Post on 13-Jan-2017
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA DISEMBER 2016
TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA
DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
6 DISEMBER 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Rosnah binti
Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Puan Hasnah binti
Hussin
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia dan Salam 1Kimia.
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah kurniaNya, dapat kita bersama-
4
sama dalam Majlis Perhimpunan
Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu
Pejabat bagi bulan Disember 2016
pada pagi yang berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah dan warga kerja Bahagian
Forensik kerana telah mengatur dan
menganjurkan Majlis Perhimpunan
Bulanan kita pada pagi ini dengan baik
sekali.
5
Tuan/Puan,
[PERSARAAN]
3. Untuk makluman semua, warga Kimia
berikut akan bersara pada bulan
Disember 2016 ini:
Puan Norsiah binti Mohd Rashid
(C26, kader di Jabatan Pertanian
KL) pada 15 Disember
Encik Shafii bin Hamid (C27, kader
di Bomba Terengganu) pada 18
Disember
6
Encik Muhamad Roslan bin Jaafar
(C26(M), Bahagian Forensik, HQ)
pada 26 Disember
Puan Puziyah Binti Basiran (C26,
kader di Jabatan Pertanian
Selangor) pada 27 Disember
4. Terima kasih atas jasa bakti dan
sumbangan tuan/puan pada Jabatan
Kimia Malaysia selama ini.
7
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[LARANGAN MENYERTAI
PERHIMPUNAN HARAM]
5. Larangan terlibat dalam perhimpunan
haram dan gerakan yang mengancam
keselamatan negara bagi seluruh
penjawat awam termasuk kakitangan
Jabatan Kimia Malaysia. Larangan ini
meliputi:
penglibatan secara aktif di luar
masa bekerja dengan menyertai
apa - apa bentuk gerakan atau
8
perhimpunan haram yang
dianjurkan oleh mana - mana pihak;
menggunakan masa pejabat dan
meninggalkan pejabat untuk
melihat dan menyertai gerakan
atau perhimpunan haram; dan
menggunakan peralatan pejabat
seperti mesin cetak, mesin
penyalin, komputer untuk mencetak
dan mengedar risalah berkaitan
dengan apa - apa gerakan atau
perhimpunan haram.
9
6. Kakitangan Jabatan Kimia yang
terlibat dengan mana - mana
perhimpunan haram atau sebarang
gerakan yang boleh mengancam
keselamatan negara boleh disabitkan
kesalahan di bawah peraturan berikut:
Peraturan 4 (91), Peraturan-
Peraturan Pengawai Awam
(kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu
seseorang pegawai perlu setiap
masa memberi taat setianya
kepada Yang di-Pertuan Agong dan
Kerajaan;
10
Peraturan 4(2)(a),(b) dan (c),
Peraturan yang sama iaitu pegawai
awam tidak boleh
membelakangkan tugas awamnya
atau berlakuan dengan apa - apa
cara yang mungkin menyebabkan
syak yang munasabah bahawa
mereka telah membiarkan
kepentingan peribadinya
bercanggah dengan tugas
awamnya sehingga menjejaskan
kebergunaannya sebagai pegawai
awam; dan
11
Peraturan 21(1) dan (2), Peraturan
yang sama iaitu penglibatan
pegawai awam dalam politik di
mana Pegawai Kumpulan
Pengurusan Tertinggi dan
Kumpulan Pengurusan dan
Profesional dilarang sama sekali
mengambil bahagian dalam politik
manakala Kumpulan Sokongan
hanya boleh memegang jawatan
dalam parti politik setelah
mendapat kelulusan bertulis dari
Ketua Pengarah Perkhidmatan
12
Awam atau Ketua Setiausaha
Kementerian.
7. Larangan dan ketiga-tiga peraturan di
atas bertujuan untuk mempertahankan
prinsip ‘neutrality’ dan ‘impartiality’
dalam perkhidmatan awam. Warga
Jabatan Kimia Malaysia hendaklah
melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan
untuk memberi perkhidmatan kepada
orang awam. Di samping itu, larangan
dan peraturan di atas juga
berlandaskan konsep integriti bagi
13
memastikan perkhidmatan awam
benar-benar merupakan perkhidmatan
yang stabil serta berkecuali terhadap
mana-mana pihak, kumpulan,
termasuk gerakan, fahaman dan parti
politik.
8. Saya harap agar perkongsian input ini
dapat memberi peringatan kepada
seluruh warga Jabatan Kimia Malaysia
agar tidak mencemarkan nama baik
Jabatan dan Perkhidmatan Awam
secara amnya.
14
[LAWATAN KERJA KSU MOSTI]
9. Seperti semua sedia maklum, YBhg.
Dato’ Dr. Mohd. Azhar bin Haji
Yahaya, Ketua Setiausaha
Kementerian Sains, Teknologi &
Inovasi MOSTI telah mengadakan
lawatan kerja ke Jabatan Kimia
Malaysia, Ibu Pejabat pada 16
November yang lepas.
