Post on 16-Apr-2018
SULIT DISEMBER 2014/SET A/MPU3123
PEPERIKSAAN AKHIR
ARAHAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN:
1. Kertas soalan ini mengandungi DUA (2) BAHAGIAN: BAHAGIAN A (5 Soalan) BAHAGIAN B (3 Soalan)
2. Jawab SEMUA soalan BAHAGIAN A dan jawab DUA (2) soalan BAHAGIAN B di buku jawapan yang disediakan.
3. Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam dewan peperiksaan kecuali dengan kebenaran pengawas peperiksaan.
4. Sila jawab soalan dengan menggunakan pen mata bulat (ball-point pen).
NO. K/P : ____________________________________________ NO KAD PELAJAR : ____________________________________________ PENSYARAH : ____________________________________________ SEKSYEN : ____________________________________________
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHUKertas soalan ini mengandungi 4 muka surat bercetak termasuk muka hadapan
SULIT
KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
KOD KURSUS : MPU 3123
TEMPOH : 3 JAM
SULIT DISEMBER 2014/SET A/MPU3123
BAHAGIAN A (SOALAN STRUKTUR)
Arahan: Jawab SEMUA soalan di buku jawapan yang disediakan.
1. Sumber-sumber tamadun Islam berbeza dengan sumber-sumber dalam tamadun-tamadun
lain. Nyatakan EMPAT(4) sumber tamadun Islam.
(4 markah)
2. Salah satu manifestasi syariah dalam ketamadunan Islam ialah memelihara maruah atau
kehormatan. Kemukakan EMPAT(4) contoh memelihara maruah atau kehormatan seperti
yang dianjurkan dalam Islam.
(4 markah)
3. Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah mencorak satu tamadun Melayu baharu termasuk
dalam bidang keintelektualan dan persuratan. Kemukakan EMPAT(4) karya yang telah
dihasilkan pada kesultanan Melayu Islam.
(4 markah)
4. Menurut kepercayaan Buddha, seseorang itu boleh capai kemuliaan (nirvana) jika
mengamalkan ‘Lapan Jalan Mulia’. Senaraikan EMPAT(4) antara ‘Lapan Jalan Mulia’
tersebut.
(4 markah)
5. Konsep Tian dalam tamadun Cina telah wujud sejak zaman dinasti Zhou. Konsep Tian
merujuk kepada empat fahaman utama. Nyatakan
(4 markah)
2 SULIT
SULIT DISEMBER 2014/SET A/MPU3123
(JUMLAH: 20 MARKAH)
BAHAGIAN B (SOALAN ESEI)
Arahan: Jawab DUA soalan sahaja dan jawab di buku jawapan yang disediakan.
Soalan 1
a. Akidah, syariah dan akhlak merupakan asas penting dalam pembinaan tamadun Islam.
Bincangkan.
(10 markah)
b. Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah mencorak pandangan semesta tamadun
Melayu. Huraikan EMPAT(4) antara pandangan semesta tersebut.
(10 markah)
Soalan 2
a. Terdapat empat agama utama yang wujud dalam ketamadunan India. Setiap agama
tersebut mempunyai ajaran-ajaran tersendiri yang perlu dipatuhi oleh penganutnya.
Bincangkan.
(10 markah)
b. Kemunculan pelbagai falsafah dalam tamadun Cina telah mempengaruhi dan mencorak
kehidupan masyarakat Cina. Huraikan EMPAT(4) antara aliran falsafah tersebut.
(10 markah)
3 SULIT
SULIT DISEMBER 2014/SET A/MPU3123
Soalan 3
Tamadun Barat kini dilihat sebagai tamadun yang mengancam tamadun Islam dan tamadun
Asia dalam pelbagai aspek. Huraikan implikasi pendominasian tamadun Barat dalam aspek
budaya, politik, ekonomi dan media.
(20 markah)
(JUMLAH: 40 MARKAH)
KERTAS TAMAT
4 SULIT