebut, apabila bekalan elektrik dipulihkan, alatan elektrik di rumah kediaman
atau kedai sudah dirosakkan, saya rasa pihak TNB perlulah bertanggungjawab dan
juga perlulah memberikan ganti rugi kepada pihak pengguna di kawasan Taman Nusa
Bestari Dua ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat dah habis.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Ok last.
Y.B. Dato’ Speaker : Hei, tadi dah last.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Last aje. Habis, habis, habis.
Y.B. Dato’ Speaker : Berapa kali last.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Ok, Yang Berhormat Dato’ Speaker,
maka saya rasalah di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada kerajaan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang
sentiasa memberikan sokongan dan juga kerjasama serta perhatian ke atas masalah
yang dihadapi oleh rakyat Negeri Johor amnya dan juga DUN Pengkalan Rinting
khasnya.
347
Yang Berhormat Dato’ Speaker, begitu juga kepada barisan EXCO, agensi-agensi
kerajaan yang ada dalam membantu dan juga melaksanakan segala permohonan
dengan cepat dan juga berhemah. Adalah diharapkan kerjasama ini akan berterusan
sebagai wadah tanggungjawab, komitmen yang diamalkan demi kesejahteraan,
kemakmuran, keamanan negara amnya dan juga rakyat Negeri Johor khasnya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan kata-kata itu saya turut menyokong rundingan
usul yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Datuk Md. Othman bin Haji Yusof,
ADUN Kukup.
Y.B. Dato’ Speaker : Cakap ADUN jelah, kawasan Yang Berhormat. Tak payah sebut
namalah. Habis Yang Berhormat sebut semua. (Ketawa).
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Ok, sekian terima kasih Yang
Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Karang lepas tu isteri dia nak sebut. Ok, perbahasan diteruskan
lagi, jemput. Ha, Machap.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Terima kasih Yang
Berhormat Dato’ Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dan, salam sejahtera.
Jadi, saya ingin merakam ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato’ Speaker yang telah memberikan peluang kepada saya untuk turut bersama-
sama membahaskan usul ataupun rundingan Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan Johor di atas Ucapan pada kita Ahli-Ahli Dewan baru-baru ini.
Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, di antara kandungan Ucapan Ke Bawah Duli
yang mana beliau menekankan bahawa betapa pentingnya di dalam paragraph
yang ke-19 iaitu perpaduan dalam masyarakat dan antara masyarakat adalah asas
kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat untuk semua rakyat. Jadi, tidak
ada negara yang boleh maju dan aman kalau sekiranya rakyatnya hidup secara
berpecah belah. Inilah asas, asas di atas kejayaan negara kita pada hari ini.
Oleh yang demikian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, beliau mengatakan bahawa
janganlah dibenarkan golongan pemimpin yang mahukan kuasa semata-mata di atas
kepentingan politik, politik yang sempit dengan cara membawa perpecahan dalam
masyarakat dan antara masyarakat. Lebih-lebih lagi yang membawa kepada
polarisasi antara kaum yang ada di negara kita. Inilah perkara-perkara yang mana
yang akan boleh memecahbelahkan kita. Jadi, seterusnya Baginda menasihatkan
348
supaya kita mengamalkan sikap sederhana. Kerana, kesederhanaan dan toleransi
antara kaum-kaum yang ada di negara kita itu. Dan, beliau seterusnya mengingatkan
supaya janganlah mengungkit apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan
dan janganlah kita selalunya ada sikap buruk sangka kerana sikap buruk sangka ini
amat berbahaya. Inilah antara Ucapan Ke Bawah Duli yang mana kita Ahli-Ahli
Dewan seharusnya mempunyai dan seharusnya kita sampaikan kepada seluruh kaum
yang berada di negara kita.
Jadi Dato’ Speaker, saya dalam hal ini, saya mendengar ucapan rata-rata daripada
kebanyakan Ahli-Ahli Dewan membawa perkara-perkara yang sama. Termasuklah
ADUN dari Mengkibol yang menyatakan bahawa kita yang menjadi pemimpin
hendaklah menjadi contoh kepada rakyat jelata. Mereka kena percaya kepada kita
dan menghormati kita.
Oleh itu Dato’ Speaker, kalau sekiranya kita menyentuh isu perkauman dengan sesuka
hati tanpa kawalan, ini akan menyakiti perasaan kaum yang lain tanpa kita sedari.
Rakyat kita selama ini telah duduk bersama-sama di dalam sebuah negara, dalam
keadaan yang cukup harmoni berbanding dengan negara-negara lain. Dan,
kedudukan ini harus kita kekalkan bersama supaya anak cucu kita semua tetap akan
menikmati suasana yang mesra, yang ada di negara kita pada hari ini.
Ini ucapannya dan saya harap pemimpin-pemimpin beginilah. Kita tidak mahu
pemimpin-pemimpin yang mana turun menghasut, menghasut rakyat semata-mata
untuk kepentingan politik.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam hal ini saya rasa kita seharusnya sama-
sama. Tapi apa yang menyedihkan saya Dato’ Speaker, soal perkauman. Saya
membaca, saya mengharapkan supaya kita walau, tak kira pembangkang ke apa,
kita sama-sama menghayati. Tapi, apa yang menyedihkan saya, pemimpin di
kalangan kita yang membawa perkara yang mana saya tengok di dalam blog. Ini
bukan kenyataan, eh ini bukan keratan akhbar. Ini adalah blog…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat kenapa tengok belakang aje? Tengok depanlah.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin haji Abd. Rahman (Machap) : Pusing-pusinglah sikit,
exercise Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, macam nak tengok…
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Satu blog yang dibawa
oleh ADUN Skudai. Di dalam yang mana, yang menyatakan tajuknya “Isn’t one race
civil servant is a form of apartheid?” dengan izin, Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Is it true?
349
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin haji Abd. Rahman (Machap) : Itu pandangan dia.
Dalam facebook, ini bukan keratan akhbar. Ini adalah pandangan beliau yang dia
lemparkan dan membawa, memberi kepada seluruh, membuka kepada seluruh,
seluruh masyarakat. Kerana saya pada saya…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Peraturan Tetap
45(13)…
Y.B. Dato’ Speaker : Hm, apa dia. Jemput duduk kejap Yang Berhormat.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Sebab Yang Berhormat Machap dalam, sebut nama
saya.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak dia kata ADUN Skudai.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin haji Abd. Rahman (Machap) : ADUN Skudai.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Saya cuma, saya cuma…
Y.B. Dato’ Speaker : Dia tak sebut nama Yang Berhormat…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Cuma nak ucapkan terima kasih sebab dia pun
melawat facebook sayalah.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, dah oklah. Ha, saya ingat apa dia nak cakap.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya ucapkan terima
kasih…
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, dia sebut ADUN Skudai. Nama ADUN tak pe.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Sepatutnya
Dato’Speaker, ini floor saya dia kena minta kebenaran pada saya.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Tapi ini, jadi baik Speaker
kita seorang yang adillah. Ok, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Oklah, alhamdulillah. Teruskan lagi Yang Berhormat, tambah lima
minit. (Dewan ketawa).
350
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Baru nak mula, Dato’
Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Di dalam blog dia, dia
menyatakan, dia menceritakan bahawa salah satu punca daripada dia berhenti kerja
disebabkan oleh apa ni, pandangan kerana ada seorang jururawat yang pergi
bekerja, kemudian yang semasa ditugaskan dia tak datang kerja, pergi kenduri. Dan,
banyak lagi perkara-perkara yang menyatakan bahawa dia berhenti tu adalah
disebabkan oleh Melayu. Ini satu perkauman, Dato’ Speaker.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Ha, Dato’ Speaker, itu tuduhan yang serius.
Peraturan 45(13)Seksyen B…
Y.B. Dato’ Speaker : Kejap Yang Berhormat, Yang Berhormat…
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya, saya baca dalam
blog dia, Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, ha yalah. Yang Berhormat kejap.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Itu serius…
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, dia, dia…
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Ini floor saya.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Untuk berikan hak saya menjawab. I tak pernah
cakap semua orang Melayu.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat kejap, Yang Berhormat kejap. Tak, dia, Yang
Berhormat kejap.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dia interpretasi itu bahaya. Itu sikap pekerja
sesetengah orang yang begitu…
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, yalah Yang Berhormat, Yang Berhormat…
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Ini floor saya Dato’
Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat dia berucap berpandu kepada facebook Yang
Berhormat ni. Saya tak tahulah, saya…
351
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dia, berpandukan
kepada blog.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat sekejap. Tak tahu facebook Yang Berhormat,
blog itu adakah tercatit Yang Berhormat?
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dia sendiri…
Y.B. Dato’ Speaker : Bukan, bukan. Dalam facebook tu ha, Yang Berhormat ada
menyebutkan tu?
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Pesakit gadis muda atas meja operation saya
adalah seorang gadis Melayu, yang bayi yang akan disambut itu adalah bayi Melayu
juga.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, dia tak sebut bayi. Dia cerita facebook Yang Berhormat tu…
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya cerita Dato’
Speaker. Yang dia cakapkan, yang dia cakap…
Y.B. Dato’ Speaker : Ini Yang Berhormat, Yang Berhormat dalam facebook tu Yang
Berhormat catit tu benar atau tak benar?
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Benar, bukan dia sebut
nama kerana bila dia sebut Melayu maknanya kita semua.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat ada sebut ke dalam facebook?
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Ya.
Y.B. Dato’ Speaker : Itu tajuk dia.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dia sebut. Bacaan
dalam buku dia. Dalam…
Y.B. Dato’ Speaker : Dia petik ya tak.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya tulis ini. Saya ambil
ini Dato’ Speaker di atas tulisan dia. Bukannya tulisan kenyataan akhbar…
Y.B. Dato’ Speaker : Bukan Yang Berhormat tambah apa ke semua tidak?
352
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Tak ada tambah. Saya
boleh baca ni Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Maknanya satu dunia boleh ambillah facebook tu.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Satu dunia boleh ambil.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah Yang Berhormat, ini dia bukan menambah.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Bukan, saya tak
menambah.
Y.B Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dato’ Speaker, saya minta ni Yang Berhormat
Machap baca.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya baca. Jadi kita
boleh faham.
Y.B. Dato’ Speaker : Sebab tu saya ni, bagus saya. Saya tak suka facebook. Ha’ah,
baguslah. Saya suka face baby je. (Dewan ketawa).
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Ok. Dato’ Speaker, saya
baca. “I remember, I remember once as a young medical doctor. I was boycotted by
operating theatre staff when I wanted stern action taken against a staff nurse who
when for a kenduri when she was supposed to scrub for a surgery. An assistant nurse
had to cover up for her delinquent senior. Both nurses the one who had absented and
the one suddenly forced to relieve her duty were Malay”.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Were Malay. Dia tak
spesifik nama orang yang tak pergi kerja ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia tak cakap umumlah.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Ya. Dia cakap ini Malay.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, I think that is enough.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Nanti kejap Dato’
Speaker. Saya cakap, saya perkara-perkara ini…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’, biar dia baca semua. Kalau tak dia ambil
sebahagian, itu lagi mengelirukan.
353
Y.B. Dato’ Speaker : Taklah.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Nak baca, saya akan
baca semua Dato’ Speaker.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Kalau biar dia habis baca semua.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat berapa jam dia punya facebook tu.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Ya. Dia kata “The young
patient is lying on my operating table waiting for deliver, baby was Malay too and also
Malay, the anesthetist and the operative stated staff…”
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya rasa ini
memang tidak wajar. Langgar syarat 45…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, saya dah cakap dia petik daripada facebook.
Facebook ni…
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Tak boleh menuduh seseorang…
Y.B. Dato’ Speaker : Bukan tuduh, Yang Berhormat, kejap ini…
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya tidak tuduh.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Saya, saya…
Y.B. Dato’ Speaker : Nanti, nanti, Yang Berhormat. Saya faham, sebab itulah saya
tanya tadi, kalau menuduh dia. Ini dalam facebook ini, boleh dibaca oleh semua
pihak. Yang Berhormat dah baca facebook dia tak?
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Saya belum baca.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, Yang Berhormat belum baca.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, walau
bagaimanapun…
Y.B. Datuk Haji Osman bin Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
semalam petang, Yang Berhormat daripada Senai mengatakan ikut Peraturan,
facebook ini bukan forum dia. Kenapa dia nak mencelah.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ok.
354
Y.B. Datuk Haji Osman bin Sapian (Kempas) : Bukan dia, kenapa dia nak mencelah?
Bagi laluan…
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah tadi pun Skudai suruh baca terus. Ok, Yang Berhormat
Kempas, duduk. Ok, Yang Berhormat Machap… tajuk lainlah.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Bukan saya kata tajuk
lain Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, yalah.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Yang saya rujuk balik
kepada Titah Ke Bawah Duli…
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah Yang Berhormat kait dengan dia punya ceritalah.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Supaya perkara-perkara
ini jangan, jangan diungkit-ungkit, jangan dibawa. Kalau saya baca tu, banyak lagi,
yang salah satu mengatakan bahawa kerajaan hari ini, semua kakitangan kerajaan,
apa kerana, kita harus dikejutkan kerana dalam ayat dia incompetent, makna, tak
berkemampuan pegawai-pegawai kerajaan ni.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Tu ialah Dato’ Speaker, Peraturan 45, dia cuba putar
belitkan, cuma..
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Yang Berhormat…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Satu insiden..
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Biar saya bercakap...
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, dia baca je tapi tidak boleh dihuraikan. Ok…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dia belum habis, saya kata kalau kita nak orang
Melayu maju juga.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Kerana…
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, oklah.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Sikap macam dia.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
355
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Machap.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ok.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya ni memang
terbuka, Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah, ha’ah.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Tapi kalau benda-benda
ni diungkit, diungkit, siapa yang baca ni, perasaan kita sudah sakit, sakit hati, sakit lain.
Rosak kita.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Bukan Dato’ Speaker, dia sebagai Pengerusi PAC,
dia tahu.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Sebab saya…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Sebab sebagai Pengerusi PAC…
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Sebab saya Dato’
Speaker…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Buat rumah besar-besar…
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Ini saya tak cakap Dato’
Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Hmm.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Apa lagi…
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Yang Berhormat Dato’
Speaker…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dia salah guna kuasa.
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusop (Kukup) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Pengerusi PAC…
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusop (Kukup) : Dato’ Speaker, saya rasa ini bukan sesi
perbahasan.
356
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Tanpa pelan…
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusop (Kukup) : Ini bukan sesi perbahasan...
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Di Simpang Renggam.
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusop (Kukup) : Saya rasa ini bukan sesi perbahasan,
harus ambil maklum oleh Pembangkang.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dato’ Speaker, di waktu
dia bercakap dalam Ucapan Penangguhan masa Dewan dulu, dia bercakap pasal
soal apartheid, dasar, apa semua. Kita bangun…
Y.B. Dato’ Speaker : Dahlah. Ok, ok, hmm, saya memang biarkan sekejap, bergaduh
dulu.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dengar, kemudian kita
rasional.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya nak membetulkan
keadaan dan hari ini, anak-anak muda ni di bawa kepada saya bercakap, ini apa nak
jadi. Dan saya tengok dalam komen-komen dia, banyak anak-anak Melayu yang
mula dah perasaan marah kerana dia, dia kata kalau sepatutnya nurse tu, apa ni
Dato’ Speaker, nurse tu kalau dia, dia kena ambil tindakan, dialah ambil tindakan.
Jangan katakan nurse tu Melayu ataupun kaum. Menunjukkan bahawa Melayu ni
lemah, Melayu tidak boleh disentuh, ini masalah kita, ini pandangan anak muda.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Bukan, masalah kita adalah pemimpin sedemikian.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah Yang Berhormat, oklah.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dia salah gunakan kuasa sebagai Pengerusi PAC.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat, itu dah takde kena mengena…
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Mana boleh tuduh board, board…
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, jemput Yang Berhormat. Sekejap…
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Ini tuduhan apa Dato’
Speaker.
357
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya cabar..
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dia cakap semua orang…
Y.B. Dato’ Speaker : Sekejap, duduk.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Kena tarik balik.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Machap, duduk. Yang Berhormat duduk.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dia cakap sudah lari dari tajuk.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, duduk. Machap duduk sekejap. Sekejap,
duduk.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abdul Rahman (Machap) : Dia kata saya salah
guna kuasa PAC.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, duduk, sekejap, sekejap. Ok, ni Ahli-Ahli Yang
Berhormat, sebab tulah berapa kali saya cakap, kalau nak bercakap, kalau nak
menulis, nak keluar akhbar, facebook ke apa kena jaga-jaga. Dia jangan, masa kita
menulis, kita tak ingat, apa kita cakap. Tapi bila orang sentuh, orang bercakap, baru
kita perasan bahawa cakap kita kadang tak betul. Jadi baru kita tahu. Jadi untuk
mengelak begitu dijadikan pergaduhan, jadikan perbahasan. Jadi saya ingat Ahli-Ahli
Yang Berhormatlah ya, kena jagalah, ikut Peraturan, ikut undang-undang ya, yang
ada ni, tu ya. Sebab nak cakap ni, nak tulis dalam akhbar nak jaga, nak masuk
facebook tu, macam-macam, facebook ni macam-macam cerita, ya. Sebab itulah
saya dah kata tadi, ok, teruskan. Tajuk lainlah.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Ini Dato’ Speaker, dia
dah, ini maruah saya.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah. Dia kata apa?
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dia membuat tuduhan,
saya sebagai Pengerusi PAC menyalah, menyalahgunakan kuasa.
Y.B. Dato’ Speaker : Bila dia cakap?
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dia cakap tadi, Dato’
Speaker.
358
Y.B. Dato’ Speaker : Tak perasan saya.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dia bercakap…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat, ok, jap.
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Ada dia cakapkan, Yang Berhormat
Pengerusi…
Y.B. Dato’ Speaker : Nanti, duduk. Yang Berhormat Skudai…
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Yang Berhormat…
Y.B. Dato’ Speaker : Nanti Datuk.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Ada lebih 4 saksi yang dengar ni.
(Dewan ketawa).
Y.B. Dato’ Speaker : Oklah.
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : 4 saksi yang dengar apa yang dia
cakap tadi, menyalahgunakan…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Pengerusi PAC. Saya minta disiasat
dan kalau ambil tindakan.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker…
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Dan juga pada facebook ini kita buat
laporan yang boleh disiasat atas Akta Hasutan.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, sekejap, saya nak tanya Skudai. Yang Berhormat
ada ke menyebut perkataan bahawa Pengerusi PAC tu menyalah gunakan kuasa.
Ada tak Yang Berhormat sebut?
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Ada.
359
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, minta Yang Berhormat tarik balik. Yang Berhormat salah
seorang daripada Ahli PAC dan Yang Berhormat bertanggungjawab apa berlaku
dalam PAC bukan Pengerusi, termasuk Yang Berhormat, Ahli juga bertanggungjawab.
Lima-lima Ahli PAC bertanggungjawab. Yang Berhormat tak boleh luar mesyuarat kata
PAC begini, Pengerusi begini, itu tak boleh. Itu dalam Peraturan, Yang Berhormat pun
tahu Peraturan. Kalau Ahli Jawatankuasa Yang Berhormat sebagai ketua, adakah
kalau orang tegur Yang Berhormat, Yang Berhormat kata saya bukan Jawatankuasa,
takde. Yang Berhormat tak boleh cakap gitu Yang Berhormat.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Kerana saya akan serahkan bukti dan saya akan
tarik balik.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ok, tarik balik. Cakap gitu kan bagus, kan senang.
Y.B. Dato’ Osman bin Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, tadi dia kata
dia akan serahkan bukti, baru dia tarik balik. Jadi, kita minta…
Y.B. Dato’ Speaker : Takde, dia dah sebut tarik balik.
Y.B. Dato’ Osman bin Sapian (Kempas) : Baru tadi ni…
Y.B. Dato’ Speaker : Saya tanya ada tak dia sebut. Kalau dia ada sebut, saya minta
dia tarik baliklah. Ha, itu aje tajuk dia.
Y.B. Dato’ Osman bin Sapian (Kempas) : Tadi dia kata, betul, dia kata, dia ada buat
macam gitu.
Y.B. Dato’ Speaker : Tapi dia tarik balik.
Y.B. Dato’ Osman bin Sapian (Kempas) : Dia tidak akan tarik balik selepas dia katakan
akan tunjukkan bukti.
Y.B. Dato’ Speaker : Bukti apa? Dia dah tarik balik.
Y.B. Dato’ Osman bin Sapian (Kempas) : Tak, minta dia elaborate buktilah memang
betul dia.
Y.B Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, memang salah
kuasa ada asas dari segi salah kuasa. Kegunaan Peraturan…
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, Yang Berhormat…
Y.B Encik Ong Kow Meng (Senai) : Syarat 45, salah guna kuasa…
360
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat..
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani ) : Yang Berhormat Dato’ Speaker..
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, rujuk perkara ini
kepada…
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani ) : Senai jangan campur tangan.
Y.B Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ke Jawatankuasa Hak.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat…
Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Minta Senai ikut Peraturan.
Y.B. Dato’ Speaker : Sekejap, sekejap, Dato’ sekejap. Saya dah tanya Skudai, Yang
Berhormat ada sebut tak perkataan Pengerusi salah kuasa? Ok sebagai ahli…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Ada, Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Saya minta tarik…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Saya akan serahkan bukti kepada Jawatankuasa
Hak dan Kebebasan untuk siasatan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ok. Minta teks, check teks ucapan.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dato’ Speaker, saya
mintalah, sebab dia ada minta dia dirujuk…
Y.B. Dato’ Speaker : Takpe, lagi baik, senang kita hukum…
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Kerana tuduhan…
Y.B. Dato’ Speaker : Ok..
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Ya, saya minta kita
dalam hal ni, ini maruah saya Dato’ Speaker, kerana menyalahgunakan kuasa, ini
adalah satu…
Y.B. Dato’ Speaker : Betul-betul, ini berat, serius. Ha’ah.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Ya, Dato’ Speaker.
361
Y.B. Dato’ Speaker : Dan kita boleh gantung, takpe, 2 tahun pun takpe.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Tuduhan, saya, sebab
dia…
Y.B. Dato’ Speaker : Saya pun tak kiralah, saya pun kadang, yalah Pengerusi, Speaker
tak dihormati. Kita tegur, dia kata salah, bila dia cakap, tak salah. Semualah, saya tak
cakap ada manalah, umum. Jadi saya menghukumkan pun kepada mereka yang
melakukan kesalahan. Dan dia pun dah cadangkan bawa Jawatankuasa Kebebasan
dan insya-Allah, kita akan bawa dan kita ambil keputusan. Jemput.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Terima kasih Dato’
Speaker. Kerana pada saya Dato’ Speaker, seorang pemimpin adalah merupakan
seorang penggerak masa hadapan yang seharusnya mempunyai nilai-nilai yang
murni, wawasan, keazaman serta semangat perpaduan dan toleransi terhadap
masyarakatnya. Kerana Dato’ Speaker, kalau sekiranya diungkit perkara-perkara
begini, orang Melayu ni Dato’ Pengerusi, mempunyai sifat toleransi yang cukup tinggi.
Kita sentiasa, kita sentiasa hidup dalam suasana aman, kita tak pernah pun apa,
menghasut orang kita untuk boikot satu-satu kaum yang lain.
Kita tak pernah buat kerja-kerja begini kerana kita menerima, menerima keadaan dan
kita tentukan bahawa kerana budaya kita, macam yang saya kaitkan orang bagi
pandangan kepada saya. Orang tu nak apa, jururawat tu nak pergi makan, pergi
kenduri. Kenduri ni budaya kita, budaya orang Melayu, saya pun tak tahu, dia
ponteng ke tak ponteng ke. Kalau dia ponteng, ambil tindakan.
Janganlah diungkit-ungkit perkara-perkara dan sensitiviti orang Melayu, kerana orang
Melayu ni Dato’ Speaker, dia macam, rata-ratalah kawasan saya banyak orang Jawa.
Dia kata orang Melayu ni ada tiga nga; mula-mula dia sentiasa dalam keadaan
ngalah, kita ngalah. Lepas tu orang tekan lagi, dia ngalih, dia beralih. Tetapi Dato’
Speaker, yang kita takut nga yang ketiga, apabila dia ngamuk. Ini yang kita takut. Bila
ngamuk, susah Dato’ Speaker. Sampai orang Inggeris, takde satu perkataan Bahasa
Inggeris yang orang kata nak boleh diinterpretasikan, perkataan amuk ni. Sampai
dalam surat khabar pun, dia tulis amuk, takde dalam, apabila, macam-macam dia
fikir, orang Melayu ni bila dia mengamuk, itu yang kita takut dan perasaan inilah yang
kita kena sentiasa bendung. Jaga baik-baik, pupuk baik-baik. Dia boleh ngalah, lepas
tu dia beralih, tapi jangan sampai dia mengamuk.
Y.B. Dato’ Speaker : Dah habis?
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Kerana Dato’ Speaker,
perkara-perkara ni saya tak naklah. Kita cukup rasional. Kita dah rasional, kita hidup,
kita terima sama-sama.
362
Y.B. Dato’ Speaker : Aman.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dan saya harap kita
kekalkan, macam kata Mengkibol, saya, alhamdulillah.
Y.B. Dato’ Speaker : Hmm.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Itu yang contradict tu,
sorang cakap lain, sorang cakap lain.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat, pandang sini ajelah, jangan pandang
belakang dia. (Dewan ketawa).
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Jangan gunakan
perkataan-perkataan yang boleh menyakitkan perasaan satu-satu kaum ataupun
melabelkan…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang menyakitkan hati, Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat tak boleh ganggu dia…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Bukan dia selalu buat…
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Sekejap.
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Saya minta Yang Berhormat tegas...
Y.B. Dato’ Speaker : Ya..
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Dari segi Peraturan Dewan.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia nasihat. Yalah, kadang dalam Dewan beri pandangan,
nasihat, tak jadi salahlah.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : …pasal, Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia beritahu keadaan berjaga-jaga.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Kalau yang bersalin itu…
Y.B. Dato’ Speaker : Hmmm.
363
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Anak Melayu dengan gadis Melayu yang muda. Itu
soalan saya.
Y.B. Dato’ Speaker : Hmm. Nanti saya cari dalam facebook, anu facebook nanti.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dato’ tengoklah…
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ok, ok. Dalam ucapan dia, dalam tulisan dia, dia kata kita
menafikan...
Y.B. Dato’ Speaker : Dalam facebook…
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Kata kita menafikan hak
Orang Asli, apalah, semua, banyak perkara-perkara…
Y.B. Dato’ Speaker : Oklah, saya ambil yang tertentu sahaja.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Macam kita ni zalim
sangat, Dato’ Speaker. Ini yang kita tak boleh tahan. Kita ni zalim sangat, adakah…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Saya tak pernah menuduh..
Y.B. Dato’ Speaker : Hmm.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Zalim ke tidak. Dia sendiri mengakui.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ok, ok.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya kata seolah-olah…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Machap, teruskan lainlah, tak payah bertengkar.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Banyak Dato’ Speaker,
saya nak bawa pun kadang-kadang, ini perasaan. Pasal apa ini yang saya katakan,
ini anak-anak muda, orang-orang kat kampung tengok…
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ya tadi dah cakap tadi.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Apa nak jadi kita punya
pemimpin yang macam ni, takde toleransi, menuduh. Ini yang kita takut, Dato’
Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ok Yang Berhormat. Cari tajuk lain.
364
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Apatah lagi dia
mendakwa dia sebagai pemimpin pakatan.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh…ok, panjang lagi?
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Allah, Dato’ Speaker,
saya, belum kawasan saya pun belum bawa.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, saya kata panjang lagi?
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Panjang lagi, Dato’
Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Oklah. Hmm, duduk Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Ok.
Y.B. Dato’ Speaker : Saya tangkap ikan paus, rehat, tekak saya haus. Ahli Yang
Berhormat, Dewan ditangguhkan selama 20 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11:30 pagi.
Perbahasan disambung semula pada jam 11:45 pagi.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam
sejahtera. Persidangan ini saya sambung semula. Jemput Machap.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Terima kasih Yang
Berhormat Datuk Timbalan Speaker, jadi tadi saya ada bercakap berhubung dengan
masalah-masalah yang kita hadapi, dan saya harap perkara ini kita sama-sama
sebagai Ahli-Ahli Dewan semua, sama-sama merenungi perkara-perkara ini untuk kita
jadikan iktibar, untuk rujukan bahawa suasana yang ada di negara kita ini harus kita
kekalkan. Kerana Datuk Speaker, banyak lagi perkara-perkara yang disentuh
berhubung dengan masalah ekuiti, Bumiputera, Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya.
Kerana Datuk Speaker, kita kena kira sewaktu sejarah kita semasa 1970, selepas
berlakunya peristiwa 13 Mei, waktu itu ekonomi bukan Bumiputera yang menguasai
penduduk di Malaysia pada ketika itu adalah lebih kurang 60%. Sedangkan ekonomi
Bumiputera cuma berada di tahap 2% sahaja. Ini tulisan apa ni, mantan Perdana
Menteri kita, yang mana pada ketika itu orang bangsa lain, yang penduduk Malaysia
ada lebih kurang 30% ekonomi. Sedangkan 60% adalah dikuasai oleh orang-orang
luar, daripada foreigner dan waktu itu Dasar Ekonomi Baru digubal memandangkan
nasib golongan Bumiputera pada ketika itu maka di struktur semula dengan Dasar
365
Ekonomi Baru. Kalau sekiranya kerajaan pada ketika itu tidak dapat menentukan
bahawa orang Melayu yang rata-ratanya hampir 70% adalah terdiri daripada orang-
orang miskin. Kalau tak di struktur semula, maka akan terjadi peristiwa ini akan
berulang, rasa tidak puas hati sepanjang masa.
Tapi alhamdulillah Dato’ Pengerusi, kita strukturkan semula dengan target bahawa
ekuiti orang Bumiputera naik kepada 30% dan juga orang-orang bukan Bumiputera
dapat menguasai 40%, maknanya orang Cina. Dan yang kita nak ambil adalah
daripada foreigner, daripada orang luar, ekuiti daripada orang luar, bukannya nak
mengambil yang orang lain, yang kaum yang sudah sedia ada. Itu perancangan
kerajaan, ini dasar yang baik. Kalau kiranya tidak ada dasar itu, akan terus berada
kita, akan orang kata perasaan sakit hati. Pada ketika itu akan berlaku satu suasana
yang mana akan boleh menghancurkan negara. Jadi, hasil daripada itu Datuk
Timbalan Speaker, kita nampak suasana yang ada pada hari ini, kita boleh duduk
dalam suasana satu keharmonian yang cukup baik. Jangan kita keruhkan balik
suasana. Kerana Barisan Nasional Dato’ Pengerusi, diasaskan kepada perkongsian
kuasa, sebab itu ada di kalangan kita walau kita tengok kaum India, yang lebih kurang
10% di dalam negara kita, kalau kata nak suruh dia pertanding di kerusi sampai bila
pun kaum ini tak akan menang. Tapi kita di atas dasar kongsi kuasa, kita agih, kita
benarkan walau pun kawasan itu majoritinya adalah pengundi Melayu, kita beri juga
kerusi. Kerana apa? Kita mengambil sikap berkongsi kuasa. Jadi saya harap perkara-
perkara begini akan dapat terus dikekalkan untuk mengekalkan suasana negara yang
aman, yang sempurna yang suatu ketika dahulu orang tak kenal Malaysia, tapi hari ini
alhamdulillahlah, rata-rata orang kenal negara kita, daripada dulu negara yang
tercorot kita naik kepada ke tangga yang ke-17 dalam dunia, di dalam menguasai
perdagangan di seluruh dunia yang ada pada hari ini. Ini adalah kejayaan kita.
Jadi, saya daripada apa, kata-kata yang mengatakan bahawa semua pegawai-
pegawai kerajaan yang incompetent, yang orang kata tak berkebolehan, saya bisa
menyangkal perkara-perkara ini. Kerana merekalah yang saya bersama hari ini, sama-
sama turut menyumbang di atas kejayaan negara kita. Ini adalah kejayaan kita. Jadi
Datuk Speaker, saya harap semua masyarakat kita akan, kita dapat menengok,
mengimbau kembali sejarah kejayaan kita dan kita dapat tentukan bahawa insya-
Allah dalam suasana pilihan raya, kita menghadapi pilihan raya akan datang, kita
dapat menilaikan yang mana yang terbaik untuk nak menerajui kita pada alaf yang
akan datang.
Jadi Datuk Speaker, saya dalam hal ini nak bawa dua, tiga masalah kawasan saya,
yang mana kalau kita nak bincang pasal itu sampai pagi pun tak habis-habis Datuk
Speaker. Datuk Speaker, di kawasan saya Datuk Speaker, daripada maklumat yang
saya dapat, masalah yang saya hadapi adalah kerana waktu pilihan raya dulu Datuk
Speaker, saya pergi ke kampung-kampung, waktu itu orang kampung naik sepanduk.
Dia mengatakan masalah lalat. Bila, dia tulis itu Y.B, bila Y.B boleh selesaikan masalah
lalat dalam kawasan kita, dalam DUN Machap.
366
Untuk makluman Timbalan Datuk Speaker, di kawasan Machap ada lebih kurang 31
reban ayam, yang mana kalau ikut daripada segi jumlah kapasiti, jumlah ekor,
bilangan ayam yang diternak di kawasan DUN Machap berjumlah lebih kurang
3,000,898 ekor, untuk DUN Machap sahaja. Ada 3.9 juta ekor ayam. Jadi
bayangkanlah Datuk Speaker, daripada 3.9 juta ekor ayam ini, hari-hari ayam ni buang
air, buang najis, berapa tan jumlah najis yang ada di dalam kawasan saya.
Jadi saya mengharapkan, kerana kadang-kadang kita tengok reban-reban ayam itu
di bina di sebelah rumah ataupun dekat sangat dengan perkampungan. Yang mana
orang kampung ni, dia dahlah bau, kemudian saliran-saliran air itu dilepaskan, ini
membuatkan kacau ganggu. Kalau kita ke majlis-majlis kenduri Datuk Speaker, tengok
ini masalah, kadang-kadang kita, saya dulu pun saya dah cakap tak nampak.
Kadang-kadang setengah-setengah tempat itu kita tak nampak nasi, nampak lalat
sahaja. Berbagai-bagai kaedah walaupun hari ini ada yang kita gunakan teknologi
EM dan sebagainya, dan saya mengharapkan perkara ini sentiasa di pantau. Dan,
baru-baru ini pun ada keluar surat khabar kalau tuan-tuan, semua Ahli-Ahli Yang
Berhormat, tuan-tuan singgah di Tol Machap, di R&R Machap. R&R itu terpaksa di
tutup, ada aircond tetapi kita terima kasihlah kerana apa, di tol-tol lain tak ada
aircond, tak ada hawa dingin tapi di Tol Machap tu dia terpaksa buat. Kerana apa, di
atas disebabkan oleh gangguan lalat. Jadi, saya mengharapkan supaya suasana ini
kita, kerana kita tidak dapat lari bahawa Johor adalah merupakan pembekal ayam
telur dan ayam daging yang terbanyak, kerana kita dekat pasaran dengan Singapura.
Industri ini memang membawa pulangan yang cukup baik kepada Negeri Johor. Di
sebabkan oleh penternak-penternak kita ni pun dah banyak, dah ramai dan dah
mempunyai kemahiran, maka saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri boleh
menyusun untuk membuat zon, diadakan zon-zon yang tertentu. Macam difahamkan
kita ada zon industri, dalam satu-satu pembangunan ada zon pembangunan, zon
industri, zon pertanian, kerana untuk nak ternak ayam ni bila tanah pertanian sahaja
dia boleh ni, tak ada dalam Enakmen Tanah apa ni, tanah negeri kita bahawa tak ada
larangan.
Jadi saya haraplah, saya benar-benar berharap supaya kita mengambil tindakan
yang serius, kalau boleh dizonkan ataupun lawatan secara berkala pergi ke tempat-
tempat ayam ternakan ayam ni, kerana Datuk Speaker, sekarang ini pun saya ingin
nak buat cadangan supaya najis-najis daripada ladang-ladang ayam ni kita, kalau
boleh kita buat wujudkan satu syarikat ke, yang akan membersihkan ladang-ladang
ayam. Kita kenakan apa, kita kenakan kos, satu-satu kos kepada ladang-ladang
ayam. Kita kumpulkan kos itu, kemudian kita lantik beberapa kontraktor untuk nak
bersihkan ladang-ladang ayam ni. Jadi, ataupun kita boleh cadangkan berbagai-
bagai kaedah supaya perkara ini dapat diselesaikan. Kita tak nak satu ketika esok,
walau pun kita dapat pulangan yang baik, tapi tak tersusun dan kita juga bila dah tak
tersusun esok mungkin akan datang serangan penyakit-penyakit yang mana bila
kawasan kita ini kotor seperti mana yang berlaku pada suatu ketika dahulu, di Negeri
367
Sembilan Datuk Speaker, iaitu di kandang-kandang khinzir yang mana bila kotor maka
akan lahirlah wabak yang akan menyebabkan kerajaan kehilangan berjuta-juta ringgit
dan malahan sampai berbilion ringgit. Yang mana kebanyakan khinzir-khinzir ini
terpaksa dibunuh, terpaksa ditembak disebabkan oleh penyakit yang kita tidak kawal.
Jadi Datuk Speaker, satu perkara lagi yang saya nak bawa masalah ini Datuk Speaker
iaitu saya mengharapkan supaya projek-projek yang telah diluluskan di dalam
Rancangan Malaysia Ke-10 akan dapat diteruskan, sepertimana yang saya ambil
contoh di kawasan DUN saya, ada sebuah sekolah menengah yang sepatutnya sudah
siap di bina, iaitu di Sekolah Menengah Machap, kerana kepesatan penduduk, kita
ada banyak sekolah-sekolah kebangsaan, jadi saya mengharapkan supaya projek
yang diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 yang tak dapat dibuat kerana
disebabkan oleh masalah tanah, akan dapat diselesaikan kerana memang penduduk
di kawasan Machap mengharapkan sebuah sekolah, sekolah menengah.
Dan Datuk Speaker, saya mengharapkan supaya kawasan Simpang Renggam yang
sedang pesat membangun ini, harapkan supaya di kawasan kita, di kawasan Simpang
Renggam tu ada diberi peluang enam buah sekolah, sekolah menengah. Tapi kita
tidak ada tingkatan enam. Jadi saya harapkan supaya usaha-usaha untuk nak
mewujudkan kelas tingkatan enam di kawasan Simpang Renggam akan dapat
difikirkan kerana, untuk nak bawa, sekarang ni ada di Renggam, jadi nak bawa
pelajar-pelajar nak pergi agak jauh kerana Simpang Renggam sekarang ni dah ramai
penduduk.
Jadi Datuk Speaker, satu perkara lagi yang saya nak bawa, dulu Yang Amat Berhormat
Menteri Besar pernah datang ke kawasan saya, dan pada ketika itu saya telah
berbincang dengan EXCO Agama, bahawa Negeri Johor akan ada satu, diluluskan
satu pembangunan ILIM. Institut Latihan Islam Malaysia, yang mana diperuntukkan
untuk dibina di kawasan Selatan. Dan, saya telah runding dengan Yang Amat
Berhormat Menteri Besar, supaya untuk nak mengimbangi. Kerana di Simpang
Renggam tu Datuk Speaker, kita ada yang famous dekat Simpang Renggam itu
adalah pusat penjaralah kita kenal. Itu satu yang ada satu penjara, penjara dan juga
satu kawasan PGA, kita tak ada pusat pengajian tinggi dekat situ dan jadi kita nak
mengimbangilah yang macam pusat latihan akhlak di Penjara Simpang Renggam tu
orang masuk tak keluar-keluar. Jadi untuk nak balance tu, saya minta supaya Institut
Latihan Islam tu dapat di bina di kawasan Simpang Renggam yang mana ini sudah
tentu akan dapat merancakkan lagi pembangunan di kawasan pembangunan
Simpang Renggam, yang mana ini agak sudah tentu dapat merancakkan lagi
pembangunan di kawasan pembangunan Simpang Renggam.
Jadi, saya juga Dato’ Speaker dalam satu perkara lagi, saya ingin menyatakan
bahawa hari ini saya bersyukur kepada Allah SWT, Kerajaan Negeri Johor sudah pun
memberikan tumpuan. Kita dengar daripada jawapan Yang Amat Berhormat Menteri
Besar iaitu Program Membasmi Kemiskinan, kita nak betulkan apa, kalau boleh
368
seboleh-bolehnya kita nak menghapuskan kemiskinan tegar dan juga sekarang ni
cuma yang ada di Negeri Johor ini 9,000 orang lebih sahaja, yang didaftarkan di
bawah e-Kasih untuk golongan-golongan yang kurang bernasib baik ini, dan hari ini
kerajaan sedang rancak, sedang mengerakkan untuk nak memberikan tumpuan
kepada golongan-golongan yang mempunyai pendapatan kurang daripada
RM2,500.00. Ini adalah disebabkan kos sara hidup sekarang semakin meningkat, dan
saya harap bahawa memanglah dalam suasana yang ada pada hari ini kalau kita
kata RM2,500.00 itu adalah, orang kata semua cukup, terutamanya kepada yang
duduk kat itu bandar tu Datuk Speaker, dia nak bayar sewa rumah, nak apa, anak
sekolah, jadi target kita, itu adalah sasaran yang baik kerana RM2,500.00 sekadar
cukup, orang kata cukup untuk hidup, bukannya untuk nak mewah. Tetapi cukup
sama ada sara hidup dan juga anak-anak nak sekolah. Jadi saya mengharapkan
supaya tumpuan-tumpuan ini insya-Allah akan dapat memberikan lagi kesejahteraan
dan juga kualiti hidup rakyat di Negeri Johor.
Jadi Datuk Speaker, saya itulah sedikit banyak, dan sebelum saya akhiri ucapan saya,
sebentar tadi saya mintaklah, mintak saya nak mengulang sekali lagi Datuk Speaker,
bahawa saya dikatakan dituduh kerana apa, kerana dia kata, saya
menyalahgunakan kuasa. Ini adalah satu tuduhan yang cukup serius walaupun dalam
Dewan ini. Jangan gunakan imuniti Dewan ini, kebebasan Dewan ini untuk nak
menuduh, ataupun kita bersangka, turut sangka jahat antara sesama kita. Kita adalah
sebagai contoh pemimpin-pemimpin dan Ahli-Ahli Dewan yang ada dalam Dewan
adalah kita sepatutnya menjadi contoh, contoh, dan juga model kepada seluruh
rakyat di negeri kita. Jadi saya mintak supaya Datuk Speaker dan Dewan yang mulia
ini akan mengambil, apa ni, saya bagi tempoh kat Ahli DUN daripada Skudai ini 3 hari
lah Datuk Speaker, buktikan. Buktikan kepada saya yang saya salah gunakan kuasa.
Kalau sekiranya, kalau sekiranya didapati saya tidak menyalahkan gunakan kuasa,
saya harap satu tindakan akan dapat diambil. (Dewan bertepuk).
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, masa cukup Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Ok, Datuk Speaker, dan
saya mohon maaf kalau ada salah silap saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufik
walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan saya menyokong
usul di atas rundingan yang dibawa oleh ADUN daripada Kukup. Sekian, terima kasih.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam. Jemput yang lain.
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.
369
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Yang
Berhormat Datuk Speaker, Dewan hari ini sejuk. Tapi dalam kesejukan itu saya rasa
panas, daripada tadi.
Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kerana memberikan ruang, kesempatan,
masa untuk saya turut sama dalam perbahasan Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan
Baginda Tuanku merasmikan Persidangan Dewan pada kali ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam Titah Baginda, Baginda menyebut dengan jelas
perlunya semua rakyat bermuafakat kerana muafakat sahajalah yang boleh menjamin
dan membawa kemakmuran kepada negeri ini. Benar memang benar, tidak ada
yang benar, melainkan benar-benar belaka, bahawa muafakat sahajalah yang telah
membawa negara ke arah tahap pencapaian kemakmuran yang ada pada hari ini.
Saya mencadangkan di Dewan yang mulia ini, agar semua sekali sama ada yang ada
di Dewan, di luar Dewan, dapat menghayati Titah Ucapan Baginda Tuanku yang
menuju kemuafakatan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, muafakat juga telah menjadikan negara ini aman,
yang berpanjangan, makmur yang berterusan, sejahtera tidak henti-henti daripada
dulu, sejak merdeka hingga kini. Walaupun kita semua di dalam Dewan yang mulia ini
mengetahui lagi sedar bahawa apa yang menghirup udara kemakmuran,
kesejahteraan dan keamanan di bumi bertuah ini adalah terdiri daripada rakyat yang
berbilang kaum, punya pelbagai agama, fahaman serta anutan kepercayaan.
Muafakat jugalah menjadikan negara ini bebas untuk dinikmati kemakmuran, tanpa
sekatan, tanpa batasan, tanpa halangan, bebas sebebasnya dan masih berpaksikan
kepada Perlembagaan dan Rukun Negara. Kerana muafakat jugalah Kerajaan
Perikatan dan Barisan Nasional dapat membawa negara ini jauh ke hadapan
berbanding dengan negara lain yang seusia dengan negara ini. Dan sudah lebih 50
tahun kita menguruskan, mentadbir dan membawa negara ini ke tahap yang ada
pada hari ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, muafakat jugalah yang menjadi asas kukuh, ikatan
kuat antara parti-parti dalam komponen Barisan Nasional. Amalan ini teras dan
landasan yang kukuh membangunkan negara. Ditambah lagi sikap tolak ansur
sesama parti komponen, sentiasa berunding, mengamalkan sikap sederhana yang
ada di kalangan parti Barisan Nasional telah membawa negara ini berjaya seperti
yang kita kecapi pada hari ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, kita juga insaf, kita juga sedar, kita juga ada
kelemahan, tetapi kita tidak mendabik dada. Kita perbaiki kelemahan-kelemahan
yang ada, kekurangan-kekurangan yang ada, termasuk apa yang dibuat pada hari
ini bila kita ditegur, bila kita diingatkan. Termasuk dalam perubahan pucuk kepimpinan,
Government Transformation Plan dengan izin, Economy Transformation Plan dan
banyak lagi usaha-usaha yang sedang dan akan kita buat.
370
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya lihat ketika ini, masa kini dan hari ini,
kemakmuran, perpaduan yang telah dinikmati lebih 50 tahun ini mula dirobekkan. Dan
dengan ingin menegaskan bahawa saya melihat hari ini percikan bara-bara api mula
berterbangan, di sana sini di negara ini. Dan kalau tidak dikawal, akan menjadi lautan
api yang boleh meranapkan kesejahteraan, kemakmuran, ketenteraman yang terbina
selama ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, semua ini adalah kerana 3 kisah, 3 kisah yang mula
merobekkan perpaduan negara. Kisah ini semata-mata kerana mahu mencapai hajat
dan niat yang mereka mimpikan selama ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, kisah
yang ingin saya nyatakan, satu kisah puas kelentong rakyat, kedua, kisah doktrinnya
anjurkan perkauman dan ketiga, kisah penyebar ajaran sesat. 3 kisah, 3 cerita, 3
kelompok, 3 sandiwara. Tapi sebelum saya mulakan kisah ini, saya nak ambil satu
peribahasa Cina yang berbunyi “Chen tek cha pu liao, chia tek chia pu liao, chia tek
chia pu liao, chia tek chen pu liao”, betul?
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Betul Yang Berhormat?
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Kalau salah saya baca balik sekali lagi. “Chern
tek, chia pu liao, chia tek, chern pu liao”. Maknanya, yang betul tak boleh jadi salah,
yang salah tak boleh jadi betul. Jadi Yang Berhormat, kisah pertama ni kisah puas
kelentong rakyat, kerana ingin jadi Perdana Menteri maka episod kelentong rakyatnya
bermula satu persatu. Kelentong besar mereka ialah bahawa mereka akan
mengambil alih pentadbiran negara melalui cross over, cross over.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Maknanya?
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Melompat parti, dengan izin, cross over,
dengan izin, melompat parti. Pada 16 September 2008, satu negara kena kelentong.
Bukan sahaja satu negara kena kelentong, satu dunia pun kena kelentong. Lebih teruk
lagi di kalangan rakan-rakan mereka pun kena kelentong. Dan rakan-rakan yang
sepakat dengan dia pun ternganga-nganga, tertunggu-tunggu bila kelentong ni nak
jadi. Akhirnya, tak jadi. Mereka kata mereka dah dapat surat daripada pemimpin
utama negara, dapat surat daripada pasukan tentera di negara. Tunggu punya
tunggu akhirnya, lain yang jadi. Terbalik. Salah kelentong.
Yang Berhormat Datuk Speaker, masa pilihan raya dulu mereka kelentong penduduk
Kampung High Chaparal, kalau mereka dapat kuasa memerintah negeri ini mereka
akan bela, mereka akan pastikan penduduk India di Kampung High Chaparal atau
Buah Pala akan kekal tinggal di kampung tersebut. Belum jauh mereka pergi, akhirnya
penduduk-penduduk India di Kampung High Chaparal Buah Pala dikeluarkan dengan
secara terhormat. Mana janji mereka? Mana kelentong mereka?
371
Yang Berhormat Speaker, kisah puas kelentong ni, tak habis di situ sahaja. Mereka terus
kelentong rakyat, mereka berjanji dengan Buku Jingga, dan dalam Pilihan Raya
Sarawak baru-baru ini, tanpa segan silu, keputusan pilihan raya belum pun
diumumkan, mereka dah umumkan seorang Ketua Menteri daripada kumpulan
mereka. Satu lagi kelentong mereka. Dan bila keputusan memihak kepada Barisan
Nasional, dua pertiga majoriti yang dia dapat, mereka tuduh ada kerja SPR yang tidak
mengikut sepatutnya. Seterusnya mereka terus menjalankan kelentong ini kerana
nafsu mereka besar, dan episod ini tidak berakhir, malah dalam soal moral pemimpin
mereka, seperti kata pepatah Melayu, “Sudah terang lagi bersuluh”, “Bangkai gajah
tak boleh ditutup dengan daun nyiur”, “Busuk telur tembelang semakin menusuk
hidung”. Itu pun mereka masih terus kelentong rakyat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, inilah cara mereka, inilah pendekatan mereka.
Pendekatan yang mereka gunakan, saya nak sebutkan dengan izin, if you don’t win
them, you confuse them. If you don’t win them, you confuse them.
Y.B. Timbalan Datuk Speaker : Dengan izin.
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Dengan izin. Jika tidak dapat memenangi hati
mereka, kelirukan mereka. Inilah usaha yang mereka sedang lakukan pada hari ini
dan kelentongan mereka ini, Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin kongsi sedikit
sejarah saya, hidup saya. Saya masih ingat pada tahun 1998, ketika saya menjadi
pembahas ucapan dalam Perhimpunan Pemuda dan saya ingin tegaskan dalam
Dewan yang mulia ini, saya bekerja di sebuah syarikat yang pengerusinya ialah orang
kanan Institut Kajian Dasar. Saya tak payah sebutkan namanya kerana tidak
dibenarkan di dalam Dewan ini. Malam sebelum saya memberikan ucapan, mereka
datang berjumpa saya dengan satu teks, teksnya menyebut dengan jelas hendak
menggulingkan Perdana Menteri dan Presiden Parti ketika itu dan saya orang Johor tak
mudah terpengaruh kerana kita diajar dengan berunding, bermuafakat dan saya tak
terpengaruh dengan teks ucapannya dan perkara yang mereka suruh. Ini yang saya
alami mereka sendiri. Mereka akan gunakan segalanya, apa yang ada asal matlamat
mereka tercapai.
Yang Berhormat Datuk Speaker, kedua, kisah kedua yang saya nak bawa ialah kisah
penyebar ajaran sesat. Mereka gunakan agama untuk kepentingan politik. Mereka
buat hukum sendiri, mereka buat fatwa sendiri. Merekalah yang sentiasa maksum,
merekalah yang sentiasa betul, orang lain tak betul. Mereka boleh menuduh, kalau
orang lain tuduh mereka, mereka kata tak betul. Mereka ambil potong-potong ayat
Quran dan mereka tak ambil yang lengkap yang telah diturunkan oleh al-Quran. Saya
nak jelaskan seperti apa yang disebut oleh Kemelah semalam tapi kerana kepentingan
politik, mereka gunakan ayat-ayat ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, apa sebenarnya yang dah jadi? Apa sebenarnya
dah jadi? Walaupun kita ingin berpolitik, nak mencapai kuasa tapi asas kita sebagai
372
orang Islam, kita tak boleh lari daripada perkara ini. Saya merujuk hujah Sungai Abong,
hujahnya mengatakan pertuduhan sesama manusia tidak dibenarkan. Islam
melarang, ini soal moral katanya. Kita tak boleh mengaibkan, yang bicara dalam
Mahkamah saya tak nak usik kerana saya tahu Peraturan tidak membenarkan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dulu pemimpin mereka pernah buat pertuduhan
kepada manusia ini, yang buat pertuduhan ini sekarang pemimpin nombor dua
mereka hari ini. Dia buat pertuduhan bunyinya macam ini, saya tak boleh sebut nama
tapi hujungnya saya nak sambung juga, Yang Berhormat Datuk Speaker, “al juburi”.
Dia buat pertuduhan tetapi ketika itu pemimpin dan parti mereka berkata tak salah
tapi hari ini kerana manusia ini berada dalam kelompok mereka, mereka kata tidak
boleh buat pertuduhan ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin jelaskan, kita orang UMNO ini, kita tahu ada
pemimpin kita yang ada masalah moral, kita ambil tindakan. Kita pecat daripada
Timbalan Presiden, pecat daripada Timbalan Perdana Menteri. Kita biarkan
Mahkamah menentukan hukuman. Rupanya, penagih dadah ini bila dah ketagih dia
tetap nak menagih. Begitu juga dengan bidang-bidang lain. Hari ini ketagihan dia
berulang, ada bukti saintifik mengatakan bahawa pakar mengatakan, mengesahkan
99.9% pelakunya adalah orang tersebut. Memang jelas tapi Sungai Abong kata Islam
tidak boleh buat pertuduhan begitu, salah. Saya tak faham Yang Berhormat Datuk
Speaker.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat Datuk Speaker.
Y.B. Timbalan Datuk Speaker : Ya, Yang Berhormat.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Izinkan saya mencelah.
Y.B. Timbalan Datuk Speaker : Kenapa itu Yang Berhormat?
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Apa yang saya cakap ialah
hukum, Yang Berhormat Datuk Speaker. Dari segi pertuduhan, Islam memang
melarang. Tuduh tak boleh, dalam masalah-masalah seks, zina, liwat, awal-awal Islam
membuatkan dasar bahawa pertuduhan tak boleh melainkan dengan 4 saksi, itu
asasnya.
Y.B. Timbalan Datuk Speaker : Ok, Yang Berhormat. Ok, cukup. Sambung semula
Rengit.
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Saya benarkan dia mencelah sebab masa dia
berucap saya mencelah, dia benarkan, gentleman.
373
Yang Berhormat Datuk Speaker, ketika ini dia kata tak boleh. Saya nak tanya balik
yang lepas itu pemimpin mereka tuduh, kenapa boleh? Itu soalannya tapi kenapa
berbeza-beza perkara ini mengikut kepentingan? Tak boleh, kita orang Islam tak boleh
buat itu. Boleh saya terus Yang Berhormat?
Y.B. Timbalan Datuk Speaker : Ok, masa.
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil ( Rengit) : Sekejap Yang Berhormat, 20 minit, belum habis
lagi ini.
Y.B. Timbalan Datuk Speaker : Ok, ringkaskan.
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Kata pepatah Melayu sebut, sekilas ikan di air,
sudah ku tahu jantan atau betina. Sekilas ikan di air, kita tahu jantan atau betina. Apa
yang mereka buat, apa yang mereka pertahan, kita tahu sebenarnya, yang tersirat,
Yang Berhormat Datuk Speaker.
Yang Berhormat Datuk Speaker, satu lagi yang saya nak sebutkan ialah mereka bebas
buat pertuduhan. Mereka tuduh UMNO kafir, satu ketika dahulu, taghut. Mereka
tuduh kita jahiliah dan yang paling saya sedih sebagai orang Islam, pemimpin mereka
mengajak semua ahli mereka berdoa untuk kehancuran seorang pemimpin. Ini apa,
Yang Berhormat Datuk Speaker? Ke mana sebenarnya lari terpesong ajaran Islam
yang indah, murni? Kenapa, kenapa boleh berlaku sebegini dan lebih dahsyat lagi
mereka buat satu fatwa bahawa undi PAS masuk syurga. Nas mana? Ayat Quran
mana yang mereka gunakan? Saya tak tahu ajaran mana yang mereka ambil kalau
Ayah Pin ini, dia kumpul kelompok sedikit-sedikit sahaja tapi mereka ini berselindung di
balik parti politik, berselindung dengan nama Islam untuk menyebarkan perkara-
perkara yang tak ada dalam al-Quran.
Yang Berhormat Datuk Speaker, kisah terakhir yang saya sebut, doktrinnya anjur
perkauman. Memang terkenal daripada dahulu, sikap perkauman mereka, rujukan
mereka seperti yang disebut oleh Kemelah semalam, bagaimana tersisihnya orang
Melayu di Singapura? Kita tahu, Yang Berhormat Datuk Speaker, agenda mereka
mudah dibaca, senang difahami. Pertama, apa yang ada dalam Perlembagaan,
mereka serang. Perlembagaan ini digubal dengan rundingan semua kaum. Seperti
yang disebut oleh Machap, negara kita ini ada Perlembagaan, rujukan kita sepatutnya
ialah Perlembagaan Negara dan Rukun Negara tapi kerana nak dapat politik, political
mileage, dengan izin, Perlembagaan Negara diserang. Bukan setakat itu sahaja,
serangan mereka ini berterusan kepada SPRM, PDRM, jentera kerajaan, semuanya
diserang. Malah mereka menggunakan perkataan-perkataan yang boleh
membangkitkan marah yang amat sangat di kalangan penduduk termasuklah
perkataan Apartheid. Kalau Apartheid diamalkan di negara ini, saya yakinlah yang 6
orang ini tak akan duduk di sini. Kalau tak 6, 4 tapi kita mengamalkan dasar terbuka,
tolak ansur, berunding, Yang Berhormat Datuk Speaker.
374
Y.B. Timbalan Datuk Speaker : Masa cukup Yang Berhormat.
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil ( Rengit) : Sekejap lagi, Yang Berhormat. Akhirnya, Yang
Berhormat Datuk Speaker, saya nak sebutkan, perpaduan, ikatan yang terjalin selama
ini antara kaum di negara ini saya lihat mula dirobekkan oleh doktrin, anjurkan
perkauman oleh mereka. Realiti dan kenyataan ini kita lihat hari ini, kalangan mereka
ketawa melihat rakan-rakan mereka ikut telunjuk, saya nak bagi satu contoh jelas saja.
Ada satu rakan mereka yang berada di Shah Alam menghalang penjualan arak di
Shah Alam. Orang ini menang dalam Majlis Tertinggi PAS baru-baru ini, menang tetapi
mereka digugurkan, dia digugurkan, digugurkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor
kerana menghalang penjualan arak di Shah Alam. Tengok, saya nak sebutkan,
mereka ketawa melihat watak-watak yang sedang mereka aturkan. Hari ini semua
dalam genggaman mereka dan saya nak sebut, sedarlah bangsa ku, insaflah sahabat
ku, ingatlah rakan-rakan ku. Mereka ini telunjuk lurus, kelingking berkait.
Yang Berhormat Datuk Speaker, akhirnya, saya nak bawa usul Tempatan 2, Yang
Berhormat.
Y.B. Timbalan Datuk Speaker : Ringkas saja Yang Berhormat.
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Ringkas, cepat, tak sampai 2 minit. Pertama,
saya nak bawa isu yang berkaitan dengan projek seciput. Projek seciput, Pintu Air
Bagan Laut. Buat pintu air nak keluarkan air dari darat ke laut. Dulu dah ada pintu air
tapi kita nak besarkan kerana kawasan saya ini dekat dengan laut. Harga dia RM1.6
juta. Saya kira kalau bangunan seciput itu, kecil betul, nilainya RM1.2 juta. Saya dah
bangkit, Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam Dewan yang mulia ini. Saya dah
bertanya dalam soalan Dewan, banyak kali saya dah bawa ke Mesyuarat Tindakan
Daerah. Sampai sekarang tak siap dan yang peliknya kontraktor di terminate kan,
dengan izin tapi kontraktor ini dapat bayaran RM1.2 juta dengan bangunan yang kecil
itu. Kesan dia apa Yang Berhormat Datuk Speaker? Hampir 30 nelayan setahun lebih
tak dapat ke laut. Saya kira ruginya RM250,000.00 untuk 30 nelayan. Saya merayu
dalam Mesyuarat JPS tapi sampai sekarang tak dapat dibuat.
Yang Berhormat Ahli Parlimen nak bantu 425, dia pun tak nak terima, pelik, hairan,
ajaib. Kenapa benda ini boleh berlaku? Saya hairan, Yang Berhormat Datuk Speaker,
simple project bukannya susah. Saya dapat surat katanya tahun ini, dalam soalan
bertulis saya, katanya tahun ini, tahun ini, bila? Nelayan dekat laut itu dah tak ke laut
satu tahun lebih. Tak akan semua nak masuk Aduan Rakyat? Saya gunakan platform
yang sesuai, berbincang, bermesyuarat, tapi tak selesai. Saya katakan kontraktor ini
betul-betul keballah, Yang Berhormat Datuk Speaker, ada imuniti kepada mereka. 500
penduduk di kampung ini menghadapi kesukaran untuk keluar daripada rumah. Anak-
anak yang sedang nak periksa ini, UPSR, PMR tertekan dengan keadaan jalan yang
teruk kerana projek ini. Saya cukup sedih melihat, saya Cuma, saya berterima kasih
375
kepada Pengerusi EXCO Sumber Asli yang sentiasa menghubungi saya menanyakan
soal ini. Dan ketika banjir, air laut masuk ke darat. Beliaulah daripada sampai malam
menghubungi saya untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Tolonglah Yang
Berhormat Dato’ Speaker, ini penduduk, 500 penduduk kampung, 30 nelayan terseksa
akibat projek. Takkan tak boleh selesai.
Akhir sekali Yang Berhormat Datuk Speaker, tentang Projek Pembangunan Kuarters
Kerajaan Gunung Soga, saya amat setujulah projek ini nak di bangun. Setuju, saya
sokong 100%. 1000% pun saya sokong. Yang duduk dalam kuarters kerajaan ini, Yang
Berhormat Dato’ Speaker, kakitangan kerajaan yang dah bekerja lebih 20 tahun.
Mereka pun terima tetapi cuba Yang Berhormat Datuk Speaker bayangkan, mereka
diarahkan berpindah 8 hari bulan 7. Anak mereka nak periksa UPSR bulan 9 ini. Bulan 8
nak raya. Bulan 7 ni disuruh cari rumah. Tanpa diajak berunding. Dan lebih sedih lagi
rumah-rumah mereka ini diconteng dipangkah dengan pangkah, pangkah X tu
macam cerita P.Ramlee dulu, Ali Baba Bujang Lapok yang dia termasuk dalam tandas.
Bagaimana perasaan mereka? Bolehkah berunding? Apa salah berunding. Ajak
mereka, berikan sedikit mereka pampasan. Takde langsung, Yang Berhormat Datuk
Speaker. Saya sokong projek ini dan saya nak dalam Dewan ini saya nak pastikan
kerana kuarters ini, tanah rizab kuarters inilah tanah rizab Melayu, saya nak cabar
dalam Dewan ini kepada pemaju jangan sampai ada satu dalam unit projek ini
terlepas daripada Bumiputera. Kalau terlepas, maknanya usaha yang dibuat
sebenarnya nak meminggirkan orang Melayu dalam bandar.
Jadi ini hari ini saya nak direkodkan jadi bahan bukti sekurang-kurang saya orang Batu
Pahat saya dah bercakap, bercakap dalam Dewan ini untuk pastikan tanah-tanah
kerajaan yang ada dalam bandar diberi peluang kerana orang Melayu takde kedai.
Takde rumah pun dalam bandar Batu Pahat itu. Itu saja tanah yang ada untuk orang
Melayu. Tapi kalau sampai terjual kepada bukan orang lain sebab orang lain dapat
banyak tempat, maka sebenarnya kita mengkhianati perjuangan yang ada
sebenarnya, Yang Berhormat Datuk Speaker.
Itu sahaja Yang Berhormat Datuk Speaker, saya dengan ini menyokong usul yang
dibawa oleh Kukup. Sekian, terima kasih.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih Yang Berhormat. Jemput Semarang.
Y.B. Datuk Samsul Bari bin Jamali (Semarang) : Assalamualaikum warahmatullahi taala
wabarakatuh.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam warahmatullahi taala wabarakatuh.
Y.B. Datuk Samsul Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Semarang mengucapkan terima kasih di atas peluang untuk terlibat dalam rundingan
menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Panas, memang panas.
376
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekadar saya ingin mengimbau semula tentang apa
yang kita lakukan saban pagi. Setiap pagi kita mulakan majlis ini dengan doa. Yang
berjalan, berhenti. Yang duduk, bangun. Kita mulakan dengan doa. Dimulakan
dengan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Besar kekuasaan. Diikuti dengan Ya Allah Ya
Tuhanku Yang Kaya Kurniaan. Dan akhirnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita
bacakan, kami mohon kesejahteraan dan keselamatan bagi Negeri Johor Darul Takzim
dan rakyat sekalian. Perlindungan daripada segala huru-hara dan kekacauan.
Semoga sentiasa berada di dalam aman tenteram, maju negeri, makmur negara
berpanjangan. Amin. Begitulah doa kita saban pagi. Begitulah harapan kita semua
yang ada. Walaupun rakan-rakan kita daripada agama yang lain tidak
mengaminkan, seolah-olahnya, sekurang-kurangnya atas nama tuhan mereka juga
mengharapkan benda yang sama. Dan itulah juga benda yang mereka lakukan
saban hari apabila mereka pulang ke kawasan. Dan itulah sebenar yang kita
perjuangkan bersama. Ke arah sebuah semoga berada dalam aman tenteram maju
negeri, makmur negara berpanjangan. Alhamdulillah.
Sekarang sudah tiba tahun 2011. Nikmatnya di depan mata. Kepada rakan-rakan kita
yang telah ramai dalam di kalangan pembangkang dalam negeri ini dalam Dewan
Undangan Negeri ini, sudah 3 tahun mereka berada di sini. Mereka telah melihat kalau
di peringkat awal dulu mereka melihat bahawa berbagai-bagai perumpamaan
membuat perbandingan dengan berbagai perbandingan. Kelantannya, Penangnya,
Selangornya, Peraknya, alhamdulillah, saya percaya mereka berdasarkan fakta dan
realiti semasa, mereka sudah tidak sebut itu lagi. Kerana Negeri Johor tidak bankrap
seperti mana yang mereka sangkakan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, sebenarnya semua ini kita berhadapan dengan
antara, antara pertembungan antara realiti dengan ilusi. Pihak kerajaan buat
berbagai perkara, ETPnya, Government Transformation Plannya, Economic
Transformation Plannya, dan ia berada di depan mata dapat dilihat dapat dirasai
hasilnya. Kita rancang, kita buat ada hasilnya. Tetapi segalanya akan tenggelam
apabila datang ilusi dalam bentuk Buku Jingga. Semua boleh berjanji yang bukan-
bukan. Ini adalah satu ilusi, confusing, dengan izin. Sebab itu, sebab itu Yang
Berhormat Datuk Speaker, apabila kita perjuangkan satu perkara, apabila kita
ketengahkan satu bukti, maka datang pula satu soal ilusi yang lain. Qazaf dan
sebagainya. Realiti vs ilusi, dengan izin.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, tetapi alhamdulillah, saya percaya serba pendek.
Saya setuju dengan apa yang dinyatakan oleh pihak Skudai, kita harus melihat
kepada sejarah dan ini harus diperingatkan kepada semua pihak. Ya kita belajar
sejarah dan kita masih ingat sejarah. Dan kerana sejarahlah kita berada di sini dan
mempertahankannya. Jangan lupa 1509, 1509. Apabila Melaka jatuh kepada
Portugis. Peristiwa Raja Mandeli dan Sikitoi jangan diulang lagi sekarang ini. Kita masih
ingat siapa yang buka Kota Melaka pada waktu itu. Siapa yang menjadi
pengkhianat. Siapa menjadi tali barut. Dan pada waktu itu, minta maaf saya katakan,
377
realiti di depan mata mengikut sejarah pedagang-pedagang bukan Melayu, Arab,
India, Cina sudah ada di Melaka. Tetapi apabila waktu itu jatuhnya Melaka diserang
Portugis di mana mereka ini berada. Maka jangan diulangi peristiwa ini berdasarkan
kepada sejarah. Sejarah tak boleh diubah walaupun ada negara di sebelah kita cuba
memutar-belitkan sejarah dan melebihkan pada mereka agar luput segala sejarah
dan mereka membina satu sejarah yang baru.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam kelantangan melaungkan idealisme
kesamarataan dalam demokrasi, perlu diingatkan juga tentang inti pati Perlembagaan
yang menjadi landasan dan pegangan yang menghasilkan kesejahteraan rakyat
berbilang kaum sehingga kini. Dalam keterujaan meraih sokongan, usahlah lupa
mengingatkan warga bahawa menidakkan yang benar dan membenarkan yang
salah adalah suatu yang keji dan tidak akan bertahan lama. Usaha menyuntik
semangat dan doktrin warga muda ke jalanan untuk survival party dan individu
sewajarnya diganti dengan usaha menanam semangat nasionalisme. Dalam pada
kita berkempen di Negeri Johor ini, orang muda, orang takde kerja datang cari kerja.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat, pandang kat Speakerlah jangan
pandang belakang.
Y.B. Datuk Samsul Bari bin Jamali (Semarang) : Exercise sikit Yang Berhormat. Sebab
ada slip disc, nauzubillahiminzalik. Takde. Saya akan tengok lebih sikit, lebih idea, kasi
saya masa lebih. Dalam pada kesibukan kita panggil orang muda, datanglah pergi
cari kerja, carilah kemahiran, carilah peluang berusaha benda-benda berniaga.
Mereka sibuk hantar pamflet, pasang poster, sepanduk pergi ke jalanan. Ini bezanya.
Memang kita tidak dapat melayani semua ini sepenuhnya sebab itu Yang Berhormat
Dato’ Speaker dalam hal ini kita harus berhati-hati dalam apa yang kita lakukan.
Jangan cakap tak serupa bikin, jangan tidakkan doa yang kita baca tadi. Kita boleh
tipu orang sepanjang masa tetapi kita tidak boleh menipu diri kita sendiri. Kehancuran
daripada apa yang kita bakar di luar sana, semangat ini semua akan, nauzubillah,
semoga tidak akan berlaku, akan wujud satu kebinasaan dan jangan sampai puing-
puing kebinasaan ini akan juga membinasakan mereka dalam sekelip mata. Kalau
sekarang orang menyatakan bahawa inilah masanya, kita ambil tindakan dan
robohkan kerajaan ini, maka mari kita sama ramai-ramai nyatakan bahawa inilah
masanya sekarang kita akan pertahankan apa yang terbaik ini untuk negara, agama
dan bangsa kita. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam Johor tidak ada konsep brain-drain. Orang
boleh menyatakan tentang dengan izin, brain-drain dalam peringkat kebangsaan di
mana pengaliran tenaga dan juga pemikiran-pemikiran orang-orang bijak pandai ke
luar negara. Mereka mempunyai pilihan. Negara yang bernama Malaysia, Negeri
Johor nama negerinya ini di tempat ini masih ada pilihan. Kita masih ada pilihan. Tak
mahu kerja di kilang yang ada, yang panas pergi tempat yang sejuk. Takde yang kena
berdiri cari tempat yang duduk. Tuan-tuan, Yang Berhormat Dato’ Speaker, ramai lagi
378
warga luar negara yang mati dalam perjalanan untuk pergi ke negara kita. Inilah
realitinya. Sebab itu dalam hal ini tidak ada brain-drain. Kita telah nyatakan sehingga
tahun 2015, insya-Allah lebih 40,000 kemahiran tinggi yang ada. Persoalannya tepuk
dada tanya selera. Kalau kita tak dapat jangan salahkan yang lain. Orang yang
pandai, orang kuat tunjukkan hasil. Orang yang gagal hanya beri alasan. Ini dia.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, cerita berkenaan dengan keselamatan. Tak
selamatkah kita? Kedai mamak 24 jam. Lapar pukul 12.00 malam boleh keluar. Ada
masalah ambil kunci kereta boleh pergi ke Perlis pukul 2.00, 3.00 pagi. Takde masalah.
Jenayah berlaku dua perkara. Pertama, kalau ada niat. Yang kedua, kalau ada
peluang. Ini dia. Kita pergi ke Negeri China sebagai contoh. Kenapa teksi mereka
masih lagi diberi kandang? Driver teksi kenapa duduk dalam kandang? Betul atau
tidak? Pergilah. Kenapa? Sampaikan teksi pun terpaksa dikurung pemandunya.
Tidakkah itu menggambarkan bahawa suatu ke tidak selamatan di kalangan mereka
sehingga sekarang. Bersyukurlah.
Memang betul. Ada, kes-kes terpencil. Sebab itulah kita bahaskan tentang SRS, Skim
Rondaan Sukarela. Orang kampung buka mata, jaga kampung, bergilir saban malam.
Tak dapat tidur dengan isteri kerana ikut giliran SRS, walaupun percuma, sukarela.
Ketua Kampung, kita minta, kita kasi lampu suluh. Bagilah lampu suluh. Cota buat
sendiri daripada kayu getah, tak ada orang bagi. Minum kopi, kasi jiran, bagi. Ini
semangat yang kita tunjukkan. Tapi saya nak tanya, berapa ramaikah yang terlibat?
Jangankan jaga keselamatan. Kenapa kita ada kempen? Kenapa kita ada kempen
untuk gerak tumpu Aedes, Denggi dan sebagainya? Orang luar datang buat kerja,
tetapi orang yang duduk dekat taman duduk kat dalam rumah tak tolong apa benda
pun. Mentaliti. Dia nak selamat, tapi suruh orang lain jaga. Nak cerita pasal
keselamatan. Lebih buruk lagi sekarang. Memperjuangkan keselamatan, keadilan,
kesamarataan. Tetapi pada masa yang sama, profesion kita menegakkan keadilan.
Tetapi mengiakan tentang perkara yang salah. Ajak orang buat demonstrasi. Ni apa
cerita ni?
Kalau ini kita letakkan segalanya kepada tangan orang-orang ini, nauzubillah, apa nak
jadi dengan negara yang kita ada ini. Sewajarnya kita bersama. Sebab itu kena harus
sinergi kerana di kalangan kita niatnya sama untuk kebaikan. Untuk tegur, ok, tak ada
masalah. Kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan berada di sini kerana
untuk mendengar teguran, kita tegur. Tetapi itu tidak menghalalkan untuk kerajaan ini
untuk ditumbangkan, hanya kerana banyak nyamuk, banyak lalat, tidak perlu
ditumbangkan kerajaan ini. Saya pun betul juga, saya pun betul, saya pun ada juga
masalah pasal lalat, seperti Machap nyatakan. Tapi tak sampailah kerajaan ini harus
ditumbangkan.
Sebab itu Yang Berhormat Datuk Speaker, dan lebih-lebih lagi saya ingin nak
mengingatkan, ada perkataan menyatakan kemiskinan adalah kerana penafian
terhadap sesetengah kaum adalah sesuatu perkara yang dahsyat. Kerana penafian
379
kepada sesetengah kaum menyebabkan kemiskinan ada di Malaysia ini. Orang
Melayu miskin, adakah Melayu dinafikan? Orang India ini miskin, adakah orang India
dinafikan? Orang Cina miskin, adakah orang Cina kena nafikan? Siapakah yang
menghalang untuk menjadi billionaire, millionaire dalam negara kita ini? Dalam
Malaysia ini, berapa ramai bilionair, siapa mereka? Daripada bangsa apa mereka?
Adakah ini satu penafian? Realiti, jangan dikelirukan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Datuk Speaker.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Banyak lagi?
Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Ini baru mukadimah, Yang Berhormat
Datuk Speaker.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Oklah Yang Berhormat, duduk dulu. Ahli-Ahli Yang
Berhormat, sidang ini saya tangguhkan sehingga jam 2:30 petang ini.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1:00 petang.
Persidangan disambung semula pada jam 2:30 petang.
Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan disambung semula. Jemput
siapa tengah berucap. Ha, Semarang.
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat. Assalamualaikum
Yang Berhormat. Terima kasih kerana dibenarkan untuk melanjutkan rundingan ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, alhamdulillah kita selepas sahaja menjamu selera,
makan tengah hari. Orang yang lapar, cakapnya berbeza dengan orang yang
kenyang. Begitu juga orang yang lapar, mendengar cara yang berbeza dengan
orang yang kenyang. Orang yang lapar beza mendengar cara orang yang kenyang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, tahun ini tahun 2011, Program ataupun Projek Iskandar
Johor telah masuk tahun yang ke-5. Dan insya-Allah pada 2012, akan tiba di mana kita
namakan tipping point, dengan izin, ataupun titik perubahan. Di mana kita boleh
melihat hasil pelaburan berimpak tinggi yang akan berlaku di Negeri Johor ini, insya-
Allah. Kita dimaklumkan tentang kehadiran Lego Land, Premium Outlet, University
Newcastle, Prime work Studio dan ini semua sebenarnya adalah rezeki yang cukup
besar untuk Negeri Johor Darul Takzim. Dan ini semua menggambarkan bagaimana
dinamiknya kerajaan yang sedia ada ini, tetapi ia harus dilihat daripada persepsi yang
380
lain juga. Iaitu, kita harus bersedia bersama-sama, bukan sahaja untuk menikmati
hasilnya tetapi harus memikirkan cara yang terbaik agar segala yang berlaku dalam
kawasan IRDA ini dapat berjalan dengan lancar, dengan baik.
