PERLAKSANAAN LANDSKAP KEJUR (HARDSCAPE)

Post on 16-Apr-2017

1.590 views 13 download

Transcript of PERLAKSANAAN LANDSKAP KEJUR (HARDSCAPE)

Jenis Landskap • Landskap terbahagi 2 jenis iaitu:-

a)Landskap lembut

- melibatkan penggunaan elemen-elemen semulajadi

seperti tumbuhan dan air

b)Landskap kejur

- melibatkan elemen-elemen buatan manusia dan

keras seperti batu, kayu, lampu dan wakaf

Batu Lampu Wakaf

JENIS LANDSKAP

Aspek Penggunaan Landskap Kejur

1. Aspek Kesesuaian : Contoh penggunaan tar

atau bitumen sebagai lantai halaman taman dalam

kawasan bercuaca panas adalah pemilihan kurang

tepat permukaan menjadi panas menyebabkan tidak

ramai pengguna menggunakan taman tersebut.

2. Aspek Keselamatan : Bahan permukaan yang

licin, tajam dan mudah berkarat mestilah dielakkan

terutaman penggunaan taman yang melibatkan

kanak-kanak.

ASPEK PENGGUNAAN LANDSKAP KEJUR

Aspek Penggunaan Landskap Kejur

3. Aspek Penyelenggaraan : Aspek ini penting

untuk memanjangkan hayat jangka masa

penggunaan dan kewujudan sesuatu elemen.

Elemen yang ditekankan haruslah dipilih bahan

yang rendah penyelenggaraan untuk menjimatkan

masa dan kos serta mengelakkan pembaziran.

ASPEK PENGGUNAAN LANDSKAP KEJUR

RASIONAL PENGGUNAAN LANDSKAP KEJUR

1. Bertujuan menampung kehendak yang tidak

dapat dilakukan oleh landskap lembut seperti

wakaf dan kerusi taman.

2. Ciri-ciri landskap kejur yang tidak terdapat pada

landskap lembut seperti lukisan mural pada

tembok.

3. Untuk memberi kesan sampingan yang menarik

pada keindahan landskap.

RASIONAL PENGGUNAAN LANDSKAP KEJUR

4. Elemen landskap kejur mempunyai tempoh

penggunaan yang lama dan tahan lasak.

5. Elemen landskap kejur mudah dibentuk dan

dicorakkan mengikut kehendak pengguna.

6. Elemen landskap kejur tidak perlu dijaga setiap

hari dan penyelenggaraan adalah secara

berkala.

Permukaan Landskap Kejur

(Hard Surface)

1. Konkrit in-situ (In-situ concrete)

- Merupakan permukaan kejur yang paling murah

- Mempunyai bentuk permukaan yang tidak begitu menarik dan mudah retak

- Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, kawasan letak kenderaan

2. Konkrit pre-cast (pre-cast concrite)

- Bahan konkrit dimasukan di dalam acuan dan dibentuk di kilang

- Saiznya boleh ditentukan mengikut keperluan

- Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, dan tempat meletak kenderaan.

3. Seramik (ceramic tiles), terrazzo, sandstone, limestine, slate

- Merupakan batu-batu asli yang di guna sebagai

bahan permukaan

- Bahan bahan ini dipotong di kuari mengikut

spesifikasi

- Kegunaan sebagai bahan binaan bergantung

kepada harga dan ciri-ciri batu tersebut (laluan siar

kaki, tangga, sekitar kolam renang, plaza)

Permukaan Landskap Kejur

(Hard Surface)

KATEGORI LANDSKAP KEJUR

1. Landskap Kejur Tidak Berinteraksi

Elemen yang digunakan sebagai

memenuhi fungsi semata-mata seperti

kaku tanpa berinteraksi dengan pengguna.

Bollard

Bollard digunakan untuk

memisahkan antara siar

kaki dan jalan raya tanpa

memberi reaksi kepada

pengguna.

KATEGORI LANDSKAP KEJUR

2. Landskap Kejur Berinteraksi

Elemen yang mampu memberi reaksi

terhadap pengguna.

Kolam Hiasan

Bunyi air pancut kolam

akan memberi reasi

kepada pengguna untuk

datang dan menyejukkan

kawasan

FUNGSI LANDSKAP KEJUR

1. Landskap Kejur Pemisah & Penutup

Elemen ini hanya untuk memisah dan memberi

halangan pergerakan, penglihatan manusia dan

kenderaan kepada pengguna sesuatu kawasan.