10. YBhg. Dato’ KSU sempat melawat 3
makmal iaitu Makmal DNA, Makmal
15
CWC serta Makmal Alam Sekitar
dalam sesi lawatan tersebut.
[LAWATAN KERJA KP KIMIA KE JKMC
SABAH]
11. Saya sendiri turut mengadakan
lawatan kerja ke JKMC Sabah pada
14 November yang lepas.
12. Dalam lawatan ini, saya dapat melihat
sendiri keadaan cawangan dan
beramah mesra dengan kakitangan
Kimia Sabah. Lawatan ini juga
membolehkan sistem terbuka
16
dijalankan, sebagai contoh, ruang
diberi kepada semua warga Kimia
untuk bersua muka dan memberi idea
atau menyatakan sebarang masalah
terus kepada saya.
[PERJUMPAAN KP BERSAMA PEGAWAI
SAINS GRED C41-C44]
13. Pada hari Jumaat lepas (2 Disember),
saya telah mengadakan perjumpaan
dengan para Pegawai Sains Gred C41
– C44 di Ibu Pejabat. Seramai 126
orang pegawai sains (dari 176 orang
17
keseluruhannya) hadir dalam
perjumpaan ini.
14. Tujuan perjumpaan ini diadakan
adalah sebagai platform untuk saya
untuk mengenali para pegawai saya
dengan lebih dekat. Ianya juga
bertepatan dengan saranan KSN
supaya semua ketua jabatan turun
padang untuk melihat dan mendengar
sendiri keadaan serta permasalahan
kakitangan masing-masing ke arah
memberi perkhidmatan terbaik kepada
rakyat. Langkah ini juga bertujuan
18
menjaga kebajikan penjawat awam
dalam melaksanakan tugas.
[MALAM KIMIA]
15. Institut Kimia Malaysia (IKM) telah
mengadakan Malam Kimia 2016 pada
2 Disember lepas di Eastin Hotel,
Petaling Jaya.
16. Saya ingin mengucapkan tahniah
kepada JKMC Terengganu yang telah
berjaya menerima “IKM Laboratory
Excellence Award” pada majlis
tersebut.
19
17. Pada majlis tersebut juga, saya telah
menerima perlantikan sebagai ‘Fellow’
Institut Kimia Malaysia.
[MALAM MESRA KIMIA]
18. Untuk makluman semua, “Kimia Night”
yang dianjurkan Kelab Kimia Melaka
telah diadakan di Hotel Wana
Riverside, Melaka pada 26 November
2016 yang lepas. Syabas buat Kelab
Kimia Melaka.
19. Di Ibu Pejabat pula, Kelab Sukan dan
Kebajikan akan mengadakan Majlis
20
Malam Mesra Kimia 2016 pada 9
Disember 2016 (Jumaat) akan datang
di Kelab Golf Perkhidmatan Awam
(KGPA) Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Majlis yang bertemakan 'KIMIA:
IMBAUAN MENGGAMIT KENANGAN'
ini bakal berlangsung dari pukul 7.30
hingga 11.00 malam.
20. Saya menyeru agar semua warga
Kimia untuk hadir bagi memeriahkan
majlis tersebut.
21
Tuan/Puan yang dihormati sekalian, [SUCCESS STORY : KES PERTUKARAN
MAYAT DI PULAU PINANG]
21. Seperti semua sedia maklum, pada
bulan lepas, suatu kes hangat
mengenai pertukaran mayat yang
tidak disengajakan telah berlaku di
Pulau Pinang.
22. Ternyata slogan “Kami Sebahagian
Daripada Hidup Anda” amat tepat
sekali. Perkhidmatan analisis DNA
Forensik yang dijalankan oleh JKMC
Pulau Pinang telah berjaya membantu
22
pihak keluarga yang terlibat dalam
pengenalpastian identiti bagi
merungkai kes pertukaran tersebut.
23. Syabas buat semua warga JKMC
Pulau Pinang yang terlibat.
PENUTUP – CUTI PANJANG
24. Sebelum saya akhiri ucapan ini, saya
ingin mengucapkan selamat panjang
umur dan murah rezeki kepada warga
KIMIA yang menyambut ulangtahun
kelahiran pada bulan Disember ini.
23
25. Pada minggu hadapan juga kita akan
bercuti panjang bersempena dengan
Hari Keputeraan DYMM Sultan
Selangor (11 Disember / Ahad) dan
Maulidur Rasul (12 Disember / Isnin).
Saya jangka ramai yang akan bercuti
panjang untuk balik ke kampung atau
bercuti bersama keluarga. Suka saya
ingatkan agar semua berhati-hati
semasa memandu dan ingatlah insan
tersayang.
24
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.