Sekali lagi saya ingatkan bahawa keperluan, kita perlu meningkatkan mutu
perkhidmatan yang baik dan bertaraf dunia. Dalam hal ini kita tidak dapat lari
daripada kenyataan bahawa kita perlu juga menaik taraf dan juga memperbaiki
sistem pentadbiran kita yang sedia ada. Khususnya, jabatan-jabatan yang bersangkut
paut dengan Pembangunan Iskandar ini. Pada masa yang sama juga kita harus
melihat dan mengkaji semula bagaimana koordinasi antara agensi-agensi, agar
kelicinan projek-projek yang akan datang ke Iskandar ini akan terus menjadi baik.
Pada masa yang sama juga Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita harus melihat kepada
kemahiran kakitangan kita, agar kesediaan mereka untuk menangani cabaran-
cabaran dengan datangnya korporat-korporat yang besar ini, agar kita tidak
tertinggal di belakang dan ianya seharus setaraf dengan keperluan semasa iaitu
keperluan industri dan juga masyarakat pada masa yang sama.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita melihat bagaimana kesejahteraan ini mula
datang ke Negeri Johor dan kita telah mula rasai. Baik pertama daripada
pertambahan bilangan jawatan-jawatan ataupun kerja-kerja yang boleh diisi oleh
rakyat tempatan mahupun daripada luar tetapi pada masa yang sama kita juga harus
melihat bagaimana Kerajaan Negeri Johor ini mengambil kesempatan daripada
limpahan yang ada ini. Kita ambil maklum, bahawa insya-Allah dalam masa yang
terdekat, kumpulan dialog akan membuat perusahaan yang besar di sini, begitu
dengan Rapid Project, dengan Halliburton, dengan Flex Asia, tetapi di mana kita? Kita
tidak mahu sekadar menyediakan tempat, memberi kemudahan tetapi hasilnya pergi
ke tempat yang lain. Justeru itu, saya ingin menganjur dan menyarankan agar
Kerajaan Negeri melalui State GLC, dengan izin, ataupun syarikat-syarikat anak
kerajaan mengambil peluang ini, bukan sekadar menjadi ahli ataupun ahli kongsi di
atas semata-mata, tetapi terlibat dalam urusan di bawah, agar nikmat ini dapat
benar-benar dirasai oleh Kerajaan Negeri Johor. Bukan sahaja rakyat Negeri Johor
tetapi Kerajaan Negeri Johor.
Justeru, menyediakan diri ke arah itu sewajarnya, Kerajaan Negeri melalui apa yang
dinamakan SSI, State Secretarial Incorporation, harus mengambil langkah, harus
bersedia melihat ini sebagai peluang, bukan sebagai satu benda yang harus dilihat
berlalu begitu sahaja. Kepimpinan daripada Setiausaha Kerajaan telah berubah
daripada satu kepimpinan ke satu kepimpinan. Tetapi sewajarnya SSI ini juga harus
dilihat, diperbaiki, dipertingkatkan dan sudah pastilah keperluan kita untuk menjadi
personnel ataupun kakitangan yang berwibawa adalah amat kritikal. Justeru itu, saya
ingin menyarankan agar dilihat sendiri, diperbaiki, diperkukuhkan, agar SSI akan
menjadi kenderaan ataupun vehicle dalam pada kita untuk sama-sama menikmati
kejayaan daripada syarikat-syarikat gergasi yang akan datang ke negeri kita. Dalam
381
erti kata yang lain, kita kena buat restructuring, reengineering, dengan izin, agar kita
sama-sama boleh menikmati apa yang dikatakan sebagai projek yang besar ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada masa yang sama saya juga ingin mengajak kita
semua untuk melihat tentang kedudukan masjid-masjid kita. Alhamdulillah, masjid di
Negeri Johor ini ada lebih kurang 816, mungkin sudah lebih daripada ini sekarang, di
seluruh negara ada lebih 5,600 buah masjid, syukur alhamdulillah. Masjid kita sekurang-
kurangnya lebih canggih, lebih selesa, lebih baik daripada negeri-negeri yang ditadbir
oleh orang-orang yang dinamakan, namanya alim Ulama, alhamdulillah. Masjid
adalah sebuah institusi yang kudus dan penting dalam seluruh skema hidup manusia di
dunia. Kita menjadikan institusi yang tertinggi, tidak ada institusi yang lain yang lebih
besar kepada saya selain daripada institusi masjid itu sendiri, di mana datangnya
semua pihak daripada pelbagai aliran, duduk dalam masjid, dalam surau. Itulah
persepsi kita. Tetapi pada masa yang sama, saya rasa kita kena sama-sama melihat
tentang kesejahteraan masjid itu sendiri. Saya percaya masjid-masjid ini kadangkala
tidak semua tetapi sebahagiannya berlumba-lumba untuk mengumpulkan duit
ataupun dana yang banyak. Tapi dari segi perbelanjaan, mereka tidak menyebar
luaskan impak ataupun amal jariah, sedekah daripada qariah-qariah.
Justeru itu, saya ingin mengajak diri saya dan Ahli-Ahli Dewan, khususnya kepada
kepimpinan masjid untuk melihat perkara ini, agar jangan sekadar berbangga dengan
duit tabungan yang banyak tetapi harus melihat sejauh mana keperluan dipenuhi dan
memanjangkan sedekah yang telah diberikan oleh qariah-qariah kita ini.
Dan dalam hal ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita harus bekerjasama dengan
semua pihak. Dan telah tiba masanya, institusi masjid ini jawatankuasanya yang kini
semakin dinamik, ditekankan soal perkara-perkara ini agar apa yang ada, tabungan
yang ada, ataupun dana di masjid-masjid ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya
dan masjid-masjid ditadbir dengan baik tanpa memerlukan bantuan daripada mana-
mana pihak, walaupun kerajaan sedia membantu setiap masa.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya dalam konteks kawasan saya, Pekan Ayer Hitam.
Pekan Ayer Hitam telah wujud lebih daripada 80 tahun yang lalu. Ianya adalah
sebuah pekan kecil yang duduk di tengah-tengah Negeri Johor Darul Takzim. Semua
orang kenal tentang Ayer Hitam, ada orang menyatakan Pekan Koboi, ada orang
menyatakan Pekan Seramik, ada yang menyatakan sebagai Pekan Persinggahan
semata-mata. Tetapi realitinya, Ayer Hitam telah pun tercatat dalam peta
pelancongan negeri mahupun negara.
Oleh itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengajak, menyarankan agar
pihak kerajaan melihat perkara ini dengan serius. Soal pertumbuhan ianya sebagai
pusat pelancongan dalam negeri ini, tidak boleh ditinggalkan kepada pihak swasta
dan masyarakat semata-mata. Dan, kerajaan hanya melihat perkembangannya,
tanpa apa-apa usaha untuk membantu agar ianya lebih dibanggakan oleh semua.
382
Justeru itu, saya ingin menyarankan agar pihak kerajaan membuat satu kajian khas
kawasan, untuk Ayer Hitam agar ianya dapat dibangunkan benar-benar sebagai satu
pekan yang kecil tetapi comel kerana ia mempunyai identitinya sendiri. Selain
daripada ianya dikenali sebagai Pekan Seramik, sebenarnya ianya juga dikenali
sebagai Pekan Persiapan Untuk Barang-Barang Perkahwinan. Cuma mak mentua
dengan bapak mentua aje tak ada kat sini.
Justeru itu Yang Berhormat Dato’ Speaker..,
Y.B. Dato’ Speaker : Apa kes bapak mentua sama mak mentua?
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Saya Yang Berhormat?
Y.B. Dato’ Speaker : Yang, Yang Berhormat cerita bapak mentua, mak mentua yang
tak pergi Ayer Hitam?
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Itu aje yang tak ada jual.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang lain ada.
Y.B. Dato’ Speaker : (Ketawa). Menantu.
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
maksud saya, kita kena buat sesuatu. Tetapi, saya nak tekankan konsep relocation
dengan izin, atau pemindahan tidak sewajarnya dilakukan. Apa yang dibuat adalah
sepatutnya restructuring, redevelop di tempat yang sama. Memindahkan apa yang
ada di Pekan Ayer Hitam, bermakna melarikan ianya daripada demand ataupun
permintaan. Sebab itu dalam hal ini, kita harus melihat kepada negeri-negeri lain,
bagaimana mereka membangunkan kawasan-kawasan perindustrian ini, kawasan-
kawasan pelancongan ini dengan membangunkan di tempat itu juga. Kita jangan
pandai-pandai nak meletakkan sesuatu tempat yang baru, kerana kita harapkan
orang akan datang kerana eksentriknya, uniknya Ayer Hitam itu kerana Ayer Hitam itu
sendiri. Sebab-sebab itu, saya harapkan perkara ini diambil maklum dan diambil
tindakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kebelakangan ini Negeri Johor begitu famous dengan
apa yang terjadi khususnya tentang pendatang tanpa izin. Dengan laluan-laluan tikus
yang ada, disebutkan laluan-laluan tikus. Sebenarnya, ada dua perkara; pertama,
saya bangga kerana Pihak Berkuasa telah menjalankan tugas dengan baik, tanpa
tangkapan bermakna Pihak Berkuasa ataupun keselamatan tidak menjalankan
tugasnya. Tetapi apabila kita mengetahui bahawa ia ada tangkapan, bermakna
perkara itu memang berlaku. Saya ingin membawa perkara ini kerana Johor ini dilihat
383
sebagai tanah yang makmur, sejahtera di pihak yang lain. Dalam Negeri Johor ini
sendiri, dalam Negara Malaysia ini sendiri, ada banyak migrasi daripada pihak-pihak
luar, pendatang daripada negeri-negeri lain yang mencari rezeki di Negeri Johor.
Begitu jugalah persepsi daripada negara jiran yang melihat Negeri Johor ini sebagai
padang yang lebih hijau, yang lebih makmur, sejahtera dan menjanjikan seribu satu
kebahagiaan. Sebab itu mereka sanggup berkorban, mati dalam perjalanan. Tetapi
pada masa yang sama kita harus melihat pada sudut yang lain iaitu tentang
keselamatan.
Sebab itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita harus melihat perkara ini sebagai kritikal.
Kita tidak mahu di cop sebagai Negeri Pendatang Asing. Kita tidak mahu di cop
sebagai penyedia pintu-pintu ataupun laluan-laluan tikus. Ini kita kena berhentikan.
Dan pada masa yang sama juga tentang keselamatan kita sendiri, jangan sampai
pendatang asing lebih ramai daripada penduduk tempatan. Dan yang lebih
memburukkan lagi kita dapat tahu bahawa ramai di kalangan pendatang asing yang
berniat buruk datang ke mari bukan kerana untuk mencari rezeki secara halal, tetapi
mereka melakukan berbagai onar di sini, jenayah dan sebagainya. Dan senang-
senang mereka untuk pulang. Sebab itu, kita harus tengok balik. Berapa tangkapan
yang dibuat apabila mereka nak masuk dan berapa tangkapan yang dibuat ketika
mereka nak keluar? Kenapa tak balance? Sebab itu saya mahu perkara ini diambil
serius oleh semua pihak kerana ini adalah imej Johor. Kita tidak mahu orang no
problem, nak balik, lalu Johor, nak balik, lalu Johor. Ini adalah satu perkara yang tidak
baik, seolah kita menyediakan pintu belakang untuk mereka.
Yang Berhormat Dato’ Speaker..,
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat masa, ok.
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Ya, insya-Allah. Yang Berhormat
Dato’ Speaker, sekarang ini banyak kemajuan telah dilakukan, pembaharuan telah
dibuat. Justeru, khususnya tentang pembayaran untuk pembekal-pembekal di pihak
kerajaan tentang perolehan. Kita ada secara komputer, kita kena apa yang
dikatakan speks, pembayaran secara speks, menggunakan sistem speks, di mana ini
semua adalah untuk memudahkan pembayaran dan untuk memudahkan
pembayaran dan untuk memudahkan juga urusan pihak kontraktor ataupun pihak
pembekal. Cuma sekadar saya nak mengingatkan, saya ingin mengajak kerajaan
supaya melihat kembali, menganalisa kembali, soal harga-harga barangan yang
dibekalkan oleh kontraktor-kontraktor ataupun pembekal-pembekal. Cuma sekadar
saya nak mengingatkan, saya ingin mengajak kerajaan supaya melihat kembali,
menganalisa kembali soal harga-harga barangan yang dibekalkan oleh kontraktor-
kontraktor ataupun pembekal-pembekal. Kalau dulu jual dengan kerajaan mesti
mahal, alasannya kerana bayaran lambat 2 bulan, 3 bulan. Dulu, tetapi sekarang ini
setiap kali tuntutan di buat ia hanya akan mengambil masa lebih kurang 2 minggu.
Begitu efisiennya kerajaan kita. Tetapi pada masa yang sama harganya tetap mahal.
384
Jadi, soal alasan mahal kerana lambat bayar tidak timbul. Apatah lagi tentang
barangan-barangan ataupun peralatan-peralatan yang dibeli secara sentral,
ataupun pusat. Harganya tidak berubah, sebiji kerusi di luar boleh jual RM14.00, kalau di
melalui kerajaan mesti nak jual RM20.00 lebih, tak betul. Kenapa ini tidak, kepada saya
ini adalah satu ke tindasan, ianya harus dibuat semakan semula. Soal untung kecik
tetapi boleh banyak buat kerja, sama juga. Jadi kepada kita kerajaan, kita harus
prihatin tentang perkara ini dan kita harus melihat kembali sejauh mana kita dapat
mengurangkan perkara-perkara begini rupa kerana persepsi tentang bayaran lambat,
kerana, mahal kerana lambat, harus dihentikan. Bukan apa, kerana nak pastikan
supaya kita lebih memaksimumkan lagi manfaat daripada setiap sen yang kita
belanjakan di pihak kerajaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang terima kasih di
atas keprihatinan dan juga kepada pihak Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan tentang
kejayaan SUKMA. Saya juga ingin berkongsi tentang apa yang diketengahkan
berkenaan Pasukan Bola Negeri Johor Darul Takzim.
Y.B. Datuk Speaker : Ha… bola bolehlah.
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Sebenarnya Yang Berhormat Dato’
Speaker, saya nak ambil kesempatan di sini saya terima kasihlah, kejayaan kita ini
adalah kerana Johor mempunyai talent-talent yang hebat bukan kerana pasal Ketua
Kontinjennya. Tidak, tetapi kerana talent-talent yang telah dapat dikenal pasti. Johor
sebagai sebuah negara, yang negeri yang maju dalam Malaysia. Johor sebagai
orang-orang yang tidak terlibat dengan soal kebuluran. Anak-anak mudanya
berpotensi tinggi tetapi malang saya harus nak menyatakan secara terbuka di dalam
Dewan ini, sebenarnya talent-talent ini, potensi-potensi ini belum dapat kita gilap
dengan sepenuhnya. Kenapa? Ianya tidak lain dan tidak bukan kerana kita melihat
bahawa soal sukan hanya ditinggalkan tanggungjawabnya diberikan kepada Majlis
Sukan Negeri dan Jabatan Belia dan Sukan. Kita punya talent yang banyak. Kepada
saya, Johor telah membuktikan bahawa kita adalah contender yang kuat ataupun
pencabar yang kuat dalam apa kejohanan. Sebab itu, alhamdulillah, kita masuk 41
dalam, 41 dalam 192 final yang ada dalam dan itu adalah gambaran bahawa potensi
yang kita ada. Tetapi bagaimana kita nak maju tentang sukan Yang Berhormat Dato’
Speaker, kalau kita nak berenang kerana kita tidak ada Pasukan Renang anak kita nak
berenang, nak training renang pun terpaksa bayar. Terpaksa bayar kepada Majlis
Bandaraya, terpaksa tunggu orang awam dah balik baru kita boleh nak training…
Y.B. Dato’ Speaker : Emmm…
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Sedangkan training patutnya mula
daripada 6:00 pagi, pukul 7:00 pagi, tengah hari berhenti, petang lagi. Ini tunggu
orang dah tak ada baru kita nak buat. Nak terjun kolamnya pula tak cukup dalam.
385
Y.B. Dato’ Speaker : Nak tunggu orang tak ada belah malam, tak boleh?
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Negeri maju apa kalau macam ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Ya…
Y.B. Dato’ Speaker : Ha… berlatih belah malam tak boleh eh? Dah tak ada orang…
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Sebelah malam anak kitanya nak
sekolah…
Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah, tak iya juga, susah…
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Tak boleh kita cakap, mentang-
mentang SUKMA untuk 21 tahun kita ambil umur yang budak 21 tahun untuk berlatih
nak bertanding.
Y.B. Dato’ Speaker : Betul juga…
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Kita harus melatih seawal…
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusa Jaya) : Lampu pun kena bayar, Yang
Berhormat Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, Yang Berhormat ni apa kena mengena dengan lampu
pulak…(Dewan Ketawa).
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
apa yang saya nyatakan kat sini bukan soal MBJB dan sebagainya. Tetapi maksud
saya adalah pertanggungjawaban kita untuk sama-sama membangunkan sukan…
Y.B. Dato’ Speaker : Emmm…
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Dan, ini juga tidak boleh diserahkan
kepada Kerajaan Negeri semata-mata. Beban yang berat ini akan menjadi lebih
ringan kalau semua pihak mengambil bahagian. Kita ada PBT-PBT, daerah-daerah kita
punya syarikat-syarikat yang besar. Nah, kita gunakan nanti, insya-Allah. Kita lihat
pembangunan tentang educity bagaimana kemudahan sukannya adakah ianya
bertaraf Olimpik. Sekarang ini kalau kita ditawarkan untuk menjadi tuan rumah SUKMA,
saya adalah orang yang pertama untuk menolaknya. Kerana kita tidak ada
kecukupan, kelengkapan dan peralatan. Pada masa yang sama juga, kita harus
melihat kepada perkembangan NGO khususnya berkenaan dengan sukan. Untuk
386
berhadapan dengan mereka, bersama mereka, we have to speak the language,
dengan izinnya. Kita kena bercakap bahasa mereka. Memahami masalah mereka,
memahami masalah persatuan, memahami coach, memahami masalah atlet, dan ini
adalah tanggungjawab kita bersama.
Y.B. Dato’ Speaker : oh…
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Sebab itu saya minta di Dewan ini,
ayuh, banyak lagi potensi-potensi, talent-talent yang ada dalam Negeri Johor ini…
Y.B. Dato’ Speaker : Termasuk bola sepak Yang Berhormat…
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Ya, kita telah buktikan bahawa kita
juara Futsal dalam SUKMA.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, tak bola sepak, bola sepak bukan Futsal
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali ( Semarang ) : Sekurang-kurangnya pihak 21
tahun kita Futsal juara SUKMA
Y.B. Dato’ Speaker : Aaa, ok…
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali ( Semarang ) : Tidak ada Negeri yang tak terlibat,
kita juara. Umur 21 bermakna kita ada talent. Jawab.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebab itulah dalam hal ini kita tidak boleh meletakkan
soal perkara ini kepada semata-mata, saya sengaja cakap ini agar saya
mendapatkan, mendapat sokongan sepenuhnya dalam Dewan ini agar kemudahan
diberikan kepada pembangunan sukan dalam Negeri Johor. (Dewan bertepuk).
Bukan kerana sapa, moral kita.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, anak-anak muda ini Yang Berhormat Dato’ Speaker,
mengusung bendera Johor menyanyikan Bangsa Johor, lagu Bangsa Johor di setiap
venue. Alangkah bangganya kita. Dan, yang membakar semangat mereka adalah
satu perkara Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita mahu orang semua bangun, tegak
apabila Bendera Johor itu dikibarkan di setiap podium-podium. Itu semangat kita,
tetapi kalau kita membiarkan mereka begitu sahaja dan mengajak mereka hanya
untuk berdemonstrasi, kita tak akan sampai ke mana.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat, dah cukup dah…
Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali ( Semarang ) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
saya berterima kasih. Peluang saya yang terakhir, saya merujuk apa yang
dimaklumkan oleh Machap tadi. Machap membawakan soal lalat, lalat kecil pun jadi
387
masalah. Tetapi itulah realitinya, yang dinyatakan kenduri, nasi tak nampak, nampak
lalat itu memang benar. Saya mengambil satu contoh, contoh di Kampung Desa
Jaya, Kampung Haji Ghafar di Yong Peng. Perkara ini telah saya bawa di peringkat
bawah, di pertengahan dan hari ini Dewan Negeri. Mereka bermasalah kerana ada 2
reban ayam ada kat situ, 2 je. Katanya, sistemnya bertutup. Memang bertutup waktu
ada ayam, bila tak ada ayam, ayam dah habis, dibuka. Di situlah juga rupanya kita
menternak lalat. Yang lebih mengejutkan apabila saya dikejutkan dengan makluman
bahawa sebuah lagi reban ayam diluluskan di situ.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, jangan sampai kerana lalat ni pun kita akan jadi huru-
hara dan rakyat tempatan ataupun masyarakat tempatan dah nak membuat jalan
pintas. Mereka lain tak ada, apa lagi nak buat dia kata volume kerajaan pun dah tak
boleh, kita bakar jelah reban. Jadi ini adalah satu perkara yang cukup serius. Sebab
itu saya minta pihak yang berwajib melihat tentang perkara ini. Kalau pun dibenarkan,
pastikan ia tidak memudaratkan rakyat setempat. Kerana kesannya amat besar sekali.
Sampaikan Kampung Desa Jaya tu, dia dah tak masak Yang Berhormat Dato’
Speaker, makan dekat tempat lain. Kerana dia kata, orang kampung cakap depan
dia, oh boring, boringlah kata dia. Apabila masak, lalat hinggap, susu bayi penuh
dengan lalat. Jadi, perkara ini cukup besar, bunyinya kecil tetapi serius dan inilah. Dan
untuk melihat kehebatan orang yang besar adalah bagaimana dia menangani orang
yang kecil, tunjukkan, tunjukkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya berterima kasih di atas peluang ini dan saya
berterima kasih juga kerana peluang yang ada dan dengan itu saya menyokong
rundingan yang di bawa oleh Kukup. Sekian, Wabillahi taufik, assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, perbahasan diteruskan lagi. Jemput, Tenang.
Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Bismillahirrahmannirrahim,
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumusalam.
Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim ( Tenang ) : Salam sejahtera dan selamat petang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertama kali saya mengucapkan ribuan terima kasih
kerana telah diberi peluang dan ruang untuk menyertai perbahasan menjunjung kasih
ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor di Dewan yang mulia pada hari ini.
Kita sepatutnya menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana Negeri Johor Darul
Takzim bumi yang bertuah ini dipayungi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni
Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk
Johor Darul Takzim, yang amat kita sayangi dan sentiasa mengambil berat tentang
kesejahteraan, keharmonian rakyat dan tidak lupa juga sering mengingatkan kita
tentang pembangunan dalam erti kata pembangunan ekonomi dan pembangunan
388
ummah. Sebagai pemimpin yang telah diamanahkan oleh rakyat untuk mewakili
mereka di Dewan yang mulia ini, marilah kita bersama bersatu memikul amanah dan
tanggungjawab yang telah di titah oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, yang kita
kasihi ini agar dapat kita hayati dan dapat dilaksanakan untuk kebaikan dan
kesejahteraan rakyat di Negeri Johor ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita juga rasa bersyukur kerana kita mempunyai
seorang Menteri Besar yang cukup komited dan beriltizam tinggi untuk membawa
kemajuan, perubahan demi perubahan dan jua apa semua aspek untuk menjadikan
rakyat Negeri Johor ini, rakyat kelas pertama yang tidak terasing dan terpinggir dari
arus kemodenan. Oleh itu, di dalam Dewan yang mulia ini marilah kita semua
bersama-sama bergerak seiring, seia, sekata bersama-sama dengan pemimpin
nombor 1 Negeri Johor, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Datuk Haji Abdul Ghani
bin Othman.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak payah sebut namalah, Menteri Besar je.
Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
memetik tentang Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, sudah tentulah apa jua
perancangan dan Rancangan Malaysia Yang Ke-9 dan ke-10 merupakan inti pati dan
nadi kepada pembangunan negeri yang kita sayangi ini. Justeru itu, ingatan Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia, agar Kerajaan Negeri berusaha lebih keras dan
bersungguh-sungguh membawa seberapa banyak mungkin pelaburan luar dapat
menjadikan Negeri Johor sebagai tempat yang strategik untuk melabur di negeri ini.
Saya yakin dan percaya, dengan kemudahan infrastruktur dan kestabilan politik,
harapan kita untuk menarik pelabur luar ke negeri akan tercapai. Cuma pada hikmat
saya, kita perlu menarik anak-anak Negeri Johor untuk memberikan pandangan dan
pendapat melalui majlis-majlis dialog atau diskusi agar lontaran idea dan pendapat
mereka ini boleh kita kaji dan diperhalusi untuk dijadikan garis panduan untuk
melaksanakan visi dan misi ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, perkembangan kegiatan ekonomi ini tidak sahaja
tertumpu kepada pelabur-pelabur tetapi ianya juga mencukupi pelbagai lapisan
masyarakat dan dari pelbagai peringkat. Oleh itu, saya berpendapat strategik yang
lebih tersusun perlu dirangka agar perusahaan kecil dan sederhana sama ada di kota
ataupun di desa dapat memberikan satu untuk dirasai dan dinikmati oleh rakyat akar
umbi ini. Sekiranya ini dapat dilaksanakan, saya yakin dan percaya jurang
pendapatan antara bandar dan desa dapat kita kurangkan. Akhirnya akan
memberikan keselesaan dan kemakmuran kepada rakyat di Negeri Johor, khususnya.
Ini termasuk juga merangkumi golongan pekebun-pekebun kecil, petani dan nelayan.
Dan juga bantuan melalui agensi-agensi kerajaan hendaklah dipermudahkan agar
bantuan ini akan dapat sampai kepada kumpulan sasar dengan kadar yang segera
dan kuantiti yang berpatutan. Oleh itu, saya berharap agar agensi perlaksanaan ini
sentiasa diberi dan dipantau oleh kerajaan.
389
Sehubungan dengan itu, sebagai Wakil Rakyat DUN Tenang di Dewan yang mulia ini,
marilah kita semua mengimbas kembali pada suasana banjir pada pilihan raya kecil
dahulu. Ramai pemimpin-pemimpin yang berkampung di Tenang atau Labis ini
merasai kesengsaraan, keperitan ataupun merasa agak tidak selesalah akibat musibah
banjir yang besar melanda pada ketika itu. Sebenarnya inilah yang dialami oleh
penduduk Labis dan kampung-kampung tradisional yang sering berada dalam
keadaan resah, gelisah serta fobia apabila melihat hujan turun dengan lebatnya.
Untuk makluman Dewan yang mulia, fenomena atau kejadian seumpama ini adalah
satu lumrah yang biasa, lumrah alam dan ini juga mungkin berpunca dari Sungai Labis
yang semakin cetek dasar dan mengecil keluasannya. Kita perlu mencari satu
mekanisme ataupun jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Walaupun kerja
pembinaan saliran dan perparitan serta memperbesarkan sungai telah pun
dilaksanakan, namun ia masih belum menampakkan kesudahan untuk mengurangkan
masalah itu. Justeru itu, kajian perlu dilakukan untuk meluaskan sungai, mendalamkan
sungai serta meluruskan sungai. Kajian ini, pihak JPS boleh merangka jangka panjang
untuk melalui satu peruntukan untuk mengatasi masalah tersebut. Kesan, impact,
dengan izin, apabila banjir besar melanda, ia secara tak langsung menjejaskan
ekonomi penduduk. Jalan raya serta jambatan terputus, ternakan dan juga tanaman
telah musnah, jalan kebun dan kampung telah rosak, hakisan tebing menjadi cirrose.
Pada masa yang sama, Tenang mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan
seperti JKR dan juga PBT, Pihak Berkuasa Tempatan Labis kerana telah melaksanakan
kerja-kerja menurap semula jalan yang rosak seperti jalan utama Labis ke Segamat
serta di taman-taman dan juga kampung di kawasan Majlis.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di Labis ini terdapat Gugusan FELDA terdiri daripada
FELDA Chempelak, Chempelak Barat dan juga FELDA Tenang. Mereka hidup dalam
keadaan harmoni dan ada usaha-usaha dari pihak-pihak tertentu yang ingin
memporak-perandakan masyarakat FELDA. Jadi, mereka mengatakan FELDA ini telah
bankrap ataupun muflis. Jadi, mungkin diketuai oleh satu pertubuhan, tak perlulah
saya sebut yang ingin melihat memporak-perandakan masyarakat FELDA. Mereka
tahu FELDA itu merupakan satu kubu kuat kerajaan, jadi mereka telah mengadakan
pelbagai ceramah ataupun pelbagai tindakan untuk menggangu-gugat orang–orang
FELDA, masyarakat di sana. Saya percaya dan yakin bahawa pihak masyarakat di
sana tidak mudah terpedaya dengan hasutan-hasutan oleh pihak bertanggungjawab
ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita juga mengalu-alukan dan mengucapkan jutaan
terima kasih kepada kerajaan pusat yang telah memulakan projek landasan
berkembar. Ia mencakupi juga landasan berkembar yang akan dibina di kawasan
Tenang Station dan di kawasan Labis itu sendiri. Saya bersetuju pada dasarnya projek
ini dilaksanakan tapi dalam waktu yang sama perlu menyelesaikan beberapa perkara
yang berkaitan dengan penduduk yang terlibat dalam projek tersebut. Di antaranya
390
masalah penempatan semula penduduk di kawasan yang baru berserta dengan
kemudahan-kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik,
sekolah dan sebagainya. Semua ini adalah untuk menjaga kebajikan penduduk-
penduduk di sana. Rata-rata penduduk yang mendiami di kawasan tanah ceroboh
KTMB telah bersetuju untuk keluar. Mereka berhasrat untuk mencari penempatan baru
dan di sini Tenang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Tanah Segamat
dan Pejabat Tanah Labis kerana telah pun menyediakan tapak-tapak lot rumah
sebagai ganti. Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional dalam
membela nasib rakyat di sana. Dan juga, saya bersetuju dengan pandangan Yang
Berhormat Kemelah agar kerajaan perlu menyeluruh sama ada yang benar memberi
manfaat kepada penduduk sendiri ataupun melibat keuntungan kepada pihak-pihak
tertentu sahaja.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Labis juga merupakan satu kawasan boleh dikatakan
berada di pinggir bandar Segamat kerana jaraknya hampir 40 kilometer dari bandar
Segamat, menyebabkan ianya tersisih dari pembangunan, tidak seperti di Segamat
ataupun di Sekijang itu sendiri. Oleh itu, sudah tiba masanya Labis ini dibangunkan
sebagai penyumbang kepada pembangunan daerah Segamat. Oleh itu, saya
mencadangkan di Dewan yang mulia ini agar Pimpinan Pusat mewujudkan satu
pengajian tinggi di Labis tidak kiralah sama ada sekolah berasrama penuh, pusat
latihan belia ataupun kolej komuniti yang mampu menjadikan Labis ini terkenal di luar.
Secara tak langsung ini juga menyemarakkan pembangunan di Labis itu dan
membuka peluang untuk menarik pelaburan dan menjana pendapatan ekonomi
penduduk-penduduk tempatan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sudah berapa kali juga diketengahkan, disyorkan serta
dibincangkan agar kerajaan menaikkan taraf Jalan Labis menuju ke Kampung Tenang.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat beberapa kampung tradisional
seperti di Kampung Sawah Baru, Kampung Tenang, Kampung Pekan Ayer Panas, dan
juga Kampung Ulu Juaseh juga terdapat satu FELDA di sana iaitu FELDA Tenang.
Dengan pembangunan yang semakin rancak dan pertambahan penduduk, usaha-
usaha pertanian yang merupakan sumber utama kawasan ini sudah tentulah satu
jalinan jalan perhubungan yang baik dan selesa perlu dibina di sini. Oleh itu, saya
mencadangkan agar Jalan Labis ke Kampung Tenang ini dinaikkan tarafnya seperti
jalan-jalan lain yang berada di daerah ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, satu lagi isu yang perlu diberi perhatian ialah
keperluan mewujudkan satu mini stadium di sana. Kerana di Labis ini sebenarnya tak
ada padang Yang Berhormat, cuma padang yang ada itu tak dijaga dan di
selenggara dan beralun-alun keadaannya. Jadi, mereka budak-budak belia ini tidak
dapat bermain bola dengan baiklah. Walau bagaimanapun, ada 2-3 pasukan juga
yang menyertai Liga Yang DiPertua Majlis Daerah Segamat untuk bertanding di sana
tapi saya berharap agar pihak-pihak berkenaan dapat mewujudkan sekurang-
kurangnya menaikkan taraf padang di kawasan tersebut.
391
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita juga bersyukur dengan adanya Pilihan Raya Kecil
DUN Tenang baru-baru ini. Rakyat di DUN Tenang dapat merasai dan menikmati
pembangunan hasil dari janji-janji Pilihan Raya Kecil itu. Saya mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kerana di antara janji-janji tersebut telah pun
dilaksanakan oleh kerajaan. Saya mewakili penduduk yang terlibat mengucapkan
berbanyak terima kasih, namun begitu setelah disemak dan diteliti terdapat banyak
lagi janji-janji Pilihan Raya Kecil tersebut yang masih belum diselesaikan. Sebagai
ADUN, saya khuatir perkara ini akan dipolitikkan oleh pihak-pihak pembangkang dan
seterusnya boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Oleh itu,
saya berharap janji Pilihan Raya Kecil Tenang ini perlulah segera sebelum Pilihan Raya
Umum yang ke-13. Saya yakin dan penuh percaya jika perkara-perkara yang saya
sebut di Dewan ini diberi perhatian serta dilaksanakan, insya-Allah rakyat akan gembira
seterusnya sokongan yang padu pada Barisan Nasional semakin meningkat dan boleh
kita sandarkan harapan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam Pilihan
Raya Umum Yang Ke-13 yang akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Institusi Pendidikan Agama Negeri Johor juga perlulah
dimantapkan lagi. Amatlah bertepatan dan ianya perlu diberikan perhatian kerana
membina modal insan untuk menyediakan generasi yang berilmu, beriman dan
bertakwa. Kita khuatir dengan ledakan kemajuan teknologi dan dunia tanpa
sempadan hari ini, generasi hari ini tidak mampu untuk kita jadikan perisai membela
ketuanan bangsa, di samping terus mengangkat martabat agama dan negara. Oleh
itu, saya berpendapat guru-guru agama di sekolah-sekolah agama Kerajaan Negeri
perlulah diberi latihan secara sistematik, di samping memikirkan juga keperluan untuk
menambahkan keperluan tenaga guru di sekolah. Kita khuatir sekiranya kita terlepas
pandang menyebabkan Sistem Pendidikan Agama Kerajaan Negeri akan pincang
dan akan menjejaskan matlamat Kerajaan Negeri Johor untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seperti yang kita sedia maklum, perpaduan
merupakan elemen penting dalam kehidupan masyarakat kerana dengan adanya
perpaduan dan kerjasama tanpa mengenal bangsa dan budaya sudah pasti pihak
akan berbaik sangka dengan secara tidak langsung memupuk semangat kekitaan di
kalangan rakyat negeri ini. Oleh itu, sebagai rakyat Negeri Johor yang ingin melihat
negeri ini terus stabil, muhibah dan bersatu padu, kita tidak rela sekali-sekali
membenarkan golongan pemimpin yang rakus semata-mata atas kepentingan politik
yang sempit dengan cara membawa perpecahan dalam masyarakat hendaklah
ditolak sekeras-kerasnya oleh rakyat di Negeri Johor ini. Kita tidak mahu keamanan
diganggu-gugat. Kita tidak mahu keharmonian rakyat di Negeri Johor ini menjadi
kacau bilau dan kita tidak mahu muafakat yang terbina selama ini di Negeri Johor
akan hancur berderai dek kerakusan manusia yang tidak bertanggungjawab ini.
392
Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhir sekali marilah kita semua bersama-sama atas
semangat 1Johor, 1Malaysia, kita bangun dan kita bangkit dan kita layari bersama-
sama bahtera pertiwi tercinta ini agar bahtera ini dapat belayar dengan selesa,
selamat dan sampai ke destinasi yang dituju walaupun dilambung ombak dan …
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat tak nak cakap sikit lagi?
Y.B. Encik Mohd Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Ya?
Y.B. Dato’ Speaker : Tak nak tambah sikit masa?
Y.B. Encik Mohd Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Tambah?
Y.B. Dato’ Speaker : Saya kesian, orang baru. Kalau tak nak tak apalah.
Y.B. Encik Mohd Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Yang penting bahtera tu tak karamlah
eh, dan sampai ke destinasi dengan selamat. Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker,
dengan ini Tenang menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Kukup. Sekian,
assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumusalam. Perbahasan diteruskan lagi. Yang Berhormat,
sekejap. Yang Berhormat ada lagi 5-6 orang belum berucap, saya tengok
keadaanlah, mintalah berhenti sebab kita nak habiskan ini hari semua yang hadir di
Dewan ini dapat berucap. Ok, jemput.
Y.B. Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana
member peluang kepada saya untuk berucap di Dewan yang mulia ini. Yang
Berhormat Dato’ Speaker, hari ini Jementah perlu goreng nasi sejuk. Saya tak suka
goreng nasi sejuk mahupun makan nasi sejuk. Tetapi, apa daya saya. Isu nasi sejuk ini
menjadi perbualan orang-orang di Segamat, iaitu isu banjirlah di Segamat. Bandar
Segamat ini mungkin kurang bernasib baik kerana dilanda banjir besar-besaran 4
tahun sekali. Jadi orang kata ini banjir di Segamat ini macam pesta Piala Dunia 4
tahun sekali. Bagi banjir yang biasa, dia cakap macam Piala Bola Sepak Piala
Malaysia, ah itu saya tengok muka Nusajaya, pasal ada bola sepak. (Dewan
bertepuk). Jadi, ini menunjukkan betapa risaunya masyarakat orang Segamat
mengenai banjir ini. Saya setuju bahawa fenomena global pemanasan menyumbang
faktor kepada masalah bencana alam dan saya setuju dengan apa yang dikatakan
oleh Yang Berhormat Pengerusi Alam Sekitar pada semalam mengenai kita boleh
merancang untuk meminimumkan impak banjir tetapi nak hapuskan itu mungkin kita
tidak boleh. Oleh sebab itu, saya telah boleh dikatakan masyarakat orang di Segamat
ini amat teliti dengan perancangan JPS di dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Saya
ucap terima kasih dan tahniah tentang jawapan Yang Berhormat Pengerusi Alam
Sekitar semalam. Tetapi semua ini belum dilaksanakan lagi. Tetapi saya dengan yakin
393
akhir tahun ini banjir akan datang lagi. Sama ada itu banjir besar atau biasa. Itu saya
tentu. Saya yakin ini akan berlaku. Tetapi perancangan belum dilaksanakan lagi.
Dan justeru itu kita tengok sekarang rakyat khuatir, pembangunan di kawasan-
kawasan tadahan air, kawasan-kawasan rendah yang dulunya memang tempat
simpan air semasa banjir telah dibangunkan. Oleh sebab itu, saya menyeru supaya
Kerajaan Negeri dan PBT berhati-hati untuk meluluskan projek pembangunan,
perumahan dan commercial baru di kawasan-kawasan tadahan air ataupun kawasan
tanah rendah yang menjadi laluan air semasa banjir di Segamat, sebelum projek
tebatan banjir dilaksanakan. Bagi kawasan pembangunan, perumahan yang telah
diluluskan, yang telah diluluskan apa kita boleh buat. Haruslah tegas untuk
memastikan projek berkenaan adalah mematuhi segala syarat JPS dan perparitan
yang dibina adalah cukup untuk menampung air banjir. Dan yang penting bagi
kawasan tanah lapang rendah yang menjadi laluan air banjir serta tanah tadahan air
harus digazetkan, sebagai rizab JPS. Itu cadangan saya. Kerana kerajaan
menanggung kerugian yang amat besar selepas banjir. Dan saya rasa kerugian yang
perlu ditanggung oleh kerajaan jauh lebih daripada keuntungan daripada hasil cukai
kerana pembangunan itu. Saya juga mohon supaya kerajaan memberi peruntukan,
perancangan dan belanjawan yang lebih besar, supaya program penyelenggaraan
sungai lebih berkesan di Segamat. Kalau ikut semalam saya rasa peruntukan itu kecil
sahaja. Dan projek naik taraf tanah Genuang, Chodan dan sebagainya harus
disegerakan.
Seterusnya, ini menjadi perbualan masyarakat di Segamat juga, 2 perkara akibat
banjir. Ini infrastruktur prasarana yang telah rosak disebabkan oleh banjir di bulan
Januari 2011 ini, sudah 6 bulan. Banyak tempat lagi belum diperbaiki. Bila kita masuk
kampung, orang kampung tunjuk jalan pertanian, parit, sungai yang rosak. Yang lebih
teruk lagi, Sungai Segamat di jambatan itu, tebingnya rosak akibat oleh banjir itu
menjolok mata. Itu jalan setiap orang lalu, Jalan Protokol Segamat, tetapi you tengok
tebing dia sampai hari ini masih belum diperbetulkan. Jadi sebab itu, saya mohonlah
Kerajaan Pusat ke Kerajaan Negeri ke memberilah keprihatinan kepada orang
kampung di Segamat, baikilah dengan segera.
Satu lagi isu, wang ihsan itu pun akibat banjir itu. Sebahagian besar mangsa banjir
belum terima wang ihsan. Disebabkan oleh masalah teknikal ke, sebahagian sudah
dapat, jadi yang tak dapat itu, runsinglah. Jadi, saya harap MKN, Majlis Keselamatan
Negara cepatlah sikit. Yang bulan 3 sudah, dapat yang tercicir itu sampai sekarang
belum dapat. Jadi saya ada tanya kenapa lambat ini? Kenapa MKN ini lambat untuk
kali yang kedua itu. Saya tak tahu apa sebab. Saya tak tahu mungkin dia sibuk
dengan masalah Bersih ke, sampai dia tak ada masa untuk menjaga kepentingan
mangsa banjir. Jadi saya harap yang itu perkara, dapat dipercepatkan.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi Speaker, eh Yang Berhormat Dato’ Speaker, sorry.
394
Y.B. Dato’ Speaker : Ok dah habis?
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Er... belum, ada perkara....
Y.B. Dato’ Speaker : Ha tu dah mula nak salahlah tu, (Dewan ketawa).
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Satu perkara nasi sejuk jugalah yang saya
nak bangkitkan. Ini mengenai isu hot spot kemalangan di Jementah dan juga Batu
Anam. Dekat Pekan Jementah itu, ada satu persimpangan, persimpangan nak masuk
ke Kampung Bukit Keledang, Jalan Ah Tong. Persimpangan 4 itu dalam tempoh satu
tahun sudah ada 6 orang mati.
Y.B. Dato’ Speaker : Tempat yang sama?
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Tempat yang sama, memang bahaya, saya
dengan sendirinya, pagi biasa anak sekolah, duduk di kedai kopi itu memang betul,
sangat bahaya.
Y.B. Dato’ Speaker : Emmm...
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Sebenarnya perkara ini telah banyak kali kita
bangkitkan. Tetapi, jawapannya ini aspek itu akan dimasukkan dalam Projek
Lebuhraya Segamat – Tangkak. Nak tunggu sampai bila? Segamat - Tangkak ini?
Kita tak boleh tunggu. Kalau Projek Segamat – Tangkak esok jalan oklah. Saya pun tak
tahu bila? Walaupun pengambilan tanah telah dilakukan dan ada pembayaran saya
dengar. Tapi sampai bila nak buat? Oleh sebab itu saya menyerulah kepada Kerajaan
Negeri, JKR ataupun JKR Pusat supayalah laksanakan projek traffic light di tempat itu
dulu.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh...
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Saya rasa itu tak mahal. Saya tak tahu, saya
rasa tak mahallah.
Y.B. Dato’ Speaker : Berapa, berapa ringgit?
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Agak-agak RM300,000.00.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh sikit eh.
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Sikit sahaja.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh...
395
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Laksanakan dululah jangan tunggu sampai
Projek Naik taraf Segamat – Tangkak itu mungkin dalam 2, 3 tahun saya pun tak tahu.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia punya sebab apa Yang Berhormat, tak ada itu?
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Sebab..
Y.B. Dato’ Speaker : Sebab yang pertama.
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Sebab ia pertama, persimpangan itu luas.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh...
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Dan tempat itu sibuk, sekolah ada, dewan
dekat sana, kedai, sebelah masuk ke kampung estet. Jadi, lalu lintas dia kelam kabut,
bahaya. Itu sebab saya mohonlah JKR tolong, itu penting. Saya ucap terima kasih
kepada JKR, program naik taraf jalan-jalan di Batu Anam sekarang tengah laksanakan.
Itu saya ucap terima kasih. Memang banyak kali saya bangkitkan perkara itu di
Dewan dan nampak perkara ini sedang dijalankan. Saya ucap terima kasih kepada
JKR atas usaha merekalah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya saya nak bangkitkan satu perkaralah.
Y.B. Dato’ Speaker : Nak berapa perkara bukan satu?
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Satu, dua lagi. Ini perkara pendek, satu
panjang sikit.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, dua-dua pendek.
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Dewan ini saya sentiasa, berulang alik. Jadi
kadang-kadang dalam jalan raya saya banyak tengok, nampak itu bangkai binatang.
Ada anjing yang mati di langgar, kucing, monyet. Kadang-kadang nampak binatang
liar juga, mungkin kucing liar juga.
Y.B. Dato’ Speaker : Nampak kat mana Yang Berhormat?
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Jalan raya.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah lebuh raya ke jalan kampung?
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Dekat Jalan Segamat – Yong Peng. Hari ini
lalu nampak bangkai itu di sana, besok nampak juga itu reput, busuk. Saya tak tahu
siapa yang bertanggungjawab untuk mengalihkan ataupun macam mana
396
mengambil bangkai binatang itu pergi tanam ke? Siapa yang bertanggungjawab?
Jabatan apa? Kita...
Y.B. Dato’ Speaker : Kalau, rasa saya kalau nak contoh yang baik, Yang Berhormat
berhenti tolong alihkan.
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Saya memang nak alihkan kalau boleh, tapi
terlalu busuk.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah nasiblah itu sebab semua orang tak nak alih. Pasal tahu
busuk. (Dewan ketawa).
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Memang tak boleh, jadi mungkin perkara ini,
walaupun itu binatang tapi dia nyawa jugalah.
Y.B. Dato’ Speaker : Ah, yalah kesian.
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Mungkin ada jabatan yang perlu laksanakan,
kalau dia langgar sahaja nampak alih itu ok. Kalau dah banyak hari, sebab cuaca kita
panas, satu hari sahaja dah reput.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhirnya sayalah nak mohon kepada semua rakyat
Malaysia ini kita harus, apa nama, kita katalah keamanan negara kita itu yang kita
kecapi sekian lama. Jadi, saya kesallah dengan kumpulan Bersih yang akhir-akhir ini
menjalankan demonstrasi jalanan. Kononnya mengatakan pilihan raya di Malaysia ini
tak adil, tak tulus, tak bersih. Kononnya dia je yang bersih. Saya rasa kumpulan Bersih
ini telah pun diperalatkan oleh parti pembangkang untuk mencapai perjuangan politik
sempit mereka. Dan tujuan mereka jelas, dia bukan nak apa, dia nak memporak-
perandakan negara kita. Nak merampas kuasa melalui satu cara yang tidak
demokratik.
Y.B. Dato’ Speaker : Emm...
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Pembangkang sentiasa kata dia demokratik,
tapi kenapa kali ini dia tidak demokratik. Kalau dia menyokong Bersih, dia cakap
pilihan raya kita tak adil, yang semua Wakil Rakyat pembangkang itu dipilih oleh
pilihan raya yang kotor, tak bersih. Jadi, mereka letak jawatan senang sahaja. 4
negeri pemerintahan mereka bubarkan, tak bersih dia cakap. Buat apa?
Y.B. Dato’ Speaker : Bubarkan Dewanlah ek.
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Bubarkan Dewan, pasal dia di pilih oleh
mekanisme yang tak bersih. Bubarkan sahaja kalau dia berani. Bertanding lagi.
(Dewan bertepuk). Bagi kumpulan Bersih, dia tak payah selindung di NGO, masuklah
397
politik. Pilihan raya umum akan datang pandai tengok siapa menang. Itulah baru
anak jantan. Bersih, baru anak jantan. Dia anak jantan ke?
Y.B. Dato’ Speaker : Anak lelaki.
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Ah, (Dewan ketawa). Itulah pandangan
saya, tapi kalau Bersih itu dia anggap dia bersih lagi dia asyik juga nak demonstrasi
jalanan, saya cadang dia demonstrasi di mana tau? Pulau Pinang dekat jambatan itu.
Bawak 10,000 orang duduk dekat sana, (Dewan bertepuk) Demonstrasi! Tengok apa
perasaan Kerajaan Negeri.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker,
Y.B. Dato’ Speaker : Ya.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Rasa kalau dia cadangkan Pulau Pinang secara
konsisten Johor Bahru pun boleh.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, dia bukan cerita itu Yang Berhormat, Yang Berhormat tak.. dia
cadang kalau nak, maklum buat kat Penang, jambatan itu luas. Jadi tak ada
kacaulah. Makna kalau dia bergaduh pun semua terjun laut. Jadi, dia senang ada kiri
kanan itu. Jadi dia habis cerita. Ha’ah saya pun ingat kat laut tu. Betullah (Dewan
Ketawa).
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Banyak tempat dia boleh pilih. Pilihlah Pulau
Pinang.
Y.B. Dato’ Speaker : Ya, betullah Yang Berhormat, memang layak jadi Wakil Rakyatlah.
Bagus betullah.
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Mungkin Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan
buat jamuan untuk mereka. Mungkinlah, saya pun tak tahu.
Y.B. Dato’ Speaker : Saya pun tak terlintaslah pasal jambatan itu. (Dewan ketawa) Ok
dah habis Yang Berhormat? Ok puji-puji juga, time jagalah.
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Oleh sebab itu Yang Berhormat Dato’
Speaker, saya menyeru pihak Polis perlu tegas supaya rakyat mematuhi undang-
undang. Kita ada undang-undang, kita ada Perlembagaan, ikutlah undang-undang
dan menjaga keselamatan, keamanan kebanyakan rakyat yang cintakan keamanan.
Itu sahajalah ucapan saya. Dengan itu, saya juga menyokong rundingan yang
dibawa oleh Yang Berhormat Kukup, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok perbahasan diteruskan lagi, siapa nak berucap? Ha, Sedili.
398
Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain (Sedili) : Assalamualaikum warahmatullahi taala
wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker, setinggi-tinggi
ucapan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut serta
mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini. Bismillahirrahmannirrahim, segala puji
bagi Allah kita memuji-Nya, memohon pertolongan dan keampunan kepada-Nya. Kita
berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kita dan keburukan amalan-amalan kita.
Barang siapa yang Allah tunjuki maka tidak ada yang dapat menyesatkan-Nya. Dan
barang siapa yang Allah sesatkan maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah.
Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya
kecuali Allah dan saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah utusan
Allah. Yang Berhormat Dato’ Speaker...
Y.B. Dato’ Speaker : Macam ustaz saja. Ha’ah, hairan juga... kebelakangan ini.
Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain (Sedili) : Yang Berhormat Dato’ Speaker walaupun
kita daripada Barisan Nasional, kita pun orang Islam juga. Semua orang hendak masuk
Syurga. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sesungguhnya saya ingin menzahirkan
setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah dilahirkan di Negeri Johor
Darul Takzim. Negeri yang aman makmur lagi sejahtera serta ditadbir dengan cekap
dan penuh bijaksana oleh Kerajaan Barisan Nasional, pimpinan Yang Amat Berhormat
Dato’ Menteri Besar Johor. Walaupun pernah diramalkan Johor akan muflis dengan
kakitangan kerajaan yang dituduh perasuah oleh pihak pembangkang sebelum ini.
Namun Negeri Johor terus gagah melangkah maju ke hadapan menarik pelaburan
demi kesejahteraannya rakyat melalui dasar-dasar dan pendekatan yang strategik
tanpa mempedulikan tohmahan jahat yang sengaja dilemparkan oleh pihak
pembangkang. Seperti sudah menjadi tabiat semula jadi pembangkang di Negeri
Johor tahu mencari kesalahan dan kelemahan kerajaan tanpa memberikan apa-apa
sumbangan mahupun cadangan bagi menambahbaikkan keadaan sedia ada.
Sepanjang saya berada di Dewan yang mulia ini, belum pernah sekali pun saya
mendengar pihak pembangkang memuji Kerajaan Negeri Johor. Padahal sudah
begitu banyak kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai khususnya dalam memacu
ekonomi Negeri Johor keluar lebih awal dari kemelesetan yang telah melanda
ekonomi dunia sedikit masa lalu.
Begitu hitamnya hati pembangkang, sehinggakan projek pembangunan ekonomi di
kawasan Pengerang dalam daerah Kota tinggi yang melibatkan pelaburan berjumlah
hampir RM65 bilion pun yang tentunya akan memberikan impak ekonomi yang besar
kepada rakyat di kawasan Pengerang khasnya dan Kota Tinggi amnya, dikatakan
tidak sesuai dilaksanakan sebaliknya pembangkang yang hanya tahu membangkang
mencadangkan agar kawasan ini dikekalkan hanya sebagai kawasan pelancongan.
Inilah perbezaan di antara pembangkang dengan Kerajaan Barisan Nasional yang
mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Pembangkang lebih suka
dan rela rakyat terus kekal dalam keadaan kesusahan dan penderitaan kerana
399
keadaan itu lebih memudahkan mereka meracuni pemikiran rakyat untuk membenci
kerajaan. Sebaliknya Kerajaan Barisan Nasional pula, sentiasa berusaha untuk
melakukan transformasi bagi meningkatkan lagi taraf hidup rakyat bukan seperti
Mengkibol yang menggunakan Dewan yang mulia ini dengan menuduh pihak Polis
Diraja Malaysia sebagai lembap melaksanakan kerja tetapi sebenarnya isu yang
dibangkitkan oleh beliau bukanlah demi kepentingan rakyat tetapi tidak lain adalah
membawa kepentingan perniagaannya sendiri.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, alhamdulillah akhirnya lebuh raya yang
menghubungkan Senai - Pasir Gudang - Desaru telah siap sepenuhnya. Dan telah pun
dibuka untuk kemudahan rakyat. Walaupun agak janggal kerana di bahagian akhir
lebuh raya tersebut iaitu dari persimpangan Pasir Gudang ke Desaru hanya terdapat
satu laluan sahaja. Perjalanan dari Senai ke Desaru yang sebelum ini mengambil masa
2 jam, kini hanya tinggal 45 minit sahaja. Kesan yang dihasilkan dari pembinaan lebuh
raya ini ditambah dengan pelaburan besar yang bakal mencurah ke kawasan
Pengerang telah pun dirasai oleh rakyat khususnya di daerah Kota Tinggi. Apa yang
jelas di kawasan Desaru dan Pengerang, nilai hartanah telah mula meningkat tinggi,
beberapa perumahan mewah telah mula dibina sehingga ada yang mencecah
hampir RM1 juta sebuah yang tentunya tidak mampu dimiliki oleh penduduk setempat.
Jika kadar ini tidak dipantau dengan rapi oleh kerajaan sejak dari awal saya khuatir
pihak pemaju akan lebih berminat untuk membina perumahan mewah sahaja. Ini
tentunya akan menimbulkan masalah perumahan pada masa-masa hadapan.
Justeru, saya memohon supaya kerajaan membuat perancangan awal dan teliti dari
sekarang berkaitan kawasan-kawasan perumahan yang bakal dibina di kawasan
Desaru dan Pengerang. Bagi memastikan semua golongan akan mendapat manfaat
dari pembangunan pesat yang sedang berjalan itu. Yang Berhormat Dato’ Speaker,
seperti yang pernah saya bawakan dalam Dewan yang mulia sebelum ini, pembukaan
Lebuh raya Senai - Pasir Gudang - Desaru juga akan membawa kesan yang negatif
kepada bandar Kota Tinggi terutamanya. Kalau dahulu pengunjung yang ingin ke
Desaru, Pengerang, Sedili mahupun Mersing pasti akan melalui bandar Kota Tinggi.
Pengurangan masa perjalanan lebih-lebih lagi dengan adanya perancangan
kerajaan untuk menaik taraf laluan dari Tanjung Balau ke Tanjung Sedili serta
cadangan membina laluan baru pesisir pantai dari Sedili Besar ke daerah Mersing
mampu menyebabkan bandar Kota Tinggi akan semakin kurang dilawati. Kini
penduduk dari Senai, Ulu Tiram dan Johor Bahru yang ingin ke Desaru dan Pengerang
pasti sebaliknya tidak perlu lagi melalui bandar Kota Tinggi. Keadaan ini jika dibiarkan
tanpa perancangan tentunya akan menyebabkan bandar Kota Tinggi yang telah
dibangunkan sebagai pusat ekonomi bagi daerah Kota Tinggi selama ini akan
perlahan-lahan merosot dan kemungkinan akan menjadi sebuah bandar mati. Saya
percaya bukanlah menjadi matlamat kerajaan untuk melihat Kota Tinggi yang selama
ini terkenal sebagai bandar pelancongan bersejarah akan semakin dilupakan sebagai
pembangunan pesat di Desaru dan Pengerang.
400
Yang Berhormat Dato’ Speaker, walau bagaimana hebat sekalipun pembangunan di
kawasan Pengerang, Kota Tinggi masih lagi mempunyai tarikan tersendiri untuk kekal
sebagai daerah pelancongan yang beridentiti sejarah. Kesejukan dan kedamaian air
terjun Kota Tinggi masih mampu mengambil pelancong untuk datang ke Kota Tinggi.
Justeru Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya sekali lagi ingin mencadangkan kepada
Dewan yang mulia ini supaya kerajaan segera mengambil insentif untuk memberikan
nafas baru kepada daerah Kota Tinggi untuk menggiatkan lagi kemudahan-
kemudahan prasarana serta aktiviti-aktiviti yang mesra pelancong. Tempat-tempat
bersejarah yang banyak berselerak di Kota Tinggi haruslah dieksploitasi sepenuhnya.
Usaha membangunkan dan menjadikan penempatan Orang Asli dari Suku Kanak
sebagai satu dari produk pelancongan beridentiti seperti yang telah saya bangkitkan
beberapa kali di Dewan yang mulia ini, haruslah segera dilakukan. Saya yakin dan
penuh percaya sekiranya usaha dan perancangan dilakukan dari sekarang, bandar
Kota Tinggi akan terus mempunyai tarikan untuk dilawati seterusnya mampu menjana
pulangan yang besar kepada ekonomi Negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhir sekali alhamdulillah berkat kesabaran bekerja
keras lagi gigih banyak pihak, akhirnya banyak permasalahan rakyat dalam DUN Sedili
telah berjaya diatasi dan diselesaikan secara berperingkat-peringkat. Saya mewakili
seluruh rakyat dalam DUN Sedili ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak serta agensi Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri khasnya Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Sultan Johor dan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor yang begitu banyak
membantu dalam menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan oleh rakyat di
DUN Sedili.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya memohon menyokong usul yang dibawa oleh
Kukup.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat. Apa benda ni...
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tadi ada sentuh tentang saya semata-mata untuk
kepentingan business saya sendiri. Sebenarnya saya buat itu terlalu lewat, saya fikir
hendak jawab ke tak nak jawab, saya rasa tak selesa. Tak selesa.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat dia begini, Peraturan bila dia bercakap saja, salah
saja Yang Berhormat bangunlah cepat. Dia tak boleh dah habis sahaja Yang
Berhormat bangun hendak bercakap, tak boleh eh. Dahlah, ambil ingatan sahajalah.
Nanti beritahu.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Sebenarnya saya secara khidmat sahaja. Tak ada
satu sen pun diterima. Tapi kata untuk kepentingan saya, itu salah. Saya minta tarik
balik ni. Satu tuduhan yang tidak benar. Yang Berhormat tolong tarik balik.
401
Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain (Sedili) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau
sebelum ini pembangkang kata kita racist. Pembangkang kata kakitangan kerajaan
semua dalam Dewan ini perasuah tak pernah saya kata tarik balik
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Saya kata, awak kata saya kutuk Polis punya kes.
Itu saya tak terima satu sen pun.
Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain (Sedili) : Saya cakap dalam Dewan ini, dia bawa
berkenaan yang berurus niaga dengan dia. Dia cerita Polis yang...
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat pun dah habis, duduk ajalah. Tak
payah cakap lagi.
Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain (Sedili) : Dia suruh saya tarik balik, mana boleh saya
tarik balik.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tak adil untuk saya, nanti orang fikir saya datang
sini untuk personal, takde, takde. Saya boleh sumpah awak cakap bohong. (Dewan
bertepuk).
Y.B. Dato’ Speaker : Tepuklah puas-puas. Dah lah lagi...
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Entah-entah awak yang bohong.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ha, Yang Berhormat Mengkibol. Ok aman. Kalau nak gaduh
diminta dua-dua keluar dan selesai kat luar. Dia begini kalau ada cakap yang agak
menyalahi Peraturan atau diminta hendaklah segeralah bangun eh. Saya bukannya..
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Minta maaflah saya sudah terlewat.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah, bagus. Minta maaf itu yang baik. Ok, siapa hendak
berucap lagi. Jangan panjang Yang Berhormat eh.
Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin (Semerah) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan...
Y.B. Dato’ Speaker : Sekejap Yang Berhormat, saya hendak beritahu ada pemerhati
dekat atas ni. Beritahulah dia datang ni, penat jauh. Pemerhati di atas adalah
Persatuan NGO Cina, Melayu dan juga daripada DUN Puteri Wangsa. (Dewan
bertepuk). Penyokong Dato’ Halim kata dia. Cakap pendek sikit eh, beri peluang
orang lain.
Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin (Semerah) : Ulang balik Dato’ Speaker…
402
Y.B. Dato’ Speaker : Takpe, ulang tiga kali ulang pun takpe.
Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin (Semerah) : Assalamualaikum warahmatullahi taala
wabarakatuh dan salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat
Dato’ Speaker kerana memberi keizinan kepada saya berucap dalam Dewan yang
mulia ini bagi membahaskan Titah Ucapan Perasmian oleh Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Baginda Tuanku Sultan Johor bersempena Pembukaan Penggal Persidangan Ke-
4 Negeri Johor Ke-12. Saya menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Ke Bawah Duli
Tuanku ketika merasmikan Persidangan Dewan tempoh hari. Sesungguhnya kita berasa
amat bangga kerana mempunyai seorang Sultan yang begitu prihatin dalam segala
aspek kehidupan rakyat ini, tambah terbukti melalui Kembara Mahkota yang baru saja
selesai perjalanannya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, banyak perkara yang disentuh Ke Bawah Duli Tuanku
semasa bertitah kepada kita semua. Justeru itu, saya mengambil peluang untuk
menyentuh beberapa perkara atas Titah tersebut. Pertamanya adalah tentang
pembangunan melalui ihsan. Sumber manusia adalah satu daripada instrument
terpenting dalam membangunkan negara. Tenaga kerja dari anak tempatan amat di
peruntuk. Bagi menzahirkan semangat jati diri dan kebanggaan kerana pembangunan
negara adalah hasil kerja dan kudrat anak bangsa. Tetapi malang, di negara kita
amnya, dan di Negeri Johor khasnya, pekerja-pekerja dari negara asing telah
memenuhi dan menguasai pasaran kerja dari sektor perkilangan, pembuatan,
perladangan, pembinaan hingga ke bidang yang seiringan dengannya. Seperti
pembersihan dan pembantu rumah, dimonopoli oleh warga asing. Puluhan ribu orang
pekerja asing berselerakan di negeri ini.
Di Iskandar Malaysia misalnya, yang bakal sempurna keseluruhan menjelang tahun
2025, memerlukan hampir 50,000 orang tenaga pekerja dan 12,000 daripadanya
adalah tenaga kerja kemahiran tinggi. Adakah kita masih terus menggunakan pekerja
asing?, Di mana Wilayah Pembangunan tersebut?. Usahlah kita asyik terpedaya
dengan helah majikan, yang beri alasan rakyat tempatan enggan bekerja di sektor-
sektor tersebut. Kita tidak mahu menjadi seperti “kera di hutan di susukan, tetapi anak
sendiri mati kehausan”. Dalam hal ini, kita wajar mencari jalan dan idea untuk menarik
anak-anak muda tempatan memenuhi ruang kerja tersebut. Pelajar-pelajar lepasan
YPJ, Kolej Komuniti, ILP, IKM, Adtec, Giat Mara dan sebagainya, mesti ditarik minat
untuk menabur kemahiran dan bakti yang dipelajari. Ini belum lagi diambil kira
bilangan pelajar lepasan SPM dan STPM yang tidak dapat melanjutkan pengajian. Ini
membuktikan kita tidak kekurangan tenaga kerja. Jika suatu masa dahulu, semasa
pembinaan kampus UTM di Skudai, kerajaan menubuhkan KOBENA bagi melatih
tenaga kerja mahir di bidang pembinaan kampus tersebut. Mengapa tidak usaha
tersebut diteruskan bagi memenuhi keperluan kerja di Iskandar Malaysia khasnya.
Demikian juga halnya dengan pembantu rumah. Saya mencadangkan agar Ibu-ibu
tunggal diberi peluang untuk mencari tugasan dengan diberi kursus dan kemahiran.
403
Sediakan inisiatif menarik kepada ibu-ibu tunggal ini seperti gaji, caruman PERKESO,
KWSP dan sebagainya, sebagai daya penarik. Sehubungan dengan itu juga, saya
mencadangkan kepada kerajaan agar mewajibkan syarat kepada kontraktor yang
mendapat kerja dari kerajaan seperti pembersihan bangunan kerajaan, kawalan
keselamatan dan sebagainya, mestilah menggunakan tenaga rakyat tempatan. Saya
percaya, jika sesuatu di fikir, dirancang dan dilakukan, bilangan pekerja asing di
negara ini, pasti berkurangan. Seterusnya kebimbangan tentang keselamatan dan
masalah sosial akan berkurangan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, rimbunan pohon hijau dari pokok kelapa sawit, getah
dan kelapa sentiasa memenuhi tanah di negeri ini. Apabila disebut pertanian, ia begitu
sinonim dengan tanaman tersebut. Tidak dinafikan, tanaman berkenaan adalah
komoditi terpenting negara, tetapi kita juga perlu memikir dan memfokuskan kepada
pertanian berasaskan makanan, sayur-sayuran, ubi kentang, buah-buahan, daging
dan keluaran tenusu, adalah sumber makanan utama penduduk di negara ini. Kita
masih kekurangan bekalan dari dalam negeri bagi sektor ini.
Jika kita amati pada tahun 2010, negara mengimport hampir RM14.27 bilion makanan
berasaskan pertanian. Daripada jumlah tersebut, import haiwan hidup RM120 juta.
Daging RM1.26 bilion. Keluaran tenusu RM1.53 bilion, sayur-sayuran RM670 juta dan
buah-buahan RM812 juta. Angka-angka ini, adalah satu jumlah yang besar. Situasi
inilah menyebabkan harga bahan mentah makanan meningkat naik kerana
ditentukan oleh negara pengeluar. Ini juga yang menjadi rungutan dan keluhan rakyat
masa ini.
Apa yang saya perhatian, sektor pertanian berasaskan makanan agak lesu.
Transformasi besar-besaran dalam pertanian sumber makanan perlu dilakukan.
Peranan agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan, MARDI, FAMA
dan sebagainya perlu diaktifkan lagi. Petani dan peladang perlu disuntik dengan
penggunaan teknologi moden. Ilmu pertanian, baka, bijih benih dan sebagainya.
Sementara soal pemasaran dan pusat pengumpulan, perlu juga diberi keutamaan.
Dengan langkah ini, kebergantungan kita kepada barangan import akan
berkurangan, malah taraf hidup petani dan peladang dapat ditingkatkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sukan juga adalah satu elemen penting dalam
kehidupan rakyat dan mampu mengangkat martabat sesebuah negeri dan negara.
Sebelum ini, tahniah juga diucapkan kepada kontinjen SUKMA yang mendapat
tempat yang ke-3 dalam temasya di Kuala Lumpur, tahun 2011 yang baru lepas.
Hakikatnya, negeri ini tidak ketandusan atlet berwibawa. Ramai jaguhan sukan negara
lahir dari negeri ini. Jika diperhatikan sejak akhir-akhir ini, kegiatan sukan di negeri ini
banyak dipikul oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah, sama ada di peringkat daerah
mahupun di peringkat negeri. Pelbagai peringkat umur dipertandingkan oleh pihak
mereka, seperti umur di bawah 10 tahun, 12 tahun, 14 tahun, 16 tahun dan 20 tahun.
Namun yang ingin saya tekankan di sini, adakah kita hanya mengharap institusi
404
pendidikan sahaja yang menjayakannya? Bagaimana halnya dengan Pejabat Belia
dan juga Majlis-Majlis Sukan Daerah, Persatuan-Persatuan Sukan dan NGO yang lain?.
Satu ketika dahulu, ada kejohanan olahraga di anjur oleh Persatuan Olahraga Amatur
Daerah, Maraton, liga-liga permainan dan sebagainya. Tetapi kini ia kurang bermaya,
dijalankan. Anak-anak muda lepas sekolah sekarang tiada wadah untuk bersukan dan
beriadah. Jika begini, bagaimana untuk mempraktikkan gaya hidup sihat? Demikian
juga halnya dengan gelanggang-gelanggang futsal yang banyak dibina oleh
kerajaan. Saya dapati juga, ada di antara gelanggang tersebut kini tidak terurus dan
banyak kerosakan. Hal ini perlu dipantau dan disediakan badan pengelola di setiap
gelanggang. Saya ingin mencadangkan agar pusat-pusat riadah masyarakat di
tambah diberikan penambahbaikan kepada yang sedia ada. Jangan di lupa
kemudahan untuk OKU dan Warga Emas perlu diambil kira.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, demi merealisasikan slogan “Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan”, perlaksanaan-pelaksanaan projek pembangunan di setiap
DUN dan daerah perlu di pertingkat keberkesanan dan pelaksanaannya. Dalam hal ini,
fungsi Pejabat Daerah sebagai agensi pelaksana hendaklah diberi perhatian. Apa
yang menggusarkan ialah Pejabat Daerah lambat memberikan respons terhadap
permohonan yang dikemukakan. Permohonan rakyat bagi mendapatkan projek
pembangunan, memakan masa yang agak lama. Rakyat tertunggu-tunggu bila
mereka akan memperoleh projek yang dipohon. Apatah lagi projek kecemasan
seperti rumah terbakar, kerosakan akibat bencana seperti dilanda ribut dan
sebagainya, mendapat makluman balas yang lewat. Hal ini menimbulkan kesulitan
bagi Wakil Rakyat bagi menerangkan kepada rakyat. Oleh itu Pejabat Daerah perlu
menetapkan KPI atau jangka waktu tertentu bagi memproses setiap projek atau
program yang dipohon, dan seterusnya diluluskan dan dilaksanakan. Contohnya,
bilakah tempoh waktu kelulusan bagi permohonan jalan, balai raya, jambatan,
bangunan ibadat dan sebagainya. Jika perlu ini dapat dilakukan, saya percaya rakyat
akan gembira dan setiap usaha kerajaan akan mengutamakan rakyat jelata.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya penuh yakin kerajaan yang ada pada hari ini
sentiasa memberi dan menjaga kebajikan seluruh rakyat di negeri ini. Kita tidak perlu
berslogan dan merancang Negara Berkebajikan, kerana rakyat negeri ini sudah
merasai nikmat kebajikan kerajaan Barisan Nasional sejak dari dulu, kini selamanya.
Sebab moto kita adalah “Rakyat didahulukan”.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan kata-kata demikian, saya mohon.
Y.B. Dato’ Speaker : Em, bagus betul.
Y.B. Datuk Hj Ariss bin Samsudin (Semerah) : Menyokong rundingan yang dibawa oleh
ADUN Kukup. Sekian terima kasih.
405
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, perbahasan diteruskan lagi. Jemput Puteri Wangsa.
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumusalam.
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesempatan
yang diberikan kepada saya untuk bersama-sama membincangkan tentang apa
yang telah diperkatakan oleh Ke Bawah Duli semasa pembukaan rasmi sidang yang
lepas. Yang jelas bahawa dalam keadaan negara kita aman, damai dan harmoni ini,
ada juga pihak-pihak yang cuba untuk mengganggu-gugat ketenteraman dengan
menganjurkan berbagai-bagai masalah yang boleh mendatangkan kesusahan
kepada rakyat, baik dalam apa juga bentuk sekali pun.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh sedikit tentang Lebuhraya Pasir
Gudang ke Perling.
Y.B. Dato’ Speaker : Em,…
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Saya rasa dalam Dewan
yang lepas, ada dimaklumkan bahawa sebanyak RM150 juta telah diluluskan, untuk
membesarkan ataupun membaiki keadaan lebuh raya tersebut. Dan peruntukan RM50
juta itu adalah untuk fasa pertama yang harus disegerakan. Sehingga ke hari ini, saya
tak nampak bayangan untuk disegerakan pembesaran atau pembaikan lebuh raya
tersebut. Dan kalau kita lihat, kadang-kadang kita nak pergi Dewan yang mulia ini pun,
kesesakan lalu lintas selalu berlaku.
Umpamanya, di antara Johor Jaya dan juga di antara Kempas. Kalau itu diberi
keutamaan, maka sedikit masalah juga akan dapat diatasi, lebih-lebih lagi kalau ianya
berlaku kerosakan ataupun kemalangan. Rakyat selalu bertanya, Yang Berhormat, kita
selalu mengumumkan bahawa peruntukan telah diluluskan, tapi bila nak buat?
Sehingga hari ini belum ada tanda-tanda bahawa jalan tersebut dapat dilaksanakan.
Saya tak tahu siapa pihak yang bertanggungjawab? Kalau dalam Mesyuarat
Tindakan Daerah, kita selalu bertanya dalam proses tender, akan dilaksanakan segera.
Tetapi bagi Wakil Rakyat yang mewakili kawasan tersebut, saya tidak boleh menjawab
sepertimana yang dijawab oleh pihak yang dipertanggungjawabkan untuk
melaksanakan tugas tersebut. Oleh itu, kepercayaan rakyat terhadap kerajaan harus
kita laksanakan dengan janji-janji yang telah kita lakukan dan janji-janji yang telah kita
suarakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau kita lihat, mengenai dengan perkara-perkara
yang melibatkan tender dan sebagainya, saya mengambil contoh juga Masjid
406
Kangkar Tebrau, dah dua tahun dah Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dah lulus
peruntukan. Dalam proses tender, bila tanya pada daerah, daerah kata hantar pada
negeri, negeri akan hantar pada federal untuk membuat kelulusan. Sampai sekarang
pun tak buat lagi, bila lagi nak buat?
Y.B. Dato’ Speaker : Di zaman saya tu. Dah ada duit tu.
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Betul Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak buat lagi eh?
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Tapi soalnya, dah berapa
lama? Takkan perkara sekecil ini pun, yang dah ada peruntukan, tak boleh buat
sampai sekarang? Sampai bila harus kita tunggu? Sampai bila Wakil Rakyat harus
dipersalahkan? Saya lihat Wakil DAP ni, satu Johor dia jalan. Dia cari masalah,
masalah, masalah dibawa, dia tahu dah nak selesai dah. Nanti dia cakap masalah
masjid, masalah itu, masalah ini dibawa, akhirnya yang selesaikan kita, bukan dia. Dia
cuma bawa ke dalam Dewan yang mulia ini, seolah-olah dia buat kerja. Saya minta,
kalau boleh perkara yang telah diluluskan dan boleh dilaksanakan segerakan
pembinaan, supaya ianya tidak tertangguh begitu lama. Kalau daripada Yang
Berhormat Speaker kata daripada zaman Dato’ Speaker, dah berapa tahun? Dah 20
tahun saya rasa, sampai sekarang tidak buat lagi. Ini dah lulus, tapi sampai bila nak
buat? Saya mengharapkan agar pelaksanaannya dapat disegerakan. Begitu juga
dengan Stadium Hoki, Taman Daya. Projek berjuta-juta ringgit, RM25 juta. Katakanlah
untuk buat Stadium Hoki, setelah siap, pada siapa harus kita serahkan? Diambil oleh
pihak MBJB, dibiarkan gitu saja. Bila nak ada tournament, barulah Persatuan Hoki ini
terhegeh-hegeh jumpa, bila nak buat, bila nak repair dan sebagainya. Bila keluar surat
khabar, kena marah. Yang keluar surat khabar adalah rakyat kerana pembinaan
tersebut jangan sampai membazirkan peruntukan kerajaan adalah duit-duit rakyat.
Kalu misal kata tak boleh, serahkan kepada Persatuan Hoki. Cari jalan untuk kita
aktifkan ataupun stadium-stadium yang telah dibina oleh pihak Kerajaan ini dapat di
selenggara dengan lebih baik.
Y.B. Dato’ Speaker : Sekarang bawah siapa Yang Berhormat stadium itu?
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Itu dalam DUN saya Yang
Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Tidak, bawah siapa jaga? Yang jaga itu siapa?