Bollard

Bollard berfungsi

mengawal pergerakan

dan penghalang

kenderaan dari memasuki

kawasan.

FUNGSI LANDSKAP KEJUR

2. Landskap Kejur Permukaan Khusus

Elemen ini dibina untuk memberikan permukaan

khusus bagi tujuan tertentu seperti lembut, keras

dan kasar. Contoh permukaan laman batu gravel.

Batu Gravel

Penggunaan batu gravel

akan menampakkan

keindahan pada laman

dan faktor kesihatan untuk

tujuan refleksologi.

Rubber Mate

Tarmac

FUNGSI LANDSKAP KEJUR

3. Landskap Kejur Penghubung

Elemen ini dibina untuk menghubungkan antara

ruang dengan ruang yang lain sebagai tanda

mempunyai perkaitan satu sama lain Contoh

elemen seperti tangga, jambatan dan pergola.

Jambatan

Jambatan digunakan

sebagai penghubung

antara satu tempat ke

satu tempat lain.

FUNGSI LANDSKAP KEJUR

4. Landskap Kejur Pelengkap

Elemen yang diletakkan di suatu ruang supaya

menjadi pelengkap dan lebih baik. Elemen ini juga

memberi kebaikan kepada pengguna. Contoh kerusi

taman, lampu, papan tanda atau tempat berteduh.

Set Meja Taman

Set meja taman digunakan

sebagai pelengkap

kemudahan di kawasan

taman.

Tong Sampah

FUNGSI LANDSKAP KEJUR

5. Landskap Kejur Tumpu

Elemen ini digunakan untuk menarik perhatian

pengguna untuk datang ke suatu kawasan. Contoh

penggunaan arca dan air pancut.

Arca

Arca berbentuk ikan

merupakan simbolik daya

tarikan bagi menarik

pengunjung melawat ke

suatu kawasan.

PANDUAN PENGGUNAAN LANDSKAP KEJUR

1. Tema atau konsep projek landskap

2. Fungsi sesuatu elemen Landskap Kejur

3. Saiz dan skala elemen Landskap Kejur

4. Kos pembiayaan projek

5. Kemudahan mendapatkan bahan

binaan projek.

6. Ketahanan

7. Kemahiran pekerja atau pembuat.

8. Penyelenggaraan

Jenis binaan lanskap kejur

1. Laluan pejalan kaki/siar kaki menggunakan

‘Pavement’

– ’Pavement’ yang bermotif digunakan di sepanjang

laluan pejalan kaki di dalam taman.

– Biasanya bermula dari pintu masuk utama

sehinggalah ke laluan pejalan kaki di sekitar taman.

– Laluan masuk utama biasanya lebih menyerlah

berbanding laluan pejalan kaki lain untuk

menonjolkan keutamaan bagi ‘entrance’ dan ’sense

of welcoming’.

– Menjadi penghubung ruang-ruang yang terdapat

dalam taman.

JENIS BINAAN LANDSKAP KEJUR

• Selain itu, ia juga berfungsi sebagai penunjuk arah

kepada pengunjung ke mana arah tuju seterusnya dalam

meneroka sesebuah taman.

• Dengan adanya pathway, pengguna merasa lebih selesa

dan boleh mengelakkan pengguna dari memijak rumput

ataupun tanah.

• Siar kaki menghubungkan kawasan dengan adanya

laluan penghubung

Jenis binaan lanskap kejur

2. Struktur berbumbung

GAZEBO/WAKAF

– Gazebo merupakan struktur

berbumbung dan

mempunyai tiang sebagai

penyokong

– Rekabentuk yang pelbagai

dan mengikut konsep reka

bentuk

– Bahan binaannya terdiri

daripada material seperti

kayu, besi dan lain-lain.

JENIS BINAAN LANDSKAP KEJUR

KIOS

– Sesetengah tempat di dalam taman juga wujudnya

kios

– Rekabentuk kios adalah seperti gazebo.

– Bahan binaannya bergantumg kepada konsep

rekabentuk

3. Lampu

– Rekabentuk lampu menarik, moden dan mempunyai

motif tertentu dalam sesebuah taman.

– Di samping lampu-lampu utama yang tinggi, terdapat

juga lampu-lampu jenis ‘spotlight’ yang rendah dan

pada permukaan laluan pejalan kaki. Lampu-lampu

jenis ini juga dapat menaikkan lagi seri dan suasana

taman terutama ketika waktu malam.

