Perkataan bm 4

Post on 24-Jan-2018

143 views 0 download

Transcript of Perkataan bm 4

Anak Tikus Melancong

Ibu tikus menyuruh anaknya melancong bagi memperluas pengetahuan dan pengalamannya.

Anak tikus menceritakan pengalaman kepada ibunya sekembalinya daripada melancong.

Kata anak tikus itu, “Saya ternampak seekor haiwan yang besar dan cergas. Di atas kepalanya ada jambul yang besar dan suaranya yang nyaring! "

"Oh, itu ayam jantan, anakku, " kata ibu tikus. " Apa lagi yang kau temui? " tanyanya lagi.

Kata anak tikus itu, " Saya terserempak dengan seekor haiwan yang lemah lembut sifatnya. Ia mempunyai empat kaki, berekor panjang, dan bulunya lembut serta cantik. Haiwan itu sentiasa menjerit ' miau' ,'miau' , ibu. "

"Adakah kamu menghampirinya?” tanya ibu tikus kebimbangan.

Jawab anak tikus itu, "Sebenarnya ia ingin memeluk saya, tetapi apabila saya terdengar suara ayam jantan, saya melarikan diri kerana ketakutan, ibu! "

"Hai, anakku yang lurus! Haiwan yang lemah lembut sifatnya itu ialah kucing. Ia suka menangkap dan makan kaum kita! Nyaris-nyaris kamu ditipuinya."

Kata anak tikus sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, "Oh, barulah saya faham sekarang, ibu! Lain kali apabila saya mendengar bunyi 'miao', saya akan melarikan diri, ibu!"

Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :

1. Mengapakah ibu tikus menyuruh anaknya melancong ? A Mencari makanan B Menemui kawan-kawannya C Menemui kucing D Memperluas pengetahuan dan pengalaman

2. Anak tikus menceritakan haiwan pertama yang ditemuinya ialah__________. A arnab B kucing C ayam jantan D itik

3. Anak tikus menceritakan pula haiwan kedua yang ditemuinya ialah___________. A arnab B kucing C ayam jantan D itik

4. Ibu tikus mengatakan kucing suka menangkap dan makan apa? A ulat B tikus C ayam jantan D itik

***Selamat Mencuba***

Kucing dengan Burung Nuri

Pada suatu hari, tuan rumah kucing telah membeli seekor burung nuri. Burung nuri itu diperiharanya di dalam sangkar.

Tuan rumah amat menyayangi burung nuri itu. Setiap hari selepas makan, dia akan bermain dengan burung nuri itu sambil mendengar nyanyiannya yang merdu itu.

Dia memberi burung nuri makanan yang lazat-lazat. Di samping itu, dia sering memandikan dan mengusap-ngusap pelepah burung kesayangannya itu dengan lembut.

Kucing yang dipelihara oleh tuan rumah itu berasa iri hati. Ia pun memarahi burung nuri. " Setelah sekian lama bertungkus-lumus menangkap tikus, aku hanya diberikan tulang ikan sahaja, malah sering dipukul oleh tuan rumah. "

"Kamu yang tidak perlu bekerja dan hanya tahu menyanyi sahaja lebih disayangi tuan rumah. Tidak adil ! Langsung tidak adil kepada diri saya ! " sambung kucing.

Nuri pun menjawab, " Sebenarnya kamulah yang beruntung kerana bebas, sedangkan aku terkurung di dalam sangkar ini. Adakah kamu sudi menikmati kemewahan tanpa kebebasan ?

Setelah mendengar kata-kata nuri, barulah kucing sedar bahawa ia lebih beruntung dan bahagia berbanding dengan nuri.

Selesaikan soalan berdasarkan cerita pendek di atas :

beruntung * sangkar * lazat * iri hati * menyayangi

1. Burung nuri itu diperihara oleh tuan rumah kucing itu di dalam

sebuah _______________. 2. Tuan rumah itu amat __________________ burung

nuri itu.

3. Burung nuri itu diberi makanan yang ________________ oleh

tuan rumahnya.

4. Kucing yang diperihara oleh tuan rumah itu berasa _________________.

5. Setelah mendengar kata-kata nuri, barulah ia sedar bahawa ia

lebih _______________ dan bahagia berbanding dengan nuri.

***Selamat Menjawab***