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Majlis Bandaraya Johor
Bahru.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
407
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Saya kadang-kadang
telefon juga dengan EXCO yang bertanggungjawab, dia kata saya tidak boleh buat
apa sebab belum di serahkan lagi. Saya tidak tahulah CF dah dapat ke belum. Dulu
kita buat Pertandingan Hoki Remaja Dunia, time itulah nampak grand, nampak cantik.
Lepas itu tinggal, rumput tumbuh, najis anjing ada kat situ.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, suruh orang berlatihlah, minta kebenaran berlatih, Persatuan
Hoki.
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Nak minta berlatih pun minta
kebenaran, kalau dah rosak macam mana nak berlatih Yang Berhormat Dato’
Speaker?
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Ha itu jadi masalahnya. Jadi
carikan satu mechanism supaya Persatuan Hoki dengan pihak MBJB boleh
bekerjasama. Supaya, bila kita nak melaksanakan sesuatu event, dengan izin, ianya
dapat dilaksanakan secara bersama dan tidak tertangguh apa juga program-
program yang telah dirancang oleh Persatuan Hoki ini. Banyak, dalam Negeri Johor
pun ada padang-padang hoki yang tidak di selenggara contohnya mungkin di
Kluang, di Muar dan sebagainya. Tapi, perkara ini harus diambil dengan lebih serius
untuk kita pastikan bahawa pembaziran tidak berlaku dalam melaksanakan tugas
tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau kita lihat daripada pembinaan rumah, di Johor
daripada Tahun 2010 hingga suku pertama 2011 berjumlah 45,792 unit rumah yang
telah dibina. Dan, secara puratanya rumah kos rendah bawah RM50,000 sebanyak
1,119 unit, rumah kos sederhana rendah RM80,000 sebanyak 523 unit, rumah RM100,000
hingga RM200,000 sebanyak 7,082 unit, rumah RM201,000 hingga RM300,000 sebanyak
4,151 unit, rumah daripada RM301,000 hingga ke atas pula sebanyak 7,324 unit. Di
Johor Bahru sahaja, kalau kita lihat ada 17,140 unit rumah. Di Setia Indah ini, yang
dibuat oleh Technochase melalui Kerajaan Tempatan. Dah siap rumah, tak boleh
masuk, kerana ada defect yang belum lagi dibuat, dan tidak ada CF. Dah dua tahun
lebih, masuk tiga tahun sehingga kini. Rakyat selalu bertanya, bila boleh masuk rumah
tersebut? Saya beritahu bahawa tidak boleh lagi sebab belum dapat CF. Rujuk
kepada Perumahan, Perumahan kata boleh isi borang tetapi soalnya belum boleh
dihuni oleh penduduk atau penyewa disebabkan oleh defect tersebut. Kalau
dibiarkan, kos akan bertambah. Dan saya lihat bahawa rumah-rumah murah ini terlalu
banyak. Rumah murah jumlahnya lebih kurang dalam 2,197, kos rendah bawah
RM100,000. Tetapi kalau dicampurkan antara RM100,000 hingga RM300,000 ia
melibatkan lebih kurang 14,316 unit rumah. Rumah murah, developer buat, lepas buat,
tak siap, tinggal. Contohnya macam Austin, di Mount Austin. Sampai sekarang tak
408
buat, Desa Kempas. Jadi kenapa rumah murah ini dibiarkan begitu saja? Siapakah
yang mampu untuk membeli rumah-rumah RM200,000 ke atas? Tak semua orang
boleh beli.
Y.B. Dato’ Speaker : Rumah yang harga mahal tu dah siap?
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Boleh dikatakan semuanya
siap, dalam kawasan saya JP Perdana sajalah. Dah siap tapi CF tidak ada, tapi yang
lain semua dah siap dah. Yang high end ni yang harga-harga lebih daripada
RM200,000 ni semua siap. Siapa yang boleh beli? Saya rasa saya pun tak mampu nak
beli. Soalnya, kalau misal kata beli satu rumah, berapa banyak rumah yang kita boleh
beli? Kenapa kita tak beri keutamaan kepada orang-orang yang memerlukan rumah?
Rumah murah ni, ramai, sebab itu keluar dalam surat khabar, tidak ada rumah, tidak
mampu untuk beli. Sekarang kerajaan menggalakkan, bawah RM220,000 tak silap saya
boleh beli rumah yang bergaji RM3,000 tapi pinjaman bank macam mana? Pemaju
setuju atau tidak? Mechanism dia macam mana? Tapi kalau ini berterusan, akhirnya
kerajaan akan terus dibelenggu dengan masalah rumah-rumah kos rendah. Saya
ambil Setia Indah, dan saya minta Setia Indah ini, Taman Setia Indah, rumah murah,
kalau boleh segerakan dan Technochase tu blacklisted sajalah. Dulu PPR Tebrau, dah
duduk masalah, ini dekat Setia Indah pula. Lepas itu orang-orang yang tidak ada
kebolehan, kemampuan ni diberikan kerja. Ini kena lihat Yang Berhormat Dato’
Speaker kerana kalau kita biarkan, ianya akan mendatangkan masalah kepada
kerajaan, yang kena jawab kerajaan juga, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai dengan projek Petronas di Pengerang.
Saya tahu bahawa pengumuman telah dibuat bahawa Petronas akan membina hab
Petrokimia sebanyak RM60 bilion, begitu juga dengan Dialog Group sebanyak RM6
bilion dan semua ini adalah untuk mangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Saya mencadangkan agar ditetapkan 40% kepada kontraktor Bumiputera, orang
Johor untuk dapatkan kerja tersebut, Kerana apa? Ramai kontraktor kelas A, kalau kita
pergi Terengganu contohnya, misalnya di Kemaman, diberi keutamaan. Kerajaan
Negeri dicari mechanism macam mana untuk mengutamakan anak tempatan, tak
kiralah Melayu, Cina, India, anak tempatan untuk diberi keutamaan dalam kerja-kerja
tersebut. 60 bilion banyak, kita tengok macam IRDA, IIB pun selalu setelah dibuat kita
bersuara, mana kontraktor tempatan? Tidak ada yang berkelayakan ke? Nak masuk
Negeri Sembilan, kena tetapkan, mesti anak-anak tempatan didahulukan. Nak masuk
ke Melaka begitu juga, nak masuk ke Penang begitu juga, nak masuk Kedah begitu
juga, habis apa jadi pada orang Johor? Orang luar semua boleh masuk, orang Johor
tak boleh dapat. Ini bukan sentimen kenegerian, tetapi kita beri keutamaan kepada
mereka. Ini satu peluang yang baik. Kena perlu diingat bahawa kontraktor ini juga
mempunyai tanggungan, anak bini, pekerja, overhead dan sebagainya yang perlu
kita lihat untuk kita bantu dalam memacu ekonomi kontraktor-kontraktor tempatan
yang ada dalam Negeri Johor. Kalau tidak kita jadi tukang tengok je la, Yang
Berhormat Dato’ Speaker dan saya pun tak nak, hanya segelintir sahaja yang dapat
409
kerja ni. Orang ni lepas tu buat syarikat pun orang ni juga, buka syarikat pun orang ni
juga. Ni bukan tuduhan, tetapi ini berlaku, kalau boleh diagihkan secara adil supaya
agihan kek ekonomi dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat yang ada dalam
Negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, baru-baru ini kalau kita baca akhbar dan dalam
Kembara Mahkota saya ikut, Ke Bawah Duli menegur tentang keadaan Negeri Johor,
sampah dan sebagainya. Mungkin ada kebenarannya tetapi tidak semua Negeri
Johor kotor. Tetapi ini perlu dilihat sebagai satu perkara yang serius. Sebab mungkin
pihak-pihak yang telah diberi tanggungjawab, tidak melaksanakan tugas tersebut
dengan sempurna. Ataupun mungkin tidak cukup kakitangan atau mungkin tidak ada
kesedaran sivik, sama ada rakyat, masyarakat yang tidak peka tentang kebersihan
dalam negeri kita ini.
Dan, teguran ke Bawah Duli bahawa Ahli-Ahli Majlis tak buat kerja, saya masuk sikit la
kadang-kadang Ketua-ketua kampung, PBT, mungkin tak pantau SWM, atau SWN tak
buat laporan pada PBT. Kita perlu lihat bagaimana untuk mengatasi masalah yang
tersebut oleh Ke Bawah Duli Tuanku. Ni kadang-kadang lantik Ahli Majlis berdasarkan
kepada terima kasih. Bukan berdasarkan kepada kemampuan, kebolehan dan merit.
Ahli Majlis juga adalah pembantu kita. Ahli Majlis juga adalah pembuat dasar di dalam
Majlis-Majlis Tempatan. Ni sampai 4 term pun ada. Kaji balik la lihat, kalau 1 term,
tengok dia belajar 2 term boleh, ok lah. Yalah, ni sampai 4 term. Duduk kat kerusi tu pun
tak membantu juga. Masalah longkang, parit saya dengar juga bawa dalam Dewan
sepatutnya tak perlu bawa. Bawa ke Mesyuarat Tindakan Daerah ataupun Majlis. Ini
sepatutnya kita selesaikan.
Tetapi pelantikan ini harus berlandaskan kepada kemampuan. Kemampuan Ahli-Ahli
Majlis supaya perkara yang di sebutkan Ke Bawah Duli ini dapat kita atasi. Adakan
kempen-kempen kebersihan, kesedaran dan jaga alam sekitar. Ini tanggungjawab kita
secara bersama dan semua pihak memainkan peranan. Mainkan peranan untuk
memastikan bahawa kebersihan dalam negeri kita ini dapat kita di jaga dengan
sebaik mungkin. Ke Bawah Duli tidak akan tegur kalau perkara ini tidak berlaku. Kalau
kat tepi pantai nampak sampah, plastik dan sebagainya. Dalam perjalanan nampak
ada tin, nampak ada kayu, tadi cakap bangkai kat highway, tu memang tak boleh
elak kena langgar, tapi segerakan la buang. Nampak putung rokok, kayu-kayu
sampah dan sebagainya. Ini-ini memang kita lihat negara maju yang lain, saya, yalah
kadang-kadang kawan-kawan pergi Europe ke apa, saya tak nampak. Dah maju tapi
bersih. Tapi kita kenapa tak jadi macam tu. Di Singapore kalau kita masuk, kita takut
nak buang sampah. Tetapi kerana apa, mungkin penguatkuasaan kita kurang. Rakyat
dia tak takut. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker..
Y. B. Dato’ Speaker : Panjang lagi Yang Berhormat?
410
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Saya ada 2, 3 perkara lagi,
Yang Berhormat Dato’ speaker..
Y. B. Dato’ Speaker : 2, 3 perkara?
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Pada semalam, saya benda
ni pun kadang-kadang susah juga kalau kita bercakap dia kata kita tuduh supaya
tindakan kena ambil.
Y. B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat, duduk kejap Yang Berhormat. Aduh. Ke Batu
Pahat beli rambutan, rehat nak minum Kopi Jantan. Ahli Yang Berhormat, Dewan
ditangguhkan selama 15 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 4:05 petang.
Persidangan di sambung semula pada jam 4:20 petang.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam
sejahtera. Persidangan disambung semula. Dijemput, Yang Berhormat….
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Datuk
Speaker…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ringkaskan Yang Berhormat eh..
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Saya ringkaskan. Satu lagi
sekolah agama ni, Yang Berhormat Datuk Speaker, Taman Mount Austin adalah antara
fasa pertama yang harus dibuat. Sekarang ni, sepatutnya siap bulan 9, dah delay.
Mungkin kerana kontraktor bertukar atau kontraktor tak ada duit dan sebagainya.
Saya tak nak ini jadi macam e-desa, bila diberikan peluang untuk buat sekolah agama
sebanyak 121 yang dijanjikan oleh Yang Berhormat ini akan terbengkalai kerana
ketidakmampuan kontraktor yang hendak buat sekolah agama tersebut. Saya setuju
dengan rakan saya, daripada Bukit Permai yang menyatakan bahawa sekolah agama
yang pertama ini harus dilaksanakan supaya ianya menjadi realiti. Begitu juga dengan
janji-janji untuk buat Sekolah Agama Taman Puteri Wangsa, bangunan tambahan
Sekolah Taman Daya, Sekolah Agama Taman Setia Indah dan Sekolah Agama PPR
Desa Tebrau.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pada 7 Jun yang lalu, saya terbaca dalam akhbar
News Strait Times tentang biometrik di Imigresen yang menyebabkan keadaan jam di
Tambak Johor. Dalam statement di News Straits Times Singapore, DUN daripada
Skudai, dia cakap Kerajaan Malaysia menghadapi masalah tentang biometrik, kerana
411
ini baru permulaan. Komen-komennya adalah negatif terhadap Imigresen kita,
keselamatan kita. Saya nak beritahu, saya pernah pergi ke Singapura. Saya masuk
lane hijau. Kita tak tahu undang-undang baru bahawa rokok haruslah di declare,
dengan izin. Jadi, bawalah rokok. Rokok dah buka pun. Dia bongkar kita ni macam
kita penjenayah. Bila masuk je ke Singapura, kita tahu keselamatan dalam negara
tersebut terjamin. Begitu juga dalam negara kita ini. Sepatutnya kita beri sokongan
bukan memberikan pandangan negatif terhadap negara kita sedangkan dia adalah
rakyat Malaysia. Dia adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, yang sepatutnya
mempertahankan perkara ini.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Datuk…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Kenapa Yang Berhormat?
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Datuk Speaker, Peraturan 45 13 (17),
saya perlukan memberikan penjelasan. Saya tak pernah bagikan keterangan yang
negatif berkenaan CIQ. Cuma, bagi nasihat siapa yang keluar masuk CIQ itu kena
mematuhi undang-undang termasuk orang Singapore…
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Datuk
Speaker…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat, kerana dia sebut pun benda yang
Yang Berhormat dah sebut lebih awal. Jadi, dia….
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dalam Star semalam bukan News Straits Times. Dia
sudah bagi salah maklumat.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok. Jemput duduk, Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat, 7 hari
bulan saya ada di Singapore, saya baca statement tu. Pertahankanlah. Kalau kita
pergi ke Amerika sekalipun, bila kita di interrogate ataupun investigate nak masuk,
kadang-kadang kena hantar balik, kenapa tak kompelin? Bila negara kita ni nak
menguatkuasakan undang-undang supaya orang luar jangan masuk, kenapa kita
bantah? Sepatutnya kita pertahankan. Bila Mat Selamat, ingat tak dulu Mas Selamat,
dalam DUN saya. Apabila dia dapat lari, kita nak masuk dari Singapore ke Malaysia,
cap jari, masuk dalam kereta bagi orang berjanggut dan pakai purdah. Kenapa tak
bising? Kenapa bila keadaan ini berlaku dalam negara kita, kita tak pertahankan? Tapi
bila ada masalah, inilah semalam… Skudai. Dia tuduh Polis kautim kerana kes kelapa
sawit. Ini tak baik.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Bukan saya, Datuk Speaker.
412
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Ini Senai yang bercakap.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Ya, betul.
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Saya tak cakap dia. Senai
yang bercakap tentang tuduhan tu…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : ….Bagi sumber yang salah.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat, dia tak ada kena mengena dengan
Yang Berhormat. Jemput…
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Jadi, dia kata Polis kautim.
Saya nak beri fakta sikitlah kepada Senai ni, supaya dia tahu, jangan nak tuduh dan
buat persepsi yang tak baik kepada anggota-anggota kerajaan.
Pertamanya, kes ni adalah pada 20.4.2011, pukul 2:05 pagi, rondaan pasukan Polis
ternampak sebuah lori di FELDA Inas, antara Bandar Tenggara dan FELDA Inas. Polis
buat tinjauan dan nampak lori dan menangkap, menahan lori tersebut. Pencuri itu
telah ditangkap dan di reman selama 4 hari. 1 lelaki Cina dituduh di bawah Seksyen 29
(1) UUK. Sementara 1 lelaki Melayu, sebagai saksi pendakwaan. Pertuduhan telah
dibuat di bawah, dibuat pada 25.4.2011. Suspek mengaku salah dan kenakan denda
RM500.00. Dia dituduh di bawah Seksyen 29 (1) UUK 1955. Jadi, kalau ada tuduhan
macam ni, kautim, seolah-olah macam penjawat-penjawat awam khususnya Polis
menerima rasuah. Ini satu tuduhan palsu, yang harus ditarik balik oleh Senai. Dia tak
boleh tuduh macam ni. Jadi, tak adakah tindakan undang-undang yang harus
diambil? Kenapa menimbulkan persepsi yang tidak baik?
Begitu juga, ni dalam website ni, blog, tadi Machap dah bercakap, dengan izin, isn’t a
one civil service, a form of apartheid? Dalam ni juga, non Malays, dengan izin, non
Malay have been gradually cleans from the public sector with only a few remaining
now in crucial and, in crucial sector such as teaching in vernacular schools. The Orang
Asli have been totally excluded. Saya nak tanya, dia belajar kat mana? China,
Singapore ataupun daripada mana? Daripada sekolah sini. Penjawat Awam ini adalah
orang Melayu dan orang Cina. Beri pelajaran sampai jadi bijak pandai tanpa
memikirkan dan tak ada apartheid. Ini tidak, menuduh. Ini kan satu tuduhan yang
incompetent. Ni apa cerita ni? Dia rasa dia betul ke?
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok. Ringkaskan, Yang Berhormat. Bagi peluang orang
lain.
413
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Persoalannya sekarang ni,
dia kena balik tuduhan. Tarik balik tuduhan. Tak semua, mentang-mentanglah
penjawat-penjawat awam ni kebanyakan orang Melayu. Seolah macam kita tak betul.
Saya nak bertanya Yang Berhormat Datuk Speaker, pengundi saya yang kat atas,
NGO. Saya tak pernah mengetepikan mereka. Saya bantu mereka kerana dia adalah
pengundi dan rakyat saya. Sebagai orang Melayu dan dia orang Cina untuk saya
bantu mereka. Jangan ada pembohongan dalam Dewan yang mulia ini. Itu yang
jadi tak betul.
Yang Berhormat Datuk Speaker, harapan saya agar sebagai Wakil Rakyat yang ada
integriti, jaga. Jangan kita nak sokongan, tetapi dalam masa yang sama kita buat
pembohongan. Ini tidak betul, Yang Berhormat Datuk Speaker. Senai pun dah satu kes.
Dulu, Taman Impian Jaya dengan Gunung Emas. Dia datang sebagai Lawyer tapi
sampai sekarang tak tau apa cerita. Duit dah ambil, tapi sekarang tak tau cerita. Dah
dibuat atau tidak. Jadi, saya harap perkara-perkara macam ni harus lihat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, akhir sekali ingin saya sampaikan ucapan terima kasih
daripada Persatuan Zing Jun Johor, daripada Tokong Lim Taman Daya, Tokong Hok Lim
Taman Daya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan NGO daripada Puteri Wangsa dan
Sekolah Tamil termasuk juga rakan-rakan dari komponen parti kepada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar di atas lawatan yang telah memberikan peruntukan sehingga
dapat menjayakan apa juga aktiviti dan permohonan yang telah dipohon oleh pihak
mereka. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, saya mengucapkan ribuan terima
kasih bagi pihak mereka. Dengan itu, Puteri Wangsa menyokong usul yang dibawa
oleh DUN Kukup. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh.
Jemput yang lain…
Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Assalamualaikum warahmatullahi
taala wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, Senggarang mengucapkan
jutaan terima kasih dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih berkesempatan untuk
bersama-sama menjunjung kasih taat dan setia kepada Duli Yang Maha Mulia
sempena perasmian pembukaan Penggal Persidangan Ke-4 bagi Dewan Undangan
Negeri Johor kali ke-12 pada 23 Jun yang lalu.
Dan di awal bicara ini, Senggarang juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas
kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor yang telah berjaya
membawa pelaburan untuk negeri ini selama 3 tahun yang lepas dalam sekitar jumlah
pelaburan RM26 bilion.
Senggarang amat yakin bahawa pelaburan yang besar, yang datang ke Negeri Johor
ini, adalah kerana pelabur melihat Johor sebuah negeri yang berpotensi untuk
berkembang maju masa kini dan masa akan datang. Dan, mempunyai indeks
414
kestabilan dari segi keselamatan dan keamanan yang cukup selesa dan mampan. Ini
jelas kita lihat di kawasan Nusajaya ini sendiri, di jalan keluar dan masuk ke Kota
Iskandar ini, pembangunan terus menerus dilaksanakan dijalankan dan pelbagai
syarikat bertungkus lumus membangunkan Nusajaya ini, hari demi hari.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Duli Yang Maha Mulia juga ada mengingatkan agar
usaha membasmi kemiskinan diteruskan. Itu sebab, Senggarang mengharapkan agar
Projek Penempatan Tersusun Orang Asli di Sungai Banang yang telah disuarakan di
Dewan yang mulia ini, 2 tahun yang lepas yang menelan belanja sekitar RM10 juta
telah pun siap. Terima kasih diucapkan kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat
Dato’ Menteri Besar Johor, Yang Berhormat EXCO Kemajuan Luar Bandar dan Yang
Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan dan kontraktor
yang menyiapkan kerja-kerja ini. Cumanya, penduduk perkampungan Orang Asli ini
menunggu bilakah mereka dapat merasai ataupun berpindah ke penempatan yang
baru ini. Senggarang mengharapkan agar sebelum masuk bulan Ramadhan atau
Syawal ini, mereka dapat mengecap nikmat rumah baru ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Duli Yang Maha Mulia juga mengharapkan agar
generasi muda Johor mengambil peluang dan memperlengkapkan diri penguasaan
ilmunya dan pelbagai kemahiran. Walaupun peratusan rakyat kita yang cintakan ilmu
khususnya melalui pembacaan di tahap yang amat rendah sekali. Mengikut statistik,
rakyat Malaysia yang membaca hanya 4% sahaja. Maka di Dewan yang mulia ini,
Senggarang ingin mencadangkan agar budaya membaca ini terus menjadi amalan
generasi muda. Konsep Shopping Mall Libraries, dengan izin, atau perpustakaan di
dalam kompleks membeli-belah wajar diketengahkan di negara kita ini. Konsep
perpustakaan yang lebih bersantai dan menyeronokkan. Di samping dapat membeli-
belah bersama keluarga, menonton wayang, makan-makan, pengunjung ke kompleks
membeli belah ini mempunyai satu lagi pilihan iaitu mendapat maklumat di
perpustakaan yang disediakan di kompleks membeli-belah ini. Melalui pendekatan
baru ini adalah diharap agar budaya membaca dapat berkembang dengan lebih
cepat lagi.
Senggarang sekali lagi ingin mencadangkan agar Perbadanan Perpustakaan Awam
Johor diberikan tanggungjawab ini berserta dengan dana yang sesuai untuk
menjayakan konsep perpustakaan yang cukup baik ini. Kerajaan boleh memberikan
garis panduan kepada pemaju yang membangunkan sesebuah kompleks membeli-
belah yang bakal ataupun yang baru dibina agar disediakan ruang untuk
Perpustakaan Awam. Perpustakaan ini sebagai pulangan kepada kerajaan dan
Senggarang yakin pulangan ini juga kepentingannya untuk rakyat keseluruhannya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Duli Yang Maha Mulia terus mengharapkan agar
perkembangan ekonomi dipertingkatkan, penguasaan ilmu di perkasa tetapi Tuanku
tidak pula lupa untuk menitahkan dan mengingatkan kita agar menjaga alam sekitar
dengan mengekalkan keluasan rizab hutan simpan kekal dan memulihkan sungai yang
telah tercemar.
415
Mungkin kita terlupa, walaupun kita sering merayakan ataupun meraikan pelbagai
jenis hari yang ada di masyarakat kita ini, seperti Hari Guru, Hari Buruh, Hari Bapa, Hari
Ibu, Hari Raya, Hari Kebangsaan, tetapi kita jarang meraikan Hari Bumi. Pada 22 April
2011 yang lalu, seluruh dunia menyambut Hari Bumi, temanya Berbilion Tindakan Hijau.
Senggarang tidak pasti berapa ramai dalam Dewan yang mulia ini, tahu adanya Hari
Bumi ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, tema ini menuntut orang ramai
menggunakan berbilion cara untuk memelihara alam sekitar.
Di Malaysia misalnya, 3 program pemuliharaan alam sekitar dilaksanakan iaitu
Selamatkan Air Terjun, Green Hunt 2011, dengan izin, dan Kempen Menanam 1,000
pokok. Di Kembara Mahkota Johor baru-baru ini juga menggunakan tema dan
pendekatan yang sama iaitu pemuliharaan alam sekitar tanggungjawab kita.
Pengisian program ini dengan mengadakan gotong-royong perdana di setiap
kawasan Pihak Berkuasa Tempatan bagi menanam pelbagai jenis pokok di samping
menjayakan kerja-kerja pembersihan dan pengindahan. Alhamdulillah, Kembara
Mahkota Johor dalam programnya berjaya menanam 1,950 pokok keseluruhannya.
Cuma Senggarang berpendapat, kebanyakan program yang diadakan ini hanya
promosi semata-mata agar selari dengan program yang hendak dijayakan. Program
ini berkala dan tidak kelestarian dalam pemuliharaan alam sekitar secara berterusan.
Lebih malang lagi, Yang Berhormat Datuk Speaker, istilah pemuliharaan alam sekitar
sering disalahertikan kepada istilah bakar, buang dan musnah. Kalau di kiri kanan jalan
sebelum ini dipenuhi dengan rumput menghijau, tetapi apabila ada sahaja program
pemuliharaan alam sekitar, maka di kiri kanan jalan ini ditarah, disodok hingga tiada
lagi rumput yang menghijau. Kononnya, nak nampak bersih maka rumput dibuang
begitu saja. Ibarat yang di tiris menjadi bocor, yang koyak menjadi rabak, yang retak
menjadi belah, yang pecah menjadi lumat. Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.
Yang Berhormat Datuk Speaker, maka dengan itu Senggarang ingin menyarankan
agar pihak-pihak yang menyelia contohnya, JKR menyelia Jalan Persekutuan, Majlis
Perbandaran yang menyelia jalan-jalan di dalam kawasan PBT, JPS yang menyelia
jalan dan jalan ladang agar dapat berganding bahu menjaga rumput di kiri kanan
jalan dengan hanya dipotong atau dihiasi dengan pelbagai jenis pokok yang baik
untuk kehidupan kita. Janganlah dibuang atau diracun, lalu dimusnahkan rumput
yang menghijau ini. Senggarang bersedia untuk bekerjasama untuk mengekalkan
kehijauan ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga secara terbuka
memberi sokongan terhadap langkah kerajaan melaksanakan pengajian al-Quran.
Matlamatnya, tujuannya tak lain tak bukan untuk membina generasi al-Quran. Barisan
pewaris yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental mampu berhadapan dengan
pelbagai cabaran.
416
Peningkatan dari segi kejayaan yang dicapai dapat dilihat satu persatu. Sukan SUKMA
baru-baru ini, tahniah kita ucapkan kepada chef de mission kita kerana berjaya
meningkatkan nama Johor. Tahniah juga kepada Yang Berhormat EXCO Belia dan
Sukan dan tahniah kepada semua yang terlibat. Begitu juga kejayaan Qariah kita
yang dinobatkan sebagai Johan peringkat Kebangsaan. Tahniah kepada EXCO
Agama. Kepada ADUN Nusa Jaya, jangan mengalah tetapi teruskanlah berjuang dan
berusaha agar bola sepak Johor beroleh kemenangan lebih besar satu hari nanti.
Anggaplah semua ini sebagai cabaran yang sentiasa menanti. Anggaplah
Senggarang, sedia berganding bahu.
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusa Jaya) : Terima kasih Senggarang, Yang
Berhormat Datuk Speaker.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat tak perlu celahlah.
Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Senggarang sedia berganding bahu
membantu tetapi bukan untuk pengganti. Kemenangan akan menjelma juga jika kita
bersatu hati. Berusahalah dengan gigih tanpa henti. Semua mereka yang menegur
bukan mendengki tetapi mereka rasa sayang dan simpati.
Yang Berhormat Datuk Speaker, apabila sesuatu perlawanan bola sepak bermula, itu
bererti perlawanan yang melibatkan maruah negeri itu. Sebab kita lihat
penyokongnya sanggup bergaduh, membaling bola api, berteriak kerana kononnya
mempertahankan maruah negeri. Senggarang berpendapat bagi memulihkan
semula semangat bola sepak ini, maka pelbagai pendekatan boleh diadakan, Liga
DUN Senggarang dengan singkatannya LDS misalnya yang menyerupai format
Kejohanan Piala English Premier League, dengan izin iaitu Piala EPL telah pun berjaya
menarik minat golongan muda ini.
Di DUN Senggarang, piala yang disediakan juga menyerupai Piala Dunia. Bentuk dan
saiznya juga sama. Liga DUN Senggarang telah pun diadakan pada tahun kedua
ataupun disebut musim kedua. Kejohanan bulan November bermula bulan November
dan tamat sekitar bulan Jun dan Julai. Nampaknya sukan bola sepak hidup semula di
kawasan Senggarang dan kawasan sekitarnya. Kalau EPL ada Chelsea, Manchester
United ataupun MU, Arsenal, Liverpool dan berbagai lagi, LDS juga ada nama DOBI,
AC Senggarang yang kebanyakannya pemain kaum Cina, Banang Jaya FC
kebanyakannya pemain India di bawah pimpinan Yang Berhormat ADUN Kahang,
Parit Jalal, Rejosari, Seri Pantai dan pelbagai lagi. Terima kasih diucapkan kepada
Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah Menengah Tengku Mahmud Iskandar,
Senggarang kerana membenarkan padang sekolah ini dijadikan kejohanan ini setiap
minggu. Sebuah akademik bola sepak juga telah diwujudkan dan berjaya menghantar
pemain-pemain untuk menyertai Piala Menteri Besar, Piala Sultan dan Liga J.
417
Senggarang berharap dan berazam agar akan lahirlah bintang bola sepak yang
hebat dari akademi bola sepak ini. Melihat program Sukan MASSA seperti bola sepak,
takraw, badminton, bola keranjang, bola jaring, futsal, basikal, petanque mampu
memantapkan hubungan dan perpaduan antara kita serta berada dalam satu
semangat yang tinggi terhadap cintakan negara dan negeri, maka Senggarang
mencadangkan agar kejohanan sukan-sukan seperti sukan KSK, SUJOR, sukan antara
DUN diperbanyakkan dan diteruskan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, satu lagi kejohanan yang sering diadakan di kawasan
DUN Senggarang ini dan jarang-jarang diadakan di tempat lain ialah pertandingan
bina badan. Kalau di peringkat antarabangsa kita ada Mr. Asia atau Mr. Universe di
mana saudara Sazali Samad yang menjadi jaguhnya maka di DUN Senggarang ada
Mr. Senggarang. Ada penggiat dan pelopornya, sukan ini ada pencintanya dan
apabila terdapat sesuatu kejohanan, maka akan datanglah 300 hingga 400 orang
yang bertubuh sasa dan gagah. Maka apabila Senggarang berusaha untuk
mendapatkan peruntukan daripada Pejabat Menteri Besar kerana keperluan tempat
mereka berlatih ini, maka dilihat kejohanan ini menjadi begitu menarik perhatian anak-
anak muda.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Duli Yang Maha Mulia juga terus menyarankan tanpa
henti, mengehendaki seluruh rakyat bersatu padu mengekalkan perpaduan yang
harmoni dan sejahtera, mengamalkan kesederhanaan dalam apa jua isu, berkongsi
kehidupan di bawah naungan Perlembagaan Negara. Semua hak dijaga tak kira
Melayu, Cina dan India dan lain-lain. Jangan diungkit apa yang termaktub, hindarkan
rasa tidak puas hati dan buruk sangka, hidup dalam muafakat yang sentiasa
membawa berkat. Ungkapan ini bukan sekali dua kita dengar, sudah banyak kali.
Apakah kita masih tidak faham atau mungkin buat-buat tidak faham ataupun mungkin
tak mahu ambil faham. Perhimpunan Bersih 2 ini, Senggarang berpendapat semua
orang telah faham, satu perhimpunan yang diterajui oleh manusia-manusia yang
memang tidak mahu ambil faham terhadap apa yang disarankan oleh Duli Yang
Maha Mulia Tuanku. Senggarang menyokong sebulat suara agar peneraju
perhimpunan ini dikenakan tindakan ISA sepertimana yang disebut oleh Bukit Naning.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat. Yang Berhormat masa cukup.
Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Sikit lagi.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ringkaskan.
Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Senggarang tidak begitu suka hendak
menjerit, bertekak, meninggi suara mahupun berkeras. Negara kita ada undang-
undang maka tunjukkanlah. Ada pilihan raya, maka tunjukkanlah kemenangan itu
pada pilihan raya. Dan jika kalah, terimalah hakikat kekalahan. Yang Berhormat
Datuk Speaker, para pimpinan Barisan Nasional tidak pula membakar semangat
418
kepada jika mereka menerima kekalahan seperti mengatakan SPR tidak telus, SPR
patut diubah tetapi Barisan Nasional muhasabah diri, cari kelemahan, ubah
pendekatan, tingkatkan usaha dekati rakyat, buat transformasi dalam parti dan
kerajaan maka tercetuslah dan lahirlah apa yang disebut slogan keramat “1Malaysia,
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”. Akan tetapi di pihak pembangkang,
jika mereka kalah mereka kerap mengatakan kerajaan tidak adil, zalim dan pelbagai
lagi. Apabila bekas Presiden Majlis Peguam Negara dan gerombolannya
mengungkitkan pada SPR bahawa pendaftaran terbuka ataupun pendaftaran secara
automatik perlulah dilaksanakan dan SPR mengatakan bahawa perubahan ataupun
Artikel 119 (4) Perlembagaan Persekutuan ini tidak boleh diubah buat masa ini kerana
sokongan 2/3 diperlukan di Parlimen, maka mereka mengaturkan untuk mengadakan
perhimpunan Bersih ini. Mereka mengatakan bahawa SPR juga tidak buat kerja dan
pelbagai-bagai lagi tuduhan. Adat orang berniaga, ada masanya untung, ada
masanya rugi. Adat orang bermain, ada menang ada kalah. Adat orang yang
bertanding, ada yang menang dan ada yang tewas. Kenapa pembangkang asyik
nak menang sahaja? Terimalah hakikat kalau dah kalah.
Yang Berhormat Datuk Speaker, di hari Khamis yang mulia ini, saya ingin mengajak
saudara saya dalam PAS dan barisan pembangkang bukan niat nak mengajar, bukan
niat nak tunjuk pandai tetapi kita berada di negara yang sama di negeri yang sama.
Kita tahu sejarah parti masing-masing. Cubalah direnung dan ambil masa dalam 10
minit selepas solat, lebih elok solat tahajjud, fikir sejenak benarkah perjalanan Parti PAS
kini. Senggarang hanya mahukan ahli agar ahli-ahli PAS berfikir dengan iman bukan
dengan dendam kesumat. Masih ingatkah lagi perjuangan PAS dahulu bagaimana,
sekarang ini bagaimana. Dulu PAS kata, segalanya dalam syarahannya yang dulu PAS
berkata dalam syarahannya, mengundi calon bukan Islam haram, ubah akidah, cacat
akidah, kafir. Kini PAS kata, boleh bersekongkol pula dengan DAP dan boleh beri undi
kepada calon yang bukan daripada orang Islam. Tidakkah cacat akidah ahli PAS.
Dulu PAS mengatakan sembahyang di masjid kerajaan, maka pahalanya ganjarannya
tidak diterima Allah. Kini bila PAS memenangi di negeri-negeri yang dahulu BN
perintah, tidak pula dirobohkan masjid-masjid itu malah terus digunakannya. Dulu PAS
mengatakan nak membangun sebuah Negara Islam walaupun pendekatan BN telah
lama menerapkan nilai-nilai dan saranan Islam, kini bila PAS berganding bahu dengan
PKR dan DAP, suatu perkara yang amat memeranjatkan kita apabila Presiden PAS
selepas muktamar baru-baru ini mengatakan konsep Negara Islam ditukar, diubah
kepada Negara Berkebajikan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Cukup masa, Yang Berhormat. Nak bagi peluang
kepada orang lain.
Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Yang Berhormat Datuk Speaker,
akhirnya saya ingin berpesan dan berdoa kepada semua sahabat-sahabat saya di
dalam PAS, agar mereka diberi taufik dan hidayah agar dapat memikirkan secara
matang, cubalah istikharah agar pilihan tidak terpesong jauh. Dan, saya juga ingin
419
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jabatan sama ada peringkat negeri
mahupun peringkat persekutuan yang telah berjaya menyelesaikan permasalahan
yang ada di DUN Senggarang ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong
rundingan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia yang dibawa oleh Kukup. Sekian,
terima kasih.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih, jemput. Tanjung Surat.
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Bismillahirrahmannirrahim,
assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumusalam warahmatullahi taala wabarakatuh.
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Yang Berhormat Datuk Speaker,
terlebih dahulu saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat
Datuk Speaker, yang memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian
dalam perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor pada hari Khamis yang
lalu.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mewakili masyarakat Pengerang ingin
mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia
dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah membawa Projek Gas Dan
Petroleum ke kawasan Pengerang khasnya di Tanjung Surat dengan pelaburan RM65
bilion, iaitu terdiri daripada RM5 bilion projek terminal gas dan petroleum di Tanjung
Ayam dan juga di Tanjung Kapal dan RM60 bilion lagi ialah di kawasan Teluk Ramunia
iaitu kawasan Pengerang oleh Petronas. Dengan adanya projek pembangunan
industri gas ini, di kawasan Pengerang telah memberi peluang pekerjaan lebih
daripada 15,000 orang dan juga peluang perniagaan, peniaga kecil dan sederhana
serta besar dan juga dapat meninggikan taraf ekonomi terutama sekali penduduk di
kawasan Pengerang khasnya kepada anak-anak kaum nelayan yang terdapat di
kawasan Pengerang ini. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Pengerang menerima
projek tersebut tanpa bantahan termasuk kaum nelayan yang mana projek ini
memberi keuntungan dan faedah kepada semua penduduk di kawasan Pengerang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin memberitahu kepada DUN Skudai yang
agaknya kurang faham ataupun dia sibuk untuk membela kaum nelayan di kawasan
saya. Sebenarnya kaum nelayan yang terlibat dalam projek ini hanya dua pangkalan
saja, iaitu pangkalan Kampung Sungai Buntu dan juga Kampung Sungai Kapal, yang
mempunyai keahliannya seramai 121 orang. Iaitu, Kampung Sungai Buntu mempunyai
52 orang, 16 orang yang ada lesen, 36 orang tanpa lesen. Nelayan Kampung Sungai
Kapal seramai 69 orang, 35 orang ialah yang berlesen dan 34 orang yang tidak
berlesen.
420
Pihak syarikat telah membayar sagu hati kepada 112 orang iaitu 93 daripada 121
orang sebanyak RM30,000.00 dan sebanyak RM15,000.00. Hanya 9 orang saja yang
tidak mahu menerima pampasan kerana beliau hendak mendapat lebih daripada
RM30,000.00. Saya difahamkan sebanyak 9 orang nelayan ini ialah nelayan Tuah yang
bertuah. Saya ingin bertanya kepada pihak Perikanan, adakah pihak Perikanan
mengeluarkan lesen Tuah kepada 9 nelayan di Kampung Sungai Kapal ini? Kalau tidak
ada lesen, apakah tugas Pengarah Perikanan? Sepatutnya Pengarah Perikanan
mengambil tindakan kepada mereka-mereka yang tidak mempunyai lesen Tuah yang
saya difahamkan oleh pihak nelayan atau persatuan nelayan bahawa mereka ini
sebenarnya pihak Perikanan tidak ada mengeluarkan lesen. Sebenarnya mereka
sudah kaya. Dalam masa 40 tahun mereka dapat berjuta-juta ringgit. Jadi saya harap
pihak Perikanan mengambil tindakan segera kerana ia akan menimbulkan masalah
pada kerajaan untuk meneruskan projek industri petroleum ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam perjumpaan ADUN Skudai dengan nelayan
berpangkalan di Sungai Rengit untuk mendapat maklumat projek tersebut, segala
maklumat yang diberi tidak benar kerana Pangkalan Sungai Rengit di satu kawasan
dinamakan Pulau Lima dan juga di Punggai yang jauhnya kira-kira 15 kilometer hingga
20 kilometer daripada kawasan projek ini. Kalau Yang Berhormat ADUN Skudai hendak
terus membela nelayan di kawasan saya, saya jemput beliau untuk bertanding Pilihan
Raya Ke-13 di Tanjung Surat. (Dewan bertepuk). Barulah boleh membela nasib kaum
nelayan. Kalau tidak jangan berani untuk mengganggu di kawasan orang lain.
Kalau…
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Datuk Speaker, saya hendak beri
penjelasan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Dia menyentuh dia tak salah. Dia cuma pelawa Yang
Berhormat untuk bertanding.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Sebenarnya itu hari, saya pergi makan makanan laut
dekat Pengerang…
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Tak ada, tak ada, Yang Berhormat
Datuk Speaker, dia masuk dalam surat khabar…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Dia tak tuduh, dia cuma pelawa Yang Berhormat untuk
bertanding.
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Saya pelawa saja, cuba.
Sebenarnya di DUN Surat ini ialah orang-orang Melayu yang lebih pada hampir 75%
orang Melayu pengundi. Orang Melayu Tanjung Surat ini memang tak terima DAP.
DAP ialah parti yang menentang Islam, yang anti-Islam dan anti-Melayu. Maka nak
terima apa? Tak terima. Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker…
421
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Hello, ini satu tuduhan, tak benar, tak benar, tak
ada bukti. Kita tak pernah tuduh mana-mana agama. Tak ada, tak ada, satu
tuduhan tak betul. Kita hormati parti semua. Kita hormati semua agama.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Dah, dah Yang Berhormat, jemput duduk.
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Apa tuduhan tak betul pulak?
Yang Berhormat Datuk Speaker…
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ini masa dah suntuk ni.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Kita parti-parti hormati semua agama.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat jemput duduk. Ini masa dah suntuk ni.
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Saya dah suntuk ni. Pada
keseluruhannya nelayan dan penduduk tempatan bersetuju dan menerima projek
tersebut dengan hati terbuka. Melihat pembangunan ekonomi yang dapat
mengubah cara hidup nelayan daripada pekerja nelayan kepada pekerja industri.
Untuk makluman Datuk Speaker, di kawasan laut Pengerang pada ketika ini semakin
berkurangan ikannya, tambahan pula berlaku tumpahan minyak, sentiasa ditimpa
oleh masyarakat nelayan di Kampung Pengerang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin memberi ingatan kepada Yang Berhormat
daripada ADUN Skudai, jangan sekali membuat andaian yang tak munasabah
mengenai Projek Terminal Gas Dan Petroleum di Tanjung Ayam dan Tanjung Kapal
kerana projek ini telah dikaji dengan teliti oleh EIA ataupun Jabatan Alam Sekitar.
Dengan kesan-kesan yang berlaku terhadap projek tersebut. Maka bagaimana Yang
Berhormat yang berkenaan dapat membuat andaian seperti berlakunya pencemaran
dan banjir.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Datuk Speaker...
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Yang Berhormat Datuk Speaker...
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat, ini apa hal ni? Tak, Skudai, dia buat
andaian.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Tak buat andaian. Laporan EIA ada dalam tangan
saya, mungkin Yang Berhormat Tanjung Surat itu sendiri tak ada. Nanti minta satu
salinan…
422
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Kita pun ada laporan. Itu saya tak
bersetuju. Orang nak bercakap, dia nak bercakap, sibuk betullah dia ni. Bagilah
peluang saya bercakap. Saya tak boleh sentuh. Kerana saya hormat sebagai Ahli
Yang Berhormat. Ini kacau betullah. (Dewan Ketawa).
Yang Berhormat Datuk Speaker, bagaimana Yang Berhormat Skudai menyatakan
pendapatan nelayan Pengerang di antara RM3 juta hingga RM5 juta sebulan dengan
jumlah nelayan 1,000 orang bermakna orang nelayan di Pengerang ni pendapatan
dia hingga RM5,000.00 sebulan, bermakna saya menganggap bahawa nelayan di
Pengerang ini tidak boleh lagi mendapat subsidi minyak ataupun sara hidup RM200.00
kerana mereka sudah berada dalam keadaan mewah. Jadi, saya cadangkan
kepada pihak Perikanan kalau ini berlaku, kita batal ajelah, beri pada mereka yang
layak saja, yang sepatutnya dapat. Dan cukai pendapatan juga mesti mengambil
tindakan kerana RM5,000.00 ini kali dengan 12 bulan RM60,000.00. sepatutnya dia pun
kena cukai pendapatan, jangan orang lain kena, dia free.
Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker, satu lagi saya nak sentuh berkenaan dengan …
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ambil yang mustahak je, Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Dah nak habis Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yalah ambil yang mustahak.
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Yang Berhormat Datuk Speaker,
berkenaan dengan hutan bakau. Hutan bakau dan ancaman air sungai, perlu
dikawal dengan ketat oleh kerajaan atau jabatan-jabatan yang tertentu yang mana
jabatan perlu berhati-hati untuk meluluskan projek kolam udang dan ketam serta ikan
di kawasan tempat saya terutama sekali di DUN Tanjung Surat. Yang mana ada pihak-
pihak yang melanggar syarat-syarat yang telah di tetap oleh kerajaan, sebagai
contoh projek kolam udang dan ikan di Sungai Lebam. Yang mana ada beberapa
buah syarikat yang membina kolam udang dengan menebang pokok bakau sesuka
hati dan juga menimbus atau menutup beberapa batang sungai untuk kepentingan
syarikat tersebut. Jadi saya harap perkara ini dapat pihak kerajaan dan jabatan untuk
meneliti dan mengkaji sebelum meluluskan projek-projek terutama sekali pihak KEJORA
yang saya lihat banyak projek-projek yang lulus kepada mereka-mereka yang tidak
bertanggungjawab.
Yang Berhormat Datuk Speaker, satu lagi ialah berkenaan dengan satu projek di
Kampung Air Bentan di Sungai Papan iaitu Sungai Lebam. Baru-baru ini ada sebuah
syarikat UTC Sdn. Bhd. telah membina jeti pangkalan kapal di kawasan Sungai Lebam
iaitu dengan menebang pokok bakau secara besar-besaran. Di sini saya ingin tahu
adakah syarikat UTC ini mempunyai kelulusan dari pihak kerajaan untuk membina jeti
yang saya anggap besar yang boleh mengganggu ketenteraman dan juga
423
kehidupan kaum nelayan yang terdapat di sepanjang Sungai Lebam terutama sekali
Kampung Tanjung Sireh.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mewakili masyarakat Pengerang mengucapkan
terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah dapat
melaksanakan Projek Lebuhraya Desaru ke Senai yang telah dibuka pada 10.6.2011
yang lalu. Dengan pembukaan ini memberi kemudahan dan jimat masa dan minyak
kepada penduduk di kawasan Pengerang untuk pergi ke Ulu Tiram atau Nusajaya serta
ke Johor Bahru dalam masa sejam jika dibandingkan dengan 2 jam sebelum ini. Saya
percaya dengan adanya projek lebuh raya ini memberi kesan positif kepada
pelancongan Desaru dan juga kehadiran pelancong semakin ramai yang hadir
terutama sekali di pekan Sungai Rengit oleh warganegara Singapura.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dengan ada lebuh raya ini, saya lihat bahawa lebuh
raya ini hanya memberi dua lorong saja. Biasanya lebuh raya dia mempunyai 4 lorong.
Oleh sebab itu, masyarakat di Pengerang mengucap terima kasih kepada kerajaan
tetapi dia minta kepada kerajaan supaya bayaran tol daripada Desaru ke Tanjung
Langsat dikurangkan 50% kerana kalau nak anggapkan lebuh raya tak boleh panggil
lebuh raya kerana dia hanya melalui 2 lorong saja.
Yang Berhormat Datuk Speaker, satu lagi saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor semasa lawatan Yang Berhormat
ke Parlimen Pengerang pada tahun lepas. Yang mana, pada ketika itu pihak KEJORA
telah mengadakan taklimat mengenai pembinaan jambatan Tanjung Belungkor ke
Tanjung Surat yang dianggarkan RM24 juta, yang sejauhnya 400 meter, dijangka akan
dibina pada 2013. Oleh sebab itu, saya ingin bertanya bilakah jambatan ini siap dibina
dalam masa yang terdekat seperti yang telah dijanjikan dalam taklimat yang diberikan
pada masyarakat di Tanjung Surat dan Tanjung Belungkor.
Yang Berhormat Datuk Speaker, satu lagi saya ingin menyentuh Jabatan Agama.
Pada tahun 2009, kawasan saya dilanda oleh ribut yang kuat menyebabkan
beberapa rumah rosak dan runtuh. Salah satu rumah yang runtuh ialah terdiri
daripada kumpulan e-Kasih. Yang mana, pada ketika itu saya bersama-sama dengan
Kadi Daerah mengadakan lawatan di tempat tersebut dan saya meminta pihak
Jabatan Agama dapat membina semula rumah yang telah roboh disebabkan ribut
berlaku ketika itu.
Dan, pada ketika itu saya sempat bercakap dengan Pengarah ketika itu dan
Pengarah Jabatan Agama telah bersetuju untuk membina rumah tersebut. Maka, dia
minta Kadi untuk melantik kontraktor tempatan. Maka, pihak Kadi dapat lantik dan
telah bina dan siap pada tahun 2010 pada bulan Ogos. Tapi malangnya pada hari ini,
sehingga hari ini bayarannya tidak boleh dibayar, kerana difahamkan katanya
Pengarah tak setuju. Saya tak fahamlah dengan Jabatan Agama ini. Kalau tengok
sikit Jabatan Agama ni orang yang kira orang yang apa?
424
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd Taat (Bukit Serampang) : Alim.
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Betul. Asyik cakap belit-belit, tukar-
tukar, macam India. Betul tak?
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Tarik balik.
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Berbelit-belit cakap. (Dewan
ketawa). Ini boleh, ini tak boleh. Yang masalahnya orang dah duduk. Orang nak
tinggal…
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Saya rasa ini perkataan macam India ini tak
sesuai.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Tarik balik.
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Apa kacau pula. Jangan kacau
orang bercakap. Apalah ni.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Parti DAP ni. Pening kepala
dengan DAP ni. Lain kali jangan masuk sinilah. (Dewan ketawa).
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, akhir sekali. Akhirkan.
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Sikit lagi. Saya harap pihak
Jabatan Agama supaya ambil tindakan segeralah untuk menyelesaikan masalah
kontraktor ni yang dah lama hampir setahun, belum dapat lagi bayaran sebanyak
RM33,000.00.
Jadi, Yang Berhormat Datuk Speaker, saya tak nak bercakap kerana tempoh pun dah
masa. Walaupun banyak lagi yang saya bercakap ni, insya-Allah, kita akan jumpa ke
tak jumpa tahun depan, tak taulah.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Simpan.
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Kalau tak jumpa, tak adalah
agaknya. (Dewan ketawa). Jadi saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat
Datuk Speaker kerana memberi peluang saya terlebih 5 minit dalam perbahasan saya
pada hari ini. Dengan ini saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat
DUN Kukup.
425
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Alhamdulillah. (Dewan ketawa). Masa dah cukup. Hari
ini hari Khamis, malam ini malam Jumaat, jadi kita bagi rehat 3 hari. Jadi, dengan ini
Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga Isnin, 4 Julai 2011, jam
9:30 pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 5:10 petang.
426
PENYATA RASMI
MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL
PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12
HARI KEENAM ISNIN, 04 JULAI 2011 BIL. 14 TAHUN 12
HADIR
Y.B. Dato’ Speaker,
Dato’ Haji Mohd. Ali bin Hassan,
DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,
Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor.
Datuk Haji Ahmad Zahri bin Jamil, PJN., PIS.
(Sri Medan)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan
Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Johor.
Dr. Hajah Robia binti Dato’ Haji Kosai
(Sungai Balang)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.
Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, SPMJ., KMN., PIS.
(Endau)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.
Encik Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PIS.
(Bekok)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor.
Datuk Haji Ab. Aziz bin Kaprawi, PJN., PIS., AMN.
(Parit Raja)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor.
Puan Asiah binti Md. Ariff, AMN.
(Johor Lama)
427
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan
dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, Johor.
Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.
(Tiram)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,
Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Johor.
Encik M. Asojan a/l Muniyandy, AMN.
(Gambir)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Johor.
Encik Hoo Seong Chang, PIS.
(Paloh)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Johor.
Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday
(Mahkota)
Y.B. Datuk Haji Othman bin Jais, PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN.
(Buloh Kasap)
Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.
(Panti)
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah, PJN., PIS., AMN.
(Tanjong Surat)
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat, JP., KMN., PIS., AMN., PPN.
(Bukit Serampang)
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, DSNS., AMN., PIS.
(Kempas)
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman, PJN., KMN., PIS., JP.
(Machap)
Y.B. Datuk Ng See Tiong, PJN., JP., KMN., AMN., PIS., PK.
(Parit Yaani)
Y.B. Puan Lim Kee Moi, PIS.
(Yong Peng)
428
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman, DSNS., KMN., AMN.
(Puteri Wangsa)
Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin, DMSM., DSM., BCM., PIS., PPN.
(Semerah)
Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin, AMN., KMN., PIS., PPA., PSSB.
(Layang-Layang)
Y.B. Encik Lau Chin Hoon,
(Pemanis)
Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., PPN., AMN.
(Kemelah)
Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.
(Semarang)
Y.B. Datuk Haji Abdullah @ Md. Khalid bin Md. Ali, DMSM., PIS., AMN.
(Bukit Naning)
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee, DPSM.
(Jementah)
Y.B. Encik Cheong Chin Liang,
(Bukit Batu)
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong, DMSM.
(Pulai Sebatang)
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, DMSM., KMN., AMN.
(Nusajaya)
Y.B. Datuk Koh Chee Chai, PJN., PIS.
(Penggaram)
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.
(Rengit)
Y.B. Encik Tan Cher Puk, AMN.
(Johor Jaya)
Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba, DMSM.
(Pasir Raja)
429
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad, PGDK., PIS., KMN., AMN.
(Benut)
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu, PJN., PIS., BSI., KMN., AMN., PPN.
(Permas)
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor,
(Penawar)
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan,
(Kahang)
Y.B. Encik Tang Nai Soon,
(Pekan Nenas)
Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PMW.
(Jorak)
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof, DMSM., DSM.
(Kukup)
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali,
(Bukit Permai)
Y.B. Encik Goh Tee Tee, PIS.
(Tangkak)
Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain,
(Sedili)
Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim, PPN.
(Senggarang)
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan, PIS., AMN.
(Tenggaroh)
Y.B. Encik Chia Song Cheng,
(Pengkalan Rinting)
Y.B. Encik Mok Chek Hou,
(Stulang)
430
Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim
(Tenang)
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh,
(Sungai Abong)
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang,
(Bentayan)
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau,
(Skudai)
Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim
(Maharani)
Y.B. Encik Ng Lam Hua,
(Mengkibol)
TURUT HADIR
(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
NEGERI JOHOR)
Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor,
Tuan Haji Obet bin Tawil, PIS.
Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor,
Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, DMSM., DSM.
Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor,
Tuan Haji Marsan bin Kassim
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Johor,
Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, DK., SPMJ., PIS.
(Serom);
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru, KMN., AMN., PIS.
(Tanjung Puteri)
Y.B. Encik Ong Kow Meng,
(Senai)
431
Persidangan bermula pada jam 9:35 pagi.
Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.
DOA.
(Jurutulis baca doa).
Y.B. Dato’ Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Diucapkan
selamat pagi, salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, Perbahasan diteruskan.
Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN MENJUNJUNG KASIH KEPADA
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli Yang Berhormat, belum lagi. Ini hari, pihak kerajaan akan
menjawab untuk satu hari, dan esoknya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan
memberikan penjelasan dan jawapan dalam Persidangan. Jadi, saya harap semua
Ahli Mesyuarat dapat menjawab satu hari pada hari ini. Ahli Yang Berhormat,
perbahasan diteruskan. Jemput siapa yang nak berucap.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker yang telah sudi
memberi peluang kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian bagi
perbahasan Dewan Undangan Negeri Johor Darul Takzim Tahun 2011, pada pagi yang
berbahagia ini.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang
Berhormat yang telah sudi mengemukakan beberapa perkara yang berhubung kait
dengan Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi menjawab cadangan yang diusulkan oleh Yang
Berhormat dari Kawasan Kukup mengenai mengadakan satu Jawatankuasa Bebas
bagi mengkaji keadaan udara di Tanjung Piai.
Loji Jana kuasa Tanjung Bin telah melaksanakan kajian penilaian kesan kepada alam
sekitar sekeliling secara terperinci dan laporan itu juga telah dibuka kepada orang
awam dan juga agensi terlibat untuk ulasan. Laporan ini telah diluluskan pada 17
Oktober 2003 berdasarkan kepada input daripada ulasan orang awam dan juga
agensi teknikal yang terlibat.
Jabatan Alam Sekitar telah menetapkan syarat yang amat ketat terhadap
pengoperasian Loji Jana kuasa Tanjung Bin dari segi kawalan pengawasan kualiti air, di
432
mana pihak loji tidak dibenarkan untuk melepaskan air buangan dari operasi loji
melebihi piawaian B dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen
Perindustrian) 2009 dan kawalan kualiti udara. Sementara bagi kawalan kualiti udara,
pihak loji tidak dibenarkan untuk melepaskan pelepasan bendasing ke udara melebihi
piawai berikut : Sulfur dioksida, Nitrogen oksida dan Karbon monoksida : 0.5 g/nM3
(gram per nano meter cube) dengan izin, serta jumlah pepejal terampai 0.05 g/nM3,
dengan izin.
Loji Jana kuasa Tanjung Bin juga telah memasang ‘Continuous Monitoring System’
dengan izin, yang mana Jabatan Alam Sekitar dapat memantau pelepasan kumin-
kumin pepejal ke udara secara online, dengan izin. Jabatan Alam Sekitar akan
mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas jika terdapat ketidakpatuhan
terhadap piawai yang ditetapkan dan akan memastikan pihak loji untuk menjalankan
penambah baikkan jika terdapat kegagalan dalam kawalan kualiti udara. Oleh itu,
dengan pengawasan yang ketat oleh Jabatan Alam Sekitar belum perlu wujud
jawatankuasa khas bagi memantau kualiti udara bagi Loji Jana kuasa Tanjung Bin.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat dari Kawasan Skudai telah
membangkitkan soalan mengenai kesan alam sekitar dan sosioekonomi jangka
panjang bagi projek hab petrol kimia di sepanjang pantai Johor-Selatan.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menetapkan sebarang cadangan projek berkaitan
petrokimia dan pembinaan kilang penapis minyak (refinery) dengan izin, hendaklah
melalui prosedur Laporan EIA Terperinci (DEIA) yang akan diproses oleh Bahagian
Penilaian di Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar. Di mana, Kajian DEIA akan
memperincikan langkah-langkah kawalan bagi setiap impak alam sekitar yang telah
dikenal pasti terutamanya kualiti air, kualiti udara, terhadap kebisingan, kesan kepada
sosioekonomi penduduk tempatan yang terjejas, baik di peringkat pembinaan dan
operasi cadangan projek tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, cadangan projek terminal minyak di Pengerang telah
pun memperoleh kelulusan Laporan DEIA (Detail Environment Impact Assessment)
dengan izin, pada 14 April 2011 yang mana laporan tersebut telah membincangkan
impak-impak alam sekitar seperti penurunan kualiti air laut, kesan kepada nelayan
tempatan dan operasi chalet-chalet pelancongan, impak kebisingan, pencemaran
udara dan sebagainya bersama-sama langkah-langkah kawalan yang berkaitan.
Antara langkah-langkah kawalan yang dicadangkan adalah penggunaan kapal
pengorek Trailing Head Suction Dredger (THSD) dengan izin yang kurang menjana
serakan kelodak/lumpur semasa kerja-kerja pendalaman dijalankan di samping
melupuskan lumpur yang dikorek di tapak pelupusan yang dibenarkan, tahap
kebisingan dikawal dengan menggunakan kaedah, peralatan dan cara kerja (method
of work) dengan izin, yang tidak menyebabkan kebisingan, menyediakan zon
penampan yang mencukupi bagi kawasan resort di Tanjung Kapal.
433
Kemungkinan banjir di kawasan Sungai Kapal dan Sungai Buntu dapat dikurangkan
memandangkan kawasan muara sungai-sungai tersebut akan didalamkan semasa
kerja-kerja pendalaman oleh kapal pengorek dijalankan. Langkah-langkah kawalan
yang dibincangkan dalam laporan DEIA tersebut akan lebih diperincikan dalam Pelan
Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management Plan, EMP) dengan izin, yang
perlu dikemukakan untuk kelulusan Jabatan Alam Sekitar sebelum projek boleh
dimulakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat dari Kawasan Parit Yaani
membincangkan mengenai permohonan kelulusan Jabatan Alam Sekitar untuk projek
membina kilang Perindustrian di Technopark, Mersing. Dalam menilai dan memberi
input teknikal kepada Jawatankuasa OSC tersebut, Jabatan Alam Sekitar mengguna
pakai Garis Panduan Penempatan dan Pengezonan Industri yang diterbitkan oleh
Jabatan ini. Garis panduan ini merujuk kepada kategori industri seperti industri ringan,
sederhana dan berat serta jenis-jenis industri yang termasuk di dalam kategori tersebut
dan punca-punca pencemaran yang mungkin akan wujud akibat dari pengoperasian
industri yang dicadangkan.
Garis panduan ini juga mencadangkan keperluan zon penampan yang perlu bagi
setiap kategori industri tersebut, dan keperluan zon penampan ini adalah bertujuan
bagi meminimumkan impak kepada reseptor sensitif seperti orang awam bagi
menjaga dan memastikan kesihatan orang awam terjamin sekiranya berlaku
kegagalan di dalam alat-alat kawalan pencemaran yang dipasang di premis-premis
industri.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, tidak dinafikan bahawa terdapat banyak kawasan
industri yang dibangunkan di Negeri Johor bagi menyokong dan menyediakan
infrastruktur bagi keperluan industri. Namun begitu, bukan semua jenis industri boleh
ditempatkan di satu-satu kawasan industri yang sama. Contohnya, industri elektronik
dan farmaseutikal memerlukan persekitaran udara yang bersih dan tidak boleh wujud
bersama industri berasaskan kayu.
Maka, sekali lagi konsep dan kaedah perancangan perlu diaplikasikan sebaik-baiknya
sebelum kelulusan pembangunan diberikan agar kesilapan dalam membuat
keputusan dapat dielakkan dan akan menyebabkan kerugian bukan sahaja kepada
pelabur, malah kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga.
Jabatan Alam Sekitar juga menekankan konsep perancangan zon dalam sesuatu
pembangunan kawasan industri. Pembangunan kawasan industri perlu menyediakan
zon penampan yang mencukupi terutama sekali kepada kawasan-kawasan kediaman
yang berhampiran. Dalam hubungan ini, konsep pengezonan pintar boleh
diperkenalkan iaitu penyediaan zon penampan menggunakan kawasan industri itu
sendiri.
434
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam memberi pertimbangan kepada cadangan-
cadangan industri, Jabatan Alam Sekitar perlu juga melihat kepada peruntukan
perundangan sedia ada. Ada aktiviti-aktiviti industri ini yang tertakluk di bawah
Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam
Sekeliling), 1987 yang memerlukan satu kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling
(EIA) disediakan dan mendapat kelulusan daripada Jabatan ini terlebih dahulu
sebelum apa-apa kelulusan boleh diberikan oleh pihak berkuasa yang meluluskan
projek seperti yang termaktub di dalam bawah Seksyen 34(A), Akta Kualiti Alam
Sekeliling, 1974. Aktiviti-aktiviti industri ini bersifat kritikal dan boleh memberi kesan
secara langsung kepada alam sekitar dan orang awam.
Walau bagaimanapun, Jabatan Alam Sekitar tidak dapat mengulas secara terperinci
perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Parit Yaani memandangkan isu
yang dibangkitkan adalah secara umum dan tidak menyentuh mana-mana
permohonan secara spesifik.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi menjawab soalan yang di bangkitkan oleh Yang
Berhormat dari Kawasan Bukit Batu mengenai pencetusan bekalan air akibat
tumpahan minyak diesel ke anak Sungai Pontian Besar.
Premis Bukit Batu Brick Mills dengan izin, didapati melepaskan pencemaran minyak dari
kerja-kerja yang dijalankan. Tindakan menghentikan pencemaran minyak melalui Notis
Arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor bertarikh 3 Mei 2011.
Kerja-kerja pembersihan dan penambahbaikan ke atas sistem perparitan bagi
mengelakkan minyak mengalir keluar ke perairan daratan telah dijalankan pada 5 Mei
2011.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat dari Kawasan Senai pula telah
membangkitkan mengenai isu pelucut hak kan hidup liar di Zoo Saleng. Jabatan
PERHILITAN mempunyai hak dan untuk memasuki sebuah premis tanpa apa-apa waran
ataupun perintah daripada Mahkamah di bawah Seksyen 95 Akta Pemuliharaan
Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Mengenai hidupan liar yang dirampas dan dilucut hak kan, Seksyen 111 Akta
Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), menerangkan mana-mana hidupan liar
yang dirampas dan dilucut hak kan akan menjadi hak Kerajaan. Terdahulu
permohonan pemilik untuk memperbaharui permit khas telah ditolak oleh Ketua
Pengarah PERHILITAN, berdasarkan peruntukan Seksyen 14(1) Pemberian Lesen dan
Seksyen 12(3) Permohonan bagi lesen, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2011 (Akta
716).
Rayuan pemilik kepada pihak Yang Berhormat Dato’ Menteri melalui juga tidak
diluluskan dan Jabatan diarahkan untuk mengambil tindakan sewajarnya selaras
435
dengan peruntukan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2011 (Akta 716).
Seksyen 110(1) Pelucut hak kan Hidupan Liar, Akta ini menerangkan mana-mana
permohonan yang tidak diluluskan permohonan pemilikannya boleh dilucut hak kan
oleh Jabatan PERHILITAN.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang
Berhormat dari Kawasan Pekan Nenas mengenai talian tetap Telekom, di kesemua
rumah kediaman jenis teres di Taman Damansara dan juga di Jalan Gemilang 1 hingga
8 di Taman Gemilang, Telekom Malaysia telah pun membekalkan kemudahan
telekomunikasi talian tetap berserta Streamyx.
Bagi kediaman di Jalan Gemilang 9 dan 10 di Taman Gemilang, perancangan
pembangunan talian tetap sedang dalam tindakan dan dijangka akan dimulakan
pada tahun 2012. Untuk penduduk di rumah pangsa Taman Damansara, kemudahan
talian tetap tidak dapat dibekalkan atas sebab ketiadaan infrastruktur di dalam rumah
pangsa berkenaan. Buat sementara waktu Telekom Malaysia telah menyediakan
perkhidmatan telekomunikasi menerusi perkhidmatan telefon tanpa kabel
menggunakan teknologi CDMA.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang
Berhormat dari Kawasan Kahang, cadangan Pejabat Pos di Taman Sri Lambak.
Sukacita di maklumkan Pos Malaysia Berhad dalam perancangan bagi menubuhkan
sebuah Pejabat Pos Mini seawal 2012 di sana. Manakala bagi masalah keluaran setem
khas nilai-nilai murni, Pos Malaysia telah menarik balik semula penjualannya pada 16
Jun 2011 disebabkan kesilapan cetakan.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, masalah banjir di Batu 21, Kulai yang dibangkitkan
oleh Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Bukit Batu. Projek tebatan banjir yang
dilaksanakan di sana, terdiri daripada pembinaan dua kolam takungan iaitu satu di
hulu dan satu di hilir. Walaupun kolam ini dibina, ia tidak dapat menampung jumlah
hujan yang turun lebih kapasiti kolam-kolam ini. Justeru itu, pejabat ini akan
meningkatkan kapasiti kolam-kolam tersebut berdasarkan kawasan yang ada. Pejabat
ini juga akan mengubahsuai kolam yang pada masa ini adalah in-line pond jadi off-line
pond.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi menjawab soalan yang dibangkit oleh Yang
Berhormat daripada Kawasan Bentayan mengenai masalah di Sungai Bentayan.
Pembersihan Sungai Bentayan dibuat secara berkala pada setiap tahun. Sungai
Bentayan dari kuala sehingga Persimpangan Jalan Hashim tidak mengalami masalah
kelodak lumpur kerana keseluruhannya, keseluruhan tebingnya telah di bina dengan
binaan rubber pitching, dengan izin dan konkrit. Kawasan ini juga mengalami kesan
pasang surut air sungai 2 kali sehari yang berterusan. Pada masa ini, keadaan sungai,
aras Sungai Bentayan masih dalam keadaan baik dan tidak tohor.
436
Bagi tembok penahanan, penahan Sungai Bentayan yang runtuh, Jabatan Pengairan
dan Saliran telah membuat pengagihan semula peruntukan untuk perlaksanaan projek
tersebut. Kerja sebut harga bagi pembaikan tembok ini telah pun ditawarkan.
Perlaksanaan projek yang bernilai RM435,000.00 akan dimulakan pada pertengahan
Julai 2011 dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, masalah hakisan pantai yang disoalkan oleh Ahli Yang
Berhormat dari Kawasan Kukup, Jabatan JPS sentiasa mengambil langkah-langkah
pengawalan untuk mengatasi masalah hakisan pantai dari terus berlaku. Antara
kaedah-kaedah yang telah digunakan untuk pengawalan hakisan pantai di Pontian
adalah kaedah kawalan struktur seperti pembinaan benteng batu, soft rock, dengan
izin dan benteng konkrit.
Walau bagaimanapun, daripada pengalaman JPS kaedah benteng baru adalah
kaedah yang terbaik, batu adalah kaedah yang terbaik untuk pengawalan hakisan di
Pantai Pontian kerana ia tahan lasak dan sesuai dengan keadaan ombak di kawasan
ini yang agak kuat. JPS telah menjalankan kerja-kerja pengawalan hakisan pantai
sejak 70-an. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 pula sebanyak RM29.4 juta telah
dibelanjakan untuk kerja-kerja pengawalan hakisan di Pontian.
Bagi langkah jangka panjang pula, kerajaan sedang menyediakan Pelan Pengurusan
Pantai Bersepadu atau Integrated Shoreline Management Plan (ISMP) dengan izin bagi
Pantai Barat Negeri Johor yang dijangka siap pada tahun 2012. Pelan ini bertujuan
untuk menyediakan garis panduan dan strategi bagi melindungi dan menguruskan
kawasan persisiran pantai dengan lebih efektif, sistematik dan lestari.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di antara output ISMP adalah mewujudkan inventori
pantai, mencadangkan kaedah perlindungan pantai yang sesuai dengan kesesuaian
tempatan, mencadangkan kawasan-kawasan sensitif yang perlu dipelihara,
mencadangkan anjakan pembangunan setback dengan izin, yang sesuai di setiap
kawasan pantai dan beberapa perkara lain untuk tujuan pengurusan bersepadu.
Selain daripada itu, JPS Pontian juga telah memohon peruntukan di bawah RMK-10
sebanyak RM42,800,000.00 bagi kerja-kerja membaik pulih dan meninggikan benteng
pantai serta membina baru benteng batu di persisiran pantai di Tampok ke Kuala
Sungai Pontian Besar.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Pemanis membangkitkan
fungsi Empangan Juaseh dalam menangani isu banjir di Segamat. Realitinya
Empangan Juaseh di Labis sememangnya dibina sebagai takungan untuk bekalan air
minum dan bukan bertujuan tebatan banjir. Apabila aras air di Sungai Juaseh di muka
sauk rendah, maka air dari Empangan Juaseh akan dilepaskan supaya loji rawatan air
dapat beroperasi seperti biasa. Semasa banjir yang besar, air dari Empangan Juaseh
tidak dilepaskan kerana fungsi empangan itu semata-mata adalah untuk bekalan air
minuman sahaja.
437
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Penggaram mengutarakan
masalah bekalan air di rumah pangsa Kampung Kenangan Dato’ Onn di Batu Pahat
yang sering mengalami gangguan bekalan akibat kerosakan pam. Oleh kerana
penyelenggaraan instalasi di bangunan ini adalah tanggungjawab Jawatankuasa
Pengurusan Rumah Pangsa, sewajarnya Jawatankuasa berkenaan lebih
bertanggungjawab atas penyelenggaraan bangunan itu bagi memastikan bekalan
yang mencukupi untuk kegunaan penduduknya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Maharani ingin mengetahui
peratusan penggunaan air mengikut blok-blok penggunaan bekalan air di negeri ini.
Statistik penggunaan air domestik bagi Januari hingga Mei 2011 adalah seperti berikut:-
Penggunaan dalam meter padu 0 sehingga 20 meter padu, peratusan pengguna
adalah 49.91% dan lebih 20 meter padu sehingga 30 meter padu, ada 22.86% dan
penggunaan 30 meter padu sehingga 35 meter padu ada 8.02% dan melebihi 35
meter padu adalah 19.21%. Statistik ini menunjukkan bahawa 80.79% pengguna
domestik di Johor menggunakan air di antara 0 hingga 30 meter padu sebulan. Sejak
pelarasan tarif baru diumumkan November lalu, trend penggunaan air didapati
menunjuk amalan penjimatan dan ia sudah mula dipraktikkan pengguna air di negeri
ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, masalah Projek Bekalan Air Luar Bandar ke Kampung
Baru Sedenak yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Bukit Permai, adalah
dalam proses rundingan antara Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dengan KTMB
untuk menyelesaikan isu pampasan KTMB bagi paip merentasi laluan kereta api. Kita
harap, kata sepakat dapat ditentukan projek ini diteruskan untuk faedah orang ramai.
Dalam konteks ini SAJ hanya bertanggungjawab menyalurkan bekalan air apabila
projek itu siap kelak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Senai
mengutarakan isu berkaitan tunggakan air merujuk kepada pemilik asal hartanah yang
dipertanggungjawab kini kepada pemilik baru. Pada dasarnya pembekalan air adalah
diberi kepada premis di mana pemilik adalah pihak yang mempunyai hak mutlak
untuk mendapat bekalan air.
Menurut Akta Perkhidmatan Bekalan Air 2006 menjelaskan di bawah Seksyen 37(1)
tertakluk kepada Subseksyen (2), “ Pemegang lesen pengagihan air hendaklah atas
permohonan bertulis oleh pemilik atau penghuni premis, membekalkan air ke premis
itu”. Manakala Seksyen 37(2) tiada pemegang lesen pengagihan air boleh
dikehendaki untuk membekalkan air ke mana-mana premis jika, pembekalan air
pernah dipotong sebelum ini disebabkan oleh pelanggaran Akta ini atau
perundangan subsidiarinya dan pelanggaran itu masih belum diremedikan.
Pembekalan air terdahulu telah dipotong mengikut Akta ini atau perundangan
438
subsidiarinya dan pelanggaran itu masih belum diremedikan, pembekalan air
terdahulu telah dipotong mengikut Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Walau bagaimanapun, Seksyen 37(2) tidak menyatakan siapa pihak yang perlu
meremedi. Oleh itu, pihak SPAN, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Johor akan
merujuk perkara ini kepada Penasihat Undang-Undang Kementerian KETTHA untuk
mendapat satu penjelasan. Buat sementara ini, pemilik baru berkenaan diminta
berjumpa dengan Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Johor sebagai
regulator air terawat di Negeri Johor untuk menyelesai kes ini dengan SAJ.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat daripada Pengkalan Rinting telah
membangkitkan Kes Kejadian Voltan Berlebihan yang berlaku pada 24 Jun 2011 di
Taman Nusa Bestari 2. Pihak TNB akan membayar pampasan hanya apabila punca
kejadian adalah berpunca dari kesalahan TNB. Selaras dengan Akta Bekalan Elektrik
1990 di bawah Seksyen 17(3) yang menyatakan :
“ Mana-mana pemegang lesen tidak bertanggungan kepada mana-mana orang atas
apa-apa kerosakan atau apa-apa pemberhentian bekalan yang disebabkan oleh
kemalangan yang tidak dapat dielakkan. Rosak rosot biasa, beban berlebihan
diakibatkan oleh sambungan kelengkapan yang tidak dibenarkan atau disebabkan
oleh kehendak munasabah sistem atau disebabkan oleh kecacatan pada mana-
mana pemasangan yang tidak disediakan oleh pemegang lesen tetapi akan hanya
bertanggungan apabila berlaku kerosakan atau pemberhentian itu jelas kelihatan
sebagai telah diakibatkan oleh kecuaian di pihak orang-orang yang diambil kerja oleh
pemegang lesen, ejen, ataupun khidmatnya, mengikut mana-mana yang berkenaan,
atau diakibatkan oleh pembinaan yang tidak sempurna pemasangan oleh pemegang
lesen ”.
Pihak TNB akan menyiasat, menimbangkan pampasan mengikut kes jika berpatutan.
Sekiranya, mana-mana pengguna bekalan tidak puas hati terhadap sebarang
keputusan ataupun tawaran diberikan oleh TNB, pengguna berkenaan berhak untuk
merujuk perkara itu kepada Mahkamah Tuntutan Kecil Hal Ehwal Pengguna untuk
penyelesaian.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, begitulah sedikit sebanyak ulasan yang dapat saya
berikan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang
Berhormat di Dewan yang mulia ini. Mana-mana perkara tidak dapat saya dijelaskan
ini, penjelasan mungkin boleh yang bertulis dapat diberikan kemudian. Sekian, ribuan
terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Jemput, diteruskan lagi perbahasan.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan: Assalamualaikum warahmatullahi taala
wabarakatuh…
439
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam…
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan: Selamat pagi, salam sejahtera dan
salam 1Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin memulakan
penggulungan bagi portfolio Jawatankuasa Belia dan Sukan dengan merakamkan
ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia
Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Takzim.