– Keadaan ini juga menjadikan taman ini kelihatan

hidup pada waktu malam jika di lihat dari sesuatu

sudut.

Jenis binaan lanskap kejur JENIS BINAAN LANDSKAP KEJUR

Lampu taman

4. Pagar

– Fungsi yang berkesan dalam mencetus nilai

rekabentuk, privasi dan keselamatan

– Membahagi kawasan

– Sebagai sempadan kawasan

– Bahan binaan mengikut konsep reka bentuk

contohnya kayu sesuai digunakan bagi landskap

yang bercirikan tropikal. Bagi reka bentuk moden dan

ringkas, bahan daripada besi dan batuan merupakan

material yang sesuai.

Jenis binaan lanskap kejur JENIS BINAAN LANDSKAP KEJUR

TRELLIS

Jenis binaan landskap kejur

PERGOLA PAPAN TANDA

JENIS BINAAN LANDSKAP KEJUR

Jenis binaan landskap kejur

TANGGA BOLLARD

JENIS BINAAN LANDSKAP KEJUR

Jenis binaan landskap kejur

ARCA BINAAN KAYU

JENIS BINAAN LANDSKAP KEJUR

Perlaksanaan Landskap Kejur

• Simen ferro merupakan sejenis struktur binaan yang terdiri daripada campuran pasir, simen dan air yang dilepa nipis pada jejaring dawai keluli.

• Simen ferro bermaksud kombinasi bahan ferus (besi) dan simen.

• Simen ferrro telah dipelopori oleh Joseph Louis Lombot pada tahun 1848.

• Di Malaysia ianya diperkenalkan pada tahun 1979 oleh Universiti Pertanian Malaysia (Universiti Putra Malaysia).

• FIN Malaysia (Ferrocement Information Network) yang berpusat di UPM adala hinstitusi yang bertanggungjawab memperkenal dan memperkembangkan teknologi ini sejak dari tahun 1979.

STRUKTUR SIMEN FERRO

Kelebihan simen ferro

a) Kekuatan mampatan dan tegangan yang

tinggi

b) Mudah dibentuk

c) Tahan terdedah kepada hujan dan panas

d) Kukuh dan mudah dibaiki

e) Tidak memerlukan teknologi tinggi

f) Kos penyelenggaraan rendah

g) mempunyai daya aliran haba yang

rendah

Kegunaan Simen ferro

1. Pembinaan perumahan/pembangunan seperti

dinding dan atap mefeero.

2. Kesihatan awam seperti tangki minuman dan

tandas.

3. Kawasan pertanian seperti kolam ikan dan pintu

kawalan air.

4. Mengindahkan kawasan landskap seperti

cendawan, batu tiruan dan kerusi meja.

5. Pengangkutan air seperti bot, kapal layar dan

lain-lain.

FITNESS STATION

Bahan Asas Simen ferro

a) Simen

b) Pasir

c) Keluli

d) Jejaring dawai

e) Air

f) Alatan tangan

g) Cat dan peralatan

AIR

Air diperlukan untuk membacuh pasir dan pengawetan

mortar.

Air yang digunakan untuk membancuh tidak

seharusnya mengandungi bendasing kerana ia boleh

memberikan kesan buruk kepada pengerasan,

kestabilan isipadu dan kelasakan serta boleh

menyebabkan peroi, perubahan warna dan pengaratan

tetulang.

Simen

Simen ialah bahan yang mempunyai lekitan dan lekatan semasa

basah, kemudian memejal dan mengeras dan mengikat pepejal

menjadi jasad yang padu.Simen terbahagi kepada dua kelas, iaitu;

Simen hidraulik

Simen bukan hidraulik

Penggunaan Simen

Simen boleh digunakan dalam beberapa bentuk, iaitu;

• Turap (Grout)

Turap ialah campuran simen dan air sahaja. Ia sesuai digunakan untuk

menampal rekahan.

• Mortar

Mortar ialah campuran simen, pasir, dan air. Ia digunakan untuk kerja

melepa dan kerja bata

• Konkrit

Konkrit ialah campuran simen, pasir, batu dan air. Ia digunakan untuk

membina berbagai struktur.

