Post on 31-Jan-2018
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Pengisian Markah PAJSK untuk murid Tahun 4 dan 5
sahaja pada tahun 2015.
UMUM
Pemberian Markah Pencapaian diperluaskan ke tempat
keempat (5 markah) dan kelima (4 markah) di peringkat
sekolah tetapi hanya untuk acara individu sahaja ( tidak
melibatkan acara pasukan).
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Penyertaan dan pencapaian yang tertinggi sahaja yang
perlu direkodkan dalam sistem.
UMUM
Laporan PAJSK hendaklah dicetak oleh guru tingkatan.
Laporan PAJSK disahkan oleh Tuan Pengetua/Guru
Besar
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Semua salinan bukti/eviden penglibatan dan
pencapaian murid perlu disimpan sekurang-kurangnya 6
bulan dari tarikh pengumuman keputusan.
UMUM
Sebarang bantahan boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan
selepas pengumuman keputusan.
PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
Pihak sekolah perlu sentiasa:
i. kemas kini data SPS-APDM;
ii. memastikan murid yang berpindah masuk membawa
markah kokurikulum daripada sekolah asal.
iii. pihak sekolah perlu menyediakan maklumat yang
sama untuk murid yang berpindah keluar.
UMUM
PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
Pihak sekolah perlu mencetak 2 (dua) salinan
pelaporan. Bagi tujuan:
i. Salinan pertama kepada murid/Ibu Bapa.
ii. Salinan kedua untuk simpanan sekolah.
UMUM
Salinan ‘softcopy’ adalah perlu sebagai simpanan rekod
dan tujuan lain selanjutnya.
PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
Semua acara sukan di bawah kendalian Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan anjuran
persatuan.
SUKAN & PERMAINAN
Peringkat :
i. Bagi kemasukan markah dalam ruangan penglibatan,
markah yang diambil kira bermula dari peringkat daerah
hingga ke peringkat antarabangsa.
PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
SUKAN & PERMAINAN
ii. Pencapaian di peringkat sekolah tidak perlu
direkodkan di ruangan ini.
iii. Kategori Penglibatan 1 dan 2 perlu disertakan sijil
sebagai bukti penyertaan; dan
iv. Kategori Penglibatan 3 perlu disahkan oleh penganjur
atau pengurusan sekolah.
PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
SUKAN & PERMAINAN
Tahap Pencapaian:
Sijil Pencapaian adalah maklumat rasmi bagi keesahan
tahap pencapaian (salinan sijil perlu disertakan
bersama).
PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
SUKAN & PERMAINAN
Kehadiran murid dalam aktiviti berikut tidak
dikira/dianggap hadir dalam aktiviti kokurikulum sukan:
i. Sukan Tahunan
ii. Merentas Desa
iii. Sukan Tara
iv. Latihan Rumah Sukan
** Walau bagaimanapun pencapaian dalam Sukan
Tahunan dan Merentas Desa dikira dalam Tahap
Pencapaian dan Khidmat Sumbangan.
PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
SUKAN & PERMAINAN
Komitmen:
i. Bagi ruangan komitmen, markah yang boleh diambil
kira adalah 4 (empat) daripada pilihan yang diberikan
sahaja.
ii. Pemilihan adalah merujuk kepada kehadiran dan minat
murid melaksanakan tugasan yang diberikan semasa
perjumpaan.
PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
SUKAN & PERMAINAN
Khidmat Sumbangan:
i. Ruangan khidmat sumbangan ini adalah penglibatan
bagi peringkat sekolah sahaja.
PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
EKSTRA KURIKULUM
Pengiraan markah Ekstra Kurikulum adalah berdasarkan
pada mana-mana markah yang tertinggi daripada 5
(LIMA) elemen
Ruangan Khidmat Masyarakat terdiri daripada 7 aktiviti
yang boleh ditandakan semua merujuk kepada aktiviti
yang telah dilaksanakan (tidak termasuk aktiviti dalam
kelab persatuan, badan beruniform, dan sukan
permainan)
PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
EKSTRA KURIKULUM
Semua aktiviti akademik seperti latihan, teknik
menjawab soalan, kem kecemerlangan akademik, kem
motivasi, kelas tambahan, dan lain-lain aktiviti akademik
tidak diiktiraf sebagai aktiviti ekstra kurikulum.
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang
diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kebenaran dan
kelulusan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK),
KPM .
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT ANTARABANGSA
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang
diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi
bukan kerajaan (NGO)/kumpulan/individu dengan syarat
mendapat kelulusan bertulis daripada BKK serta Bahagian
Dasar Hubungan Antarabangsa (BDHA), KPM.
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT ANTARABANGSA
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara
dengan melibatkan jemputan penyertaan murid dari luar
negara yang diurus sepenuhnya oleh BKK, KPM melalui
tapisan BDHA, KPM
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT ANTARABANGSA
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara
dengan melibatkan penyertaan murid dari luar negara
yang dikelola/dianjur oleh sekolah, agensi kerajaan dan
bukan kerajaan (NGO) dengan kelulusan BKK, KPM dan
telah melalui tapisan serta kebenaran BDHA, KPM.
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT ANTARABANGSA
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang
diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia melalui BKK, KPM
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT KEBANGSAAN
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara yang diusaha
dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO)
dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada BKK, KPM.
Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 buah negeri
(3 buah sekolah dari setiap negeri). Aktiviti yang diusahakan
hendaklah tidak bertindan dan berulang dengan aktiviti yang
dikelolakan oleh KPM bagi tahun semasa.
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT KEBANGSAAN
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Program kebangsaan yang dikelolakan oleh pihak sekolah tanpa
kelulusan BKK, KPM adalah dikira markah penyertaan peringkat
sekolah sahaja.
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT KEBANGSAAN
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha
serta diurus sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT NEGERI
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha dan diurus oleh
agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat
kelulusan bertulis daripada Pengarah, JPN. Penyertaan mestilah melibatkan
sekurang-kurangnya 3 Daerah (sekurang-kurangnya 3 buah sekolah bagi setiap
daerah). Bagi negeri yang tiada daerah pengelolaan hendaklah melibatkan
sekurang-kurangnya 5 buah sekolah. Penyertaan mestilah melibatkan pelbagai
keturunan kaum. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan dan
berulang dengan aktiviti yang dikelolakan oleh JPN bagi tahun semasa.
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT NEGERI
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah boleh
diiktiraf sebagai program peringkat negeri dengan syarat
melibatkan sekurang-kurangnya 15 buah sekolah dari 3
daerah dan mendapat kebenaran daripada Pengarah,
JPN. Kos program ditanggung oleh sekolah berkenaan.
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT NEGERI
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang
diusahakan serta diurus sepenuhnya oleh Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD).
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT DAERAH
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang
diusahakan dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi
bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan
bertulis daripada PPD. Penyertaan mestilah melibatkan
sekurang-kurangnya 5 buah sekolah
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT DAERAH
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah (melibatkan
lebih daripada 5 sekolah) tanpa kelulusan PPD adalah
dikira markah penyertaan aktiviti peringkat sekolah
sahaja.
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT DAERAH
PERKARA BERBANGKIT DALAM
PENTAKSIRAN PAJSK
Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah (melibatkan
lebih daripada 5 sekolah) tanpa kelulusan PPD adalah
dikira markah penyertaan aktiviti peringkat sekolah
sahaja.
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT DAERAH