Sesungguhnya Duli Yang Maha Mulia Tuanku merupakan seorang raja yang disayangi
oleh rakyat di atas rasa prihatin kepada masalah hidup rakyat jelata. Duli Yang Maha
Mulia Tuanku bukan sahaja menemui rakyat pelbagai kaum semasa menjelajah ke
seluruh pelosok negeri melalui Kembara Mahkota Johor yang sememangnya telah
sinonim sejak Baginda Tuanku sebagai Tunku Mahkota Johor lagi. Tetapi juga sering kali
berangkat turun padang di kala rakyat menghadapi kesusahan. Semasa banjir yang
berlaku pada awal tahun baru-baru ini, Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berangkat
kesemua daerah yang dilanda banjir.
Walaupun dalam masa yang singkat, tetapi sesungguhnya keberangkatan Duli Yang
Maha Mulia Tuanku telah dapat mengubat perasaan duka yang dihadapi oleh rakyat.
Keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga menjangkau ke bidang sukan. Pada
Tahun 2010, Duli Yang Maha Mulia Tuanku, telah memberi perkenan kepada Persatuan
Bola Sepak Negeri Johor untuk mengadakan Liga Johor bagi merebut Piala Sultan dan
Piala Tunku Mahkota Johor. Liga Johor ini telah menjadi pemangkin kepada pemain
dan peminat bola sepak seluruh Negeri Johor untuk mengambil bahagian serta
menampilkan bakat mereka.
Selain daripada itu, pada tahun ini pula, Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan
supaya Persatuan Hoki Johor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis
Sukan Negeri Johor untuk menganjurkan Kejohanan Antarabangsa Hoki Bawah 21
Tahun Piala Sultan Johor. Kejohanan Tahunan Sempena Hari Keputeraan Duli Yang
Maha Mulia Tuanku ini telah diiktiraf oleh Persatuan Hoki Dunia yang akan
mengundang 6 pasukan remaja terbaik dunia dalam ranking dengan izin, badan
dunia tersebut serta pasukan Malaysia. Kejohanan ini bukan sahaja sekadar
pertandingan semata-mata, tetapi yang lebih penting ia akan membawa nama
Negeri Johor ke persada sukan antarabangsa, selepas kita berjaya menganjurkan
secara bersama dengan Singapura Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja pada tahun
2009. Sesungguhnya inilah pandangan jauh Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang bukan
sahaja dekat di hati rakyat tetapi akan tersurat dalam lembaran sejarah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi
tahniah kepada sekretariat SUKMA dan Kontinjen Harimau Selatan yang telah
menunjukkan peningkatan pencapaian di dalam kejohanan SUKMA yang lalu. Pada
tahun 2010, Kontinjen Harimau Selatan telah memperoleh kejayaan yang cemerlang
dengan membuat kutipan pingat tinggi di SUKMA Melaka iaitu, 40 emas, 39 perak dan
440
32 gangsa dengan mendapat tempat yang ke-empat. Pada tahun ini pula Kontinjen
Harimau Selatan telah mengutip 21 emas, 20 perak, dan 12 gangsa dengan
menduduki tempat ke-tiga di SUKMA Kuala Lumpur, iaitu SUKMA yang pertandingkan,
acara-acara yang tidak dipertandingkan pada SUKMA Kuantan Tahun 2012. Tahniah
juga diucapkan kepada Ketua Kontinjen kedua-dua SUKMA ini, Yang Berhormat
Semarang, yang telah meluangkan begitu banyak masa bagi membantu serta
merancang pembentukan kontinjen dan menjadi pembakar semangat kepada atlet-
atlet untuk mengejar kejayaan. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama bersepadu
pelbagai pihak yang melibatkan atlet, jurulatih, persatuan sukan, sekolah-sekolah
sukan dan juga pihak sekretariat itu sendiri. Namun, saya amat menyedari bahawa
masih ada lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan sekiranya kita ingin mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang. Majlis Sukan Negeri Johor akan
memberikan tumpuan terhadap beberapa perkara:
1. Tentang penggunaan peralatan sukan yang terkini, bersesuaian dengan
perkembangannya,
2. Bekerjasama dengan lebih rapat dengan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri
Johor dan juga sekolah-sekolah sukan yang ada untuk mencungkil serta
menggilap bakat-bakat baru.
3. Mendapatkan jurulatih yang lebih komited dan berkaliber termasuklah
mengenal pasti jurulatih daripada luar negara.
Yang Berhormat Semarang ada menyebutkan tentang kurangnya peranan yang
dimainkan oleh agensi dan juga jabatan kerajaan khususnya agensi di bawah
Kerajaan Negeri bagi membantu Kontinjen Harimau Selatan khususnya semasa
menyertai temasya SUKMA. Majlis Sukan Negeri Johor akan mencadangkan kepada
Kerajaan Negeri supaya agensi-agensi ataupun jabatan yang berkenaan akan dilantik
sebagai jabatan angkat kepada setiap acara sukan yang bakal disertai pada
temasya SUKMA akan datang bermula Temasya SUKMA Kuantan 2012. Agensi atau
jabatan angkat itu, akan dimaklumkan lebih awal supaya mereka dapat bersedia
untuk membantu pengurusan atlet serta penyokong sukan yang berkenaan semasa
temasya itu dijalankan.
Cabaran SUKMA Kuantan 2012 ialah untuk naik lagi ke tempat yang lebih atas
daripada kedudukan yang sedia ada sekarang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang
Berhormat Kukup dan juga Yang Berhormat Senggarang, serta beberapa yang lain
ada menyentuh sedikit sebanyak tentang prestasi pencapaian Pasukan Bola Sepak
Johor dalam persaingan bola sepak Malaysia 2 tahun kebelakangan ini. Berat mata
memandang, berat lagi bahu memikul. Penurunan prestasi pasukan Johor bermula
pada tahun 2010. Turun daripada Liga Super kepada Liga Perdana adalah disebabkan
oleh masalah yang berlaku di dalam persatuan, khususnya yang melibatkan soal
kepimpinan dan juga kedudukan kewangan. Presiden yang lama telah meletakkan
441
jawatan pada bulan Julai 2009 dan Presiden baru mengambil alih melalui Mesyuarat
Agung Luar Biasa pada Oktober 2009.
Pada ketika itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dalam keadaan menanggung
hutang kira-kira RM2.84 juta. Dalam masa yang sama pendaftaran pemain perlu
dilakukan dalam kadar segera dan dalam keadaan belum mempunyai perancangan
kewangan untuk tahun 2010. Kepimpinan baru dan pengurusan pasukan yang juga
baru, tidak sempat membuat perancangan yang rapi terutamanya sekali dari segi
pemilihan para pemain yang akan bersaing untuk Liga Super tahun 2010. Persaingan
Liga Super 2010 hanyalah berbekalkan dengan penajaan sebanyak RM700,000 sahaja
iaitu sumbangan daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM400,000 dan tajaan Syarikat
Colourland sebanyak RM300,000 di samping penajaan jersi pasukan berserta peralatan
latihan oleh Syarikat Al-Ikhsan. Bayangkanlah betapa peritnya untuk mengendalikan
sebuah pasukan dalam Liga Super dengan tajaan yang sejumlah itu, sedangkan
Pasukan Red Warrior Kelantan yang membelanjakan…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, ok. Rengit, masuk kena tunduk kepada Speaker
ea?
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Saya dah tunduk tadi, tapi terlindung dengan
Y.B.,
Y.B. Dato’ Speaker : Depan mata saya...
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Saya tunduk tadi Yang Berhormat…
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Bayangkanlah Yang Berhormat Dato’
Speaker, betapa peritnya untuk mengendalikan sebuah pasukan dalam Liga Super
dengan tajaan sejumlah itu, sedangkan Pasukan Red Warrior dari Kelantan
membelanjakan sejumlah RM5 juta semusim. Pihak pengurusan pasukan terpaksa
mencari dana dan bantuan dari pihak-pihak tertentu dari bulan ke bulan untuk
membiayai gaji para pemain dan pegawai pasukan termasuklah kos dari segi
pengurusan untuk pertandingan. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. Malah ada bulan-bulan tertentu pengurusan hanya mampu untuk membayar
setengah bulan gaji para pemain dan juga pegawai…
Y.B. Dato’ Speaker : Aduh…
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Persatuan juga terpaksa mengadakan
pelbagai aktiviti dan kejohanan untuk mengumpulkan dana dan keadaan ini
menyebabkan prestasi pemain semakin merosot dan tidak begitu yakin dengan
442
persatuan. Dan akhirnya, para pemain yang baik telah berhijrah ke negeri atau kelab
yang lain. Pada tahun 2011, alhamdulillah, pihak persatuan telah…
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dato’ Speaker, saya nak
minta penjelasan sedikit boleh tak Dato’ Speaker?
Y.B. Dato’ Speaker : Kejap, dia ada jawab soalan Yang Berhormat punya salah tak?
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Tak, saya nak tanya pasal
apa Kelantan dapat sampai RM5 juta kita cuma RM700,000. Sebab apa, negeri-negeri
lain, adakah syarikat-syarikat ini tak nak bagi atau tak nak bagi tajaan kepada
Kerajaan Negeri Johor. Kenapa benda ni berlaku?
Y.B. Dato’ Speaker : Dia tanya tidak ada penaja yang lebih banyak yang boleh beri
sumbangan. Kelantan RM5 juta, Johor RM700,000 je kata dia, ada orang nak donate
tidak?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
sebelum ini Persatuan Bola Sepak Negeri Johor mendapat sumbangan daripada anak
Syarikat Johor Corporation melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Oleh kerana
pada ketika itu ada pengesahan yang mana Majlis Perbandaran Pasir Gudang akan
menjadi Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Kerajaan Negeri maka pihak anak
syarikat Johor Corporation tidak dapat meneruskan sumbangan tersebut dan mungkin
ada perasaan yang tak berapa puas hati dan sebagainya, itu yang menyebabkan
Presiden pada ketika itu, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kulim Berhad meletakkan
jawatan secara tiba-tiba walaupun beliau telah mendapat mandat baru untuk
meneruskan tanggungjawab sebagai Presiden. Sebab itulah saya katakan tadi, bila
kepimpinan baru mengambil alih persatuan dalam keadaan yang…
Y.B. Dato’ Speaker : Oh yang beratlah ya…
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : …agak tidak menentu dari segi
kepimpinan dan juga kedudukan kewangan. So, kita mengambil masa lebih kurang
setahun.
Y.B. Dato’ Abdul Haji Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, tadi ada sebut tentang Johor Corporation, tentang berapa banyak yang
tertunggak. Saya nak tanya…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, ini bukan time soal jawab eh.
Y.B. Dato’ Abdul Haji Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Saya faham tapi saya nak
clarification, penjelasan. Stadium yang telah dicagarkan itu sebahagian daripada
pulangan untuk persatuan bola sepak. Jadi macam mana kesudahannya.
443
Y.B. Dato’ Speaker : Ya, tiada perbahasan eh. Nak jawab?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, bila
kepimpinan baru mengambil alih, kita mengambil masa setahun untuk kita
memperbaiki, menyusun semula dari segi pengurusan dan pentadbiran.
Y.B. Dato’ Speaker : Maknanya, persatuan bola sepak yang baru ini memang aktiflah,
memang rajin termasuk Pengurus, Naib Presiden semua eh.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Begitulah agaknya Dato’ Speaker.
Y.B Dato’ Speaker : Ha macam tulah. Jangan begitulah agaknya. Macam tak sedap
je.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Selepas setahun iaitu sepanjang tahun
2010, kita dapat membaik pulih semula hubungan baik dengan Johor Corporation dan
sebagainya. Akhirnya, untuk tahun 2011, pihak persatuan telah mendapat penajaan
semula daripada beberapa anak Syarikat Johor Corporation dengan jumlah sebanyak
RM2.7 juta ya.
Walau bagaimanapun, ia masih tidak dapat meyakinkan pemain-pemain yang baik
untuk bermain dengan Pasukan Johor semasa kita merancang pembentukan pasukan
pada bulan 10 tahun lepas. Oleh itu, pihak pengurusan pasukan telah mengambil
keputusan untuk kita memilih pemain-pemain muda yang berumur awal 20-an dengan
gaji yang tidak begitu tinggi, dengan harapan akan dapat memberikan pendedahan
kepada mereka. Seterusnya membentuk pasukan yang lebih mantap di masa depan
dengan sasaran sekurang-kurangnya kita akan dapat merangkul kejayaan salah satu
piala yang dipertandingkan pada Liga Malaysia selewat-lewatnya pada musim 2013.
Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Dato’ Speaker, prestasi pemain-pemain muda
ini tidak mencapai tahap yang disasarkan. Malah, ada sebilangan kecil daripada
pemain-pemain muda ini terlibat dengan gejala penjual perlawanan untuk musim 2011
ini.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
mohon izin untuk mencelah sikit.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat benarkan dia nak mencelah?
Kita tanya yang bawa untuk Parlimen, saya ikut Parlimen. Kalau Yang Berhormat tak
kasi, tak boleh.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Sila, sila.
444
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Terima kasih, Yang Berhormat Dato’
Speaker. Nak tanya pasal tadi gaji pemainnya. Ada pemain yang dulu tak diambil
balik jumpa saya. Dia kata, sampai sekarang tak bayar gaji dan saya nak tahu juga,
siapa yang pegang duit itu? Saya dengar, Bendahari, Pengerusi, tak pegang duit.
Orang lain yang sepatutnya tak ada jawatan untuk mengendalikan kewangan ni pula
yang pegang duit. Adakah betul? Terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, itu
dakwaan yang tidak betul sebenarnya.
Y.B Dato’ Speaker : Itu sebab saya tanya, nak kasi tidak jawab? Nak kasi, kenalah. Ini
bukan kira betul.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Untuk makluman Dato’ Speaker, untuk
musim 2010, semua gaji dan juga allowance yang tertunggak, telah diselesaikan pada
awal tahun ini dan sekiranya ada dakwaan berlaku perkara-perkara yang menjurus ke
arah penyelewengan dalam mengendalikan wang persatuan adalah satu dakwaan
yang tidak begitu tepatlah.
Jadi untuk makluman Dato’ Speaker, musim ini sahaja kita, pihak pengurusan, terpaksa
membuang seramai 4 orang pemain yang telah didapati secara jelas terlibat dalam
sindiket menjual perlawanan. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan masalah
dalam usaha kita untuk melahirkan pasukan yang kuat, Persatuan Bola Sepak Negeri
Johor, juga berusaha keras untuk melaksanakan program-program pembangunan
yang melibatkan beberapa program di peringkat akar umbi. Di antaranya, kita telah
berjaya mengadakan Liga Johor pada tahun 2010 untuk merebut Piala Sultan dan
juga Piala Tunku Mahkota Johor. Persatuan juga dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri
Johor, telah berjaya mengadakan Liga Kelab untuk merebut Piala Menteri Besar.
Selain daripada itu, pihak persatuan telah mengadakan kursus-kursus kejurulatihan dan
juga pengadil bagi meningkatkan kualiti jurulatih dan juga pengadil yang mana di
masa akan datang, kita akan pastikan bahawa pasukan-pasukan yang mewakili
Peringkat Daerah dalam cabaran Liga Johor, bermula dengan musim 2011 ini, mereka
akan mempunyai jurulatih yang mempunyai sekurang-kurangnya Kelas 3 dan juga dari
segi pengadil, kita sedang mengadakan kursus pengupayaan pengadil yang mana
dalam Liga Johor 2011 ini juga, para pengadil di Negeri Johor yang terlibat akan
menggunakan logo Persatuan Bola Sepak Negeri Johor.
Saya percaya, dengan adanya usaha-usaha yang telah dilakukan ini, di samping kita
mungkin mengubah strategi untuk musim 2012, di mana pada masa ini sedang
mengenal pasti pemain-pemain yang lebih berkaliber, pemain senior yang dapat
membimbing pemain junior ini, di samping sedang melihat jurulatih yang mungkin lebih
baik dari sedia ada, kita harap pasukan Johor akan dapat terus memberikan cabaran
445
dan akan mencapai kejayaan yang lebih baik pada musim Liga Malaysia 2012 akan
datang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Puteri Wangsa ada membangkitkan
soal prasarana sukan yang tidak di selenggara dengan baik, khususnya disebutkan
Stadium Hoki Taman Daya. Perbadanan Stadium Johor sentiasa mengambil berat
berhubung dengan prasarana sukan, khususnya stadium-stadium yang telah
diletakkan di bawah penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan. Pada masa ini,
hanya Stadium Larkin sahaja yang diletakkan di bawah penyelenggaraan
Perbadanan Stadium Johor dengan peruntukkan Kerajaan Negeri sebanyak RM1 juta
setahun dengan jumlah kakitangan seramai 17 orang. Sedangkan Pihak Berkuasa
Tempatan tidak dapat menyediakan sejumlah peruntukkan tahunan dan tenaga kerja
khusus yang mencukupi bagi menyelenggarakan stadium-stadium masing-masing
termasuklah Stadium Hoki Taman Daya oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru. Ini adalah
kerana kita maklum, bahawa Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai tanggungjawab
yang lebih besar terhadap pembayar cukai khususnya yang berkaitan dengan kerja-
kerja penyelenggaraan dan juga perkhidmatan menjaga kebersihan, dan
penyelenggaraan lampu jalan, baik pulih jalan, serta longkang dan lain-lain lagi.
Justeru itu, pihak Perbadanan Stadium Johor telah mengambil beberapa langkah
untuk mencari kaedah bagi kita menyelesaikan soal masalah penyelenggaraan
prasarana sukan utama yang di letakkan di bawah penyelenggaraan Pihak Berkuasa
Tempatan. Antaranya, Pihak Perbadanan Stadium Johor telah mengadakan
Mesyuarat Penyelarasan bersama Pihak Berkuasa Tempatan bagi mendapatkan
pandangan tentang perkara ini pada 29 April 2011 yang lalu. Selain daripada itu,
Perbadanan Stadium Johor juga sedang mengkaji enakmen sama ada ia
membolehkannya untuk membuka syarikat perniagaan bagi menjana pendapatan
yang boleh digunakan untuk penyelenggaraan prasarana sukan ini. Dalam erti kata
lain, sekiranya Perbadanan Stadium Johor boleh menjana pendapatannya sendiri ia
akan dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada peruntukkan
Kerajaan Negeri dalam menyelenggarakan prasarana sukan yang memerlukan
perbelanjaan yang agak besar.
Kerajaan Negeri tidak ada rancangan dan tidak berhasrat untuk menyerahkan
penyelenggaraan mana-mana prasarana sukan kepada persatuan sukan, kecuali
persatuan sukan yang berkenaan dan berminat dapat memberikan cadangan-
cadangan yang meyakinkan. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri mempunyai
pengalaman yang tidak begitu baik terhadap pengurusan prasarana sukan yang
diserahkan kepada persatuan sukan. Contohnya, Akademi Tenis Negeri Johor. Ia telah
diserahkan kepada Persatuan Tenis Negeri Johor pada 19 Mei 2004. Namun sehingga
kini persatuan tidak mempunyai dana yang mencukupi dan tiada perancangan untuk
menjana kewangan yang akhirnya Akademi Tenis Johor ini tidak dapat di selenggara
dengan baik. Malah pada ketika ini ia tidak dapat digunakan untuk sama ada
pertandingan ataupun latihan harian.
446
Yang Berhormat Dato’ Speaker, golongan belia sering disebut sebagai pewaris masa
depan negara. Yang Berhormat Bukit Serampang ada menyuarakan kebimbangan
tentang persiapan untuk menjadikan mereka benar-benar bersedia untuk menjadi
pewaris negara. Kemajuan dunia teknologi maklumat dan dunia teknologi
telekomunikasi telah banyak merubah corak serta gaya hidup anak muda zaman ini.
Mereka berfikiran lebih terbuka, lebih kritis dan juga lebih kreatif. Oleh itu, banyak
pendekatan-pendekatan baru telah dirangka dan dilakukan Kementerian Belia dan
Sukan, untuk membimbing golongan belia ini supaya mereka sentiasa mempunyai
semangat jati diri yang kuat dan berada di landasan yang betul dengan semangat
cintakan negara. Kejayaan himpunan Sejuta Belia, dengan pelbagai aktiviti sempena
sambutan Hari Belia yang lalu, menunjukkan kejayaan kerajaan melahirkan golongan
belia yang sayangkan pada negara.
Di Negeri Johor, Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha untuk memastikan anak muda
ini akan membesar seiring dengan pembangunan yang sedang melanda di negeri
khususnya di Iskandar Malaysia. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan
kerjasama Majlis Belia Negeri Johor dan juga Iskandar Malaysia, telah mengadakan
satu seminar yang berkaitan dengan hala tuju belia di dalam Pembangunan Wilayah
Iskandar Malaysia. Di antara resolusi yang dicapai pada seminar ini ialah untuk
membentuk satu jawatankuasa kerja yang dianggotai oleh pihak Iskandar Malaysia
dan juga wakil dari Majlis Belia Negeri Johor untuk memastikan supaya belia-belia atau
anak muda Johor ini akan sentiasa,
1. Memahami tentang pembangunan yang sedang berlaku di Iskandar Malaysia
ini.
2. Diberi peluang untuk mendapat pekerjaan di Wilayah Iskandar Malaysia.
3. Diberi peluang dari limpahan ekonomi iaitu peluang perniagaan hasil daripada
pembangunan yang sedang berlaku.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kekangan kewangan kerajaan, sememangnya agak
menjejaskan peruntukkan kerajaan khususnya di peringkat Kementerian Belia dan
Sukan dalam membantu aktiviti Persatuan dan Pertubuhan Belia. Buat masa ini,
peruntukkan pengupayaan Persatuan Belia, sebanyak RM3,000 dan juga bantuan
pentadbiran sebanyak RM1,000 telah dibekukan. Dan Skim Tabung Ekonomi Belia juga
telah dibekukan pada November tahun 2009. Di peringkat Kerajaan Negeri, melalui
mesyuarat Majlis Perundingan Belia negara di peringkat Kementerian Belia dan Sukan,
kita sentiasa membangkitkan isu ini kerana kita bimbang sekiranya pembekuan ini
dalam tempoh yang panjang, mungkin akan menjejaskan usaha-usaha kita untuk
melahirkan pemimpin dan juga persatuan belia yang aktif di masa-masa akan datang.
Walau bagaimanapun, di peringkat Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Belia dan
Sukan Negeri, kita sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh persatuan-
447
persatuan belia. Maka Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan tahunan
sebanyak RM300,000 bagi membantu persatuan dan pertubuhan belia ini untuk
mengadakan ataupun menganjurkan program. Untuk 5 tahun kebelakangan ini,
secara puratanya Kerajaan Negeri melalui Jabatan Belia dan Sukan dan Negeri Johor
telah dapat membantu 57% persatuan belia setiap tahun.
Yang Berhormat Semerah ada membangkitkan soal penyelenggaraan gelanggang
futsal 1Malaysia di mana yang saya telah nyatakan semasa menjawab soalan tempoh
hari. Penyelenggaraan gelanggang futsal 1Malaysia ini sememangnya diserahkan
kepada persatuan-persatuan ataupun pertubuhan belia yang ada di kawasan
tersebut. Tujuannya ialah untuk melatih kepimpinan persatuan belia tersebut bukan
hanya pandai untuk mentadbir persatuan tetapi menguruskan aset yang diberikan
kepada mereka. Dalam masa yang sama, dengan mereka menguruskan gelanggang
futsal 1Malaysia ini, kita harapkan mereka akan dapat menjana pendapatan yang
boleh digunakan untuk menyelenggarakan gelanggang tersebut di samping
membiayai aktiviti-aktiviti tertentu yang dijalankan. Namun sekiranya ada persatuan
ataupun pertubuhan belia yang gagal dalam menyelenggarakan gelanggang futsal
1Malaysia ini, maka Jabatan Belia dan Sukan akan mengambil alih dengan sama ada
menyerahkan pada pertubuhan yang lain ataupun pihak Jawatankuasa Kemajuan
Kampung ataupun Jawatankuasa Penduduk di kawasan tersebut. Pihak Jabatan Belia
dan Sukan memang tidak ada peruntukan khusus untuk penyelenggaraan
gelanggang ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-
Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan perhatian terhadap pembangunan Belia
dan Sukan di Negeri Johor dan saya harap, saya telah dapat memberikan jawapan
terhadap persoalan yang di bangkitkan. Mana-mana yang mungkin terlepas
pandang, saya harap dapat dimaklumkan kepada saya dan mungkin saya akan
dapat menjawab secara bersemuka dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat. Saya tak suruh bangun, nanti dulu. Pemerhati
yang berada kat atas sana merupakan pelawat-pelawat daripada Persatuan Ketua-
Ketua Kampung dalam Negeri Johor. Ok, diteruskan lagi, siapa yang nak berucap?
Saya ingat Rengit nak berucap tadi.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna : Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kerana memberi
peluang kepada saya untuk menjawab perkara-perkara yang ada berkaitan dengan
Jabatan Pelancongan Negeri dan pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan
Kepenggunaan Negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi Negeri Johor, sektor pelancongan telah
menunjukkan perkembangan yang positif. Selain daripada pertambahan beberapa
produk pelancongan berprofil tinggi, Negeri Johor di jangka akan menerima
448
kedatangan pelancong daripada negara-negara jiran atas keunikan lokasi negeri ini.
Atas kesedaran ini, maka Jabatan Pelancongan Johor dan pengusaha-pengusaha
pelancongan sentiasa berusaha untuk terus membangunkan industri pelancongan
Negeri Johor agar menjadikan salah satu penyumbang kepada ekonomi Negeri Johor.
Pada minggu lepas saya mengatakan bahawa Negeri Johor pada tahun 2010 telah
menerima sejumlah 16,501,582 kemasukan pelawat asing melalui pintu-pintu masuk
iaitu kenaikan 9% kalau banding dengan tahun 2009. Daripada jumlah pelawat asing
tersebut, ada disoalkan iaitu berapakah peratus pelawat yang benar-benar melawat
di Negeri Johor dan berapa peratus yang cuma by-pass atau lalu ke Johor Bahru
kemudian ke destinasi yang lain. Maka suka saya nyatakan sebenarnya pecahan
adalah seperti berikut :- kalau ikut statistik yang ada, lebih kurang 10% hingga 12% iaitu
antara 1.6 juta hingga 1.9 juta lebih kurang antara pelawat ini yang menginap
sekurang-kurangnya 1 malam di hotel di Negeri Johor.
Kalau berdasar kepada definisi pelancongan organisasi, kalau berdasarkan definisi
pelancong itu, di bawah organisasi pelancongan sedunia, kalau pelawat yang
menginap sekurang-kurangnya 1 malam, dia anggap sebagai pelancong. Kalau tidak
dia anggap sebagai pelawat harian ataupun pelawat yang datang Negeri Johor.
Maka, saya katakan tadi lebih kurang 10% hingga 12% yang menginap sekurang-
kurangnya 1 malam di Negeri Johor. Antara 65% adalah jumlah pelawat asing yang
memasuki melalui pintu masuk Negeri Johor. Mereka masuk, melancong dan juga
membelanjakan sama ada membeli belah, mengunjungi ke lokasi makanan dan
riadah di Negeri Johor dan dia pulang pada lewat petang ataupun malam. Ia
dianggap sebagai pelawat harian ataupun the day trippers manakala bakinya, lebih
kurang 23% hingga 25% kemasukan pelawat yang datang ke Negeri Johor benar
mereka mungkin singgah sekejap ataupun lepas tu mereka pergi ke destinasi-destinasi
yang lain seperti di Kuala Lumpur dan sebagainya. Antara sebahagian kecil daripada
jumlah 23% hingga 25% ini, mungkin saya katakan tadi 23% hingga 25% mungkin lepas
4 hari, 3 hari, 5 hari mungkin mereka balik melalui pintu masuk Negeri Johor ke negara
asing. Antara sebahagian kecil ini mungkin mereka melalui Johor, lepas tu mereka
melalui KLIA ataupun Lapangan Terbang Pulau Pinang dan sebagainya ke tempat-
tempat yang lain, itu mungkin jumlah yang kecil.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini antara statistik yang dapat saya jelaskan. Walau
bagaimanapun,
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, kalau dia orang datang pergi Pasar Tani, itu apa
digelarkan? Dia pergi Pasar Tani Larkin beli sayur, ikan balik. Itu apa digelarkan?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna : Kalau ikut statistik Imigresen, biasa dia tidak datang 1 jam sahaja.
Y.B. Dato’ Speaker : Yelah dia pergi Pasar Tani.
449
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna : Dia adalah sebagai pelawat.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh pelawat.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna : Kalau dia pelawat asing yang masuk melalui pintu masuk,
kebiasaan warga Singapuralah. Mereka masuk mungkin dia belanja, mungkin dia
singgah sekejap dan melancong kadang-kadang. Masuk pagi, lepas tu balik lewat
petang ataupun malam itu anggap pelawat biasa, pelawat harian or we called it day
trippers.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain daripada itu, visi Jabatan Pelancongan Negeri
Johor kita harapkan dan kita sedang berusaha untuk mencapai matlamat menjadikan
Johor sebagai destinasi pelancongan utama antarabangsa pada tahun 2015. Itu
target kita, Kerajaan Negeri yakin kita akan mencapai ataupun menerima 5 juta orang
pelancong setahun mulai tahun 2012. Bererti tahun depan kita akan meningkatkan lagi
jumlah pelawat dan pelancong yang datang ke Negeri Johor. Jadi bagi mencapai visi
ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan telah pun menggariskan beberapa
strategi utama yang sedang di jalankan. Itu pun saya telah menerangkan dalam
jawapan lisan pada minggu yang lepas, maka saya tidak akan ulang. Cuma Yang
Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri
telah pun meningkatkan tahap keselamatan, kebersihan, kebolehcapaian dan
keselesaan serta membangunkan facilities dan infrastruktur pelancongan di Negeri
Johor. Melalui Rancangan Malaysia Ke-9, Kerajaan Negeri Johor melalui Kementerian
Pelancongan Malaysia telah memperoleh RM48 juta bagi meningkatkan infrastruktur
pelancongan. Dan sebagai makluman, peruntukan tersebut telah diagihkan kepada
destinasi-destinasi pelancongan seperti berikut :-
1. RM2 juta kepada Gunung Berlumut di Kluang melalui Majlis Perbandaran Kluang
2. RM2 juta kepada Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian melalui Perbadanan
Taman Negara Johor
3. RM3.975 juta kepada Taman Negara Endau-Rompin Peta, Mersing melalui
Perbadanan Taman Negara Johor
4. RM3.4 juta kepada Taman Negara Johor Endau-Rompin Selai, Segamat melalui
Perbadanan Taman Negara Johor
5. RM1 juta kepada Taman Negara Johor Pulau Kukup, Pontian memalui Perbadanan
Taman Negara Johor
6. RM8 juta kepada Taman Negara Johor Gunung Ledang, Ledang melalui Taman
Negara Johor
7. RM1.5 juta kepada Gunung Pulai, Kulaijaya melalui Majlis Perbandaran Kulaijaya
8. RM5.5 juta kepada Bandar Mersing, melalui Majlis Perbandaran Daerah Mersing
yang meliputi Pencahayaan Bandar Mersing, Facility Pelancongan di Pantai Air
Papan dan Projek menaik taraf Plaza Rehat dan Rawat ( R&R ) serta Pusat
Penerangan Pelancong di Daerah Mersing
450
9. RM1 juta untuk Kajian Penilaian Alam Sekitar, Environmental Impact Assessment (EIA)
dengan izin, di Kepulauan Mersing dan sejumlah RM1 juta lagi untuk Kajian Penilaian
Kesan Alam Sekitar, Environmental Impact Assessment (EIA) , dengan izin, di Pulau
Kukup Pontian
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi menjawab soalan ADUN Kukup, Kerajaan Negeri
telah merancang untuk terus menjadikan pembangunan berterusan di Tanjung Piai,
Pontian kerana ia merupakan salah satu daripada ikon pelancongan yang menjadi
tarikan pelancong. Maka beberapa langkah juga telah dirangka, seperti :-
1. Memastikan produk-produk pelancongan di Tanjung Piai, memenuhi piawai industri
pelancongan antarabangsa.
2. Mempertingkatkan lagi dan meneruskan pemasaran dan promosi produk-produk
berasaskan ekopelancongan di Negeri Johor.
3. Mempertingkatkan lagi kualiti dan pembangunan sumber manusia serta latihan.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji pembangunan produk-produk
pelancongan sampingan yang terdapat di sekitar Tanjung Piai yang melibatkan
Tanjung Ubin, Muzium Bugis, Muzium Nenas, Homestay dan produk-produk Industri Kecil
dan Sederhana (IKS). Dengan perancangan pembangunan tersebut, ini dapat
mewujudkan pakej pelancongan yang menarik serta jaringan produk-produk
pelancongan yang lebih produktif.
Berikut merupakan statistik kemasukan pelawat yang masuk ke Tanjung Piai iaitu kalau
kita lihat pada tahun 2008, pelawat yang datang ke Tanjung Piai adalah mencatat
102,610 pada tahun 2009, ia meningkat kepada 104,313. Meningkat kepada lebih
kurang ada tambah 1,703 orang. Pada tahun lepas, tahun 2010, dia meningkat
kepada 105,814. Meningkat lagi 1,501 orang. Ini bermakna tarikan untuk datang untuk
menarik pelancong datang ke Tanjung Piai ini memang ada dan kita akan berusaha
sedaya upaya dengan Perbadanan Taman Negara Johor supaya kita tingkatkan lagi
usaha untuk mempromosi dan juga mengadakan penerangan yang lebih lengkap,
untuk kita menarik lebih ramai pelancong ataupun pelawat yang datang ke Tanjung
Piai ini.
Kerajaan Negeri Johor juga melalui Jabatan Pelancongan Negeri akan berterusan
mempromosikan dan memperhebatkan lagi pasaran ataupun pemasaran produk-
produk sedia ada dan yang akan dibangunkan serta kami akan merancang misi
promosi dan jualan pelancongan ke negara-negara yang berpotensi seperti di
Australia, New Zealand, Negeri China, India, Brunei dan rantau ASEAN. Dan, selain
daripada itu baru-baru ini kita pun sedang memikirkan mungkin kita boleh pergi ke
pasaran di Eropah. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Senai Airport Terminal Services
akan sentiasa mempertingkatkan usaha untuk mempromosikan Lapangan Terbang
Antarabangsa Sultan Ismail, Senai untuk menarik lebih banyak lagi syarikat
penerbangan luar negara beroperasi di Senai, di negeri ini.
451
Dengan kehadiran syarikat-syarikat penerbangan luar negara ini dijangka Johor
menjadikan destinasi pilihan pelancong di dalam negara ini. Lapangan Terbang
Antarabangsa Senai yang telah siap naik taraf dan dilancarkan baru-baru ini telah pun
menunjukkan komitmen bersama kerajaan terhadap perkara ini. Dan, saya lihat lepas
kita buat promosi di luar negara dan juga ada perbincangan dengan syarikat
penerbangan domestik, misalnya Firefly sekarang anggap ia akan tubuhkan satu hab
di Senai Airport. Dan, selain daripada itu walaupun sekarang cuma ada charter flight
daripada luar negara tetapi mereka lepas datang ke Negeri Johor, memang minat
untuk cari jalan supaya dapat mengadakan penerbangan kekal di Senai Airport ini.
Maka saya masih memerlukan sokongan dan kerjasama selain daripada pihak
Kerajaan Negeri, tapi semua pihak yang ada terlibat dengan industri pelancongan,
supaya kita benar-benar dapat mencapai kejayaan terhadap perkara ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada saya kejayaan industri pelancongan bukan
sahaja semata-mata bergantung kepada usaha pihak Kerajaan Negeri sahaja.
Kerjasama daripada semua pihak seperti swasta, pengusaha industri pelancongan,
Badan-Badan Bukan Kerajaan malahan setiap individu pun di Negeri Johor adalah
amat diperlukan. Setiap individu diperlukan mengamalkan fikir dan tindak
pelancongan, untuk memastikan Johor akan diingati sebagai sebuah destinasi
pelancongan utama yang akan dijadikan pilihan semua pelancong sama ada
domestik ataupun antarabangsa. Kerajaan Negeri percaya bahawa industri
pelancongan Negeri Johor akan terus rancak dan seterusnya memberi berbagai
faedah sama ada dari segi ekonomi mahupun sosial kepada rakyat di Negeri Johor ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai perkara-perkara yang ada berkaitan
dengan Pejabat Perdagangan Negeri dan Kepenggunaan yang telah dibangkitkan
dalam Dewan ini, ingin saya menyatakan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dalam
memastikan kesejahteraan rakyat supaya sentiasa terjamin dan terpelihara khususnya
menstabilkan harga barangan. Sebab itu kerajaan masih meneruskan pemberian
subsidi kepada barang-barang keperluan harian di negara kita ini. Selain daripada itu,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi
mendekati rakyat ialah dengan memberikan pendidikan kepenggunaan kepada
seluruh rakyat dengan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan kepenggunaan
seperti Kempen Pengguna Luar Bandar, Sembang-Sembang Pengguna dan Hari
Bersama Pengguna yang telah dilaksanakan oleh pihak Pejabat Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri dan Kelab Pengguna Sekolah pun telah
pun diwujudkan di sekolah-sekolah.
Seterusnya bagi menentukan pengguna memperoleh hak bagi memfailkan tuntutan
ganti rugi terhadap pembekal barang ataupun perkhidmatan yang rasa tidak puas
hati pengguna itu sendiri, ia dapat juga dapat menyelesaikan pertikaian dengan cara
yang mudah, adil dan saksama. Maka Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan pada 15 November 1999 dengan kuat kuasanya Akta Perlindungan
452
Pengguna 1999 di mana kos tuntutan tidak melebihi RM25,000.00 dan setiap tuntutan
boleh difailkan melalui kaunter pejabat, melalui pos ataupun secara online.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi membantu rakyat menangani isu harga kenaikan
harga barang-barang keperluan harian, kerajaan telah mengambil beberapa langkah
dan strategi seperti berikut:-
1. Menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga yang dipengerusikan
oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan dianggotai oleh
kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang ada berkaitan.
Jawatankuasa Kabinet ini berfungsi untuk mengenal pasti mekanisme bagi
mengatasi masalah gangguan bekalan dan isu kenaikan harga barangan
keperluan.
2. Dengan adanya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010, untuk
membendung amalan pencatutan oleh peniaga. Membolehkan kerajaan
mengambil tindakan ke atas peniaga yang mengambil keuntungan secara
berlebihan bagi melindungi kepentingan pengguna.
3. Kerajaan boleh menetapkan harga borong dan runcit secara undang-undang
sama ada di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit di bawah Akta
Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Mempertingkatkan pemantauan
dan pemeriksaan ke atas harga barangan di seluruh negara secara berkala,
secara mengejut dan berdasarkan aduan pengguna di pasar awam, kedai
runcit, pasar raya, hypermarket ataupun ke atas makanan sedia masak untuk
mendapatkan trend perubahan harga.
4. Dan, sehubungan ini saya ingin nyatakan di sini ialah di Negeri Johor sebanyak
63,091 buah premis di kawasan perniagaan berbagai peringkat telah diperiksa
oleh Penguat kuasa Perdagangan Dalam Negeri Johor sepanjang bulan Januari
tahun ini hingga Jun tahun ini. Daripada pemeriksaan tersebut telah
menghasilkan 324 tindakan kes di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan
pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Dan nilai rampasan keseluruhan kes dicapai RM2,433,776.10. Jumlah kompaun
yang dipungut ialah RM130,000.00.
5. Mewajibkan peniaga meletakkan tanda harga ke atas barangan yang
dipamerkan untuk jualan runcit bagi membolehkan pengguna membuat
perbandingan harga sebelum mereka membeli barang yang berkenaan.
6. Mengawal harga barang-barang kawalan yang merupakan barang keperluan
asas pengguna seperti gula, tepung gandum, minyak masak, beras dan bahan
api.
7. Mengawal harga barang-barang keperluan semasa musim perayaan supaya
bekalan barang keperluan seperti telur, daging, ayam, bawang, sayur-sayuran
ada mencukupi dari segi pengeluarannya.
8. Mengadakan sesi dialog dan perbincangan dengan persatuan industri
berkaitan serta persatuan-persatuan peniaga bagi menerangkan isu kenaikan
453
harga barangan dan meminta supaya industri tidak menaikkan harga produk
akhir mereka secara drastik.
9. Memperbanyakkan lagi kempen Kedai Harga Patut di seluruh negara.
10. Kementerian turut menganjurkan Kempen Penurunan Harga bagi bertujuan
memastikan harga barangan keperluan di pasaran diturunkan dan barangan
tersebut dijual dengan harga yang lebih berpatutan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, itulah beberapa perkara yang dapat saya jelaskan
pada pagi ini dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli
Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan cadangan mengenai industri
pelancongan, perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan dalam perbahasan
mereka di Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Terima kasih. Diteruskan lagi jemput Yang Berhormat. Ha, Pengerusi.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan
Inovasi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, salam sejahtera, selamat pagi dan salam
1Malaysia. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk saya turut serta dalam
perbahasan atas Rundingan Menjunjung Kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan
Johor. Yang Berhormat Dato’ Speaker, merujuk kepada perkara yang dibangkitkan
oleh ADUN Tanjung Puteri, tidak dapat dinafikan terdapat masalah untuk
menempatkan Orang Kurang Upaya ataupun ringkasnya OKU ke dalam pasaran
tenaga kerja dan masalah mengekalkan OKU itu sendiri di dalam pekerjaan.
Antara faktor yang menghalang hasrat murni ini adalah faktor persekitaran tempat
kerja, budaya kerja, masalah pengangkutan, sikap pekerja OKU berkenaan serta
komunikasi. Bagi mengurangkan masalah dan kesukaran tersebut, maka pelbagai
langkah alternatif telah dilaksanakan untuk mengintegrasikan OKU ke sektor ekonomi
ke arah pembangunan ekonomi negara. Maka Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Kementerian Sumber Manusia telah mengambil kaedah memberi geran galakan
perniagaan kepada golongan ini agar mereka boleh menjadi usahawan yang berjaya
seterusnya menjadi majikan dan mereka juga boleh mengajikan golongan OKU yang
lain sebagai pekerja mereka.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini kerajaan telah meluluskan sejumlah RM22 juta
kepada Kementerian Sumber Manusia untuk Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang
Kurang Upaya yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung
Malaysia. Program ini bermula sejak tahun 2007 dan objektif penganugerahan geran ini
adalah untuk meningkatkan peluang pekerjaan di kalangan golongan OKU melalui
usaha OKU itu sendiri.
454
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU ini
terbuka kepada semua OKU di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Di antara
syarat-syarat permohonan bagi mendapat bantuan skim ini adalah seperti :
1. OKU hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Warganegara Malaysia.
4. Berminat dan telah memulakan perniagaan dan bercadang untuk
mengembangkan perniagaan.
5. Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan telah
berniaga sekurang-kurangnya genap tiga bulan.
6. Pengembangan perniagaan adalah bertujuan untuk membuka peluang
pekerjaan kepada OKU.
7. Permohonan boleh secara individu atau berkumpulan.
8. Perniagaan persatuan OKU yang berdaftar juga layak memohon.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sejak pelancaran Skim Bantuan Perniagaan
Orang Kurang Upaya ini dilaksanakan pada tahun 2007 sehingga kini seramai 33
usahawan OKU di Negeri Johor yang mengalami pelbagai kecacatan anggota fizikal
dan mental telah berjaya memperoleh geran dengan jumlah bantuan yang diterima
adalah sebanyak RM590,693.00. Di antara jenis perniagaan yang telah mereka
menerima bantuan adalah bagi bidang pertanian RM102,000.00. Bagi bidang pakaian
dan fesyen, RM70,000.00. Bengkel membaiki kenderaan RM153,500.00. Dan seterusnya
peruncitan menjual makanan, minuman kesihatan dan kecantikan, perkhidmatan dobi
dan lain-lain perkhidmatan.
Daripada jumlah ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, seramai tujuh orang OKU,
manakala sepuluh orang bukan OKU telah berjaya digajikan oleh usahawan OKU yang
telah berjaya menerima geran tersebut. Dengan adanya skim seumpama ini amatlah
diharapkan agar usaha ini dapat meningkatkan lagi ruang dan peluang pekerjaan
kepada OKU lain. Selain itu, mereka boleh bekerja sesama mereka dan menjalani
budaya kerja yang sama, lebih sempurna dan selesa.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh
ADUN Panti mengenai Projek Dialog dan Projek Rapid Petronas yang melibatkan
pelaburan lebih RM60 bilion yang akan menyediakan peluang pekerjaan lebih
daripada 30,000 untuk rakyat terutamanya berdekatan dengan daerah Kota Tinggi.
Dalam perkara ini, suka saya mengambil contoh, usaha yang diambil oleh pihak
kerajaan di Lego Land sebagai kajian kes. Untuk Lego Land yang memerlukan pekerja
kira-kira 900 orang pada awal pembukaannya, pada suku keempat tahun depan
maka bidang yang ditawarkan kerja di situ adalah agak berlainan dan bidang-bidang
latihan yang ditawarkan oleh pusat-pusat latihan yang sedia ada sekarang juga
berlainan. Maka, pihak IRDA dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran
menyedari perkara ini. Pihak IRDA, JPK dan pihak Lego Land yang diwakili oleh IDR
Resort bekerjasama dalam mengenal pasti keperluan tenaga mahir untuk
455
menjalankan aktiviti perniagaan taman tema di Lego Land. Empat buah pusat latihan
termasuk KPYPJ telah dipilih untuk memulakan latihan pada Ogos 2011, dengan
sokongan pembiayaan secara pinjaman oleh PTPK. Di penghujung peringkat latihan
awal ini, yang dijangkakan memakan masa kira-kira 12 bulan akan diadakan, dengan
izin, Sesi Finishing School, yang menekankan mengenai ciri-ciri, dengan izin, soft skills,
yang akan dijalankan. Bagi calon-calon yang berketerampilan dan layak akan
ditawarkan bekerja dengan Lego Land. Di Lego Land nanti, untuk meningkatkan
kemahiran pekerja kepada tahap yang diperlukan Program Sistem Latihan Dual
Nasional ataupun ringkasnya SLDN akan dilaksanakan oleh pihak JPK secara
berterusan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, model inilah, model seperti inilah juga akan digunakan
untuk mendampingi pelabur-pelabur lain seperti mana pelabur yang akan membuka
projeknya di Pengerang nanti. Selain daripada berperanan pusat latihan, model ini
juga menuntut sokongan daripada pihak syarikat atau industri untuk sama-sama
melatih bakal pekerja mereka. Inilah langkah besar yang memerlukan sokongan pihak
syarikat yang akan mengurangkan ketidaksepadanan atau dengan izin, mismatched,
sama ada dari sudut kuantiti mahupun kualiti seperti yang dibangkitkan oleh ADUN
Pasir Raja.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, langkah untuk mewar-warkan perkara ini telah dibuat
terutamanya menggunakan platform KEPAK, Kerjaya, Kemahiran dan Perniagaan.
Karnival yang baru-baru ini diadakan. Karnival ini yang baru-baru diadakan dengan
kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri dan IRDA dengan sokongan JTK, PUJB dan
JPK berserta pelbagai pihak sama ada sektor awam mahupun swasta telah berjaya
mengadakan Karnival KEPAK yang pertama di Persada Johor dari 23 hingga 26 Jun
yang lepas dan telah merekodkan 16,366 orang pengunjung.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, teknologi telah berubah dan bidang pekerjaan juga
telah berubah. Jadi, persepsi masyarakat mengenai bidang pekerjaan terpilih sahaja
yang boleh menjamin masa hadapan perlu diubah juga. Bidang-bidang kemahiran
juga menyediakan peluang pekerjaan yang tidak kurang hebatnya dari segi
pendapatan. Kerajaan melalui JPK menonjolkan jenama Skills Malaysia yang telah
dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 11 Januari 2011,
sebagai salah satu entiti dalam National Economic Transformation Plan ataupun NETP.
Kempen Skills Malaysia pula telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan
Perdana Menteri pada 5 Mei 2011, dengan tema Mengarus Perdana Latihan
Kemahiran. Perkara ini pula amat relevan dengan projek-projek pembangunan yang
dirancang di Negeri Johor ini. Karnival KEPAK dijadikan platform bagi menggerakkan
perkara ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, justeru itu, maka Kerajaan Negeri akan
memanjangkan lagi Karnival KEPAK ini. Karnival KEPAK yang kedua dirancang di
daerah Kota Tinggi iaitu di IKBN Bandar Penawar bermula daripada 28 hingga 30 Julai
456
2011. Dari itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker dan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat
semua, suka saya mengambil kesempatan di sini merayu kepada semua agar dapat
mengatur pengundi-pengundi dari kawasan yang berdekatan yang terdiri daripada
belia-belia dan ibu bapa supaya dapat menghadiri Karnival KEPAK ini. Dengan ini, kita
harap dapat membuka minda masyarakat dan mengubah paradigma mereka
mengenai pembangunan terkini dan pada masa hadapan. Sebagai rakyat Negeri
Johor amnya dan penduduk Kota Tinggi khususnya sewajarnya bersedia menerima
perubahan ini dan mengambil peluang semasa karnival ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, menyentuh tentang isu yang dibangkitkan oleh ADUN
dari Senai, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan juga menggalakkan
pekerja Malaysia yang mahir atau berkepakaran yang bekerja di luar negara termasuk
di Singapura untuk pulang bekerja di Malaysia. Kebanyakan pekerja mahir bekerja di
Singapura. Perkara ini amat membimbangkan pelbagai pihak kerana negara kita
mengalami masalah kekurangan tenaga pakar atau pekerja mahir. Oleh itu, pihak
kerajaan cuba untuk membawa mereka pulang ke tanah air dengan menjalankan
serta menyusun strategi untuk menarik mereka pulang dan bekerja di negara ini.
Antara usaha yang telah dilakukan oleh, antara usaha yang telah dilakukan adalah
wujudnya Koridor Wilayah Pembangunan Iskandar. Dan, bertindak sebagai Pihak
Berkuasa Tempatan, IRDA telah berusaha membawa masuk pelabur asing ke negeri ini
dan secara tidak langsung akan wujud peluang pekerjaan yang memerlukan
kepakaran serta tenaga mahir khusus untuk rakyat Johor. Pelabur-pelabur asing yang
rata-rata memiliki teknologi yang tinggi Yang Berhormat Dato’ Speaker, memerlukan
tenaga mahir tempatan biasanya akan memberikan gaji lumayan kepada pekerja-
pekerjanya. Contoh yang paling ketara Yang Berhormat Dato’ Speaker, adalah
Syarikat Technic Job Production Malaysia Sdn. Bhd. yang telah dibuka di Tanjung
Langsat. Jawatan untuk operator sahaja ditawarkan gaji sehingga RM1,500.00
sebulan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan membuka Johor Premium Outlet,
sebuah outlet branded, dengan izin, yang mana ia akan memasarkan barangan
berjenama dari luar negara, yang menawarkan harga pada kadar yang berpatutan
serta juga Taman Tema Lego Land seperti yang saya sebutkan tadi, yang sedang
rancak pembangunan juga akan menjadi daya penarik tenaga kerja tempatan di luar
negara agar kembali berkhidmat di negara ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan wujudnya Institusi Pengajian Tinggi baru seperti
New Castle University, yang telah mewujudkan peluang pekerjaan berjawatan tinggi
seperti pensyarah. Manakala, dalam bidang kesihatan pula, KPJ Healthcare Bhd. dan
Hospital Columbia Asia telah banyak menawarkan kekosongan jawatan untuk bidang
perubatan seperti doktor dan doktor pakar dalam pelbagai bidang. Dengan
kemasukan pelabur-pelabur baru ini dijangka menarik minat rakyat tempatan yang
mahir dan bekerja di luar negara kembali bekerja di negara sendiri.
457
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya rasa peluang ini nanti akan membolehkan
pekerja-pekerja kita tidak bersesak seawal jam 4:00 pagi untuk menyeberangi Tambak
Johor serta pulang setelah matahari terbenam. Wilayah Pembangunan Iskandar
dijangka menjadi sebuah bandar metropolitan dan mampu bersaing dengan negara
jiran Singapura serta menjanjikan taraf kehidupan rakyat yang berpendapatan tinggi
dengan usaha pekerja itu sendiri yang bersaing untuk memajukan diri seiring dengan
pembangunan yang direncanakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, program membawa pulang pekerja Malaysia yang
bekerja di luar negara, yang mana telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2001, dan kini
pula dipanggil sebagai Talent Corporation sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker,
bertujuan untuk membawa pulang pekerja mahir dan pakar-pakar bagi memenuhi
keperluan negara dalam bidang-bidang yang dikenal pasti. Mereka ini perlu
mengemukakan permohonan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk kelulusan.
Antara bidang yang memerlukan khidmat pakar ini ialah bidang teknologi informasi
dan komunikasi, farmatical industry dengan izin, industri automatif, industri tekstil dan
pakaian dan lain-lain bidang yang telah dikenal pasti. Untuk merealisasikan perkara ini
Yang Berhormat Dato’ Speaker, beberapa insentif telah diperkenalkan dan akan
ditawarkan kepada mereka yang sedia pulang dan bekerja di Malaysia iaitu:
1. Semua pendapatan yang dibawa balik oleh pemohon ke Malaysia akan
dikecualikan dari cukai pendapatan.
2. Isteri dan anak-anak pemohon yang bukan warganegara Malaysia akan diberi
status penduduk tetap dalam tempoh 6 bulan.
3. Anak-anak pemohon diberi kemudahan untuk memasuki sekolah antarabangsa.
Walau bagaimanapun, kemudahan ini tidak terpakai kepada anak yang lahir di
Malaysia selepas tarikh pemohon pulang ke Malaysia.
4. Dua buah kereta pemohon akan dikecualikan dari duti import, duti eksais dan cukai
jalan.
5. Pemohon dari negara yang menggunakan kenderaan berpemanduan sebelah kiri
ataupun left hand driver, dengan izin, adalah dibenarkan membeli dan membawa
masuk kenderaan dari negara ketiga, yang menggunakan pemanduan di sebelah
kanan.
6. Pemohon yang tidak dapat membawa balik kereta mereka atas apa jua sebab
adalah dibenarkan untuk membeli kereta yang dibuat atau dipasang di Malaysia
dengan dikecualikan dari cukai eksais dan cukai jalan. Jumlah kereta yang
mendapat kemudahan ini adalah terhad kepada 2 buah sahaja.
7. Isteri atau suami pemohon yang mempunyai kelayakan profesional dan kepakaran
yang diperlukan industri adalah dibenarkan untuk memohon pas kerja dari Jabatan
Imigresen.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi menarik
minat pekerja Malaysia di Singapura untuk kembali bekerja di Malaysia maka, adalah
dicadangkan kepada majikan dapat menyemak semula kadar upah yang ditawarkan
kepada pekerja-pekerja mereka. Mudah-mudahan dengan langkah yang telah
diambil ini akan dapat menangani masalah pemberhentian pekerja Malaysia di
458
Singapura dan seterusnya membantu mereka memperoleh pekerjaan untuk
kesejahteraan diri dan keluarga mereka.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh ADUN
Pasir Raja, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Tenaga Kerja telah dan
akan terus berusaha untuk melaksanakan penyelarasan, pemadanan dan
penempatan pekerjaan bagi menyelaras pengagihan tenaga kerja negara mengikut
keperluan semasa melalui Program Penempatan Pekerja ataupun 3P. Dan baru-baru
ini, seperti mana yang saya sebutkan tadi, Karnival KEPAK yang pertama diadakan di
Persada.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dari masa ke semasa, Program 3P yang saya sebutkan
tadi, dijalankan selaras dengan fungsi Jobs Malaysia melaksanakan pemadanan dan
penempatan pekerjaan bagi menyelaras pengagihan, tenaga kerja negara mengikut
keperluan semasa. Ia merupakan sebuah karnival kerjaya di mana ia menjadi tempat
pertemuan majikan dan pencari kerja dalam proses penjodohan jawatan. Pencari
kerja dibantu dengan diberi peluang ditemu duga secara langsung oleh majikan yang
menyertai program secara langsung dan pencari kerja tersebut akan dapat keputusan
dengan kadar yang segera.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, antara program penempatan yang telah dijalankan
adalah Program 3P dan KEPAK iaitu pada 26 Februari, kita sudah adakan Program 3P
Golongan Khas. Golongan Khas ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, bermaksud
program khas untuk OKU dan Latent Workforce, dengan izin, maksudnya seperti bekas
banduan dan bekas penagih dadah supaya mereka dapat ditempatkan di dalam
pasaran buruh bagi mengelakkan mereka di sisih oleh masyarakat dan akan terjebak
semula dengan gejala yang kurang sihat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, daripada 124 kekosongan dalam program tersebut, 42
telah diisi pada hari itu juga. Seterusnya, kita juga telah adakan program yang
bertujuan pemadanan dan penempatan pekerja ini iaitu 3P Jobs Malaysia di UTM 16
hingga 17 Mac, 3P di Pontian, 21 Mei 2011 dan KEPAK Johor Bahru yang sebut tadi, 23 –
26 Jun.
Seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Program 3P akan diteruskan selain
daripada Kota Tinggi tadi, di daerah Segamat 2 Julai, di daerah Kluang 9 Julai, di
KEPAK, di Muar dan Segamat, Ledang iaitu 29 September hingga 2 Oktober. Di Batu
Pahat dan Kluang, 20 hingga 23 Oktober; kemudian diulangi lagi di peringkat negeri
pada 12 hingga 13 November dan di daerah Mersing, 4 November dan di Kota Tinggi
lagi sekali, 10 Disember.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada program ini apa yang dijalankan adalah
bahawa program pemadanan pekerjaan dan bidang yang mereka ceburi. Yang
Berhormat Dato’ Speaker, satu lagi peluang bagi pemadanan ini ialah Pusat
JobsMalaysia. Pusat JobsMalaysia ini sentiasa memberi ruang dan peluang kepada
459
majikan untuk membuat temu duga di pejabat di situ. Dengan cara ini pencari kerja
yang telah disaring dapat dimaklumkan tentang kekosongan jawatan yang diperlukan
oleh sesebuah syarikat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh tentang perkara
yang dibangkitkan oleh ADUN dari Semerah berhubung dengan peluang pekerjaan di
kalangan ibu tunggal di Negeri Johor. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam perkara
ini suka saya nyatakan bahawa beberapa program dan peluang pekerjaan telah
ditawarkan dan dijalankan khusus bagi membantu ibu-ibu tunggal di dalam menjana
pendapatan harian mereka. Sebagai contoh, jika dilihat melalui pelbagai program
seperti KEPAK yang saya sebutkan tadi, beberapa penyedia latihan berhubung
kemahiran seperti bidang jahitan, bidang kecantikan, bidang penyediaan makanan
dan minuman yang mana akan dapat meningkatkan ekonomi diri serta keluarga telah
ditawarkan kepada khususnya golongan-golongan wanita dan ibu-ibu tunggal.
Y.B. Dato’ Speaker : Umur ada had, Yang Berhormat? Umur, umur. Umur ibu tunggal
berapa?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan
Inovasi : Ini tiada had, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh…
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan
Inovasi : Bergantung kepada minat mereka.
Y.B. Dato’ Speaker : I see…
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan
Inovasi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan sentiasa bersedia memberi
peluang, sokongan dan bantuan kepada golongan wanita khususnya ibu tunggal
untuk menceburi bidang perniagaan dan bidang kemahiran kerana ia dapat
membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Apabila mereka mempunyai ilmu dan
kemahiran, ia akan memberi kelebihan kerana boleh menghasilkan banyak idea baru
yang kreatif seterusnya dapat memasarkan produk kepada orang ramai sekali gus
menjana pendapatan. Selain dari itu, JTK juga telah melaksanakan program apa yang
dipanggil Yang Berhormat Dato’ Speaker, home working, dengan izin yang juga turut
disertai oleh ibu-ibu tunggal. Home working ini Yang Berhormat Dato’ Speaker ialah
peluang kerja di mana ibu-ibu tunggal ini boleh melaksanakan tugas-tugas tertentu
dengan duduk di rumah. Dan setelah siap kerja mereka, mereka boleh hantar hasil
kerja itu kepada syarikat berkenaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh, merujuk kepada isu
yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permas mengenai peranan Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO). Yang Berhormat Dato’ Speaker, PERKESO merupakan
salah sebuah agensi kerajaan berstatus Badan Berkanun yang terletak di bawah
Kementerian Sumber Manusia dengan misinya adalah komited untuk memberi
perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi
skim-skim keselamatan sosial serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan
demi meningkatkan kesejahteraan pekerja.
460
Yang Berhormat Dato’ Speaker, majikan utama atau majikan langsung yang
mempunyai dan menggaji sekurang-kurangnya seorang pekerja hendaklah berdaftar
dengan PERKESO dan membayar caruman bulanan mengikut kadar yang ditetapkan.
Terdapat dua kategori caruman yang perlu dibayar di bawah AKSP 1969 iaitu
Caruman jenis pertama dan caruman jenis kedua.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya melalui caruman-caruman ini PERKESO
mentadbir dua skim perlindungan keselamatan sosial iaitu Skim Insurans Bencana
Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan, mana-
mana pekerja yang ditimpa kemalangan terbit dari dan dalam masa menjalankan
pekerjaannya mengikut Seksyen 2(6) atau Seksyen 24 Akta Keselamatan Sosial Pekerja
1969 berkelayakan mendapat faedah-faedah yang disediakan PERKESO tanpa terhad
kepada umur. Sama ada di bawah 55 tahun atau melebihi 55 tahun, sepertimana
yang diminta oleh ADUN Permas. Bagaimanapun, di bawah Skim Pencen Ilat pula,
kelayakan untuk menerima faedah pencen ilat atau faedah pencen penakat adalah
apabila pekerja membuat tuntutan keilatan atau kematian pekerja ketika berumur di
bawah 55 tahun, mengikut Seksyen 17 dan Seksyen 20, Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969. Selain memenuhi syarat umur, pekerja juga hendaklah memenuhi syarat
kelayakan caruman penuh atau syarat kelayakan caruman yang kurangkan mengikut
Seksyen 17(1) Akta yang sama.
Berhubung dengan cadangan Y.B. Permas untuk meningkatkan umur kepada 58 tahun
terutamanya bagi mereka yang layak menerima faedah pencen ilat tersebut, maka
pihak kami akan mencadangkan perkara ini kepada pertimbangan pihak PERKESO
bagi membolehkan pekerja layak menuntut faedah pencen ilat atau faedah pencen
penakat selain pekerja hendaklah juga memenuhi syarat kelayakan caruman yang
ditetapkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh sedikit mengenai
portfolio Perpaduan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat ADUN Kawasan
Stulang, Maharani, Mengkibol, Naning, Kemelah, Pekan Nenas, Machap dan juga DUN
Rengit telah menyentuh soalan mengenai perpaduan dan juga semangat
kebangsaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, perpaduan yang terbentuk di negara kita sebenarnya
berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan yang telah mendapat persetujuan
oleh kesemua pemimpin-pemimpin terdahulu yang mewakili setiap kaum sejak lebih 50
tahun yang silam. Di dalam Perlembagaan tersebut sememangnya jelas termaktub
segala aspek, segala aspek yang berhubung dengan hak-hak yang perlu dihormati
dan difahami oleh kita bagi memastikan suasana harmoni masyarakat pelbagai kaum
di negara yang kita cintai ini akan terus berkekalan sampai bila-bila. Antara
kandungan atau inti pati Perlembagaan kita adalah mengenai Hak
Kewarganegaraan, Kesultanan dan Hak-Hak Raja Melayu, Hak Keistimewaan Orang-
Orang Melayu Dan Bumiputera, Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan,
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi. Jika diperhalusi kandungan inti pati di dalam
Perlembagaan kita, ianya tidak langsung mengetepikan hak-hak mana-mana kaum
atau mana-mana agama yang dianuti oleh rakyat di negara ini. Malahan,
Perlembagaan juga membenarkan agama mahupun bahasa lain diamalkan atau
dituturkan oleh masyarakat di Malaysia.
461
Yang Berhormat Dato’ Speaker, perlu diingat bahawa peristiwa 13 Mei 1969 contohnya
adalah satu sejarah yang paling hitam yang perlu dijadikan iktibar supaya perkara ini
tidak berulang. Saya percaya tidak mustahil sekiranya peristiwa tersebut berulang lagi,
sekiranya setengah-setengah pihak memperlekehkan kerajaan dengan memainkan
isu-isu perkauman yang boleh membakar api kemarahan sesuatu kaum.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya sebagai mengulangi inti pati
Perlembagaan Malaysia itulah, maka pada tahun 1970 prinsip-prinsip Rukun Negara
diwujudkan. Di mana ia tekankan mengenai Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan
Kepada Raja Dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang,
Kesopanan Dan Kesusilaan. Kita sepatutnya mengetepikan segala kekeliruan yang
timbul atau secara sengaja ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kita juga mestilah menghentikan segala tindakan yang boleh menghancurkan masa
depan negara ini kerana kemerdekaan yang di kecapi Yang Berhormat Dato’
Speaker, bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperoleh di mana kita dijajah lebih
daripada 450 tahun sebelum kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Malahan
cabaran kita sepatutnya ditumpukan kepada pengisian, pengisian untuk
mempertahankan erti kemerdekaan. Malahan secara jelas dapat kita lihat hari ini
bahawa beberapa buah kerajaan telah tumbang akibat masyarakatnya yang
berpecah-belah dan sering menimbulkan kekacauan ataupun suasana huru-hara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan sebenarnya amat memberi fokus dalam soal
perpaduan. Usaha pemantauan dan penyelidikan mengenai perpaduan rakyat
sentiasa dan terus dibuat secara berterusan bagi memastikan perpaduan rakyat di
negara akan terus berkekalan. Di bawah Program Transformasi Kerajaan, dua indeks
iaitu Global Peace Index, GPI, dengan izin dan Indeks Ketegangan Masyarakat, IKM
dikenal pasti sebagai indeks yang relevant dan penting bagi mengetahui kedudukan
dan keharmonian dan perpaduan negara. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional (JPNIN) telah memainkan peranan utama dalam membina IKM bagi Malaysia
sejak tahun 2007.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, IKM bagi suku tahun 2011 adalah 4.4 kes per sejuta
penduduk. Sebanyak 161 kes demonstrasi dan protes berlaku dalam suku tahun 2011,
223 kes pergaduhan dan 89 isu direkodkan pada suku tahun pertama 2011. Maklumat-
maklumat ini diperoleh daripada akhbar dan juga kerjasama erat pihak Polis DiRaja
Malaysia. Pada suku tahun pertama 2011, didapati sebanyak 1.7 kes per sejuta
penduduk menurun iaitu 4.4 kes jika di banding dengan suku tahun pertama 2010, 6.1
kes per sejuta penduduk. Bagi Negeri Johor, IKM 0.4 kes per 100,000 penduduk bagi
suku tahun 2011.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, berdasarkan kepada statistik IKM ini menunjukkan
tahap perpaduan dan keharmonian negara masih lagi berada pada tahap yang baik.
Walau bagaimanapun, perkara ini tidak boleh dianggap selesa sekiranya budaya
demonstrasi, protes dan bantahan tidak dibendung dari terus berlaku dalam
masyarakat. Melalui konsep 1 Malaysia, kerajaan amat terbuka dalam segala
permasalahan yang berlaku. Oleh itu, setiap masalah yang timbul boleh diselesaikan
secara rundingan dan bukan melalui cara yang tidak sepatutnya seperti demonstrasi,
protes dan bantahan terbuka.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, begitu juga di peringkat antarabangsa. Di peringkat
antarabangsa melalui Global Peace Index ataupun GPI yang dihasilkan oleh Institute
462
Economy and Peace Malaysia. Malaysia berada di tangga ke-19 tahun ini jika
dibandingkan tahun 2010, di tangga 22. Pengukuran tahap keamanan ini diukur
daripada 153 buah negara dan angka ini mungkin boleh berubah. Salah satu indeks
yang menjadi petunjuk utama kepada penarafan ini adalah berdasarkan kejadian
seperti demonstrasi jalanan. Atas alasan itu, maka aktiviti yang sedang dirancang
oleh Bersih untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9 Julai ini harus
disekat dan dihalang setegas-tegasnya oleh pihak berkuasa, Yang Berhormat Dato’
Speaker. (Dewan bertepuk). Ianya bukan sahaja boleh menjejaskan imej negara
malahan ada kemungkinan besar akan merenggangkan hubungan harmoni di
kalangan masyarakat berbilang kaum di negara yang kita cintai ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh tentang usaha yang
diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan bahawa semangat cintakan negara ini
terus disemai dengan program-program seperti Kempen Kibar Jalur Gemilang,
Sambutan Ulang Tahun Bulan Kemerdekaan, Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik dan
penubuhan Kelab-Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah rendah dan menengah
begitu pesat dilaksanakan. Di Negeri Johor usaha menanamkan semangat
kebangsaan ini dimulakan semenjak zaman sekolah lagi apabila diwujudkan sebanyak
518 buah sekolah telah menubuhkan Kelab Rukun Negara iaitu sebanyak 203 buah di
sekolah rendah dan 315 di sekolah menengah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh perkara yang
dibangkitkan oleh ADUN…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat panjang lagi?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan
Inovasi : Sikit lagi, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan
Inovasi : ADUN Maharani dan ADUN Mengkibol ada membangkitkan tentang Skim
Rondaan Sukarela atau ringkasnya SRS.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker, skim SRS ini diletakkan di bawah
seliaan Kawasan Rukun Tetangga dan SRS tidak boleh diwujudkan di luar Kawasan
Rukun Tetangga. Sesuatu skim SRS yang ingin ditubuhkan ianya hendaklah
mengemukakan permohonan melalui Jawatankuasa Rukun Tetangga sesebuah
kawasan terlebih dahulu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, setakat ini sehingga bulan Jun 2011 sebanyak 260 KRT
di seluruh Negeri Johor telah pun menubuhkan Skim Rondaan Sukarela ini. Dan
sebahagian besarnya telah pun berjaya untuk membantu mengurangkan kadar
jenayah di kawasan masing-masing. Berikut adalah bilangan SRS mengikut daerah-
daerah:- di daerah Johor Bahru, 65 SRS; di daerah Muar, 71; di Mersing, 16; di Kota
Tinggi, 12; di Ledang, 11; di Kluang, 27; di Pontian, 8; di Kulaijaya, 26; di Batu Pahat, 12
dan di Segamat, 12.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi memastikan Skim Rondaan Sukarela ini dapat
dilaksanakan dengan berkesan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
463
telah menyalurkan peruntukan dengan jumlah sepertimana yang saya jelaskan pada
sesi soalan lisan. Walau bagaimanapun, di sini saya ingin tekankan mengenai Skim
Perlindungan Insurans Berkelompok bagi anggota Skim Rondaan Sukarela. Kematian
akibat kemalangan, mereka akan diberikan RM20,000.00; kalau berlaku keilatan kekal
akibat kemalangan ketika melakukan rondaan, RM19,000.00; perbelanjaan perubatan
maksimum sehingga RM500.00, elaun harian hospital RM20.00 sehari, maksimum 30 hari;
khairat kematian akibat kemalangan RM1,000.00.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, rasanya dengan maklumat yang telah saya
kemukakan tadi, saya berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat telah mendapat penjelasan
yang sewajarnya. Jadi, saya juga mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan
ucapan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, sama ada yang
telah mengemukakan soalan mahupun yang sering memberi sokongan dan kerjasama
kepada portfolio saya. Sekian, terima kasih, saya turut menyokong usul ADUN Kukup.
Y.B. Dato’ Speaker : Hah, pendeknya. Jemput, perbahasan diteruskan lagi.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan
Pengajian Tinggi : Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Alhamdulillah, saya ingin
panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya pada pagi ini
saya dapat bersama-sama bagi sesi penggulungan Persidangan Keempat Dewan
Negeri Johor ke-12 yang telah dirasmikan pembukaannya oleh Duli Yang Maha Mulia
Baginda Sultan Johor. Dan, saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana telah memberi peluang
serta ruang kepada saya untuk menyampaikan ucapan penggulungan ini bagi
menjawab serta menjelaskan perkara-perkara yang telah disentuh oleh Ahli-Ahli Yang
Berhormat dalam sesi perbahasan. Dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mana telah mengemukakan soalan,
pandangan, cadangan, teguran serta kritikan yang membina khususnya mengenai
dengan perkara-perkara yang melibatkan portfolio Pembangunan Usahawan dan
Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mulakan dengan isu pendidikan yang
dibawa oleh ADUN Jorak mengenai dengan pencapaian UPSR serta kekhuatiran
terhadap masa depan anak-anak Johor. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sejak
perancangan strategik 2006 – 2008 dan 2009 – 2011 lagi, pihak Jabatan Pelajaran Johor
telah berusaha untuk mempertingkatkan keputusan peperiksaan awam Negeri Johor.
Semua usaha ini termasuklah memperkenalkan Head Count, melatih kepimpinan
sekolah dengan kepimpinan Instructional, Audit Academic, panel perunding mata
pelajaran serta menggerakkan semua kepakaran Negeri Johor untuk melonjakkan
prestasi peperiksaan. Hasrat Jabatan Pelajaran Johor ialah untuk menjadikan Johor
Top 5, dengan izin, telah dapat dicapai dalam peperiksaan UPSR. Berlaku peningkatan
yang ketara keputusan peperiksaan UPSR dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
464
Jika dibandingkan dengan negeri lain, Johor merupakan antara sumber murid teramai
ke sekolah-sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah terbaik di Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada tahun 2006, peratus yang lulus dalam UPSR,
63.63%; 2007, 66.78%; 2008, 66.28%; 2009, 66.64% dan 2010, 68.30%. Dan bagi yang
mendapat semua A dalam peperiksaan UPSR, tahun 2006, 7.56%; tahun 2007, 8.64%;
tahun 2008, 9.64%; tahun 2009, 10.13% dan tahun 2010, 10.61%. Dan bagi gred purata
pula, ianya meningkat daripada tahun 2006 hingga ke tahun 2010, di mana tahun
2006, gred purata ialah 2.29; 2007, 2.23; 2008, 2.22; 2009, 2.21 dan 2010, 2.19. Dan bagi
kedudukan pada tahun 2006, kita memang tempat ke 8, tetapi kita telah pun berjaya
meningkatkan kedudukan pencapaian kita, tahun 2007 tempat yang ke-6; tahun 2008,
tempat yang ke-3; tahun 2009, tempat yang ke-5 dan tahun 2010, tempat yang ke-4.
Memang kita akui Yang Berhormat Dato’ Speaker, Wilayah Persekutuan, apa tu,
Putrajaya mendapat tempat yang pertama dengan peratusan yang mendapat 5A
adalah tinggi berbanding dengan Negeri Johor. Sebab itu, Jabatan Pelajaran tidak
meletakkan target Johor tempat pertama dan yang ke-2 kerana di Johor kita ada
lebih kurang 800 lebih sekolah rendah. Tapi, di Wilayah Persekutuan Putrajaya jumlah
sekolahnya terlalu sedikit jika dibandingkan di Negeri Johor. Dan kita juga masih
banyak lagi sekolah yang terletak di kawasan luar bandar, Yang Berhormat Dato’
Speaker.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin menyentuh perkara yang dibangkitkan
oleh ADUN Kukup iaitu berkaitan dengan kajian untuk menambah mata pelajaran
Sains dan al-Quran ke dalam mata pelajaran yang diajar yang diajar pada setiap hari.
Dan saya amat bersetuju dengan cadangan agar kajian sedalam-dalamnya
dilakukan terhadap tujuan ini. Sebagai agensi pelaksana kepada dasar-dasar dan
perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak Jabatan Pelajaran Johor akan
cuba mengemukakan dan memanjangkan cadangan ini kepada pihak Kementerian.
Dan makluman Yang Berhormat Kukup juga, walaupun cadangan Ahli Kukup belum
lagi dibuat kajian oleh pihak Jabatan mahupun pihak Kementerian, kajian-kajian
mengenai Sains dalam al-Quran sememangnya telah dan sentiasa dilaksanakan di
peringkat pengajian tinggi. Sebagai contoh, terdapat fakulti yang menjalankan kajian
khusus di dalam bidang ini di UTM.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli daripada Kahang membangkitkan masalah yang
dihadapi oleh Sekolah Kebangsaan Seri Sedohok, di mana sekolah tersebut ialah
sekolah di kawasan perkampungan Orang Asli ya, tak silap saya dan kerosakan pada
bumbung, insya-Allah akan kita perbaiki dalam tempoh terdekat ini dan sebut harga
akan dibuat dalam bulan Julai dan selepas sebut harga, kita akan segera
memperbaiki kerosakan ini dan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat. Dan
mengenai dengan bekalan air bersih...
465
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, duduklah kejap, ha,ah. Cik Aishah masak ikan
keli, nak rehat minum tongkat Ali. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan
selama 20 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11:35 pagi.