MORTAR SIMEN

Air yang bebas dari bahan organik, klorida,bahan berasid dan kelodak

serta selama tdiminum adalah sesuai untuk menghasilkan simenfero yang

baik. Simen hidraul jenis portland (OPC – OrdinaryPortland Cement) boleh

digunakan dalam pembinaan simenfero

TETULANG (JEJARING DAWAI & BAR KELULI)

• Jejaring dawai di peringkat awal pembinaan berfungsi sebagai bahan

pemegang kepada simen mortar.

• Kandungan keluli di antara 1 dan 8 %

• Pembinaan struktur bertegasan tinggi, jarak rod keluli adalah 75 mm.

• Di peringkat mengeras, fungsi tetulang adalah untuk menyerap kesan

tegangan pada struktur.

• Jejaring dawai dan rod tetulang berfungsi sebagai penebat untuk

menentukan rupabentuk dan menguatkan struktur.

Proses membina struktur simen ferro

Membuat lakaran

Menentukan jenis dan saiz struktur yang hendak dibina

Menentukan anggaran kuantiti bahan binaan

Membentuk rangka struktur

Menyediakan bancuhan mortar

Melepa mortar

Kerja penyudahan permukaan (mengukir atau melorek)

Mengecat atau mewarna

Mengilat

Peralatan yang diperlukan

Perata simen Sudip simen

Pemotong besi Playar gabung

Gunting Zink Pemotong dawai / jaring

Sekup mata rata

Sekup mata bulat Cangkul

Baldi simen

Langkah membina simen ferro

• Membina kerangka kerusi bulat

a) Potong jejaring dawai 1.25cm berukuran 45cm x 90cm

b) Potong jejaring dawai 1.25cm berukuran 30cm x 30cm

c) Bentukkan menjadi kerusi bulat dan ikat menggunakan dawai dengan kemas

• Membina kerangka kaki meja

a) Potong jejaring dawai 1.25cm berukuran 60cm x 120cm

b) Bentukan menjadi struktur kaki meja

• Membina kerangka permukaan meja

a) Potong jejaring dawai 5cm berukuran 90cm x 90cm

b) Bentukkan bulat

c) Balutkan dengan jejaring dawai 1.25cm

Membina Kerusi Taman Simenferro

Langkah 1

1. Langkah-langkah membina kerangka kerusi bulat

Membina Kerusi Taman Simenferro

Langkah 2

Langkah 3 Langkah 4

Membina Meja Taman Simenferro

2. Langkah-langkah membina kerangka meja taman

Langkah 1:

Memotong BRC dan mata

punai sepanjang 140cm x

65cm.

Langkah 2:

Membentuk kerangka kaki

meja

Langkah 3:

Membina permukaan meja taman 1m x 1m

Menyimen/melepa

a) Bancuh simen, pasir dan air dengan nisbah 1 bahagian simen, 2 bahagian pasir halus dan 1/2 bahagian air

b) Lepakan selapis simen pada bahagian luar kerangka dan biarkan keras

c) Buat lapisan simen kedua kira-kira 1cm tebal, biarkan 2-3 jam

d) Buatkan corak seperti kulit kayu dan biarkan kering

e) Bagi permukaan meja pula, kerangka mestilah dilepa di bahagian atas dan bawah setebal 7.5cm

Perlaksanaan Simen ferro

PROSES MEMBENTUK DAWAI BRC

MELEPA MORTAR KE KERANGKA LAPISAN

PERTAMA

LAPISAN PERTAMA

LAPISAN KEDUA - kerusi diterbalikkan

MENGEMASKAN LEPAAN MORTAR DI TEPI PROJEK.

LOREKAN SEPERTI BATANG KAYU DIUKIR SEBELUM LEPAAN

MORTAR MENGERAS

LOREKAN YANG TELAH SIAP DIKERINGKAN

• Mengecat/mewarna

a) Sebelum mengecat, bersihkan struktur dari

habuk dan kesan-kesan tajam atau

menggerutu

b) Cat alas dengan warna hitam pada bahagian

kulit kayu

c) Kemudian, cat kali kedua kulit kayu dengan

warna coklat dan keringkan

d) Bagi permukaan meja, cat alas dengan

warna putih, kemudian cat merah dan kuning

dan akhir sekali sapukan struktur dengan

pengilat

KESELURUHAN TEPI PROJEK DICAT DENGAN LAPISAN PERTAMA

DENGAN MENGGUNAKAN CAT KILAT HITAM

LAPISAN KEDUA – WARNA CAT YANG SESUAI DIGUNAKAN

Set Simenferro yang telah siap