Persidangan disambung pada jam 12:05 tengah hari.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Salam sejahtera. Persidangan disambung semula. Jemput.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan
Pengajian Tinggi : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam warahmatullahi taala wabarakatuh.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan
Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Datuk Speaker, izinkan saya menyambung ucapan
penggulungan saya. Berkaitan dengan bekalan air bersih di Sekolah Kebangsaan Seri
Sedohok. Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun membina telaga tiub di sekolah
tersebut. Bagaimanapun, terdapat masalah teknikal di mana kekurangan sumber air
di bawah tanah yang selalu kering, dan oleh itu projek ini tidak dapat dilaksanakan
sepenuhnya di kawasan sekolah tersebut. Dan, sebagai langkah alternatif dan
berdasarkan cadangan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kluang, Kementerian
Pelajaran sebenarnya dah pun bersetuju untuk menurunkan waran peruntukan
berjumlah RM30,000.00 untuk kerja-kerja membina kolam takungan air di sekolah
tersebut untuk mengatasi masalah tersebut. Dan atas keprihatinan, keprihatinan YB
juga, Yang Berhormat Kahang juga, kita akan laksanakan seberapa segera dan insya-
Allah dalam bulan Julai ini juga.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli daripada Permas membangkitkan mengenai
dengan sekolah-sekolah di kawasan Permas. Dan untuk makluman Yang Berhormat
daripada Permas, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri
Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah amat prihatin terhadap keperluan sekolah-
sekolah di Negeri Johor terutama di kawasan yang pesat membangun seperti
kawasan Pasir Gudang. Dan contohnya dalam Rancangan Malaysia Ke-9, sekolah-
sekolah yang telah diluluskan pembinaannya ialah Sekolah Kebangsaan Taman Nusa
Damai yang sedang dalam pembinaan, dan dijangka siap pada tahun ini. Manakala
Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Damai telah pun siap dibina dan mula
beroperasi pada tahun ini. Dengan pembukaan sekolah menengah ini, adalah
dijangka ia dapat menampung keperluan penduduk di Taman Nusa Damai dan
taman-taman lain yang berhampiran seperti Taman Scientex.
466
Dan selain daripada itu, dalam Rancangan Malaysia Ke-10, First Rolling Plan, dengan
izin, di kawasan Pasir Gudang, Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun meluluskan
pembinaan Sekolah Kebangsaan Taman Dahlia, Sekolah Kebangsaan Kota Masai 3
dan Sekolah Kebangsaan Taman Cahaya, Masai. Dan, oleh kerana perkara ini dah
dua kali dibangkitkan oleh ADUN Permas, Jabatan Pelajaran Johor juga telah
memajukan permohonan untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan Taman Scientex,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Cahaya Masai di dalam Second Rolling Plan, dengan izin, RMK-10 ke Kementerian
Pelajaran Malaysia. Dan dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah
memajukan permohonan ini ke Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
untuk dipertimbangkan. Ini bergantung kepada kelulusan daripada EPU.
Sehubungan dengan itu, jabatan berharap, sekiranya terbina sekolah-sekolah yang
dirancang ini, ia akan dapat memberikan kemudahan pendidikan di kawasan Pasir
Gudang khasnya di DUN Permas serta dapat mengurangkan kesesakan dan
kepadatan pelajar di sesebuah sekolah serta beban yang ditanggung oleh penduduk
di kawasan tersebut.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh
Ahli Pengkalan Rinting. Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Pei Hwa 2 di Teluk Danga. Memang sebenarnya, Kementerian dah
pun mempunyai peruntukan, lebih kurang RM8.33 juta. Ini di bawah pakej rangsangan
ekonomi bagi menampung pembinaan sekolah tersebut. Tapi, projek ni sampai
sekarang ni tak dapat dilaksanakan kerana tapak, tanah tapak cadangan ini belum
lagi dibuat proses Serah Balik Kurnia Semula dan diberi milik kepada Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan oleh pihak pemaju perumahan Teluk Danga. Ini proses SBKS apa tu, belum
selesai lagi. Mungkin Yang Berhormat boleh membantulah, supaya ia dipercepatkan.
Dan bagi cadangan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Taman Bukit Indah.
Kebenaran dan kelulusan kewujudan sekolah ini, sebenarnya, pihak Jabatan belum
lagi mendapat kelulusan daripada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri
Pelajaran kerana kewujudan sekolah Tamil ini adalah di bawah kuasa Menteri
Pelajaran.
Jadi, Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin merujuk kepada perkara yang
dibangkitkan oleh Ahli Tenggaroh, dan mengenai dengan sekolah, tapak Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Mersing. Dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mersing ini
merupakan Sekolah Bantuan Kerajaan ataupun Bantuan Modal. Jadi, urusan untuk
mendapatkan tapak tanah sekolah tersebut adalah di bawah tanggungjawab PIBG
sekolah tersebut. Dan saya difahamkan PIBG telah pun mengemukakan permohonan
dan Jabatan Pelajaran dimaklumkan bahawa proses pemberian tanah ini masih lagi di
peringkat PTG.
467
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli daripada Tenggaroh juga membangkitkan
masalah disiplin pelajar. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor tidak pernah memandang
ringan terhadap masalah disiplin murid-murid sekolah menengah dan rendah.
Pembangunan sahsiah murid menjadi salah satu agenda penting dalam arus
pendidikan negara. Bagi merealisasikannya, beberapa program telah, sedang dan
akan dilaksanakan sepanjang tahun 2011. Di antaranya ialah:
1. Program Integrasi Negeri Tangani Anti-Sosial
2. Program Kepimpinan Pengawas
3. Program Hati Ke Hati
4. Kempen Anti Buli di Sekolah
5. Kelab Pencegahan Jenayah
6. Program Jati Diri Murid
7. Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
8. Literasi Undang-undang
9. Program Jom ke Sekolah
10. Program Jangan Merempit
11. Program Kempen Menangani Gejala Disiplin Murid
12. PIBG Pemangkin Kecemerlangan Sekolah
13. Program Piawaian Keselamatan Sekolah
14. Program Benci Zina
15. Program e-Kehadiran
Selain daripada itu, pihak JPNJ sentiasa menjalin hubungan baik bersama agensi
kerajaan dan juga agensi bukan kerajaan yang lain bagi mendapatkan kerjasama
untuk menangani masalah disiplin murid di negeri ini. Antaranya ialah:
1. Mengadakan permuafakatan antara Jabatan Pelajaran dengan Polis Di Raja
Malaysia, Kontinjen Johor dan Jabatan Penjara.
2. Menubuhkan Majlis Permuafakatan Pejabat Pelajaran Daerah bersama RELA,
Polis, Ketua-ketua Masyarakat, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Swasta serta
PIBG.
3. Memperkasakan peranan PIBG
4. Mengaktifkan Kelab Pencegahan Jenayah di semua sekolah.
5. Mengadakan kem jati diri, motivasi, Program Bina Insan kepada murid-murid
berisiko.
6. Menggalakkan murid menjadi Ahli Rakan COP Polis Johor.
7. Mengadakan Briged Komuniti.
8. Mengadakan Program Khas terus ke sekolah-sekolah yang ada masalah disiplin
murid.
9. Pihak PDRM telah melantik pegawai perhubungan sekolah di semua sekolah
dan menggalakkan mengadakan sudut PDRM di sekolah.
10. Semua sekolah telah ada program penerapan kendiri keselamatan sekolah
dalam penilaian sekolah selamat.
11. Semua sekolah telah melaksanakan program Integrasi Tangani Antisosial.
12. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah bersama-sama masyarakat setempat
mengadakan operasi ponteng di lokasi-lokasi terpilih.
468
13. Membuat pemantauan mengejut ke sekolah yang mempunyai kes atau
berpotensi berlakunya kes disiplin.
14. Menjalankan ujian atau pun urine test dengan izin, di sekolah menengah
dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin merujuk kepada perkara yang
dibangkitkan oleh Ahli Layang-Layang dan juga Tenggaroh, walaupun dua hari lepas
saya dah menjawab juga tentang Kolej Komuniti, saya ingin memberi sedikit maklumat
tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker pada Dewan yang mulia ini. Untuk
makluman Dewan yang mulia ini, semenjak September tahun 2004, kerajaan telah
memutuskan pembangunan Kolej Komuniti di bina mengikut keperluan dan tidak
semestinya di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara. Walau bagaimanapun,
Kementerian dari masa ke semasa akan sentiasa menimbang keperluan penubuhan
Kolej Komuniti bagi kawasan Parlimen yang memerlukannya serta terdapat
permintaan yang tinggi dari penduduk tempatan untuk menyertai program yang
ditawarkan. Termasuk program pembelajaran sepanjang hayat. Penubuhan kolej
komuniti ini juga adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan semasa kerajaan.
Dan oleh kerana ada permintaan daripada Yang Berhormat Tenggaroh, saya telah
pun mendapat maklumat dan Kementerian Pengajian Tinggi sebenarnya telah pun
bersetuju Kolej Komuniti Mersing untuk di senaraikan dalam permohonan, tapi belum
lulus eh, jangan ingat dah lulus pula. Untuk di senaraikan dalam permohonan projek
Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Second Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-
10.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin merujuk kepada perkara yang dibangkitkan
oleh Ahli Pasir Raja mengenai dengan Kolej KPYPJ. Kumpulan Pendidikan YPJ melalui
Bahagian Hal Ehwal Pelajar khususnya amat memandang berat perkara yang
dibangkitkan oleh Ahli Pasir Raja. Pelajar-pelajar adalah keutamaan KPYPJ dan buat
masa ini pihak KPYPJ sedang dalam usaha mencari kawasan perumahan baru yang
berdekatan dengan Kampus Induk ini untuk dijadikan asrama pusat bagi pelajar lelaki
dan pelajar perempuan. Dan pihak KPYPJ juga akan berusaha sedaya upaya untuk
menyediakan penginapan yang kondusif dan pengangkutan yang sesuai bagi
keperluan pelajar-pelajar ini. Dan yang keduanya, pihak KPYPJ juga sedang dalam
usaha untuk mengenal pasti pelabur atau pemaju yang ingin menjalankan usaha
sama atau pun joint venture bersama dengan pihak KPYPJ dalam mempersiapkan
penempatan kepada pelajar dengan konsep build operate dan transfer dengan izin,
yang mana bagi pihak KPYPJ ianya lebih menjimatkan khususnya dari segi kos
penyelenggaraan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh perkara yang dibangkitkan oleh
Ahli daripada Kempas, mengenai dengan soal IKS Bumiputera. Yang Berhormat Dato’
Speaker, Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor dan Perbadanan Usahawan
Johor Sdn. Bhd. serta UPEN yang menjadi sekretariat kepada MPUNJ atau Majlis
Pembangunan Usahawan Negeri Johor sememangnya mempunyai pelan
pembangunan IKS Negeri Johor sebagaimana yang telah pun kita bentangkan
469
kepada kerajaan. Pelan ini menunjukkan langkah demi langkah peningkatan untuk
meningkatkan keupayaan usahawan dari segi pensijilan, kapasiti pembangunan
jenama dan pembangunan produk, pelan pembangunan IKS Johor dengan izin
adalah, dengan izin Standard Blue Print, adalah program pembangunan yang telah
dirangka daripada peringkat asas keusahawanan sehingga peringkat pengeksportan
produk ke luar negara. Pelan ini melibatkan banyak agensi Kerajaan Negeri dan
Persekutuan seperti SME Corp, MATRADE, FAMA, MARA dan MITI.
Antara program yang dijalankan adalah seperti bengkel pembungkusan jenama dan
undang-undang serta peraturan pelabelan yang bermula pada tahun 2008 hingga
2011 ini. Dan sebanyak 22 bengkel telah dijalankan di setiap daerah. Dan, sambutan
terhadap bengkel ini agak menggalakkan tetapi kurang mendapat kesedaran
usahawan dan kepekaan kepada perubahan trend semasa di pasaran antara
kelemahannya. Dan ianya sudah tentulah akan menghalang produk mereka untuk
terus bersaing di peringkat lebih tinggi. Pihak UPEN juga telah membuat kajian tentang
usahawan IKS Bumiputera yang terlibat dalam industri pengeluaran produk makanan
dan minuman di mana mengikut kajian tersebut keluaran tahunan bagi 150 usahawan
yang pertama, yang telah pun yang telah mengeluarkan produk yang berasaskan
makan dan minuman mempunyai nilai pengeluaran yang hampir 150 juta pada tahun
2010 berbanding 77 juta pada tahun 2007. Ini nampak peningkatan yang ketara
apabila kita buat kajian ke atas 150 usahawan yang pertama. Dan, kesimpulannya
Kerajaan Negeri telah membantu menyediakan infrastruktur dan pihak usahawan
hanya dituntut supaya berubah dari segi minda dan keluar daripada zon selesa
dengan izin, dan menerima persaingan perniagaan secara positif. Kerajaan Negeri
akan terus menyokong dan memantau demi memastikan peningkatan ini ketara dari
masa ke semasa.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seperkara lagi yang saya ingin sentuh ialah perkara
yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Senggarang. Yang Berhormat
daripada Senggarang mencadangkan satu konsep baru, yang kita beri nama
Shopping Mall Libraries ataupun Library di pusat-pusat membeli belah. Ini mungkin hasil
lawatan Yang Berhormat Senggarang ke luar negara untuk melihat library, dia baru
balik sebenarnya melihat library di luar negara. Jadi, sebenarnya lawatan itu
nampaknya membuahkan hasil dan pandangan yang membina daripada Yang
Berhormat Senggarang ni. Jadi buat masa ini, kita melihat di Johor Bahru khususnya
hanya ada satu perpustakaan di kompleks membeli belah iaitu di Pasir Gudang. Ia di
bawah kelolaan MPPG. Konsep Shopping Mall Libraries atau Perpustakaan dalam
kompleks membeli belah merupakan satu konsep yang sangat popular di luar negara
dan kini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dan dari segi
pembinaannya, ianya lebih cepat dan tidak menggunakan kos yang banyak
berbanding dengan stand alone library iaitu mengambil masa setahun untuk reka
bentuk dalaman, dan konsep ini dapat membantu memperkembangkan budaya
membaca dengan cepat, kerana adanya peluang untuk rakyat mendapat maklumat
di tempat yang sering mereka kunjungi dengan suasana yang lebih menyeronokkan.
470
Untuk itu, Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, menyokong cadangan tersebut
dan sedia memikul tanggungjawab untuk memperluaskan konsep tersebut sekiranya
kita mendapat dana khusus untuk membiayai cadangan tersebut dan kita akan
usahakan supaya adanya library atau perpustakaan ini. Adalah menjadi harapan
cadangan ini mendapat sokongan daripada semua pihak untuk menjayakannya
terutamanya pemaju kompleks yang perlu melihatnya sebagai tanggungjawab sosial
untuk jangka masa panjang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, demikian tadi serba sedikit penjelasan saya mengenai
perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang
mulia ini. Jadi kalau ada yang tak dijawab dan sebagainya bolehlah kita berhubung.
Sekian sahaja ucapan penggulungan saya, wabillahi taufik walhidayah
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam, jemput yang lain.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian,
Kebudayaan dan Warisan : Bismillahirrahmaanirrahim, Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1Malaysia.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian,
Kebudayaan dan Warisan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu saya
mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker yang telah
memberi peluang kepada saya untuk turut sama di dalam perbahasan atas rundingan
menjunjung kasih, atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang telah merasmikan
Mesyuarat Pertama Pembukaan Rasmi bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan
Negeri Johor Yang Ke-12.
Kain Cindai benang sutera, sulaman bertenun Bunga Melati; Tuanku bagai payung
mahkota, rakyat bernaung seluruh negeri. Bakul sirih berisi mempelam, buah hantaran
rumah Penggawa; rakyat berdoa siang dan malam, agar Tuanku di panjang usia. Di
kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan cadangan serta
pandangan dan juga teguran tentang perkara-perkara yang berhubung kait dengan
jabatan-jabatan di bawah portfolio Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat ADUN Kempas mencadangkan agar
warisan dan budaya di Negeri Johor dikembangkan, dipelihara dan digilap supaya
warisan yang wujud di Negeri Johor ini sentiasa diketahui umum. Untuk makluman Ahli
Yang Berhormat, usaha-usaha memelihara warisan sejarah Johor sesungguhnya
471
merupakan tugas dan tanggungjawab yang berterusan. Secara pengurusan Yayasan
Warisan Johor melaksanakan tanggungjawab murni itu melalui bahagian-bahagian
yang wujudkan iaitu Pengurusan dan Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan
Semangat Johor ataupun IKLAS, pemuziuman, persuratan dan sejarah,
pengembangan seni dan budaya dan juga persembahan seni dan budaya. Melalui
penubuhan bahagian-bahagian di atas, jelas bahawa fungsi, peranan dan tugas
Yayasan Warisan Johor adalah holistik dan menyeluruh untuk membangun dan
memartabatkan warisan sejarah, kesenian dan persuratan budaya Negeri Johor.
Pelbagai kemajuan dan pembangunan telah dilaksanakan oleh Yayasan Warisan
Johor sejak ditubuhkan 23 tahun dahulu melalui Enakmen No. 7, Tahun 1988. Yang
mungkin ketara kepada orang ramai ialah aspek seni tari dan seni muzik, khususnya
Zapin dan Ghazal yang kini mengangkat jati diri Johor ke seluruh negara, rantau Asia
dan juga di peringkat antarabangsa.
Namun kejayaan dan kemajuan lain, iaitu aspek pemuziuman, persuratan, sejarah dan
juga pengembangan seni Khat, seni lukis, kesenian Islam, Silat Sendeng dan lain-lain
juga telah tercapai. Bahagian pemuziuman Yayasan Warisan Johor telah
mengembangkan dan mempelbagaikan peranan dan juga fungsi mereka, dengan
menubuhkan Muzium Kota Tinggi, Galeri Seni Johor, Galeri Dato’ Onn, Muzium Tokoh
Johor, Memorial Osman Awang di dalam perancangan dan juga bahagian ini
menjalankan usaha mencari gali dan kerja-kerja arkeologi di sekitar Sungai Johor dan
lokasi lain di Negeri Johor. Selain tugas rutin pemuziuman memperoleh, mempamer
dan menyebar luaskan maklumat kesejarahan dan budaya, bahagian pemuziuman
mengendali sambutan muzium antarabangsa, sama ada di peringkat kebangsaan
secara bergilir, mahu pun pada setiap tahun di peringkat negeri. Dan bagi bahagian
persuratan dan sejarah telah melaksanakan pelbagai projek dan aktiviti seperti Hadiah
Sastera Darul Takzim yang kini sudah tujuh kali diadakan dan insya-Allah pada 30 Julai
ini akan dilaksanakan Hadiah Sastera Darul Takzim bagi kali yang kelapan. Bengkel
Penulisan Muda Johor yang membimbing para penulis generasi muda Johor dalam
bidang penulisan juga diadakan. Dan juga menerbitkan buku-buku, jurnal dan juga
buletin sejarah, tokoh sastera dan budaya Johor.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Yayasan Warisan juga di dalam bahagian tersebut
mengendali pelbagai program pengembangan ilmu ataupun seminar, ceramah,
persidangan, bengkel dan sebagainya, sama ada ia berbentuk kebangsaan
mahupun antarabangsa. Dan pada tahun 2010, seminar yang berbentuk
antarabangsa telah kita adakan iaitu dialog membangkitkan Memori Kolektif
Kesejarahan Malaysia-Indonesia. Bersama Persatuan Sejarah Malaysia dan yang
kedua, Seminar Antarabangsa Sejarah Dan Warisan Empayar Johor-Riau bersama
UTHM.
Yang seterusnya Yang Berhormat Datuk Speaker, di bahagian tersebut juga kita
melakukan kerja-kerja penyelidikan dan pemukaran tokoh dan sejarah Johor. Kita juga
472
melakukan kerja-kerja pendokumentasian dan mendokumentasi maklumat, foto, peta,
manuskrip terbitan dan sebagainya berkaitan dengan sejarah persuratan, kesenian
dan juga budaya.
Seterusnya Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi bahagian pengembangan seni dan
budaya, melaksanakan tugas dan projek berkaitan perkara-perkara berikut seperti
melakukan kajian dan pembangunan berkaitan seni tari khususnya seni tari zapin.
Sehingga kini, bahagian ini telah menemui dan mengembangkan tidak kurang
daripada 14 jenis variasi tari zapin di seluruh Negeri Johor. Dan di bahagian ini juga
mengendalikan pelbagai program seni dan budaya yang telah kita diadakan seperti
pertandingan-pertandingan zapin dan ghazal, lagu-lagu keroncong, program
kejurulatihan bagi seni tari, violin, keroncong, vokal dan banyak lagi. Begitu juga
dengan program taranum al-Quran, program berzanji dan marhaban,
pengembangan seni silat sendeng dan juga pengembangan zapin, ghazal dan juga
kelas-kelas yang lain.
Dalam bahagian persembahan seni budaya juga Yang Berhormat Datuk Speaker,
telah mengendalikan pelbagai persembahan, program dan aktiviti. Antaranya
persembahan-persembahan Keroncong DiRaja, Konsert Keroncong Perdana, Gema
Zafana I dan II yang telah pun kita angkat ke Istana Budaya dengan mendapat
sambutan yang amat baik daripada seluruh masyarakat di negara kita ini. Kita juga
mengadakan teater Yang Berhormat Datuk Speaker, dan penerbitan elektronik CD
dan VCD.
Dan hari ini Yang Berhormat Datuk Speaker di atas meja Ahli-Ahli Yang Berhormat telah
pun kita bekalkan CD yang terbaru Senandung Johor Volume 6 dan di dalam CD
tersebut juga kita mengenalkan tempat-tempat bersejarah, tokoh-tokoh dan kawasan-
kawasan yang terkenal di seluruh Negeri Johor. Kita juga mengadakan konsert rakyat
dan berbagai-bagai lagi Yang Berhormat Datuk Speaker.
Bagi Institut Integriti Kepimpinan Latihan Semangat Johor ataupun IKHLAS menekankan
terhadap program yang menjurus kepada kepimpinan di peringkat semua lapisan
masyarakat. Sama ada pelajar di peringkat sekolah, dan IPTA, belia, masyarakat
Orang Asli, kakitangan awam dan lain-lain juga. Dan juga integriti pelbagai peringkat
NGO, sektor awam, politik, pengurusan pentadbiran dan juga lain-lain.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat ADUN Kempas juga telah pun
membangkitkan mengenai dengan cadangan supaya Sungai Johor digazet ataupun
diwartakan. Menyedari kepada kepentingan dan kewujudan pelbagai artifak sejarah
di sepanjang Sungai Johor, Kerajaan Negeri Johor melalui Unit Perancang Ekonomi
Negeri Johor dan Yayasan Warisan Johor serta dengan kerjasama YWJ Citra Holding
Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif menganjurkan satu bengkel yang dinamakan
Kembara Wangsa di sepanjang Sungai Johor pada 10 – 12 Ogos 2009. Di antara
matlamat program ini adalah untuk membincangkan dan membahaskan ke arah
473
merealisasikan pembangunan pelancongan bersejarah di sepanjang Sungai Johor
dengan fokus utamanya adalah membangun dan memartabatkan penemuan
sejarah dan artifak yang ditemui, sekali gus memperkenalkannya ke merata dunia.
Dan resolusi-resolusi daripada bengkel tersebut telah dibentangkan dan dipersetujui
oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.
Lanjutan daripada itu, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Johor telah
memulakan kajian Rancangan Kawasan Khas Pelan Pembangunan di sepanjang
Sungai Johor pada Mac 2011 dan ianya kini sedang di peringkat penyediaan laporan
interim dan juga laporan teknikal. Di antara matlamat kajian adalah penyediaan
pelan tindakan, pengurusan dan pelaksanaan pembangunan di sepanjang Sungai
Johor yang komprehensif dan berdaya laksana dengan menitikberatkan elemen
sejarah dan pelancongan bagi memperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa.
Kajian ini juga Yang Berhormat Datuk Speaker bukan sahaja akan mengenal pasti
tapak-tapak peninggalan sejarah dan potensinya, tetapi turut mengenal pasti
perancangan dan tindakan yang sewajarnya ke atas tapak-tapak tersebut sama ada
bagi tujuan pemeliharaan, pemuliharaan, pembangunan semula, pewartaan dan
sebagainya lagi. Dan kajian ini dilihat juga penting bagi tindakan sebelum
membolehkan pewartaan dibuat ke atas tapak-tapak sejarah tersebut agar ia selaras
dengan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 Akta 645
dan Akta Kanun Tanah Negara yang sememangnya sangat berkaitan. Ini kerana
menerusi kajian ini Yang Berhormat Datuk Speaker, persempadanan sebenar tapak-
tapak yang terlibat akan dikenal pasti dan ditentukan secara spesifik dengan kaedah
yang sesuai bagi melaksanakannya. Dan, hasil akhir kajian ini yakni Pelan Rancangan
dijangka akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri pada Oktober 2011 untuk
kelulusan dan ketetapan selanjutnya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, sementara itu Yang Berhormat ADUN Kempas juga
telah membangkitkan mengenai dengan produk-produk kraf tangan di Negeri Johor.
Kerajaan Negeri Johor Yang Berhormat Datuk Speaker juga kita membangunkan dan
mengetengahkan produk kraf tangan di Negeri Johor dan beberapa agensi telah
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi tujuan tersebut. Sebagai
contoh Perbadanan Kemajuan Kraf tangan Malaysia Cawangan Johor melalui
Program 1 Daerah 1 Industri, telah berupaya menjana pendapatan keseluruhan bagi
tahun 2010 sebanyak RM1.6 juta. Di samping itu juga, Kraf tangan Malaysia telah
melakukan siri bimbingan teknikal untuk memperlengkapkan kemahiran para
usahawan menceburi pasaran domestik. Perbadanan Kraf tangan Malaysia
Cawangan Johor juga sedang berusaha untuk mewujudkan premis perniagaan kraf di
Pejabat Perbadanan sendiri di Jalan Cenderawasih Off Jalan Datin Halimah, Larkin,
Johor Bahru.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor pula
telah menganjurkan pameran bengkel ukiran kraf dan jualan produk kraf melalui
program-program jabatan, seperti Program Merakyatkan Seni dan Budaya ataupun
474
PMS di seluruh daerah dan juga Program Pusat Seni, PPS setempat di Lingkaran Segget,
Johor Bahru pada setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan kerjasama Majlis
Bandaraya Johor Bahru. Mana kala Pihak Berkuasa Majlis Perbandaran Pasir Gudang
pula telah mengadakan program Festival Layang-Layang setiap tahun, yang juga
telah menganjurkan bengkel pembuatan dan juga jualan layang-layang melalui
Muzium Layang-Layang di Pasir Gudang. Dan Bahagian Pemuziuman Yayasan
Warisan Johor sendiri Yang Berhormat Datuk Speaker, telah mengadakan sambutan
Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Johor pada setiap tahun. Biasanya di
buat di perkarangan Muzium Kota Tinggi. Di antara aktiviti yang ditonjolkan dalam
acara sambutan itu ialah pameran hasil kerajinan tempatan seperti layang-layang,
gasing, capal, kompang dan alat-alat kesenian tradisional di samping demonstrasi
membuatnya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat ADUN Kahang telah pun
membangkitkan mengenai dengan menyelesaikan masalah tube well di Kampung
Orang Asli Sedohok dan dan juga di Punchur. Kampung Orang Asli Sedohok yang
terletak di kawasan DUN Kahang mempunyai bilangan penduduk seramai 130 orang
dan 37 ketua isi rumah. Kemudahan awam dan kemudahan asas yang ada di
kampung ini ialah seperti bekalan elektrik TNB, jalan tar, balai raya dan juga balai
rawatan. Dan di Kampung ini juga terdapat sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan dan
juga rumah guru. Memandangkan kedudukan kampung yang agak jauh di
pendalaman, bekalan air bersih SAJ tidak dapat dibekalkan ke kampung ini.
Pada tahun 2010 Jabatan Kemajuan Orang Asli telah membina dan menyiapkan
bekalan air tube well yang menggunakan sistem pam elektrik untuk bekalan air
terawat. Dan baru-baru ini sebenarnya kotak utama fius telah mengalami kerosakan
akibat dari kegagalan penduduk yang dipertanggungjawabkan mengendalikan
sistem ini. Dan untuk makluman Yang Berhormat ADUN Kahang yang sudah
semestinya begitu prihatin dengan masyarakat Orang Asli tersebut, Jabatan maklum
akan perkara ini dan Jabatan sedang dalam usaha membaiki akan kerosakan
tersebut. Dan keprihatinan Yang Berhormat ADUN Kahang dalam perkara ini amat
dihargai dan diucapkan terima kasih.
Yang Berhormat Datuk Speaker, berhubung dengan penempatan Orang Asli Sungai
Banang, yang telah pun siap, sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh ADUN
Senggarang, bilakah mereka boleh berpindah ke penempatan yang baru? Untuk
makluman Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli Yang Berhormat DUN Senggarang,
penyusunan semula kampung ataupun PSK Sungai Banang Batu Pahat, Johor
merupakan projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Bertujuan memindahkan penduduk orang asli Kampung Telok, Minyak Beku, Batu Pahat
ke penempatan baru PSK Sungai Banang Batu Pahat. Projek ini telah dimulakan
dengan penyerahan tapak kepada kontraktor iaitu tarikh milik tapak pada 24
September 2009 dan dijangka tarikh siap pada 9 September 2011 dengan kos RM8.423
juta. Komponen projek ini merangkumi kerja-kerja penambakan tanah di kawasan
475
seluas lebih kurang 15 ekar pembinaan rumah PBR ataupun Program Bantuan Rumah
sebanyak 100 unit, 1 buah surau, 1 buah TBK, 1 buah jeti nelayan dan 4 unit ruang
niaga serta rumah pencawang elektrik. Dan projek ini juga telah dilengkapi
kemudahan asas seperti jalan tar, bekalan air SAJ dan bekalan elektrik TNB.
Untuk makluman, projek ini telah siap pembinaannya dan penduduk dijangka
berpindah, insya-Allah, ke penempatan baru yang telah diusahakan oleh Jabatan di
Sungai Banang ini, insya-Allah sebelum akhir bulan Julai 2011. Dan kelewatan
perpindahan ini adalah berkaitan dengan urusan penyambungan bekalan air dan
elektrik ke rumah-rumah kediaman serta bayaran deposit meter dan pemasangan
meter individu yang sedang dalam tindakan agensi berkenaan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, menyentuh mengenai perkara yang telah
dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Panti, berhubung dengan pentadbiran
FELDA. Sebenarnya Yang Berhormat Datuk Speaker, FELDA sentiasa telus dalam
melaksanakan pentadbiran dan juga penganjuran Majlis Penerangan sentiasa
dilaksanakan untuk menyampaikan maklumat terkini dan pemahaman sesuatu isu
kepada peneroka. Antara saluran yang telah diwujudkan oleh FELDA ialah seperti
Program Mesra FELDA, Roll Call mingguan dan bulanan, lawatan hari Rabu ke rumah-
rumah peneroka dan Majlis Taklimat kepada Ketua Blok dan juga peneroka. Dan
penyampaian maklumat ini juga dilakukan melalui mesyuarat JKKK dan juga JKKR serta
Jawatankuasa Persepakatan Bersama antara FELDA, peneroka dengan pengurusan
kilang sawit, kilang kepala sawit (GCC) dan tanam semula pada setiap bulan. Dan di
FELDA di Negeri Johor sendiri Yang Berhormat Datuk Speaker, terdapat 9 program yang
telah dilaksanakan berbentuk kaunter aduan, iaitu di program Mesra FELDA di Sungai
Sayong, di Gugusan Adela, di Palong Timur, di Tenang, Gugusan Kahang, Redong, Ulu
Belitong dan juga di Kip Mart Kota Tinggi bagi Rancangan-Rancangan yang
berhampiran dalam daerah Kota Tinggi.
Yang Berhormat Datuk Speaker, peneroka juga boleh menyampaikan aduan dan
mendapatkan maklumat terkini melalui laman web FELDA.
Yang Berhormat Datuk Speaker, akhir sekali saya merakamkan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan
pandangan, pendapat dan persoalan yang menyentuh perkara-perkara di bawah
bidang dan tanggungjawab saya. Saya telah cuba untuk memberikan jawapan dan
ulasan terhadap permasalahan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat
sepanjang Persidangan ini. Namun begitu, dalam keadaan masa yang singkat ini dan
ada kemungkinan terdapat perkara-perkara yang terlepas pandang dalam ucapan
balas saya ini, saya ingin menjelaskan bahawa jabatan-jabatan yang berkenaan, di
bawah portfolio saya, insya-Allah, akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Dan juga saya mengharapkan Ahli-Ahli Yang Berhormat akan terus memberikan
sokongan, pandangan dan teguran yang membina terhadap perjalanan jabatan-
jabatan di bawah portfolio dan tanggungjawab saya demi kemajuan pembangunan
476
Negeri Johor. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam. Jemput yang lain.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani :
Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1
Malaysia. Yang Berhormat Datuk Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana di beri ruang serta kesempatan
untuk turut sama mengambil bahagian dalam sesi penggulungan perbahasan
Persidangan Dewan Negeri Johor di Dewan yang mulia ini. Saya juga merakamkan
ucapan terima kasih atas keprihatinan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah dapat
bersama-sama memberikan idea, cadangan dan mengemukakan permasalahan
seperti isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya, Pertanian dan Industri Asas Tani.
Yang Berhormat Datuk Speaker, izinkan saya mengambil kesempatan untuk merujuk
tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat DUN Sungai
Abong, memang ada cadangan untuk mewujudkan satu kawasan jelapang padi di
negeri ini. Ada 2 lokasi kawasan yang dijangkakan sesuai di daerah Mersing iaitu yang
pertama di Mukim Endau, Mukim Padang Endau, dan yang kedua di Mukim Sembrong
dan Mukim Mersing telah dikenal pasti dan telah dijalankan kajian kesesuaian dari segi
kesesuaian tanah, sumber bekalan air bersih, kemudahan infrastruktur dan alam sekitar
oleh pasukan petugas iaitu termasuklah Jabatan Pertanian, PTG, Jabatan Pengairan
dan Saliran, Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan, PERHILITAN dan sebagainya. Hasil
daripada kajian tersebut adalah didapati kawasan-kawasan yang dicadangkan itu
ada kekangan dan tidak memenuhi syarat untuk mewujudkan kawasan jelapang padi
kerana beberapa faktor-faktor berikut.
1. Jumlah satu-satu keluasan kawasan dicadangkan yang sesuai untuk tanaman
padi itu kurang daripada 10,000 ekar.
2. Kawasan yang dicadangkan di Mukim Sembrong dan Mersing adalah
sebahagiannya telah dimajukan sebagai ladang hutan dan ladang kelapa
sawit.
Dan, di kawasan itu juga terlibat dengan cadangan mewujudkan Central Forest Spine
dengan izin, CFS di bawah rancangan fizikal negara yang diselaraskan oleh Jabatan
Perancang Bandar dan Desa. Kawasan yang dicadangkan juga adalah termasuk
dalam kawasan Rizab Hutan Simpan Kekal dan juga Rizab Mergastua.
Walaupun rancangan untuk mewujudkan kawasan jelapang padi tidak dapat
direalisasikan, Negeri Johor komited untuk terus meningkatkan pengeluaran bahan
makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman ladang dan juga ternakan
ayam yang mempunyai nilai harga yang lebih tinggi yang mana masa ini Negeri Johor
adalah merupakan pengeluar utama makanan negara.
477
Jika dibuat perbandingan dari segi kos, setiap hidangan bagi rakyat Malaysia harga
nasi adalah merupakan lebih kurang 20 peratus daripada jumlah kos hidangan
keseluruhan termasuk sayur, lauk-pauk dan juga buah-buahan pencuci mulut. Pada
dasarnya Johor telah mengambil rumusan untuk kita menggunakan kepakaran dan
kelebihan yang sedia ada untuk terus meningkatkan pengeluaran buah-buahan,
sayur-sayuran termasuk ternakan ayam dan juga industri perikanan. Yang mana hasil-
hasil ini mewakili lebih kurang 80% daripada setiap hidangan kita. Jadi sebenarnya
Johor menumpukan kepada segmen yang utama dalam kos setiap hidangan. Dan,
biarlah negeri-negeri lain seperti Selangor, Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk jadi
peneraju dalam jelapang padi. Sungguh pun demikian, kawasan padi yang sedia ada
di Negeri Johor berjumlah 2,000 hektar di daerah Muar, Mersing, Batu Pahat dan
Kluang akan terus diberi tumpuan bagi meningkatkan pengeluaran.
Berhubung dengan kebimbangan Yang Berhormat Sungai Abong akan berlakunya
kenaikan harga beras. Sebenarnya pihak kerajaan telah mempunyai mekanisme
kawalan harga beras yang telah pun dilaksanakan semenjak lebih 10 tahun lalu.
Harga syiling bagi beras super tempatan adalah ditetapkan mengikut gred yang
ditetapkan mengikut peratus kandungan beras hancur. Iaitu ST 5%, RM2.80 sekilogram.
Ini harga syiling tetapi dekat pasaran dia lebih murah. ST 10 peratus, RM2.70 sekilogram
dan ST 15%, RM1.80 sekilogram. Jadi jangan bimbanglah Yang Berhormat Sungai
Abong, kerajaan Barisan Nasional telah lama menjaga kebajikan rakyat di Malaysia ini.
Lebih-lebih lagi dengan Perdana Menteri yang baru dengan iltizam satu Malaysia,
rakyat didahulukan. Maka bertambahlah kebajikan rakyat ini nanti. Oleh itu, idea
konsep negara kebajikan yang baru diilhamkan oleh pemimpin sana yang dulunya
berjuang untuk negara Islam sebenarnya telah dilaksanakan oleh pimpinan Barisan
Nasional.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Tangkak, Yang Berhormat ADUN Bukit
Batu dan Yang Berhormat Kahang ada mencadangkan untuk mewujudkan dan
membuka kawasan pertanian dan tanaman makanan di kawasan masing-masing
untuk golongan belia dan beliawanis. Pihak kerajaan menyambut baik cadangan ini
dan akan meminta Pihak Pejabat Tanah untuk mengenal pasti lokasi dan membuat
kajian kesesuaian setelah kawasan ini dapat ditentukan, Pihak Jabatan Pertanian
bersedia untuk melaksanakan dan mengawal selia perjalanan projek ini. Walau
bagaimanapun untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, dalam Rancangan
Malaysia Ke-10 ini, Kerajaan Negeri Johor telah mengambil langkah dan tindakan
rancangan untuk membuka kawasan taman kekal pengeluaran makanan yang baru
dengan keluasan 1,077 hektar dengan mengenal pasti enam buah lokasi tempat di
tiga daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi dan Mersing. Para belia dan beliawanis dari
seluruh Negeri Johor termasuk dari Tangkak, Bukit Batu dan Kahang yang berminat
untuk menyertai program TKPM yang baru ini bolehlah berurusan dengan Jabatan
Pertanian Peringkat Negeri Johor pada awal tahun hadapan. Jabatan Pertanian akan
membuat transformasi bagi penyertaan belia kali ini dengan pendekatan gabungan
478
beberapa individu belia dan individu berpengalaman bersama-sama dalam satu entiti
yang mempunyai sumber daya maju yang lebih tinggi.
Yang Berhormat ADUN Tangkak juga ada mengemukakan pandangan berhubung
agar buah tembikai di eksport ke Thailand. Berdasarkan data Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani Malaysia, buah tembikai adalah antara buah-buahan yang di
eksport dengan sebanyak nilai RM52,135,648.00 pada tahun 2009. Manakala pada
tahun 2010, sebanyak RM59,757,077.88. Kebanyakan buah tembikai di eksport ke
negara Singapura, Hong Kong, Taiwan, China dan juga Indonesia. Merujuk cadangan
Yang Berhormat ADUN Tangkak supaya mendapat kebenaran dan kelulusan ke
Thailand sebenarnya aktiviti ini telah pun dilaksanakan kerana Thailand merupakan
negara keenam yang mengimport tembikai Malaysia. Daripada tahun 2009 sahaja
kita telah mengeksport sebanyak dengan nilai RM510,000.00 dan terus meningkat
kepada RM722,442.00 pada tahun 2010. Usaha-usaha juga akan terus ditingkatkan
sepanjang tahun ini dan pada masa-masa akan datang terus akan meningkatkan
jumlah eksport ke Negeri Thailand dan juga negara-negara lain kerana secara tidak
langsung ianya akan dapat membantu petani meningkatkan pendapatan mereka.
Seperkara lagi berkaitan dengan buah-buahan tempatan sepertimana Ahli-Ahli Yang
Berhormat sedia maklum, durian adalah sejenis buah-buahan bermusim dan lebih
terkenal sebagai raja buah-buahan di negara kita yang kebiasaannya banyak berada
di pasaran di antara bulan Julai hingga September setiap tahun. Di Malaysia terdapat
kira-kira 200 jenis durian yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian tetapi hanya
14 sahaja yang di tanam untuk tujuan komersil seperti D24 Bukit Merah, D175 Udang
Merah, D197 Musang King atau kunyit dan lain-lain. Mengikut statistik, keluasan
tanaman durian di Malaysia pada tahun 2010 dianggarkan seluas 104,655 hektar
dengan kuantiti pengeluaran anggaran 300,400,070 tan yang bernilai kira-kira 1.3 bilion.
Keluasan tanaman durian bagi Malaysia pernah menurun daripada 63,000 hektar
pada tahun 2005 kepada 55,000 hektar pada tahun 2009. Salah satu punca yang
menyebabkan pengurangan kawasan tanaman ini ialah kejatuhan harga ladang di
bawah kos pengeluaran yang terjadi antara tahun 1995 hingga 2005. Ini telah
menyebabkan ramai pekebun beralih kepada tanaman lain yang lebih stabil dan
menguntungkan.
Walaupun kawasan penanaman telah berkurangan, tetapi lebihan bekalan yang
menyebabkan lambakan di pasaran tempatan masih terjadi apabila pengeluaran
berlaku serentak di seluruh negara. Dan musim tersebut jatuh pada bulan Ramadhan.
Situasi ini menyebabkan ramai pekebun terpaksa menanggung kerugian akibat
kejatuhan harga. Untuk makluman, sepanjang 2009, jumlah eksport durian Malaysia
sebanyak RM21,279,830.00. Singapura adalah merupakan negara pengimport
tertinggi sebanyak RM19,920,082.00 diikuti dengan Indonesia sebanyak RM1,90,538.00.
Dan Australia sebanyak RM238,309.00. Lain-lain negara pengimport adalah seperti
China, Brunei, Hong Kong, Jepun dan juga Taiwan dengan jumlah sebanyak
RM30,901.00. Namun demikian, jumlah eksport durian Malaysia pada tahun 2010
479
menurun sebanyak RM821,473.00 menjadikan kepada hanya RM20,458,358.00.
Singapura masih lagi negara pengimport tertinggi sebanyak RM15,253,271.00 diikuti
dengan Indonesia.
Seterusnya pada tahun 2010, penerokaan terhadap ruang pasaran durian ke negara-
negara luar giat dilaksanakan dan negara seperti Amerika Syarikat telah mula
mengimport durian Malaysia sebanyak RM272,389.00 manakala Kemboja, Korea dan
New Zealand dengan jumlah sebanyak RM13,978.00. Untuk negara China, yang
memberikan kebenaran eksport produk durian sejuk beku Malaysia ke negara tersebut
mulai bulan Mei, 2011 telah menambah satu lagi peluang baru kepada industri durian
tempatan. Produk tersebut yang bernilai tinggi akan disasarkan untuk segmen pasaran
MICE dan berpotensi untuk menjana pendapatan eksport yang tinggi di sektor agro
makanan.
Untuk Yang Berhormat, makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker, memang
benar,baru-baru ini saya berjalan-jalan dekat Bandaraya China, memang terdapat
banyak durian-durian di jual dekat Negeri China. Tapi nama dia lain sikit.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Apa nama dia?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Nama dia ‘Lulian’.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : ‘Lulian’.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : ‘Lulian’. Yang
Berhormat Datuk Speaker, Jabatan Pertanian telah mengambil langkah proaktif dalam
membuat taklimat kepada para pengeksport buah-buahan dan pekebun-pekebun
dusun durian, berkenaan dengan syarat-syarat keperluan sebelum hasil durian itu
dapat dieksport. Manakala usaha kerajaan melalui FAMA dengan kerjasama agensi
dan jabatan-jabatan lain termasuk Jabatan Pertanian, MARDI, Jabatan Kesihatan dan
juga MATRADE telah berjaya menganjurkan satu ‘Seminar Persediaan Pengeksportan Isi
Durian Sejuk Beku Ke China’ baru-baru ini pada 30 Jun 2011 bertempat di Kompleks
Terminal Agribisnes Negara singkatannya TEMAN di Ipoh, Perak. Langkah penganjuran
seminar ini diambil supaya pihak yang berminat untuk menceburi peluang baru dalam
bidang pengeksportan durian sejuk beku ini dapat memperoleh maklumat asas yang
komprehensif untuk dijadikan panduan bagi merancang dan membuat keputusan
untuk menceburi bidang ini secara komersial.
Khidmat nasihat dan bimbingan diberikan kepada pekebun-pekebun durian untuk
mengekalkan tanaman durian mereka dan tidak terus menebang atau menggantikan
dengan tanaman kelapa sawit. Kawasan dusun durian sedia ada terus digalakkan
untuk dipulihkan tanaman mereka dengan membuat cantuman ladang dengan klon
terpilih, durian kahwin Yang Berhormat. Dengan meningkatkan pengurusan melalui
program pembajaan dan kebersihan ladang, ataupun amalan baik pertanian. Tidak
480
dinafikan, permintaan dari luar Negara terhadap buah-buahan seperti durian
memang mempunyai potensi tinggi, namun pasaran luar Negara ini menghendaki
buah durian yang berkualiti tinggi sahaja seperti D24 (Bukit Merah) dan juga D197
(Musang King). Sehubungan itu, pihak FAMA sentiasa menggalakkan supaya petani-
petani khususnya di Johor untuk menukar tanaman durian kampung kepada variety
durian yang berkualiti tinggi supaya mendapat jaminan pasaran yang baik serta harga
yang tinggi.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerosakan lepas tuai yang tinggi adalah
merupakan salah satu faktor penyumbang kerugian kepada sektor pertanian.
Cadangan …
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat, banyak lagi?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Panjang lagi Yang
Berhormat.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Banyak lagi duduklah dulu. Ahli-Ahli Yang Berhormat
Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 2:30 petang.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1:05 petang.
Persidangan di sambung semula pada jam 2:30 petang.
Persidangan diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli Yang Berhormat, perbahasan disambung sekarang.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat Dato’
Speaker, kekurangan kemudahan...
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, sekejap. Duduk. Ahli Yang Berhormat, pada hari
Khamis yang lalu, 30 Jun, Yang Berhormat daripada ADUN Skudai telah
membangkitkan satu perkataan yang menyalah guna kuasa terhadap Pengerusi PAC
berkaitan dengan pembinaan rumah. Saya telah melihat perkara ini dan telah
menyiasat, bidang kuasa PAC dengan perkara yang dibangkitkan ini langsung tidak
kena mengena. Yang dibangkitkan itu adalah kuasa Yang Dipertua Majlis Simpang
Renggam, jadi tidak wajarlah Pengerusi yang berkenaan itu dituduh menyalah guna
kuasa sebab dia tak ada kuasa langsung dalam perkara yang berkaitan dengan
Majlis. Dengan itu, saya minta Yang Berhormat Skudai untuk menarik balik perkataan
yang tersebut. Sila Yang Berhormat. Skudai, mintak tarik itu perkataan.
481
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebab dari segi saya,
saya ingat perkara itu kalau benar sebagai Pengerusi PAC, integriti amat mustahaklah,
itu sebab saya timbulkan persoalan itu.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat tarik balik tak?
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Izinkan saya, bagi saya masa untuk membuat
siasatan dan serahkan..
Y.B. Dato’ Speaker : Eh takde, dah takde masa lagi sebab saya lihat perkara ini, saya
menyiasat juga Yang Berhormat. Yang tuduh, Yang Berhormat dengan jawatan dia itu,
tak kena.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Ok, atas jasa baik Yang Berhormat Dato’ Speaker,
saya tarik balik atas syarat perkara ini akan dirujuk kepada PAC..
Y.B. Dato’ Speaker : Takde Yang Berhormat, dalam Peraturan. Yang Berhormat, dia
takde merujuk. Saya dah check dalam Peraturan, fasal apa nak rujuk kepada
Jawatankuasa Kebebasan Ahli, dia takde tersebut. Dia cuma ada yang tersebut dua
perkaralah, kalau yang menyalah guna tu buruk perkataan, dia mintak Speaker tarik
balik. Kalau dia tak nak tarik balik, ada Usul, lepas Usul Speaker menjatuhkan hukum. Itu
je, dia takde Yang Berhormat nak cadang bawa ke Jawatankuasa dia takde dalam
Peraturan ini. Ok, Yang Berhormat nak tarik tak? Takde benda, Yang Berhormat
mengaku je lah apabila benda tu saya dah terangkan benda takde kena mengena
dengan dia.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, perkara itu memang benar, saya tak
akan tarik baliklah..
Y.B. Dato’ Speaker : Tidak Yang Berhormat, dia benar tu takde kena mengena, saya
mintak tarik perkataan dia menyalah guna kuasa. Berat Yang Berhormat, menuduh
orang, bukan dia punya hal, punya hal yang membina rumah ke apa bukan dia punya
kerja. Yang Berhormat tuduh dia menyalah guna kuasa. Ok, tariklah, dah, nak tarik
atau tidak?
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Minta maaflah, kalau macam tu saya tak akan tarik
baliklah, minta maaf Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Apa?
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Tuduhan itu tidak akan ditarik balik.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, kalau macam itu saya mintak seorang Ahli Dewan buat satu
cadangan dalam perkara ini.
482
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya
ADUN Kempas mencadangkan supaya sesuatu tindakan diambil terhadap Yang
Berhormat Skudai, terima kasih.
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya
menyokong.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat setelah ada cadangan dan ada sokongan,
izinkan saya membacakan... “ Apabila seorang yang telah disebutkan namanya oleh
Pengerusi Mesyuarat selepas sahaja ia melakukan kesalahan tidak mengendahkan
kuasa Pengerusi Mesyuarat, maka dia tetap berdegil dan dengan sengaja
mengganggu perjalanan Dewan Negeri dengan menggunakan Peraturan-Peraturan
Dewan Negeri, maka dengan ini saya menyebut nama Yang Berhormat, Encik.. nama
nak betul, Encik Dr. Boo Cheng Hau, ADUN kawasan Skudai hendaklah ditahan
daripada jawatannya dalam Dewan Negeri ini dan disokong dengan serta-merta,
telah disokong, maka dengan ini saya perintahkan Ahli Yang Berhormat untuk keluar
daripada Dewan ini. Jemput Jurutulis. (Jurutulis mengiringi ADUN Skudai untuk keluar
daripada Persidangan).
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, saya nak tahu penggantungan ini
berapa lama?
Y.B. Dato’ Speaker : Takde, tidak, Yang Berhormat ni nak keluar ke tak nak keluar? Saya
kata keluar. Besar pulak beg tu, ok. Ok, Ahli Yang Berhormat ini diminta keluar daripada
Persidangan pada hari ini sahaja. Suka saya ingatkan Ahli Yang Berhormat ni,
termasuklah pemberita eh, mintakkan laporan yang tepat dan betul. Seorang Ahli
yang melanggar Peraturan, menuduh seseorang yang tidak langsung dilakukan
olehnya dan tiada kuasa pada diri orang itu, tidak ada kuasa untuk membawa suatu
perkara. Maka telah dituduh Pengerusi PAC ini menyalahkan kuasa, jadi ini boleh
menjatuhkan maruah individu yang berkenaan itu. Maka saya haraplah kalau ada
tuduhan, ada apa perkataan yang hendak disebutkan di dalam ini hendaklah berhati-
hati ye supaya tidak menyakiti dan menjatuhkan maruah peribadi seseorang, eh.
Jadi, saya harap Ahli-Ahli Yang Berhormat sekian dapat mengambil perhatian lepas ni,
makna jangan nanti nyatakan Dewan Negeri dan Speaker tak adil mengeluarkan
seorang tapi peribadi itu hendak jugak mengaku dia melanggar Peraturan. Bila dia
melanggar Peraturan, dia keluar dengan harapan orang akan menganggap beliau itu
jaguh, tapi jaguh melanggar Peraturan dan Undang-Undang. Bila melanggar
Peraturan dan Undang-Undang, ini berat kesnya, eh. Jadi saya harap ambil perhatian
ni. Jemput, perbahasan diteruskan lagi.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat Dato’
Speaker, kekurangan kemudahan prasarana yang sempurna juga boleh menyumbang
483
kepada kelemahan di dalam pengurusan pemasaran produk pertanian. Sebagai
usaha untuk memperbaiki kelemahan ini, FAMA telah memperkenalkan dan
mewujudkan Pusat Pengumpulan Ladang dan juga Pusat Pengedaran dengan tujuan
untuk membangunkan rangkaian infrastruktur pasaran ke arah meningkatkan
keberkesanan pengedaran bekalan makanan negara dalam pengurusan rantai
bekalan.
Penubuhan pusat-pusat ini juga bertujuan untuk memberi manfaat dan faedah
kepada semua golongan sasaran yang terlibat di dalam rantaian bekalan. Sehingga
kini, FAMA Negeri Johor telah membangunkan sebanyak 16 buah Pusat Pengumpulan
Ladang dan 6 buah Pusat Pengedaran di Negeri Johor. Ada cadangan Yang
Berhormat dari kawasan Yong Peng supaya diwujudkan Pusat Pengred Pengedaran
Buah-Buahan di peringkat kebangsaan di daerah Yong Peng. Pihak FAMA amat
mengalu-alukan cadangan tersebut sekiranya terdapat permohonan dan keperluan
daripada pengedar buah-buahan di kawasan tersebut serta tanah, tapak yang sesuai
untuk dibangunkan sebagai satu pusat pengedaran buah-buahan. Namun demikian,
pihak FAMA tidak menggalakkan pembinaan Pusat Pengumpulan atau Pengedaran
berbentuk kekal kerana dikhuatiri penggunaannya hanya sementara. Kebanyakan
Pusat Pengumpulan atau Pengedaran dibina kini berbentuk sementara seperti
menggunakan kanopi supaya ianya mudah alih serta boleh dipindahkan ke satu-satu
kawasan sekiranya diperlukan.
Berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat DUN Semerah,
berkaitan dengan import barang makanan termasuk buah-buahan, suka saya
nyatakan bahawa kerajaan sentiasa mempromosikan barangan Malaysia atau
tempatan termasuk buah-buahan. Namun terdapat juga sebilangan rakyat yang
terpaksa memakan buah-buahan yang tidak dihasilkan dalam negara dan perlu
diimport kerana amalan-amalan kebudayaan dan keagamaan, seperti sebagai
contoh, untuk orang-orang Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan akan
disunatkan memakan buah kurma, maka kurma ini diimport dari negara-negara Timur
Tengah. Harganya ada yang mencecah sehingga RM100.00 sekilo. Begitu juga orang
Tionghoa menyambut perayaan Tahun Baru Cina, mereka mengimport limau daripada
Negeri China.
Selain itu juga, ramai rakyat Malaysia yang gemar bertukar selera memakan buah-
buahan import seperti anggur, epal, buah kiwi, buah zaiton. Saya yakin Yang
Berhormat Dato’ Speaker pun selalu bertukar selera, kadang-kadang makan luar.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, makan apa Yang Berhormat? Bahaya cakaplah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Makan luar rumahlah.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, cakaplah betul-betul.
484
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Walaupun kita
mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran, negara kita juga ada mengeksport
buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebagai contoh tahun 2009, negara mengeksport
buah-buahan bernilai RM494,995,000.00 tetapi kita juga mengimport sebanyak
RM1,221,829,000.00. Manakala eksport sayur pula ialah RM633,552,000.00 dan import
sebanyak RM2,268,378,000.00. Ini menunjukkan defisit imbangan dagangan sebanyak
minus, dengan izin, RM726,834,000.00 bagi buah-buahan dan sayuran, tolak
RM1,634,826,000.00.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat ADUN Semerah juga ada menyentuh
kenaikan harga barangan makanan dunia. Ini adalah disebabkan oleh penawaran
yang berkurangan berbanding dengan permintaan yang semakin meningkat.
Semenjak akhir-akhir ini, pengeluaran bahan makanan dunia berkurangan disebabkan
berlakunya bencana alam di peringkat global seperti gempa bumi dan juga banjir
besar yang berlaku di Australia, China, India dan bencana tsunami di Jepun dan juga
wabak penyakit dengan izin, E-Coli.
Y.B. Dato’ Speaker : Sakit apa tu?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Dalam Bahasa
Melayunya E-Coli.
Y.B. Dato’ Speaker : E-Coli?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Pronunciation Bahasa
Inggeris, E-Coli.
Y.B. Dato’ Speaker : E-Coli. Melayu?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : E-Coli.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Ejaan dia.
Y.B. Dato’ Speaker : Ye ke? Coli? Ha yelah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Sebagai contoh, wabak
E-Coli di Jerman, telah mengakibatkan beribu-ribu tan, sayur-sayuran dan buah-
buahan di Eropah telah dimusnahkan dan tidak dipasarkan sebagai langkah
pencegahan dan juga kawalan. Begitu juga tsunami di Jepun telah menyebabkan loji
elektrik berkuasa nuklear telah mengalami kerosakan teruk dan bahan radioaktif telah
mencemarkan laut dan laut di pantai timur negara Jepun. Oleh kerana itu, hasil-hasil
perikanan dan laut telah tidak dapat lagi diselamatkan untuk dimakan, dan Jepun
485
terpaksa mencari sumber-sumber bekalan lain, luar daripada Jepun. Ekoran itu,
Kerajaan Negeri semenjak dahulu lagi telah mengambil langkah-langkah untuk
meningkatkan pengeluaran makanan, iaitu semenjak tahun 1987 dengan Program
Pelaburan Tanaman Makanan dan seterusnya pada tahun 1998 diteruskan lagi
dengan Program Zon Tanaman Makanan yang mana di bawah kedua-dua program
telah melibatkan pembukaan tanah seluas 11,000 hektar.
Seterusnya pada tahun 2004, Kerajaan Johor dengan kerjasama Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani, dengan menyediakan tanah seluas 9,000 ekar di Ayer
Hitam dan Padang Hijau di Kluang untuk dimajukan sebagai Projek Pertanian Moden
untuk program makanan. Dan yang terakhir, Kerajaan Negeri telah mewujudkan
Projek BioDesaru seluas 6,000 ekar di Desaru Kota Tinggi. Dengan usaha-usaha yang
pelbagai inilah sebenarnya yang telah menyumbang untuk menjadi Kerajaan Negeri
Johor sebagai penyumbang yang terbesar di negara ini.
Di samping itu, Kerajaan Johor juga telah membangunkan Teknologi Biotek, yang
diurus di bawah JBiotek, khusus untuk memastikan pengaplikasian di bawah teknologi
terkini dalam pertanian, seperti pengeluaran benih tisu kultur dan lain-lain lagi. Dan
sebenarnya, Negeri Johor tidak bergantung sepenuhnya kepada import buah-buahan
dan sayuran bahkan Johor merupakan pengeksport buah-buahan, sayur-sayuran, juga
ayam dan telur dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan peladang dan
petani negeri ini.
Berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Bukit Batu,
untuk membuka kawasan pertanian baru di Bukit Hantu, Bukit Nyamuk di kawasan kaki
Gunung Pulai. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kerajaan masih dalam
menjalankan kajian kesesuaian tanah dan kawasan. Walau bagaimanapun,
beberapa kawasan baru telah dicadangkan untuk dibuat TPKM di daerah-daerah
Segamat, Kota Tinggi dan Mersing seperti yang telah disebutkan tadi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang
Berhormat ADUN Nusajaya dan ADUN Kempas, adik-beradik.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : ADUN abang adik
Y.B. Dato’ Speaker : Mana Yang Berhormat tahu dia adik-beradik?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Tak tahu, yang mana
satu abang, yang mana satu adik. Kurang tahu?
Y.B. Dato’ Speaker : Yang mana satu baik?
486
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Dua-dua baik, Yang
Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Alhamdulillah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : ADUN Nusajaya dan
ADUN Kempas..
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Dato’ Speaker, nak betulkan sedikit
kesilapan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Saya adik-beradik 3 orang. Obama,
Osama, Osman. Terima kasih. (Dewan ketawa)
Y.B. Dato’ Speaker : Hah, Yang Berhormat, silap. Obama, Osama, Osman. (Ketawa).
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Dan juga Yang
Berhormat Pengkalan Rinting, di mana seramai 148 orang nelayan daripada Pengkalan
Sungai Danga, Sungai Temun dan Pantai Skudai dan juga Pengkalan Rinting. Nelayan-
nelayan ini, selain bekerja sebagai nelayan, kebanyakan mereka turut terlibat dengan
aktiviti akuakultur, seperti penternakan ikan dalam sangkar dan kupang. Nelayan-
nelayan ini menggunakan sampan berjentera sangkut dengan peralatan tradisional
pukat hanyut. Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia menyediakan
beberapa kemudahan dana di bawah Program Transformasi Nelayan, di mana
nelayan-nelayan diberi kemudahan pinjaman untuk menukar sampan-sampan mereka
kepada bot-bot yang lebih besar supaya boleh menggunakannya untuk menangkap
ikan di kawasan laut pantai barat Johor. Nelayan-nelayan terlibat juga telah dibayar
sagu hati oleh Syarikat Danga Bay sebanyak RM100,000.00 dan CMP RM750,000.00 dan
keseluruhan sebanyak RM850.00 telah diagihkan kepada Persatuan Nelayan Kawasan
Johor Bahru Selatan, di mana setiap nelayan menerima sebanyak RM2,900.00 seorang.
Nasib nelayan terus terbela apabila kerajaan menyediakan bantuan elaun sara hidup
sebanyak RM200.00 bagi setiap orang, subsidi minyak petrol dan diesel dan juga
pengangkutan untuk meningkatkan bagi kategori lesen kelas A, yang mana maksima
5,000 liter sebulan.
Pihak LKN sedia berbincang dengan pihak nelayan untuk membuat transformasi, bagi
menghasilkan produk-produk hiliran berasaskan ikan. Jika nelayan bersetuju untuk
mengambil peluang ini, dengan membangunkan kilang pemprosesan makanan asas
ikan, LKIM akan menyediakan peruntukan sewajarnya.
Mengenai perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat DUN Skudai, yang melahirkan
kebimbangannya konon ingin memperjuangkan nasib nelayan di Pengerang. Tak
487
perlulah sibuk-sibuk, kerana pihak pemaju telah pun memberikan sumbangan
sebanyak RM30,000.00 seorang bagi pemilik berlesen. Dan RM15,000.00 seorang bagi
krew bot kepada 111 orang nelayan dari Sungai Buntu dan Sungai Kapal, menjadi
jumlah keseluruhan sebanyak RM2.28 juta. Walaupun nelayan ini telah mendapat
RM30,000.00 seorang, kerajaan terus memberi bantuan sara hidup sebanyak RM200.00
sebulan dan berbagai subsidi dan insentif yang lain. Pihak kerajaan menjaga
kebajikan masyarakat nelayan seperti menatang minyak yang penuh. Janganlah,
Yang Berhormat dari Skudai seperti peribahasa Melayu, “ayam jantan berkokok
berdera-derai, tapi ekor bergelumang tahi”.
Y.B. Dato’ Speaker : Hhm..
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat
daripada kawasan Benut ada membangkitkan.
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Yang Berhormat Dato’ Speaker..
Y.B. Dato’ Speaker : Ya.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Isu..
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat apa lagi?
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Kalau, saya mohon Dato’ Speaker, nak
minta buat penjelasan sedikit, boleh tak?
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, tak boleh. Cerita apa? Dia ada jawab tak, awak punya
soalan?
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Dia nak jawab. Saya, ha, nak tanya sikit
Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, tak ada kena mengena dengan soalan itu?
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Dia berkaitan dengan soalan, yang
penjelasan yang nak dibuat tadi itu.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, tak tahu Yang Berhormat, nak jawab, nak beri izin?
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Minta izin dengan Yang Berhormat Dato’
Speaker, boleh tak?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Boleh, boleh.
488
Y.B. Dato’ Speaker : Boleh? Ha bagus, boleh, kata dia.
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita banyak
mendengar usaha-usaha nak membantu nelayan ini. Alhamdulillah, pihak kerajaan
dah berjaya dalam pelbagai bentuk. Tapi Yang Berhormat Dato’ Speaker, Lembaga
ini, Lembaga Kemajuan Ikan, yang nak dimajukan ini, ikan. Boleh ke tukar Lembaga itu
supaya betul-betul dapat memajukan nelayan, bukan ikan yang dimajukan? Ini nak
tanya sama ada EXCO boleh bawa tak perkara ini? (Dewan bertepuk). Lembaga
Kemajuan Ikan Dato’ Speaker, lama dah. Kita yang nak kita majukan ini, nelayan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ohh..
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) :Kenapa ikan nak dimajukan, Dato’ Speaker?
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ya, kenapa Yang Berhormat? Dimajukan ikan?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Ini baru pertama kali
dengar, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah..
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Jadi mungkin,
cadangan ini bolehlah dimajukan ke pihak Kementerian kerana Lembaga ini diasaskan
di peringkat Pusat, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Saya ingat, ikan pun betullah. Kalau Yang Berhormat tak majukan
ikan, diorang tak dapat cari ikan. Maka kena banyakkan ikanlah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Betul, Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat ini semuanya betullah, ha.. (Dewan ketawa).
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Pasal ikan ini, kalau kita
tak majukan, ianya semakin pupus.
Y.B. Dato’ Speaker : Hah..
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Untuk makluman Yang
Berhormat Dato’ Speaker, ikan di laut sekarang ini, kalau 20 tahun dulu, kepadatannya
10. Tetapi sekarang, kepadatan ikan tinggal 2. Jadi perlu dimajukan, sumber-sumber
ikan ini kerana banyak nelayan-nelayan yang tak bertanggungjawab dengan pukat
tunda, pukat harimau, menghabiskan malah benih-benih ikan pun dia sauk sekali.
Y.B. Dato’ Speaker : Hhmm.
489
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat, nak berikan
pandangan.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat nak habiskan masa tu.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Pandangan je, sikit.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia tak ada pandangan.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Tubuhkan Lembaga Kemajuan Ikan
dan Nelayan. Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Baik, Yang Berhormat. Hhm.. Pening kepala, kesian ha’ah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Akan diambil kira,
pandangan-pandangan tersebut, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha yalah. Itu lagi baiklah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat
daripada ADUN Benut ada membangkitkan tentang isu kejadian 7 orang nelayan
yang ditangkap oleh Pihak Berkuasa Indonesia yang telah berlaku pada 8 Mac 2011.
Ianya berlaku lebih kurang jam 5:00 petang, di Perairan 12.5 Batu Nautika dari
Senggarang berhampiran Tampok. Dalam usaha meringankan beban isteri-isteri
nelayan yang terlibat..
Y.B. Dato’ Speaker : Hhm..
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Agensi Kerajaan Negeri
Johor bersama pemimpin-pemimpin Kerajaan Barisan Nasional telah memberi
sumbangan kewangan berjumlah RM2,000.00 kepada setiap keluarga nelayan yang
ditahan. Seterusnya, walaupun 7 keluarga nelayan ini tidak menangkap ikan lagi,
kerajaan masih terus memberikan bantuan sara hidup RM200.00 setiap keluarga. Ini
menunjukkan kerajaan terus membela rakyat. Selain itu, Kerajaan Persekutuan ada
menyediakan khidmat guaman dengan nilaian puluhan ribu ringgit kepada nelayan-
nelayan terlibat apabila kes mereka dibawa ke Mahkamah Rayuan, Indonesia.
Mengenai pertanyaan Yang Berhormat ADUN Tanjung Surat, mengenai 9 orang
nelayan di Pangkalan Sungai Kapal yang didakwa diberi Lesen Tuah. Sebenarnya, 9
nelayan tersebut tidak mendapat Lesen Tuah ni. Tapi sebenarnya dia bukan Lesen
Tuak, Yang Berhormat Dato’ Speaker..
Y.B. Dato’ Speaker : Ha?
490
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Dia Lesen Pong Pang.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Lesen Pong Pang.
Seperti mana Yang Berhormat daripada Tanjung Surat sebutkan ialah Lesen Tuah.
Tetapi semua nelayan-nelayan ini hanya diberi lesen bot pukat hanyut sahaja. Jadi
sekiranya nelayan-nelayan ini, tidak mematuhi atau melanggar syarat-syarat lesen
tersebut, pihak Jabatan Perikanan akan mengambil tindakan sewajarnya. Seterusnya
Yang Berhormat Dato’ Speaker..
Y.B. Dato’ Speaker : Hhm..
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Permasalahan rakyat
yang dibangkitkan Yang Berhormat ADUN Semarang dan Yang Berhormat ADUN
Machap, berkaitan permasalahan lalat. Terdapat 2 ladang ayam yang menjadi
punca pembiakan lalat di DUN Semarang ini. Pihak Jabatan Veterinar telah mengenal
pasti ada 2 ladang, iaitu :
1. Ladang Sinmah Breeders Sdn. Bhd., di Lot 9467, Batu 6 ½, Jalan Ayer Hitam, Yong
Peng, Mukim Tanjung Sembrong, Batu Pahat.
2. Heng Kai Hock Farm Sdn Bhd, Lot 9288, Batu 6 ½, Jalan Ayer Hitam, Yong Peng,
Mukim Tanjung Sembrong Batu Pahat.
Ladang Sinma Breeders Sdn. Bhd. mempunyai kapasiti 8,000 ekor sepusingan dan
boleh mengeluarkan hasil sebanyak 400,000.00 ekor setahun. Ianya mempunyai 4
buah reban secara tertutup di kawasan seluas 5 ekar. Dari segi status tanah, tanah ini
telah diubah syarat, telah mendapat persetujuan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Johor bertarikh 21 September 2005 dari syarat pertanian kepada ternakan
ayam secara sistem reban bertutup di atas lot tersebut. Ladang ini beroperasi sejak
tahun 1992 secara reban terbuka dan telah beralih ke reban tertutup pada tahun 2009
dengan kapasiti pengeluaran 400,000.00 ekor setahun. Ianya mempunyai 4 buah
reban secara tertutup di kawasan seluas 5 ekar.
Dari segi status tanah, tanah ini telah diubah syarat, telah mendapat persetujuan
melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, bertarikh 21 September 2005. Dari
syarat pertanian kepada ternakan ayam secara sistem reban bertutup di atas lot
tersebut. Ladang ini beroperasi semenjak tahun 1992 secara reban terbuka dan telah
beralih ke reban tertutup pada tahun 2009 dengan kapasiti pengeluaran 400,000 ekor
setahun. Ladang ini telah dilesenkan dengan kod pendaftaran JBPAD 217.
Secara umumnya, ladang ini dikategorikan di bawah Gred B. Dari segi penggredan
ladang terhadap 5 kategori iaitu Gred A dengan markah 80% hingga 100%, Gred B
491
dengan markah 70% hingga 79%, Gred C dengan markah 60% hingga 69%, Gred D
dengan markah 50% hingga 59% dan Gred E dengan markah bawah 50%.
Gred A bermakna ladang mematuhi segala syarat dengan sistem reban tertutup.
Mengamalkan kaedah penternakan yang baik GAHP, dengan izin, Good Animal
Husbandry Practice. Penggunaan EM pada minuman dan makanan, najis dirawat dan
dihantar ke ladang kebun sayur dan kawalan keselamatan yang cukup. Kesemua
kriteria ini perlulah dipatuhi dan diberi markah oleh Pegawai Veterinar Jabatan untuk
menentukan penggredan di atas. Pihak jabatan sentiasa membuat pemantauan
berdasarkan aduan penduduk Kampung Parit Haji Ghaffar dan Kampung Desa Jaya.
Dan, lawatan berkala diadakan pada 25 Mei 2010, ladang ini telah di kompaun
sebanyak RM500.00 di atas kesalahan di bawah Seksyen 18 Enakmen Unggas 1997 di
bawah kategori membenarkan kawasan pembiakan lalat. Pemilik ladang
dinasihatkan menjaga tahap kebersihan ladang.
Dalam tahun ini, pada 19 Mei 2011 Pasukan Penguat Kuasa Cawangan Segamat telah
menjalankan pemeriksaan ladang ini dan telah mendapati keadaan terkawal serta
memuaskan. Pada hari Sabtu, 2 Julai 2011, lawatan yang dibuat juga mendapati
keadaan memuaskan. Pihak Jabatan sentiasa membuat pemantauan dan jika
didapati ladang tidak mematuhi syarat, maka pihak Jabatan tidak teragak-agak untuk
mengambil tindakan tegas dengan memberi notis dengan mengesyorkan penutupan
dibuat.
Bagi ladang kedua di Kampung Desa Jaya, adalah kepunyaan Heng Kai Hock Farm
Sdn. Bhd. Ladang ini mempunyai keluasan 12 ekar tetapi hanya kawasan seluas 3 ekar
sahaja digunakan untuk penternakan ayam daging. Dari segi status tanah masih
belum lagi diubah syarat iaitu jenis pertanian. Ladang ini didaftar di bawah kod JBPAD
221 dengan kapasiti sebanyak 40,000 sepusingan. Ini bermakna dalam tempoh
setahun, 5 kali pusingan dan boleh menghasilkan sebanyak 200,000 ekor setahun.
Sistem pemeliharaan adalah reban terbuka yang mempunyai 4 unit.
Secara umumnya kategori ladang ini adalah Gred C yang mempunyai markah 60%
hingga 69% sebagaimana yang telah saya jelaskan tadi. Tahap ladang ini kurang
bersih, sering mendapat aduan. Pihak Penguat Kuasa Veterinar telah mengeluarkan
kompaun RM500.00 atas kesalahan melanggar syarat Enakmen Unggas 1997 Seksyen
18 membenarkan kawasan pembiakan lalat. Pada 12.7.2010, ladang ini sekali lagi di
kompaun sebanyak RM1,000.00 di atas kesalahan yang sama.
Y.B. Dato’ Speaker : Sikit nak denda?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Itu memang dah Akta
dia.
Y.B. Dato’ Speaker : Dendalah.
492
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Akan dicadangkan
untuk ubah Akta ini. Pada 23 Ogos 2010, ladang ini telah disyorkan tutup dan tidak
dikeluarkan lesen pada tahun 2011. Pihak pengusaha ada membuat rayuan pada 8
Februari 2011 serta berjanji untuk memperbaiki dan mematuhi segala syarat
penternakan. Pihak Jabatan telah memberi notis amaran terakhir penutupan ladang
pada 15 April 2011 serta lesen tidak dikeluarkan.
Berkaitan wujudnya satu ladang baru yang telah diluluskan adalah dikenal pasti
Syarikat Sin Seng yang beralamat di Lot 9133, Batu 6, Jalan Ayer Hitam-Yong Peng
dengan keluasan 2.6203 hektar terletak berhampiran Kampung Parit Haji Ghaffar.
Ladang ini masih belum beroperasi dan telah diluluskan pada tahun 2010 dengan
kapasiti pengeluaran 200,000 ekor setahun secara reban tertutup. Hanya terdapat
penambakan dan pembersihan kawasan tetapi belum ada pembinaan reban.
Adalah dimaklumkan, kelulusan pemeliharaan ladang ayam adalah melalui keputusan
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor
(UPEN). Ianya dianggotai oleh 8 agensi yang terlibat iaitu Pengarah Pejabat Tanah
Dan Galian Negeri Johor, Pentadbir Tanah Daerah, Pengarah BAKAJ, Pengarah
Perancang Bandar Dan Desa, Pengarah Alam Sekitar, Pengarah Kesihatan, Pengarah
Pertanian dan Pengarah Perkhidmatan Veterinar sebagai urus setia. Berdasarkan
keputusan dan persetujuan di atas, barulah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri
Johor akan mengeluarkan lesen pemeliharaan.
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai...
Y.B. Dato’ Speaker : Banyaknya.
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, nak minta penjelasan.
Y.B. Dato’ Speaker : Berkenaan apa?
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Berhubung dengan
EXCO Pertanian, nak minta kebenaran Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, berkenaan apa?
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya nak tanya
berhubung dengan kes ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau sekiranya...
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat izinkan?
493
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Baru nak jawab Y.B.
punya.
Y.B. Dato’ Speaker : Baru nak jawab. Hmm, betullah. Jangan gopohlah ya.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Mengenai aduan,
permasalahan daripada Yang Berhormat ADUN Machap, masalah lalat di DUN
Machap yang berkemungkinan daripada ladang-ladang unggas yang terdapat di
DUN Machap. Terdapat 29, lagi banyak, 29 buah ladang. Dan 20 daripadanya dalam
lingkungan 10 kilometer radius daripada R&R Machap. Dan, bagi keseluruhan DUN
Machap ini, telah dibuat tindakan dalam aktiviti pemantauan ladang. Dan, sejak
tahun 2008 hingga 2011 telah melebihi RM1 juta dalam kos memantau, mencegah
pencemaran di ladang-ladang unggas di kawasan R&R Machap. Aktiviti tersebut
ialah kawalan pencemaran industri ternakan unggas dan pemantauan ladang oleh
Jabatan. Bantuan insentif, pemberian bahan probiotik kepada pengusaha-
pengusaha, kempen kesedaran kepada pengusaha, latihan menyangkuti, meliputi
bantuan geran, bahan-bahan keperluan program dan latihan teknikal bagi
menjalankan kawalan pencemaran lalat dan bau secara berkesan dan juga
pembelian alat serta bahan-bahan pembasmian lalat dan larva untuk tindakan serta-
merta sebagai respons kepada aduan. Jadi, pihak kerajaan telah membuat rumusan,
syor untuk membuat penambahbaikan dan sekiranya perlu membuat pindaan
Enakmen Kawalan dan Pelesenan Penternakan Unggas 1997 yang perlu dilakukan
bagi membolehkan tindakan berat diambil ke atas penternak yang menyebabkan
kacau ganggu awam dan tidak akur keperluan Enakmen.
Kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan seperti di Pejabat Tanah Dan Galian,
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar diperoleh bagi mengambil
teguran dan tindakan undang-undang ke atas penternak-penternak ini. Kerajaan
perlu mengenal pasti tapak yang baru, yang sesuai bagi menempatkan ladang-
ladang tersebut yang seterusnya membentuk satu tapak kekal pengeluaran ayam
(TKPA) di Negeri Johor bagi penempatan semula ataupun dengan izin, translokasi
kesemua ladang-ladang unggas di sekitar 10 kilometer radius dari R&R Machap ke
tapak yang sesuai, di mana kawasan perlulah memiliki ciri-ciri berikut:
1. Kawasan mempunyai 500 meter radius kawasan penampan. Kawasan yang tidak
akan ada pelan pembangunan penempatan awam.
2. Kawasan mestilah terletak 3 kilometer dari kawasan ladang ternakan unggas sedia
ada seperti Arahan Surat Pekeliling Jabatan, JPV PKD/2011(43) bertarikh 18 Mac
2011.
3. Elakkan kawasan tadahan air seperti ketetapan ataupun piawaian BAKAJ.
4. Memiliki, disediakan dengan infrastruktur jaringan perhubungan jalan raya serta
bekalan utiliti dan yang akhirnya;
494
5. Kawasan mestilah sesuai dari segi topografi serta selamat daripada ancaman
banjir.
Insya-Allah dengan pendekatan yang akan dibuat ini, masalah lalat di kedua-dua
kawasan akan dapat diselesaikan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Y.B. Dato’ Speaker : Panjang lagi Yang Berhormat?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Perkara yang
dikemukakan oleh Yang Berhormat ADUN Tangkak, berhubung pembiayaan
perusahaan burung Walet oleh Agro Bank. Untuk makluman, pihak Agro Bank telah
menerima peruntukan kerajaan sebanyak RM67.7 juta bagi tahun 2010 bagi
pembiayaan perusahaan burung Walet. Kadar faedah yang dikenakan sebanyak
3.75% dana kerajaan. Dalam tempoh 6 bulan, dana tersebut telah habis digunakan.
Macam goreng pisang panas. Oleh itu, pihak bank telah memperuntukkan Dana
Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera sebanyak RM21 juta bagi
perusahaan burung Walet, khas untuk Bumiputera dengan kadar yang sama pun telah
habis sehingga Mei 2011.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, untung betul ya.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Pihak bank masih
menawarkan pinjaman berkala kecil ataupun micro credit khususnya untuk
perusahaan burung Walet sebanyak RM30,000.00 pinjaman dengan kadar 4%.
Pembiayaan ini masih lagi aktif sehingga hari ini. Bagi perusahaan burung Walet
berskala besar, pihak bank masih menawarkan pinjaman, namun, dengan kadar
komersil BLR, base lending rate campur 2%. Pihak bank masih menanti peruntukan
dana terbaru daripada pihak kerajaan bagi perusahaan burung Walet,
memandangkan prestasi pinjaman tersebut di tahap yang sangat baik.
Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Pulai Sebatang, mengenai larangan
membeli buah kelapa sawit muda. Untuk makluman Yang Berhormat, penguatkuasaan
terhadap larangan membeli buah kelapa sawit muda telah mula dikuatkuasakan sejak
1Januari 2006. Tujuan larangan membeli kelapa sawit muda ini adalah bagi
mengelakkan kerugian hasil negara. Sebagai contoh, kekurangan 1% kadar perahan
minyak dengan harga minyak kini boleh mengakibatkan kerugian hasil negara
melebihi RM450 juta setahun. Jadi kalau 2%, maka hampir RM1 bilion kerajaan rugi.
Kadar perahan buah yang masak menghasilkan 20%. Jadi, kalau yang tak masak dia
kurang daripada 20%. Oleh itu, hanya buah sawit yang cukup masak saja yang di
benar untuk diurus niaga. Buah yang masih muda, kalau diperah, dia keluar minyak
sikit. Jadi, yang dah masak betul baru dia keluar banyak.
495
Y.B. Dato’ Speaker : Habis?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Ada lagi.
Y.B. Dato’ Speaker : Aduh…
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat Dato’
Speaker, penguatkuasaan lebih tegas ke atas perkara ini dilakukan bermula bulan April
2011, di mana kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi telah menetapkan
salah satu EPP, Entry Point Project di bawah industri sawit ialah mencapai peningkatan
kadar perahan minyak sawit di kilang-kilang buah kelapa sawit kepada 23% pada
tahun 2020 berbanding 20.45% purata pada tahun lepas. Peningkatan purata 0.3%
kadar perahan minyak sawit setiap tahun ini memerlukan usaha bersama semua pihak
termasuk di kalangan pembekal, peniaga dan kilang iaitu hanya berurus niaga buah
sawit masak sahaja. Sejak mula peraturan, bermula 1 April 2011, kerajaan telah
memperuntukkan 100 orang kakitangan tambahan di bawah Program NKEA bagi
ditempatkan sepenuh masa di kilang-kilang sawit seluruh negara. Di Negeri Johor,
seramai 27 orang pegawai NKEA telah ditempatkan sepenuh masa di 27 buah kilang
sawit terpilih yang menerima bekalan buah sawit dari pembekal luar. Penempatan
pegawai MPOB di kilang-kilang berkenaan telah dapat menyekat dengan lebih
berkesan pembelian dan penerimaan buah muda.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai...
Y.B. Dato’ Speaker : Mengakhiri...
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Inilah penjelasan saya
ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan
yang mulia ini. Sepanjang segmen perbahasan, saya memohon maaf sekiranya ada
perkara-perkara yang terlepas pandang dalam penjelasan ini. Walau bagaimanapun,
saya bersedia untuk menemui Ahli-Ahli Yang Berhormat bagi membantu segala
kemusykilan. Sebagai penutup ucapan saya, saya mohon menutup dengan 2
rangkap pantun. Jangan bertindak ala kongsi gelap, konon bersih tapi durjana,
jagalah diri jangan tersilap, jikalau silap, awak yang bencana. Pembangkang suka
jalan potong, ikut barisanlah, dapat jalan dekat, bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Encik Aziz naik kuda, dah berhenti, lapang dada (Dewan ketawa).
Ok, diteruskan lagi, siapa nak berucap?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum
warahmatullahi taala wabarakatuh.
496
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu
saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker
kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam sesi
penggulungan perbahasan sempena menjunjung kasih Titah Ucapan Ke Bawah Duli
Yang Maha Mulia Sultan Johor semasa Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal
Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Kedua Belas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-
tinggi tahniah di atas kejayaan Qariah Negeri Johor kerana telah 2 tahun berturut-turut
mendapat Johan di Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-54
pada Jun yang lalu dan seterusnya akan mewakili Malaysia di peringkat Antarabangsa
bagi kali ke-53 pada 16 – 23 Julai 2011 yang akan datang. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang sentiasa
memberi perhatian, teguran serta cadangan dalam perkara-perkara di bawah
portfolio saya, Jawatankuasa Agama seperti Guru Al-Quran, pembelajaran dan
pemindahan Sekolah Agama, makanan halal, Imam Surau serta pemindahan masjid
dan lain-lain semasa Dewan pada kali ini, sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh
Ahli-Ahli Yang Berhormat dari Kukup, Jorak, Maharani, Tanjung Puteri, Tenang,
Penggaram, Kahang, Bukit Permai, Puteri Wangsa, Yong Peng, Permas Jaya, Bukit
Serampang, Pasir Raja, Parit Yaani, Pekan Nenas, Pengkalan Rinting, Machap,
Kemelah, Sungai Abong dan Tanjung Surat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, merujuk kepada cadangan yang dikemukakan oleh
Yang Berhormat dari Kukup berkaitan subjek al-Quran dan Sains bagi sekolah-sekolah
agama. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, pada masa ini tiada mata pelajaran
yang khusus bagi al-Quran dan sains yang diajar di sekolah-sekolah agama. Namun,
kurikulum sekolah agama dari darjah 1 hingga darjah khas telah menggabung jalin
kandungan kurikulum bagi setiap mata pelajaran agama yang berinti patikan al-
Quran dan al-hadis dengan ilmu sains dan kemanusiaan dan sebagainya. Di mana
perkara-perkara ini ada disentuh dalam mata pelajaran Tauhid, darjah 3 yang
menghuraikan tentang kejadian hujan dari sudut pandangan ilmu sains. Manakala
dalam mata pelajaran ibadah, darjah 6 turut menghuraikan tentang bahan-bahan
kimia yang terkandung dalam dadah dan rokok serta kesannya kepada manusia.
Melalui mata pelajaran Pendidikan dan Pemahaman al-Quran iaitu bacaan dan tafsir
yang baru diperkenalkan di sekolah-sekolah agama mulai tahun 2011 ini pihak jabatan
akan memperkukuhkan kandungan mata pelajaran tersebut khususnya untuk
mengaitkan al-Quran dan Sains.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat dari Jorak ada mencadangkan
diwujudkan sebuah universiti Islam di negeri ini yang sifatnya holistik dan sepadu yang
mampu untuk mengintegrasikan ilmu barat dan agama. Untuk makluman Dewan
yang mulia ini, penubuhan sesebuah universiti memerlukan satu perancangan rapi
497
yang melibatkan semua aspek. Ianya bukan sahaja melibatkan implikasi kewangan
yang besar malah memerlukan tenaga pengajar yang berkelayakan dan faktor-faktor
lain agar penubuhannya benar-benar memberi impak yang baik dan mencapai
matlamat. Buat masa ini di Negeri Johor sudah terdapat MARSAH iaitu Institut
Pengajian Islam dan Bahasa Arab milik penuh Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama
Islam Negeri Johor. Ia mengendalikan pengajian di peringkat diploma. MARSAH
mengadakan program berkembar dengan Universiti Al-Azhar dan MARSAH sedang
membuat perancangan supaya ianya dapat mengadakan pengajian di peringkat
ijazah.
Justeru, pihak kerajaan buat masa ini belum lagi bercadang untuk menubuhkan
universiti baru seperti yang dicadangkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana pihak
kerajaan berpandangan adalah perlu kita memperkukuhkan peluang dan
kemudahan yang sedia ada di MARSAH sebelum kita melangkah ke peringkat yang
lebih tinggi lagi. Walau bagaimanapun, untuk makluman Dewan yang mulia ini, baru-
baru ini Persidangan Raja-Raja telah berkenan mewujudkan Universiti Islam Malaysia
yang asalnya dari Kolej Islam Malaya, Klang di mana anggotanya antara lain terdiri
dari setiap Majlis Agama Islam Negeri. Oleh itu Yang Berhormat Dato’ Speaker,
kerjasama akan diwujudkan dengan Universiti Islam Malaysia Islam ini bagi
membolehkan pelajar-pelajar kita melanjutkan pelajaran ke universiti berkenaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Maharani pula ada mencadangkan
agar guru-guru KAFA dapat diserapkan sebagai Guru Agama Kerajaan Johor bagi
memastikan mereka mendapatkan kemudahan-kemudahan yang sama seperti
pegawai kerajaan yang lain. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, perkhidmatan
Guru-guru KAFA ini adalah di bawah tanggungjawab JAKIM. Jadi, segala perkara
yang berkaitan perkhidmatan mereka adalah dalam bidang kuasa Kerajaan
Persekutuan. Namun demikian Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi guru-guru KAFA
yang hendak memasuki perkhidmatan guru Kerajaan Johor, mereka hendaklah
memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Memiliki diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
Maktab-maktab perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf yang setaraf
dengannya dan kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM.
Jabatan Agama Johor juga sedang dalam proses perundingan dengan Institut
Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melayakkan guru-guru
KAFA mengikuti diploma pendidikan dengan syarat-syarat berikut :
1. Memiliki 6 kepujian termasuk dalam Bahasa Melayu
2. Lulus Darjah Khas
498
Dan selain daripada itu, MARSAH iaitu Institut Pengajian Islam dan Bahasa Arab juga
mengendalikan kursus perguruan di peringkat diploma. Dan setakat ini, 89 pelajar
telah pun berjaya memperoleh diploma dan seramai 263 masih mengikuti kursus
perguruan di institut tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Tanjung Puteri ada membangkitkan
berkenaan wujudnya guru-guru yang dilantik oleh Badan Kebajikan Sekolah Agama
bagi menampung kekurangan guru di sekolah-sekolah. Bagi makluman Ahli Yang
Berhormat, pada tahun 2011 bilangan guru Badan Kebajikan Sekolah Agama di
daerah Johor Bahru dan Kulaijaya adalah seramai 44 orang. Lantikan mereka
dilakukan oleh Badan Kebajikan Sekolah Agama dengan kerjasama pihak sekolah
serta dibayar elaun mengikut kemampuan Badan Kebajikan tersebut. Lantikan
mereka adalah bagi menampung kekurangan guru di sekolah berkenaan kerana
terdapat guru yang hanya mengajar 3 jam sehari. Sedangkan keperluan waktu
mengajar adalah 4 ½ jam sehari. Sebahagian guru ini adalah Guru KAFA dan Guru
Tadika Agama Johor iaitu TAJ yang mengajar secara sambilan yang dibayar elaun
oleh Badan Kebajikan.
Untuk mengatasi masalah kekurangan guru, pihak Jabatan Agama Johor telah
mengambil beberapa tindakan seperti berikut :
1. Satu kertas kerja telah disiapkan bagi memohon penyelarasan semula semua Guru
KAFA lantikan 3 jam kepada 4½ jam untuk kelulusan kerajaan.
2. Seterusnya, dicadangkan pada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor
(SPAJ) menyegerakan proses pelantikan guru baru.
Dan insya-Allah, dengan tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan, masalah
kekurangan guru ini akan dapat diatasi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Tanjung Puteri juga ada
membangkitkan wujudnya kekurangan guru lelaki di sekolah-sekolah agama. Dan
seterusnya mencadangkan agar dibuat kajian semula Skim Gaji Guru-guru Sekolah
Agama.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, lantikan guru-guru agama ini dibuat oleh SPAJ.
Berdasarkan kepada permohonan yang dikemukakan ekoran iklan jawatan yang
disiarkan. Pada kebiasaannya, permohonan dari calon-calon lelaki amatlah
berkurangan berbanding dengan calon wanita. Calon lelaki kurang membuat
permohonan mungkin antaranya sebab terdapat peluang-peluang pekerjaan di
tempat lain ataupun tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Sebenarnya,
fenomena kekurangan guru-guru lelaki di sekolah merupakan fenomena yang juga
berlaku di mana-mana sekolah di negara ini termasuklah di sekolah-sekolah agama
Kerajaan Johor.
Y.B Dato’ Speaker : Sebab apa Yang Berhormat? Sebab utama.
499
Y.B Pengerusi Jawatankuasa Agama : Syarat, yang pentingnya syarat kelayakan
untuk….
Y.B Dato’ Speaker : Dia cukup syarat tak?
Y.B Pengerusi Jawatankuasa Agama : Kadang-kadang mereka tak memenuhi syarat-
syarat yang diperlukan Yang Berhormat Dato’ bukan sahaja dia mesti dapat 6 kredit,
tapi dia mesti lulus hingga ke peringkat Darjah Khas.
Y.B Dato’ Speaker : Dia takut jadi cikgu Agama.
Y.B Pengerusi Jawatankuasa Agama : Bukan senang juga. Dato’ Speaker tahulah.
Y.B Dato’ Speaker : Ha, yalah.
Y.B Pengerusi Jawatankuasa Agama : Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan
dengan Skim Gaji Guru-guru Sekolah Agama Kerajaan Johor, Skim Lantikan Guru
Agama Kerajaan Johor adalah selaras dengan lantikan Kementerian Pelajaran
Malaysia iaitu Skim Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) Gred DGA29
iaitu berjawatan tetap dan berpencen. Justeru tidak ada keperluan untuk mengkaji
semula Skim Gaji Guru-guru Agama memandangkan mereka telah menikmati
kemudahan dan elaun lain sebagaimana lantikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat dari kawasan Tenang telah
mencadangkan agar guru-guru Agama di sekolah Agama Kerajaan Johor perlulah
diberi latihan secara sistematik, di samping memikirkan juga keperluan untuk
menambahkan keperluan tenaga guru di sekolah.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sejak tahun 1993 lagi, Jabatan Agama telah
mula menjalankan Latihan Ikhtisas Perguruan dengan kerjasama Institut Pendidikan
Perguruan Malaysia (IPGM) dan Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Sehingga tahun
2012, seramai 1,981 orang terdiri daripada 369 orang guru lelaki dan 1,614 orang guru
perempuan telah menjalani latihan dalam Kursus Diploma Perguruan dan seramai 358
orang guru yang terdiri daripada 144 orang guru lelaki dan 244 orang guru perempuan
telah dan akan dilatih di dalam Kursus Diploma Lepasan Ijazah.
Jabatan Agama juga telah menghantar Guru-Guru Besar secara berperingkat-
peringkat ke Institut Aminudin Baki, Genting Highland bagi mengikuti Kursus
Pentadbiran Pendidikan. Jadi, jelas kerajaan atau Jabatan Agama sentiasa
mengambil berat tentang keperluan latihan bagi kakitangan khususnya guru-guru dan
juga Guru-Guru Besar.
500
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada Ahli-Ahli Yang Berhormat membangkitkan isu
berkenaan penyelenggaraan Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Johor yang sedia ada
sekarang ini serta status kemajuan kerja projek pembinaan baru Sekolah Agama di
bawah Projek Pembinaan 121.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan dengan kerja-kerja baik pulih Sekolah-
Sekolah Agama sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Penggaram
iaitu berkenaan bumbung bocor dan longkang yang rosak di Sekolah Agama
Kenangan Dato’ Onn. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pihak Jabatan Agama
telah pun menyediakan peruntukan bagi tujuan membaiki kerosakan di tapak sekolah
tersebut. Kos anggaran kerja baik pulih berkenaan adalah berjumlah RM70,000.00 yang
meliputi kerja-kerja membaiki kebocoran bumbung, tandas, pendawaian elektrik serta
membaiki pintu dan jenang bilik darjah. Lantikan kontraktor yang berjaya akan
dilakukan dalam masa terdekat ini.
Manakala Ahli Yang Berhormat dari Kahang pula, membangkitkan berkenaan
pembinaan Sekolah Agama FELDA Ulu Belitong serta memohon membaik pulih Tadika
Agama Johor di Taman Seri Lambak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Sekolah Agama FELDA Ulu Belitong merupakan
Sekolah Agama yang dibina oleh pihak FELDA. Sekolah ini terdiri daripada bangunan
setingkat, 3 blok dengan 10 bilik iaitu 7 bilik telah digunakan untuk tujuan bilik darjah.
Manakala 3 buah bilik kelas tidak digunakan. Keadaan fizikal sekolah ini juga masih
dalam keadaan baik. Pada tahun lepas, Jabatan Agama Johor telah memberi
peruntukan sebanyak RM50,000.00 untuk kerja-kerja membaik pulih bilik guru dan bilik
mesyuarat. Memandangkan keadaan sekolah ini masih dalam keadaan yang selesa
dan selamat untuk tujuan aktiviti pembelajaran serta jumlah murid di sekolah
berkenaan hanya 350 orang, serta tidak menunjukkan peningkatan pada masa akan
datang. Maka kerajaan memutuskan bahawa tiada keperluan mendesak untuk
keperluan Sekolah Agama di FELDA Ulu Belitong disenaraikan di bawah Projek
Pembinaan 121. Sementara itu pembinaan kerja-kerja membaik pulih di Tadika Agama
Johor Taman Seri Lambak, pihak Jabatan telah memperuntukkan sebanyak
RM80,000.00
Yang Berhormat Dato’ Speaker, berhubung dengan status kemajuan kerja pembinaan
Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor di bawah Projek Pembinaan 121 ini,
sukacita dimaklumkan kemajuan kerja projek fasa 1 yang melibatkan 26 buah sekolah
pada keseluruhannya adalah pada tahap 35%.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, 2 buah sekolah telah dipilih sebagai projek pilot dalam
fasa 1 projek ini iaitu Sekolah Agama Bandar Putra, Kulaijaya dalam kawasan Yang
Berhormat Bukit Permai dan Sekolah Agama Taman Mount Austin dalam kawasan
Yang Berhormat Puteri Wangsa. Kemajuan kerja pembinaan Sekolah Agama Bandar
501
Putra adalah 50% siap. Pembinaan sekolah ini dijangka siap pada Disember 2011 yang
akan datang. Manakala kemajuan Sekolah Agama Taman Mount Austin adalah 55%.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya terangkan secara ringkas proses
pembinaan Sekolah Agama Bandar Putra ini. Yang mana pada awalnya direka bentuk
secara binaan konvensional tetapi telah ditukar pada kaedah Interlocking Concrete
Block atau IBS. Berikutan dengan perubahan ini, ia telah mengakibatkan pembinaan
yang besar terhadap tataatur cerucuk dan reka bentuk serta bawah tanah. Keadaan
pembinaan ini dilaksanakan dengan cara pembinaan kerja-kerja struktur tiang dan
dinding perlu berjalan secara serentak. Berbanding dengan kaedah pembinaan
konvensional di mana tiang dan beam dijadikan hingga struktur bumbung terlebih
dahulu kerana itulah secara fizikal pembinaan bangunan yang menggunakan kaedah
IBS ini kelihatan agak lambat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, hal yang sama ingin saya rujuk kepada isu yang
dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Puteri Wangsa berkenaan pembinaan
sekolah agama di kawasan beliau iaitu Sekolah Agama Taman Mount Austin.
Sepertimana yang telah saya jelaskan sebentar tadi, kemajuan kerja pembinaan
sekolah ini adalah pada tahap 55%. Pihak pemaju begitu komited untuk memastikan
segala perancangan pembinaan baru sekolah-sekolah agama seluruh Negeri Johor
akan sempurna seperti mana yang dirancang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat dari kawasan Yong Peng ada
memohon agar pembinaan Sekolah Agama Parit Awang dipercepatkan. Pembinaan
Sekolah Agama Seri Yong Peng, Parit Awang telah disenaraikan dalam fasa 1 Projek
Pembinaan 121 buah sekolah. Kerja-kerja awal pembinaan telah pun bermula dan
projek ini dijangka siap pada awal tahun 2012. Dijangka para pelajar yang tinggal di
sekitar kawasan tersebut akan dapat memulakan persekolahan di bangunan sendiri
apabila siap nanti.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, merujuk kepada Ahli Yang Berhormat kawasan Permas
yang memerhatikan pertambahan penduduk yang pesat di kawasan Taman Scientex,
Bandar Baru Nusa Damai dan Taman Desa Rakyat Perdana. Ini mengakibatkan
Sekolah Agama Kampung Kopok dan Sekolah Agama Taman Cendana tidak dapat
menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Untuk makluman Ahli Yang
Berhormat, pada masa sekarang sekolah agama sedia ada yang terdapat di kawasan
berkenaan adalah terletak di Jalan Nanas dan Jalan Balang, Taman Kota Masai dan
Kampung Kopok.
Pembinaan sekolah baru di Taman Scientex yang telah disenaraikan pada fasa 2 bagi
Projek Pembinaan 121 dengan kapasiti 14 bilik darjah dijangka siap pada Disember
2012. Ianya dijangka dapat menampung kepadatan murid-murid di sekolah-sekolah
yang sedia ada.
502
Y.B. Dato’ Speaker : Sekarang dia sekolah agama dekat mana Yang Berhormat,
Scientex itu?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Ini dekat kawasan Permas.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah sekolah apa?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Apa tu?
Y.B. Dato’ Speaker : Sekolah kat mana apa, sekolah di tempat? Dah buat sekolah,
yang mana sekolah tak cukup. Scientex saja yang saya tanya.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Saya tak pasti sangat
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, takpelah. Dia sewa kedai tak?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Saya tak pasti.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, kalau tak silap eh.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Saya tak pasti.
Y.B. Dato’ Speaker : Oklah. Yang Berhormat saya tanya kenapa perlu bangun?
Y.B. Encik Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Memang Taman Scientex ada satu
tapak sekolah yang sedang dibina.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, dia sewa kedailah. Oh, takde ok, ok.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang
Berhormat Tanjung Puteri ada membangkitkan berkenaan pemberian elaun kepada
guru-guru al-Quran yang mengajar anak-anak kita membaca al-Quran di masjid dan
surau. Beliau mencadangkan agar pemberian elaun ini dinaikkan daripada kadar
yang ada sekarang iaitu antara RM100.00 hingga RM150.00 sebulan kepada RM200.00
sebulan. Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Agama Johor amat prihatin berhubung
kebajikan Guru-Guru al-Quran di Negeri Johor dan sehingga Jun 2011 kerajaan negeri
telah melantik seramai 2013 orang Guru-Guru al-Quran yang bertauliah yang
berkhidmat secara suka rela di seluruh Negeri Johor dengan pemberian elaun
sebanyak RM150.00 sebulan.
Pada tahun 2010, kerajaan telah membelanjakan lebih RM3 juta, manakala sehingga
Jun 2011 sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan bagi tujuan pembayaran elaun
tersebut. Pihak jabatan sedang meneliti cadangan kenaikan insentif kepada Guru-
Guru al-Quran untuk pertimbangan dan kelulusan kerajaan kerana melibatkan implikasi
503
kewangan yang agak besar. Walau bagaimanapun, cadangan kenaikan elaun
tersebut adalah tertakluk kepada kemampuan dan kedudukan kewangan kerajaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, merujuk pada ucapan Yang Berhormat Bukit
Serampang dikaji keberkesanan peruntukan kerajaan di dalam usaha melahirkan
peningkatan mutu Qari dan Qariah Negeri Johor. Program Membudayakan al-Quran
yang dilancarkan pada 1 Jun 1996, hasil cetusan idea Yang Amat Berhormat Dato’ Haji
Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor telah berjaya menunjukkan kesedaran
dan minat di kalangan masyarakat Islam terhadap kepentingan untuk memahami dan
mengamalkan isi kandungan al-Quran. Hasrat murni tersebut bukan sekadar
menggalakkan masyarakat Islam membaca al-Quran, bahkan memahami akan
maksud dan tafsiran kitab suci al-Quran. Program tersebut juga telah melalui proses
tambah nilai iaitu dalam wujudnya kelas-kelas pengajian Taranum al-Quran selain
program pemahaman al-Quran yang telah bermula di masjid-masjid kerajaan sebelum
solat Jumaat mulai Mac 2011. Ia merupakan kesinambungan daripada Program
Membudayakan al-Quran yang sekian lama telah dilaksanakan.
Selain dengan pemberian elaun kepada guru-guru al-Quran yang mengendalikan
kelas-kelas al-Quran, kerajaan juga telah mengambil elaun sebanyak RM1000.00
sebulan kepada para Qari dan Qariah kita yang memenangi Majlis Tilawah al-Quran di
peringkat kebangsaan. Pengiktirafan ini telah terbukti dan berjaya melahirkan
generasi yang celik dan menguasai seni bacaan al-Quran hingga mampu melahirkan
Qari dan Qariah yang berwibawa dan telah berjaya mengharumkan nama Negeri
Johor dengan menjadi johan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pencapaian terkini dapat dibuktikan ketika Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat
Kebangsaan pada tahun 2010 dan 2011. Di mana peserta Qariah kita telah berjaya
menjadi Johan di dalam pengajian tersebut seterusnya berjaya dalam peringkat
Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang saya nyatakan sebelum ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Qari kalah Yang Berhormat?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Kalah.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, takpe. Perempuan sahaja.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Takpelah nanti ada ruang lagi. Yang
menariknya adalah johan Qariah kita di peringkat kebangsaan pada tahun ini
merupakan anak didik johan Qariah kita di peringkat kebangsaan pada tahun 2010
yang lalu. Dengan kata lain, johan kita telah pun melahirkan seorang johan yang baru.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sukacita ingin saya tegaskan di sini pemberian elaun
RM1,000.00 kepada Qari dan Qariah yang johan di peringkat Kebangsaan adalah
bertujuan agar menjadi dorongan kepada mereka untuk mendidik generasi baru agar
dapat meningkatkan mutu bacaan al-Quran yang seterusnya boleh kita ketengahkan
504
di peringkat yang lebih tinggi. Dan, ini juga merupakan di antara syarat-syarat
pembayaran insentif ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, hal yang sama juga telah dibangkitkan oleh Ahli Yang
Berhormat di Pasir Raja yang mahukan agar kerajaan menggandakan usaha dan
memperbaiki kaedah penyampaian dan pengajaran al-Quran. Untuk makluman
Dewan yang mulia ini, sehingga kini terdapat sebanyak 1,996 buah kelas pengajian al-
Quran telah berjaya diwujudkan di seluruh Negeri Johor dengan jumlah pesertanya
adalah seramai 39,920 orang. Kelas pengajian ini dilaksanakan di bawah bimbingan
Guru al-Quran seramai 2,013 orang. Bagi memastikan mutu dan kualiti kelas ini dapat
dikawal modul dan bahan yang digunakan dalam pengajaran di kelas-kelas
pengajaran al-Quran adalah menggunakan modul Iqra’ dan Mutiara Tajwid yang
diterbitkan oleh Jabatan Agama Johor. Kaedah pengalirannya adalah secara Talaqqi
iaitu memperdengarkan bacaan kepada guru dan kaedah Musyafahah iaitu guru
memperdengarkan bacaan kepada murid. Bacaan tersebut adalah berdasarkan
riwayat Imam Hafs daripada Asim dan bacaan tersebut adalah bacaan yang masyhur
dan diamalkan di Asia Tenggara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Parit Yaani ada
mencadangkan agar dikaji semula pemberian elaun Imam Surau di Negeri Johor.
Sehingga kini, pemberian elaun kepada Imam-Iman Surau telah melalui 2 kali kajian
semenjak ianya diperkenalkan pada tahun 1998. Sebelum 1998, hanya pada Imam
Surau sahaja yang diberi elaun dengan jumlah sebanyak RM30.00 sebulan. Manakala
pada selepas 1998 hingga Jun 2011, pemberian elaun kepada Imam Surau telah
dinaikkan kepada RM50.00 sebulan serta pemberian elaun kepada Bilal sebanyak
RM20.00 sebulan. Satu kertas kajian semula pemberian elaun kepada Imam dan Bilal
Surau telah disediakan untuk tujuan pertimbangan dan kelulusan pihak kerajaan. Insya-
Allah, apabila mendapat kelulusan dari pihak kerajaan kita akan umumkan kemudian.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Bagi mendapat kelulusan dari pihak kerajaan,
kita akan umumkan kemudian.
Y.B. Dato’ Speaker : Lama lagi, dapat keputusan?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Kertas dah siap Yang Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh sebelum pilihan rayalah. Ok.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang
Berhormat dari Kawasan Maharani ada menanyakan, bilakah pemberian elaun
kepada para Hafiz di Negeri Johor ini akan dilaksanakan. Sebagaimana yang
dijanjikan oleh pihak kerajaan serta berapa ramai yang terlibat dan syarat-syarat untuk
mendapatkan elaun ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Johor
melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor, telah menyediakan insentif berbentuk elaun
505
galakkan Hafazan al-Quran kepada penghafaz al-Quran di Negeri Johor. Sehingga
Jun 2011, seramai 249 orang telah menerima elaun tersebut. Daripada jumlah tersebut,
seramai 170 orang menerima RM150.00, bagi kategori 1 hingga 10 Juzuk, manakala
seramai 24 orang akan menerima RM300.00 bagi kategori 1 hingga 20 Juzuk dan
seramai 55 orang telah menerima elaun RM1,000.00 bagi kategori 30 Juzuk. Pemberian
elaun tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 1987, manakala pada 26 Mei 2011,
kerajaan telah menimbang dan meluluskan cadangan kenaikan elaun bagi kategori 1
hingga 30 Juzuk daripada RM450.00 kepada RM1,000.00. Elaun tersebut dijangka akan
muda dibayar pada akhir September 2011 ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di antara syarat-syarat kelayakan bagi menerima
elaun tersebut 1 hingga 30 Juzuk tersebut adalah seperti berikut :-
1. Warganegara Malaysia.
2. Membuat permohonan rasmi dengan mengisi borang khas Elaun Hafazan Al-
Quran Negeri Johor.
3. Menghadiri temu duga khas dan berjaya lulus cemerlang dengan markah
sekurang-kurangnya 90 peratus ke atas.
4. Terbuka kepada anak watan Negeri Johor sahaja atau telah menetap di Negeri
Johor tidak kurang 3 tahun berturut-turut.
5. Beriktikad Ahli Sunnah Waljamaah.
6. Memiliki akhlak dan sahsiah yang baik, serta tidak pernah disabitkan kesalahan
di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.
7. Memohon tidak menerima elaun galakkan yang sama daripada mana-mana
Majlis Agama Islam Negeri atau Institusi Kewangan lain.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Maharani juga ada
menanyakan berkenaan arahan kepada Imam Masjid Qariah yang berjawatan tetap
sama ada perlu meletakkan jawatan sebagai Imam. Kekeliruan arahan pada surat
pekeliling Jabatan Agama Johor bertarikh 20 hari bulan 11, telah dijelaskan
maksudnya. Melalui surat susulan bertarikh 22 Jun 2011, bertujuan mengingatkan agar
Imam Qariah yang mempunyai jawatan hakiki yang lain, hendaklah memberikan
tumpuan dan melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas Imam tanpa
menjadikan alasan mempunyai jawatan hakiki yang lain sehingga gagal menjalankan
amanah Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai Pegawai Masjid yakni Imam
berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003, dan berdasarkan
surat tersebut, adalah dinyatakan bahawa tidak mewajibkan Imam yang mempunyai
jawatan hakiki yang lain untuk meletakkan jawatan sebagai Imam. Penegasan dibuat
agar para Imam mematuhi kehendak panduan kerja Pegawai Masjid. Tambahan pula,
JAKIM telah menaikkan elaun Imam Masjid daripada RM450.00 kepada RM750.00
sebulan. Walau bagaimanapun pihak jabatan akan terus memantau sekiranya
terdapat mana-mana pihak, khususnya Imam yang tidak dapat menjalankan
tanggungjawab jika seperti yang dikehendaki.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Pasir Raja ada
membangkitkan berkenaan permohonan mendirikan Solat Jumaat di Stor Ladang
506
REM. Mengikut rekod, permohonan tersebut telah diterima pada awal tahun 2011.
Keputusan bagi mengadakan solat jemaah di surau berkenaan tidak disokong kerana
bilangan qariah yang menetap di kawasan tersebut tidak mencukupi jemaahnya.
Pejabat Kadi Kota Tinggi sedang memproses permohonan baru yang diterima pada 28
Jun yang lepas dan kebenaran untuk mendirikan Solat Jumaat di surau tersebut, akan
dimajukan ke Jabatan Mufti untuk pertimbangan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Pekan Nenas ada
membangkitkan berkenaan kekurangan peruntukan RM300,000.00 untuk pembinaan
Masjid Jamek Kolam Raja, Batu 30, Pekan Nenas yang memerlukan kos sebanyak
RM1.5 juta. Kerajaan Pusat pada awalnya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1
juta yakni kurang RM500.000.00. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, masalah
pembinaan Masjid ini telah selesai kerana Kerajaan Pusat telah pun bersetuju
meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM300,000.00 bagi pembinaan masjid
tersebut. Kos pembinaan Masjid dengan kapasiti 300 orang jemaah ini adalah RM1.5
juta iaitu RM1.3 juta peruntukan Kerajaan Pusat dan RM200,000.00 dari Majlis Agama
Islam Negeri Johor. Pembinaan Masjid ini dijangka akan mula dilaksanakan pada
September 2011 yang akan datang dan dijangka siap pada September 2012.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, merujuk rungutan dari Ahli Yang Berhormat Pengkalan
Rinting, berkenaan pembinaan Masjid di Taman Bukit Indah yang masih belum dapat
ditunaikan. Pembinaan masjid ini adalah melalui pembiayaan dari seorang individu
dengan kos dijangka berjumlah RM1.5 juta. Pelan reka bentuk Masjid ini telah pun
dipersetujui, manakala pihak pemaju dalam proses penyediaan dokumentasi untuk
permohonan kebenaran merancang dari pihak PBT berkenaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan pembinaan baru Masjid Kampung Kangkar
Tebrau, telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Puteri Wangsa. Pembinaan
Masjid baru ini akan dilaksanakan di tapak sedia ada dengan kos dijangka sebanyak
RM2 juta yang disumbangkan oleh Kerajaan Pusat. Kerja-kerja pembinaan akan
dilaksana dalam masa terdekat selepas tender ditutup, yang mana pihak berkuasa
akan mengeluarkan surat setuju penerimaan kepada pihak kontraktor yang terpilih.
Ahli Yang Berhormat dari Machap, dalam ucapannya ada membangkitkan tentang
berkenaan pembinaan Institut Pembinaan Islam Malaysia (ILIM) Kawasan Selatan dan
mencadangkan ditempatkan di kawasan Simpang Renggam. Untuk makluman Ahli
Yang Berhormat, perbincangan cadangan pembinaan ILIM di kawasan Selatan,
adalah masih di peringkat perbincangan lisan, di mana pemilihan lokasi yang sesuai
masih dalam penelitian kedua-dua pihak dan jabatan akan meneruskan
perbincangan bagi cadangan tersebut untuk realisasikan di Negeri Johor dan kita
menyokong penuh cadangan tersebut untuk ditempatkan di kawasan Simpang
Renggam.
Y.B. Dato’ Speaker : Panjang lagi Yang Berhormat? Banyak?
507
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Ya tok?
Y.B. Dato’ Speaker : Banyak lagi?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Sikit je. 4 muka lagi..
Y.B. Dato’ Speaker : Sikit 4.. Sikit.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang
Berhormat kawasan Kemelah ada mencadangkan kepada Jabatan Agama Islam
Negeri Johor, agar mengambil satu pendekatan memberikan kefahaman berkaitan
tentang undang-undang Islam terhadap masyarakat dan pemimpin agar tidak akan
terpesong apabila sesuatu kes ataupun peristiwa itu berlaku. Pendekatan memberi
kefahaman berkaitan undang-undang Islam terhadap masyarakat di negeri ini,
sememangnya menjadi tanggungjawab Jabatan Agama Johor dan pendekatan ini
telah pun dilaksanakan. Sebagai contohnya pada tahun 2008, Bahagian
Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Johor telah melaksanakan Seminar
Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam iaitu jenayah dan Sumbang Mahram
sebanyak 20 kali yang melibatkan 3,226 orang peserta. Manakala pada tahun 2009,
program berkaitan Nafkah Dalam Perkahwinan telah dilaksanakan sebanyak 10 kali
dengan penyertaan seramai 2,188 orang dan pada tahun 2010 pula, Program
Kefahaman Nafkah telah dilaksanakan sebanyak 15 kali yang melibatkan seramai
4,371 orang. Secara keseluruhannya, sepanjang 3 tahun yang lepas iaitu 2009 hingga
2010, sebanyak 45 Program Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam telah
dilaksanakan. Ia melibatkan penyertaan seramai 9,785 umat Islam di Negeri Johor ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain daripada itu, Program-Program Kefahaman
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah juga telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguat
kuasa Jabatan Agama Johor. Pada tahun 2010, program ini telah dilaksanakan
dengan melibatkan 20 buah sekolah menengah dan rendah di negeri ini, dengan
penyertaan seramai 6,000 orang pelajar. Bagi memastikan umat Islam di negeri ini
sentiasa mendapat pendedahan tentang maklumat yang berkaitan dengan keluarga
Islam serta kesalahan jenayah syariah, Jabatan Agama Johor akan meneruskan
program-program berkenaan, bahkan akan memperhebat dan memperkasakan
program ini, bagi memastikan kepentingan umat Islam di negeri ini diberi keutamaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Sungai Abong ada
mencadangkan agar hanya produk-produk Non Halal sahaja dilabelkan. Malaysia
adalah sebuah Negara Islam yang amat menjaga kepentingan semua pihak terutama
dalam menjaga hak umat Islam untuk mendapatkan produk-produk halal.
Penggunaan logo halal ini telah dinyatakan dalam Perintah Perihal Dagangan
Penandaan Makanan 1975 yang menyebut, “semua makanan yang dinyatakan
dalam jadual bersama-sama ini yang halal mengikut Perihal Dagangan (Penggunaan
508
Perhasaan Halal) 1975, tidak dibenarkan dibekalkan melainkan ianya di tanda label,
tag atau lain-lain bentuk tanda yang menunjukkan makanan itu halal”. Lantaran itu
Yang Berhormat Dato’ Speaker, penggunaan logo halal adalah sesuatu yang sangat
diperlukan. Antara sebabnya :-
1. Untuk memberikan kemudahan kepada semua pengguna terutama pengguna
Muslim bahawa sesuatu produk itu telah diperiksa dan dijamin dari pihak
berwajib bahawa ia adalah halal dan selamat untuk digunakan.
2. Penggunaan logo halal juga merangkumi aspek kebersihan, keselamatan,
hygenic dan bermutu bersesuaian dengan konsep Halalan Toiyyiba. Halal lagi
baik.
3. Secara purata hampir 70% pengusaha produk makanan dan minuman di
Malaysia, dikeluarkan oleh individu atau syarikat Non Muslim.
4. Lebih 80%, produk-produk makanan, minuman dan bahan gunaan yang
diimport juga datangnya dari negara bukan Islam.
5. Sumber dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat produk makanan
kebanyakannya datang dari negara-negara bukan Islam.
6. Pelbagai kemajuan dalam teknologi pembuatan makanan, memerlukan
pengesahan halal bagi memastikan ianya tidak dicemari dengan najis dan
haram, sama ada pada sumber dan pada bahan asasnya atau bahan
tambahan seperti bahan perisa, pewarna, permulasi, gelatin dan sebagainya.
7. Penggunaan logo halal ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk
menjadikan Malaysia sebagai hab halal dunia di samping memberikan
pulangan ekonomi yang menguntungkan.
Oleh yang demikian Yang Berhormat Dato’ Speaker, penggunaan logo halal ini perlu
diteruskan demi kebaikan pengguna terutama umat Islam di samping memberikan
keuntungan kepada ekonomi dan negara, negeri dan negara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, perkara yang sama dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang
Berhormat dari Kawasan Kukup yang mencadangkan agar Jabatan Agama memiliki
sebuah pusat untuk mengkaji kandungan DNA yang tidak halal. Terima kasih atas
keprihatinan Yang Berhormat Kukup dalam perkara ini yang melibatkan kepentingan
umat Islam terutama dalam isu berkaitan halal. Terima kasih juga kerana
mencadangkan Jabatan Agama Johor mewujudkan pusat atau sebuah makmal yang
boleh mengesan mana-mana produk yang mengandungi bahan-bahan najis serta
haram.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, proses Pensijilan Halal Johor adalah seperti berikut :-
1. Semakan borang dan dokumen yang dihantar oleh pemohon.
509
2. Sekiranya lengkap, proses akan diteruskan dan jika tidak lengkap, pemohon
diminta untuk melengkapkannya.
3. Selanjutnya pasukan Auditor Halal sekurang-kurangnya seorang Pegawai
Syariah dan seorang Pegawai Teknologi Makanan akan membuat lawatan ke
premis untuk memastikan bahan-bahan yang digunakan, cara pemprosesan,
komitmen pekerja, kesesuaian premis, penyimpanan dan sebagainya adalah
mengikut standard piawaian yang ditetapkan dalam manual Persijilan Halal
Malaysia. Sekiranya pihak kita meragui apa-apa bahan yang digunakan, pihak
Auditor akan mengambil beberapa sample dan akan dirujuk ke Jabatan Kimia
untuk tindakan selanjutnya. Laporan Jabatan Kimia akan dibentangkan dalam
Mesyuarat Panel Halal Johor yang dianggotai antaranya Jabatan Mufti, Pejabat
Penyiasat Undang, Jabatan Kesihatan, SIRIM, KPT, NPK, Jabatan Kastam dan
sebagainya untuk pertimbangan sama ada diluluskan atau ditolak permohonan
tersebut.
Oleh yang demikian Yang Berhormat Dato’ Speaker, Jabatan Agama Johor
berpendapat adalah lebih sesuai urusan untuk mengenal pasti kandungan sesuatu
produk sama ada untuk mengesan lemak atau DNA, dirujuk atau dikesan kepada
Jabatan Kimia Malaysia. Ini adalah kerana Jabatan Kimia Malaysia adalah pihak
berkuasa dalam hal ini dan memiliki peralatan yang mencukupi dan sekiranya berlaku
pertikaian, laporan Jabatan Kimia boleh diterima oleh pihak Mahkamah.
Akhir sekali Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Tanjung Surat ada
membangkitkan tentang kerja-kerja pembinaan rumah bantuan MAIJ yang masih
belum diselesaikan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, MAIJ sedang meluluskan
permohonan bina baru dan baik pulih kepada 2 orang mangsa ribut di Sungai Rengit,
Pengerang dengan nilai RM33,000.00 bagi bina baru dan RM11,000.00 bagi baik pulih.
Kedua-dua bantuan ini telah siap dilaksanakan dalam proses bayaran kepada pihak
kontraktor. Insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah
menyentuh perkara-perkara yang berkaitan di bawah portfolio saya. Saya telah
mencuba untuk memberikan jawapan kepada isu-isu yang dibangkitkan. Walau
bagaimanapun, sekiranya mana-mana terdapat perkara-perkara yang terlepas
pandang, tindakan susulan akan diambil oleh pegawai-pegawai saya. Sekian, terima
kasih. Assalamualaikum warahmatullahilah wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam. Habis tazkirah. Ya, kita teruskan lagi sapa yang
nak berucap? Ha, jemput.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum
Warahmatullahi…
510
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Saya kena gulung sekejap je Yang Berhormat Dato’
Speaker. Insya-Allah. Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Y.B. Dato’ Speaker : Saya tak cakap pun. Ok, teruskanlah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dato’ Speaker, saya nak
apa ni, nak minta betulkan, minta laluan, pasal Verbatim ni kan, nama saya terbalik.
Dalam Verbatim ni kan, nama saya terbalik.
Y.B. Dato’ Speaker : Ya?
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dalam Verbatim ni, nama
saya terbalik. Bapa saya jadi saya, saya jadi… Minta betulkan dalam Verbatim.
Y.B. Dato’ Speaker : Dalam mana? Kat mana Yang Berhormat?
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dalam Verbatim ni, yang
semalam punya banyak salah.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh silap, itu betulkan kat luarlah, kat Dewan pula dia beritahu.
Ok, Yang Berhormat, teruskan. Dia nak suruh betulkan saja.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada
saya untuk mengambil bahagian dalam ucapan penggulungan perbahasan atas
rundingan Menjunjung Kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, bagi
Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-12.
Yang Berhormat ADUN Permas telah menyentuh berhubung dengan Insurans 1Azam.
Skim perlindungan insurans ini pertama kali diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Skim
Insurans 1Azam ini memberi perlindungan kepada ketua isi rumah, suami isteri dan ahli
isi rumah yakni empat orang anak termuda dalam keluarga yang berumur 18 tahun ke
bawah, miskin tegar dan miskin dalam senarai e-Kasih. Melalui empat skim, iaitu
kematian semula jadi, insuransnya RM10,000.00; kematian akibat kemalangan,
RM20,000.00 untuk ketua isi rumah, RM10,000.00 untuk isteri, RM500.00 untuk ahli isi
rumah. Kecacatan kekal, RM1,000.00 sampai RM20,000.00 kepada ketua isi rumah,
RM1,000.00 sampai RM10,000.00 kepada isteri ketua rumah, RM1,000.00 sampai
RM5,000.00 adalah kepada anak isi rumah. Khairat kematian, RM5,000.00 kepada
ketua isi rumah, RM1,000.00 untuk isteri dan RM500.00 untuk anak isi rumah. Skop
perlindungan adalah untuk kematian semula jadi dan kemalangan dan hilang upaya
akibat kemalangan selama satu tahun, mulai 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011
dengan peruntukan sejumlah RM12 juta. Jenis polisi ialah Group Term Life, insured by
511
Allianz Life dan Group Personal Accident, insured by Allianz General, dengan izin.
Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia telah mencarum sejumlah
RM120.00 setahun bagi setiap keluarga kepada Allianz Insurance yang memberi
perlindungan tersebut.
Sebagai tanggungjawab sosial korporat, Allianz Malaysia selaku syarikat insurans yang
memberi perlindungan kepada peserta telah menubuhkan bahagian tanggungjawab
sosial korporat, untuk membantu penerima pampasan skim insurans ini memberi
pendedahan pengetahuan dan pengurusan wang pampasan itu ke arah kehidupan
yang lebih bermakna. Di Negeri Johor terdapat seramai 3,159 penerima skim Insurans
1Azam. Untuk makluman, setakat ini terdapat 13 penerima pampasan sebanyak
RM190,000.00 Insurans 1Azam, iaitu ketua isi rumah yang telah meninggal dunia. Bagi
tuntutan pula, tuntutan mati semula jadi dan kemalangan, waris orang yang
dinamakan dalam polisi itu boleh berjumpa dengan Wakil Rakyat, Mayang atau Nadi,
JKK, Pegawai Daerah, Pengerusi MPWK, Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan
membawa bersama sijil mati dan mengisi borang tuntutan. Ini akan diajukan kepada
cawangan-cawangan Allianz. Jika seluruh isi rumah meninggal, waris akan ditentukan
oleh Yayasan Kebajikan Negara. Tuntutan bagi hilang upaya kekal, peserta boleh
berjumpa dengan Wakil Rakyat tadi, Mayang dan Nadi, JKK, Pegawai Daerah, MPWK,
JKM dengan membawa bersama laporan Polis, laporan kesihatan dan mengisi borang
tuntutan. Ini akan diajukan kepada cawangan-cawangan Allianz.
Yang Berhormat Sungai Abong telah mencadangkan supaya menurunkan harga
Rapid Test Kit untuk periksa darah pesakit-pesakit yang disyaki denggi. Untuk
makluman, Jabatan Kesihatan ada membuat analisa, kes Denggi yang dirawat di
semua klinik kerajaan dan swasta. Sehingga minggu ke-25, terdapat 901 kes Denggi
yang dilaporkan, sebanyak 304 kes iaitu 33.7% telah mendapat pemeriksaan awal di
klinik swasta. Daripada bilangan tersebut, hanya 40 kes sahaja yang di notifikasi oleh
klinik swasta. Pesakit demam Denggi masih lagi di diagnosis menggunakan tanda-
tanda klinikal seperti yang disarankan dalam buku Clinical Practice Guideline Dengue
Management 2008, dengan izin, yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia pada 2009. Semua klinik kerajaan dan swasta telah diedarkan buku ini
sebagai panduan mengurus kes-kes Denggi. Tanda-tanda klinikal Denggi adalah
demam secara mengejut dan dua daripada tanda-tanda berikut, iaitu sakit kepala,
sakit sendi, sakit belakang mata, ruam di badan, pendarahan gusi dan mulut, datang
daripada kawasan wabak denggi, dan keputusan darah full blood picture,
menunjukkan peningkatan Haematokrit yang tinggi dan pengurangan Platelet count.
Jadi, penggunaan Rapid Test Kit ini bukanlah merupakan satu keperluan wajib
mengdiagnosakan Denggi. Denggi itu doktor saja yang boleh, clinical appearance
dah tahu dah, apakah dengan dia punya simptom dia, kita dah tahu itu Denggi.
Sebab kita nak katakan di sini bahawa kegunaan Rapid Test Kit ini di permulaan
demam Denggi, besar kemungkinan negatif sebab penubuhan antibodi terhadap
penyakit ini hanya berada dalam badan lima hari atau tujuh hari. Kalau pada hari
ketiga dia test darah pesakit Denggi ini mesti negatif. Padahal orang itu penyakit
Denggi.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Dan juga kalau orang itu datang, menunjukkan viral figure
512
flavor biasa, penyakit demam biasa, virus, dia akan menunjukkan negatif dan pesakit
itu akan bayar harga Rapid Test Kit ini yang kata Yang Berhormat berharga RM40.00.
Sebenarnya di HSA, Hospital Sultanah Aminah hanya RM20.00 sahaja. Jadi test yang
sebegini tidaklah diwajibkan untuk digunakan untuk mengdiagnos pesakit demam
Denggi ini dan tidak semua kes Denggi perlu dirujuk ke hospital, dan boleh dirawat di
rumah, tetapi doktor perlu menasihatkan pesakit minum banyak air, air yang banyak
dan harus periksa darah tiga hari berturut-turut, terutama Heamatokrit dan Platelet
count dia. Platelet count kalau normal 300,000 kalau turun 150,000, 100,000 itu
maknanya menunjukkan pesakit itu kemungkinan besar Denggi.
Jika pesakit datang dalam keadaan yang teruk dengan warning signs, warning signs
dia adalah sakit perut, muntah-muntah berterusan, perdarahan mukosa, letih dan lesu
lethargy, pemeriksaan darah Heamatokrit tinggi dan Platelet yang rendah, hendaklah
rujuk terus ke hospital dengan kadar yang segera. Jadi penilaian status pesakit
memerlukan tahap kemahiran doktor yang tinggi dan tidak memerlukan Rapid Test Kit
ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Sungai Abong juga menyatakan
tentang kelewatan memberi pesakit keputusan X-Ray, X-Ray yang lambat. Di semua
hospital kerajaan, jika kes-kes kecemasan atau kes-kes kritikal, X-Ray memang adalah.
Kecuali hospital-hospital pakar, ultrasound, CT-scan, MRI boleh disiapkan pada hari
yang sama juga dan keputusan yang segera, kalau kes-kes kecemasan. Bagi kes-kes
follow up pula, doktor akan order apabila pesakit datang ke klinik, doktor akan order X-
Ray, dan pada hari itu pun X-Ray doktor boleh baca. Semua doktor boleh baca X-Ray,
kalau dia tak pandai baca X-Ray, dia bukan doktor. Dan X-Ray itu macam klinik pakar,
ataupun physician clinic, surgical clinic, klinik-klinik ortopedik, dia akan order X-Ray
ataupun sebagainya untuk di review apabila pesakit itu datang pada dua, tiga
minggu lepas itu.
Sementara itu rawatan diberilah, ubat-ubat dan sebagainya. Review kes inilah yang
tiga minggu atau dua minggu, tapi pesakit kena datang review lah. Saya rasa Yang
Berhormat pun tahulah, dah kerja kat klinik-klinik kerajaan tak payah timbul macam ini.
Kalau patient kata lambat dapat ini, patutnya Yang Berhormat kena cakap ini
memang prosedur, datang klinik macam inilah, result akan di review pada next follow
up. Kena cakap macam itulah, jangan menimbulkan, ha memang, hospital memang
lambat. Tak boleh cakap macam itulah, sebab Yang Berhormat juga seorang doktor.
Jadi sekiranya terdapat dalam X-Ray atau investigation yang diajukan oleh doktor-
doktor itu, penting, urgent findings dalam waktu pemeriksaan doktor, jadi pihak X-ray
akan telefon saja doktor, ha tadi X-Ray yang doktor order dapat finding macam ni,
macam ni, jadi tindakan, itu jam juga kita ambil. Tak payah tunggu sampai satu bulan.
Minta maaflah, jadi laporan tidak diberikan kepada pesakit dan doktor akan baca X-
Ray dan cakap dengan pesakit terdapat ini, ini, ini, tapi laporannya, kalau nak full
report, dia kena tunggu laporan daripada radiologist, pakar X-Ray itu, kerana
keselamatan laporan itu yang perlu dan untuk mengelakkan sebarang implikasi
medikolegal. Selalunya medikolegal inilah yang kita jaga betul.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Penawar mencadangkan pembinaan
bangunan baru yang menempatkan seorang Jururawat Desa di Kampung Orang Asli
Sungai Layau. Buat masa ini perkhidmatan kesihatan telah diberikan kepada
penduduk melalui perkhidmatan klinik bergerak dua kali sebulan iaitu pada hari Rabu
minggu pertama dan ketiga. Anggota kesihatan dari Klinik Kesihatan Bandar Mas iaitu
513
satu Penolong Pegawai Perubatan, MA lah, satu orang Jururawat Kesihatan, satu
orang Jururawat Desa dan satu Pembantu Perawat Kesihatan akan menjalankan klinik
di sebuah bangunan yang digunakan sama dengan Tadika. Bangunan lama tidak
dapat digunakan kerana usang dan kedatangan pesakit pada klinik bergerak ini
seramai 15 orang saja setiap hari yang klinik bergerak datang itu.
Pihak Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Kota Tinggi merasakan buat
masa ini pembinaan sebuah klinik baru tidaklah begitu terdesak memandangkan
bilangan pelanggan yang tidak begitu ramai, tambahan pula, pelanggan boleh
mendapatkan perkhidmatan kesihatan di klinik yang berhampiran, iaitu di Klinik Desa
Semenchu yang jauhnya 6 kilometer sahaja dan Klinik Kesihatan Bandar Mas, 20
kilometer daripada Kampung Sungai Layau. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri amat
prihatin dengan kesihatan penduduk setempat dan akan sentiasa memastikan
penduduk terutama Orang Asli menerima perkhidmatan yang memuaskan.
Yang Berhormat ADUN Maharani pula menegur pesakit dirawat oleh Pembantu
Pegawai Perubatan bukan doktor. Jadi Jabatan Kesihatan Negeri sentiasa memantau
dan dimestikan semua kes-kes kecemasan atau kes-kes apa pun yang dilihat dan
dirawat oleh Pembantu Pegawai Perubatan perlu dirujuk kepada Pegawai Perubatan
bagi memastikan tidak berlaku kesilapan dari segi Medikolegal. Ini adalah berdasarkan
garis panduan pengendalian kes-kes kecemasan di penjagaan primer. Dakwaan
Yang Berhormat bahawa Pembantu Pegawai Perubatan merawat dan discharge
patient tanpa merujuk kepada doktor adalah satu tuduhan yang sangat serius pada
kami dan saya mohon Yang Berhormat beri maklumat yang lengkap mengenai insiden
ini supaya siasatan akan dilakukan.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah Klinik Kesihatan yang berada di dalam
kawasan bandar adalah 43, 47% dan dari itu, 40 Klinik Kesihatan, 93% ditempatkan
pegawai-pegawai perubatan. Malah ada di Klinik-klinik Kesihatan ni ada doktor pakar
keluarga.
Yang Berhormat dari Pemanis telah menyentuh tentang penubuhan pasukan
sukarelawan terutama bencana seperti banjir. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga
mempunyai sukarelawan berdaftar yang antara peranan mereka adalah untuk
membantu dalam melancarkan pengendalian di pusat pemindahan bencana. Orang
ramai yang berminat menjadi sukarelawan JKM, boleh menghubungi JKM daerah
berhampiran dan statistik sukarelawan JKM di Negeri Johor adalah seramai 658 orang.
Di Segamat terutamanya ada 112 orang sukarelawan. Jabatan juga telah memberi
latihan dan pendedahan tentang peranan yang boleh mereka bantu dalam
pengurusan bencana.
Yang Berhormat Tanjung Puteri telah menyentuh tentang elaun OKU pada pelatih PDK.
Elaun OKU yang terlantar, kita berikan kepada penjaga pesakit itu, RM300.00 untuk
menjaga pesakit terlantar atau pesakit kronik. Mereka ni kalau dia OKU, terlantar, tak
payah pergi ke PDK dan mereka diberi elaun RM50.00 sahaja. Jika pelatih OKU yang
boleh pergi ke PDK , elaun yang kita beri adalah RM150.00 seorang untuk
pengangkutan, makanan dan sebagainya. Dan saya tak tahulah dapat RM400.00 ni
mungkin bantuan lain, kalau tu Yang Berhormat boleh hubungi saya lepas ni nanti.
Yang Berhormat Yong Peng dan Yang Berhormat Pangkalan Rinting menanyakan
pembinaan baru KK Klinik Kesihatan Yong Peng dan Klinik Kesihatan Bukit Indah.
514
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mencadangkan Projek KK tiga dengan kuarters
di bina di Yong Peng dan Bukit Indah, di dalam First Rolling Plan Rancangan Malaysia
Ke-10. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut telah tidak tersenaraikan di dalam
First Rolling Plan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan oleh demikian, projek ini telah
di senaraikan sebagai cadangan keutamaan bagi permohonan projek di bawah
Second Rolling Plan untuk pertimbangan pihak EPU, Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Layang-Layang pula memohon pembinaan baru PDK, insya-Allah, kita
akan bangunkan setelah semua urusan tanah selesai bulan ni jugalah. Dan juga
permohonan bantuan kepada orang tua akan diluluskan terus.
Yang Berhormat ADUN Kahang telah menyentuh sokongan Wakil Rakyat yang tidak
dimaklumkan. Saya dah beri arahan supaya semua kelulusan atau penolakan dari
jabatan akan di beritahu kepada Wakil Rakyat yang berkenaan terutama yang
disokong oleh Wakil Rakyat itu. Insya-Allah.
Yang Berhormat Kahang dan Yang Berhormat Pangkalan Rinting menyentuh
berhubung dengan bayaran bantuan lambat di terima. Untuk makluman semua Yang
Berhormat ye, bayaran di buat melalui 2 cara, bayaran tunai dan bayaran melalui
bank. Bayaran tunai, kita bayar secara berpusat di kawasan komuniti berkenaan.
Bayaran ke rumah atau bayaran di pejabat. Bayaran melalui bank, terus ke bank
cocok pun ada, buku pun ada. Dalam proses pembayaran tunai, penerima bantuan
akan dimaklumkan melalui surat. Masalahnya Yang Berhormat, penerima tidak hadir ke
Pusat Pembayaran atau penerima tiada di rumah bila pegawai kami datang untuk
membuat pembayaran. Penerima tiada di rumah. Untuk makluman, tempoh bayaran
hanya selama 21 hari. So, duit bantuan yang tidak dapat di bayar harus di pulangkan
kepada Akauntan Negara, Arahan Perbendaharaan 1996. Walau bagaimanapun,
bantuan yang tidak di bayar akan dimasukkan ke dalam baucar bayaran semasa
bagi tunggakan. Jadi kita boleh kasi dia arrears. Bayaran-bayaran melalui bank yang
dilaksanakan pada tahun 2010 sebanyak 70.4% berbanding pembayaran secara tunai.
Sebanyak 29.6% sahaja untuk seluruh Negeri Johor. Jadi sekarang ni kita nak
laksanakan pembayaran melalui bank, lebih senang lah.
Y.B. Dato’ Speaker : Panjang lagi?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Ya, sikit lagi. Adalah dalam 5, 6 helai.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, banyaknya. Ha deraslah habiskan.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga. Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Ya.
Y.B. Dato’ Speaker : Jemput teruskan.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Teruskanlah ye. Saya teruskan. Yang Berhormat Kahang,
menyentuh tentang proses bantuan lambat, dan dulu interview datang ke rumah
sekarang, kena datang ke JKM. Untuk makluman Yang Berhormat eh, pegawai kita
tidak bertambah. Makin pula sekarang ni kita harus menjalankan siasatan terhadap
permohonan e-Kasih yang sekarang ni boleh di pohon secara on-line. Jadi
515
penambahannya, jadi pegawai kita pun di tugaskan menyediakan siasatan tersebut.
Sebenarnya Yang Berhormat, JKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah
memperkenalkan satu sistem baru. Bisnes proses re-engineering, restructuring. Pereka
sayaan proses dan prosedur kerja pada tahun ini. Ini sistem baru untuk memudahkan
lagilah. Jadi kita minta pemohon datang terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
membawa dokumen-dokumen penting, kad pengenalan dia, kalau untuk anak-anak,
sijil beranak anak-anak itu. Kalau OKU, pengesahan doktor, slip gaji kalau OKU tu
bekerja, gambarnya sekali dan sebagainya. Dia akan di interview jabatan pejabat itu
juga dan kita akan proses, kalau kita dapati memang dia layak untuk kita memberi
terus bantuan pendahuluan. Kita memberitahu mereka, mereka ini dapat ini bayaran
bantuan pendahuluan selama 3 bulan dulu. Sementara siasatan dilakukan, dan
apabila setelah 3 bulan selepas siasatan, mereka ini diluluskan bantuan akan terus
diberikan. Jika tidak, jadi kita akan beritahu bahawa tidak lulus bantuan dan
dihentikanlah. Jadi dengan 3 bulan itu kita bagi pendahuluan, pada masa dia datang
tu kita kasi terus duit. Jadi sistem kerja baru ni bertujuan mempercepatkan proses
bantuan bagi merealisasikan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Yang Berhormat Pangkalan Rinting, penerima bantuan bulanan JKM sehingga Mei
2011 adalah seramai 39,974 orang. Dan jumlah Januari sampai Mei 2011 adalah
sebanyak RM43,485,570.00. Itu adalah peruntukan daripada persekutuan, dan
RM2,843,000.000.00 adalah daripada negeri. Pecahan jenis bantuan, saya kasi aja,
sebab kalau saya baca time limit ya, Insya-Allah. Jadi untuk makluman Yang
Berhormat, tiada bantuan kepada ibu tunggal yang muda. Jabatan pertimbangkan
adalah bantuan kanak-kanak, anak-anak dia, yang berjumlah RM100.00 seorang,
maksimum kita kasi kalau anak dia 5, kita kasi RM450.00 sekeluarga yang kita beri
kepada ibu, bukan kepada anaknya. Jadi jika ibu tunggal ini mempunyai kemahiran
dan hendak meningkatkan pendapatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat ada bantuan
launching grant, untuk permulaan, bisnes ke, apa-apa ke, sebanyak RM2,700.00 untuk
memulakan perniagaan.
Yang Berhormat Pangkalan Rinting juga, telah menyentuh berhubung dengan ubat-
ubat tiruan, yang dijual di kaki lima. Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan
Kesihatan Negeri Johor sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan ke
atas penjualan, pembekalan, pengedaran, pengimportan, pengilang-pengilang
produk atau ubat di syak tiruan.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak nak cakap lagi, Yang Berhormat tak payah tengok.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Jadi pemantauan dari masa ke semasa, ni bertujuan ni.
Sikit je ni, last ni. Ini bertujuan untuk memastikan hanya produk yang bermutu, selamat
dan berkesan sahaja dijual untuk kegunaan orang ramai. Tindakan dilakukan ekoran
aduan awam juga. Syarikat Farmaseutikal Multi Nasional, sentiasa memberi maklumat
kepada pihak kementerian sekiranya terdapat produk keluaran syarikat mereka di tiru
dan di jual di pasaran. Di antara ubat atau produk berjenama, yang terkenal yang
dilaporkan syarikat pengeluar produk. Produk yang telah di tiru dan diedar di
pasaran adalah seperti panadol, ubat gosok vicks vapourup, dan ubat merawat mati
pucuk, Viagra.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, ubat apa tu?
516
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga. Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Viagra..viagra. Dia jual dekat kaki lima juga.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Jadi kalau original tu, yang tulen tu. Satu biji ni yang Pfizer
keluarkan, RM40.00 sebiji Tapi di tepi kaki lima dan tempat-tempat lain dia jual RM10.00
sampai RM20.00 je.
Y.B. Dato’ Speaker : Mana Yang Berhormat tahu?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga. Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Ha?
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat dah tengok ke macam mana Yang Berhormat
tahu murah tu?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga. Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Ini penguat kuasa saya.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, penguatkuasaan. Ingat Yang Berhormat survey.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga. Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Ini daripada maklumat penguat kuasa saya.
Y.B. Dato’ Speaker : Yalah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga. Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Dan yang paling teruk adalah kalau tak original, dia ada
40 miligram je dia punya kekuatan dia. Tetapi ubat tiruan ni, baik-baik sikit eh, 300, 400
miligram. 10 kali ganda. Jadi saya menasihatkan, terutama pesakit-pesakit jantung
janganlah beli yang tepi jalan-tepi jalan ni, nanti mati mengejut.
Y.B. Dato’ Speaker : Ya ke Yang Berhormat?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Terdapat banyak kes, yang mati mengejut, kerana isteri
baru. Jadi dia..
Y.B. Dato’ Speaker : Isteri baru?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Dia dapat isteri baru..
Y.B. Dato’ Speaker : Siapa? Wakil Rakyat?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Bukan. (Dewan Ketawa)
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, ok lah
517
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Tak, saya bukan cakap tentang itu. Orang biasa lah ni,
biasa dia lepas sakit jantung, dah belah, ni kisah benarlah.
Y.B. Dato’ Speaker : Mana ada kisah bohong. (Dewan Ketawa)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Jadi macam tu jadi, mungkin rakan sebaya jugalah yang
tolong belikan benda-benda ni. Mengakibatkan kematian mengejut. Jadi janganlah,
tengok ubat tepi-tepi jalan tu janganlah beli.
Y.B. Dato’ Speaker : Baiklah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Banyak ubat tiruan dan sebagainya.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Ya, original RM40.00
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, ni bukan berbual ni Yang Berhormat. Dah habis?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga. Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : (Ketawa) Pemeriksaan dijalankan ke atas premis yang
tidak berlesen, klinik, farmasi, premis pasar malam, premis kaki lima, kedai ubat cina,
tokoh ubat Melayu, kedai-kedai runcit di seluruh Negeri Johor untuk mengesan dan
merampas ubat-ubat herba, ubat tradisional dan ubat tiruan. atau yang tidak
berdaftar, yang tidak mendapat kelulusan dijual kepada orang awam. Pada 2009
sebanyak 454 buah premis telah di periksa dan sejumlah 35 perkara ubat tiruan bernilai
RM16,497.00 telah dirampas. 2010 pula sebanyak, 579 buah premis telah di periksa di
mana 66 perkara ubat tiruan bernilai RM7,022.00 telah di rampas. Tahun 2011 hingga
Jun sejumlah 13 buah premis telah diperiksa, 8 perkara ubat dirampas bernilai
RM2,036.00 dan tindakan pendakwaan akan diambil ke atas mana-mana orang yang
terlibat terutamanya bagi kes-kes yang melibatkan pemborong dan pengedar ubat-
ubat tradisional yang tidak berdaftar, di bawah Akta Jualan Dadah 1952. Adalah
menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak, ubat-ubat atau keluaran yang bukan
keluaran berdaftar, di bawah 3001, Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Jika
sabit kesalahan-kesalahan bagi perseorangan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (1)
Akta Jualan Dadah 1952, yang membawa hukuman denda yang tidak melebihi
RM25,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi syarikat pula, boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (2) Akta Jualan Dadah 1952
yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000.00 bagi kesalahan pertama
dan denda, denda RM100,000.00 bagi kesalahan yang berikut. Saya ingin juga, Yang
Berhormat Datuk Speaker, hari tu yang dia tanya pendakwaan tentang pengedar
atau menjual barang makanan yang telah luput tarikh. Jika makanan tersebut
tersenarai dalam Jadual 5 Peraturan Makanan, boleh dikenakan penalti di bawah
Peraturan 397 (2). Denda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara selama tempoh
tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya juga.
518
Y.B. Dato’ Speaker : Ok. Dah habis?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Sudah. Jadi, tindakan pendakwaan yang dijalankan oleh
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, bagi kesalahan
menjual, kita ada juga, premis-premis yang kita bawa ke pendakwaan.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak apalah, tak apalah. Dah dibawa ke Mahkamah. Tak payah
sebutlah.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Tak payah sebutlah. Jadi, akhir sekali Yang Berhormat
Dato’ Speaker, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-Ahli
Yang Berhormat yang telah mengemukakan cadangan-cadangan dan pandangan
mengenai jabatan-jabatan di bawah portfolio Pembangunan Wanita Dan Keluarga
Kebajikan Masyarakat Dan Kesihatan. Dan jika terlepas pandang atau untuk dapatkan
penerangan yang lebih lanjut, bolehlah berhubung dengan saya atau jabatan-
jabatan di bawah portfolio saya. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan selama 5 minit sahaja.
Persidangan ditangguhkan pada jam 4:30 petang.
Persidangan disambung semula pada jam 4:35 petang.
Persidangan diketuai oleh Y.B. Datuk Timbalan Speaker.
Y.B. Pengerusi jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Datuk Speaker, alhamdulillah, terima kasih saya
ucapkan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan
persoalan dan permasalahan dalam sesi perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia
Sultan ketika merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Ke-4 Dewan Negeri Johor
Yang Ke-12 ini. Kesemua perkara yang telah dibangkit, telah diteliti oleh semua Ketua-
ketua Jabatan di bawah portfolio saya untuk diambil tindakan sewajarnya bagi
menjamin taraf hidup kesejahteraan dan keselesaan hidup.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pertamanya saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan
kepada perkara berhubung isu yang telah dibangkitkan ADUN Kempas mengenai PPR
Tampoi yang telah siap tetapi terdapat unit-unit kosong yang belum ditawarkan. Untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, PPR Tampoi mengandungi 2,252 unit kediaman rumah
pangsa 17 tingkat, merangkumi 7 blok iaitu blok A hingga G, di mana 6 blok telah
dikeluarkan CF kecuali blok F. Dan buat masa ini, blok A, B dan C telah didiami.
Manakala, blok D, E dan G masih belum boleh diduduki kerana masalah vandalisme
dan kehilangan kabel elektrik. Manakala, blok F pula, hanya mempunyai CF
Sementara di mana tingkat 1, 2 dan 3 telah pun diduduki tetapi tingkat 4 hingga 17
perlu diperbaiki. Kerja-kerja pembaikan untuk blok F dijangka akan dimulakan pada
minggu ke-3 bulan Julai ini dan dijangka siap bulan Januari tahun 2012.
Masalah kerosakan di blok D, E dan G telah pun kita bawa ke pengetahuan pihak
Jabatan Perumahan Negara, Yang Berhormat Datuk Speaker. Sehubungan dengan
519
itu, satu lawatan dan mesyuarat bersama KSUnya telah pun diadakan pada 17
Februari yang lalu. Dan, keputusan mesyuarat telah bersetuju untuk ditubuhkan satu
Jawatankuasa Siasatan Teknikal bagi mengenal pasti kerosakan dan kehilangan
peralatan di blok D, E dan G. Jawatankuasa Siasatan tersebut diketuai oleh Pengarah,
UPEN Johor dan Jawatankuasanya terdiri dari 2 orang wakil daripada Kementerian dan
2 lagi dari Kerajaan Negeri. Jawatankuasa ini telah pun bermesyuarat pada 7 Jun
yang lalu, bagi menentukan skop siasatan dan mengenal pasti pihak yang perlu
dipanggil untuk sesi inkuiri. Dan sesi berkenaan akan dimulakan pada bulan ini, serta
laporan siasatan berkenaan dijangka siap pada bulan Oktober 2011 untuk
dibentangkan kepada KPKT dan seterusnya, menentukan pihak yang perlu
dipertanggungjawabkan bagi memperbaiki segala kerosakan di blok D, E dan G.
Yang Berhormat Datuk Speaker, ADUN Tangkak membangkitkan berkenaan dengan
projek terbengkalai, Taman Seri Nilam. Projek perumahan bermasalah terdiri daripada
Projek Lewat, Projek Sakit dan Projek Terbengkalai. Projek Lewat adalah projek yang
mengalami kelewatan di antara 10% hingga 30% berbanding kemajuan sepatutnya.
Manakala, Projek Sakit pula adalah projek yang mengalami kelewatan melebihi 30%.
Dan yang terbengkalai ditakrifkan sebagai projek yang tidak siap, dalam atau luar
tempoh perjanjian jual beli dan tidak ada sebarang aktiviti di lapangan selama 6 bulan
secara berterusan. Projek Perumahan Taman Seri Nilam di Tangkak adalah salah satu
projek yang terbengkalai di Negeri Johor. Untuk makluman, projek ini telah dipantau
oleh Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta, Jabatan Perumahan Negara. Dan,
berdasarkan pada laporan yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut, projek ini telah
dibangunkan oleh pemajunya iaitu Agra Development yang melibatkan sebanyak 180
unit kediaman dan bilangan pembeli pula adalah seramai 145 orang. Projek ini yang
sepatutnya siap pada tahun 2003 telah terbengkalai kerana pemaju tersebut telah
digulung pada tahun 2009, walaupun telah siap 80% keseluruhannya.
Memandangkan projek ini telah terbengkalai begitu lama, pihak Jabatan Perumahan
Negara telah memasukkan Projek Seri Nilam ini dalam perancangan awal, Pemulihan
Projek Perumahan Terbengkalai untuk tahun ini. Dan, selain daripada Taman Seri Nilam
juga, untuk makluman, di Tangkak terdapat 4 lagi projek seumpama ini dalam
Rancangan Pemulihan iaitu Taman Seri Emas 7 di Sungai Mati, Taman Emas Suria di
Batu Pahat, Taman Seri Layang-layang di Kluang dan Taman Mewah di Plentong.
Ketika ini Jabatan Perumahan Negara sedang mencari pemaju penyelamat bagi
meneruskan pembinaan projek-projek terbengkalai ini.
Penjelasan permohonan Rumah Mesra Rakyat bagi tanah FELCRA dan FELDA yang
dibangkitkan oleh Bukit Serampang, pengagihan borang Program RMR juga ataupun
Rumah Mesra Rakyat oleh Maharani dan Penawar berkenaan dengan Taklimat
Program RMR, suka saya memaklumkan, Yang Berhormat Datuk Speaker, bahawa
pembinaan Rumah Mesra Rakyat, pertamanya tapak tersebut perlu bebas daripada
sebarang sekatan. Sekiranya RMR dibina atas tanah bukan milik pemohon, maka
pemohon dikehendaki mendapat kebenaran daripada pemilik tanah kerana tanah ini
akan digadaikan kepada SPNB. Setelah permohonan RMR lulus, maka tanah tersebut
perlu digadai kepada SPNB sebagai jaminan untuk bayar balik pinjaman. Bagi
pembinaan RMR di tanah FELDA dan FELCRA, tentunya adalah tertakluk di bawah
peruntukan Akta Penempatan Berkelompok ataupun GSA, ringkasnya dan pemohon
perlu mendapat persetujuan daripada FELDA atau FELCRA dahulu sebelum
permohonan ini diproses oleh SPNB.
520
Dan, untuk makluman Dewan yang mulia, Borang Permohonan Perumahan Mesra
Rakyat dibekalkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad kepada pejabat Wakil
Rakyat seluruh negara iaitu Ahli-Ahli Parlimen dan ini bertujuan untuk memastikan
borang-borang tersebut diagihkan kepada pemohon-pemohon yang layak yang telah
dikenal pasti oleh penjawat-penjawat Wakil Rakyat yang berkenaan. Sekiranya
kehabisan borang, maka bolehlah dimajukan permohonan melalui surat rasmi yang
ditandatangani oleh Ahli Yang Berhormat kepada SPNB untuk mendapatkan borang
tambahan.
Dan, berkaitan dengan Taklimat Program Rumah RMR yang dibangkitkan oleh
Penawar, Syarikat SPNB, Perumahan Negara sedang mengatur jadual taklimat untuk
memenuhi permintaan Wakil-Wakil Rakyat di seluruh negara, serta pihak Yang
Berhormat akan dimaklumkan secepat mungkin akan perlaksanaannya.
Saya juga ingin menarik perhatian Ahli Dewan berhubung isu yang dibangkitkan oleh
Stulang, berkenaan prestasi dan tahap sistem pengangkutan awam di Bandaraya
Johor Bahru dan pelaksanaan Transit Pantas di Bandaraya. Yang Berhormat Datuk
Speaker, MBJB sentiasa mengadakan perbincangan dengan para pengusaha bas
berhenti-henti supaya sentiasa menaik taraf dan memberikan perkhidmatan yang
terbaik mungkin kepada pengguna. Mesyuarat terakhir dengan mereka ini diadakan
pada 10 Februari yang lalu, yang terdiri daripada wakil-wakil syarikat bas berhenti-henti
di kawasan bandar raya, serta wakil Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat,
Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Keselamatan Jalan raya dan Polis Trafik.
Antara perkara yang ditekankan pada perbincangan tersebut adalah mengenai
jadual laluan bas dan perkhidmatan bas yang disediakan oleh syarikat-syarikat
terbabit. Masalah-masalah yang dihadapi mereka adalah tidak dapat menyediakan
bas yang mencukupi akibat daripada bas-bas yang rosak serta bas yang telah uzur
dan tidak dapat beroperasi dengan keadaan kos penyelenggaraan yang semakin
meningkat.
Syarikat-syarikat tersebut telah berusaha dengan sedaya upaya memberikan
perkhidmatan terbaik kepada para pengguna perkhidmatan awam. Selain itu,
Bandaraya juga telah bekerjasama dengan IRDA dalam perlaksanaan Program Bas
Perintis Iskandar Malaysia yang menyediakan perkhidmatan bas di laluan-laluan sosial
dalam kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Dan, dalam program ini Pasukan
Pengangkutan Awam Iskandar atau ringkasnya PAIM telah mengenal pasti laluan-
laluan yang tidak mempunyai bas terutamanya di kawasan-kawasan perumahan kos
rendah, sekolah-sekolah dan kampung-kampung tradisi. Bandaraya juga telah
mengenal pasti laluan-laluan baru dan bagi dicadangkan bagi program-program bas
perintis ini dapat dilaksanakan di kawasan laluan yang dicadangkan.
Bagi bas yang uzur pula, SPAD dengan kerjasama PUSPAKOM dan JPJ telah
melaksanakan peranan iaitu setiap kali pengusaha bas hendak memperbaharui permit
bas-bas yang uzur dan usang tidak akan dibenarkan berada di atas jalan raya kerana
faktor keselamatan. Pelan komprehensif Peningkatan Perkhidmatan Pengangkutan
Awam di Iskandar Malaysia telah pun disediakan oleh pihak IRDA. Antara cadangan-
cadangan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam dalam masa pendek
adalah dengan mewujudkan Sistem Transit Pantas atau pun BRT. Cadangan
pelaksanaan BRT telah dikemukakan kepada pihak Kerajaan oleh IRDA, antaranya
adalah kemampuan sistem ini untuk memenuhi kapasiti masa kini dan pada masa
depan. Kebolehupayaan sistem ini memberi perkhidmatan yang setara dengan sistem
521
Rel Transit Aliran Ringan ataupun LRT. Kos pembangunan dan pembinaan yang lebih
rendah berbanding sistem yang lain, dan yang paling penting ialah sistem yang paling
fleksibel dan mudah dilaksanakan.
Melihat dari pengalaman di luar negara seperti di Bogota dan di Bangkok, Thailand,
jumlah kos pembangunan BRT hanyalah 1/10, Yang Berhormat Datuk Speaker,
daripada kos pembangunan sistem LRT. Dalam Rancangan Malaysia Ke-10, IRDA telah
mengajukan cadangan untuk melaksanakan projek perintis BRT. 3 lorong BRT akan
dibina lengkap dengan terminal station. Hab untuk bas dan kemudahan untuk
lapangan tempat letak kereta. Sistem BRT ini merangkumi perkhidmatan bas di laluan
utama yang terdiri daripada bas henti-henti dan ekspres serta disokong oleh
perkhidmatan bas feeder untuk kawasan-kawasan berdekatan laluan-laluan BRT ini. 3
laluan BRT telah dicadangkan iaitu:
1. Johor Bahru ke Skudai
2. Johor Bahru ke Johor Jaya
3. Johor Bahru ke Nusajaya
Dan, pelaksanaan sistem BRT diharap dapat memberikan manfaat kepada orang
ramai, industri pengangkutan awam dan juga kerajaan. Para pengguna bakal
menikmati pengurangan waktu perjalanan dan perkhidmatan yang tepat waktu,
selesa, cekap dan selamat. Industri pengangkutan awam pula dijangka akan dapat
keuntungan dari peningkatan jumlah pengguna, kecekapan kos operasi dan
penggunaan aset yang optimal.
Di samping itu, kerajaan juga mampu meraih lebih banyak faedah melalui
penambahbaikan kualiti kehidupan, kebolehcapaian, penyelesaian pengangkutan
yang cepat dan mampu laksana penggunaan infrastruktur semasa secara optima
mampu meningkat produktiviti kualiti hidup orang ramai.
Sementara menunggu, Yang Berhormat Datuk Speaker, projek BRT dilaksanakan di
Iskandar, kerajaan melalui PAIM akan mula memperkenalkan perkhidmatan bas
Express Transit ataupun BEXTRA, ringkasnya di bawah jenama Trans Iskandar.
Perkhidmatan BEXTRA adalah satu perkhidmatan bas dari satu tempat ke satu tempat
yang bersifat ekspres, hanya berhenti di hentian-hentian tertentu sahaja. PAIM akan
mulakan menjalankan perkhidmatan BEXTRA di laluan Johor Bahru Central hingga ke
Kulaijaya dan sebanyak 9 hentian BEXTRA telah ditentukan. Adalah dijangkakan
perkhidmatan BEXTRA di laluan ini akan bermula pada bulan Ogos tahun ini. Pada
masa yang sama, PAIM telah pun membuat perancangan untuk menjalankan BEXTRA
di laluan Johor Bahru ke Ulu Tiram dengan 10 hentian terpilih. Perkhidmatan BEXTRA di
laluan ini akan mula beroperasi, insya-Allah, penghujung tahun.
Berkenaan dengan Yang Berhormat Datuk Speaker, penyeragaman perkhidmatan bas
kepada lebih efisien dan mempertingkatkan infrastruktur untuk keselesaan
sebagaimana yang dibangkitkan oleh ADUN Skudai. Untuk makluman, para
pengguna pengangkutan di Taman Jaya, Skudai seperti bas dan teksi akan menikmati
kemudahan pondok bas yang selesa apabila IRDA melalui PAIM melaksanakan
kemudahan tersebut tidak lama lagi. Pembinaan pondok bas tersebut telah
dipersetujui oleh MPJBT.
522
Bagi pondok bas berhampiran ESSO Jalan Shahbandar, Majlis MPJBT sedang dalam
perancangan untuk menaik taraf kemudahan tersebut. Walau bagaimanapun,
keadaan lokasinya menyebabkan kerja-kerja menaik taraf agak sukar untuk
dilaksanakan disebabkan keluasan kawasan terlibat tidak mencukupi kerana
berhampiran parit besar dan stesen minyak. Walau bagaimanapun, pondok bas dan
teksi bagi lokasi di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Jenis Cina Kuo Kuang
akan di naik taraf dalam masa terdekat
dan kontraktornya pun telah dilantik.
Perkhidmatan bas di Taman Bukit Indah ke Taman Ungku Tun Aminah dan di kawasan-
kawasan seperti pusat membeli-belah Jusco, Taman Universiti, Sri Skudai melalui
kompleks bas Taman Ungku Tun Aminah dan Plaza Tasik. Kawasan ini telah termasuk
dalam perkhidmatan yang disediakan oleh bas Iskandar Malaysia. Walau
bagaimanapun bas-bas yang sedia ada ini oleh kerana saiznya yang agak besar tidak
dapat memasuki jalan-jalan taman yang sempit. IRDA hanya memberikan
perkhidmatan sehingga jam 10:30 malam sahaja kerana selepas waktu tersebut jumlah
orang awam yang menggunakan perkhidmatan bas amat berkurangan dan tidak
ekonomik kepada syarikat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin menarik perhatian ADUN Stulang
berhubung isu berkenaan dengan penguatkuasaan terhadap kedai mesin judi kuda
haram yang beroperasi 24 jam. Bandaraya sentiasa bekerjasama dengan agensi-
agensi lain seperti Polis, Pejabat Daerah dalam membanteras kegiatan mesin judi.
Terdapat kegiatan seperti mesin judi ini berselindung atas nama Pusat Hiburan
Keluarga dan Café Cyber. Bagi premis Pusat Hiburan Keluarga ini, lesen hiburannya
dikeluarkan oleh Pejabat Daerah setelah mendapat kelulusan daripada Pihak
Berkuasa Tempatan. Polis Diraja Malaysia, Bomba dan juga Suruhanjaya Tenaga.
Sekiranya terdapat premis Pusat Hiburan Keluarga yang menjalankan kegiatan
berunsurkan perjudian, Majlis akan membatalkan lesen premis perniagaan. Manakala
Pejabat Daerah dan Polis boleh membatalkan lesen hiburan serta merampas mesin
dan peralatan yang berkaitan. Syarat permohonan dikenakan juga ketat di mana
lokasi premis Hiburan Keluarga ini hendaklah berada dalam jarak lebih 200 meter
daripada rumah kediaman, rumah ibadat, dan sekolah ataupun Institusi Pendidikan.
Pengusaha juga tidak dibenarkan memasang cermin gelap pada pintu dan dinding
premis.
Bagi Pusat Internet, yang menjalankan kegiatan berunsur perjudian, tindakan
penguatkuasaan sentiasa diambil dengan mengeluarkan kompaun dalam tempoh 21
hari. Sekiranya selepas tamat tempoh kompaun, pemilik masih ingkar, maka tindakan
saman mahkamah akan diambil. Majlis juga telah mendapat arahan daripada
Kerajaan Negeri bagi membekukan permohonan lesen berkaitan aktiviti Pusat Internet
sejak 21 Mei tahun 2010.
Skudai juga membangkitkan isu permasalahan lampu isyarat di simpang Jalan
Kebudayaan 21 yang perlu dikaji. Untuk makluman, Jalan Kebudayaan merupakan
salah satu jalan utama di dalam Taman Universiti. Jalan Kebudayaan ini menjadi jalan
penghubung ke zon-zon Jalan Kebudayaan, Jalan Kebangsaan, Jalan Kejayaan, Jalan
Kemuliaan dan Jalan Kemajuan. bagi perkara dibangkitkan ini, pemerhatian Majlis
mendapati permohonan pemasangan lampu isyarat di Jalan Kebudayaan ke Jalan
Kebudayaan 19 dan Jalan Kebangsaan 19 tidak sesuai dan telah dipindahkan
523
lokasinya ke persimpangan Jalan Kebudayaan, Jalan Kebudayaan 21, Taman
Universiti. Di samping itu, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah juga akan
melaksanakan kerja-kerja pembinaan pembahagi jalan, centre medium dengan izin,
dari persimpangan Jalan Kebudayaan 21 hingga Jalan Kebangsaan 19 bagi
mengelakkan konflik lalu lintas antara Jalan Kebangsaan 19 dengan Jalan
Kebudayaan 19. Kerja-kerja dijangka siap Yang Berhormat Dato’ Speaker pada
penghujung tahun 2011.
Yang Berhormat Bentayan telah menyentuh tentang projek paya bakau di Tanjung
Ketapang. MPM telah melaksanakan projek pembinaan jeti dan wakaf di Tanjung
Ketapang pada tahun 2009 melalui peruntukan Jabatan Landskap Negara berjumlah
RM200,000.00. Bagi melaksanakan projek tersebut, kerja-kerja penebangan pokok
bakau telah dilakukan. Bagaimanapun, kerja-kerja penanaman semula pokok bakau
sebanyak 2,500 batang dilakukan apabila projek tersebut siap dilaksanakan bagi
mengekalkan kawasan bakau tersebut dengan menggunakan peruntukan yang
sama.
Perbandaran Muar juga sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak untuk
menjalankan program penanaman pokok bakau di kawasan ini sebagaimana yang
dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis di Daerah Muar dan Badan-Badan NGO yang lainnya.
MPM juga berpendapat dengan wujudnya Uptown Maharani dan dinaikkan taraf
melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan bukan saja imej Bandar Muar sebagai yang
selalu dikenali sebagai bandar pencen dapat dipertingkatkan. Tetapi juga ekonomi
peniaga-peniaga kecil di daerah Muar juga dapat dimajukan.
Jalan Sisi tersebut yang sebelumnya malap akan dimeriahkan dengan kerdipan lampu
yang berwarna-warni pada waktu malam dan pekedai-pekedai di Jalan Sisi sedia ada
ini akan merasai kerancakan ekonomi dengan kehadiran orang ramai yang
berkunjung di kawasan tersebut. Untuk makluman buat masa ini MPM tiada cadangan
untuk menyediakan kawasan tempat letak kereta yang baru bagi menggantikan
tempat letak kereta yang akan dijadikan Uptown di Jalan Sisi.
Walau bagaimanapun, masih terdapat kawasan letak kereta di penghujung Jalan Sisi
iaitu di Dewan Jubli Intan, Jalan Arab yang mana berjumlah sebanyak 149 petak yang
mana kadar penggunaannya adalah minimum. Selain itu, masih terdapat lagi
kawasan tempat letak kereta dalam Bandar Muar yang sangat minimum
penggunaannya. Kawasan tersebut adalah di kawasan tempat letak kereta bertingkat
di Perhentian Teksi dan Kereta Sewa Daerah Muar di Jalan Petri, berhampiran Kompleks
Pekan Rabu Maharani yang boleh menempatkan kira-kira 85 buah kereta dalam satu-
satu masa dan jaraknya dengan Jalan Sisi hanya lebih kurang 200 meter sahaja Yang
Berhormat Dato’ Speaker.
Dan, apabila Uptown Maharani ini siap kelak, ianya tidak akan melupuskan petak letak
kereta sedia ada dan dengan erti kata lain, petak letak kereta akan dikekalkan. Dan,
berkenaan dengan RTT dari RTD yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan tujuan
sebagai garis panduan kemajuan pembangunan di masa akan datang. Bagi draf
rancangan tempatan Daerah Muar, pengubahan yang baru saja dipamerkan
cadangan membina pelantar yang dipanggil dek air ini adalah sebagai usaha
mewujudkan satu pelaksana ke arah melestarikan kegiatan sukan air tersebut.
524
Langkah-langkah yang akan diambil bagi pengukuhan dek air tersebut ialah Program
Pengukuhan Tebing Sungai Muar yang sedang dijalankan oleh JPS yang melibatkan
kawasan sepanjang 3.5 KM dari Sungai Abong, Kuala Sungai Abong ke muara Sungai
Muar. Penyediaan trek jogging di Lot 2 juga akan diselaraskan dengan program
pengukuhan tebing Sungai Muar yang sedang dijalankan oleh Jabatan JPS. Semua
pembangunan riadah, sama ada pembangunan baru naik taraf atau pemuliharaan
pembangunan sedia ada adalah tertakluk kepada syor-syor yang akan dikemukakan
oleh JPS.
Cadangan pembinaan kiosk-kiosk pula adalah seperti kiosk informasi, cenderahati,
refleksologi, permainan kanak-kanak dan sebagainya. Restaurant dan kiosk ini bukan
saja dapat memberi nilai tambah kepada sesuatu pembangunan riadah malah
mewujudkan dengan izin, festive mood serta persekitaran yang ceria dan hidup.
Node 6 pula bukan dicadangkan sebagi pusat pengangkutan tetapi dicadangkan
sebagai sebahagian pembangunan Maharani Waterfront yang menerapkan elemen
pelancongan, riadah dan perdagangan. Termasuk pemuliharaan tapak warisan
seperti tapak Kubu Bentayan iaitu benteng pertahanan akhir zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Sementara Pasar Maharani masih dikekalkan di tempat sedia ada
buat masa ini.
Cadangan awal yang dibuat Node 9 juga adalah berasaskan kepada kesesuaian
lokasi tapak iaitu antara Pengkalan Tiram dan Medan Ikan Bakar. Oleh yang demikian
perpindahan jeti nelayan ke kawasan ini akan mewujudkan kluster yang saling
melengkapi untuk satu bentuk pembangunan pelancongan yang lebih bersepadu.
Rangkaian pembangunan sedemikian juga lebih memudahkan usaha untuk
mengadakan prasarana dan kemudahan sokongan yang berkaitan. Usaha ini
tentunya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat nelayan dan penduduk
tempatan.
Cadangan-cadangan peningkatan lorong dan penaik taraf pelan persimpangan
yang dibentangkan dalam draf RTD Muar 2002/2015 pengubahan ini adalah
berdasarkan kajian keperluan dan cadangan-cadangan JKR Daerah dan Negeri
dalam usaha untuk meningkatkan sistem perhubungan dan pengangkutan awam
seterusnya memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna-pengguna
jalan raya terutamanya bagi jalan-jalan utama seperti Jalan Muar, Parit Jawa, Batu
Pahat, iaitu laluan persekutuan 5, dan persimpangan-persimpangan yang bermasalah
seperti Persimpangan Jalan Bakariah, Jalan Sali dan Jalan Ismail.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi perubahan ke atas RTD Muar yang dibuat pada
tahun 2010, bagi kajian ini adalah di bawah pembiayaan peruntukan JPPD ataupun
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor. Di mana kos perundingan
berjumlah RM120,000.00. Jadi, ini tak termasuk kos serantau serta cetakan laporan
yang wajib dibuat selaras dengan peruntukan Akta 172, memandangkan JPPD tidak
mempunyai peruntukan tambahan maka Jawatankuasa Teknikal RTD pengubahan
Muar telah memutuskan supaya cetakan laporan dan penjualan dikendalikan oleh
Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Perancang Bandar dan Desa bagi membolehkan
seranta ke atas laporan RTD pengubahan Muar ini dapat diadakan dengan kadar
segera bahawa penyediaan laporan perlu diadakan dalam tempoh bantahan iaitu 19
April tahun ini sehingga 18 Jun tahun ini. Dah habis pun tempohnya.
525
Dan bagi memenuhi keperluan dan permintaan orang awam untuk memperoleh
cetakan laporan RTD pengubahan, maka atas inisiatif Jabatan Perancangan Bandar
telah menggunakan sumber peruntukan daripada Kelab Sukan dan Kebajikannya
untuk memenuhi keperluan tersebut. Sukacita dimaklumkan cetakan tersebut bukan
bermotifkan keuntungan tetapi untuk memenuhi keperluan daripada orang awam.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pembinaan bangunan tambahan Hospital Daerah
Batu Pahat yang ditimbulkan oleh ADUN Penggaram yang mengakibatkan banjir kilat
yang berlaku pada 6 Jun yang lalu. Kejadian ini sebenarnya berpunca daripada
longkang sedia ada di kawasan hospital yang tidak cukup besar untuk menampung
aliran air, terutamanya projek ini adalah projek kerajaan yang tidak melibatkan
kelulusan daripada MPBP daripada Majlis daripada PBT kerana ianya projek kerajaan di
bawah JKR. Longkang yang tidak cukup besar untuk menampung aliran air apabila
berlaku hujan yang lebat. Dua cabang longkang telah bertemu dan bercantum
menjadi satu untuk mengalir keluar cabang longkang yang di atas telah
memperlahankan aliran air di cabang longkang di bahagian bawah. Kalau saya nak
jelaskan dan telah menolak penutup longkang yang menyebabkan air melimpah
keluar dan terus membanjiri rumah kediaman sekitar kawasan hospital.
Majlis telah pun bertindak dengan melaksanakan kerja-kerja pelebaran longkang di
kawasan perumahan ini untuk memastikan air dari hospital dapat mengalir melalui
longkang dan air yang keluar daripada kawasan ini tidak mengalir terus ke kawasan
perumahan. Walau bagaimanapun saya ingin tekankan bahawa pihak hospital perlu
melebarkan longkang sedia ada yang di dapati yang menjadi punca kejadian banjir
kilat. Kedudukan longkang tersebut berada dalam kawasan hospital. Dikhuatiri
sekiranya kejadian hujan lebat ini berlaku semula, kejadian banjir kilat ini akan
berulang.
Mengenai isu tapak pelupusan baru di Tangkak disegerakan seperti yang dibangkitkan
ADUN Tangkak. Kemudahan tapak pelupusan di Tangkak memang kita sedar masalah
yang berlaku di tapak pelupusan yang ada yang turut mengganggu kelancaran
operasi kutipan sampah dan pembersihan. Pada masa ini kerajaan sedang mengkaji
untuk menaik taraf tapak pelupusan tersebut bagi mengurangkan risiko pencemaran
alam sekitar. Sebuah transfer station dengan izin yang perlu dibina bagi
mengendalikan sampah di Daerah Ledang langkah ini bagi mengatasi krisis yang
berlaku di tapak pelupusan disebabkan ianya telah mula penuh. Stesen pemindahan
ataupun transfer station yang dicadangkan ini dilengkapi dengan kemudahan MRF
dengan izin Material Recovery Facility sampah yang betul-betul tidak dapat di kitar
semula akan dihantar dengan lori dengan tong sampah khas ke tapak pelupusan.
Selalunya yang dihantar ke tapak pelupusan ini hanya tinggal baki lebih kurang 10
peratus daripada sampah keseluruhan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bentayan…Yang Berhormat Bentayan, Penggarang,
Tangkak, Layang-Layang, Simpang Renggam dan Mengkibol telah menyentuh
teguran dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor mengenai kebersihan seluruh pihak PBT
Negeri Johor bersempena Kembara Mahkota yang baru lalu, yang juga menyentuh
tentang melibatkan prestasi Ahli Majlis dan juga syarikat konsesi.
Saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan Tuanku tersebut telah memberikan
kesedaran dan kejutan kepada kita agar semua pihak sensitif mengenai kebersihan
yang berhubung kait dengan kehidupan dan alam sekitar, bersesuaian dengan tema
526
Kembara Mahkota iaitu ‘Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Kita’. Pihak Kerajaan
Negeri menjunjung kasih atas kenyataan Tuanku yang sentiasa memberi kesedaran
dan menjadikan kita semua sentiasa sensitif untuk lebih berusaha bagi
mempertingkatkan lagi perkhidmatan kepada masyarakat. Sememangnya kita semua
tidak dapat menafikan bahawa prestasi perkhidmatan dan tahap kebersihan semakin
meningkat hasil daripada langkah pihak Kerajaan Negeri dan inisiatif PBT sendiri
sebagaimana jawapan lisan saya pada 29 Jun yang lepas yang dibangkitkan oleh
ADUN Bukit Batu dan perkara ini saya ingat saya pun telah jelaskan langkah-langkah
dan perancangan yang telah diambil oleh kerajaan.
Di Negeri Johor, terdapat 15 buah PBT yang mempunyai 24 orang Ahli Majlis yang
menerima elaun bulanan RM700.00 bagi Bandaraya dan RM600.00 bagi PBT
Perbandaran dan RM500.00 bagi Majlis bertaraf Majlis Daerah. Titah Tuanku yang
menyatakan kira-kira 93% Ahli Majlis tidur sebagaimana yang tercatat di akhbar yang
dibangkitkan oleh Bentayan. Saya percaya teguran daripada Sultan Johor ini adalah
satu teguran secara tersirat, menegur hanya pada segelintir Ahli Majlis yang kurang
keberkesanannya dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagai Ahli
Majlis. Sebagai contoh, gagal hadir Mesyuarat Tetap dan majlis-majlis yang dianjurkan
oleh PBT itu sendiri, tidak melaksanakan program-program aktiviti kemasyarakatan.
Saya berharap Ahli-Ahli Majlis ini dapat menerima dengan hati yang terbuka di atas
teguran Duli Yang Maha Mulia Duli Tuanku. Ahli Majlis sebenarnya Yang Berhormat
Datuk Speaker adalah sebahagian daripada pentadbiran PBT, penasihat kepada
Majlis, meluluskan undang-undang kecil, penggubal dan pendukung dasar Majlis serta
penyemak perlaksanaan dasar. Selain daripada itu, Ahli Majlis juga mewakili
masyarakat sebagai tenaga penggerak dan menjadi mata dan telinga kepada Majlis.
Penglibatan Ahli Majlis bertujuan untuk mewakili kepentingan masyarakat dalam
urusan yang berkaitan dengan kehidupan mereka.
Oleh yang demikian, apa jua permasalahan masyarakat disampaikan oleh Ahli Majlis
hendaklah diambil perhatian oleh pentadbiran Majlis. Saya juga berharap pihak
Pentadbiran Berkuasa Tempatan mengukuhkan tanggungjawab asas di mana
masyarakat telah sinonim dengan bidang tugasnya yang popular iaitu sampah,
longkang, rumput, jalan, lampu, jalan dan lampu isyarat.
Di samping itu juga, PBT perlu memberi penekanan kepada penyelenggaraan seperti
jalan raya, lampu jalan, lampu isyarat, stesen dan perhentian bas, stesen dan
perhentian teksi, jejantas, tempat letak kereta awam, medan selera, pasar awam,
pasar malam, tandas awam, taman rekreasi, dewan orang ramai, kompleks sukan
awam, papan tanda dan billboard. Masyarakat sentiasa mengharapkan kawasan
kediaman dan perbandaran mereka sentiasa bersih dan cantik menerusi sistem
penyelenggaraan yang cekap dan bersih. Oleh itu, kerjasama Ahli Majlis bersama-
sama dengan pentadbiran PBT memastikan kawasan di bawah seliaan mereka
sentiasa bersih dan cantik di samping meningkatkan keharmonian, kesejahteraan dan
keselesaan hidup masyarakat.
Yang Berhormat Mengkibol telah membangkitkan isu pemberian tong sampah
percuma yang bersaiz 120 liter yang telah diedarkan di kawasan Taman Seri Maharani,
Muar. Sebenarnya ianya adalah milik SWM yang diberi secara percuma kepada
penduduk. Ianya bertujuan mengkaji kesesuaian dan penggunaan kemudahan
domestik isi rumah. Pemilihan taman perumahan itu pula disebabkan ia merupakan
taman contoh yang paling aktif dalam aktiviti keselamatan sosial dan kitar semula.
527
Kemudahan tong sampah beroda ini adalah merupakan langkan jangka panjang
yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi menyeragamkan kemudahan asas
pengurusan sisa pepejal di setiap premis rumah dan perniagaan di negara ini. Pada
masa akan datang, kemudahan ini akan dinikmati oleh setiap pemilik premis
pembayar cukai setelah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
dilaksanakan sepenuhnya nanti mulai 1 September yang telah pun Kerajaan Pusat
akhirnya umumkan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Pengkalan Rinting membangkitkan
tahap kebersihan di bandar raya perlu dipertingkatkan. Bandaraya telah mengambil
tindakan yang proaktif bagi mempertingkatkan tahap kebersihan di sekitar
kawasannya. Antara langkah-langkah yang diambil seperti melancarkan kempen
kebersihan yang dinamakan Kempen Abadi, yang dilancarkan pada 20 Mei yang lalu.
Ia bertujuan mewujudkan persekitaran bandar raya yang lebih sempurna. Kempen ini
memberikan penekanan kepada kawasan-kawasan meliputi kawasan premis
perniagaan di pusat bandar seperti di Jalan Wong Ah Fook, Jalan Segget, Jalan Trus
dan lain-lain kawasan perumahan, taman awam, taman pembinaan kemudahan
awam, sungai dan laut, kawasan perindustrian pusat membeli belah, papan iklan dan
poster. Bandaraya juga akan melantik beberapa kontraktor sokongan tambahan
sebagai menambah tiga kontraktor pelupusan sampah sedia ada dan 3 kontraktor
sokongan pembersihan awam apabila ianya dilaksanakan kelak dalam masa terdekat
ini. Setiap satu atau dua zon Ahli Majlis akan dibantu satu kontraktor sokongan yang
akan dapat melengkapi kerja-kerja dijalankan oleh SWM meliputi kerja-kerja
pembersihan am dan pelupusan sampah, barang-barang terpakai. Pelupusan
cantasan landskap oleh penduduk, membersih poster, iklan tanpa lesen dan
membersih papan tanda pandu arah di kawasan perumahan serta kerja-kerja
penghapusan tikus, nyamuk dan lain-lain serangga yang menimbulkan kacau ganggu
kepada penduduk adalah merupakan fokus yang harus diberikan oleh pihak
Bandaraya.
Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh ADUN yang sama iaitu kompleks
perdagangan dan pejabat yang terletak di atas Lot 1197, 1199 dan 1201 Jalan Wong
Ah Fook. Projek ini telah terbengkalai pada tahun 1999 lagi dan pembinaannya telah
terhenti sehingga tempat letak kereta aras bawah tanah. Pemaju asal pembangunan
ini iaitu Tetuan Wisma Matex Sendirian Berhad. Projek ini telah diambil alih oleh satu lagi
syarikat yang baru dan kini pemaju baru dalam proses membuat pindaan ke atas
pelan kelulusan Kebenaran Merancang. Pihak Majlis amat prihatin terhadap projek
terbengkalai terbiar dan telah mengambil usaha mewujudkan Jawatankuasa Projek
Terbengkalai Dan Terbiar bagi membincangkan isu dan permasalahan serta mencari
jalan penyelesaian. Dan antara peranan utama Jawatankuasa ini ialah memberi
tumpuan kepada aspek keselamatan, kacau ganggu serta kebersihan selaras dengan
peruntukan Akta 133 agar pihak pemaju ataupun penanggung tidak mengabaikan
tanggungjawab terhadap permasalahan yang timbul terutamanya yang melibatkan
keselamatan awam. Pada Mesyuarat Projek Terbengkalai dan Terbiar di kawasan
banda raya yang telah diadakan pada 28 Disember tahun lepas, pihak Majlis telah
memaklumkan kepada wakil pemaju baru tersebut agar membaiki ruang-ruang yang
boleh dimasuki air terutama di bahagian basement agar tidak menjadi tempat
pembiakan nyamuk serta tidak dijadikan tempat persembunyian penagih dadah.
Yang Berhormat Datuk Speaker, izinkan saya untuk berpindah kepada isu-isu di bawah
JKR. Pertamanya, yang dibangkitkan oleh ADUN Skudai berhubung dengan
528
kelewatan pembinaan persimpangan bertingkat Senai iaitu lewat setahun, sepatut
siap pada 28 Disember 2010. Puncanya antaranya ialah:
1. Kelewatan proses pengambilan balik tanah itu sendiri.
2. Kawasan pembinaan terhad, kerja-kerja terpaksa dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat.
3. Kelewatan mendapat ulasan dan kelulusan bagi kerja-kerja pengalihan saluran
utiliti seperti kabel elektrik, kabel telekom dan paip air. Projek ini dijangka siap pada
27 Disember, sasarannya adalah pada Disember tahun ini .
ADUN Permas membangkitkan mengenai had berat bagi Jambatan Permas Jaya
yang ditandakan 8 tan adalah untuk mengawal kenderaan supaya tidak melalui
Kampung Bakar Batu yang mana jalan di kawasan tersebut adalah sempit dan
bengkang-bengkok. Had berat sebenar jambatan tersebut adalah mengikut reka
bentuk yang ditetapkan oleh JKR iaitu 8 tan setiap gandar (per axle) dengan izin, 8 tan
per axle. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jambatan Permas Jaya sedia ada
sebenarnya boleh dilalui kenderaan berat yang mempunyai had muatan melebihi 8
tan. Jambatan ini boleh dilalui oleh kenderaan berat yang mempunyai had muatan
45 tan bergantung kepada jumlah gandar kenderaan tersebut. Apabila projek
membina jalan dan jambatan di Pasir Gudang ke Bakar Batu siap dilaksanakan,
kenderaan berat akan dibenarkan melalui jambatan tersebut bagi mengurangkan
kesesakan lalu lintas di Lebuh raya Pasir Gudang.
Merujuk kepada masalah yang dibangkitkan oleh ADUN Parit Yaani berkenaan kerja
menaik taraf kerja di Jalan Bindu di Batu Pahat sepanjang 2.5 kilometer telah ada
dalam perancangan JKR, di mana kerja-kerja naik taraf jalan akan dibuat setelah
proses PBT siap dilaksanakan kerana sebahagian besar rizab jalan di kawasan tersebut
sangat kecil iaitu lebih kurang 30 kaki sahaja iaitu lebih kurang 10 meter. Mengenai
selekoh dan persimpangan merbahaya di Jalan Yong Peng – Parit Yaani pula, perkara
ini akan dimohon semula di bawah 3rd Rolling Plan 2011, dengan izin.
Dan mengenai isu yang dibangkitkan oleh ADUN Penawar, mengenai pembinaan
persimpangan di kawasan Tanjung Buai, Teluk Sengat di Lebuhraya Senai – Desaru
akan dilaksanakan oleh pemaju yang berkenaan iaitu Boostead, di mana kelulusan
telah diberikan oleh LLM untuk pembinaan tersebut.
Bagi isu yang dibangkitkan oleh ADUN Penggaram pula, berkenaan dengan
kesesakan lalu lintas di Pekan Bukit Pasir di Jalan Tongkang Pechah akan cuba diatasi
oleh JKR dengan menjalankan kerja-kerja pelebaran jalan kawasan tersebut. Bagi
tahun ini, sejumlah RM200,000.00 diperuntukkan untuk mengatasi masalah ini. Kerja-
kerja pelebaran jalan bermula pada bulan Ogos tahun ini di kawasan tidak melibatkan
pengambilan balik tanah. Memandangkan peruntukan terhad, projek menaik taraf
jalan ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat selama 3 tahun menggunakan
peruntukan penyelenggaraan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kawasan Kahang, ADUN Kahang meminta kerja-kerja
Jalan Kluang – Mersing di naik taraf kerana tidak lurus. Untuk makluman, projek ini telah
dipohon di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 tapi tidak diluluskan. Ianya akan
dimohon semula oleh JKR di bawah 3rd Rolling Plan pada 2013.
529
Menyentuh perkara yang dibangkitkan ADUN Kemelah berhubung dengan projek
jalan dari FELDA Redong ke FELDA Selanchar di Pahang masih belum dapat diteruskan
kerana menunggu kelulusan memasuki rizab hutan simpan Labis. Kemajuan kerja di
tapak ialah 47.3% berbanding 87.8% iaitu lewat 278 hari. Permohonan lanjutan masa
ke-2 telah dipohon selama 205 hari hingga 5 April 2012.
Berhubung dengan status naik taraf Jalan Kampung Melayu Raya pula, projek ini telah
dipohon di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 Kementerian Luar Bandar dan Wilayah
di mana dalam Rolling Plan yang pertama tidak diluluskan dan dipohon semula di
bawah Rolling Plan yang kedua dan kini menunggu kelulusan keputusan yang dijangka
dapat diketahui pada bulan September ini. Untuk makluman, JKR akan melaksanakan
kerja-kerja melebar sebahagian Jalan Kampung Melayu Raya sepanjang 1.5 kilometer
bermula dari landasan kereta api. Kerja-kerja dijangka bermula bulan Julai ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Pekan Nanas
mengenai pembinaan jejantas di Pekan Nanas, ianya telah dimohon di bawah
Program Keselamatan Jalan tetapi masih juga belum diluluskan. Projek ini juga telah
dipohon di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. Seterusnya berkenaan jambatan
sempit di Kampung Sri Gunung Pulai sedang diambil tindakan di mana pada masa
sekarang reka bentuk sedang dibuat dan kerja-kerja pelebaran jalan dijangka bermula
pada awal tahun 2012 dan bagi projek naik taraf jalan masuk ke Kampung Melayu
Bukit Panjang, projek ini akan dipohon di bawah Program Jalan Perhubungan Desa
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Yang Berhormat Datuk Speaker, ADUN Benut telah membangkitkan mengenai
pembinaan jambatan dari Tanjung Pelepas ke Tanjung Bin di Kukup. Projek ini telah
dipohon di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 tetapi belum juga mendapat
kelulusannya. Ia akan dimohon semula di bawah 3rd Rolling Plan pada 2013 dan untuk
mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di persimpangan Jalan Kampung Ulu Pulai –
Jalan Ulu Choh yang menjadi jalan pintas pengguna jalan raya dari Gelang Patah ke
Pontian akan diambil tindakan sewajarnya di mana JKR telah memperuntukkan
sebanyak RM200,000.00 bagi kerja-kerja pemasangan lampu isyarat di persimpangan
tersebut. Kerja-kerja dijangka bermula pada pertengahan Julai 2011.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, untuk jangka masa panjang pihak JKR telah
memohon peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 untuk membina jalan
sambungan dari Second Link ke Pekan Nenas yang dikenali sebagai Pontian Link dan
naik taraf laluan FT005 dari Skudai ke Ulu Choh kepada 6 lorong tetapi juga masih
belum diluluskan. Ianya akan dipohon semula di bawah 3rd Rolling Plan pada tahun
2013.
Menyentuh kepada perkara yang dibangkitkan Yang Berhormat Datuk Speaker, oleh
ADUN Jementah mengenai permohonan pemasangan lampu isyarat di persimpangan
Pekan Jementah – Kampung Bukit Keledang yang kerap berlaku kemalangan maut di
mana 6 orang telah meninggal dunia dalam tempoh setahun. Permohonan ini akan
dimajukan kepada ibu pejabat JKR Malaysia pada bulan Julai 2011 supaya kerja-kerja
naik taraf persimpangan dan pemasangan lampu isyarat dapat didahulukan
sementara menunggu kerja-kerja nak taraf dari Segamat ke Jementah kepada 4
lorong dilaksanakan.
530
Yang Berhormat Datuk Speaker, berkaitan permohonan yang dibuat oleh ADUN
Tenang supaya jalan dari Pekan Labis ke Kampung Tenang di naik taraf sedang dalam
tindakan JKR di mana projek pelebaran jalan di jalan-jalan ini yang sebenarnya telah
bermula pada bulan Oktober 2010 tetapi terpaksa diberhentikan disebabkan
terdapatnya AC Pipe 10 inci garis pusat yang berada di bawah bahu jalan di kawasan
yang hendak dilebarkan dan mudah pecah apabila kerja-kerja pemadatan
dijalankan. Kerja-kerja akan disambung semula apabila siap pihak SAJ melaksanakan
kerja-kerja pengalihan paip air di kawasan tersebut. Kelulusan telah diberikan oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara iaitu SPAN. Kerja-kerja pengalihan paip air
dijangka akan bermula pada bulan Mac 2012.
Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh ADUN Kemelah berkenaan projek
meluruskan jalan keluar masuk FELDA Kemelah ke jalan Persekutuan, JKR telah
melaksanakan kerja-kerja ukur dan reka bentuk bagi pembinaan jalan tersebut. Untuk
makluman, projek ini pada asalnya telah dipohon di bawah Program Keselamatan
Jalan tetapi tidak diluluskan. Projek ini telah dipohon semula di bawah Rancangan
Malaysia Ke-10 juga tak diluluskan, masih belum diluluskan. Ia akan dimasukkan semula
di bawah Rolling Plan yang ketiga pada 2013.
Yang Berhormat Datuk Speaker, berhubung perkara yang dibangkitkan oleh ADUN
Puteri Wangsa mengenai peruntukan RM50 juta yang telah diluluskan di bawah
Rancangan Malaysia Ke-10 belum nampak tanda-tanda hendak bermula katanya.
Untuk makluman, projek naik taraf Jalan Pasir Gudang sepanjang 32 kilometer telah
dipohon di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dengan anggaran kos sebanyak RM330
juta. Walau bagaimanapun, peruntukan yang telah diluluskan adalah hanya sebanyak
RM150 juta sahaja. Oleh yang demikian, satu jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu
Jawatankuasa Pengurusan Nilai. Jawatankuasa ini telah bersidang pada 25 Mei 2011
dan memutuskan projek ini dibahagikan kepada 3 fasa. Bagi Fasa Pertama, kerja-kerja
menaik taraf jalan akan bermula dari persimpangan Kangkar Tebrau hingga ke
persimpangan Bandar Seri Alam sepanjang 14 kilometer termasuk kerja-kerja menaik
taraf persimpangan bertingkat Plentong dan melebar 7 buah jambatan dari
persimpangan bertingkat Kangkar Tebrau hingga ke Pasir Gudang. Daripada jumlah
RM150 juta tersebut juga, sebanyak RM7 juta akan digunakan untuk menaik taraf
pembetung merentasi Jalan Pasir Gudang berhampiran Jalan Ros Merah, Taman Johor
Jaya yang kerap dilanda banjir kilat. Kerja-kerja pembinaan akan bermula pada
bulan September 2011 dan dijangka siap pada bulan Disember 2011. Pada masa ini,
pihak Jurutera Perunding yang dilantik sedang membuat kajian semula reka bentuk
berdasarkan siling peruntukan yang diluluskan dan keadaan jalan sedia ada. Projek ini
dijangka dapat dipanggil tender pada awal tahun 2012 dan kerja-kerja pembinaan
dijangka dapat dimulakan pada bulan Jun 2012. Kerja-kerja pembinaan akan
mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan. Untuk Fasa Kedua dan Ketiga
hanya akan dimulakan apabila projek Fasa Pertama siap.
Berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Pengkalan Rinting
mengenai masalah banjir kilat di Jalan Sungai Danga akan dapat diatasi dalam
tempoh terdekat di mana JKR akan melaksanakan kerja-kerja mengganti longkang
sedia ada yang cetek di jalan tersebut bagi mengalirkan air larian terus ke sungai
berhampiran. Kerja-kerja dijangka bermula pada akhir bulan Julai dan dijangka siap
pada akhir bulan Ogos ini. JKR juga akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas
kebersihan Jalan-Jalan Negeri dan Persekutuan di seluruh Negeri Johor dengan
melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan sebaik mungkin dengan
531
memastikan rumput rampai sepanjang jalan sentiasa pendek, sampah sarap
dibersihkan, longkang-longkang tepi jalan dibersihkan mengikut jadual dan tiada
lubang di atas permukaan jalan. Oleh kerana penyelenggaraan-penyelenggaraan
untuk pembersihan dilaksanakan oleh pihak konsesi iaitu Syarikat Selia Senggara hanya
sebulan sekali, maka sebarang kekurangan yang timbul akan ditampung oleh PBT,
Yang Berhormat Datuk Speaker.
Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan
perbahasan ini, saya mohon maaf sekiranya ada perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-
Ahli Yang Berhormat dalam perbahasan tidak dijawab pada sesi penggulungan kali ini,
ianya akan dijawab secara bertulis. Sekian, wabillahi taufik walhidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-Ahli
Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 5 Julai 2011 jam 9.30
pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 5.25 petang.
532
PENYATA RASMI
MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL
PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12
HARI KETUJUH SELASA, 05 JULAI 2011 BIL. 14 TAHUN 12
HADIR
Y.B. Dato’ Speaker,
Dato’ Haji Mohd. Ali bin Hassan,
DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Johor,
Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, DK., SPMJ., PIS.
(Serom);
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,
Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor.
Datuk Haji Ahmad Zahri bin Jamil, PJN., PIS.
(Sri Medan)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan
Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Johor.
Dr. Hajah Robia binti Dato’ Haji Kosai
(Sungai Balang)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.
Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, SPMJ., KMN., PIS.
(Endau)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.
Encik Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PIS.
(Bekok)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor.
Datuk Haji Ab. Aziz bin Kaprawi, PJN., PIS., AMN.
(Parit Raja)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor.
Puan Asiah binti Md. Ariff, AMN.
(Johor Lama)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan
dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, Johor.
Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.
(Tiram)
533
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,
Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Johor.
Encik M. Asojan a/l Muniyandy, AMN.
(Gambir)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Johor.
Encik Hoo Seong Chang, PIS.
(Paloh)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Johor.
Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday
(Mahkota)
Y.B. Datuk Haji Othman bin Jais, PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN.
(Buloh Kasap)
Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.
(Panti)
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah, PJN., PIS., AMN.
(Tanjong Surat)
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat, JP., KMN., PIS., AMN., PPN.
(Bukit Serampang)
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, DSNS., AMN., PIS.
(Kempas)
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman, PJN., KMN., PIS., JP.
(Machap)
Y.B. Datuk Ng See Tiong, PJN., JP., KMN., AMN., PIS., PK.
(Parit Yaani)
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman, DSNS., KMN., AMN.
(Puteri Wangsa)
Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin, DMSM., DSM., BCM., PIS., PPN.
(Semerah)
Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin, AMN., KMN., PIS., PPA., PSSB.
(Layang-Layang)
Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., PPN., AMN.
(Kemelah)
Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.
(Semarang)
534
Y.B. Datuk Haji Abdullah @ Md. Khalid bin Md. Ali, DMSM., PIS., AMN.
(Bukit Naning)
Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee, DPSM.
(Jementah)
Y.B. Encik Cheong Chin Liang,
(Bukit Batu)
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong, DMSM.
(Pulai Sebatang)
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, DMSM., KMN., AMN.
(Nusajaya)
Y.B. Datuk Koh Chee Chai, PJN., PIS.
(Penggaram)
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.
(Rengit)
Y.B. Encik Tan Cher Puk, AMN.
(Johor Jaya)
Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba, DMSM.
(Pasir Raja)
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad, PGDK., PIS., KMN., AMN.
(Benut)
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu, PJN., PIS., BSI., KMN., AMN., PPN.
(Permas)
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor,
(Penawar)
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan,
(Kahang)
Y.B. Encik Tang Nai Soon,
(Pekan Nenas)
Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PMW.
(Jorak)
Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof, DMSM., DSM.
(Kukup)
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali,
(Bukit Permai)
535
Y.B. Encik Goh Tee Tee, PIS.
(Tangkak)
Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain,
(Sedili)
Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim, PPN.
(Senggarang)
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan, PIS., AMN.
(Tenggaroh)
Y.B. Encik Chia Song Cheng,
(Pe ngkalan Rinting)
Y.B. Encik Mok Chek Hou,
(Stulang)
Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim
(Tenang)
Y.B. Encik Ong Kow Meng,
(Senai)
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh,
(Sungai Abong)
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang,
(Bentayan)
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau,
(Skudai)
Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim
(Maharani)
Y.B. Encik Ng Lam Hua,
(Mengkibol)
TURUT HADIR
(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
NEGERI JOHOR)
Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor,
Tuan Haji Obet bin Tawil, PIS.
Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor,
Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, DMSM., DSM.
536
Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor,
Tuan Haji Marsan bin Kassim
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
Y.B. Puan Lim Kee Moi, PIS.
(Yong Peng)
Y.B. Encik Lau Chin Hoon,
(Pemanis)
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru, KMN., AMN., PIS.
(Tanjung Puteri)
537
Persidangan bermula pada jam 9:35 pagi.
Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.
DOA.
(Jurutulis baca doa).
Y.B. Dato’ Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan
diucapkan selamat pagi, salam sejahtera, Ahli-Ahli Yang Berhormat Persidangan
diteruskan.
Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN MENJUNJUNG KASIH KEPADA
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan disambung sekarang. Yang
Amat Berhormat Dato’ jemput.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya untuk merujuk
kepada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat sempena
dengan perbahasan yang telah berlangsung sempena dengan ucapan menjunjung
kasih di atas titah Tuanku tempoh hari. Di antaranya Dato’ Speaker ialah perkara yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Jorak. Berkaitan dengan hak milik tanah
yang ada di sepanjang lebuh raya di Negeri Johor ini.
Untuk makluman, terdapat 9 hak milik yang digunakan untuk kawasan komersial di
Lebuh Raya di Negeri Johor dan Ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa lebuh
raya itu sendiri adalah merupakan rizab jalan, sementara itu pula tanah-tanah yang
telah pun dikenal pasti di mana hak miliknya telah pun diserahkan kepada pihak KPTG.
Terdapat seperti yang saya katakan tadi 9, hak milik yang digunakan untuk tujuan
komersial seperti kegunaan yang ada di pusat R&R rawat dan rehat dan tapak stesen
minyak. Dan, mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Fasal 83 yang menyatakan
bahawa tanah-tanah yang diberi milik kepada Kerajaan Persekutuan atas nama KPTG
hendaklah begitu rupa supaya tidak ada sekatan penggunaan kategori tanah.
Walaupun begitu Yang Berhormat Dato’ Speaker, perkara yang dibangkitkan oleh
Yang Berhormat boleh diambil langkah susulan di mana kerajaan sedang pun
menimbangkan supaya 9 hak milik itu dimasukkan dalam kategori-kategori sama ada
kategori-kategori yang berasingan sama ada dalam bentuk komersial ataupun binaan
ataupun seperti pam minyak dan juga tapak hotel yang ada di Lebuh Raya kerana
Ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa cukai yang boleh dikenakan terhadap
kategori yang berbeza ini adalah berbeza, oleh itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker,
langkah sedang pun diambil untuk mengasingkan di antara kegunaan hak milik ini
supaya Kerajaan Negeri mendapat pulangan cukai yang lebih baik lagi daripada hak
milik, hak milik yang ada di lebuh raya di sepanjang Negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Kukup membangkitkan
perkara yang berkaitan dengan soal hasil bumi sama ada dalam bentuk kayu-kayuan
dan juga pasir seperti Pasir Silika khususnya yang mana Yang Berhormat menyebut
perlu dipantau pengeluarannya supaya mendapat pulangan yang paling optimum
538
dan langkah-langkah bagaimana untuk membuat pemantauan terhadap
pengeluaran hasil mahsul kayu-kayuan dan juga pasir-pasir dan Pasir Silika khususnya.
Izinkan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker untuk menerangkan dalam dewan ini
proses dan prosedur untuk memastikan bahawa Kerajaan Negeri mendapat pulangan
yang optimum sempena dengan pengeluaran daripada hasil mahsul tersebut. Untuk
makluman, di Negeri Johor ini kita ada 3 kategori untuk kayu-kayuan.
1. Daripada sumber hutan simpanan kekal.
2. Kayu daripada tanah kerajaan.
3. Kayu yang boleh dikeluarkan daripada tanah yang bermilik dan pengeluaran
kayu-kayuan tersebut memberikan pulangan kepada Kerajaan Negeri melalui
bayaran-bayaran utama seperti berikut:-
i. Premium. Di mana barang yang dikenakan ke atas kayu-kayuan
daripada kawasan hutan simpanan kekal dan tanah kerajaan
berdasarkan kepada harga pasaran semasa mengikut spesies dan juga
jenis kayu-kayu. Ataupun Yang Berhormat Dato’ Speaker melalui harga
tender terbuka yang ditawarkan kepada pembida tender bagi kawasan
pembalakan pengusaha hasilan yang dikeluarkan secara tawaran
tender. Jadi tawaran tender ini bukanlah asing sangat di Negeri Johor ini
Dato’ Speaker, kerana ada pihak mengatakan ianya tender terbuka
dibuat di negeri, satu negeri sahaja. Kita dah mengamalkan open
tender ini dah lama Dato’ Speaker, sejak 20 tahun lagi di Negeri Johor ini,
untuk kayu daripada kawasan-kawasan hutan yang saya sebutkan tadi.
ii. Dalam bentuk Royalti dan Ses iaitu barang yang dikenakan ke atas
kayu-kayuan berdasarkan kepada spesies dan isi padu kadar bayaran
adalah sebagaimana ditetapkan dalam kaedah-kaedah hutan 1987,
Enakmen Perhutanan Negara pemakaiannya 1985. Bagi pembalakan
dan pengusaha hasilan daripada hutan simpanan kekal, kayu-kayuan
yang hendak dikeluarkan dikenal pasti, lepas itu di tanda terlebih dahulu
melalui pelaksanaan sistem apa yang dipanggil dengan izin timber
tagging. Di bawah sistem ini, pokok-pokok yang akan ditebang di tanda
dan diberikan nombor siri pengenalan. Maklumat spesies, saiz, dan
anggaran isi padu setiap pokok yang di tanda direkodkan bagi kawalan
pengeluaran di Balai Pemeriksaan Hutan ketika kayu-kayu ini
dikeluarkan.
Bagi pembalakan dan pengusaha hasilan dalam kawasan tanah kerajaan dan tanah
bermilik pula, Jabatan Perhutanan akan menjalankan bancian bagi menentukan
anggaran ataupun jumlah isi padu kayu-kayuan yang boleh dikeluarkan daripada
kawasan tersebut. Semua kayu-kayan yang dikeluarkan perlu melalui pemeriksaan di
Balai Pemeriksaan Hutan Jabatan Perhutanan Negeri di mana ia akan disukat ukur oleh
Pegawai Balai Pemeriksaan Hutan untuk tujuan kiraan hasil hutan yang perlu dibayar
iaitu Royalti dan Ses bagi setiap kayu-kayan yang dikeluarkan dan setiap kayu-kayan
yang disukat ukur direkodkan dalam Pas Memindah Hasil Hutan yang dikeluarkan
kepada pengendali jentera pengangkutan yang membawa kayu-kayan tersebut ke
kilang ataupun industri pemprosesan. Pas Memindah Hasil Hutan yang dikeluarkan oleh
Pegawai Balai Pemeriksaan Hutan akan merekodkan jumlah bayaran Royalti dan Ses
yang telah dibayar bagi setiap kayu-kayan yang dikeluarkan. Transaksi kutipan hasil
539
Royalti dan Ses di Balai Pemeriksaan Hutan tidak melibatkan urusan pembayaran tunai
di mana ia dikendalikan melalui akaun lejer. Keadaan ini membolehkan pihak jabatan
memantau dan mengawal transaksi kutipan hasil dijalankan bagi mengelakkan
sebarang ketirisan dan kerugian kepada Kerajaan Negeri ke atas kutipan yang dibuat.
Sementara itu pembalakan pengusaha hasilan di kawasan Hutan Simpan Kekal adalah
dilaksanakan melalui Sistem Pengurusan Memilih ataupun dengan izin Selective
Management System di bawah konsep pengurusan hutan secara berkekalan
Sustainable Forest Management dengan izin. Di bawah sistem pengurusan memilih ini
iaitu Selective Management System, ia melibatkan 3 peringkat operasi.
1. Sebelum pengusaha hasilan, melibatkan pelaksanaan aktiviti penandaan
sempadan. Kemudian diikuti dengan inventori hutan sebelum tebangan. (Pre F)
dipanggil. Seterusnya penandaan pokok secara Timber Tagging. Kemudian diikut
dengan penandaan jajaran jalan hutan.
2. Semasa pengusaha hasilan yang melibatkan pelaksanaan aktiviti pembinaan
jajaran jalan, hutan dan infrastruktur pembalakan, pelaksanaan pengusaha hasilan
melalui System Reduce Impacts Logging dengan izin, kutipan hasil hutan di Balai
Pemeriksaan Hutan dan penyediaan Laporan Penutup Pengusahasilan.
3. Selepas pengusahasilan melibatkan pelaksanaan aktiviti Inventori Hutan Selepas
Tebangan ataupun Post-F, rawatan silvikultur (Tanaman Mengaya, Pemotongan
Akar Pepanjat).
Yang Berhormat Dato’ Speaker, semua urutan operasi yang dilaksanakan adalah
dipantau melalui pensijilan pengurusan hutan iaitu satu sistem penilaian bebas untuk
mengesahkan bahawa amalan-amalan pengurusan hutan bagi sesuatu unit
pengurusan hutan memenuhi piawaian tertentu meliputi aspek ekonomi, alam sekitar
dan sosial. Sijil yang dikeluarkan memberi jaminan bahawa kawasan hutan simpan
kekal dalam apa yang dipanggil FMU iaitu Forest Management Unit dengan izin,
diuruskan secara berkekalan berasaskan kepada keperluan kriteria dan petunjuk
secara tertentu dan kayu-kayan diusahasilkan adalah dengan cara yang sah mengikut
kehendak perundangan. Piawaian yang digunakan oleh penilaian bebas itu adalah
mengikut kriteria dan petunjuk untuk Pensijilan Pengurusan Hutan di Malaysia. Jabatan
Perhutanan Negeri telah sebenarnya dianugerahkan sijil tersebut mulai 1 April 2010 iaitu
Sijil MC&1 (2002) yang mengiktiraf semua aktiviti pengurusan hutan di Negeri Johor,
termasuk kutipan hasil adalah dilaksanakan mengikut peraturannya dan piawaian
yang telah pun ditetapkan.
Di samping itu, komponen kedua pensijilan kayu ialah Pensijilan Rantaian Jagaan
ataupun Pensijilan Produk atau dengan izin (chain of custody certification or product
certification) iaitu sistem penilaian bebas untuk mengesahkan bahawa produk kayu
berkenaan, adalah daripada kayu yang dihasilkan daripada kawasan hutan yang
telah diperakukan amalan pengurusan hutannya. Proses pengesahan untuk pensijilan
rantaian jagaan ini dilakukan dengan cara menjejaki laluan produk kayu di sepanjang
proses pengeluarannya, bermula dengan pemindahan kayu daripada hutan ke
aktiviti pemprosesan di kilang dan seterusnya pengedaran produk kepada pihak
pengguna. Sijil yang dikeluarkan memberi jaminan kepada pembeli bahawa produk
kayu yang dibekalkan oleh syarikat berkenaan berasal daripada Forest Management
Unit yang diberikan pensijilan.
540
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Jabatan Perhutanan Negeri dari semasa ke semasa
menjalankan pemantauan bagi memastikan tiada pencerobohan kawasan berhutan
terutamanya Kawasan Hutan Simpan Kekal daripada sebarang aktiviti pembalakan
haram, terokaan tanah hutan dan sebagainya. Selain daripada pemantauan melalui
rondaan-rondaan lapangan, sekatan-sekatan jalan raya dan pemeriksaan di industri-
industri berasaskan kayu, Jabatan Perhutanan Negeri juga menggunakan teknologi
moden dalam memantau sebarang aktiviti perhutanan. Di antaranya, Yang
Berhormat Dato’ Speaker ialah:
1. Forest Monitoring, menggunakan Remote Sensing. Sistem ini berfungsi untuk
memantau aktiviti hutan secara makro dan mikro dengan cepat dan efisien,
dengan menggunakan imej satelit beresolusi tinggi dan terkini. Ia dibangunkan
secara bersama oleh Agensi Remote Sensing Malaysia dan Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia.
2. Radio Frequency/Identification, kerana sistem ini menggunakan gelombang radio
dalam melaksanakan pemindahan data dan maklumat. Ia telah dibangunkan
oleh Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia bersama dengan vendor yang
berpengalaman, bagi memantau dan menjejaki perjalanan kayu-kayan yang
dikeluarkan daripada kawasan hutan simpan. Sistem ini dalam proses pengujian di
kawasan berhutan di Negeri Sembilan dan juga Jabatan Perhutanan Johor akan
menggunakan sistem ini setelah pengujian siap sepenuhnya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya saya merujuk kepada hasil bumi yang
melibatkan batu-batuan, pasir dan pasir silika. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada
13 Januari 1982 telah bersetuju bahawa bahan batuan yang dibenarkan untuk
dieksport hanyalah tidak melebihi 50% daripada pengeluaran bulanan manakala baki
50% daripadanya hendaklah digunakan bagi perusahaan-perusahaan tempatan.
Bagaimanapun, kerajaan telah membuat keputusan tidak membenarkan pasir
dieksport ke luar negara.
Oleh itu, bagi bahan-bahan batuan yang dibenarkan untuk dieksport, pemohon
dikehendaki mengemukakan permohonan untuk kebenaran dan kuota eksport
kepada Pengarah Tanah dan Galian Johor melalui Pentadbir Tanah Daerah yang
berkenaan untuk mendapat kelulusan iaitu bukan pasir tetapi pasir silika sebagai
contoh dan batu-batuan. Maka setiap permohonan kebenaran eksport silika, pasir
silika ataupun batu-batuan akan dirujuk kepada Jabatan Mineral dan Geosains, Johor
untuk mendapatkan jumlah kapasiti pengeluaran bulanan bahan tersebut.
Setiap bahan batuan yang diluluskan untuk pengeksportan akan dikenakan bayaran
royalti eksport sebagai hasil negeri iaitu lima kali ganda daripada bayaran royalti
tempatan. Tatacara pengiraan kadar royalti adalah bergantung sepenuhnya kepada
muatan saiz setiap pengangkutan yang digunakan serta resit timbangan pesanan
yang di kemukakan oleh pengusaha.
Setiap pengeluaran eksport yang menggunakan jalan darat melalui Kompleks Kastam
Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru dan Kompleks Kastam Sultan Abu Bakar di
Tanjung Kupang serta pelabuhan ataupun jeti persendirian akan dipantau oleh Unit
Kawalan Eksport Pejabat Tanah dan Galian Johor. Kerajaan Negeri juga telah
menubuhkan satu Jawatankuasa Penguatkuasaan Bersepadu bersama-sama agensi
541
penguatkuasaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Marin, Jabatan Laut
dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, bagi memantau pergerakan bahan
batuan bagi mengekang aktiviti penyeludupan pasir ke negara lain.
Kerajaan Negeri juga peka dan sentiasa mengkaji dan melakukan penambahbaikan
bagi merealisasikan tatacara pungutan hasil royalti dan pemantauan eksport yang
lebih berkesan. Pada masa sekarang, kerajaan dalam tindakan untuk menyediakan
sistem inventori yang dipanggil E-PASS dan E-CUMIS dan seterusnya akan membuat
perancangan untuk menggunakan peralatan yang berteknologi tinggi termasuk
kamera litar tertutup dan jambatan timbang (weight bridge) yang memerlukan
peruntukan yang agak besar untuk tujuan tersebut yang agak berhampiran dengan
Pusat Kastam.
Pada masa sekarang, Yang Berhormat Dato’ Speaker, pihak Kerajaan Negeri
mendapat kerjasama daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mengguna
pakai satu-satunya jambatan timbang yang sedia ada di Kompleks Kastam Bangunan
Sultan Iskandar, Johor Bahru bagi memantau semua pergerakan eksport ke luar
negara. Walau bagaimanapun, jambatan timbang tersebut tidak berkemampuan
untuk membuat timbangan bagi semua lori yang agak dianggarkan 700 hingga 800
buah lori sehari yang melalui Kastam, Pusat Kastam tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, itu di antara langkah-langkah yang dibuat dan proses
dan prosedur yang dibuat untuk memastikan bahawa hasil mahsul daripada hutan
dan juga daripada sumber-sumber pasir dan batu-batuan dapat pulangan yang
paling tinggi. Walaupun begitu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, baru-baru ini ada
laporan daripada sebuah akhbar yang mendakwa bahawa adanya penyeludupan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker seperti yang saya katakan tadi bahawa satu pasukan
penguatkuasaan bersepadu untuk mengesan penyeludupan pasir dibuat di antara
Pejabat Tanah daripada mana datangnya hasil sumber tadi yang bertanggungjawab
dari segi pengeluaran dan mengenal pasti sama ada jenis ataupun kuantiti. Dan
bersama-sama dengan Pihak Kastam Diraja Malaysia dan termasuk juga pihak Polis
Marin dan termasuk satu lagi agensi yang terbaru yang diwujudkan oleh Pihak
Kerajaan Persekutuan iaitu Jabatan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
untuk mengesan secara bersama kalau ada tanda-tanda ataupun amalan
penyeludupan pasir daripada Malaysia ke negara jiran.
Dan, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya percaya kalau negara jiran yang
dimaksudkan ialah Singapura, saya percaya pihak Singapura pun ada agensi dia
untuk mengesan sama ada, ada secara haram dan tidak halal yang masuk Singapura
termasuk pihak Polis Singapura sendiri yang sentiasa mengesan perairan mereka. Ada
ke pontun-pontun yang masuk secara haram membawa pasir secara haram ke
Singapura.
Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, bermaknalah kalau ada berlaku perkara ini,
maka sama ada semua agensi ini lalai, leka ataupun tak mampu untuk membuat
penguatkuasaan termasuk pihak Singapura sekalipun yang agak rela dan sudi untuk
menerima jualan pasir secara haram daripada Malaysia, maka ini satu seolah macam
ada satu pakatan bersama di antara semua agensi untuk merelakan ini berlaku.
542
Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita mengalu-alukan apa yang dilaporkan surat
khabar yang berkenaan bahawa SPRM dah masuk untuk membuat siasatan. Jadi,
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita kalau pihak yang melaporkan ada bukti, kita
mengalu-alukanlah supaya mereka berikan bukti kepada SPRM tentang perkara ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat daripada Kempas membangkitkan
tentang bangunan KOMTAR yang mana ubahsuai agak begitu lama tempoh
pelaksanaannya. Untuk makluman, bahawa memang benar perancangan awal,
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Johor Corporation bercadang untuk melaksanakan
kerja-kerja ubahan tambahan ke atas Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di mana
projek tersebut bermula pada tahun 2007.
Walaupun begitu, memandangkan pembangunan yang berlaku dalam kawasan
Iskandar ini lebih lagi apa yang berlaku di Jalan KOMTAR ini dan apatah lagi dengan
rancangan kerajaan untuk membuat satu melaksanakan Pelan Tindakan Transformasi
Johor Bahru Central ini, Yang Berhormat Dato’ Speaker, maka pihak Johor Corporation
telah pun mengubah perancangan ubah tambahan dirombak di mana keputusan
diambil untuk pembangunan semula KOMTAR. Kemudian dihalusi perubahan
rancangan tersebut, dan pihak MBJB telah pun menerima cadangan pada Ogos
tahun lalu. Maka, kerja-kerja di peringkat substruktur telah pun dimulakan tahun lalu
dan ianya siap untuk tahun ini dan disusuli dengan kerja-kerja superstructure yang
dijangka siap pada tahun 2013, di mana Yang Berhormat Dato’ Speaker, KOMTAR
yang dibangunkan semula ini nanti agak lebih tersergam dengan ruang niaga seluas
kira-kira 400,000 kaki persegi dan mempunyai ciri-ciri yang agak ikonik yang boleh kita
banggakan dan yang memberi ruang dan peluang kepada peniaga-peniaga untuk
berniaga di dalam kompleks yang agak lebih selesa.
Jadi, untuk makluman Dewan yang mulia ini, oleh kerana KOMTAR ini terletak juga di
hadapan Sungai Segget, bahawa kerajaan telah pun merumuskan satu Pelan
Tindakan untuk memulihkan semula Sungai Segget sepanjang Sungai Segget. Satu
untuk menaikkan taraf air daripada kategori 4 kepada kategori 2 yang agak lebih
bersih daripada sama ada rupanya ataupun kandungan airnya dan apabila air dapat
dibersihkan, maka ia juga dimuatkan dengan rancangan untuk pengindahan. Maka
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bermakna bahawa KOMTAR di antara bangunan
yang ada di hadapan Sungai Segget termasuk bangunan-bangunan lain, akan
melalui satu proses transformasi di sepanjang Sungai Segget khususnya di hadapan
termasuk juga di jalan, sepanjang Jalan Wong Ah Fook dan ini disusuli nanti dengan
transformasi di bahagian lain yang ada di Johor Bahru Sentral. Satu peruntukan
sebanyak RM180 juta telah diperuntukkan oleh Jabatan Perdana Menteri sempena
lawatan beliau ke JB Sentral tempoh hari untuk kita melaksanakan projek ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat daripada Skudai membangkitkan
cadangan untuk Commuter Network iaitu rangkaian kereta api komuter di Iskandar
Malaysia ini. Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah satu cadangan yang, yang
baik, yang mendapat sokongan yang kuat daripada pihak Kerajaan Negeri. Untuk
makluman Dewan yang mulia ini, bahawa cadangan ini adalah untuk menggunakan
landasan kereta api yang ada di tengah-tengah Iskandar Malaysia ini, sama ada
daripada utara ke selatan, daripada Kulai ke Johor Bahru Sentral ataupun kemudian
daripada Kempas ke Pasir Gudang dan Kempas ke Tanjung Pelepas. Ini adalah
landasan kereta api yang sedia ada. Maka commuter train ini akan menggunakan
landasan yang ada, yang menggunakan apa dipanggil kuasa elektrik untuk
543
menggerakkan commuter train ini. Dan kita dapati bahawa dia akan dapat sempena
dengan beberapa perhentian yang telah pun di kenal pasti dan di susuli pula,
ditambah dengan perkhidmatan bas yang boleh memudahkan penumpang untuk
sampai kepada perhentian commuter train ini di sepanjang laluan utara selatan dan
timur barat Iskandar ini. Kita percaya bahawa dia akan dapat membantu, akan dapat
meningkatkan lagi kemudahan pengangkutan awam, untuk masyarakat di Iskandar
Malaysia ini.
Sekarang saya ingin maklumkan bahawa commuter train ini dia tidak sampai ke
Singapura. Seperti yang telah pun diumumkan dalam satu kenyataan oleh Kerajaan
Malaysia dan Singapura minggu lalu, bahawa di jangkakan tahun 2018 nanti, akan
wujud satu perhubungan, apa di panggil RTS, “Rapid Transit System” antara Johor
Bahru, JB Sentral dengan satu station baru MRT, Singapura iaitu di Politeknik, Republic
Politeknik yang saya di maklumkan akan diberi nama Republic, MRT Republic Station.
Daripada Republic Station MRT Singapura di sambung ke Johor Bahru melalui satu
sistem transit yang pantas sampai ke Station Johor Bahru, selepas itu dia sampai ke
station utama untuk semenanjung iaitu di Kempas.
Sekarang ini Dato’ Speaker, pihak kedua negara sedang pun memilih consultant untuk
membuat kajian sama ada sistemnya ataupun rupa bentuknya RTS ini yang akan
dilaksanakan untuk operasi apabila tiba tahun 2018 nanti. Itu di antara rumusan pihak
Kerajaan Malaysia dan Singapura sempena dengan rumusan kepada POA, Perjanjian
POA yang telah pun dibuat lebih kurang 20 tahun yang lalu. Maka ditambah dengan
satu daripada persetujuan untuk terus menghubungkan antara dua negara ini, selain
daripada perhubungan yang ada dengan satu sistem RTS. Bermakna Dato’ Speaker,
RTS akan bersambung dengan MRT Singapura, maka RTS akan bersambung dengan
sama ada dengan commuter train di Iskandar Malaysia ini.
Yang Berhormat dari Mengkibol membangkitkan tentang soal bangunan yang
bertingkat-tingkat yang sepatutnya dikeluarkan strata title kepada tuan punya dalam
tempoh jual beli asal, di antara pemaju dan juga pembeli pertama. Di mana kita
dimaklumkan bahawa di pejabat Yang Berhormat sendiri yang telah pun 10 tahun
masih lagi belum ada title. Ingin saya maklumkan di sini Dato’ Speaker, di antara proses
yang diperlukan ialah sebenarnya tanggungjawab pemilik asal tanah bermilik untuk
mengemukakan permohonan bagi mendapatkan Hak Milik Strata sebagaimana yang
dinyatakan dalam Seksyen 7, Akta Hak Milik Strata 1985.
Permohonan hendaklah dikemukakan oleh pihak pemilik tanah, ke bahagian Hak Milik
Strata PTG Johor, dalam masa 6 bulan selepas Perjanjian Jual Beli ditandatangani,
ataupun 6 bulan dari tarikh Sijil Layak Menduduki (CFO) ataupun Sijil Siap Pematuhan
(CCC) dikeluarkan. Syarat tersebut adalah menuruti Seksyen 8 Akta.
Permohonan yang lengkap kemudiannya, perlulah dimajukan kepada bahagian Hak
Milik Strata PTG Johor untuk diproses. Proses mengeluarkan Hak Milik Strata adalah
mengambil masa selama 170 hari bekerja, sebagaimana Pekeliling Kemajuan
Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 1/2008. Sekiranya tiada permohonan
dilakukan, maka penguatkuasaan di bawah Seksyen 8 (7) Akta boleh dilakukan dan
jika sabit kesalahan denda tidak kurang daripada RM10,000.00 tetapi tidak lebih
daripada RM100,000.00 dan didenda selanjutnya tidak kurang daripada RM100,000.00
tetapi tidak lebih dari RM1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. Dan
bagi tujuan penguatkuasaan pembeli petak hendaklah memajukan aduan ke
544
bahagian Hak Milik Strata PTG Johor untuk pentadbiran dan mengambil tindakan
selanjutnya.
Merujuk kepada kes Yang Berhormat, di alamat No. 2-1B, Tingkat 1, Blok E, Johbase City
Square Kluang, masih belum dikeluarkan Hak Milik Strata kerana urusan cantuman
tanah baharu sahaja diselesaikan. Dan hak milik baru bagi dua lot yang dicantumkan
itu telah didaftarkan pada 12 Julai 2010. Tanah yang sekarang ini dipegang kepada
hak milik Pajakan Negeri 51957 Lot 10,000 adalah di atas nama Tetuan Johbase
Development Sdn. Bhd. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang berkenaan, pihak
pemaju kini dalam proses untuk melantik juruukur tanah berlesen yang baru bagi tujuan
mendapatkan Hak Milik Strata. Bermakna Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam hal ini
dalam tempoh 170 hari kerja untuk hak milik ini dikeluarkan, jika sekiranya semua syarat-
syarat itu dapat dipenuhi oleh pihak pemilik asal.
Yang Berhormat Dato Speaker, Yang Berhormat daripada Benut membangkitkan
perkara-perkara yang berkaitan tentang projek jalan-jalan, Yang Berhormat daripada
Kukup menyatakan bahawa pada pengamatan beliau, bahawa kerja-kerja
menaikkan taraf jalan-jalan, laluan-laluan di Selatan Johor ini rata-rata terberhenti di
sempadan Pontian. Mungkin pengamatan Yang Berhormat agak benar jugak, kerana
sama ada projek-projek menaik taraf ini banyak berlaku sebelum sempadan Pontian
dan seterusnya jugak sampai ke Timur Selatan Johor ini Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Walaupun begitu ingin saya maklumkan bahawa, sebenarnya dalam Rancangan
Malaysia Ke-9, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan jalan baru daripada
Pekan Nenas ke Tanjung Piai Fasa 1, sepanjang 18km. Di mana kerja-kerja sedang
berjalan dan kemajuan fizikal sekarang ialah pada paras 46% dan dijangka siap pada
pertengahan tahun depan dan bagi Fasa Ke-2 sepanjang 5km dimulakan dalam rulling
plan Ke-3 di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.
Sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin memaklumkan kepada Dewan
dan khususnya kepada Yang Berhormat daripada Benut, dalam Rancangan Malaysia
Ke-10 sebenarnya Kerajaan telah pun, Kerajaan Negeri telah pun memberikan
penekanan bahkan memberikan juga keutamaan untuk menaikkan taraf Jalan
Pontian Kecil ke Kukup kepada taraf R5. Kedua, membina jalan baru 4 lorong dua hala
daripada Persimpangan Pulai Link Kedua ke Pontian Kecil dan yang ketiga menaik
taraf Persimpangan Skudai ke Persimpangan Ulu Choh kepada 6 lorong 2 hala.
Walaupun begitu dia tidak dapat dimuatkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10.
Oleh itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita akan terus memberikan keutamaan untuk
tiga projek yang saya sebutkan tadi untuk mendapatkan peruntukan daripada
Kerajaan Persekutuan dalam tempoh Rancangan Malaysia seterusnya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat daripada Kempas membangkitkan
tentang adakah pihak IRDA memantau projek-projek baik pulih sungai-sungai dan
anak-anak sungai di Johor Bahru terutama sekali di Kempas seperti di Permatang,
Sungai Johor dan sebagainya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, IRDA dilantik sebagai
agensi pelaksana kepada projek-projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah
Rancangan Malaysia Ke-9. Salah satu daripada projek tersebut adalah projek
membina sistem saliran di Jalan Permatang dan sistem saliran sungai Taman Johor.
Projek ini telah pun disiapkan pada 31 Ogos 2006 dan dipantau secara khusus oleh
Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran.
545
Sebagai agensi pelaksana, pihak IRDA melaksanakan kerja-kerja yang termaktub
dalam kontrak yang telah dipersetujui oleh jabatan teknikal iaitu JPS. Semasa tempoh
tanggungjawab kecacatan ataupun defect liability period selama 12 bulan yang
berakhir Ogos 2010 yang lalu, penyelenggaraan in adalah di bawah tanggungan
pihak kontraktor yang telah dilantik. Dan pihak JPS melalui Ketua Pengarah telah
bersetuju secara dasarnya pada Januari 2011 bahawa segala projek pembersihan
sungai diambil alih oleh JPS melalui JPS Negeri, manakala projek saliran dalam bandar
akan diselenggarakan oleh Pihak Penguasa Tempatan yang berkaitan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat daripada Bukit Naning
membangkitkan tentang komposisi pemilikan hartanah di Kota Iskandar dan sekitarnya
sama ada seimbang ataupun tidak. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pembangunan di
Iskandar Malaysia sememangnya pemangkin kepada pembangunan dan kepesatan
yang ada di Selatan Johor. Dan ianya membawa kepada peningkatan tawaran
hartanah tidak hanya di kawasan-kawasan yang berhampiran Kota Iskandar malah
kepada kawasan-kawasan yang lain. Untuk makluman, bagi pemilikan asing antara
pendekatan yang diambil adalah dengan menetapkan harga minima bagi pemilikan
asing iaitu sebanyak RM500,000.00 ke atas. Dan penetapan kuota sama ada 20%
sehingga 50% bergantung kepada jenis hartanah yang ingin dimiliki. Dengan
penetapan kuota ini, komposisi pemilikan di kalangan warganegara bertaraf
Bumiputera dan pemilikan asing dapat di seimbangkan. Selain daripada itu, bagi
memastikan tanah-tanah pertanian tidak terlepas pemilikannya kepada mereka yang
bukan warganegara, Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa mereka yang
bukan warganya tidak boleh memiliki tanah pertanian kecuali jika ianya telah pun
diwarisi oleh mereka yang juga bukan warganegara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di peringkat IRDA, kita sudah pun menimbangkan
pendekatan untuk pemilikan hartanah yang agak lebih seimbang. Di mana, IRDA telah
pun mengambil langkah untuk melaksanakan strategi seperti dengan apa dipanggil
mewujudkan program perkongsian kekayaan hartanah melalui pendekatan Model
Hartanah Sosial. Pada dasarnya, program ini membolehkan semua komuniti di Iskandar
Malaysia mendapat manfaat sepenuhnya daripada kekayaan di Iskandar Malaysia
dalam bentuk pemilikan aset hartanah. Model yang dicadangkan ini dirangka
merangkumi 6 projek iaitu Amanah Pelaburan Hartanah (REIT), Saham Wakaf Tunai,
Muafakat Harta dan Konsortium Koperasi, Dana Pembangunan Perumahan dan
Pembangunan Rancangan Kawasan Khas. Amanah Pelaburan Hartanah ataupun REIT
akan digunakan sebagai mechanism pengagihan kekayaan hartanah yang
diterbitkan menerusi projek-projek pembangunan di Iskandar Malaysia, IM REIT.
Manakala Saham Wakaf Tunai, Muafakat Harta dan Konsortium Koperasi pula
merupakan mechanism perkongsian bagi masyarakat tempatan untuk mendapat
faedah dengan melabur secara bersama. Model ini membuka peluang bagi semua
lapisan masyarakat termasuk yang berpendapatan semua peringkat untuk sama-sama
memiliki hartanah ini. Di mana, IRDA dan Johor Corporation dan UPEN Johor sedang
membuat kajian terperinci untuk menubuhkan apa dipanggil Iskandar Malaysia REIT ini.
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, program ini juga mengkaji dan
melaksanakan projek di kawasan khas bagi tujuan memajukan kawasan-kawasan
yang berpotensi tanpa menyisihkan pemilik dan penduduk yang sedia ada. Model
seperti pembangunan tanah bersepakat akan diguna pakai bagi semua pihak untuk
meraih keuntungan dari pembangunan semula kawasan-kawasan ini serta
546
menentukan pemilik asal masih kekal memiliki aset yang baru dibangunkan dengan
nilai tambah. Seterusnya, Dana Pembangunan Hartanah pula diterajui oleh UPEN Johor
akan digunakan bagi menyediakan perumahan mampu milik dan mampu sewa yang
lebih berkualiti dibandingkan dengan rumah kos rendah yang dibina oleh pemaju
swasta. Projek Perumahan Iskandar namanya PRIMA, hari semalam Dato’ Speaker,
Perdana Menteri melancarkan projek PRIMA, kalau tak salah saya PRIMA. Di Iskandar ini
kita dah bermula agak awal sedikit yang dipanggil PRIMA di Nusajaya, adalah
showcase bagi alaf perumahan untuk orang ramai yang baru di Negeri Johor amnya
di Iskandar Malaysia. Di mana, hari semalam Perdana Menteri menyebut rumah pada
kos kalau tak salah saya RM300,000.00 hingga RM180,000.00. Keluasannya ada yang
1,400 kaki persegi, tak kurang 800 kaki persegi yang telah pun dibina di Iskandar
Malaysia ini Dato’ Speaker, ialah pada keluasan kalau tak salah saya tak kurang 800
kaki persegi dan juga 1,100 kaki persegi. Jadi, kalau nak kira kita pun dah mula projek
seperti begini di mana Kerajaan Negeri telah pun memberikan satu kawasan lebih
kurang 50 ekar untuk membina rumah yang dicadangkan oleh Perdana Menteri.
Sebenarnya Perdana Menteri telah pun melawat projek tersebut dan agak menarik
perhatian beliau. Maka, di antaranya dalam satu mesyuarat di peringkat Menteri-
Menteri Besar dan juga Menteri mengatakan bahawa projek di Iskandar ini boleh
dijadikan contoh kerana dia merupakan projek yang boleh dikatakan sesuai untuk
pemilikan keluarga yang berpendapatan RM3,000.00 ke bawah. Pada keluasan yang
agak lebih baik lagi dan rupa bentuk yang lebih baik lagi dibandingkan dengan
amalan biasa rumah kos rendah yang tak lebih dulunya 650 kaki persegi ataupun 700
kaki persegi, habis besar. Dan, tapi kalau kita lihat model yang ditunjukkan hari
semalam, daripada paras kalau tak salah saya dekat-dekat juga 15 tingkat, tapi di
Iskandar Malaysia ini kita pada paras 4 tingkat sahaja.
Oleh itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini satu cara untuk satu pemilikan harta
mengikut keperluan yang ada dalam masyarakat kita ini, tidak lagi dalam bentuk
rumah kos rendah, tetapi dalam pada paras yang boleh mampu milik oleh kelamin
yang mendapat pendapatan daripada paras RM1,500.00 hingga RM3,000.00 untuk
memiliki rumah keluarga mereka.
Oleh itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, maka PRIMA Johor, kita ambil pendekatan
PRIMA Kerajaan Malaysia untuk menambah lagi projek yang ada di Iskandar Malaysia
ini, ke lokasi yang lain, di mana sekarang ini, Kerajaan Negeri telah pun melihat tapak-
tapak tanah yang ada pada pemaju-pemaju yang terpaksa memenuhi syarat-syarat
membina rumah kos rendah di tapak-tapak yang berkenaan. Supaya Kerajaan Negeri
boleh menimbangkan semula dengan cara menggunakan tapak tersebut untuk
menggunakan pendekatan PRIMA di Iskandar Malaysia selain daripada yang ada di
Nusajaya ini.
Oleh itu, walaupun begitu kita mengambil kira tentang perlu juga rumah pada paras
yang mana keluarga mampu pada paras, yang kalau di Johor Bahru ini pada paras
RM38,000.00. Tapi rata-rata Dato’ Speaker, keadaan yang ada di Iskandar Malaysia ini
ialah lebihan bekalan rumah kos rendah, maka perlu kita pula melihat keperluan yang
nampaknya makin tinggi di peringkat rumah milik mampu ini, seperti yang
dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui pembinaan rumah keluarga untuk
memiliki rumah kali pertama dengan kemudahan pinjaman bank kalau tak salah saya
105%. Bermakna bahawa kita di Iskandar Malaysia ini, sempena dengan amalan Dasar
Negeri Johor bukan sahaja belas malah puluh-puluh tahun, di mana kita tidak
547
menidakkan pembinaan rumah untuk rakyat berpendapatan rendah, rendah
sederhana daripada dulu lagi, tetapi keperluannya agak sudah pun berubah. Dan,
maka kemampuan untuk kita memenuhi perubahan pasaran ini dimudahkan dengan
pendekatan PRIMA yang ada Presidennya di Johor ini melalui Projek PRIMA.
Jadi, itu untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada
Senggarang membangkitkan tentang Orang Asli di Sungai Banang. Sebenarnya Yang
Berhormat Dato’ Speaker, projek ini di peringkat yang paling terakhir untuk
disempurnakan, di mana 15 ekar yang telah pun digunakan untuk membina rumah
Program Membantu Masyarakat Orang Asli di mana lebih kurang 100 unit rumah dibina
untuk mereka termasuk juga kemudahan seperti jeti nelayan dan juga kedai dengan
segala keperluan asasnya. Dan untuk makluman, bahawa masyarakat ini akan
dijangka berpindah ke tapak yang baru ini sebelum akhir bulan Julai ini. Jadi itu, ini
satu contoh Yang Berhormat Dato’ Speaker, di mana Kerajaan Negeri terus menerus
untuk meningkatkan tahap kesejahteraan masyarakat Orang Asli di sana sini di Negeri
Johor ini.
Yang Berhormat daripada Senai membangkitkan tentang Kampung Sungai Abong
yang dikatakan tidak puas hati dengan peruntukan tanah yang dimiliki oleh mereka
dengan setiap seorang cuma mendapat 1 ekar tanah sahaja dan bukan 2 ekar seperti
yang dijanjikan. Walaupun mereka telah duduk tak kurang 30 tahun yang lalu. Dan
pihak ketiga sahaja yang dikurniakan tanah, kenapa ketidakadilan boleh berlaku.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ingin saya jelaskan perkara ini. Tanah yang
dimaksudkan merupakan tanah besar-besaran seluas 1,700 ekar, terletak di Parit Rabu,
Batu 14, Seri Menanti hingga Batu 17, Sungai Balang, antara benteng lama dan
benteng baru, dalam Mukim Sungai Balang dan Mukim Seri Menanti. Tanah ini telah di
ceroboh sejak tahun 80-an, 30 tahun di ceroboh. Saya terjumpa dengan seorang yang
datang jumpa saya sempena dengan penyerahan memorandum minggu lalu, dia
mengaku dia memiliki 20 ekar, menceroboh 20 ekar dan mendapat hasil sepanjang
tempoh masa dia tanam kelapa Sawit di situ. Kalau 30 tahun makna, 30 tahunlah
agaknya.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebelum ini, maklumlah 1,700, yang
menceroboh, dianggarkan 200. Maka purata agak besarlah setiap yang di ceroboh.
Sebelum ini, pihak kerajaan telah buat, telah dibuat pengumuman tanah tersebut
sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1983 dan 1996, yang melibatkan keputusan 2
mesyuarat iaitu Bilangan 384/87 dan 1024/96. Setiap keputusan yang dibuat telah
mendapat bantahan daripada pemohon dan juga peneroka. Bukan penerokalah.
Istilahnya, yang masuk itulah. Bagi menyelesaikan masalah tanah di kawasan ini,
beberapa sesi perbincangan telah dibuat di antara mereka yang terlibat. Hasil
daripada perbincangan ini, Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan telah berusaha
untuk berlaku paling adil dalam pengagihan tanah serta agak memuaskan hati semua
pihak. Untuk tujuan itu, kerajaan telah memutuskan supaya tanah tersebut diumumkan
semula buat kali ke-3, sebagaimana pengumuman Bilangan 26/2005, dengan
memberi keutamaan kepada penduduk tempatan dan penceroboh asal tapak
pertanian dan juga peneroka tapak rumah kediaman.
Sejumlah 4,199 permohonan telah diterima oleh Pejabat Tanah Muar dan permohonan
tersebut diperakukan bagi pertimbangan kerajaan. Kerajaan sebagaimana Ringkasan
Mesyuarat Bilangan 2510/2007 bertarikh 3 Disember 2007, telah bersetuju
548
mengurniakan tanah tersebut dengan keluasan 1 ekar setiap plot bagi memberi
peluang kepada lebih ramai lagi pemohon mendapat kurniaan tanah daripada
kerajaan.
Untuk makluman, 1,277 plot telah dikeluarkan Notis 5A kepada pemohon yang berjaya
dan sejumlah 1,205 pemohon telah mengambil Notis 5A dan baki 72 plot lagi tidak
mengambil Notis 5A. Sehingga 24 Jun 2011, sebanyak 1,054 plot yang Notis 5A telah
dijelaskan oleh pemohon. 12 plot Notis 5A tidak dijelaskan kerana pemohon meninggal
dunia dan berbaki 139 plot yang gagal menjelaskan Notis 5A oleh pemohon. Dan saya
menerima memorandum pada minggu lalu, yang membangkitkan tentang perkara-
perkara seperti kurniaannya pada paras yang kecil. Yalah maklumlah, daripada 20
ekar, jadi 1 ekar. Tanah yang dikurniakan berbeza dari tanah yang diteroka asal,
kerana tapak ditentukan berdasarkan secara undi plot dan berbagai lagi rasa tidak
puas hati.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyangkal tentang perkara yang
dibangkitkan bahawa tidak adil tadi. Sebenarnya Dato’ Speaker, inilah langkah yang
paling adil yang boleh dibuat untuk rakyat khususnya yang ada di sekitar Sungai
Abong ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bayangkanlah daripada 200 agaknya yang masuk
tanah kerajaan 30 tahun lalu, mengutip hasil daripadanya. Tapi kali ini kita mengambil
keputusan untuk mengurniakannya kepada 1,200 lebih kepada pemohon-pemohon
yang dipertimbangkan. Rata-rata sewajarnyalah, disyaratkan mereka yang ada di
sekitar kawasan Sungai Abong itu sendiri, Seri Menanti, Sungai Balang. Sungai Abong
sebelah sana agaknya. Sungai Balang.
Y.B. Dato’ Speaker : Bayar cukai ya Yang Berhormat?
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Saya daripada sebelah sini Sungai Muar. Saya tak faham
sebelah sana. (ketawa). Sana pun banyak sungai Dato’ Speaker. Sebelah sana Sungai
Muar. Jadi, bayangkan Dato’ Speaker, mereka pun tiada tanah. Soalnya ialah kita
berpendapat bahawa sekurang-kurangnya 1 ekar ini, kalau dia nak bercucuk tanam
pun agak memadailah untuk akhirnya menjadi satu kampung halaman baru kepada
mereka ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Dia bayar cukai tak Yang Berhormat?
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Bila dalam kategori masuk tanpa izin ini, memang tiada
cukailah Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Rugilah kerajaan.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Dan oleh kerana Yang Berhormat daripada Senai
membangkitkan Sungai Balang ini, saya maklum juga Yang Berhormat daripada Senai
pun membangkitkan perkara, tapi tidak dibawa dalam sidang ini. Di luar sidang ini
mengenai 70 ekar di Kulai, kalau tidak salah saya. Yang Berhormat bangkitkan perkara
ini di Kulai. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa yang berlaku di Kulai, sebenarnya
untuk menegakkan keadilan juga kerana daripada 20 penceroboh di kawasan lebih
kurang 70 ekar. Akhirnya kita dapat mengagihkannya kepada lebih daripada 100
mereka yang tiada tanah di Kulai. Jadi, tapi, Yang Berhormat daripada Senai memilih
549
Sungai Balang untuk, boleh dikatakan kes yang serupa. Oleh itu, saya ingin mengambil
pendirian di sini sebenarnya ialah, apa yang dibuat pihak kerajaan ialah sebenarnya
menegakkan keadilan untuk rakyat Johor ini dalam pengagihan tanahnya sama ada
di Sungai Balang termasuklah contoh yang ada dan kamu semua maklum.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat daripada Senai pun bangkit tentang
masalah tanah juga. Ini mengenai perkara pemilikan bersama oleh Puan Tai Sit,
separuh bahagian dan Puan Tey Ah Moi, 2½ bahagian. Maka, dibangkitkan kelewatan
penyerahan suratan hak pecah tanah tersebut di mana permohonan telah dibuat
sejak tahun 1990. Maka, Yang Berhormat daripada Senai membangkitkan berapa
lama tempoh untuk menimbangkan permohonan-permohonan seperti ini.
Ya untuk perkara ini, ingin saya jelaskan Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini kes di mana
ada 4 nama pada satu lokasi tanah. Tetapi akhirnya, kalau tak salah saya, 4 nama, 4
orang ya, 4 nama nak dijadikan kepada 2 nama. Jadi, daripada 4 jadi 2 . Dan tanah
tersebut agak dalam bentuk empat segi tapi taklah empat segi Dato’ Speaker. Di atas
tanah tersebut ialah jalan. Tetapi, Dato’ Speaker, kita boleh bayangkan pemohon nak
pecahkan tanah ini kepada 2. Maka dia pecahkan di tengah-tengah tanah. Maka dia
menidakkan nama satu lagi dengan laluan. Bayangkan laluan, ini tapak tanah ini tadi.
Laluan di atas. Maka, permohonan ialah pecah di tengah. Maka, pemilik yang di
bawah ini tiada laluan, Dato’ Speaker. Jadi, oleh yang demikian, Pejabat Tanah tidak
boleh membenarkan perkara ini dilaksanakan.
Kalau nak buat, maka perlu laluan kepada pemilik di bawah ini. Maka, perlu pula jalan
di tepi. Bila buat di tepi, bermakna Dato’ Speaker, dia makan tanah yang berkenaan.
Jadi, saya sekadar nak menjelaskan, yalah ada pihak mengatakan sama ada jabatan
kerajaan, anggota kerajaan sama ada tak cekap ke, malas ke ataupun tak efisienlah
ataupun berlaku amalan tidak sihat untuk melayan keperluan rakyat ini, Dato’ Speaker.
Dalam kes ini Dato’ Speaker, dia terpaksa memenuhi syarat mengapa tidak pecahkan
di tengah-tengah supaya 2 pemilik ini akan dapat menikmati jalan. Jadi, bukanlah
untuk menganiaya sesiapa seperti pernah didakwa oleh pihak parti pembangkang
bahawa jabatan, anggota kerajaan tidak melayan sebaiknya kepada permohonan
ataupun harapan rakyat jelata. Dalam kes ini Dato’ Speaker, itu menyebabkan
bahawa permohonan ini tidak dapat dipenuhi kerana syarat asas itu tidak dapat
dipenuhi.
Satu lagi contoh Yang Berhormat daripada Senai, alamatnya ialah E90-3, Kampung
Baru, Kulaijaya. Di mana pemilik telah tidak dapat serahan hak milik dah 40 tahun
katanya. Ingin saya maklumkan Yang Berhormat Dato’ Speaker, bahawa sejak 2 tahun
yang lalu, antara langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri ialah untuk
menyelesaikan seberapa banyak yang boleh permohonan-permohonan tanah, hak
milik tanah di kawasan-kawasan seluruh Negeri Johor termasuk juga kawasan di
Kampung Baru. Bahkan, kita wujudkan apa dipanggil, Task Force untuk menyelesaikan
hal ini. Dan alhamdulillah, rata-rata Task Force ini telah dapat menyelesaikan tidak
kurang dekat-dekat 2,000 permohonan tapak rumah kediaman di kawasan Kampung
Baru di seluruh Negeri Johor. Saya minta Yang Berhormat daripada Senai, check
semula alamat ini kerana pemohon, pemilik yang bernama Too Lye Choo telah pun
diserahkan hak milik di daftar atas nama beliau pada 28 Januari 1986. Jadi Yang
Berhormat Dato’ Speaker, saya merujuk perkara ini supaya sekurang-kurangnya Yang
Berhormat agak lebih peka bahawa dalam kes-kes, di mana tidak ada masalah dalam
550
bentuk syarat-syarat yang perlu dipenuhi, maka, pihak jabatan telah pun
melaksanakan proses dengan secepat mungkin untuk menyerahkan hak milik.
Bahkan, Yang Berhormat Dato’ Speaker, sempena dengan wujudnya Task Force, saya
percaya rata-rata di Kampung-Kampung Baru ini sebahagian besar telah pun
menerima hak milik mereka. Bahkan, untuk menyelesaikan perkara ini Dato’ Speaker,
Kerajaan Negeri mengambil keputusan, oleh kerana di kawasan-kawasan Kampung
Baru ini, banyak syarat, oleh kerana dibangunkan dalam keadaan yang agak singkat
semasa darurat dulu, maka ada di antara, memangnya, bukan di antara, rata-rata
tidak dapat memenuhi keperluan-keperluan asas, sama ada keperluan awam, set
back masing-masing, maka Kerajaan Negeri melalui persetujuan jabatan-jabatan
teknikal telah pun melonggar, melonggarkan syarat-syarat tersebut untuk
menyelesaikan perkara hak milik ini. Dan saya mendapat respons yang baik kerana di
Kampung-Kampung Baru ini, banyak pula telah pun memohon untuk menyambung
hak milik mereka. Dan, kita jelaskan sekali lagi, bahawa mereka boleh menambah hak
milik mereka. Kalau dulu 30 tahun, dia boleh pilih 30 ke 60 ke, 99 tahun. Dan
penyelesaian melalui syarat di longgarkan ini supaya hak milik dapat di kurniakan
termasuklah contoh yang terdekat di Nusajaya inilah, apa nama satu tempat di Poh
Chee Leng kalau tak salah saya di Skudai. Itu pun kita telah pun dapat selesaikan
walaupun perkara itu agak tertangguh sekian lama.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Benut saya dimaklumkan bahawa
pihak kerajaan dengan bantuan Diplomatik Kementerian Luar sedang pun berusaha
mendapatkan khidmat-khidmat peguam-peguam Malaysia dan Indonesia untuk
proses rayuan di Mahkamah Agong di Indonesia mengenai nelayan telah pun ditahan
dan di penjarakan. Oleh itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita tunggulah usaha yang
dibuat oleh pihak Kementerian Luar melalui peguam-peguam yang akan bersama
dalam rayuan di mahkamah agong di Indonesia.
Akhirnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya merujuk kepada perkara yang di
bangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Semarang tentang kedatangan
pendatang izin tanpa kawalan yang menyebabkan kadar jenayah meningkat. Yang
Berhormat Dato’ Speaker, memanglah di antara yang berlaku pembangunannya,
maka dia membuka luas peluang pekerjaan kepada banyak pihak, termasuk juga
menarik minat pendatang asing ke negeri kita ini sama ada secara sah ataupun tidak
sah. Maka PDRM Johor memandang serius kehadiran pendatang asing ini dan sentiasa
memantau serta mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang berada di negeri ini
secara tidak sah dan yang terlibat dengan jenayah. Bagi tempoh Januari 2010 hingga
Mei 2011, seramai 234 pendatang tanpa izin telah di tangkap di bawah Ops. Nyah 1
manakala di bawah operation Ops. Nyah 2, seramai 5,111 pendatang tanpa izin telah
di tangkap oleh PDRM dan di bawah Ops. Tegas, seramai 2,405 (PTI) pendatang tanpa
izin ditangkap oleh lain-lain jabatan.
Perangkaan penglibatan pendatang asing dalam jenayah kekerasan dan jenayah
harta benda di Negeri Johor bagi tempoh Januari 2010 hingga Mei 2011 melibatkan
seramai 431 warga Indonesia. Manakala baki sejumlah 902 orang melibatkan warga
asing lain seperti Bangladesh, Nepal, Timur Tengah, RRC, Myanmar, Filipina dan
Pakistan. Dan PDRM Kontinjen Johor sentiasa memantau dan mengambil tindakan
tegas terhadap pendatang asing bagi membanteras jenayah supaya persepsi negatif
masyarakat tempatan terhadap pendatang asing dapat di hakis. Yang Berhormat
Dato’ Speaker, itulah di antara perkara-perkara yang di bangkitkan yang dapat saya
551
berikan penjelasannya. Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang
telah pun sama-sama membahaskan untuk kita merakamkan rasa kasih di atas titah
ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor.
Y.B. Dato’ Speaker : Terima Kasih Yang Berhormat. Rundingan di hadapan Dewan ini
ialah supaya di persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor suatu
ucapan menjunjung kasih sebagaimana berikut. “Ampun Tuanku, adalah patik,
Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Negeri yang bersidang pada hari ini mengambil
ketetapan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia
Sultan Johor berangkat ke Dewan Yang Mulia ini dan bertitah merasmikan Pembukaan
Penggal Persidangan Keempat bagi Dewan Negeri Johor yang ke-12.
Rundingan itu di kemukakan bagi mendapat keputusan. Ahli yang bersetuju, jemput
angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu di persetujukan.
Jurutulis : PERANGGARAN TAMBAHAN PEMBANGUNAN PERTAMA TAHUN 2011.
Y.B. Dato’ Speaker : Jemput Yang Berhormat.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker saya memohon membawa
rundingan supaya Dewan ini serta merta berpindah menjadi jawatankuasa bagi ke
seluruh dewan negeri untuk menimbangkan Peranggaran Tambahan Pembangunan
Pertama Tahun 2011 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 25
Tahun 2011dan memperakukan sama ada peranggaran itu patut diluluskan oleh
dewan ini dengan di pinda atau tiada di pinda.
Tambahan Peruntukan Pembangunan ini merupakan tambahan yang Pertama bagi
Tahun 2011. Tambahan Peruntukan Pembangunan yang diperlukan adalah sebanyak
RM40,200,000.00 di bawah Satu(1) Jawatankuasa seperti berikut:
1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran Kewangan, Perancangan dan
Pembangunan Ekonomi Negeri Johor berjumlah RM40,200,000.00
Penjelasan lanjut bagi tambahan-tambahan tersebut akan diberi peringkat
Jawatankuasa berkenaan.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Y.B. Dato’ Speaker : Rundingan itu di kemukakan bagi mendapat keputusan. Ahli yang
bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu dipersetujukan.
DEWAN BERSIDANG SEBAGAI JAWATANKUASA.
Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan
wang berjumlah RM40,200,000.00 bagi Maksud P.56, Pejabat Menteri Besar di
persetujukan.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagi Maksud
Pembangunan P.56, Pejabat Menteri Besar Johor memerlukan peruntukan tambahan
sebanyak RM40,200,000.00 di mana RM23 juta di perlukan bagi menampung
552
perbelanjaan projek-projek yang telah pun diluluskan oleh Menteri Besar Johor semasa
lawatan beliau ke kawasan-kawasan parlimen di seluruh Negeri Johor. Dan sebanyak
RM1,700,000.00 di perlukan bagi menampung bayaran tuntutan pampasan
pengambilan balik tanah. Sebanyak RM12,500,000.00 pula diperlukan bagi
menampung bayaran bagi rancangan pembangunan kerja-kerja kecil seluruh Negeri
Johor, manakala selebihnya sebanyak RM3 juta diperlukan bagi menampung
perbelanjaan bagi projek-projek pembinaan dewan orang ramai, dewan serba guna
serta balai raya.
Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara tu dikemukakan bagi mendapat keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu di
persetujukan.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, oleh sebab maksud-
maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 25 Tahun
2011, telah pun selesai ditimbangkan maka saya membawa rundingan supaya
ketetapan-ketetapan jawatankuasa itu dimaklumkan serta merta kepada Dewan
negeri.
Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara tu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli yang
bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu di persetuju.
DEWAN BERSIDANG SEMULA.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon maklumkan
bahawa jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan meluluskan tanpa
pindaan maksud-maksud peranggaran yang di nyatakan dalam Kertas Mesyuarat
Bilangan 25 Tahun 2011 dari itu, saya membawa rundingan supaya Dewan ini bersetuju
bahawa peruntukan wang berjumlah RM40,200,000.00 yang di cadangkan bagi
Peranggaran Tambahan Pembangunan Pertama Tahun 2011 itu diluluskan oleh dewan
ini. Dan dengan ini mengambil ketetapan bahawa satu jumlah wang yang tidak
melebihi RM40,200,000.00 hendaklah di belanjakan daripada Kumpulan Wang
Pembangunan Dalam Tahun Kewangan 2011 bagi menyempurnakan maksud yang
dinyatakan dalam kertas mesyuarat yang tersebut.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Y.B. Dato’ Speaker : Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu
dipersetujukan.
Jurutulis : RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN TAMBAHAN (2011) (NO.2)
TAHUN 2011.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon membawa
rundingan supaya Rang Undang-Undang yang di namakan Enakmen Pembekalan
Tambahan (2011) (No. 2) di baca kali pertama.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong rundingan itu.
553
Y.B. Dato’ Speaker : Rang Undang-Undang ini di baca kali yang pertama.
Jurutulis : Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan
Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2011 dan
bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon maklumkan
bahawa saya akan membawa rundingan untuk bacaan kali yang kedua bagi Rang
Undang-Undang ini pada hari ini juga dan saya membawa rundingan supaya
Peraturan Tetap 112 (2) di tangguhkan sementara agar pertimbangan Rang Undang-
Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Y.B. Dato’ Speaker : Rundingan ini dikemukakan bagi mendapat keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Peraturan Tetap 112(2) di
tangguhkan sementara.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon membawa
rundingan supaya Rang Undang-Undang ini di bacakan kali yang kedua sekarang.
Tambahan Peruntukan ini merupakan tambahan yang kedua bagi Perbelanjaan
Bekalan Tahun 2011, Tambahan Peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak
RM6,707,000.00 sebagaimana yang di maksudkan dalam Enakmen Perbekalan
Tambahan di bawah 4 jawatankuasa seperti berikut :-
1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan
Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, RM4,559,000.00
2. Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam Negeri Johor, RM1,824,000.00
3. Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat
dan Kesihatan Negeri Johor, RM174,000.00
4. Jawatankuasa Agama Negeri Johor, RM150,000.00
Penjelasan lanjut bagi tambahan-tambahan tersebut akan diberi di peringkat
jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Y.B. Dato’ Speaker : Rundingan di hadapan dewan ini ialah supaya Rang Undang-
Undang di baca kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat
tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali kedua.
Jurutulis : Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan
Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2011 dan
bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.
Y.B. Dato’ Speaker : DEWAN BERSIDANG SEBAGAI JAWATANKUASA.
554
Jurutulis : JADUAL
Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara di hadapan jawatankuasa ialah supaya peruntukan
wang berjumlah RM439,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan
Bahagian Pengurusan, RM3,200,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan
Pelbagai Perkhidmatan dan RM12,000.00 bagi maksud B.03, Pejabat Setiausaha
kerajaan, Pejabat Jurutulis Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada jadual Rang
Undang-Undang ini.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi bagi Maksud Bekalan B.03,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Bahagian Pengurusan diperuntukkan
sebanyak RM439,000.00. Sebanyak RM336,000.00 diperlukan bagi menampung
pembayaran bantuan insentif penyesuaian perpindahan ke pusat pentadbiran baru
ke Kota Iskandar, manakala selebihnya sebanyak RM103,000.00 bagi menampung
bayaran gantian cuti rehat,
Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor pelbagai
perkhidmatan diperuntukkan sebanyak RM3,200,000.00. Sebanyak RM1 juta diperlukan
bagi menampung perbelanjaan penyewaan khemah dan peralatan, selebihnya
sebanyak RM2,200,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan sempena
lawatan pembesar-pembesar Negara ke Negeri Johor serta program-program rasmi
anjuran Kerajaan Negeri Johor.
Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Pejabat Jurutulis
Dewan Undangan Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM12,000.00. Sebanyak
RM10,000.00 diperlukan bagi menampung pembelian harta modal jabatan. Manakala
selebihnya sebanyak RM2,000.00 diperlukan bagi menampung pembayaran gantian
cuti rehat bagi pegawai yang bersara.
Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapat keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM1,824,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan
Tempatan jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.03,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Kerajaan Tempatan diperuntukkan
sebanyak RM1,824,000.00. Sebanyak RM400,000.00 diperlukan bagi menampung
pembelian bekalan bahan mentah, bahan-bahan untuk penyelenggaraan serta
pembaikan peralatan jabatan, manakala yang lebihnya sebanyak RM1,424,000.00
pula, adalah perlu untuk tampung pemberian tambahan kepada Pihak-Pihak Berkuasa
Tempatan.
Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapat keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM561,000.00 bagi Maksud B.04, Pejabat Perbendaharaan Negeri dan RM50,000.00
555
bagi Maksud B.19, Pejabat Perhutanan Negeri jadi sebahagian daripada Jadual Rang
Undang-Undang ini.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah Maksud
Bekalan B.04, Pejabat Perbendaharaan Negeri diperuntukkan sebanyak RM561,000.00.
Sebanyak RM439,000.00 diperlukan bagi menampung pembayaran tunggakan gaji
kepada anggota-anggota yang terlibat dengan penstrukturan semula perjawatan
serta pembayaran elaun memangku dan elaun tanggung kerja. Sebanyak
RM93,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran pelarasan imbuhan tetap khidmat
awam pegawai dan juga anggota. Manakala selebihnya sebanyak RM29,000.00
diperlukan untuk menampung bayaran caruman majikan kepada Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja bagi pegawai dan anggota-anggota jabatan.
Di bawah Maksud Bekalan B.19, Pejabat Perhutanan Negeri Johor diperuntukkan
sebanyak RM50,000.00 bagi menampung perbelanjaan tambahan tuntutan
perjalanan anggota-anggota jabatan hingga akhir tahun.
Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM150,000.00 bagi Maksud B.21, Jabatan Agama jadi sebahagian daripada Jadual
Rang Undang-Undang ini.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah
Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Negeri Johor diperuntukkan sebanyak
RM150,000.00 bagi menampung perbelanjaan bekalan dan tambahan lain jabatan.
Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu
dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM174,000.00 bagi Maksud B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat jadi sebahagian
daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah Maksud
Bekalan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor diperuntukkan sebanyak
RM174,000.00. Sebanyak RM150,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan di
bawah perkhidmatan dan bekalan jabatan, manakala selebihnya sebanyak
RM24,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran ganjaran kepada anggota-
anggota kontrak dan gantian cuti rehat kepada pegawai-pegawai yang telah
bersara.
Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM70,000.00 bagi Maksud B.49, Pejabat Daerah Kulaijaya, RM43,000.00 bagi Maksud
556
B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru dan RM184,000.00 bagi Maksud B.60, Pejabat Tanah
Kulaijaya jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah Maksud
Bekalan B.49, Pejabat Daerah Kulaijaya, diperuntukkan sebanyak RM70,000.00.
Sebanyak RM67,000.00 diperlukan bagi menampung tambahan bayaran emolumen
kepada anggota-anggota jabatan. Manakala selebihnya RM3,000.00 diperlukan bagi
menampung bayaran ganjaran kepada anggota-anggota kontrak.
Di bawah Maksud Bekalan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak
RM43,000.00 bagi menampung perbelanjaan di bawah perkhidmatan dan bekalan
jabatan.
Di bawah Maksud Bekalan B.60, Pejabat Tanah Kulaijaya diperuntukkan sebanyak
RM184,000.00. Sebanyak RM139,000.00 diperlukan bagi menampung pembayaran
emolumen kepada anggota-anggota jabatan. Manakala selebihnya sebanyak
RM45,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan di bawah perkhidmatan dan
bekalan jabatan.
Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Jurutulis : FASAL 2.
Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi
sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput
angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-
Undang ini.
Jurutulis : FASAL YANG PERTAMA.
Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya Fasal yang
pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju
jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal yang pertama jadi sebahagian
daripada Rang Undang-Undang ini.
DEWAN NEGERI BERSIDANG SEMULA.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon
memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun dipertimbangkan dalam
jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Maka saya
membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga
dan diluluskan sekarang.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Y.B. Dato’ Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-
Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (2011) (No. 2) Tahun 2011
dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Rundingan itu dikemukakan bagi
557
mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak
bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan.
Jurutulis : Bahawa dengan ini adalah diperbuat Undang-Undang oleh Dewan Negeri
Johor seperti berikut: Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan
Tambahan (2011) (No. 2) Tahun 2011.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon membawa
rundingan supaya Dewan ini ditangguhkan.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,
Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon
menyokong rundingan itu.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, slow aje.
Jurutulis : UCAPAN TANGGUHAN MESYUARAT.
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli Yang Berhormat, ada orang nak ucap dalam Ucapan
Penangguhan. Sebelum saya menyebutkan namanya, ada rombongan di atas,
sebagai pemerhati daripada MIC Bahagian Pulai. Ok, Yang Berhormat Tuan Haji
Kamaruzaman bin Ali, jemput.
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Bismillahirrahmaanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1
Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu ingin saya merakamkan
ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana mengizinkan saya
mengambil kesempatan dan memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan
ucapan penangguhan di dalam Dewan yang mulia ini.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya dapat
surat ini lima Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Permai namanya tak ada
dalam ini. Yang Berhormat Tanjung Puteri, Tangkak, Bukit Naning, Permas dan Parit
Yaani saja.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, saya pun dah tau tu, Yang Berhormat akan
tanya.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan): Oh dia tak layaklah.
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, saya belum jawab, dia cakap tak layak, Speaker kan. Dia kena
baca semua. Saya telah menerima surat daripada Tuan Haji Adam bin Sumiru, ADUN
kawasan Tanjung Puteri yang telah terpilih dalam undian membaca ucapan
tangguhan. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir pada hari ini dan telah
memberikan hak ucapan tangguhannya kepada Yang Berhormat Tuan Haji
Kamaruzaman bin Ali, ADUN Kawasan Bukit Permai seperti yang diperuntukkan dalam
Peraturan dan Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor Bilangan 119 (5).
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan): Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang
Berhormat patutnya cerita.
558
Y.B. Dato’ Speaker : Dia tak ada cerita patut, dia cerita ikut peraturan.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Kita dapat dia...
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat dia ada dua dalam ucapan, saya tak langgar. Tu
yang kadang bila saya beritahu dalam peraturan Yang Berhormat tak nak ikut. Saya
tak benarkan kalau tak ada dalam peraturan, Yang Berhormat cuba baca 119 (5).
Jadi Yang Berhormat takyahlah yang kecik-kecik ni pun nak bangkit. Bukannya kes
besar sangat, nak riuh satu Dewan. Jemput Yang Berhormat. Baca 119 (5).
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’
Speaker. Akhir-akhir ini sering kedengaran atau terpapar di akhbar-akhbar mengenai
kes medical legal yang dibawa ke mahkamah, sama ada kes-kes kecuaian besar atau
kecil, walaupun dalam kebanyakan masa dianya tidak mempunyai bukti yang sahih,
walau apa pun Institusi Kesihatan dah tercemar.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini kekurangan
pakar serta anggota perubatan bagi mengendalikan peralatan, di kira-kira 41 hospital
pakar dan 14 hospital negeri di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia seluruh negara
menyebabkan tidak banyak hospital yang dapat menyediakan spektrum rawatan
menyeluruh. Justeru itu rakyat mengalami masalah untuk mendapatkan rawatan yang
terbaik. Kementerian berkenaan tidak dapat melengkapkan semua hospital pakar itu
dengan kelengkapan perubatan canggih berikutan kekurangan perkhidmatan pakar
dan anggota perubatan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain kos yang tinggi bagi penyediaannya, namun
kekurangan pakar serta anggota perubatan seperti jururawat dan pembantu
perubatan yang boleh mengendalikan peralatan itu menjadi masalah ketika ini.
Hospital swasta perlu lebih giat lagi mencari pakar khidmat khusus dan anggota
perubatan bagi menambahkan mutu perkhidmatan di seluruh hospital pakar di bawah
Kementerian.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kekurangan darah di hospital swasta adalah suatu
masalah yang membimbangkan. Hospital dan klinik swasta atau pakar di seluruh
negeri termasuk beberapa hospital negeri lain terpaksa mendapatkan darah
tambahan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Perkara ini membimbangkan
Institusi Perubatan Negeri Johor, kerana darah yang diperlukan di Hospital Sultanah
Aminah dalam sehari adalah sebanyak 250 pain, darah. Tetapi, kenyataannya baru-
baru HSA hanya dapat memperolehi sekitar 75 pain darah sehari. Kekurangan itu
disifatkan pada tahap serius dan HSA sedang berusaha mencari jalan
penyelesaiannya.
Fakta ini jelas membuktikan bahawa masalah yang berlaku di hospital swasta amat
membimbangkan dan boleh meruntuhkan serta mencacatkan institusi perubatan.
Persoalannya di manakah usaha hospital swasta di Johor bagi menampung jumlah
bekalan darah dan apakah kempen yang dilaksanakan oleh pihak mereka selagi isu
ini tidak ditangani, maka hospital kerajaan juga akan menerima dari tempias masalah
tersebut.
559
Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa yang kita boleh rumuskan ialah perkhidmatan
perubatan dan kesihatan juga melalui proses promosi yang hebat. Komitmen dan
pelbagai inisiatif seperti ini jelas membuktikan tahap keprihatinan dan keikhlasan pihak
kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat, membela nasib golongan yang kurang
mampu, serta membuka ruang akses kepada masyarakat luar bandar untuk turut
sama menikmati kemudahan kesihatan yang berkualiti sama seperti masyarakat di
bandar.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya dalam usaha doktor membantu pesakit,
menangani pesakitnya, seseorang doktor itu harus mempunyai 3 aspek penting dalam
dirinya. Aspek berkenaan ialah ilmu kedoktoran yang dipelajari, kemahiran
menyampaikan informasi dan menerangkan masalah perubatan kepada pesakit serta
sikap merawat pesakit yang betul. Sikap merawat pesakit yang betul bermakna
seorang doktor harus faham bahawa dia berhadapan dengan manusia beremosi dan
berakal. Doktor bukan sahaja merawat penyakitnya tetapi harus mengambil kira emosi
dan akalnya, justeru doktor perlu sentiasa berinteraksi bagi memastikan usaha
merawatnya berjaya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, reformasi sektor pertanian boleh menepis tempias krisis
makanan global. Jika ditanya apakah satu persamaan dihadapi umat manusia
sejagat masa kini, jawabnya ialah kenaikan harga makanan. Pada 2007, 2008,
menyaksikan kenaikan dramatik harga makanan yang mencetuskan bukan sedikit
ketidakstabilan politik dan ekonomi. Pertubuhan Pertanian dan Makanan Sedunia
(FAO), agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyatakan
bahawa 852 juta penduduk dunia hidup dalam kebuluran. Manakala, lebih 2 bilion
penduduk dunia pula dalam keadaan kekurangan makanan kerana kemiskinan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, statistik lain pula menunjukkan di negara kaya mereka
hanya membelanjakan 10% daripada pendapatan untuk perbelanjaan makanan.
Penduduk negara membangun membelanjakan 30%, manakala di negara mundur 50
hingga 60% digunakan untuk makanan. Kenaikan harga makanan akan menjadikan
lebih ramai manusia miskin dan lebih ramai akan kebuluran. Ini adalah krisis yang
memberi impak besar kepada tamadun manusia. Jalan penyelesaian harus difikirkan
dan dilaksanakan dengan segera. Pelbagai pendapat dilontarkan mengenai sebab
kenaikan harga makanan hari ini, antaranya adalah kerana kenaikan harga minyak
dunia. Ia memberi impak kepada keseluruhan rantaian pengeluaran makanan dari
ladang dan harga baja berasaskan nitrogen kepada pemprosesan sehinggalah ke
logistik. Ini sekali gus menaikkan kos pengeluaran makanan yang memberi kesan
kepada pengguna.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, faktor ini tidak boleh dikawal selagi pemimpin dunia
tidak boleh bersetuju untuk mengawal harga minyak. Dengan kata lain satu
mekanisme harus diwujudkan, agar harga minyak tidak boleh di spekulasi oleh pelabur
yang mahu mengaut untung cepat tanpa mengira keperitan hidup lebih 2 bilion
penduduk miskin dunia.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain itu perubahan iklim juga dikatakan sebagai satu
faktor. Bermula dengan pelepasan gas karbon dioksida yang berlebihan, akhirnya
melarat kepada pengurangan hasil pertanian. Umum tahu, perkara ini sudah banyak
kali dibincangkan dan langkah segera mesti dilakukan untuk memastikan dunia kita
560
masih boleh didiami. Konsep melestarikan alam sekitar adalah sesuatu yang penting
untuk abad mendatang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada pula mengatakan kerancakan dunia untuk
menghasilkan bio fuel, sebagai ganti bahan bakar daripada fosil fuel, minyak yang
digerudi menjadi sebab kenaikan harga makanan. Makanan dijadikan minyak, stok
makanan di pasaran menjadikan kurang, lantas menaikkan harga makanan. Tanpa
perkiraan, menunjukkan penghasilan bio fuel hanya menyumbang sekitar 2 hingga 3%
sahaja kepada kenaikan harga makanan. Tambahan pula, teknologi penghasilan bio
fuel adalah teknologi strategik yang harus disokong dan dikembangkan untuk kita
menghadapi krisis tenaga dunia. Masyarakat dunia sudah melakukan perkara yang
sama ketika Krisis Makanan 1972, melalui Revolusi Hijau. Hasil produk pertanian dunia
ditingkatkan untuk menampung permintaan. Revolusi Hijau berjaya menstabilkan
harga pasaran.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, tetapi kita sebagai rakyat Johor, perlu mengucapkan
jutaan terima kasih kepada kepimpinan cemerlang Yang Amat Berhormat Dato’
Menteri Besar Johor, kerana beliau berjaya mengangkat martabat Negeri Johor
sebagai pengeluar utama makanan negara tercinta kita ini. Sejak tahun 2009, Johor
adalah pengeluar makanan terbesar di Semenanjung Malaysia. Melalui Jabatan
Pertanian Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Pejabat Perikanan dan J-Biotech
pelbagai usaha sudah pun dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran makanan
bukan sahaja bagi kegunaan penduduk Johor, malah seluruh negara dan
sebahagiannya pula dieksport. Kejayaan ini membukti bahawa kepimpinan Yang
Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor, memimpin negeri adalah amat
membanggakan sekalian rakyat.
Y.B. Dato’ Speaker : Satu minit lagi.
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita
tidak memerlukan semua rakyat Malaysia menjadi petani, misalnya pengeksport hasil
pertanian. Amerika Syarikat juga hanya mempunyai 2 juta petani moden, kurang 1%
daripada jumlah penduduk negaranya. Kita memerlukan modal insan yang komited
dan teknologi tinggi untuk memajukan sektor pertanian. Selain itu, kita mesti
meningkatkan perbelanjaan penyelidikan untuk pertanian. Menghasilkan benih yang
tahan penyakit melalui teknik pertanian konvensional atau pengubahsuaian genetik,
mewujudkan sistem yang menyokong petani untuk memaksimumkan hasil pertanian
mereka tanpa melakukan perkara ini. Sektor pertanian akan menjadi tidak berdaya
maju dan kompetitif. Mungkin kita akan kehabisan tanah untuk bercucuk tanam
apabila jumlah penduduk meningkat terlalu ramai. Halangan yang terlalu banyak,
tetapi kita tidak ada pilihan selain memajukan sektor pertanian. Kita harus pantas
bergerak sekarang, jika tidak, kita bakal menjadi pengemis dari negara bertanah
subur. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam. Yang Berhormat Encik Goh Tee Tee.
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, salam
sejahtera dan salam 1Malaysia kepada seluruh Ahli Dewan yang mulia ini. Prestasi
kerajaan pimpinan Barisan Nasional dan pentadbiran dengan memberi penekanan
kepada bidang-bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), sememangnya telah
561
memberikan impak yang besar kepada pembangunan dan prestasi perkhidmatan
awam di negara kita. Strategi pelaksanaan yang digariskan juga dapat diterima pakai
secara menyeluruh dan berkesan di jabatan-jabatan yang mempunyai hubungan
langsung dengan orang awam atau rakyat jelata.
Secara keseluruhan, kita melihat lebih banyak penambahbaikan serta aduan
masyarakat dalam pelbagai bidang dapat ditangani dengan sebaiknya tanpa
menunggu masa yang terlalu lama. Sebagai contoh, antara 6 bidang Keberhasilan
Utama Negara yang disasarkan untuk dicapai, satu daripadanya ialah Program
Pembasmian Kemiskinan Negeri Johor, bagi mengurangkan dan mengeluarkan
bilangan penduduk miskin tegar dan yang berpendapatan rendah kepada kumpulan
yang lebih berdaya saing dan boleh berdikari. Program ini telah menunjukkan prestasi
yang sangat membanggakan. Walaupun program ini baru dilaksanakan, berdasarkan
angka terkini seramai 2,772 orang telah terkeluar dari senarai ini berbanding 9,592 yang
dikenal pasti di seluruh Negeri Johor sehingga Mac 2011. Inilah satu bukti yang jelas
bahawa kerajaan senantiasa memikirkan dan melaksanakan satu perubahan atau
transformasi ke arah kesejahteraan rakyat seterusnya ke arah mencapai status negara
maju pada tahun 2020.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kejayaan program ini bukanlah satu yang mudah
untuk dicapai. Proses yang melalui pelbagai prosedur ini dapat dicapai dengan di
dokong dan didorong oleh tentunya, Yang Berhormat-Yang Berhormat ADUN Barisan
Nasional, Pegawai-Pegawai Daerah serta semua pegawai-pegawai kerajaan yang
begitu komited dan berintegrasi dan sentiasa berusaha keras untuk kesejahteraan
rakyat. Tahniah dan syabas atas pencapaian cemerlang ini, begitu juga dengan 5 lagi
bidang NKRA yang lain, yang dilihat prestasinya semakin baik dari semasa ke semasa
sebagai contoh dalam bidang mengurangkan kadar jenayah. Ketua Menteri Pulau
Pinang juga mengakui bahawa kadar jenayah di Pulau Pinang telah menurun 7.3%
dan juga mengucapkan tahniah kepada PDRM atas kecemerlangan ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pengekalan tahap sedia ada, penambahbaikan serta
kesediaan menerima teguran dan pendekatan berhemah adalah kunci kepada
kerajaan, perancangan yang akan dilaksanakan. Walaupun begitu, kita juga sedia
maklum bahawa sebahagian usaha-usaha ini sentiasa sahaja cuba digagalkan dan
dikelirukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab serta yang mempunyai
kepentingan politik semata-mata. Hasrat kerajaan untuk melihat semua rakyat mampu
menguruskan keperluan sendiri serta keluar dari kelompok kemiskinan tegar dengan
dorongan dan bantuan sepatutnya bagi meningkatkan taraf hidup dan pendapatan
sekeluarga dilihat sebagai usaha untuk menarik sokongan semata-mata. Usaha begini
seharusnya, selalunya dianggap tidak berfaedah, tidak adil dan dengan membawa
pendekatan bersifat negatif, bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati setengah
pihak. Seratus kebaikan yang kita buat, sering kali dikelirukan dengan satu isu kecil,
yang sentiasa manipulasi oleh pembangkang bagi menunjukkan mereka lebih bagus.
Sebenarnya, mereka ini memang tak buat apa-apa pun dan tak ada idea
membangunkan rakyat setempat sebaliknya hanya tahu bergambar, mengkritik dan
mengambil kesempatan atas kesusahan rakyat. Saya percaya dan kita perlu sedarkan
semua rakyat bahawa dalam tempoh terdekat ini lebih banyak lagi yang cerita-cerita
begini akan disogok dalam pemikiran mereka.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, berbicara tentang Pelan Transformasi Negara, yang
meliputi berbagai bidang.
562
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, teks tu tak ada?
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Hah, yang ketiga.
Y.B. Dato’ Speaker : Emm.
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Ada.
Y.B. Dato’ Speaker : Ada, pada saya tak ada.
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Saya sudah fakskan.
Y.B. Dato’ Speaker : Dah lewat, tidak ada? Kalau tak ada dalam teks saya tak boleh.
Sampai situ aje ucapan.
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Ha.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang ada pada Speaker. Dia, faks-faks ni dia tengok, dia bukan
dah habis tutup, boleh hantar faks, eh. Tapi, setakat ni yang ada pada saya, setakat
tu je, eh Yang Berhormat. Tak berhenti, itu cerita sikit, takpenya.
Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Oleh sebab atas…
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah.
Y.B. EnciK Goh Tee Tee (Tangkak) : Teknikal, saya mengucap terima kasihlah kepada
Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Dewan di Dewan ini. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Dato’ Haji Abdullah bin Ali, jemput.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Speaker,
saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesempatan yang
diberikan kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam Ucapan
Penangguhan pada Persidangan kali ini.
Semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10, pada 10 Jun 2010, Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri, telah menyarankan antara lain katanya, suka atau tidak,
negara kini berada di persimpangan antara masa depan yang gemilang atau masa
depan yang suram. Pilihan terletak di tangan setiap rakyat Malaysia. Hari ini, ibarat kita
berada pada pusingan akhir lumba larian berganti-ganti, dengan baton sudah berada
di tangan, hanya menanti tekad untuk menggapai kejuaraan. Ini bermakna, setiap
rakyat di negara ini dari semua peringkat mestilah sama-sama berganding bahu
dengan penuh semangat dan iltizam mencorak masa depan negara berlandaskan
peta jalan yang telah disediakan untuk merealisasikan impian Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri tercapai. Kalau pemimpin dan generasi terdahulu telah membuktikan
mereka berjaya meletakkan negara ke tahap yang kita nikmati sekarang, maka tidak
ada sebab kenapa pemimpin dan generasi kini tidak boleh melakukannya.
563
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sejak mengambil alih tadbir urus dan kepimpinan
negara pada 3 April 2009, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhadapan
dengan pelbagai senario politik yang tidak menentu, krisis ekonomi global dan
hubungan etnik yang rapuh serta pelbagai isu sensitif yang di jaja dan diwar-warkan
oleh pembangkang dan konco-konconya. Namun sebagai pemimpin berwibawa dan
memiliki perwatakan tegas, penuh dengan daya kreatif dan inovatif serta wawasan,
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berjaya menangkis semua tohmahan,
halangan dan ramalan negatif itu. Malah sebaliknya, berjaya menyuntik semangat
baru dan meyakinkan rakyat supaya terus bersama-sama membangun negara
apabila memperkenalkan ramuan baru melalui slogan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan’. Ianya diperteguhkan dengan pendekatan pelbagai
program transformasi yang menjadi penggerak kepada gaya kepimpinan Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, hari ini terbukti pendekatan kerajaan melalui program
transformasi berjaya memikat hati rakyat. Lihat saja perubahan dan pencapaian hasil
daripada program transformasi kerajaan, diperkukuh dengan perlaksanaan kaedah
NKRA atau Bidang Keberhasilan Utama Negara dalam usaha memperbaiki sistem
penyampaian awam mengikut perubahan semasa yang lebih terurus dan dapat
mengurangkan masalah rakyat ketika berurusan dengan kerajaan. Dalam
menghadapi suasana ekonomi dunia yang tidak menentu, kerajaan telah
memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi bagi mencapai sasaran penjanaan
ekonomi negara. Hari ini, kita menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan
keyakinan pelabur asing terus-menerus meningkatkan pelaburan baru di negara kita.
Ini merupakan kejayaan yang harus dihargai oleh rakyat.
Untuk melengkapkan program transformasi ini, kerajaan telah memperkenalkan Model
Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dengan mensasarkan pendapatan
negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850.00 atau US$12,140.00 pada
tahun 2015. Program transformasi ini bukan satu impian kosong yang hanya untuk
mengejar populariti atau seronok-seronok yang melekakan. Ia adalah satu pertaruhan
yang begitu besar dan pastinya menjadi pembayang utama atas kesungguhan
kerajaan dalam memajukan negara dalam semua bidang secara holistik yang meliputi
aspek ekonomi, sosial dan politik untuk mendukung perubahan besar kepada
kemajuan besar negara dan kesejahteraan rakyat.
Program transformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan ini juga sebagai pengukur
kepada kecekapan kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif yang diumumkan yang
mampu menterjemahkannya menjadi realiti untuk di kecapi oleh rakyat. Jaminan
Perdana Menteri bahawa kerajaan tidak akan berhenti berusaha selagi rakyat tidak
melihat, merasakan dan mengalami perubahan dalam hidup mereka. Sebab itulah
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat gesaan bertubi-tubi untuk kita sama-
sama berganding bahu melaksanakan transformasi yang diperkenalkan untuk
melonjakkan negara ke tahap negara maju berpendapatan tinggi menjadi
kenyataan. Setiap rakyat Malaysia adalah agen kepada kejayaan pelaksanaan
program transformasi ini. Semua pihak mesti komited dan konsisten terlibat sama
menjayakannya. Kita tidak boleh bersifat pasif. Tunggu, lihat dan berpeluk tubuh saja
dengan mengharapkan kerajaan mengagihkan kekayaan dan kemakmuran secara
percuma, sia-sialah hidup kita. Setiap daripada kita mesti menyoal diri apakah
perubahan yang perlu kita lakukan dan apakah peranan serta sumbangan kita?
564
Yang Berhormat Dato’ Speaker, suntikan semangat dan penerimaan rakyat terhadap
pendekatan 1Malaysia serta Pelan transformasi yang telah banyak membuahkan
kejayaan rupa-rupanya telah membuatkan segolongan pihak terutamanya
pembangkang dan konco-konconya menggelabah tak tentu arah. Ianya merupakan
tamparan baru dan amat menggelisahkan mereka. Mereka tak henti-henti mencari
jalan dan helah untuk memburukkan kerajaan dengan pelbagai kerenah dan reaksi
negatif dengan tujuan memperlekeh dan melemahkan kerajaan. Mereka cari jalan
pintas, menanam dan menyebarkan kebencian dengan memutar belit pelbagai isu
sensitif, mengaburi rakyat dengan pelbagai persepsi songsang, mencipta, mereka dan
menyemai kebencian dengan kaedah matlamat menghalalkan cara. Mereka ini
puak-puak pembangkang dan konco-konconya tak habis-habis cuba menghuru-
harakan keadaan dan memporak-peranda suasana dengan memperjudikan
keamanan dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat. Matlamat mereka untuk
mengambil alih kuasa dengan apa cara sekalipun. Kerajaan hendaklah bertegas
dalam menangani kumpulan ini. Jangan teragak-agak. Jangan takut ambil tindakan
terhadap anasir jahat yang boleh melumpuhkan negara. Tak perlu lagi berlembut dan
berkompromi dengan mereka. Gunakan kuasa yang ada. Gunakan ISA, cekup dan
sumbat sahaja.
Oleh itu, Bukit Naning mengesyorkan supaya Dewan yang bersidang pada pagi ini
mengambil ketetapan mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi Bersih 2. (Dewan
bertepuk). Dan kita berdiri di belakang kerajaan supaya mengambil tindakan tegas
dan gunakan kuasa yang ada terhadap peneraju dan dalang yang mengancam
keamanan dan ketenteraman negara. Sekian, salam 1Malaysia, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam. Yang Berhormat Datuk Munusamy a/l
Mareemuthu, jemput.
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Selamat pagi, salam sejahtera, salam
1Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengutarakan
ucapan penangguhan di Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seperti sedia maklum tentang setiap dasar dan teras
perjuangan yang digarap oleh kepimpinan terdahulu dan kekal konsisten sehingga
Malaysia angkat sebagai model negara berbilang kaum yang paling dinamik dan
harmoni. Kemampuan ini adalah berpunca daripada kebijaksanaan kepimpinan
kerajaan Barisan Nasional dalam urusan pentadbiran serta membela kebajikan rakyat
secara menyeluruh. Hal ini dibuktikan melalui perkhidmatan kesihatan awam dan
peluang pendidikan sama rata kepada semua warga. Ini perkukuhkan lagi dengan
pengenalan Gagasan 1Malaysia oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
Malaysia semasa mengambil tampuk kepimpinan negara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan Barisan Nasional semenjak merdeka telah
mempraktikkan bantuan kebajikan secara terus-menerus melalui Jabatan Kebajikan
dan lain-lain agensi kerajaan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Subsidi
bagi petrol dan barangan keperluan juga diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional
untuk meringankan beban masyarakat Malaysia. Oleh itu, kebajikan bukanlah baru
seperti diwar-warkan oleh pihak parti pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat
565
Malaysia dengan slogan-slogan seperti ini. Saya percaya rakyat negara kita lebih
faham taktik-taktik parti ini dan tidak akan dipengaruhi dengan mudahnya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan telah menyediakan beberapa Projek
Perumahan Rakyat Termiskin di beberapa kawasan untuk menempatkan semula
penduduk setinggan dan miskin. Projek ini yang lebih dikenali sebagai PPRT, menjadi
transit kepada golongan ini dan mereka perlu berpindah ke rumah yang lebih selesa
iaitu rumah-rumah kos rendah dan sederhana apabila keadaan mereka bertambah
baik. Dengan itu, lebih ramai lagi penduduk di kawasan setinggan dan mereka yang
menyewa dapat di naik taraf melalui skim perpindahan yang sedemikian. Terdapat
juga satu skim di Taman Cendana dalam kawasan saya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, namun apa yang berlaku adalah penduduk-
penduduk rumah transit ini menjadikan rumah-rumah berkenaan sebagai rumah
memiliki kekal. Kadar sewa yang sangat minima berbanding prasarana yang
disediakan telah mengaburi mata dan hati mereka. Pelbagai gejala sosial dan
masalah kemasyarakatan turut dicatatkan berpunca dari masyarakat atau penduduk
dari kawasan perumahan jenis seperti ini.
Justeru itu, saya merasakan bahawa kerajaan perlu mengambil serius bukan sahaja
mengehadkan pembinaan rumah transit di kawasan-kawasan yang sedang
membangun di bandar tetapi juga mengusahakan penyelesaian kepada masalah
pemilikan rumah kepada golongan miskin dan ingkar ini. Ini bukan, ini bagi
menggalakkan sikap lebih bertanggungjawab di kalangan masyarakat dan
membantu negeri mereka keluar dari kepompong isu sosial dan menular hebat. Saya
juga mencadangkan agar rumah-rumah PPRT atau rumah transit ini dibuka dijadikan
sebagai tawaran sewa beli kepada penyewa yang berminat, khas di Taman
Cendana, Pasir Gudang. Ini akan menimbulkan sikap keempunyaan atau sense of
belonging, dengan izin di kalangan penyewa berkenaan. Sehubungan dengan itu,
rasa pertanggungjawaban akan mencegah penularan vandalisme dan pelbagai jenis
gejala sosial yang lain.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kini penyakit buah pinggang semakin bertambah.
Dan pesakit yang memerlukan rawatan dialisis makin hari makin bertambah juga.
Hospital-hospital kerajaan tidak mampu memberi kemudahan rawatan dialisis ini di
pusat-pusat swasta yang mengenakan bayaran yang tinggi. Selain daripada itu,
beberapa pihak persatuan dan badan-badan amal seperti Kelab Lion, Kelab Rotary,
Klinik Wakaf serta yayasan-yayasan lain juga memberi perkhidmatan ini dengan kos
yang rendah. Tetapi, ramai pesakit tidak mendapat peluang untuk melayari
perkhidmatan di pusat-pusat ini kerana tidak boleh menampung penambahan
pesakit. Oleh itu, mereka terpaksa mengunjungi pusat-pusat swasta dengan
membayar kos yang tinggi.
Kerajaan menyediakan bantuan subsidi melalui pelbagai yayasan dan tabung seperti
Yayasan Kebajikan Negara. Tetapi subsidi ini hanya diberikan kepada pesakit yang
mendapat rawatan dari pusat-pusat yang diuruskan oleh badan-badan amal dan
persatuan. Manakala mereka yang membayar kos tinggi di pusat-pusat swasta tidak
boleh memohon subsidi ini. Saya bercadang supaya kerajaan memberi subsidi
kepada pesakit yang kurang mampu yang mendapat rawatan di pusat-pusat swasta
untuk meringankan beban mereka.
566
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya akhiri, saya cuma ingin memaklumkan
dalam Dewan yang mulia ini khususnya kepada ADUN Tanjung Surat bahawa
masyarakat India bukanlah yang cakap belit-belit atau…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, ni mana ada dalam teks ucapan? Takde tak
boleh, ada dalam teks Yang Berhormat? Dia bukan cerita sikit sahaja, takde tak boleh
cakap. Ini ucapan penangguhan sahaja. Habis.
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Terima kasih, saya akan
sambungkanlah minggu hadapan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, tahun depan.
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Ataupun dalam Persidangan depan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, tu.
Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Akhir kata, sesungguhnya kita perlu
berbangga menjadi rakyat Malaysia. Malaysia adalah negara kita, lambang maruah
dan kedaulatan kita. Turun naik, jatuh bangun, maju mundur negara ini hanya kita
yang menentukan. Kita harus berusaha untuk memastikan bahawa masa depan
negara kita akan hanya di corak dan diwarnakan oleh setiap warga yang
berwawasan dan bukan yang berkepentingan. Sekali lagi saya ingin ucap ribuan
terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker yang telah memberi ruang
kepada saya untuk menyampaikan ucapan penangguhan ini. Sekian, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Ng See Tiong, jemput.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Salam bahagia, selamat sejahtera, salam
1Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kerana sekali lagi saya dipilih untuk menyertai ucapan
penangguhan di Dewan yang mulia ini. Saya faham dan percaya berkemungkinan
ada dua atau tiga ADUN daripada parti Pembangkang pasti merasa tidak syok dan
tersinggung…
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Peraturan Dato’ Speaker.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Bila dengar ucapan saya…
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Fasal 45...
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, kejap.
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Membangkitkan sangkaan-sangkaan yang
peribadi terhadap ADUN-ADUN yang lain.
Y.B. Dato’ Speaker : Sangka tak baiklah pada ADUN. (Dewan ketawa).
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, tak boleh
sangka, saya agak..
567
Y.B. Dato’ Speaker : Dia pun agak pun tak boleh.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa boleh buat,
suka tak suka, mahu tak mahu, ya tak ya, mereka juga terpaksa duduk dan dengar.
Mengikut kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan, saya dapat menganalisakan
perbezaan tempoh Persidangan Dewan di antara PRU, Pilihan Raya Umum ke-11 dan
PRU ke-12. Pada pendapat saya, ada pembangkang, bukannya tak baik, tetapi Yang
Berhormat Dato’ Speaker, kalau tak ada lagi baik. (Dewan bertepuk). Pada PRU ke-
11, Persidangan Dewan Negeri Johor hanya ada seorang ADUN Pembangkang. Dan
beliau menyanyi lagu, sentiasa mengikut rentak lagu ADUN Barisan Nasional. Semua
ADUN dapat sama-sama menjayakan Persidangan Dewan sebaik-baiknya demi
kepentingan rakyat seperti berikut:-
1. Suasana Dewan lebih selesa dan seronok. Ini PRU 11 lah, penggal yang lepas.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, baca ikut teks ya, dia bukan boleh ulas, ya.
Ha’ah.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Ya...
2. ADUN dapat menggunakan masa secukup-cukupnya untuk membangkitkan
dan membahaskan permasalahan-permasalahan rakyat.
3. Saling hormat-menghormati di antara ADUN.
4. Semua ADUN patuhi Peraturan Tetap Dewan Negeri Johor dengan penuh
disiplin.
5. Tiada kacau ganggu yang tidak munasabah.
6. Tidak membangkitkan isu yang menimbulkan ketidakpuasan hatian dan
kesalahfahaman.
7. Tiada sikap menunjukkan keperwiraan atau keheroan.
8. Tiada ADUN cuba mengeksploitkan isu-isu untuk publisiti murahan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, dia bercakap
sebegini sebenarnya beliau yang kejar publisiti murahan, sebenarnya.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dato’ Speaker kena ini, masa dia sudah…
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah. Takpelah, saya kira tu.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang saya cakap tu benarlah.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, setengah minit, saya reservekan.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya saya
ingin menganalisakan pandangan terhadap keadaan suasana tempoh Persidangan
Dewan PRU ke-12 selepas 8 Mac 2008, selama tiga tahun kebelakangan ini.
1. Walaupun ADUN daripada Parti Pembangkang tak berapa orang, tetapi oleh
kerana ada di antara mereka ini sentiasa suka mainkan isu secara bukan-bukan
untuk publisiti sendiri, maka kadang-kala suasana Dewan jadi kecoh.
568
2. ADUN yang berniat hendak jadi popular, tak payah buat apa-apa kerja pun.
Peranan utama mereka hanya mencari peluang untuk bertengkar sahaja.
3. Kadang-kala mereka menunjukkan sikap degil dan cuba mencabar secara
keras kepala dengan penuh harapan supaya mereka akan diperintah keluar
dari Dewan oleh Dato’ Speaker.
4. Komen mereka seumpama, ‘Kuman seberang laut tak nampak…
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,..
Y.B. Dato’ Speaker : Ya.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol): Adakah dia ikut teks baca.
Y.B. Dato’ Speaker : Ikut.
Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol): Sebab perintah keluar baru berlaku semalam.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, itu…
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai): Adakah dia sudah tahu? Tidak mematuhi
peraturan.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Sebab, ini saya hantar 16 Jun...
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Sebenarnya, ikut teks tak dia?
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dato’ Speaker, tengok saya punya surat semua
original.
Y.B. Dato’ Speaker : Tak, dia, dia…
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Macam dia sudah tahu semalam diperintah
keluar, dia..
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Bentayan…
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Di lain tempat…
Y.B. Dato’ Speaker : Sekejap, sekejap
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Saya gunakan sebagai contoh Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Bentayan dia hantar ni, dia bukan cerita yang
semalam kena keluar. Dia secara umum dan dihantar ni sebelum apa, Persidangan
Dewan ya, dia sebut aje nak keluar Dewan, dia cerita biasalah.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Adakah sebelum ni Pembangkang
diarahkan keluar?
Y.B. Dato’ Speaker : Tak kisahlah, dia sebut, dia mungkin, dia tak tuju Dewan ini.
569
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dato’ Speaker, tujuan mereka betul, tapi
semalam sudah capai.
Y.B. Dato’ Speaker : Oklah. (Dewan ketawa). Ok, terus lagi, nak dekat habis.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Sikit lagi Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Saya sudah keliru ni. ‘Kuman seberang lautan
nampak, gajah di bibir mata tidak kelihatan’. Dan mereka sentiasa, ‘Rumah siap,
pahat berbunyi’.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita amat bernasib baik kerana keadaan Persidangan
Dewan Negeri Johor dapat dikawal dengan baik, walaupun kacau ganggu sentiasa
ada dan pihak tertentu pasti menunggu peluang untuk menangkap sesuatu isu supaya
dapat diletupkan dan menggentarkan Dewan.
Y.B. Dato’ Speaker : Wow! Hebatlah.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Tetapi, matlamat mereka tidak tercapai oleh
kerana Negeri Johor mempunyai seorang Speaker, bagi panjang masa sikit Dato’…
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, tak boleh, tak boleh. Apa dia?
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang berkaliber dan berpenuh pengalaman
serta dapat menggunakan kebijaksanaan beliau untuk mengatasi masalah semasa
Persidangan Dewan dijalankan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ok, ok Yang Berhormat.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Y.B. Dato’ Speaker : Ada lagi cerita Speaker yang baik?
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Ada sikit, sikit baik. (Dewan ketawa).
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ok, ok.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Kerajaan Barisan Nasional Negeri Johor di
bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor telah memberi
segala bantuan kepada golongan yang memerlukannya dan program turun padang
Yang Amat Berhormat telah juga membuktikan komitmen dan keprihatinan Kerajaan
Negeri dalam menangani masalah rakyat. Saya mengambil kesempatan ini berterima
kasih dan menghargai sumbangan kerajaan kepada golongan yang memerlukan
bantuan seperti berikut:-
1. Pada awal tahun ini, Kerajaan Negeri telah memberi wang ihsan sebanyak
RM500.00 kepada setiap keluarga mangsa banjir.
2. Kerajaan juga telah memberi sumbangan bantuan untuk membaik pulih rumah
yang sudah uzur.
570
3. Kerajaan menyumbangkan wang bantuan kepada ibu tunggal seorang
RM100.00 sehingga RM450.00 sebulan.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, apasal ibu tunggal yang kuat sangat? (Dewan
ketawa).
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Nanti, nanti, cerita dia ada di belakang.
Y.B. Dato’ Speaker : Hmm..
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Ini belum sampai cerita yang sebenar saya nak
ceritakan.
Y.B. Dato’ Speaker : Hei, takde, nanti kat luar. Ini Dewan dah nak habis. Lagi satu
minit.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : 4. Memberi wang bantuan kepada warga tua,
seorang RM300.00 sebulan.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, tang orang tua, perlahan aje.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : 5. Memberi wang bantuan kepada OKU,
seorang RM150.00 hingga RM300.00 sebulan.
Begitu saja hanya serba sedikit sumbangan yang saya sudi sebutkan untuk makluman
Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau hendak sebutkan semua,
ambil masa sebulan pun tak dapat habiskan list sumbangan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, selepas 8 Mac, dalam tempoh 3 tahun, kejayaan
Kerajaan DAP Pulau Pinang yang paling popular dan handal sekali, sehingga sedunia
tahu dan memperkatakannya dan setiap anggota DAP juga rasa amat bangga sekali
dan cukup menghebohkannya ialah Kerajaan Pulau Pinang sanggup memberi wang
sagu hati kepada warga tua seorang RM100.00 setahun. Yang Berhormat Dato’
Speaker,...
Y.B. Dato’ Speaker : Seminit lagi.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Seorang warga emas, setahun dapat menerima
RM100.00, jadi sebulan, RM8.33 Yang Berhormat Dato’ Speaker. (Dewan bertepuk).
Makan bubur kosong pun tidak cukup. (Dewan bertepuk).
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada hakikatnya
Negeri Johor tak sanggup berbuat sedemikian.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Ini, ilmu hisab, kalau kira-kira, saya pun …
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ok.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Bahagi-bahagi RM8.33.
571
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ikut teks.
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Tadi… (Dewan ketawa). Tetapi berita ini telah
diheboh-hebohkan seumpama seorang warga emas dapat menerima RM1 juta
setahun. Inilah, masuk bakul, angkat sendiri. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan
Negeri Johor seperti penyu, bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap.
Y.B. Dato’ Speaker : Hmm. Yalah. (Dewan ketawa)
Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Kerajaan Pulau Pinang seperti ayam. Bertelur
sebiji, riuh-rendah sekampung. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk).
Y.B. Dato’ Speaker : Eh, Yang Berhormat, pendek benar. Pendek, ha… Saya baru
perasan, kenapa Yang Berhormat Parit Yaani cakap berapi-berapi, berdegar-degar,
rupanya orang kuat dia ada kat atas sana. (Dewan ketawa). Dengan anak pula tu,
yalah, nasib.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum Persidangan ditangguhkan, ni ada jamuan makan
tengah hari. Jamuan makan tengah hari dengan buah-buahan ya. Buah durian ada,
buah-buah lain semua macam-macam buah, difahamkan ada di Laman Bunga
Rampai, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. Sebelah bawah sekali ada khemah ya.
Maka dengan ini dijemput semua Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan,
pemerhati, pemberita, semua yang ada, semua yang dengar ucapan saya dijemput
ke jamuan makan tengah hari.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga satu tarikh yang
akan ditetapkan kemudian.
Persidangan ditangguhkan pada jam 12:05 tengah hari.
572
PEGAWAI-PEGAWAI BERTUGAS:
Jurutulis
Tuan Haji Mohd. Halim bin Hasbullah
Penolong Jurutulis
Cik Shubanah binti Yusuf
Kordinator
Encik Abdul Rahman bin Mohd. Yusof
Setiausaha Pejabat
Puan Asiah binti Moklis
Pembantu Penerbitan
Puan Malina binti Mohd. Nasir
Puan Noraisah binti Mohd. Yusof
Encik Ariff bin Abu Bakar
Pembantu Tadbir
Puan Hanita binti Mohamed
Pembantu Am Pejabat
Encik Razine bin Sulaiman
Encik Mohd. Hassan bin Jamian
Encik Norhayadi bin Hussien
Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi
Encik Mohd. Norazri bin Kasim
Encik Mohamad Ilyasa bin Abd. Jalil
Setiausaha Pejabat
Puan Azlin binti Bahrin
Pejabat Pengarah Kerja Raya Negeri Johor
Puan Saniah Kassim
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor
Puan Junaidah binti Paing
Pejabat Pengarah Perancang Bandar dan
Desa Negeri Johor
573
Puan Zahiti binti Muhammad Hamdi
Pejabat SUKJ Cawangan Kerajaan Tempatan
Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak
Pejabat Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran
Puan Rumiah binti Semirono
Pejabat SUKJ Cawangan Perumahan
Puan Fareza binti Musa
Pejabat Pengarah Perhutanan Negeri Johor
Puan Nurzamila binti Sapie
Pejabat Bendahari Negeri Johor
Puan Nurul Ain binti Zainal Abidin
Pejabat Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Johor
Puan Haironisha binti Zainal Abidin
Pejabat Setiausaha Politik
Kepada Y.A.B. Menteri Besar Johor
Puan Norliza binti Md. Aris
Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor
Puan Noor Dalilah binti Dahalan
Pejabat Timb. Pengarah (Operasi)
Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Cik Nurul Ain binti Mahmadi
Pejabat Pengarah Taman Negara Negeri Johor
Puan Aida binti Idris
Pejabat Daerah Johor Bahru
Puan Noraisah binti Abu Hassan
Pejabat SUKJ Audit Dalam
Puan Nur Adeliah binti Abidi
Pejabat Pengarah BAKAJ Negeri Johor
Puan Zakiah binti Abd. Wahab
Pejabat Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor
Puan Norhafizah binti Osman
Pejabat Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor
Puan Sarimah binti Said
Pejabat Tanah dan Galian Johor
574
Puan Sharifah Nur Asyikin binti Syed Omar
Pejabat Pengarah ICT Negeri Johor
Puan Norazilawati binti Masri
Pejabat Pentadbir Tanah Daerah Johor Bahru
Puan Rahimah binti Akbar
Pejabat Y.B. Speaker Dewan Negeri Johor
Puan Liza Noor Asyikin binti Abd. Halim
Pejabat Tanah dan Galian Johor
Noorhidayuwati binti Bashirahmad
Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Johor
Puan Fakhrinnazia binti Fuad
Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor
Puan Norwahidah binti Elias
Pejabat Setiausaha Kepada Jawankuasa-Jawatankuasa
Rakaman
Encik Abdul Rahman bin Elias
Jabatan Penerangan Negeri Johor
Encik Nor Risam bin Esa
Jabatan Penerangan Negeri Johor
PEJABAT DEWAN NEGERI
JOHOR
10 Ogos 2011